Ahad, 5 Disember 2010

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN

Posted: 04 Dec 2010 07:22 PM PST

UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN


CD DEMO PKR DI LANCARKAN ESOK!

Posted: 04 Dec 2010 07:51 AM PST




Hari ini Kerajaan Selangor akan bersenam ramai - ramai untuk berdemo 'BANTAH KENAIKAN HARGA AIR TOLAK PENSWASTAAN AIR.' Acara bersenam ini akan berlintas langsung di hadapan Istana Negara dan di terajui oleh Bang Badrul Amin.

Antara sebab mereka semua bersenam beramai - ramai adalah mendesak hal ehwal air di serahkan kepada kerajaan negeri. Awat, nak bagi ayaq free la ka kat rakyat atau takdak duit sampai kena buat kerja sendiri? Tak percaya Syabas ka?..

UCGS tertanya - tanya kenapa perlu bersenam demo di hadapan Istana Negara? Eh, kan Selangor ada Sultan. Ini yang panas sikit ni. Ini macam hendak mengenepikan Sultan je. Ini boleh menimbulkan kemarahan dan keraguan. Marah sebab tak hormat institusi Sultan...oh lupa..penasihat kata hapuskan ketuanan melayu..okay.

Keraguan kerana seolah - olah pihak Istana dan kerajaan pakat sekarang macam tak ngam jer., Aisehman..apa sudah jadi..pelik sungguh rasanya.

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

Posted: 04 Dec 2010 03:03 PM PST

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


PEMUDA PAS MELAKA KELDAI DAP KOMUNIS

Posted: 04 Dec 2010 08:44 AM PST


1. Kamarudin Sidek, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka memang salah seorang contoh keldai DAP Komunis yang terbaik.

2. Si Kamarudin, dalam entri di blognya bermati-matian, sehabis baik membela dan menyebelahi DAP Komunis Penang dalan usaha puak Cha Alif Nun Ya ini melakukan penghapusan etnik dan menjahanakan umat Melayu di sana.

3. Seperti biasa, dia membuat fitnah dan bohong itu ini mengatakan UMNO/Barisan Nasional punca segala yang berlaku di Penang hari ini. Belum pernah rakyat Penang dihalau dari tanah mereka selama UMNO/Barisan Nasional memerintah. Belum pernah ada gerai orang Melayu diroboh selama UMNO/Barisan Nasional memerintah di sana.

4. Sebenarnya, semenjak PAS berseketu dengan dengan DAP Komunis lebih banyak perkara buruk telah berlaku. PAS membenarkan ayat Al-Quran diseleweng oleh kafir harbi. Malahan PAS tunduk menikus apabila seluruh umat Isalm/Melayu yang waras menentang perkara ini.

5. Si Kamarudin ini juga menyentuh tentang hal Melayu di bahagian Kota Melaka. Cuba engkau ingatkan balik, siapa yang tolong kempen DAP Komunis masa PRU yang lepas??? Undi orang PAS lah yang punca kemenagan Cha Alif Nun Ya DAP Komunis di kerusi di kawasan kota Melaka. Kenapa hari ini engkau bangkitkan hal yang engkau dan kawan-kawan engaku adalah puncanya!!!

6. Jika Kamarudin Sidik dan rakan-rakan ambil masa untuk teliti semua hal yang dibangkitkan, pasti mereka akan sedar bahawa semua ini adalah berpunca dari mereka sendiri!!!

JPX

Apabila orang Melayu tak mengaku Melayu

Posted: 04 Dec 2010 06:04 AM PST

Apabila orang Melayu tak mengaku Melayu



ADA segelintir orang Melayu sudah malu mengaku diri mereka orang Melayu, kata Sultan Selangor. Baginda telah menyampaikan titah mengenai keadaan orang Melayu pada hari yang tepat masanya dan wajar difikirkan oleh orang Melayu.

Sudah nampak orang Melayu yang inginkan sokongan bukan Melayu sanggup membuat pengakuan yang bangsa Melayu itu tidak penting.

Tujuan mereka tentulah berbau politik. Dalam kucar-kacir yang berlaku dalam arena politik kumpulan atau individu yang tidak faham mentadbir hari ini, kita tentulah tidak hairan kerana mereka yang menjadi pengikut begitu taksub sehingga sanggup melihat satu-satunya benteng orang Melayu, iaitu agama Islam dipermainkan dengan diberikan terjemahan yang lain dan orang Melayu yang berada di situ tidak ada yang berani bersuara.

Begitulah hinanya orang Melayu diletakkan oleh orang lain dan kita sendiri tidak berani mengatakan apa-apa. Sebab apa...,sebab takut nanti hilang sokongan bangsa lain kepada parti politik kita. Tidak cukup penghinaan yang begitu, kita sendiri mengatakan Ketuanan Melayu tidak penting. Apa-apa dasar yang memberikan pertolongan kepada orang Melayu tidak penting, kerana orang Melayu hari ini sudah tidak perlukan bantuan itu semua.

Tidak mengapalah kalau keadaan menunjukkan yang kita ini jauh tinggal di belakang bangsa lain. Tidak mengapalah kalau keadaan ketidaksamaan ini berlanjutan sampai bila-bila demi kepentingan politik kita. Berkaitan dengan keadaan ada segelintir orang Melayu yang berasa segan diri mereka dikenali sebagai orang Melayu, kita juga berasa sedih apabila ramai dalam kalangan orang Melayu tidak pandai menggunakan bahasa Melayu.

Lihat saja persidangan akhbar syarikat-syarikat milik kerajaan yang diketuai orang Melayu. Boleh dikatakan tidak pernah berjalan dalam bahasa Melayu. Maklumlah ketua-ketua eksekutif kita terlatih di luar negara dan penguasaan bahasa Melayu mereka lemah sekali. Lagi pun, lebih mudah menggunakan bahasa Inggeris, sebab ada wartawan-wartawan yang datang pun tak faham bahasa Melayu, tambahan lagi ada perkataan seperti Quantitative Easing yang susah hendak diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu.

Tetapi siswa dan siswazah kita kena belajar di universiti kita dalam bahasa Melayu. Tak mengapalah kalau rakan mereka di universiti swasta belajar dalam bahasa Inggeris. Jadi, kalau mereka dari universiti awam ini mencari kerja di sektor swasta, mereka akan bersaing dengan siswa lulusan dari universiti swasta. Tidak mengapa jika mereka diketepikan kerana mereka boleh jadi petani moden.

Sesiapa yang memperjuangkan kepentingan orang Melayu pada hari ini boleh dianggap ketinggalan zaman kerana yang penting hari ini adalah merit. Penjawat awam pun ramai yang enggan mengetengahkan hak dan kepentingan orang Melayu. Sebab itulah, jumlah rungutan kepada Biro Pengaduan Awam tentang penjawat awam yang angkuh bertambah lagi.

Keadaan semasa menunjukkan bukan saja jurang antara orang Melayu dengan bangsa lain masih luas tetapi jurang sesama orang Melayu sendiri semakin meluas. Ertinya yang kaya bertambah kaya dan yang miskin bertambah miskin. Ketidakseimbangan antara negeri-negeri juga masih luas. Tetapi itu semua tidak penting kerana sesiapa yang tidak mampu bersaing dalam zaman liberalisasi dan globalisasi hari ini, mereka akan ketinggalan.

Lagi pun, di negara-negara lain termasuk Amerika Syarikat, ramai rakyatnya yang merempat. Di India dan Indonesia misalnya, ramai yang masih tidur di bawah jambatan dan di ruang hadapan hotel-hotel. Jadi, apa hendak hairan kalau ada orang Melayu yang masih tinggal dalam rumah seperti reban ayam atau reban kambing.

Sekurang-kurangnya, mereka tidak tinggal di bawah jambatan atau di hadapan hotel Hilton atau Shangri-la.

Kalau sudah orang Melayu sendiri tidak mengaku diri mereka orang Melayu, elok sangatlah dilaksanakan cadangan yang dibuat oleh seseorang Melayu dahulu iaitu di bawah ruangan bangsa dalam kad pengenalan, letak sahaja perkataan Malaysia, bukan perkataan Melayu. Senang bukan?. Cuma orang-orang seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin tidak setuju, sebab dia mengira Melayu dahulu, rakyat Malaysia di tempat kedua.

Apalah nak jadi dengan orang Melayu yang tak mengaku diri mereka orang Melayu? Kita letakkan saja mereka di sebelah kerana dalam alif ba ta, sekali ba itu bangsa dan kalau sudah tak mahu mengaku bangsa biarkan sajalah. Tidak hairanlah kalau perkara yang lain-lain berkaitan dengan bangsa pun tidak penting lagi bagi mereka seperti budaya, agama dan penggunaan bahasa Melayu.

Mudah bagi kita untuk memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu tanpa mereka yang tidak mahu mengaku orang Melayu ini mengganggu kita dari semasa kesemasa.


Saranan Salleh

PAS YANG JUMUD DAN DAN PENIPU TEGAR!!!

Posted: 04 Dec 2010 01:19 AM PST




1. Satu lagi bukti yang nyata tentang dakwaan PAS itu JUMUD boleh dirujuk kepada Kamarudin Sidek, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka.

2. Asas JPX berkata demikian adalah bila si Kamarudin ini masih lagi mempersoalkan kesahihan pengiktirafan Negeri Melaka sebagai Negeri Maju oleh OECD. Kebusukan hati dan kejahilan dirinya jelas terbukti apabila dia sering menjaja cerita bohong di seluruh negeri mahupun negara dalam siri ceramah dan laman sesawangnya.

3. JPX yakin ramai yang sudah jelas dengan cerita Melaka Negeri Maju. PAS senjaga berbohong tentang hal ini kerena cemburu dan iri hati. Tambahan pula PAS Melaka kalah di semua kerusi yang mereka tandingi di PRU lepas. Jadi, sebab tak dapat jadi wakil rakyat, mereka meyalak buat cerita bohong.

4. PAS juga sengaja putar belit fakta untuk rayu undi. Jelas, Melaka sudah jadi Negeri Maju. Apas silapnya dengan status negeri maju?? Kenapa perlu dengki??? Islam menolak kemajuan ke??? PAS memang suka mundur ke???

5. Satu lagi, kenapa tuduh Ketua Menteri Melaka tipu Perdana Menteri dalam pengisytiharan Melaka Maju?? Oi Kamarudin, kalau cuba bezakanlah kepandaian Dato Sri Najib dengan Pok Nik engkau, seribu tahun cahaya bezanya. Mustahil orang yang seperti engkau bayangkan boleh jadi Perdana Menteri. Jadi, perhatikan Tuan Guru anda dan diri sendiri sebelum cakap yang cakap yang bukan-bukan.

6. Jadi Kamarudin dan kawan-kawannya patut ubah cara berfikir kerana Melaka sudah Maju. Jadi senang kerja korang bila memang kerusi dalam PRU 13 nanti sebab semua dah ada. Itu pun kalau korang ditakdirkan menang. Tapi, pembangkang di Melaka suka DAP jer...hahahahhaha

7. Lapangkanlah dada anda untuk menerima kenyataan bahawa Barisan Nasional terlalu jauh untuk dikejar terutamanya oleh PAS NEGERI MELAKA.

JPX

Tiada ulasan:

Pengikut