Ahad, 23 September 2012

Dewan Muslimat PAS Kota Raja

Dewan Muslimat PAS Kota Raja


AJK DMPK

Posted: 23 Sep 2012 09:49 AM PDT

Keputusan mesyuarat AJK DMPK yang lalu memutuskan setiap hari Rabu jam 3.00 petang AJK dikehendaki hadir ke bilik gerakan DMPK di Markaz Bukit Naga untuk melakukan gerak kerja DMPK.

Usrah DMPK Kota Raja dan Munajat

Posted: 20 Sep 2012 04:00 PM PDT

21 Sept 12. Lajnah Tarbiah dan Penerangan DMPK Kota Raja telah menganjurkan usrah untuk ajk DMPK di Markaz PAS Bukit Naga. Hampir 20 orang ajk mengikuti usrah tersebut. Program dimulakan dengan melaksanakan solat maghrib secara berjemaah. Selepas solat maghrib AJK dihidangkan dengan tazkirah yang disampaikan oleh Ustazah Asma'. Cara penyampaian yang bersahaja telah menarik minat muslimat untuk memberikan respon dalam bentuk soalan dan pandangan.Perbincangan lebih menjurus kepada isu-isu semasa dan permasalahan.  Selepas mendengar tazkirah daripada Ustazah Asma' AJK DMPK melaksanakan solat isyak berjemaah, solat hajat dan zikir munajat dipimpin oleh Ustazah Sanah Arsyad.Sebelum pulang pada jam 10.30 malam AJK dijamu dengan jamuan dan makan malam. Tahniah kepada penganjur kerana bersusah payah mengatur program yang amat bermakna dan memberi kesan kepada AJK. Semoga lebih banyak lagi program-program pentarbiahan dapat dilaksanakan bukan sahaja untuk AJK tetapi juga untuk seluruh muslimat.

Ziarah Mahabah

Posted: 18 Sep 2012 01:00 PM PDT

19 Sept 12. AJK DMPK Kota Raja telah mengadakan kunjungan Mahabbah ke rumah Ustazah Aisyah, isteri Almarhum Ustaz Hambari. Rumahnya yang terletak bersebelahan Markaz PAS Bukit Naga.AJK berkunjung ke rumah beliau selepas mengadakan gerak kerja di Bilik gerakan di Markaz Bukit Naga. Kunjungan ini sebagai tanda mengukuhkan ikatan silaturrahim dan sebagai tanda ingatan kepada Almarhum Ustaz Hambari yang telah hampir 3 tahun kembali kerahmatullah.Almarhum banyak meninggalkan jasa kepada gerakan PAS Kota Raja. Semoga Allah merahmati Almarhum.Al Fatihah...

Tiada ulasan:

Pengikut