Jumaat, 3 Disember 2010

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


DunSemarang

Posted: 03 Dec 2010 01:31 AM PST

DunSemarang


Balai BOMBA PT RAJA atau AYER HITAM

Posted: 02 Dec 2010 05:03 AM PST





KEBAKARAN yang sering berlaku di kawasan Pt Raja dan Ayer Hitam seringkali memusnahkan segalanya, disebabkan Balai Bomba terdekat jaraknya hampir 20km di Batu Pahat dan Yong Peng. Keprihatinan pemimpin UMNO dalam memperjuangkan pembinaan Balai Bomba di sekitar kawasan PT Raja dan Ayer Hitam telah menampakan hasilnya. Di waktu ini satu projek pembinaan Balai Bomba sedang dilaksanakan di batu 19 Jalan Kluang, Ayer Hitam. Tetapi agak kurang sesuai di atas nama "Balai Bomba Pt Raja" kerana jarak dari Pt Raja sejauh 10km sedangkan jarak dari Pekan Ayer Hitam hanya 2km sahaja. Oleh itu kami cadangkan semuga tidak mengelirukan orang awam, ditukar kepada "Balai Bomba Ayer Hitam". Kami warga Dun Semarang mengucapkan terima kasih kepada UMNO yang sering memperjuangkan masalah masyarakat setempat. Tahniah dan terima kasih sekali lagi.

Tahniah BOMBA SUKARELA Ayer Hitam.

Posted: 02 Dec 2010 04:56 AM PST


Kemusnahan besar harta benda atau kehilangan nyawa akibat kebakaran dapat dielakkan melalui tindakan segera ahli masyarakat yang memiliki kemahiran mengawal bencana itu daripada merebak, sementara menanti kehadiran anggota bomba.

meningkatkan pengetahuan ahli masyarakat untuk mengawal kebakaran, usaha harus dilaksanakan bagi menubuhkan pasukan bomba sukarela terutama di kawasan perumahan atau kampung kerana pasukan seperti itu dapat memberi bantuan segera sebelum kehadiran anggota bomba.

Menyedari perlunya tindakan awal ketika kebakaran dan bantuan segera kepada mangsa, sekumpulan penduduk Ayer Hitam di sini, menubuhkan pasukan bomba sukarela sendiri yang bertindak sebagai pasukan pertama untuk memberi bantuan jika berlaku sebarang kejadian kerana ketiadaan balai bomba di pekan berkenaan.

Pasukan itu yang ditubuhkan pada 1989 dengan keahlian seramai 34 orang, mendapat latihan keselamatan kebakaran daripada anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Pahat serta Yong Peng.
Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng, Ithnin Osman, berkata, penubuhan Persatuan Bomba Sukarela Ayer Hitam oleh penduduk itu, satu langkah tepat kerana peningkatan jumlah penduduk di sekitar pekan berkenaan
Pengerusi Persatuan Bomba Sukarela Ayer Hitam, Ong See Tiam, pula berkata pada awal penubuhannya 20 tahun lalu, pasukan itu hanya menggunakan sebuah kenderaan pick-up untuk melakukan tugas menyelamat.

Kini, pasukan itu yang memiliki ahli lebih 70 orang sudah memiliki sebuah kenderaan yang dilengkapi peralatan memadam kebakaran terkini yang disumbangkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
"Kami sudah bergerak selama 20 tahun dan dalam tempoh itu, kami sudah berjaya membantu meringankan tugas anggota bomba.

"Dengan adanya lebih banyak pasukan bomba sukarela, saya percaya banyak kebakaran dapat dikawal daripada merebak, sebelum kehadiran anggota bomba," katanya
BY M69

ahmadmaslan.blogspot.com

Posted: 02 Dec 2010 09:30 PM PST

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

Posted: 02 Dec 2010 03:05 PM PST

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


KISAH PAS MELAKA YANG BINGAI!!!

Posted: 02 Dec 2010 01:55 AM PST


1. Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka, sudah tentu sahaja akan menyokong apa sahaja kata Pok Nik walaupun kenyataannya di Haramkah hari ini boleh ditafsirkan sebagai BODOH!!!! >>>KISAHNYA DI SINI<<<

2. Memetik sebagai berkata Saya pun tidak faham mengapa Umno begitu takut apabila pemimpin bukan Islam menggunakan terjemahan al-Quran dalam ucapan mereka."

3. Apa yang perlu ditakutkan??? Soalnya sekarang, siapa yang perlu ditakuti??? Apa yang hendak dijawab apabila disoal Allah kenapa membiarkan kafir menyalahgunakan ayat Al-Quran???

4. Jadi jika PAS berani dalam hal ini, kenapa diam bila kafir harbi dari PKR suka-suka hati selewengkan ayat Al-Quran??? Mana PAS dalam hal ini??? Adakah PAS hanya setuju dan marah dalam hati bila kafir harbi ini lakukan kesalah ini???

5. Kepada Sofi Wahab, jika anda setuju kafir guna ayat suci Al-Quran untuk politik jahat Pakatan Rakyat, pastikan anda ajar kafir ini untuk mentafsir dengan betul ayat yang mahu digunakan.

6. BERANI KERANA ALLAH!!!

JPX

KEJAHATAN PAKATAN HARAM TERBONGKAR!!!

Posted: 02 Dec 2010 01:54 AM PST



1. Tajul Ariffin, Askar Kaki Kelas Paling Rendah Pakatan Rakyat telah dikesan menggunakan gambar Perdana Menteri untuk satu agenda fitnah yang menjadi kebiasaan puak haram ini.

2. Allah Maha Kuasa telah menunjukan bahawa usaha Si Tajul/Si Kitol terlalu rendah mindanya dan rendah kebolehnya apabila gambar sebenar telah ditemui. Ternyata Pakatan ini hanya menggunakan tentera kaki yang sama dengan pemikiran pemimpinnya juga.

3. Janganlah buat benda yang menggambarkan kebodohan diri sendiri yer Tajol!!!


JPX

KETUANAN MELAYU HANYA HELAH ANWAR DAN AZIZAH???

Posted: 02 Dec 2010 01:54 AM PST



1. YB Zulkifli Nordin, bekas sekutu Anwar Al Juburi sekali lagi mengingatkan kita tentang kejahatan dan kelicikan bekas anak guamnya.

2. Jadi kepada pembaca, ambil masa untuk memahami bagaimana Anwar dan 2A yang lain merangka dan melaksanakan kerja jahat mereka dalam usaha menjahanamkan Malaysia tercinta ini.

3. Jika yang baik ambil pengajaran yang buruk moga dijauhkan.


JPX

demi agama bangsa dan negara

Posted: 02 Dec 2010 01:37 PM PST

demi agama bangsa dan negara


BUKAN MELAYU sebagai TPM???

Posted: 02 Dec 2010 01:59 AM PST

Nik Aziz : Tidak kisah jika penasihat DAP (Lim Kit Siang) jadi TPM
DSAI : Beri peluang kepada kaum lain pegang jawatan (TPM)

Ini lah reaksi kedua-dua orang ketua politik puak pembangkang. Mereka ini melayu, mereka ini beragama Islam tetapi mereka tidak kisah jika jawatan penting No.2 negara diserahkan kepada bukan melayu. Apa yang mereka mahukan ialah UMNO (parti orang melayu beragama islam) tidak berkuasa, dendam kesumat dan kebencian yang dalam menyebabkan mereka dah buta mata hati. Bagi mereka, tak kisahlah apa nak berlaku pon janji 'kepuasan nafsu' mereka terlaksana.

APA YANG TINGGAL UNTUK MELAYU?? Persoalan ini mungkin dipandang sinis oleh puak2 pembangkang malah mereka tanpa selindung menuding jari ke arah UMNO kononnya selama 53 tahun memerintah negara UMNO lah yang 'menggadaikan' harta orang melayu walhal mereka sedar perjuangan UMNO lah yang menyebabkan fasal yang diperuntukkan dalam Perlembagaan untuk hak orang melayua, agama islam dan bahasa melayu masih kekal hingga ke saat ini. Orang melayu telah lama berkorban untuk orang bukan melayu. Perkara asas seperti hak kewarganegaraan diberikan kepada bukan melayu atas dasar semangat pengorbanan dan kecintaan terhadap negara yang tidak rela terus berada dalam genggaman penjajah. Biarpun perit, pedih, sakit, terhina, teraniaya dan sebagainya orang melayu masih kekal sifat kesabarannya. Orang melayu tahu, jika ianya untuk kebaikan anak cucu cicit..'biar putih tulang, jangan putih mata' redha mereka korbankan.

