Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah |
MEMORANDUM BANTAHAN TERHADAP PENJUALAN PULAU-PULAU MENTUKOD, MENGALUM DAN PANDANAN Posted: 05 Oct 2011 03:18 AM PDT MEMORANDUM BANTAHAN TERHADAP PENJUALAN PULAU-PULAUMENTUKOD, MENGALUM DAN PANDANAN DEWAN PEMUDA PASNEGERI SABAH (DPPNS) mengalu-alukan jawapanyang dikemukakan oleh Pengarah JabatanTanah dan Ukur Sabah, Datuk Osman Jamal berkaitan isu penjualan Pulau-pulauMontukod,Mengalum dan Pandanan (rujuk: http://www.theborneopost.com/2011/09/24/no-application-for-sale-of-islands-%E2%80%93-director). Namun DPPNS berpendapat ia masihmendatangkan kekeliruan dan tidak dapat memberikan gambaran penyelasaian yangkonkrit bagi memastikan hak dan khazanah negeri Sabah terus terpelihara. Timbul persoalan, bagaimana dengan mudahnya berlakupertukaran tanah atau "land swap" antara KementerianPertanian dan Industri Makanan dengan Pemaju yang hanya dikenali sebagai Wisma Pertanian terhadap Pulau Mengalumsedangkan ia terletak di Zon Ekonomi Ekslusif (ZEE) sangat bernilai yang kinitelah menjadi tarikan pelancongan. Transaksi ini sebenarnya telah menyebabkankerajaan kerugian jutaan ringgit di samping kehilangan khazanah yang sangatbernilai. Nyatakan Siapa Syarikat Pemaju Wisma Pertanian! Siapakah individuyang bertanggungjawab di sebalik Syarikat tersebut! Bagaimana pula Pulau Pandanan boleh ditukar hakmilikkepada individu tertentu yang mempunyai keistimewaan untuk menjual pulauberkenaan di pasaran antarabangsa sedangkan pemilik waris yang mempunyai hakNCR di Pulau Pendanan Kecil, DatuPangeran Ahmad bin Datu Ali Alam, menyangkal bahawa tiada waris mengambiltindakan menjual Pulau demikian. (rujuk: http://www.sabahkini.net/index.php?option=com_content&view=article&id=8524:osman-jamal-berbohong-dan-berniat-jahat&catid=69:tanah-adat&Itemid=75). Nyatakan siapakah individu terbabit.Jika urusniaga terbabit dibuat tanpa autoriti pihak terbabit maka ini bolehdianggap sebagai pencabulan terhadap hak pulau tersebut. DPPNS juga ingin mendapat penjelasan bagaimana PulauMontukod dan Pandanan yang memiliki status Native Title (NT) boleh dijual diPasaran Antarabangsa sedangkan kebenaran hanya untuk aktiviti pertanian. Jika penganugerahan status CL tersebut bertujuanmembangunkan industri pelancongan di Pulau Mengalum mengapa tidak sajadiserahkan saja peranan tersebut kepada Taman-Taman Sabah yang kini mengurusbeberapa pulau seperti Pulau Tiga, Pulau Sipadan, Taman Marin Tun Sakaran danPulau Sipadan tanpa melepaskan setiap inci pun pulau tersebut kepada pihakAsing. DPPNS mempersoalkan sekiranya penganugerahan pulautersebut telah dilakukan pada sebelum dari kerajaan yang ada sekarang, apatindakan yang perlu dilakukan untuk mempastikan kepentingan hak dan kepentinganbersama terjaga? Sedangkan Jabatan Tanah dan Ukur bolehmenguatkuasakan Seksyen 42,Ordinan Tanah Sabah Bab 68 bagi merampas hak tanah Adat terhadappenduduk-penduduk kampung di pedalaman, maka ia juga sepatutnya mampumenguatkuasakan undang-undang yang berada dalam ruang lingkup yang sama bagimenjaga kepentingan rakyat Sabah secara keseluruhan. Adalah memalukan jika pulauyang memiliki ratusan hektar, yang mempunyai kepentingan maritim dan kedaulatannegara di biarkan sahaja terlepas kepada Pihak Asing tanpa ada tindakan prerogatifdan bersungguh-sungguh untuk mempertahankannya. Oleh itu DPPNS mengulangi pendirian agar kerajaanmenghalang penjualan pulau-pulau tersebut memandangkan ia akan mendatangkan banyak kerugianterutama kepada khazanah berharga yang menjadi hak kepada seluruh rakyat Sabah. Lahirul Latigu Ketua Dewan Pemuda PasSabah (019-3692597) |
KENYATAAN AKHBAR DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SABAH TERHADAP PENJUALAN PULAU KEPADA PIHAK ASING Posted: 05 Oct 2011 03:10 AM PDT KENYATAAN AKHBAR DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SABAH TERHADAP PENJUALAN PULAU KEPADA PIHAK ASING Dewan Pemuda Pas Negeri Sabah terkejut dengan penjualan 3 buah pulau iaitu Pulau Mengalum yang terletak di pesisir Kota Kinabalu, Pulau Pandanan di Semporna dan Pulau Montukod di luar pesisir kimanis yang diiklankanmenerusi pusat pasaran talian terus yang berpangkalan di Toronto, Kanada. Jesteru Dewan Pemuda Pas Negeri Sabah amat kesal dengan pengakuan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur negeri, Datuk Osman Jamal yang menyatakan kerajaan tidak boleh menghalang penjualan Pulau-pulau tersebut kerana ianya adalah hakmilik persendirian. Persoalannya bagaimana pulau-pulau sedemikian begitu mudah dimiliki oleh segelintir individu tertentu sedangkan ia merupakan khazanah berharga Sabah yang seharusnya dipulihara, yang boleh dijadikan sebagai tarikan pelancongan. Dewan Pemuda Pas juga hairan bagaimana Jabatan Tanah dan Ukur boleh dengan begitu mudah memberikan kelonggaran kepada individu tertentu untuk memiliki sebuah pulau sedangkan dalam masa yang sama Jabatan ini juga yang melakukan perampasan terhadap Hak Tanah Adat yang menyaksikan begitu ramai penduduk kampung yang tinggal di pedalaman diusir, ditangkap dan didakwa seperti laporan Suhakam yang menyatakan bahawa Sabah mencatat aduan tertinggi pencabulan tanah adat sebanyak 824 kes atau 82.4% antara tahun 2002 hingga suku pertama tahun 2011. Jika Jabatan Tanah dan Ukur boleh menguatkuasakan Seksyen 42, Ordinan Tanah Sabah Bab 68 bagi merampas hak tanah Adat terhadap penduduk-penduduk kampung di pedalaman, maka ia juga sepatutnya boleh menguatkuasakan undang-undang yang sama bagi menjaga kepentingan rakyat sabah. Begitulah juga apabila kerajaan bersungguh-sungguh mempertahankan Pulau Sipadan dan Ligitan daripada tuntutan negara Jiran sedangkan bersikap dingin dan berlepas tangan terhadap penjualan 3 buah pulau ini dari terlepas kepada pihak asing. Seluruh dunia kini menyaksikan perebutan pulau-pulau bagi memastikan sesebuah negara dapat meluaskan kawasan pesisir dan sempadannya. Tidak mustahil pembelian pulau ini akan membolehkan negara Asing dengan mudah memperluaskan kedudukan strategik mereka. Jesteru Dewan Pemuda Pas Sabah mendesak supaya kerajaan Sabah menghalang urusniaga penjualan tersebut memandangkan ia akan memberi kerugian kepada khazanah berharga yang menjadi hak kepada seluruh rakyat Sabah. Dedahkan siapa pemilik pulau-pulau tersebut yang begitu tamak sanggup menjual sebahagian dari tanahair sendiri dan siasat juga bagaimana mudahnya mereka ini memperolehi tanah seluas pulau! LAHIRUL B. LATIGU KETUA DEWAN PEMUDA PAS SABAH |
You are subscribed to email updates from Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan