PRU13 semakin hampir. Pertembungan parti-parti merebut kerusi pastinya lebih hangat. Perebutan menjadi calon lebih hangat, malah luar biasa hangatnya. Pergelutan "candidate wannabe" semakin panas membuak-buak bagai Battle Royal atau Survival of the fittest.
Di Sabah, menyedari hakikat bahawa Barisan Nasional telah kehilangan mejoriti 2/3 kerusi parliment, ramai yang beranggapan bahawa Kerajaan kini adalah lemah dan bakal tumbang. Yang tumbang akan berganti. Untung sabut akan jadi YB. Peluang konon terbuka luas. Masing masing masuk "Gelangang Battle Royal".
Battle Royal pertama dalam Pakatan Rakyat di Sabah bermula di Kota Marudu. Dilemma yang sudah diduga bahawa pergelutan menjadi calon dalam PRU13 akan berlaku dan ianya akan berlaku dengan lebih hebat menjelang pembubaran parlimen untuk memberi ruang kepada PRU13.
Dt. Maijol Mahap mantan senator BN-UPKO dan mantan Naib Presiden UPKO meninggalkan BN-UPKO dengan menjadikan "kemiskinan" sebagai alasan pokok. Apakah dia sudah memulakan kerja membasmi kemiskinan sejak meninggalkan BN-UPKO?
Anthony Mandiau, Ketua cabang PKR Kota Marudu, mengatakan bahawa semasa dia menyertai PKR, meninggalkan BN-PBRS pada tahun 2007 (kerana hendak bertanding PRU12-2008), telah ditertawakan Maijol. Bagi Maijol, langkah Anthony itu adalah satu langkan yang salah. Now let see who is talking!!
"It now seems that my friend [Mahap] has his own plans. He quit BN so that he can contest in the coming election on a Pakatan ticket. "When I joined PKR in 2007, Upko leaders including Mahap laughed at me… they were telling the people of Kota Marudu that my move was wrong as I was joining a political party that had no following. Now they want to join us,"-Mandiau
Senario Battle Royal seperti ini BESAR KEMUNGKINAN akan berlaku di Tuaran, Papar/Kota Belud, Beaufort dan Labuan. Kawasan-kawasan ini merupakan kawasan-kawasan di mana PEMAIN LAMA PENDATANG BARU, seperti DSP Haji Lajim, DT. Wilfred Bumburing, Dt Maijol Mahap, Dt Hj Yahya Lampong dan TS Ibrahim Menudin bertapak dan berhajat besar untuk menjadi calon PRU13.
Dalam PKR besar kebarangkaliannya, Battle Royal menjadi calon akan berlaku dengan hebat. Di kawasan lain jika incumbent Ketua Cabang PKR diketepikan dalam PRU13, Battle Royal ini akan berpanjangan dan hanya "the fittest will survive". Hakikatnya pemimpin-pemimpin PKR ini menyertai PKR UNTUK BERTANDING atau YB Wannabes. Dalam PRU12, bila hasrat mereka tidak dilayan, mereka menentang Pakatan Rakyat dan menyokong lawan Pakatan Rakyat.
APAKAH memang menjadi TRADISI PR khasnya PKR bahawa bila sahaja Parlimen DIBUBARKAN dan penamaan calon bakal dilaksanakan, PKR turut berpecah?
Pergelutan Maijol-Mandiau mula dilihat parti-parti pembangkang lain sebagai KEGAGALAN PKR menyatupadukan rakyat Sabah. Naib Pengerusi SAPP Kota Marudu, John Mitah Mikat, sudah mula meleparkan tuduhan sedemikian. STAR sudah pasti semakin merancakkan gerakan RISIKANYA memburu calon yang sesuai di mata rakyat kawasan itu. Pertanda SAPP dan STAR akan menyertai Battle Royal menjadi calon semakin jelas kelihatan. Peluang telah terbuka. Sesuai dengan slogan konvensyen STAR, "Kalau Bukan Kita Siapa Lagi, Kalu Bukan Sekarang Bila Lagi"....Ini kali Lah!
Sebagai rekod, boss STAR Sabah, Dr. Jeffrey Kitingan pernah bertanding di MP Kota Marudu atas tiket BN. bagaimanapun, dia kalah di tangan Dr. Maximus Ongkili (PBS). Dr. Maximus adalah "legitimate uncle" kepada Dr. Jeffrey. Dr. Jeffrey juga pernah menentang "legitimate brother nya, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan di MP Keningau tetapi Dr. J kalah dengan majoriti BN yang besar.
Battle royal yang bermula di Kota Marudu ini adalah satu "keterangan" bahawa ABU-Asal Bukan Umno adalah satu gagasan yang akan menemui kegagalan di Sabah. Opponent PR dalam PRU13 di Sabah BUKAN HANYA UMNO semata-mata, tetapi BN dan komponennya dan parti-parti pembangkang yang lain.
Gambaran Battle Royal (to be) di Sabah ini sebaiknya menjadi tontonan BN di Semenanjung Malaysia. Apa yang berlaku di Sabah, yang cuba ditayangkan Anwar di Sememnjung Malaysia, adalah satu "political movie with bad ending". Persepsi, Sabah akan diperintah PR selepas PRU13, yang cuba dimainkan oleh Anwar di mana sahaja dia berucap, adalah satu retorik dan persepsi yang "SARAT DENGAN KETERDESAKAN UNTUK MENJADI PM". Hakikatnya, Battle Royal ini hanya akan berakhir dengan "kecederaan parah" di pihak pembangkang. Di penghujung Battle Royal, akan menampakkan bahawa rekod PRU12, most likely will be repeated dalam PRU13 nanti.
Apakah Karpal Singh akan MARAH sekali lagi "bahawa Anwar telah melakukan banyak kebinasaan dalam negara ini" seperti yang pernah dinyatakannya sewaktu Anwar asyik dengan 30 MP Sabah dan Sarawak akan menyertai PR? Apakah Karpal akan marah lagi kerana Anwar sekali lagi asyik menceduk pemimpin yang "luput dan bakal diluputkan" di Sabah?
Sesuangguhnya Battle Royal ini telah melalaikan "pembasmian kemiskinan" atau sememangnya 'rakyat miskin" hanya menjadi alat dan isu untuk merealisasikan "Candidate Wannabe" kalaupun tidak YB Wannabe.
You are subscribed to email updates from SENJALIZA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Ngeh, thinking that his recent remarks on Prophet Muhammad PBUH was only light weight in blasphemy towards Islam, said that Malaysians should move on. I for one beg to differ.
May be Ngeh will learn the lesson faster when Muslims start to boycott his Ipoh White Coffee outlets.
The blasphemy game will never stop- he and his DAP cohorts are testing Muslims sensitivities on several issues. Apology is just a game because DAP realises that Malaysian Muslims are gullable and naive !
In the recent Malaysian Insider interview he says Malaysians should focus on other important issues such as economy and social issues . Ngeh, the businessman behind Ipoh Old Town White Coffee, FORGETS that without POLITICAL STABILITY- which is FUNDAMENTAL in any country, the community at large will not support the much hyped economy.
This religious blasphemy and transgression on Islam in not the first for infamous cousins Ngeh and Ngah of Perak. They have transgressed the religious border before when they recited the "holy surah Aura" from their so called Koran- Sadly the religious illiterate PAS supporters hailed the Ngeh-Ngah man made surah with takbeer. (there was no surah Aura in Quran )
May be Ngeh will be learn the lesson faster when Muslims boycott his Ipoh White Coffee outlets.
Datuk Lee Chong Wei dan beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying muncul juara badminton Terbuka Jepun sebentar tad Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Apa yang dimaklumkan oleh dalam akhbar Harian Metro pendapatan Lim Guan Eng lebih tinggi daripada Koh Tsu Koon. Memang betul lah sebab ramai wakil rakyat pembangkang seperti Pkr, Dap dan Pas menjadi wakil rakyat untuk dewan undangan negeri dan dewan rakyat.
Kalau di Perak ini mereka yang memegang dua kerusi ialah Nizar Jamaluddin, Ngeh Koo Ham, Nga Kor Ming dan beberapa orang yang lain.
Hadi Awang dahulu pun pernah bertanding dalam kedua-dua kerusi ini....Hebat sungguh pembangkang, tamak haloba, kaki bolot, kaki kelentong dan bermacam-macam kaki lagi.
Ramai penyokong Doris Jones begitu marah kepada TM kerana meminta KDN menahan dan menyiasat beliau.TM memang marah kepada Doris kerana kenyataannya dalam YouTube.
Menurut komen-komen dalam blog ini, Doris adalah Bumiputera Sabah dan bukan etnik Cina Sabah. Jika Doris adalah Bumiputera Sabah maka kenyataannya adalah silap besar. Sabah dan Sarawak bukan masuk Malaysia atau dikuasai oleh Semenanjung. Sarawak dan Sabah mempunyai kuasa autonomi sendiri oleh yang demikian Sabah dan Sarawak mempunyai barisan kabinetnya sendiri.
Sabah dan Sarawak juga berhak menghalang mana-mana individu dari semenanjung daripada masuk ke sana jika di dapati boleh mengganggu gugat kedudukannya. Ramai ahli politik telah diarahkan balik semula ke semenanjung kerana kehadiran mereka mempunyai niat jahat untuk menghuru-harakan dua negeri ini.
Harus diingat bahawa penyertaan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia mempunyai syarat-syarat yang di persetujui oleh kedua-dua pihak dalam 20 perkara.
Usaha untuk memisahkan hubungan Sabah, Sarawak dengan Semenanjung telah lama berlaku, iaitu sejak penubuhan Malaysia lagi.
Usaha ini adalah datangnya daripada pihak komunis yang berusaha keras untuk menguasai kedua-dua negeri tersebut.
Kumpulan tentera pemisah yang dikenali sebagai kumpulan Vic Morro pernah wujud di sana dan hari ini mati begitu sahaja namun ideologi tidak pernah mati.
Gerakan ganas komunis pernah beberapa kali menggemparkan penduduk Sibu dengan meletakkan bom di sekolah-sekolah, menyerang orang kampung pada tahun 80an masih segar dalam ingatan. Kebanyakan anggota komunis berselindung di dalam kem-kem balak dan sesekali turun ke bandar untuk berhibur dan mengerakkan agenda mereka. Kemuncak kemenangan mereka ialah apabila Dap menguasai Parlimen P212 Sibu pada tahun 1982 oleh Ling Sie Meng yang berjaya menewaskan Dr Wong Soon Kai (BN).
Usaha untuk memisahkan Sabah dan Sarawak dari Malaysia terus dilakukan secara senyap-senyap tanpa menggunakan senjata. Mereka menghasut kaum Bumiputera atau native supaya wujud satu sentimen Anti Malaya. Kononnya Sarawak dan Sabah kini dijajah oleh Malaya dan Malaya di anggap sebagai 2nd colonial selepas British.
Sehinggakan kemasukan beramai-ramai kakitangan kerajaan yang bertugas di Sabah dan Sarawak pun menjadi isu kononnya ingin menguasai dan merampas rezeki penduduk tempatan. Kehadiran guru-guru yang ramai bertugas di sana pada tahun 70an dan 80an pun dijadikan isu yang besar bukan sahaja dari penduduk kampung tetapi juga dari kalangan warga pendidik sendiri.
Mereka yang tidak tahu akan misi sebenar kemasukan ramai kakitangan kerajaan di sana dengan mudah mempercayai akan dakwaan puak pemisah bahawa memang benarlah Malaya menjadi 2nd colonial.
Sarawak dan Sabah merupakan negeri yang jauh ketinggalan dari semenanjung dan dengan itu ramai sumber manusia diperlukan untuk membangun kan pelbagai sektor termasuk membangun kan sumber insan di peringkat sekolah.
Sekolah banyak dibangunkan dan sumber tenaga pengajar diperlukan dalam jumlah yang ramai. Pada ketika itu Sarawak hanya mempunyai 3 buah pusat latihan guru yang terletak di Kuching, Binatang( Kini Bintangor ) dan Sibu. Ia tidak cukup untuk membekal tenaga pengajar di kawasan pedalaman oleh itu ramai guru-guru dibawa masuk dari semenanjung.
Kini pada tahun 2012 jumlah anak-anak tempatan yang menjadi guru dan kakitangan awam semakin bertambah dan ramai yang terpaksa ditugaskan di semenanjung kerana tiada kekosongan di sana.
Berbalik kepada usaha Doris Jones untuk membawa keluar Sabah dan Sarawak hanyalah omongan politik Dap dan Anwar Ibrahim sahaja. Jika Doris mahu bebas dari nama Malaysia mengapakah beliau bersekongkol dengan parti pembangkang yang datang dari Malaya iaitu Dap, Pkr dan Pas. Ini adalah tektik parti pembangkang untuk menipu rakyat Sabah khususnya.
