Datuk Seri Haji Noh Omar, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, merangkap Ahli Parlimen Tanjong Karang, baru-baru ini meluangkan masanya untuk menghadiri Majlis Makan Malam dan Pesta Tanglung anjuran Koperasi Muhibah Tanjong Karang Selangor Berhad yang berlangsung di Taman Suria Indah Tanjong Karang di sini, pada Jumaat malam 5 Oktober.
Turut hadir pada majlis itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, YB Tuan Haji Sulaiman Abdul Razak dan Wakil ADUN Sungai Burong, Saudara Marwan Ahmad.
Majlis tersebut yang dihadiri lebih seribu orang masyarakat cina menunjukkan sokongan masyarakat cina kepada Datuk Seri Noh Omar masih utuh walaupun berbagai isu sengaja direka untuk memburukkan imej menteri tersebut.
Datuk Seri Noh Omar dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada Koperasi Muhibah Tanjung Karang Selangor Berhad kerana berjaya menganjurkan Majlis Makan Malam dan Pesta Tanglung tersebut dan dengan itu beliau telah berbesar hati menyumbangkan RM10,000.00 untuk koperasi tersebut menjalankan aktiviti-aktiviti mereka.
Dalam pada itu juga, Datuk Seri Noh Omar memperjelaskan beberapa isu semasa untuk memberi kesedaran betapa bahayanya jika Pakatan Rakyat terus memerintah Negeri Selangor ini.
Beliau juga menyeru masyarakat cina supaya terus memberi sokongan kepada Kerajaan Barisan Nasionan (BN) seterusnya merampas kembali Negeri Selangor ini dari pemerintahan Pakatan Rakyat yang terbukti telah gagal melaksanakan amanah yang telah diberikan oleh rakyat kepada mereka.
Hanya Kerajaan Barisan Nasional (BN) sahaja yang mampu memerintah dengan baik Negeri dan Negara ini berdasarkan pengalaman mereka yang telah lama memerintah dan tahu selok-belok serta masalah yang dihadapai oleh negara ini.
Teruskan usahamu DS Noh Omar, buktikan pada rakyat bahawa Kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah kerajaan terbaik dan akan terus membantu rakyat tanpa mengira kaum dan agama.
TANJONG KARANG - Datuk Seri Haji Noh Bin Haji Omar, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Merangkap Ahli Parlimen Tanjong Karang, bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, YB Tuan Haji Sulaiman Bin Abdul Razak, turun padang dan beramah mesra bersama nelayan dan peniaga hasil laut di Jeti Nelayan Kampung Sungai Yu di sini, pada Jumaat petang 5 Oktober.
Jeti Nelayan yang dibangunkan akan dijadikan salah satu hub pendaratan hasil tangkapan ikan oleh nelayan dan menjadi lokasi pasar ikan yang peniaganya terdiri daripada penduduk sekitar bagi memasarkan ikan segar di kawasan Tanjong Karang.
Selain itu, di jeti ini terdapat juga kemudahan chalet yang menjadi salah satu tarikan pelancong khususnya kepada kaki pancing untuk menginap disini. Dengan adanya kemudahan ini ianya juga dapat memberikan sumber pendapatan kepada penduduk di Kampung Sungai Yu ini.
Di sidang media yang dibuat di lokasi yang sama, Datuk Seri Noh Omar turut menjawab beberapa isu semasa yang berlaku di Negeri Selangor ini.
Antara isu yang disentuh adalah berkenaan kerajaan Persekutuan bersetuju untuk meneruskan pembinaan UiTM cawangan Selangor di Serendah di atas tanah Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) yang dulunya dirampas oleh Kerajaan Negeri Selangor.
Mahkamah telah memerintahkan tanah itu dipulangkan kembali kapada Yayasan Basmki Kemiskinan (YBK) kerana tanah tersebut dirampas tidak mengikut peraturan.
Ini membuktikan kerajaan BN sebuah kerajaan yang menepati janji dan perihatin terutamanya dalam bidang pendidikan.
Selain itu, beliau juga melahirkan kebimbangan terhadap Kerajaan Negeri Selangor mempolitikkan pembinaan Kampus UiTM tersebut dan mengganggu dengan memberikan bermacam alasan untuk menggagalkan projek tersebut.
Jika pembinaan Kampus UiTM yang baru itu berjaya dilaksanakan ianya akan memberi banyak peluang pembelajaran kepada rakyat terutamanya anak negeri Selangor.
Pada petang itu juga beliau bersama ADUN Permatang berkesempatan untuk menziarah serta memberikan sumbangan ke beberapa rumah warga emas dan pesakit terlantar yang tinggal di sekitar Kampung Sungai Yu bagi meringankan beban mereka.
Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) menyifatkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai seorang pemimpin yang tidak berhati perut.
Pengerusinya, Dato' Sohaimi Shahadan berkata, sehingga kini beliau langsung tidak mempedulikan desakan rakyat berpendapatan rendah yang menduduki rumah flat dan pangsapuri untuk turut menikmati skim air percuma.
Apa yang dikesali, pemimpin kerajaan pakatan pembangkang itu langsung tidak mahu turun padang melihat sendiri tuntutan yang dibuat oleh rakyat dalam beberapa demonstrasi aman sebelum ini.
"Malah sehingga kini Abdul Khalid masih enggan mempertimbangkan untuk mengagihkan rebat RM11.40 yang tertunggak selama empat tahun kepada pemilik meter pukal.
Hari ini penghuni flat Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) Taman Medan Cahaya PJS 2, Taman Datuk Harun yang mengandungi lebih 3,000 unit rumah pula menyatakan tuntutan mereka kepada kerajaan negeri," ujarnya kepada pemberita selepas bersama-sama penduduk flat SPNB Taman Medan Cahaya PJS 2, Taman Datuk Harun mengadakan demostrasi aman menuntut air percuma dari Menteri Besar Selangor, kerajaan negeri dan pihak SYABAS.
Sebelum ini empat demonstrasi secara aman dilakukan penghuni Apartmen Mentari Court, Petaling Jaya; Apartment Vista Lavender, Jalan Klang Lama; Apartment Angsana Bandar Mahkota Cheras dan Apartmen Putra Perdana, Puchong.
Malah penduduk juga bertindak memfailkan tuntutan mereka di mahkamah demi mendapatkan hak yang sengaja dinafikan oleh kerajaan negeri.
Mengikut kiraan, setiap isu rumah layak mendapat sebanyak RM570 iaitu tunggakan subsidi bernilai RM11.40 setiap bulan yang didarab selama 50 bulan (bagi tempoh dari Jun 2008 hingga kini).
Keseluruhan jumlah yang perlu dibayar oleh kerajaan negeri ialah sebanyak RM405,270!
"Selepas ini tuntutan saman akan dibuat oleh penghuni flat Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) Taman Medan Cahaya PJS 2, Taman Datuk Harun bagi membuktikan tindakan mereka bukan main-main. Kerajaan negeri sepatutnya mencari mekanisme yang sesuai untuk mengagihkan subsidi 20 meter padu air kepada seluruh rakyat di negeri ini bukan memberi alasan yang dangkal yang jelas menipu rakyat.
Kenyataan Abdul Khalid bahawa manifesto pilihan raya bukan janji yang perlu ditunai mendedahkan belang sebenar kerajaan pakatan pembangkang yang sebenarnya tidak boleh dipercayai lagi.
GPRS percaya, selagi menteri besar masih menutup mata dan berpeluk tubuh, selagi itulah rakyat akan bangkit membuat tuntutan mereka kepada kerajaan negeri," ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Selayang.
Tambahnya, tuntutan ini bukan digerakkan oleh GPRS tetapi atas kesedaran rakyat sendiri yang selama ini telah tertipu dengan permainan politik pakatan pembangkang yang bertopengkan slogan Kerajaan Prihatin.
PENGARAH dan pelakon, Syamsul Yusof menang besar dengan membawa pulang lima trofi termasuk filem arahannya, KL Gangster merangkul kategori Filem Terhebat Anugerah Blockbuster, yang julung-julung kali diadakan, malam tadi.
Selain itu, filem Khurafat arahan Syamsul turut memenangi Anugerah Filem Takut Terhebat, KL Gangster menerusi Filem Aksi Terhebat, Anugerah Tuan Direktor Terhebat serta Anugerah Khas PFM daripada penganjur majlis anugerah ini iaitu Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM).
Ketika ditanya mengenai kemenangan besarnya itu, Syamsul berkata, "syukur alhamdulillah, terima kasih kepada ibu bapa saya dan peminat-peminat yang mengundi kerana pengiktirafan ini menunjukkan bahawa hasil kerja saya dihargai oleh mereka."
"Anugerah yang saya terima ini bukan hanya untuk saya saja, sebaliknya penonton mengundi keseluruhan produksi KL Gangster dan bukannya atas nama saya saja," katanya ketika ditemui pada majlis yang diadakan di Shah Alam, malam tadi.
Syamsul turut menambah bahawa dia sendiri sebenarnya tidak meletakkan harapan tinggi KL Gangster terbitan syarikat produksi ayahnya sendiri, Datuk Yusof Haslam akan memenangi anugerah utama itu sebaliknya dia merasakan filem terbitan KRU Studios, Hikayat Merong Mahawangsa akan membolot kategori itu.
"Saya sendiri jangkakan filem Hikayat Merong Mahawangsa yang akan menang kerana bagi saya KL Gangster tidaklah terhebat jika dibandingkan dengan filem Hikayat Merong Mahawangsa tetapi mungkin rezeki filem saya terpilih, alhamdulillah.
"Saya akan terus mengarah dengan lebih banyak lagi karya yang dekat dengan penonton seperti KL Gangster dan Khurafat dan mungkin lepas ini saya akan buat filem epik yang berbajet besar. Itu adalah angan-angan serta impian saya selepas ini," katanya.
Majlis anugerah yang berlangsung selama dua jam setengah itu turut menobatkan pelawak dan pelakon terkenal, Zizan Razak yang mengenepikan saingan hebat Bintang Paling Popular 2011, Aaron Aziz sebagai Hero Terhebat menerusi lakonannya dalam filem Hantu Bonceng dan Yana Shamsuddin sebagai Heroin Terhebat bagi filem Bini-biniku Gangster.
Sebanyak 15 anugerah yang dipertaruhkan dalam anugerah yang seakan-akan penganjuran People Choice' Award yang lazim dilakukan di Amerika Syarikat dan United Kingdom, di mana pemenangnya seatus peratus ditentukan oleh peminat sendiri.
Anugerah bertemakan 'Letusan Blok Warna' (Colour Blocking) itu dihoskan oleh tiga pengacara iaitu Zizan Razak, Lisa Surihani dan Afdlin Shauki yang ternyata dapat memberikan kelainan selain wujud 'chemistry' yang cukup baik di antara mereka bertiga.
Selain itu, upacara permaidani merah telah diadakan setengah jam sebelum majlis anugerah bersiaran pada jam 9 malam, dihoskan oleh penyampai Era FM, Hanif, Scha Al-Yahya, Thanuja Ananthan serta Hafizul yang merupakan juara bagi rancangan realiti 'On Air'.
Berikut merupakan senarai pemenang bagi 15 anugerah yang dipertandingkan:
Anugerah Filem Terhebat: KL Gangster
Anugerah Hero Terhebat: Zizan Razak (Hantu Bonceng)
Anugerah Heroin Terhebat: Yana Shamsuddin (Bini-biniku Gangster)
Anugerah Hero Baru Terhebat: Shahir (Karak)
Anugerah Heroin Baru Terhebat: Tasha Shilla (Ratu The Movie)
Anugerah Filem Aksi Terhebat: KL Gangster
Anugerah Filem Drama Muzikal Terhebat: Nur Kasih The Movie
Anugerah Filem Kelakar Terhebat: Hantu Bonceng
Anugerah Filem Takut Terhebat: Khurafat
Anugerah Tuan Direktor Terhebat: Syamsul Yusof (KL Gangster)
Anugerah Tuan Direktor Baru Terhebat: M. Suryaa (Sumpahan Puaka)
Anugerah Lagu Filem Terhebat: Ombak Rindu nyanyian Hafiz dan Adira
Anugerah Penyangak Terhebat: Fikrie Bakar (Klip 3GP)
Anugerah PFM: Syamsul Yusof
Anugerah Astro First Terhebat (filem yang paling banyak dilanggan sepanjang tahun lalu): Kongsi
SHAH ALAM: The Selangor PKR leadership has taken Selangor Mentri Besar's political secretary Faekah Husin to task for attacking PKR deputy president Azmin Ali. Selangor PKR deputy chairman Zuraida Kamaruddin said Faekah's comments were unnecessary, and could have been made "more positive" if she could have taken the trouble to communicate with Azmin over the matter. "As far as Azmin in concerned, time and again, he had openly shown his full support for Tan Sri Khalid Ibrahim as the Selangor Mentri Besar. "Khalid has done a fantastic job of 360 degrees turnaround from the Barisan Nasional-style government. Be it in his ceramah, articles and as in his recent parliament debates, Khalid has time and again highlighted as an excellent Mentri Besar for Pakatan Rakyat, much to the envy of the Barisan government," she said in a statement. She added that Faekah had "unwisely misinterpreted" Azmin's recent comment on Khalid, and should have finished reading the article in good faith. Zuraida was referring to an article in Sinar Harian, where Azmin was quoted saying that Khalid may be made a federal minister if Pakatan wins Putrajaya in the 13th general election, thus implying that Selangor will have a new Mentri Besar. "Our advice to Faekah is to break her wall of communication with the party leaders because, until today, she has yet to communicate with most state and party national leaders on party and state matters. "As an effective political secretary, Faekah should concentrate to improve the political relationship between the Mentri Besar and party leaders, and not cause instability by unnecessarily jumping the gun," she said.
tunku : does zuraidah think that faekah will make a comment or statement without consulting her boss (khalid) ? everyone knows the rift between azmin and khalid so zuraidah don't have to lie because she look stupid when she said azmin supports khalid ibrahim. she looks more stupid when she said that khalid as an excellent mb. no doubt she is right that khalid did 360 degrees turnaround from the BN style government.that is why there are lots and lots of problem in selangor.
You are subscribed to email updates from tunku To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) menyifatkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai seorang pemimpin yang tidak berhati perut.
Pengerusinya, Dato' Sohaimi Shahadan berkata, sehingga kini beliau langsung tidak mempedulikan desakan rakyat berpendapatan rendah yang menduduki rumah flat dan pangsapuri untuk turut menikmati skim air percuma.
Apa yang dikesali, pemimpin kerajaan pakatan pembangkang itu langsung tidak mahu turun padang melihat sendiri tuntutan yang dibuat oleh rakyat dalam beberapa demonstrasi aman sebelum ini.
"Malah sehingga kini Abdul Khalid masih enggan mempertimbangkan untuk mengagihkan rebat RM11.40 yang tertunggak selama empat tahun kepada pemilik meter pukal.
Hari ini penghuni flat Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) Taman Medan Cahaya PJS 2, Taman Datuk Harun yang mengandungi lebih 3,000 unit rumah pula menyatakan tuntutan mereka kepada kerajaan negeri," ujarnya kepada pemberita selepas bersama-sama penduduk flat SPNB Taman Medan Cahaya PJS 2, Taman Datuk Harun mengadakan demostrasi aman menuntut air percuma dari Menteri Besar Selangor, kerajaan negeri dan pihak SYABAS.
Sebelum ini empat demonstrasi secara aman dilakukan penghuni Apartmen Mentari Court, Petaling Jaya; Apartment Vista Lavender, Jalan Klang Lama; Apartment Angsana Bandar Mahkota Cheras dan Apartmen Putra Perdana, Puchong.
Malah penduduk juga bertindak memfailkan tuntutan mereka di mahkamah demi mendapatkan hak yang sengaja dinafikan oleh kerajaan negeri.
Mengikut kiraan, setiap isu rumah layak mendapat sebanyak RM570 iaitu tunggakan subsidi bernilai RM11.40 setiap bulan yang didarab selama 50 bulan (bagi tempoh dari Jun 2008 hingga kini).
Keseluruhan jumlah yang perlu dibayar oleh kerajaan negeri ialah sebanyak RM405,270!
"Selepas ini tuntutan saman akan dibuat oleh penghuni flat Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) Taman Medan Cahaya PJS 2, Taman Datuk Harun bagi membuktikan tindakan mereka bukan main-main. Kerajaan negeri sepatutnya mencari mekanisme yang sesuai untuk mengagihkan subsidi 20 meter padu air kepada seluruh rakyat di negeri ini bukan memberi alasan yang dangkal yang jelas menipu rakyat.
Kenyataan Abdul Khalid bahawa manifesto pilihan raya bukan janji yang perlu ditunai mendedahkan belang sebenar kerajaan pakatan pembangkang yang sebenarnya tidak boleh dipercayai lagi.
GPRS percaya, selagi menteri besar masih menutup mata dan berpeluk tubuh, selagi itulah rakyat akan bangkit membuat tuntutan mereka kepada kerajaan negeri," ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Selayang.
Tambahnya, tuntutan ini bukan digerakkan oleh GPRS tetapi atas kesedaran rakyat sendiri yang selama ini telah tertipu dengan permainan politik pakatan pembangkang yang bertopengkan slogan Kerajaan Prihatin.
Rakyat Malaysia terutama generasi muda yang buta sejarah terus menjadi mangsa kepada satu agenda jahat musuh negara yang berselindung di sebalik nama parti politik dan juga NGO.
Harap pihak SKMM dan KDN segera menyelasikan masalah ini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
You are subscribed to email updates from Taiping Mali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Baru-baru nie punya kecoh cacaian kecoh pasal bagunan kepunyaan Kerajaan Negeri Perak yang disewakan di Pulau Pinang, bukan main melompat pencacai DAP yg kecoh dengan tajuk kononnya bagunan dijual pada heinya dalam artikel di Akhbar Harakah tu hanya cerita nak tau status bagunan tersebut dijual atau tidak, tajuk nya pun dah nampak betapa anjingnya kepada DAP, siap macam kompom dah jual!
Hari nie terpampang dimukasurat akhbar tempatan bagaimana 4,000 permis ditapak warisan yang disemak di pejabat tanah dimana 882 lot sudah dijual dan paling mengecewakan 82 darinya dijual kepada pemilik warga asing. Ini didedahkan oleh Oh Tong Keong Ketua Pemuda BN dalam siri lawatan serta terjahan terhadap isu penjualan tapak kepada warga asing
Antara kawasan yang mengalami tahap kritikal penjual kepada warga asing ialah di Jalan Kapitan Keling, Love Lane dN lebuh Chulia. Menurut Exco Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalu Lintas Cow Kon Yeow hanya 34 lot sah dijual kepada warga asing namun segala nya kantoi bila bila 882 lot didapati telahpun dijual. sepatutnya LGE patut bertanggungjawab menjaga bagunan ditapak warisan dari terus dijual kepada pihak lain
Dalam beberapa tahun lalu lebih 800 geran tanah di tapak warisan ditukar milik, namun selepas diperincikan nyata syarikat yang ditukar milik itu adalah milik warga asing yang kebanyakannya dari AUSTRALIA dan SINGAPURA,
Pekara ini dipandang Serius oleh Pemuda BN Pulau Pinang, menggesa kerajaan DAP mengeluarkan satu polisi mengawal penjualan premis dan bangunan ditapak warisan kepada pemilik asing. Mereka juga memberi dua minggu bermula semalam untuk kerajaan negeri kemukan dasar tapak warisanterutama yang berkaitan pemilikan warga asing
Ater yop idak ker mengkomer nak melompat nyingkap kain pulak pada Khalifah LGE komer tu? kot ya pun kenyang jangan ler pulak jadi anak khinzir yang jalan tunduk kerana malu sebagai anak ba alif ba ya... hehehe...besor sembang ker atau kencing merata?
You are subscribed to email updates from sekupangdua To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Operasi Loji Rawatan Air Rasa dan Bukit Badong di sini dikhuatiri terjejas ekoran penyusutan paras air di Empangan Sungai Selangor yang turut membekalkan air mentah ke loji berkenaan sejak Mei lalu.
Kedua-dua loji berkenaan membekalkan sebanyak 60 peratus air yang telah diproses bagi keperluan penduduk Lembah Klang iaitu Shah Alam, Klang, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur serta 40 peratus kepada penduduk di kawasan Rawang.
Dibimbangi, pengurangan air di empangan itu akan menjadi petanda awal berlakunya krisis air di Selangor dengan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) dilihat sebagai jalan penyelesaiannya.
Tinjauan hari ini mendapati empangan tersebut yang dikatakan mampu menakung kapasiti air sebanyak 235 juta meter kini menyusut kira-kira 40 peratus.
Berdasarkan maklumat yang diperoleh di Pusat Info empangan itu, Empangan Sungai Selangor berfungsi sebagai empangan pengawal dan akan membekalkan air mentah ke loji berkenaan mengikut keperluan semasa.
Wartawan juga mendapati Sungai Luit yang merupakan salah satu sumber takungan Empangan Sungai Selangor menunjukkan aliran air yang rendah berbanding aliran normal.
Sekiranya kejadian itu terus berlaku, ia boleh menjejaskan bekalan air mentah dan mengganggu operasi kedua-dua loji tersebut.
Difahamkan, penyusutan air di empangan merupakan perkara biasa yang berlaku pada setiap tahun namun bukan dalam tempoh yang panjang seperti sekarang.
Empangan itu dibina di bawah Skim Bekalan Air Sungai Selangor Fasa 3 (SSF3) pada tahun 2000 berikutan krisis air yang menjejaskan pengguna di Selangor dan Wilayah Persekutuan pada 1998.
SSF3 juga dikenal pasti sebagai penyelesaian yang mampu dilaksanakan untuk memenuhi permintaan bekalan air yang semakin meningkat.
Sungai Selangor adalah sumber air terakhir yang sesuai dibangunkan bagi memenuhi permintaan yang meningkat dan selepas itu air mentah perlu diimport dari Pahang menerusi pemindahan air antara negeri.
Sementara itu, seorang penduduk tempatan, Ahmat Indar Arifin, 61, berkata, dia hairan dengan takungan air di Empangan Sungai Selangor yang boleh menyusut meskipun sentiasa hujan.
Kerajaan negeri perlu bertindak segera bagi melaksanakan projek Langat 2," katanya.
Seorang lagi penduduk, Khairi Abdullah, 51, berkata, kerajaan Selangor perlu membenarkan pembinaan projek Langat 2 demi kebajikan rakyat.
Loji rawatan itu perlu diteruskan kerana jumlah penduduk semakin bertambah dan permintaan terhadap air terus meningkat yang memerlukan sebuah loji rawatan baru dibina," ujarnya.
Bagi Mohd. Yunus Isa, 66, air merupakan keperluan asas yang perlu disediakan oleh pihak berkuasa dan mereka perlu bertindak segera sebelum krisis air berlaku.
Kita perlu merancang dari sekarang, jangan tunggu apabila sudah berlaku masalah baru mahu bertindak," jelasnya.-UMO
Wasabi Oyabun...
You are subscribed to email updates from Oyabun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Nama sebenar beliau Ustaz Syed Ahmad Faiz (SAF) yang kini seorang pelajar di Mesir yang mahir kitab-kitab pondok. Boleh menyaingi UAI jika beliau ikhlas dakwah demi Agama bukan selainnya.
SEMOGA SELEPAS KITA MEMBACA INI AKAN TIMBUL KESEDARAN KITA UNTUK MERAPATKAN JURANG FAHAMAN POLITIK MASING2, MEMBINA UKHWAH ISLMIAH YANG KIAN HANCUR UNTUK MENGHADAPAI MUSUH NO 1 ISLAM YANG SEBENAR - US.
Perhimpunan demi perhimpunan.Demonstrasi demi demonstrasi.Protes demi protes.Perkara ini di lakukan oleh segelintir rakyat sesebuah negara umat Islam kerana menuntut apa yang mereka kata " Hak" melalui slogan "Human Right" yang di pelopor oleh US.
Bila sebut US, saya yakin semua orang kenal tentang pergerakkan CIA mereka? Mereka yang membuat tuntutan atas nama hak asasi atau "Human Right" yang biasanya berbentuk "provokasi" melalui demonstrasi jalanan tidak menyedari atau sengaja buat buat tak sedar bahawa mereka sedang bergerak dalam acuan yang sememangnya diatur oleh CIA.
CIA sudah berjaya menghuru hara kan beberapa banyak negara Islam dengan mencetuskan kekacauan saperti menghasut dan mengapi apikan pemimpin pemimpin anti kerajaan sesebuah Negara tersebut,samada secara sulit atau terang terangan, supaya mengadakan demonstrasi jalanan besar besaran atau pakatan sulit.
Kerja ini lebih mudah bagi mereka sekiranya kerajaan kerajaan tersebut memang sedia pun bermasaalah dengan pihak anti kerajaan atau pembangkang.Pada setiap demonstrasi mereka akan hantar ejen ejen mereka dari kalangan rakyat tempatan melakukan provokasi dan seterusnya akan tercetuslah huru hara yang biasanya tidak ada kesudahannya.
Mereka sudah berjaya mencetuskan beberapa siri huru hara dan peperangan di dalam negara Islam saperti Afghanistan,Iraq,Palestin,Mesir, Libya, Yemen dan lain lain nya.Organisasi organisasi dan pemimpin pemimpin tempatan terutama yang non Muslim yang anti Islam tidak mustahil ada kaitan dengan strategi CIA ini.Yang sepatutnya kita ambil peduli dan perhatian terhadapanya.
Adalah penting bagi kita umat Islam terutama gerakan-gerakan Islam mempunyai kesedaran yang sangat jernih lagi tajam tentang pergerakan CIA dan kumpulan kumpulan atau individu individu yang menjadi keldai tunggangannya.Kita perlu jangan taksub dan emosional terhadap fahaman politik kepartian masing masing.Buka minda kita dan berfikir dengan lebih tajam lagi untuk melihat dan menilai agenda di sebalik setiap tuntutan yang mereka tuntut.Mudah untuk di kesan sebenarnya,apabila sesuatu tuntutan itu sengaja di buat melalui cara demonstrasi jalanan sedangkan jalan mudah di atas meja bulat atau undang undang luas terbentang.
Adakah kita mahu terus jadi golongan yang benar-benar mahu menyokong tajaan mereka (CIA) dan diperalatkan tanpa sedar dan mahu tunduk dengan strategi mereka ?
Nota: Anda mesti baca buku ini "CIVIL DEMOCRATIC ISLAM – Partners, Resources & Strategic" yang di tulis sendiri oleh ajensi US – The National Security Research Division. Mengenai ajenda dan strategi US melalui CIA dengan memperalatkan gerakan gerakan Islam untuk menghalang dan menghancurkan kebangkitan Islam di seluruh dunia .
Semoga selepas membacanya akan timbul kesedaran kita untuk merapatkan semula jurang fahaman politik masing masing, membina semula ukhwah Islamiah yang kian hancur untuk menghadapi musuh No 1 Islam yang sebenar – US.
Pesanan Guru Mursyid :"Kalau kita hendak menasihati orangTanya hati kita dahulu Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.
Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu, kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".
Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita dapat tapi bala.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Macam biasa, pembangkang mengamalkan sikap holier than thou. Hipokrasi peringkat tertinggi.
Apa yang pihak Kerajaan buat salah, tapi pembangkang sentiasa betul.
Jika dahulu Anwar menggunakan isu nepotisma untuk tumbangkan Tun Mahathir, kini Allah SWT bayar cash kepada dia di dunia lagi. Bila Anwar juga berkuasa penuh di atas parti yang dia tubuhkan, dia sendiri yang mengamalkan sikap tersebut.
Wa haramu, halalku.
*Poster-poster di atas diambil dari blog poster@mymassa (http://mymassagaleri.blogspot.com). Kepada pembaca yang berminat, boleh copy paste untuk disebarkan kepada umum.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, penganut Kristian tidak harus berdiam diri walaupun merasakan mereka "tidak bersalah, suci dan tidak terlibat dalam perbuatan salah".
Bercakap di hadapan 300 pemimpin gereja, Lim berkata, walaupun penganutnya bertanggungjawab di hadapan tuhan, penting untuk mereka menyuarakan "keadilan untuk semua" -- slogan yang juga menjadi seruan Pakatan Rakyat.
"Gereja boleh memainkan peranan (menentang ketidakadilan) untuk mewujudkan masyarakat yang lebih kuat," katanya dalam program dialog di negeri itu semalam.
Pada 5 Mei 2011 bertempat di Hotel Red Rock, Jalan Macalister, Pulau Pinang MP Jelutong Jeff Ooi telah menganjurkan sebuah majlis makan malam dimana pastor pastor Kristian yang giat terlibat dalam aktiviti pendakwahan Kristian di Sarawak, telah dijemput sama.
Pastor dari luar Malaysia yang bergiat di Sarawak juga hadir. Ini juga adalah kebetulan DAP menganjurkan lawatan ADUN DAP yang menang dalam Pilihanraya Negeri Sarawak tiga minggu sebelum itu, berkunjung ke Pulau Pinang.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim didesak supaya tidak cuba menyembunyikan fakta berhubung pembelian dan pemilikan bas mewah dua tingkat untuk kegunaan kempen Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Desakan itu dikemukakan Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), antara lain turut meminta Abdul Khalid mendedahkan punca kewangan sebenar bagi pembelian bas yang sebelum ini dianggarkan berharga RM900,000.
Pengerusinya, Hamidzun Khairuddin berkata, sikap berdiam diri tentang isu tersebut seolah-olah ada sesuatu tidak kena dalam proses pembelian bas berkenaan yang menurut Abdul Khalid dibuat menerusi sewa beli selama enam bulan tanpa menggunakan wang kerajaan negeri.
Namun sehingga hari ini, Abdul Khalid tidak mendedahkan secara terperinci bagaimana pembelian bas mewah itu dibuat, termasuk sumber kewangan untuk membeli kenderaan yang didaftarkan di bawah namanya dengan nombor pendaftaran BLU 8779.
"Apakah Abdul Khalid sengaja tidak mahu mendedahkan proses sebenar pembelian bas mewah itu, sebaliknya hanya membuat kenyataan secara umum bahawa beliau memilikinya melalui sewa beli selama enam bulan.
"Sekiranya Menteri Besar merasakan proses pembelian dan pemilikan bas mewahnya itu dibuat secara telus, beliau harus mendedahkan secara terperinci tentangnya. Sebagai Menteri Besar, sebarang tindakan yang dilakukannya tidak boleh lari dari sudut kepentingan awam di negeri ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sebelum ini, sebuah laman blog, http://sel13.com menyiarkan laporan mempertikaikan pembelian 50 model lori kompaktor sampah bernilai RM14.5 juta oleh kerajaan PKR Selangor termasuk bas dua tingkat dan trak kontena serba guna untuk parti itu.
Selain itu, blog terbabit turut mempersoalkan kenyataan Abdul Khalid yang mendakwa bas mewah digunakan parti itu sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 adalah disewa dan dibiayai sepenuhnya oleh beliau tanpa menggunakan wang kerajaan negeri.
Dalam pada itu, Hamidzun turut meminta Menteri Besar supaya mendedahkan butiran terperinci pembelian bas mewah itu sama ada mempunyai kaitan dengan pembelian 50 buah kompaktor sampah oleh kerajaan negeri sebelum ini.
Katanya, selain jenamanya sama iaitu Dong Feng dari China, bas mewah serta kompaktor sampah tersebut turut dipasang dan diubahsuai dari sebuah kilang yang sama di Rawang.
"Jika Menteri Besar memiliki bas mewah terbabit, adakah beliau mempunyai kaitan dengan pembelian 50 buah kompaktor sampah oleh kerajaan negeri sebelum ini. Jika tidak, Menteri Besar perlu menjelaskan syarikat mana yang menaja pembelian bas mewah itu.
"Kita difahamkan Menteri Besar tidak boleh membuat pinjaman untuk membeli bas mewah itu kerana beliau disenaraihitamkan, susulan kes pinjaman RM60 juta dengan Bank Islam yang kini dalam proses mahkamah," ujarnya.
Pada masa sama, beliau turut menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menjalankan siasatan tentang pembelian bas mewah tersebut sama seperti suruhanjaya itu melaksanakan siasatan terhadap syarikat National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp).
Suara Politik Taminsari
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Pada 5 Mei 2011 bertempat di Hotel Red Rock, Jalan Macalister, Pulau Pinang MP Jelutong Jeff Ooi telah menganjurkan sebuah majlis makan malam, apa yang terkandung sebenarnya dalam majlis makan malam tersebut. Mengapa DAP perlu bertanggungjawab dalam majlis tersebut, baca pendedahan lanjut di sini.
Read the para 4, Guan Eng give BNPP 30 days to pay RM22M for a land meant for poor people housing BUT give IVORY 5 long years for land to be used for the RICH
Pisau kata "bukti regim DAP kerajaan yang adil untuk rakyat miskin..jom pangkah DAP"
Pisau kata "Dana IFC 1 juta diperuntukan oleh Guan Eng atas persetujuan Salleh Man...? IFC akan berkembang subur atas bantuan melayu PAS dan PKR sendiri di Pulau Pinang"
You are subscribed to email updates from PISAU.NET To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Persoalan adakah benar Julia Hana merupakan kekasih kepada pemain bola sepak popular ini terjawab apabila Safee Sali memberikan kata penafian kepada media hari ini.
Menariknya, untuk mengukuhkan penafian tersebut Safee Sali mengakui yang beliau kini sedang bercinta dengan seseorang tetapi enggan mendedahkan identiti gadis tersebut.
Cabaran ini kami terima dan seorang pembaca kami di Jakarta, Indonesia telah mengirimkan dua keping gambar yang di'dakwa sebagai Safee Sali bersama teman wanita beliau.
Mereka berdua di'lihat mesra berjalan sambil berpimpin tangan di sekitar Plaza Senayan, Jakarta yang merupakan salah satu pusat membeli belah mewah dan ternama di Indonesia.
Menurut sumber kami, gadis ini merupakan warga Indonesia & mengambil peluang berjumpa Safee Sali yang kebetulan berada di Jakarta untuk satu perlawanan bola sepak di'sana.
"Cukup saya kata kekasih saya bukan Julia Hana. Dia (kekasih) bukan juga artis atau orang ternama. Pada masa ini, biarlah hal ini peribadi menjadi hal peribadi dan tidak dikongsi dengan masyarakat," ujar Safee Sali kepada Utusan Malaysia hari ini.
Roti Kaya
*Heh! Safe boleh cuba hadiahkan telefon INI untuk kekasihnya...ahaks!
Thinking of the perfect gift for your loved ones? Check out the #XperiaIon by Sony, you'll love the razor sharp screen!
Hish! Apalah yang difikirkan oleh anak penyanyi rock terkenal, Amy Search ini..baju macam rupa tak cukup kain.
Kami pun pelik dengan gaya-gaya Hollywood yang cuba ditiru oleh golongan artis ini di Malaysia ini. Artis-artis Hollywood lainlah, yang tak beragama pun ramai, ini tidak, mengaku Islam, tapi pakai baju dah macam telanjang!
Di karpet merah Anugerah Blockbuster anjuran Astro di Stadium Malawati, Nabila Huda mengenakan pakaian serba hitam dengan mempunyai potongan dibagaian perut dan menutup bahagian dadanya sahaja. Tak cukup dengan itu, kainnya pula terbelah hampir dengan menyerlahkan sebahagian besar pehanya!
*Ada pula kesan 'tan' pula bahagian dadanya...habih Minah Salleh la teww..!
Working doesn't mean your skin has to suffer. Get a mini face spa with cool mist from #SharpPCI Desktop Ion Generator!
NEW YORK – Tiga kumpulan Yahudi dan Kristian memulakan kempen iklan yang berasingan untuk melawan mesej berbaur kebencian yang dikeluarkan terhadap masyarakat Islam menerusi iklan yang dipaparkan di stesen-stesen kereta api bawah tanah di sini.
Iklan-iklan baru itu bertujuan menggalakkan toleransi agama dan menawarkan sokongan kepada komuniti Muslim.
"Bantu menghentikan kesempitan fikiran terhadap jiran Muslim kita," kata satu iklan.
"Sokong keamanan dalam kata-kata dan juga amalan," sebut satu lagi iklan.
Kempen itu dikeluarkan sebagai respons kepada iklan, yang antara lain berbunyi "Defeat Jihad" ("Tewaskan Jihad"). Ia dipaparkan di 10 stesen. New York ada 400 stesen bawah tanah.
Iklan itu berbunyi: "In any war between the civilized man and the savage, support the civilized man. Support Israel. Defeat Jihad" (Dalam mana-mana perang antara mereka yang bertamadun dan kejam, sokong mereka yang bertamadun. Sokong Israel. Kalahkan Jihad."
Pihak Metropolitan Transportation Authority New York pada awalnya menolak iklan itu, yang dikeluarkan oleh American Freedom Defense Initiative.
Bagaimanapun keputusan itu diketepikan oleh hakim mahkamah persekutuan atas alasan ia dlindungi oleh perlembagaan negara itu.
Iklan mempertahankan Muslim disokong oleh Rabbis for Human Rights, Sojourners dan United Methodist Women.
Laporan CNN menyebut bahawa 20 lagi iklan "Defeat Jihad" akan dipasang Isnin ini.
Timothy King dari Sojourners berkata, pihaknya akan membeli ruang untuk meletakkan 10 iklan, juga pada Isnin ini, berhampiran dengan iklan "Defeat Jihad".
"Kami akan bekerja keras untuk memastikan Muslim dilayan dengan baik di sini dan kami berhrap masyarakat Kristian juga akan dilayan dengan baik di luar negara," kata King.
AIR ITAM - Rakyat tidak perlu bimbang dengan amalan nepotisme yang didakwa wujud dalam Pakatan Rakat (PR), kata Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh.
Katanya, amalan nepotisme yang dikatakan mengutamakan ahli keluarga dalam PR tidak perlu dibimbangikerana setiap anak pemimpin ada hak untuk menceburi bidang politik.
"Setiap anak kepada seseorang pemimpin mempunyai hak untuk bergiat aktif dalam politik. Berdasarkan Artikel 8(1) Perlembagaan Persekutuan, setiap orang adalah sama dari sudut undang-undang.
"Anak Lim Kit Siang, Lim Guan Eng sudah membuktikan kepimpinannya di Pulau Pinang. Jadi saya fikir nepotisme dalam PR tidak perlu dikhuatiri," katanya kepada media semalam.
Beliau mengulas senarai Kabinet bayangan PR yang disiarkan oleh akhbar baru-baru ini.
Berdasarkan senarai itu, Datuk dSeri Anwar Ibrahim dinamakan sebagai Perdana Menteridan turut menyenaraikan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri) tetapi turut meletakkan anaknya, Nurul Izzahsebagai Menteri Wilayah Persekutuan.
Mengenai Kabinet bayangan itu, Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, PR tidak percaya kepada senarai sedemikian.
"Kami percaya kepada realiti. Bila tiba masanya nanti, PR akan mendedahkan senarai kabinet sebenar, bukan lagi bayang-bayang.
"Kami tidak percaya kepada wayang kulit," katanya.
Majlis Pimpinan Selangor kecewa sambil menegaskan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin(gambar) sepatutnya mengelak daripada membuat komen-komen yang tidak patut berhubung kenyataan kontroversi kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim jika Pakatan Rakyat (PR) memenangi Pilihan Raya Umum ke-13.
Timbalan Pengerusinya, Zuraida Kamaruddin berkata, Faekah seharusnya mengambil pendekatan positif dengan menghubungi Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sendiri berhubung isu berkenaan.
"Jika Faekah mengambil nafas kali kedua dan baca habis laporan (media), beliau pastinya akan faham keseluruhan mesej dalam komen Azmin di mana TSK (Khalid digambarkan sebagai) satu aset bagi kerajaan PR dalam merealisasikan Buku Jingga, manifesto dan Bajet 2013 di peringkat persekutuan (jika PR menawan Putrajaya)," kata beliau yang juga Ketua Wanita PKR dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam satu kenyataan kepada satu portal berita yang dipetik akhbar tempatan hari ini, Faekah menyifatkan kenyataan Azmin, yang disiarkan oleh sebuah akhbar Rabu lalu, sebagai langkah yang "tidak bijak secara politik." Katanya, selaku pemimpin PR, seseorang yang membuat kenyataan sedemikian seharusnya telah mempertimbangkan implikasi akibat kenyataan mereka.
Dalam kenyataannya kelmarin, Khalid berkata, Azmin tidak perlu memohon maaf berikutan kenyataannya yang dianggap sebagai satu salah faham. Malah, Abdul Khalid yang juga Menteri Besar Selangor dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak menganggap kenyataan Azmin adalah bersifat peribadi dan tidak mewakili pendirian pakatan pembangkang.
Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak dipetik berkata, Selangor akan mendapat Menteri Besar baru bagi menggantikan Khalid sekiranya PR memenangi Pilihan Raya Umum ke-13. Katanya, Khalid lebih diperlukan di peringkat Pusat sekiranya pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan selepas memenangi pilihan raya umum itu.
Mengulas lanjut, Zuraida berkata, di pihak Azmin, beliau telah berulang kali secara terbuka menunjukkan sokongan penuh kepada Khalid selaku Menteri Besar Selangor "TSK (Khalid) telah melakukan kerja yang menakjubkan, mengubah 360 darjah gaya kerajaan BN (sebelum ini)," katanya sambil menambah bahawa Khalid telah digambarkan sebagai Menteri Besar PR yang cemerlang, sehingga mencemburukan BN.
"Berkenaan dengan komen terbaru mengenai peranan TSK di peringkat persekutuan, ia telah disalah tafsir dengan tidak bijak oleh Faekah," kata Zuraida, yang juga Ahli Parlimen Ampang.
Sehubungan itu tambah Zuraida, "nasihat kami kepada Faekah, robohkan tembok komunikasi dengan pemimpin-pemimpin parti kerana sehingga kini beliau masih belum berkomunikasi dengan kebanyakan pemimpin negeri dan parti berkenaan dengan urusan parti dan negeri."
Katanya, selaku seorang setiausaha politik yang efektif, Faekah seharusnya memberi tumpuan untuk memperbaiki hubungan politik antara Menteri Besar dan pemimpin-pemimpin parti, bukannya menyebabkan ketidakstabilan dengan membuat kenyataan sewenang-wenangnya.
"Dan, satu peringatan mesra kepada Faekah, sementara parti (ibu pejabat) tidak perlu berbincang dengan negeri, tetapi kami bertindak secara objektif dan profesional.
Imogen Thomas tampil sebagai pelakon undangan di dalam rancangan Shameless (nama rancangan pun dah macam tak senonoh...) di Channel 4.
Bintang realiti ini muncul tidak sampai 30 saat, tetapi impaknya mungkin berhari-hari. Mana tidaknya, dia tampil hanya untuk dibuka bajunya.
Video ini bermula dengan Imogen Thomas kelihatan sedang melintas jalan dengan berpakaian seperti biasa.
Diseberang jalan pula terdapat tiga orang sahabat sedang minum disebuah gerai ditepi jalan.
Ketika Imogen melintas jalan, salah seorang dari tiga lelaki tersebut meminta rakannya supaya diam kerana dia mahu meunmpukan perhariannya secara serius. Kedua-dua kawannnya mentertawakannya.
Sedang wanita tersebut melintas jalan, tiba-tiba pakainnya seolah-olah direntap dan yang tinggal hanya coli dan seluar dalamnya sahaja!
AMPANG: Malang emnimpa seorang remaja perempuan apabila dipercayai dicabul seorang pengawal keselamatan warga asing selepas lelaki terbabit 'mengumpan' mangsa keluar dari rumahnya di sebuah pangsapuri, di Ukay Perdana, di sini, kelmarin.
Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berusia 14 tahun itu tinggal di rumah dengan seorang adik lelakinya selepasa ibu bapanya keluar bekerja.
Sumber berkata, dalam kejadia jam 8 pagi itu, pengawal keselamatan warga asing terbabit yang berusia 30-an datang ke rumah mangsa.
"Adik lelaki mangsa memberitahunya mengenai kehadiran pengawal keselamatan berkenaan. Mangsa keluar rumah dan lelaki terbabit berpura-pura bertanyakan mengenai sebuah kereta dan menyuruh mangsa melihatnya.
"Ketika mangsa berpaling untuk melihat ke bahagian tempat letak kenderaan melalui kaki lima rumahnya itu, suspek memeluk mangsa," katanya.
Menurut sumber, mangsa dikatakan terkejut dengan tindakan lelkai itu kemudian menjerit, menyebabkan perbuatan keji lelaki itu disedari adik lelakinya.
Beliau berkata, mangsa sempat melarikan diri ke dalam rumah sebelum memaklumkan kejadian itu kepada ibu dan bapanya.
Mangsa membuat laporan mengenai kejadian berkenaan di balai polis berhampiran.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan kejadian itu.
KUALA LUMPUR: Malaysia berada di landasan betul dalam mewujudkan "halangan dan pencegahan' asas dalam memerangi rasuah, kata Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) Datuk Seri Idris Jala.
Berucap pada konvensyen Persatuan Pihak Berkuasa Antirasuah Antarabangsa (IAACA) di sini hari ini, beliau berkata inisiatif itu, antara lain, ialah pengenalan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat, penubuhan 14 Mahkamah Khas Rasuah dan penyiaran nama pesalah rasuah di laman web Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Inisiatif lain ialah usaha menambahbaik Kerangka Pembiayaan Politik, pengurangan 52 peratus lesen perniagaan tidak perlu; Ikrar Integriti Korporat; penyiaran kontrak kerajaan secara online; pemeteraian 132,459 perjanjian integriti dan inisiatif-inisiatif dalam laporan Ketua Audit Negara, katanya.
Idris, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata hasil daripada inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan Malaysia amat menggalakkan berdasarkan kajian bebas yang dijalankan oleh Institut Integriti Malaysia, Frost & Sullivan dan Price Waterhouse Coopers.
Beliau berkata Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Malaysia mengenai rasuah telah terbukti efektif dan oleh itu, berkongsi maklumat berkenaan dalam konvensyen seperti IAACA akan memberi manfaat kepada usaha memerangi rasuah global.
"Kami memperkenalkan tujuh NKRA di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) untuk fokus kepada apa yang rakyat mahu," katanya.
Hasilnya "barometer rasuah' (CB) Malaysia telah berubah daripada 48 peratus pada 2010 kepada 49 peratus tahun lepas. BERNAMA
Tindakan menyenarai Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar dalam Kabinet bayangan yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan amalan kroni, nepotisme serta mengutamakan ahli keluarga dipraktikkan dalam pakatan pembangkang.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali (gambar) berkata, perkara tersebut jelas apabila anak-beranak itu memegang jawatan menteri dalam Kabinet bayangan yang sama, sedangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mengamalkan dasar serupa.
Katanya, Anwar sering menuduh UMNO dan BN mengamalkan kronisme tetapi pendedahan Kabinet bayangan itu menunjukkan 'muka sebenar' pemimpin pakatan pembangkang tersebut yang sebenarnya mempraktikkan amalan berkenaan.
"Sebab itu, Anwar sebelum ini tidak mahu mendedahkan Kabinet bayangan walaupun didesak pelbagai pihak. Kita sudah tahu sebabnya, beliau selalu tuduh UMNO dan BN amalkan kronisme, nepotisme tetapi beliau dari awal lagi telah meletakkan nama isteri serta anak sebagai calon menteri.
"Kalau UMNO buat begitu, pasti akan diserang bertubi-tubi oleh mereka, usahkan jawatan menteri, nak berniaga pun tidak boleh. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memerintah 21 tahun, beliau turun baru anaknya bertanding dalam pilihan raya," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini.
Beliau mengulas senarai Kabinet bayangan pakatan pembangkang yang didedahkan oleh pengendali blog papagomo.com yang didakwa diperoleh daripada sumber dalaman PKR.
Berdasarkan senarai tersebut, Anwar akan menjadi Perdana Menteri, Wan Azizah sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri manakala Nurul Izzah pula menjawat jawatan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.
Jawatan penting lain seperti Menteri Pertahanan dipegang oleh Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub; Menteri Dalam Negeri pula diberikan kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali manakala Menteri Kewangan satu dan dua masing-masing dijawat oleh Ketua Biro Publisiti DAP, Tony Pua serta Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli.
Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, beliau tidak pasti sejauh mana kebenaran senarai tersebut tetapi percaya maklumat tersebut diperoleh hasil percakapan kumpulan kanan dalam pakatan pembangkang yang telah bocor.
"Apabila saya lihat senarai ini, hati kecil saya berbisik 'Ya Allah, janganlah jadi'," jelasnya.
Mengulas mengenai Azmin yang dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri, Ibrahim memberitahu bahawa jawatan itu tidak sesuai dengan Ahli Parlimen Gombak itu kerana individu yang dilantik memegangnya perlulah orang yang menghormati undang-undang.
"Selain itu, saya hairan bagaimana Rafizi boleh dilantik sebagai Menteri Kewangan kedua dalam Kabinet bayangan ini kerana beliau tidak layak. Sejauh mana kehebatan beliau? Baru dua tahun terlibat dengan politik, bertanding pun tidak pernah, jadi Ahli Parlimen pun tidak, setakat dedahkan mengenai isu projek Fidlot Nasional, itu bukan kelayakannya.
"Mereka juga silap meletakkan Tian Chua sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani kerana beliau wajar dilantik menjadi Menteri Luar dalam Kabinet bayangan pembangkang kerana memudahkannya berhubung dengan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) luar untuk menyalurkan dana," ujarnya.
Pergeseran antara Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dengan Azmin Ali semakin panas apabila beliau membalas sindiran Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dengan mengatakan anak emas Datuk Seri Anwar Ibrahim tersebut terlalu bercita-cita.
Malah beliau yang dikenali sebagai orang kanan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara berkias dan sinis memberitahu, sebagai orang tua, beliau faham perasaan dan cita-cita politik seorang pemimpin muda seperti Ahli Parlimen Gombak itu.
Saya tidak perlu komen apa-apa tetapi sebagai orang tua, saya faham perasaan dan cita-cita seorang pemimpin muda. Biarkanlah dia," katanya penuh tersirat menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) sebagai menjawab sindiran Azmin kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
20 Negara Dengan Hutang Terbanyak Di Dunia | Laporan ini dipetik daripada data Bank Dunia tentang 75 negara dengan kemampuan ekonomi terbesar yang memiliki beban hutang paling tinggi jika dibandingkan dengan ratio Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Laporan yang dimuat oleh majalah Forbes ini membandingkan 20 negara penghutang terbesar di dunia.
Adakah Malaysia juga turut tersenarai dalam list ini? Nak tahu? baca sampai habis…
SEBAIK sahaja Anwar dipecat daripada Jawatan Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998, dan bergelombangnya ERA REFORMASI, salah satu slogan mereka adalah KKN (kroni-korupsi-nepotisme) terhadap kerajaan BN yang dipimpin Datuk Seri Dr Mahathir (kini Tun).
Kini slogan mereka itu, seperti meludah ke langit terpercik ke muka sendiri, kerana salah satu daripada akronim itu, nepotisme subur mereka amalkan.
Sebagai contoh dalam parti PKR- Pemimpin Umum-Anwar, Presiden-Wan Azizah isteri Anwar, Naib Presiden- Nurul Izzah-anak Anwar.
Dalam parti DAP rakan PKR dalam Pakatan Rakyat, dua pemimpin utama parti itu- Lim Kit Siang dengan anaknya- Lim Guan Eng, serta menantunya- Betty Chew; Karpal Singh dan anaknya- Gobind Singh Deo.
Jikalah parti mereka mampu menang pada PRU-13 akan datang, sudah tentu, barisan kabinet atau jawatan-jawatan penting kerjaan akan diisi oleh keluarga mereka; kerana menurut Karpal Singh, keupayaan anak-anak pemimpin Pakatan Rakyat jauh lebih baik daripada para pemimpin PR lainnya.
Jawatan-jawatan penting akan diisi terlebih dahulu oleh keluarga pemimpin utama Pakatan Rakyat, dan kemudian selepas tiada lagi keluarga mereka yang boleh mengisi sebarang jawatan, barulah diberikan pada orang lain.
Jika dalam pembahagian jawatan perkara nepotisme diamalkan, demikian juga akan berlaku dalam pengagihan khazanah negara. Keluarga pemimpin PR diutamakan dahulu, dan jika ada lebihan atau tempias, maka baru diberikan pada rakyat lain.
Terserah kepada 12 juta pengundi negara, apakah akan memberi peluang kepada nepotisme dalam negara pada PRU-13 akan datang.
PEMBANGKANG mengangkat ISU RASUAH sebagai modal utama menghentam kerajaan menjelang PRU-13 ini.
Pembangkang tidak dapat membawa isu pembangunan kerana menurut mereka isu itu tidak berapa mendapat sambutan daripada rakyat.
Pembangkang dengan strategi tersusun memilih Ketua Menteri Sarawak-Taib Mahmud, Ketua Menteri Sabah-Musa Aman dan Peguam Negara-Gani Patail.
Selain itu, Pembangkang juga me-reka-reka isu berhubung pembelian kapal selam Malaysia, kononnya Najib terlibat salahguna kuasa; selain dakwaan mereka, kononnya beliau terlibat dengan pembunuhan model Mongolia- Altanyua.
Pembangang berusaha mengwujudkan persepsi negatif terhadap para pemimpin BN, untuk membunuh karekater mereka, dengan tujuan agar rakyat marah dan mengakibatkan rakyat menolak BN pada PRU-13 akan datang.
Isu National Feedlot Centre (NFC) yang diangkat pembangkang menyebabkan Sharizat Jalil melepaskan jawatan menteri kabinet, salah satu kejayaan moral pembangkang.
Kini, Pembangkang pula mengangkat isu Kenduri Mega anak Ketua Menteri Melaka, selain memutar semula dakwaan terhadap Taib Mahmud, Musa Aman dan Gani Patil.
Sementara Kerajaan BN melakukan semua tindakan untuk memajukan negara, agar rakyat menikmati kemakmuran itu, pihak pembangkang pula berusaha untuk membunuh karekater para pemimpin BN.
Setuju atau tidak, pengangkatan ISU RASUAH banyak mengakibatkan kerosakan terhadap imej kerajaan; kerana isu ini terus dibangkitkan pembangkang saban hari pada setiap kesempatan.
Bagi Pembangkang betul atau tidak dakwaan itu, bukan penting, yang penting mereka mampu mengwujudkan kerosakan teruk kepada imej seseorang pemimpin.
Tindakan pembunuhan karekater terhadap Anwar dan Azmin dan Mat Sabu dengan dakwaan seks, walaupun pada mulanya berjaya mempengaruhi persepsi rakyat terhadap para pemimpin pembangkang itu, kini isu seperti itu telah dianggap basi.
Percaya atau tidak, ISU RASUAH menghantui kerajaan BN. Kalaulah berlaku sebarang tsunami politik terhadap BN pada PRU-13 adalah disebabkan oleh faktor ini. Fikir-fikirkan lah.
PERKARA-PERKARA YANG ANDA PATUT TAHU TENTANG BAJET PR
1. Tetap SATU BAJET DEFISIT – walaupun seantero Pakatan Rakyat mendakwa bahawa bajet alternatif 2013 yang diumumkan baru-baru ini menggambarkan polisi kukuh ekonomi mereka, menyokong penghapusan monopoli dan bakal mengimplementasi undang-undang antipakat ("antitrust") yang mampan. Dari segi angka, bajet alternatif 2013 mensasarkan defisit sebanyak 3.5 peratus berbanding 4.3 peratus, dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM234 bilion melebihi pendapatan sebanyak RM197 bilion.
Walaubagaimanapun, BN telah merangka rancangan untuk mengurangkan kadar defisit ini dalam tempoh lima tahun dengan sasaran 3.5 peratus menjelang 2015. Sasaran kerajaan untuk 2013 adalah sebanyak 4 peratus. Kita tidak boleh melakukan pengurangan atau melancarkan bajet berjimat cermat secara drastik, untuk terus mengurangkan kadar defisit kepada 3.5 peratus tahun depan, tatkala ekonomi global sedang gawat.
Sebaliknya, di dalam kegawatan ekonomi global, setiap negara perlu berbelanja dalam beberapa aspek untuk merangsang ekonomi domestik agar mampu bertahan menghadapi kesan-kesan ekonomi global. Ini kerana ekonomi domestik Malaysia merangkumi lebih 70 peratus daripada KDNK (Jumlah pendapatan negara).
Malahan, Malaysia adalah salah sebuah negara yang baru-baru ini mendapat pujian dari komuniti kewangan antarabangsa kerana strategi serampang dua mata yang merangsang ekonomi dan mengekalkan pertumbuhan pada kadar 5 peratus. Pakatan Rakyat juga sebenarnya mengakui dalam bajet alternatif 2013, mereka tidak dapat melancarkan lebihan bajet tahun depan walaupun mereka menghentam kuat kadar hutang negara masakini.
2. Pakatan Rakyat (PR) juga mendakwa mereka akan menyelesaikan isu perumahan mampu milik dengan menubuhkan Lembaga Perumahan Kebangsaan untuk melaksanakan projek-projek perumahan mampu milik secara besar-besaran di seluruh negara.
Bukan setakat itu sahaja, malahan PR juga berkata mereka akan menghentikan beberapa projek-projek penting serta agensi-agensi yang digerakkan di bawah pentadbiran Dato' Seri Najib seperti pembangunan tanah Institut Penyelidikan Getah di Sungai Buloh dan juga agensi pembangunan strategik 1MDB.
PR mencadangkan penggabungan 1MDB dengan Khazanah, di samping mendakwa bahawa pembaziran berlaku apabila kedua-dua agensi ini mempunyai objektif yang sama, selain daripada menetapkan polisi-polisi dividen minimum sebanyak RM2 bilion ke atas Khazanah.