Orang bukan melayu khususnya orang-orang cina terus dibenarkan menguasai kek ekonomi negara walaupun kerajaan mampu menyekatnya jika mahu tetapi kerajaan BN dikuasai UMNO memahami kepentingan hak asasi kemanusiaan malah dalam Islam juga tiada halangan maka perkara ini bukan kudis kepada UMNO malah UMNO terus mencari jalan bagaimana membantu orang melayu mencari rezki dari sudut perniagaan. Wujudnya DEB, MARA, TEKUN, BANK RAKYAT, BANK AGRO dan lain2 membuktikan pemimpin melayu sedaya upaya melaksanakan agenda melayu walaupun tahu risiko untuk menentang 'kuasa ekonomi' orang cina amat perih kerana orang cina mempunyai rangkaian seluruh dunia.

Isu pendidikan juga tidak ketinggalan, orang cina dan india masih lagi berpeluang menggunakan sekolah jenis kebangsaan (cina) atau (tamil) yang bahasa pengantar adalah bahasa cina dan tamil. Walaupun didesak agar mempraktikkan sekolah kebangsaan yang menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa malaysia, tetapi ada beberapa pihak orang bukan melayu yang menolaknya dengan alasan ianya akan memusnahkan bangsa bukan melayu. Inipun orang melayu 'lembut hati'.

Kebimbangan orang melayu makin terserlah bila 'mamat2' ni dengan jelas menyokong usaha menaikkan orang bukan melayu jadi TPM. DSAI dengan retorik politiknya tidak menumpukan kepada bangsa cina atau india tetapi spin kepada kaum2 lain seperti kadazan, iban atau kaum2 dari sabah sarawak. Taktik 'silap mata' beliau jelas menaikkan moral kaum2 ini yang terus berbunga harapan kononnya DSAI akan bagi jawatan TPM kepada mereka. Maka desas desus PRU sabah sarawak akan kuat menyokong DSAI bertiup kencang. PKR yang dilihat sebagai parti individu jelas bukannya harapan yang baik kepada orang melayu, maka orang melayu perlu pertahankan 'Kedaulatan Melayu'.

Bumi ini bumi melayu, tuannya pasti orang melayu. Jika tanah air ini jatuh ke tangan bukan melayu...kemana melayu hendak menuju??? China, India, Arab, Indonesia, Thailand, Filipina..??

Dr Mohamad Khir Toyo

Posted: 02 Dec 2010 09:21 AM PST

Dr Mohamad Khir Toyo


Kenaikan Tarif Air: Antara Realiti dan Agenda Politik

Posted: 01 Dec 2010 03:37 PM PST

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

Posted: 02 Dec 2010 07:32 AM PST

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


UPIN & IPIN di KUALA LANGAT....adik-adik jommmm

Posted: 02 Dec 2010 02:39 AM PST

Biro Ekonomi Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat dengan kerjasama Les' Copaque Production pemilik animasi Upin & Ipin akan menganjurkan Pertandingan Melukis kategori Sekolah Rendah pada 8.30am Sabtu 18hb Dis 2010, sempena Program Community Policing & Rakan Cop anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat & MDKL yang akan di rasmikan oleh Menteri KDN d Pantai Morib.. Bayaran penyertaan RM5 terhad kepada 100 orang siapa cepat, di mana pewarna & goodies Upin & Ipin di beri.Hadiah Tmpat Pertama RM100+ + & Hamper. Hadiah sehingga tempat ke 20 & peluang bergambar bersma watak Upin & Ipin. Selain itu pertunjukan Komando VAT69 & Brass Band PDRM, Unit Brkuda, Helikoper & Marin

Tiada ulasan:

Pengikut