Umno dan komponen lain tidak pernah berniat untuk masuk ke Sabah dan Sarawak. Kemasukan Umno di Sabah adalah berpunca daripada kehendak orang Sabah sendiri, apabila PBS dibawah Pairin Kitingan keluar BN di saat-saat akhir PRU negeri telah menyebabkan Umno masuk di sana.
Di Sarawak juga wujud permintaan untuk menubuhkan Umno Sarawak tetapi ia pasti tidak akan berlaku kerana Umno menghormati parti-parti komponen BN yang ada di sana.
Pesanan kepada Doris , janganlah bermimpi di siang hari, Sabah dan Sarawak tidak mampu untuk menubuhkan tentera dan polis sendiri sekiranya ingin mengasingkan diri dari semenanjung.
Tahukan bahawa Sabah dan Sarawak menerima peruntukan yang sangat tinggi setiap tahun untuk membangun kan kedua-dua negeri itu ditahap yang ada sekarang.
Janganlah Doris berbangga dengan hasil bumi seperti minyak dan gas kerana untuk menaikkan gas dan minyak kerajaan terpaksa juga menyerahkan kontrak cari gali kepada syarikat-syarikat besar seperti Shell, Esso dan sebagainya.
bersambung/....
You are subscribed to email updates from Taiping Mali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Mungkin kerana dah tak yakin untuk mempertahankan Selangor, maka Mak Lampir Zuraidah semalam memberikan `soalan maut' untuk dijawab oleh BN Selangor…. Untuk menamakan siapa MB baru Selangor selepas PR Selangor kalah PRU13 ini ….
Tapi aku yakin, Mak Lampir nie sebenarnya nak umpan BN atau UMNO Selangor untuk menanyakan semula soalan jikalau PR kekal memerintah, siapa pula MB Baru dari PR untuk mengantikan MB Selangor sekarang yang sangat bengap dalam melaksanakan tanggungjawab mentadbir sebuah negeri….
Kalau Mak Lampir tanya, berkocaklah PR atau lebih mudah…. PKR Selangor menjelang PRU13 nie …
Sape yang suruh Mak Lampir nie umpan? Sape lagi kalau bukan abg aiskrim dalam jamban tu …. Yang dah sekian lama mimpikan untuk menduduki kerusi MB Selangor.
Takpelah, kita tanya jugaklah …. Kalau PKR terus berkuasa di Selangor, adakah Khalid Gagap akan terus menduduki kerusi MB atau PKR sudah ada nama lain untuk mengantikan Khalid yang terbukti gagal melaksanakan tanggungjawabnya sebagai MB Selangor …
TUNKU Abdul Aziz Tunku Ibrahim (dua dari kanan) bersama Tan Chee Chong (kiri), Tan Tuan Tat dan Yap Kon Min di Forum The Day When We Were In DAP di Jalan Perak Georgetown, Pulau Pinang, semalam.
Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim sedia menjelajah ke seluruh negara bagi membuka minda rakyat, khususnya penyokong pembangkang supaya membuat keputusan tepat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.
Menurutnya, beliau mahu pengundi membuat pilihan berdasarkan akal fikiran bukannya mengikut perasaan.
Ia kerana, jelasnya, PRU-13 sangat penting untuk Malaysia dan rakyat seharusnya membuat pilihan yang tepat demi masa depan mereka.
"Kita mahu rakyat dimaklumkan mengenai perkara sebenar supaya mereka dapat membuat keputusan tepat.
"Undi mereka sangat penting bagi menegakkan prinsipal demokrasi dan mereka tidak seharusnya membuat kesilapan.
"Kita hanya buat begini (pilihan raya umum) lima tahun sekali dan seharusnya perubahan yang dilakukan ini benar-benar mempunyai kredibiliti dengan mengundi calon mempunyai rekod cemerlang," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah pada program The days when we were in DAP malam ini.
Kira-kira 1,000 orang memenuhi bangunan Leong See Kah Miew yang terletak di Jalan Perak di sini, iaitu tempat berlangsungnya program berkenaan.
Turut menyampaikan ceramah ialah tiga lagi bekas pemimpin DAP iaitu Tan Chee Chong, Tan Tuan Tat dan Yap Kon Min.
Tunku Abdul Aziz menambah, beliau menerima permintaan tinggi untuk mengadakan program itu di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
Wasabi Oyabun..
You are subscribed to email updates from Oyabun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
SAMAN!!! Alhamdulillah kira-kira jam 11.30 pagi tadi di pejabat peguam teman Tetuan Norali & Co berlansung satu sidang akhbar perihal tindakan susulan kepada Ngah yang baru-baru nie dalam blog dia pada 12hb September 2012 lalu membuat kenyataam Fitnah terhadap teman seolah-olah makamah memutuskan saya bersalah, memohon maaf padanya, berjanji tidak akan buat posting yang memfitnah beliau lagi, menarik fitnah terhadap dia dan beberapa sebutan dalam blog dia yang nampak macam teman mengaku salah bila tersiarnya di dalam portal dan akhbar bahasa Cina sebelum ni
Kenapa buat posting ketika ini juga menjadi tanda tanya, dalam bakal menghadapi Konvensyen PR yang tinggal dau tiga hari jer tiba-tiba keluar posting dalam blog pasal sekupangdua. pulak tu macam didapati bersalah buat fitnah dan siap mintak maaf pada dia bukan tak tau kesannya, bila masa makamah mengakui dan menjatuhkan teman didapati bersalah buat fitnah? Apakah laku posting dalam blog dia sebagai makamah yang menentukan tidak bersalah sebagai modal untuk konvensyen yang tak berapa jam saja akan diadakan mendapati dia tidak bersalah?
Walau apa pun sebagai seorang bloggers ternyata teman patut perjuangkan bukan sahaja maruah teman sebaliknya maruah dan hak dikalangan Bloggers yang teman rasa merupakan juga wartawan kepada rakyat. selagi ada kebenaran dan cerita rakyat yang sebenar, kita bloggers akan paparkan kepada dunia, maka sekali apa pun penghalangnya... Orang yang popular, kerana ada kuasa, kerana boleh menyaman... bukan bererti kita terpaksa akur sekalipun pahit menegakan kebenaran yang rakyat suarakan. Kalau dah benar berbukti ceritanya, sesiapa pun kena ingat, jangan rasa kalangan seperti kami sebagai Bloggers sebagai seekor nyamok takut dengan ugutan dan desakan... sori bro! bloggers bukan macam lu ingat!
Apa pun teman nak ucap terima kasih kepada yang dapat hadir disidang media pagi tadi, begitu juga bloggers yang banyak membantu menyiarkan segala kebenaran yang teman perjuangkan dan tak lupa juga pembaca blog teman yang tak jemu-jemu baca posting teman terima kasih dan terima kasih, harap dapat bersama kami sekalipun sekadar punya blog atas usaha sendiri tetapi apa yang kami suarakan sebenarnya datang dari anda jugak, datang dari hati rakyat! kalau suara rakyat kami tidak paparkan kepada siapa lagi yang rakyat boleh suarakan, kalau benar apa yang rakyat katakan maka bloggers tetap akan paparkan pada dunia...
Untuk DAP dan PR yang akan bersidang esok, bloggers dan rakyat pastinya menunggu apa pulak yang berani di lakukan jika ada yang ada antara yang bermasalah? Jangan setakat menunding jari dan menuduh UMNO dan kroni segala punca kesalahan tapi bila tang kroni sendiri pulak adakah bebas tanpa dhisab atau hanya dengan satu artikel sudah dikira benar dan tidak bersalah?
You are subscribed to email updates from sekupangdua To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Beliau meminta diberi perhatian khusus kepada Gen Y dan X semasa merasmikan sidang perwakilan Umno di Raub Pahang, semalam.
Tugas ini lebih mudah menerusi gajet di alam siber. Yang digilai golongan tersebut ketika ini.
Beberapa langkah ingin dicadangkan :
1. Gajet sesuai perlu disediakan kepada jentera siber maya di setiap Bahagian. Paling kurang Samsung Galaxy untuk foto, video dan blog.
2. Dua orang perlu menjaga akaun fb blog dan twitter setiap bahagian aktif 24 jam selama tujuh hari. Penggiliran dan kongsi password akan memudahkan bahan dikemaskini tanpa henti.
3. Peruntukan line yang laju perlu disediakan kepada dua petugas sepenuh masa ini. Dengan dua jenis line berbeza untuk lokasi yang tidak sama status kekuatan gelombangnya.
4. Membuat hubungan rapat dengan tokoh alam maya seperti blogger, facebooker dan twitterian yang telah menempa nama. Rugi jika tidak ada bantuan oleh otai kepada jentera yang baru nak belajar. Sekurangnya dua kali sebulan perlu diadakan pertemuan untuk hadapi PRU 13 tidak lama lagi.
5. Menyusun isu tempatan dan nasional serta keutamaan isu yang boleh melemahkan lawan. Jangan sesekali keluar isu palsu atau tidak strategik. Pandangan veteran parti sangat diperlukan dalam hal ini.
6. Membuat laporan untuk dibentangkan kepada Ketua Bahagian dengan salinan diberi kepada Pengerusi Perhubungan Negeri. Jika tidak dikhuatiri laporan didiamkan sahaja tanpa tindakan lanjut Ketua Bahagian.
7. Memohon isu disentuh dibangkitkan juga oleh pemimpin bahagian untuk siaran media massa dan media eletronik. Selain disebarkan dalam kempen alam maya. Untuk keseragaman isu.elakkan ungkit isu berbeza di masa yang sama.
Sekian, mohon mencadangkan kepada semua demi kemenangan gilang gemilang PRU akan datang.
# Kepada pengendali blog, twitter, fb yang perlu bantuan sila hubungi Panglima.
Lihat banner yang baru ditemui. Mohon selebriti Noryn Aziz menjelaskan penglibatan beliau dalam acara ini.
PAS kian ghairah menggunakan artis di saat ulama dipinggirkan termasuk Dr Hassan Ali. Adakah Pas sudah tidak ada cara untuk menjadi tarikan utama ?
Menjemput artis yang kini sudah berubah adalah bagus untuk memberi semangat kepada dia. Tetapi menjadi tarikan utama kepada program parti politik tidak wajar dilakukan sebuah parti guna nama Islam.
Walau ditawar wang seorang selebriti tidak perlu menyertai program parti pembangkang yang jelas banyak mencetuskan perkara huru-hara di Malaysia seperti kes Bersih 3.0.
Sayangi Malaysia dengan kekalkan Kerajaan yang sedia ada...
SEPANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berpesan agar jemaah Malaysia tidak bimbang berkenaan tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), sebaliknya menumpukan perhatian terhadap amal ibadat agar dapat melaksanakan segala rukun dan syarat haji serta umrah dengan sempurna.
"Dan juga, sebagai tetamu ALLAH, doa tuan-tuan amat mahal dan mustajab di sisi ALLAH, oleh itu mohon disudikan untuk tuan-tuan mendoakan kesejahteraan dan kemakmuran negara, para pemimpin serta rakyat keseluruhannya," katanya dipetik Bernama hari ini.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada majlis pelepasan jemaah haji 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini, hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Seramai 400 imam, ketua kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dari seluruh negara yang belum pernah mengerjakan ibadat haji diberi peluang menjadi tetamu ALLAH secara percuma melalui program itu kali ini, di mana surat tawaran diserahkan kepada mereka oleh Perdana Menteri pada 27 Ogos lalu.
Ini merupakan kumpulan kedua selepas kumpulan pertama 111 imam dan Pengerusi JKKK menerima tajaan itu tahun lalu.
Pesanan itu memperkuatkan spekulasi bahawa PRU13 kemungkinan besar tidak akan diadakan tahun ini walaupun pemerhati dan penganalisis melihat ia akan dilangsungkan tahun ini.
Kelmarin, Najib selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno membayangkan PRU13 kemungkinan besar hanya akan diadakan tahun depan.
Najib, Pengerusi Barisan Nasional (BN), memberikan nasihat ini ketika spekulasi menyebut bahawa PRU13 akan dipanggil November ini.
Berita penuh klik http://www.sinarharian.com.my/politik/jangan-risau-tarikh-pru-pm-nasihat-jemaah-haji-1.87573
Anwar Ibrahim tersenyum riang dengan sangkaan rakyat tidak tahu beliau naik jet peribadi
Tian Chua dengan pemimpin Pas pro Erdogan aka Anwarinas Ini juga nampak gembira
Zuraidah juga turut sama naik jet peribadi yang tentu berjuta harganya
Inilah jet peribadi yang disiarkan Tian Chua
Baca lanjut di http://www.mykmu.net/?attachment_id=23252 Buka juga video Obama yang menaiki jet peribadi di sini http://www.youtube.com/watch?v=By5WX5Vqqm8&feature=youtube_gdata_player
Jika belum baca kisah bas RM 1.5 juta yang dibeli Khalid Ibrahim sila lihat di sini http://www.penembak-tepat.com/2012/09/bukti-tipu-bas-dua-tingkat-anwaribrahim.html
Sepert biasa pemilihan mahasiswa menentukan Majlis Perwakilan Pelajar akan dimulakan 25 September hadapan walaupun lima IPT sudah menyelesaikannya dengan keputusan seratus peratus dicatat di UiTM.
Seperti biasa juga keputusan ini menjadi petunjuk kepada pilihan rakyat. Kerana rata-rata mahasiswa mempunyai keberangkalian mempengengaruhi ibubapa dan sanak saudara mereka.
Dengan janji yang ditepati sudah tentu mahasiswa akan melihat ia sebagai komitmen berterusan kerajaan terhadap rakyat yang boleh dipegang.
Justeru mereka akan mengundi siapa yang berada di pihak yang menunaikan janji berbanding pihak yang dibayangi puak yang sering mencetuskan kekecohan, melontar tuduhan dan menghasut anak muda turun ke jalan.
Kita yakin mahasiswa yang mempunyai aspirasi merdeka mempunyai kekuatan untuk tetap menolak pihak yang menyokong pembangkang. Dengan kegagalan, kemunduran, penghinaan, ia sudah cukup membuatkan mahasiswa tidak perlu berfikir dua tiga kali lagi tentang hal ini.
Undilah pihak penyokong kebenaran walau anda cuba ditawar wang untuk mengubah pendirian.
Undi anda akan menentukan jatuh bangun negara masa akan datang.
DAP digesa segera memecat Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham seperti yang dilakukan oleh parti tersebut terhadap beberapa ahlinya andai benar ia mengamalkan dasar telus dan adil.
Ini berikutan tindakan Koo Ham yang bertindak keterlaluan dengan mempertikaikan tindakan umat Islam bangkit membantah penyiaran filem menghina Islam, Innocence of Muslims yang dianggapnya hanya membuang masa dan tenaga.
Bekas Pengerusi DAP Cawangan Pantai Sepang, R.Vellasamy mencabar Lembaga Disiplin DAP untuk memecat Koo Ham seperti mana pemecatan yang dihadapinya bersama beberapa ahli lain yang dianggap telah merosakkan nama baik parti kepada masyarakat umum.
"Saya dituduh memalsukan nama pendaftar undi walaupun pada hakikatnya saya cuma bersuara menentang penyelewengan serta mengecam corak kepimpinan parti. Antara alasan yang tertera dalam surat pemecatan saya ialah saya telah memalukan parti selain memburukkan nama parti.
"Apa yang dilakukan oleh Koo Ham adalah jauh lebih teruk kerana mempersoalkan umat Islam di negara ini, sekali gus telah menimbulkan keadaan hura-hara di negara ini. Adalah adil untuk DAP memecat beliau kerana turut merosakkan nama parti kepada umum dengan begitu mudah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas laman Twitter Koo Ham yang didakwa mengeluarkan kenyataan provokasi sebagai reaksi kepada hasrat Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin untuk bergabung dengan Pemuda Pas mengadakan protes terhadap filem itu.
"Khairy mahu umat Islam memprotes Sam Bacile. Ia untuk Islam atau keuntungan politiknya? Adakah umat Islam membuang begitu banyak masa dan tenaga untuk ini?," kata Koo Ham dalam laman sosial tersebut.
Dakwa Vellasamy, DAP berkemungkinan besar tidak akan mengambil sebarang tindakan disiplin terhadap Koo Ham kerana beliau merupakan antara pemimpin kegemaran kepimpinan tertinggi parti berkenaan.
"Walaupun Koo Ham telah merosakkan nama DAP sehingga terpaksa bersoal jawab dengan teman seperjuangan Pas, saya sangat yakin beliau tidak akan diapa-apakan malah mereka akan sedaya upaya cuba tutup kejadian ini dengan segera," katanya.
Sementara itu, bekas Ketua Audit DAP Cawangan Kampung Aman, Seri Kembangan, Yap Kon Min yang dipecat tahun lalu kerana mempersoalkan bagaimana ahli yang didapati muflis boleh dibenarkan mengundi pada konvensyen tahunan parti turut senada dengan Vellasamy.
"Saya cabar DAP untuk pecat Koo Ham jika mereka bersikap adil. Jangan pilih kasih," katanya.
Ada berani ke DAP nak memecat Koo Ham! Sama-samalah kita tunggu dan lihat?
Assabiyah menurut pengertian yang sebenarnya ialah satu sikap ta'asub atau fanatik yang melahirkan sikap ego dan bangga terhadap dirinya, kumpulannya dan keluarganya. Sikap ini menyebabkan seseorang itu sanggup melakukan kezaliman terhadap pihak lain dan sanggup menolak kebenaran dan mengenepikan keadilan.
Sikap ta'asub dan fanatik ini telah wujud dan hidup subur dikalangan masyarakat jahiliah. Oleh kerana sikap inilah mereka hidup berpuak-puak dan bermusuhan antara satu sama lain sepanjang zaman.
Apabila datang Islam sikap ta'asub dan fanatik ini telah dihapuskan dan diganti dengan sikap muhibbah dan kasih sayang sesama manusia untuk mencapai kemajuan, keamanan dan perpaduan sejagat umat Islam (Ukhwah Islamiah). Antara ajaran ajaran Islam untuk menghapuskan sikap ini iaitu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud, Rasullullah SAW bersabda yang bermaksud :-
"Bukan dari golongan kami mereka yang menyeru menghidupkan asobiah dan bukan dari golongan kami mereka yang berperang mempertahankan asobiah dan bukan dari golongan kami mereka yang mati kerana assabiyah".
Oleh kerana perjuangan asobiah itu tidak diakui oleh junjungan besar Nabi kita Muhammad SAW dan ianya bertentangan dengan Islam, maka dalam menghadapi Pilihanraya Umum 1982 PAS telah menggunakan asobiah itu untuk menuduh UMNO.
Tuduhan itu dibuat berdasarkan pentafsiran yang direka oleh PAS bahawa semangat kebangsaan melayu (Nasionalisma Melayu) itu diertikan sebagai asobiah, sedangkan menurut pengertian yang sebenarnya ialah semangat cintakan bangsa dan tanahair, yang mana dalam bahasa Arab disebut "Wathoniah" dan bukan "Asobiah". Rasullulah SAW sendiri cintakan bangsa dan tanahair dan menyeru umat Islam mencintainya sebagaimana hadis yang bermaksud :- "Cintakan watan itu adalah sebahagian dari Iman".