Walaubagaimanapun, sekiranya kita membuat kajian secara mendalam, usaha PR untuk menubuhkan Lembaga Perumahan Kebangsaan ini sebenarnya telah pun dilaksanakan oleh kerajaan melalui 1PRIMA, yang merupakan sebahagian daripada inisiatif untuk menyediakan perumahan mampu milik lebih baik kepada golongan berpendapatan rendah.
Bajet PR tidak realistik apabila mereka mahu menghentikan pembangunan tanah Institut Penyelidikan Getah di Sungai Buloh dan juga 1MDB kerana ini mendatang implikasi kepada ekonomi negara. Di Lembah Kelang, di mana tanah semakin penuh, salah satu cara untuk kerajaan menyediakan perumahan mampu milik adalah dengan melepaskan lebih banyak tanah kerajaan untuk membina rumah. Tidak ada lagi tanah kerajaan di Lembah Kelang untuk menampung permintaan perumahan selain daripada tanah milik Institut Penyelidikan Getah tersebut.
Patutkan pembangunan seperti ini dihentikan dan bagaimana pula nasib beribu-ribu buah rumah baru, yakni rumah-rumah dalam anggaran RM500,000 ke bawah. Bukankah ini bakal membawa implikasi buruk kepada ekonomi negara? Satu lagi kelemahan dalam cadangan mereka adalah persoalan bagaimana persaingan boleh dipupuk sekiranya 1MDB dan Khazanah digabungkan?
Sebab utama kenapa 1MDB ditubuhkan adalah untuk memupuk persaingan antara Khazanah dan 1MDB, kerana persaingan ini mampu merangsang kecekapan dan prestasi untuk membawa pulangan yang lebih mantap kepada kerajaan.
3. PR juga menyatakan hasrat mereka untuk menaikkan royalti minyak sehingga 20 peratus kepada negeri-negeri pengeluar minyak. Di atas kertas, memang nampak enteng. Tidak ramai yang sedar bahawa dalam mana-mana urusan perniagaan, sebaik sahaja kontrak ditandatangani, ia kekal terikat – tidak kiralah apa juga hasilnya. Kecuali, sekiranya kedua belah pihak bersetuju untuk menamatkan perjanjian tersebut yang berdasarkan kepada kefahaman yang mutual.
Dan paling penting terdapat "Penalty Clause" yang boleh mengakibatkan kerugian besar kepada PETRONAS apabila kontrak tersebut tidak dipenuhi atau dipersetujui oleh mana-mana pihak. Kerajaan-kerajaan negeri kini menerima 5 peratus royalti minyak, hasil dari perjanjian yang telah dibuat lebih 40 tahun dahulu. Dan tambahan pul setiap negeri mempunyai hak untuk menyimpan hasil kutipan cukai di negeri masing masing. Ini tidak termasuk pembiayaan projek-projek daripada Kerajaan Persekutuan tidak kira negeri tersebut dikelola oleh Pakatan ataupun Barisan.
Pembiayaan-pembiayaan melalui pembayaran produk-produk petroleum kepada kerajaan Persekutuan dan negeri dibuat mengikut sebuah Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC). Kontrak terserbut telah ditandatangani antara PETRONAS dan rakan-rakan kongsi asingnya seperti Shell, ExxonMobil dan lain-lain.
Dengan meminda kadar pengeluaran, akan menjurus keadaan kepada rundingan semula antara PETRONAS dan rakan-rakan kongsi PSCnya yang lain. Tambahan pula, kontrak ini termaktub untuk satu jangka waktu tertentu, dan sebarang usaha untuk meminda kriteria-kriteria kontrak ini akan menghancurkan minat dan keyakinan syarikat-syarikat gergasi minyak asing ini.
Bukan setakat itu sahaja, ramai yang tidak sedar bahawa Malaysia, melalui syarikat petroleum kebangsaannya PETRONAS memiliki salah satu daripada kontrak perkongsian pengeluaran yang paling adil dan efisyen di dunia. PSC PETRONAS adalah yang paling baik dengan syarat-syarat fiskal inovatif yang berlandaskan jumlah progresif (Progressive Volume-Based). Ini membolehkan kontraktor-kontraktor PSC untuk menambahkan lagi usaha-usaha dan komitmen mereka secara agresif dalam menggiatkan semula dan memaksimakan potensi dari lapangan minyak mereka.
Sepanjang tahun-tahun ini, PETRONAS telah memperbaiki perjanjian-perjanjiannya melalui kontrak-kontrak perkongsian risiko (RSC), mempelbagaikan lagi kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) yang asalnya diperkenalkan pada tahun 1976. Bermula tahun lepas, PETRONAS telah menyemak semula perjanjian tersebut sebagai PSC "enhanced oil recovery" (EOR) yang melonjakkan kadar pengeluaran dari 26 peratus kepada 40 peratus.
Sebagai sebuah perjanjian yang berlandaskan prestasi, ia dibina di Malaysia agar rakyat Malaysia dan rakan-rakan kongsi swasta mendapat manfaat dari lapangan-lapangan marginal yang berjaya dan mendatangkan hasil yang lumayan ini.
Sekiranya anda mahu menaikkan royalti minyak bermakna anda harus mengkaji semula segala perjanjian-perjanjian sedia ada, yang memang berkesan dengan baik dalam memberikan manfaat kepada kita.
4. Pakatan mahu menurunkan cukai-cukai automatif sebanyak 20 peratus tahun depan berbanding kadar masa kini antara 65 hingga 105 peratus.
Kita perlu memahami latar belakang Dasar Automatif Negara. Ini kerana cukai-cukai yang tinggi ke atas kereta; ia akan menjadi keterlaluan, merbahaya dan sangat mengganggu sekiranya ia dikurangkan secara drastik. Ia harus dilaksanakan dengan berperingkat -- samada dilaksanakan di bawah satu jadual ujian atau pun apabila kerajaan membuat keputusan.
Sebarang pindaan drastik kepada satu rejim cukai sifar akan mengakibatkan gangguan yang besar terhadap pasaran dengan harga-harga kereta yang sedia ada (sebagai contoh, kereta second hand), dan dalam sesetengah kes, akan jatuh mendadak sehingga kurang daripada separuh nilai masa kini. Adalah lebih munasabah sekiranya kadar cukai diturunkan sedikit demi sedikit melalui satu tempoh waktu tertentu. Memanglah ia akan membebankan namun, adakalanya ini sahaja jalan yang ada agar kesenangan dapat dikecapi kemudian hari.
Katakan, dalam tempoh 10 tahun dengan sasaran untuk mengurangkan kesemua cukai ke atas kereta dalam tempoh tersebut kepada 10 peratus dari kadar 85 peratus sekarang (untuk kereta-kereta kebangsaan) dengan purata point 7.5 peratus setahun. Sebuah kereta nasional berharga RM50,000 sekarang akan berkurangan sebanyak RM2,000 dalam masa setahun. Ini akan mengakibatkan gangguan yang minimal kepada kedua-dua pasaran kereta baru dan terpakai, dan kejatuhan harga kereta ini akan lebih mudah diterima oleh pemilik-pemilik kereta.
Bukan seperti penurunan drastik 20 peratus yang dicadangkan oleh PR. Dengan penurunan drastik 20 peratus, bolehkah anda bayangkan betapa banyak gangguan bakal berlaku kepada pasaran-pasaran kereta baru dan terpakai? Nilai kereta anda akan jatuh sebanyak 20 peratus dalam sekelip mata. Akibatnya anda tidak boleh menjual kereta disebabkan perbezaan harga yang terlampau. Dan ini akan mengakibatkan lebih banyak orang rugi (mungkin juga jatuh bankrap) kerana penurunan harga kenderaan yang drastik.
5. PR juga telah mencadangkan kajian semula ke atas semua kontrak-kontrak berkaitan MRT dengan niat untuk membuat peruntukan semula perbelanjaan bagi mengembangkan sistem rangkaian bas, dalam sasaran melengkapkan laluan-laluan LRT sedia ada dan laluan MRT masa hadapan.
Ia berkata ia akan memberikan tumpuan kepada Bus Rapid Transit (BRT) kerana ia adalah "sebuah penyelesaian pengangkutan awam alternatif yang lebih efisyen dari segi kewangan," dan menyarankan bahawa ia telah pun dilaksanakan di bandaraya-bandaraya seperti Bogota, Colombia dan Johannesburg, Afrika Selatan.
Walaubagaimanapun, apa yang tidak disedari oleh PR adalah di bandaraya-bandaraya tersebut wujud kombinasi sistem bas dan keretapi. Di bandaraya-bandaraya contoh untuk pengangkutan awam seperti Tokyo dan Zurich pun, mereka meletakkan keretapi sebagai ciri utama sistem pengangkutan awam mereka.
Implementasi BRT sebenarnya telah pun dimulakan sejak 2009 di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) untuk pengangkutan awam. Laluan-laluan BRT telah diwujudkan dari beberapa buah bandar-bandar satelit yang menghala ke KL dengan menggunakan laluan bas berdedikasi. Pengurang masa perjalanan dari bandar ke KL melalui BRT telah mencapai lebih daripada 50%.
Malah di bawah GTP, Kerajaan sudah menambahbaik perkhidmatan LRT agar lebih meluas dan selesa. Lebih dua juta penumpang di dalam tahun 2011 telah menikmati penambahbaikan perkhidmatan ini tanpa kita sedari. Projek MRT yang dicadangkan oleh Kerajaan sudahpun bermula kerana ia perlu untuk memenuhi permintaan penumpang dan juga disebabkan oleh faktor urbanisasi, dimana KL akan mempunyai lebih daripada 9 juta penduduk pada tahun 2020, berbanding 6 juta pada tahun 2011.
6. Jika kita lihat secara rawak, semua janji-janji Pakatan melalui Bajet Alternatif 2013 sudah terkandung dalam inisiatif yang masih dan telahpun dijalankan oleh Kerajaan. Terdapat juga beberapa idea baru, tetapi gagasan idea baru tersebut tidak mempunyai impak maksima kepada rakyat Malaysia.
Contoh yang ketara seperti yang terkandung di mukasurat 2, Bajet Alternatif 2013. Penjimatan hasil penurun harga kereta yang mereka warwarkan selama ini, hanya mempunyai nilai peningkatan RM70 bagi setiap rakyat Malaysia. Bagi mereka pula yang mempunyai pinjaman PTPTN, jumlah penjimatan bagi setiap warganegara hanya RM 200. Tetapi berapa ramai yang layak mendapat pinjaman PTPTN?
Tambahan janji mereka lagi adalah Special Teaching Allowance sebanyak RM500 kepada guru-guru yang hanya mempunyai jumlah sebanyak 400,000 orang. Apa yang berlaku kepada 28 juta rakyat Malaysia yang tidak mendapat apa-apa bantuan atau penjimatan daripada janji mereka?
Ini menunjukkan perbezaan yang ketara daripada Bajet 2013 yang diumumkan oleh Perdana Menteri. Banyak peruntukan bantuan atau tax relief yang diumumkan untuk setiap kategori masyarakat (tua, muda, pelajar, pegawai kerajaan, dan sebagainya), tetapi kita sebagai rakyat Malaysia masih alpa dan mudah ditipu oleh propoganda Datuk Seri Anwar dan rakan-rakan.
Ini kerana semakin hampir kita kepada Pilihanraya Umum ke-13, semakin ramai pihak yang akan menyemarakkan kemarahan, dalam misi membuat kita alpa dengan apa yang ada di sekeliling kita. Konsep kesyukuran kepada apa juga rezeki yang kita perolehi (baik secara langsung atau tidak melalui bantuan Kerajaan) akan terhapus dengan sewenangnya, jika kita tidak arif menilai secara objektif dengan apa yang kita telah dan sedang menikmati.
Adakalanya perubahan kehidupan yang kita inginkan itu datang dari usaha kita sendiri. Telah banyak perubahan yang dijanjikan pada tahun 2008 oleh Pakatan di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah, persoalannya adakah kehidupan penduduk telah berubah atau rezeki mereka melimpah ruah di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat?
Walau apa pun yang tercetak dalam Bajet 2013 atau Bajet Alternatif 2013, hanya kita sebagai rakyat yang layak menilai.
Kata orang tua-tua...
Selidik dahulu sebelum sokong,
Jangan sampai kena kelentong!
(Tulisan dan analisis yang baik daripada Ahmad yang dihantar melalui e-mail suara@anakmuda.info)
Rasa macam nak tampar saja kepala Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid "Gagap" apabila dia menuduh Kerajaan Pusat tidak komited dalam isu menyelesaikan masalah air yang semakin meruncing di Selangor.
Lebih menjelikkan, Khalid tanpa rasa bersalah sekali lagi menangguhkan pembinaan loji Langat 2 dengan memanggil DYMM Sultan Selangor untuk mencemar duli bermesyuarat dengan Exco-Exco Kerajaannya berhubung isu yang sepatutnya langsung tidak memberi masalah kepada rakyat.
Sepatutnya, isu pembinaan loji Langat 2 sudah dimulakan dua tahun sebelum ini namun atas kebebalan ego politik yang menggunung, Khalid mengada-ngada mahu menstruktur semula air di Selangor sebelum membenarkan projek berkenaan dijalankan.
Padahal, pembinaan loji itu ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Pusat demi memastikan seluruh rakyat Selangor dan sekitar Lembah Klang tidak menghadapi krisis air yang pernah mereka alami pada tahun 1998 dulu.
Lagipun, apa kena mengenanya penstrukturan semula air itu dengan pembinaan loji Langat 2?
Berbalik mengenai mesyuarat yang "sengaja" diada-adakan, saya yakin bahawa ia adalah bertujuan untuk mengusutkan lagi keadaan. Bincang, bincang dan bincang, dan lagi-lagi bincang. Perlaksanaannya tak pulak dibuat!
Lagipun, Khalid sendiri menyatakan bahawa mesyuarat khas tersebut bakal mengambil masa selama hampir sebulan untuk diadakan dan ia juga bermaksud bahawa Menteri Besar paling teruk dalam sejarah Selangor itu berniat untuk menangguhkan lagi perlaksaan projek Langat 2.
Dalam mesyuarat itu, Khalid bercadang untuk berbincang mengenai penstrukturan semula air di Selangor dan dia sedar bahawa perbincangan demi perbincangan itu sebenarnya langsung tidak menyelesaikan masalah.
Nak tahu kenapa? Sebab Khalid memang gagal! Sudah 2 kali dia berbincang dengan syarikat-syarikat konsesi air Selangor dan dia gagal untuk mencapai persetujuan untuk mengambil alih syarikat-syarikat tersebut.
Iyalah, kalau dia tawarkan harga yang rendah, siapa yang sanggup jual sedangkan syarikat mereka jauh lebih tinggi nilainya! Hutang Talam pun ditolakkan daripada aset syarikat dengan harga yang tinggi!
Jadi cuba bayangkan, untuk mencapai kata sepakat dalam urus niaga membeli syarikat-syarikat konsesi itu pun Khalid masih gagal dan dijangka mengambil masa yang lama untuk berunding, bila pula loji Langat 2 akan dibina..???
Lagipun, untuk bermesyuarat saja dia mengambil masa hampir sebulan, dan agaknya berapa lamakah masa yang dia perlukan untuk berbincang dengan syarikat-syarikat konsesi air itu untuk mencapai persetujuan jual beli?
Selepas penstrukturan semula air itu berjaya, baru Khalid nak benarkan loji Langat 2 dibina?
Rasanya ketika itu mungkin rakyat Selangor akan menghadapi masalah tidak mandi pagi, tidak gosok gigi, tidak buang air, terpaksa guna air mineral untuk masak dan mungkin Khalid sendiri terpaksa bertayammum untuk bersolat!
Melalui mesyuarat khas itu, jelaslah di sini bahawa Khalid mengaku bahawa sememangnya negeri pimpinannya itu sedang dan akan menghadapi masalah air yang serius di mana dia terpaksa memanggil semua Exconya untuk sama-sama pening kepala sepertinya.
Padahal, Khalid sebenarnya boleh selesaikan masalah air rakyat ini sekelip mata dengan membenarkan pembinaan loji Langat 2 itu serta merta dan dia tak payah pening-pening kepala kena "belasah" tiap-tiap hari kerana isu yang begitu mudah ini.
Mengenai penstrukturan semula air Selangor itu, Khalid boleh uruskan sendiri tanpa membabitkan pembinaan loji tersebut, kan?
Saya tidak tahu apa yang bakal Khalid sampaikan kepada DYMM Sultan Selangor nanti. Cuma saya harap dia tidak berani menipu Baginda Tuanku bagi menyelamatkan "leher"nya dari tanggungjawab sebagai Menteri Besar.
Khalid sebenarnya tahu keadaan sebenar tapi takut nak buat keputusan sebab keputusannya akan memihak kepada Langat 2. Sebab tu dia ajak orang lain bincang sana bincang sini nak suruh buat keputusan sepakat. Yalah, ini melibatkan "air muka" parti, takkan nak mengaku kalah!
Pada saya, mesyuarat ini diadakan hanyalah sekadar untuk melewat-lewat dan menyeksa rakyat yang kini dilanda bibit-bibit krisis air. Khalid tidak serius dan tidak komited pun untuk menyelesaikan masalah air di negeri itu.
Apa yang dia sebokkan ialah penstrukturan semula air di Selangor. Padahal, dia tahu kerajaan pimpinannya tidak ada wang untuk membeli syarikat-syarikat konsesi air itu dan Khalid perlu sedar bahawa dia sememangnya gagal dalam menjaga hal kebajikan rakyat!
Bina loji Langat 2 dulu, kemudian nak struktur apa pun buatlah! Takkan itu pun Khalid tak boleh fikir dan buat? Khalid nak suruh rakyat Selangor terus derita tak dapat bekalan air bersih ke???
Tempoh 30 hari yang diberikan kepada Pemuda Barisan Nasional (BN) untuk melunaskan bayaran baki pembelian tanah di Taman Manggis di sini menunjukkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng tidak ikhlas untuk membantu rakyat miskin memiliki rumah sendiri.
Timbalan Ketua Pemuda BN negeri, Shaik Hussein Mydin berkata, Guan Eng jelas enggan menjual tanah tersebut dengan menetapkan syarat yang tidak munasabah sedangkan pihaknya telah menunjukkan kesungguhan dengan membayar wang pendahuluan sebanyak satu peratus.
Menurutnya, tempoh 30 hari yang tidak munasabah itu sebenarnya memberi peluang kepada Pemuda BN mengesyaki bahawa Guan Eng mempunyai kepentingan dengan pembeli tapak tanah berkenaan, iaitu Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn. Bhd. (KLIDC).
"Tidak mungkin Guan Eng tidak tahu prosedur (jual-beli tanah)? Ini bukan tanah Lim Kit Siang (bapa Guan Eng), ini tanah kerajaan negeri, tanah rakyat. "Mana boleh sesuka hati buat keputusan. Mana minit mesyuarat kerajaan negeri yang meluluskan penjualan tanah itu? "Ini menunjukkan Guan Eng memang tidak mahu jual tanah tersebut. Bila kita tunjukkan kesungguhan, dia pula buat cerita kartun suruh kita bayar penuh dalam 30 hari," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. Yang turut hadir Ketua Pemuda BN negeri, Oh Tong Keong.
Semalam, Guan Eng menerusi setiausaha politiknya, Ng Wei Aik memberi tempoh 30 hari kepada Pemuda BN negeri untuk menyelesaikan bayaran baki bagi pembelian tanah di Taman Manggis di Jalan Zainal Abidin di sini. Pemuda BN negeri kelmarin membayar wang pendahuluan secara tunai sebanyak RM222,073 untuk membeli tanah seluas 0.45 hektar itu bagi menyelamatkannya daripada jatuh ke tangan pemaju swasta.
Tanah berkenaan sepatutnya dibina fasa kedua projek perumahan rakyat (PPR) namun dijual oleh kerajaan negeri kepada KLIDC bagi projek pembinaan hotel 19 tingkat, enam tingkat hospital persendirian dan lima tingkat tempat letak kereta. Pada 4 September lalu, Pemuda BN negeri menerima surat tawaran untuk membeli tanah itu daripada kerajaan DAP Pulau Pinang dengan harga jualan RM450 sekaki persegi.
Shaik Hussein menambah, berbeza dengan apa yang dialami pihaknya, pemaju swasta pula diberi keistimewaan dan kelonggaran dalam urusan jual-beli tanah milik kerajaan DAP Pulau Pinang.
1. Tetap SATU BAJET DEFISIT!– walaupun seantero Pakatan Rakyat mendakwa bahawa bajet alternatif 2013 yang diumumkan baru-baru ini menggambarkan polisi kukuh ekonomi mereka, menyokong penghapusan monopoli dan bakal mengimplementasi undang-undang antipakat ("antitrust") yang mampan.
Dari segi angka, bajet alternatif 2013 mensasarkan defisit sebanyak 3.5 peratus berbanding 4.3 peratus, dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM234 bilion melebihi pendapatan sebanyak RM197 bilion.
Walaubagaimanapun, BN telah merangka rancangan untuk mengurangkan kadar defisit ini dalam tempoh lima tahun dengan sasaran 3.5 peratus menjelang 2015. Sasaran kerajaan untuk 2013 adalah sebanyak 4 peratus.
Kita tidak boleh melakukan pengurangan atau melancarkan bajet berjimat cermat secara drastik, untuk terus mengurangkan kadar defisit kepada 3.5 peratus tahun depan, tatkala ekonomi global sedang gawat.
Sebaliknya, di dalam kegawatan ekonomi global, setiap negara perlu berbelanja dalam beberapa aspek untuk merangsang ekonomi domestik agar mampu bertahan menghadapi kesan-kesan ekonomi global. Ini kerana ekonomi domestik Malaysia merangkumi lebih 70 peratus daripada KDNK (Jumlah pendapatan negara).
Malahan, Malaysia adalah salah sebuah negara yang baru-baru ini mendapat pujian dari komuniti kewangan antarabangsa kerana strategi serampang dua mata yang merangsang ekonomi dan mengekalkan pertumbuhan pada kadar 5 peratus.
Pakatan Rakyat juga sebenarnya mengakui dalam bajet alternatif 2013, mereka tidak dapat melancarkan lebihan bajet tahun depan walaupun mereka menghentam kuat kadar hutang negara masakini.
2. Pakatan Rakyat (PR) juga mendakwa mereka akan menyelesaikan isu perumahan mampu milik dengan menubuhkan Lembaga Perumahan Kebangsaan untuk melaksanakan projek-projek perumahan mampu milik secara besar-besaran di seluruh negara.
Bukan setakat itu sahaja, malahan PR juga berkata mereka akan menghentikan beberapa projek-projek penting serta agensi-agensi yang digerakkan di bawah pentadbiran Dato' Seri Najib seperti pembangunan tanah Institut Penyelidikan Getah di Sungai Buloh dan juga agensi pembangunan strategik 1MDB.
PR mencadangkan penggabungan 1MDB dengan Khazanah, di samping mendakwa bahawa pembaziran berlaku apabila kedua-dua agensi ini mempunyai objektif yang sama, selain daripada menetapkan polisi-polisi dividen minimum sebanyak RM2 bilion ke atas Khazanah.
Walaubagaimanapun, sekiranya kita membuat kajian secara mendalam, usaha PR untuk menubuhkan Lembaga Perumahan Kebangsaan ini sebenarnya telah pun dilaksanakan oleh kerajaan melalui 1PRIMA, yang merupakan sebahagian daripada inisiatif untuk menyediakan perumahan mampu milik lebih baik kepada golongan berpendapatan rendah.
Bajet PR tidak realistik apabila mereka mahu menghentikan pembangunan tanah Institut Penyelidikan Getah di Sungai Buloh dan juga 1MDB kerana ini mendatang implikasi kepada ekonomi negara.
Di Lembah Kelang, di mana tanah semakin penuh, salah satu cara untuk kerajaan menyediakan perumahan mampu milik adalah dengan melepaskan lebih banyak tanah kerajaan untuk membina rumah.
Tidak ada lagi tanah kerajaan di Lembah Kelang untuk menampung permintaan perumahan selain daripada tanah milik Institut Penyelidikan Getah tersebut.
Patutkan pembangunan seperti ini dihentikan dan bagaimana pula nasib beribu-ribu buah rumah baru, yakni rumah-rumah dalam anggaran RM500,000 ke bawah. Bukankah ini bakal membawa implikasi buruk kepada ekonomi negara?
Satu lagi kelemahan dalam cadangan mereka adalah persoalan bagaimana persaingan boleh dipupuk sekiranya 1MDB dan Khazanah digabungkan?
Sebab utama kenapa 1MDB ditubuhkan adalah untuk memupuk persaingan antara Khazanah dan 1MDB, kerana persaingan ini mampu merangsang kecekapan dan prestasi untuk membawa pulangan yang lebih mantap kepada kerajaan.
3. PR juga menyatakan hasrat mereka untuk menaikkan royalti minyak sehingga 20 peratus kepada negeri-negeri pengeluar minyak.
Di atas kertas, memang nampak enteng. Tidak ramai yang sedar bahawa dalam mana-mana urusan perniagaan, sebaik sahaja kontrak ditandatangani, ia kekal terikat – tidak kiralah apa juga hasilnya.
Kecuali, sekiranya kedua belah pihak bersetuju untuk menamatkan perjanjian tersebut yang berdasarkan kepada kefahaman yang mutual.
Dan paling penting terdapat "Penalty Clause" yang boleh mengakibatkan kerugian besar kepada PETRONAS apabila kontrak tersebut tidak dipenuhi atau dipersetujui oleh mana-mana pihak.
Kerajaan-kerajaan negeri kini menerima 5 peratus royalti minyak, hasil dari perjanjian yang telah dibuat lebih 40 tahun dahulu. Dan tambahan pul setiap negeri mempunyai hak untuk menyimpan hasil kutipan cukai di negeri masing masing. Ini tidak termasuk pembiayaan projek-projek daripada Kerajaan Persekutuan tidak kira negeri tersebut dikelola oleh Pakatan ataupun Barisan.
Pembiayaan-pembiayaan melalui pembayaran produk-produk petroleum kepada kerajaan Persekutuan dan negeri dibuat mengikut sebuah Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC).
Kontrak terserbut telah ditandatangani antara PETRONAS dan rakan-rakan kongsi asingnya seperti Shell, ExxonMobil dan lain-lain.
Dengan meminda kadar pengeluaran, akan menjurus keadaan kepada rundingan semula antara PETRONAS dan rakan-rakan kongsi PSCnya yang lain. Tambahan pula, kontrak ini termaktub untuk satu jangka waktu tertentu, dan sebarang usaha untuk meminda kriteria-kriteria kontrak ini akan menghancurkan minat dan keyakinan syarikat-syarikat gergasi minyak asing ini.
Bukan setakat itu sahaja, ramai yang tidak sedar bahawa Malaysia, melalui syarikat petroleum kebangsaannya PETRONAS memiliki salah satu daripada kontrak perkongsian pengeluaran yang paling adil dan efisyen di dunia.
PSC PETRONAS adalah yang paling baik dengan syarat-syarat fiskal inovatif yang berlandaskan jumlah progresif (Progressive Volume-Based). Ini membolehkan kontraktor-kontraktor PSC untuk menambahkan lagi usaha-usaha dan komitmen mereka secara agresif dalam menggiatkan semula dan memaksimakan potensi dari lapangan minyak mereka.
Sepanjang tahun-tahun ini, PETRONAS telah memperbaiki perjanjian-perjanjiannya melalui kontrak-kontrak perkongsian risiko (RSC), mempelbagaikan lagi kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) yang asalnya diperkenalkan pada tahun 1976.
Bermula tahun lepas, PETRONAS telah menyemak semula perjanjian tersebut sebagai PSC "enhanced oil recovery" (EOR) yang melonjakkan kadar pengeluaran dari 26 peratus kepada 40 peratus.
Sebagai sebuah perjanjian yang berlandaskan prestasi, ia dibina di Malaysia agar rakyat Malaysia dan rakan-rakan kongsi swasta mendapat manfaat dari lapangan-lapangan marginal yang berjaya dan mendatangkan hasil yang lumayan ini.
Sekiranya anda mahu menaikkan royalti minyak bermakna anda harus mengkaji semula segala perjanjian-perjanjian sedia ada, yang memang berkesan dengan baik dalam memberikan manfaat kepada kita.
4. Pakatan mahu menurunkan cukai-cukai automatif sebanyak 20 peratus tahun depan berbanding kadar masa kini antara 65 hingga 105 peratus.
Kita perlu memahami latar belakang Dasar Automatif Negara. Ini kerana cukai-cukai yang tinggi ke atas kereta; ia akan menjadi keterlaluan, merbahaya dan sangat mengganggu sekiranya ia dikurangkan secara drastik.
Ia harus dilaksanakan dengan berperingkat -- samada dilaksanakan di bawah satu jadual ujian atau pun apabila kerajaan membuat keputusan.
Sebarang pindaan drastik kepada satu rejim cukai sifar akan mengakibatkan gangguan yang besar terhadap pasaran dengan harga-harga kereta yang sedia ada (sebagai contoh, kereta second hand), dan dalam sesetengah kes, akan jatuh mendadak sehingga kurang daripada separuh nilai masa kini.
Adalah lebih munasabah sekiranya kadar cukai diturunkan sedikit demi sedikit melalui satu tempoh waktu tertentu. Memanglah ia akan membebankan namun, adakalanya ini sahaja jalan yang ada agar kesenangan dapat dikecapi kemudian hari.
Katakan, dalam tempoh 10 tahun dengan sasaran untuk mengurangkan kesemua cukai ke atas kereta dalam tempoh tersebut kepada 10 peratus dari kadar 85 peratus sekarang (untuk kereta-kereta kebangsaan) dengan purata point 7.5 peratus setahun.
Sebuah kereta nasional berharga RM50,000 sekarang akan berkurangan sebanyak RM2,000 dalam masa setahun. Ini akan mengakibatkan gangguan yang minimal kepada kedua-dua pasaran kereta baru dan terpakai, dan kejatuhan harga kereta ini akan lebih mudah diterima oleh pemilik-pemilik kereta.
Bukan seperti penurunan drastik 20 peratus yang dicadangkan oleh PR. Dengan penurunan drastik 20 peratus, bolehkah anda bayangkan betapa banyak gangguan bakal berlaku kepada pasaran-pasaran kereta baru dan terpakai? Nilai kereta anda akan jatuh sebanyak 20 peratus dalam sekelip mata.
Akibatnya anda tidak boleh menjual kereta disebabkan perbezaan harga yang terlampau. Dan ini akan mengakibatkan lebih banyak orang rugi (mungkin juga jatuh bankrap) kerana penurunan harga kenderaan yang drastik.
5. PR juga telah mencadangkan kajian semula ke atas semua kontrak-kontrak berkaitan MRT dengan niat untuk membuat peruntukan semula perbelanjaan bagi mengembangkan sistem rangkaian bas, dalam sasaran melengkapkan laluan-laluan LRT sedia ada dan laluan MRT masa hadapan.
Ia berkata ia akan memberikan tumpuan kepada Bus Rapid Transit (BRT) kerana ia adalah "sebuah penyelesaian pengangkutan awam alternatif yang lebih efisyen dari segi kewangan," dan menyarankan bahawa ia telah pun dilaksanakan di bandaraya-bandaraya seperti Bogota, Colombia dan Johannesburg, Afrika Selatan.
Walaubagaimanapun, apa yang tidak disedari oleh PR adalah di bandaraya-bandaraya tersebut wujud kombinasi sistem bas dan keretapi. Di bandaraya-bandaraya contoh untuk pengangkutan awam seperti Tokyo dan Zurich pun, mereka meletakkan keretapi sebagai ciri utama sistem pengangkutan awam mereka.
Implementasi BRT sebenarnya telah pun dimulakan sejak 2009 di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) untuk pengangkutan awam. Laluan-laluan BRT telah diwujudkan dari beberapa buah bandar-bandar satelit yang menghala ke KL dengan menggunakan laluan bas berdedikasi. Pengurang masa perjalanan dari bandar ke KL melalui BRT telah mencapai lebih daripada 50%.
Malah di bawah GTP, Kerajaan sudah menambahbaik perkhidmatan LRT agar lebih meluas dan selesa. Lebih dua juta penumpang di dalam tahun 2011 telah menikmati penambahbaikan perkhidmatan ini tanpa kita sedari.
Projek MRT yang dicadangkan oleh Kerajaan sudahpun bermula kerana ia perlu untuk memenuhi permintaan penumpang dan juga disebabkan oleh faktor urbanisasi, dimana KL akan mempunyai lebih daripada 9 juta penduduk pada tahun 2020, berbanding 6 juta pada tahun 2011.
6. Jika kita lihat secara rawak, semua janji-janji Pakatan melalui Bajet Alternatif 2013 sudah terkandung dalam inisiatif yang masih dan telah pun dijalankan oleh Kerajaan. Terdapat juga beberapa idea baru, tetapi gagasan idea baru tersebut tidak mempunyai impak maksima kepada rakyat Malaysia.
Contoh yang ketara seperti yang terkandung di mukasurat 2, Bajet Alternatif 2013. Penjimatan hasil penurun harga kereta yang mereka warwarkan selama ini, hanya mempunyai nilai peningkatan RM70 bagi setiap rakyat Malaysia. Bagi mereka pula yang mempunyai pinjaman PTPTN, jumlah penjimatan bagi setiap warganegara hanya RM 200. Tetapi berapa ramai yang layak mendapat pinjaman PTPTN?
Tambahan janji mereka lagi adalah Special Teaching Allowance sebanyak RM500 kepada guru-guru yang hanya mempunyai jumlah sebanyak 400,000 orang. Apa yang berlaku kepada 28 juta rakyat Malaysia yang tidak mendapat apa-apa bantuan atau penjimatan daripada janji mereka?
Ini menunjukkan perbezaan yang ketara daripada Bajet 2013 yang diumumkan oleh Perdana Menteri. Banyak peruntukan bantuan atau tax relief yang diumumkan untuk setiap kategori masyarakat (tua, muda, pelajar, pegawai kerajaan, dan sebagainya), tetapi kita sebagai rakyat Malaysia masih alpa dan mudah ditipu oleh propoganda Datuk Seri Anwar dan rakan-rakan.
Ini kerana semakin hampir kita kepada Pilihanraya Umum ke-13, semakin ramai pihak yang akan menyemarakkan kemarahan, dalam misi membuat kita alpa dengan apa yang ada di sekeliling kita.
Konsep kesyukuran kepada apa juga rezeki yang kita perolehi (baik secara langsung atau tidak melalui bantuan Kerajaan) akan terhapus dengan sewenangnya, jika kita tidak arif menilai secara objektif dengan apa yang kita telah dan sedang menikmati.
Adakalanya perubahan kehidupan yang kita inginkan itu datang dari usaha kita sendiri. Telah banyak perubahan yang dijanjikan pada tahun 2008 oleh Pakatan di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah, persoalannya adakah kehidupan penduduk telah berubah atau rezeki mereka melimpah ruah di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat?
Walau apa pun yang tercetak dalam Bajet 2013 atau Bajet Alternatif 2013, hanya kita sebagai rakyat yang layak menilai.
Tiga pemimpin akar umbi DAP menyatakan kekecewaan mereka terhadap setiausaha agung parti, Lim Guan Eng yang terus berdiam diri selepas menyaksikan mereka terlibat dalam pergaduhan di sebuah majlis.
Setiausaha DAP Bahagian Pantai Sepang Putra, Rashid Md Gani mendakwa beberapa "samseng" telah bertindak secara agresif terhadap anggota bahagian beliau apabila mereka mahu menyerahkan memorandum kepada Lim semasa mesyuarat dengan para anggota bahagian pada Isnin.
"Salah seorang daripada anggota kami, A. Thirumalvalavan telah ditampar manakala seorang lagi, R. Selvan, di mana kad keanggotaan DAP beliau dikoyakkan menjadi kepingan kecil," katanya kepada pemberita pada Jumaat, sambil menambah bahawa mereka telah membuat dua laporan polis mengenai kejadian itu.
Rashid mendakwa Lim dan Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok menyaksikan kejadian itu tetapi tidak berbuat atau berkata apa-apa untuk menghentikannya.
"Kami amat kecewa dan sedih. Sudah lima hari berlaku kejadian itu dan kita masih tidak mendapat sebarang reaksi. Kami harap Lim akan bertemu dengan kita dan kita mahu tindakan tatatertib yang diambil terhadap mereka yang bertindak sebagai samseng," katanya, sambil menambah bahawa beliau berjaya untuk menyerahkan memorandum Lim selepas keadaan kembali tenang.
Rashid berkata, memorandum itu adalah untuk menyuarakan kebimbangan terhadap beberapa isu, termasuk pembayaran balik dana dan hak tanah ke atas sebuah kuil Hindu di Ladang Teluk Merbau.
"Jika masalah ini tidak ditangani dengan segera, DAP tidak boleh menang di Sepang. Bagaimana pemimpin parti boleh menjaga rakyat apabila mereka sendiri tidak dapat mengawal diri mereka?"
Ketika dihubungi, Kok berkata, beliau telah melihat anggota bahagian bergegas ke arah Lim kerana beliau ketika itu mahu meninggalkan mesyuarat.
"Ada sesetengah anggota yang cuba untuk menghentikan dia. Saya rasa mereka tidak tahu apa yang dia mahu lakukan. Saya diberitahu terdapat beberapa pergaduhan berlaku di hadapan Lim tetapi saya tidak melihat kejadian itu berlaku," katanya.
"Daripada sakit sendirian, biar semuanya sakit," kata Chi, 16, gadis Vietnam penghidap penyakit kelamin kronik yang dieksploitasi sebagai pekerja seks selepas diperangkap sindiket pelacuran. Berkongsi kisah hitamnya dengan Harian Metro, Chi mendakwa dia dipaksa menjadi pekerja seks di Malaysia selepas terperangkap dengan janji manis sindiket pelacuran yang menawarkan pekerjaan sebagai model atau kerani dengan bayaran mencecah RM3,000 sebulan. Menurutnya, sejak dipaksa menjadi pekerja seks, dia mula berdendam dengan lelaki dan hanya berpura-pura gembira ketika melayani mereka di ranjang. "Jika tidak berbuat demikian, saya dipukul bapa ayam. Jadi, mahu tidak mahu, saya terpaksa layan mereka," katanya memberitahu dia turut dipaksa mengambil ubat yang membolehkannya melayan 10 lelaki dalam satu malam.
"Secara purata pekerja seks berusia 16 hingga 25 tahun di Malaysia melayan 10 lelaki sehari. Mereka biasanya bekerja 20 hari sebulan dan ini bermakna mereka melayan 200 lelaki sebulan.
"Keadaan itu menyebabkan kemungkinan untuk lelaki yang melanggan mereka dijangkiti penyakit kelamin termasuk virus HIV amat tinggi," kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abd Jalil Hassan.
Ketika ditemui di pejabatnya di Bukit Aman, di sini, beliau berkata, berdasarkan pengalamannya di D7, kebanyakan pekerja seks sama ada dari dalam atau luar negara yang ditahan dalam serbuan mengakui mereka menghidap penyakit kelamin.
"Jadi, kepada lelaki yang suka melanggani pekerja seks mereka perlu tahu risiko mereka dijangkiti penyakit kelamin dan virus HIV amat tinggi," katanya.
Beliau turut menasihatkan supaya lelaki hidung belang terbabit supaya tidak terpedaya dengan kecantikan pekerja seks itu terutama dari Vietnam yang kini laris di kalangan pelanggan. Ditanya kenapa permintaan terhadap pelacur Vietnam kini meningkat, Abd Jalil berkata, terdapat dua faktor utama situasi itu berlaku.
"Pertama, faktor usia. Kebanyakan bapa ayam menawarkan remaja Vietnam berusia seawal 16 tahun. Kedua, faktor komunikasi kerana perempuan Vietnam mampu bertutur bahasa Inggeris dengan baik," katanya.
Sementara itu, pakar sakit tuan, Dr Ismail Tamby berkata, penggunaan kondom ketika melakukan hubungan seks dengan pelacur tidak menjamin seseorang itu terselamat daripada terkena jangkitan penyakit kelamin. Menurutnya, ini kerana kondom yang digunakan mungkin sudah rosak kerana tidak disimpan dengan elok atau terdedah cuaca panas.
"Ramai yang tak tahu kondom ada tarikh luput dan tidak boleh disimpan terlalu lama kerana ia akan pecah dan tidak lagi boleh berfungsi sebagai alat perlindungan," katanya. Ismail berkata, lebih membimbangkan, kini, penyakit kelamin sukar dikesan kerana sikap masyarakat yang lebih gemar merawat sendiri tanpa merujuk pakar.
Pergeseran antara Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dengan Azmin Ali semakin panas apabila beliau membalas sindiran Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dengan mengatakan anak emas Datuk Seri Anwar Ibrahim tersebut terlalu bercita-cita. Malah beliau yang dikenali sebagai orang kanan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara berkias dan sinis memberitahu, sebagai orang tua, beliau faham perasaan dan cita-cita politik seorang pemimpin muda seperti Ahli Parlimen Gombak itu.
"Saya tidak perlu komen apa-apa tetapi sebagai orang tua, saya faham perasaan dan cita-cita seorang pemimpin muda. Biarkanlah dia," katanya penuh tersirat menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) sebagai menjawab sindiran Azmin lapor Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Azmin Ali menyifatkan Mustafa Ali sebagai cepat melatah disebabkan faktor usia. Azmin dilaporkan berkata demikian dilaman Twitternya setelah Mustafa menegurnya bersabit kenyataan ADUN Bukit Antarabangsa, bahawa khidmat Khalid Ibrahim lebih diperlukan di peringkat Kabinet, jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya kelak. Kenyataan itu mengundang reaksi Mustafa dengan berkata 'pandangan itu akan mengelirukan rakyat berhubung MB Selangor'.
Azmin kemudiannya menyifatkannya sebagai Mustafa sebagai cepat melatah apabila berkata "faktor usia menyebabkan beliau keliru dan cepat melatah,". Bukan hanya Mustafa, kenyataan Azmin bersabit jawatan Menteri Besar itu turut mengundang reaksi Setiausaha Politik Khalid, Faekah Husin.
"Siapa Azmin untuk membuat kesimpulan begitu? Saya tidak tahu dari mana dia dapat aspirasi begitu?" kata Faekah. Bingkas membidas Faekah adalah Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Beliau berkata Faekah tidak perlu melenting ekoran kuasa memilih kerajaan dan Menteri Besar adalah milik rakyat. "RT @shamsuliskandar: Faekah tdak perlu melatah; yg memilih kerajaan & Menteri Besar ialah rakyat ! Pemimpin bebas berikan pandangan," Twett Shamsul.
Azmin sebelum ini dilaporkan berkata Khalid Ibrahim 'sesuai' memegang jawatan Menteri Persekutuan jika PR mengambil alih Putrajaya.
Khalid ketika ditemui wartawan MyChannel13 di lobi Parlimen menyatakan beliau memahami apa yang diutarakan Azmin itu adalah pandangan peribadinya dan padanya Azmin tidak bersalah dalam konteks tersebut.
"Saya baca kenyataan (Azmin) dari sudut positif dan nampaknya saya boleh bekerja dalam kerajaan Persekutuan dan Negeri," katanya. -ANTARA POS
Rakyat tidak perlu bimbang dengan amalan nepotisme yang didakwa wujud dalam Pakatan Rakat (PR), kata Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh.
Katanya, amalan nepotisme yang dikatakan mengutamakan ahli keluarga dalam PR tidak perlu dibimbangi kerana setiap anak pemimpin ada hak untuk menceburi bidang politik.
"Setiap anak kepada seseorang pemimpin mempunyai hak untuk bergiat aktif dalam politik. Berdasarkan Artikel 8(1) Perlembagaan Persekutuan, setiap orang adalah sama dari sudut undang-undang.
"Anak Lim Kit Siang, Lim Guan Eng sudah membuktikan kepimpinannya di Pulau Pinang. Jadi saya fikir nepotisme dalam PR tidak perlu dikhuatiri," katanya kepada media semalam.
Beliau mengulas senarai Kabinet bayangan PR yang disiarkan oleh akhbar baru-baru ini.
Berdasarkan senarai itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dinamakan sebagai Perdana Menteridan turut menyenaraikan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri) tetapi turut meletakkan anaknya, Nurul Izzahsebagai Menteri Wilayah Persekutuan.
Mengenai Kabinet bayangan itu, Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, PR tidak percaya kepada senarai sedemikian.
"Kami percaya kepada realiti. Bila tiba masanya nanti, PR akan mendedahkan senarai kabinet sebenar, bukan lagi bayang-bayang.
"Kami tidak percaya kepada wayang kulit," katanya.- SH
p/s: aikk...ape kata wally slipau and anuwar pandikutti lepas ni??..dah ramai kroni2 anak beranak dalam parti masing2..makin dekat PRU pakatan makin terjelir lidah nampak! kehkehkeh >:D
ini ler hasil tunjuk ajar mahaguru liwat anuwar pandikutti...
Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman mengaku tidak pernah berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan tetapi bergerak sebagai sebuah entiti di bawah Pas bagi memperjuangkan nasib anak-anak peneroka.
Sehubungan itu katanya, Anak mempunyai akaun bank mereka sendiri dan mengikut prosedur undang-undang tubuh Pas.
Ia ditubuhkan pada November 2007.
"Memang kami tidak pernah berdaftar, saya tidak boleh nafikan.
"Tetapi apa yang penting, persatuan kami ini tidak salah kerana kami bergerak di atas tiket kami sendiri, mempunyai akaun persatuan sendiri di bawah Pas," kata beliau kepada Sinar Harian Online, hari ini. <-------------- [berdikari atas kaki sendiri kena duduk bawah kelengkang pasrael?...bukti mazlan anak derhaka kena sumpah jadi bodoh seumur hidup! kehkehkehkeh]
Kelmarin, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan mendedahkan yang Anak merupakan pertubuhan haram kerana tidak berdaftar.
Ketua Pengarah Ros, Datuk Abdul Rahman Othman juga mengesahkan Anak tidak tersenarai sebagai sebuah persatuan yang berdaftar di bawah agensinya.
"Isu ini merupakan isu basi yang sengaja dikitar semula oleh Ahmad Maslan kerana sebelum ini banyak pihak cuba membangkitkan status Anak tetapi saya tidak mahu bermain dengan soal status kerana apa yang penting ialah perjuangan kami dalam mempertahankan hak kaum peneroka dan anak-anak generasi kedua Felda," ulas Mazlan yang juga ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat.
Tambah Mazlan, Ahmad cuba bermain api dan cuba mengelak menjawab kontroversi yang sedang melanda Felda kebelakangan ini.
"Janganlah terlalu emosi memberi hukuman kepada Anak, apa yang penting sekarang bukan isu status tetapi beliau (Ahmad) perlu bergerak di atas semangat intelektual, jadi jangan heret kami soal status," katanya.
Mengulas lanjut mengenai ajakan debat yang ditolak oleh Ahmad, Mazlan berkata, timbalan menteri itu hanya tahu "berkokok di luar gelanggang, tetapi tidak berani masuk gelanggang sendiri."
"Saya cabar untuk berdebat tetapi ditolak. Tidak mengapalah, tetapi mengapa beliau juga menolak ajakan saya berdialog atau sekurang-kurangnya duduk bersama-sama bagi membincangkan isu dan masalah dalam Felda?"katanya.
Tambah beliau, "soal menang atau kalah bukan menjadi persoalan tetapi jika boleh duduk semeja berbincang, mereka boleh bersama-sama berkongsi idea dan pandangan." - SH
yang pasti ANAK DURHAKA pimpinan ANAK DERHAKE Majelan Aligatorman mengakui bahwa ANAK adalah sebuah pertubuhan ANAK HARAM hasil perkongsian 'permanian berhadas' antara ketua2 ular dalam semak pasrael dan anuwar..
majelan mempergunakan warga felda untuk mencapai cita2 lebai2 pasrael untuk merosakkan masa depan anak2 dan warga FELDA secara keseluruhan!...so ape tunggu lagi wahai warga FELDA yang budiman?...tak reti2 nak sepak ANAK DERHAKA ni ke longkang? huhuhuhu
Semua pemimpin kerajaan dan Barisan Nasional (BN) termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dicabar mengisytiharkan harta masing-masing jika mereka ikhlas dan bersungguh-sungguh mahu membanteras rasuah.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, selain pengisytiharan harta, kerajaan BN juga harus laksanakan tender terbuka, melarang ahli keluarga mereka mempunyai urusan perniagaan dengan kerajaan serta gugurkan pemimpin yang amalkan gaya hidup mewah.
"Sekali lagi, Najib telah gagal buktikan diri dalam usaha membanteras rasuah sehingga Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam boleh dengan bangganya menganjurkan kenduri kahwin anaknya untuk seramai 130,000 orang. Tidak kisahlah siapa yang bayar atau berapa jumlah harga kenduri tersebut.
"Dan sehingga kini juga tiada jawapan kepada soalan yang ditanya tentang kekayaan keluarga Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud," katanya.
Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, sekiranya Najib mahu meyakinkan rakyat, beliau disarankan mengikut tindakan Kerajaan Pulau Pinang yang telah pun membuat pengisytiharan harta secara terbuka.
"Pada masa yang sama, pemimpin BN yang hidup mewah dengan rumah mewah, kereta dan plat nombor yang mahal harus digugurkan. Ahli-ahli keluarga juga harus dilarang terlibat sebarang urusan perniagaan dengan
kerajaan
"Satu elemen yang yang wajib dalam usaha membanteras rasuah adalah untuk menginstitusikan tender terbuka. Tanpa tender terbuka, projek-projek awam dirunding secara terus dan dianugerahkan kepada kroni yang menyebabkan rakyat kerugian," katanya.
Selain itu, Guan Eng turut mempertikaikan peruntukan RM386 juta untuk 57 Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di Sabah dan Sarawak seperti yang diumumkan Perdana Menteri dalam Belanjawan 2013. - SH
jika benar Lim tokong rasakan BN takut nak isytihar harta..ini ler masenye fuckatan amik peluang isytiharkan harta masing2 secara telus supaya rakyat dapat nilaikan sendiri akan "ketelusan" diorang!!
apsal deeayypig tak nak tunjukkan dulu harta2 pemimpin deeayypig terutama dia sendiri?..upah akauntan kroni untuk tutup akaun mane yang patut lepas tu baru nak isytihar..telus ke tuh..kate telus?...sendiri tak telus camne orang nak pecaye?...
kenape tak mintak peegayyrar atau pasrael isytihar sama?..cuba kit siyal syorkan anuwar mula isytiharkan harta dia dulu pasal dia kan ketua pembangkang!!..kalau pembangkang nak dapatkan simpati rakyat ini ler masenya anuwar tunjukkan keikhlasan dia...lepas tu giliran kit siyal dan seterusnya harta wally slipau!...ade berani? huhuhuhu
Suaram yang menerima dana daripada penyangak mata wang Yahudi melalui Suara Inisiatif Sdn Bhd masih terus memfitnah dan memburuk-burukkan kerajaan berhubung isu kapoal selam Scorpene.
Terbaru pertubuhan badan bukan kerajaan yang tidak berdaftar secara sah itu telah menganjurkan satu forum bertajuk "Skandal Kapal Selam Buatan Perancis" di Ipoh, Perak 30 September lalu.
Walaupun badan itu kini sedang disiasat berhubung penerimaan dana asing yang ada kaitan dengan gerakan Yahudi-Zionis antarabangsa, namun Suaram mahu menunjukkan bahawa ia seolah-olah kebal dan mempunyai immuniti yang tebal untuk terus menjalankan kegiatan subversif.
Seolah-olah ia tidak takut kepada kerajaan kerana yakin ada kuasa disebalik operasinya yang mampu melindungi dan mempertahankan kebebasan untuk mencemar nama baik negara samada di dalam atau di luar negara.
Ini terbukti beberapa hari lalu apabila tiga orang ahli parlimen pembangkang - R. Sivarasa, Tian Chua dan Mahfuz Omar mengadakan sidang akhbar di ruang legar Parlimen berhubung isu Scorpene.
Mereka memaklumkan bahawa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim kini berada di Paris, Perancis untuk menyerahkan dua pucuk surat - satu warkah bagi menjemput dua orang peguam yang mewakili Suaram dan satu lagi bagi peguam yang mewakili Thales, anak syarikat DCNS, syarikat milik kerajaan Perancis yang membuat kapal selam Scorpene.
Tujuan Anwar berada di ibu negara Perancis itu adalah bagi menjemput ketiga-tiga peguam tersebut membuat taklimat kepada ahli-ahli parlimen terutamanya daripada pihak pembangkang mengenai kapal selam Scorpene.
Tindakan Anwar tersebut secara jelas mengesahkan hubungkait beliau dan pembangkang dengan Suaram.
Selama ini Suaram bertegas menafikan ia adalah sebuah pertubuhan bebas politik dan tidak ada sangkut paut dengan pembangkang tetapi kini hubungan keduanya tidak lagi boleh diselindungi.
Sahlah bahawa Suaram sebenarnya adalah apparat yang digunakan oleh Anwar untuk memfitnah kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dan memburuk-buruk imej Malaysia di peringkat antarabangsa.
Hakikat bahawa Anwar kini berada di Paris selang beberapa hari setelah Bajet 2013 dibentang oleh Perdana Menteri menimbulkan syak wasangka yang menunjukkan ia adalah satu usaha yang terancang.
Ini tidak lain tidak bukan adalah untuk mengalihkan tumpuan rakyat daripada membicarakan tentang bajet pro-rakyat yang telah mendapat sambutan amat positif daripada setiap lapisan rakyat.
Ia juga bagi menutup perbincangan rakyat mengenai bajet palsu yang dibentangkan oleh Anwar dua hari sebelum pembentangan Bajet 2013 di Dewan Rakyat.
Rata-rata rakyat menolak bajet alternatif pembangkang yang tidak mempunyai elemen baru tetapi hanya merupakan kitaran semula isu-isu lapuk yang sudah tidak relevan dan sesuai dengan perkembangan ekonomi negara yang terkini.
Anwar takut jika tidak ada isu baru yang boleh diketengahkan untuk menyerang Perdana Menteri maka tembelang pembangkang akan terbongkar.
Maka beliau perlu mencari satu isu yang boleh hangat diperkatakan dan Scorpene adalah sasaran yang sesuai pada pandangannya.
Namun strategi ini meleset sama sekali kerana isu Scorpene tidak lagi aktif dibicarakan oleh sistem perundangan unik Perancis.
Ini kerana mahkamah negara itu hanya menjalankan siasatan berhubung syarikat DCNS samada ada wujud unsur rasuah dalam urusan jual beli kapal selam tersebut oleh kerajaan Malaysia.
Apabila dakwaan rasuah tidak mampu dibuktikan, pembangkang mengubah jalan ceritanya dengan cuba menggaitkan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu dengan Perdana Menteri dan isterinya pula.
Langkah ini juga mendedahkan bahawa tindakan Suaram membawa isu ini ke mahkamah Perancis adalah bermotifkan politik dan bukannya untuk memperjuangkan keadilan atau hak rakyat negara ini.
Pembuktian bahawa Altantuya tidak tahu bertutur bahasa Perancis serta tidak ada bukti rekod imigresen Perancis bahawa wanita itu memasuki negara tersebut sekali gus meranapkan premis dakwaan Suaram dan pembangkang yang selama ini bergantung hidup kepada pembohongan itu.
Namun demi melaksanakan agenda tuan asing yang memberi sokongan kewangan, Suaram terpaksa meneruskan juga siri fitnahnya walaupun setiap hari berlalu semakin terserlah penipuannya.
Begitu juga dengan Anwar yang begitu setia menjalankan arahan Soros dan rakan-rakan Yahudi-Zionisnya di Washington.
Bagi pelopor gerakan Yahudi-Zionis, jika Anwar ingin menjadi Perdana Menteri Malaysia pada pilihan raya umum ke 13 nanti, beliau perlu mengikut segala rentak dan program yang telah diatur oleh mereka untuk menumbangkan kerajaan sedia ada.
Begitulah hebatnya Anwar menjadi hamba Yahudi-Zionis sehingga sanggup menjual maruah, agama dan bangsa sendiri demi mencapai cita-citanya. - Beruang Biru
You are subscribed to email updates from DIMENSI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KUALA LUMPUR 4 Oktober: Jumlah 'dislike' yang jauh melebihi 'like' pada rakaman Youtube sesi #TanyaNajib 2013 melalui Google Hangout malam tadi jelas menunjukkan warga maya, kebanyakannya orang muda menolak kepimpinan Perdana Menteri itu, terutama mengenai Bajet BN 2013.
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Lee Khai Loon berkata, sangat pelik apabila percubaan Najib mendekati orang muda ditolak melalui jumlah 'dislike' yang direkodkan.
Najib berinteraksi secara langsung dengan rakyat menjawab soalan berkenaan Bajet 2013 dan rakaman sesi itu dimuat naik di Youtube rasmi beliau sendiri dan saluran Astro Awani.
Pada rakaman itu sebelum ia ditarik balik, jumlah 'dislike' penonton adalah 1,409 dan 'like' pula 605, manakala di saluran Astro Awani, jumlah 'dislike' adalah 1,774 berbanding 'like' sebanyak 90.
Bagi menutup malu, video itu turut diprivatekan sebelum itu. Ini jauh berbeza dengan sambutan terhadap #BorakAnwar yang mendapat sambutan hangat dalam acara sama baru-baru ini.
"Orang muda tak mahu lihat Najib cakap banyak sangat, sebaliknya sahut cabaran debat dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Najib juga hanya beri jawapan selamat dan retorik…soalan kritikal dan penting tidak dilayan," kata Khai Loon ketika dihubungi.
Malah Najib juga tidak menjawab soalan oleh Khai Loon seperti ketidakhadiran beliau ketika Anwar membahaskan Bajet 2013 dan pertembungan peranannya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan