Jumaat, 25 Mac 2011

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


MIMPI SENJA

Posted: 24 Mar 2011 11:38 PM PDT

KUALA LUMPUR, 24 Mac: Kerajaan PAS Kelantan terus menjadi mangsa diskriminasi Kerajaan Persekutuan sejak memerintah negeri itu 20 tahun lalu dengan pelbagai cara, terutama menerusi 17 aspek yang dapat dikesan dengan nyata.

Tindakan diskriminasi pertama yang dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan terhadap Kelantan berlaku apabila Kerajaan Pusat menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), sebaik sahaja PAS berjaya memerintah negeri itu pada tahun 1990, bagi tujuan mengganggu sistem pentadbiran kerajaan negeri.

Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah menjelaskan, dengan wujudnya JPP, berlakulah sistem dualisme dalam pentadbiran negeri Kelantan, apabila turut diwujudkan kakitangan jabatan di peringkat negeri, jajahan, daerah sehingga di kampung-kampung.

Menurut beliau, disebabkan keadaan itu, di negeri Kelantan turut terdapat dua penghulu bagi setiap daerah, apabila seorang darinya dilantik oleh kerajaan negeri dan seorang lagi dilantik oleh Kerajaan Persekutuan yang memainkan peranan menerusi JPP.

Katanya, tindakan tersebut merupakan satu penderaan yang amat nyata dari Kerajaan Persekutuan kepada rakyat Kelantan, akibat permainan politik kotor para pemimpin Umno BN yang marahkan rakyat Kelantan menyokong PAS pada PRU tahun itu.

"Lanjutan dari itu, Tok Guru Nik Aziz selaku Menteri Besar Kelantan hanya sempat mempengerusikan sekali sahaja Majlis Tindakan Negeri Kelantan. Selepas itu majlis itu dibubarkan dan tidak lagi dibenarkan mana-mana agensi Persekutuan hadir ke dalam Majlis Tindakan Negeri yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Kelantan," katanya.

Ketika ditemui di lobi Parlimen, di sini, beliau menjelaskan, tindakan diskriminasi ketiga, Menteri Besar tidak lagi dilantik menjadi Pengarah Keselamatan Negeri Kelantan, tempatnya digantikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri.

Keempat, baja subsidi tidak lagi diberikan secara menyeluruh oleh Kerajaan Persekutuan kepada rakyat Kelantan, khususnya yang bekerja sebagai petani, tetapi hanya diberikan kepada mereka yang mendapat sokongan dari JPP yang tentunya hanya kepada para penyokong Umno BN sahaja.

"Akibatnya, Kerajaan Negeri Kelantan mulai tahun 1991 terpaksa membelanjakan RM3.2 juta di dalam belanjawan negeri bagi menampung pembiayaan baja subsidi kepada para petani," katanya.

Kelima, menurut beliau, Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak lagi dijemput di dalam Mesyuarat-mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang dikatakan MBs Club, sebaliknya dijemput pemimpin Umno yang kalah dalam pilihanraya menghadiri mesyuarat itu mewakili Menteri Besar.

"Keenam, geran Persekutuan dalam benteuk capitation grant, federal road grant, growth grant, dalam bentuk geran keseimbangan dan lain-lain diberi amat lewat. Ini kami di negeri Kelantan untuk tahun ini dibayar tahun hadapan, sedangkan di negeri-negeri lain ada yang dibayar tiap-tiap bulan, ada yang dibayar pada bulan Januari dan Jun," tegasnya.

Ketujuh, peruntukan geran rumah awam kos rendah sebanyak RM12 juta yang telah dipersetujui oleh Kerajaan Persekutuan melalui pihak Perbadanan Kemajuan Iktisas Negeri Kelantan telah ditarik balik sebaik sahaja PAS berjaya memerintah Kelantan.

Kelapan, jelas beliau, permintaan Tuan Guru Nik Aziz sejak tahun 1991, menerusi pertemuannya dengan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad agar diwujudkan satu pelabuhan di Kelantan, tetap tidak dilayan oleh Kerajaan Persekutuan hingga kini.

"Kesembilan, Tok Guru minta supaya tanah yang telah pun diambil di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa untuk memanjangkan landasan penerbangan, sampai ke hari ini pun tidak dapat digunakan lagi," katanya.

Kesepuluh, royalti petroleum kepada kerajaan Kelantan tetap terus dinafikan sehingga hari ini, sehingga kerajaan Kelantan terpaksa membawanya ke mahkamah untuk mendapatkan royalti minyak dan gas hak rakyat negeri Kelantan.

"Kesebelas, apabila berubah kerajaan, wakil kerajaan negeri untuk berada di dalam Lembaga Pengarah KESEDAR tidak lagi diminta daripada kerajaan negeri, tetapi dilantik mengikut kesukaan pihak Kerajaan Persekutuan sendiri.

"Keduabelas, pengambilan peneroka untuk menduduki Felda dihentikan. Kemudian mereka majukan sendiri dan mengambil untung melalui apa yang dinamakan ladang Felda Plantation. Pada hal, tanah Felda diberikan oleh kerajaan negeri untuk dimajukan, dibangunkan dan menempatkan peneroka," jelasnya.

Pentadbiran Majlis Sukan Negeri Kelantan, menurut Wan Abdul Rahim, sehingga kini turut didiskriminasikan oleh Kerajaan Pusat terhadap kerajaan Kelantan, sehingga menjadikannya tidak ada kena mengena dengan kerajaan negeri dan seperti mempunyai dua identiti, tidak seperti di negeri-negeri lain.

"Begitu juga dengan agensi-agensi pelancongan. Pada hal kita sudah ada Pusat Penerangan Pelancongan (TIC) yang di bawah Exco yang jaga portfolio pelancongan, ada pegawai kerajaan yang ditugaskan menjadi pengarahnya, tetapi Kementerian Pelancongan melantik pula satu agensi lain untuk mengendalikan soal-soal pelancongan di Kelantan," ujarnya.

Beliau turut kesal kerana Yang di-Pertua Dewan Rakyat sendiri turut terpengaruh dengan suasana politik negara, apabila Majlis Persidangan Speaker-Speaker Malaysia yang dipengerusikan oleh Speaker Dewan Rakyat sudah tidak diadakan lagi, sejak PRU tahun 2008 lalu.

"Kemuncak penderaan yang dilakukan oleh pihak berkenaan di Kelantan, apabila Umno Negeri Kelantan menjemput pemimpin-pemimpinnya pada satu hari dalam tahun 1993, buat satu pentas di Padang Sekolah Ketereh di Kota Bharu, jemput seorang kerabat kononnya dari Kuala Lumpur naik ke pentas dan mengangkat tangan.

"Serentak dengan itu dilaungkan "Daulat Tuanku", "Daulat Tuanku", "Daulat Tuanku", "Daulat Tuanku", "Daulat Tuanku", "Daulat Tuanku", "Daulat Tuanku" dan diikuti oleh semua orang Umno di situ. Tabal Raja baru di Kelantan pada tahun 1993. Ini bukan pembohongan. Ini bukan fitnah. Ini ada rakaman yang dibuat oleh polis dan agensi-agensi.

"Jadi sampai ke hari ini, saya sebagai rakyat negeri Kelantan tertanya-tanya, bilakah pendakwaan akan dilakukan terhadap penderhaka ini?

"Ini yang betul-betul menderhaka. Kita, budaya Melayu, kita orang Melayu. Kalau kita angkat tangan kepada satu orang menyatakan "Daulat Tuanku", sebenarnya kita menderhaka kepada Raja yang ada di negeri masing-masing," ujar beliau.

Beliau turut membangkitkan perkara itu dalam persidangan Dewan Rakyat pada 16 Mac lalu, ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kami Sokong Tokguru

Posted: 24 Mar 2011 11:27 PM PDT

 Tag : Dajal

Assalamualaikum dan salam blogger bagi yang masih belum memasuki keluarga besar islam,
Hari ini saya lihat semakin banyak blog-blog yang bercerita tentang iluminati,freemason,pertubuhan rahsia yahudi ,new word order dan sebagainya.saya kira pembaca sekelian sudah mengetahui apa itu teori konspirasi.

