Jumaat, 9 Mac 2012

ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG

ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG


MURNIKAN BUDAYA HORMAT WANITA - YB ZURAIDA

Posted: 08 Mar 2012 09:39 PM PST

KUALA LUMPUR 8 Mac: Wanita adalah tonggak keluhuran institusi keluarga dan masyarakat, seterusnya menjadi nadi kepada kekuatan negara dan bangsa, kata Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin.

Beliau berkata, bersempena sambutan Hari Wanita Sedunia yang jatuh pada hari ini, Wanita KEADILAN meraikan seluruh kaum Wanita di Malaysia dengan mengangkat tema "Memurnikan Budaya Hormat Wanita".

"Budaya hormat wanita ini haruslah diterapkan dalam kehidupan seharian setiap insan dan usaha kita membentuk masyarakat yang sejahtera dan lestari,"

"Budaya ini harus dipupuk agar anak – anak menghormati ibu, agar para suami menghormati para isteri, agar adik – adik menghormati kakak , justeru semaraklah budaya kaum Adam menghormati kaum Hawa," ujarnya sambil mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wanita kepada seluruh wanita di Malaysia.

Menurut Zuraida, Wanita Keadilan amat prihatin dalam memastikan wanita di Malaysia dapat menjalani kehidupan yang berkualiti, sejahtera dan lestari.

"Menyedari hal itu, program Wanita Keadilan Jelajah Kampung (WAJAH) yang telah dilancarkan sejak tahun lalu adalah usaha ke arah pemberdayaan wanita di luar bandar dan merupakan usaha ke arah meningkatkan kualiti kehidupan kaum wanita di desa.

Katanya, program ini adalah selaras dengan tema Hari Wanita Sedunia oleh Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu (PBB) pada kali ini iaitu "Empower Rural Women – End Hunger and Poverty".

"Kepada seluruh wanita di Malaysia, ingin saya tegaskan kembali bahawa Pakatan Rakyat serius dalam usaha memastikan peningkatan kualiti kehidupan wanita sekeluarga agar membentuk masyarakat yang sejahtera dan lestari," ujarnya.

Tiada ulasan:

Pengikut