Khamis, 7 Mei 2015

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Pembuka ( Pemuda PAS Bukit Katil ) juara futsal Dr Khalid

Posted: 06 May 2015 03:42 PM PDT



MELAKA: Dewan Pemuda PAS Bukit Katil bersama DACS Bukit Katil telah berjaya menganjurkan kejohanan Futsal Piala Dr Khalid di Batu Berendam, di sini, baru-baru ini. Menurut Adun Bukit Baru, Dr Md Khalid Kassim, penyertaan yang diterima begitu menggalakkan dan ia sebagai satu petanda yang positif bagi membentuk satu generasi pemuda yang sihat dan cergas.

"Tahniah kepada pasukan PEMBUKA yang menjuarai kejohanan buat kali pertama ini dan tahniah juga kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kejohanan ini, Insya-Allah kejohanan ini akan dibuat secara tahunan. "Sukan futsal ini juga dapat menghindarkan muda-mudi kita daripada terjebak ke dalam gejala sosial yang tidak sihat sehingga boleh menghancurkan masa depan mereka," katanya.

Beliau menambah, kerajaan melalui pihak yang bertanggungjawab mesti menyediakan platform yang terbaik buat anak muda ini agar modal insan yang berharga ini dapat membantu kemajuan negara. "Kemajuan tersebut pula perlulah diseimbangkan dari semua segi sama ada dunia dan akhirat mahupun kejayaan fizikal dan mental kerana ia bertepatan dengan tuntutan syarak.

 "Kita mahu melahirkan pemuda yang sihat dan cergas tubuh badan dan dalam masa sama mentaati perintah Allah dan Rasulnya, seterusnya membawa kesejahteraan hidup dunia akhirat," ujarnya.


Sumber : Harakah 19 – 21 REJAB 1436 / 8 – 10 MEI 2015

Tiada ulasan:

Pengikut