Pembangkang khususnya pemimpin PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Zuraida Kamaruddin dan Rafizi Ramli boleh bangga kalau isu NFCorp yang mereka 'spin' berjaya singkir Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil daripada kerusi Menteri Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Memang strategi pembangkang yang percaya dengan menumbangkan Shahrizat,pergerakan Wanita UMNO yang diketuai olehnya turut lumpuh sekaligus memudahkan mereka menjelang pilihan raya umum ke 13 nanti.
Umum mengetahui, selain Pemuda UMNO, pergerakan Wanita adalah jentera terpenting parti dan Barisan Nasional dalam setiap pilihan raya.
Dengan mematahkan sayap Wanita, pembangkang fikir perjalanan mereka ke Putrajaya semakin senang tetapi malangnya, mereka harus ingat bahawa Shahrizat akan lebih 'gagah' kerana bertongkat paruh, beliau akan berjuang juga.
Walaupun hari ini, Isnin beliau sudah tidak memegang jawatan menteri kerana keputusannya sendiri tidak mahu jawatan Senator yang masih berbaki sepenggal disambung, Shahrizat sebenarnya mempunyai lebih banyak masa untuk aktiviti parti.
Perkara inilah harus dibimbangi pembangkang kerana Shahrizat bukan seperti Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Ismail yang hanya ' penunggu kerusi' yakni ketua pada nama tetapi semua hal parti diuruskan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Shahrizat juga bukan seperti Wan Azizah yang tidak berani menanggung tanggungjawab atas segala dakwaan terhadap Anwar masih mempertahankan 'suami anugerah Tuhan' itu, walaupun jam Omega dan video 99.9 peratus tulin mirip menyerupai Ketua Pembangkang itu adalah bukti terbaik boleh mengaitkan Anwar dengan pelacur China terbabit.
Pembangkang mungkin berfikir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak berani menerima peletakan jawatan Shahrizat tetapi kedua-dua mereka cukup matang berpolitik dan tahu apa patut diutamakan.
Ekoran itu, pembangkang kini hanya boleh senang hati sebab Shahrizat bukan lagi menteri Kabinet tetapi mereka harus sedar bahawa Shahrizat kini milik penuh UMNO dan BN, apatah lagi menjelang ibu segala pilihan raya nanti.
Usaha pembangkang untuk melihat perpecahan dalam Wanita juga tidak kesampaian kerana kritikan Naib Ketua Datuk Kamilia Ibrahim hanya ibarat 'ribut dalam cawan' dan semua itu sudah reda malah pergerakan Wanita UMNO kini ibarat seikat penyapu- semakin kuat dan kukuh untuk menyapu pembangkang.
Shahrizat pasti sedar sokongan tidak berbelah bagi sayap diketuainya dan peranan Wanita UMNO sejak dahulu lagi bagi memenangkan BN.
Pasti kini beliau ada lebih banyak masa dan ruang turun padang mendekati rakyat dan pengundi bukan sahaja untuk menawan mereka tetapi menangkis segala temberang dan janji kosong pembangkang.
Beliau adalah pemimpin yang mudah didekati, mesra dan senang diajak berbicara.
Namun, disebalik lemah lembut, Shahrizat juga tegas dalam tugasnya dan inilah harus dibimbangi PKR,DAP dan PAS bahawa mereka hanya tersilap dengan mengaitkan isu NFCorp dengan Shahrizat pada hal Shahrizat tidak ada kaitan kecuali syarikat itu milik suaminya.
Kesilapan pembangkang itu ibarat menyintuk luka Shahrizat dan kini mereka kena bersedia menerima amukan pemimpin kanan UMNO dan BN tersebut.
Berbaki tiga bulan atau paling lewat enam bulan sebelum pilihan raya umum 13 seperti di uar-uarkan, Shahrizat sudah boleh turun gelanggang, mengatur langkah, memalu gendang. Dengan tenang kerana jawatan menteri bukan lagi bebanan beliau. -Agendadaily
Isu kilang Lynas masih belum reda walaupun penjelasan demi penjelasan telah diberikan beserta dengan bukti-bukti saintifik, lengkap dengan kelulusan dari Atomic Energy Licensing Board (AELB) dan International Atomic Energy Agency (IAEA) yang mengesahkan bahawa kilang tersebut adalah selamat.
Pihak-pihak yang menentang Lynas nampaknya mengambil sikap 'pekak badak' iaitu menutup telinga sambil mulut tidak habis-habis membuat bising. Bagi sesiapa yang pernah bekerja dengan puak chauvinis dan rasis, pasti sudah biasa berhadapan dengan sikap 'pekak badak' sebegini. Apabila dikritik, atau apabila sifat rasis mereka terdedah, mereka hanya akan 'buat-buat bodoh' sahaja seolah-olah tidak bersalah dan tidak terlibat langsung.
Begitulah halnya apabila puak penentang Lynas ini dijemput melawat kilang tersebut, mereka telah menolaknya. Apabila diminta membawa perkara ini ke mahkamah untuk mendapatkan injunksi bagi menghalang operasi, pihak penentang Lynas enggan pula. Malah AELB dan IAEA, iaitu badan tertinggi antarabangsa dalam soal atom dan nuklear juga dituduh mereka sebagai penipu atau korup belaka.
Puak ini nampaknya lebih selesa membuat bising di jalanan, membuat demonstrasi besar-besaran dan terus memainkan isu kononnya kilang Lynas berisiko membawa pencemaran radioaktif di dalam media, terutama media yang berbahasa Cina.
Maka jelaslah bahawa penentangan mereka mempunyai motif tersirat. Bagi memahami motif ini, kita harus terlebih dahulu mengetahui siapakah sebenarnya mereka ini.
Penentang Lynas memakai topeng pencinta alam dan bergerak atas nama Himpunan Hijau. Namun, semua ini hanyalah penyamaran semata-mata. Mereka sebenarnya terdiri dari pembangkang terutamanya DAP atau lebih tepat lagi kaum Cina. Ini kerana, terdapat beberapa golongan di dalam MCA juga mengambil pendirian yang sama dengan DAP serta enggan menerima penjelasan saintifik dari pihak-pihak yang berkenaan. Selain MCA dan DAP, PKR juga memainkan peranan penting dalam isu ini sebagai balaci setia pengampu kaum Cina demi undi dan publisiti.
Tetapi, kenapa kaum Cina yang begitu beria-ia dengan Lynas berbanding kaum lain? Kenapa Lim Guan Eng sendiri dengan bangga menyatakan bahawa kaum Cina bersatu dalam isu Lynas? Kenapa?
Kerana ia ada kena mengena dengan semangat cintakan negara asal nenek moyang mereka, iaitu China. Negara China merupakan pengeluar terbesar nadir bumi iaitu membekalkan 95% - 97% dari keperluan dunia. Dengan pembinaan kilang Lynas di Malaysia, dominasi pengeluaran nadir bumi oleh negara China akan terpecah dan inilah yang menjadi masalah bagi kaum Cina.
Tidak mustahil adanya gerakan sepadu antara pihak di China dengan kaum Cina di Malaysia untuk memastikan kepentingan negara China dipertahankan. Bagi memastikan matlamat ini tercapai, kaum Cina telah sepakat untuk menghalang Lynas dari beroperasi dengan apa cara sekali pun.
Apa yang berlaku menunjukkan bahawa isu Lynas adalah lebih dari satu lagi 'political stunt' bagi pembangkang meraih publisiti dan undi. Isu Lynas telah membongkar sikap sebenar majoriti kaum Cina di Malaysia yang tidak pernah mencurahkan kesetiaan kepada negara ini dan masih mengikat diri mereka kepada negara asal.
Bukan mereka tidak tahu bahawa Lynas akan menyumbang kepada pendapatan negara sebanyak RM8 billion setahun dengan peningkatan yang pasti setiap tahun. Justeru, tindakan mereka menentang Lynas bolehlah ditafsirkan sebagai mengsabotaj ekonomi negara sendiri atau dalam ertikata lain, sebagai pengkhianat.
Logiknya, jika kilang memproses nadir bumi begitu merbahaya, kenapakah China sebagai pengeluar utama tidak pula mengalami apa-apa masalah sama ada dari segi bantahan penduduk mahupun bencana radioaktif selama ini?
Begitu juga dengan Australia, Perancis, India, Amerika dan Russia yang juga mempunyai kilang yang sama di negara mereka, tidak pernah lagi mengalami bencana yang berpunca dari pemrosesan nadir bumi. Malah, bantahan dari penduduk juga tidak didengari.
Lalu, kenapakah hanya apabila ia dibuka di Malaysia dengan kemampuan untuk menyaingi China maka memproses nadir bumi tiba-tiba menjadi sesuatu yang amat kontroversi?
Sesungguhnya, akal yang waras akan mampu melihat bahawa tidak mungkin kepimpinan Barisan Nasional begitu bodoh akan membenarkan sebuah kilang yang merbahaya dibuka di Malaysia. Adalah tidak masuk akal bagi kerajaan BN untuk sengaja merisikokan alam sekitar dan kesihatan rakyat hanya untuk menambah pendapatan negara - terutamanya ketika negara sedang mengalami demam pilihanraya.
Hakikatnya, BN telah terbukti sebagai kerajaan yang bertanggungjawab selama ini dan ini sudah cukup untuk meyakinkan ramai bahawa penentang Lynas sememangnya mempunyai agenda jahat yang tersirat.
Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Ladang Perbadanan, Taman Ria di sini dibubarkan selepas 50 ahlinya mengisytiharkan keluar parti hari ini.
Ketua cabang berkenaan, M. Muruli berkata, mereka kecewa kerana pemimpin-pemimpin atasan parti yang gagal menunaikan janji, tidak menjaga kebajikan ahli dan banyak bercakap kosong.
"Tindakan kami tidak didorong oleh mana-mana pihak tetapi kerana kecewa dengan pemimpin atasan yang menonjolkan sikap tidak bertanggungjawab dan mungkir janji," katanya selepas membuat pengisytiharan itu di Taman Ria Jaya di sini.
Penyelaras Parlimen yang juga Ketua UMNO bahagian Merbok, Datuk Tajul Urus Mat Zain dan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, M.L. Maren turut hadir pada majlis itu.
Muruli memberi pengakuan semua bekas ahli PKR itu akan menyokong dan membantu Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 akan datang, dan selepas ini mereka bergerak atas nama Persatuan Kebajikan Masyarakat Tamil Sungai Petani.
Sementara itu, Tajul Urus berkata, bekas ahli PKR itu sedar perjuangan PKR tidak membawa sebarang kebaikan.
"Tiada apa yang boleh dibanggakan dengan PKR berbanding BN yang telah banyak berjasa dari aspek kebajikan serta memenuhi kehendak rakyat dan bekerja demi faedah bersama," katanya. - BERNAMA
Keadaan pentadbiran negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat yang dikuasai PKR semakin berkecamuk dan kelam kabut.
Menteri Besar dan Penasihat Ekonomi sedang bertelagah kerana bercanggah pendapat.
Abdul Khalid Ibrahim dan Anwar Ibrahim sering bergaduh besar dalam bilik mesyuarat mahu pun pertemuan empat mata.
Malah insiden maki hamun dan jerit menjerit dan tumbuk meja apabila mereka berdua bermesyuarat sudah menjadi perkara lumrah dan diketahui umum.
Asas perselisihan faham ialah kerana Menteri Besar tidak mahu mengikut telunjuk Anwar dan mahu mentadbir negeri ikut cara ala korporat yang dipelajarinya semasa menerajui Kumpulan Guthrie dan PNB.
Malah ramai daripada kroni-kroninya yang sudah bersara diambil bekerja dan ditempatkan di jawatan-jawatan besar dalam anak-anak syarikat kerajaan negeri.
Malah dengar khabar 'ex-girlfriend' Khalid pun diambil bekerja dipejabat Menteri Besar walaupun sudah lanjut usia (ini satu lagi cerita menarik!).
Khalid tidak mahu mendengar cakap Anwar yang meminta beliau menyalurkan dana untuk membantu aktiviti parti.
Kerajaan lain dan parti lain kata Khalid, tetapi mahu tidak mahu dia terpaksa juga beri peruntukan, umpamanya bagi penubuhan Pikom, satu kumpulan dianggotai aktivis parti yang ditugaskan menyebarkan maklumat mengenai program serta dasar Pakatan Rakyat.
Pikom dikawal oleh Azmin Ali selaku Pengerusi PKR Selangor dan semua petugas kumpulan itu adalah daripada lantikannya.
Berjuta ringgit peruntukan kerajaan negeri telah disalurkan namun Pikom gagal berfungsi seperti diharapkan.
Menteri Besar amat marah kepada Azmin apabila mendapat tahu Timbalan Presiden PKR itu menyalahguna dana Pikom untuk tujuan kempennya sesama pemilihan parti dua tahun lalu.
Maklumat dalaman seperti ini membuktikan sikap hipokrit dan talam dua muka pemimpin-pemimpin PKR dan Pakatan Rakyat.
Apabila berceramah kepada rakyat terutamanya kepada masyarakat kampung dan luar bandar, merekalah jaguh melawan rasuah, penyalahgunaan kuasa, telus dan adil, tetapi hakikat adalah sebaliknya.
Masing-masing sibuk mengumpul harta dan mengaut kekayaan sebanyak mungkin.
Setelah Perdana Menteri datuk Seri Najib Tun Nazak mengumumkan kejayaan besar program transformasinya, GTP, Pakatan Rakyat Selangor mula gusar dan bimbang.
Ini kerana Barisan Nasional telah membuktikan bahawa ia terus mampu membela rakyat dan membawa kemajuan ekonomi kepada negara berbanding pembangkang yang hanya pandai bercakap dan menabur janji.
Bermula dari Menteri Besar, Exco, wakil rakyat, ahli majlis termasuk juga pegawai-pegawai di pejabat Menteri Besar dan SUK, semuanya sedang sibuk 'buat duit'.
Mereka tahu nyawa politik mereka hanya tinggal beberapa hari lagi.
Sebab itu suasana sana politik Pakatan Rakyat Selangor kini sudah lesu dan tidak bermaya.
Unit media dan komunikasi yang ditubuhkan di bawah sebuah anak syarikat bernama CCSB yang mengendalikan TV Selangor dan menerbitkan akhbar mingguan Selangorkini sudah pun tinggal nyawa ikan dan operasi hampir lumpur.
Ini bermakna jutaan ringgit dana awam telah dibazirkan begitu sahaja dan malah dengar khabar banyak yang masuk ke dalam poket pemimpin PKR dan pihak pengurusan!
Mereka tidak lagi berminat untuk membela nasib rakyat mahu pun membangunkan negeri, malah tidak lagi berdaya untuk mempertahankan benteng politik dalam menghadapi kekuatan BN.
Seperti seorang yang sedang nazak, Pakatan Rakyat Selangor hanya menunggu masa sahaja tamatnya hayat politik mereka menjelang PRU ke-13.
Nurul Izzah mana semasa penduduk sedang sibuk berpindah? Tengah melepak sambil main futsal dan badminton!!
Nurul Izzah @n_izzah Pendaftaran bermula, Kejohanan Futsal dan Badminton Piala YB@n_izzah di Lee Chong Wei Arena Sport
What's xfun is when u fail 2score during penalty kicks @ a tournament bearing ur name haha :p DewanLeeChong Wei, old klang rd
:) saya masih perlu belajar bermain bola dgn baik haha. Nasib baik ada skill sedikit bermain badminton td :p
Isy!! Lain macam je perangai Nurul Izzah ni! Dulu dialah yang paling kuat berkokok kononnya jadi jaguh memperjuangkan hak penduduk Flat 4 Tingkat, tapi masa mereka perlukan bantuan kau, kau lebih suka main badminton dan futsal dari bantu mereka pindah?
Nampak sangat Nurul Izzah bukannya kisah sangat penderitaan penduduk Flat 4 Tingkat Kerinchi! Mereka cuma alat dalam permainan politik sempit Nurul Izzah!!
Masa penduduk Flat 4 Tingkat Kerinchi merayu minta bantuan untuk bangunkan semula kediaman mereka, siapa yang tampil untuk bantu?
Dato Raja Nong Chik dan Kerajaan yang tampil sebagai fasilitator untuk bantu pembangunan semula Flat 4 Tingkat Kerinchi.
Ada Nurul Izzah bagi cadangan alternatif? TAKDA!!
Yang dia tahu, bantah bantah bantah!!
Masa Kerajaan buat referendum untuk mudahkan penduduk pilih pemaju yang mereka mahu, ada Nurul Izzah bantu? TAKDA!!
Yang dia tahu bantah kononnya referendum tak adil, sedangkan inilah demokrasi di mana penduduk berhak pilih pemaju yang mereka mahu. Hairan betul aku tengok Nurul ni, kononnya pejuang demokrasi, tapi masa demokrasi diamalkan, dia bantah!!
Masa majoriti penduduk (92.5 % = 432 keluarga) dah bersetuju dengan pembangunan, ada dia bantu percepatkan proses pembangunan? TAKDA!!
Yang dia buat ialah hasut 35 orang untuk menolak tawaran tersebut. Dia hasut 35 orang untuk buat tuntutan yang bukan-bukan. Akhirnya mereka terlepas pampasan yang patut diterima dan terlepas peluang untuk memiliki rumah baru yang jauh lebih selesa.
Dan kini, kumpulan yang membantah itu terus ditinggalkan oleh Nurul Izzah.
Sekarang ni masa penduduk perlukan bantuan untuk pindah, mengapa Nurul Izzah tak bantu mereka?
Cukup cantik kau Nurul!! Main badminton dan futsal lagi penting dari bantu penduduk?
Habis tu, masa bila Nurul ada?
Oooooh… Nurul cuma timbul bila masa nak buat kecoh dan merusuh. Masa tu dia datang dengan samseng-samseng Cina dan India, sedangkan kawasan ini 100% Melayu. Dia datang dengan orang luar macam Adam Adli yang tak pernah tunjuk muka sebelum ini di Lembah Pantai, tapi cuma datang untuk wujudkan huru-hara.
Adam Adli ni orang Kerinchi ke? TAK!
Adam Adli ni orang Lembah Pantai ke? TAK!
Adam Adli ni orang KL ke? TAK!
Dia ni orang Penang, tapi diimport khas oleh Nurul Izzah khusus untuk cetuskan kekacauan.
Masa penduduk perlukan bantuan untuk pindah, ada tak si Adam Adli datang? TAK!!
Kawan-kawan boleh nilai sendiri perangai sebenar Nurul Izzah dari tindak-tanduknya sepanjang peristiwa ni berlangsung.
Masa dia perlukan penduduk Flat 4 Tingkat Kerinchi, lantang dia bersuara kononnya nak bantu mereka, tapi bila mereka dah tak diperlukan, langsung tak dipandang sebelah mata.
Bak kata pepatah, habis sepah, madu dibuang.
Macam ni ke pemimpin yang Lembah Pantai nak?
Bandingkan pula dengan Dato Raja Nong Chik. Beliau dari awal lagi dah terlibat untuk bantu penduduk.
Sekarang ni, bila penduduk yang membantah pindah, beliau turun untuk bantu mereka. Orang yang bantah pun dibantu!!
Macam ni barulah betul pemimpin yang mengutamakan semua rakyat, bukan seperti Nurul Izzah yang hanya tahu mempergunakan rakyat!! Baca lagi pendedahan dan gambar...
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pemansuhan pinjaman yang ditanggung pelajar daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan menjejaskan peluang golongan Melayu untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti.
Dalam wawancara yang disiarkan Utusan Malaysia hari ini, Khalid berkata, pemansuhan pinjaman itu akan menyebabkan pelajar kurang berkemampuan menghadapi masalah untuk menanggung kos sara hidup di kampus.
Katanya komponen terbesar dalam pinjaman yang ditanggung siswa itu adalah untuk kos sara hidup, dan bukannya untuk bayaran yuran pengajian.
Tambahnya, pemansuhan yuran itu juga akan menyebabkan berlaku persaingan sengit di kalangan pelajar untuk mendapat tempat di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang diberikan subsidi yuran sehingga lebih 90 peratus.
"Dalam hal ini, perlu ada asas yang tepat siapa patut dapat masuk, apatah lagi ini percuma. Jadi mereka akan gunakan meritokrasi," katanya yang memberi contoh sistem pendidikan tinggi percuma yang diamal di Singapura, Chile dan Argentina.
"Ia sama seperti mana permohonan biasiswa akan berlaku perebutan, timbul tidak puas hati dan bila kita guna ini (meritokrasi), bila kita tidak dapat mengimbangi orang Melayu akan berlakunya jurang.
"Akhirnya berlakunya situasi lapan nisbah satu (8:1) iaitu lapan anak orang kaya dan seorang anak orang miskin yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti," katanya lagi.
Khaled juga bimbang sekiranya proses kemasukan ke universiti akan bertambah ketat kerana dijalankan berasaskan kecemerlangan pelajar.
"Maka jurang akan terus berlaku dalam soal perbezaan taraf sosioekonomi masyarakat dan sudah tentu ini akan membawa ketidakstabilan dari banyak segi untuk jangka masa panjang," katanya.-MK
Aktor yang cukup menyerlah lakonannya menerusi filem Ombak Rindu dan KL Gangster, Aaron Aziz memenangi gelaran Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 sebentar tadi.
Aaron, 36, warga Singapura yang mula menjadi pelakon sepenuh masa di negara ini sejak lapan tahun lalu, meraih 87,669 undi.
Beliau memenangi gelaran itu selepas mengetepikan saingan kelompok empat artis lain yang mendapat undi tertinggi iaitu Fizz Fairuz, Shaheizy Sam, Fasha Sandha dan Tasha Shilla.
Berikutan kemenangan itu, beliau meraih hadiah utama, kenderaan Nissan Teana 250 XV V6 berharga RM175,0000 tajaan Edaran Tan Chong Motor (M) Sdn Bhd, selain barang kemas bernilai RM250,000 tajaan Rafflesia-Mandalay berserta trofi.
Aaron yang kali pertama berlakon dalam drama tempatan berjudul Summaiyah arahan Erma Fatima pada 2004, juga buat kali pertama memenangi gelaran Pelakon Filem Lelaki Popular ABPBH 2011 apabila menyingkirkan saingan terdekatnya, Shaheizy Sam, selain tiga finalis lain – Adi Putra, Bront Palarae dan Syamsul Yusof.
Bagaimanapun, beliau tewas dalam saingan Pelakon TV Lelaki Popular apabila kategori itu dimenangi Fizz Fairuz.
Trofi Bintang Paling Popular 2011 disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Mohamad Azlan Abdullah, diiringi Pengarang Kumpulan Berita Harian/Berita Minggu, Datuk Mior Kamarul Shahid, pada majlis kemuncak ABPBH 2011 di Arena of Stars, di sini.
Majlis gilang gemilang itu turut disiarkan secara langsung menerusi TV3, Hot FM dan NSTP e-media.
ABPBH 2011 ialah edisi ke-25 penganjurannya oleh Berita Harian, iaitu acara menggabungkan pengiktirafan berdasarkan undian peminat menerusi borang disiarkan akhbar ini dan SMS untuk artis dan selebriti di negara ini yang terbabit dalam bidang perfileman, drama TV, muzik dan penyiaran.
SENARAI PEMENANG ABPBH 2011
Bintang Paling Popular – Aaron Aziz
Anugerah Seri Perak – Datuk Siti Nurhaliza
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Datuk Sheila Majid
Pelakon Filem Lelaki Popular – Aaron Aziz
Pelakon Filem Wanita Popular - Maya Karin
Penyanyi Lelaki Popular – Hafiz
Penyanyi Wanita Popular – Yuna
Pelakon TV Lelaki Popular – Fizz Fairuz
Pelakon TV Wanita Popular – Fasha Sandha
Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular – Jaclyn Victor/Ning Baizura/Shila Amzah
Kesian melihat keadaan Nik Aziz.. di pergunakan semata-mata untuk kepentingan polik...
Pada usia ini, Nik Aziz sepatutnya berada di rumah... dan ada baiknya jika Nik Aziz berehat menghabiskan masanya bersama keluarga dan cucunya selagi masa masih ada...
Bernama: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang dibenarkan keluar dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini semalam, dinasihatkan doktor supaya berehat di rumahnya di Pulau Melaka di sini.
Setiausaha Sulit Kanannya Ahmad Shargowi Derahman berkata, Mursyidul Am Pas itu tidak masuk pejabat di Kota Darulnaim di sini, hari ini, sebaliknya beliau berehat di rumah.
"Tidak ada program rasmi yang membabitkan kehadiran Menteri Besar dalam sehari dua ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Nik Abdul Aziz, 81, dirawat di wad rawatan jantung (CCU) hospital itu sejak Rabu lepas, setelah mengadu sakit dada selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri di Kota Darulnaim.
Minggu lalu, bekas Menteri Besar Selangor (MB) berkata Umno yang terlalu dominan di Selangor akan menyaksikan Barisan Nasional (BN) kehilangan Selangor, kerana undi bukan Melayu akan lari kepada Pakatan Rakyat (PR). Beliau juga mengatakan, tidak ada calon BN yang layak untuk menjadi MB.
Saya tidak faham apa sebenarnya yang dimaksudkan. Pada saya, sama ada BN akan menang atau tidak, ada calon MB atau tidak, biar rakyat yang menentukan. Apa yang penting, Umno dan BN perlu lah muhasabah diri, termasuk bekas MB itu. Apakah selama beliau memimpin Selangor suatu ketika dahulu sehingga menyebabkan kehilangan sokongan rakyat benar-benar layak digelar MB? Jangan mengata dulang paku serpih.
Ya, Umno perlu menjadi dominan, yakni dominan dari segi akhlak pemimpin, itu sahaja cara yang dapat memikat hari pengundi, dan mengalihkan perhatian ultra kiasu. Bukannya sifat bermewah-mewah dan berpoya-poya. Selalulah mendekati rakyat melalui sembahyang berjamaah bersama rakyat. Paling baik boleh menjadi imam.
Pada masa sama, dekatilah pengikut Pas. Buang tabiat lama, bersifat lebih terbuka. Barulah cakap serupa bikin. Umno kalah dahulu kerana Umno masih mengekalkan tabiat lama seperti yang dilakukan oleh bekas MB ini. Saya masih ingat, ketika mula dilantik menjadi MB, perwatakan beliau amat humble, low profile dan sangat down-to-earth. Mungkin disebabkan beliau anak orang susah. Namun, setelah senang, dapat memegang jawatan agak lama, keadaan mula berubah.
Beliau tidak lagi sebagaimana yang saya kenal dahulu. Beliau mula berubah dari segi, rupa, penampilan dan komunikasi. Apabila saya datang berjumpa beliau selepas kaya, muka saya langsung tidak dipandang, beliau terus membaca surat dan menandatanganinya, tanpa melihatpun wajah saya, sambil berkata-kata. Berjabat tanganpun sekadar main-main sahaja. Sebagai seorang pemimpin, apabila rakyat marhaen datang berjumpa, kami bukanlah mahukan karpet merah.
Apa yang kami mahu ialah pandanglah muka kami bila kami datang berurusan. Bila bersalaman, genggam tangannya, tenunglah wajahnya buat seketika, jangan sekadar menyapu atau menyalat tangan sahaja. Kami datang berjumpa MB bukan untuk minta sedekah, tetapi sekadar meminta dan memberikan hak kami sebagai rakyat. Itu sahaja.
Tetapi inilah sifat sesetengah pemimpin memandang rendah pada rakyat. Contohilah para Nabi dan sahabat dalam berpolitik. Mereka menjadi pemimpin yang begitu memahami kehendak rakyat. Rakyat didahulukan. Bila bertemu rakyat, dipeluk dan disalaminya dengan senyum ceria dan memandang tepat ke wajah. Barulah rakyat menerimanya terasa zuppp.
Sebab itulah, pemimpin dahulu memang hebat kerana mengikuti sunnah, jarang yang kaya raya berbanding pemimpin hari ini. Mereka hidup serba sederhana. Rakyat yang kaya. Itulah sebenarnya peranan pemimpin. Hari ini, kita kaya dahulu, rakyat dibiarkan miskin. Justeru, saya puji Bantuan Rakyat 1Malaysia.
Biarlah bantuan ini bersifat kekal, kerana yang miskin memang sewajarnya dibantu.Dahulu ketika memegang kuasa, pandangan bekas MB tersebut tidaklah kritikal seperti hari ini. Perebutan kuasa, cantas mencantas, korupsi dan sebagainya dipandang sebelah mata. Mungkin kerana beliau tidak ada banyak masa sehingga tidak nampak kemungkaran ini.
Namun, setelah tidak lagi menjadi MB, beliau bertindak seolah-olah seperti pembangkang dalam parti atau menjadi duri dalam daging. Mungkin beliau terlalu banyak masa kerana sudah tidak berkuasa. Dahulu ketika berkuasa, dia cantas semua orang yang cuba melawan atau memberikan pandangan berbeza. Dia akan pasti semua orang dia yang berkuasa dan memegang jawatan. Kini, apabila tidak berkuasa lagi, dia bertindak seperti pembangkang.
Sama juga sifatnya pegawai-pegawai tinggi kerajaan atau kakitangan awam hari ini. Semasa dalam perkhidmatan, mereka seperti pijak semutpun tidak mati. Semua yang dilakukan kerajaan betul. Tiada kedengaran suara-suara sumbang atau sifat berani untuk menegur. Namun, apabila mereka pencen dan tidak berjawatan sama ada dalam parti atau kerajaan, keadaan menjadi berubah seratus peratus, mereka menjadi begitu berani. Semua yang dilakukan kerajaan tidak betul. Malah, mereka sanggup membocorkan rahsia-rahsia kerajaan.
Nampak sangat kita tidak jujur dan hipokrit. Budaya politik kita selama ini melahirkan ramai hipokrit sebenarnya daripada orang-orang yang jujur dan ikhlas. Di sinilah saya lihat silapnya Umno dalam mentarbiyyah ahli-ahlinya. Termasuk pemimpin Melayu ultra kiasu PKR hari ini. Dahulu semasa dalam Umno, semuanya wangi, apabila ditendang keluar, tidak sedikitpun kebaikan Umno yang disebut. Semuanya menjadi munafik.
Kenapa kita begitu berani apabila sudah tidak lagi memegang jawatan. Masa memegang jawatan kita begitu menikus. Sama juga kenyataan bekas menteri penerangan baru-baru, ketika berjawatan, semua yang dilakukan oleh Umno, betul belaka. Apabila tidak ada jawatan dan kalah, Umno semua salah.Saya berpandangan, Umno telah gagal mendidik ahli dan pemimpin mereka, setelah sekian lama memerintah.
Umno sudah sinonim dengan wang dan harta, wanita dan takhta. Sekarang ini pun ramai orang-orang berjaya dalam Umno hidup bergaya dengan isteri yang ramai. Agak kurang pemimpin berkualiti yang telah dilonjakkan oleh Umno yang benar-benar down-to-earth atau merakyat.Betul kata Tun Mahathir, bahawa budaya Umno selama ini adalah menaikkan orang bodoh dan menenggelam orang pandai.
Orang pandai tidak dibenarkan naik, kerana dilihat sebagai ancaman. Maka dipenaikkan orang-orang bodoh atau pandir, yang menjadi yes men. Belumpun selesai Perdana Menteri atau pemimpin bercakap lagi, pemimpin pandir ini akan memberi respon semuanya betul. Akhirnya, pemikiran tidak berkembang. Ramai orang-orang pandai yang ingin menjadi pemimpin mengadu kepada saya.
Mereka ada jawatan, ada bisnes, ada Phd sehingga bergelar profesor, namun mereka tidak pernah tertonjol dan menonjol kerana telah dipancung sejak awal-awal lagi. Sudah sampai masanya Umno melihat perkara ini dengan serius. Proses pentarbiyyah dalam Umno mesti berlaku. Masih belum terlambat.
Transformasi perlu segera dilakukan untuk menyelamatkan Umno daripada membusuk seperti mana saranan Perdana Menteri. Cerdik pandai dan pemimpin berakhlak mulia perlu diketengahkan dan ditonjolkan. Barulah dikatakan winnable candidate. Jika kayu mati terus diketengahkan, tunggulah kehancurannya. Pastikan pemimpin Umno tidak hanya pandai mengembungkan poket dan membuncitkan perut.
Umno mesti merakyat sebagai tage line 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Masih belum terlambat jika Umno mahu kembali ke pangkal jalan. Pemimpin tertinggi Umno mesti meneliti satu persatu bakal calon wakil rakyatnya. Akhlaknya, latar belakangnya, keluarganya dan banyak lagi kritiria yang lain mesti diambil kira.
Kepada mereka yang terlanjur, bertaubatlah. Masih belum terlambat. Banyakkan program tarbiyyah, kerana itu sahaja dapat mendidik hati dan menyelamatkan Umno.
Profesor Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
You are subscribed to email updates from RIDHUAN TEE To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Sekarang ini Melaysia sebuah negara Demokrasi Berperlimen Raja Berpelembagaan, setelah Malaysia merdeka pada 31 Ogos 1957 lagi, sebelum itu Malaysia di jajah oleh barat selama kurang lebih 446 tahun bermula denga Pertugis 1511 dan akhirnya dengan Inggeris 1957.
Walaupun di jajah kedudukan Raja-Raja Melayu terus memerentah cara munaki, setiap negari yang beraja ada sembilan negeri. apa bila UMNO menuntut kemerdekaan Inggeris meminta UMNO mendapatkan kebenaran Raja-Raja kerana Inggeris sebelum ini mendapat tandatangan Raja-Raja yang menyerahkan negara ini kapada Malayen Union.
Hari ini Yang Di Pertuan Agung selaku Ketua Negara dalam maksud Demokerasi Berperlimen Raja Berperlembagaan,.
KITA BIMBANG PEKARA INI BERLAKU.
Mengikut sumber salah saorang ahli DAP yang keturunan Melayu yang telah pun keluar DAP kerana rasa tanggungjawab dan insaf apabila berada sama semasa DAP merancang sekiranya mereka berkuasa nanti.
PERANCANGAN DAP.
Salah satunya malaysia akan jadi REPUBLIK semua Raja-Raja di turunkan Tahta, 2.Ugama Rasmi Negara sekarang Islam dan akan ditukarkan kapada Agama KRISTIANG, lagu Negara ku akan di tukarkan, Perlembagaan Negara akan di tukarkan dan banyak lagi mengikut apa yang di ceritakan oleh beliau bekas Ahli DAP.
Saya menyeru kapada PAS keluarlah dari pakatan pembangkang kita boleh bincang sesama kita demi Agama Bangsa dan Negara kita ini, Pas tak mampu nak kuasai pakatan, kita lihat sendiri lah di dua buah negeri yang di perentah pakatan, Pas tertingal Pas di ketepikan, ada lah lebih baik bersama UMNO kerjaan campuran,
Tak usahlah berketuakan orang yang AKHLAKNYA terlalu buruk, kalau dah akhlak buruk semuanya perancangannya juga buruk, dia hanya pentingkan dirinya sendiri.
Saya juga tak faham kenapa Ahli Pas tak boleh berfikir tentang kepentingan Agama dan bangsa nya, sahingga sangup mengenepikan Agama demi kepentingan politik.
Contoh dah ada di negeri Perak, semasa lepas keputusan pilihanraya 2008, apabila BN tak boleh berkuasa kurang 3 kerusi saja, UMNO menawarkan kapada PAS untuk menjadi kerjaan campuran dan memberikan kapada PAS untuk jadi Menteri Besar, tetapi Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Mat Awang menyetakan lebih balik berkerjasama denga Kapir daripada dengan UMNO yang Zalim.
Akhirnya siapa yang zalim?, MB hanya ada pada nama saja kuasa di tangan DAP semua keputusan kerjaan negeri adalah keputusan DAP bukan keputusan pakatan, sahinggalah dua orang melayu dan saorang DAP sedar hal ini kerana terlalu banyak penyelewingan yang berlaku didalan pentadbiran kerjaan negeri dibawah Pakatan yang banyak merugikan orang Melayu dan Islam sendiri, akhirnya keluar dari parti jadi bebas dan menyokong BN.
Kalaulah dari awal lagi PAS bersama UMNO pekara begini tidak berlaku, tetapi atas EGO Ustaz Ahmad Awang dan untuk melepaskan dendam serta kepentingan dirinya untuk melepaskan utangnya yang banyak, kalau bersama UMNO mumking tak dapat nak melepaskan diri, sangup gadai Negeri kerana kepentingan PRIBADI.
Marilah kita semua berfikir dan muhasabah dimana kita akan datang sekiranya DAP berkuasa dan memerintah negara ini.
TENTUKAN NASIB BANGSA DAN AGAMA NEGERA KITA DITANGAN KITA.
You are subscribed to email updates from #seratah# To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KOTA BAHARU, April 8 (Bernama) -- Kelantan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat who was discharged from the Universiti Sains Malaysia Hospital (HUSM) in Kubang Kerian yesterday, has been advised by doctors to rest at home. His senior private secretary Ahmad Shargowi Derahman said the PAS Spiritual leader was not in office in Kota Darulnaim here today and was resting at his home in Pulau Melaka instead. "There are no official programmes involving the attendance of the Menteri Besar in the next two days," he said when contacted by Bernama here Sunday.
tunku : its high time for the old man to retire from his mb's post.he is not fit to be one any longer mentally and physically.
You are subscribed to email updates from tunku To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
TM ingin mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham Tuan Haji Cikgu Noordin Ahmad AMP, PJK yang meninggal dunia hari ini pada jam 12.30 tengah hari di rumahnya di Jalan Kampung Perak Batu Kurau, Perak.
Beliau juga bekas Ketua Umno Cawangan Batu 15 setengah Batu Kurau dan bekas ahli jawatan kuasa Umno Larut untuk beberapa penggal.
Jawatan terakhir yang disandang beliau dalam kerajaan ialah Guru Besar SK Kampung Yaman sebelum bersara. Sebelum ini allahyarham telah kehilangan isteri Hjh Rafeah yang meninggal dunia akibat sakit kanser usus.
Jenazah akan dikebumikan pada jam 6.00 petang ini di tanah perkuburan Islam Batu Kurau. Al-Fatihah semoga rohnya mendapat rahmat Allah.
Ini ialah pemidang untuk iklan yang terdapat di Masjid Tinggi Bagan Serai, Perak dan gambar yang sepatutnya terpampang disitu ialah banner yang memaparkan gambar DSDR Dr Zambry,,
Beberapa bulan lepas gambar DSDR Dr Zambry dibakar, kini gambar tersebut telah dibuang oleh mereka yang tidak bertanggung jawab.
Apa yang ada di sekeliling kawasan tersebut ialah bendera Bershit 3.0
Dahsyat....memang hebat pembohongan Mat Sabu. Elok tangkap sahaja dan humban ke dalam laut.....Mat Sabu Laknatullah........Syiah..MalaysiaHang tau kaa Pulau Pinang dan Selangor tu dimajukan oleh sapa? baru pegang 3 tahun dah mengaku depa buat semua......20 tahun pegang Kelantan dok mundur pada kedana apa cerita?
You are subscribed to email updates from Taiping Mali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
AARON Aziz menepati jangkaan ramai apabila diumumkan sebagaiBintang Paling Popular 2011, dengan mengumpulkan undian sebanyak 87,669, padamajlis yang berlangsung di Genting Highlands, malam tadi.
Dalam acara yang berlangsung di Arena of Star, Aaron turutmemenangi kategori Pelakon Filem Lelaki Popular.
Kemenangan itu sekali gus melayakkan Aaron membawa pulang hadiahberupa barang kemas Raflesia bernilai RM250,000 dan sebuah Nissan Teana V62.5L.
Pengurusan Tekun Nasional diarah mempercepatkan proses permohonanpinjaman pemohon dengan memberikan hasil keputusan permohonan mereka sebelumakhir bulan Mei depan.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkataia bagi memastikan pemohon tidak menunggu terlalu lama untuk mengetahuikeputusan permohonan pinjaman mereka.
"Berikan keputusan segera sama ada seseorang pemohon ituberjaya atau sebaliknya.
"Kalau berjaya, keluarkan kelulusan bersyarat untuk membolehkanmereka
memenuhi syarat yang ditetapkan dalam tempoh tiga bulan,"katanya selepas menghadiri majlis perjumpaan bersama usahawan Tekun kawasanParlimen Segamat, Sekijang dan Parlimen Labis di Dewan Serbaguna, Segamat disini hari ini.
Katanya beliau menyedari Tekun Nasional menerima banyak permohonantermasuk di kalangan mereka yang ingin membesarkan perniagaan dan peminjambaru.
Sehubungan itu beliau menyarankan Tekun Nasional memberikantumpuan terhadap peniaga yang ingin mengembangkan perniagaan mereka berbandingpermohonan baru yang memerlukan ketelitian sebelum diluluskan.
Katanya sehingga kini Tekun telah meluluskan pinjaman sebanyakRM300 juta walaupun peruntukan yang diterima hanya RM120 juta.
Kemampuan itu adalah hasil daripada kebijaksanaan kakitangan TekunNasional yang berjaya mengutip bayaran balik hutang daripada peminjam-peminjamdengan baik sekali.
Berikutan itu, kerajaan bersetuju menambah peruntukan sebanyakRM300
juta pada tahun ini untuk memastikan lebih ramai usahawan mendapatbantuan pinjaman.
Katanya sehingga kini hanya kira-kira 18 peratus sahaja daripadalebih 200,000 peminjam yang tidak menjelaskan bayaran balik pinjaman merekasejak pinjaman tersebut diperkenalkan.
Saya cadangkan sempena kempen Bersih 3.0 yang bakal diadakan pada hujung bulan ini di Dataran Merdeka, Moh kita pakat ramai-ramai turun bagi menggerakkan pula kempen anti-Murtad dan anti-LGBT, biar satu dunia tahu, di samping kononnya sistem pilihan raya kita tidak bersih, rupa-rupanya Islam dan budaya nilai murni rakyat Malaysia juga penuh dengan budaya kuning tajaan Pakatan Rakyat, perjuangan Islam entah ke mana, budaya sonsang diberi tempat dan gejala murtad dianggap remeh - yang utama lagi afdhal yang diperjuangkan oleh puak-puak ini hanyalah sekitar rasuah, kroni, dan demokrasi, seolah-olah itulah tuhan mereka.
Isu murtad dan gejala gay - itu bukan urusan PAS, DAP atau PKR. Pandai-pandailah rakyat Malaysia selesaikan. Jahanam negara kalau macam ini. Rasuah dilihat lebih besar dosanya daripada murtad dan kebebasan individu lebih utama daripada masalah LGBT. Semua orang lupa, baik dalam PKR, mahu pun dalam DAP dan PAS - mereka ingat gejala rasuah dan kroni tidak berlaku dalam parti-parti tersebut. Hanya orang bodoh sahaja yang percaya seperti itu.
KUALA LUMPUR, 8 April — Kumpulan anti lesbian, gay, biseksual transeksual (LGBT) akan menganjurkan perhimpunan 21 April ini sebagai protes menentang amalan seks 'songsang'. Perhimpunan tersebut akan dianjurkan di Dataran Merdeka seminggu sebelum perhimpunan Bersih yang dijadualkan berlaku 28 April ini diketuai oleh Jaringan Melayu Malaysia (JMM). Presiden JMM Azwanddin Hamzah berkata, perkembangan amalan biseksual dan homoseksual adalah "pergerakan terancang" oleh sesetengah individu yang bertolak ansur terhadap agama semata-mata pegangan politik.
"Kami bukan mendiskriminasikan individu yang dilahirkan sedemikian. Namun begitu, kami menentang kumpulan yang menggalakkan gejala ini.
"Kita harus menghentikan perkara ini ... ini adalah agenda sesetengah individu yang berniat untuk menghapuskan moral masyarakat dan ajaran agama," katanya dipetik New Sunday Times (NST) hari ini.
Azwanddin juga menolak untuk disamakan perhimpunan JMM dengan perhimpunan Bersih 28 April ini, menegaskan "bukan seperi penganjur Bersih" perhimpunan anti LGBT ini adalah "protes untuk masa depan negara."
Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim berkata kepada NST, walaupun setiap individu berhak menyuarakan pendapat mereka, gejala LGBT adalah bertentangan dengan norma masyarakat.
"Walaupun ini adalah perhimpunan aman, kami harap suara kami ini akan didengari dan amalan sedemikian tidak boleh dimaafkan," katanya. Kumpulan sayap kanan dan parti politik tetap menentang amalan LGBT di negara ini. Pemimpin politik juga telah meluluskan usul untuk mendakwa mana-mana ahli politik yang mengamalkan amalan seks songsang.
Jika anda Bloggers, Facebbokers, Tweeterian atau tegar pelayar maya, JOM JOIN di pelancaran PCT (Perak Cyber Troopers) yang bakal diadakan di Ipoh pada 28hb April, 2012, bertempat di Hotel Seri Malaysia, Jam 8 Malam. Tiada bayaran dikenakan (free)
PCT merupakan satu laman web bagi kegunaan semua pelayar maya, tak kira anda sebagai Facebookers, bloggers, tweeterian atau pelayar maya. Disini kita berkongsi laman bagi semua pelayar maya, tiada sekatan usia, dari remaja hingga ke paling senior, dari bina insan, politik, remaja, photografers, dan apa saja yang anda minat kita bekongsi bersama.
Hanya RM 10 sahaja...
Tiada sebarang bayaran dikenakan, sebaliknya jika anda berminat dengan t-shirts PCT pastikan anda yang terawal sebagai 100 yang hadir awal, hanya Rm 10 sahaja untuksehelai baju PCT. Pastikan anda tidak ketinggalan,
T-shirt juga akan diberi percuma oleh beberapa bloggers yang terpilih, anda cuma perlu menyinggah di perakcybertroopers.com dan cari bloggers kesukaan anda serta meletakan di komen blog mereka dengan mengatakan kesudian hadir di pelancaran tersebut. juga boleh memberi komen yang sama di laman Facebook mereka, mungkin nasib anda baik, anda mungkin akan dapat percuma T-Shirt percuma dari blogger itu sendiri
Jjamuan serta cabutan bertuah juga akan menyerikan majlis, sapa tahu nasib anda? pelancaran diadakan secara santai dan semua yang terlibat adalah sebagai pelayar maya bebas, jadi jangan lepaskan peluang bersantai dengan himpunan pelayar maya, difahamkan ada ramai bloggers otai akan turut sama, inilah peluang untuk kita bersama santai dengan blogger-blogger serta pelayar maya
Anda boleh juga menghantar terus ke Email pctlib10@gmail.com sebagai tanda kehadiran anda, insyallah anda akan diutamakan
boleh tolong share...
Sekupang dengan rasa rendah diri menjemput sahabat-sahabat bloggers lain bagi memeriahkan majlis Pelancaran PCT ini, tak lupa Apai, Abang tuah, bumiyang, gomo, panglima cyber, troopers selatan, melaka Post, melaka jati, kencana nilam, Teko kopi, ustaz aliasin, ddinbunga, mamak penang, zainorin, ikan kechil, arowana cun, kawe gomo, timba upih, moontalk moontalk, BPN, anak bukit gantang, Azmi Ismail, Pisau, Kapak Tajam, GAP, Paneh miang, Braveheart, RBF, HPK, Belantan, double Y, MIM, Pemuda Parit, yoep Perak, Berani Membuat Pilihan, angin Perubahan, Kulaan niring, Anak seberang, perdana Hitam, Info 4 the truth, cikgu lin, Taiping mali, Pemuda enggang, Perak Bngkit, gotah lantun, senapang patah, Desparado, Sumandak, politik harian, Unit Media Permatang pauh, alehkayong, Pahangku, Penundi Setia Sg Rapat, gerakan Timur, Pejuang Bangsa, Pena Minang, Gunung Mat Cincang, Pewaris Melayu, Aspirasi Bangsa, Keris Putera, Kuching Hitam, Media Cyber, Waadat, rezqeen hill, Gerakan Anti PKR, Gelombang Wangsa Maju, Sarfams, Penanti Bangkit. Penghuni Gua, Semut Hitam, Malay Delima, Aura4Fly dan banyak lagi sahabat-sahabat lain yang tak tersebut disini
SEE U SOON... JANGAN TAK MAI...
You are subscribed to email updates from sekupangdua To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo mempersoalkan tindakan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri ini dalam pelantikan kontraktor bagi melaksanakan projek di bawah Geran Selangorku yang didakwanya terdedah kepada unsur-unsur rasuah.
Sambil menyifatkan cara pelantikan kontraktor itu sebagai 'aneh' dan 'luar biasa', beliau berkata, unsur-unsur tersebut mungkin wujud apabila difahamkan pemberian peruntukan RM300 juta di bawah geran berkenaan diputuskan sepenuhnya oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri.
"Saya mendapat butiran taklimat Khalid (Menteri Besar) kepada para Exconya yang jelas menunjukkan pemberian Geran RM300 juta ini bergantung sepenuhnya kepada keputusan Menteri Besar. Jika ia berdasarkan sebut harga terendah, mengapa pula kelulusan bergantung kepada Menteri Besar.
"Berdasarkan carta aliran pemberian Geran Selangorku berjumlah RM300 juta, Khalid berkuasa secara berseorangan untuk memutuskan siapa yang akan mendapat kontrak. Apakah ini bukan bentuk 'corruption' (rasuah) yang sangat luar biasa?
"Bukankah pentadbiran Selangor sekarang sering mendakwa merupakan sebuah kerajaan negeri yang telus dan terbuka. Justeru, mengapa dalam menentukan siapa yang akan mendapat kontrak-kontrak bernilai RM300 juta itu ditentukan oleh Menteri Besar secara bersendirian," katanya menerusi laman blognya, http://www.drkhir.com.
Wasabi Oyabun..
You are subscribed to email updates from Oyabun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Sebelum pergi jom baca komen Menteri KPT tentang pemansuhan PTPTN yang boleh menzalimi IPTS selain membebebankan Kerajaan. Beliau juga memberitau PTPTN boleh terhapus jika semua pelajar mendapat first class...
Khalid: Cadangan pembangkang mansuhkan PTPTN tidak relevan
28 Mac 2012
KUALA LUMPUR - Cadangan pakatan pembangkang hendak menghapuskan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) jika ia berkuasa adalah tidak relevan buat masa ini, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Beliau berkata penghapusan pembiayaan PTPTN hanya akan mengurangkan semangat daya saing di kalangan pelajar di samping membebankan kerajaan kerana terpaksa mendirikan lebih banyak institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk memberi pendidikan secara percuma kepada masyarakat.
Malah, kata beliau, tindakan itu juga akan mengurangkan permintaan terhadap institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dalam negara, seterusnya menyebabkan ia terus ditutup.
"Kalau kita hapuskan (PTPTN) maknanya universiti awam dalam negara mesti beri secara percuma, takkan kerajaan nak bayar IPTS, siapa nak bayar IPTS?
Maknanya IPTS akan tutup dan semua orang akan minta belajar dalam IPTA," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kebangsaan IPTS Bumiputera Malaysia (PKIBM) di sini, hari ini.
Mohamed Khaled berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam portal berita tempatan untuk menghapuskan pembiayaan PTPTN jika pakatan pembangkang membentuk kerajaan pusat selepas pilihan raya umum akan datang.
Menteri Pengajian Tinggi itu berkata kerajaan sebaliknya telah mengambil pendekatan lain dalam mengurangkan beban pelajar dengan menukar status pembiayaan PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar yang mendapat ijazah kelas pertama untuk terus mecapai matlamat membentuk rakyat yang berdaya saing.
"Kalau kita pandai dapat kelas pertama, PTPTN itu tukar jadi biasiswa pada akhirnya...Kalau kata semua pelajar pun dapat kelas pertama, semua pun dapat biasiswa, jadi macam hapus jugalah PTPTN itu," katanya.
Dalam pada itu beliau berkata kerajaan tidak membezakan antara IPTA dan IPTS daripada segi matlamat ataupun pengambilan pelajar kedua-dua institusi pengajian tinggi itu.
Malahan beliau berkata kerajaan menggalakkan penubuhan IPTS bagi melengkapi institusi pengajian tinggi dalam negara bagi melahirkan modal insan berkualiti.
"Maka antara pendekatan yang kita telah mulakan ialah dari segi pengambilan ataupun pinjaman tenaga akademik daripada IPTA kepada IPTS, kita juga buka pembiayaan untuk menyambung belajar kepada pensyarah-pensyarah IPTS seperti Mybrain15, kita juga benarkan IPTS bersama IPTA untuk melakukan kolaborasi dan membida peruntukan untuk R&D (Penyelidikan dan Pembangunan) dan sebagainya," katanya.
Mengenai program Mybrain15, Mohamed Khaled berkata pihak IPTS boleh berunding dengan pihak kerajaan bagi mengikat kontrak mana-mana pensyarah, namun mesti mengiktiraf peningkatan ilmu pensyarah itu dan perlu memberikan pendapatan yang berpatutan.
"Maknanya dia boleh kontrakkan, mungkin apa yang kita (KPT) boleh buat untuk bantu IPTS kita mungkin boleh rundingkan," katanya menambah bahawa tujuan kerajaan melahirkan lebih banyak pemegang doktor falsafah (PhD) di bawah program itu bukan sahaja bagi membantu sektor kerajaan tetapi semua sektor termasuk swasta.
MyBrain 15 ialah agenda kritikal yang digariskan dalam Pelan Tindakan Transformasi Pengajian Tinggi Negara dilancarkan pada tahun 2008 untuk melahirkan bilangan pemegang PhD yang secukupnya dalam sumber tenaga kerja negara.- Bernama
Maklumbalas PTPTN kepada aduan dan pertanyaan pelanggan di akhbar
Pagi ini penulis membuat sedikit semakan terhadap isu-isu yang wujud di alam maya. Beberapa isu dikenalpasti khususnya isu pendidikan tinggi terutama PTPTN yang melibatkan mahasiswa negara kita.
Beberapa buah blog menyentuh isu ini terutama selepas YAB Perdana Menteri menjelaskan bahawa hanya tiga buah negara sahaja yang menyediakan pendidikan percuma kepada rakyatnya.
Blog Anak Sungai Derhaka antaranya telah menyiarkan jawapan balas dengan mengambil sumber wikipedia sebagai rujukan beliau. Namun beliau gagal menunjukkan bukti kukuh adakah ada negara yang menawarkan pendidikan percuma itu mengenakan cukai tinggi atau rendah kepada rakyatnya.
Jika kita mahu membuat kajian maka semua aspek perlu dikira seperti kadar cukai yang dikenakan, jumlah rakyat, pendapatan negara KDNK selain faktor kepimpinan negara itu sendiri. Ada setengah pemimpin memberi semua perkara secara percuma kepada rakyatnya sehingga rakyat menjadi malas dan menjadikan negara tersebut muflis seperti Greece.
Adakah kita mahu Malaysia menjadi negara yang bakal mengikut jejak langkah Greece selepas ini ?
Apa yang kita lihat, tindakan menggunakan isu memansuhkan pinjaman PTPTN tidak lain kecuali untuk menarik sokongan orang muda terutama mahasiswa. Pakatan sudah tahu bagaimana orang dewasa sukar ditipu dengan janji manis, maka mereka melihat golongan muda ini boleh dijadikan alat untuk membantu mereka mendapatkan kekuasaan jika jalan melalui pilihanraya gagal.
Kita jangan lupa perbuatan membuat perkara yang luar dari norma tatasusila masyarakat Melayu seperti berbaring di tengah jalan, merusuh, menurunkan bendera yang kesemuanya dilakukan oleh mahasiswa adalah cubaan menukar persepsi dari negatif kepada positif. Secara tidak sedar ramai sudah tidak mengutuk tindakan mahasiswa tersebut selain mahasiswa juga melihat Adam Adli sebagai hero baru walau mereka tidak sedar tindakan tersebut tidak layak dilakukan oleh seorang mahasiswa yang belajar di menara gading. Ia hanya layak dilakukan oleh mat rempit bukan mahasiswa IPT.
Pengalaman mendengar taklimat PTPTN minggu lepas menjelaskan bahawa isu ini dipolitikkan oleh pembangkang demi undi. Realitinya dana PTPTN ini sudah dikurangkan kadar faedahnya dari 4 peratus kepada 1 peratus sahaja menggunakan sistem Ujrah. Yang malang hari ini hanya 130 ribu peminjam yang menerima sistem ujrah dari 600 ribu peminjam PTPTN... Siapa salah dalam hal ini sebenarnya ?
Juga jangan membela sesiapa yang ditahan kerana gagal ke luar negara, kerana jika mereka mampu terbang sudah tentu mereka sepatutnya mampu membayar wang pinjaman PTPTN bukan sebaliknya. Penyanyi terkenal Faizal Tahir yang ditahan juga mengaku beliau tidak sempat membayar PTPTN bukan kerana tidak mempunyai wang mencukupi untuk membayar pinjaman tersebut. Berita klik sini http://www.kosmo.com.my/
Tindakan tegas Kerajaan adalah demi rakyat sekelian bukan membela sebilangan kecil rakyat yang menghadapi masalah hutang PTPTN. Namun dalam banyak kes Pakatan Pembangkang dilihat hanya ghairah membela sebilangan kecil bukan majoriti rakyat keseluruhannya seperti isu SBPA. Bukankah kita mahu membela rakyat terbanyak bukan segelintir rakyat seperti mereka buat.
PTPTN dana untuk pendidikan generasi hari ini dan akan datang...Pinjaman ini juga dimansuhkan jika mendapat First Class dan boleh ditangguhkan bayaran jika belum mendapat pekerjaan. Siapa pun boleh membayar serendah RM50 sebulan kecuali mereka yang culas lagi liat untuk membayar hutang demi mengejar kesenangan hidup dan gagal membuat pengurusan bijak dalam kewangan.
Ada kisah seorang peminjam PTPTN yang tidak membayar pinjaman yang minimum RM50 sahaja sebulan selama setahun yang ditemui Panglima memberitahu, beliau setakat hari ini tidak dikenakan apa-apa tindakan oleh pihak PTPTN. Ini kerana ibunya sakit dan memerlukan wang yang banyak untuk perubatan menghalang beliau menjelaskan pinjamannya seperti biasa. Ini membuktikan PTPTN bukan along berlesen seperti yang dihujahkan oleh Ketua Pemuda PAS di sini
Di antara salah faham yang berlegar di kalangan umat adalah tanggapan bahawa mereka yang sudah berpindah ke alam barzakh sudah terputus langsung hubungan dengan mereka yang masih hidup. Sedangkan nas-nas dan huraian ulama seperti yang sedang kita bentangkan menunjukkan sebaliknya terutamanya bagi mereka yang istimewa kedudukannya di sisi Allah seperti para Anbiya' dan Syuhada'. Di antara bukti keistimewaan mereka ini di alam barzakh adalah kekalnya jasad mereka dan tidak reput seperti mayat manusia biasa biasa. Kekalnya jasad mereka ini adalah tanda bahawa kehidupan ruh mereka juga berbeza berbanding dengan ruh manusia biasa.
Telah diriwayatkan hadith daripada Aus ibn Aus RA, beliau berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW:"Sesungguhnya, di antara hari yang paling mulia bagi kalian adalah hari Jumaat; pada hari itu diciptakan Adam RA, pada hari itu juga nyawa Adam AS dicabut, hari itu jugalah ditiup sangkakala dan pada hari itu jugalah semua makhluk dimatikan. Maka perbanyakkanlah salawat ke atasku pada hari tersebut. Sesungguhnya salawat kalian dibentangkan kepadaku." Mereka bertanya, "Bagaimanakah salawat kami itu boleh dibentangkan kepadamu, sedangkan kamu telah pun binasa." Maka Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah mengharamkan bumi ini daripada memamah jasad-jasad para nabi."
Maka ketahuilah bahawa hadith, "Sesungguhnya Allah mengharamkan bumi ini daripada memamah jasad-jasad para nabi.", diriwayatkan dari banyak jalan; sepertimana yang telah dikumpulkan oleh al Hafiz al Munziri di dalam bahagian yang khusus. Beliau berkata di dalam kitab al-Targhib wa al-Tarhib:Bahawa hadith ini diriwayatkan oleh Ibnu Majah dengan sanad yang baik. Hadith ini juga diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Hibban di dalam kitab Sohihnya. Manakala al-Hakim mensohihkannya. Ibnu Qayyim berkata di dalam Kitabnya al-Ruh yang dinaqalkannya daripada Abi Abdullah al-Qurtubi: "Adalah sohih riwayat daripada Nabi SAW, bahawa bumi tidak memamah jasad-jasad para nabi. Sesungguhnya Nabi SAW telah berhimpun bersama mereka pada malam Isra' di Baitul Maqdis dan juga di langit, teristimewanya bersama Nabi Allah Musa AS. Baginda SAW juga mengkhabarkan dengan sabdanya:"Setiap Muslim (yang telah mati) apabila diucapkan salam kepadanya, maka Allah SWT akan mengembalikan ruhnya sehinggalah dia dapat menjawab salam tersebut."
Begitu juga dengan hadith-hadith lain; yang kesimpulannya memutuskan bahawa kewafatan para nabi sebenarnya bermaksud hilangnya mereka daripada pandangan kita, iaitu kita tidak dapat melihat mereka, sekalipun mereka sentiasa wujud dan hidup. Hal ini adalah sama seperti malaikat; mereka itu hidup dan sentiasa wujud akan tetapi kita tidak dapat melihat mereka.
Di sini, dinaqalkan perkataan Imam al-Qurtubi yang juga telah diakui oleh Syeikh Muhammad al-Safarini al-Hanbali di dalam syarah Kitab Aqidah Ahli Sunnah sebagaimana nasnya yang berbunyi: Telah berkata Abu Abdullah al-Qurtubi: Telah berkata guru kami Ahmad ibn Umar al Qurtubi, pengarang Kitab al-Mufhim fi Syarh Muslim: Apa yang dapat menghilangkan kerumitan ini ialah kematian itu bukanlah bermaksud betul-betul tiada, akan tetapi ia bermaksud perpindahan dari suatu keadaan kepada suatu keadaan yang lain. Hal ini dibuktikan berdasarkan keadaan para syuhada' selepas mati dan dibunuh, mereka itu hidup dengan gembira dan diberikan rezeki di sisi Tuhan mereka.
Ini adalah sifat-sifat orang-orang yang hidup di dunia. Sekiranya hal ini berlaku kepada syuhada', maka para nabi adalah lebih berhak dan lebih utama untuk mendapat keistimewaan ini. Imam al-Qurtubi ada menyebut, bahawa jasad-jasad para nabi tidak akan hancur ditelan zaman. Terdapat riwayat yang sohih daripada Jabir RA, bahawa bapanya dan 'Amru ibn al Jamuh RA merupakan antara umat Islam yang terkorban syahid dalam peperangan Uhud dan mereka berdua telah disemadikan di dalam satu kubur. Namun, banjir yang melanda telah membongkar kubur mereka dan didapati kedua-dua syuhada' itu masih tidak berubah. Salah seorang daripada mereka mengalami luka, lalu diletakkan tangannya di tempat luka tersebut. Setelah itu, mereka dikebumikan semula dan tangannya yang terletak pada tempat luka itu diluruskan, kemudian dilepaskan. Namun, tangan itu kembali ke tempat luka tersebut sebagaimana sebelumnya. Jarak masa di antara kejadian ini dengan peperangan Uhud ialah selama 46 tahun.
Begitu juga, yang terjadi ketika mana Mu'awiyah mengadakan projek mengalirkan air ke sekitar Madinah lebih kurang 50 tahun selepas peristiwa Peperangan Uhud. Ketika kerja-kerja memindahkan jasad para syuhada' dilakukan, tanpa disedari kaki Sayyiduna Hamzah RA terkena penyodok tanah. Lalu darah mengalir di tempat luka itu, dan didapati Abdullah ibn Haram RA seperti baru dikebumikan semalam.
Penduduk-penduduk Madinah juga meriwayatkan, ketika dinding rumah Nabi SAW roboh sewaktu pemerintahan al-Walid, mereka dapat melihat dengan jelas kaki Saiyyidina Umar ibn al Khattab RA yang telah terbunuh sebagai syahid (tidak reput dan masih kekal jasadnya seperti sediakala).
Ibnu Taimiyyah telah menyebut, bahawa ketika berlaku runtuhan dinding maqam itu, tiba-tiba terlihat jelas betis dan lutut manusia. Keadaan itu memeranjatkan Umar ibn Abdul Aziz RH. Lalu datang Urwah berkata, "Ini adalah betis dan lutut Sayyiduna Umar RA." Maka Umar ibn Abdul Aziz RH berasa lega. (Iqtidha' Sirat al-Mustaqim, h: 365)
Al-Imam al Hujjah Abu Bakar ibn al Husin al-Baihaqi telah mengarang sebuah risalah khusus mengenai tajuk ini. Di dalamnya, beliau telah menghimpunkan sejumlah daripada hadith-hadith yang menunjukkan hidupnya para nabi di alam barzakh dan kekalnya jasad-jasad mereka. Begitu juga al-Hafiz Jalaluddin al-Suyuti. Beliau telah mengarang sebuah risalah khusus berkenaan tajuk ini.
'Hidupnya' para Nabi di alam Barzakh dengan cara yang tersendiri baik dari segi ruh dan jasad seperti yang kita bahaskan menunjukkan bahawa wajarlah kita melayan mereka dengan cara yang tersendiri juga. Wajarlah menziarahi kubur mereka dikira sebagai suatu yang digalakkan seperti menziarahi mereka ketika masih hidup. Adalah salah jika perbuatan menziarahi kubur dan menghormati orang-orang soleh yang telah meninggal dunia dianggap serong dan sesat.
Sekarang ucapan oleh tetamu jemputan. Majlis ini menurutnya diadakan walau bukan di Bulan Rabiul Awal namun menyambut Mawlid bila masa sekalipun tidak menjadi kesalahan dalam agama.
Parking dalam dan luar masjid sudah hampir penuh dan dijangka jam 10.00 malam selesai majlis yang juga bersamaan pemasyhuran Yayasan Sofa yang diterajui Dato' Syeikh Muhammad Fuad Bin Kamaluddin Al-Maliki.
Lagi diterangkan ialah kisah kecintaan sahabat kepada baginda saw dengan Sahabat Ukasyah yang meminta baginda membuka baju untuk dipeluk jasad baginda yang mulia atas alasan qisas.
Sesiapa berkesempatan mari kita ramaikan majlis taman syurga bersama ulama Ahli Bait ini.
Kumpulan Abu Shar dari Syria turut memperdengarkan bacaan qasidah kepada hadirin...
BATU PAHAT 7 April -- Dengan berpaksikan kepentingan rakyat dalam apa juga rancangan yang dilaksanakan merupakan antara dua rahsia utama tonggak kejayaan kerajaan Barisan Nasional (BN) mentadbir negara sehingga kini, kataDatuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
Perdana Menteri berkata, sejak zaman menentang Malayan Union sehingga era menentang komunis, konsep memenangi hati dan perasaan rakyat sentiasa dipegang oleh kerajaan BN.
"Begitu juga semasa pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru yang kemudian diikutiDasar Pembangunan Nasional, semua tetap berpaksikan rakyat dan hari ini kitamelaksanakan pula konsep Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis pelancaran Program Jelajah Janji Ditepati di Stadium Batu Pahat di sini yang dihadiri hampir 70,000 penduduk daripada kawasan sekitar.
Turut hadir di majlis tersebut isteri Perdana Menteri Datin Seri RosmahMansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abd Rahman serta Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman.
Menurut Perdana Menteri, satu lagi rahsia kejayaan kerajaan BN ialah mampu melaksanakan apa yang telah dijanjikan kepada rakyat.
"Kita tidak lupa amanah yang diberikan oleh rakyat sebab itu janji-janji yang telah dibuat kita tunaikan dan kerana itu pada masa kini rakyat semakin yakin kepada kita," katanya.
Beliau berkata situasi itu berbeza sama sekali dengan sikap pakatan pembangkang yang sehingga kini hanya tahu berjanji namun gagal menepatinya sehingga kini, terutama di empat buah negeri yang ditadbir oleh mereka.
"Pembangkang biasa jual janji kerana mereka ada kilang janji dan kilang inilah yang keluarkan pelbagai janji.
Sehingga kini berapa banyak janji mereka yang telah mereka tepati? Jawapannya tidak banyak," katanya.
Katanya, ketika kempen pilihan raya umum 2008, pembangkang menabur pelbagai janji manis antaranya memberikan elaun kepada suri rumah yang menjaga anak sepenuh masa menjaga anak dan elaun ibu tunggal, namun sehingga kini janji tersebut tinggal janji.
"Mereka juga janji nak bagi sewa premis percuma, namun tengok apa jadi di Kompleks Shah Alam, mereka nak naik sewa seratus peratus sampai ada peniaga tanya saya, Datuk Seri boleh tak ambil alih kompleks ini.
"Kita dah kena tipu sekarang, jangan sampai kita kena tipu dua kali...jangan kita dibuai dengan janji-janji yang sedap didengar," katanya.
Karpal Singh memang seorang yang mempunyai sikap perkauman yang tinggi serta amat anti kepada Islam. Tetapi, dia amat bijak dalam menyembunyikan identiti sebenarnya dengan menggunakan hujah-hujah yang nampak biasa kepada golongan kebanyakan orang yang mempunyai IQ sederhana. Walau bagaimana, dia tidak dapat menipu golongan yang mempunyai IQ yang tinggi.
Jika kita masih ingat isu pemecatan Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas adalah salah satu isu yang sengaja dimainkan oleh DAP dan Karpal Singh khususnya demi kepentingan politik mereka. Namun, ramai orang Melayu Islam tidak mengetahui hakikat sebenar kenapa Karpal Singh dan DAP ingin sangat memulihkan imej Tun Salleh Abas.
Banyak isu yang dikaitkan dengan pemecatannya adalah mengenai pembubaran parti UMNO. Hakikatnya,ini adalah salah satu isu yang bukan menjadi isu negara kerana ianya hanya melibatkan parti UMNO sahaja.
Apa yang tersirat sebenarnya adalah Tun Salleh Abas pernah membuat penghakiman bahawa Malaysia bukan Negara Islam dan adalah sebuah Negara Sekular berdasarkan undang-undang dan perlembagaan. Jadi adalah penting bagi imej Tun Salleh Abas dipulihkan bagi menaikkan semula nilai penghakiman tersebut.
Hanya dengan bantuan pemimpin Melayu Islam sendiri, Karpal Singh dan DAP akan memanipulasikan isu penghakiman Tun Salleh Abas ini dan akan dijadikan rujukan sepanjang zaman jika ada sesiapa sahaja cuba menjadikan Malaysia sebuah Negara Islam yang sebenarnya.
PAS yang terperangkap dengan isu dan fakta ini terpaksa akur dengan ketetapan yang telah dipersetujui. Sebab itu manifesto Pas 2008 tiada menyebut langsung dengan penubuhan Negara Islam. Mereka takut dengan DAP dari Allah Taala.
Apabila Datuk Seri Najib Tun Razak memasuki pejabat Perdana Menteri pada 3 April 2009, beliau menyeret bersama rantaian pelbagai masalah yang bukan sahaja dihadapi oleh pentadbiran kerajaan tetapi juga parti iaitu Barisan Nasional (BN) dan UMNO.
Ketika itu BN baru setahun menerima tamparan hebat apabila kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen, komponen BN tumbang di Pulau Pinang manakala UMNO tewas di Selangor dan Kedah, manakala usaha menawan semula Kelantan terus menemui jalan buntu.
Apa yang lebih mencabar bagi Najib ialah bagaimana untuk memulihkan kembali keyakinan dan kepercayaan rakyat kepada kerajaan BN. Bayangkanlah keputusan pilihan raya umum 2008 menunjukkan dari segi undi popular BN meraih 4,082,411 undi manakala pakatan pembangkang mendapat 3,796,464 undi. Ia bermakna BN berada pada kedudukan 50.6 peratus berbanding pembangkang 49.4 peratus.
Dari segi isu pula, BN dilihat berhadapan dengan seribu satu masalah keluhan rakyat yang perlu diselesaikan dan mereka sudah memberikan isyarat berkenaan melalui keputusan pilihan raya tersebut.
Oleh itu Najib perlu mengatur strategi bagi meraih semula keyakinan dan kepercayaan rakyat kepada kerajaan BN, senjata paling ampuh yang boleh digunakan ialah memastikan segala dasar, langkah dan program kerajaan benar-benar dapat dirasai oleh rakyat secara keseluruhan.
Justeru melalui gagasan 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan, Najib mengorak langkah memastikan nasib rakyat di semua peringkat terbela.
Berikutan itu wujudlah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), pemberian baucer buku kepada golongan mahasiswa dan pelbagai bantuan serta peruntukan lain kepada seluruh lapisan rakyat.
''Satu lagi perkara yang menarik dalam era kepemimpinan Najib adalah komitmen yang diberikan terhadap penambahbaikan skim perkhidmatan awam. Sememangnya adalah satu cabaran untuk mewujudkan skim gaji yang lebih baik dengan pelbagai tuntutan daripada pelbagai pihak.
''Ternyata kebijaksanaan Najib yang peka dengan mendengar suara hati penjawat awam telah memberi makna yang baru terhadap skim yang cuba diwujudkan dahulu,'' kata penganalisis politik, Ahmad Masrizal Muhammad.
Selain itu beliau berkata, Najib telah membuat satu keputusan yang berjaya memenangi semula hati majoriti penjawat awam dan ia jelas memenuhi prinsip kepimpinan Perdana Menteri iaitu Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
''Dalam masa yang sama, pekerja di sektor swasta juga tidak dikesampingkan kerana kerajaan sedar bahawa dalam konteks negara ini, penggemblengan usaha secara bersepadu antara sektor awam dan swasta adalah kunci kejayaan negara secara keseluruhan.
''Oleh itu, usaha berterusan telah dijalankan oleh kementerian yang terbabit berbincang dengan pihak industri bagi mewujudkan skim gaji minimum. Ini menunjukkan bahawa kerajaan mempunyai iltizam yang kuat dalam memastikan semua pekerja swasta mendapat pembelaan yang terbaik,'' katanya ketika dihubungi.
Semua ini dapat dilakukan oleh Najib kerana beliau melaksanakan konsep 'Janji Ditepati'. Setiap janji yang dibuat bukan sekadar untuk retorik politik apatah lagi hiasan dalam buku manifesto bagi meraih undi.
Hasilnya dalam tempoh tiga tahun ini, bak kata orang, bermula daripada nelayan di lautan sehingga kakitangan swasta di bangunan pencakar langit, untuk nenek di teratak hingga mahasiswa di menara gading semuanya menikmati faedah melalui konsep Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan.
Oleh itu, pelancaran Karnival Jelajah Janji Ditepati di Stadium Batu Pahat, Johor hari ini boleh dianggap manifestasi kepada usaha kerajaan untuk menyampaikan mesej kepada rakyat bahawa kerajaan BN bukanlah kerajaan yang hanya tahu menabur janji tetapi tidak menunaikannya.
Malahan ia juga akan menjadi medan terbaik kepada rakyat untuk berfikir sejenak apa yang sudah mereka nikmati sepanjang tempoh tiga tahun ini.
Mengulas perkara itu, penganalisis politik, Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, apa yang dilakukan oleh pentadbiran Najib dalam tempoh tiga tahun kepimpinan beliau ialah menarik semula kepercayaan rakyat kepada BN dengan memastikan segala janji ditunaikan.
Katanya, kepercayaan amat penting kerana ia bakal menjadi penentu sama ada rakyat akan menyebelahi BN atau kepada pembangkang.
''Jelaslah Najib membuktikan bahawa beliau bukan sahaja seorang pemimpin yang hanya tahu menaburkan janji tetapi juga menunaikannya,'' katanya ketika dihubungi.
Mohamed Mustafa berkata, Najib amat memahami bahawa kepercayaan memainkan peranan penting dalam politik dan kepercayaan juga adalah satu amanah dalam sebuah pemerintahan.
Oleh itu, kata beliau, Najib berusaha bersungguh-sungguh bagi melaksanakan segala janji yang dilafazkan apabila dilantik sebagai Perdana Menteri.
''Bagi seorang pemimpin, menabur janji memang mudah, sesiapa sahaja boleh menabur janji tetapi untuk menunaikannya bukanlah satu perkara yang mudah.
''Tetapi dalam pentadbiran Najib, kita melihat beliau mempunyai keberanian untuk melafazkan janji dan pada masa yang sama sanggup menempuh segala kesusahan bagi menunaikannya,'' katanya.
Sikap Najib dan BN ini sudah tentulah bertentangan dengan mainan politik pembangkang yang bersedia menabur pelbagai janji sebagai modal untuk meraih kekuasaan.
Pihak pembangkang berjanji macam-macam biar pun realitinya ia sukar ditunaikan. Namun ini berbeza dengan pentadbiran Najib yang membuat janji kepada rakyat bukan berlandaskan mencari populariti tetapi realiti sama ada ia mampu ditunaikan atau tidak.
Najib tidak akan sewenang-wenangnya berjanji jika beliau tahu bahawa kerajaan pimpinan beliau tidak akan mampu menunaikannya, bukan seperti pembangkang.
Bagaimanapun apa yang perlu difahami, Najib sudah membuktikan biar pun baru tiga tahun menjadi Perdana Menteri beliau sudah berjaya melaksanakan pelbagai program untuk kesejahteraan rakyat.
Justeru ramai pihak percaya bahawa rakyat negara ini akan mendapat faedah yang lebih besar jika Najib terus diberi mandat untuk memimpin.
''Dalam soal ini, kita harus berterus-terang bahawa Najib memerlukan mandat lebih besar dalam pilihan raya umum akan datang untuk melaksanakan agenda rakyat dan negara,'' kata Mohamed Mustafa.
Ahmad Masrizal pula berkata, janji-janji yang dibuat oleh kerajaan adalah satu piagam dan bukan berdasarkan kepada mantra politik.
''Ia berpandukan kepada maklumat-maklumat yang tepat terhadap sesuatu perkara dan lebih penting lagi semua yang dijanjikan itu adalah dalam kadar kemampuan kerajaan yang sebenar, bukan sebagaimana pembangkang yang berkilangkan janji semata-mata,'' katanya.
Berdasarkan kepada hujah-hujah tersebut adalah jelas Karnival Jelajah Janji Ditepati bukan sekadar karnival biasa apatah lagi untuk bersuka ria semata-mata.
Sebaliknya ia sarat dengan mesej untuk rakyat agar memahami siapakah yang lebih berhak memimpin mereka sama ada kelompok yang sentiasa bermimpi melalui mainan janji atau kelompok yang menghadir realiti apabila Janji ditepati.-UMO
Suara Politik Taminsari
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Diletakkan Di Sampah, Rakyat Selangor Tak Endahkan Lagi
Di negara-negara Arab, pemimpin-pemimpin yang dibenci rakyat akan dibaling dengan kasut dan selipar. Nampaknya di Selangor, rakyat Selangor sudah muak dan tak pandang dengan Kerajaan DAP Selangor ne. Adakah patut akhbar mereka sendiri letak di tempat kasut! Di atas jalan pula tu? Setaraf dengan Selipar dan kasut yang pijak najis anjing! Patut pun lah Kerajaan DAP Selangor la namanya...
Secara logiknya, kalau korang tak kenal mamat kat atas ni, korang takkan tau nama penuh mamat ni.
Kalau korang bukan staf MAMPU, korang takkan tahu ada sistem yang boleh cari maklumat sampai dapat muka pegawai ni.
Jadi MyMassa dah bagi hint yang pertama, ada pegawai dari MAMPU yang satu bahagian dengan mamat kat atas dah report kat Harakah. Kepada pihak-pihak yang berkenaan, sila ambil perhatian. Hati-hati dengan parasit @ musang berbulu BABI (Brother Anwar Bin Ibrahim) di sekeliling anda. Mungkin nama anda pula yang akan masuk Harakah lepas ni.
*Apa masalahnya penduduk Putrajaya nak koyak Harakah yang menyemak dalam peti surat mereka. Tindakan orang yang mengedar tu pun dah salah sebab edar bukan kepada ahli PAS. Bila orang lain marah dengan tindakan salah PAS, suka hati mak bapak engkau nak kantoikan member sendiri kat Harakah. Haram jadah punya parasit!!!
KUALA LUMPUR, 6 April: Pada hari ini di Masjid Negeri Shah Alam telah disebar risalah-risalah fitnah kononnya Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan melakukan satu demonstrasi pada hari ini bagi menentang Kerajaan Negeri Selangor.
Setiausaha SMM, Haziq Abdullah Abdul Aziz berkata, tuduhan yang dilemparkan adalah tidak berasas sama sekali memandangkan SMM mengagumi pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang mesra rakyat, telus, cekap dan beramanah.
Tambahan lagi, ujarnya kerajaan negeri Selangor adalah antara kerajaan negeri yang terawal menyahut seruan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik yang dibawa oleh SMM dan isytihar bahawa Selangor negeri bebas AUKU.
"SMM menafikan fitnah yang dilemparkan dan mengutuk tindakan mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab.
"SMM menolak politik fitnah dan politik samseng yang semakin menjadi-jadi dalam negara," tegasnya dalam satu kenyataan.
Tegasnya lagi, SMM yakin bahawa fitnah itu dibuat oleh pihak yang merasa tergugat dengan gerakan mahasiswa dan demonstrasi 14 April ini yang akan diadakan di Dataran Merdeka jam 2 petang.
"Walau apa fitnah dan tekanan ke atas SMM, demonstrasi 14 April ini tetap akan berjalan dan SMM komited untuk bersama Bersih 3.0 pada 28 April ini," ujarnya.
Apa masalahnya jika SMM perjuangkan pendidikan percuma di UNISEL? Kenapa takut sangat mereka nak menentang regim hipokrit macam Kerajaan PKR Selangor jika Kerajaan PAS Kedah sanggup mereka lawan.
Hakikatnya, anjing memang jarang gigit tuan mereka. Mungkin geng SMM lupa bahawa PKR telah masuk campur urusan UNISEL sampai mantan VC, Dr. Rosti letak jawatan. Itu ke yang SMM maksudkan menghormati AUKU?
*Tahniah kepada pihak yang berjaya mencipta, mencetak dan mengedar risalah tersebut. Kan dah kantoi geng ni hanya pencacai upahan yang dah diberi skrip.
Analisa berikut melihat pada pola undi popular PRU12.
Calon-calon MCA tewas 25 kerusi Parlimen di mana mereka kalah kepada 17 calon pembangkang Cina dan 8 calon Melayu/India.
MCA kalah paling teruk di Seputeh, iaitu sebuah kawasan Cina pekat (89.7% pemilih Cina) di mana Teresa Kok telah menang dengan majoriti terbesar 36,492 undi.
Parti itu kalah paling tipis di Wangsa Maju (majoriti 150) dan juga di Bakri (722), Kuantan (1,826) dan Bandar Tun Razak (2,515).
Bakri terletak di kubu Johor MCA manakala calon-calon Melayu PKR Fuziah Salleh (Kuantan, 60% pemilih Melayu) dan Khalid Ibrahim (Bandar Tun Razak, 52.7% Melayu) hanya mampu mengatasi MCA dengan majoriti kecil.
Sebagai perbandingan, DAP dan PKR berjaya menumpaskan MCA di kawasan-kawasan Cina (lebih 50% pemilih Cina) dengan majoriti besar 10,000-30,000 undi. Akan tetapi calon Cina MCA kalah di kawasan Melayu kepada lawan Melayu dengan majoriti tipis.
Dua orang calon India DAP, Karpal Singh dan M. Kula Segaran, mengalahkan MCA di kawasan majoriti Cina — masing-masing 74.3 peratus pemilih Cina di Bukit Gelugor, Pulau Pinang dan 63.6 peratus Cina (Ipoh Barat).
Dua orang calon India DAP yang lain juga mengalahkan MCA di kawasan penduduk majmuk (mixed seats): Charles Santiago di Klang (47.1% pemilih Cina), John Fernandez di Seremban (45.8% Cina).
Sementara itu, calon Melayu PKR Zahrain Mohd Hashim – sekarang wakil bebas – mengalahkan MCA di Bayan Baru, Pulau Pinang (47.1% Cina).
Kekalahan MCA menunjukkan bahawa pemilih Cina telah mengundi calon parti pembangkang yang bukan Cina.
Makna 'cauvinis'
Perkataan 'cauvinis Cina' membawa maksud seseorang itu akan senantiasa melebihkan kaumnya sendiri (yakni akan mengundi BN asalkan calon berbangsa Cina). PRU12 membuktikan ini satu tanggapan yang meleset.
Sebaliknya kekalahan MCA di tangan 4 orang calon India DAP dan seorang calon Melayu PKR – kelima-limanya di kawasan Parlimen majoriti Cina – membayangkan tekad untuk menghapuskan BN adalah jauh lebih kuat daripada naluri untuk mengekalkan semangat perkauman.
Semangat anti-BN sebenarnya sudah mencecah tahap teramat benci (berbanding dengan kebencian ini, cauvinisme Cina penyokong DAP sudah begitu luntur).
Walaupun penyokong DAP kini tampak sanggup mengundi PAS, namun adakah pengikut PAS pula sanggup mengundi DAP?
Sekiranya seorang calon Cina DAP diletakkan di kawasan 65-75 peratus majoriti Melayu (sepertimana Karpal dan Kula bertanding di kawasan 64-74 peratus Cina), adakah dia akan boleh menang atas sokongan Melayu PAS dan PKR?
Dengan BN, perkara ini memang berlaku.
Dalam PRU12, MCA menang tujuh kerusi di kawasan majoriti Melayu mengalahkan tujuh orang calon pembangkang Melayu (lihat jadual dan butir-butir di SINI).
Ikut arah jam: Teresa, Tony, David, James, Nie Ching, Hannah
Nota: Saya telah membuat kajian tempoh hari tentang 15 kerusi Parlimen yang diperolehi MCA pada pilihanraya 2008.
Ikatan setiakawan
Hubungan MCA-Umno adalah ikatan yang terjalin lebih setengah abad. Sepanjang tempoh ini, pemilih Cina memang tidak lepas daripada sifat keCinaan waima MCA itu tidak lain dan tidak bukan Malaysian 'Chinese' Association.
Fiil keCinaan kaum minoriti ialah satu constant (istilah matematik). Sejak dari zaman pra-Merdeka dulu, politik orang Cina berciri keCinaan.
Faktor keCinaan tidak menjadi batu penghalang kepada MCA bekerjasama dengan Umno ataupun untuk Cina bekerjasama dengan Melayu serta kaum-kaum lain.
Yang menjadi variable (perubah) baru – dahulunya tidak ada – ialah peranan agama Kristian di persada politik negara. Yang memimpin DAP sekarang ialah kelompok evangelis.
Sejak politik Kristianisasi berakar-umbi, ketegangan di antara kaum dan di antara agama meningkat. (Baca dakyah Guan Eng, SINI)
Evangelis agresif
Sebelum PRU12, peranan gereja tidak menonjol sepertimana sekarang.
Seminar guru di Johor baru-baru ini mengesan adanya "ancaman Kristianisasi". Tidak ada mana-mana jabatan agama atau pertubuhan Islam pernah memberi amaran bahawa umat Islam menghadapi ancaman dakwah Buddhisme.
Politik Lim Guan Eng berpaksikan ide dan perbendaharaan kata politik dunia barat dan Christendom. Dewa-dewa retorik Guan Eng ialah Demokrasi, Kebebasan dan Keadilan.
DAP rhetoric of Democracy, Freedom & Justice
Kalau penyokong pembangkang betul-betul 'Cina chauvinis' maka mereka akan berkiblatkan ibu pertiwi tanah besar Cina. The People's Republic of China bukan sebuah negara demokratik. (Setiausaha agung DAP itu seorang kapitalis tegar.)
Sebelum itu selama beribu-ribu tahun, China mengamalkan pemerintahan dinasti keluarga diraja. Sistem feudalisme tidak berciri demokratik.
Demokrasi ialah pemikiran barat. 'Demos kratos' (kata dasar) berasal daripada bahasa Eropah, bukan bahasa Cina.
Anglophile
Guan Eng berpendidikan sekolah mubaligh La Salle dan bersekolah menengah Inggeris juga.
Dia menyandang jawatan setiausaha agung DAP mulai bulan Mei 2004. Kenyataan-kenyataan akhbarnya sebagai ketua parti selalu dibuat dalam bahasa Inggeris.
Sejak tahun 2008, kenyataan-kenyataan akhbar Guan Eng selaku ketua menteri Pulau Pinang juga ditulis dalam bahasa Inggeris dan baru kemudiannya diterjemahkan kepada bahasa Cina dan sekali-sekala dialih bahasa kepada BM.
Sekiranya Guan Eng seorang Cina cauvinis yang tulen, pasti dia akan mengagung-agungkan bahasa Cina. Ini tidak.
Malah penguasaan bahasa Mandarin Guan Eng lebih kurang sama taraf penggunaan bahasa Melayunya (ramai yang berkata demikian setelah menonton perbahasannya dengan Dr Chua Soi Lek).
Hannah Yeoh juga tidak mampu bertutur Mandarin. (Screenshot bawah, wawancaranya bersama 'The Rocket' pada 3 Nov 2010)
Hannah yang juga bergelar Ratu Twitter telah menghasilkan 8,700 tweet dalam bahasa Inggeris.
Dia dan Guan Eng berkelulusan universiti Australia. Hannah masuk universiti di pulau Tasmania. Seorang Cina cauvinis akan memilih universiti Taiwan, Hong Kong atau China.
Pucuk pimpinan DAP masa kini sebenarnya Mat Salleh Celup dan Kristian. Pasti bukannya 'Cina' cauvinis! Bahkan Cina bukit dianggap mereka sebagai "low class".
Kumpulan anti Lynas akan berdemo di masjid serata negara
Oleh Shazwan Mustafa Kamal April 08, 2012
KUALA LUMPUR, 8 April — Kumpulan anti Lynas berkata mereka akan meneruskan kempen mereka ke masjid-masjid di seluruh negara sebagai sebahagian daripada usaha menghentikan pembinaan kilang Lynas Corporation di Kuantan.
The Malaysian Insider difahamkan rancangan protes 13 April ini dijalankan terhadap masjid "terpilih" dari seluruh negara, yang mana akan di jalankan oleh NGO, Solidariti SeMalaysia Himpunan Hijau. Dianggarkan sejumlah 22 kumpulan termasuk Asalkan Bukan Umno (ABU) dan Badan Bertindak Anti Nadir Bumi (Badar) akan terlibat dalam kempen tersebut.
Wakil ABU, Haris Ibrahim berkata kepada The Malaysian Insider, objektif utama Solidariti SeMalaysia Himpunan Hijau adalah untuk menyampaikan maklumat lengkap terhadap salah anggap isu Lynas yang mana dilihat hanya melibatkan komuniti Cina dan mereka yang tinggal di Gebeng.
"Mesejnya mudah. Seluruh negara tidak mahukan Lynas. Kami tidak mahu pembinaan itu diteruskan.
"Dan isu ini turut melibatkan Muslim, bukan hanya masyarakat Cina, sebab itu protes dijalankan di masjid. Kami akan berkumpul selepas solat Jumaat dan mengadakan protes terhadap Lynas," katanya.
Menurut Haris, rancangannya adalah untuk menganjurkan "perhimpunan" sekurang-kurangnya di satu masjid setiap negeri.
"Kami berbincang berkenaan semua negeri di dalam negara ... setakat ini, lima atau enam masjid sudah menyatakan persetujuan," tambahnya.
Acara utama protes berkenaan kata aktivis itu adalah di Dataran Kemerdekaan in Shah Alam, di mana penyokong perhimpunan anti Lynas akan berkumpul di Masjid Shah Alam sebelum bergerak ke Dataran.
Tegas Haris, protes tersebut telah dirancang sebelum Bersoih 2.0 dan Himpunan Hijau dalam protes 28 April, dan kini ia menjadi pemanas badan untuk perhimpunan berkenaan.
"Kami akan menunjukkan solidariti ... di setiap masjid, kami akan menentang Lynas."
Himpunan Hijau sebelum ini mengesahkan penyertaan perhimpunan Bersih 2.0 28 April ini untuk memberikan tekanan kepada kerajaan untuk menghentikan pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi Lynas Corporation di Gebeng, Kuantan.
Ini merupakan Perhimpunan Hijau ketiga, dan dijangka dengan kuantiti yang lebih besar berbanding perhimpunan sebelumnya yang diadakan di Kuantan pada 9 Oktober 2011, dan 26 Febuari 2012.
Anak syarikat Lynas Corp's Malaysian telah mengesahkan kilang berkenaan akan beroperasi dalam masa tiga minggu.
Pelik jugak MyMassa tengok puak-puak pembangkang, yang ramai sokong Lynas ni kaum DAP tapi nak buat kat masjid.
Presiden PAS sendiri tak sokong anti Lynas.
Pakar nuklear dari PAS sendiri cakap Lynas selamat.
Kalau dah macam ni, kenapa pilih MASJID. Cuba korang tengok muka yang bercakap bagi pihak yang buat demo ni, ada muka ORANG MASJID tak?
*Inilah rupa MELAYU BODOH yang menjadi alat kepada kaum DAP untuk menghancurkan perpaduan umat Islam.
1.Konsep Negara Berkebajikan PAS lahir daripada strategi PAS untuk meraih sokongan DAP dan PKR yang menentang prinsip Negara Islam PAS. Oleh itu PAS menggugurkan prinsip Negara Islam yang diperjuang selama ini.
2.Konsep ini lebih merupakan pandangan peribadi Presiden Pas Dato' Seri Hadi Awang dan bukan hasil daripada pemikiran dan wacana golongan intelektual Islam yang sudah tentunya lebih komprehensif, mendalam dan praktikal.
3.Fokus NegaraBerkebajikan PAS adalah lebih tertumpu kepada aspek perbelanjaan peruntukan dan bukan usaha-usaha menambahkan peruntukan bagi membiayai perbelanjaan yang terlibat.
4.Konsep Negara Berkebajikan PAS tidak memberi tumpuan kepada bagaimana hendak menjana pendapatan negara. Dalam era-globalisasi masakini sepatutnya tumpuan setiap negara ialah bagaimana menjana pertumbuhan pendapatan negara supaya pembangunan negara sentiasa berterusan terutama dalam menampung cadagan program yagn hendak dilaksanakan.
5.Tiada digariskan apakah cabaran-cabaran strategik yang akan dihadapi oleh negara masa kinidan akan datang dalam konsep Negara Berkebajikan PAS.
6.Fokus PAS kepada kebajikan melalui perbelanjaan merupakan pemikiran yang telah ketinggalan zaman didewasa ini. Negara-negara barat sendiri seperti Greece, Italy, UK dan US telah mula menyedari kelemahan negara yang terlalu fokus kepada kebajikan melalui perbelanjaan peruntukan kerajaan. Krisis ekonomi yang melanda Greece, Italy, US dan UK masa kini antara lain berpunca daripada perbelanjaan kebajikan yang berlebihan. Nampaknya kepimpinan PAS tidak prihatin dan mengambil iktibar daripada perkembangan-perkembangan semasa mengenai negara-negara seperti Greece yang menuju kearah bankrapsi kerana terlalu fokus kepada kebajikan.
7.Beberapa prinsip yang di utamakan dalam Negara Berkebajikan PAS tidak diamalkan oleh PAS sendiri. PAS menggariskan ciri-ciri pemimpin dalam Negara Berkebajikan mestilah seorang yang alim, bertaqwa dan berintegriti tetapi PAS menyanjung tinggi Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Karpal Singh. Bahkan Timbalan President Pas Mohamad Sabu sendiri mempunyai integriti moral yang dipersoalkan.
8.PAS telah memerintah Kelantan melebihi 20 tahun dan tetapi Kelantan adalah antara negeri termiskin di Malaysia. Ramai rakyat Kelantan mencari rezeki di negeri-negeri yang diperintah oleh Kerajaan BN. Di bawah BN, Malaysia secara keseluruhannya telah berjaya dibangunkan daripada negara pertanian yang miskin kepada negara perindustrian yang sederhana tinggi. Pembangunan dan kebajikan rakyat PAS sendiri gagal laksanakan di Kelantan.
9.Dalam konsep Negara Berkebajikan, PAS menyatakan perancangannya untuk menggantikan UMNO. Mengikut rekod Pilihanraya Umum sejak merdeka, PAS tidak pernah bertanding untuk memerintah negara ini diperingkat Parlimen dan kesemua negeri. UMNO sejak merdeka, bertanding dalam pilihanraya untuk memerintah negara ini diperingkat persekutuan dan negeri. Selagi PAS tidak bertanding untuk memerintah negara ini di peringkat Parlimen dan Negeri sebagaimana yang dilaksanakan oleh UMNO, agenda PAS untuk ganti UMNO adalah satu pembohongan semata-mata kepada umat Islam di negara ini.
10.Dalam konsep Negara Berkebajikan, PAS ada menyatakan untuk menjadikan orang Melayu sebagai teras dalam pembangunan negara ini. Tetapi apa yang diamalnya, PAS menolak DEB yang telah berjaya membangunkan kelas menengah Melayu dan menghapuskan kemiskinan tegar. PAS juga menolak kepimpinan Melayu yang telah menjadi teras sejarah tanah air kita sejak daripada zaman kesultanana Melaka lagi.
11.Ayat-ayat Al-Quran yang dipetik oleh PAS dalam konsep Negara Berkebajikan tidak menyebut secara spesifik negara berkebajikan. Huraian dalam penulisan konsep Negara Berkebajikan PAS adalah pandangan PAS sendiri dan bukanlah merupakan tafsiran agama Islam mengenai pembangunan negara.
12.Aspek yang paling penting yang dicari oleh banyak negara-negara maju masa kini ialah kaedah bagaimana mewujudkan tenaga manusia yang kreatif, inovatif, konpetitif dan berilmu bagi menjana pembangunan negara ke tahap yang lebih tinggi, maju dan mampan. Aspek yang maha penting ini tidak diberi tumpuan oleh PAS dalam konsep Negara Berkebajikannya yang lebih tertumpu kepada kaedah berbelanja.
13.Kesimpulannya Konsep Negara Berkebajikan PAS hanyalah satu penulisan yang umum dan retorik semata-mata. Apabila membaca gagasan PAS itu ia tidak langsung mencetuskan inspirasi atau pemikiran untuk merancang bagaimana negara ini boleh bergerak maju dalam semua dimensi seterusnya. Bagi pegawai-pegawai kerajaan sebagai pelaksana dasar pembangunan negara, Konsep Negara Berkebajikan, PAS sukar dilaksanakan secara terperinci dan untuk di ukur keberkesanannya kerana terlalu umum dan bercampur aduk.
Terima kasih kepada pengirim e-mail ini.
*Kepada sesiapa yang berminat untuk artikel mereka diletakkan di blog ini, sila hantarkan kepada mymassa.artikel@gmail.com
You are subscribed to email updates from MyMassa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Tok tertarik dengan cadangan pemimpin2 PR untuk anjurkan Bersih 3.0 ni. Pada Tok mereka ni dah kehabisan modal kempen nye. Mereka tahu dan sedar bahawa rakyat dah kembali menyokong kerajaan BN. Dato Seri Najib telah berjaya memulihkan keadaan BN/UMNO kepada tahap yang terbaik.
Boleh di katakan tiada terdengar lagi rungutan kesusahan dari rakyat jelate. Yang sentiasa merungut dan rase tidak puas hati ni cume timbul di kalangan pemimpin2 Pakatan Rakyat sahaja. Segala kebaikan yang telah di buat oleh kerajaan semuanye tidak baik dan salah belake.
Semakin hampir menjelang nye PRU13, PR dah jadi semakin bercelaru. Bab cerita negeri Kedah ni semua dah maklum tahu. Tapi pemimpin2 nya cube sembunyikan nye. Harapan PAS untuk kekalkan Kedah amat tipis. Itu sebab mereka cube tutup nye dengan mengadakan perhimpunan permulaan bagi Bersih 3.0.
Sebenarnye rakyat Kedah bukan nye mudah hendak di perdayakan dengan Bersih 3.0 tu. Rakyat Kedah bukan nye boleh terperdaya dengan Bersih 3.0 tu, perbuatan bodoh, membuang mase dan tenage aje. Langsung tak de ape faedah nye.
You are subscribed to email updates from tok gajah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin diingatkan supaya tidak bertindak melampaui batas dalam hal keahlian parti itu jika mahu 'rahsia besar' mengenai beliau tidak didedahkan kepada umum.
Bekas Ketua Penerangan PKR Ampang, Mohd. Isa Mohd. Saidi berkata, beliau bersedia mendedahkan perkara itu dan jika dibongkarkan nanti, Zuraida mungkin hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Ampang. Apa rahsia besar tersebut? Tentunya membimbangkan Zuraida.
Lihat sahajalah angka-angka di atas ini. Sejak mengambil alih UNISEL daripada kerajaan BN, maka UNISEL telah mengalami kerugian yang teruk sekali iaitu -22 juta.
UNISEL adalah di bawah kuasa Perbadanan Menteri Besar Selangor. Mengapa jadi begini? Ini sebabnya UNISEL rugi, pelajarnya masuk UNISEL bukan untuk belajar tetapi diajar untuk pergi buat kerja politik di atas jalanraya (baca sini).
Jika kerajaan bertukar tangan, amatlah dibimbangi IPTA yang kini ada 20 buah akan mengalami nasib yang sama seperti UNISEL. Hancur institusi pengajian tinggi negara ini jika ditadbir oleh tangan yang salah.
UNISEL diletakkan di bawah Perbadanan Menteri Besar Selangor, mengapa Khalid Ibrahim tidak mansuh dulu yuran di UNISEL sebelum bercakap hendak mansuh PTPTN? Penasihat ekonomi Selangor adalah orang yang sama menjanjikan pendidikan percuma di negara ini. Kenapa tidak mansuh dulu yuran di UNISEL dan KUIS?
Tersenyum puas lelaki berbaju biru muda tersebut selepas melihat aksi di dalam video di bawah ini. Mengapa dia tersenyum, anda perhatikan dan analisa video ini. Namun perhatikan bagaimana rakyat Kedah sudah mula bersuara, mereka menanti PRU13 untuk mengajar pembangkang dalam kertas undi.
Baru ni ada majlis sambutan karnival mesra rakyat dan majlis perasmian ranting PKR anjuran PKR Cawangan Pantai Jerjak di Sungai Nibong.
Amir Ghazali Ketua AMK Mengkarong Pulau Pinang bersama timbalannya Victor Seow. Kak Pah ketua wanita PKR Bayan Baru dan YB Sim bersama YB Raveentharen turut hadir.
Kehadiran taklah berapa ramai sangat hanya sekitar 50-60 orang saja. Memandangkan program syok sendiri menurut rakan Pisau yang hadir ada yang pulang awal disebabkan ada yang menyampah apabila mendengar ucapan Amir Ghazali anjing suruhan Guan Eng.
Pisau tanya kenapa hingga buat sampai orang menyampah? Kata rakan Pisau ucapan Amir serupa masuk bakul angkat sendiri dah tu dia ingat orang semua bodoh tak boleh pikir ker?
Angkatan Muda Keadilan.
Amir berulang kali memuji Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri paling berjaya,paling hebat dan cekap mentadbir negeri Pulau Pinang,katanya Pulau Pinang menjadi lebih maju dan hebat berbanding pemerintahan BN yang ketika itu mundur dan tidak maju.Zaman BN Penang mundur dan tak maju? part ni korang jawab lah !
Pisau malas nak menyampuk bila dengar Amir puji Guan Eng, beliau dah anggap Guan Eng seperti ayah kandung sendiri.Memandangkan beliau kurang kasih sayang maka Guan Englah tempat beliau menumpang kasih.
Dalam ucapannya, Amir dan kesemua AMK sanggup bertumbuk dengan melayu Pulau Pinang mempertahankan rakan rakan berbangsa cina dari PKR dan terutamanya DAP walau apa pun terjadi. Kata Amir dia akan serang balik mana mana melayu yang pukul cina DAP dan PKR.
Maknanya jika mana mana chauvanis ultrakiasu rasis DAP buat sesuka hati dan zalim kepada bangsa melayu,Amir dan seluruh AMK akan mempertahankan mereka . Inilah yang Pisau katakan sejak dari dulu lagi memang Amir dan melayu AMK dan khawarij PAS dah sign surat akujanji sebagai anjing suruhan DAP.Tugas mereka adalah menyalak dan mengigit mana mana pihak yang menyentuh DAP.
Part ni yang Pisau paling terkejut. Sejak bila melayu Pulau Pinang nak bertumbuk dengan kaum cina?Amir hasut kaum cina PKR dan DAP agar bergaduh dengan kaum melayu? Amir dan AMK dah beri jaminan yang mereka akan beri backup jika cina cina ini bergaduh dengan melayu?
Berpuluh tahun semua kaum hidup harmoni tak ada gaduh gaduh yang Amir hasut kaum cina ajak bertumbuk dengan kaum melayu ni kenapa?
Korang pikir sendirilah apa jenis bangsat si ketua AMK ni.. boleh dia hasut bangsa lain ajak bergaduh dengan melayu ?
Pisau kata "blogger DAP pun Guan Eng bayar 7 ribu,Amir mesti makan lagi banyak"
Himpunan Bershit yang bakal diadakan tidak lama lagi disahkan menerima bantuan kewangan daripada luar,setakat ini berdasarkan maklumat yang diperolehi dana 10juta USD telah diperolehi oleh pejabat PKR.
Banyak anasir yang terlibat didalam himpunan ini datang dari pelbagai fahaman,dengan LGBTnya,Puak liberal dan plural,ada yang membawa fahaman sosialis dan juga ada yang mengambil peluang untuk berdakwah agama mereka kepada orang Islam.
Lambang bersih 3.0 ada 'salib' - menyokong bersih sama menyokong kristianisasi. secara halus mereka menyebarkan kristian di kalangan orang melayu/islam...hati hati lah niat jahat mereka...
Himpunan ini adalah satu tindakan preamptive atau persediaan haprak pakatan untuk menghalalkan rusuhan dan revolusi selepas PRU13,Laporan yang diperolehi daripada ibu pejabat DAP ,hasil kajian dan analisis mereka PRU13 nanti DAP adalah parti yang dominan didalam pakatan manakala PAS dan PKR akan kalah teruk. BN akan memperolehi kemenangan dan hampir kepada 2/3.
Maka justifikasi untuk mengadakan rusuhan seperti mana yang dikatakan oleh Anwar ,pakatan harus ke Putrajaya at all cost maka persepsi harus dimainkan lebih awal agar rakyat tidak percaya keatas sistem pilihanraya dinegara ini.
Haprak Pakatan sedar mereka akan kalah pada PRU13 nanti.Mereka akan menuduh kekalahan mereka berpunca daripada pilihanraya yang tidak bersih. Ingatlah walau ramai mana pun yang turun ke himpunan haram ini,ia tidak melambangkan suara majoriti. Rakyat memerhatikan dengan jelik politik gampangan haprak pakatan. Mereka akan dihukum pada PRU13 nanti.
Kepada haprak pakatan,Pisau nasihatkan jangan terlalu syok sendiri kononnya rakyat berada dibelakang kamu,sebenarnya rakyat sudah nampak siapa haprak pakatan yang mahu menghancurkan negara.
Selamatkan Malaysia daripada Haprak Pakatan...!!
Pisau kata " dah tengok kertas kerja kilang fitnah pakatan, BN harus bersiap sedia"
NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Panggilan telefon bimbit pertama di dunia dibuat pada 3 April, 38 tahun lalu oleh seorang pengurus besar firma Motorola, Martin Cooper di pusat bandar di sini, lapor sebuah akhbar semalam. Cooper, yang pada masa itu berusia 44 tahun, keluar bersiar-siar dengan membawa telefon bimbit prototaip Motorola ...Dyna-TAC sambil diperhatikan orang ramai yang terkejut melihat gajet yang dibawanya.
"Semasa saya bersiar-siar jalan, penduduk New York yang begitu sofistikated kagum melihat seseorang berjalan sambil bercakap di telefon. "Anda perlu ingat ketika itu tahun 1973, tiada lagi telefon tanpa kod apatah lagi telefon selular (bimbit)," kata Cooper yang kini berusia 82 tahun.
Menurutnya, orang pertama yang dihubungi dengan menggunakan telefon bimbit itu ialah ketua unit penyelidikan firma telefon Bell, Dr. Joel S Engel yang juga saingannya, sebelum dia menghubungi beberapa wartawan. "Saya menelefon Engel untuk memberitahunya bahawa kami telah mengatasi Bell dalam perlumbaan untuk menghasilkan telefon bimbit pertama di dunia," katanya.
Cooper kemudian membenarkan wartawan-wartawan tersebut membuat panggilan mereka sebagai bukti bahawa mereka bukan ditipu dan dia bukan berjenaka.
Telefon bimbit Dyna-TAC yang seberat 0.6 kilogram berada dalam pasaran 10 tahun kemudian iaitu pada 1983, dan dijual pada harga mencecah AS$3,500 (RM10,592).
Khawarij PAS hari ini menuduh Umno terlibat mengoyak kertas tandas yang dilonggokkan di Putrajaya.
Apa salahnya Umno nak koyak kertas tandas.Suka hati kitew lew nak koyak ker nak apa ker,Khawarij PAS sakit hati apahal?
Sebenarnya khawarij PAS kecewa kerana naskah kitab suci mereka diperlakukan begitu,apakan daya memang Harakah akhbar lidah bercabang khawarij selayaknya diperlakukan lebih teruk daripada itu.
Pisau sarankan apa kata akhbar Harakah tu di berikan kepada golongan yang memerlukan kertas sebagai pengelap stor kunyit atau pun diberikan secara percuma disetiap tandas awam diseluruh negara. Sekurang kurangnya tidak disalah gunakan diluar daripada tandas.
Pisau kata " Harakah ni patutnya dah lama diharamkan..kuat menipu"
You are subscribed to email updates from PISAU.NET To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Dalam satu ceramah di Shah Alam Sabtu lepas Anwar Ibrahim menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan sekiranya tidak mampu menyedia kos RM43 bilion untuk hutang pelajar.Sini
Lidah tidak bertulang, bercakap memang senang. Tambahan pula orang yang tengah angau untuk menjadi PM. Sama juga seperti orang yang tengah angau memikat perempuan. Waktu nak memikat bukan main lagi. Bila dah dapat ? Hmmmmmmm.....
Percayakah anda kepada kata-kata Anwar ?
Sekarang mari saya tunjukkan kepada anda. Anda baca dulu....anda lihat dulu....kemudian anda fikirlah sendiri samada anda nak percaya atau tidak apa yang dikatakan Anwar.
Negeri Selangor diperintah PKR.
Penasihat Ekonomi Selangor - Anwar Ibrahim.
Semasa zaman pemerintahan BN, kerajaan mereka pada ketika iu mewujudkan sebuah institut kemahiran dibawah Yayasan Selangor di Sabak Bernam. Ianya dinamakan Institut Kemahiran Yayasan Selangor Sabak Bernam (IKYS).
Tujuan diwujudkan institut berkenaan adalah untuk memberi peluang kepada remaja-remaja yang tamat tingkatan 5 yang tidak berminat atau gagal dalam pengajian akademik untuk belajar dalam bidang vokasional.
Terdapat 280 orang pelajar yang mengambil pelbagai kursus vokasional yang disediakan di institut terbabit. Kos mengurus institut berkenaan adalah RM 60 ribu sebulan termasuk gaji tenaga pengajar. Setahun RM 720 ribu.
Sepanjang pemerintahan BN semuanya berjalan dengan lancar dan pelajar-pelajar yang tamat kursus semuanya telah mendapat kerja.
Bagaimanapun keadaan telah berubah selepas PKR memerintah Selangor. Pada bulan Julai 2010 IKYS Sabak Bernam telah diarah supaya ditutup atas alasan ianya tidak menguntungkan.
Kerajaan Selangor kelmarin menutup Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) di Sungai Besar, yang menyebabkan masa depan kira-kira 280 pelajar, kebanyakannya berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dari seluruh negeri itu, terjejas. Penutupan IKYS yang mula beroperasi pada Januari 2000, dipercayai berpunca daripada dakwaan kerajaan pakatan pembangkang bahawa ia tidak memberikan keuntungan kepada Yayasan Selangor dan kerajaan negeri.
Logikkah sesebuah kerajaan mengambil kira untung rugi dalam menyediakan pendidikan kepada rakyat ?
Tetapi itulah realitinya di Selangor dimana negeri yang Anwar Ibrahim menjadi penasihat ekonominya sebuah pusat kemahiran untuk anak-anak bangsa belajar terpaksa ditutup kerana tidak menguntungkan.
Kalau untung rugi yang diambil kira, maka kerajaan pusat harus menutup semua sekolah, universiti awam , institut kemahiran, maktab perguruan dan sebagainya kerana itu semua tidak menguntungkan.
Soalan saya mudah sahaja...
Jika RM 720 ribu untuk anak-anak bangsa mendapatkan ilmu tidak mampu ditanggung oleh kerajaan PKR yang Anwar menjadi penasihat ekonominya ,percayakah anda mereka mampu tanggung atau akan tanggung berbilion-bilion ringgit untuk pendidikan tinggi secara percuma ?
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa siasatan ke atas pembelian kapal selam Scorpene yang dibangkitkan di mahkamah Perancis akan membongkar semula kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Sharibuu.
Saya percaya, dengan kes ini berbangkit, rasuah yang melibatkan pemimpin Umno, dan kes pembunuhan Altantuya (akan) terbongkar semula."Di Malaysia tutup, (tetapi) dibuka di Paris... Najib tidur tak lena," kata Anwar dalam ceramah sempena sambutan Jubli Perak PAS Shah Alam malam tadi.
Itu modal yang tak sudah dari pilihanraya kecil Ijok 2007 kepada PRU 2008 kepada siri-siri PRK selepas 2008 hinggalah ke PRU 13 tak lama lagi.
Najib-Altantuya....
Najib-Altantuya....
Najib-Altantuya....
Najib-Altantuya....
Bagi kami orang-orang Umno , sikit pun kami tak hairan dengan dakwaan tersebut. Kerja kami mudah untuk menangkis atau menempis dakwaan tersebut kerana pemimpin kami seorang yang berani. Malah kami tak perlu cakap bercakap sampai berbuih mulut untuk menerangkan hal tersebut kepada rakyat. Cukup dengan satu video yang tak sampai 3 minit pun.
Berbanding dengan orang-orang PKR dan orang Pas yang terpaksa berceramah tiap-tiap malam sampai berbuih dan senget-benget mulut untuk menerangkan kepada orang ramai tentang dakwaan amalan biseksual Anwar Ibrahim.
Video dibawah ini menjadi bukti keberanian Najib menjawab tuduhan yang Anwar lemparkan kepadanya.
Najib berani bersumpah untuk menyatakan dia benar....
Saiful berani bersumpah untuk menyatakan dia benar....
Eskay berani bersumpah untuk menyatakan dia benar....
Anwar bila mau bersumpah untuk menyatakan dia benar ???
Kesian juak-juak PKR kerana memiliki seorang ketua yang dayus dan pengecut......
You are subscribed to email updates from RBF Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Inikah yang dikatakan rakyat semakin menjauhi BN/UMNO? 70 ribu rakyat hadir sambut PM dalam Jelajah Janji Ditepati. Angka ini hanya pernah dicapai oleh pembangkang sewaktu pemecatan Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim.
Suasana dan realiti sebenar yang berlaku amat berlawanan sama sekali dengan gambaran yang digembar-gembur oleh pembangkang bahawa rakyat semakin menolak BN dan para pemimpinnya. Ironinya, gambaran yang diberi itu disebut pula di hadapan kehadiran hanya seribu dua rakyat.
Gambaran begini punya jelas pun mereka boleh kelentong rakyat. Apa lagilah kalau setakat video 99.9% tulin...
Samalah macam kaedah Amerika dan yahudi salahkan umat Islam dengan label pengganas. Advantage yang derolehi dari kaedah melabelkan Islam dengan keganasan ini ialah, Amerika dan yahudi boleh dan kelihatan halal untuk menjatuhkan kerajaan Islam. Bebas untuk perangi Iraq, Libya, Iran, Palestine dll.
Bila askar atau penduduk yahudi dibunuh walaupun dia yang masuk ke rumah orang Islam, orang Islam tu jugak yang salah dan dituduh pengganas. Alasannya mudah. Bagi tau dunia, dalam rumah tersebut ada simpan bom atau digunakan sebagai markas untuk merancang pengeboman. Itu saja sudah xukuo untuk halalkan segala peebuatan zalim dan rakus mereka.
Inilah kaedah Anwar, PKR dan pembangkang dalam usaha menjatuhkan UMNO dan para pemimpinnya. Orang kanan dia sendiri yang dedahkan keburukan Anwar, UMNO yang salah. Pemimpin kanan mereka zendiri yang terjebak dan buat onak, UMNO yang salah. Kerajaan mereka yang rasuah lenyap begitu saja disebabkan label rasuah sudah berjaya dilekat pada UMNO.
Pemimpin mereka yang pertahankan gereja dan murtad, umno yang dituduh kafir. Mereka yang pecat Hasan Ali, tapi UMNo jugak yang dituduh peralat Hasan Ali.
Media dan blogger yang dedahkan perilaku pemimpin mereka, UMNo juga yang dituduh merancang.
Sahlah. Memang kumpulan ini memang sudah diindoktrinasi perjuangannya dengan kaedah dan ajaran yahudi dan Amerika lahanat..
PADA siapa yang belum kenal, penulis nak kenalkan disini ADUN PAS untuk kawasan Paroi Negeri Sembilan bernama Taufek Abd Ghani. Kelulusan dan kehebatannya sebagai ahli politik tak seberapa tapi kerana dia adalah satu-satunya ADUN PAS dalam DUN Negeri Sembilan, maka media rasmi PAS nampak dia sajalah dibanding pemimpin PAS negeri yang lain.
Kenapa namanya penulis sebutkan hari ini walaupun dia hanya ADUN cabuk yang menang nasib di Paroi kerana kawasan itu terletak dibawah Parlimen Rembau yang diwakili Khairy Jamaluddin? Apa kepentingannya?
Sebabnya ialah, buat julung-julung dan jalang-jalang kalinya Taufek memberanikan diri berbicara tentang hal nasional iaitu pinjaman Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional (PTPTN) dan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
Tapi sedihnya, tindakan yang julung-julung kali yang sepatutnya menjadi bukti kehebatan Taufek, berubah menjadi kejadian yang benar-benar memalukan PAS sendiri, kerana nampak sangat ADUN PAS yang satu ni tak reti mengira!!!
Dalam artikel itu, Taufek menuduh kerajaan Malaysia membelanjakan lebih banyak wang untuk peserta PLKN dibanding dengan pelajar IPTA/IPTS. Kata Taufek, kerajaan belanja RM6,931 bagi kursus PLKN tiga bulan, sementara PTPTN beri pinjaman RM 5,000 – RM 7,000 setahun untuk pelajar institut pendidikan tinggi.
Sekali pandang macam betullah dakwaan Taufek, tapi bila tengok betul-betul, jelaslah sebenarnya Taufek dan Harakah (yang menyiarkan berita ini) cuba mengelirukan rakyat. Buktinya, PTPTN belanja antara RM 5,000 – RM 7,000 SETAHUN untuk pelajar IPTA/IPTS, sedangkan berapa tahun diambil untuk menghabiskan ijazah pertama? Paling kurang 3 tahun manakala Diploma 2 tahun!!
Setelah didarabkan, jelaslah bahawa dakwaan PAS itu tidak benar sama sekali dan semata- mata untuk mengelirukan rakyat kononnya kerajaan belanja lebih banyak untuk PLKN dibanding dengan PTPTN.
Belanja sebanyak RM 6,931 untuk seorang peserta PLKN itu juga bukan membazirkan wang rakyat (kalau Tauffek cuba nak menjuruskan ke situ).
Sebab, PLKN ini memberikan impak ekonomi kepada masyarakat luar bandar (kem PLKN kebanyakannya berada di luar bandar) dimana lokasi kem PLKN berada. Yang supply kuihnya, yang masak makanannya dan macam-macam lagilah.
Semua ini sengaja tidak dijelaskan oleh PAS kerana mereka tidak berminat dengan kebaikan yang dilakukan kerajaan, yang mereka minat ialah macam mana nak bagi rakyat marah dan benci pada kerajaan.
Psikologi pemberitaan seperti ini sebenarnya memang jadi modus operandi biasa media kawalan pembangkang. Ini bukan kali pertama, malah setiap berita yang ditulis mereka semua menggunakan pendekatan yang sama, tidak pernah berubah dari dulu sampai sekarang.
Cerita separuh benar yang diselang selikan dengan fakta mengelirukan.
Yang penting penulis nak rakyat tahu, ini bukanlah pendekatan berpolitik yang baik dan patut dicontohi, apatah lagi dilakukan oleh parti yang masih perasan memperjuangkan Islam sedangkan perjuangan itu telah lama diubah kepada negara berkebajikan.
Kita perlu ramai-ramai menolak pendekatan sedemikian kerana ia hanya menjadikan kemarahan dan kebencian rakyat kepada kerajaan untuk mendapatkan sokongan.
Taufek sendiri pun akan ditolak orang DUN Paroi kerana dia hanya aktif sebagai ADUN penerima aduan sahaja, cuba selesaikan pun tak pernah. Yang selesaikan ialah kerajaan negeri melalui Pusat Khidmat BN disitu.
Dua perlawanan menarik berlangsung pada malam ini.
Manchester United telah bertemu dengan QPR bagi perlawanan ke 32 mereka. Man U memburu kemenangan bagi mejarakkan mata dengan pesaingnya Manchester City yang bertemu dengan Arsenal.
Man U telah berjaya menundukkan QPR dengan 2 - 0 dan mempunyai kelebihan 8 mata dihadapan. Man City pula bertambah malang apabila Arteta menghacurkan impian mereka untuk merapatkan jurang mata dan mereka tewas pada perlawanan kali ini 1 - 0.
Seorang Saintis British mungkin telah menjadi bapa kepad 600 orang kanak-kanak di klinik kesuburan London yang beliau dan isterinya tubuhnya pada sekitar tahun 1940 an.
Bertold Wiesner dipercayai telah menjadi penderma utama di Klinik Barton, di mana klinik ini telah menolong ramai wanita-wanita untuk mengandung dan dianggarkan hingga 1500 bayi telah pun terhasil pada tahun 1940 an hinggalah pertengahan tahun 1960 an.
Dakwaan mengejut ini telah dibuat oleh dua orang lelaki yang dilahirkan di klinik ini dan mendapati beliau adalah bapa kandung kepada mereka berdua.
Penghasil dokumentari, Barry Stevens dari Canada dan seorang peguam di London, David Gollacz telah mengesan 18 orang lagi yang dilahirkan di klinik tersebut dan mendapati 12 daripada mereka turut mempunyai hubungan dengan doktor tersebut.
Daripada hasil tinjaun mereka, mereka membuat kesimpulan bahawa Dr Wiesner mungkin adalah ayah kepada lebih 600 orang lagi bayi yang lahir di klinik tersebut.
Mr Gollancz memberitahu Sunday Times: 'Kita telah membuat anggaran kasar beliau mungkin telah menderma sebanyak 20 kali setahun.
'Menggunakan anggaran tersebut, termasuklah kelahiran yang hidup, kembar dan gugur, saya menganggarkan beliau mungkin bertanggungjawab kepada antara 300 hingga 600 orang anak.'
Jika Wiesner telah menjadi ayah kepada 600 orang anak, ini akan menjadikan ia sebagai pencipta rekod terbaru yang mengalahkan seorang warga Amerika Syarikat yang turut menderma spermanya dan kemudian menjadi ayah kepada hampir 150 orang.
Haduih...takkan takde sesapa yang shot gambar artis paling hot malam ni, Neelofa nih. Semua yang aku dapat screen capture jer. Ada yang paling lawa dari budak nie ke? Mana camera man yang mata keranjang lain? Aduh...
Setakat ni, awek ini paling mengancam. Dadanya lebih terdedah berbanding artis-artis lain. Kalau dulu yang berani dedah sekarang takut pasal dah tua...hahahah
Nanti sapa ada gambaq high quality Neelofa pada malam ABPBH, kasi kongsi-kongsi la yer!
Siti Saleha, pernah berlakon drama bersama Aaron Aziz yang juga pelakon Bintang Paling Popular ABPBH 2011 tidak memenangi apa-apa anugerah pada malam ini. Lebih malang lagi, apabila tiba di red karpet, kainnnya telah diselak oleh seseorang...maklum la, labuh sangat, meleret, habis diseret habuk-habuk masuk ke Arena of Stars!
Dewi remaja dari Pulau Pinang ini turut hadir ke ABPBH 2011 ini dengan menampilkan gaya rambut yang lain daripada yang lain. Boleh la ganti Datuk Sharizat yang bertudung penuh sekarang andainya letak selendang nanti...
Lomo cameras are fun because, they help create unexpected pictures! What's better is that you get an underwater casing with this deal, which means that this lomo, is the ultimate beach cam! Go diving with this camera and bring home precious memories.
Go diving with your friends, and get rewarded when they see how fun it is, and buy it through your link!
Perghh..lama tak dengar citer minah ni. Dulu selalu kontroversi ngan Fasha Sandha. Sekarang muncul dengan gaya anggun merak kayangan turun ke Genting! Lawa baju...habih ketepi semua habuk-habuk ditengah lorong!
Nora Danish pasti ada. Beliau muncul dengan baju ala-ala gumpal Marylin Monroe cuma skirtnya ajer labuh. Tapi bila tengok part rambut, apasal macam tak siap ajer mak janda hot ni!
Berikut adalah nama pemenang-pemenang yang telah dinobatkan sebagai paling popular pada malam ini. Tahniah diucapkan!
Keputusan Terkini ABPBH2011
1. Penyanyi Lelaki Popular : Hafiz 2. Penyanyi Wanita Popular : Yuna 3. Penyanyi Duo/Kumpulan Popular : Shila Amzah, Jaclyn Victor & Ning Baizura 4. Pelakon Filem Lelaki Popular : Aaron Aziz 5. Pelakon Filem Wanita Popular : Fasha Sandha 6. Pelakon TV Lelaki Popular : Fizz Fairuz 7. Pelakon TV Wanita Popular : Tasha Shila 8. Pengacara TV Lelaki Popular : Zizan Razak 9. Pengacara TV Wanita Popular : Fara Fauzana 10. Penyampai Radio Lelaki Popular : Faizal Ismail 11. Pengacara Radio Wanita Popular : Fara Fauzana 12. Artis Komedi Lelaki Popular : Johan Raja Lawak 13. Artis Komedi Wanita Popular : Didie Alias 14. Artis Baru Lelaki Popular : Johan Asari 15. Artis Baru Wanita Popular : Tasha Shila 16. Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Dato' Sheila Majid 17. Anugerah Seri Perak: Dato' Siti Nurhaliza 18. Artis Paling Popular 2011 : Aaron Aziz
p/s : Eh, penyampai radio laki ngan pompuan tu takde orang lain ke korang nak undi haa? Boring dah tengok muka diorang kat atas pentas!
YAN - "Saya sudah lali melihat remaja berkelakuan tidak senonoh di tingkat atas bangunan ini," demikian luah seorang penyewa Bangunan Arkid Majlis Daerah Yan (MDY) di sini, Ang Bee Hwa, 54, yang didakwanya menjadi tempat pilihan remaja melakukan perbuatan tidak senonoh.
Bee Hwa berkata, dia sudah menyewa sebuah premis di tingkat bawah bangunan dua tingkat itu sejak 12 tahun lalu dan mendapati remaja atau pasangan kekasih sering menjadikan tingkat atas bangunan terbabit sebagai tempat mereka berasmara.
Menurutnya, dia bertambah geram apabila sering terhidu bau hancing dan terserempak pasangan remaja melakukan perbuatan tidak senonoh itu di situ.
"Mereka menjadikan tangga tingkat atas untuk berdua-duaan kerana banyak premis di tingkat atas kosong dan jarang ada orang naik ke tingkat atas.
"Saya sudah lali dengan keadaan ini dan berharap pihak berkuasa mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah ini," katanya.
Bee Hwa berkata, dia juga mohon kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menyelenggarakan bangunan terbabit yang didakwanya seakan-akan diabaikan.
Katanya lagi, penyewa di premis bangunan terbabit menghadapi beberapa masalah akibat bumbung bangunan yang bocor dan menyebabkan air hujan tidak dapat mengalir sempurna mengikut saluran air di atas bumbung itu.
"Apabila hujan, air akan melimpah ke bahagian bawah dan kadang-kala menyebabkan premis berdekatan bumbung bocor terkena tempias air yang melimpah itu.
"Saya sudah maklumkan kepada PBT setiap kali membayar sewa bulanan premis ini, namun tiada tindakan diambil sehingga kini," katanya.
GEORGETOWN - Ketua Menteri, Lim Guan Eng tidak mahu campur tangan dalam isu pelantikan Yang Dipertua, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) yang baru.Menurutnya, beliau tidak mahu mengulas isu berkaitan dengan hal ehwal Islam dan menyerahkkanya kepada pemimpin Islam yang bertanggungjawab.
"Biarlah, Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Abul Kassim dan pihak berkaitan sahaja yang mengulas isu ini.
"Saya adalah pemimpin bukan Islam dan tidak sesuai untuk mengulas isu-isu Islam," kata beliau kepada media selepas menyerahkan dana RM300,000 untuk pembinaan kuil Sri Bala Thandayuthabani di atas bukit, Jalan Air Terjun, di sini, hari ini.
Tiga hari lalu, Sinar Harian melaporkan bahawa pengisian jawatan itu masih menjadi tanda tanya apabila Adun Permatang Pasir, Datuk Salleh Man yang diumumkan sebelum ini untuk memikul tugas berkenaan belum lagi mendapat pengesahan.
Sebelum ini, Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman mengumumkan nama Salleh untuk menggantikan Elias Zakaria.
Ketika itu, mereka dalam proses untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim di Istana Negara.Mansor dilaporkan berkata akan mewakili Kerajaan Negeri bagi mendapat perkenaan Yang di-Pertuan Agong berhubung pelantikan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang itu menyandang jawatan berkenaan.
Beliau kini adalah Timbalan Yang Dipertua MAINPP. Bagaimanapun, timbul pula desas-desus kononnya Abdul Malik akan menjawat jawatan itu setelah namanya, yang dikatakan dicadangkan kepada Tuanku Abdul Halim, mendapat perkenan.
Namun sehingga kini, tiada pihak yang tampil membuat pengesahan atau penafian mengenai isu itu.
PEKAN - Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah tidak bersetuju dengan cadangan Timbalan Presiden FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk menjadi perantara dalam krisis penggantungan Tan Sri Annuar Musa selama dua tahun enam bulan.
Sultan Ahmad yang juga Sultan Pahang bertitah sebagai Presiden FAM baginda perlu menyokong hukuman yang telah dijatuhkan terhadap Annuar yang juga Timbalan Presiden FAM kerana ia tertakluk kepada perlembagaan FAM."Saya sudah bersetuju dengan hukuman yang dijatuhkan terhadap Annuar, kemudian mahu sokong pula cadangan (Tengku Abdullah) nak jadi orang tengah, ini tidak betul.
"Saya mesti sokong hukuman terhadap Tan Sri Annuar Musa dan persatuan bola sepak saya. Saya merupakan Presiden, peraturannya ada, jadi Annuar kena tunggu.
Bukan Annuar seorang, sebelum ini ada orang lain lagi yang kena (tindakan),"titah baginda kepada pemberita pada majlis perasmian Program Penghijauan Pahang di Pulau Beram di sini hari ini.Tengku Abdullah dalam satu kenyataan semalam memberi reaksi dengan nasib Annuar selepas didapati bersalah oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM kerana mengkritik skuad bola sepak negara.
Sultan Ahmad Shah turut menasihati supaya pihak yang berkenaan tidak terlalu bebas meluahkan pandangan tetapi bertindak mengikut perlembagaan.
"Kita merdeka, tapi kena ikut perlembagaan. Saya sendiri tak berani cakap, kalau kita tidak ikut (perlembagaan), siapa lagi. Orang luar, tentu tidak," tegas baginda.
Baginda juga menafikan dakwaan Annuar kononnya diminta oleh FAM menerusi e-mel untuk membayar kos perbelanjaan mesyuarat jawatankuasa tersebut yang bersidang 4 April lalu."Itu bidaah (tidak betul).
Kena bayar untuk apa sedangkan mesyuarat diadakan di FAM. Saya akan hubungi Setiausaha Agung untuk pastikan betul atau tidak perkara ini," titah baginda.
Pada program berkenaan, baginda dan anakanda baginda Tengku Fahd turut menanam sepohon pokok Gaharu sebagai tanda menyokong usaha menghijaukan persekitaran negeri ini.
Baginda turut mengurniakan watikah Program Inisiatif Temenggong: Projek Kebersihan dan Pembangunan Komuniti Desa kepada renjer-renjer yang akan terlibat dalam program penanaman pokok dan membersihkan persekitaran yang akan diperluaskan ke seluruh negeri Pahang dalam masa tiga tahun. – Bernama
Pemain biola seksi yang berjaya menawan hati keempat-empat juri rancangan realiti Britain's Got Talent telah mempertahankan dirinya yang beraksi bogel di dalam satu sesi bergambar.
Analiza Ching yang berposing bogel sambil menutupi payudaranya dengan biola. berkata kepada The Mail: 'Saya hanya mahu mencuba sesuatu yang berbeza dan saya rasa setiap orang tidak harus malu terhadap tubuhnya.
'Kita semua manusia pada akhirnya.'
Analiza telah menerima kelulusan dari kempat-empat juri melalui persembahan bertenaganya yang memperlihatkan persembahan biolanya bersama tarian yang menarik.
Bintang Little Britain Daivd Walliams memberitahu beliau: 'Anda telah membuatkan permainan biola menjadi sangat seksi.' dan Simon Cowell pula berkata aksinya 'adalah aksi yang dicari-cari selama ini di dalam rancangan ini.'
BACHOK: Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) mendesak Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meletak jawatan berikutan kegagalan kerajaan negeri menyediakan bekalan air bersih kepada rakyat negeri itu.
Presiden MTRK Azmi Ali berkata walaupun kerajaan pusat sudah meluluskan peruntukan pinjaman mudah sebanyak RM600 juta bagi tujuan itu, sehingga kini kerajaan negeri masih gagal melaksanakannya.
Terdapat kalangan penduduk di kawasan hulu Kelantan terutama di Gua Musang dan Kuala Krai terpaksa menggunakan air dari sungai tercemar manakala di kalangan penduduk bandar seperti Kota Baharu dan Bachok terpaksa menggali perigi, katanya kepada pemberita pada majlis penerangan MTRK mengenai isu bekalan air di Kampung Alor Bakat di sini, Sabtu.
Lebih 200 penduduk berhimpun pada majlis itu sambil memegang sepanduk yang mengecam kerajaan negeri kerana gagal mengatasi masalah bekalan air yang berlarutan walaupun diberi peluang 22 tahun memerintah, sejak 1990.
Katanya pembinaan loji air di beberapa kawasan di pinggir bandar Kota Baharu juga gagal berfungsi dengan baik disebabkan masalah teknikal. - BERNAMA
KELIBAT wanita tinggi lampai ini dikenali menerusi drama lakonannya dalam BFF…Teman Tapi Mesra di TV3 yang bersiaran pada pertengahan Januari lalu.
Bagaimanapun pengenalan tersebut menjurus ke sisi hitam dirinya apabila watak sokongan yang dipegang dalam drama tersebut turut dikaitkan dengan klip video erotiknya sebelum ini.
Nama Syatilla Melvin masyhur seiring dengan impak dari drama bersiri lapan episod berkenaan tapi yang tak sedapnya apabila dia diingati kerana aksi erotiknya dalam klip video itu sebagai model pakaian dalam jenama terkenal.
Kesilapan besar Syatilla kerana bersikap terbuka membenarkan perakam video klip itu merekod tarian ghairah dirinya yang menyarung baju tidur yang singkat nipis ketika itu.
Bekas guru di California yang menjadi berita muka depan akhbar ketika dia meletakkan jawatan untuk tinggal bersama pelajarnya yang berusia 18 tahun ditahan semalam kerana disyaki melakukan penderaan seksual terhadap seorang pelajar lain lebih 10 tahun lalu, kata polis.
Christopher James Hooker, 41, ditahan untuk siasatan kerana disyaki melakukan hubungan seks oral bersama pelajar bawah umur. Polis berkata, kejadian itu berlaku ekoran hubungannya dengan seorang pelajar berusia 17 tahun pada 1998 di Sekolah Tinggi Davis di Modesto, tempat dia pernah mengajar.
Hooker muncul di mahkamah semalam dan hakim menetapkan ikat jamin AS$50,000 (RM150,000) serta pelantikan peguam bela awam untuknya, lapor akhbar Modesto Bee. Dia meminta jumlah ikat jamin dikurangkan dan hakim menetapkan perbicaraan Selasa ini bagi memutuskan perkara itu.
Polis berkata, siasatan bermula selepas Hooker mengumumkan hubungannya bersama Jordan Powers Februari lalu yang menjadi muridnya di Sekolah Tinggi Enochs di Modesto.
Muncul dalam pelbagai rancangan bual bicara televisyen nasional di AS, Hooker bersama Jordan mengekalkan hubungan tanpa seks hingga pelajar itu berusia genap 18 tahun, tetapi polis menyiasat sama ada berlaku hubungan tidak wajar sebelum itu.
Dalam wawancara untuk rancangan Dr Phil dan Selamat Pagi Amerika, ABC pasangan itu dilihat berpimpin tangan dan saling bertukar senyuman.
Pasangan itu mendakwa ketika mereka bertemu kali pertama iaitu ketika Jordan berusia 14 tahun, hubungan mereka tidak membabitkan sentuhan fizikal hingga pelajar itu cukup umur.
Mengikut undang-undang California pelajar perlu mencecah usia 18 tahun untuk menjalin hubungan dengan orang dewasa. Ibu Jordan, Tammie yang bersemuka dengan pasangan itu dalam rancangan Dr Phil menuduh Hooker mempengaruhi anak perempuannya.
Ekoran hubungan pasangan itu, anggota Kongres dari Modesto, Kristin Olsen mengusulkan undang-undang supaya melarang hubungan pelajar-guru walaupun pelajar sudah mencapai usia 18 tahun dan membatalkan skim saraan serta perubatan guru terbabit jika mereka disabitkan bersalah.
Menurutnya tindakan itu dapat menghalang guru menjalin hubungan dengan pelajar mereka sendiri walaupun pelajar mencecah usia dewasa. - SD
Tiada ulasan:
Catat Ulasan