Pakatan Rakyat |
Posted: 22 May 2011 03:47 PM PDT | Anwar: Bagaimana PERKASA tahu kereta disabotaj? Posted: 22 May 2011 05:11 AM PDT Salhan K Ahmad & Aidila Razak Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikaikan bagaimana Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dapat mengetahui mengenai kerosakan yang berlaku kereta yang dinaiki anggota keluarganya – berbulan-bulan sebelum insiden berkenaan berlaku. Anwar berkata, PERKASA perlu menjelaskan laporan polis yang Ketua pembangkang itu berkata, PERKASA kini perlu tampil dengan penjelasan ekoran ancaman yang diterima oleh isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail dan juga anaknya Nurul Izzah. Dalam temubual dengan Malaysiakini minggu lalu, Anwar bagaimanapun berkata, beliau tidak menuduh PERKASA sebagai pihak yang bertanggungjawab ke atas dakwaan sabotaj berkenaan. Isnin lalu, bekas ketua pemuda PERKASA, Armand Azha Abu Hanifah pula ketika dihubungi berkata beliau membuat laporan Armand juga berkata, PKR didakwa berbuat demikian bagi membolehkan Anwar – yang diperintah oleh mahkamah supaya membela diri berhubung kes Liwat II – dibawa keluar ke negara lain bagi mendapatkan suaka politik. Armand yang juga ketua penerangan pemuda Umno Petaling Jaya Utara turut menggesa supaya pasport Anwar dserahkan kepada mahkamah. Kata Armand lagi, beliau bimbang sekiranya Anwar akan menjadi dalang kepada mobilisasi massa dan keadaan huru-hara. Anwar bagaimanapun berkata, beliau tidak ingin memberi reaksi kepada dakwaan yang ditimbulkan PERKASA itu kerana tidak ingin menguatkan lagi dakwan berkenaan. Tambahnya, beliau tidak ingin membangkitkan perkara itu sebelum ini sehinggalah diberitahu bahawa kerosakan pada kenderaan Mercedes itu hanya akan berlaku jika sengaja dibuat oleh seseorang. Anwar berkata, sekiranya dakwaan itu melibatkan elemen jenayah, polis perlu menyiasat dan tidak menutup perkara itu. | Chor: Rumah anak yatim diroboh jika tidak selamat Posted: 22 May 2011 05:09 AM PDT Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat, iaitu lokasi kejadian tanah runtuh yang telah meragut 16 nyawa, akan dirobohkan sekiranya penilaian mendapati ia tidak selamat diduduki, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Chor Chee Heung. Beliau berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) akan menjalankan siasatan daripada pelbagai aspek bagi menentukan sama ada lokasi penempatan rumah kebajikan itu sesuai diduduki. "Sama ada rumah ini selamat atau tidak, kita akan serahkan pada JKR untuk buat siasatan lanjut dan teknikal dan jika didapati tidak selamat, majlis (Majlis Perbandaran Kajang) akan ambil tindakan untuk runtuhkan rumah ini," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian hari ini, lapor Bernama. Dalam kejadian tanah runtuh kira-kira 2.30 petang semalam, seramai 25 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan rumah anak yatim itu tertimbus dalam runtuhan tanah. Enam belas orang terkorban dalam tragedi tersebut manakala sembilan lagi yang turut terperangkap dalam runtuhan itu selamat. Chor berkata rumah itu telah dibina lebih 10 tahun lepas dan ia merupakan tapak pertanian dan bendang. "Pada masa dulu, MPKj (Majlis Perbandaran Kajang) tidak sampai ke tempat ini, jadi tidak boleh salahkan penduduk yang bina rumah dekat sini. Tuan tanah berhak untuk bina rumah sendiri untuk keluarga sendiri, ia tidak salah. "Namun pada masa ini, kalau ada tuan-tuan tanah yang ingin bina rumah, mereka harus kemukakan permohonan kepada MPKj," katanya. Chor menjelaskan bahawa tiada tindakan boleh diambil ke atas mana-mana pihak kerana rumah tersebut telah dibina lebih 10 tahun. "Kita tidak boleh ambil tindakan kerana pada masa itu tiada syarat permohonan perlu dikemukakan pada majlis. Masa itu tidak perlu, sekarang lain," katanya. Beliau berkata kementerian telah mengeluarkan surat pekeliling kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara pada tahun lepas tentang justikasi atau kawalan PBT mengenai perancangan pembinaan rumah berhampiran lereng bukit dimana arkitek perlu mematuhi syarat dengan mengemukakan strategi kejuruteraan pencemaran. Sekiranya tanpa syarat kejuruteraan pencemaran, rumah yang dibina perlulah jaraknya dua kali dari ketinggian bukit, katanya. "Contohnya katalah bukit itu 100 kaki, jaraknya kena 200 kaki, baru boleh buat rumah" katanya. | Posted: 22 May 2011 05:04 AM PDT
| 15k sertai majlis Ipon 10k Pemuda Posted: 22 May 2011 05:02 AM PDT
| Mahfuz sah pertahan jawatan Naib Presiden PAS Posted: 22 May 2011 04:59 AM PDT
| Zeti untuk IMF: Cadangan PAS dapat sokongan DAP Posted: 22 May 2011 04:19 AM PDT
| Video seks: Proses mahkamah akan dedah semua, kata Hisham Posted: 22 May 2011 04:09 AM PDT KUALA LUMPUR— Kebenaran mengenai rakaman video seks yang didakwa melibatkan seorang lelaki mirip pemimpin Pakatan Rakyat, yang didedahkan oleh "Datuk T" Mac lalu, akan terdedah sepenuhnya apabila kes itu dibawa ke mahkamah, kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Menteri Dalam Negeri itu berkata, proses mahkamah akan mendedahkan segala-galanya mengenai rakaman itu termasuk sama ada ia rakaman tulen serta siapa yang melakukannya. Naib Presiden Umno itu berkata, walaupun pihak yang didakwa adalah orang yang mendedahkannya, butir-butir rakaman itu masih tetap perlu dibangkitkan dalam keterangan yang dikemukakan di mahkamah. "Tidak perlu bimbang kerana orang ramai akhirnya akan tahu segala-galanya termasuk siapa pelakunya," kata beliau dipetik lapor akhbar tempatan hari ini. "Oleh itu, saya minta semua pihak agar jangan mengikut emosi, sebaliknya bersikap rasional serta bersabar kerana melalui pengalaman lalu, kebenaran mengenai sesuatu perkara itu sering tenggelam akibat putar belit yang memberikan persepsi yang tidak betul," katanya dalam laporan Mingguan Malaysia. Hishammuddin mengulas desakan pelbagai pihak yang meminta identiti pelaku lelaki dalam rakaman video seks yang dikatakan mirip pemimpin pembangkang didedahkan kepada orang ramai. Sehingga kini, polis enggan mendedahkan identiti tersebut atas alasan tiada keperluan berbuat demikian. Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkali-kali menegaskan pihaknya tidak akan mendedahkan identiti si pelaku dalam rakaman itu. Kata Hishammuddin, selain siasatan terhadap pihak yang mendedahkan rakaman itu, siasatan juga dibuat terhadap laporan polis oleh pihak yang mendakwa lelaki dalam video itu bukan dirinya. "Berbohong dalam laporan polis juga adalah satu kesalahan di sisi undang-undang," ujarnya. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam laporan polisnya pada 22 Mac lalu menafikan lelaki dalam video seks yang tersebar itu adalah beliau. Hishammuddin turut mempertahankan keengganan polis mendedahkan pelaku rakaman video seks itu kerana pasukan itu bukan pihak yang sepatutnya berbuat demikian. | Tanah runtuh: Kerajaan Pulau Pinang hulur bantuan Posted: 22 May 2011 04:08 AM PDT Seramai 16 kanak-kanak maut dalam tragedi itu dan sembilan selamat dengan kecederaan. Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, malapetaka itu amat menyayat hati dan telah menyentuh hati semua rakyat Malaysia tanpa kira kaum dan agama, yang penuh simpati dan sedih atas nasib malang dialami mangsa. Katanya, sungguhpun wang tidak seberapa, ia adalah sokongan moral untuk memberi semangat kepada keluarga mangsa yang maut dan untuk mereka yang terselamat meneruskan kehidupan mereka dengan tabah. Beliau yang juga setiausaha agung DAP berkata partinya juga mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang maut dalam tragedi itu. "DAP juga ingin ucapkan terima kasih kepada pasukan penyelamat dan pihak polis yang bertungkus-lumus menjalankan kerja mencari dan menyelamat mangsa-mangsa dengan penuh dedikasi," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Kata beliau, DAP menyerahkan kepada pihak berkuasa berkenaan untuk mengambil tindakan sewajarnya untuk memastikan tragedi semalam dapatlah dielakkan. | Kesemua 16 jenazah tragedi tanah runtuh dibawa keluar HKL Posted: 22 May 2011 04:05 AM PDT TERKINI Oleh Syed Mu'az Syed Putra, Latifah Kasmuri Dan Zulaikha Zulkifli KUALA LUMPUR— Kesemua 16 mangsa yang terbunuh dalam tragedi tanah runtuh di Hulu Langat semalam telah dibawa keluar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas dibedah siasat untuk tujuan pengebumian.The Malaysian Insider difahamkan seawal pukul 6.30 pagi lagi, keluarga mangsa telah berkumpul di pekarangan Jabatan Forensik HKL. Setakat pukul 10.40 pagi tadi, tiga jenazah telah dibawa ke kawasan Pantai Dalam di sini manakala lima lagi ke Hulu Langat, masing-masing seorang mangsa ke Kelantan, Ipoh, Temerloh dan Batu Caves. Dua lagi dibawa ke kawasan Dengkil untuk dikebumikan. Salah seorang ibu mangsa yang terkorban, Intan Anisah Alang, 40, berkata jenazah anak dan anak saudaranya telah dibawa ke Tanah Perkuburan Jenderam Hilir, Dengkil dekat sini. Kedua-dua mangsa itu ialah Muhammad Reizman Abdul Latif, 9, dan sepupunya Muhammad Kamarul Amizan Johari atau Boboy, 11. "Anak saya bersama sepupunya Boboy akan dikebumikan di tanah perkuburan di Masjid Batu 14 bersama lima yang lain," katanya. Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut kerana masih sedih dengan kematian anak dan anak saudaranya. Sementara itu, setakat pukul 12.05 tengah hari tadi, menurut salah seorang tenaga pengajar madrasah itu, dua lagi mangsa korban, Mohd Dzahier Haziq Mohd Muin dan Mohd Hazim Sapri dibawa ke tanah perkuburan Masjid Batu 14, Hulu Langat untuk dikebumikan bersama lima yang lain. Dalam pada itu, pengasas madrasah tersebut, Ahmad Latif, 45, berkata, beliau masih sedih dengan kejadian tersebut dan akan memberi kenyataan selepas semua urusan pengebumian selesai. "Saya sekarang tengah bersedih lagi. Tunggu semua sudah selesai, saya akan bagi kenyataan," ujarnya. Sementara itu, ibu mangsa, Zaliah Abdullah, 45, berkata, Haziq merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik tidak menunjukkan sebarang tanda sebelum "pergi". "Hari terakhir saya berjumpa Haziq hari Jumaat, sehari sebelum kejadian. "Dia kelihatan seperti biasa dan tidak menunjukkan sebarang perubahan," kata beliau ketika ditemui The Malaysian Insider di pekarangan HKL. Zaliah berkata lagi, Haziq memperoleh 5A dalam peperiksaan SPM baru-baru ini. "Anak saya bercita-cita menjadi seorang doktor. Dia mendapat dua tawaran. Tetapi disebabkan mahu menjadi doktor, dia telah memilih untuk sambung belajar di kolej matrikulasi Perak, Gopeng. "Namun, cita-citanya tidak kesampaian apabila terlibat dalam kejadian tanah runtuh," ujarnya. Zaliah turut berkata, Haziq sering ke Madrasah Al-Taqwa untuk mengaji al-Quran. Katanya, setiap Sabtu Haziq akan ke madrasah tersebut untuk belajar al-Quran bersama kawan-kawannya. Dalam pada itu, tujuh daripada 16 mangsa tanah runtuh akan dikebumikan dalam satu liang lahad. Kesemua jenazah akan disembahyangkan di Masjid Sultan Hishammudin Alam Shah, Batu 14 sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Dusun Nanding, dijangka selepas solat Zohor. Pekarangan masjid dibanjiri ahli keluarga mangsa, pemimpin dan juga penduduk tempatan. Mereka yang akan dikebumikan ialah Haziq, Mohd Hazim, Mohd Azrel Azahari, 8; Wan Ahmad Hasril Hazim, 19; Mohd Mustakim Mamat, 12, Mohd Zaim Azahawi, 14, dan Mohd Imal Fahad, 9. | Tanah runtuh: Kerajaan akan bina semula rumah anak yatim, kata Najib Posted: 22 May 2011 04:01 AM PDT Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, 16 kanak-kanak terkorban dan sembilan yang lain cedera. "Saya amat sedih atas malapetaka yang berlaku. "Tragedi itu menyayat hati dan saya, isteri dan keluarga turut merasa sedih atas apa yang berlaku," kata beliau dipetik media hari ini. Sambil mengucapkan rasa simpati beliau dan keluarga kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam kejadian itu, Najib yang dipetik Bernama berkata beliau sudah meminta pihak yang berkenaan menyiasat punca kejadian itu. Najib yang berada di sini untuk lawatan kerja ke Amerika Syarikat sejak 17 Mei lalu berkata, kerajaan akan membina semula rumah anak-anak yatim itu dan membina semula kehidupan mereka yang terselamat. Katanya, kerajaan juga akan memberi sumbangan kepada mangsa kejadian itu. "Mudah-mudahan sumbangan daripada kerajaan ini akan dapat membantu meringankan beban dan rasa pilu mereka. "Saya percaya isteri saya melalui Bakti dan Kasih akan memberi sumbangan kepada mereka yang mengalami kehilangan nyawa dan cedera," katanya. Najib berkata, beliau dan Rosmah akan melawat tempat kejadian sebaik tiba di tanah air Selasa ini untuk bertemu mangsa dan keluarga mereka serta pihak pengurusan rumah dan sudah meminta pegawainya menjadualkan semula tugas harian beliau pada hari itu. Katanya, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah melawat tempat kejadian semalam. Rosmah berkata, beliau sudah menghubungi pihak Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar, supaya memaklumkan kepada Badan Amal dan Kasih Negeri Selangor untuk pergi melihat keluarga mangsa kejadian itu. "Saya juga sudah mengarahkan Bendahari Bakti, Datuk Lee Sun Loo, menyediakan sumbangan kepada keluarga mereka yang terkorban dan cedera," katanya yang menyampaikan takziah kepada keluarga mangsa melalui satu temu bual secara langsung dengan Radio24 malam tadi sebaik sahaja membaca berita kejadian tersebut melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Rosmah berkata, sebagai seorang ibu, beliau merasa amat pilu dengan kejadian itu. "Saya juga dimaklumkan ada 70 kanak-kanak yang dihantar ke sana untuk menjalani program Teaching in English dan ada di antara mereka yang terbabit dengan kejadian itu," katanya. | Tanah Runtuh Kajang : Senarai Nama Mangsa Posted: 22 May 2011 03:54 AM PDT TVS NEWS KAJANG : Berikut adalah senarai nama 25 mangsa yang terlibat dalam tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat dekat sini. Sehingga pukul 5.30 pagi ini, kesemua mangsa yang tertimbus telah dikeluarkan oleh pasukan mencari dan menyelamat dengan 16 daripadanya terkorban Operasi yang bermula pukul 2.45 petang semalam berakhir kira-kira 5.30 pagi ini dengan penemuan mangsa terakhir pada pukul 5.05 pagi. Operasi mencari dan menyelamat dihentikan setakat ini dan akan disambung pada 8 pagi ini bagi membuat gerakan terakhir untuk memastikan tidak ada lagi Senarai nama mangsa : 1) Azrel, 8, Sembilan yang terselamat: 1) Khairul, 9, * umur tidak diketahui | Mahfuz Gesa Najib Minta Maaf Label Rakyat 'Ketagih Subsidi' Posted: 22 May 2011 03:50 AM PDT TVS NEWS KUALA LUMPUR : PAS mendakwa pentadbiran Najib mengalih beban akibat defisit fiskal ke atas bahu rakyat dengan memotong subsidi ke atas barang-barang keperluan asas. Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, Putrajaya tidak mampu mencari jalan untuk memotong perbelanjaannya tetapi rakyat pulai terpaksa "membayar subsidi kepada kerajaan untuk membayar hutangnya." "Ini sebuah kerajaan yang lemah, yang tidak boleh mengurangkan defisitnya tanpa membebankan rakyat," kata beliau pada sidang media di sini hari ini. Tambah beliau, kerajaan kini mengambil wang daripada saku rakyat untuk membayar defisitnya. Meskipun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka memanggil pilihan raya tergempar tahun ini, kerajaan Barisan Nasional (BN) mahu meneruskan langkah pemotongan subsidi bagi mengurangkan beban subsidi yang dijangka mencecah RM21 bilion tahun ini. Mahfuz juga mengkriitk Najib kerana menggambarkan subsidi sebagai "candu" ketika bercakap di depan khalayak luar negara. "Beliau memberitahu komuniti antarabangsa bahawa rakyat Malaysia ketagih subsidi. Ini satu penghinaan dan beliau seharusnya menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf," kata beliau. Dalam satu kenyataan di London 16 Mei lalu, Najib berkata, subsidi bahan api ibarat "candu" kepada ekonomi Malaysia dan perlu dikurangkan secara berperingkat-peringkat untuk mengawal defisit bajet. Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, pentadbirannya telah memperuntukkan subsidi bernilai RM11 bilion tahun ini tetapi paras itu telah mengalami kenaikan, sehingga mencecah RM18 bilion ekoran harga minyak mentah antarabangsa yang begitu tinggi. "Subsidi, pada keseluruhannya, seperti candu. Sekali anda ambil candu sukar untuk mengikis tabiat buruk; sekali anda memberi subsidi, sukar untuk diambilnya tanpa beberapa kos politik," kata beliau. Pada Mac lalu, Najib berkata, beliau berkomited untuk memotong subsidi jangka panjang dan penjimatan seharusnya disasarkan untuk membantu rakyat berpendapatan rendah dan pertengahan. "Pengurusan ekonomi yang baik dan makro membolehkan anda mengurangkan subsidi secara berperingkat-peringkat. "Maka, anda membolehkan faktor pasaran untuk memperuntukkan sumber-sumber dengan berkesan," katanya lagi. Dipetik laporan Reuters, Najib berkata, keperluan untuk menarik balik subsidi secara berperingkat-peringkat perlu diseimbangkan dengan keperluan Malaysia untuk mengurangkan defisit bajet. Kerajaan meletakkan sasaran untuk mengurangkan defisit sehingga 5.4 peratus tahun ini berbanding 5.6 peratus sebelum ini, kemudian sehingga 2.8 peratus menjelang 2015. Minggu lalu, Pemuda Umno mendesak agar Putrajaya tidak menaikkan harga petrol RON95, sebaliknya mahu kerajaan mencari jalan ke arah penjimatan bestari dan penerokaaan usaha bagi meningkatkan nilai aset dan hasil dilaksanakan terlebih dahulu demi kebajikan rakyat. Harga RON97 telah mengalami kenaikan 20 sen seliter awal bulan lalu. Harga gula pula naik 20 sen sekilogram berkuat kuasa dua minggu lalu. Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena itu menambah, subsidi kepada barang-barang keperluan asas seperti minyak dan gula tidak seharusnya dilihat sebagai herot-benyot kepada pasaran, sebaliknya ia "tanggungjawab kerajaan untuk mengurangkan beban orang ramai." "Ia satu mekanisme bagi pengagihan kekayaan. Kerajaan harus mengurangkan perbelanjaannya sendiri daripada menarik balik hak rakyat," kata beliau lagi. Semalam, Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Donald Lim berkata kerajaan telah mengarahkan semua jabatan kerajaan agar memotong perbelanjaan ekoran peningkatan kos. -The Malaysian Insider | Sembilan Yang Terselamat Insiden Tanah Runtuh Stabil Posted: 22 May 2011 03:48 AM PDT BERNAMA KUALA LUMPUR : Semua sembilan orang yang terselamat dalam kejadian tanah runtuh di Batu 14 Hulu Langat semalam, yang sedang dirawat di hospital, berada dalam keadaan stabil, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin. Beliau berkata enam mangsa kejadian di Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Al-Taqwa itu ditempatkan di wad khas (bencana) manakala tiga lagi di Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak diselamatkan semalam. "Tiga di ICU kini stabil, dua lagi yang berumur 13 dan 33 tahun terpaksa dipotong kaki kerana kecederaan teruk manakala seorang lagi mengalami kecederaan di kepala," katanya. Bercakap kepada pemberita selepas melawat mereka di Hospital Ampang di sini beliau berkata, semua mereka berumur antara sembilan dan 33 tahun. Sementara itu semasa merujuk kepada kesukaran wartawan mendapat maklumat tepat mengenai tragedi terutamanya ketika berlaku bencana dalam skala besar, Rosnah berkata keadaan itu berlaku disebabkan keadaan yang kelam-kabut susulan kejadian. "Pihak hospital terpaksa menumpukan perhatian dalam merawat pesakit sehingga tidak mempunyai masa untuk menyalurkan maklumat kepada wartawan," katanya dan menambah perkara itu akan diperbetulkan supaya media mendapat maklumat tepat untuk disalurkan kepada orang ramai. Kejadian tanah runtuh kira-kira pukul 2.30 petang semalam itu sehingga kini mengorbankan 16 nyawa. Seorang mangsa yang terselamat, Mohd Alauddin Shafie, 14, yang ditemui di wad khas hospital itu semasa bercerita mengenai kejadian itu berkata ia berlaku dengan pantas, semasa dia bersama tiga lagi rakannya sedang menyusun kerusi di bawah khemah berhampiran rumah itu. "Saya tengah susun kerusi, dan sedang mencari lagi rakan untuk membantu semasa saya nampak tanah dari lereng bukit jatuh menghala ke arah saya. Saya cuba berpusing tetapi pintu berhampiran tak boleh dibuka, tiba-tiba saya dihempap kerusi dan papan putih mengakibatkan tangan kiri patah," katanya. Dalam tragedi itu, Mohd Alauddin kehilangan adiknya Mohd Hazim, 10, tahun yang meninggal dunia akibat tertimbus dalam runtuhan itu. Sementara itu seorang lagi mangsa yang terselamat Muhamad Akmal Mohd Jefry, 11, ketika ditemui berkata kejadian berlaku semasa dia sedang mengemas untuk menyambut ketibaan tetamu bagi satu majlis rasmi apabila secara tiba-tiba dia melihat tanah yang datang dengan banyak secara tiba-tiba. "Saya ingatkan khemah jatuh sahaja, tapi saya dengar bunyi kuat tanah runtuh. Ketika saya tengah lari saya terjatuh, tergelincir dan terhantuk dengan dinding. Kaki saya tersepit," katanya kepada Bernama hari ini. Menurut Marliza Sulong, 43, emak Akmal yang bekerja sebagai Pembantu Tadbir di SK Bandar Tun Hussein Onn 2, doktor memberitahu beliau bahawa anaknya boleh pulang ke rumah dalam sehari dua lagi | BN Ketagih 'Candu' Keuntungan -Rafizi Ramli Posted: 22 May 2011 03:46 AM PDT Ditulis oleh Naeem Raffi SHAH ALAM : Golongan buruh dan pekerja hari ini tertindas kerana kerajaan Umno Barisan Nasional mengalami ketagihan 'candu' keuntungan hasil manipulasi terhadap golongan pekerja bagi memastikan mereka kekal hidup mewah dan senang-lenang. Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli berkata, bukan sahaja membiarkan kebajikan pekerja terbiar malah masalah yang berkaitan dengan pekerja juga sering disembunyikan kerajaan Umno-Barisan Nasional. "Perdana Menteri Najib Razak baru-baru ini melabel rakyat ketagih 'candu' subsidi, tetapi yang sebenarnya berlaku ialah golongan kroni Umno-BN inilah yang ketagihan 'candu' keuntungan berlebihan dengan cara menekan golongan pekerja,"katanya pada Kongres Buruh Berlandaskan Buku Jingga, di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor, Shah Alam, di sini hari ini. Mengulas lebih lanjut hal ini, Rafizi berkata kerajaan Umno-BN juga mengambil pendekatan lepas tangan apabila menganggap masalah pekerja bukanlah masalah kerajaan, tetapi adalah masalah pekerja semata-mata. Sambil merujuk kepada sejarah, Rafizi menjelaskan masalah pekerja di Malaysia bermula sewaktu pemerintahan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yang mementingkan golongan pemodal semata-mata. "Tun Mahathir mengambil pendekatan ini untuk melemahkan pekerja dengan memastikan golongan yang kaya ini mendapat keuntungan yang lebih, bagi mereka yang penting adalah pemilikan ekuiti. "Langkah-langkah BN yang mahu menarik pelabur menyebabkan mereka memberi jaminan dan meyakinkan pelabur bahawa gaji pekerja akan kekal rendah," kata Rafizi. Menurut Rafizi, tahap kenaikan gaji di Malaysia juga jauh lebih rendah berbanding dengan negara-negara lain di Asia. Justeru itu, Pakatan Rakyat berbekalkan kerangka ekonomi yang berteraskan konsep kesamarataan seperti yang termaktub dalam Buku Jingga, menjamin nasib rakyat akan lebih terbela sekaligus menamatkan episod keutamaan ekonomi kepada pemilik ekuiti semata-mata seperti yang dilaksanakan oleh Umno-BN. Tambahnya lagi, di bawah inisiatif Buku Jingga, kerajaan Pakatan Rakyat akan melaksanakan dasar gaji minima yang ditagih golongan pekerja sejak sekian lama bagi meningkatkan taraf hidup rakyat. "Itu yang berbeza antara kerangka ekonomi Pakatan Rakyat menerusi buku jingga dengan kerangka ekonomi yang menekan oleh Barisan Nasional. "Jaminan kita dalam Buku Jingga pada masa 5 tahun di Putrajaya, (melalui polisi gaji minima) purata pendapatan isi rumah adalah RM4,000 sebulan. Kita bukan target pemilikan ekuiti 30 peratus yang cuma 10 orang Melayu dapat," kata Rafizi. Inisiatif kedua yang akan dilakukan Pakatan Rakyat adalah merapatkan jurang gaji di antara eksekutif yang mengisi jawatan tinggi dengan golongan pekerja. Kayu ukur yang digunakan menurut Rafizi, dikenali sebagai 'pekali gaji'. Mengambil contoh di Eropah, pekali gaji yang ideal adalah lima kali sahaja, kata Rafizi. Tetapi di Malaysia, mengambil contoh gaji Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang dibayar RM425 ribu sebulan dan gaji seorang tukang paip Syabas yang hanya dibayar beberapa ratus sahaja, jurangnya adalah beratus-ratus kali ganda, kata Rafizi. Justeru, usaha merapatkan jurang ini akan menjadi agenda utama Pakatan Rakyat apabila mereka mengambil alih pemerintahan negara daripada Umno BN kelak, kata Rafizi. Forum 'Buruh Mengikut Pandangan Buku Jingga' ini, antara lain dibarisi panelis Mantan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud, Ahli Jawatankusa PAS Pusat, Mohamad Sabu dan Pengasas Zentrum Future Studies, Prof Dr.Abu Hassan Hasbullah. Sekurang-kurangnya 2,000 peserta hadir dengan baju serba jingga memenuhi ruang dewan. | Tarik Pelabur Asing : Najib Hidup Dalam "Khayalan" Kata Anwar Posted: 22 May 2011 03:43 AM PDT Ditulis oleh Hadri Yaziz PETALING JAYA : Usaha Perdana Menteri Najib Razak mencanang Malaysia sebagai destinasi utama pelaburan kepada masyarakat koperat di Amerika Syarikat baru-baru ini adalah berasaskan "khayalan" pemimpin itu semata-mata, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hakikat adalah Malaysia jauh ketinggalan berbanding jiran seperti Filipina, Indonesia dan Thailand dari segi menarik pelaburan asing langsung (FDI), akibat dasar-dasar Umno-BN mementingkan juak-juak tertentu, kata Anwar kepada TvSelangor. "(Perbuatan Najib melobi di AS) seolah-olah hidup dalam khayalan. Dia terpenjara dengan kerana juak-juak memuji demi keuntungan mereka," jelas Ketua Pembangkang itu. "Pelaburan asing kurang. Kalau dibandingkan dengan Filipina, Indonesia dan Thailand kita semakin teruk. Ini tidak dibahaskan," ujar Anwar. Anwar berkata Najib tersasar merungkai sentimen pelabur, yang menurutnya, menilai kejayaan sesebuah negara berasaskan keprihatinan kerajaan dalam membela rakyatnya. "Politik, pentadbiran (negara) akhirnya diukur dari keupayaan untuk meringankan beban rakyat. Atau dalam istilah lain kepedulian terhadap permasalahan rakyat. Apa yang berlaku sekarang...harga barang meningkat, subsidi diturunkan... itu mengelirukan kerana untuk kelompok kaya, subsidi diteruskan tapi untuk rakyat miskin dikurangkan," kata beliau. Ekonomi Malaysia hanya berkembang sekitar 4.6 peratus pada suku pertama tahun ini berbanding lebih 10 peratus tempoh sama tahun lalu. Laporan terbaru Institut Pengurusan Pembangunan Antarabangsa (IMD) menunjukkan tahap saingan ekonomi Malaysia jatuh ke tangga 16 berbanding dengan 10 sebelum ini. Pada masa sama harga barangan keperluan rakyat naik dengan kadar yang jauh lebih tinggi daripada paras kenaikan gaji, dan memburukan lagi tahap inflasi di negara ini. Anwar sebelum ini memberi amaran harga barangan seperti gula dan petrol akan naik sehingga 30 peratus akhir tahun ini, berbanding kadar harga lima tahun lalu, jika Umno-BN terus memotong subsidi sebagai cara pantas mengekang defisit belanjawan. Di sebalik keadaan suram ini di tanah air, Najib berlepas ke Washington awal minggu ini untuk menarik pelabur Amerika Syarikat dengan mencanang slogan 1Malaysia dan kepelbagaian kaum yang kononnya menjadikan Kuala Lumpur pilihan utama pelabur. Anwar berkata cubaan Najib untuk memberi gambaran bahawa Malaysia bebas daripada pertikaian aspek agama dan perkauman tidak menggambarkan senario sebenar. Dalam temuramah khas Tv Selangor bersama bekas Menteri Kewangan itu, beliau terus mempersoal kewibawaan kerajaan Umno-BN untuk menjawab persoalan rakyat berhubung saham ekuiti bumiputera yang lesap berjumlah RM52 bilion. Katanya, akibat usaha memenuhi kehendak segelintir elit-elit Melayu, kaum Melayu amnya dipinggirkan dari aspek sosio ekonomi. Oleh yang demikian, Anwar berpendapat pendedahan ini perlu diberi perhatian oleh setiap genap lapisan masyarakat kerana jelas kerajaan pimpinan Najib yang tidak berorientasikan rakyat. | PKR Sgor Cadang Beku Segera Projek Tepi Lereng Bukit Posted: 22 May 2011 03:41 AM PDT TVS NEWS SHAH ALAM : Parti Keadilan Rakyat Selangor menggesa kerajaan negeri untuk membekukan serta merta aktiviti berhampiran kawasan yang berstruktur lemah dan lereng bukit untuk mengelakkan kejadian tidak diingini. Ketua Penerangannya, Shuhaimi Shafie berkata, kejadian lalu haruslah dijadikan iktibar apabila beberapa tragedi menyayat hati berlaku dan banyak nyawa yang terkorban. "KEADILAN Selangor sedar, Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor telah pun mengambil inisiatif supaya kawalan lebih ketat dalam meluluskan sebarang aktiviti dan pembangunan di kawasan lereng bukit yang mempunyai potensi untuk berlakunya tanah runtuh dan bencana runtuhan,"katanya. "Namun terdapat rungutan melampau apabila ia mula dilaksanakan. Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor perlu mengambil serius isu ini kerana ia melibatkan "(Bahkan) jika dikaji memang ada kelemahan dan ketidakcekapan pentadbiran kerajaan negeri terdahulu menyebabkan banyak pembangunan yang diluluskan tanpa Negara semalam digemparkan dengan berita menyedihkan apabila 16 anak yatim termasuk seorang petugas Rumah Anak-anak yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat maut dalam runtuhan tanah kira-kira 2.30 petang semalam. Justeru beliau mewakili KEADILAN Selangor merakamkan ucapan takziah kepada keluarga seluruh tenaga pengajar dan anak-anak yatim yang terkorban dalam tragedi Beliau juga menggesa insiden sedih ini tidak dijadikan medan politik untuk berkempen. "Marilah kita berjiwa besar berganding bahu bersama Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor dan pihak keselamatan di peringkat kerajaan Persekutuan bersama- Semalam, tindakan pihak polis menyekat EXCO Kerajaan Negeri Selangor menghampiri kawasan runtuhan, pada masa sama membenarkan pimpinan Umno dan wakil Dalam keadaan bencana seperti itu, semua pihak seperti Majlis Tempatan, BOMBA, Polis, Jabatan Kerja Raya dan semua agensi milik kerajaan Negeri dan Pusat mempunyai tugas berat dan digesa berkerjasama bagi menyelamatkan mangsa dan Kerajaan Negeri punyai tanggungjawab lebih besar membantu mangsa. | Anwar : Banding Harga Minyak Dengan Negara Pengeluar Posted: 22 May 2011 03:39 AM PDT TVS NEWS KOTA BELUD : Bekas Menteri Kewangan Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat dan kerajaan membandingkan harga minyak dengan negara-negara pengeluar minyak dunia yang menurutnya jauh lebih rendah berbanding Malaysia. Beliau yakin kadar ditetapkan oleh kerajaan tidak boleh dibandingkan dengan negara yang tidak mempunyai sumber minyak seperti Singapura. Bercakap pada ceramah bersempena lawatan beliau ke negeri Sabah semalam, Anwar mengecam peranan kerajaan yang gagal memberi manfaat kepada negeri itu dan Malaysia secara keseluruhan untak menikmati