Ahad, 22 Mei 2011

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


Khairy Jamaluddin

Posted: 22 May 2011 01:11 AM PDT

Khairy Jamaluddin


Prioritising Subsidy Cuts

Posted: 20 May 2011 05:00 PM PDT

(This post appears as a column in the latest edition of The Edge)

I have been a consistent proponent of restructuring subsidies. Whether in or out of Parliament or in my writings, I have argued that Malaysia must reduce ouraddiction to subsidies if we want to safeguard our long-term economic interests. Apart from the obvious fiscal implications that extended and expanded subsidies create, they also prevent the efficient allocation of resources and shields our economy from market pricing. The latter in particular will erode our present and future competitiveness, lulling us into the belief that we are keeping pace with the world when in reality it is a function of suppressed costs courtesy of subsidies and not due to innovation and productivity.

ahmadmaslan.blogspot.com

Posted: 21 May 2011 09:32 PM PDT

ahmadmaslan.blogspot.com


Anwar, PKR Buat Tahi, Kenapa UMNO Kena Cuci?

Posted: 21 May 2011 10:12 AM PDT

2 elemen baru dalam fasa kedua program Juara Rakyat

Posted: 21 May 2011 10:06 AM PDT

Juara Rakyat jadi program teras BN

Posted: 21 May 2011 10:04 AM PDT

Dekati rakyat tidak harus bermusim - Ahmad Maslan

Posted: 21 May 2011 10:04 AM PDT

PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN ROMPIN

Posted: 21 May 2011 09:21 PM PDT

PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN ROMPIN


PEMUDA ROMPIN DI MARAN..TERSERLAH KEWIBAWAAN..

Posted: 21 May 2011 05:52 AM PDT


Tahun ini PPU Rompin telah diberikan tugas dan tanggungjawab oleh Badan Perhubungan Pemuda UMNO Negeri Pahang untuk memantau ke Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Maran.






Rombongan yang diketuai oeh YB Dato'KP,telah memastikan perjalanan persidangan berjalan lancar dan mengikuti perlembagaan yang telah diteAntara yang dipelajari oleh AJK yang masih baru ini adalah bagaimana menyelaras pengundian,membuat pengiraan dan memastikan eviden diselia dengan baik sehingga keputusan diumumkan..Sesungguhnya pengalaman yang didapati ini akan dibawa balik ke Rompin dan akan digunapakai mana yang elok dan dijadikan pengajaran dalam mengurus persidangan perwakilan yang bakal diadakan tidak lama lagi.Tahniah atas komitmen tinggTerimakasih juga diucapkan kepada PPU Maran yang telah memberkan kerjasama dan layanan yang sangat baik disepanjang PPU Rompin menjalankan tugasan di sana. Terimakasih dan tahniah dari kami..

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

Posted: 21 May 2011 03:17 PM PDT

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


AMK bacul berdepan kebangkitan orang Melayu...

Posted: 20 May 2011 11:44 PM PDT

 

Demo Utusan: AMK bacul berdepan kebangkitan orang Melayu...


utusan-9APAPUN alasan yang diberi, satu pengajaran kepada Angkatan Muda Keadilan (AMK) jangan cuba-cuba 'main kasar' dan tunjuk hero kalau tidak bersedia berdepan dengan kebangkitan orang Melayu.Ini kerana sejak kebelakangan ini institusi akhbar milik orang Melayu itu menjadi mangsa serangan bertubi-tubi Pakatan Rakyat.Itu yang terjadi lepas Solat Jumaat semalam, bila AMK yang riuh hendak berdemosntrasi di depan ibu pejabat akhbar Utusan Malaysia sejak seminggu lalu, bayang pun tak ada, selepas Pemuda UMNO dan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) berkumpul bagi mempertahankan Utusan.Sehingga di kalangan penyokong mereka yang hadir menyifatkan gembar-gembur AMK hendak mengadakan protes itu hanya 'gempak' orang bacul dan penakut.AMK pimpinan Shamsul Iskandar Mohd Akin mewar-warkan kepada seluruh ahlinya untuk melakukan protes dan demontrasi di hadapan ibu pejabat Utusan Malaysia di Jalan Chan Sow Lin sebelum solat Jumaat bagi membantah lapuran akhbar Utusan Malaysia yang disifatkan melakukan propaganda dan memutarbelit isu pembangkang.Bagaimanapun setelah Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan PERKASA pula mengerahkan ahli-ahlinya untuk hadir bagi mempertahankan Utusan Malaysia, AMK membatalkan hasrat untuk mengadakan bantahan dan dikatakan akan dianjurkan pada hari lain.Lebih 400 orang penyokong Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan pimpinan Rizalman Mokhtar, Pergerakan Pemuda UMNO Selangor dan penyokong PERKASA berhimpun selepas solat Jumaat di Masjid Alam Shah, Jalan Pasar kemudian ke pejabat Utusan Malaysia bagi menyertai perhimpunan Wirawati PERKASA pimpinan Zaira Jaafar yang berada di situ sejak awal tenghari.Sambil melaungkan 'Hidup Melayu' dan 'Hidup Utusan" mereka juga merentang 'banner' yang memaparkan sokongan terhadap Utusan Malaysia dan pihak polis telah membuat kawalan ketat di hadapan Ibupejabat Utusan Melayu.utusan-3Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Megat Firdouz Megat Junid dan Setiausaha Agung PERKASA Syed Hassan Syed Ali telah menyerahkan memorandum sokongan terhadap akhbar tersebut kepada Penolong Ketua Pengarang II Kumpulan Utusan, Ahmad Abdul Hamid.Megat Firdouz yang ditemui wartawan selepas menyerah memorandum itu menegaskan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan menjadi benteng mempertahankan Utusan Malaysia daripada terus dihina oleh mereka yang tidak pernah menghargai sejarah akhbar tersebut.Menurutnya, AMK tidak pernah mahu menghargai peranan akhbar Melayu ini dan mereka tidak berani pun berdepan.Katanya, "Utusan adalah akhbar berbahasa Melayu tertua di negara ini telah memainkan peranan besar terhadap penyatuan orang Melayu disamping peranannya melaporkan berita, Utusan juga dijadikan input pendidikan".Megat Firdouz berkata, "Pemuda UMNO tidak akan membiarkan kumpulan pembangkang itu berterusan bertindak melakukan kekecohan."Budaya biadab tidak boleh dibiarkan begitu sahaja, mereka sudah buat kecoh di masjid, di mahkamah...sekarang di pejabat Utusan pula, kami tidak akan biarkan," katanya.Setiausaha Agung PERKASA Syed Hassan Syed Ali berkata, "PERKASA tidak akan bertolak ansur lagi dengan pihak-pihak yang cuba untuk menganggu-gugat kepentingan dan hak orang Melayu lebih lagi akhbar Utusan Malaysia yang menjadi lidah serta suara orang Melayu."Kita berikrar akan terus mempertahankan hak orang Melayu dan Islam sebagai agama persekutuan, akhbar Utusan Malaysia merupakan sajian orang Melayu yang tidak akan basi sampai bila-bila", katanya.Kumpulan tersebut mula bersurai pada jam 3.30 petang setelah pihak polis meminta mereka berbuat demikian.-21/5/2011 OLEH LUKMAN ABDULLAHutusan-2utusan-4utusan-5utusan-8

Seniwati Mahyon Ismail Meninggal Dunia

Posted: 20 May 2011 11:39 PM PDT


HIBURAN

Seniwati Mahyon Ismail Meninggal Dunia

PETALING JAYA: Seniwati Mahyon Ismail atau nama sebenarnya Mayayun Binti Ismail telah telah meninggal dunia sebentar tadi di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur.
Allahyarham merupakan ibu kepada Faizal Hussein.
Berita selanjutnya akan dikemaskini selepas ini.

DAULAT TUANKU

Posted: 20 May 2011 09:17 PM PDT


Sempena sambutan Ulangtahun UMNO pada hari ini, saya siarkan titah ucapan Sultan Selangor, Sultan Sir Hishamuddin Alam Shah Alhaj, sewaktu baginda membuka Persidangan Kongres Melayu di Selangor yang kemudian membuat tiga resolusi, salah satu ialah menubuhkan UMNO. Dengan resolusi ini, UMNO ditubuhkan. Selepas itu, barulah UMNO dilancarkan secara rasmi di Istana Johor. Ucapan ini disiarkan dalam akhbar "Majlis" Mac 1946. Dalam ucapan ini, Tuanku Sultan memberikan nasihat yang cukup bermakna kepada semua orang Melayu:

Kami dengan penuh kesukaan melihat tuan-tuan sekelian datang berkumpul di sini dari segenap negeri di dalam Tanah Melayu. Sangat-sangat sukacita kami melihat tuan-tuan semua datang berhimpun kerana hendak menubuhkan persatuan umat Melayu yang sebenar-benar bersatu dari segala pihak.


Bersatu itu memanglah satu perkara yang amat baik dituntut oleh adat, dituntut oleh akal dan dituntut oleh agama. Banyak perkara besar-besar yang boleh dapat dibuat apabila betul-betul bersatu walaupun pihak yang bersatu itu kecil-kecil sahaja.


Tuan-tuan sekelian tentulah sedia maklum benar-benar akan faedahnya bersatu itu istimewa pula dalam keadaan yang terhadap kepada umat Melayu sememangnya pada masa ini. Bahkan sekiranya tuan-tuan tidak sedar faedahnya bersatu tentulah tuan-tuan tidak berkumpul di sini pada hari ini hendak bersatu.


Tentang tahu dan sedar akan faedahnya dan mustahaknya mesti bersatu itu pada segala hal kami yakin memang dari beberapa lama dahulu pun tuan-tuan sekelian telah sedia tahu. Tetapi dari dahulu belum dilorongkan Tuhan jalan dan sebab-sebab memperolehnya dengan secukup luas seperti yang telah dilorongkan pada hari ini. Adapun sekarang dengan pertolongan Allah telah dibukanya jalan itu dengan didatangkannya sebab-sebab yang menyeru kepada bersatu lebih-lebih luas dan padu lagi daripada yang sudah-sudah.


Maka bersatulah tuan-tuan sekelian dengan sebenar-benarnya dan marilah umat kita sekalian bersama-sama kepada bersatu itu. Kalau tidak bersatu betul-betul nescaya satu pun kerja besar tidakkan boleh disempurnakan.


Satu perkara kami suka mengingatkan yang itu dalam sesuatu segala pekerjaan bersatu itu sebagaimana dalam segala pekerjaan lain-lain juga hendaklah jangan sekali-kali lupa akan hal agama. Tuan semua tahu bahawa agama kita tidak lupa akan perkara bersatu. Agama memang menyeru dan mengajar kita bersatu sebab itu kita bersatu itu janganlah lupakan agama pula.


Misalnya tuan-tuan semua bermesyuarat ini bila sampai waktunya tentulah akan pergi menunaikan sembahyang dan mengingatkan Tuhan serta memohonkan pertolongannya dijayakan segala kerja dan tujuan-tujuan mesyuarat ini. Demikian awal dalam segala tujuan yang telah mendorongkan tuan-tuan mengikat pertubuhan bersatu ini. Janganlah dikhaskan semuanya bagi perkara dunia dan siasah dan pelajaran dunia yang akan tuan-tuan rundingkan. Perkara agama dan hal ehwal kewajipan kita bagi akhirat pun mustahaklah juga termasuk sama jangan ketinggalan.


Tuan-tuan tentu bersetuju bahawa agama itu ialah panduan yang sangat mustahak bagi kehidupan manusia sama ada untuk keselamatan dunia atau diri kita yang zahir ini dan untuk keselamatan akhirat dan diri kita yang batin alam rohani.


Orang-orang yang tidak beragama dan tidak mengaku ada Tuhan dan balasan baik jahat tentulah tidak ada tempatnya yang layak dalam pergaulan manusia dan dalam bahagian kebajikan, walau berapa tinggi pun bahasanya dan ilmunya pada pihak dunia.


Oleh sebab itu kami kuatkan sangat-sangat supaya tuan-tuan semua jangan melupakan agama, istimewa pula melupakan Tuhan sesekali dalam segala pekerjaan yang tuan-tuan akan jalankan. Kami berdoa barang diberkati Tuhan pekerjaan tuan-tuan semua.

UCAPTAMA PERDANA MENTERI

Posted: 20 May 2011 08:41 PM PDT

Islam tak pernah anjur keganasan


2011/05/17

pix_gal0
UCAPAN PERDANA MENTERI, DATUK SERI NAJIB RAZAK BERTAJUK, 'KESEDERHANAAN DAN PERSEFAHAMAN ANTARA TAMADUN' DI PUSAT ISLAM OXFORD, LONDON SEMALAM

Sikap sederhana, berkasih sayang mampu wujud keamanan


Bismillahirahmannirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Selamat petang tuan-tuan dan Puan-puan sekalian!

Terlebih dulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berbahagia, Jack Straw atas ucapan pengenalan beliau yang begitu indah; Dr Farhan Nizami, seorang cendekiawan terkemuka yang telah saya kenali sejak sekian lama; dan semua wakil daripada dunia akademik, perniagaan dan diplomatik yang hadir di sini hari ini.

Saya amat berbesar hari kerana dapat bersama-sama anda sekalian sebagai tetamu Universiti Oxford di mana, pada awal tengah hari tadi, saya telah berpeluang mengadakan perjumpaan dengan beberapa penuntut muda yang berbakat besar dan melawat bangunan OCIS, suatu persekitaran yang sungguh mendamaikan, hasil daripada percantuman tradisi Islam dan Melayu dengan warisan Oxford yang begitu kaya dengan kehebatannya.

Saya berasa amat bertuah kerana berpeluang untuk berada di Sheldonian Theatre, dewan yang telah menjadi pentas ucapan tokoh-tokoh terkemuka sejak lama dulu. Setiap tahun, berpuluh rakyat Malaysia datang ke Oxford untuk melanjutkan pelajaran, menjadikan Kelab Malaysia Universiti Oxford sebagai kampung halaman mereka ketika berada di perantauan. Biasiswa Khazanah-OCIS Merdeka, yang diwujudkan pada 2006 sempena ulang tahun ke-50 kemerdekaan Malaysia, menjadi pemangkin kepada pertambahan jumlah pelajar Malaysia yang datang ke sini. Hasil daripada kerjasama antara Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan OCIS untuk mengadakan kajian tentang isu baru yang muncul dalam bidang kewangan Islam, hubungan antara negara kita, Insya- Allah, akan menjadi bertambah kukuh.

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian.
Kepelbagaian, dialog dan perkongsian hidup secara aman merupakan tema penting dalam Islam. Dalam kitab suci al-Quran, Allah SWT berfirman bahawa Dia mencipta manusia daripada pelbagai kaum dan keturunan sebagai suatu rahmat agar mereka boleh berkenal-kenalan dan memanfaatkan kepelbagaian yang wujud dalam kalangan mereka. Oleh itu, sejak bilakah Islam sinonim dengan keganasan? Kenapakah mereka yang menganjurkan kebencian dan tindakan melampau sanggup mencemarkan Islam, agama yang menganjurkan keamanan dan kasih sayang? Adakah tindakan melampau oleh segelintir umat Islam ini boleh dianggap mencerminkan ajaran Islam yang sebenar dan perangai penganutnya? Tafsiran yang amat salah ini sungguh mendukacitakan saya dan seluruh umat Islam.

Mungkin empat pemuda yang menuju ke selatan Yorkshire pada suatu pagi Julai berpendapat bahawa dengan membawa bom buatan sendiri dalam beg galas masing-masing, mereka membuktikan bahawa mereka adalah "umat Islam sejati". Mungkin mereka berfikir bahawa dengan meletupkan diri masing-masing, mereka bertindak seperti yang diperintahkan oleh Allah atau mematuhi ajaran al-Quran? Mereka tersilap besar.
Saya ingin menegaskan bahawa mereka yang memasang bahan letupan pada tubuh masing-masing dan meletupkan diri mereka, bukan tergolong sebagai syuhada. Mereka tidak mewakili ajaran Islam. Tanpa mereka sedari, mereka sebenarnya sesat dan melakukan dosa yang amat besar. Begitu juga halnya, semua mereka yang menganjurkan kebencian dan menyalakan api permusuhan yang membawa kepada tindakan kufur itu, turut berdosa seperti pihak yang menganjurkan kejahatan tersebut juga. Kita bersimpati dengan mangsa mereka yang terdiri daripada golongan tidak bersalah, orang awam yang menjalani kehidupan seharian masing-masing. Islam tidak pernah menghalalkan tindakan jahat sedemikian. Ia juga bukan sebahagian daripada ajaran islam.
Malah, Islam mencegah perbuatan membunuh diri; seperti yang disebut dengan jelas dalam kitab suci al-Quran, Surah 2 Ayat 195, bermaksud: "Janganlah sekali-kali kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan". Ini menunjukkan bahawa tindakan membunuh diri dilarang sama sekali dalam sebarang keadaan. Dalam Islam, nyawa adalah sesuatu yang diamanahkan oleh Allah Subhanahuwataala dan nasib seseorang manusia itu hanya ditentukan oleh-Nya.

Perlu dijelaskan bahawa menurut "maqasid syariah", kewajipan paling utama ialah melindungi dan memulihara nyawa.

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

Mewujudkan sebuah dunia yang bebas daripada keganasan bukanlah sesuatu yang mustahil. Kita mampu mencapainya. Bagaimanapun, ia memerlukan lelaki dan wanita yang memiliki sikap berkasih sayang terhadap sesama insan, tanpa mengira kaum; ia memerlukan mereka yang menganjurkan sifat sederhana; ia menuntut agar kita tidak lagi menjadi golongan majoriti yang hanya berdiam diri, tetapi mula mempamerkan keberanian dan keyakinan dalam menunaikan tanggungjawab. Kita perlu menangani perkara yang menjadi punca berlakunya keganasan global. Tindakan hanya memburu individu tertentu, menghancurkan pertubuhan mereka, memporak-perandakan kekuatan kewangan mereka dan memburuk-burukkan ideologi mereka semata-mata, adalah jauh daripada mencukupi. Kita perlu mampu membezakan antara gejala dan punca utama yang menyebabkannya berlaku. Melalui cara ini sajalah, kita akan dapat mencapai penyelesaian berkekalan.
Memang amat mudah untuk mengatakan bahawa penyelesaian bagi fahaman pelampau Islam boleh dicapai apabila lebih ramai umat Islam diberi peluang untuk menyuarakan pandangan mereka. Ya, itu memang menjadi tanggungjawab kita, tetapi ia bukanlah tanggungjawab di pihak kita saja. Seperti mana umat Islam perlu menyuarakan pandangan mereka, begitu jugalah halnya bagi penganut agama Kristian, Yahudi, Buddha, Hindu dan golongan ateis yang bencikan sifat tidak mahu bertolak ansur, keganasan dan kekejaman. Kita perlu mendengar suara golongan yang berpendirian sederhana di semua negara dan dari semua lapisan kehidupan. Jika ini dilakukan, kita semua akan dapat melihat wujudnya keamanan sebagai ganjarannya.

Sekiranya seorang lelaki yang berdiri di tengah jalan raya hanya dianggap sebagai seorang pengacau, tetapi jika 10 orang berdiri bersama-sama di situ, tentu tindakan mereka tidak boleh dipandang sebelah mata saja. Dan jika jumlah 10 orang itu bertambah menjadi seratus, seribu, sejuta dan malah satu bilion orang dan seterusnya membentuk suatu kumpulan besar dan bersatu dalam memperjuangkan niat mereka, maka golongan yang menganjurkan kebencian akan hanya mempunyai satu pilihan saja. Mereka sama ada menyertai kita atau kekal dengan pendirian mereka, sebelum hancur, hasil daripada kesungguhan kita untuk bertindak sebagai satu pasukan.

Oleh itu, semua pihak yang menghargai kesederhanaan, maruah dan keadilan, tidak kira di mana jua mereka berada, perlu berdiri teguh dan dengan penuh bersemangat untuk menghapuskan golongan yang menganjurkan keganasan dan menafikan hak mereka yang berpendirian sederhana untuk memastikan kekecewaan, biar di mana jua ia dirasai, diberi perhatian, dan setiap pandangan yang disuarakan, didengari.

Ringkasnya, kita tidak boleh membiarkan saat ini dikuasai oleh puak pelampau, di mana mereka yang bersuara paling lantang, akan memperoleh manfaat paling besar.

Sebab itulah kita semua berada di sini pada petang ini iaitu untuk memupuk kemajuan, bukan menyebabkan berlakunya pertembungan budaya, tetapi untuk meningkatkan persefahaman, dan malah, mungkin untuk meraikan perbezaan yang wujud dalam kalangan kita atau berkongsi segala yang kita miliki. Kemodenan dan kesederhanaan perlu bergerak seiring. Dialog antara kita perlu diteruskan.

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

Izinkan saya bercerita tentang pengalaman Malaysia. Takdir dan sejarah menghadiahkan kepada kami sebuah negara bangsa yang menjunjung tinggi kepelbagaian. Malaysia bukan saja dianugerahi dengan kepelbagaian etnik, tetapi juga dengan kepelbagaian budaya, bahasa dan agama. Sejak negara kami mencapai kemerdekaan pada 1957, kecuali ketika berlaku Peristiwa 13 Mei, rakyat Malaysia hidup dalam keadaan aman dan stabil.

Di Malaysia, Islam adalah sinonim dengan kesederhanaan, keterangkuman dan tadbir urus yang baik. Enam puluh peratus daripada rakyat Malaysia beragama Islam, manakala 40 peratus lagi menganut pelbagai kepercayaan lain seperti Buddha, Tao, Confusianisme, Kristian, Hindu dan Sikh. Walaupun Perlembagaan Malaysia memperuntukkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, tetapi ia melindungi hak semua rakyat Malaysia untuk mengamalkan agama masing-masing secara aman dan harmoni.

Dengan wujudnya kepelbagaian ini, perpaduan nasional terus menjadi objektif utama kami. Sejak menyandang jawatan Perdana Menteri pada April 2009, saya terus menjadikan matlamat penting ini sebagai keutamaan dalam pentadbiran saya dengan berpandukan falsafah 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

Dalam mengurus masyarakat kami yang bersifat majmuk, kami mengamalkan integrasi, bukan asimilasi. Rakyat Malaysia menerima kepelbagaian yang wujud dalam kalangan mereka. Kami bukan saja bertolak ansur antara satu dengan lain, tetapi juga menjadikannya sebagai suatu amalan dan meraikannya. Melalui kekuatan dan dinamisme yang wujud dalam kepelbagaian ini, kami menjadikannya asas ketahanan negara.

Dalam tempoh hanya 50 tahun, rakyat Malaysia berjaya mengubah negara mereka daripada sebuah ekonomi pertanian berpendapatan rendah yang bergantung pada beberapa komoditi, kepada sebuah negara kepelbagaian industri moden berpendapatan sederhana tinggi. Program Pembangunan Bangsa Bersatu kini mengklasifikasikan Malaysia sebagai negara yang mempunyai Indeks Pembangunan Manusia yang tinggi.

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

Islam diamalkan sebagai suatu cara hidup di Malaysia. Kerajaan mengamalkan pendekatan Wasatiyah atau kesederhanaan berimbang dalam menggubal dan melaksanakan dasar domestik atau dalam melaksanakan hubungan antarabangsa. Izinkan saya menjelaskan perkara ini agar tidak wujud kekeliruan atau salah tanggapan.

Saya ingin menegaskan bahawa prinsip kesederhanaan bukan sesuatu yang baru dalam Islam. Wasatiyah berulang kali disebut dalam al-Quran. Ayat 143 Surah 2 menyebut, marfumnya: "Kami jadikan kamu umat yang seimbang". Kitab suci ini seterusya menyebut bahawa kesederhaan menghasilkan keadilan dan keadilan bererti ilmu pengetahuan dan kebebasan. Oleh itu, perlu diingatkan bahawa pendidikan, yang disertai prinsip demokrasi kebebasan, membolehkan kita memilih apa yang baik dan terpuji. Adalah sesuatu yang logik bahawa kesederhanaan bererti memilih jalan yang lurus dan betul. Mereka yang berfahaman sederhana perlu mempertahankan ideal ini. Apa yang palsu atau mengelirukan, perlu ditolak dan dibuang.

Kesederhanaan juga dianjurkan oleh agama Kristian. Izinkan saya memetik kandungan Bible, Philippians Bab 4 Ayat 5, yang bermaksud: "Sebarkanlah kesederhanaan kepada semua manusia..."

Ayat itu menyeru semua penganut Kristian supaya menjalani kehidupan mereka secara sederhana dan tidak melakukan sesuatu secara berlebihan. Agama Yahudi juga menyeru kepada kesederhanaan. Kitab Taurat mengajarkan kesederhanaan dan etika, sikap dan sifat yang perlu diamalkan dalam kehidupan sebagai suatu cara hidup dalam erti kata yang sebenar-benarnya mengenai adat resam bangsa Yahudi. Dalam ajaran Tao, prinsip kesederhanaan dianggap sesuatu yang amat penting dalam pembangunan diri seseorang dan menjadi satu daripada tiga tiang utama ajarannya.

Tidak wujud apa yang dikenali sebagai Islam liberal atau Islam pelampau, Islam konservatif atau Islam makrifat, Islam jihad atau Islam penyerahan atau Islam pertengahan. Yang ada hanyalah Islam, satu cara hidup yang lengkap. Mengamalkan sikap sederhana bukan bererti bersikap bacul, tidak berprinsip, lemah atau menyerah saja.

Tuan-tuan dan Puan-Puan sekalian,

Dalam mematuhi tradisi Islam terbaik, Malaysia tidak akan menyimpang daripada menyokong apa yang betul dan adil, tidak kira sama ada sesuatu perjuangan itu diterajui oleh dunia Islam atau bukan. Kami tidak akan berundur daripada mempertahankan golongan yang lemah dan tertindas, tanpa mengira bangsa dan warna kulit. Kami tidak akan kelu daripada menyuarakan kebenaran.

Kini, kita semua amat menyedari tentang bahaya keganasan dan kekejaman puak pelampau. Akibat serangan 9/11, hinggalah kepada pengeboman di Madrid dan Bali, kepada kemusnahan yang dilakukan di London ini, banyak manusia terus dilanda ketakutan akan kehilangan nyawa.

Ketika sejarah keganasan dan kekejaman yang melampau terus dilakar, plotnya tetap berkisar pada satu soalan - kenapakah manusia mengambil langkah yang begitu teruk hingga sanggup mencabut nyawa orang lain atau nyawa mereka sendiri? Saya yakin ramai yang hadir di sini sedar tentang faktor umum yang menyebabkan manusia sanggup melakukan kekejaman itu. Sering disebut bahawa kekurangan pembangunan ekonomi dan pendidikan menyebabkan manusia mengambil langkah yang bersifat pelampau, termasuk melakukan keganasan. Dalam kes lain, ia berpunca daripada perasaan kecewa dan hilang harapan. Penghinaan juga merupakan satu lagi puncanya. Walaupun ramai yang mengakui tentang kebenaran faktor ini, tetapi, jika kita amati, kita akan dapati bahawa sesetengah pengganas berasal daripada keluarga berada dan yang berpendidikan tinggi.

Dalam kebanyakan kes, keganasan terus wujud hasil daripada gabungan semua faktor itu. Bagi mereka, keganasan merupakan suatu cara untuk mencapai matlamat politik. Mereka juga bersembunyi di sebalik topeng agama untuk memperjuangkan matlamat itu. Sesetengahnya pula percaya bahawa agama dan tamadun lain menjadi musuh mereka dan tidak memberi ruang untuk memungkinkan wujudnya kehidupan secara bersama secara aman. Bagi mereka, dalam dunia ini, sesuatu golongan itu hanya boleh menang apabila pihak lain, kalah. Mereka menganjurkan fahaman ini untuk mendorong pihak lain supaya berjuang dan berkorban untuk mencapai matlamat mereka. Oleh itu, dengan cara tersendiri, peranan agama secara ironisnya, meningkatkan skala dan bahaya ancaman pengganas.

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

Keganasan dan gerakan pelampau merupakan ancaman serius. Untuk mengatasinya memerlukan pemikiran secara jelas, yang berpandukan kepada penilaian terhadap sesuatu keadaan dibuat secara objektif. Faktor utama yang menyebabkan wujudnya gerakan pelampau secara global ialah masalah Timur Tengah yang masih belum selesai dan nasib malang yang menimpa rakyat Palestin. Perkara ini telah menghantui masyarakat global sejak sekian lama. Setiap negara yang cintakan keamanan dan ingin melihat wujudnya dunia yang lebih baik, perlu berusaha ke arah mencari penyelesaian berkekalan, berdasarkan prinsip penubuhan dua negara yang berdaya maju serta keadilan bagi semua pihak yang terbabit.

Malaysia secara tegas menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk mempunyai sebuah negara yang merdeka, berdaulat dan berdaya maju di bawah naungan resolusi Majlis Keselamatan Bangsa Bersatu. Dunia berkewajipan menebus maruah rakyat Palestin; rakyat Palestin telah menderita terlalu lama. Mereka telah diusir dari tanah air mereka, rumah mereka dimusnahkan di depan mata mereka; mereka dihina dan ditakluk, tetapi dunia hanya melihatnya sambil berpeluk tubuh. Mereka ditindas dan dinafikan hak asasi kehidupan. Sudah tiba masanya tindakan sebenar diambil, bukan lagi sekadar melihat serta bersuara dengan penuh retorik.

Dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin dan perjuangan lain yang luhur, Malaysia tidak akan menyokong keganasan yang dilakukan terhadap mereka yang tidak mengangkat senjata, orang awam, wanita, kanak-kanak, orang tua dan mereka yang lemah. Ringkasnya, mereka yang tidak mampu mempertahankan diri, biar apa pun alasannya. Ada yang berhujah bahawa keadaan terdesak membawa kepada wujudnya kaedah peperangan yang tidak bersifat ortodoks. Saya ingin menggesa mereka supaya menjunjung prinsip Islam bahawa matlamat tidak menghalalkan cara.

Sebab itulah, di PBB pada September tahun lepas, saya menyeru agar ditubuhkan Gerakan Golongan Berpendirian Sederhana Global yang akan menyaksikan kerajaan, golongan intelek, cendekiawan agama dan pemimpin perniagaan dari seluruh dunia, mengamalkan pendirian bersepadu. Inilah semangat Wasatiyah – 'kesederhanaan atau berimbang – yang perlu wujud di seluruh dunia sekarang.

Tidak syak, skala dan kepantasan peristiwa yang berlaku di seluruh dunia Arab dalam beberapa bulan kebelakangan ini, ada kalanya dilihat hampir tidak mampu diatasi. Bagaimanapun, di tengah-tengah keadaan kacau-bilau dan kecelaruan ini, kita tidak sepatutnya lupa bahawa negara berkenaan dan rakyatnya kini berdepan dengan pilihan yang sukar untuk dibuat – pilihan antara gerakan pelampau dan yang bersifat tidak bertolak ansur, yang tampil untuk mengisi kekosongan yang wujud, dan sikap sederhana yang aman serta demokratik, yang akan memberi kepada mereka lebih banyak kebebasan untuk bersuara.

Tuan-tuan dan Puan-Puan sekalian,

Seperti yang dikatakan oleh Samuel Johnson, masyarakat tidak boleh wujud hanya melalui hasil daripada timbal balas sikap bertolak ansur dan begitulah caranya bagaimana Malaysia yang moden, yang mempunyai rakyat pelbagai kaum, pelbagai agama dan pelbagai budaya, bukan saja boleh wujud, tetapi juga boleh maju dan berkembang. Jauh daripada menggalakkan "budaya yang berbeza menjalani kehidupan secara berasingan, berasingan daripada satu sama lain dan berasingan daripada arus perdana", integrasi dan keterangkuman yang sentiasa menjadi amalan Malaysia, menjadi kunci bagi negara kami untuk mencapai kejayaan.

Sekiranya pendirian saya ini dianggap sesuatu yang idealistik, ia memang sebenarnya sesuatu yang idealistik. Ramai cendekiawan Islam tersohor sedang memikirkan bagaimana Islam, dengan pandangan agama, budaya, politik, etika dan ekonominya boleh membantu menyelesaikan sesetengah daripada cabaran besar yang kita hadapi sekarang. Persoalan ini amat menarik perhatian saya -- bagaimana kesederhanaan mampu menyelesaikan masalah sikap pelampau dan lebih penting, bagaimana ia boleh membantu kita melepaskan diri daripada cengkaman krisis ekonomi global.

Bukannya satu kebetulan bahawa institusi-institusi yang merumuskan prinsip-prinsip Islam berjaya mengharungi krisis ekonomi terburuk. Kewangan Islam mementingkan hak orang ramai daripada keuntungan individu. Dan mungkin amat bernilai untuk mengetahui bahawa bank Islam tidak dibenarkan untuk membelanjakan dan meminjamkan wang pada jumlah yang lebih banyak daripada apa yang berada dalam tangannya.

Dunia Islam sudah pun menunjukkan yang ia mampu menjadi kuasa ekonomi. Malaysia ialah peneraju kewangan Islam di dunia. Malaysia juga peneraju di dunia dalam pengeluaran sukuk atau bon Islam dengan 60 peratus daripadanya berasal dari Malaysia.

Potensi besar kewangan Islam bukan sukar untuk dilihat. Terdapat lebih daripada satu setengah bilion umat Islam tinggal di negara di seluruh dunia. Terdapat lebih daripada 400 bank Islam di lebih 50 negara, termasuk di sini di United Kingdom.

Dalam hubungan ini, saya percaya kita patut melihat secara dekat mengenai bagaimana struktur kewangan Islam boleh membantu kemunculan ciri baru ekonomi global. Sebenarnya, kewangan Islam menawarkan kesederhanaan dan ketelusan. Berbanding dengan ketamakan, kewangan Islam menawarkan kesamarataan.

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

Kesederhanaan bukannya konsep yang asing kepada manusia. Begitu juga ia bukan bersifat teori saja. Ia merupakan prinsip kehidupan sebenar yang dapat diteladani daripada peribadi mulia Nabi Muhammad (SAW) selepas bertahun-tahun dihina, dikecam dan ditindas oleh kaum Quraisy jahiliah, beliau memulakan pemerintahan di Makkah kemudiannya, dengan penuh bermaruah, bersikap pemaaf dan penuh kasih sayang.

Kesederhanaan juga boleh dilihat daripada peribadi Nelson Mandela yang selepas dipenjarakan selama 27 tahun, 18 tahun daripadanya dikurung dalam sel seluas lapan kaki kali lapan kaki, hanya dibenarkan menerima sepucuk surat dan seorang pelawat setiap enam bulan. Selepas beliau dibebaskan dan apabila ditanya oleh wartawan Sir David Frost "bagaimana anda mengharunginya selama 28 tahun, anda dikurung secara salah dan anda tidak berasa marah dan kecewa?" Mandela menjawab "David, saya ingin sekali untuk berasa marah dan kecewa, tetapi tidak ada masa untuk berasa marah dan kecewa. Ada kerja yang perlu dibuat...".

Dalam ucapan sulungnya sebagai Presiden pada 1994, Nelson Mandela membuat seruan yang amat mengesankan: "Let there be justice for all. Let there be peace for all. Let there be work, bread, water and salt for all. Let each know that for each body, the mind and the soul have been freed to fulfil themselves."

(Pastikan keadilan untuk semua. Pastikan keamanan untuk semua. Pastikan ada peluang kerja dan makanan untuk semua. Pastikan setiap orang mempunyai kebebasan untuk mencapai impian masing-masing)
Kesederhanaan peribadinya dan kepimpinannya terbukti apabila tiada tindakan balas dendam berdarah di Afrika Selatan bagi semua kekejaman dan ketidakadilan terhadap majoriti kaum kulit hitam semasa rejim aparteid.

Begitu juga, kesederhanaan ditonjolkan dalam diri Mahatma Gandhi, bapa kepada perjuangan tanpa keganasan, yang memerdekakan negara menerusi kepercayaannya bahawa semuanya boleh dicapai menerusi kebaikan.

Kesederhanaan juga dicerminkan dalam perjuangan Reverend Martin Luther King Jr. Dalam impiannya untuk kesamarataan di kalangan semua rakyat Amerika, beliau mencontohi pegangan Ghandi untuk tidak melakukan keganasan dalam perjuangannya dengan enggan meletakkan dirinya pada tahap serendah lawannya.

Dalam kes di United Kingdom, mari kita imbas kembali pada zaman gelap di Utara Ireland. Berpandukan Perjanjian Good Friday, kumpulan ekstremis daripada kedua-dua pihak cuba menjerumuskan negara itu ke kancah keganasan. Tetapi sebahagian besar puak sederhana, daripada puak nasionalis dan yang setia kepada negara, berpadu tenaga dan suara dengan tegas menyatakan "tidak".

Tidak, mereka tidak mahu kembali ke kancah peperangan.

Tidak, mereka tidak bersedia untuk mengorbankan kemakmuran dan keamanan yang sedang dikecapi.

Tidak, mereka tidak rela membiarkan tindakan jahat segelintir manusia menentukan nasib seluruh masyarakat.

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

Edmund Burke, ahli falsafah, dipetik sebagai berkata: "all that is necessary for the triumph of evil is that good men do nothing." Pilihan kita adalah jelas. Marilah kita sama-sama bertindak demi masa depan keadilan, kebebasan, harapan, ihsan dan semangat muhibah demi anak-anak kita atau ia akan digantikan dengan masa depan yang dipenuhi ketidakadilan, kezaliman, tiada harapan, kekejaman dan kebencian. Kerana jurang sebenar bukanlah di antara Timur dan Barat, atau antara negara maju dan membangun atau malahan di antara Islam dan bukan Islam. Ia adalah antara golongan sederhana dan ekstremis daripada semua agama. Bersama-samalah kita mengamalkan kesederhanaan sebagai cara terbaik untuk bertindak dan cara terbaik untuk maju ke hadapan. Terima Kasih. - BERNAMA

KENAPA KITA TIDAK GANYANG SUARA KEADILAN,HARAKAH DAN ROKET ?

Posted: 20 May 2011 08:22 PM PDT


Assalamualaikum kepada pencinta akhbar Utusan Malaysia. Pertama-tamanya penulis nak ucapkan terima kasih dan salam perjuangan kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Pemuda UMNO, Pertubuhan Kebajikan & Dakwah Islamiah (PERKIDA), Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris)dan Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) atas inisiatif mereka berkumpul untuk mempertahankan Utusan Malaysia.

Perhimpunan bagi menyokong akhbar tersebut diadakan selepas Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyatakan hasrat mengadakan demontrasi memprotes akhabr itu di hadapan Ibu Pejabat Utusan Melayu (M) Berhad di Chan Sow Lin, Jalan Sungai Besi.

Bagaimanapun, cadangan untuk berdemontrasi yang diuar-uarkan oleh AMK dipercepatkan labih awal iaitu pukul 10 pagi sebelum ia kemudiannya dibatalkan terus pada saat-saat akhir.

TERIMA KASIH PDRM.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, perhimpunan dan perarakan yang berlangsung dalam tempoh setengah jam tersebut berakhir pada pukul 3.10 petang.

"Polis mula melakukan kawalan di Ibu Pejabat Utusan Melayu pada pukul 10 pagi dan terpaksa menutup jalan hadapan pejabat berkenaan kerana bimbang berlaku kesesakan.

"Perhimpunan tersebut dapat dikawal dengan baik sebelum kesemua peserta bersurai pada pukul 3.10 petang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, tiada sebarang kekecohan berlaku dalam tempoh perhimpunan tersebut.



"Setelah sekian lama Utusan Malaysia memperjuangkan hak Melayu dan Islam, ia tidak perlu lari daripada asas perjuangan itu semata-mata kerana ditentang boneka DAP. Perkasa beri amaran kepada Angkatan Muda Keadilan (AMK) agar tidak lagi menyerang atau mengutuk institusi Melayu yang telah lama berjuang untuk agama dan bangsa".


"Kami wajib mempertahankan Utusan Malaysia kerana ia adalah wadah perjuangan bangsa yang wujud sebelum merdeka. AMK atau sesiapa saja, jangan jolok sarang tebuan. Setelah bersikap kuarang ajar di masjid dan mahkammah, mereka mahu sentuh pula hak dan suara orang Melayu.

MEMORANDUM PEMUDA UMNO DAN PERKASA.


"Untukmu Utusan Malaysia'"Andainya Malaysia-kini hadiahkan potret berbingkai berlian, Biarpun The Malaysiaan Insider dan The Star menjanjikan cerita syurga, Mahupun akhbar Cina bersujud menghulur emas dan intan, Namun hanya Utusan Malaysia sahaja yang PERKASA percaya. />

Dato Hj Rosol B Wahid

Posted: 21 May 2011 07:06 AM PDT

Dato Hj Rosol B Wahid


Selamat Hari Guru 2011

Posted: 20 May 2011 11:17 PM PDT

Salam bloggers. Dikesempatan yang mulia ini, tidak terlambat lagi untuk saya mengambil kesempatan untuk mengucap "Selamat Hari Guru" kepada guru-guru di Malaysia amnya dan khususnya kepada warga pendidik di Terengganu Darul Iman. Teristimewa buat cikgu-cikgu yang pernah mengajar saya dari tidak kenal huruf sehingga terpilih mewakili rakyat. Ianya bermula dari seorang cikgu yang tabah, sabah dan jujur mendidik.

Tanpa cikgu, saya mungkin tidak mengecapi apa nikmat yang saya perolehi sehingga ke hari ini. Terima kasih cikgu. Maaflah, bukan saya tidak mahu sebut satu persatu nama-nama cikgu yang pernah ngajar saya, tp terlalu banyak. Bagi menggelak ada cikgu-cikgu tersinggung, elok rasanya saya ucapkan secara umum.

Saya ucap terima kasih pada cikgu, walaupun hukuman rotan dan denda itu menjadi perkara biasa sewaktu dibangku sekolah. Tapi hukuman itu memberi pengajaran yang berguna kepada saya. Hukuman bukanlah menandakan cikgu itu benci dan tidak suka kepada pelajar, hukuman adalah memberi pengajaran agar di masa depan perkara yang salah tidak diulangi lagi.

Saya juga mendapat ucapan "selamat hari guru" dari bekas pelajar-pelajar saya dan rakan-rakan. Saya pun berasal dari seorang guru sebelum menceburi diri dalam dunia politik. Guru dan politik adalah sinonim bagi saya. Guru pun melibat masyarakat dan politik juga melibat masyarakat. Pada awal penglibatan saya dalam dunia politik 1999, saya tidaklah berasa kekok dan kaku dengan jawatan sebagai YB. Walaupun ketika itu, saya pertama kali dicalonkan. Difikiran saya, saya akan membawa isu-isu rakyat di kawasan Ajil ke pihak Kerajaan. Namun, Allah swt maha mengetahui dan maha mengatur di atas apa yang berlaku. Saya menang dan negeri tumbang kepada pembangkang iaitu PAS.

Itulah kenangan yang tidak dapat saya lupakan dalam hidup saya. Perit dan pedih apabila menjadi YB pembangkang. Segala luahan rakyat dan masalah rakyat sukar untuk dibawa ke tengah. Lebih-lebih lagi perbezaan idealogi dan fahaman politik. Tapi, diatas sokongan rakan-rakan dan rakyat di kawasan saya, saya dapat melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi dan kemampuan sebagai YB pembangkang. Terima kasih juga kepada Y.Bhg Dato'Bakar, Dato'Rashid Ngah dan YBM Dato'Tg Putera. Kami berempat menjadi YB yang mewakili UMNO Terengganu sewaktu Terengganu mengalami zaman gerhana.

Berbalik kepada profesion guru. Kini, Profesion perguruan mendapat sambutan hangat dari rakyat Malaysia. Saya diberitahu rakan yang berkerja di Kementerian Pelajaran Malaysia, bilangan guru untuk diisi bagi program kursus lepasan ijazah (KPLI) hanya 2000 tempat sahaja setahun, namun bilangan yang memohon berjumlah 60 000. Itu jumlah yang luar biasa. Bermakna profesion sebagai cikgu adalah profesion yang orang terengganu kata " high class". Namun sejauh manakah, profesion guru hari ini memiliki jati diri seperti guru yang zaman-zaman dahulu. Sanggup berkorban jiwa dan raga demi menjunjung satu prinsip "ibarat sebatang lilin yang sanggup membakar diri demi menerangi orang lain".

Sekiranya, guru hari sanggup menjunjung prinsip tersebut. Pihak KPM tidak pening kepala untuk melayani karenah segelintir cikgu-cikgu yang tidak sanggup ditempatkan di kawasan pendalaman Sabah & Sarawak dan juga kawasan hulu-hulu. Namun, pihak kerajaan menyediakan elaun yg setimpal dengan kawasan. Saya difahamkan elaunnya RM1500,RM1000 dan RM500 berdasarkan kepada kawasan.

Tetapi, saya nasihatkan kepada bakal-bakal guru. Junjunglah prinsip tersebut. Jangan kita berebut-rebut untuk menjadi cikgu disebabkan kerja guru orang kata, kerja sekerap hari. Cuti banyak dan gaji boleh tahan. Itu bukan yang kita inginkan. Biarlah lahir dalam diri sikap jujur, ikhlas dan amanah untuk mendidik anak bangsa. Ingat, profesion guru adalah mulia disisi Islam.

Pohon nyior tegak berdiri
Ditanam mari tepi rumah
Ilmu di dunia terus dicari
Jasa guru dilupa jangan.

Tenkiu cikgu.

Tiada ulasan:

Pengikut