Jumaat, 22 Julai 2011

Dewan Pemuda Pas Sepanggar

Dewan Pemuda Pas Sepanggar


Tangisan warga Sepangar

Posted: 21 Jul 2011 05:27 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Kawasan Sepangar mengambil berat terhadap laporan dari sabahdaily yang dipetik dari sabahkini. Tindakan pihak berkuasa yang membelakangkan prikemanusiaan merupakan suatu perbuatan yang zalim terhadap rakyat sendiri. DPP Sepangar menyeru rakyat Sabah agar bersedia untuk menumbangkan kerajaan UMNO/BN di Sabah bagi memastikan kejadian sebegini tidak lagi menghantui rakyat Sabah. Pakatan Rakyat melalui buku Jingga malah Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dengan tema 'Membina Negera Berkebajikan' bersedia untuk memikul amanah rakyat Sabah bagi mestikan hak-hak mereka terbela.

PAS Sabah melalui NGO Bela Tanah Rakyat Sabah (TABAH) bersedia untuk membantu sekiranya diperlukan. Sebarang permasalahan tanah disekitar Sepangar dan Kota Kinabalu, boleh menghubungi Saudara Lahirul Latigu yang juga Setiausaha TABAH (019-3692587).

........................................................................................

Berikut adalah berita yang diperolehi dari Sabahdaily:

Istimewanya PATI, Hinanya Anak Negeri?


BETAPA hinanya Anak Negeri Sabah kerana Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) tanpa teragak-agak menghantar jentolak untuk meranapkan rumah mereka di beberapa kampung di Likas, Inanam dan Sepanggar atas alasan rumah mereka adalah Setinggan; sinonim dengan pepatah Melayu, hina besi kerana karat, hina manusia kerana melarat.

Tetapi bagi PATI yang berasal daripada Pulau Gaya setelah mendapat kad pengenalan projek, Haji Sidek, dengan bantuan Datu Akjan Datu Ali Muhammad yang mengangkat sumpah sebagai Sultan Sulu, Paduka Mahasari Maulana Al-Marhum Sultan Shariful-Hashim II; begitu bermegah dengan Istana yang dibina secara haram di atas tanah simpanan milik kerajaan di Kampung Likas, Kota Kinabalu.

Haji Sidek membeli lot tanah berkenaan seluas 900 kaki persegi tetapi telah menceroboh tanah simpanan kerajaan dengan membina dua buah rumah di satu lot kosong dengan keluasan yang sama tetapi direzabkan untuk kegunaan kerajaan (open space).

Walaupun isu ini telah hangat di Facebook sejak jun tahun lalu, namun DBKK seolah-olah tidak mempedulikan keluhan rakyat, sekalipun Pengarah DBKK, Datuk Yeo Boon Hai turut memberi respon sambil lewa.

Yeo Boon Hai memberi komen dengan mengatakan bangunan tersebut adalah dalam tanah persendirian, cuma tidak ikut syarat DBKK maka OC tidak di luluskan. "Tadi pagi saya sudah arah architectnya waktu memenuhi syarat DBKK".

Namun setelah didesak, Yeo Boon Hai akhirnya mencatatkan, "According to my officer, both are in their land. One has to go. We are waiting for their architect to respone..."

Namun seorang Forumer, Ansari Abdullah menyatakan bahawa rumah tersebut bukan dalam geran hak milik tetapi dalam tanah simpanan jalan awam yang sekarang ini dipagar secara haram. Ini menghalang penglihatan pengguna jalan raya dan sudahpun menyebabkan beberapa kemalangan Jalan Raya.

Bagaimanapun Yeo Boon Hai tidak lagi memberikan sebarang respon sehingga kini dan tidak ada sebarang tindakan daripada DBKK.

Dalam pada itu, seorang Anak Negeri Sabah, Hossin Bayani Omar berkata, beliau masih ingat bila DBKK beri surat amaran robohkan rumah orang kampung Tanjung Aru yang didirikan di tanah kerajaan sejak berpuluh tahun sebelum kelahiran beliau iaitu 42 tahun lalu, tanpa sebarang pampasan.

Tindakan kejam kerajaan tersebut kata Hossin hanya dipandang sebelah mata oleh Wakil Rakyat dan penduduk terpaksa akur robohkan rumah mereka untuk pembangunan jalan dan projek keindahan kampung. Tetapi sampai ke hari ini, janji tinggal janji.

Sabahkini.net akan mendapatkan penjelasan daripada Datuk Bandar, Datuk Abidin Madingkir dalam masa terdekat.

Oleh : RAHMAN IBRAHIM (sabahkini)

Tiada ulasan:

Pengikut