Selasa, 1 Mac 2011

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Biaqpila

Posted: 01 Mar 2011 03:36 PM PST

Oleh Hafiz Zainuddin

Sebelum pergi kepada isu yang akan saya sentuh, mari kita imbas antara bajet yang diperuntukkan kerajaan Malaysia untuk pembangunan ekonomi negara meliputi perindustrian, pertanian dan infrastruktur sepanjang tempoh lebih separuh dekad ini.

Bajet 2005 antara lain menyebutkan sebanyak 49.1% peruntukan untuk  pembangunan.  Ini bererti sejumlah RM13.9 bilion telah disediakan bagi sektor ekonomi dalam menampung keperluan infrastruktur, pertanian dan perindustrian.

Dalam Bajet 2007 pula, kerajaan di bawah pimpinan Abdullah Ahmad Badawi telah memperuntukkan sebanyak RM3.4 billion untuk pembangunan luar Bandar antaranya melibatkan projek pembinaan jalan, bekalan air dan elektrik.  Ia turut melibatkan perkembangan pendidikan pra-sekolah di bawah KEMAS, kegiatan masyarakat dan latihan kemahiran. Jumlah keseluruhan bajet 2007 yang diperuntukkan kepada sektor ekonomi melibatkan sektor pertanian, perindustrian dan infrastruktur ialah RM20.8 billion manakala bajet pada tahun 2008 pula adalah sebanyak RM20.6 billion diperuntukkan untuk sektor-sektor tersebut.

Manakala Bajet 2009 telah memperlihatkan peningkatan lebih RM7 billion.  Secara keseluruhannya, bajet ini memperuntukkan RM27.8 billion untuk pembangunan sektor ekonomi yang merangkumi sektor pertanian, perindustrian dan infrastruktur.

Kerajaan dilihat terus memberi penekanan serius dalam mempertingkatkan pembangunan negara.  Bajet 2010 telah memperlihatkan sejumlah RM25.4 billion diperuntukkan walaupun mencatatkan pengurangan lebih RM2 billion.  Peruntukan-peruntukan kepada pembangunan ekonomi melibatkan infrastruktur dalam bajet yang dibentangkan memperlihatkan usaha kerajaan dalam memperbaiki taraf hidup dan ekonomi rakyat.

SPRM: Penubuhan yang sia-sia

Isu pada kali ini kita akan memberi fokus kepada beberapa perkara penting yang mungkin telah kita terlepas pandang dan lupakan.  Isu ini adalah antara isu yang sangat penting dalam pembentukan sebuah negara yang berintegriti dan telus.  Berintegriti dan telus boleh diertikan dengan keberkesanan urus tadbir dan bebas rasuah.  Apa pula kaitan bajet-bajet berkenaan dengan isu integriti dan rasuah?

SPRM telah ditubuhkan sejak zaman Abdullah Ahmad Badawi untuk memerangi gejala rasuah secara lebih meluas dan bebas dalam mewujudkan urus tadbir yang telus dan berkesan.  Apakah rakyat boleh katakan bahawa objektif SPRM tercapai sejak penubuhannya?

Melihat kepada siri-siri berita jam 8 di RTM1, semestinya kerajaan pimpinan Najib diperlihat sangat cakna terhadap masalah rakyat, berintegriti dan telus dalam menjalankan tanggungjawab termasuk memerangi rasuah.  Soalan pertama saya; sejauh mana rakyat yakin kepada ketelusan dan integriti pentadbiran Najib?  Teluskah pentadbiran Najib apabila indeks CPI Malaysia berada pada skor 4.4 di tangga ke-56 pada tahun 2010 berbanding tahun 2009 berada pada skor 4.5?  Apakah ertinya semua ini?

Terus terang saya katakan bahawa usaha kerajaan dalam memerangi rasuah tidak akan mencapai matlamat yang diingini walaupun kerajaan dilihat bersungguh menaik-taraf  BPR kepada sebuah suruhanjaya, SPRM.  Usaha memerangi rasuah digambarkan sebagai menyeluruh tetapi hasilnya ala-kadar, bersifat kosmetik dan berpilih-pilih.  Saya percaya, anda juga akan bersetuju dengan saya.  Rakyat dipertontonkan malah muak dengan siri-siri penangkapan "ikan bilis" manakala "jerung-jerung" besar masih bebas dan mengganas.  Rakyat juga tidak terkejut dengan timbunan fail-fail berprofil tinggi yang masih "dalam siasatan" dan ada pula yang sudah mulai "mereput"- malah, sejak sekian lama, ia telah pun menjadi rahsia umum.

Isu rasuah bukan cuma melibatkan pemberian kontrak kepada kroni-kroni, sampul bawah meja di pejabat-pejabat maupun di kopitiam-kopitiam, antara pesalah trafik dan pihak berkuasa, hadiah melancong ke Batam seumpamanya ataupun hamper dan seperti yang kita sedia maklumi.  Isu rasuah juga boleh menjadi sebuah "cara hidup"-gaya hidup yang boleh menjamin kemewahan.  Seperti sumpah-sumpah, rasuah mampu mencorak dirinya mengikut tempat dan keadaan!

Integriti dan jalan kampung yang tak pernah sempurna?

Seperti kebiasaan, rasuah juga berlaku secara berleluasa semasa pilihan raya.  Saya sangat tertarik dengan isu rasuah semasa pilihanraya memandangkan tahun 2010 dan 2011 telah menyaksikan banyak pilihan raya kecil diadakan.  Sehingga saat ini Kerdau dan Merlimau sedang menyaksikan persaingan sengit siapa yang akan merangkul juara sebagai YB nanti.  Banyak projek kononnya untuk "memperkasa ekonomi rakyat" dilancarkan, banyak jalan-jalan kampung yang diturap.  Malah jalan yang masih elok tetap juga diturap.  Buldozer dan lori pasir mula masuk kampung.  Episod-episod drama sedang bermula, inilah medan untuk berlumba-lumba membuat kebajikan.

Mari kita imbas kembali ketika berlangsungnya proses kempen di Pilihanraya Kecil di Galas.  Selain dituduh merasuah syurga kepada para pengundi (isu evergreen), sosok kerdil Nik Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan ini juga dituduh merasuah beberapa warga orang asal dengan wang sebanyak RM300 walaupun ia merupakan wang zakat.  Relevan atau tidak pemberian wang zakat semasa pilihan raya kecil di Galas bukan isu yang ingin saya bawakan.

Mengulas isu "rasuah zakat" ini, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Wan Ahmad Wan Omar berkata, mengikut tafsiran undang-undang, pemberian wang kepada pengundi yang boleh mendorong mereka mengundi adalah rasuah.  Ia juga boleh ditafsir sebagai membeli undi yang mana perkara ini jelas diletakkan di bawah tajuk sogokan di bawah Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, Bahagian III.

Mari kita lihat salah satu kandungan akta tersebut di bawah tajuk "Penyogokan":

Orang-orang yang berikut hendaklah disifatkan sebagai bersalah atas kesalahan menyogok:
 
(a) tiap-tiap orang yang, sebelum, semasa atau selepas sesuatu pilihan raya, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau melalui mana-mana orang lain bagi pihaknya, memberi, meminjamkan atau bersetuju untuk memberi atau meminjamkan, atau menawarkan, menjanjikan, atau berjanji akan mendapatkan atau akan berusaha untuk mendapatkan, apa- apa wang atau balasan bernilai kepada atau untuk mana-mana pemilih atau pengundi, atau kepada atau untuk mana-mana orang bagi pihak mana-mana pemilih atau pengundi atau kepada atau untuk mana-mana orang lain.

Persoalan penting yang harus diselesaikan

Persoalan demi persoalan timbul.  Sekiranya Menteri Besar Kelantan dituduh "menyogok", apa pula istilah yang sesuai untuk Najib yang baru beberapa hari lepas meluluskan RM10 juta bagi pembangunan Kerdau.  Dan apa pula istilah untuk peruntukan RM500,000 untuk pembinaan dewan serbaguna di tokong Yong Hock Kiong di Labis semasa pilihanraya Tenang baru-baru ini.  Ini cuma sebahagian kecil fakta yang diketahui.  Banyak lagi "peruntukan-peruntukan khas" telahpun diumumkan sepanjang berlangsungnya pilihanraya-pilihanraya kecil ini.  Ya.  Secara terang-terangan.  Rakyat semakin musykil; dari manakah pula peruntukan untuk projek mee segera ini datang?

Selain itu, saya ingin mengajak anda untuk berfikir.  Bagaimana pula dengan sejumlah peruntukan besar dalam bajet-bajet Malaysia semenjak tahun 2005 sehingga 2010 yang memberi tumpuan utama kepada pembangunan infrastruktur luar bandar seperti yang telah saya senaraikan di atas.

Apakah bajet-bajet tersebut dilihat tidak berjaya membangunkan kawasan luar bandar sehingga menyebabkan kerajaan menjanjikan pelbagai projek mee segera semasa pilihanraya kecil?  Maka, apakah pula rasional projek mee segera ini ketika pilihanraya kecil?  Atau kita boleh labelkan sahaja sebagai "sogokan" yang bertujuan memancing undi.  Kalau begitu, ternyata Najib telah melakukan rasuah pilihan raya bukan?  Mana dia suara-suara meminta SPRM untuk menyiasat Najib?  Sejauh mana integriti rakyat Malaysia dalam berhadapan dengan isu rasuah pilihanraya ini?

Saya tidak mahu mengulas mengenai isu "projek mee segera" ini.  Ia telahpun diulas banyak pihak.  Isunya ialah kenapa SPR mendiamkan diri?  Kenapa Wan Ahmad membisu?  Perkara ini jelas menunjukkan SPR berat sebelah.  Dalam ertikata lain; SPR telah diperalatkan pihak-pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka.  Inilah yang dipanggil sebagai double standard.  Isu-isu yang melibatkan pilihanraya seringkali mencerminkan sikap SPR yang diragui dan hilang integritinya.

Kebangkitan Gelombang Kuning

Sejak sekian lamanya, kelemahan SPR inilah yang memberi inspirasi kepada Penubuhan gabungan BERSIH yang berjuang mendesak SPR untuk memenuhi tuntutan agar pilihanraya dijalankan secara bersih dan adil sehingga tercetusnya kebangkitan "gelombang kuning 100,000 rakyat" pada 10 November 2007 yang lepas.  Gelombang ini telah memberikan impak besar kepada lanskap politik negara.

Keadaan perjalanan pilihanraya kecil yang semakin dicemari kekotoran dan manipulasi sejak akhir-akhir ini membawa erti sistem pilihanraya perlu diubah dan BERSIH sekali lagi memainkan peranan mereka dalam mendesak SPR agar bersikap adil dan professional.  SPR harus bebas dari tekanan mana-mana pihak.  Sistem demokrasi harus diberi keutamaan.  Saya berpendapat, selagi SPR tidak mereformasikan sistem pilihanraya yang ada dan sanggup menjadi boneka BN, selagi itu mungkin ada kewarasan untuk BERSIH mengulangi sejarah yang pernah dicipta.

*Hafiz Zainuddin ialah penulis bebas.

DD

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

:: @ AL-BAKISTANI @ ::

Posted: 01 Mar 2011 03:23 PM PST

KHAS PERTAMA

1- setiap amalan yang mendatangkan manfaat - walau kesannya lambat - maka ia dikira juga sebagai amalan soleh. Contohnya seperti org yg berniaga, yg untungnya tidak dapat masa itu, walau terpaksa letak modal diperingkat awalnya.- 59.

2- setiap amalan yang menghasilkan secara zan terhadap pengamal itu mendapat manfaat di waktu masa akan datang, maka ia layak diberi hukum maslahah - 59

3- tidak harus bagi pengkaji bahawa menghukumkan sesuatu perbuatan itu sebagai masalahah dengan semata2 merujuk kepada perkara zahir dan kesan2 duniyawi sahaja, malahan hendaklah merujuk kepada kesan2 Ukhrawi. Ia tidak terhasil kecuali dengan merujuk kepada nas-nas syariah - 61

MASA DAN MASLAHAH

A- IA KEMBALI KEPADA HAK TUHAN DAN HAK HAMBA SECARA BERSEKALI [QARD MUSYTARAK]

4- "tidak didapati hak hamba kecuali akan didapati padanya hak Allah" imam al-qurafi dlm kitab al furuq. - 62

5- asas bagi terhasilnya maslahah dunia adalah jalan untuk mencapai kebahagiaan di akhirat - 63

B- DIASINGKAN ANTARA HAK ALLAH DAN HAK HAMBA

6- sabda Nabi " hak Allah terhadap apa bahawa ia menyembah Allah tanpa melakukan syirik kepadanya sedikit pun. Hak hamba terhadap Allah, apabila mereka sembahnya dan tidak syirik kepadanya bahawa Dia tidak mengazabkan mereka" [muslim] - 64

7- ringkasnya, [1] hak Allah, disebut sebagai taabbudi seperti solat, taharah dll, dan [2] hak sesama manusia, seperti qisas, hudud, bayar hutang dll - 65

8- imam al qurafi berkata, "setiap bagi hamba yg boleh digugurkannya [boleh dimaafkan oleh sesama manusia], maka ia dimaksudkan sebagai hak hamba. Setiap yang tidak boleh digugurkan, maka ia adalah hak Allah" - 65

KHAS KEDUA

9- Antara rujukan penting dlm mengetahui kebenaran adalah fitrah. [lihat surah ar rum, ayat 30] - 68

10 - sabda Nabi SAW, "aku ciptakan hambaku dlm keadaan hanif [bersih] semuanya. Kemudian datang syaitan yang mengelincirkan mereka terhadap agama mereka. Diharamkan perkara yang dihalalkan dan syaitan suruh mereka syirik kepada-Ku" [muslim] - 68

13- sbb itu, maslahah dlm syariah perlu merujuk kepada dua, iaitu jisim dan ruh bersekali - 68 [p] krn gabungan antara dua perkara itu dinamakan sebagai fitrah.

14- lawan bagi fitrah adalah hawa nafsu. sbb tu, tidak boleh ikut nafsu. Krn ia boleh menyesatkan. lihat firman Allah dlm surah al mukminun ayat 71. Dan hadis, sabda Nabi "tidak beriman seseorang kamu hingga hawa/nafsunya mengikut apa yang aku datangkan" [dailami].

KHAS KETIGA

1- maslahah agama asas bagi maslahah yang lain. Jadi, semua wajib dikorbankan sekiranya bertembung dgn maslahah agama - 71

2- maslahah agama ini tidak akan bertembung dengan maslahah manusia, krn syariah islam itu sendiri dtg untuk memberi maslahah kepada hamba - 72

3- maslahah tertakluk dgn bendera agama. Dgnnya baru syarak dikira sah. - 73

4- memastikan sesuatu maslahah hendaklah dlm kerangka agama yang terhasil dari nas dan hukum yang sareh. Juga yang terhasil dari ijmak. Dgn maksud, tidak sah maslahah yang bercanggah dengan nas kitab, sunnah atau qias - 74.

5- ijmak yang terasas atas maslahah dunia tidak bersifat tetap. Ia harus berubah dengan berubahnya maslahah - 74

6- [p] ijmak ada dua, iaitu ijmak yg terhasil dari satu kefahaman dikalangan mujtahid dlm memahami sesuatu nas. Dan satu lg, ijmak, kesepakatan ulama dlm berijtihad pada perkara yang tiada nas.

7- tidak sah para profesional [khibrah], imbangan akal dan kajian bahawa semua itu menyendiri dalam memahami maslahah hamba tanpa melibatkan kpd nas. Ekoran itu, tidak harus pakar ekonomi menyendiri, sehinngga terpaksa tersandar terhadap keharaman riba. – 79

SYARIAH MERAIKAN BAGI MASLAHAH

1- dlm ilmu kalam, semua sepakat mengatakan bahawa perbuatan Allah tidak boleh diillatkan - 85

2- maqasid syariah adalah untuk memastikan kewujudan kebahagiaan [saadah] di dunia dan akhirat. disebabkan itu, syariah islam mesti mengandungi unsur memberi maslahah kepada manusia - 85

DALIL

3- tidak kami utuskan kamu kecuali untuk rahmat sekelian alam [107, anbiya]. Rahmat bermakna memberi kemaslahatan.

4- Allah suruh kamu melaksanakan keadilan dan ihsan [jasiah : 90].. Adil dgn maksud, imbangan antara dua dalam sesuatu perkara. Sudah pasti, maslahah lebih besar lebih diutamakan berbanding maslahah kecil.

5- al anfal : 23. Allah SWT menyatakan syariah itu memberi kehidupan yang sempurna. Ia tidak lain, untuk menusia mendpt maslahah.

6- byk lagi dalil2, seperti Allah mahukan manusia senang. [baqarah : 185].. Allah tidak suka org yg buat fasad [baqarah 204-205].

7- alat untuk memastikan manusia itu taklif adalah akal dan baligh. Jadi, akal dpt menilai sesuatu itu maslahah atau sebaliknya. - 92

8- meraikan syariah dgn melihat kepada uruf manusia dgn syarat bahawa tidak melahirkan mafsadah dan tidak menghapuskan maslahah. - 93

9- dalam meraikan syariah itu, juga perlu dilihat dari sudut wasilah yang boleh membawa kepada tercapainya maqasid. - 94

10- syarak melarang bai' ma'dum [jual benda yg tak ada depan mata] kerana ia boleh mendatangkan gharar terhadap kedua2 orang yg beraqad dalam jual beli – 95

1- maslahah terbahagi kepada dua, A- ukhwawi [berkait dgn aqidah dan ibadat], dan B- Duniawi [berkait dengan muamalat] - 96

2- riayah masalih tidak berlaku kecuali dalam perkara muamalat - 96.

3- pun begitu, diyakini bahawa semua kandungan syariah [ibadat, aqidah dan muamalat] mesti memberi maslahah kepada manusia untuk hidup mereka di dunia dan akhirat- 96

4- dijirus dengan hujan ibadat dalam berbagai-bagai titisan dan renjisan, menyebabkan aqidah dalam hati semakin subur dan berbuah. Makanya, semakin mati anai-anai nafsu dan hawa. Lalu jadilah akar iman semakin kukuh, ia melahirkan manusia yang sempurna dan menyempurnakan.

5- mualamat mengubat maslahah dunia secara langsung. Adapaun aqidah dan ibadat, ia mengubat maslahah dunia hamba tidak secara terus. Dgn maksud, muamalah ini secara terus dapat dilihat oleh manusia akan maslahah hamba. Sebaliknya pada aqidah dan ibadah - 98

6- kena ada beda maksud illat dalam ilmu kalam dan ilmu usul fiqh - 99

7- illah pada perbuatan Allah ada tiga aliran, iaitu [1] muktazilah - mereka kata, penentuan baik buruk itu tertakluk kpd akal. [2] maturidiyyah - baik dan buruk adalah penentuan akal, tetapi ia tidak boleh dipastikannya kecuali syarak mengakuinya. [3] asyairah - baik dan buruk tidak boleh berdasarkan akal secara menyendiri, kecuali ia perlu dikatakan diterima atau ditolak berdasarkan uruf manusia dan hukum syarak [nas mengakuinya] - 100

8- ekoran dari itu, muktazilah mengatakan, perbuataN Allah wajib berillat. Maturudiyyah kata, ia mesti berillah, tetapi tidak wajib. Asyairah pula kata, ia tidak berillat. - 100

9- boleh dikatakan semua ulama maqasid menyatakan bahawa manat bagi hukum Allah adalah mencapai maslahah - 102

10- illat sebagai tanda kpd hukum. [p] klu tidak ada tanda, ia tidak bermakna tiada hukum. Contohnya, rumah zaid ini dikenali melalui tanda pokok. Tiba2 pokok tak ada, maka bukan bermakna rumah itu bukan rumah zaid. - 103.

11- setiap nas yg ada illat, maka ia tidak boleh dianggap sebagai munasabah hukum. Contoh, perang. Dlm nas, Allah nyatakan illat perang, iaitu supaya tidak berlaku fitnah. Sekiranya di suatu tempat perang itu boleh melahirkan fitnah, maka perang ditempat tersebut tidak relevan. [p]

12- klu nas tidak disebut illat, sebaliknya disebut munasabah sahaja, maka illatnya boleh ditemui secara istinbat, atau perlu taat sahaja tanpa ketahui illatnya [p].

13- illat - mengikut as-syarbini - terbahagi kepada dua, iaitu illat aqliyyah dan illat syariiyyah. - 106

14- [p] illat syariyyah adalah illat yng termaktub dalam nas. Illat aqliyyah adalah illat yg difahami oleh mujtahid dgn kaedah istinbat.

15- menurut al-ghazali, illat adalah mu'sir, iaitu yg memberi kesan kepada pelampauan hukum yg ada nas kepada perkara yg tiada nas.

16- menurut al amidi, illat adalah ba'is, iaitu merangkumi hikmah2 yg patut bagi sesuatu hukum. Iaitu, ia merupakan tujuan syara terhadap sesuatu hukum. - 107

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Pengikut