keselesaan harga minyak rendah. Ini katanya berikutan kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri Najib Razak mempunyai kepentingan mengumpul dana kerajaan berbanding mengurangkan beban rakyat. "Kita kena banding minyak dengan harga pengeluar minyak. Brunei, Arab Saudi, Qatar Venezuela dan Iran. Semuanya rendah bila dibandingkan," ujar beliau. Di hadapan 500 penyokong yang hadir, beliau mengulas pengumuman kerajaan baru-baru ini menarik subsidi petrol diesel ke atas 9 jenis kenderaan komersial dengan alasan untuk mengurangkan defisit negara kepada 2.8 peratus menjelang 2015. "Habis siapa yang dapat? Umno yang bawah-bawah ini menyibuk sahaja. Saya tidak musuh dengan Umno bawahan. Kalau boleh saya mahu terangkan kepada ahli Umno ini, kalau meraka terbuka sikit minda dia tidak akan terima. Kita menang 2008 banyak ahli Umno sokong kita," katanya lagi. Anwar yang memegang jawatan Menteri Kewangan daripada tahun 1990 hingga 1998 berjaya meningkatkan kadar pertumbuhan ekonomi sebanyak lapan peratus dalam lapan tahun berturut-turut. Justeru beliau turut cemerlang dalam usaha menangani kemelesetan ekonomi serta mempertahankan kedudukan negara apabila matawang negara jatuh pada tahun 1997. Anwar berkata matlamat kerajaan Pakatan Rakyat akan menumpukan sepenuhnya kepada usaha meringankan beban rakyat di samping tidak mengabaikan kepesatan pembanggunan untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Katanya, rakyat di negeri Sabah dan Sarawak berhak menikmati hasil bumi (minyak) dengan harga yang rendah. Menurutnya pendekatan ini berbeza dengan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) melalui Petronas mengaut keuntungan berjumlah RM90 bilion setahun namun dalam masa yang sama menaikkan harga minyak domestik. "Sudah begitu banyak wang dapat tapi naikkan harga minyak. Ini tidak masuk akal. Kemudian mereka (kerajaan) kata sebab harga pasaran tinggi. Saya peduli apa harga pasaran. "Ini harga orang Sabah dan minyak keluar daripada bumi ini, kenapa mahu bebankan rakyat bumi ini. Siapa punya tanah, siapa punya minyak? Bukan kamu punya. Bahagikan, mudahkan, ringankan beban rakyat, itu matlamat kita," kata Anwar disambut sorakan penyokong. Anwar meluangkan masa dua hari melawat dan bertemu rakyat di sekitar Kota Kinabalu dan Sandakan dalam siri jelajah memberi penerangan. Turut hadir ke sesi ceramah termasuk kepimpinan tertinggi PKR negeri Sabah. Dalam pada itu Anwar dalam ucapan sama bertegas untuk tidak mengangkat pemimpin Pakatan Rakyat yang sanggup meninggalkan parti demi kepentingan peribadi. Katanya, mustahil bagi beliau sebagai Ketua Umum untuk merisikokan perjuangan tulen mengangkat martabat rakyat bersandarkan individu yang tidak berpendirian. Lantaran itu beliau menyarankan ahli-ahli parti mengukuhkan semangat perjuangan menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 nanti. Beliau mengulas tindakan A Gobalakrishnan melompat parti selepas didakwa menerima cek bernilai RM1.4 juta. "Kemudian bila lompat cakap tiada keyakinan kepada Anwar Ibrahim dan tinggalkan beliau. (lihat) Orang yang macam mana ditinggalkan. Cek dan kontrak. "Kalau tidak tinggalkan parti dan saya tahu dia berbuat begitu sedangkan saya di sini korban dengan tenaga dan kemudian mahu angkat orang begini untuk wakil kita. Bodoh saya (jika buat begitu) dan tidak layak saya memimpin kalau saya angkat orang begitu," jelas beliau lagi. | Kerajaan tidak pandai urus wang Posted: 22 May 2011 03:28 AM PDT Menurut Mahfuz pemberian subsidi merupakan cara kerajaan mengagihkan kekayaan negara kepada rakyat. KUALA LUMPUR: PAS mendakwa kerajaan menarik balik subsidi rakyat kerana mereka tidak tahu mengurus kewangan negara. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pada masa sama menyelar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berkata rakyat Malaysia penagih subsidi. "Kenyataan Najib ini menghina rakyat Malaysia kerana tanggungjawab kerajaan yang memerintah membantu mengurangkan beban rakyat. "Tetapi kepada pelabur diberi subsidi yang dipanggil insentif, pengeluar tenaga bebas (IPP) diberi subsidi," katanya dalam sidang media di pejabat agung PAS hari ini. Najib dipercayai membuat kenyataan itu ketika mengadakan lawatan ke Amerika Syarikat. Menurut Mahfuz pemberian subsidi merupakan cara kerajaan mengagihkan kekayaan negara kepada rakyat. "Akan berlaku kenaikan harga barangan apabila subsidi ditarik balik," tambahnya. Beliau mencadangkan kerajaan mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu bagi menjimatkan wang negara. Pembaziran itu menurutnya termasuk pembiayaan percutian kaki tangan kerajaan kerana mereka membawa anak isteri bersama. | Beranikah Najib sebut subsidi adalah candu kepada tauke IPP? Anwar Posted: 22 May 2011 03:22 AM PDT KEADILAN DAILY KUALA LUMPUR: "Subsidi adalah candu pada rakyat, 'tauke-tauke' besar bagaimana?"Kepada orang kampung dan rakyat miskin, kamu katakan subsidi itu candu. Tetapi, adakah Najib akan berani mengatakan perkara yang sama kepada 'tauke-tauke' besar IPP? "Ada Datuk Najib berani untuk panggil YTL, Genting Sanyen, Malakoff dan Ananda Krishnan – kamu ini ketagih 'candu? Tidak. Itulah sebabnya mereka marah sangat dan terus serang kita. Demikian antara ucapan Ketua Umum KEADILAN itudi hadapan ratusan hadirin yang melimpah sehingga ke luar dewan pada siri program Jelajah Selangor (Jelas) di Dewan Orang Ramai Kampung Cheras Baru, malam tadi. Anwar merujuk kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang melabel subsidi adalah satu bentuk candu, baru-baru ini. Suasana perkarangan dewan seperti pesta dengan deretan puluhan gerai dan warung pasang siap, sekali pun program yang dimulakan dalam suasana hujan renyai. Antara pimpinan KEADILAN yang hadir termasuk, Ahli Biro Politik, Datuk Chua Jui Meng, Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin, Pengarah Strategi, Rafizi Ramli dan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Muda, Shuhaimi Shafiee. Meneruskan ucapannya, Anwar menyelar sikap kerajaan Umno-BN yang sentiasa berpihak kepada kroni perniagaan yang kaya, dalam masa yang sama meminggirkan jutaan rakyat terbanyak melalui pembikinan dasar yang tidak pro-rakyat. "Kalau rakyat itu miskin, pendapatan rendah, merempat, duduk di kampung-kampung, adalah menjadi tanggungjawab dan amanah kerajaan untuk menjaga dan membantu kebajikan mereka. "Dalam sejarah, tidak pernah 'tauke-tauke' ini kalah. Yang kalah ialah rakyat. Sebab itu saya tak setuju dengan cara ini," katanya disambut tepukan gemuruh hadirin. Dalam pada itu, Anwar bertegas bahawa persoalan kemiskinan dan kemunduran orang Melayu tidak akan selesai sama ada dirinya dipenjara, berikutan pelbagai percubaan oleh lawan politik termasuk dakwaan kes yang kini dihadapinya di mahkamah. "Adakah dengan memasukkan Anwar dalam penjara, akan selesai masalah kemiskinan orang Melayu? Dah masuk pun 6 tahun, tak selesai juga. Bahkan, rasuah makin banyak," kata Anwar. Beliau mencabar pimpinan Umno-BN untuk bertanya kepada rakyat Malaysia sama ada gejala rasuah dan penyelewengan tidak wujud di Malaysia. Dalam pada itu beliau menambah, beban sebenar rakyat cuba dialihkan oleh media kawalan Umno-BN melalui pelbagai fitnah rekaan untuk menyerang peribadi, malahan fizikal ahli keluarganya. "Oleh sebab tak boleh 'patahkan' Anwar, maka mereka mahu 'patahkan' Azizah, Nurul Izzah malahan cucu saya juga diancam. Seolah-olah nyawa kami ini tidak berharga kepada mereka. "Saya ini menjadi 'public enemy' nombor satu kepada mereka. Jika lenyap, lebih senang," dedahnya memperingatkan hadirin mengenai percubaan ancaman dan ugutan terhadap keluarganya kebelakangan ini. "Tapi kalau kamu ingat kami akan lemah, maka kamu silap kerana Insya Allah, ujian ini akan memperkuatkan kita," kata Anwar dengan bersemangat disambut sorakan ribuan hadirin. Justeru, Anwar bertegas bahawa sisa hidupnya yang masih tinggal akan didedikasikan untuk meneruskan perjuangan menegakkan keadilan. "Yang pertama, kita kena sabar. Jangan fikirkan untuk membalas dendam kepada orang lain. Anak muda terutamanya perlu memastikan matlamat perjuangan, benci kepada kezaliman, pengkhianatan dan mahu membela nasib rakyat. "Siapa yang tidak terguris perasaan apabila melihatkan isteri, anak dan cucu menjadi mainan mereka? Tetapi kita yakin, bahawa kemenangan yang diperolehi dalam pilihan raya akan datang pasti menyelamatkan negara kita," jelas Anwar. Beliau berpesan kepada jentera KEADILAN untuk mempergiat penerangan, terutamanya penyebaran maklumat dan tawaran Pakatan Rakyat seperti yang terkandung di dalam Buku Jingga. "Rakyat kena bangkit. Walau bagaimana susah sekali pun, kita jangan mengaku kalah," jelasnya. | Projek IC: Saya TPM tapi tak dirujuk, kata Anwar Posted: 21 May 2011 04:39 PM PDT Salhan K Ahmad Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimbas semula satu projek rahsia bawah Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Perdana Menteri berhubung pendaftaran warga asing sebagai warga Malaysia – dikatakan sebagai penyumbang utama kepada peluasan Umno di Sabah. Namun, Anwar menegaskan bahawa beliau bukanlah salah seorang daripada individu yang mengetahui secara khusus mengenai projek rahsia berkenaan walaupun beliau merupakan timbalan perdana menteri pada ketika itu. "Saya telah menjelaskan perkara ini dan ia tidak dipertikaikan. Ia merupakan operasi khas di bawah JPM dan Kementerian Dalam Negeri, pada waktu itu berada bawah (Tun Dr) Mahathir (Mohamed) dan Megat Junid (Megat Ayub). "(Operasinya) ada sistem dan jumlah (individu atau peruntukan) tidak pernah dirujuk kepada kabinet atau majlis tertinggi Umno atau kepada biro politik," kata ketua umum PKR itu dalam satu temubual eksklusif dengan Malaysiakini pada minggu lalu. Anwar bagaimanapun menjelaskan, beliau tidak mendapat maklumat secara langsung berhubung projek berkenaan dan hanya mengetahui mengenainya daripada sumber sekunder. "Saya merupakan timbalan presiden Umno, tetapi tidak pernah menjadi penandatangan kepada apa-apa cek dalam Umno. Anda boleh bayangkan? "Pada waktu itu saya bukan sekadar timbalan biasa, saya agak berpengaruh. Tapi perkara tertentu (seperti) keselamatan dalam negeri, operasi ini, duit – itu adalah (tanggungjawab) Mahathir dan (Tun) Daim (Zainuddin)," katanya lagi. Operasi rahsia Anwar sebelum ini turut terpalit dengan dakwaan bahawa beliau terlibat dalam operasi yang antara lainnya pernah didokumentasikan dalam buku Lest We Forget: Security and Sovereignty of Sabah tulisan bekas pemimpin kanan Parti Bersatu Sabah, Dr Chong Eng Leong. Mahathir telah menafikan dakwaan berkenaan manakala satu inkuiri pada 1997 oleh satu jawatankuasa terpilih Parlimen ke atas sejumlah penjawat awam yang ditahan bawah ISA tidak pernah didedahkan kepada umum. Tanda tanya berhubung 'Projek IC' ini timbul semula apabila PKR menimbulkan dakwaan pada awal bulan ini bahawa Umno Hulu Selangor telah meminta KDN memberikan kerakyatan kepada 2,000 orang warga asing. Bagaimanapun, Anwar berkata warga asing berkenaan sepatutnya diberikan kerakyatan sekiranya golongan itu mencapai kelayakan dan melalui proses yang sepatutnya. "Tapi kenapa ia perlu jadi operasi rahsia. Kenapa ia tidak boleh dijalankan secara telus? Maksud saya, jika mereka sebelum ini warga Indonesia yang telah tinggal di sini selama 20, 30 tahun, saya tidak nampak sebab mengapa kita patut halang. "Saya tidak memegang pandangan ekstrem seperti sesetengah rakan kita di Sabah," katanya lagi yang menjangkakan kos operasi di negeri berkenaan mencecah angka "ratusan juta ringgit." Tambahnya lagi, sekiranya usaha yang sama dijalankan di seluruh negara, ia akan memakan belanja tambahan sebanyak beberapa ratus juta ringgit. "(Adakah) sukarelawan Umno yang buat begini? Tidak. (Ia melibatkan) syarikat-syarikat besar," katanya yang berpendapat isu tersebut tidak akan disiasat sepenuhnya kerana ia mungkin turut melibatkan kementerian dalam negeri. | Guru Sarawak pula luahkan kekecewaan dipinggirkan Posted: 21 May 2011 04:37 PM PDT Golongan guru di Sarawak mahu kaedah struktur gaji yang lebih adil berikutan ada sebilangan mereka berpendapat telah dipinggirkan daripada kenaikan pangkat mengikut kaedah baru yang diumumkan baru-baru ini. Presiden Kesatuan Guru Sarawak ((STU) William Ghani Bina berkata kaedah baru kenaikan pangkat guru hanya memberi manfaat kepada kumpulan kecil pendidik dalam profesion itu. Bercakap pada mesyuarat agung tahunan STU cawangan Sibu dan sambutan Hari Guru di Sibu hari ini, beliau mencadangkan supaya kerajaan merangka sistem penggreddan baru untuk golongan guru. "Sistem sedia ada hanya melambatkan peluang kenaikan pangkat dan kenaikan gaji bagi guru gred rendah. Ini mematahkan semangat mereka," katanya. Ghani juga meminta kerajaan merekut sekurang-kurang 70 peratus penduduk tempatan sebagai guru di Sabah dan Sarawak dengan majoriti daripada kawasan luar bandar. Pada sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan ke-40 pada 16 Mei lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan lima kaedah kenaikan pangkat bagi warga pendidik berkuat kuasa 1 Jan depan. Lima kaedah tersebut ialah kenaikan pangkat mengisi kekosongan jawatan, kenaikan pangkat secara Khas Untuk Penyandang (KUP), kenaikan pangkat berdasarkan tempoh perkhidmatan, kenaikan pangkat untuk pengetua atau guru besar cemerlang dan kenaikan pangkat guru cemerlang. Bagaimanapun, beberapa warga pendidik khususnya dalam kumpulan rendah mendakwa mereka tercicir daripada kaedah baru kenaikan pangkat. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, telah meminta kumpulan itu supaya bersabar kerana kerajaan sedang meneliti perkara itu. | Kerusi Timbalan Ketua Pemuda PAS 'panas' Posted: 21 May 2011 04:28 PM PDT
KUALA LUMPUR: Selepas perebutan untuk jawatan nombor satu Dewan Pemuda PAS Pusat terjawab, tumpuan kini beralih kepada kerusi timbalannya pula. Setakat ini, sekurang-kurangnya tiga calon untuk jawatan nombor dua itu telah mengesahkan diri bertanding, termasuk penyandangnya Azman Shapawi Abd Rani. Dua lagi yang menyatakan hasrat sama adalah Pengarah Pilihan Raya dewan itu Mohd Firdaus Jaafar dan Ketua Penerangan, Suhaizan Kaiat. Ketiga-tiga mereka sebelum ini juga dicalon untuk bertanding jawatan ketua pemuda, namun telah menyatakan pendirian menolaknya sekaligus membuka ruang kepada penyandang jawatan itu, Nasruddin Hassan untuk menang tanpa bertanding. Keseluruhan nama yang layak untuk bertanding timbalan ketua pemuda adalah seramai sembilan orang termasuk Nasruddin. Nasruddin bagaimanapun telah menyatakan hasrat mempertahan jawatan ketua pemuda yang disandangnya dan menjadikan calon timbalan kini lapan orang. Selain Azman, Firdaus dan Suhaizan, lima lagi pencabar untuk jawatan itu adalah Ahmad Sabki Yusof, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, Riduan Mohd Nor, Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaakob dan Mohd Nor Hamzah. Sabki yang juga salah seorang penyandang naib ketua pemuda bagaimanapun ketika dihubungi Harakahdaily menyatakan hasrat menolak semua pertandingan jawatan dalam pemuda sebaliknya hanya akan bertanding di peringkat AJK PAS Pusat. "Saya sudah bagi surat jawapan kepada Jawatankuasa pemilihan. "Saya hanya menerima untuk bertanding AJK PAS Pusat," katanya. Sementara itu, Ridhuan Mohamad Nor pula memberitahu Harakahdaily bahawa belum membuat sebarang keputusan terhadap perkara itu dan mahu tunggu dan lihat Untuk jawatan naib ketua, Dr Raja Ahmad Al His telah mengesahkan beliau akan bertanding jawatan yang kini disandang oleh Ahmad Sabki Yusof itu. Sabki yang baru dilantik sebagai Penolong Setiausaha Agung PAS memutuskan untuk tidak mempertahankan jawatan itu atau mana-mana jawatan dalan Pemuda PAS. Berikut ialah senarai penuh calon layak bertanding jawatan tertinggi Dewan Pemuda PAS Pusat sesi 2011-2013: Ketua 1. Azman Shapawi Abd Rani, ustaz Timbalan Ketua 1. Ahmad Sabki Naib Ketua 1. Azman Shafawi, Ustaz | Mat Sabu sahkan tanding kerusi No 2 PAS Posted: 21 May 2011 04:27 PM PDT Oleh Syed Mu'az Syed Putra KUALA LUMPUR – Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mohamad Sabu hari ini mengesahkan akan bertanding jawatan timbalan presiden parti itu pada pemilihan bulan depan. Mohamad (gambar) atau lebih dikenali sebagai "Mat Sabu" berkata, surat rasmi penerimaan pencalonan akan diserahkan kepada jawatankuasa pemilihan dalam tempoh terdekat. Tarikh akhir menyerahkan borang makluman rasmi bertanding adalah 26 Mei ini. "Saya seperti sebelum ini berkata bersedia menawarkan diri untuk bertanding jawatan timbalan presiden PAS. "Ya, saya sah akan bertanding dan borang maklumat rasmi bertanding akan saya serahkan esok atau lusa," katanya pada sidang media di sini. Ketika ditanya mengenai jumlah pencalonan yang diperoleh, Mohamad bagaimanapun enggan memberikan jawapan, sebaliknya berkata, "ia memberangsangkan." "Kalau jawatankuasa pemilihan juga rahsiakan, saya juga akan rahsiakan, apa yang boleh saya katakan ia memberangsangkan. "Saya bersedia bertanding jawatan timbalan presiden sekiranya ada pertandingan sebab saya tidak tahu siapa yang akan bertanding," katanya. Difahamkan Mohamad menerima pencalonan yang paling tinggi bagi jawatan itu. Seramai enam orang layak bertanding jawatan itu termasuk penyandangnya Nasharudin Mat Isa, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Exco Kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa, dua naib presiden PAS Salahuddin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Bagaimanapun Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian memutuskan untuk tidak bertanding jawatan itu, sebaliknya akan mempertimbangkan untuk mempertahankan jawatan yang disandang sekarang. Mohamad pernah mencuba nasib merebut jawatan nombor dua itu pada pemilihan 2009 tetapi tewas. Sementara itu, Bendahari PAS Dr Mohd Hata Ramli yang turut hadir pada sidang media hari ini berkata, beliau masih belum memutuskan sama ada mahu bertanding jawatan naib presiden atau tidak. "Saya belum menerima surat rasmi lagi, saya akan lihat jumlah pencalonan dulu. "Kalau kehadiran saya bagi jawatan itu akan menaikkan PAS, saya akan bertanding," katanya. Setakat ini hanya Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad sudah mengesahkan akan bertanding jawatan itu. Seramai 14 orang layak bertanding jawatan itu. Ketua Penerangan Ulama PAS Nik Zawawi Nik Salleh memutuskan untuk tidak turun gelanggang dengan alasan mahu memberi peluang kepada orang lain. | Biasiswa: Pembahagian tak adil, MIC mahu siasatan bebas Posted: 21 May 2011 04:25 PM PDT Oleh Syed Mu'az Syed Putra KUALA LUMPUR – MIC kesal dengan tindakan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung pembahagian pembiayaan biasiswa yang didakwa parti komponen Barisan Nasional (BN) itu sebagai tidak adil dan mahukan satu siasatan bebas. Naib Presidennya Datuk S.K. Devamany berkata, JPA telah gagal mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan Kabinet. Justeru, kata Devamany, pihaknya mahu Kabinet dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan membuat keputusan berhubung status pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang layak mendapat biasiswa JPA. "Kami sedih dan kecewa dengan pembahagian biasiswa yang tidak adil, JPA telah gagal untuk mematuhi arahan-arahan yang dikeluarkan Kabinet," kata timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri ini. "JPA harus sedar, pelajar yang mendapat keputusan terbaik merupakan aset kepada negara," katanya dalam satu kenyataan. Justeru kata Ahli Parlimen Cameron Highlands itu, pihaknya mahu satu jawatankuasa bebas untuk menyiasat pengagihan biasiswa itu. "Pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang layak untuk mendapatkan biasiswa melanjutkan pengajian di luar negara tetapi apa yang berlaku permohonan mereka ditolak. "Ramai pelajar cemerlang telah diberikan biasiswa di peringkat matrikulasi atau diploma sedangkan mereka layak untuk mendapat biasiswa di peringkat ijazah," katanya. Justeru jelas Devamany, kriteria pemilihan perlu dikaji semula bagi mengelakkan ketidakadilan berlaku selain selaras dengan konsep 1 Malaysia dan transformasi kerajaan. "Pelajar-pelajar datang berjumpa saya untuk mendapatkan biasiswa, 367 pelajar menemui saya untuk meminta pertolongan. "Selain itu, 200 pelajar mengadu kepada saya kriteria pemilihan JPA tidak adil, 167 pelajar tidak diterima memasuki matrikulasi walaupun mendapat 6A dan 7A, kebanyakan mereka terdiri daripada keluarga miskin dan miskin tegas," katanya. Sementara itu, Setiausaha Agung MIC S. Murugessan pula berkata, pihaknya telah menerima banyak aduan daripada ibu bapa dan pelajar yang gagal mendapat biasiswa JPA walaupun layak. "Aduan-aduan ini telah dihantar kepada timbalan menteri MIC untuk diambil perhatian segera. "Kita juga meminta mana-mana pelajar dengan keputusan 9A ke atas tetapi tidak ditawarkan biasiswa JPA boleh menghubungi kami sebelum Isnin ini melalui e-mel atau menghantar dokumen kepada ibu pejabat MIC," katanya. Pelajar-pelajar boleh menghantar maklumat melalui e-mel di alamat spmresult@mic.org.my atau terus menghantarnya ke ibu pejabat MIC di alamat MIC Headquarters, No.1, Jalan Rahmat Off Jalan Ipoh, Kuala Lumpur (03-40424377). Dalam pada itu, dipetik Bernama Online, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon mahu JPA supaya lebih telus dengan menyenaraikan semua nama calon yang telah berjaya dipilih mendapatkan pembiayaan biasiswa untuk melanjutkan pengajian mereka sama ada di dalam atau luar negara. Kata beliau, perkara itu penting bagi mengelakkan pertikaian dan kekeliruan yang timbul di kalangan pelajar cemerlang yang layak memohon mengikut syarat dan kriteria ditetapkan kerajaan. "Pendekatan lebih telus perlu dibuat di mana selepas pemilihan, penamaan harus disenaraikan dengan jelas selain mendedahkan kategori dan kriteria yang melayakkan calon terbabit menerusi Internet. "Perkara seperti ini setiap tahun akan timbul dan kita berharap pihak JPA mengambil perhatian sewajarnya... lakukan penambahbaikan supaya tidak berulang lagi," katanya. | Tanah runtuh: Kerajaan Selangor hulur bantuan awal Posted: 21 May 2011 04:22 PM PDT KUALA LUMPUR – Kerajaan negeri Selangor mengumumkan bantuan awal kepada mangsa kejadian tanah runtuh Madrasah Al Taqwa Felda Semungkis dekat Kajang hari ini, antaranya menghantar misi bantuan kemanusiaan Selangor dan Yayasan Amal ke tempat kejadian bagi membantu mangsa terselamat dan ahli keluarga mereka. Selain itu, Menteri Besar Selangor Pemerbadanan akan membiayai kos keperluan kepada mereka yang terselamat dalam bencana alam ini dan petugas-petugas yang bertungkus-lumus menjalankan misi mencari dan menyelamat. "Menteri Besar akan menyumbangkan RM1,000 kepada setiap keluarga yang anak mereka terkorban dalam kejadian ini sebagai tanda prihatin dengan nasib malang yang tidak dijangka ini," kata Pejabat Menteri Besar dalam satu kenyataan dikeluarkan malam ini. Selain itu, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim juga telah mengarahkan Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Selangor untuk memastikan kebajikan mereka yang terselamat dijaga. "Buat sementara waktu, kerajaan negeri menyediakan penempatan sementara kepada penghuni madrasah dan ahli keluarga mereka yang terlibat di Azwin Resort sehingga misi penyelamat dan mencari mangsa selesai dijalankan," kata kenyataan itu lagi. Selain itu, Menteri Besar juga menasihatkan keluarga mangsa-mangsa terlibat supaya bersabar dan redha dengan kejadian ini, yang dilaporkan terjadi kira-kira 2.20 petang tadi. "Semoga roh mangsa yang terkorban di tempatkan bersama orang-orang beriman. Al-Fatihah. "Menteri Besar serta barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengucapkan takziah kepada keluarga kepada kanak-kanak yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Madrasah Al Taqwa Felda Semungkis, Hulu Langat," katanya. | ||||||||||
Posted: 22 May 2011 03:30 PM PDT | Ulama Aceh minta pertahan kerajaan Kelantan Posted: 22 May 2011 03:00 PM PDT KOTA BHARU, 22 Mei: Rakyat Kelantan diseru mempertahankan kerajaan Islam yang didokongi PAS, memandangkan pemimpin parti itu menjadi model pada umat Islam di negara lain. Pengetua Majlis Permesyuaratan Ulama Acheh Besar, Ustaz Fakhruddin Lahmuddin, berkata sejak 21 tahun lalu Kelantan yang dipimpin Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menjadi model pada negara-negara lain, termasuk Acheh. Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily selepas majlis pertemuan dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz di kediaman rasmi Menteri Besar, di sini sebentar tadi. Menurutnya, Kelantan satu-satunya contoh negeri yang dipimpin seorang ulama sebagai Menteri Besar yang tidak memisahkan agama dari politik. "Inilah yang dilakukan di zaman Rasulullah sebelum ini dan ulama yang memimpin Kelantan ini telah mewarisinya. "Kerana itu saya berharap rakyat seluruhnya memberi sokongan pada kerajaan Islam Kelantan kerana pentadbirannya menjaga kebajikan manusia menurut kacamata Islam,"ujarnya. Tambahnya, beliau juga berharap rakyat Acheh turut berdoa untuk kemenangan kerajaan PAS Kelantan sampai bila-bila. Katanya, beliau tidak dapat menahan sebak apabila mendengar ucapan Tuan Guru yang lebih menjaga kebajikan rakyat sehingga menolak kepentingan diri. Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, Tuan Guru menjelaskan tindakan paling sukar baginya sepanjang menjadi seorang Menteri Besar, menjaga diri sendiri dari terjebak dalam sebarang salahlaku. Sambungnya, menjadi pemimpin tertinggi dalam sebuah kerajaan negeri ujian begitu besar kerana mudah terdedah dengan penyelewengan, salah laku lain seperti rasuah. "Untuk menjaga itu semua ia bukan sesuatu perkara yang senang kiranya kurang keimanan dalam jiwa kita",ujarnya.-HD SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? | Posted: 22 May 2011 08:00 AM PDT
SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? | KENYATAAN HISHAMUDIN, ADA UDANG DISEBALIK MEE? Posted: 22 May 2011 05:00 AM PDT Cuba melindungi dua pihak, Umno dan KDN dan dalam masa yang sama masih berusaha menekan Pakatan Rakyat
Ini di antara kata-kata yang diluahkan oleh Hishamudin,….. "Orang ramai akan dipengaruhi oleh kempen-kempen yang tidak munasabah dan akhirnya kebenaran itu tenggelam kerana persepsi yang ditanam oleh pihak-pihak yang ada kepentingan," Siapa yang dimaksudkan oleh Hisham sebagai pihak yang ada kepentingan?....Ia seolah-olah menyindir Pakatan Rakyat khasnya DS Anwar Ibrahim. Walhal siapa sebenarnya yang memulakan episod video lucah ini? Bukankah pihak yang merancang fitnah dan menayangkan video lucah itu sendiri yang ada kepentingan? Pakatan Rakyat hanya menangkis tohmahan! Itu saja!. dan dengan izin Allah juga, sokongan terhadap Pakatan Rakyat semakin melimpah ruah. UMNO sepatutnya belajar! Insaf ! dan bermuhasabah! Tetapi malang!, mereka tidak mahu menggunakan akal yang Allah beri. Jangan salahkan rakyat bila mereka mempertikaikan kredibiliti pihak berkuasa dalam melakukan siasatan! Apabila tiada alasan yang kukuh mengapa hingga hari ini datuk T belum ditahan dan didakwa, maka niat sebenar kementerian yang dipegang oleh Hishamudin itu mudah dibaca. Tujuan Hishamudin dan PDRM menangguh-nangguh dan memberi kenyataan demi kenyataan, sudah pasti ada udang disebalik batu.(ada udang di sebalik mee, kata orang sekarang) Orang ramai sedar, tentu kepimpinan UMNO sekarang ini sedang memerah otak bagaimana hendak membenarkan perkara yang tidak benar, bagaimana hendak mengaslikan benda yang palsu ! Bagaimana nak mengolah semula cerita agar kebenaran dan keikhlasan datuk T untuk menegakkan agama Islam itu akan terserlah !!! …. UMNO seboleh-bolehnya mereka mahu mencari jalan supaya perkara fitnah dan palsu ini, dengan kuasa magik yang ada pada PM akan bertukar menjadi benar!. Sebab itu semua pihak yang bersekongkol dengan Umnol tak habis-habis menyebut yang video itu tulin ! video itu tulin ! tulin, tulin tulin !!. dengan harapan rakyat akan terima juga yang pelakun video itu adalah Anwar !! Anwar, Anwar !!! Oleh : rahimothman SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? | TANAH RUNTUH: SENARAI NAMA MANGSA SERTA FOTO TRAGEDI Posted: 22 May 2011 01:47 AM PDT Seramai 25 mangsa yang terlibat dalam tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat semalam. Operasi menyelamat yang bermula pukul 2.45 petang semalam berakhir kira-kira 5.30 pagi tadi dengan penemuan mangsa terakhir pada pukul 5.05 pagi. Operasi mencari dan menyelamat disambung semula pada 8 pagi tadi bagi membuat gerakan terakhir untuk memastikan tidak ada lagi mangsa yang terperangkap. BERIKUT SENARAI NAMA MANGSA: 1) Azrel, 8, Sembilan yang terselamat: 1) Khairul, 9, * umur tidak diketahui GAMBAR-GAMBAR DARI LOKASI KEJADIAN: Gambar oleh: Star,Berita Harian Dewan Pemuda PAS Malaysia melancarkan tabung bencana untuk membantu mangsa Tanah Runtuh di Bt 14 Hulu Langat . Siapa yang bermurah hati untuk membantu bolehlah menyumbang melalui : [ Tabung Kemanusiaan Pemuda : 564025400100 ; May Bank ] Semoga Allah murahkan rezeki anda semua. SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? | LAWAK AHAD: PAK PANDIR UJI ANAKNYA Posted: 21 May 2011 06:00 PM PDT Pak Pandir dan Mak Andir risau kerana anak mereka,Ondeh,walaupun sudah berumur 18 tahun,tetapi masih tidak bekerja. Sekejap hendak jadi businessman, sekejap hendak jadi guru,sekejap hendak jadi petani,tapi Cuma cakap saja,usahanya tidak. Jadi,Pak Pandir dan Mak Andeh merancang untuk menguji anak mereka itu. Suatu pagi,Pak Pandir dan Mak Andeh tinggalkan sekeping nota di atas meja di ruang tamu. Pada nota itu tertulis perkataan,"Ayah dan mak pergi pekan,petang baru balik." Di tepi nota itu mereka tinggalkan wang kertas RM50,sebuah kitab agama dan sebotol arak. Pak pandir dan Mak Andeh kemudiannya menyorok dalam bilik kecil tidak jauh dari meja tersebut. Kata Pak Pandir,"Kalau Ondeh ambil duit,maknanya dia akan jadi businessman. Kalau dia ambil kitab, maknanya dia akan jadi tok guru.Tapi kalau dia pilih arak,dia akan jadi manusia yang paling tidak berguna di dunia ini." Pak Pandir dan Mak Andir terus mengintai dari celah pintu.Sejam kemudian mereka ternampak Ondeh balik,lalu mencapai nota di atas meja.Selepas membacanya,Ondeh mengambil not RM50,lalu membelek-beleknya depan belakang,kemudian masukkan kedalam poket. Setelah itu Pak Pandir dan Mak Andir lihat Ondeh ambil kitab, kepit di celah ketiaknya.Akhir sekali,Ondeh mencapai botol arak dan menogoknya.Setelah itu,Ondeh keluar semula dengan membawa ketiga-tiga barang tersebut. Pak Pandir tepuk dahi."Aduuhh….ini lebih teruk daripada apa yang abang bayangkan." "Kenapa paknya?" Tanya Mak Andir. "Ondeh akan jadi ahli politik!" SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH! |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan