Khamis, 24 Mac 2011

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


umno bahagian cheras

Posted: 23 Mar 2011 01:08 PM PDT

umno bahagian cheras


Syed Ali cabar Anwar sahut saranan ulama PAS supaya bersumpah dengan nama Allah

Posted: 22 Mar 2011 08:45 PM PDT















DATUK Seri Anwar Ibrahim dicabar menyahut saranan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib supaya mereka yang menghadapi apa jua pertuduhan mengaibkan bersumpah dengan nama Allah jika benar tidak bersalah.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, walaupun Ketua Dewan Ulama PAS itu tidak menyebut individu terbabit tetapi ianya dilihat cenderung kepada Anwar yang kini sedang bedepan dengan kes liwat dan rakaman video seks.

"Oleh sebab itu, saya cabar Anwar supaya bersumpah dengan lafaz nama Allah bahawa beliau tidak sesekali melakukan perbuatan jijik lagi mengaibkan itu," tegasnya.

Beliau bersetuju dengan pandangan Harun Taib supaya ada penyelesaian cara Islam di mana yang tertuduh perlu bersumpah mengikut Islam bagi membuktikan dia tidak melakukan perkara seperti yang dituduh.

Sehubungan itu tegasnya, Anwar yang juga Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kini sedang bergelut dalam perbicaraan meliwat Mohd. Saiful Bukhari dan rakaman aksi video lucah perlu membersihkan dirinya mengikut cara Islam.

"Semalam Anwar tuduh ada pihak tertentu cuba mengaibkabn diri dan keluarnya dalam isu video seks, jadi untuk membersihkan segala anggapan itu, maka eloklah beliau bersumpah mengunakan al-quran," ujarnya.

Orang Islam berani bersumpah dengan nama Allah jika yakin tidak bersalah
Menurutnya, umat Islam akan berpuashati jika Anwar sanggup bersumpah dengan nama Allah dan dibuat dengan ikhlas.

Bagaimanapun kata Syed Ali, sikap Anwar yang berdegil tidak mahu bersumpah di masjid seperti didesak pelbagai pihak sejak sekian lama menimbulkan pelbagai persoalan.

Beliau mengulas saranan Ketua Dewan Ulama PAS yang mahukan mereka yang menghadapi apa jua pertuduhan mengaibkan, perlu bersumpah dengan nama Allah sekiranya benar tidak bersalah.

Harun Taib bagaimanapun menjelaskan, lafaz sumpah dengan nama Allah itu hendaklah dibuat dengan syarat setiap dakwaan disertakan dengan segala bukti keterangan yang sangat kukuh dan jelas.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu memberikan pandangan tersebut dalam reaksinya berhubung laporan ahkbar semalam mengenai seorang Ketua Pembangkang terbabit dalam video seks.

Menurut Syed Ali lagi, sikap Anwar yang enggan melafazkan sumpah dengan menyebut nama Allah akan menyebabkan timbul anggapan bahawa segala tuduhan salah laku moralnya disifatkan sebagai benar.

Anwar tidak akan dengar teguran ulama PAS

"Anwar tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak, tetapi jika benar dia seorang Islam, maka ikutlah cara Islam dengan melafazkan sumpah bersaksikan al-quraan," tegasnya.

Bagaimanapun kata beliau, Anwar tidak mudah untuk mendengar segala nasihat dan teguran daripada ulama PAS sebaliknya lebih 'seronok' mendapat bimbingan daripada DAP.

Mengenai keputusan Mahkamah Tinggi pagi ini yang memutuskan Anwar tidak perlu menyerahkan sampel DNA, beliau berkata keputusan tersebut perlu dihormati.

Katanya, tiga barang kes yang boleh diguanakan untuk mendapatkan sampel DNA akan memberikan jawapannya sama ada beliau bersalah atau tidak dalam kes meliwat Mohd. Saiful.

Mahkamah putuskan Anwar tak perlu serah sampel DNA

Posted: 22 Mar 2011 07:53 PM PDT

Berita Terkini :
HAKIM Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah pagi ini (Rabu) memutuskan Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu menyerahkan sampel DNA yang dituntut pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes liwat dengan Mohd. Saiful Bukhari.

Bagaimanapun, mahkamah turut memutuskan membenarkan tiga (3) spesimen yang diambil dari penjara boleh diterima sebagai bukti untuk DNA.

Tiga spesimen itu ialah tuala,berus gigi dan botol air mineral.Sebelum ini mahkamah semasa perbicaraan dalam perbicaraan telah menolak spesimen itu sebagai bukti kerana pihak peguambela Anwar mendakwa ia diambil tanpa pengetahuan.

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

Posted: 23 Mar 2011 11:34 AM PDT

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


TARIKH PILIHANRAYA NEGERI SARAWAK

Posted: 23 Mar 2011 01:01 AM PDT


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan hari penamaan calon untuk Pilihanraya Negeri Sarawak pada 06 April 2011 bersamaan hari Rabu, manakala hari pengundiannya pula jatuh pada 16 April 2011 bersamaan hari Sabtu.

Ini bermakna tempoh berkempen selama 10 hari. Pengumuman itu sebentar tadi dibuat pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di Kuching, Sarawak.

DUN Sarawak dibubarkan kelmarin yang mana secara perlembagaan, pilihan raya hendaklah diadakan sebelum Julai tahun ini.

BN Sarawak yang lama dipimpin Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud menguasai 63 daripada 71 kerusi dalam dewan manakala pembangkang pula dengan tujuh kerusi, termasuk satu masing-masing milik bebas dan Parti Cinta Malaysia.

Pilihan raya Negeri Sarawak sebelum ini telah diadakan pada 20 Mei 2006.

Apo Kono Eh Jang!

Posted: 23 Mar 2011 07:12 AM PDT

Apo Kono Eh Jang!


Sah, Lelaki Y Memang Anwar

Posted: 23 Mar 2011 01:35 AM PDT

Bukan bermaksud nak mendahului keputusan mahkamah, tidak, tetapi segalanya telah terungkai dalam proses bicara dalam bicara yang diadakan minggu sudah, iaitu DNA yang dijumpai pada 3 barang bukti yang diperolehi dari lokap Anwar dan dubor Saiful, memang miliknya.

Ini bukan igauan, bukan andaian tapi benar-benar kepastian. Dibuktikan secara saintifik lagi.

Inilah akibatnya kalau menipu, konon tak tau sebab ditangkap walhal Anwar sendiri yang tanda tangan waran tangkap. Itu satu hal, logik ke Anwar tak tau akan ditangkap sedangkan dunia pun tau Saiful dah buat report pasal diliwat Anwar pada 28hb Jun 2008?

Bodoh-bodoh yang sokong pembangkang ni tak payah sebutlah, memang akan percaya buta apa Anwar cakap.

Tapi, kita risau jugaklah dengan keputusan hakim tentang tiada undang-undang untuk menyerahkan DNA. Ini boleh jadi satu masalah dalam kes-kes jenayah dimasa akan datang bila penjenayah ada pilihan nak serah DNA atau tidak!! Kalau kesalah bunuh dan sebagainya itu mungkinlah sebab ada senjata pembunuhan tapi dalam kes-kes liwat dan rogol ni macam mana?

Senjata dalam kes liwat dan rogol terlekat kepada pemangsa..

Penulis takut penjenayah akan lebih bermaharajalela. Penulis harap pihak pendakwa tidak lupa merayukan keputusan hakim bahawa tiada undang-undang untuk menyerahkan DNA ini ke mahkamah yang lebih tinggi sebab penulis yakin pihak pembelaan juga akan berbuat yang sama dengan keputusan yang satu lagi (menerima bahan bukti).

Sementara kedua proses itu berjalan, penulis harap semua pihak terutama di kalangan pembangkang, bolehlah bersedia untuk menerima hakikat bahawa Anwar adalah seorang peliwat seperti yang dibuktikan dengan penemuan DNAnya pada dubor si Saiful. Sekarang ini tiada dolak dalik lagi sebab kepercayaan karut bahawa DNA Anwar akan dicalit kalau menyerahkannya secara sukarela, tidak lagi wujud.

Yang ini diserahkan sendiri oleh Anwar, dengan rela (pasal sudah sign). Jadi nak calit macam mana?

Berbeza dengan pelbagai dakyah yang dicipta pembangkang ke atas pemimpin kerajaan, semua tuduhan yang dikenakan ke atas pemimpin pembangkang adalah dalam bentuk bukti saintifik, DNA ada, rakaman TV ada. Pembangkang pula terpaksa bergantung kepada gambar super imposed amatur oleh Tien Chua (apa jadi kes tu?) untuk menyokong fitnah ke atas pemimpin BN.

Memang rendah moral dan akhlak.

Isunya Bukan Siapa Merakam Tapi SIAPA YANG DIRAKAM!!

Posted: 22 Mar 2011 05:22 PM PDT

Gamaknya semua pun dah tahulah akan isu skandal seks terbaru yang menggemparkan seluruh negara sekarang ya. Yang pasti Lelaki yang satu ini tidak habis-habis dengan skandal seks, lelaki baik, perempuan baik.

Dah termakbul agaknya doa penyokong pembangkang yang beria-ia mintak ditunjukkan video akan salah laku yang dituduh, sekarang Allah swt dah bagi peluang untuk para balaci semua lihat video yang bakal disebar tak lama lagi kalau yang dimaksudkan tidak meletak jawatan.

Tapi kecewa sikitlah bukan rakaman dengan jantan sebaliknya dengan perempuan, takpelah rakaman juga.

Rasanya biarlah apa saja masa atau apa saja yang berkemungkinan menentukan sama ada benar-benar yang dirakam itu ialah imej Lelaki Y atau tidak (nasib baik ada panggilan popular, kalau tak naya saja kena saman). Yang kita nak bincangkan hari ini ialah tuduhan bahawa rakaman tersebut dibuat oleh pihak polis PDRM (bukan polis bantuan).

Macam inilah penyokong pembangkang, bila takde video, dia minta video, bila dah ada video, dia kata itu polis frame pulak. Plot sama yang dicanang dalam kes Saiful Bukhari dulu kononnya Saiful dijadikan umpan untuk memerangkap Lelaki Y.

Semua ini hanya bertujuan nak mengalihkan tumpuan dari isu yang lebih penting – siapa dalam rakaman tersebut? Soal siapa rakam, kenapa rakam, ' dengan apa rakam, semua ni tak payah jadi isulah, yang kita nak tahu sama ada orang yang dirakam itu benar-benar 'orang itu' atau tidak?

Noktah, full stop. Tak payahlah nak panjang-panjang pula, bukan nak masuk court pun yang nak teknikal sangat.

Masa kes CSL terbongkar, adakah pihak pembangkang mempersoalkan siapa yang merakam? Takde kan. Sebaliknya tak cukup-cukup nafas para balaci ketawa menghinakan CSL (walaupun memang dia patut dihinakan sedemikian rupa atas perbuatannya) tanpa mempersoalkan dalang disebalik rakaman,

Sampai hari ni pun tiada yang kisah siapa rakam video CSL tapi dalam kes yang ini, tiba-tiba balaci kusah pulak.

Bila wartawan yang dibawa ke Carcosa Seri Negara melihat video yang didedahkan Dato T (siapa ni?), terus menyerbu Anwar Ibrahim untuk mendapatkan kepastian, itu bermaksud apa? Toksah main pantun-pantunlah, straight to the point saja.

Kalau wartawan yang tengok tu buta, mungkin ada ampunlah sikit.

Yang menarik perhatian penulis ialah muka Wan Azizah. Ikhlas cakap, sepanjang mengikuti secara dekat kisah rumah tangga Wan Azizah dari 1998, ini kali pertama penulis rasa Wan Azizah benar-benar TERKEJUT!!!

Mana tak terkejut, peri anal Saiful punya hal belum selesai, peri alur wanita China pulak yang datang.

Apa pun, rasanya Wan Azizah perlu melihat kelemahan dirinya sendiri sehingga menyebabkan semua ini berlaku. Adalah salah mana-mana tu sehinggakan ketagihan benar sang suami dengan benda-benda terlarang (baik lelaki mahupun perempuan) sedangkan yang halal sedia depan mata tak pulak dibaham.

Penulis tak peduli siapa pun dalang di sebalik rakaman ini. Kalau pun terbukti benar selepas ini ada para operatif khas PDRM yang terlibat dalam soal rakaman itu, mahu rasanya penulis cium tangannya untuk mengucapkan terima kasih sebab membantu mendedahkan siapa dia sebenarnya yang berhajat nak bersemayam di Putrajaya ni.

Bagaimanapun penafian Dato Hishamuddin CKMM ddalam siaran Buletin Utama tadi membuktikan bahawa PDRM tidak terlibat dalam hal tersebut.

Mungkin ada sinar dihujung terowong untuk Lelaki Y kerana dinegara kita utusan tuhan bernama Nik Aziz boleh bertanya terus dengan Allah swt untuk mendapat kepastian sama ada kesalahannya itu sudah diampunkan atau belum.

Nampaknya Anugerah Tuhan dan kena laknat dek Tuhan sehingga keaiban 'terakam'…

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

Posted: 23 Mar 2011 07:10 AM PDT

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


Solat Hajat,Bacaan Yaasin,Tahlil serta Mesyuarat AJK kali ke 2

Posted: 22 Mar 2011 07:41 AM PDT

Program tersebut telah selamat dijalankan dengan sempurnanya di kediaman Ketua UMNO Cawangan Telok Datok.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

HAMIM Ledang

Posted: 23 Mar 2011 03:32 AM PDT

HAMIM Ledang


INPUT PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT ( 22 MAC 2011 M/S 2 )

Posted: 22 Mar 2011 12:09 PM PDT

INPUT PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT ( 22 MAC 2011 M/S 1 )

Posted: 22 Mar 2011 12:07 PM PDT

PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH

Posted: 23 Mar 2011 03:30 AM PDT

PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH


Pilihan raya Sarawak 16 April 2011

Posted: 23 Mar 2011 01:04 AM PDT

KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya Sarawak ke-10 pada 16 April dan hari penamaan calon pada 6 April ini.

pelajar lulu SPM 11A

Posted: 23 Mar 2011 12:41 AM PDT

ALIAA Shafinaz Mohd Don yang mendapat 11A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 dicium oleh ibu dan ayahnya di pekarangan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Al-Irshad, Kepala Batas, Pulau Pinang selepas menerima keputusan SPM, hari ini. 

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

Posted: 22 Mar 2011 03:40 PM PDT

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


INGIN TAHU SIAPA DATUK 'T' ?

Posted: 21 Mar 2011 06:29 PM PDT


Siapakah gerangan 'Datuk T'…?

Satu negara hari ini dok bercakap soal siapa Datuk T… lelaki yang panggil 'senior editor' media untuk tunjuk tayangan video seks. Kalau ikut cerita Datuk T, beliau diarahkan oleh ahli politik berkenaan untuk ambil jam tangan di lokasi kejadian, tapi cari punya cari terjumpa CCTV.


Jeng, jeng jeng… kalau ikut logik cerita itu, maknanya 'ahli politik' dalam video itu kenal dengan Datuk T?


Petang Jumaat, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim nafi dia 'individu' dalam video tersebut.


Media melaporkan, rakaman video itu memaparkan pemimpin berkenaan mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita muda yang tidak dikenali di sebuah bilik hotel di Kuala Lumpur.


Menurut Datuk T, salinan rakaman itu akan dihantar kepada ahli politik tersebut dan isterinya seminggu dari hari ini, "bagi menentukan sama ada individu itu adalah ...(nama dirahsiakan)".


"Jika ia benar.... (pasangan itu) mesti berundur dari politik," katanya dalam kenyataan yang ditandatangani sebagai 'The Insider' yang kemudiannya diedarkan kepada wartawan setelah mereka menyaksikan rakaman itu.


"Jika (pasangan itu) tidak berundur dalam tempoh tujuh hari selepas menerima salinan rakaman, saya akan minta beberapa pertubuhan bukan kerajaan NGO bagi menubuhkan panel penyiasat dan mendapatkan perkhidmatan pakar foensik bagi mengkaji ketulenan rakaman itu.


"Seluruh dunia akan tahu dan terpulang kepada mereka untuk menentukannya."


Menjelaskan bagaimana beliau memperolehi pita itu, Datuk T berkata beliau diminta ahli politik berkenaan pada 21 Februari lalu ke sebuah hotel di Kuala Lumpur bagi mengambil jam Omega miliknya yang tertinggal di sebuah bilik.


Datuk T mendakwa hotel itu menawakan perkhidmatan seks dan kemudahan spa.


"Oleh kerana tidak menjumpai jam tangan pada meja, saya mencari di sekeliling dan terkejut melihat terdapat wayar di belakang meja solek.


"Apabila meninjau secara dekat, saya terjumpa empat kamera CCTV yang tersorok. Saya cuba membuka laci meja solek dan mendapati satu daripada dikunci. Saya membukanya dengan satu alat tajam dan terjumpa alat perakam CCTV.


"Saya mencabut wayar dan mengambil perakam itu keluar hotel. Perakam itu mempunyai rakaman (ahli politik itu) mengadakan hubungan seks. Tiada sesiapa yang mempunyai rakaman ini dan saya tidak akan menyerahkan salinan kepada mana-mana pihak kerana bimbang ia akan disalin dan diedarkan," kata Datuk T.-21/3/2011

PELAN PERALIHAN DAP : LKS - LGE - BC.....?

Posted: 21 Mar 2011 06:10 PM PDT

Tuesday, March 22, 2011


Mana Pelan Peralihan DAP Lim Kit Siang??


Tunjuklah mana pelan peralihan Lim Kit Siang???  Sudah lebih 32 tahun dia menjajah DAP, mengapa belum menyediakan pelan peralihan?? Kenapa begitu hebat mempersoalkan Ketua Menteri Sarawak padahal dia tidak memberi pelan peralihan kuasanya yang sudah tamat tempoh beberapa tahun lalu?  

Cakap tidak serupa bikinlah wahai penjajah DAP!!! Jangan hanya pandai menyelak kain Zulhaidah dan Violet Yong???!!!  Kalau berani minta DNA Anwar dan tunjuk siapa lagi berhak turun.  Pilihlah kamu atau Nik Aziz!!!!??

Agaknya kalau DAP memerintah memang perlu peluru Patriot untuk menurunkannya agar sedar pemerintahan kuku besinya sendiri!!!   Sedarlah kuku besi kamu sudah dirasakan dalam semua lapisan DAP!!!???  Kenapa begitu tamak sehingga tidak mahu memberi laluan kepada pelapis baru?!!  Oh ya lupa pelapis kamu agen Singapura!!!?? Tony Pua apa cerita? Orang macam inikah yang hendak dimasukkan ke dalam Malaysia?!!  
Lee Kwan Yew pun tidak mahu kepada Lim Kit Siang sehingga ditinggalkan untuk mengemis nasib di Malaysia!!!   Ada hati untuk berbaik kepada Singapura padahal dirinya sudah ditinggalkan bersama 3 juta kaum Cina yang tidak diperlukan oleh Lee Kwan Yew lagi!!!???
Ketua Menteri Sarawak telah menyediakan pelan peralihan yang akan berlangsung selepas Pilihan Raya Sarawak.  Saksikanlah wahai penjajah DAP bagaimana seorang pemimpin yang mulia menyerahkan kepimpinan kepada pelapis yang berkualiti.  Adakah DAP langsung tidak memiliki pelapis yang berkualiti seperti Barisan Nasional Sarawak???
21 Mac, 2011 18:41 PM

Barisan Calon BN Sarawak Akan Saksi Perubahan Besar Dalam PBB, Kata Taib

KUCHING, 21 Mac (Bernama) -- Barisan calon Barisan Nasional (BN) Sarawak bagi pilihan raya negeri akan datang yang dijadual diumumkan sehari sebelum penamaan calon, bakal menyaksikan perubahan besar dalam senarai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), daripada segi muka baru yang akan dicalonkan.

Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang juga Pengerusi BN Negeri dan Presiden PBB berkata sudah menjadi amalan pengumuman senarai muktamad calon hanya dibuat selepas disahkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Pengerusi BN pusat.

"Saya masih belum menerima senarai bagi tiga lagi parti komponen BN negeri tetapi kira-kira sesuku daripada 35 calon PBB adalah muka baru dan muda," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar Ahli-Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Sarawak 2011 di sini, hari Isnin.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka bermesyuarat di sini pada Rabu untuk memutuskan tarikh penamaan calon dan pengundian selepas Dewan Undangan Negeri dengan 71 kerusi dibubarkan hari ini untuk diadakan pilihan raya negeri ke-10, dijangka bulan depan.

Ketika ini, BN menguasai 63 kerusi iaitu 35 daripada PBB, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) 12 manakala Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) masing-masing lapan kerusi.

Enam lagi kerusi dikuasai oleh DAP manakala Parti Keadilan Rakyat dan Parti Cinta Malaysia (PCM), menerusi wakil rakyat Bebas, masing-maing menguasai satu kerusi.

Kepada soalan siapakah yang mungkin dipilih sebagai pengganti beliau, Taib yang pada Sabtu lepas berkata yang beliau akan meletakkan jawatan pada pertengahan penggal baru, memberitahu pihak yang sangsi supaya melihat rekod beliau, terutamanya selama 30 tahun menerajui kerajaan negeri.

"Jika anda mengkaji kelakuan saya lebih 30 tahun lepas, saya tidak pernah berbohong atau bermain politik kotor," katanya semasa diminta mengulas kenyataan pemimpin DAP Lim Kit Siang behawa beliau bersikap "kabur dan terumbang-ambing" mengenai perancangannya untuk meletakkan jawatan, termasuk tidak menamakan penggantinya.

"Semasa pilihan raya, anda tidak mahu wujudkan isu. Saya mengambil sikap berdiam diri berbanding dengan DAP," kata Taib yang akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Balingian di samping dipertanggungjawabkan mengetuai kempen pilihan raya BN.

Sambil menyelar Lim, katanya: "Anda fikir saya bodoh (sehingga tidak mempunyai pelan peralihan)? Kenapa DAP tidak menamakan pengganti mereka?"

-- BERNAMA

Read more: http://mukapetang.blogspot.com/2011/03/mana-pelan-peralihan-dap-lim-kit-siang.html#ixzz1HHofu3DQ
Under Creative Commons License: Attribution Share Alike

WAJAR KE SNAP TINGGALKAN FUKATAN RAKYAT ?

Posted: 21 Mar 2011 06:03 PM PDT

Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) hari ini memberi kata dua akan meninggalkan gabungan Pakatan Rakyat jika kebuntuan dalam menyelesaikan agihan kerusi dengan PKR tidak dapat diselesaikan menjelang piihan raya negeri Sarawak akan datang.

snap pc kuching 050311Kedua-dua mereka, Snap dan PKR dikatakan sedang berebut kerusi luar bandar, termasuk 29 kerusiyang mempunyai majoriti pengundi Dayak. DAP dikatakan akan beri tumpuan kepada kerusi-kerusi dibandar-bandar.

Antara perbalahan itu adalah kenyataan timbalan presiden PKR, Azmin Ali yang dilaporkan sebuah portal berita bahawa rundingan akan dimulakan dengan "tidak lebih tiga kerusi" untuk parti itu.

Laporan yang sama, memetik Azmin sebagai berkata PKR bercadang meletakkan 52 calon daripada 71 kerusi yang dipertandingkan. DAP pula dikatakan akan bertanding di 20 kerusi dan rundingan masih berterusan.

Pada sidang media selepas mesyuarat jawatankuasa pusat hari ini, presiden Snap, Edwin Dundang berkata partinya pada dasarnya tidak bersetuju dengan PKR berhubung tawaran tiga kerusi itu.

snap pc kuching 050311 edwin dundang"Memandangkan PKR tidak setuju dengan pendirian kami (untuk meminta lebih kerusi), kami sedang memikirkan pelbagai pilihan, termasuk meninggalkan gabungan pembangkang," kata Dundang.

Katanya, PKR juga membuat tuntutan bertindih di kerusi-kerusi yang diintai oleh DAP dan PAS.

"Jika PKR bertanding 52 kerusi, ini akan hanya tinggal 19 lagi kerusi untuk dibahagikan antara Snap, DAP dan PAS. Apa yang terjadi jika DAP mahu bertanding di 16 atau 17 kawasan Cina, jadi apa yang tinggal untuk Snap dan PAS?" soalnya.

Dundang menjelaskan atas semangat berbaik-baik, Snap bersetuju membenarkan PKR bertanding di kerusi majoriti Dayak di Ba'Kelalan di mana ketua PKR Sarawak, Baru Bian dijangka bertanding, sambil dengan gurau berkata bekas pemimpin Snap yang berpaling tadah ke PKR itu adalah "Dayak yang lebih baik."

PRN SARAWAK : 979,796 layak mengundi

Posted: 21 Mar 2011 05:53 PM PDT

979,796 layak mengundi


2011/03/22
KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menggunakan senarai pemilih yang didaftarkan sehingga 31 Disember 2010 untuk pilihan raya negeri Sarawak ke-10.

Pengarah SPR Sarawak, Datuk Takun Sunggah ketika dihubungi BERNAMA semalam ini berkata berdasarkan senarai pemilih itu, seramai 979,796 pengundi layak untuk mengundi pada pilihan raya negeri itu.
"Dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak hari ini (semalam) maka hanya pemilih yang mendaftar setakat 31 Disember 2010 saja yang layak untuk mengundi," katanya.
Pagi semalam, Speaker DUN Sarawa, Datuk Seri Mohamad Asfia Awang Nassar, berkata pengisytiharan pembubaran DUN Sarawak yang ditandatangani oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng akan diserahkan kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, hari ini.

Untuk pilihan raya Sarawak kali ini seramai 21,000 petugas SPR akan ditugaskan di setiap kawasan pilihan raya membabitkan 1,740 pusat pengundian dan 2,561 saluran pengundian, manakala RM45 juta dipohon SPR untuk menampung kos logistik termasuk penggunaan helikopter, bot laju, perahu panjang selain kenderaan pacuan empat roda.

Pilihan raya negeri sebelum ini diadakan pada 20 Mei 2006. – BERNAMA

DR MAHATHIR LETAK JAWATAN

Posted: 21 Mar 2011 05:37 PM PDT



Sejarah ini tidak dapat dilupakan oleh perwakilan UMNO ketika itu. Meletak jawatan sewaktu berada di puncak kejayaan. Satu pengorbanan yang sangat tinggi nilainya, Persoalan mengapa sekarang susah sangat nak cari pemimpin yang begini? Masih ramai yang dah tak mampu tapi masih lagi nak pegang jawatan? Bilakah nak serahkan kepimpinan ?

MISTERI Y DAN T

Posted: 21 Mar 2011 05:23 PM PDT



Semalam riuh di Parlimen dan media cyber mengenai satu videoklip yang didakwa sebagai adengan seksual seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur muda Cina. Video tersebut dikatakan dirakam secara sulit di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Menurut orang yang menemui video tersebut, dikenali sebagai Datuk T, beliau menjumpai rakaman videoklip tersebut selepas disuruh oleh pemimpin pembangkang itu untuk naik ke bilik hotel itu mengambil jam beliau yang tertinggal. Dalam mecari jam tersebut, beliau menjumpai alat perakam video itu yang mengandungi adengan seksual pemimpin tersebut.

Videoklip itu mengambil masa beberapa minit, dengan segmen pertama menunjukkan pemimpin tersebut memasuki bilik hotel berkenaan dengan seorang wanita (disyaki seorang pelacur Cina) diiringi seorang lelaki. Segmen kedua menunjukkan pemimpin tersebut diberikan layan oral oleh wanita tersebut. Ini diikuti dengan segmen adengan "menyudu" dalam pelbagai posisi sehingga ke segmen "tembakan ke muka wanita tersebut". Segmen akhir menunjukkan pemimpin itu ke bilik sebelah kemungkinannya tandas. Keseluruhan adengan mengambil masa dalam 17 minit.

Kata seorang rakan yang menonton videoklip tersebut, "kalah Chua Soi Lek yop!". Kalah dari segi kecepatan dan kepantasan adengan yop!!! Takde "muqaddimah", takde "starter", terus "tomahawk missile" je yop! Kata kekawan yang tengok "200%" mamat tu yop!!!

Kita sebagai umat Islam mengambil pendirian bahawa dalam perkara berat saperti ini, kita mesti hati-hati. Kena periksa dahulu kesahihan videoklip itu. Beberapa persoalan yang berbangkit ialah:

1. kenapa penama yang dikatakan "Datuk T" itu memilih untuk mendedahkannya kepada para editor akhbar dan wartawan dahulu?
2. siapa Datuk T tersebut, mengapa perlu identitnya dirahsiakan?
3. mengapa tiada lapuran polis dibuat?
4. kenapa mereka yang mendedahkan videoklip itu begitu berhati-hati, dengar kata siap pakai cermin mata hitam dan wartawan yang memasuki bilik tempat ditayangkan itu langsung tidak dibenarkan membawa walaupun pen; kena pakai robe lagi?
5. bagaimana videoklip ini boleh muncul setelah sebulan kejadian (iaitu 21.02.2011 sekitar 10 mlm).

Jasin Bandar Lestari menjelang 2020

Posted: 21 Mar 2011 05:07 PM PDT



MELAKA 21 Mac - Pekan Jasin akan dikenali sebagai Bandar Lestari dan kawasan sekitarnya akan dibangunkan menjadi Daerah Lestari menjelang 2020.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pembangunan Pekan Kecil dan Pemulihan Projek, Datuk Abdul Ghafaar Atan berkata, pembangunan Jasin terkandung dalam draf Rancangan Tempatan Daerah Jasin sehingga 2020.

Menurutnya, terdapat empat pengisian objektif pembangunan daerah Jasin iaitu menjadikannya sebagai daerah Lestari, pelancongan, bestari, industri dan pengeluaran makanan.

''Menjadikan Daerah Lestari bermaksud sebarang pembangunan di sini tidak akan menjejaskan sumber semula jadi seperti kawasan tadahan air, rezab hutan, lembangan sungai, pantai dan kawasan berbukit," katanya di sini baru-baru ini.

Ghafaar berkata, selain itu, produk pelancongan akan dibangunkan dengan tumpuan kepada pelancongan agro, warisan dan sejarah di samping pembinaan infrastruktur seperti calet, inap desa dan hotel.

Di samping itu, katanya, Jasin akan dijadikan sebagai industri tani dan pengeluaran makanan dengan usaha mempergiatkan aktiviti pertanian, ternakan, pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta hab halal.

Bagi menjadikan sebagai daerah Bestari (daerah ilmu) katanya, kerajaan negeri bercadang untuk menjadikannya sebagai koridor ilmu sebagai tapak institusi pengajian tinggi (IPT), pusat akademik dan penyelidikan.

''Sebanyak 11 kawasan di Daerah Jasin akan menikmati pembangunan ini seperti Bemban, Selandar, Sungai Rambai, Umbai, Kesang Pajak, Batang Melaka, Asahan, Nyalas, Sempang Bekoh, Chinchin dan Serkam," katanya.

Berdasarkan draf Rancangan Tempatan Jasin katanya, pembangunan hanya dibenarkan di zon pembangunan yang telah ditetapkan untuk tujuan tersebut iaitu di kawasan seluas 26,500 hektar.

Ujarnya, bagi tanah yang boleh dibangunkan dengan syarat melibatkan kawasan seluas 27,200 hektar.

Hotspot WiFi: Guan Eng diskriminasi Bukit Gelugor...

Posted: 21 Mar 2011 05:03 PM PDT

Hotspot WiFi: Guan Eng nafi diskriminasi

KUALA LUMPUR 21 Mac - Kerajaan DAP Pulau Pinang menafikan dakwaan wujud diskriminasi kepada kawasan Parlimen yang diwakili Barisan Nasional (BN) dan Bebas dalam program pemasangan WiFi percuma.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, sebaliknya pemilihan kawasan hotspot WiFi dibuat oleh syarikat Redtone yang menguruskannya atas pertimbangan komersial bahawa kawasan itu berdaya maju dan ramai penduduk.

Kawasan Parlimen yang tidak terpilih termasuk Kepala Batas yang diwakili bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi; Tasek Gelugor (Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop) dan Nibong Tebal (Tan Tee Beng daripada Bebas).

"Ini bukan diskriminasi terhadap kawasan BN atau kawasan 'katak'.

"Parlimen Bukit Gelugor yang diwakili Pengerusi DAP, Karpal Singh turut berdepan masalah sama dan ini hanya disedari setelah kesemua 750 hotspot WiFi siap dipasang baru-baru ini. Tak kan saya hendak lawan tauke (Karpal Singh)? Hendak matikah lawan Pengerusi DAP?," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Sebelum ini beberapa Ahli Parlimen BN mengecam kerajaan negeri ekoran kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Telekomunikasi, Jeff Ooi dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris 19 Mac lalu bahawa tiga kawasan Parlimen akan dikecualikan daripada menerima liputan WiFi atas alasan kekurangan dana.

Jeff bagaimanapun tampil dalam akhbar yang sama semalam dengan mendakwa kenyataannya diputar belit selain Guan Eng turut membuat penjelasan bahawa kerajaan negeri tidak membuat sebarang bayaran kerana segalanya ditanggung Redtone.

Ditanya jumlah yang perlu dibayar kerajaan negeri bagi menambah 750 hotspot lagi, Guan Eng berkata, beliau akan mendedahkannya apabila perjanjian mengenainya dimeterai dalam masa terdekat.

"Penyediaannya mungkin mengambil masa setahun. Tentang perbelanjaannya pula, kita akan umumkan nanti," ujarnya.

DUN Sarawak bubar secara rasmi

Posted: 21 Mar 2011 04:59 PM PDT



Mohamad Asfia Awang Nassar

KUCHING 21 Mac – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini dibubarkan secara rasmi selepas Speakernya, Datuk Seri Mohamad Asfia Awang Nassar menerima notis pengisytiharan yang ditandatangani oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, pagi ini.

Mohamad Asfia berkata, notis berkenaan akan diserahkan kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof pada petang esok.

Beliau menjelaskan lokasi dan waktu penyerahan notis berkenaan belum ditentukan lagi.

"Pembubaran DUN Sarawak pada 21 Mac, hari ini, adalah mengikut perkara 21(2) Perlembagaan Negeri Sarawak," katanya pada sidang akhbar di bangunan baru, Kompleks DUN Sarawak di sini tengah hari ini.

Sidang akhbar itu hanya dihadiri beberapa petugas media kerana sebahagian besar daripada mereka bertumpu di sebuah hotel tempat berlangsungnya majlis rasmi Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dengan jangkaan pengumuman rasmi akan dibuat di sana.

Sabtu lalu, Abdul Taib dalam sidang akhbar bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) mengumumkan DUN akan dibubarkan hari ini.

Walaupun SPR belum membuat pengumuman berhubung tarikh penamaan calon dan pengundian, ramai menjangkakan ia akan diadakan pada 6 dan 16 April ini.

Tiada ulasan:

Pengikut