Saya antara orang yang berminat dengan benda ni,tapi saya bukannya percaya bulat-bulat apa-apa yang saya baca.pandai-pandailah kita pilih maklumat dan blog yang sesuai untuk mendapat maklumat sebenar.saya lebih selesa dengan blog
http://ibnuyaacob.com/Saya percaya memang ada pakatan rahsia golongan elit yahudi untuk menguasai dunia dan menyesatkan ummat Islam seluruh dunia.Kerana banyaknya ayat-ayat Qur'an dan hadis Rasulullah s.a.w menceritakan tentang adanya perancangan yahudi untuk menguasai ummat islam dan ummat manusia seluruhnya.Bahkan sejak zaman Rasulullah s.a.w sendiri sudah ada  orang-orang munafik yang menjadi agen yahudi untuk mencuri rahsia dan menimbulkan kekacauan dalam masyarakat Islam pada masa itu.

Namun begitu adakah semua teori konspirasi kita perlu percayai?bagi saya ada yang boleh diterima ada yang tidak.Percaya bulat-bulat semua teori konspirasi ini mungkin boleh merosakkan akidah,tapi menolak bulat-bulat juga  boleh mengugat akidah anak cucu kita.Dalam Al-Qur'an Allah sudah mengingatkan kita

"Sesungguhnya Yahudi dan Kristian tidak akan redho dengan kamu selama-lamanya sehinggalah kamu menurut cara hidup mereka.(Al-baqarah)
Kalau sudah begitu matlamat mereka,adakah kita mengira mereka tidak merangcang sesuatu untuk mencapainya,Sekarang kita lihat mereka(yahudi iluminati) banyak memasukkan unsur-unsur khurafat,seks dan segala macam pencemaran akhlak dalam filem-filem dan media masa yang mereka ada.

Saya terbaca satu artikel dari blog indonesia yang berteori bahawa bencana di jepun seakan sama dengan apa yang terlukis di "game card"

Masih ingat dengan pembahasan saya tentang Illuminati Card Game? Sepertinya kartu ini kembali "meramal". Kali ini tentang bencana gempa dan tsunami yang melanda Jepang 11 Maret lalu.
Ini kartunya:

Combined DIsaster, salah satu kartu dari Illuminati Card Game inilah yang saya maksud. Kartu ini sedang menjadi topik pembahasan di berbagai web yang saya temui. Mari kita lihat apa menariknya:


Perhatikan jam yang ada di kartu tersebut:
tentu saja jam yang ada di kartu itu bukan gambaran dari jam di bawah ini: Tapi bagaimana dengan jam di bawah ini ?

Wow, sangat mirip bukan ? Anda tahu itu jam apa ? Itu adalah The Wako Clock yang ada di kota Tokyo, Jepang. Tapi yang membuat saya heran adalah kenapa waktu yang ditunjukkan di kartu bisa sama dengan foto asli jam tersebut. Apa kartu Combined Disaster ini memang bermaksud memberi gambaran atas jam ini?

dari nama kartunya, Combined Disaster, sangat cocok untuk menggambarkan situasi Jepang saat ini. Mulai dari gempa, tsunami dan sekarang bencana reaktor nuklir yang satu per satu rusak, dan Jepang terancam mengalami krisis nuklir. Bahkan waktu yang ada di kartu dan di foto hampir sama dengan waktu terjadinya gempa, yaitu pukul 14.46. Apakah kartu ini memang benar-benar menggambarkan situasi Jepang saat ini?

Sebentar, ada kartu lain yang sepertinya "mendukung" kartu ini. Berikut adalah kartu-kartu tersebut:

-ijoks2009-


Tidak berlaku sesuatu perkara melainkan semuanya sudah tertulis di luh mahfuz,tapi kebanyakannya ada sebab-sebabnya.sebagaimana Firman Allah

Telah lahirlah bencana di darat dan di laut disebabkan Karena perbuatan tangan manusi, supay Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)

                                                                            QS Ar-Rum) 

Ayat ini di mulakan dengan ayat ini :

Allah yang menciptakan kamu dan memberikan rezeki kepadamu,kemudian Dia mematikan kamu,kemudian akan  menghidupkan kamu,adakah diantara berhala-berhala yang kamu sembah yang berbuat antara yang demikian itu,maha suci Allah dan maha tinggi dari apa-apa yang mereka persekutukan itu.


Benarlah firman Allah yang maha hebat kerajaanNya.wallahua'lam..
Pandangan anda amat dialu-alukan..
 
Cari N3 lama-lama disini

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Pengikut