Isnin, 13 Disember 2010

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


UMNO Cawangan Bukit Ampang

Posted: 13 Dec 2010 01:23 AM PST

UMNO Cawangan Bukit Ampang


DUNIA KATA ANWAR PELIWAT..APA KATA RAKYAT MALAYSIA??

Posted: 12 Dec 2010 06:28 AM PST

'Usah gadai masa depan negara' - PM

Posted: 12 Dec 2010 06:06 AM PST

Oleh YUSRI SAHAT dan M. SHAHRINAHAR ABD. LATIB

Tegas Perdana Menteri, parti pembangkang terbukti gagal mentadbir negeri-negeri yang dikuasai mereka apabila tidak mampu menunaikan janji yang pernah ditaburkan pada pilihan raya lalu.

Malah kata beliau, pembangkang juga gagal mencapai kesepakatan dalam pakatan yang mereka cipta selama ini.

"Parti-parti pembangkang mempunyai ideologi yang bercanggah antara satu sama lain dalam pakatan yang mereka ciptakan.

"Oleh itu, jangan beri peluang kepada pembangkang untuk memerintah negara ini," tegasnya semasa berucap pada sambutan Deepavali 1Malaysia peringkat Parlimen Pekan di Dewan Majlis Daerah Pekan di sini hari ini.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) memberitahu, sejarah dunia membuktikan bahawa pemimpin yang hanya bijak menabur janji tetapi gagal menunaikannya, akan tersungkur.

"Ramai pemimpin dunia gagal menjadi pemimpin yang baik kerana kegagalan menunaikan janji-janji yang pernah ditaburkan kepada rakyatnya," katanya.

Sehubungan itu, beliau yakin parti pembangkang tidak akan mampu memerintah negara kerana kelemahan-kelemahan yang wujud di kalangan pakatan mereka.

Beliau menegaskan, hanya BN yang mampu memerintah negara menerusi rekod cemerlangnya sejak negara mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun lalu.

"BN telah membuktikan mampu menunaikan segala janjinya kepada rakyat selepas mencapai kemerdekaan.

"Hanya BN yang boleh membawa Malaysia menjadi negara maju menerusi janji-janji yang realistik dan memberi manfaat kepada rakyat," katanya.

Najib juga berazam akan terus memberikan keadilan kepada semua lapisan rakyat rakyat tanpa mengira kaum supaya negara menjadi makmur dan harmoni.

DunSemarang

Posted: 13 Dec 2010 01:10 AM PST

DunSemarang


terima Kasih Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak

Posted: 12 Dec 2010 09:50 PM PST


Samy Vellu dilantik Duta Khas ke India, Asia Selatan.
"KUALA LUMPUR 12 Dis. - Kerajaan hari ini mengumumkan pelantikan bekas Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu sebagai Duta Khas ke India dan Asia Selatan dalam bidang infrastruktur".

Wahai Chua S L dan Samy V serta rakan-rakanNYA, lihatlah KE Tuanan Melayu..KeDaulatan Melayu. Adakah kamu menjadi hamba di Tanah Melayu ini. Siapa sebenarnya Tuan...siapa yang sering membuat onar dan ugutan...seorang Hamba tidak akan meng ugut TuanNYA. Siapa Tuan sebenarnya. Buka lah MATA MU..betapa baiknya "Big Brother" Small Brother" yang kau ucapkan penuh angkuh dan biadab. Kalau UMNO ini zalim..pasti Samy Vellu tidak merasa "Duta Khas ke India". Saya dapat rasakan kalau orang lain selain Melayu dan UMNO yang memerintah..jangan haraflah Samy Vellu akan merasa semua anugerah ini. Terima kasih DSNJ. Setelah beberapa kritikan terhadap Melayu dan PemimpinNya..kau tetap juga mendapat penghormatan...boleh kau berbuat bergitu kalau Melayu...yang kau pimpin.... Wahai anak bangsaku..lihatlah kepimpinan Melayu..amat baik dan berbudi...tapi kita masih sentiasa di hina di keji..;
Lihatlah AngkuhNya mereka..Bila kalah Salahkan BN dan UMNo..bila MINANG..diri sendiri yang kononya berwibawa.. huh...">"Sapa berani lawan sama saya. Ampat puluh lima kali masuk tanding, saya juga minnang (menang)".[2] Akan tetapi selepas keputusan pilihan raya diumumkan, beliau dikatakan berkata pula: "Rakyat marah sama BN, bukan sama saya".[2] Dilihatkan daripada segi yang lain, komen itu membayangkan pengakuan bahawa kemenangannya dalam pilihan raya disebabkan oleh Barisan Nasional dan bukan kerananya, iaitu "rakyat pilih BN, bukannya".
oleh itu kita perhatilah sesama kita apa yang YAB Tun Dr Mahathir telah perkatakan.ByM69.

Ahli Parlimen Kota Belud

Posted: 12 Dec 2010 11:21 PM PST

Ahli Parlimen Kota Belud


Tinjauan Bencana Alam Di Kota Belud

Posted: 12 Dec 2010 09:56 AM PST


Setiapkali hujan lebat turun tanpa henti menimbulkan kerisauan bukan sahaja di kalangan penduduk di daerah Kota Belud, malah kerisauan ini turut sama dapat dirasai oleh para pemimpin di daerah ini juga pemimpin peringkat negeri dan persekutuan.

Segala persediaan keperluan bantuan daripada agensi-agensi kerajaan  dalam menghadapi situasi sebegini sentiasa menjadi keutamaan dan semua pihak senantiasa dalam keadaan bersiap sedia setiap masa.

Petang kelmarin saya telah meninjau bencana alam banjir di beberapa buah kampung di Kota Belud,bersama saya membuat tinjauan antaranya Pegawai Daerah Kota Belud,Abdul Gari Itam, Timbalan Ketua Bahagian Umno Kota Belud, Awadnir Matanggal, Kapitan Cina Kota Belud, Lim Bun Poo serta ahli-ahli Squad 169.

Selain membuat tinjauan di Pusat Penempatan Mangsa Banjir di SMK Taung Gusi saya turut melawat Sistem Amaran Banjir di Kampung Menunggui dan melawat penduduk-penduduk kampung yang tinggal berhampiran ditepi sungai.

Salam.

DARD

ahmadmaslan.blogspot.com

Posted: 12 Dec 2010 09:09 PM PST

ahmadmaslan.blogspot.com


SEKITAR IKTIRAF 2010

Posted: 12 Dec 2010 10:00 AM PST

ANUGERAH USAHAWAN & BELIA CEMERLANG PARLIMEN PONTIAN 2010

Posted: 12 Dec 2010 09:49 AM PST

KERAJAAN BELANJA RM210 JUTA UNTUK PEMBANGUNAN KEMAHIRAN GENERASI BARU FELDA

Posted: 12 Dec 2010 09:45 AM PST

Tiada ulasan:

Pengikut