ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG Posted: 07 Dec 2010 03:34 AM PST SALAM MAAL HIJRAH DARI AMK PARIT SULONG Posted: 06 Dec 2010 08:08 AM PST Hari ini umat islam di seluruh dunia akan menyambut Maal Hijrah. Hari yang mulia ini telah disambut oleh rakyat di Malaysia sejak bertahun lamanya akan tetapi adakah kita benar-benar faham akan maksud Maal Hijrah?. Hijrah bermula dari peristiwa perpindahan umat Islam dari Mekah ke Madinah dipimpin oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Peristiwa ini terjadi apabila tindakan Rasulullah untuk menyebarkan ajaran agama Islam mendapat tentangan daripada kaum Arab Quraisy lalu Baginda dan pengikut-pengikutnya berhijrah ke Madinah(Yathrib) dalam usaha untuk menyebarkan agama Islam. Di Madinah, penghijrahan Baginda mendapat sambutan yang menggalakkan oleh kaum Ansar dan di situlah berkembangnya agama Islam.
Namun di Parit Sulong kebanyakan masyarakat Islam seolah-olah takut untuk melakukan "penghijrahan". Penghijrahan yang dimaksudkan ialah penghijrahan politik. Mereka takut untuk berhijrah dari UMNO yang selama ini menidakkan masyarakat di Parit Sulong berkata benar dalam menuntut hak seadilnya. Mereka lebih rela untuk duduk diam membisu dan terus membiarkan ketidakadilan berlaku di depan mata mereka. Masyarakat di Parit Sulong beranggapan sekiranya mereka terlibat dalam menyokong pembangkang, mereka akan disisihkan dan hak mereka akan diabaikan.
Kami, Angkatan Muda KeADILan Bahagian Parit Sulong akan berusaha untuk meneruskan membawa janji-janji Dato' Seri Anwar Ibrahim bahawa hak-hak semua masyarakat di Parit Sulong ditunaikan dengan seadilnya dan akan membawa perubahan yang lebih baik untuk masyarakat di Parit Sulong. Selaras dengan motto Parti KeADILan Rakyat, keadilan untuk semua. Dengan ini kami Angkatan Muda KeADILan Bahagian Parit Sulong berharap agar masyarakat di Parit Sulong supaya dapat membuka minda untuk menentukan hala tuju yang membawa kebaikan, membuka mata agar dapat membezakan pekara-pekara yang benar atau salah dan membuka hati dalam menilai jatidiri seseorang pemimpin untuk memimpin mereka ke arah yang lebih baik sesuai dengan maksud hijrah.
Selamat menyambut Maal Hijrah daripada Angkatan Muda KeADILan Bahagian Parit Sulong kepada semua masyarakat Islam di kawasan Parlimen Parit Sulong.
| |
Suara Sri Andalas Posted: 06 Dec 2010 11:28 PM PST Dr Xavier: Rekod Buktikan Pembiayaan Pendidikan Masyarakat India Meningkat Posted: 06 Dec 2010 01:00 AM PST SHAH ALAM 6 DIS : Exco Selangor, Dr. Xavier Jayakumar mendakwa adanya usaha menjatuhkan reputasi kerajaan negeri dengan mendakwa kerajaan pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak telus dalam pengagihan biasiswa mahupun pinjaman pendidikan pelajar India di negeri ini. Menurut Dr Xavier, Pemuda MIC seharusnya membuat kajian terlebih dahulu berhubung jumlah permohonan dan pengagihan biasiswa yang diberikan Yayasan Selangor kepada masyarakat India sebelum membuat sebaran tindakan. "Ini semua amalan kurang baik untuk menarik media oleh pihak tertentu dalam usaha memburukkan pentadbiran Kerajaan Negeri di mata rakyat," demikian kata Dr Xavier. Kira-kira jam 11.00 pagi tadi, Pergerakan Pemuda MIC yang dipimpin oleh Setiausahanya Sivaraajh menghantar memorandum membantah diskrimisnasi terhadap pinjaman dan biasiswa terhadap pelajar India oleh Kerajaan Negeri. Memorandum tersebut mendakwa hanya tiga orang pelajar India sahaja menerima pinjaman pendidikan oleh kerajaan negeri pada tahun ini menerusi Yayasan Selangor selain mendakwa pimpinan Pakatan Rakyat mengamalkan sikap pilih kasih. Namun menurut Dr Xavier, tindakan tersebut tidak ubah untuk mencari publisiti semata-mata. Bahkan katanya, rekod membuktikan ketika zaman pemerintahan MIC dahulu, nasib anak-anak kaum India lebih dipinggirkan berbanding kini. "Ini semua satu cara untuk mendapat publisiti disurat khabar dan sebagainya." "Tetapi kalau kita melihat kepada sejarah, berapa pelajar yang mendapat bantuan biasiswa semasa zaman pemerintahan MIC dahulu? Ketika itu pelajar India ramai yang tidak dapat, di Universiti pun pelajar India tidak mendapat tempat, sekarang sahaja sudah meningkat," tambah Dr Xavier lagi. Dr Xavier yang juga Adun Sri Andalas ketika dihubungi Tv Selangor memberitahu kenyataan ini adalah satu tuduhan semata-mata kerana kerajaan negeri menerusi Yayasan Selangor katanya, sentiasa prihatin dalam pelakasanaan pemberian pinjaman dan biasiswa kepada anak Selangor yang mahu meneruskan pelajaran. "Semua yang terpilih kita serahkan kepada yayasan selangor untuk menguruskan bantuan." "Kita memang telah menyemak isu ini, pemohon yang tertinggi adalah dari kaum Melayu, diikuti kaum India dan Cina," tambah beliau lagi. Berikut data pembahagian pembiayaan pendidikan oleh Yayasa Selangor ; Bangsa Jumlah Pemohonan Jumlah penerimaan Melayu > 1000 505 India 53 28 Cina 12 12 Justeru, Dr Xavier menyeru pihak Yayasan Selangor supaya menghebahkan laporan sebenar untuk maklumat semua pihak termasuk rakyat agar tidak berlaku salah faham sehingga dimanipulasi untuk menjatuhkan imej kerajaan negeri Pakatan Rakyat. "Apa yang Yayasan Selangor perlu buat ialah mendedahkan kepada media tentang laporan sebenar biasiswa yang telah diberi supaya semua pihak tahu," tambah beliau lagi. Yayasan Selangor ditubuhkan 40 tahun lalu oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional untuk menyediakan peluang pendidikan kepada para pelajar miskin menerusi Rancangan Khas Pendidikan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan. Namun semasa pemerintahan kerajaan BN, ia tidak pernah diaudit selama lima tahun bermula dari tahun 2005. | |
Zulkifli Noordin Posted: 06 Dec 2010 09:22 PM PST HIJRAH Posted: 06 Dec 2010 06:43 PM PST Salam 2 all.
Hari ini Selasa 01 Muharram 1432, bersamaan dengan 07 Disember 2010, hari yang disambut oleh umat Islam sebagai mengenang peristiwa hijrah Rasulullah dari Makkah ke Madinah. Hijrah demi menyelamatkan aqidah dan syariat, bukan demi kuasa dan kedudukan! Alhamdulillah kebetulan di hari menyambut Ma'al Hijrah 1432 ini, bersamaan dengan artikel ke 1000 teman menulis dilaman www.zul4kulim.blogpspot.com. Dan teman memilih untuk mengups tentang konsep hijrah sebagai penulisan ke 1000 ini insyallah.
Rasulullah di utus membawa risalah tauhid, memperbetulkan aqidah manusia yang telah sesat. Bukan kaum musyrik tidak menyembah ALLAH, malah ALLAH adalah tuhan yang dipertuhankan mereka. Tetapi mereka mensyirikkan ALLAH dengan ketuhanan lain, menghalalkan apa yang ALLAH haramkan, mengharamkan apa yang ALLAH halalkan!
Mereka membina patung Latta wal 'Uzza dirumah ALLAH, mereka menghalalkan pembunuhan dan penghapusan anak perempuan, mereka memperdagangkan wanita, mereka menghalalkan arak, mereka mereka bersekongkol dengan Yahudi untuk menjahanamkan risalah Rasulullah, mereka mengharamkan hubungan dengan Rasulullah kerana ketaksuban kepada kesukuan dan pemimpin mereka, mereka membezakan manusia kerana taraf kedudukan dan assabiyyah kesukuan, dan mereka menolak kebenaran kerana gilakan kekuasaan dan kepimpinan.
Mereka menawarkan kepada Rasulullah wanita tercantik sebagai teman, mereka menawarkan harta kekayaan sebesar Uhud, dan mereka menawarkan Rasulullah mahkota kekuasaan. Malah mereka menawarkan Rasulullah untuk Islam dan kesyirikan hidup harmoni berganding bahu bersaling tangan. Hanya dengan satu syarat, tinggalkan perlaksanaan Islam secara syumul, tinggalkan ketauhidan hanya kepada ALLAH, pendekkata tinggalkan Islam yang sebenarnya!!
Alhamdulillah Rasulullah tidak memilih berselindung disebalik topeng siasah syara'iyyah untuk bersekongkol dengan musyrikin untuk mencapai matlamat Islam. Alhmadulillah Rasulullah tidak mengamalkan sikap "nikah dulu berbalah kemudian". Alhamdulillah Rasulullah tidak terkagum denhan kilauan kekuasaan dan kedudukan. Alhamdulillah Raulullah berpegang tegas kepada Al Quran dan perintah ALLAH. Alhamdulillah Rasulullah tidak mengiyakan mereka mencemar nama ALLAH dengan kesyirikan hanya untuk mendapat sokongan mereka. Alhamdulillah Rasulullah tidak gadaikan anak perempuan dan isterinya untuk pertaruhan kedudukan. Alhamdulillah Rasulullah tidak menangguk untuk mereka terus membina patung kesyirikan atas nama politik perpaduan. Alhamdulillah Rasulullah tidak memilih bersekongkol dengan musyrikin demi mengejar impian kekuasaan.
Sebaliknya apa jawab Raulullah! "Andai mereka memberikan matahari ditangan kanan ku, dan bulan ditangan kiriku, namun meninggalkan perjuangan Islam tidak sama sekali!". Rasulullah berpegang kepada firman ALLAH, "Tegaskanlah kepada kaafiruun itu wahai Muhammad, aku tidak sembah tuhan yang engkau sembah, engkau tidak sembah tuhan yang aku sembah, aku tidak beribadah cara engkau beribadah, engkau tidak beribadah dengan cara aku beribadah. Untuk engkaulah cara agama engkau, untuk aku cara beragama aku!!". Begitu ketegasan Rasulullah berdasarkan Al Quran dan perintah ALLAH, walaupun dari segi politik siasah syara'iyyah tindakan Rasulullah kelihatan saperti merugikan. Apa salahnya bersekongkol dulu dengan kaafirun itu, dapatkan kuasa dan kedudukan dulu, lepas itu kita sembang lain pasal Islam. Buat masa ni kita jadi setan bisu dulu. Jangan cakap pasal Islam, jangan pakai kopiah serban oun, nanti namoak macam oolitikus kolot dan kekampungan. Biar style dengan kot & tie.
Tidak, Rasulullah berpegang keopada firman ALLAH. "Kamu tidak berjumpa (wahai Muhammad dan umat Islam) akan suatu kaum (atau kumpulan atau perti) yang mengaku beriman kepada ALLAH, tetapi memilih untuk berkasihsayang dengan orang (atau kumpulan atau parti) yang menentang ALLAH dan RasulNya, sekalipun orang (atau kumpulan atau parti itu) adalah bapak-bapak mereka, atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun ahli keluarga mereka (termasuk laki atau bini mereka)". Firman ALLAH selanjutnya, "tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang menjadikan satu kaum (kumpulan atau parti) yang dimurkai ALLAH sebagai kawan? Mereka itu bukan dari golongan kamu, dan kamu oula bukan dari golongan mereka. Dan mereka bersumpah (berpakat) untuk memperkuatkan poembohongan mereka, sedang mereka mengetahui!".
Dan Nabi saw berpegang kepada amaran ALLAH, "Syaitan telah meguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa mengingati ALLAH (termasuk lupa kepada perjuangan Islam), mereka itulah golongan syaitan. Ketahuilah bahawa sesungguhnya golongan syaitan itulah golongan yang merugi!". "ALLAH telah menetapkan: Aku dan rasul-rasul Ku pasti menang". "Sesungguhnya orang-orang yang menentang ALLAH dan RasulNya termasuk orang-orang yang sangat hina!" (Rujuk surah Al Mujaadilah 14-22).
Dan Rasulullah tidak menerima "Pakatan Syaitan" itu. Walaupun "Pakatan Syaitan" itu akan memberikan Rasulullah kedudukan, kekuasaan dan kekayaan. Rasulullah tidak menopengkan perjuangan Baginda disebalik gendang "siasah syara'iyyah". Rasulullah memilih untuk berhijrah. Berhijrah daripada kejahilan, kebatilan, ketaksuban dan kesyirikan kepada kebenaran, keilmuan, dan perhambaan hakiki hanya kepada ALLAH swt.
Yang baik dan hak itu datangnya dari ALLAH, yang tidak itu datangnya dari kelemahan teman sendiri. Moga ALLAH memberikan petunjuk, hidayah, istiqomah dan keampunan. Ameen ya robbal 'alameen.
Salam hijrah. Afsyussalaam..sebarkanlah salaam.
Wassalalmmu'alaikum warahmatullah wabarokaatuh.
Zulkifli Bin Noordin Selasa 01 Muharram 1432 07 Disember 2010 | |
N37 Batu Maung Posted: 06 Dec 2010 08:42 PM PST ISU KETUANAN MELAYU: JANGAN LARI DARI PERSOALAN REKOD PEMBELAAN RAKYAT TERBANYAK Posted: 06 Dec 2010 10:07 AM PST Saya merujuk kepada pelbagai kenyataan yang dibuat berkenaan isu ketuanan rakyat, terutamanya dari kalangan pimpinan Umno.
Pertamanya, saya mengucapkan tahniah kepada pimpinan Umno, PERKASA dan kaum-kerabat mereka yang tidak pernah gagal mengingatkan rakyat Malaysia bahaya politik perkauman sempit. Dalam satu minggu yang lepas, segala usaha pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak melalui kempen 1Malaysia yang menelan belanja puluhan juta ringgit menggunakan wang rakyat; hancur musnah apabila pimpinan-pimpinan Umno dan PERKASA menunjukkan kembali wajah sebenar mereka. Tidak kira berapa banyak wang yang dibayar kepada perunding antarabangsa sekalipun, budaya perkauman sempit yang dibawa oleh Umno dan Barisan Nasional tidak akan hilang kerana ia sudah menjadi sebahagian daripada darah daging mereka.
Pun begitu, saya melahirkan rasa kesal kerana Umno dan PERKASA tidak mahu berdepan dengan gagasan yang dibawa oleh KEADILAN dalam Kongres Nasional Ke-7 baru-baru ini. Gagasan tersebut, seperti yang disampaikan oleh Presiden parti Dato' Seri Dr Wan Azizah Ismail, menyentuh mengenai mekanisme terbaik untuk membela orang Melayu. Persoalan yang dilontarkan oleh Dato' Seri Dr Wan Azizah adalah mudah; iaitu kaedah bagaimana yang boleh menjamin kelangsungan dan darjat orang Melayu yang akan dihormati dan bermaruah, dalam kerangka masyarakat pelbagai kaum yang ada di Malaysia dan arus globalisasi yang deras meninggalkan kita?
Kaedah sedia ada dibawa oleh Umno – iaitu mengabui mata rakyat mengenai hak mereka (melalui Umno) untuk terus berkuasa tidak kira prestasi mereka dan kebajikan rakyat keseluruhannya, terutamanya nasib orang Melayu. Konsep "Ketuanan Melayu" yang dilaungkan secara terbuka dan dibisikkan secara senyap ini oleh BTN dan agensi-agensi lain, menakut-nakutkan orang Melayu bahawa perubahan kerajaan kepada pakatan politik yang lain akan menyebabkan orang Melayu hilang kuasa. Apabila orang Melayu hilang kuasa, maka nasib orang Melayu akan terjejas dan akan tertindas.
Sebab itu, saya menganggap bahawa tindakan Umno dan PERKASA mengheret institusi Raja-Raja Melayu dengan mentaklikkan "Ketuanan Melayu" sebagai "Ketuanan Sultan" adalah satu tindakan yang bacul di pihak Umno dan PERKASA. Mereka tidak mampu berdepan dengan persoalan penting membicarakan kaedah terbaik membela orang Melayu terbanyak seperti yang ditimbulkan KEADILAN, lalu mereka cuba menggunakan institusi Raja-Raja Melayu. Tindakan seperti inilah sebenarnya yang menghina institusi Raja-Raja Melayu kerana ia tidak menghormati kedudukan Raja-Raja Melayu yang memayungi seluruh rakyat jelata tidak mengira kaum, agama dan pegangan politik.
Namun, tindakan Umno dan PERKASA itu bukanlah perkara baru. Rekod mereka mencalarkan kedudukan institusi Raja-Raja Melayu di mata rakyat sudah diketahui umum. Krisis-krisis perlembagaan yang melemahkan institusi Raja-Raja Melayu dalam tahun 1983 dan 1993 dicetuskan oleh Umno. Lebih malang, dalam kedua-dua siri krisis perlembagaan yang disusun oleh Umno itu, berlaku serangan-serangan yang bertujuan mengaibkan Raja-Raja Melayu dalam akhbar-akhbar dan media milik mereka. Ada beza yang besar diantara cakap-cakap seorang dua rakyat jelata yang dituduh mempersoalkan kedudukan Raja-Raja Melayu, dengan satu gerakan tersusun yang dilaksanakan secara besar-besaran oleh sebuah parti politik yang mengaku mempertahankan Ketuanan Melayu.
Saya beri amaran supaya Umno dan PERKASA jangan lagi cuba memfitnah KEADILAN dan Pakatan Rakyat dalam perkara ini. Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang diluluskan pada 19 Disember 2009, secara jelas mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputra dan institusi raja berpelembagaan.
Ini dinyatakan dalam Fasal 1 Perkara a(i) "Pakatan Rakyat akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153"; dan Fasal 1 Perkara a(ii) "Pakatan Rakyat akan mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berpelembagaan".
Makanya, KEADILAN ingin membawa kembali polemik "Ketuanan Melayu" ini kepada perkara dasar yang diulas oleh Dato' Seri Dr Wan Azizah Ismail – iaitu wacana kaedah terbaik untuk melahirkan anak bangsa Melayu yang beriman, boleh berdikari, berprinsip dan berdaya juang supaya mereka kekal bermaruah dalam kerangka masyarakat pelbagai kaum di negara ini dan arus globalisasi mutakhir.
Apakah kaedah Umno yang memperkecilkan kebolehan anak Melayu, dengan menakut-nakutkan mereka dan menimbulkan rasa curiga terhadap semua yang bukan Melayu, akan berjaya melahirkan anak bangsa Melayu yang bermaruah?
Apakah "Ketuanan Melayu" yang berpaksikan kepada sistem kroni dan mendokong rasuah dengan menghamburkan kekayaan negara kepada beberapa kroni rapat Umno (tanpa mengira kaum) akan melahirkan golongan peniaga Melayu yang berdaya maju? Apakah budaya rasuah yang berleluasa di dalam Umno akan menjamin kedudukan istimewa orang Melayu tidak akan dijual suatu hari nanti?
Apakah anak bangsa Melayu yang membesar dengan perasaan curiga akan dapat mengambil pendekatan positif menunggang arus globalisasi untuk menjadi pemimpin antarabangsa?
Persoalan yang dibawa oleh KEADILAN adalah persoalan jatidiri dan kaedah terbaik membina jatidiri tersebut. Kaedah "Ketuanan Melayu" yang dibawa oleh Umno dan PERKASA bukan sahaja terbukti gagal membina jatidiri orang Melayu, malah menyebabkan kebajikan rakyat terbanyak (terutamanya golongan berpendapatan rendah yang majoritinya orang Melayu) terabai.
Sehingga kini, selepas 3 dekad "Ketuanan Melayu", 75% dari bilangan keluarga yang pendapatan isi rumahnya di bawah RM2,000 adalah orang Melayu. Golongan ini jugalah yang dikategorikan sebagai golongan 40% paling miskin di Malaysia, seperti yang dihuraikan Perdana Menteri sendiri dalam Rancangan Malaysia Ke-10.
Selepas 3 dekad "Ketuanan Melayu", rakyat terbanyak juga yang dibebankan dengan pemotongan subsidi sedangkan subsidi korporat sebanyak RM19 bilion setahun (dalam bentuk subsidi gas kepada penjana bebas) tidak disentuh. Umno dan PERKASA tidak melahirkan sedikit keluhan pun apabila bantuan kepada rakyat termiskin, yang rata-ratanya orang Melayu ditarik setiap enam bulan untuk menampung perbelanjaan boros kerajaan membayar perunding antarabangsa, sedangkan tidak ada satu mekanisme pun diperkenalkan untuk menyalurkan kembali rasionalisasi subsidi kepada golongan termiskin ini.
Justeru, KEADILAN yakin bahawa polemik "Ketuanan Melayu" ini adalah benteng terakhir Umno dan PERKASA yang kian rapuh dan ditolak rakyat. Demi melahirkan Malaysia yang majmuk, mengamalkan toleransi dan berdaya saing, KEADILAN akan konsisten membawa gagasan Ketuanan Rakyat melalui bangsa yang bermaruah – kerana kami yakin gagasan ini tidak dapat dijawab oleh Umno dan PERKASA.
YB SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL SETIAUSAHA AGONG KEADILAN | |
Anwar Ibrahim Posted: 06 Dec 2010 08:33 PM PST Khir Toyo Hanya 1% Dari Kes Jerung Posted: 06 Dec 2010 06:05 PM PST Dari Harakah Anggota Jawatankuasa Khas SPRM, Salahudin Ayub mendakwa, pendakwaan ke atas Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo hanya satu peratus daripada keseluruhan kes berprofil tinggi yang ada. Katanya, biarpun beliau mengalu-alukan pendakwaan oleh pihak Peguam Negara itu, namun rakyat tidak mudah untuk berasa teruja dengan tindakan itu. Ini kerana, negara mempunyai pengalaman sewaktu Tun Abdullah Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri apabila dua kes berprofil tinggi yang didakwa di mahkamah, akhirnya digugurkan apabila menjelang pilihan raya. “Ini satu peratus dari keseluruhan kes berprofil tinggi yang ada. “Kita ada pengalaman zaman Mr Clean (Tun) Abdullah Ahmad Badawi menangkap Eric Chia dan Kasitah Gadam, tetapi kes berprofil tinggi itu digugurkan bila berlaku pilihanraya,” katanya yang juga Naib Presiden PAS. Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan ke atas Khir Toyo, yang juga bekas Menteri Besar Selangor, yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas tuduhan rasuah. Selain Khir, seorang lagi yang didakwa adalah Pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Haryoni. “Saya harapkan satu perbicaraan adil dan telus, itu sahaja. Apa yang berlaku pada Khir Toyo ini jangan terhenti di sini sahaja. “Kita bimbang ini juga trend sama berlaku sekarang,” kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu. Dalam pendakwaan hari ini, kedua-dua tertuduh tidak mengaku bersalah. Khir Toyo, 45, didakwa berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah rumah mewah di Seksyen 7, Shah Alam. Beliau mengaku tidak bersalah ketika tuduhan itu dibaca di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh. Beliau didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta. Khir Toyo didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007. Adun Sungai Panjang merangkap Ketua Pembangkang Dun Selangor itu didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. | Isu Ketuanan Melayu: Jangan Lari Dari Persoalan Rekod Pembelaan Rakyat Terbanyak Posted: 06 Dec 2010 05:54 PM PST Saya merujuk kepada pelbagai kenyataan yang dibuat berkenaan isu ketuanan rakyat, terutamanya dari kalangan pimpinan Umno. Pertamanya, saya mengucapkan tahniah kepada pimpinan Umno, PERKASA dan kaum-kerabat mereka yang tidak pernah gagal mengingatkan rakyat Malaysia bahaya politik perkauman sempit. Dalam satu minggu yanglepas, segala usaha pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak melalui kempen 1Malaysia yang menelan belanja puluhan juta ringgit menggunakan wang rakyat; hancur musnah apabila pimpinan-pimpinan Umno dan PERKASA menunjukkan kembali wajah sebenar mereka. Tidak kira berapa banyak wang yang dibayar kepada perunding antarabangsa sekalipun, budaya perkauman sempit yang dibawa oleh Umno dan Barisan Nasional tidak akanhilang kerana ia sudah menjadi sebahagian daripada darah daging mereka. Pun begitu, saya melahirkan rasa kesal kerana Umno dan PERKASA tidak mahu berdepan dengan gagasan yang dibawa oleh KEADILAN dalam Kongres Nasional Ke-7 baru-baru ini. Gagasan tersebut, seperti yangdisampaikan oleh Presiden parti Dato' Seri Dr Wan Azizah Ismail, menyentuh mengenai mekanisme terbaik untuk membela orang Melayu. Persoalan yang dilontarkan oleh Dato' Seri Dr Wan Azizah adalah mudah; iaitu kaedah bagaimana yang boleh menjamin kelangsungan dan darjat orang Melayu yang akan dihormati dan bermaruah, dalam kerangka masyarakat pelbagai kaum yang ada di Malaysia dan arus globalisasi yang deras meninggalkan kita? Kaedah sedia ada dibawa oleh Umno – iaitu mengabui mata rakyat mengenai hak mereka (melalui Umno) untuk terus berkuasa tidak kira prestasi mereka dan kebajikan rakyat keseluruhannya, terutamanya nasib orang Melayu. Konsep "Ketuanan Melayu" yang dilaungkan secara terbuka dan dibisikkan secara senyap ini oleh BTN dan agensi-agensi lain, menakut-nakutkan orang Melayu bahawa perubahan kerajaan kepada pakatan politik yang lain akan menyebabkan orang Melayu hilang kuasa. Apabilaorang Melayu hilang kuasa, maka nasib orang Melayu akan terjejas dan akan tertindas. Sebab itu, saya menganggap bahawa tindakan Umno dan PERKASA mengheretinstitusi Raja-Raja Melayu dengan mentaklikkan "Ketuanan Melayu" sebagai "Ketuanan Sultan" adalah satu tindakan yang bacul di pihak Umno dan PERKASA. Mereka tidak mampu berdepan dengan persoalan penting membicarakan kaedah terbaik membela orang Melayu terbanyak seperti yang ditimbulkan KEADILAN, lalu mereka cuba menggunakan institusi Raja-Raja Melayu. Tindakan seperti inilah sebenarnya yang menghina institusi Raja-Raja Melayu kerana ia tidak menghormati kedudukan Raja-Raja Melayu yang memayungi seluruh rakyat jelata tidak mengira kaum, agama dan pegangan politik. Namun, tindakan Umno dan PERKASA itu bukanlah perkara baru. Rekod mereka mencalarkan kedudukan institusi Raja-Raja Melayu di mata rakyat sudah diketahui umum. Krisis-krisis perlembagaan yang melemahkan institusi Raja-Raja Melayu dalam tahun 1983 dan 1993 dicetuskan oleh Umno. Lebih malang, dalam kedua-dua siri krisis perlembagaan yang disusun oleh Umno itu, berlaku serangan-serangan yang bertujuan mengaibkan Raja-Raja Melayu dalam akhbar-akhbar dan media milik mereka. Ada beza yang besar diantara cakap-cakap seorang dua rakyat jelata yang dituduh mempersoalkan kedudukan Raja-Raja Melayu, dengan satu gerakan tersusun yang dilaksanakan secara besar-besaran oleh sebuah parti politik yang mengaku mempertahankan Ketuanan Melayu. Saya beri amaran supaya Umno dan PERKASA jangan lagi cuba memfitnah KEADILAN dan Pakatan Rakyat dalam perkara ini. Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang diluluskan pada 19 Disember 2009, secara jelas mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputra dan institusi raja berpelembagaan. Ini dinyatakan dalam Fasal 1 Perkara a(i) "Pakatan Rakyat akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153"; dan Fasal 1 Perkara a(ii) "Pakatan Rakyat akan mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berpelembagaan". Makanya, KEADILAN ingin membawa kembali polemik "Ketuanan Melayu" ini kepada perkara dasar yang diulas oleh Dato' Seri Dr Wan Azizah Ismail – iaitu wacana kaedah terbaik untuk melahirkan anak bangsa Melayu yang beriman, boleh berdikari, berprinsip dan berdaya juang supaya mereka kekal bermaruah dalam kerangka masyarakat pelbagai kaum di negara ini dan arus globalisasi mutakhir. Apakah kaedah Umno yang memperkecilkan kebolehan anak Melayu, dengan menakut-nakutkan mereka dan menimbulkan rasa curiga terhadap semua yang bukan Melayu, akan berjaya melahirkan anak bangsa Melayu yang bermaruah? Apakah "Ketuanan Melayu" yang berpaksikan kepada sistem kroni dan mendokong rasuah dengan menghamburkan kekayaan negara kepada beberapa kroni rapat Umno (tanpa mengira kaum) akan melahirkan golongan peniaga Melayu yang berdaya maju? Apakah budaya rasuah yang berleluasa di dalam Umno akan menjamin kedudukan istimewa orang Melayu tidak akan dijual suatu hari nanti? Apakah anak bangsa Melayu yang membesar dengan perasaan curiga akan dapat mengambil pendekatan positif menunggang arus globalisasi untuk menjadi pemimpin antarabangsa? Persoalan yang dibawa oleh KEADILAN adalah persoalan jatidiri dan kaedah terbaik membina jatidiri tersebut. Kaedah "Ketuanan Melayu" yang dibawa oleh Umno dan PERKASA bukan sahaja terbukti gagal membina jatidiri orang Melayu, malah menyebabkan kebajikan rakyat terbanyak (terutamanya golongan berpendapatan rendah yang majoritinya orang Melayu) terabai. Sehingga kini, selepas 3 dekad "Ketuanan Melayu", 75% dari bilangan keluarga yang pendapatan isi rumahnya di bawah RM2,000 adalah orang Melayu. Golongan ini jugalah yang dikategorikan sebagai golongan 40% paling miskin di Malaysia, seperti yang dihuraikan Perdana Menteri sendiri dalam Rancangan Malaysia Ke-10. Selepas 3 dekad "Ketuanan Melayu", rakyat terbanyak juga yang dibebankan dengan pemotongan subsidi sedangkan subsidi korporat sebanyak RM19 bilion setahun (dalam bentuk subsidi gas kepada penjana bebas) tidak disentuh. Umno dan PERKASA tidak melahirkan sedikit keluhan pun apabila bantuan kepada rakyat termiskin, yang rata-ratanya orang Melayu ditarik setiap enam bulan untuk menampung perbelanjaan boros kerajaan membayar perunding antarabangsa, sedangkan tidak ada satu mekanisme pun diperkenalkan untuk menyalurkan kembali rasionalisasi subsidi kepada golongan termiskin ini. Justeru, KEADILAN yakin bahawa polemik "Ketuanan Melayu" ini adalah benteng terakhir Umno dan PERKASA yang kian rapuh dan ditolak rakyat. Demi melahirkan Malaysia yang majmuk, mengamalkan toleransi dan berdaya saing, KEADILAN akan konsisten membawa gagasan Ketuanan Rakyat melalui bangsa yang bermaruah – kerana kami yakin gagasan ini tidak dapat dijawab oleh Umno dan PERKASA. YB SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL SETIAUSAHA AGONG KEADILAN | Kenyataan Mursyidul Am PAS: Timbalan Perdana Menteri – Patuhi Prinsip Islam Posted: 06 Dec 2010 12:03 AM PST Dari Blog Tok Guru Isu pembahagian harta pusaka biasanya hanya didebatkan apabila seseorang sakit teruk atau sudah meninggal dunia. Sekalipun tidak salah, namun jarang sekali isu pembahagian harta pusaka timbul dalam keadaan seseorang dalam keadaan sihat sejahtera. Demikianlah juga apabila isu perlantikan Timbalan Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menerajui negara dibangkitkan oleh media massa milik UMNO. Bagi saya, isu ini sengaja ditimbulkan oleh media berkenaan adalah tanda-tanda yang menunjukkan bahawa UMNO dan Barisan Nasional sudah sakit teruk dan tidak mempunyai harapan untuk pulih lagi. Alhamdulillah, media massa milik UMNO sendiri pun nampaknya mulai sedar saat-saat akhir hayat mereka di pentas politik Malaysia. Insya-allah, saya optimis akan tiba juga ketikanya Barisan Nasional akan digantikan oleh Pakatan Rakyat untuk menerajui Putrajaya. Berhubung isu perlantikan YB Lim Kit Siang selaku Timbalan Perdana Menteri yang kononnya dikeluarkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, sukalah untuk saya menyatakan bahawa Pakatan Rakyat tidak pernah membuat apa-apa keputusan dan tidak pernah mengadakan apa-apa perbincangan tentang hal ini. Syak saya teramat kuat bahawa permainan media telah digunakan dengan amat dahsyat di dalam memanipulasi kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apa peliknya, kerana itulah amalan pemberitaan media milik UMNO terhadap pihak lawannya. Pengalaman saya sendiri, misalnya dalam kes 'Islam plastik' yang pernah saya tuturkan di Pulau Pinang satu ketika dahulu pun pernah dilaporkan sebagai 'Islam Palestin". Salah dengar dan salah lapor atau memang disengajakan ialah satu budaya biasa dalam amalan media milik UMNO. Hari ini, isu perlantikan Timbalan Perdana Menteri ini diolah sekali lagi oleh media milik UMNO dengan begitu hebat. Lalu dijemputlah segala pemimpin-pemimpin UMNO segenap lapisan untuk memberikan ulasan. Seolah-olah UMNOlah satu-satunya parti yang mempertahankan Melayu, seolah-olah bangsa Melayu ini hanya akan berdaulat melalui keris tumpul UMNO dan seolah-olah rebah UMNO bererti rebahlah Melayu. Begitu hanyir dan busuknya 'berita sampah' yang disebarluaskan ke dalam minda masyarakat pada hari ini. Ingin saya nyatakan, pendirian saya dari dahulu hingga sekarang tidak pernah berubah bahawa bangsa tidak mempunyai sebarang nilai di dalam Islam. Allah SWT berfirman dalam al-Quran (Surah al-Hujurat ayat 13): "Sesungguhnya orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha mengenal." Justeru Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWT, melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya. Sekalipun songkok setinggi tiga jengkal di kepala, tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai sebarang nilai. Lupakah kita bahawa UMNO pernah menyerahkan kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang kepada Gerakan sekalipun UMNO yang mempunyai majoriti di Dewan Undangan Negeri? Di waktu itu, ke mana perginya ketuanan Melayu? Tersorok di dalam songkok tinggi UMNO? Ketika itu, kenapa profesor-profesor bertaraf cendikiawan diam membisu, dan kenapa pula, bila giliran DAP menjadi ketua menteri mereka sibuk mengulas ia sebagai mencabar ketuanan Melayu? Peliknya apabila Tun Dr Mahathir sendiri menggesa supaya dilupakan asal usul keturunan demi menjayakan 1Malaysia, tidak pula didesak untuk diusir keluar negara? Bukankah gesaan itu sudah melupakan asal usul keturunan, ertinya melupakan ketuanan Melayu? Apa yang penting ialah dasar, jika dasar Islam. Sesiapapun boleh menjadi pemimpin. Di Kelantan saya pernah mengeluarkan kenyataan berkali-kali bahawa Menteri Besar Kelantan boleh terdiri daripada seorang yang berbangsa Cina dengan syarat merupakan seorang muslim yang soleh. Penasihat DAP, Lim Kit Siang atau sesiapapun boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri bahkan Perdana Menteri sekalipun tidak mempunyai apa-apa halangan, syaratnya merupakan seorang muslim yang soleh. Ini prinsip Islam yang perlu dipatuhi dalam membentuk kepimpinan negara dan ummah. Seorang muslim yang soleh sekalipun bukan Melayu jauh lebih bermanfaat untuk negara ini dari seorang Melayu yang korup! TUAN GURU HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT Al-Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan. | Konvensyen BN Serlah Tekanan Najib Kemaraan PR Posted: 05 Dec 2010 11:58 PM PST Dari TV Selangor Serangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak terhadap Pakatan Rakyat menunjukkan ketua eksekutif negara itu menghadapi tekanan perasaan yang hebat. Di satu sidang akhbar di Parlimen hari ini, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata amukan Najib di persidangan Barisan Nasional menzahirkan keadaan sebenar Presiden Umno itu. Semalam, Perdana Menteri Najib menghabiskan 20 minit dari masa ucapannya menyerang Pakatan Rakyat, dan memberitahu 2,300 perwakilan Barisan Nasional bahawa Pakatan Rakyat terbabit dalam aktiviti jahat, merbahaya, dan anti-kebangsaan. “Beliau semakin terdesak, dan jelas sekali dia merasa tertekan meskipun seluruh jentera kerajaan ditujukan terhadap saya dan pimpinan Pakatan Rakyat yang lain,” “Perdana Menteri menggunakan polis, badan kehakiman dan semua media di bawah kawalannya untuk menyerang saya dan pemimpin lain secara bertubi-tubi. Tetapi dalam masa yang sama, dia merasa tertekan,” | Najib Feels Desperate And Under Siege Posted: 05 Dec 2010 11:41 PM PST From Malaysian Insider By Clara Chooi Anwar Ibrahim laughed off Datuk Seri Najib Razak's barrage of stinging attacks against the opposition yesterday, claiming it showed the prime minister was feeling "desperate" and "under siege". The opposition leader noted that Najib's insults, made during his opening speech at the Barisan Nasional (BN) convention yesterday, were not in character for the premier, saying that this was a clear sign that snap polls were around the corner. "Clearly, he is sounding more desperate and clearly, he feels under siege although the entire instruments of power in government have been directed against me and other Pakatan Rakyat (PR) leaders. "But here is a prime minister who uses the police, the judiciary and the entire media at his disposal to launch severe personal attacks against me and PR leaders. "But at the same time, he is feeling under siege," Anwar (picture) told a press conference in Parliament this morning. The PR de facto leader was responding to Najib's speech yesterday when the premier uncharacteristically delivered his hardest-hitting punches yet on his foes in PR. The prime minister had dedicated a good 20 minutes to attack the opposition, telling the over 2,300 BN delegates gathered at Wisma MCA here that PR leaders were "anti-national" and engaged in "evil activities" and "dangerous". "Be wary all, beware all, they are very dangerous. They are willing to sell just about anything, including discrediting Malaysia's name abroad. "I would like to explain here that they are anti-national. We must fight them to the end and make sure that this country will not be destroyed by their evil activities," he had said in his speech. Najib also levelled sarcastic remarks against PR's allegations of nepotism in Umno, pointing out that the opposition pact's PKR and DAP were the ones guilty of such a crime. The premier made a direct reference to Anwar, pointing out that PKR's top leadership was crowded out by the former deputy prime minister's family members. Anwar is the PKR de facto leader while his wife Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail is PKR president and the couple's daughter, Lembah Pantai MP Nurul Izzah Anwar, was recently elected a vice-president. In the DAP, Najib poked fun at the father-and-son teams of DAP adviser Lim Kit Siang and party secretary-general Lim Guan Eng and DAP chairman Karpal Singh and MP Gobind Singh by calling them a "two-family dynasty and hegemony". But Anwar scoffed at Najib's words today, pointing out that the prime minister himself had risen to power because of his father's power as the former prime minister. Najib is the eldest son of the country's second Prime Minister Tun Abdul Razak Hussein. Unlike the DAP's Lim family, Anwar said, Najib had an easy transition in his scramble for political power as he had ridden on his father's post. "Guan Eng, now the Penang Chief Minister, had moved from a grassroots leader and he suffered in the process, even imprisoned for his principles and then elected by popular mandate. "He was not just put there simply because he was the son of the prime minister to be a candidate in parliamentary elections. "So for Najib to speak like that is, to my mind, shocking," he said. Anwar also slammed Najib for accusing the opposition of being "anti-national" and questioned if the struggle to combat corruption and racism was considered "anti-national". "We even submit ourselves to the Constitution. All three parties in PR signed a declaration, committing ourselves to constitutional guarantees. "We disagree with Umno's cronyism and corruption, and although I am a Malay myself, I detest the idea of using the race card to appeal to the popular Malays while making the poor workers, the rubber tappers, feel that they are 'tuan'. And yet, the few very rich Malays squander away and amass wealth by the billions," he said, referring to the ongoing row over the concept of "Malay supremacy". He added that by rejecting the concept, it did not mean he was "anti-Malay". PAS vice-president Datuk Mahfuz Omar agreed with Anwar that Najib's latest attacks on the opposition was a clear sign that the prime minister was feeling anxious of the people's support for PR. "I thank him because indirectly, his attack on PKR and PR shows that he is sending a clear message to the people that PR is a coalition for the future of Malaysia," he said. | |
Anak Muda Kampung Nak Senang Posted: 06 Dec 2010 11:32 AM PST Mohon MB N.Sembilan arah baiki segera jalan maut PD Posted: 06 Dec 2010 03:40 AM PST Dari Blog Singalautmetro - Monday, December 6, 2010 MOHON MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN ARAH PERBAIKI SEGERA JALAN PASIR PANJANG-SUNGAI RAYA-LINGGI KITA tentu tidak mahu lebih banyak kemalangan berlaku hanya kerana keadaan jalan yang sempit dan berbelok-belok seperti yang ada kini di Kampung Bukit Tembok-Sungai Raya, Port Dickson. Cukuplah hendaknya kemalangan meragut 5 nyawa semalam dijadikan iktibar. Sehubungan itu, ada baiknya Menteri Besar Negeri Sembilan mengeluarkan arahan segera supaya jalan berkenaan diperbaiki serta merta, terutama selekoh memasuki Lorong Denak kira-kira 600 meter ke arah Bukit Tembok, selepas Klinik Kesihatan Pasir Panjang. MB mungkin boleh melihat sendiri satu perangkap maut yang sengaja dibina atas nama pembaikan jalan, sehingga Lorong Denak berkenaan tidak boleh dimasuki kenderaan dengan mudah. Di selekoh berhampiran lorong itu juga kerap berlaku kemalangan. Jangan tunggu JKKK menghantar laporan baru hendak bertindak kerana kalau masih mengamalkan sikap begitu, sehingga kiamat pejabat menteri besar tidak akan tahu apa-apa masalah yang berlaku di kampung berkenaan. Sumber : http://singalautmetro.blogspot.com/2010/12/mohon-menteri-besar-negeri-sembilan.html | |
PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN Posted: 06 Dec 2010 11:10 AM PST Dari Meja Setiausaha MPN NS Posted: 06 Dec 2010 12:41 AM PST Salam Reformasi! Setelah PKR melalui proses pemilihan selama tiga bulan, akhirnya senarai kepimpinan peringkat Cabang dan kepimpinan pusat telah diisi melalui pemilihan yang penuh episod dan pengalaman yang membentuk kematangan seluruh anggota PKR. Lebih membanggakan, Pemilihan PKR 2010 telah mencatat sejarah tersendirinya dengan PKR menjadi parti pertama di Asia malah di dunia melaksanakan pemilihan kepimpinan organisasinya melalui sistem 1 anggota 1 undi. Bagi pemilihan kali pertama ini, perkara yang harus ditegaskan adalah KEUPAYAAN dan KEMAMPUAN parti melaksanakan sistem pemilihan seumpama ini. Kelemahan dan kekurangan yang terserlah sepanjang pemilihan ini perlu dijadikan panduan serta pelajaran berguna untuk memperbaiki segala aturan dalam melaksanakan pemilihan ini seterusnya pada tahun 2013. Dalam tiap-tiap sesuatu sistem yang baru dan KALI PERTAMA dijalankan, sudah pasti adanya kelemahan dan kekurangan yang ketara. Namun itu bukan bermakna parti akan terus membiarkan ia menjadi duri yang berdarah kepada organisasi tetapi ia akan DIPERBAIKI bagi menambahbaik dan akan lebih diperkemaskan. Beberapa fakta penting ingin dinyatakan di sini sebagai bukti dinamiknya PKR melaksanakan demokrasi secara berani berbanding Umno/BN:- Bagi Pemilihan Cabang, seramai 70,000 anggota PKR daripada 400,000 keanggotaan keseluruhan telah keluar mengundi bagi memilih kepimpinan cabang masing-masing. Jika dinilai dalam angka peratusan, seramai 18% anggota yang keluar mengundi. Jika dibandingkan dengan Umno, hanya 1.7% daripada 3.4 juta ahlinya yang terlibat untuk Pemilihan Umno! Hanya 60,000 ahli Umno yang akan terlibat dalam pemilihan kepimpinannya! Ini membuktikan PKR lebih demokrasi berbanding Umno. Jika peratusan ahli Umno yang terlibat dengan pemilihan kepimpinan organisasinya sama dengan peratus keluar mengundi PKR (18%), angka yang pasti adalah 272,000 ahli Umno. Namun persoalannya, adakah Umno berani melaksanakannya??? Bagi Pemilihan Pimpinan Pusat, seramai 36,000 anggota PKR keluar mengundi memilih pimpinan pusat mereka. Memetik kata Setiausaha Agung PKR, YB Saifuddin Nasuiton Ismail hanya 0.03% daripada 3.4juta ahli Umno yang terlibat dalam memilih Presiden Umno! Dalam angkanya, HANYA 1,020 ahli Umno terlibat. Keghairahan media kawalan BN menyerang secara berterusan PKR sedikit pun tidak melemahkan semangat seluruh anggota parti. Hanya jiwa-jiwa lemah yang berjuang kerana kepentingan kuasa, nama dan mencari peluang yang kian rancak meninggalkan parti. Hakikatnya serangan tersebut telah menambahkan minat rakyat keseluruhan ingin mengetahui PKR. Terbukti permohonan keanggotaan bulan Oktober 2010, seramai 20,000 permohonan keanggotaan telah diterima oleh Ibu Pejabat PKR. Semoga dengan kepimpinan baru akan merancakkan semangat perjuangan dalam matlamat PKR menawan Putrajaya pada PRU 13 akan datang. Mari kita bersama-sama semarakkan semangat SEMBOYAN HALILINTAR KE PUTRAJAYA! | |
s Posted: 06 Dec 2010 09:52 AM PST |
Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党 Posted: 06 Dec 2010 09:21 AM PST |
PARTI KEADILAN RAKYAT CABANG SEREMBAN Posted: 06 Dec 2010 07:16 AM PST PAKATAN MUNGKIN KUASAI JOHOR, N.SEMBILAN & MELAKA Posted: 06 Dec 2010 03:25 AM PST Berita yang lewat masuk...... sedap didengar dan sedap dibaca, tetapi tidak boleh complacent. KUALA LUMPUR, 2 Dis: PAS dan Pakatan Rakyat mungkin menawan Johor, Negeri Sembilan, Melaka serta lain-lain negeri dalam pilihan raya umum akan datang. Demikian kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam temubual khas di parlimen kelmarin.
"Tidak ada suatu yang mustahil dalam dunia ini dan tidak ada kerajaan yang kekal selamanya," katanya. Menurutnya, tidak mustahil kita berjaya menguasai majoriti kerusi parlimen walaupun ia tidak mudah kerana Pakatan bertanding di padang yang tidak sama rata. "Media massa dan jentera kerajaan dikuasai oleh parti pemerintah. Namun jika dilipatgandakan usaha dan kekuatan jentera, kita mampu mendapat kemenangan," katanya. Beliau mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir yang mengatakan bahawa BN mungkin menawan kembali dua atau tiga negeri Pakatan Rakyat. "Jika beliau katakan mungkin, kita juga hendak katakan mungkin juga PAS dan Pakatan akan kuasai Johor, Negeri Sembilan dan Melaka. "Hari ini PAS sudah mempunyai dua Adun di Johor, dan sokongan rakyat juga bertambah, petanda-petanda perubahan juga sudah dilihat," ulas Ustaz Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang. Ketika mengulas kemenangan BN di Galas dan Batu Sapi baru-baru ini, Tun Dr Mahathir mengatakan ia satu isyarat perubahan kepada BN dan mereka mungkin tawan dua atau tiga negeri Pakatan. Namun bagi Abdul Hadi, kemenangan BN di Galas dan Batu Sapi bukan isyarat sokongan rakyat kepada BN sudah beralih, sebaliknya ia merupakan isyarat kepada Pakatan supaya mengemaskini jentera dan memperbaiki kelemahan. Menurut beliau, tidak dinafikan adanya kelemahan di pihak PAS dan Pakatan yang perlu diperbaiki. Dalam masa yang sama ketika menjawab soalan The Malaysian Insider, Isnin lepas sama ada PAS akan melaksanakan agenda negara Islam jika Pakatan menang, Ustaz Abdul Hadi menjawab: "Perlaksanaan Islam akan dilakukan peringkat demi peringkat, kita hendaklah faham bahawa Islam tidak boleh diterjemahkan sebagai religion kerana tidak memenuhi objektif Islam itu sendiri, sebaliknya maksud lebih tepat ialah a way of life, yang meliputi seluruh aspek kehidupan dan juga bukan Islam yang tidak dipaksa menganut Islam. "Keduanya negara kita mengamalkan sistem faderalisme, yang mana ada kuasa-kuasa negeri. Sudah tentu PAS akan kuasai negeri-negeri tertentu seperti Kedah, Kelantan seperti mana juga PKR dan DAP. Sekiranya faderalisme diamalkan dengan betul, PAS diberi peluang menunjukkan model pemerintahan Islam sebenar di negeri-negeri ini, ia dapat dilihat oleh rakyat Malaysia untuk dinilai sama ada positif atau negatif, kemudian berlakunya dialog dengan cara lebih demokratik, ini akan mengembangkan matlamat kita untuk mendirikan negara yang diterima oleh semua. "Kita tidak mahu slogan sahaja, tetapi isinya tidak Islam." | HUTANG NEGARA BERJUMLAH RM 446.7 BILLION Posted: 06 Dec 2010 03:20 AM PST Tak banyak, sikit je tu, yang kena tanggung.................RAKYAT Ini pun si kitol Donald Lim nak manipulate kan.Sumber Harakahdaily KUALA LUMPUR 3 Dis: Pakatan Rakyat mendesak Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) mendedahkan jumlah sebenar hutang negara. Menurut penyata anggaran perbelanjaan persekutuan 2010/2011, hutang negara berjumlah RM446.7 bilion. Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, jawapan Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Donald Lim Siang Chai yang meletakkan hutang dalam dan luar negara pada paras yang jauh lebih rendah, iaitu RM231 bilion adalah tidak benar. Saya pun tidak faham apa jawapan beliau. Saya rasa kita patut mendapat penjelasan kerana hutang negara menyentuh kedudukan negara di masa depan dan keupayaan kewangan negara untuk mentadbir keseluruhan kaedah-kaedah pengurusan kewangan ekonomi negara," katanya di parlimen, semalam. Sebelum itu, Azan mengemukakan soalan tambahan kepada soalan Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan prestasi hutang negara iaitu hutang-hutang negara yang langsai dan belum dibayar balik. Namun pertanyaan tersebut tidak dijawab secara khusus oleh Timbalan Menteri Kewangan itu, justeru meninggalkan tanda tanya cubaan kerajaan untuk melidungi maklumat berhubung kedudukan kewangan negara.
Azan mengambil contoh kebanyakan negara di dunia telah mula mengukur prestasi hutang berbanding pelan kewangan masa hadapan untuk menilai keupayaan pengurusan dana negara. "Ini adalah satu insiden yang agak malang kerana maklumat hutang negara telah diberi angka yang cukup menyeleweng. Kita tidak rasa penting kalau angka itu berbeza 10 hingga 15 peratus tapi angka yang diberi 100 peratus lebih rendah," katanya.
Tambahnya lagi, kesan kekeliruan akan mengakibatkan reaksi pasaran berlaku serta merta ketika negara sedang memberi tumpuan kepada unjuran Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) justeru tidak memilih sama ada Umno atau Pakatan Rakyat.
Dalam pada itu Yusmadi Yusof (PKR-Balik Pulau) menegaskan Pakatan Rakyat tidak teragak-agak untuk membawa perkara percanggahan maklumat ke tengah mengikut aturan 36(12) yang boleh mendakwa menteri mengelirukan dewan.
"Kalau tidak serius beliau boleh secara terbuka betulkan. Tetapi kalau beliau serius dan benda itu direkodkan, saya rasa itu bahaya. Yang lebih penting ada impak kepada bajet dan kita bahas di atas angka yang salah," katanya.
| KHIR TOYO MENGAKU TIDAK BERSALAH DIDAKWA BERHUBUNG PEMILIKAN DUA LOT BANGLO MEWAH Posted: 06 Dec 2010 02:57 AM PST Adakah ini satu lagi pementasan teater oleh Najib Up Co? Ketika Pak Lah menjadi PM, macam ini juga, Kasitah Qhadam didakwa, tetapi apa dah jadi dengan kes nya? Eric Chia? Kita tanya Rais Yatim kalau dia masih ingat dengan 18 kes profil tinggi yang katanya akan dibawa kemuka pengadilan, apa dah jadi? Dalam kes Si anak Toyo ini, diantara kemungkinan yang bakal berlaku ialah : i. Tiada Kes Prima Facie ii. Bukti tidak cukup untuk dijatuhkan hukuman. Cuba kita rujuk dengan kes - kes yang melibatkan orang - orang UMNO seperti dibawah ini. Bekas Ketua Pemuda UMNO WP, Datuk Norza Zakaria, ADUN Lenggeng, Mustafa Salim, Bekas Setiausaha UMNO Bhgn Wangsa Maju, Ramli Abdul Manan, ADUN Mesra UMNO, Osman Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi Bekas ADUN Jelai, Datuk Omar Othman Peguam Negara baru sahaja pulang menunaikan fardhu haji, harap - harap dia faham akan tanggungjawab yang dipikul ini. Sama - samalah kita tunggu dan lihat pementasan ini........ Khir Toyo hadapi tuduhan berhubung pemilikan tanah, banglo Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7 di sini. Khir, 45, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh.Beliau didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri, Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui Pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta. Khir didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang merangkap Ketua Pembangkang DUN Selangor itu didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Pendakwaan dijalankan oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, yang dibantu Ketua Unit Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah. Khir diwakili peguam M Athimulan dan Mohd Afifuddin Hafifi. Beliau adalah Menteri Besar Selangor ke-13 dan memegang jawatan itu dari Ogos 2000 hingga Februari 2008. - BERNAMA | SYABAS GUNA ASET KERAJAAN SELANGOR BERNILAI RM 10.9 BILLION SECARA PERCUAM Posted: 06 Dec 2010 02:46 AM PST Ini yang dinamakan cikai dan bingai. Sudahlah digunakan kemudahan secara percuma, hendak dicajkan kepada rakyat kadar yang gila - gila. Syabas Kerajaan Negeri Selangor didalam mengerjakan SYABAS ini, baru dia ada akal sikit. Sekarang biar dipilih, mengikut syarat - syarat yang ditetapkan oleh kerajaan Negeri Selangor. Selangor dapat lampu hijau bincang dengan SYABAS Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air telah memberi lampu hijau kepada kerajaan Selangor untuk meneruskan rundingan dengan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS). Menurut setiausaha politik menteri besar Selangor, Faekah Husin (kiri), lampu hijau itu yang diterima lewat minggu lalu, mungkin ada kaitan dengan penemuan bahawa Selangor memiliki aset bernilai kira-kira RM10.9 bilion yang kini digunakan oleh SYABAS secara percuma. Aset-aset itu, yang termasuk paip, jentera dan loji penapisan air, katanya, sebelum ini milik Jabatan Bekalan Air, dan pemilikannya tidak pernah dipindahkan kepada syarikat konsesi air itu. Perkara itu disedari selepas kerajaan Selangor menjalankan semakan aset, yang membabitkan kos RM700,000 dan dilakukan dengan menggunakan khidmat juruaudit bebas. Ekoran penemuan itu, kata Faekah, kerajaan Selangor kini boleh menawarkan "tidak kurang daripada dua pilihan" kepada SYABAS - kedua-duanya, menurutnya, akan menguntungkan rakyat Selangor. Katanya, mereka boleh sama ada menerima tawaran RM5.7 bilion, atau menyewa atau membeli aset kerajaan negeri bernilai RM10.9 bilion dan terus menguruskan bekalan air di Selangor, tetapi dengan syarat. "(SYABAS) menjalankan perniagaan, kami faham mereka perlu dapat keuntungan, tetapi ia harus terhad dan syarat kenaikan tarif hendaklah dipenuhi. "Jika (SYABAS) memilih untuk membeli atau menyewa aset, contohnya RM30 juta sebulan, maka ia akan menyelesaikan kos kami untuk meneruskan program bekalan air percuma," katanya. Faekah berkata, penduduk Kuala Lumpur juga akan mendapat manfaat daripada kawalan kenaikan tarif, walaupun mereka mungkin tidak menerima bekalan 20 meter padu percuma dari kerajaan Selangor. Bagaimanapun, ianya terpulang kepada SYABAS untuk menerima atau menolak tawaran Selangor itu, yang akan terus mengenakan tekanan terhadap syarikat konsesi berkenaan. Semalam, 48 orang ditangkap selepas kira-kira 7,000 bersama dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan exco kerajaan negeri berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum membantah kenaikan tarif air kepada Yang di-Pertuan Agong. | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan