Isnin, 24 September 2012

Barisan Nasional

Barisan Nasional


Politik Harian

Posted: 24 Sep 2012 03:45 AM PDT

Politik Harian


Selangor Kelirukan Rakyat Isu Air: CASSA

Posted: 24 Sep 2012 02:06 AM PDT


Petaling Jaya: Kerajaan Selangor sengaja mengelirukan orang ramai berhubung isu air di negeri ini demi memenuhi agenda politik tanpa menghiraukan kepentingan pengguna dan ekonomi, kata seorang aktivis pengguna.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr Jacob George, berkata maklum balas yang beliau terima menunjukkan kebanyakan penduduk Selangor keliru pihak mana yang betul dalam isu berkenaan.


Tarif air naik

Katanya, dalam keadaan yang dibelenggu kekeliruan, kerajaan negeri menimbulkan satu lagi perkara ke dalam isu berkenaan bahawa tarif air akan naik sekiranya Kerajaan Persekutuan meneruskan rancangan membina loji rawatan air Langat 2.

Jacob berkata, beliau kesal apabila mendapati beberapa EXCO Kerajaan Selangor yang sebelum ini aktivis dalam badan bukan kerajaan (NGO), melihat semua perkara secara negatif walaupun Kerajaan Persekutuan berniat baik dalam rancangan untuk memperbaiki keadaan di negara ini.

"Saya terbabit dengan pelbagai NGO selama 37 tahun. Saya dapat melihat permainan mereka (dalam isu air), strategi mereka dan mereka menimbulkan perkara yang tidak relevan, semata-mata untuk menyekat langkah yang cuba dilaksanakan Kerajaan Persekutuan," katanya.

Beliau mendakwa kerajaan negeri juga menyeret isu antara pihaknya dengan Puncak Niaga Holdings Bhd ke dalam isu air di negeri ini sedangkan ia sepatutnya diselesaikan melalui platform lain.


Tak relevan

Katanya, masa yang digunakan untuk melayan perkara tidak relevan itu sepatutnya diguna untuk menyelesaikan krisis air yang bakal melanda Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

"Kenapa kerajaan negeri melakukan semua ini? Janganlah mencampuradukkan semua ini dan meletakkannya ke dalam satu bakul... ini tidak betul. Ia membabitkan masa depan kami, bukan saja penduduk Selangor, tetapi juga jiran kami (di Kuala Lumpur dan Putrajaya) kerana (krisis air) akan memberi kesan serius," katanya.


Loji Langat 2 perlu

Mengenai rancangan pembinaan loji rawatan air Langat 2 yang mendapat tentangan kerajaan negeri, George berkata, semua kajian pakar menunjukkan projek itu perlu dilaksanakan segera memandangkan pengeluaran air yang dirawat menurun dengan ketara walaupun 34 loji sedia ada di Selangor beroperasi pada tahap maksimum.

Dalam hal ini, katanya, kerajaan negeri sekali lagi mengelirukan pengguna apabila berkata semua kawasan takungan dipenuhi air dan krisis air tidak akan berlaku, walaupun perkara yang dihujahkan ialah mengenai bekalan air dirawat yang tidak mencukupi.

Sumber: Berita Harian

Jet Peribadi: Mewahnya Pakatan Rakyat…

Posted: 24 Sep 2012 12:00 AM PDT


Tidak cukup dengan bas mewah, Pakatan Rakyat kini mempamerkan jet mewah pula dalam usaha mereka 'mendekati' rakyat marhaen.

Jika dulu PR sering menuduh pemimpin BN suka bermewah dan membazir, dan sering menonjolkan imej pemimpin mereka sebagai zuhud, merendah diri dan berjimat cermat. Tetapi hari ini, itu semua hanya tinggal 'kenangan' kerana jelas pemimpin PR adalah jauh lebih mewah dari BN.

Pemimpin BN diperuntukkan segala kemudahan oleh kerajaan, dan bukannya dengan menggunakan wang persendirian. Begitupun, tiada pemimpin BN yang sebegitu mewah, termasuk Perdana Menteri sendiri.

Sebenarnya, kemewahan pemimpin PR, terutamanya Anwar Ibrahim bukanlah sesuatu yang rahsia. Melihat dari cara hidup dan jumlah kunjungan beliau ke luar negara dalam setahun atau sebulan, tidak salah untuk dikatakan bahawa kemewahannnya adalah setanding atau lebih hebat dari seorang Ketua Negara.

Mungkin Anwar yang dilaporkan hampir gila kerana tidak tertahan-tahan ingin menjadi Perdana Menteri sudah tidak sanggup lagi untuk berpura-pura. Beliau yang menjadi mewah secara mendadak, sejurus selepas menjawat jawatan di dalam kerajaan suatu ketika dahulu, tidak mampu lagi untuk menutup citarasanya ke arah kehidupan yang mewah secara melampau.

Justeru, beliau sudah berminat lagi untuk menonjolkan imej zuhud yang dipakainya sebelum ini, tetapi mula menunjukkan warna dirinya yang sebenar kepada rakyat iaitu seorang yang penuh gaya dan bercitarasa tinggi. Tentu sekali, sebagai sahabat kepada tokoh-tokoh Zionis yang menguasai dunia, Anwar perlu membawa imej yang sesuai dengan kedudukannya.

Khabarnya, jet tersebut disewa dari sebuah syarikat di Amerika Syarikat untuk digunakan khas bagi Anwar melawat Sabah, Sarawak dan Labuan. Turut bersama Anwar ialah Tian Chua dan beberapa pemimpin PR lain, termasuk Bendahari parti PAS.

Nampaknya, Anwar benar-benar ingin menjalani kehidupan sebagaimana dirasakan 'layak' buat dirinya iaitu sebagai seorang yang sepatutnya menjadi ketua negara. Pastinya, lawatan ke Sabah, Sarawak dan Labuan begitu penting bagi Anwar sehinggakan kos sewaan dan segala perbelanjaan sampingan yang pastinya mencapai ratusan ribu kalaupun tidak jutaan ringgit tidak menjadi soal baginya.

Atau mungkin juga, kos setakat itu hanyalah 'di celah gigi' saja baginya..

Dengan kemewahan Anwar dan PR yang melampau ini, dengan sendirinya segala fitnah mereka terhadap Datin Seri Rosmah yang kononnya suka bermewah dan membazir sudah tidak relevan lagi.

Kini, PR tidak punya kredibiliti lagi untuk mencipta isu harga beg tangan atau cincin isteri Perdana Menteri, atau mempersoalkan keluarga Perdana Menteri membeli belah atau kos satu-satu majlis peribadi.

Sedangkan di pihak PR sendiri, belum pun mendapat kuasa, jurang antara pemimpin PR dengan rakyat sudah begitu jauh sekali dan begitu ketara.

Tidak dapat membayangkan bagaimana keadaannya jika Anwar dan PR benar-benar berkuasa. Agaknya, apakah jenis istana yang bakal didirikan mereka, yang pastinya lengkap dengan sistem keselamatan tercanggih ala Israel. Majlis-majlis keluarga mereka juga tentunya setanding dengan Presiden Amerika Syarikat layaknya dan mungkin dihadiri oleh artis-artis Hollywood juga.

Tidak mampu rasanya walaupun hanya untuk membayangkan berapakah agaknya kos bagi merealisasikan 'kehidupan di atas kayangan ini?'

Cakap-cakap di laman sosial kini berbunyi, jika PR selama ini memburukkan kerajaan atas alasan 'membazir', maka apakah menyewa jet mewah tersebut tidak membazir? Apakah Anwar itu terlalu tinggi kedudukannya sehingga tidak layak untuk menaiki kapal terbang biasa? Kenapa perlukan sebuah jet? Apa sebenarnya yang Anwar ingin buktikan atau tunjukkan kepada rakyat atau musuhnya?

Rakyat wajar meneliti sifat suka bermewah dan membazir pemimpin PR dengan lebih serius.

Jika PR diberi mandat, negara ini tidak mungkin mampu membiayai cara hidup mereka yang setanding pemimpin kuasa besar dunia. Apatah lagi jika segala janji-janji Buku Jingga ditunaikan di mana tol dihapuskan, hutang PTPTN dihapuskan, royalti minyak dinaikkan bagi negeri pengeluar minyak dan lain-lain janji manis lagi, yang mana pasti menyebabkan pendapatan negara berkurangan secara mendadak, maka bagaimana agaknya pemimpin-pemimpin ini akan memastikan cara hidup mewah mereka kekal?

Tentulah dengan cara membalikkan semua kos tersebut kepada pengguna a.k.a rakyat melalui cukai perkhidmatan dan barangan. Akhirnya, yang untung ialah golongan peniaga dan kaya, serta pemimpin PR. Dan yang menanggung sengsara adalah rakyat marhaen sekalian.

Anwar Ibrahim Sudah Ada Private Jet!

Posted: 23 Sep 2012 08:49 PM PDT


Kantoi... Anwar Ibrahim, Thian Chua dan Zuraidah Kamarudin telah membuka tembelang mereka apabila memuatnaik gambar ketika berada dalam jet peribadi dalam penerbangan ke Kota Kinabalu. Biasala bila dah jakun macam-macam pun boleh terjadi...

Di manakah mereka memperoleh wang untuk memiliki jet peribadi yang nilainya jutaan ringgit? Adakah ia hasil daripada wang sumbangan George Soros daripada Yahudi itu?


Tian Chua bersama pemimpin Pas Anwarinas nampak jakun bila menaik jet peribadi wang rakyat!


bumiyang

Posted: 24 Sep 2012 03:41 AM PDT

bumiyang


Pasar Malam Ditutup 20 Minit Ketika Waktu Maghrib???

Posted: 23 Sep 2012 10:38 PM PDT

Pakatan Mahu Rakyaat Malaysia Bersubahat dan Membiarkan Suaram Terus Menjadi Proksi Yahudi???

Posted: 23 Sep 2012 05:19 AM PDT

RIDHUAN TEE

Posted: 24 Sep 2012 03:09 AM PDT

RIDHUAN TEE


Fahami agenda jahat ultra kiasu

Posted: 23 Sep 2012 04:05 PM PDT



(Sinar Harian 24 Sept 2012)

Terbaharu, Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikhism dan Taoism, mendesak kerajaan dengan idea gilanya, supaya mata pelajaran agama-agama lain, mengikut nama pertubuhan agama tersebut, turut dijadikan mata pelajaran wajib anak-anak mereka, selain daripada mata pelajaran agama Islam untuk pelajar Islam.

Dahulu, di waktu kecil, masih belum memeluk Islam, saya mengambil mata pelajaran agama Islam sebagai pilihan menggantikan lukisan. Hasilnya, saya lebih mengenali mulia ini selaku agama persekutuan, menjadikan saya lebih memahami orang Melayu Islam selaku penduduk asal, sebelum mengambil keputusan memeluk Islam pada usia 20 tahun.  Pemelukan agama Islam, bukan disebabkan oleh orang Melayu, tetapi keindahan agama Islam yang tidak ada tolok bandingnya.

Maka, hari ini ,sudah sewajarnya mata pelajaran agama Islam diwajibkan kepada semua pelajar.  Bukan bertujuan untuk berdakwah kepada mereka agar memeluk Islam, tetapi mereka perlu mengetahui dan memahami isi kandungan umum agama persekutuan ini, bagi mengelakkan kekeliruan. Islam mempunyai kedudukan yang istimewa berbanding agama lain. Lagipun semua nilai-nilai moral Islam turut dikongsi oleh agama lain.

Pada penganut agama lain, mereka hanya berteori sahaja, akan pentingnya agama dijadikan amalan hidup. Tetapi dari segi praktikal, jauh sekali untuk diamalkan. Amalan seperti seks bebasm judi, arak, zina, dan sebagainya langsung tidak ditegah. Malah diiktiraf sebagai hak asasi manusia.

Artikel ini bukan bertujuan menafikan hak bukan Islam yang tinggal dalam sebuah negara Islam. Tetapi permintaan mereka untuk mengajar agama masing-masing di sekolah terlampau ultra kiasu dan mempunyai niat jahat untuk meminggirkan agama Islam. Wal hal, berapa kerat sahaja pelajar-pelajar ini untuk diajarkan agama masing-masing dengan keperluan guru yang amat terhad, berbanding kita rangkumkan sekali dalam mata pelajaran moral, sudah lebih dari mencukupi. Namun, ini sifat kaduk naik junjung, diberi betis hendak peha.  

Kementerian pelajaran tidak sepatutnya berbincang dan melayan mereka. Jangan gadaikan kepentingan agama, hanya kerana undi. Yakinlah, mereka tidak akan mengundi UMNO, walaupun apa juga permintaan mereka dipenuhi. Kumpulan ini terlalu ultra kiasu dan licik. Saya amat yakin mereka akan mengundi ultra kiasu.

Mereka mahukan layanan sama seperti mana kedudukan mata pelajaran agama Islam yang diajar di sekolah. Mereka sengaja tidak mahu sedar, siapakah diri mereka sebenarnya? Sejarah sengaja mahu dipadamkan. Selepas ini, mereka akan mendesak supaya rumah ibadat mereka turut didirikan di sekolah dan gambar-gambar patung-patung dan pemimpin agama mereka dibenarkan ditampalkan di dinding-dinding sekolah.

Mereka bukan tidak sedar akan kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan. Mereka fahami semua itu. Saya tidak yakin mereka jahil. Kenapa mereka mendesak sedemikian rupa? Tidak lain, untuk mematikan dan menghancurkan kedudukan dan keistimewaan agama Islam dalam undang-undang. Bila tidak ada lagi keistimewaan ini, maka tercapai hasrat mereka untuk mendapatkan 'fair and square'. Jika saya menteri pelajaran, sudah pasti saya mewajibkan subjek ini diajar untuk bukan Islam memahami agama persekutuan ini daripada dipermainkan.

Majlis ini juga mendesak supaya kerajaan memberikan mereka lesen untuk membina sekolah agama sendiri. Alasannya, jika sekolah swasta dibenarkan, kenapa tidak mereka. Ingatan saya kepada kerajaan, apakah Sekolah Menengah Chong Hwa Kuantan, mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan sekalipun bantuan diberikan? Jawapannya. Tidak? Mereka tidak akan berganjak dengan keputusan mereka sendiri, dengan mengenepikan arahan kerajaan, sekalipun tindakan kekerasan digunakan.

Saya cadangkan membawa idea gila ini ke negara China atau India. Jika di sini sudah tidak ada kebebasan lagi di isni. Bagaimana dengan tadika-tadika missionari kristian digereja-gereja yang berlambak sehingga ada Melayu yang diKristiankan? Apakah ini bukan kebebasan beragama. Ultra kiasu ini perlu diajar supaya tidak terlalu kurang ajar.

Perlukah kita melayan agama Kristian, Sikh dan Taoisme yang rata-rata kurang daripada 10 peratus penganutnya? Bagaimana pula dengan agama anamisme orang Asli yang lebih berhak selaku pribumi tanah ini? Begitu juga agama-agama lain.

Jika mereka mahukan nilai agama dihayati, dan mahukan lahirkan masyarakat bermoral, bermula sekarang haramkan anak-anak bergaul bebas, LGBT, bersedudukan sebelum kahwin, berjudi, berkasino dan sebagainya. Persoalannya, kenapa bila kerajaan mahu mengharamkan perkara tersebut, penentangan demi penentangan dilakukan. Apakah kita masih buta dan tidak nampak perancangan jahat mereka. Kenapa hukum hudud ditentang sedangkan nilai yang dibawa amat baik?

Keadaan yang ada hari ini sudah cukup baik. Matapelajaran moral yang diajar untuk cukup beramal dengan nilai-nilai agama. Persoalannya, kenapa nilai-nilai ini tidak dihayati? Jawapan, mereka tidak sensitif dengan nilai agama kerana dianggap menyusahkan dan bertentangan dengan hak asasi. Di rumah mereka tidak diajar dengan nilai-nilai ini. Malahan mereka tidak menegurkan anak-anak yang membawa teman lelaki untuk tinggal di rumah. Malah digalakkan lagi jika teman mereka itu kaya raya. Justeru, janganlah hendak menipu pemimpin-pemimpin Islam di negara ini atas nama hak asasi manusia

Hak yang telah diberikan lebih daripada mencukupi. Pergi kira berapa banyak rumah ibadat yang berselerakan di bumi Malaysia ini, lebih daripada 200 ribu, sedangkan masjid surau hanya ada dalam sekitar 30 ribu. Tokong Hindu sahaja sudah melebihi 100 ribu, berdekatan dan bersebelahan antara satu sama lain seperti di Serdang (UPM). Kenapa kerajaan atau penguatkuasa atau UPM sendiri tidak mengambil tindakan? Jawapannya,  adalah TAKUT. Naib Canselor (NC) takut dibuang jawatan. Apabila NC takut, orang bawah NC semuanya akan jadi takut, kerana semuanya mengidam untuk jadi NC. Inilah politik Melayu yang akan menjahanamkan bangsa Melayu sendiri. Bak kata pepatah 'jangan sampai keris sendiri menikam orang Melayu'.

Ingatlah wahai umat Melayuku yang rata-ratanya seagama denganku, jika saudara semua terlalu berpolitik dan berpecah, tuan-tuan tidak akan menjadi tuan lagi. Tuan-tuan akan menjadi hamba di bumi sendiri. Percayalah.

Orang lain terus aktif dengan perancangan jahatnya. Lihatlah contoh Suara Rakyat Malaysia (Suaram). Pertubuhan ini amat aktif sekali menyebarkan dakyahnya. Selain daripada bantuan Soros, mereka juga mendapat dana daripada sebuah think tank Jerman yang berpusat di sini, untuk memusnahkan agama Islam di negara ini.  Jika kita terus bersangka baik, suatu hari ini nanti kita akan punah.

Sebenarnya banyak lagi pertubuhan luar negara yang menyalurkan dananya untuk menghancurkan Islam. Saya yakin kita menyedarinya, termasuklah pertubuhan yang mendesak kerajaan untuk memperkenalkan mata pelajaran agama bukan Islam di sekolah, apakah kita masih buta? Jika kita sengaja membutakan mata atau pura-pura buta, hanya kerana kepentingan politik, kita akan menyesalkan suatu hari nanti.

Taipingmali (tm)

Posted: 24 Sep 2012 01:45 AM PDT

Taipingmali (tm)


Ketua Pemuda UMNO Kepong parah ditikam

Posted: 24 Sep 2012 12:09 AM PDT



KUALA LUMPUR 24 Sept. - Ketua Pemuda UMNO Kepong Datuk Norizan Ali parah ditikam dalam satu kejadian berhampiran rumahnya di Jalan Dagang 2/4 Taman Dagang, Ampang di sini kira-kira 3.30 pagi tadi.

Ketika kejadian, Norizan, 41, dikatakan baru sahaja keluar dari kereta yang diparkir kira-kira 20 meter dari rumahnya sejurus pulang daripada menonton perlawanan bola sepak di sebuah kedai makan berhampiran.

Isteri Norizan, Datin Roslinda Kamarudin, 38, berkata tikaman tersebut menyebabkan suaminya mengalami kecederaan parah di perut dan jari tangan.

Menurut Roslinda, kejadian itu disedarinya setelah terdengar pintu pagar rumah mereka diketuk bertalu-talu diiringi jeritan meminta tolong.

"Semasa kejadian, saya dan anak perempuan berada di tingkat atas rumah apabila terdengar suara meminta tolong dan pintu pagar diketuk.

"Apabila keluar, saya dan Amalina (anak) amat terkejut apabila melihat suami terbaring di pagar dengan badan berlumuran darah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Roslinda berkata melihat keadaan suaminya yang tidak bermaya, anaknya yang berusia 19 tahun itu terus menghubungi polis serta ambulans dan Norizan kemudiannya dibawa ke Hospital Ampang untuk rawatan lanjut.

Jiran mereka, Abd Wahab Karim, 54, berkata semasa kejadian, beliau ada terdengar bunyi enjin motosikal sebelum terdengar jeritan meminta tolong daripada isteri mangsa.

"Bila keluar dari rumah, saya melihat mangsa yang tinggal bersebelahan terbaring dalam keadaan separuh sedar dengan tubuh dibasahi darah dan kecederaan diperutnya saya lihat agak parah," katanya yang turut hadir memberikan sokongan kepada isteri mangsa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata polis menerima laporan kejadian pada 4 pagi dan tiba di lokasi kejadian tiga minit selepas itu.

Beliau yang ditemui selepas melawat Norizan di hospital, berkata siasatan awal polis mendapati tiada barangan milik mangsa yang hilang dan siasatan lanjut mengenai motif kejadian hanya boleh diputuskan selepas mendapat keterangan daripada mangsa.

"Mangsa kini sedang menjalani pembedahan. Kita terpaksa tunggu sehingga beliau sedar untuk merekodkan keterangan bagi membantu siasatan," katanya. - BERNAMA

Riaknya Pas kerana berjaya menjadikan tadika dan pejabat Umno kepada Markas Pas.

Posted: 23 Sep 2012 05:21 PM PDT


HEBAT!!! PAS ambil alih markaz UMNO



DUNGUN - Sebuah 'tadika' yang juga menjadi markaz pergerakan Umno dan Barisan Nasional (BN) di Kampung Pinang Wa, dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi di sini telah diambil alih oleh PAS dan Pakatan Rakyat.

Bendahari PAS Dungun Ustaz Roslan Ismail mengesahkan, 'tadika' (Gambar) itu yang didirikan di atas tanah persendirian sebelum ini, menjadi pusat mesyuarat dan bilik gerakan Umno-BN setempat.

"Apabila tuan tanah tersebut menjual tanahnya kepada orang lain, kebetulan aktivis PAS dan Pakatan Rakyat baru-baru ini, kita telah menukarkan markaz Umno-BN itu kepada markaz Pakatan Rakyat,

"ceramah Pakatan Rakyat yang di adakan pada minggu lalu adalah 'kira-kira' acara rasmi pembukaan markaz PAS dan Pakatan Rayat bagi menghadapi pilihanraya akan datang,"ujarnya.
Beliau yang juga bekas ADUN Bukit Besi semasa pemerintahan kerajaan PAS 1999 - 2004 berkata demikian, ketika ditemui skuad buletinonline (skuad BO) sewaktu program Tamrin dan Qiamulail di masjid Kampung Pulau Serai dekat sini pada Khamis malam 20 September.

Beliau menyifatkan pengambilalihan markaz tersebut merupakan satu 'lonjakan politik' bagi PAS dan Pakatan Rakyat mengatasi Umno-BN di kawasan Parlimen Dungun, khususnya dalam DUN Bukit Besi.

Sebelum itu, Timbalan Ketua Peneranga PAS Terengganu Ustaz Shapawi Abdul Rani memaklumkan perkara 'gembira' itu dalam ceramahnya di Chukai, Kemaman pada 18 September lalu.

Skuad BO telah mengambil inisiatif, menyiasat dan merakamkan gambar markaz tersebut apabila membuat tinjauan di Kampung berkenaan.BO

Anda mungkin juga meminati:



PAS sudah bersedia menolak DAP di Perak

Posted: 23 Sep 2012 05:10 PM PDT

Statistik Pas Perak nampaknya syok sendiri, Pas yakin menang 16 kerusi dan Pkr pula 12 kerusi, sementara itu Pas tidak menyebut tentang kemenangan Dap.

Mengikut sumber Dap, mereka akan akan bertanding 19 kerusi dan menang semua kerusi. Dap akan meletakkan calon melayu di kawasan majoriti cina untuk memastikan Dap akan meletakkan orangnya menjadi Menteri Besar Perak ke 12.

Ramalan yang dibuat oleh Taipingmali ialah Pas akan menang 1atau 2  kerusi sahaja dalam pru 13. Dalam pilihanraya 2008 Pas menang kerana memainkan isu 

ORANG ISLAM WAJIB UNDI CALON ISLAM DAN HARAM UNDI CALON BUKAN ISLAM.

PRU 13!!! PAS mampu menang 16 Dun, PKR 12 Dun di Perak
Data di bawah hanya mengambilkira pengundi Melayu, Cina dan India. Undi Asli dan Pos tidak diambilkira. Setelah dikira dari sentimen semasa secara keseluruhan iaitu Melayu 36%, Cina 80% dan India 40% (lebih cantik jika mampu dapat lebih) maka peratus keseluruhan adalah seperti di ruangan berwarna kuning.

Kekurangan dan kelebihan adalah berdasarkan % undi yang diperolehi BN dalam PRU 12.




PKR= 12 DUN
PAS= 16 DUN (jika DUN Lintang diandaikan sebagai DUN PAS)


Untuk PAS, jika dapat membaiki beberapa kesilapan yang telah di paparkan di SINI, kemungkinan untuk menang kemungkinan besar dapat mencecah 90%.Untuk PKR, kemungkinan besar cuma 55% selagi tidak dapat menyelesaikan masalah-masalah di cabang-cabang (Masalah PKR tuan2 dipersilakan paparkan di ruangan komen. tq)

Semakin ke bawah, kerja-kerja yang perlu dilaksanakan semakin berat!Akhirkata, "TEPUK DADA TANYA SELERA". Kejayaan mendapatkan semula negeri terletak di tangan tuan-tuan! Jangan tamak mengejar jawatan seperti yang telah dipaparkan di SINI.P/S: Untuk DUN2 yang tiada dalam senarai, hanya akan dimenangi sekiranya tuan2 dapat mentadbir negeri dengan baik sekiranya dapat berkuasa semula selepas PRU13 nanti! So, sila study bab pentadbiran yang baik dan berkesan mulai sekarang!The Sniper

Tolong ingat pesanan Tun Mahathir

Posted: 23 Sep 2012 04:16 PM PDT

Pesanan ayahanda Tun cukup ringkas, beliau tak mahu dirinya dikasihani tetapi beliau tak mahu anak cucu kita diperlakukan macam zaman jepun.

Tun pernah lihat sendiri peristiwa seorang tua ditendang kerana tidak turun basikal dan tidak hormat lagu kebangsaan negara tersebut.

Hari ini gambar pemimpin kita dipijak, esok-esok kepala kita pula dipijak.

Rasa tidak hormat kepada penduduk peribumi sudah mula wujud di negara ini.

Syarat dan janji-janji kerakyatan sudah dicabuli, hanya datuk nenek mereka sahaja yang berikrar dan berjanji untuk setia kepada raja dan menghormati Islam sebagai agama rasmi. Menghormati dan memahami adat istiadat Melayu.

Kini bukan saja pemimpin dihina , malah sistem beraja juga mahu dihapuskan. Kononnya raja tidak membawa apa-apa faedah dari segi ekonomi negara, yang bercakap ialah anak-anak Melayu sendiri setelah minda mereka berjaya dijajah oleh komunis moden.

Sekian/.....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Persidangan Perkasa Larut Matang dan Selama 2012

Posted: 23 Sep 2012 09:52 AM PDT

MMRC Mercu Kejayaan ke Monsoon Cup. - 21/9/2012

Posted: 23 Sep 2012 08:51 AM PDT

BN Gopeng Nafi Wujud Politik Wang

Posted: 23 Sep 2012 08:00 AM PDT

Koo Ham Berdepan Masalah Paranoia Politik Zambry

Posted: 23 Sep 2012 07:48 AM PDT

Lokman Noor Adam Dipecat Kerana Pertikai Dana Soros

Posted: 23 Sep 2012 07:31 AM PDT



AIDCNews – 22/09/12 – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi Parti Keadilan Nasional, Lokman Noor Adam mendedahkan salah satu sebab beliau dipecat daripada parti itu pada tahun 2004 kerana mempertikaikan dana penyangak mata wang Yahudi, George Soros.
"Pada bulan Februari 2004, saya telah membuat pendedahan berhubung penyelewengan dana yang diterima oleh pemimpin-pemimpin kanan Parti Keadilan. Pada masa itu juga saya telah mendedahkan bagaimana Tian Chua yang merupakan Pengarah SUARAM ketika itu telah mengaturkan pertemuan di antara George Soros dengan Presiden Keadilan, Datin Seri Wan Azizah, Azmin Ali, Khalid Jaafar dan wakil Tian Chua, iaitu Elizabeth Wong pada penghujung tahun 2003.
"Saya telah mempertikaikan bagaimana Presiden parti tersebut boleh memohon dana daripada seorang berbangsa Yahudi yang telah memanipulasikan mata wang Malaysia pada tahun 1997 tanpa merujuk Majlis Pimpinan Tertinggi terlebih dahulu," ujarnya yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
Beliau berkata begitu ketika mengulas pendedahan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini berhubung penerimaan dana asing oleh syarikat Suara Inisiatif Sdn Bhd (SISB) yang membiayai Suara Rakyat Malaysia (SUARAM).
Pada 23 Februari 2004, AIDC telah menemu bual Lokman di sebuah hotel di sekitar Lembah Klang untuk merakamkan pendedahannya tentang dana asing yang disalurkan terhadap PKR.
Lokman mendedahkan pertemuan Wan Azizah, Azmin, Khalid dan wakil Tian Chua dengan Soros di Amerika Syarikat pada tahun 2003.
Pertemuan itu diatur oleh Tian Chua, wakil Soros di Malaysia.
Kes pertemuan itu bocor apabila berlaku pergaduhan di antara wakil Tian Chua (disebut sebagai kekasih Tian Chua) dengan Azmin Ali.
"Azmin tidak benarkan wakil Tian Chua terlibat sama kerana tidak mahu mempunyai saksi," dedah Lokman
Selain itu, Lokman juga turut menunjukkan bukti resit-resit kemasukan dana asing ke dalam akaun badan pemikir Anwar, Institut Kajian Dasar yang menggunakan akaun proksi syarikat Gelora Sdn Bhd.
Khalid Jaafar, Pengarah IKD yang juga bekas Setiausaha Akhbar Anwar adalah Ahli Lembaga Pengarah proksi tersebut.
Akaun syarikat proksi itu menggunakan perkhidmatan bank CITYBANK, NEW YORK, cawangan Kuala Lumpur.
Menurut Lokman, resit-resit itu diberikan oleh Azwandin Hamzah yang ketika itu masih berkerja dengan Khalid Jaafar di IKD dan juga Exco Keadilan pusat.
Lokman yang juga bekas bekas Penolong Setiausaha Pemuda Keadilan ditemui sejurus selepas beliau bersumpah di Masjid Negara yang menegaskan bahawa PKR menerima dana asing untuk menggerakkan partinya di Malaysia.

Lim Kit Siang tolong lah add Taipingmali

Posted: 23 Sep 2012 07:29 AM PDT

Wahai brother Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli tolong lah add TM, gua peminat luu. gua suka lu.

5 tahun hilang, rupanya ada di Indon

Posted: 23 Sep 2012 03:48 AM PDT

23 September 2012
SUNGAI PETANI - Seorang nelayan Tanjung Dawai, dekat sini gembira apabila mendapat tahu anak perempuannya yang hilang lima tahun lepas masih hidup dan ingin pulang ke pangkuan keluarganya.

Abdul Hamid Mat, 50, dari Kampung Nelayan Tanjung Dawai berkata beliau menerima surat bertarikh 8 Ogos lepas yang dihantar anaknya, Munirah yang kini berumur 21 tahun dari Flores Timur, Indonesia.

"Munirah menulis alamat bagaimanapun tidak memberikan butiran lengkap dirinya cuma menyatakan dia berada di Flores Timur dan meminta tolong dibawa pulang ke Malaysia.

"Selepas terima surat itu saya tidak tahu nak minta tolong dengan siapa.

Alhamdulillah Penyelaras Parlimen Merbok, Datuk Tajul Urus Mat Zain sudi membantu," katanya kepada pemberita semasa dikunjungi Tajul Urus di rumahnya, hari ini.

Menurut Abdul Hamid anak ketiga dari lima beradik itu yang belajar dalam tingkatan empat di Sekolah Menengah Seri Badung, Singkir, Yan menghilangkan diri semasa dalam perjalanan ke sekolah pada 2008.

Katanya Munirah pernah menghantar pesanan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) semasa dibawa lari ke Batam, Indonesia.

"Saya telah melaporkan kes ini kepada polis namun usaha mencari Munirah di Batam gagal. Sekarang saya rasa gembira sikit dan mendoakan agar ada pihak sudi menolong membawa dia balik," kata Abdul Hamid.

Tajul Urus yang juga ketua UMNO Bahagian Merbok berkata beliau akan meminta bantuan Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang berpengalaman membawa mangsa yang dilarikan ke negara asing untuk membantu membawa Munirah pulang.

"Sementara itu, saya harap Abdul Hamid dan keluarganya dapat bersabar kerana ada prosedur yang perlu dipatuhi untuk membawa Munirah pulang," katanya. - Bernama
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sahabat-Gunung

Posted: 24 Sep 2012 01:15 AM PDT

Sahabat-Gunung


Dana Yahudi Untuk Laksana Hudud?

Posted: 24 Sep 2012 12:30 AM PDT


Setelah segalanya terbongkar, SUARAM kini tidak lagi dapat menafikan bahawa pertubuhan itu menerima dana dari NED dan OSI yang diterajui Yahudi Zionis dan penyangak matawang George Soros yang mempunyai matlamat yang sama iaitu menjatuhkan kerajaan berdaulat untuk digantikan dengan pemimpin boneka pilihan mereka. 

Di masa yang sama juga Pakatan Rakyat (PR) pula tidak mampu menafikan bahawa begitu ramai pemimpin-pemimpin mereka yang menjadi peneraju SUARAM. 

Maka terbuktilah bahawa PR dan SUARAM adalah satu dan jika SUARAM menerima dana asing maka ia juga bermakna bahawa PR yang menerima dana asing.

Kerana itu, kita melihat PR, sama ada PKR, DAP mahupun PAS sama-sama melatah dan gelabah apabila SUARAM didedahkan sebagai agen asing dan bakal berhadapan dengan undang-undang.   Pantas, laman-laman web, portal serta blog-blog dan media rasmi PR bertungkus lumus cuba membela SUARAM dan meremehkan soal penerimaan dana asing. 

Kononnya, dana asing perlu bagi membolehkan sesuatu pertubuhan bergerak bebas, tidak terikat dengan agenda tertentu serta berani membongkar kemungkaran kerajaan. 

Namun, PR tidak mampu menjelaskan apakah tujuan pihak asing menyumbang dana kepada mereka?   Apakah agenda atau matlamat yang dipertanggungjawabkan ke atas bahu PR dengan sumbangan dana yang begitu banyak saban tahun?  Tidak mungkin pihak asing tidak mengharapkan apa-apa balasan atau keuntungan atas sumbangan atau pelaburan yang dibuat. 

Sebenarnya, tidak sukar untuk membaca agenda asing puak Yahudi Zionis atau dewa kapitalis si George Soros.  Agenda mereka ialah menguasai sumber dan ekonomi negara, melemahkan pegangan agama Islam di kalangan umat Islam serta menyebarkan cara hidup liberal serta fahaman plural yang bebas dan tiada batasan.  

Agenda mereka ini boleh dilihat dengan jelas dengan memerhati ke mana arah aliran wang yang disumbangkan mereka di seluruh dunia dan juga tulisan-tulisan di media-media yang ditaja mereka.  Jelas sekali bahawa pihak inilah yang menjadi tunjang perjuangan LGBT selain dalang kejatuhan Mesir, Libya, Syria, Tunisia dan banyak lagi negara-negara lain. 

Seperti yang kita sedia maklum, keadaan di negara-negara yang berjaya dijatuhkan mereka bukannya semakin baik tetapi rakyat semakin menderita apabila ekonomi musnah dan terpaksa berhadapan dengan ancaman keganasan yang tiada kesudahan yang tercetus oleh kemarahan dan tidak puas hati di kalangan rakyat sendiri akibat penderitaan yang berterusan.   Ketidakstabilan ini lambat laun akan mengundang penjajahan secara langsung atau tidak langsung oleh pihak asing tadi dan inilah yang ditunggu-tunggu mereka. 

Justeru, rakyat Malaysia perlu faham bahawa segala sumbangan pihak asing kepada PR melalui SUARAM atau yang sewaktu dengannya seperti BERSIH, adalah membawa agenda dan matlamat yang sama. 

Kita pasti DAP dan PKR cukup maklum akan agenda asing ini dan mereka tidak punya masalah untuk 'menyesuaikan' diri dengan liberalisme mahupun pluralisme. 

Yang kita tidak pasti ialah sama ada saudara-saudara kita di dalam PAS benar-benar kurang arif, kabur atau sememangnya tidak peduli lagi berkenaan dana dan agenda asing tersebut. 

Harakahdaily hari ini memaparkan tulisan Aspan Alias yang cuba mengalih isu SUARAM dengan membangkitkan soal Altantuya dan rasuah dalam pembelian kapal selam.  Kononnya, kerajaan berada dalam keadaan 'mandi tak basah dan tidur tidak lena'.  

Namun, tulisan Aspan yang 'malu-malu' untuk menyebut mengenai SUARAM menerima dana dari Yahudi dan George Soros, dengan sendirinya membuktikan bahawa PR yang sebenarnya berpeluh-peluh cemas. 

Kes Altantuya serta pembelian kapal selam telah lama dijawab oleh kerajaan dengan konsisten dan terperinci serta jawapan tersebut juga adalah selari dengan apa yang dikemukakan oleh pihak Perancis, iaitu polis dan juga mahkamah.  Yang tidak konsisten dan sentiasa berubah ialah kenyataan dan tuduhan SUARAM, termasuk akuan bersumpah dan artikel berkenaannya yang ditulis oleh para penulis pro-PR.   Akhirnya, penipuan SUARAM telah pun terdedah luas, dan motif serta dalangnya juga sudah terbongkar. 

Maka, bola kini berada di kaki Aspan atau PR, bukan kerajaan.  Pembaca kini tertanya-tanya, kenapa Aspan mengelak dari mengulas mengenai dana asing?

Oleh kerana kita telah mengenepikan PKR dan DAP dalam membicarakan soal agenda musuh Islam, maka persoalan seterusnya ditujukan kepada PAS, iaitu kenapa Harakahdaily menyiarkan artikel Aspan tersebut?  

Apakah kerana PAS tidak peduli lagi serta benar-benar percaya bahawa 'wang dari darah umat Islam' yang disumbangkan oleh Yahudi Zionis dan penyangak matawang George Soros mampu membantu mereka memerintah Malaysia, menegakkan agama Allah serta melaksanakan hudud?  

Apakah kedudukan 'halal-haram' menerima wang dari sumber yang jelas haram kerana datang dari musuh yang menindas, membunuh dan merampas tanah umat Islam? 

Apakah semua itu tidak penting lagi, sepertimana slogan yang dibanggakan PAS iaitu, 'Asal Bukan UMNO', maka Yahudi hatta syaitan pun tak apa? (BB)

Adakah PAS Setuju Hudud Tidak Baik Untuk PR?

Posted: 23 Sep 2012 08:55 PM PDT


Pengerusi DAP Pusat, Karpal Singh nampaknya tidak pernah gentar dengan mana-mana pemimpin PAS terutama sekali dalam hal melibatkan pendirian tegasnya yang menolak secara total angan-angan PAS untuk mendirikan negara Islam mahupun merealisasikan perlaksanaan hukum hudud.

Menurut Karpal, pendirian PAS untuk melaksanakan hudud bakal memberi kesan tidak baik terhadap pembangkang pada pilihan raya umum akan datang. Tambahnya lagi, "PAS perlu menerima realiti. Walaupun ia pahit, desakan agar hukum hudud dilaksanakan di Malaysia hanyalah retorik semata-mata".

Satu kenyataan yang ringkas dan tidak berlapik secara langsung mewakili pendirian DAP yang sebenar-benarnya dalam isu ini.

Kelihatannya seperti DAP pun amat menyedari tujuan PAS mempropagandakan isu hudud hanyalah untuk kepentingan politik kepartian sahaja dan tidak lebih sekadar retorik semata-mata.

Entah apa reaksi Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat setelah membaca kenyataan tersebut yang bukan sahaja mencabar kewibawaannya malah turut bernada sinis memperlekehkan angan-angan PAS berkaitan hukum hudud yang dianggap sebagai satu retorik politik semata-mata oleh DAP.

Kita harap Nik Aziz yang juga adalah Menteri Besar Kelantan tidak melatah sebagaimana kebiasaannya sebelum ini dengan mengalihkan perhatian ramai berkenaan isu hudud itu dengan menyalahkan UMNO atau Kerajaan Pusat.

Harapnya untuk sekali sekala Nik Aziz dan semua pemimpin PAS dapat menunjukkan sikap gentleman menjawab kritikan Pengerusi DAP itu.

Setidak-tidaknya PAS perlu mengambil langkah tegas dan segera dengan mengikrarkan secara terbuka dan rasmi bahawa parti itu tetap jua akan melaksanakan hukum hudud seandainya PR menang dalam PRU 13 nanti sekalipun mendapat bantahan dari DAP.

Atau paling lekehpun, PAS patut berusaha bersungguh-sungguh untuk meletakkan calonnya bertanding di minima 150 kerusi Parlimen supaya sekiranya menang kesemuanya dapatlah mengubah suai perlembagaan negara demi memberi laluan kepada perlaksanaan hudud.

Tapi beranikah PAS bertindak sedemikian dengan melanggar arahan abang besarnya DAP yang sekarang ini memegang talian hayat untuk survival PAS di kebanyakan kerusi Parlimen dan DUN yang pengundinya bercampur dan sedang disandang oleh ramai pemimpin PAS pro Anwarinas?

Tergamakkah PAS menonjolkan dirinya sebagai ketua dalam PR selanjutnya menguasai lebih separuh kuota pembahagian kerusi Parlimen di antara parti-parti dalam PR untuk ditandingi dalam PRU 13?

Tentu sekali tidak. PAS tidak akan sanggup menjadi ketua dan menguasai pembahagian kerusi Parlimen kerana sifat kewujudan PAS sejak dulu sudah termaktub sekadar menjadi alas kaki kepada parti pembangkang lain.

PAS mahupun Nik Aziz sendiri juga tidak akan sesekali berani mempertahankan angan-angannya untuk melaksanakan hukum hudud. PAS juga tidak akan sanggup mengasingkan dirinya dari PR demi kerana hudud.

Bukan sahaja kerana isu hudud itu sendiri adalah retorik PAS semata-mata, tapi juga kerana hakikatnya PAS juga tahu realiti semasa belum mengizinkan ke arah perlaksanaannya.

Sudah acapkali PAS tunduk diam mengikut sahaja arahan abang besarnya asal sahaja isu hudud menggugat PR dan tiap kali itulah selepas sesatu mesyuarat tergempar PR berkaitannya, PAS akan berbelit lidah seterusnya orang lain pula dijadikan kambing hitam.

PAS juga tergamak mengecam bekas Timbalan Presidennya sendiri hanya semata-mata takut kenyataan tegas Nasharudin Mat Isa berkaitan isu hudud bakal menjejaskan hubungannya PAS dengan DAP. Sayangnya PAS pada DAP sehinggakan Mursyidul Am PAS sendiri sanggup boikot mesyuarat Majlis Syura yang sepatutnya dipengerusikannya sampai tamat.

Bila sudah sedemikian rupa, janganlah salahkan rakyat bila ramai berkongsi ppendapat bahawa PAS akhirnya akan setuju dengan pandangan DAP bahawa isu hudud tidak mendatangkan kebaikan kepada PAS dan PR.

Seterusnya seperti biasa, PAS akan menyalahkan UMNO sebagai punca retorik hukum hudud yang dijajanya gagal direalisasikan. Dan, si balaci serta penyokong PAS akan meneruskan amalan rutin mereka, angguk-angguk tanda setuju pada tipu daya propaganda tersebut.

`Manifesto Bukan Perjanjian' - Pendekatan Pembangkang Perdaya Rakyat

Posted: 23 Sep 2012 08:10 PM PDT


Kenyataan bahawa manifesto bukan janji memang merupakan cara pakatan pembangkang untuk memperdayakan rakyat dan mereka hanya akan berjalan-jalan, bercakap-cakap , bawa  fitnah tetapi tidak akan menunaikan apa yang mereka katakana atau mereka janjikan, ujar Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

"Saya berkeyakinan bahawa rakyat akan sedar dan apabila rakyat mula ambil tindakan, tiap-tiap apa yang berlaku kepada mereka (pembangkang), mereka akan menuding jari menyalahkan UMNO, BN.

Baca seterusnya di : http://www.sahabat-gunung.com/2012/09/manifesto-bukan-perjanjian-pendekatan.html

Manifesto Bukan Satu Perjanjian- Kenyataan Tidak Beretika Pakatan Pembangkang – Ahmad Maslan

Posted: 23 Sep 2012 05:16 PM PDT


Manifesto bukan satu perjanjian, satu lagi pembohongan dari pemimpin pakatan pembangkang, bagaimana Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim boleh bercakap bahawa manifesto pilihanraya itu bukanlah satu janji yang perlu ditepati, ujar Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.

"Saya berpandangan kalau ada rakyat Selangor yang rasa teraniaya akibat dari janji yang tidak ditepati, itu terpulang kepada mereka untuk menyaman kerajaan negeri sebagaimana yang berlaku terhadap kumpulan mereka yang tidak mendapat air percuma.

Memang air percuma merupakan janji mereka tetapi di rumah pangsa, di kondo yang guna meter pukal sebagainya, itu merupakan rakyat yang sukar sebenarnya kehidupan, itu yang tak dapat. Jadi itu merupakan hak mereka untuk menyaman," ujarnya mengulas kenyataan Khalid Ibrahim yang mengatakan bahawa manifesto bukanlah satu perjanjian sehingga menyebabkan sebahagian rakyat Selangor yang tidak menerima janji air percuma menyaman kerajaan negeri Selangor.

Tambahnya, kenyataan tersebut merupakan satu kenyataan yang tidak beretika, namun ada sesuatu yang dapat dipelajari dari kenyataan dan peristiwa tersebut.

"Apa yang kita belajar dari situ? Apa yang dapat kita belajar ialah jangan percaya dengan pemimpin pembangkang yang berjanji. Kalau mereka buat Buku Jingga, buku tersebut merupakan manifesto pilihanraya mereka, jadi jangan percayalah sebab pada mereka janji manifesto pilihanraya adalah janji yang tidak perlu ditepati.

Kalau itulah falsafah, fahaman pemimpin kanan pembangkang, Menteri Besar sebuah negeri yang penting bahawa manifesto pilihanraya adalah satu janji yang tidak perlu ditepati, maka kita tinggalkanlah pembangkang dengan segala janji-janji kosong mereka itu," tambahnya.

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 23 Sep 2012 11:40 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Cubaan bunuh KP UMNO Kepong. 13 Mei bakal berulang?!!

Posted: 23 Sep 2012 10:00 PM PDT

 
Ganas. Memang ganas puak-puak DAP sekarang ini. Main tikam-tikam, sembelih-sembelih sahaja kalau tidak puas hati.
 
Yang belah kita, hina Rasulullah SAW pun setakat boleh marah sahaja. Kalau di Pakistan, dah lama Ngeh Koo Ham bercerai kepala daripada badan kena roadside bom.
 
Kenapa kami kata ini semua kerja samseng DAP? Nilaikanlah sendiri, beliau merupakan KP UMNO di Kepong yang merupakan kubu kuat DAP semenjak merdeka. Bukan senang hendak jadi KP di kawasan DAP yang bukan tempat UMNO bertanding pun.
 
Kalau tidak percaya, tanyalah KP Seputeh. Beliau yang berhadapan dengan GIANT DAP Teresa KOK sentiasa mendapat ancaman daripada chauvinis tegar DAP yang menguasai kongsi-kongsi gelap di kawasan itu.
 
Mengikut rekod, Datuk Norizan ini adalah seorang yang sangat VOKAL melanyak DAP dan fuckatan. Ingat lagi kes Adam Adli hampir kena penampar Jepun di Balai Polis dahulu?!! Hah, itu semua budak-budak Datuk Norizanlah itu. Dan dalam UMNO KL, beliau merupakan antara dua KP UMNO yang begitu lantang dan vokal selain KP Seputeh. 
 
Jadi, tidak hairanlah beliau diserang sebegini. Sebabnya kelompok berani mati yang diketuai beliau dalam UMNO memang begitu memberikan kesan kepada samseng-samseng fuckatan!
 
Dan kalau dilihat sejarah, beliau juga pernah membuat headline apabila menentang pelantikan Ezam Mad Nor sebagai senator baru-baru ini.
 
Namun, kalau nak diikutkan, KP Seputeh lebih halus serangannya. Habis terbogel agenda mengkristiankan penduduk Islam Seputeh oleh Teresa KOK apabila beliau mendedahkan pergerakan misionari yang sangat aktif di sana.
 
Apakah selepas ini beliau pula menjadi sasaran?!! Apa-apa pun marilah sama-sama kita doakan agar pahlawan UMNO seperti Datuk Norizan ini selamat dan cepat sembuh. Orang Melayu dan UMNO sangat-sangat memerlukan manusia berani seperti beliau.
 
* 13 Mei bermula apabila samseng DAP cuba menyerang anggota Polis lalu ditembak mati. Mayat mereka kemudiannya diusung ke seluruh KL. Adakah sejarah akan berulang?!!

GEROMBOLAN SINGAPURA NAK KE MANA TU

Posted: 23 Sep 2012 08:00 PM PDT

KERETA-KERETA SINGAPURA NAK KE PENANG KER???
Teringat kita kisah apabila Lee Kuan Yew ditendang keluar dari Malaysia, di hadapan TV ketika itu, Lee Kuan Yew menangis teresak-esak kenapalah Tunku mengeluarkan Singapura dari Malaysia, rosak pelan Lee Kuan Yew hendak menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Tapi Lee Kuan Yew menyimpan dendam itu dan berkata dalam hatinya, one day i willl come back to Malaysia. I am the best, not you Tunku, i am the best Prime Minister in the world.

Lalu Lee Kuan Yew pun menyusun bala tentera negaranya. Beliau menjemput negara India untuk menjadi penasihat tenteranya, pada mulanya negara India menolak. Kemudian Lee Kuan Yew memanggil Isarel untuk membantu Singapura menyusun tentera Singapura. Maka datanglah seorang Brid. general Israel bernama "Mr. Jack" (dalam tulisan bahasa Inggeris - tulisan Hebrew anda boleh baca dalam buku Lee Kuan Yew). Mr. Jack menasihati dan memandu tentera Singapura lebih daripada 10 tahun.

Begitu jugalah kisah Lee Kuan Yew menghantar kereta-kereta Singapura, Lori-lori Singapura, sukarelawan-sukarelawan PAP untuk membantu Calon-Calon PAP di Semenanjung Malaysia. Walaupun semuanya kalah kecuali PAP menang di Bangsar, petunjuknya ialah jika Lee Kuan Yew hendak melakukan sesuatu ke atas Malaysia, beliau boleh petik jari sahaja!

Untuk melenyapkan UMNO di Singapura, Lee Kuan Yew hanya mengambil masa 12 bulan sahaja, maka semua kerusi-kerusi Parlimen UMNO di Singapura sebanyak 3 kerusi hilang begitu sahaja. Lim Guan Eng melakukan perkara yang hampir-hampir serupa dengan Lee Kuan Yew...LGE merobohkan rumah-rumah dan gerai-gerai Melayu, dibinalah flat-flat tinggi dan mahal sebagaimana di Singapura, dipecah-pecahkanlah orang Melayu di Pulau Pinang 10 di Flat A, 10 di Flat B, 10 di Flat C dan sebagainya.

Inilah yang dikatakan oleh LGE semasa Konvensyen DAP tidak lama dulu yang dikenali sebagai The Middle Malaysia serupa dengan The Middle Israel.

Siapakah Kitul di Pulau Pinang sekarang ini. Jawapannya sangat mudah Mat Sabu dan Salleh Man. Mereka berdua jika Haji Hadi membuat arahan pun mereka tidak akan sanggup berkata tidak kepada LGE.


Panas! Pagi-pagi lagi @ElizabethWong sudah ramas kerandut @Khalid_Ibrahim ?!!

Posted: 23 Sep 2012 06:00 PM PDT

 
 
 
 
Agak-agaknya kalau UMNO dan BN yang bagi alasan begini, apa kata penyokong PR?!!
 
Pengecut? Kaki bazir duit rakyat? Pentingkan diri sendiri?!!
 
Kalau benar rakyat Selangor sudah sedar pemimpin mana yang lebih BERSIH, mengapa perlu bertanding dalam pilihanraya yang berasingan? Tidakkah mereka yakin yang rakyat akan tetap memilih mereka jika mereka benar-benar pemimpin yang bermoral dan berintegriti?!!
 
Lihat siapa yang bercakap. Seorang ketua kongsi gelap. Seorang lagi pelaku zina yang terang-terangan terkantoi. Tetapi kerana rakyat Malaysia bukan seperti di Pakistan atau negara-negara Timur Tengah, mereka masih lagi boleh selesa bermewahan dengan wang rakyat Selangor.
 
Kini mereka cuba untuk menjustifikasikan pula alasan untuk meranapkan terus baki wang rakyat Selangor bagi kempen survival politik mereka dengan alasan yang bodoh seperti ini. Apa, mereka fikir semua rakyat Selangor DUNGU seperti penyokong merekakah?!! Apa sahaja yang disuap diterima bulat-bulat tanpa usul periksa dan pemikiran yang rasional?!!
 
Jadi kalau betul mereka di pihak yang BERSIH dan BENAR, lawan sahajalah UMNO dan BN pada PRU akan datang ini. Tidak perlu takut dan tunggu sehingga mandat betul-betul tamat. Tak payah cuba-cuba hendak halalkan sikap pengecut dan cobaan meranap terus hasil Selangor dengan alasan cikai macam ini!
 
*Tidak berapa pasti apa maksud kalau buat PRU secara berasingan ini dapat elakkan ketirisan wang rakyat pada masa hadapan...

Jangan Baca Jika Anda Tak Sayangkan Islam Macam PAS.

Posted: 23 Sep 2012 05:46 AM PDT

Baca jika anda sayangkan Islam.

Klik untuk besarkan imej

Sumber
Jangan lupa untuk sebarkan maklumat ini.

*Sebar-sebarkan.

BANGUNLAH INILAH MASANYA JIHAD MEMPERTAHAN RASULULLAH SAW

Posted: 23 Sep 2012 01:14 AM PDT

TIDAK IKHLAS MASIH MEMPERSOAL

GANJARAN USD100 DOLLAR

Cinta kita kepada Rasulullah SAW adalah sangat besar maknanya dalam hidup kita, kasih kita kepada Rasulullah SAW sangat besar maknanya dalam hidup dan mati kita, mereka menghina Rasulullah SAW apakah cukup hanya dengan demonstrasi Jumaat lalu???

Apakah cukup dengan hanya berarak ke kedutaan tetapi tidak membuat apa-apa? Cinta kepada Rasulullah SAW perlukan Jihad, apakah Jihak yang sebenar? Bangun wahai pemuda Al-Quds wahai pencinta-pencinta agama Islam, pencinta-pencinta Rasulullah, sahut seruan sehingga mereka tunduk menyembah bumi. 

Mereka masih tidak sedar, mereka masih mentertawakan penghinaan ini, Rasulullah SAW kekasih Allah, kita hamba Allah, bangun pertahankan Rasulullah SAW.

Mereka hina Rasulullah SAW dengan pelbagai penghinaan, mereka gambarkan Rasulullah SAW sebegitu jijik, mereka filemkan Rasulullah SAW kononnnya Rasulullah perosak anak orang dan pembunuh dalam filem itu. Mereka hinakan Rasulullah SAW sedemikian rupa. Bangun wahai pemuda, cari penghina-penghina itu, ajar mereka tentang keberanian dan jihad Umat Islam menjaga maruah Nabi besar kita Muhammad SAW.

Di Malaysia, Ngeh Koo Ham berkata sia-sianya umat Islam di Malaysia mempertahankan Rasulullah nabi kita...ajar dia, halau dia, buang dia di tanah asal-usul nenek moyang dia, ajar dia lagi...sanggupkah kita melihat Rasulullah SAW dihina sedemikian rupa???

Bangun....Takbir......

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 23 Sep 2012 11:37 PM PDT

DARUL EHSAN TODAY


Anwar Guna Duit Rakyat Selangor Sewa Jet Mewah...??

Posted: 23 Sep 2012 10:00 PM PDT

Tak tahu kenapa dan apa perlunya mangkuk nie sewa jet mewah, dia bukannya perdana menteri, dia bukannya busy sangat sampai perlu sewa jet untuk bawa dia kemana-mana dengan cepat dan pantas, tapi itulah anwar, manusia hipokrit, mulutnya berbuih dok hentam kerajaan kononnya menghabiskan duit rakyat, adakah dia juga menggunakan duit negeri selangor untuk bermewah-mewah...???

Mungkin anwar boleh nafikan yang dia tak guna duit kerajaan selangor, tapi rakyat perlu tahu siapa sponsor dan siapa tolong sewakan jet peribadi itu untuk dia... perlu ingat, anwar kerap kata dia manusia bersih dan suci, dia tak pernah makan rasuah selama berbelas tahun dia menjadi menteri kabinet, sekarang nie elaun dia sebagai sebagai ahli parlimen bawah 10 ribu ringgit, jadi mana datang duit untuk dia sewa jet tu...???

Berani ke anwar dedahkan siapa yang sponsor dia...???




SPR Dedahkan Penipuan Saifuddin Nasution... Kantoi Beb

Posted: 23 Sep 2012 07:00 PM PDT

Sebelum korang nak komen apa-apa, aku rasa lebih baik korang tengok dulu video di bawah, dengarkan betul-betul penjelasan dari spr mengenai isu 18 orang duduk satu rumah dan menggunakan 1 alamat yang sama, tengok macam mana pkr dan saifuddin spin cerita tu...









The Unspinners

Posted: 23 Sep 2012 11:34 PM PDT

The Unspinners


Penafian 10 tahun Malaysiakini terkantoi

Posted: 23 Sep 2012 08:07 PM PDT

Dana asing belikan Anwar jet peribadi?

Posted: 23 Sep 2012 06:30 PM PDT

Lawak pagi: Otak pembangkang

Posted: 23 Sep 2012 06:01 PM PDT

Nik Aziz dendam UMNO bagaikan orang sakit jiwa

Posted: 23 Sep 2012 06:30 AM PDT

Kenapa Nik Aziz tidak kecam sikap anti Islam DAP?

Posted: 23 Sep 2012 03:00 AM PDT

sekupangdua

Posted: 23 Sep 2012 11:33 PM PDT

sekupangdua


NGEH KENA HANTAM WOO!!!

Posted: 23 Sep 2012 10:28 PM PDT



Semalam berlansung nya persidangan Konvensyen DAP di Hotel Ritz Garden Ipoh yang disertai 330 perwakilan dari seluruh negeri yang sepatutnya membincangkan persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 juga bertukar menjadi perdebatan masalah dalaman parti. ngeh Dikritik ahli parti
Seorang perwakilan dari Taman Sejati Sitiawan, membidas Ngeh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sitiawan kerana kenyataannya membangkitkan isu agama Islam menerusi laman Twitter, menjejaskan usaha parti untuk menarik bukan Cina menyertai DAP.

Terdahulu, Ngeh yang juga Ahli Parlimen Beruas dikritik oleh Pengerusi Cawangan Lumut, Kong Ying Hwa kerana didakwa menggunakan akhbar Cina untuk mengkritik ahli parti.
Pengerusi Cawangan Desa Manjung, Solaiman O P Syed Ibrahim pula berkata, tidak pernah dalam sejarah parti di negeri itu pengerusi menggunakan media untuk mengkritik ahli sendiri seperti yang berlaku sekarang.

Cawangan Desa Manjung, Lumut dan Kampung Acheh Baru adalah tiga cawangan DAP di daerah Manjung yang dirujuk oleh Ngeh kepada jawatankuasa disiplin parti kerana menganjurkan majlis makan malam mengumpul dana tanpa kebenaran.

Usah pecah-belah ahli

Solaiman berkata, kepemimpinan parti tidak sepatutnya memecah-belahkan perpaduan parti hanya kerana menganjurkan majlis makan malam untuk mengumpul dana.

Pengerusi Cawangan Kampung Cina, Jason Lim pula mempersoalkan kelewatan kepimpinan parti meluluskan penubuhan cawangan baru dan mendakwa ada pihak sengaja berbuat demikian di kawasan yang dianggap bukan 'kem' mereka.
"Ini semua tidak adil menjelang pilihan raya umum," katanya.

Pengerusi Cawangan Chenderiang, Richard Leong, turut membangkitkan isu sama dengan menyatakan beliau sudah bekerja keras membuka cawangan di Tapah tetapi sehingga sekarang tiada surat kelulusan daripada jawatankuasa negeri.
"Kepemimpinan parti meminta ahli melawan musuh di luar tetapi mereka sendiri yang menyerang ahli sendiri," katanya.

Perbahasan panas

Perbahasan yang semakin panas itu memaksa Pengerusi Konvensyen, Ng Wei Aik, menenangkan keadaan dengan meminta mereka berbahas isu nasional dan negeri, manakala semua isu dalaman dibincangkan mengikut saluran lain.
Bagaimanapun, perbahasan isu dalaman yang dianggap memalukan kepemimpinan DAP negeri berterusan sehingga persidangan berakhir jam 3 petang.

sumber  FoN Online

PAS PERAK PALING SENYAP? BILA HUSTAZAH DAN OSTART ABBY, HEIRIE DAN LERMAN NAK SOUND TEPAT KAT NGEH YG HINA UMAT ISLAM?

Posted: 23 Sep 2012 07:21 PM PDT

Sekadar Hiasan tiada kena mengena dengan pasal bulu kening


APACER  KONVENSYEN, NAMPAKNYA TAK LAH JADI KALAU DAH KONVENSYEN NAMPAKNYA SENYAP TAK RIUH MACAM BIASA, AKHBAR TEMPATAN UTAMA HARI NI MENELUARKAN TAJUK KECAMAN YERHADAP NGEH, SEJAUH MANA KECAMAN PESERTA DENGAN IKHLAS TERHADAP ANGGOTA YANG BERMASALAH NAMPAKNYA SEKADAR SELESAI SEGALA KEMELUT HANYA DENGAN SATU POSTING DIDALAM BLOG? ADAKAH PRAKTIKAL DAN CUKUP BERKESAN UNTUK RAKYAT TERPAKSA FAHAM DAN KENA TERIMA?

Bagaimana pulak dengan rakan seangkatan dan parti yg sanggup Cam, adakah sekadar duduk dibatis depan konvensyen sudah cukup membuktikan segala apa yang dicakap pembahas semuanya kena angguk? Mana HUDUD, mana WAJIB hormati hati ISLAM? Mana teguran? mana JANTANnya Suara? Mana Jihadnya Islam? 

Umat Islam bangkit pertahankan Muhammad ya Rasulullah.... Jangan berani Aibkan Nabi akhir zaman, tolak sebelah fahaman politik, yang penting suara kita sebagai amaran dan pelajaran kepada yang lain sebagai landasan saling menghormati sesama insan. Kecik jugak hati bila nampaknya semakin banyak ceramah yang diadakan, kenapa tajuk tak kisahkan soal penghinaan kepada Rasulullah Saw. setidak-tidaknya menyatakan pendirian yang kita amat sayangkan Muhammad Saw dan kecam segala yang mencemuh dan aibkan Nabi akhir zaman perlu dengan nada tegas! mana suara lantang penceramah POPULAR  PAS yang paling kuat menyalak dimerata-rata ceramah yang mendapat liputan akhbar dan banner yang cantik tergantung merata, susuah sangat kah nak menyebut JANGAN HINA NABI KAMI? didalam dewan yang bersidang soal rakyat pun bukan main berani menjerit dan panjat meja cuba tunjuk lagak hebat macam berok! kenapa pulak dimerata ceramah tak nak mengaku sayang nabi dan beri amaran kerana itu tuntutan seorang islam yang mempertahankan Nabi muhammad ya Rasulullah...

Kata hasil dari kesedaran dan tanggung jawab terhadap Islam, Kot mencari payment kat ceramah pun sikit ada ingat la kawan bila itu ngeh hina Umat Islam, dah kalau kata untuk Islam Jadi memang patut ler sekali sekala kena tentang penghinaan Ngeh dalam tweeternya. Dalam ertikata yang lain kena ler ambik hati peminat dalam Parti dengan penghinaan nie, jangan nampak sangat nak untung ajer. Kena ler buktikan Ngeh jugak menghina Umat Islam sekali pun guru ceramah komer hanya ajor UMNO dan BN jer...

Hero Malaya nie...

Leman Raja Lawak... Sory ler kalau salah gambo sebab teman tak cam
Hero malaya dan si leman Raja lawak

oyabun

Posted: 23 Sep 2012 11:30 PM PDT

oyabun


Wujud campur tangan asing untuk menguasai negara!

Posted: 23 Sep 2012 09:04 AM PDT



Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, penyaluran dana asing untuk aktiviti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) propembangkang membuktikan wujud campur tangan pihak luar untuk menukar kerajaan sedia ada kepada kerajaan yang boleh mengikut telunjuk mereka.

Menurut bekas Perdana Menteri, modus operandi yang digunakan adalah sama seperti di Libya, Mesir dan negara Arab lain yang mereka namakan sebagai Arab Spring, iaitu pihak asing memberi bantuan kewangan bagi membiayai aktiviti NGO mengapi-apikan rakyat supaya bangkit menentang kerajaan dan melakukan apa yang dikatakan sebagai regime change.

"Kerajaan interim Mesir telah pun menghentikan kegiatan sesetengah NGO ini yang datang dari Amerika. Mereka ini sebenarnya dibiayai oleh kerajaan (Amerika), mereka pergi ke Mesir dan cuba mempengaruhi orang Mesir dan siapa-siapa yang hendak menghadapi pilihan raya. Mesir telah menghalang mereka daripada masuk campur (dalam pilihan raya).

"Kita tak pernah campur tangan, tak pernah pergi kacau (pilihan raya negara mereka) dia punya pilihan raya, dia punyalah. Kita punya pilihan raya adalah hak rakyat kita, pasal apa dia nak cuba pengaruhi orang untuk menukar kerajaan, kerajaan yang mesra kepada mereka? Inilah tujuannya. Ini yang diuar-uarkan sebagai regime change," katanya kepada Mingguan Malaysia ketika ditemui di pejabatnya di sini kelmarin.

Dr. Mahathir diminta mengulas pendedahan akhbar kelmarin mengenai penyaluran dana asing kepada NGO dalam negara termasuk RM1.6 juta yang diterima Suara Rakyat Malaysia (Suaram) daripada National Endowment for Democracy (NED) dan RM845,835 daripada Open Society Institute (OSI), pertubuhan yang diasaskan oleh penyangak mata wang George Soros.

Menurut bekas Perdana Menteri seperti yang pernah ditulis oleh beliau di dalam blognya, apa yang dimahukan oleh pihak asing itu bukan setakat regime change atau perubahan kerajaan yang memerintah tetapi perubahan yang menyaksikan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Beliau yakin penyaluran dana asing termasuk untuk perhimpunan Bersih dan pelbagai lagi adalah sebahagian daripada operasi untuk menyokong Anwar.

"Jerman pun bagi duit, apa kena-mengena dengan Jerman? Adakah anda tidak bersetuju dengan kerajaan sekarang dan mahu menjatuhkannya? Kalau nak bagi duit, bagi dua-dua belah (pihak). Bagi kepada pihak penyokong kerajaan dan pihak pembangkang tak apa. Tapi apabila anda memberi dana hanya kepada satu pihak bermakna anda mengapi-apikan rakyat supaya menentang kerajaan.

"Ini salah! Ia adalah hak rakyat negara ini untuk memilih kerajaan yang mereka kehendaki bukannya orang luar menentukan kerajaan yang mereka mahukan," tegasnya.

Dalam keadaan ini, Dr. Mahathir berkata, apa yang diperjuangkan oleh NGO yang menerima dana asing ini bukan lagi mewakili suara rakyat Malaysia sebaliknya suara pihak luar.

"Ia bukannya inisiatif rakyat Malaysia tetapi inisiatif orang asing. Tak kan kita hendak dikuasai oleh orang asing? Dia bagi duit sana nak bagi jatuh kerajaan supaya orang dia dapat naik dan orang dia di sini secara terang lagi bersuluh, dia nak Anwar. Jadi siapa yang nak pilih Perdana Menteri Malaysia, orang Malaysiakah orang asing?," soalnya.

Baginya beliau boleh menerima sekiranya rakyat Malaysia sendiri yang membuat keputusan hendak memilih Anwar tetapi biarlah pilihan itu dibuat tanpa dipengaruhi oleh tangan-tangan asing.

"Jika anda (pihak asing) cuba mempengaruhi pilihan orang kita dengan bagi duit, itu rasuah!" tegasnya lagi.

Wasabi Oyabun..

Panglima Perang Cyber

Posted: 23 Sep 2012 11:28 PM PDT

Panglima Perang Cyber


Pertemuan Tertutup PM dengan Ahli Parlimen Tanda PRU 13 Makin Dekat ?

Posted: 23 Sep 2012 11:00 PM PDT

Najib adakan taklimat tertutup bersama Ahli Parlimen BN


KUALA LUMPUR 24 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengadakan majlis taklimat tertutup dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di bangunan Parlimen di sini.

Taklimat tertutup kira-kira 45 minit yang bermula pada pukul 8.45 pagi itu dihadiri Ahli Parlimen daripada parti-parti komponen BN termasuk jemaah menteri.

Selepas mesyuarat, Najib beredar bagi menghadiri persidangan Dewan Rakyat untuk Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima di Parlimen.

- BERNAMA

Pemilik Jet Peribadi Dinaiki Anwar Dan Pemimpin Pakatan Dibongkar Blogger Dr Novandri

Posted: 23 Sep 2012 10:42 PM PDT

Di bawah adalah pendedahan pemilik jet peribadi yang menjadi perbualan rakyat itu :
The private jet is operated by Bresnan International Aviation of White Plains, New York.
It's an aircraft charter outfit and is the only aircraft they operate. 
The aircraft owner is registered under Wells Fargo Bank Northwest, Salt Lake City. 
Either this Dassault Falcon 900 with the registration N990BB belongs to an American friend of Anwar Ibrahim or some rich fat cat is paying for the rental. more


Baca lanjut di  http://novandri.blogspot.com/2012/09/pemilik-jet-peribadi-yang-digunakan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+novandri+%28MINDA+INTELEK+MELAYU%29

Video : Mahasiswa Seperti Syazni Munir PMI Produk Pro Pakatan Yang Memalukan Mahasiswa Intelek Malaysia #PRKampus

Posted: 23 Sep 2012 08:50 PM PDT



Negara akan hancur jika mahasiswa dijadikan boneka dengan beberapa keping wang RM ini menguasai negara masa hadapan. 

Hilang akhlak kerana kejar jawatan dan populariti. 

Bukan memperjuang kebenaran guna jalan Sunnah Nabi Junjungan.

Rakyat Malaysia Cipta Kaedah Pantau Guna iPad Di Australia cc @NajibRazak

Posted: 23 Sep 2012 08:41 PM PDT



Keratan akhbar Australia melaporkan mengenai sistem memantau pesakit melalui iPad hasil inovasi Dr Hashrul.Kuala Lumpur: Seorang doktor rakyat Malaysia yang bertugas di Hospital Goulburn Valley, di Melbourne, Australia berjaya mencipta kaedah pemantauan rekod pesakit menggunakan komputer tablet dan iPad atau iPhone.

Dr Hashrul Nizam Zainul Rashid, 27, mengambil masa kira-kira lapan bulan menghasilkan sistem khas yang dinamakan ColdFusion itu. Ia membolehkan doktor memantau dan memberikan penjelasan kepada pesakit perkembangan kesihatan mereka menggunakan gajet berkenaan.
Kurangkan masa analisis 

Melalui sistem itu, doktor bertugas tidak perlu menunggu masa lama menganalisis masalah pesakit selepas ujian, sebaliknya memantau keputusan ujian melalui sistem yang dibangunkan secara khusus itu.

"Sebelum ini doktor mengambil masa menunggu keputusan ujian makmal dengan mengambil butiran di pangkalan. Doktor juga perlu menunggu giliran menggunakan komputer kerana ia hanya boleh diakses oleh seorang pengguna saja pada satu-satu masa.


Untuk lebih gambar dan berita dapatkan BH hari ini atau layari BH Digital di http://subscription.nstp.com.my/

4 Gambar Perangai Sebenar Mahasiswa Bayangan Pakatan Pasti Memalukan Mahasiswa #PRKampus

Posted: 23 Sep 2012 08:36 PM PDT






Maka kita kena sedar orang muda telah diperkudakan untuk keganasan. 

Mereka yang bersemangat tinggi tidak sedar telah menjadi alat untuk kepentingan politik pembangkang.

Dengan liputan meluas seperti Malaysiakini, geng mahasiswa ini cepat dikenali dan menjadi ikutan walaupun berakhlak tidak ada ciri bakal ahli akademik yang waras dalam tindakan dan perbuatan.

tengok lagi gambar kecelaruan mereka di blog Angin Perubahan

Video Pelanggaran Undang2 #PRKampus UKM - Jom Sebarkan

Posted: 23 Sep 2012 06:46 PM PDT



baca lanjut di portal rasmi kempen PRK Pro AspirasiMahasiswa 


baca juga kisah di UPSI di sini

Buku 100 Dalil Pas vs 121 Tolak Pas Kelantan cc @Mustapa_Mohamed @NikAbdulAziz

Posted: 23 Sep 2012 04:30 PM PDT



Buku ini diterbitkan oleh pihak yang menolak kerajaan Pas kelantan. Hingga menimbulkan kemarahan ramai orang kuat Pas termasuk peringkat pimpinan. 

Hujah lawan hujah - jangan emosi tetapi berperanglah dengan fakta yang anda miliki.

Siapa boleh hantar buku ini kepada panglima sila email panglimaperangcyber@yahoo.com

Terima kasih.

Watch "U Didn't Build That by MC 'Bama" on YouTube - Lagu Rap Dari Cantuman Ucapan @BarackObama

Posted: 23 Sep 2012 06:51 AM PDT

Idea yang kreatif... Namun sangat letih untuk dilakukan. Kerana ia akan mengambil masa yang panjang.

Apa kata kita cuba pula untuk kempen politik di Malaysia?

http://www.youtube.com/watch?v=bQu2SVFF-cU&feature=youtube_gdata_player

Watch "元首Rap:江南Style Gangnam Style from Hitler" on YouTube

Posted: 23 Sep 2012 06:38 AM PDT

Memang kreatif!

http://www.youtube.com/watch?v=_tILqds7-jg&feature=youtube_gdata_player

Watch "Shila Amzah- (Gemilang) The Winner of Asian Wave 2012" on YouTube

Posted: 23 Sep 2012 06:33 AM PDT

Walaupun bertudung namun bakat dan ilmu bahasa mandarin yang dimiliki membuatkan gadis ini berjaya di pentas dunia menang wang yang disediakan sebanyak RM 5 juta.

Saksikan dan jadikan ia pengajaran dan sumber inspirasi kita masa hadapan.

http://www.youtube.com/watch?v=fHCEwLOn8GM&feature=youtube_gdata_player

Blogger X-UM Bongkar Penipuan Pro M

Posted: 23 Sep 2012 06:21 AM PDT

Klik sini cerita lanjut.

http://braderjai.blogspot.com/2012/05/akhirnya-siswa-ini-minta-maaf-kerana.html

Jika ingin mengikuti kisah perjalanan PRK sila ikuti lis blog Anak Muda si bawah dan klik Portal MyMahasiswa.com

Kita doa kawan kawan di IPT akan menang besar melawan pihak dibayangi Pakatan pro LGBT Kuasa Asing.

Mari kita bantu adik di Universiti dengan like share retweet atau tag bahan baik yang diedarkan.

Kerjasama anda didoakan dengan masa depan gemilang untuk anak cucu kita masa hadapan.

Watch "Still drinking coca cola? Watch this!" on YouTube

Posted: 23 Sep 2012 06:10 AM PDT

Elakkan minuman berkarbonat. Minumlah air suam dan panas, banyakkan air mineral elakkan ais.

http://www.youtube.com/watch?v=oeA3IAVULZc&feature=youtube_gdata_player

Watch "Samsung Galaxy S3 vs. Apple iPhone 4S - Water Test" on YouTube

Posted: 23 Sep 2012 06:04 AM PDT

http://www.youtube.com/watch?v=If8G3UxeV-8&feature=youtube_gdata_player

Watch "Samsung Galaxy SIII - Screen Scratch Test - Gorilla Glass 2" on YouTube

Posted: 23 Sep 2012 05:58 AM PDT

Hebat  !!!

http://www.youtube.com/watch?v=fhoF564nJ_Q&feature=youtube_gdata_player

Watch "Best Goals in History of Football" on YouTube

Posted: 23 Sep 2012 05:43 AM PDT

http://www.youtube.com/watch?v=9foCJDVTbYg&feature=youtube_gdata_player

Lee Chung Wee dan Pasangan Beregu Menang Terbuka Jepun -Tahniah

Posted: 23 Sep 2012 01:02 AM PDT


Terbuka Jepun: Pasangan campuran Malaysia juara
WARTAWAN SINAR HARIAN
23 September 2012
Peng Soon-Liu Ying sekadar naib juara













BEREGU campuran negara, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying muncul juara dengan menewaskan pasangan Indonesia, Muhammad Rijal dan Liliyana Natsir 21-12 dan 21-19 di pentas akhir Terbuka Jepun di Stadium Nasional Yoyogi sebentar tadi.

 
AKAN MENYUSUL


Mengikut maklumat Taiping Mali Lee Chong Wee juga sudah menang.


Sent from my iPad

Analisa Pengaruh Pemimpin BN vs Pakatan Aplikasi KLOUT cc @NajibRazak @MuhyiddinYassin @Zahid_Hamidi

Posted: 23 Sep 2012 01:01 AM PDT

Belantan

Posted: 23 Sep 2012 11:02 PM PDT

Belantan


Kerajaan Selangor kelirukan rakyat dalam isu air?

Posted: 23 Sep 2012 06:14 AM PDT



Kerajaan negeri Selangor sengaja mengelirukan orang ramai berhubung isu air di negeri ini demi memenuhi agenda politiknya, tanpa menghiraukan kepentingan pengguna dan ekonomi, kata seorang aktivis kepenggunaan terkenal hari ini.

Presidan Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA) Datuk Dr Jacob George berkata maklum balas yang beliau terima menunjukkan bahawa kebanyakan penduduk Selangor keliru tentang pihak manakah yang betul dalam isu berkenaan.

Katanya dalam keadaan yang dibelenggu kekeliruan ini, kerajaan negeri Selangor menimbulkan satu lagi perkara ke dalam isu ini - bahawa tarif air akan naik sekiranya kerajaan persekutuan meneruskan rancangannya untuk membina loji rawatan air Langat 2.

Dr George berkata beliau kesal apabila mendapati beberapa anggota exco dalam kerajaan Selangor yang sebelum ini merupakan aktivis dalam badan bukan kerajaan (NGO), melihat semua perkara secara negatif, walaupun kerajaan persekutuan berniat baik dalam rancangannya untuk memperbaiki keadaan di negara ini.

"Saya terlibat dengan pelbagai NGO selama 37 tahun. Saya dapat melihat permainan mereka (dalam isu air), strategi mereka dan mereka menimbulkan perkara yang tidak relevan, semata-mata untuk menyekat langkah yang cuba dilaksanakan kerajaan persekutuan," katanya dalam temu bual disini hari ini.

Dr George mendakwa kerajaan negeri Selangor juga menyeret isu antara pihaknya dengan Puncak Niaga Holdings Bhd ke dalam isu air di negeri ini, sedangkan ia sepatutnya diselesaikan melalui platform lain.


Beliau berkata masa yang digunakan untuk melayan perkara yang tidak relevan itu sepatutnya digunakan untuk menyelesaikan krisis air yang bakal melanda Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Kenapakah kerajaan negeri melakukan semua ini? Janganlah mencampuradukkan semua ini dan meletakkannya ke dalam satu bakul. Ini tidak betul. Ia melibatkan masa depan kami, bukan saja penduduk Selangor, tetapi juga jiran kami (di Kuala Lumpur dan Putrajaya) kerana ia (krisis air) akan memberi kesan serius," kata Dr George.

Sementara itu Kerajaan Pahang batal bekalan air ke Selangor!

Kerajaan Negeri Pahang akan membatalkan bekalan air mentah ke Selangor jika kerajaan negeri itu tidak membenarkan pembinaan projek Loji Bekalan Air Langat Dua diteruskan.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, perkara itu akan dilaksanakan jika Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim terus berdegil dengan tidak membenarkan pembinaan logi tersebut.

"Walaupun sudah bertukar kerajaan, Menteri Besar Selangor sekarang sepatutnya menghormati perjanjian bekalan air mentah ke negeri itu dan juga Putrajaya serta Kuala Lumpur.


Saya berharap kerajaan Selangor tidak menjadikan bekalan air mentah itu sebagai isu politik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mini Maha 2012 dan Jelajah Kesihatan Peringkat Daerah Bentong di Dataran Bentong di sini hari ini.-UMO

Suara Politik
Taminsari

PISAU.NET

Posted: 23 Sep 2012 09:26 PM PDT

PISAU.NET


Dokumen HOT! Bukti Cik P Melabur 2.5juta Untuk Guan Eng Luluskan Tanah Taman Manggis Di Bawah Harga Pasaran.

Posted: 23 Sep 2012 06:00 PM PDT


Skandal tanah Taman Manggis adalah bukti pembabitan Lim Guan Eng yang membabitkan keuntungan berjuta ringgit masuk kedalam poket beliau membabitkan individu digelar Cik P dan Datuk JP.


 Cik P terbabit secara langsung menjadi orang tengah diantara majikannya dan Lim Guan Eng  menguruskan sewa dan kos ubah suai rumah Guan Eng di Jalan Pinhorn.


 

Lim Guan Eng menjual tanah dibawah harga pasaran kepada pihak syarikat Cik P sebagai timbal balik apabila rumah yang didiami oleh beliau ditanggung sepenuhnya oleh pihak syarikat Cik P.


Kenapa dan mengapa Cik P dan syarikatnya sanggup mengeluarkan wang yang banyak untuk kos membeli rumah RM2.5JUTA  dan kos ubah suai  semata mata untuk didiami oleh Lim Guan Eng jika tidak menguntungkan mereka?


Penyelewengan ini sehingga sekarang didiamkan,walaupun didedahkan oleh pemuda BN namun Guan Eng sehingga sekarang tidak berani untuk menjawap atau menafikan dakwaan kaitan dengan Cik P .


RM2.5juta!
Ini adalah salinan dokumen pemilikan lot rumah yang pindah milik keatas nama Cik P. Rumah tersebut didiami oleh Lim Guan Eng dan dijadikan rumah rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang.


lokasi rumah.

Old bungalow purchased by Miss "P"(business partner of Dato' "JP") for Guan Eng finalized on 21st October 2008 at RM2,500,000-00 ....just months after being CM of Penang,,,that Dato JP is the buyer of the Taman Manggis land at below market value.


Nama Cik P adalah pemilik rumah sewa Lim Guan Eng.
Datuk JP


Artikel Pisau sebelum ini...

Menurut sumber Pisau,beliau langsung tidak menafikan bahawa kaitan Cik P dan Lim Guan Eng cukup rapat.Malah tambah beliau Cik P turut terbabit secara langsung dalam proses ubah suai rumah sewa Lim Guan Eng yang menelan belanja yang amat besar membabitkan wang rakyat.
EXTENSIVE RENOVATION. Lim Guan Eng said he was forced by termites & ants to move in June 2009 and so rented that bungalow for a few thousand ringgit!! Wakaka. Bungalow worth RM3.7 million(incl cost of renovation & furnishing)

Cik P adalah salah seorang pengarah dengan syarikat Winbond Sdn Bhd. klik winbond sdn bhd


Kenapa dikaitkan dengan Winbond?Walaupun Winbond hanyalah sebuah syarikat membekal tenaga kerja asing,namun syarikat ini hanyalah sebagai bayangan untuk menutup pembabitan perolehan tanah Taman Manggis.

Untuk pengetahuan anda,Syarikat Winbond Sdn Bhd adalah sebahagian daripada rangkaian syarikat syarikat yang mempunyai kaitan dengan Victoria International Medical Center Sdn Bhd  yang membeli tanah di Taman Manggis dibawah harga pasaran. Maknanya ia mempunyai pemilik yang sama iaitu Datuk JP...


Harga sebenar tanah tersebut adalah lebih 22juta,sebaliknya hanya dijual dengan harga 11juta.Adakah Cik P memberi pelbagai imbuhan kepada Lim Guan Eng hinggakan beliau secara sengaja meluluskan penjualan tanah tersebut walaupun mengetahui tanah tersebut telah digazetkan untuk pembinaan rumah murah kepada rakyat.

Adakah Lim Guan Eng mahu menafikan beliau langsung tidak menerima wang dan pelbagai barangan sebagai imbuhan?:Selanjutnya klik sini



 Baca artikel dibawah untuk rujukan:!

Skandal 22juta,Cik P dan Juga Penyelewengan Lim Guan Eng.

Komisen Jutaan Ringgit Adalah Hak Dr Lim Guan Eng?

Guan Eng Untung Besar Jual Tanah Perumahan Rakyat!

 

Pisau kata "jumlah keseluruhan kos rumah termasuk ubahsuai RM3.7 juta."

Jangan bersedih dan bersimpati dengan saya- Tun M

Posted: 23 Sep 2012 08:45 AM PDT

Tun M - Saya sedih. Bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya akan menarik simpati sesiapa. Hanya saya ingin menyatakan perasaan saya- perasaan apabila melihat kaum bangsa saya, orang Melayu, begitu sekali tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri.

Bagi generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentulah mereka tidak merasai sendiri kehinaan yang dialami oleh orang Melayu semasa mereka dijajah dahulu. Tetapi takkanlah mereka tidak baca sejarah bangsa mereka.

Jika mereka sudah lupa, jika mereka tidak dapat memahami pahit maung, pedih perit bangsa yang dijajah, izinkan saya yang biasa dengan tiga penjajahan bercerita sedikit berkenaan orang Melayu semasa dijajah.

Rata-rata mereka miskin, tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak terdaya mempertahan negeri-negeri mereka. Mereka terpaksa bertuankan orang putih Inggeris yang mereka terima sebagai Tuan mereka di negeri mereka sendiri. Mereka bukan tuan rumah. Mereka sebenarnya hamba rumah yang diduduki orang lain.

Orang putih, secara terbuka menyatakan orang Melayu adalah bodoh dan malas, tidak mampu menyumbang apa-apa kepada pembangunan negeri-negeri mereka. Mereka hanya layak jadi pemandu kereta dan orderly atau budak pejabat atau kerani. Mereka dianggap tidak berkebolehan melaksanakan apa-apa kerja yang dipertanggungjawab kepada mereka. Orang asing dari India dan Cina perlu dibawa masuk untuk mengatasi masalah Melayu malas dan tidak cekap.

 
Datang Jepun. Orang Melayu hilang jawatan perkeranian dan jawatan-jawatan rendah yang lain. Mereka terpaksa jadi penjual pisang di tepi jalan - kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Jika tidak tunduk serendah mungkin apabila lalu di hadapan askar Jepun, mereka dipaksa tatang ketulan batu yang besar sehingga mereka pening dan jatuh. Mereka diarah panjat pohon kelapa untuk dapat buah kelapa bagi askar Jepun. Jika gagal mereka ditempeleng dan terbongkok-bongkok meminta maaf daripada askar Jepun.

Tanpa bertanya sedikitpun akan pandangan orang Melayu sebagai pemilik negeri-negeri Melayu, Jepun menghadiahkan empat buah negeri Melayu, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Siam, kerana membalas budi Siam.

Di bawah pemerintahan Siam, orang Melayu diarah supaya menghormati lagu kebangsaan Siam dan bendera Siam. Saya lihat sendiri seorang orang tua Melayu yang tidak turun basikalnya semasa lagu kebangsaan Siam dimainkan, ditendang di kepala oleh askar Siam apabila lagu berhenti dan ia jatuh terlentang di atas jalan. Saya dan beberapa Melayu lain tidak berani menolong orang tua yang telah jatuh. Kami bangsa yang dijajah dan boleh ditendang oleh sesiapa yang menjajah bangsa kami. Jangan siapa tolong.

Kemudian, British kembali dan raja-raja Melayu diugut akan diturunkan dari takhta mereka jika tidak tandatangan perjanjian Mac Michael supaya negeri-negeri Melayu diserah secara langsung kepada British. Dan raja Melayu pun tandatangan dan diturunkan pangkat kepada kadi besar negeri mereka.
Cadangan Malayan Union British bertujuan menamatkan negeri-negeri Melayu sebagai Tanah Melayu, milik orang Melayu. Ia akan jadi milik siapa sahaja yang mendapat taraf rakyat Malayan Union milik British.

Dalam keadaan orang Melayu begitu miskin, daif dan tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak mempunyai senjata, tidak tahu berniaga, sudah tentu mereka akan menjadi kuli dan hamba kepada orang lain yang lebih pintar, lebih cekap dan lebih kaya daripada mereka. Sudah tentu tidak akan ada Tanah Melayu, tanah tumpah darahnya orang Melayu. Mereka akan jadi bangsa yang tidak bernegara, tidak bertanahair. Tidak ada masa depan bagi mereka.

Alhamdulillah. Di saat itu mereka tiba-tiba sedar. Berkat beberapa kerat di antara mereka yang terpelajar yang tahu akan malapetaka yang menanti bangsa mereka, mereka ketepikan sikap kenegerian mereka dan kesetiaan kepada raja masing-masing atau kepada keturunan mereka. Mereka bersatu dan bangun menentang rancangan Malayan Union British. Perpaduan Melayu yang tumpat ini, pendirian mereka yang tidak berbelah-bahagi berkenaan penolakan Malayan Union memaksa British gugurkan rancangan mereka dan kembalikan negeri-negeri Melayu bersama Pulau Pinang dan Melaka yang dimiliki British kepada orang Melayu. Maka terselamatlah orang Melayu dan negeri mereka.

Malangnya sekembalinya sahaja Semenanjung Tanah Melayu ke tangan orang Melayu, maka bermulalah rebutan untuk nikmat yang datang dengan pemerintahan sendiri, khususnya untuk menjadi ahli dalam dewan-dewan negeri dan dewan undangan Persekutuan. Keahlian ini menjanjikan pangkat, elaun dan lain-lain kemudahan.

Untuk bekerja sebagai budak pejabat memerlukan kelulusan tertentu. Tetapi untuk menjadi Yang Berhormat, menteri, bahkan Perdana Menteri tidak memerlukan apa-apa sijil atau kelulusan.
 
Yang kecewa, yang tidak dapat nikmat yang dikejar lupa akan nikmat perpaduan dan mereka tinggalkan UMNO untuk tubuh kesatuan mereka sendiri. Dengan ini mereka akan dapat dicalon oleh parti mereka untuk bertanding dalam pilihan raya yang akan datang.

Kumpulan pertama yang menubuh parti serpihan terdiri daripada ulama dalam UMNO yang kecewa kerana permintaan mereka supaya 10 daripada mereka dicalonkan oleh Tunku Abdul Rahman ditolak olehnya dan hanya satu sahaja yang diberi kepada kumpulan ini.

Tetapi Tuhan Maha Kaya. Rata-rata orang Melayu terus menyokong UMNO yang mana ini memberi kemenangan kepada UMNO dan rakan-rakannya. Demikianlah besarnya sokongan ini sehingga British terpaksa serah kuasa kepada Perikatan ciptaan UMNO. Jika Parti Islam mendapat lebih daripada satu kerusi, nescaya kemerdekaan tidak tercapai pada 1957.

Tanpa merampas hak orang lain, pemerintahan yang bertunggak kepada Melayu berjaya membangunkan negara dan memberi kepada bangsa Melayu dan bumiputera lain pelajaran, latihan dan peluang yang tidak pernah dinikmati oleh mereka semasa dijajah.

Berkat semua ini maka terpulihlah maruah bangsa Melayu. Alhamdulillah.
Ramalan bahawa pemerintahan yang dipimpin Melayu ini akan merampas hak dan harta kaum lain tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya pimpinan yang diterajui Melayu berjaya memajukan negara sehingga dikagumi dunia.

Semua ini terang dan nyata. Dunia akui kebolehan orang Melayu yang memimpin Malaysia. Tetapi mereka belum sampai ke tahap bersaing dengan kaum lain terutama dalam bidang perniagaan dan perusahaan.

Malangnya kejayaan yang sedikit ini telah menjadikan mereka bongkak dan tamak. Rebutan kuasa antara mereka terus berlaku dan rebutan yang berpunca kepada ketamakan individu tertentu menyebabkan perpecahan dan serpihan daripada parti utama mereka.

Mereka yang kecewa kerana gagal merebut tempat menghasut ahli-ahli dan pemimpin kerdil untuk menyertai mereka, untuk menjayakan hasrat sempit mereka merebut kuasa, terutama untuk menjadi Perdana Menteri. Untuk ini mereka membohong, menyalahtafsir agama, menyokong orang lain yang tidak suka melihat orang Melayu meraih walaupun sedikit kekayaan, kedudukan dan nikmat yang terdapat di negara ini.

Hasilnya ialah perpaduan Melayu diganti dengan perpecahan. Orang Melayu yang dahulu digeruni oleh British kerana kukuhnya perpaduan mereka, sekarang berpecah kepada tiga kumpulan kecil yang terpaksa mengemis untuk mendapat sokongan orang lain termasuk mereka yang menentang segala usaha untuk mengimbangkan kedudukan orang Melayu dengan kaum-kaum lain.

Sokongan orang lain ini tidak diberi secara percuma. Jika mana-mana daripada parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan Kerajaan, tak dapat tidak Kerajaan ini akan terpaksa mengikuti telunjuk orang lain. Melayu tidak lagi akan menjadi tunggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela berkongsi dengan orang lain. Mereka akan jadi puak minoriti dalam pakatan yang mereka sertai. Inilah yang akan terjadi hasil perpecahan orang Melayu.

Siapakah yang membawa malapetaka ini. Tak lain tak bukan malapetaka ini dibawa oleh orang Melayu sendiri - orang Melayu yang tamak, orang Melayu yang kurang pintar, orang Melayu yang mudah dipengaruhi nafsu, yang mudah dikuasai oleh perasaan benci apabila dihasut.

Orang Melayu sudah lupa akan betapa hinanya mereka semasa dijajah dahulu. Mereka tidak pun mengakui akan nikmat yang banyak yang dinikmati oleh mereka setelah merdeka dan mereka menerajui Kerajaan - Kerajaan Malaysia merdeka.

Oleh kerana lupa dan tidak bersyukur, mereka rela supaya perpaduan yang memberi kekuatan kepada mereka dimusnahkan. Mereka sanggup dipecah dan dipisah daripada kuasa yang sedikit yang ada pada mereka.

Sebab inilah yang saya sedih. Bangsa saya jelas tidak dapat menangani kejayaan. Bangsa saya mudah lupa. Bangsa saya tidak tahu bersyukur. Bangsa saya tidak tahu mengambil iktibar daripada nasib yang menimpa kaum sebangsa yang hari ini tinggal di wilayah yang dikuasai orang lain.

Jangan bersedih dan bersimpati dengan saya. Bersimpatilah dan bersedihlah dengan diri sendiri, dengan anak cucu yang akan alami masa depan yang gelap kerana kita tamak dan begitu benci kepada bangsa dan pemerintahan oleh kita sendiri.

Demo Bantahan Penghinaan Islam Dan Rasul Di Padang Kota .

Posted: 23 Sep 2012 06:58 AM PDT

Sebentar tadi sekita jam 5.30 petang di Speaker Corner Padang Kota satu bantahan aman umat Islam mengenai video Innocent Of Muslims yang menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW.






Lebih kurang 800 berkumpul yang terdiri daripada NGO Pekida,Al ekhsan,Persatuan muka buku Pulau Pinang dan juga Pemuda Umno.

Beberapa wakil NGO turut berucap menyuarakan bantahan mengenai penghinaan terhadap umat Islam.Dalam masa yang sama Suaram dan Malaysiakini turut menjadi sasaran kemarahan kerana menjadi tali barut Yahudi yang menerima jutaan ringgit untuk menjatuhkan kerajaan.


Apa yang Pisau perhatikan mereka yang turun membantah petang tadi hanya segelintir NGO yang pro kepada BN. Kalangan gerembolan pembangkang sudah pasti tidak akan turun, barangkali pada hemat mereka penghinaan yang dibuat oleh pemimpin DAP kepada umat Islam tidak meninggalkan apa apa kesan. Sumbangan barang sekupang dua kepada umat Islam di Pulau Pinang membuatkan mereka redha walau kepala diketuk dan dipijak tetapi BERBALOI hinggakan tidak berbekas walau dihina sekali pun...

Tahniah kepada mereka yang turun membantah...

Pisau kata "betui ka Apek brylcream hantam 4 perempuan.. 2 cina 2 melayu...? :-) "

Pembangkang amal politik menidakkan kebaikan BN

Posted: 22 Sep 2012 11:49 PM PDT

Ds Najib mengingatkan kita siapa pakatan pembangkang,gabungan 3 parti ini hasil percantuman elemen bodoh,bebal & bangsat. Asal nama pembangkang apa saja kebaikkan dan juga kemajuan yang dibuat oleh kerajaan akan di bangkang.

Pisau masih teringat satu masa dahulu apabila pembangkang menyindir Tun M,satu ketika semasa cadangan untuk membuat kereta nasional dihinanya dengan pelbagai cercaan.Kata mereka melayu ni nak buat sebatang jarum pun tak lepas tapi teringin nak buat kereta..

Begitu juga pembinaan Lebuhraya Utara Selatan,Jambatan Pulau Pinang,KLIA,Wilayah Iskandar dan banyak lagi prasarana dan projek berimpak tinggi dihina di kutuk dan di fitnah. Masih kuat lagi laungan satu ketika dulu jika puak bodoh ni menang pilihanraya kata mereka mahu menjual Putrajaya.Nah sekarang mereka berebut pula mahu ke sana..

Jika mahu diceritakan kebodohan puak pakatan ni..6 kali subuh pun tak habis beb.. Puak yang melompat dan rosakkan kereta polis ni rakyat nak beri jadi pemerintah? Jangan mimpi dan jangan harap....yang pasti haprak pakatan akan tetap kalah PRU13...!!!

JOHOR BAHRU 22 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pembangkang mengamalkan politik mengutuk, menghasut dan menabur janji serta sentiasa menidakkan segala kebaikan yang dilakukan kerajaan kepada rakyat.

 Menurut Perdana Menteri, ia dapat dilihat apabila segala perkara baik yang dibuat kerajaan akan sentiasa dihalang dan diputar belit supaya ia dapat digagalkan atau dilihat sebagai persepsi negatif. "Sebagai contoh, dua tahun dahulu pembangkang mengatakan Felda bankrap dan hari ini, telah terbukti ia tidak berlaku seperti yang dikatakan kerana jika betul mana mungkin Felda disenaraikan di bursa saham.

 "Begitu juga dengan projek Rapid di Pengerang yang cuba dipusingkan pembangkang, sedangkan ia adalah pelaburan terbesar di negara ini dan apabila siap kelak, limpahan nikmatnya akan dirasai generasi akan datang seperti peluang pekerjaan dan gaji yang tinggi," katanya. Beliau berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Berkelompok UMNO Bahagian-bahagian Negeri Johor 2012 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di sini hari ini.

 Turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad.

 Persidangan berkelompok itu membabitkan empat UMNO bahagian iaitu Johor Bahru, Kota Tinggi, Kulai dan Tanjung Pia i dan dihadiri kira-kira 2,000 ahli parti. Najib yang juga Presiden UMNO berkata, pembangkang tidak akan lari daripada tiga perkara tersebut bagi menggagalkan usaha kerajaan memajukan negara dan membawa kesejahteraan kepada rakyat dalam usaha mendapatkan sokongan.-Utusan
Pisau kata " kalau tak bodoh bukan namanya pembangkang..."

PenangWasabi

Posted: 23 Sep 2012 09:18 PM PDT

PenangWasabi


Filem hina Nabi - Sengaja bangkit isu?

Posted: 23 Sep 2012 07:09 AM PDT


Nakoula Basseley Nakoula (kiri) dan Anna Gurji.

Pendedahan para pelakon filem menghina Nabi Muhammad SAW, Innocence of Muslims yang mengakui ditipu penerbit Nakoula Basseley Nakoula, memperlihatkan agenda anti-Islam yang sengaja direkanya.

Menurut pelakon wanita filem itu Cindy Lee Garcia, Anna Gurji dan perunding skripnya, Steve Klein, semua mereka hanya diberitahu bahawa filem tersebut sebenarnya bertajuk Desert Warriors yang mengisahkan tentang kehidupan zaman Mesir purba.

Sepanjang berlakon dalam filem bajet rendah itu, semua pelakon juga langsung tidak menyebut nama Nabi Muhammad, sebaliknya filem itu menceritakan tentang watak utamanya, George, yang kemudian diubah kepada karakter Nabi Muhammad.

Sesiapa yang pernah menonton filem itu juga jelas boleh melihat ia telah dialih suara dengan semua nama watak dan skripnya telah diubah. Nakoula juga telah menyunting filem itu sendiri.

Tindakan lelaki itu yang menggunakan nama samaran Sam Bacile sebagai penerbit filem Innocence of Muslims, turut membangkitkan persoalan.

Nakoula, 55, yang tinggal di Los Angeles dan beragama Kristian Qibti, pernah dikenakan hukuman penjara 21 bulan pada 2010 kerana terlibat dalam jenayah penipuan kredit bank.

Dia juga pernah melakukan beberapa jenayah lain dan mengikut rekod mahkamah, lelaki itu turut dikenali dengan beberapa nama samaran lain antaranya Nicola Bacily, Erwin Salameh, Amal Nada, Daniel K. Caresman dan P.J Tobacco.

Beberapa hari selepas bantahan dunia tercetus berikutan penyiaran sedutan filem anti-Islam berkenaan, Nakoula pada mulanya enggan mengakui menerbitkannya, namun kemudian mendedahkan ia diterbitkan bersama anak lelakinya, Abanob Basseley, 21.

Bagaimanapun, dia tidak pernah menyatakan kesal dengan tindakan itu, sekali gus memarakkan lagi kemarahan masyarakat Islam.

Tujuan Nakoula menerbitkan filem anti-Islam itu juga sebenarnya dilihat sengaja untuk mencetuskan huru-hara dan bukannya mengenai kebebasan bersuara.

Penang wasabi..

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 23 Sep 2012 09:10 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


4 Sebab Mengapa Mahasiswa Perlu Tolak Mahasiswa Pro Pembangkang di IPTA #ProMenipu

Posted: 23 Sep 2012 08:23 PM PDT

 





Wajah Calon PERUBAHAN Yang Menang Tanpa Bertanding di UUM #AspirasiMahasiswa

Posted: 23 Sep 2012 07:35 PM PDT




Tahniah diucapkan kepada calon-calon yang menang tanpa bertanding dalam pilihan raya kampus Universiti Utara Malaysia. Calon PERUBAHAN yang mendukung aspirasi mahasiswa sudah menang di fakulti berikut iaitu :

1) Pusat Pengajian Perakaunan
2) Pusat Pengajian Teknologi Multimedia & Komunikasi
3) Pusat Pengajian Pendidikan & Bahasa Moden
4) Pusat Pengajian Perniagaan Islam
5) Pusat Pengajian Sains Kuantitatif
6) Pusat Pengajian Pengkomputeran
7) Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan & Perbankan
8) Pusat Pengajian Pembangunan Sosial
9) Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti & Pengurusan Alam Sekitar. 

Di setiap Pusat Pengajian terbabit terdapat dua orang calon yang menang tanpa bertanding. Ini menjadikan jumlah calon yang menang tanpa bertanding adalah 18 orang. Ditambah dengan 4 orang calon umum yang menang tanpda bertanding. 

Keseluruhan calon PERUBAHAN menang 22 dari 36 kerusi yang dipertandingkan. Peratus penguasaan PERUBAHAN adalah 61.11%. 

Sesi pemilihan pada Februari 2011, calon PERUBAHAN menang 31 daripada 36 kerusi yang dipertandingkan. Khabarnya keputusan tahun ini akan lebih memihak kepada PERUBAHAN. Tahniah diucapkan dan selamat bertugas kepada ahli majlis perwakilan pelajar yang baru menang.

Harus diingat, amanah yang diberikan adalah satu kepercayaan yang tinggi daripada pelajar kepada wakil yang terpilih. Kebaikan dan khidmat yang dibuat oleh setiap ahli perwakilan yang menang yang akan terus diingati sampai bila-bila. Berkhidmatlah dengan baik agar jasa itu dikenang sepanjang zaman.  

Bukti Malaysiakini Dibiayai Oleh Dana Luar

Posted: 23 Sep 2012 06:30 AM PDT


PKR Sarawak kata ianya adalah puaka yang tidak wujud. Satu lagi cerita lucu yang dibuat oleh PKR Sarawak. Mungkin Baru Bian masih lagi baru dalam politik PKR. Cuba baca pendedahan ini. http://anginperubahan.blogspot.com/2010/07/malaysiakini-dibiayai-oleh-orang-luar.html Barulah Baru Bian faham apakah puaka yang dimaksudkannya.

Calon Penggerak #AspirasiMahasiswa Sedia Tawan Semula Universiti Malaya

Posted: 23 Sep 2012 05:00 AM PDT







Video Mengapa Perlu Menyokong #AspirasiMahasiswa di IPTA

Posted: 23 Sep 2012 03:00 AM PDT


Video Fitnah Jahat GMUKM Terhadap #AspirasiMahasiswa

Posted: 23 Sep 2012 01:30 AM PDT


Ngeh Koo Ham Perlu Dikenakan Tindakan Tegas

Posted: 23 Sep 2012 12:00 AM PDT


Video Protes Aman Terhadap Filem Menghina Islam #respect

Posted: 22 Sep 2012 10:00 PM PDT


GERAKAN ANTI PKR

Posted: 23 Sep 2012 09:09 PM PDT

GERAKAN ANTI PKR


DALAM SUNGGUH NASIHAT NI.

Posted: 23 Sep 2012 06:41 AM PDT

Sri Tri Buana

Posted: 23 Sep 2012 07:29 PM PDT

Sri Tri Buana


Homo Novus

Posted: 23 Sep 2012 05:50 PM PDT

Mencari Damai Abadi

Posted: 23 Sep 2012 03:34 PM PDT

Mencari Damai Abadi


Kejutan

Posted: 23 Sep 2012 06:43 AM PDT

Bismillah...



Aku tak pandai bab elektrik. Tapi sesekali kena la juga repair barang-barang elektrik sendiri.  Setakat tukar mentol, tukar plag tu biasa-biasa je. Kat rumah kami gunakan generator (betul ke generator?) untuk pam air perigi terus ke paip air. Pernah sekali rosak, hantar kedai mereka repair kan. Tapi tadi aku memandai pi repair sendiri. Fail! Entah mana silapnya. Masa aku nak buka paip, terkena renjatan. Cramp tangan aku kejap.

....

Pernah masa di kolej, microphone lecturer dalam class kami tak berfungsi. Maka aku bersama seorang rakan, secara sukarela cuba nak repair microphone tersebut. Walaupun kami tiada basic elektrik (kami student architecture, ok!), kami tetap ingin mencuba. Sedang-sedang repair, entah macamana alatan tu meletup. Dah meletup tu kami buat2 tak faham je la. Tinggal macam tu je (kami student architecture, ok!)



Pernah dengar peribahasa tikus membaiki labu? - Tikus tu belajar architecture la. So kepada sesiapa yang tak ada basic electrical, jangan memandai nak repair barang elektrik.

.....

Happy birthday to adik vrieda verlia. - Sekadar peringatan untuk diri sendiri, Selalu confuse tarikh lahir beliau.. kikiki

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 23 Sep 2012 03:26 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Video seks Kanye West bersama wanita mirip Kim Kardashian pula tersebar

Posted: 23 Sep 2012 04:31 PM PDT

Kim Kardashian dan teman lelakinya Kanye West mempunya persamaan yang amat ketara dari apa yang pernah anda fikirkan! Apakah itu?

Kanye juga mempunyai pita video seks! RadarOnline.com secara eksklusif melaporkan, wanita yang bersama Kanye itu mirip dengan Kim Kardashian! 

Populariti Kim Kardashian mula meningkat ketika video seksnya bersama Ray J dijual oleh ibunya sendiri sekitar tahun 2007.

Pita video yang berdurasi 20 minit itu memaparkan aksi seks Kanye bersama pasangannya yang tidak dikenali yang mengaku dirinya berusia 18 tahun pada permulaan video tersebut.

Wanita itu juga mengaku kepada Kanye bahawa beliau telah pun berkahwin, "Suami dan saya sudah tidak lagi melakukan hubungan seks...jadi sebab itulah saya berada di sini!"

Dengan bentuk tubuhnya yang montok, kulit yang agak gelap dan rambut panjang yang hitam, wanita tersebut memang mirip dengan Kim Kardashian.

Radaronline.com telah pun menonton kesuluruhan pita video itu dan mengesahkan tanpa keraguan bahawa lelaki berkenaan adalah Kanye West.

Ketika aksi seks pasangan tersebut berlangsung, mereka tidak pernah berciuman dan tidak berinteraksi secara lebih intim, hanya perlakuan seks sahaja yang berlaku dalam pelbagai posisi dan Kanye mengenakan kondom ketika itu.

RadarOnline.com

Keputusan EPL 23/09/2012 - Manc City-Arsenal seri, QPR tewas

Posted: 23 Sep 2012 10:31 AM PDT

Koscienly selamatkan Arsenal
MANCHESTER City yang awalnya mendahulu Arsenal 1-0, menamatkan persaingan dengan jaringan terikat manakala QPR pula tewas kepada Tottenham 2-1 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Kedua-dua Manchester City dan QPR mendahului lawan masing-masing pada separuh masa pertama.

Gol Manchester City diperoleh menerusi Joleon Lescott pada minit 40. Laurent Koscielny menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-82, membawa kepada kedudukan kedua-dua pasukan terikat 1-1.

QPR yang mendahului menerusi gol pada minit ke-33, diatasi oleh Tottenham pada minit ke-60 dan 61.

Sementara pada itu, Demba Ba menjaringkan gol tunggal, pada minit ke-19, dalam pertemuan membabitkan Newcastle dan Norwich. Newcastle menang 1-0.

Keputusan keseluruhan
Liverpool 1 - 2 Man Utd

Newcastle 1 - 0 Norwich

Man City 1 - 1 Arsenal

Tottenham 2 - 1 QPR

(Gambar) Model catwalk 'lepas gian' peraga bikini walaupun sedang sarat mengandung

Posted: 23 Sep 2012 10:02 AM PDT

Beliau adalah bekas teman wanita Balotelli, penyerang pasukan Manchester City.

Kandungannya yang berusia 6 bulan itu dikhabarkan milik penyerang sensasi Manchester City itu, namun ianya dinafikan.

Pada Ahad lepas, Rafaella Fico dengan beraninya mengenakan kasut tumit tinggi dan berjalan di atas pentas, tidak pasti untuk memperagakan bikini yang dipakainya ataupun tubuh mengandungnya itu di Milan Fashion Week.

Model Pin Up itu mengenakan dua set bikini yang terselindung disebalik perutnya yang sedang memboyot itu dan menerima tepukan gemuruh dari penonton yang hadir. 

Walaupun kelihatan bahaya dengan mengenakan kasut tinggi, Fico kelihatan tampil seksi dan yakin dengan penampilannya.

Namun, jika dibandingkan pula dengan produk INI, ianya lebih seksi, besar dan luas! Menawan bukan untuk dicuba?

The new Sony #XperiaIon has gorgeous HD display & blazing fast 1.5Ghz dual core processor, u gotta see it 2 believe it! 




LGE cadang Lapangan Terbang Antarabangsa P. Ramlee...baik punya pancing!

Posted: 23 Sep 2012 08:07 AM PDT

Lim Guan Eng kini semakin tertekan dengan perangai beberapa pemimpin DAP yang amat celupar mulut mereka menghina sensitiviti umat Islam, Melayu dan juga keharmonian antara kaum di Malaysia ini.

Ketika Datuk Lee Chong Wei dijulang dengan pingat perak dari Olimpik, pemimpinnya memperlekehkan kemenangan tersebut. Natijahnya, Guan Eng terpaksa 'membayar' RM 100,000 kepada Datuk Lee Chong Wei, kononnya sebagai ganjaran dari kerajaan negeri.

Yang terbaru, Ngeh Ko Ham dengan beraninya mempertikaikan usaha umat Islam berhimpun untuk membantah penghinaan yang dilakukan ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Umat Islam bangkit mengencam tindakan beliau hingga menjejaskan sokongan terhadap DAP sendiri.

Usaha terkini yang dilakukan untuk memancing kembali sokongan Melayu Islam terhadap DAP adalah mengesyorkan nama Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ditukarkan kepada Lapangan Terbang Antarabangsa P. Ramlee.

Walaupun usaha tersebut nampak murni bagi menghargai jasa-jasa seniman tersebut, namun ianya tampak seperti mengukuhkan kembali sokongan umat Islam terhadap DAP yang tercalar baru-baru ini.

SHAH ALAM – Kerajaan Pulau Pinang mencadangkan agar Kerajaan Persekutuan menamakan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa P. Ramlee bagi mengenang jasa seniman terunggul itu.

"Pulau Pinang amat bangga bahawa Allayarham Tan Sri P. Ramlee adalah anak negeri Pulau Pinang yang dibesarkan dan belajar di sini," kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, masih ada ramai yang tidak tahu bahawa P. Ramlee berasal dari Pulau Pinang.

Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang juga dikenali sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas. Ia dibuka pada 1935.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, memandangkan beliau dikenali umum di peringkat antarabangsa, adalah wajar nama beliau terukir di peringkat antarabangsa seperti lapangan terbang yang berhubung kait dengan pentas dunia.

Pada masa yang sama, ujarnya, keadaan kerja semasa membesarkan Lapangan Terbang Antarabangsa sebanyak RM250 juta di luar atau di dalam agak kurang memuaskan dengan kebocoron air hujan, kualiti kerja kurang baik dalam banyak aspek, kelambatan siap kerja dan pengurusan kerja yang mengganggu penumpang-penumpang.

"Terlalu banyak aduan diterima bukan sahaja daripada penumpang tetapi juga daripada pekerja-pekerja dalam lapangan terbang tersebut," ujarnya.

Justeru, kata Guan Eng, beliau juga berharap Kerajaan Persektuan boleh menjalankan semakan setiap minggu untuk mengenal pasti masalah tersebut yang timbul agar ia tidak ditutup begitu sahaja.

"Kebimbangan semua pihak adalah bahawa Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang P. Ramlee ini akan menjadi suatu lapangan terbang bermasalah sebaik ia siap kelak," katanya.

Sinar

Dangdut sambil bertudung...tadak hal punya!

Posted: 23 Sep 2012 07:01 AM PDT

Amy Erni, Penyanyi dangdut
Amy Erni, mungkin nama itu tidak segah penyanyi dangdut seangkatannya, Sheeda, Haiza dan Shikin.

Namun, ia bukanlah halangan besar untuk pemilik nama sebenar, Surkirni Sikandar Batcha, 36, untuk terus memperjuangkan karier seninya.

Berkecimpung dalam industri seni sejak era 90-an sebagai penyanyi dangdut, langkah Amy tidak pernah terhenti walaupun sudah bertudung.

Bagi Amy, imej Muslimah yang dibawanya kini bukanlah 'penamat' dunia seninya.

"Alhamdulillah, kini saya semakin selesa dengan penampilan bertudung dan menutup aurat. Pun begitu, minat saya dalam seni nyanyian masih belum pudar.

"Saya masih menerima tawaran persembahan daripada pelbagai pihak. Namun, dalam masa yang sama, saya harus menjaga tata tertib sebagai orang Islam.

"Bagi saya, tidak salah untuk terus menyanyi asalkan kita tahu membezakan antara baik dan buruk. Saya masih lagi mengekalkan irama dangdut, namun cara lebih sopan dan beradab," katanya yang pernah popular dengan lagu Terlena.

Ramah orangnya, Amy turut berkongsi peristiwa yang menimpa dirinya baru-baru ini sehingga dia membuat keputusan untuk berhijrah.

"Dalam dua bulan lalu, saya didatangi mimpi dan bayangan mengenai seksaan ALLAH SWT di akhirat. Dalam pada itu, datang pula cahaya terang di sebelahnya.

"Saya keliru untuk memilih mana satu yang harus saya pergi, akhirnya saya lari ke cahaya itu. Sebelum itu, saya didatangi dua makhluk yang berbeza, satu makhluk berwarna hitam dan satu lagi seorang ulama.

"Akhirnya, saya membuat keputusan untuk berhijrah kerana sudah tiba masanya untuk saya berubah. Saya bersyukur kerana diberi petunjuk dan hidayah seperti itu daripada ALLAH SWT," katanya.

Bermula di kelab malam

Mengimbau sejarah penglibatannya dalam industri, Amy memberitahu dia mula berjinak dalam seni suara sejak di bangku sekolah lagi.

Apabila tamat persekolahan, Amy mula mengasah bakatnya secara serius di sebuah kelab malam di ibu kota.

"Pada tahun 1993, saya ditawarkan untuk merakam album pertama yang berbentuk kompilasi. Dalam album Amy Surkirni, saya masih belum ada lagu sendiri.

"Sebelum berpeluang menghasilkan album, saya banyak menimba pengalaman dengan merantau di beberapa kelab malam yang lain.

"Pada tahun 1999, saya tampil dengan album kedua, Terlena Gebyar Dangdut, yang memuatkan 11 lagu. Sejak itulah rezeki saya mula bertambah dan semakin dikenali," katanya.

Album itu turut memuatkan lagu seperti Jangan Tinggalkan Daku, Gebyar Dangdut, Terlena, Twiss Dangdut, Serba OK, Disko Dangdut, Restui Cinta, Pengubat Rindu, Curang dan Apa Khabar.

Namun, nasib tidak menyebelahi dirinya apabila beberapa tahun selepas itu, dia diserang sakit misteri sehingga terpaksa berhenti daripada bidang nyanyian.

"Setelah sembuh, saya kembali bekerja di kelab malam di Wilayah Kompleks dan pada tahun 2009, saya ditawarkan bekerja di Club 8 sebagai pengurus di sana.

"Pada 2011, saya beralih angin ke Wawa Club dan tidak lama selepas itu, saya berhenti sehinggalah sekarang. Kini, saya hanya menumpukan perhatian pada undangan persembahan sahaja," katanya.

Dua single baru

Walaupun lebih 10 tahun tidak menghasilkan album, namun kemunculan semula Amy turut disertakan dengan dua single terbaru.

Jelas Amy, single itu dihasilkan sebelum dia berhijrah.

"Dua single saya, Itu Pasal dan Hangatnya Cinta, telah siap dan kini dalam proses untuk mencari pihak edaran untuk menerbitkan single itu.

"Walaupun masih mengekalkan irama dangdut, ia masih boleh dibawakan dengan cara lain. Walaupun tanpa gelek, saya yakin, melodinya mampu menarik minat pendengar," katanya.

Dua single terbaru itu mendapat sentuhan daripada tiga komposer, Ajim, Logan dan Oja.


PROFIL

Nama Penuh : Surkirni Sikandar Batcha
Tarikh Lahir : 26 September 1976
Tempat Lahir : Kuala Lumpur
Hobi : Menyanyi, Berenang dan Menjahit
Idola : Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Puan Sri Saloma, Datuk Siti Nurhaliza
Menetap : Bukit Jalil

Terbuka Jepun: Chong Wei Juara, Beregu Lelaki Kandas

Posted: 23 Sep 2012 04:45 AM PDT

Pemain perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei muncul juara Terbuka Jepun dengan menewaskan Bonsak Ponsana dari Thailand 21-18 dan 21-18.

Nasib tiba menyebelahi beregu lelaki negara apabila Koon Kien Keat dan Tan Boon Heong tewas di tangan Kim Ki Jung dan Kim Sa Rang dari Korea Selatan

Terbuka Jepun: Beregu Campuran Malaysia Juara

Posted: 23 Sep 2012 04:31 AM PDT

BEREGU campuran negara, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying muncul juara dengan menewaskan pasangan Indonesia, Muhammad Rijal dan Liliyana Natsir 21-12 dan 21-19 di pentas akhir Terbuka Jepun di Stadium Nasional Yoyogi sebentar tadi.

Kemenangan ini merupakan kemenangan pertama bagi bergu campuran negara dalam Super Series.

Another Picture of Anwar Ibrahim Inside His Private Jet!

Posted: 23 Sep 2012 03:28 AM PDT

We have obtained more information about this Great Chameleon's trip to Sabah and Sarawak on Sept 16.

The private jet is operated by Bresnan International Aviation of White Plains, New York.

It's an aircraft charter outfit and is the only aircraft they operate.

The aircraft owner is registered under Wells Fargo Bank Northwest, Salt Lake City. Either this Dassault Falcon 900 with the registration N990BB belongs to an American friend of Anwar Ibrahim or some rich fat cat is paying for the rental.
But we have more info of the passengers on board. They include PKR vice president Tian Chua who posted pictures via Instagram proudly to show DAP vice-chairman Tan Seng Giaw talking to Anwar inside the jet.
The pictures were obtained because these Pakatan Rakyat leaders were proudly showing off their photos via Facebook and Instagram. Talk about glee! Is this a gay term?

But these PR chameleons who tell the Rakyat they are financially strapped and collecting donations at ceramahs are busy flying everywhere in style.

From a RM1 million luxurious bus fitted with massage chairs and toilets that can fit in two persons, we assume for Anwar to let off steam, to this private jet, we can only wish good luck to the many groupies and zombies of Pakatan Rakyat who cant wait to vote in their PM who has appeared in the most number of sex DVDs.

Oh, we didn't forget his deputy, Azmin Ali, and that's also on DVD. Just wait.

Lari berbogel minta tolong selepas diperkosa

Posted: 23 Sep 2012 02:31 AM PDT

Gambar hiasan
KEMAMAN – Terkejut dengan perbuatan teman lelaki yang tergamak menodainya, seorang pelajar tingkatan dua yang berjaya melepaskan diri daripada kekasihnya itu, sanggup berlari dalam keadaan berbogel sambil menjerit meminta pertolongan.

Bukan itu sahaja, panik mendengar teman wanitanya menjerit, lelaki berusia 19 tahun dan juga berkeadaan bogel itu turut melarikan diri dalam kejadian yang berlaku di sebuah rumah kosong dekat sebuah kampung di Kemasik, kira-kira jam 8.30 malam kelmarin.

Namun dengan kecekapan polis, suspek, seorang penganggur berjaya ditangkap dua jam kemudian di kawasan kampung sama.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, ketika mangsa menjerit sambil berlari, pada masa sama teman lelakinya itu turut berlari sebelum menghilangkan diri.

"Sejurus mendengar jeritan mangsa, orang kampung datang ke kawasan rumah kosong itu untuk membantu.

"Dengan bantuan orang awam, mangsa kemudiannya membuat laporan polis. Susulan itu polis yang segera bertindak memburu suspek berjaya menahannya," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Rumah kosong tempat suspek merogol mangsa adalah sebuah rumah yang telah siap dibina tetapi masih belum dimasuki penghuni.

Kata Che Suza, suspek direman bermula semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan ibu bapa agar mengawasi pergerakan anak dan tidak membenarkan anak gadis keluar malam termasuk dengan kekasih kerana banyak kes ditakrif rogol apabila anak gadis dinodai teman lelaki sendiri.

"Ibu bapa perlu mengawasi pergaulan dan pergerakan anak terutama anak gadis. Pengawasan daripada keluarga penting bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berlaku," katanya.

Sinar

Anak kahwin bapa tanpa sedar, Malaysia bakal alaminya jika gejala buang anak tak dikawal!

Posted: 23 Sep 2012 01:31 AM PDT

Gambar hiasan
OHIO - Gempar! Ujian DNA yang dijalankan ke atas sebatang berus gigi akhirnya mendedahkan satu rahsia 'gelap' hubungan anak dan bapa.

Pendedahan itu hampir meragut nyawa, memusnahkan hubungan institusi kekeluargaan dan meruntuhkan iman.

Kisah benar ini terbongkar selepas kematian suaminya yang merungkai siapa sebenarnya suami ataupun bapa kepada seorang wanita, Valerie Spruill.

Bagi Spruill, apa yang berlaku adalah tidak masuk akal dan tidak menyangka dia telah mengahwini 'bapanya' yang tidak pernah dikenali seumur hidupnya.

"Perkara ini sangat buruk dan boleh memusnahkan hidup seseorang. Malah ia hampir musnah," katanya ketika dihubungi wartawan CNN, Khamis lalu.

Kisah peribadi Spruill, 60, wanita yang berasal dari Doylestown, Ohio mula diterbitkan bulan ini dalam Akron Beacon Journal dengan tujuan dapat membantu orang lain yang menghadapi masalah sama dan diambil iktibar.

Ia adalah sebuah kisah yang menimbulkan persoalan tentang bagaimana perkara itu berlaku dan mampu menarik perhatian orang jauh termasuk di India dan Australia.

Persoalan yang sama terbit di hati Spruill sendiri sehingga dia terpaksa bergelut dengan kebenaran semenjak dia mengetahui kebenarannya pada 2004 iaitu enam tahun selepas suaminya, Percy Spruill meninggal dunia.

"Saya tidak tahu sama ada dia tahu atau tidak kerana perbincangan mengenai perkara itu tidak pernah timbul.
Valerie Spruill

"Saya rasa, kalau dia tahu pun, dia semestinya tidak akan memberitahu saya," ujarnya kesal.

Spruill sebelum ini telah mengesahkan DNA yang ditemui pada berus gigi suaminya.

Sebaik mengetahui kebenaran itu, Spruill berhadapan dengan tekanan emosi dan fizikal yang teruk sehingga diserang strok dua kali dan telah didiagnosis mendapat diabetes.

"Sakit dan tekanan akan membunuh diri saya tetapi saya terpaksa melepaskan tekanan ini.

"Saya hanya memberitahu cerita untuk melepaskan kesakitan saya," kata Spruill.

Bagaimanapun, Spruill percaya Tuhan sedang mengujinya kerana melalui pengalaman ini telah membentuk hidupnya.

Bercerita mengenai detik perkenalan pasangan itu, Spruill berkata, dia bertemu suaminya di Akron dan menetap di Doylestown, sebuah pinggir bandar untuk golongan pekerja yang terletak kira-kira 2.3 kilometer dari pusat bandar New York.

Itu adalah perkahwinannya yang kedua. Spruill digambarkan sebagai seorang suami yang baik dan tidak lokek. Dia juga dikatakan memberi layanan yang baik terhadap 'anak-anak tirinya'.

"Kami mempunyai kehidupan yang baik," katanya.

Pada mulanya, dia terpaksa berhadapan dengan kemarahan dan membenci suaminya atas apa yang berlaku.

Namun, melalui proses terapi dia akhirnya mulai menerima apa yang berlaku bukan disebabkan oleh dirinya sebaliknya, semua itu ialah ketentuan takdir.

Kebelakangan ini, dia turut dihubungi beberapa pasangan yang senasib dengannya.

Mereka memberitahu Spruill, kisahnya itu menjadi teladan kepada mereka untuk menguruskan kisah masing-masing.

"Mereka cuba berkawan dengan saya sekarang," katanya.

Sementara yang lain, masih sukar dan kurang mesra.

"Ada yang berpendapat, 'apa yang rahsia, biarlah rahsia'.

"Saya tidak boleh berbuat apa-apa tentang pendapat mereka itu. Saya hanya tahu apa yang saya fikirkan.

"Tuhan Maha Berkuasa dan Dia telah mengajar kita untuk berkata benar walau dalam situasi apa pun," katanya lagi.

Dalam pada itu, Spruill mengakui, tidak ramai di antara mereka yang berkata benar dan dia telah mempelajarinya daripada pengalaman sejak dari kecil.

Mengimbau kisah lalu, ibu Spruill telah hamil masih remaja ketika berpacaran dengan bapanya yang ketika itu berusia 15 tahun.

Selepas dilahirkan, Spruill yang baru berusia tiga bulan telah diserahkan ibunya untuk dijaga oleh datuk dan neneknya, di mana selama ini dia menganggap sebagai orang tua kandungnya.

Ketika berusia lapan atau sembilan tahun, barulah Spruill mengetahui bahawa wanita yang sering datang menziarahinya itu ialah ibu kandungnya yang sebenar dan bukannya kawan keluarganya seperi yang didakwa sebelum ini.

Namun, tidak ada sesiapa pernah membicarakan mengenai siapa bapa kandungnya sebelum ini.

Kini, tiada siapa yang tinggal untuk memberikan Spruill jawapan mengenai suaminya itu. Ibunya, Christine meninggal dunia pada 1984 manakala kedua orang datuk dan neneknya pula telah lama meninggal dunia.

Sebelum ini, Spruill telah mengetahui ibunya bekerja sebagai pelacur dan pernah ditahan pada 1980 kerana terlibat skandal rasuah berprofil tinggi melibatkan James Barbuto, seorang hakim yang disabitkan bersalah kerana mengugut dan memaksa melakukan seks kasar ke atas seorang kerani mahkamah di pejabatnya.

"Ibu telah mencurahkan seluruh kasih sayangnya kepada saya. Walau apa pun yang telah berlaku, saya tidak akan pernah menyesal ataupun merungut," katanya.

Bagaimanapun, dia percaya, dia masih mempunyai adik beradik kandung dan tiri dari suaminya, termasuk di sebelah ibunya.

Katanya, dia ingin mencari mereka dan memberitahu bahawa mereka tidak keseorangan.

Kini, Spruill bahagia bersama tiga orang cahaya mata dan lapan orang cucu.

Dia sebelum ini terpaksa berhadapan dilema untuk memberitahu anak-anaknya bahawa lelaki yang menjadi bapa tiri mereka itu sebenarnya adalah datuk mereka sendiri.

Spruill yang sebelum ini terpaksa mendapatkan sokongan dari pakar terapi, "bantu saya untuk memberitahu anak-anak saya," katanya.

"Saya telah memaklumkan kepada mereka dua tahun lalu dan mereka benar-benar terkejut mengenai perkara itu. Namun, penerimaan mereka jauh lebih baik berbanding saya."

Beberapa hari sebelum rahsia ini diketahui umum, Spruill memberitahu cucu-cucunya.

"Mereka benar-benar menyokong saya. "Mereka juga kata mereka tetap sayangkan saya dan perlu beritahu apa yang diperlukan oleh saya," jelasnya lagi.

Semenjak bersara dari jabatan perakaunan Goodyear di mana beliau telah bertugas selama 34 tahun, dia mengisi masa lapangnya dengan menulis kisah hidupnya dan berharap dapat menerbitkannya kelak.

"Saya bersyukur kepada tuhan kerana diberi peluang untuk melalui kehidupan ini.

"Ia juga merupakan satu keajaiban kerana saya masih di sini dan saya mahu orang lain tahu, jika mereka turut melalui pengalaman seperti saya, mereka tetap boleh meneruskan kehidupan," katanya lagi.

* Dipetik dari laporan CNN

p/s: Rasanya, nasib anak-anak terbuang yang diselamatkan dan terus hidup melata dimuka bumi Malaysia ini bakal hadapi masalah yang sama juga satu hari nanti.

Bayangkanlah jika anak kepada ibu atau bapanya yang melakukan maksiat ini hidup seperti orang biasa, tetapi tidak mengenali siapa waris asalnya, dan kemudian bernikah pula dengan sedarah dagingnya setelah bercinta tanpa beliau mengentahuinya...

Ya Allah..jauhkanlah bala dari kejahatan insan-insan seperti ini..

(Gambar) Artis wanita nafi 'blowjob', sebaliknya hanya berbaring di atas peha kerana terlalu mabuk

Posted: 22 Sep 2012 09:45 PM PDT

Bintang TVB Tavia Yeung dan Him Law kelihatan sedang melakukan sesuatu yang agak 'menyoronokkan' ketika berada di dalam kereta Him.

Aksi mereka telah dirakamkan ketika kedua-duanya sedang keluar bersantai bersama kawan masing-masing.

Kepala Tavia dirakamkan sedang melakukan 'sesuatu' di atas atas peha Him di dalam gambar tersebut.

Him dilaporkan akan mengambil Tavia di rumahnya selepas makan malam bersama rakan sekelas mereka.

Pelakon wanita itu meninggalkan resotran dengan menaiki teksi pada jam 1 pagi pada malam itu bersama rakan-rakannya dan kemudia dilihat sebuah lagi kereta, dipercayai kerata Him mengikut teksi berkenaan.

Pelakon berusia 33 tahun itu telah membidas pihak-pihak yang membuat spekulasi mengenai dirinya di twiter.
"Sebagai public figure, saya tahu saya bertanggungjawab atas setiap perbuatan saya. Walaubagaimanapun, adakah anda semua mempunyai rasa hormat kepada privasi orang lain selaku wartawan? Anda boleh tulis apa yang anda mahu, tetapi kenapa tulis benda yang tidak betul? Kenapa anda putarbelitkan kenyataan berfakta? Dimanakah kesedaran anda?"

Eksekutif TVB, Virgina Lok menjelaskan pada pagi Khamis tersebut, Tavia berehat pada peha Him kerana beliau sedang mabuk dan tertekan dan bukannya sedang melakukan seks oral.

Pasangan itu mengadakan sidang akhbar dan berkemungkinan akan menyaman wartawan yang menulis berita berkenaan.

Blogger 'Sekupangdua' saman Setiausaha DAP Perak

Posted: 22 Sep 2012 09:15 PM PDT

IPOH - Blogger 'Sekupangdua' atau Ahmad Sofian Yahya memfailkan saman terhadap Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming bagi menuntut perintah injuksi dan ganti rugi am berhubung satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin pembangkang itu di laman sesawangnya pada 12 September lepas.

Peguam Norali Nordin yang mewakili blogger itu berkata, saman tersebut difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada 11 pagi semalam.

"Anak guaman saya menuntut perintah injuksi dan ganti rugi am yang akan ditaksirkan oleh mahkamah. Salinan writ saman itu akan serahkan kepada Nga dalam tempoh terdekat," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sementara itu, Ahmad Sofian berkata, beliau mendapati terdapat unsur fitnah dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Kor Ming pada 12 September lepas antaranya "Blogger Umno tarik balik segala kenyataan fitnah..." dan "atas persetujuan blogger Umno Sekupadang Dua, yang mempunyai nama sebenar Ahmad Suffian Yahya, menarik balik segala kenyataan fitnah dan tohmahan terhadap Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming..."

Katanya, kenyataan tersebut adalah tidak benar dan tidak berasas serta merasakan Ahli Parlimen Taiping itu mempunyai niat menfitnah dan menjatuhkan reputasinya sebagai seorang blogger dengan memberi mesej tidak baik kepada masyarakat mengenainya.

Beliau berkata, antara mesej itu adalah beliau sebagai seorang penulis blog secara sengaja memfitnah Kor Ming dan mengaku memfitnahnya serta membuat pengakuan di dalam mahkamah berhubung kes saman sebelum ini.

Kenyataan itu seolah-olah menggambarkan mahkamah memutuskan artikel dalam blognya berjudul "Panas! Bongkar Nga Komeng dan Pakatan Rakyat Menyamun!" adalah suatu fitnah terhadap Kor Ming sedangkan perkara sebenarnya adalah mahkamah tidak langsung memutuskan sama ada artikel tersebut berunsur fitnah atau mempunyai kebenaran, katanya.

"Saya ingin jelaskan di sini dalam mana-mana masa, saya tidak pernah mengaku telah memfitnahnya. Namun satu persetujuan telah dicapai pada 22 Jun lepas untuk Nga Kor Ming menarik balik tuntutan saman dan atas nasihat Hakim mahkamah saya juga telah bersetuju menarik balik tuntutan balas saya dan juga artikel mengenai Nga Kor Ming dalam blog saya," katanya.

Bagaimanapun pada 12 September lepas, Kor Ming mengeluarkan satu artikel di dalam blognya berjudul 'Blogger Umno tarik balik kenyataan fitnah dan beri aku janji kepada mahkamah tidak mengulangi dakwaan salah kuasa lagi", katanya.

"Disebabkan penyiaran petikan berunsur fitnah tersebut, saya telah mengalami skandal awam, kesangsian, kebencian, penghinaan serta kehilangan reputasi dan kewibawaan saya sebagai penulis blog sehingga mengakibatkan kerosakan dan kerugian terhadap saya," katanya.

Pada 3 Januari lepas, Kor Ming memfailkan saman menuntut ganti rugi am berjumlah RM10 juta terhadap Ahmad Sofian Yahya kerana menulis dan memaparkan satu artikel yang didakwa menfitnahnya menerusi artikel bertajuk 'Panas! Bongkar Nga Komeng dan Pakatan Rakyat Menyamun'.

Bagaimanapun, difahamkan kedua-dua pihak mencapai penyelesaian di luar mahkamah dengan Kor Ming menarik balik saman itu dan atas nasihat mahkamah, Ahmad Sofian bersetuju menarik balik tuntutan balasnya. - Bernama

Wahai Khairy, PR tetap dihati kami....PAS!

Posted: 22 Sep 2012 08:45 PM PDT

SHAH ALAM - Pas menolak desakan Umno sambil menegaskan pihaknya akan kekal dalam Pakatan Rakyat (PR), dan menerima permohonan maaf secara terbuka Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Hamberhubung 'tweet' yang dikeluarkan awal minggu ini.

Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas menerima langkah Koo Ham yang telahmemohon maaf atas kenyataan beliau.

Menurutnya, Pas tidak sebarang sebab dan alasan untuk meninggalkan PR memandangkan apa yang dikatakan oleh Koo Ham"lebih bersifat peribadi."

"Bagi Pas, kenyataan Koo Ham itu pandangan peribadi beliau, Pas terima permohonan maaf daripada beliau yang dibuat secara terbuka," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Semalam, Pemuda Umno yang mengadakan himpunan aman di Masjid Jamek Kampung Barumendesak Pas keluar dari PR berikutan tindakan pemimpin DAP, salah satu parti dalam perikatan tersebut, yang disifatkan menghina agama Islam.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, Pas gagal mendapat sokongan daripada sekutunya walaupun hanya dalam perkara asas iaitu agama.

"Saya amat kesal. Di mana pada satu keadaan agama kita dikecam, Nabi Muhammad dihina tetapi mereka (Pas) tidak mendapat sokongan daripada parti yang katanya rakan seperjuangan.

"Apa lagi nak tunggu? Bagi saya, itu adalah isyarat yang cukup jelas bahawa mereka (Pas) perlu tinggalkan parti pembangkang," tegas Khairy.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahimyang juga Pesuruhjaya Pas Pahang berkata, perhimpunan yang diadakan semalam tidak seharusnya diselitkan dengan isu-isu politik yang lari daripada tujuan asal iaitu untuk membantah filem dan karikatur menghina kesucian Islam.

Sementara itu, pendirian Pas untuk terus kekal berada dalam PR turut ditegaskan oleh Naib Presidennya, Salahuddin Ayub.

Katanya, PR yang mempunyai pemimpin yang berbeza kaum dan agamanya lebih terbuka dan menerima langkah yang diambil seperti perhimpunan aman di Kedutaan Amerika Syarikat (AS).

"Kami tak mahu layan suara suruh kita keluar PR… soal nak keluar PR, tak ada relevan pun.

"Semalam dalam perhimpunan di Kedutaan AS, Tian Chua dan N.Surendran (kedua-duanya Naib Presiden PKR) turut hadir, mereka lebih menerima dengan apa yang kita buat.

"Saya rasa dalam himpunan Pemuda Umno semalam tak ada kelibat MIC dan MCA," katanya.

Sehubungan itu, kedua-dua pemimpin Pas tersebut yakin perkara yang melibatkan pemimpin DAP itu tidak akan menjejaskan undi kepada PR pada Pilihan Raya Umum 13 (PRU-13).

FAM: Malaysia, Kemboja setuju 'rahsiakan' perlawanan persahabatan

Posted: 22 Sep 2012 08:31 PM PDT

KUALA LUMPUR - Keputusan ketua jurulatih bola sepak negara Datuk K. Rajagobal 'merahsiakan' perlawanan persahabatan antara skuad kebangsaan menentang Kemboja pada Khamis lepas bukanlah disebabkan tiada hebahan media dibuat oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Sebaliknya, pengurus pasukan bola sepak negara Datuk Seri Subahan Kamal berkata keputusan tersebut dibuat atas persetujuan bersama selepas Rajagobal mendapatkan pandangan beliau sendiri selain pasukan Kemboja yang meminta perlawanan tersebut tidak diberi liputan meluas oleh media tempatan.

"Kita tidak menghebahkan mengenai perlawanan tersebut kerana ia bukanlah perlawanan persahabatan antarabangsa yang sebenar selain kita turut mendapatkan pandangan dari Kemboja yang bersetuju perlawanan tersebut hanyalah sebagai 'sparring match' sahaja.

"Tambahan pula, hanya sebahagian besar pemain Harimau Malaya yang berada bersama kita pada sesi latihan tempoh hari (Khamis lepas)," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis rumah terbuka beliau di sini hari ini.

Malaysia menewaskan Kemboja 3-0 pada aksi persahabatan yang 'dirahsiakan' itu selepas sesi latihan di Wisma FAM menerusi dua jaringan Mohamad Zaquan Adha Abdul Radzak serta satu gol daripada Mohd Safee Sali.

Keputusan 'merahsiakan' perlawanan tersebut bagaimanapun menimbulkan reaksi negatif daripada segelintir pengkritik serta peminat bola sepak tempatan memandangkan tiada liputan dibuat mengenainya.

Mengulas lanjut, Subahan yang juga Naib Presiden FAM berkata perlawanan tersebut turut diadakan di luar kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan meminta perkara tersebut tidak dipanjangkan oleh sesetengah pihak.

"Saya harap ia tidak perlu dijadikan satu isu kerana yang penting bagi kita ialah peminat serta pengkritik bola sepak seronok kerana pasukan kebangsaan ada melakukan persiapan tersendiri (bagi mempertahankan Piala AFF Suzuki Nov ini)," katanya.

Beliau turut meminta peminat bola sepak tempatan untuk tidak memberi tekanan kepada Rajagobal bagi memberikan peluang kepada jurulatih tersebut merangka strategi terbaik dalam usaha pasukan kebangsaan mempertahankan Piala AFF Suzuki pada Nov ini.

Malaysia akan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan antarabangsa selepas ini termasuk perlawanan timbal balik menentang pasukan Hong Kong yang dijadualkan berlangsung pada 16 Okt ini di negara tersebut sebelum aksi kedua di Stadium Shah Alam pada 14 Nov ini. - Bernama

Kanak-kanak sembilan tahun dicabul datuk tiri warga Indonesia

Posted: 22 Sep 2012 07:31 PM PDT

JERANTUT - "Harapkan pagar, pagar makan padi" seorang lelaki warga Indonesia ditahan selepas dipercayai mencabul cucu tirinya yang berusia sembilan tahun.

Kejadian cabul itu berlaku di rumah nenek mangsa dekat Felda Sungai Tekam di sini.

Menurut Ketua Polis daerah Jerantut, Supt Azid Ismail kejadian tersebut dimaklumkan abang mangsa yang berusia 12 tahun kepada ibunya, 32, yang pulang ke rumah berkenaan sebelum laporan polis dibuat semalam.

"Kedua-dua beradik itu menetap bersama neneknya di sini, manakala ibunya pula bekerja di Kelantan. Kejadian dipercayai berlaku sejak Jun lepas," katanya di sini hari ini.

Azid berkata suspek berusia 40-an bekerja sebagai penoreh getah dan berkahwin dengan nenek mangsa, berusia 50-an sejak 13 tahun lepas.

Katanya suspek ditahan polis 3 petang semalam di rumahnya dan kini ditahan reman di lokap Ibu Pejabat Polis daerah Jerantut selama empat hari bagi membantu siasatan.

-Bernama

Pilihanraya serentak jimatkan dana - Karpal Singh

Posted: 22 Sep 2012 07:01 PM PDT

GEORGETOWN - Pilihan raya serentak, kedua-dua peringkat negeri dan persekutuan boleh menjimatkan banyak wang pembayar cukai, kata Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh.

"Pada pandangan saya, pilihan raya harus diadakan pada penghujung penggal lima tahun," kata beliau.

Karpal mengulas mengenai pilihan raya bagi dewan undangan negeri Selangor yang dicadangkan diadakan berasingan dari Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Selangor tidak dapat mengadakan pilihan raya serentak dengan pilihan raya kebangsaan kerana menurutnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum membersihkan daftar pemilih bagi Selangor.

Karpal berkata, rakyat mengundi kerajaan untuk tempoh lima tahun, oleh itu ekspektasi itu perlu dipenuhi.

"Memang Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) telah mengambil alih kedudukan itu daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Najib mahukan mandat baru rakyat, tetapi itu boleh dilakukan dengan memenuhi penggal lima tahun," kata Karpal.

Najib mempunyai masa hingga 28 April tahun depan untuk membubar Parlimen dan mengadakan pilihan raya. Jika tidak Parlimen akan bubar dengan sendirinya pada 29 April dan SPR wajib menetapkan tarikh pilihan raya dalam tempoh dua bulan selepas itu.

- Bernama

Jangan risau tarikh PRU, PM nasihat jemaah haji

Posted: 22 Sep 2012 06:30 PM PDT

SEPANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berpesan agar jemaah Malaysia tidak bimbang berkenaan tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), sebaliknya menumpukan perhatian terhadap amal ibadat agar dapat melaksanakan segala rukun dan syarat haji serta umrah dengan sempurna.

"Dan juga, sebagai tetamu ALLAH, doa tuan-tuan amat mahal dan mustajab di sisi ALLAH, oleh itu mohon disudikan untuk tuan-tuan mendoakan kesejahteraan dan kemakmuran negara, para pemimpin serta rakyat keseluruhannya," katanya dipetik Bernama hari ini.

Najib, Pengerusi Barisan Nasional (BN), memberikan nasihat ini ketika spekulasi menyebut bahawa PRU13 akan dipanggil November ini.

Sebelum ini wujud polemik sama ada wajar PRU13 diadakan ketika musim haji.

Pas telah meminta Najib agar tidak membubarkan Parlimen ketika musim haji.

Sekitar 28,000 orang dari Malaysia akan menunaikan haji tahun ini. Kumpulan pertama jemaah haji telah berlepas ke Arab Saudi minggu lalu manakala kumpulan terakhir akan pulang ke tanah air awal November.

Najib berkata demikian dalam ucapannya pada majlis pelepasan jemaah haji 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini, hari ini. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Seramai 400 imam, ketua kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dari seluruh negara, yang belum pernah mengerjakan ibadat haji diberi peluang menjadi tetamu ALLAH secara percuma melalui program itu kali ini, di mana surat tawaran diserahkan kepada mereka oleh Perdana Menteri pada 27 Ogos lalu.

Ini merupakan kumpulan kedua selepas kumpulan pertama 111 imam dan Pengerusi JKKK menerima tajaan itu tahun lalu.

Pesanan Najib ini memperkuatkan spekulasi bahawa PRU13 kemungkinan besar tidak akan diadakan tahun ini walaupun pemerhati dan penganalisis melihat ia akan dilangsungkan tahun ini.

Kelmarin, Najib selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno membayangkan PRU13 kemungkinan besar hanya akan diadakan tahun depan.

Menurutnya, PRU13 tidak akan diadakan dalam masa terdekat kerana Perhimpunan Agung Umno akan berlangsung mulai 27 November hingga 1 Disember ini.

"Tidak mungkin PRU13 diadakan dalam masa terdekat. Jika PRU13 diadakan dalam masa terdekat ini, sudah semestinya Perhimpunan Agung Umno juga akan ditangguhkan," kata beliau.

Mandat semasa Kerajaan Pusat akan berakhir 28 April 2013.

Dalam ucapannya, Najib juga berkata, berubah kepada suatu keadaan yang lebih baik merupakan satu tuntutan dan ajaran asas dalam agama Islam, dan usaha perbaikan atau 'islah' itu merupakan agenda terpenting kerajaan pimpinan beliau.

Beliau berkata, 'islah' itulah yang menjadi roh kepada gagasan program transformasi nasional, untuk meletakkan negara menjadi sebuah negara Islam moden yang maju dan berpendapatan tinggi.

"Sesungguhnya, kita tidak pernah melupakan bahawa agenda Islam merupakan teras dalam kita membangun serta memajukan negara Malaysia ini. 'Islah' yang menyeluruh dan berstrategik ini juga amat menepati kehendak Perlembagaan yang meletakkan Islam sebagai agama negara.

"Apa yang lebih penting untuk difahami bahawa rahmat yang dibawa oleh 'islah' ini bukannya terhad kepada orang Islam sahaja bahkan rahmat ini dapat dinikmati sama dengan sebaik-baiknya oleh warga negara yang bukan Islam," katanya.

Dalam pada itu, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, program penajaan haji 1MDB bukan sahaja akan diteruskan, malah mungkin akan digandakan jumlahnya sekiranya 'ada rezeki'.

Beliau berkata, program itu juga tidak mustahil akan dipanjangkan kepada kelompok bilal dan siak serta guru-guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa), setelah sasaran menghantar para imam dan ketua kampung serta Pengerusi JKKK dapat dicapai.

Dalam ucapannya, Perdana Menteri turut berpesan agar jemaah Malaysia, yang merupakan duta kecil negara ke sana, agar menjaga kelakuan dan tutur kata, kerana adab sopan inilah yang menyebabkan Malaysia dihormati oleh masyarakat dunia.

Sinar

Najib: Pantang serah negara kepada Pakatan

Posted: 22 Sep 2012 06:01 PM PDT

JOHOR BAHRU - Perdana Menteri menegaskan bahawa masa depan negara ini adalah terlalu besar nilainya untuk diperjudikan dan adalah sesuatu yang disifatkan sebagai 'pantang' untuk menyerahkan negara ini kepada Pakatan Rakyat (PR).

Berucap kepada perwakilan Umno Johor, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno mahu setiap anggota Umno menggembleng tenaga dan kekuatan bagi memastikan Barisan Nasional (BN) menang pada dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

"Kita tidak boleh menggadai masa depan, masa depan kita terlalu besar nilainya... di sinilah (Johor) lahirnya Umno, banyaknya jasa kepada negara.

"Pantang kita serah negara ini kepada mereka (pembangkang).

"ALLAH S.W.T mencintai kita jikalau kita satu kesatuan dan Insya-Allah ALLAH akan memberikan kemenangan kepada Umno dan Barisan Nasional," katanya di sini, hari ini.

Dipetik Bernama, Perdana Menteri berkata demikian ketika merasmikan persidangan berkelompok empat bahagian Umno Negeri Johor di Persada Johor, yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk

Abdul Ghani Othman yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor.

Malah kata Najib, pembangkang yang sering melaungkan slogan 'Jalan Ke Putrajaya', sehingga kini tidak mempunyai Kabinet Bayangan yang selaras dengan model demokrasi berparlimen.

"Mereka (pembangkang) mesti bermula dengan 'shadow cabinet' (Kabinet bayangan) seperti dalam sistem demokrasi model Westminister seperti di Great Britain.

"Di Malaysia mana dia (shadow cabinet), ia adalah kerana mereka takut. Takut nak beri (Lim) Kit Siang apa (jawatan), menteri kewangan ke, Karpal Singh ke untuk undang-undang dan Mat Sabu nak bagi apa, menteri wanita," katanya.

Perdana Menteri berkata Barisan Nasional (BN) sebaliknya menjuarai perubahan dan transformasi yang berlaku di negara ini.

Walaupun dalam sistem demokrasi berparlimen, kewujudan pembangkang dalam bilangan yang kecil adalah baik, mereka mestilah memainkan peranan dengan konstruktif dan bukan destruktif, katanya.

Beliau memberi contoh Felda dan projek minyak dan gas di Pengerang, yang cuba dinafikan pembangkang sebagai projek yang baik untuk rakyat semata-mata atas kepentingan politik.

Dalam isu Felda, Najib berkata, pembangkang melemparkan pelbagai dakwaan terhadap Felda termasuk mengatakan ia bankrap, walaupun secara realitinya Felda berjaya disenarai di Bursa Malaysia.

"Jika Felda bankrap, bagaimana ia mampu memberi RM15,000 kepada peneroka, isteri dan anak peneroka," katanya sambil memberitahu bahawa pembangkang juga cuba 'pusing' usaha kerajaan membangunkan industri minyak dan gas di Pengerang.

Najib berkata, BN memberikan masa depan yang penuh dengan keyakinan kepada rakyat, sarat dengan peluang dan kehidupan yang lebih baik berbanding semalam.

"Sebahagian besar rakyat Malaysia inginkan masa depan yang baik, masa depan yang bukan sarat dengan ketidakpastian, bukan masa depan yang terlalu banyak risiko, tetapi masa depan yang penuh dengan keyakinan dan di bawah pimpinan BN, hari esok adalah sarat dengan keyakinan lebih baik daripada hari ini," katanya.

KEPAL NASI KEPAL BERAS

Posted: 23 Sep 2012 03:15 PM PDT

KEPAL NASI KEPAL BERAS


SYAITAN BISU BENAR2 WUJUD DALAM PAS - UST NASHA!!

Posted: 22 Sep 2012 08:13 PM PDT

"Tidakkah umat Islam membuang masa menyertai perhimpunan membantah penerbitan filem Innocence of Muslims yang menghina agama itu"? -Koo Ham, DAP.

Tegas Nasharudin Mat Isa, "Karpal Singh bukan hanya menentang hudud, malah Islam".

Mana suara pauk-puak Anwarinas dalam PAS dalam soal kenyataan sensitif yang dikeluarkan oleh Koo Ham DAP? Mana suara Mat Sabu, Khalid Samad dan suara dan lidah Anwar yang lain?

Kenapa begitu tegas dan begitu cepat melenting bila Ust Nasha megeluarkan kenyataan balas terhadap Karpal Singh yang begitu tegas mempertahankan Islam dan prinsip perjuangan PAS?

Puak Anwarinas PAS ini begitu takut akan terjadinya kemurkaan tuhan-tuhan Karpal dan Koo Ham melebihi ketakutannya akan kemurkaan Allah tuhan Semesta Alam.

Jalan yang lurus terbentang luas, jalan yang sesat juga yang dipilih oleh puak Anwarinas PAS.

Semua ini demi kerana mahukan kuasa, takut kehilangan sokongan dan takut kehilangan saki baki kuasa yang masih ada.

Sebijak-bijak Anwar mengikat ekor PAS dan DAP, tidak terlawan juga akan hikmah dan maha bijaksananya Allah. 

Hanya dengan terbitnya youtube 13 minit "innocence of muslims", umat Islam Malaysia mampu melupakan dendam dan perbezaan fahaman politik yang sengaja diwujudkan oleh Anwar bagi menjauhkan sokongan umat Islam di Malaysia terhadap UMNO.

Begitu cermat Anwar menyusun strategi bagi mengekang sokongan Umat Islam terhadap UMNO dan pada masa yang sama memisahkan undi cina dari MCA, India dari MIC dan mencantumkan semua sokongan ini ke dalam pakatan.

PAS berjaya dibisukan berkaitan dengan soal Islam yang begitu sensitif kepada DAP. Dengan strategi ini maka dapatlah dikurangkan perbezaan fahaman antara DAP-PAS menjelang PRU13. Bagi mereka lepas PRU13 soal lain. Tidak perlu dibincang.

Tup-tup meletup filem IOM. Perkembangan ini mampu meleraikan ikatan ekor DSP-PAS yang sudah disimpul oleh Anwar. Samalah macam Khairy Jamaludin yang mengikat ekor Pak Lah sebelum PRU12 yang lalu. Tup-tup segala perancangan masa depan KJ terbatal bila BN hilang 2/3.

Hikmah dan maha kuasanya Allah inilah yang gagal difahami oleh perancang-perancang "wamakaru" yang merasa perancangannya lebih licik dari perancangan Allah.

Apa Yang Tersirat

Posted: 23 Sep 2012 01:39 PM PDT

Apa Yang Tersirat


Dana SOROS untuk jadikan Anwar PM: Tun M

Posted: 23 Sep 2012 03:32 AM PDT

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa pembiaya asing menyalurkan dana kepada NGO Suaram demi menjatuhkan kerajaan dan menjadikan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Akhbar edisi Ahad Utusan Malaysia hari ini menyiarkan dakwaan Mahathir bahawa modus operandi sama dijalankan negara asing dalam Arab Spring – untuk menukar kerajaan di negara Arab.

Beliau ditanya mengenai penyaluran dana kepada Suaram melalui pertubuhan yang diasaskan oleh jutawan George Soros.

Mahathir percaya bahawa sebahagian daripada penyaluran dana berkenaan, termasuk yang didakwanya untuk perhimpunan BERSIH, adalah untuk menyokong Anwar.

"Ini bukan inisiatif rakyat Malaysia tetapi inisiatif orang asing. Takkan kita hendak dikuasai oleh orang asing?

"Dia bagi duit sana nak bagi jatuh kerajaan supaya orang dia dapat naik dan orang dia di sini secara terang lagi bersuluh, dia nak Anwar.

"Jika ada (pihak asing cuba mempengaruhi pilihan orang kita dengan bagi duit, itu rasuah," kata Mahathir seperti dipetik dalam laporan itu.

Beliau juga menegaskan perkara itu ketika ditanya sama ada pembiayaan daripada Soros memberi kebaikan kepada negara.

"Mana boleh baik, dia nak kuasai kita punya politik... Dia nak pilih orang dia jadi PM," dakwanya.

Tambahnya Soros mempunnyai tujuan tertentu kerana dana berkenaan disalurkan atas nama demokrasi dan kebebasan.

"Dia derma dia tahulah ada tujuan dia demokrasi kononnya. Nama dana dia pun berkenaan promosi demokrasi dan kebebasan.

"Jadi kita (seolah-olah) tiada kebebasanlah di sini," katanya lagi.

Ditanya sama ada portal berita Malaysiakini juga terlibat dalam "konspirasi tersebut, Mahathir berkata: "Semua ada kaitan". Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan sewaktu satu forum di Kuala Lumpur pagi ini.

Selain Utusan, akhbar utama termasuk Berita Harian dan New Straits Times sebelum ini memaparkan dakwaan bahawa badan National Endowment for Democracy (NED) dan organisasi antarabangsa menyalurkan dana kepada NGO tempatan dan Malaysiakini.

Laporan sama juga disiarkan di berita waktu perdana TV3, yang mendakwa dana asing berkenaan, termasuk daripada Open Society Foundation yang diasaskan Soros, bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan di seluruh dunia dan diganti dengan kerajaan proksi.

yeopPERAK

Posted: 23 Sep 2012 01:36 PM PDT

yeopPERAK


Adakah anda faham makna CINTA dan RINDU

Posted: 23 Sep 2012 11:10 AM PDT


Ada ramai yang naaak sangat kekasih dia ucapkan yang dia menyintainya. Ada ramai sangat si isteri mahu si suami mengucapkan kata-kata cinta... selang sehari kut ya hehehe... ada girls yang ternanti-nanti, bila la boyfriend dia ni nak ucapkan, "I love you"   

Girls kena lebih confident sikit ya... apabila penuh dengan keyakinan barulah lelaki akan lebih respect dan memandang tinggi kepada anda. Also, kena tahu tingkah laku dan perbuatan seseorang tu, apa maknanya... kena bijak untuk memahaminya...

Kalau dia cinta dan sayang kan you sure dia akan sanggup berkorban apa saja, sanggup bersusah payah, sanggup berjalan jauh demi untuk bersama, sanggup berhabis wang ringgit untuk anda just to be closed to you.... 

JIKA SEBALIKNYA... MEANS DIA TAK CINTA LAH... TAK PERLU TANYA LAGI - Takkan dia sayang kalau nak jumpa pun malas? Takkan dia rindu kalau nak call pun tak ada masa? Takkan dia cinta, kalau boleh tinggalkan anda tanpa berita?

Jadi selalu-selalu lah perhatikan...Apabila cinta masih mekar, masih hangat dan masih ada daya tarikan di antara anda berdua,..tak perlulah nak confirmation lagi... I'm very sure you all pun dapat rasa dan tahu.Jika anda masih belum faham, masih tak mahu terima hakikat yang sebenar, well itu bukan salah sesiapa, tetapi salah anda sendiri..

JIKA TIADA KEMESRAAN, JIKA TIADA KELEMBUTAN DALAM TUTURNYA, TIADA MENGGODA... maka tiadalah cinta lagi, tiadalah sayangnya... cakap pun mendatar, bahasanya pun kasar... takkan dia masih cinta jika begitu? IF benarlah dia masih cinta, tetapi kekasaran dan kehambaran itu lumrahnya... adakah itu yang anda mahu?

Cinta tidak perlu diucapkan, tetapi ia perlu dirasa dan dipamerkan...

Samalah juga dengan nyanyian, kalau penyanyi tu menyanyi tanpa 'FEEL' ...menyanyi bukan dari hatinya, adakah anda rasa macamana kesedihan atau kegembiraan lagu itu? Dengar pun tak best kan? ...tapi kalau best, memang feel habis lah dia belasah lagu tu, betul tak?

Same thing laa...jika hambar dan tawar je perhubungan itu maka ia TIADA CINTA...sebaliknya, jika ianya datang dari hati, dari jiwa yang hangat membara...maka tanpa sebarang ucapan kita akan dapat merasa ADA CINTA ...dan cintanya memang untuk kita. Okay? ...

"You don't need to tell me you love me... SHOW IT! make me FEELS IT!"


nak tanya lagi sekali.."ada yg rindu aku ke???" hahahaha if lepas ni aku jarang posting kat blog ni jangan rindu2 yea blh je melawat kat FB aku...maklumlah berblogger ni sekadar penuhi masa terluang je..btw love uols



tun faisal dot com

Posted: 23 Sep 2012 01:31 PM PDT

tun faisal dot com


#Kantoi menipu: Pro-M mohon maaf #ProMenipu

Posted: 22 Sep 2012 06:00 PM PDT



Pembongkaran : Penipuan Pro-M Siri 2


Kali ini Pro Student akan membongkar penipuan Pro-M dimana mereka tidak mengkaji dahulu sebelum menghentam.

1) Calon fakulti Kejuruteraan 'Long Li Ping' - Ejaan yang sebenar ialah Lock Li Ping

2) Yong II Yang - Adalah seorang lelaki bukannya seorang PEREMPUAN seperti yang ditunjuk di dalam gambar

Ini ialah Yong II Yang



Pro Student faham,di peringkat Pro Mahasiswa telah memohon maaf secara rasmi.NAMUN,alasan semua manusia membuat silap  bukannya satu hujah yang menghalalkan setiap kesilapan yang dilakukan oleh Pro-M.Perlu diingat ini ialah Pilihanraya,silap atau betul,persepsi telah dsebarkan.BUKAN SEMUA MAHASISWA like dan add account Pro-M.Bagaimana dengan mereka yang mendapat risalah tapi tidak mengetahui bahawa ada pembetulan?

Ini adalah kesilapan kedua AKIBAT TIDAK MENGKAJI TERLEBIH DAHULU sebelum menghentam.Wahai Pro-M,Pro Student mohon agar Pro-M jadi bijak sedikit.Sedikit pun cukuplah.Jangan kerana bernafsu besar hendak menjatuhkan pihak lain,anda melakukan kesilapan yang bodoh.Kes sebelum ini anda menuduh bahawa calon fakulti Pusat Kebudayaan Ahmad Syahmi Naim adalah calon tua (rujuk sini)

P/S : Pro -M masih belum bertaubat


THE FLYING KICK

Posted: 23 Sep 2012 01:22 PM PDT

Cucu Tok Selampit

Posted: 23 Sep 2012 01:15 PM PDT

Cucu Tok Selampit


Juak-Juak DAP Dan Anwarinas Pasti Bebulu Melihat Foto Ini

Posted: 22 Sep 2012 07:31 PM PDT



Tahniah buat ahli UMNO dan PAS di Pulau Pinang bergabung dalam protes bersama membantah filem jahat anti-Islam keluaran Amerika "The Innocence of Muslims". Perbezaan politik dilupakan buat seketika ketika Islam dihina. Pemuda-pemuda Islam ini berjaya membuktikan bahawa Islam boleh beratu. Malah sejarah telah membuktikan bahawa Islam menjadi semakin kuat apabila semakin ditindas.

Umat Islam di seluruh dunia sedang dicabar oleh kafir-kafir yang tak habis-habis menyerang Islam dan negara Islam baik secara fizikal maupun secara mental. Situasi yang sukar ini mungkin ada "silver lining" atau hikmahnya jika ia mengarahkan kepada penyatuan ummah. CTS sentiasa mendoakan seluruh umat Islam di Malaysia ini bersatu. Jika tidak dapat kesemuanya, cukuplah penyatuan PAS dan UMNO sebagai tunjang parti politik Islam. Adakah impian CTS ini keterlaluan? Namun, CTS yakin dan percaya, pasti ada yang sakit hati dan sakit mata melihat foto ini.

Tiada ulasan:

Pengikut