AIDCNews -04/10/11 – Mohd Najwan Halimi yang dikatakan saksi misteri kes liwat II, Datuk Seri Anwar Ibrahim
bukanlah saksi kredibel sepertimana yang cuba dibayangkan oleh pasukan peguam bela Anwar sebelum ini. Ketika disoal balas oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, dalam prosiding hari ini,
Najwan mengaku beliau pernah berkhidmat dengan ADUN PKR, Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dan dengan Kementerian Pengangkutan dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebelum ini. Najwan pernah
berkhidmat dalam jabatan kerajaan di Kementerian Pengangkutan (MOT), namun difahamkan dia pernah dikenakan tindakan disiplin dan dipecat dari jabatan itu kerana melanggar tatasusila sebagai penjawat awam. Apa pula yang berlaku di UiTM sehingga Najwan berpindah kerja di tempat lain ?
Difahamkan Najwan juga adalah anak kepada
seorang 'individu penting' yang masih berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan. Blogger Dr Novandri bertanya benarkah
Dato' Halimi Abdul Manaf, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah bapa Najwan ? Apabila ditamatkan perkhidmatan di MOT, Najwan ditawarkan perkhidmatan secara kontrak di Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor khusus untuk membantu Anwar.
Seperti diramalkan, kehadiran Najwan adalah untuk membuktikan Mohd Saiful adalah penyokong BN sepertimana yang pernah ditulis di blognya, najwanhalimi.com sekitar Februari hingga Mac 2008.
Menurutnya, Mohd Saiful dilabel sebagai 'musang berbulu ayam' kerana semasa belajar terlibat aktif dalam kepimpinan pelajar pro-kerajaan, tetapi selepas tamat belajar bekerja pula dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.
Ketika sama-sama menuntut di UNITEN, Najwan dikatakan mencemburui Mohd Saiful kerana pemuda itu berjaya mendekati Anwar berbanding dengan dirinya.
Sedangkan, rekod penglibatannya bersama Anwar sejak dari zaman pelajar lagi, iaitu terlibat dalam Kelab Anwar Ibrahim (AIC) dan turut aktif dalam aktiviti badan pemikir Anwar, Institut Kajian Dasar (IKD).
Dalam mahkamah hari ini, Najwan membangkitkan isu laman sosial Friendster milik Mohd Saiful sekitar Februari hingga Mac yang dikatakan banyak bergambar dengan pemimpin BN, termasuk Syed Hamid Albar, Mustapa Mohamed dan Azalina Said Othman.
Ketika disoal balas Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, Najwan bersetuju dengan cadangan pihak pendakwa bahawa bukan suatu perkara yang pelik apabila pemimpin pelajar bergambar dengan tokoh-tokoh politik kerana itu merupakan trend biasa dalam budaya kepimpinan pelajar.
Mohd Yusof: Apa perlunya kamu untuk menghantar mel elektronik kepada Anwar? Mohd Najwan: Saya berasakan Mohd Saiful tidak sesuai bekerja dengan Anwar.
Mohd Yusof: Kamu rasakan kamu lebih layak kerja dengan Anwar? Mohd Najwan: Saya tidak rasa begitu. Selepas dia kerja dengan Anwar, dia masih berkempen untuk BN sedangkan dia pusing satu negara dengan Anwar. Beliau juga pada keterangannya mengakui adalah sesuatu yang normal jika seseorang suka mengambil gambar bersama menteri di dalam sesuatu majlis.
Najwan dikatakan mempunyai pertalian persaudaraan dengan Muhamad Rahimi Osman, individu yang membawa masuk Mohd Saiful bekerja dengan Anwar.
saksi dari pejabat Anwar ...memang penipu la !
Menurut pengakuan bersumpah Muhamad Rahimi yang pernah disiarkan
Selangordaily pada 7 Oktober 2010, dia berjumpa Mohd Saiful ketika berkempen di Kelana Jaya, sebelum Pilihanraya Umum ke-12 (PRU 12).
"Semasa berkempen di Kelana jaya, saya terserempak dengan rakan sekolah saya, Saiful Bukhari bin Mohd Azlan. Kami bertanya khabar dan saya tanya kepada dia apa yang dia lakukan di sini, saya dengar dia menyokong BN di Facebook. Dia menjawab,"aku dah fed-up dengan side sana.
Menurut Rahimi, Mohd Saiful adalah penyokong Anwar sejak dari sekolah lagi kerana pengaruh arwah emaknya, bekas pelajar Yayasan Anda dan sering mengikuti arwah berdemonstrasi di jalanraya membela Anwar pada tahun 1998.
Katanya lagi sejak pertemuan itu, dia mengajak Mohd Saiful datang ke pejabat Ketua Umum PKR yakni pejabat Anwar di Seksyen 16, Petaling Jaya, kerana ketika itu PKR memerlukan sukarelawan untuk membantu PRU 12.
"Kami berbual di dalam bilik mesyuarat di pejabat tersebut. Kemudiannya Anwar masuk dan saya perkenalkan dia kepada Saiful. Dia (Anwar) berborak sebentar dengan Saiful dan kemudiannya kami terus berbincang mengenai kempen-kempen PRU 12.
"Semasa PRU 12, Saiful ditugaskan untuk membantu saya. Dia membantu saya untuk memasukkan jadual yang saya sudah buat ke dalam komputer dan menghantar kepada petugas-petugas PRU 12 yang berkenaan", katanya.
Menurutnya, walaupun dinamakan tenaga sukarelawan, namun tenaga itu tidak bekerja secara percuma, sebaliknya diberikan bayaran-bayaran tertentu.
"Hari-hari terakhir PRU 12, Anwar memberikan RM4000 kepada saya dan menyuruh saya memberikan RM2000 kepada Shafiq (salah seorang pembantu sukarela) dan RM2000 kepada Saiful. Saya serba salah, (kerana) Shafiq telah membantu selama 3 bulan tanpa sebarang bayaran, tetapi Saiful cuma baru membantu selama beberapa hari sahaja (terus dibayar jumlah yang sama).
Katanya selepas selesai PRU 12, Saiful tidak kerap lagi datang ke pejabat Anwar kerana menganggap tugasnya sebagai sukarelawan telah selesai.
"Selesai PRU 12, Saiful cuma datang ke pejabat sekali sekala mengikut waktunya sendiri kerana dia menganggap bahawa dia cuma staff separuh masa atau sukarelawan sahaja di pejabat itu. Saya menguruskan semua jadual DSAI seorang diri. DSAI meminta dan menekan saya untuk memanggil Saiful semula ke pejabat sebagai staff tetap.
"Saya buat sepertimana yang disuruh. Saya berjumpa dengan Saiful dan memintanya datang ke pejabat untuk bekerja sepenuh masa. Saiful beritahu saya dia serba salah kerana dia pernah kenal rapat dengan Khairil Anas, Pegawai Khas Dato' Seri Najib. Khairil Anas membantu Saiful dengan memberikan surat sokongan untuk Saiful meminta biasiswa sekolah penerbangan. Saiful takut dia akan dilabel sebagai agen dan perisik memandangkan ada beberapa orang rakan lama Saiful yang berkhidmat secara sukarelawan dalam PKR tidak senang melihat Saiful rapat dengan pejabat Anwar", katanya.
Menurut Rahimi, isu Mohd Saiful dituduh sebagai musang berbulu ayam sudah diketahui oleh Anwar sejak dari awal lagi, sebelum ditawarkan jawatan tetap di pejabat Ketua Umum itu.
"Malam tersebut, dalam perjalanan ke KLIA untuk menghantar Anwar ke luar negara, saya telah menceritakan masalah Saiful kepada Anwar, termasuk berkenaan hubungan rapat Saiful dengan salah seorang staff Dato' Seri Najib" katanya
Menurutnya semasa dia memberitahu latar belakang Mohd Saiful itu, dia berada satu kereta dengan Anwar, manakala Mohd Saiful yang turut serta mengiringi perjalanan menghantar Ketua Umum itu menaiki kereta lain.
"Anwar nampaknya langsung tidak kisah dengan cerita dan keadaan Saiful. Sampai di KLIA beliau cuma bergurau dengan Saiful dengan berkata, 'you (Saiful) baik-baik nanti boleh kena bom.'
"Anwar terus meminta Saiful berkhidmat di pejabat seperti biasa dan Saiful bersetuju. Semasa dalam pejabat, Anwar sering memanggil Saiful masuk ke dalam biliknya untuk berbual-bual. Saya pelik kerana jarang staff-staff yang lain mendapat layanan yang begitu mesra daripada Anwar. Walaupun baru sahaja kenal, Anwar nampaknya sangat akrab dengan Saiful", katanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan