Pakatan Rakyat |
Posted: 04 Jan 2014 03:21 PM PST | Hard Rock Cafe Akan Dibuka di Putrajaya Posted: 04 Jan 2014 07:58 AM PST Hard Rock Cafe akan dibuka di Putrajaya tahun ini -Aseh [Bernama] PUTRAJAYA: Hard Rock International dijangka membuka Hard Rock Cafe di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini, pada tahun ini. Ini merupakan Hard Rock Cafe yang kelima selepas Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka dan Kota Kinabalu. Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Aseh Che Mat berkata tokoh perniagaan terkemuka, Tan Sri Syed Yusof Tun Syed Nasir telah bersetuju membuka Hard Rock Cafe di Menara Ikhlas di Presint 3 di sini. "Hard Rock Cafe Putrajaya akan dibuka dalam tempoh tiga hingga empat bulan pada tahun ini. "Ia akan menjadi tarikan baharu di sini termasuk peminat-peminat motosikal Harley Davidson dan juga golongan muda," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Terdahulu, Aseh mengiringi Syed Yusof melawat Menara Ikhlas di sini. -4/1/14
Adakah masyarakat Putrajaya yang rata-ratanya terdiri daripada kakitangan awam berbangsa Melayu memerlukan pusat hiburan seperti ini untuk menenangkan fikiran? Adakah kerajaan mahu muda-mudi Islam yang tinggal di kawasan berkenaan hanyut dengan keseronokan hedonisme? Orang Putrajaya, anda mahu berkongsi saham? | Johor TUTUP Pusat Hiburan Keluarga Berunsur JUDI Posted: 04 Jan 2014 07:30 AM PST [BH] Johor Bahru: Kerajaan Johor mengarahkan 16 pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini supaya melancarkan operasi bagi memastikan semua pusat hiburan keluarga yang berunsurkan perjudian di negeri ini ditutup sepenuhnya. Langkah itu dilaksanakan berikutan keputusan kerajaan negeri tahun lalu untuk tidak lagi mengeluarkan lesen pusat hiburan terbabit, berkuat kuasa 1 Januari lalu. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abd Latiff Bandi, berkata operasi itu akan dilakukan secara berperingkat bagi memastikan premis hiburan itu dapat ditutup sepenuhnya. "Kerajaan negeri sudah mengarahkan semua PBT di negeri ini mengambil tindakan terhadap pusat hiburan keluarga berunsurkan perjudian yang masih ingkar terhadap undang-undang baru ini. Tak perbaharui lesen "Operasi secara besar-besaran juga akan dilakukan dari semasa ke semasa. Malah, kerajaan negeri sudah mengambil tindakan untuk tidak menyambung lesen lebih 100 permohonan pusat hiburan yang berunsurkan perjudian pada tahun lalu," katanya kepada BH, semalam. Pada Julai tahun lalu, BH dalam laporan berita eksklusifnya melaporkan mengenai keputusan kerajaan negeri untuk memansuhkan lesen pusat hiburan keluarga di seluruh negeri itu yang bertujuan membendung penularan dan peningkatan masalah sosial, terutama membabitkan generasi muda. Menerusi langkah itu, Johor menjadi negeri pertama di negara ini yang menguatkuasakan larangan terbabit dan inisiatif itu dilihat akan membolehkan pelbagai kegiatan haram yang bertopengkan pusat hiburan terbabit dapat dikawal dan dibanteras. Kuat kuasa 1 Januari Abd Latiff berkata, menerusi langkah sama, pihaknya menjangkakan lebih 500 premis pusat hiburan keluarga berunsurkan perjudian yang masih beroperasi di negeri ini akan dikenakan tindakan penamatan lesen serta-merta, berkuat kuasa 1 Januari lalu. "Sebelum ini, kita sudah mengambil keputusan untuk tidak menyambung lesen pusat hiburan keluarga yang berunsurkan perjudian. Bagaimanapun, pusat hiburan keluarga yang mempunyai baki tempoh lesen masih dibenarkan beroperasi sehingga 31 Disember lalu. "Bermula Ahad lalu, kita bukan saja tidak menyambung lesen pusat hiburan keluarga berunsurkan perjudian, malah mana-mana premis yang masih mempunyai baki tempoh lesen untuk beroperasi juga akan dibatalkan dengan serta- merta," katanya. - 4/1/14 P/s: Terbaik. Yang baik kita sokong. Negeri lain bila nak contohi Johor? | Janda Kantoi Khalwat dan Dadah dengan Kekasih Posted: 04 Jan 2014 06:50 AM PST [SH] DUNGUN - Rahsia hubungan sulit seorang ibu tunggal bersama teman lelakinya seorang kaki dadah terbongkar selepas pasangan terbabit ditahan pihak berkuasa, di sebuah rumah dekat sini, pagi kelmarin. Perbuatan sumbang itu berjaya dihidu polis narkotik Dungun selepas maklumat risikan mendapati rumah kampung yang didiami janda berusia dalam lingkungan 30an di kampung Alor Tembesu itu dijadikan tumpuan penagih untuk melepaskan gian dan teman lelakinya dipercayai dalang utama kegiatan itu. Ketika ditahan, wanita berkenaan difahamkan sedang tidur dalam sebuah bilik bersama anaknya manakala, teman lelakinya yang hanya berkain pelekat tanpa baju cuba melarikan diri dengan memanjat siling rumah sebaik menyedari kehadiran polis. Bagaimanapun usaha lelaki tersebut untuk meloloskan diri gagal apabila dia berjaya ditahan. Ekoran penahanan lelaki berkenaan, polis memasang perangkap lalu berjaya menahan 10 lagi yang lain. Operasi sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah bermula jam 8.30 pagi diketuai Sub Inspektor Ismail Omar itu berakhir jam 11 pagi. Semua suspek yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk siasatan lanjut. Selepas ujian saringan air kencing dilakukan, semua yang ditahan termasuk ibu tunggal terbabit didapati positif dadah jenis methapethamine. Mereka disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. Pasangan berkenaan juga diserahkan ke pihak penguat kuasa jabatan agama untuk tindakan lanjut kerana disyaki melakukan kesalahan khalwat dan mereka boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 31(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali. Ketua Polis Daerah, Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan tangkapan tersebut. - 4/1/14 | Pengurus Jualan dan Wanita Ditemui Mati dalam Keadaan Bogel Posted: 04 Jan 2014 06:41 AM PST Pengurus Jualan dan Seorang Wanita Ditemui Mati di dalam Kereta [Bernama] IPOH: Seorang pengurus jualan perkakasan logam dan seorang wanita dijumpai mati, kedua-dua dalam keadaan berbogel, di dalam sebuah kereta di Bandar Cyber di sini Jumaat malam. Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A.Paramasivam berkata, mayat mangsa yang masing-masing berusia 58 dan 51 tahun ditemui isteri pengurus jualan berkenaandi bahagian hadapan kereta Proton Wira biru di garaj premis perniagaan itu dengan enjin kenderaan itu masih berfungsi. Ketika ditemui pemberita di tempat kejadian Jumaat malam, beliau berkata pada pukul 7.55 malam, si isteri datang ke balai polis berhampiran untuk melapor suaminya tidak pulang ke rumah sejak Khamis lepas. Sejam selepas itu si isteri dan beberapa anggota keluarganya pergi mencari mangsa di premis perniagaannya yang terletak di belakang sebuah hotel bajet di Bandar Cyber. Isteri mangsa kemudian ternampak asap keluar dari bahagian garaj kedai sebelum mengumpil pintu 'roller shutter' untuk masuk ke dalam premis tersebut, kata Paramasivam. "Sebaik sahaja memasuki premis berkenaan, si isteri menjumpai suaminya serta seorang wanita yang tidak dikenalinya di dalam kereta," katanya. Beliau berkata, pemeriksaan polis di tempat kejadian juga mendapati kereta Proton Iswara Aeroback hijau dipercayai milik mangsa wanita terbabit berada di luar premis perniagaan itu. Selain itu, siasatan awal juga menunjukkan tiada sebarang kecederaan pada tubuh kedua-dua mangsa, kata Paramasivam. Setakat ini siasatan lanjut masih dijalankan dan polis akan meneliti laporan bedah siasat untuk melihat sama ada ia kejadian bunuh atau bunuh diri, katanya. Kedua-dua mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk bedah siasat. - 4/1/13 | Pelajar Serang Guru dengan Kerambit Ditahan Posted: 04 Jan 2014 06:28 AM PST [Mstar] KANGAR: Polis menahan seorang pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Perlis dekat sini kerana didakwa mencederakan seorang guru lelaki dengan kerambit pada hari pertama persekolahan, Khamis. Kejadian dipercayai berlaku selepas pelajar lelaki itu ditegur oleh guru berkenaan kerana menggayakan rambut ala 'punk.' Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Supritendan Ismail Che Isa berkata, suspek lelaki berusia 17 tahun itu ditahan pada pukul 1 pagi Jumaat di rumahnya di Kuala Perlis dekat sini. Ismail berkata, guru tersebut mengalami kecederaan di bawah mata kanannya dan mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Kuala Perlis. "Kami telah mendapat perintah reman untuk menahan pelajar tersebut sehingga Isnin depan," katanya. Sementara itu, guru yang terlibat dengan insiden itu enggan memberikan sebarang komen dan memberitahu pemberita bahawa dia menyerahkan kepada pihak polis untuk menyelesaikan kes tersebut. - 4/1/13 | Posted: 03 Jan 2014 05:00 PM PST TEL AVIV: Kesihatan bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon, yang koma semakin teruk semalam, dengan organ pentingnya gagal berfungsi, kata hospital yang merawat beliau kelmarin. Sharon, 85, koma sejak 2006 apabila diserang angin ahmar yang menyebabkan beliau tidak berupaya ketika berada di ke-muncak kuasa politiknya. "Sejak beberapa hari lalu, ka-mi menyaksikan penurunan fungsi organ penting Sharon, yang penting untuk beliau selamat. Keadaannya dalam keadaan kri-tikal," kata pengarah hospital Tel Hashomer, Zeev Rotstein. - AGENSI - 3/1/14 | Posted: 03 Jan 2014 03:30 PM PST [BH] Kolkata: Seorang remaja India dirogol beramai-ramai di dalam dua kejadian serangan berasingan dan mati selepas dibakar hidup-hidup, mencetuskan bantahan di Kolkata di timur India semalam, kata polis semalam. Remaja berusia 16 tahun itu pertama kali diserang pada 26 Oktober dan sekali lagi pada hari berikutnya oleh sekumpulan enam lelaki berhampiran rumahnya di bandar Madhyagram, 25 kilometer ke utara Kolkata. Kejadian rogol kedua berlaku ketika beliau pulang ke rumah selepas melaporkan serangan pertama di sebuah balai polis. Beliau kemudian dibakar pada 23 Disember dan mati di sebuah hospital kerajaan lewat malam tahun baru, kata polis. "Beliau mengakui di hadapan pegawai kesihatan beliau dibakar oleh dua orang yang ada kaitan dengan dakwaan ketika bersendirian di rumah pada 23 Disember," kata polis tempatan, Nimbala Santosh Uttamrao. Penahanan pertama Polis membuat penahanan pertama pada Rabu, dua bulan selepas kejadian jenayah awal, kata ketua polis tempatan, Rajiv Kumar. "Suspek cuba membunuh anak perempuan saya dengan membakarnya untuk menutup jenayah mereka," kata bapa mangsa, seorang pemandu teksi dari negeri miskin India, Bihar. Semua nama mangsa dan bapanya tidak didedahkan atas alasan perundangan. Beratus-ratus aktivis melakukan bantahan di Kolkata pada Rabu berikutan jenayah itu yang mengejutkan selepas setahun kejadian jenayah seksual dilaporkan meluas di India. Kejadian rogol, serangan dan penganiayaan terhadap wanita di India menjadi perhatian sejak 12 bulan lalu selepas sekumpulan lelaki merogol seorang pelajar berusia 23 tahun dalam sebuah bas yang bergerak di New Delhi pada Disember 2012, sehingga mencetuskan kemarahan di seluruh negara. Parlimen sejak itu meluluskan undang-undang lebih tegas untuk menghukum perogol. Aktivis berkata mangsa rogol di India sering berhadapan dengan ancaman serius daripada penyerang mereka manakala pihak polis sering kali tidak menggalakkan mangsa untuk membuat laporan. - AFP - 3/1/14 |
Posted: 04 Jan 2014 03:06 PM PST KUALA LUMPUR, I: DAP melahirkan rasa pelik dengan arahan yang didakwa dikeluarkan Kementerian Pendidikan Malaysia supaya setiap sekolah mempamerkan potret pemimpin tertinggi negara di setiap bilik darjah. Tambah pelik lagi, turut wujud arahan rasmi bahawa hanya potret menteri besar di negeri yang ditadbir Barisan Nasional sahaja yang dibenarkan. Bercakap kepada media di Ibu Pejabat Kebangsaan DAP pagi ini, Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok menuntut penjelasan pihak Kementerian tentang arahan tersebut yang menimbulkan rungutan daripada pentadbir sekolah. Sambil menunjukkan laporan akhbar Sin Chew tentang perkara tersebut, Teresa yang juga Naib Pengerusi Kebangsaan DAP bertanya kenapa hanya menteri besar BN sahaja yang boleh dipamerkan potretnya. "Kalau satu bingkai sahaja sudah menelan belanja berpuluh ringgit, berapa kos yang terpaksa ditanggung sekolah-sekolah untuk membingkai potret-potret ini bagi setiap bilik darjah? "Dan kenapa mesti dalam setiap bilik darjah? Tidak cukupkah gantung potret di dewan sekolah, pejabat dan bilik guru?" ujar beliau. Tony Pua, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara yang turut hadir dalam sidang media tersebut pantas menyifatkan arahan yang didakwa itu sebagai propaganda politik ala-Nazi. "Ini hanya memperlihatkan sifat kurang keyakinan diri atau sifat narsis yang suka diri sendiri kerajaan Barisan Nasional, "Ia tidak lain adalah sebahagian agenda propaganda politik seperti yang diamalkan Mao Zedong sebagai sebahagian usaha indoktrinasinya," ujar Tony, "Kita minta Kementerian beri penjelasan segera." – Roketkini.com GEORGE TOWN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dialu-alukan menyiasat pembelian Mercedes-Benz S300L oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam kenyataan medianya hari ini mengulas laporan portal berita FZ.com bahawa terdapat kemungkinan pembelian kereta rasmi Ketua Menteri itu disiasat SPRM. "Sama ada SPRM akhirnya akan menyiasat atau tidak, kerjasama sepenuhnya akan diberikan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang "Kerajaan negeri adalah bersih dan saya tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan," ujarnya. Beliau turut berkata bahawa hanya di negara ini badan penyiasatan rasuahnya akan merasa seakan harus menyiasat kenapa kereta yang dibeli dengan nilai diskaun dan menjimatkan wang rakyat. "Saya pasti SPRM akan mendapati bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang adalah "bersih" kerana urus niaga keseluruhan bagi pembelian Mercedes Benz telah dikendalikan oleh Pegawai Kewangan Negeri Dato Mokhtar Mohd Jait, yang telah mematuhi semua prosedur dan undang-undang dan mempunyai dokumen yang sah," katanya lagi. Beliau juga katanya tidak terkejut SPRM ingin menyiasat kerajaan negeri kerana menjimatkan wang berjumlah RM 358,954.25 namun membiarkan mereka yang membeli berkali ganda daripada harga pasaran sebagaimana yang didedahkan dalam Laporan tahunan Ketua Audit Negara. – Roketkini.com Oleh: Mohd Ezli Mashut SHAH ALAM : Mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Mohd Taib berkata Umno 'berlagak' untuk menunjukkan parti itu Islamik dengan memainkan isu kalimah Allah. "Tiba-tiba hari ini Umno berlagak sangat Islamik cuma dengan isu kalimah Allah. Seolah-olah negara sudah begitu Islam cuma dengan tunjuk perasaan depan gereja. "Negara hari ini pada pandangan saya belum ditadbirkan berpandu kepada al-Quran dan Sunnah. Persekitaran yang baik cara ajaran Nabi tidak diikuti," kata Muhammad dipetik dari Harakah Daily. Katanya, suasana persekitaran lebih kepada cara kehidupan sekular dengan sambutan apa sahaja termasuk tahun baru. yang diulang cara yang sama. Beliau berkata, media cetak dan elektronik bukan melahirkan suasana yang mengikut al-Quran dan Sunnah. "Malah penuh dengan kemaksiatan, spin yang bukan-bukan dan tak nampak Islamiknya. Anak-anak yang keluar dari alam persekolahan tidak nampak impak Islamiknya. "Anak-anak yang lahir ke dunia dan dibesarkan dalam suasana yang ada sekarang tidak akan mengikuti cara yang berpandu pada al-Quran dan Sunnah. Kerana ia memang bukan agendanya," katanya. Katanya, sebenarnya tanggung jawab mengikuti al-Quran dan Sunnah mencakupi seluruh kehidupan. "Brunei sudah mula mengorak langkah menuju pentadbiran dan kehidupan berpandu kepada al-Quran dan Sunnah. Mudah-mudahan hasrat mereka berjaya," katanya yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Pusat.EZY Oleh : Lizawati Madfa SHAH ALAM : Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor sentiasa mendahulukan rakyat dengan pelbagai program kebajikan dan tidak perlu untuk mencontohi kerajaan pusat yang sudah memasuki penggal kedua pentadbiran. Sebaliknya Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafie, berkata kerajaan pusat yang seharusnya menjadikan idea PR sebagai rujukan terutama dalam soal mengurangkan beban rakyat yang semakin meruncing. Walaupun kerajaan pusat mengumumkan 11 langkah penjimatan, Shuhaimi berkata, ia masih tidak memadai untuk membantu secara langsung dalam usaha meringankan beban yang terpikul berat di bahu rakyat. "Kerajaan pusat perlu menggaris dan melaksanakan penjimatan yang lebih meluas, contohnya mereka yang tidak ada kaitan dalam kerajaan jangan dibenarkan menggunak harta dan wang rakyat dengan sewenang-wenangnya. "Seperti Rosmah Mansor, jangan biarkan dia menggunakan pesawat peribadi atas kapasiti sendiri yang tidak ada jawatan dalam kerajaan melainkan atas lawatan rasmi bersama Perdana Menteri," katanya. Beliau dihubungi Selangor Kini bagi mengulas kenyataan Presiden Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin yang meminta kerajaan negeri mencontohi kerajaan pusat dalam mengurangkan perbelanjaan sektor awam. Hamidzun juga berkata, kenaikan kos sara hidup adalah satu isu universal yang bukan hanya melanda Malaysia, maka kerajaan pusat tidak patut dipersalahkan. Pada masa sama, Shuhaimi menyarankan bekas pemimpin PKR itu berhenti daripada menjadi boneka Barisan Nasional (BN) dengan menggunakan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), GAPS. "Selama ini, kononnya GAPS ingin membongkar penyelewengan PR di Selangor tetapi sehingga kini tidak sebarang bukti dikemukakan. Jadi, daripada jadi tin kosong baik bubarkan GAPS yang tidak berfungsi ini dan masuk sahaja Umno kerana lagi senang begitu," katanya.-NFN- Oleh: Norhayati Umor SHAH ALAM : Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak ikhlas dan prihatin terhadap rakyat di negara ini ekoran bertindak membeli semua pegangan saham dalam Kesas Holdings Bhd, seterusnya menjadikan Gamuda mempunyai saham majoriti 70 peratus. Timbalan Setiausaha DAP Selangor, Ng Suee Lim, berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sepatutnya mengambil tindakan menghalang PNB yang dikuasai Kerajaan Pusat daripada tidak bersetuju untuk menjual saham kepada Gamuda itu. Katanya,namun, BN tidak langsung menghiraukan kenaikan harga tol yang akan membebankan rakyat itu. "Sebagai sebuah Kerajaan Pusat yang kononnya memperjuangkan nasib rakyat dengan hanya slogan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan, beliau (Najib) sepatutnya mengambil tindakan menghalang. "Walaupun kita sedia maklum ini adalah transaksi yang membabitkan keuntungan perniagaan namun jika kerajaan betul-betul ikhlas dan prihatin terhadap rakyat, maka kerajaan wajib menghalang dan menolak kerana ia akan menyebabkan kenaikan kadar yang membebankan rakyat," katanya dalam sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Selangor Kini. Suee Lim yang juga Adun Sekinchan berkata beliau kesal dengan tindakan PNB yang kurang peka terhadap keluhan rakyat ketika ini. "Jangan biarkan rakyat terus dibelenggu dengan kos saraan yang semakin hari semakin tinggi angkara kenaikan kadar tol seterusnya membiarkan syarikat konsesi mengaut keuntungan yang melampau," katanya. Sebelum ini, Gamuda turut menyemak semula pertimbangan pembelian berhubung dengan tawaran diterima oleh Amcorp Properties Bhd pada 18 Dis 2013 dari RM250 million kepada RM280 million. Pada 18 Dis, 2013, Gamuda menambah kepentingannya dalam Kesas daripada 30 peratus kepada 50 peratus berikutan penerimaan daripada Amcorp untuk melupuskan semua sahamnya dalam Kesas. Baru-baru ini, PNB bersetuju untuk menjual keseluruhan pegangan 20 peratus kepada Gamuda dan menjadikan komposisi sahamnya 70 peratus dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebanyak 30 peratus. Hal itu, menunjukkan PKNS akan memiliki saham minoriti, sekali gus mengurangkan kuasa untuk menghalang kenaikan kadar tol oleh KESAS. Menurut laporan Maybank Investment Bank Research November 2013, KESAS mencatatkan peningkatan kenderaan lima peratus setiap tahun membabitkan 490,000 penguna setiap minggu dengan menyumbangkan keutungan berganda 121 peratus antara tahun 2008 hingga 2012. Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Pakatan Rakyat Selangor akan menggunakan pegangan saham di lebuh raya KESAS, Sprint dan Damansara – Puchong untuk menolak kenaikan tol seperti yang diumumkan Barisan Nasional.EZY SELANGOR KINI KUALA SELANGOR : Lebih 100 penduduk di Dun Sungai Burong, Bukit Melawati dan Jeram bergabung mengadakan flashmob bantahan kenaikan harga barang secara serentak sebagai kesinambungan daripada Perhimpunan Turun Kos Sara Hidup (Turun) di Dataran Merdeka, 31 Disember lalu. Bantahan itu dilakukan dengan pelbagai jenis kain rentang menarik perhatian pengguna jalan raya terutamanya di persimpangan Assam Jawa. Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Bukit Melawati, S Manikavasagam berkata, penduduk bangkit menyatakan bantahan kerana tidak tahan menanggung kesengsaraan akibat kenaikan harga barang. Menurutnya, penduduk yang tinggal di kawasan ini kebanyakannya tidak berkemampuan namun mereka terus dihimpit dengan kenaikan harga barang yang terus meningkat pada tahun ini termasuk tarif elektrik dan perkhidmatan siaran televisyen berbayar. "Pengguna jalan raya tak rugi pun beri sokongan dengan bunyikan hon kereta kerana tak mustahil mereka juga tak terlepas berdepan dengan kenaikan kos sara hidup yang mendadak kali ini. "Mereka bukannya orang kaya yang tak terjejas dengan kenaikan harga barang. Dari awal lagi kita buat bantahan terhadap kenaikan harga minyak petrol kerana ia akan jadi punca utama kenaikan harga. "Kita akan terus adakan bantahan dan merancang untuk mengadakan satu perhimpunan besar di Kuala Selangor melibatkan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat (PR), mungkin tahun ini, tahun bantahan dan perhimpunan," katanya dipetik Sinar Harian.EZY |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan