Jumaat, 29 Oktober 2010

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


Razlan's

Posted: 28 Oct 2010 11:09 PM PDT

Razlan's


Faktar Sejarah Yang dipurbelit !

Posted: 28 Oct 2010 02:09 AM PDT

Selepas sahaja ucapan YAB Presiden UMNO pada perhimpunan Agong yang lepas, banyak kritikan dan celahan dilemparkan kepada Perdana Menteri Oleh Surat Khabar Cina semata-mata mahu membuktikan yang kaum itu bukan kaum pendatang.

Terbaru, surat khabar cina Nanyang Siang Pau keluaran 27 Oktober telah meyiarkan artikel yang membidas YAB Perdana menteri dan juga politikus Melayu yang mempertikaikan sejarah dan tidak mahu menerima mereka sebagai kaum pendatang.

Menurut beliau, sekiranya cina dan india bergabung, kemungkinan mereka boleh menuntut kemerdekaan tanpa Melayu, dan sudah pastinya sekiranya ianya berlaku, Negara ini hak milik mereka.

Akhbar ini juga menceritakan bahawa Tanah Melayu bukan milik seseiapa sekiranya selepas merdeka dan ini bermaksud melayu adalah sama dengan mereka.

Saya nak beritahu orang cina yang tidak tahu sejarah ini. Sekiranya kita sama semasa menuntut kemerdekaan, tidak adalah wujud raja-raja melayu, sultan-sultan melayu dan budaya melayu.

Ini menunjukkan kaum cina adalah imigran yang sudah pastinya kamu meminta jasa baik kami untuk duduk, tinggal dan menjadi warganegara Tanak Melayu. Dan bukan kamu secara automatik mendapat kewarganeragaan.

Sejarah juga membuktikan hanya 1 juta orang diberi kerakyatan dan selebihnya, tidak diberi. Fakta ini telah membuktikan yang Melayu adalah Tuan kepada Tanah Melayu, dan jangan kamu ubah sejarah ini.

Ternyata kamu seoarang yang berotak dunggu yang tidak mahu menerima Malaysia ini sebelum ini adalah Tanah MELAYU dan kamu sebenarnya asal dari Tanah Besar Cina.

Bahayanya orang seperti kamu adalah kamu akan mengajar kaum kamu untuk menolak sejarah dan menimbulkan sifat kebencian kepada Tuan punya Negara asal ini.

Berterima kasihlah, keturunan kamu dapat hidup selesa dan aman disini dari dulu hingga sekarang. Dan jangan kamu menindakkan yang asal kamu itu datangnya dari Tanah Besar Cina yang dahulunya menjadi Pekerja Lombong Bijih.

""" Terjemahan Akhbar Nanyang.

Nanyang Siangpao
Perkara: sejarah kemerdekaan?
Ruangan: Nanyuan muka surat C9
Tarikh: 27 Oktober 2010 (Rabu)

Tajuk:
Rakyat Perlu Tahu Sejarah Kemerdekaan
Penulis Loh Hon Chew/ pengkritik semasa/ artikel ini bukan pandangan dari akhbar ini

Ada cerita di tepian gelanggang, masyarakat Melayu kini dalam ketakutan selepas Tsunami politik pilihan raya Mar 2008, mereka dalam ketakutan akan kehilangan kuasa politik, lebih-lebih lagi mereka sangat takut akan kehilangan hak-hak keistemewaan mereka.

Sebab itu,Perdana Menteri Najib semasa dalam Perhimpunan Agong UMNO memberi suntikkan semangat kepada mereka, berkata dalam perlembagaan jika mahu hapuskan hak keistimewaan orang-orang Melayu amat payah sekali, walaupun 2/3 ahli parlimen setuju untuk hapuskan akta itu ia tidak mungkin boleh berlaku.

Apa maksud yang dikatakan orang-orang Melayu itu takut kepada kehilangan kuasa, pada hakikatnya itu semuanya adalah permainan dan isu bayangan yang digembar-gemburkan oleh ahli-ahli politik Melayu yang bersayap kanan, mereka mencipta ketakutan di bayangan lembaran putih dalam masyarakat Melayu, tetapi sebenarnya kebanyakan orang-orang Melayu dalam masyarakatnya tidak pun rasa gentar mahupun rasa takut, kerana awal-awal lagi orang-orang Melayu sudahpun tahun tidak mungkin isu perlembagaan itu boleh diubah-ubah.

Perdana Menteri berkata hak orang-orang Melayu dan kepentingan orang-orang bukan Melayu tidak boleh diragui, kalau begitu kita boleh lihat kembali susur-galur bagaimana kita dapat mencapai kemerdekaan.


Tidak Dapat Tuntut Kemerdekaan Dengan Satu Kaum Sendiri Sahaja
Pada tahun 1950an, bilangan penduduk orang-orang Melayu seimbang dengan penduduk kaum Cina, jika dicampurkan orang-orang Cina dengan orang-orang India bilangannya sudah melebihi bilangan orang-orang Melayu. Pada masa itu apabila mencapai kemerdekaan oleh kerana negara ini mempunyai rakyat yang berbilang kaum maka negara ini terjerumus kepada persengktaan kaum, pada masa itu kuasa kerajaan telah jatuh ke tangan tentera, sudah tentu kerajaan penjajahan British amat faham tentang itu, termasuk pada masa itu pihak Komunis juga ingin berkuasa seperti singa lapar.

Jika ikut turutan cerita ini "sebagai bahan kajian", dikatakan perjuangan kemerdekaan hanya diperjuangkan oleh orang-orang Melayu sahaja, dan orang-orang Melayulah yang diutamakan, sudah tentu pihak British tidak akan setuju; pada masa yang sama jika orang-orang Cina bergabung dengan orang-orang India sudah tentu kuasa itu sudah melebihi orang-orang Melayu, sudah tentu pihak British juga tidak mahu keadaan itu berlaku dan orang-orang Melayu akan dipinggirkan. Kerana pada masa itu orang-orang Cina boleh bergabung dengan orang-orang India untuk memerintah negara ini. Ia tidak ada cerita pasal siapa dulu dan siap kemudian, apabila berlaku kemerdekaan pasti akan berlaku perbalahan antara kaum, kuasa politik dan kerajaan pada masa itu mungkin jatuh ke tangan Komunis kerana di belakang Parti Komunis Malaya bersandar kekuatan dari Parti Komunis China, jika ini berlaku sudah tentu negara-negara barat tidak akan setuju.


Lebih ringkas lagi, hanya harapkan orang-orang Melayu yang mahu tuntut kemerdekaan, ataupun orang-orang Cina dan India bergabung untuk menuntut kemerdekaan, ia bukan sahaja tidak dapat direstui pihak Inggeris, negara-negara Europah dan negara-negara Barat juga tidak akan restui, jalan yang terbaik untuk menuntut kemerdekaan ialah dari gabungan ketiga-tiga kaum itu sendiri, selepas merdeka ketiga-tiga kaum itu tubuhkan kerajaan, inilah sebab-sebabnya kita mendapat kemerdekaan, rakyat negara ini perlu tahu sejarah ini yang sebenar.

Ahli-Ahli Politik Melayu Bersayap Kanan Memutar-belitkan Sejarah

Semasa benar-benar mendapat kemerdekaan, pihak Inggeris telah mengenakan syarat, dan telah mendapat restu dari pihak Inggeris kepada ketiga-tiga pemimpin kaum Cina Melayu dan India. Bukan selepas Merdeka kerajaan memberi syarat kepada orang-orang bukan Melayu kerakyatan, sesiapa yang dilahirkan sebelum kemerdekaan dari kerajaan penjajahan Selat British semuanya adalah mendapat kerakyatan secara automatic, dan selepas Merdeka semua rakyat layak mendapat pendidikan bahasa Ibunda masing-masing. Orang-orang Melayu terus jadi warganegara secara langsung, hak keistemewaan orang-orang Melayu hanya diberi masa selama 15 tahun tempuh selepas Merdeka sahaja (tetapi kenapa had tempoh 15 tahun itu telah dihapuskan). Asas-asas keistemewaan ini adalah permintaan yang paling asas oleh pihak Inggeris, jika tidak tuntutan kemerdekaan tidak perlu dibincangkan pada masa itu.


Selepas itu, sejarah-sejarah yang benar telah diputar-belitkan, mereka kata tuntutan kemerdekaan hanya diperjuangkan oleh satu kaum sahaja, sebab itu anak-anak muda tidak tahu bagaimana dapat kemerdekaan, ramai orang-orang lama termasuk bekas perdana menteri Mahathir pun tak tahu ataupun memang sengaja lupakan sejarah kemerdekaan, sebab itu Mahathir selalu berkata: kerana orang-orang Melayu bersikap terbuka, sanggup berkorban, memberi kerakyatan kepada orang-orang bukan Melayu.

Walaupun Mahathir adalah seorang yang amat dihormati, tetapi beliau asyik memutar-belitkan sejarah, menipu alam dan umat manusia, dan orang-orang Melayu disalah tafsir sejarah bertanggapan bahawa orang-orang Melayulah yang sanggup berkorban memberi dan merestui kerayatan kepada orang-orang bukan Melayu, apabila setiap kali orang-orang bukan Melayu mahu tuntut hak mereka, orang-orang seperti Mahathir dan orang-orang Melayu yang bersayap kanan menuding orang-orang bukan Melayu sudah dapat betis peha dimahukan, membuat banyak permintaan yang bukan-bukan tidak tahu berterima kasih. Jika kita hari ini masih tidak mahu bersatu, tudingan dari politius-politikus Melayu bersayap kanan terhadap orang-orang bukan Melayu seperti "tamak tak puas-puas", beranikah kita menuntut kedudukan taraf sama rata.

MAS ERMIEYATI BTE HJ SAMSUDIN

Posted: 28 Oct 2010 03:15 PM PDT

MAS ERMIEYATI BTE HJ SAMSUDIN


Meniti ke Galas....

Posted: 28 Oct 2010 10:28 AM PDT

kita ni dalam masa 3 jam lebih lagi nak berangket ke galas semula..."oh PRK Galas...." baju x packing lagi...
bercinta rasanya nak meninggalkan rumah ni semula... tengok muka anak n suami yang sedang lena diulit mimpi, alamak..rasa syahdunyer nak meninggalkan rumah... :( urrghhhhhh

abang long esok exam paper sains.... tadi masa buat latih tubi, nampaknya bolehlah dia jawab. harapnya dan didoakan anak ibu ni akan dapat menjawab soalan peperiksaaan dengan baik esok...insyaallah.
tadi sempat jugak aku mempengurusikan mesyuarat Gerakan Belia 4B Cawangan Paya Lebar. Kami akan menjadi Tuan Rumah bagi majlis berkhatan Anjuran GB4B Paya Lebar dan GB4B KawaSAn Masjid Tanah dan MGBD..Sempatlah bersembang dengan belia-belia kampung dambil minum secawan teh tarik....
lepas habis sembang...singgah sat kat balai raya, nampak ada budak belia main badminton...waaa bestnyer!!!! apa lagi, tanggalkan selipar, dengan kaki ayam..ku hayunkan reket badminton... dapat main dalam 10 minit aje (10 min.? perghhhh dah berasap badan beb...). adik2 belia ni sempat mintak belikan bulutangkis.... ok lah adik2 ...nanti kakak pass kan pada kak ima 2 bekas bulu tangkis...jangan kau buat makan dah laaaa... :)

habis main, terus ke rumah mak, tengok mak dah tersandar kat kerusi ....penat sangat lah tu..Sibuk tanya kenapa tak bawak balik si kecik...(camana nak bawak....kan tadi emy gi meeting mak..., mak lak ke surau..tak apala, esok diorang baliklah ke kampung....). sebelum balik ke melaka tadi sempat kita membelek kad kahwin adik kita 'ady Irwan" yang akan melangsungkan majlis pernikahannya pada 18hb Disember ni nanti...sekejap je rasa...ok mak..minggu depanlah kita buat mesyuarat keluarga... (harapnya diari aku x penuh time tu...)

oklah.... seronok la pulak dpat menulis balik....., ok...nak sambung mengemas baju balik.....urghhhhh mulalah rasa tak syok balik........@#$&**%$#@@@**&&&&*$&&##@@!!!! (ayat dalam hati yg ku sendiri x paham)


Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Posted: 28 Oct 2010 01:20 PM PDT

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


Isu Pasir di Perak : Tiada tolak ansur - Zambry !

Posted: 27 Oct 2010 09:25 PM PDT


Perak tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana individu yang terlibat dengan penyalahgunaan kuasa mahupun pelanggaran permit melibatkan aktiviti pengeluaran pasir di negeri ini.

Zambry Abd. Kadir beramah mesra dengan kakitangan Pejabat Tanah dan Galian Perak ketika mengadakan lawatan ke pejabat berkenaan, kelmarin. Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir mengakui, isu pengeluaran pasir sering kali menjadi masalah memandangkan Perak merupakan sebuah negeri yang luas.

"Mungkin kaedah penguatkuasaan pada hari ini perlu dikaji kembali meskipun Perak pada suatu masa dahulu merupakan sebuah negeri yang terbaik dalam pengurusan pasir.

"Sebagai contoh, untuk tahun ini sahaja, kita telah mengambil tindakan tegas terhadap 97 kes pelanggaran syarat permit melibatkan pembatalan doket bernilai RM65,140. Kesemua kes tangkapan kes di bawah Seksyen 426 Kanun Tanah Negara," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja ke Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak, Syed Mokhtar Syed Iddris di sini, semalam.

Zambry mengulas mengenai laporan Ketua Audit Negara 2009 yang mengatakan terdapat beberapa kesan ancaman alam sekitar yang berpunca daripada aktiviti pengambilan pasir di negeri ini seperti hakisan dan ketidakstabilan tebing sungai.

Menurut laporan tersebut, kesan ancaman itu berpunca daripada pelaksanaan operasi pengambilan pasir yang tidak mematuhi syarat permit dan kelemahan penguatkuasaan oleh jabatan atau agensi kerajaan.

Dalam perkembangan lain, mengulas mengenai cadangan perdebatan antara salah seorang Exco kanan kerajaan negeri iaitu Datuk Dr. Mah Hang Soon dan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham pada 1 November ini, Zambry berkata, ia adalah hak Hang Soon untuk melakukannya.

Beliau yang enggan menyatakan persetujuan atau menolak perdebatan itu bagaimanapun mempersoalkan syarat yang ditetapkan Koo Ham iaitu perlu mengesahkan Hang Soon sebagai wakil kerajaan Barisan Nasional (BN) negeri untuk bersuara.

"Mengapa takut dan perlukan 'lampu hijau' serta pengesahan rasmi daripada kerajaan BN negeri melalui syarat-syarat yang ditetapkan sedangkan selama ini mereka sering kali memanipulasikan orang ramai melalui kenyataan mereka sendiri," tambah Zambry

Warna-warni politik
Torashah

Tiada ulasan:

Pengikut