Walau bagaimanapun isu ini tidak lama di perkatakan kerana pemimpin pemimpin PAS telah menyedari kalau pada satu ketika mereka dengan begitu lantang menuduh ahli ahli UMNO kafir disebabkan bekerjasama dengan MCA dan MIC (Parti Bukan Islam) tidak logiknya UMNO dituduh Asobiah, sedangkan asobiah itu adalah suatu sikap taasub yang semata-mata mementingkan bangsanya sahaja, tanpa bersedia untuk bekerjasama dengan bangsa bangsa lain.
Kalau tuduhan itu diteruskan secara berpanjangan, mungkin umat Islam akan menyedari bahawa sebenarnya bukan UMNO parti assabiyah tetapi PAS. Wallahuallam.
Suara Politik Taminsari
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Mymassa membaca dengan teliti artikel di bawah ini, kita tak jelas apakah yang hendak disampaikan oleh penulis ini. Namun mari kita cuba memahaminya:
Pertemuan saya dengan Tun Dr. Mahathir pada bulan lalu adalah rahsia antara saya dengan Tun Dr. Mahathir. Yang perlu saya hebahkan saya hebahkan kebaikan pertemuan itu seperti inihttp://jentayuabaka.blogspot.com/2012/08/eksklusif-bersama-tun-dr-mahathir.html. Hari ini saya mahu menulis mengenai rahsia Putrajaya. Masihkah anda ingat, suatu ketika dahulu, sebuah parti berkata jika mereka memerintah mereka akan "melelong" Putrajaya. Banner melelong Putrajaya dipampang di sekitar KL dan Putrajaya. Mereka bermati-matian berceramah untuk melelong Putrajaya. Hari ini, mereka mmengubah nada kepada "Road To Putrajaya". Hari ini dia sudah menjadi Timbalan Presiden partinya, semakin memudahkan DAP menjayakan The Middle Malaysia dan seterusnya The Chinese Belt. Manakala DAP pula tidak hendak melelong Putrajaya sebaliknya akan menjadikan Putrajaya bahagian mereka dengan sebaik-baiknya. Pada tahun 2008, walaupun Pas bertanding di 66 kerusi Parlimen, mereka hanya mampu memenangi undi rakyat di 23 kawasan sahaja, sebaliknya parti-parti sekular seperti DAP dan PKR menang 28 dan 31 kerusi sebelum satu demi satu keluar menjadi wakil rakyat bebas. Ramai yang melihat Putrajaya hanya sebuah Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan sahaja. Rakyat biasa hanya mengetahui bangunan-bangunan kerajaan sahaja untuk berurusan, Dataran Putra, Masjid Putra, Masjid Besi dan sebagainya. Dari seawal 7.30 pagi sehingga jauh malam, Putrajaya dilawati oleh pelancong dalam dan luar negara. Kerajaan Indonesia turut bercakap di Parlimen mereka supaya mencontohi Malaysia mewujudkan pusat pentadbiran kerajaan mereka. Kita mesti mempertahankan Putrajaya kerana Putrajaya adalah jantung negara. Segalanya di sini, pentadbiran, keindahan dan paling penting keselamatan negara seandainya suatu masa kelak negara kita diserang oleh musuh-musuh negara. Apabila Tun Dr. Mahathir mengisytiharkan Malaysia sebuah negara Islam pada tahun 2003, dan pada masa yang sama Tun Dr. Mahathir mengkritik kekejaman Yahudi dan Israel ke atas Palestin. Maka seluruh warga Yahudi mengecam Tun Dr. Mahathir sebagai anti-semetik (anti-Yahudi/anti Israel). Dalam temubual dengan BBC, moderator BBC telah provok Tun Dr. Mahathir akan hal ini, namun Tun Dr Mahatir menjawab beliau hanya mengemukakan fakta akan kekejaman Israel ke atas Palestin. Dengarkan ini http://www.youtube.com/watch?v=vP-3B5lb0zc Berbalik isu Putrajaya, adakah kamu boleh mempercayai negara Israel? Di Asia Tenggara, Lee Kuan Yew telah menekankan kerisauannya sejak tahun 1965 lagi betapa sukarnya Singapura hidup dikelilingi oleh negara-negara Islam Melayu yakni Malaysia, Indonesia dan Brunei. Sehinggakan, apabila Presiden Habibie memberi warning kepada Singapura, lihat peta dunia, negara kamu hanya satu titik pen merah sahaja, Singapura tidak lagi berani membuli Indonesia. Ini adalah fakta sejarah. Dua Armada Laut Amerika kini sudah berada di Laut China Selatan kononnya isu Spratly. Manakala Singapura memperkuatkan hubungan ketenteraannya dengan negara Israel. Kedutaan Israel di Singapura dan Kedutaan Singapura di Israel membuktikan keakraban mereka. Malah elemen-elemen keselamatan Israel dan Yahudi semuanya bertapak di Singapura khususnya selepas PRU12 (2008). Most of them relocated in Singapore. Saya menulis perkara ini sejak tahun 2008 dan 2009 lagi. Anda boleh search dalam blog saya ini. Baru-baru ini di Kota Bharu semasa bantahan filem hina Nabi Muhammad SAW, MB Kelantan Datuk Nik Aziz memijak-mijak dan membakar replika Shimon Perez dan menyeru rakyat Malaysia memulaukan barangan Yahudi.http://pemuda.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=645:bantah-israel-nik-aziz-bakar-patung-bush-shimon-peres&catid=1:terkini&Itemid=2 Ketua DAP Perak, Ngeh Koo Ham yang begitu lambat memohon maaf kemudiannya masih terus menghentam pemimpin-pemimpin Islam menunjukkan dengan jelas isi hati DAP terhadap Islam. Sama ada Lim Guan Eng, Lim Kit Siang atauKarpal Singh yang anti-Islam kata YB Nasharudin, semua mereka mendiamkan diri dengan membiarkan isu ini tenang dahulu. Apakah umat Islam boleh bertenang dengan penghinaan ke atas Nabi kita? Minggu lalu, saya mendengar ceramah Dr. Zulkifli Muhamad Al-Bakri di Radio IKIM, beliau ternyata amat marah dan dalam isu ini beliau menerangkan bahawa Nabi Muhamad SAW bukanlah manusia biasa yang sebagaimana orang lain faham. Rasulullah SAW adalah kekasih Allah SWT dan kita mesti terkedepan untuk mempertahankan Rasulullah SAW!!!
Jika 50 atau 100 tahun akan datang negara kita diserang, tempat yang mula-mula akan dihancurkan ialah Putrajaya! Ia sama dengan kehancuran Kota Baghdad, Kabul, Tripoli oleh tentera-tentera atau bantuan tentera Amerika. Soalnya ke mana penduduk Putrajaya hendak lari? Lari ke mana, Melaka, Port Dickson atau ke mana? Sebab itu, apabila Lim Guan Eng melawat Singapura tidak berapa lama dahulu, tertulis oleh beberapa pihak kononnya Lim Guan Eng menjanjikan Kem Tentera Port Dickson kepada Singapura kepada mereka. Sama ada benar atau tidak, kita mesti melihat ia satu ancaman besar. Lim Guan Eng seolah-olah mengetahui Putrajaya dan Port Dickson mempunyai sesuatu. Secara peribadi, saya menyeru kita mempertahankan Putrajaya sehingga titisan terakhir! Mengapa? Bagaimana hendak mempertahankan Putrajaya, mudah sahaja, sama ada anda UMNO atau PAS, anda mesti menolak DAP! Dalam ucapan Lee Kuan Yew di Shanghai pada tahun 2004, Lee Kuan Yew mengatakan kemungkinan Singapura menyertai Malaysia adalah besar dengan syarat hapuskan keistimewaan orang Melayu(Islam adalah agama orang Melayu)! Bagaimana hendak menghapuskan ketuanan orang Melayu dan Islam, mudah sahaja hapuskan UMNO dan perkecilkan peranan PAS. Putrajaya adalah pertahanan terakhir negara kita. Tun Dr. Mahathir semasa merangka Putrajaya, sudah memasukkan elemen-elemen keselamatan tahap tertinggi yang hanya diketahui oleh sesetengah pihak sahaja. Generasi baru, orang-orang yang tidak mengetahuinya seperti Mat Sabu boleh berkata dengan mudahnya untuk melelong Putrajaya. Tetapi orang-orang yang mengetahui rahsia Putrajaya seperti Lim Guan Eng saya yakin, dia tidak akan melelong Putrajaya kerana dia tahu apa yang terdapat di Putrajaya! Setakat ini sahaja, saya tidak hendak menulis dengan mendalam dan terperinci, tetapi dari segi politik, semasa PRU13 nanti, saya menyeru anda menolak DAP, sama ada anda UMNO atau PAS! Ancaman dari dalam dan luar negara sedang memusatkan mata mereka ke arah Malaysia! Anda mesti sedari perkara ini. Singapura adalah jiran yang baik tetapi bukanlah yang terbaik, tetapi PAP adalah kawan yang terbaik kepada DAP. Baca seterusnya di http://jentayuabaka.blogspot.com/2012/09/negara-kita-dalam-zon-ancaman-jika.html
PAS cakap sokongan bukan Islam kepada mereka meningkat, kesan daripada 'dakwah' mereka kepada DAP.
Tapi kalau berdasarkan senario di atas, bukan Islam hanya sokong PAS kerana KUASA. Perhimpunan yang PAS buat sendiri pun kena kutuk dengan geng-geng ni.
*Komen yang bawah tu memang tak boleh terima. Apa sal nak salahkan BN kalau yang dalam gambar tu angkat bendera PAS. Nampaknya, golongan macam ni akan menyalahkan BN / UMNO walaupun yang buat tu puak pembangkang.
AES atau nama panjangnya Automated Enforcment System merupakan sistem yang dipasang oleh JPJ untuk menguatkuasakan undang-undang jalan raya.
Menurut akhbar Kosmo, sistem ini akan berkuatkuasa esok.
Klik untuk besarkan imej
Walaupun ada dipaparkan dalam akhbar tersebut, MyMassa akan tampalkan sekali lagi senarai kawasan yang akan diletakkan kamera AES ini serta had laju yang telah ditetapkan. Maklumat ini MyMassa dapat dari laman web JPJ.
Klik untuk besarkan imej
Jadi kepada sesiapa yang mempunyai GPS, anda boleh tandakan kedudukan kamera ini berdasarkan koordinat yang diberi.
MyMassa pun tak berapa faham mengenai sistem AES ini. Jadi MyMassa kongsikan FAQ mengenai sistem ini yang didapati dari laman web JPJ (http://portal.jpj.gov.my) untuk memudahkan MyMassa dan pembaca sekalian memahaminya.
FAQ – AUTOMATED ENFORCEMENT SYSTEM (AES) 1. Apakah AES?
Penguatkuasaan secara automatik iaitu kesinambungan daripada Pelan Keselamatan Jalan Raya 2006-2010.
Usaha berterusan aktivis keselamatan jalanraya (JPJ, PDRM, JKJR, MIROS, JKR) memberi tumpuan kepada 4E (Engineering, Enforcement, Education and Environment).
Perlu adaptasi sistem penguatkuasaan yang mapan (sustainable) dalam terus kekal mengubah sikap pemanduan tanpa mengira kadar pertambahan kenderaan, pemandu atau kekangan penguatkuasaan.
Pendekatan kepada system based approach yang mampu mengubah sikap pemanduan rakyat Malaysia.
Satu sistem pengesanan dan merakam secara automatik kesalahan lalu lintas menggunakan alat pengesan yang dipasang di atas jalan dan perakam imej kesalahan menggunakan kamera (gambar dan video).
2. Kenapa Perlu AES?
Penguatkuasaan kesalahan lalulintas secara elektronik adalah salah satu daripada kaedah penguatkuasaan.
AES adalah pemboleh (enabler) yang merangkumi (embody) semua usaha ke arah mencapai sasaran Pelan Keselamatan Jalanraya 2006-2010 dalam mengurangkan kematian akibat kemalangan.
Adaptasi sistem penguatkuasaan yang mapan (sustainable) dalam terus kekal mengubah sikap pemanduan tanpa mengira kadar pertambahan kenderaan, pemandu atau kekangan penguatkuasaan.
AES mampu mengubah sikap, tingkah laku (behaviour) dan budaya pemanduan melalui penguatkuasaan:
o 24 jam o Tidak bermusim o Tiada campur tangan manusia
Meningkatkan tahap PERCEPTION OF BEING CAUGHT (POBC) di kalangan pengguna jalanraya. (Pada hari biasa 25%, meningkat ke 50% di musin perayaan semasa Ops SIKAP berbanding di negara maju – 80% hingga 90%).
Penyelesaian kepada kos rawatan dan pemulihan kawasan sering berlaku kemalangan yang jumlahnya lebih 800 (blackspot) di seluruh Negara yang amat tinggi dan memakan masa yang lama.
3. Bagaimana AES berfungsi?
AES berupaya mengesan dan merakam secara automatik sebaik sahaja mana-mana kesalahan lalulintas di lakukan di kawasan sering berlaku kemalangan sahaja.
Pelaksanaan AES meliputi kesalahan:
o Tidak mematuhi lampu isyarat o Memandu melebihi had laju
Maklumat kesalahan ini kemudiannya dihantar secara real time online ke Pusat Kawalan AES (Control Center). Maklumat diproses bagi mengenal pasti pemandu/pemilik kenderaan berdasarkan kepada maklumat pemilik/pemandu yang terdapat dalam pangkalan data JPJ.
Saman akan dikeluarkan secara automatik dan dihantar melalui pos kepada Orang Kena Saman (OKS).
Sistem juga secara automatik menghantar maklumat kes ke mahkamah untuk tujuan perbicaraan jika OKS memilih untuk gagal membayar kompaun atau dibicarakan.
4. Apakah kelebihan penguatkuasaan kesalahan lalulintas melalui AES berbanding kaedah sedia ada?
Meningkatkan keberkesanan tindakan penguatkuasaan melalui pengesanan (detection) dan pengeluaran saman secara telus, tepat dan berterusan.Tidak perlu anggota penguatkuasa merakam kesalahan secara manual di tepi jalan setiap masa.
Sistem penguatkuasaan yang selamat, kerahsiaan, integriti dan kesediaan (24 jam). Mampu beroperasi 24X 7 X 360 siang dan malam dalam semua keadaan cuaca.
Tanpa campur tangan manusia. Ini akan meningkatkan integriti penguatkuasaan (tidak bermusim, tiada interaktif dengan pesalah dan unsur rasuah di tepi jalan).
Mampu mengesan kesalahan yang dilakukan oleh kenderaan persendirian, komersial dan kenderaan pengangkutan awam.
Tentusah ukur (Calibration) bagi setiap peralatan pengesanan dan perakam imej kesalahan dibuat mengikut Akta pengukuran Kebangsaan 2007 agar kesalahan menjadi kes prima facie.
Penghantaran data/gambar sukar diceroboh (encryption) kerana dihantar secara automatik setelah kesalahan dikesan.
AES secara langsung menjadi pencetus bagi tujuan mengajar/membentuk pemandu agar sentiasa mematuhi peraturan lalulintas jalan.
Struktur sistem direkabentuk agar tindakan undang-undang tidak boleh disangkal atau dipertikai di mahkamah oleh pesalah. Memudahkan proses pendakwaan melalui penyediaan bahan bukti yang boleh diterima mahkamah (Control Centre di link ke semua Mahkamah Trafik melalui IT).
Tidak akan menyebabkan kesesakan lalulintas.
AES boleh digunakan untuk menguatkuasakan kesalahan-kesalahan lain di masa akan datang seperti:-
i. Memotong di garisan berkembar; ii. Memotong di sebelah kiri jalan; iii. Lebih Muatan; iv. Potong barisan; v. Sekatan ke atas kenderaan berat yang memasuki kawasan bandar; vi. Penguatkuasaan laluan bas.
5. Apakah AES berkesan dalam mengurangkan kadar kemalangan jalanraya?
Sistem penguatkuasaan elektronik telah dilaksanakan di 90 negara lain di seluruh dunia.
Di Asia Tenggara, Thailand dan Vietnam telah mlaksanakan system digital traffic enforcement system.
Contoh keberkesanan AES di Negara-negara lain:
i. PERANCIS - Di Perancis kadar kematian turun 27% dalam tempoh 3 tahun sejak penggunaan sistem penguatkuasaan automatik. ii. JERMAN - Di lokasi yang dipasang, penurunan kelajuan telah menjadi budaya di kawasan dipasang sistem AES (penurunan kelajuan kenderaan dan pematuhan sebanyak 80% di mana kamera pengesan kelajuan dipasang). iii. KUWAIT - Kemalangan menurun 48%. iv. UNITED KINGDOM - Kadar pelanggaran peraturan trafik menurun pada kadar 6% daripada jumlah kenderaan berdaftar.
6. Jikalau AES begitu efektif, tidakkah sistem ini tidak lagi diperlukan pada masa hadapan?
Kalau AES begitu efektif, jumlah saman akan menurun namun begitu masih perlu diambilkira:
o 9% pengguna jalanraya adalah yang tegar melakukan kesalahan (habitual offender). o Volume kenderaan bertambah pada kadar 10% setiap tahun. o Jumlah pemegang lesen bertambah. o Kilometer jalanraya bertambah.
o Lokasi blackspot juga akan berubah jika kerja-kerja pembaikan dibuat di kawasan tersebut. o Isu yang penting adalah bukan jumlah saman dikeluarkan tapi perlu penyelesaian terhadap saman yang tidak diselesaikan.
7. Agensi manakah yang akan bertanggungjawab terhadap pelaksanaan AES?
Kementerian Pengangkutan Malaysia merupakan tuanpunya (owner) kepada AES.
Agensi-agensi di bawah Kementerian Pengangkutan adalah terlibat secara langsung dalam pelaksanaan AES:
o JPJ bertanggungjawab melaksanakan AES secara langsung dan merupakan end user kepada sistem AES. o MIROS bertanggungjawab dalam penentuan lokasi pemasangan kamera daripada blackspot (kawasan sering berlaku kemalangan) dan kajian keberkesanan AES. o JKJR bertanggungjawab dalam advokasi dan kempen kesedaran jalanraya mengenai AES.
8. Apakah peranan PDRM di dalam AES?
PDRM akan menggunakan AES untuk mengesan jenayah dan tugas-tugas trafik.
Control Centre AES mempunyai Bilik Kawalan PDRM dan JPJ.
Mobile unit AES akan dikendalikan PDRM dan JPJ.
9. Apakah asas penentuan lokasi pemasangan kamera?
Penentuan lokasi pemasangan kamera bagi sistem AES dilaksanakan oleh MIROS dengan bantuan JPJ, PDRM dan JKJR.
Maklumat asas yang digunakan adalah berdasarkan dari laporan kemalangan PDRM (Pol.27).
Data daripada maklumat laporan ini dianalisa oleh pihak MIROS bagi mengenalpasti koordinat kawasan lokasi-lokasi kemalangan. Seterusnya lokasi-lokasi tersebut diberi markah (ranking) mengikut kes-kes kemalangan. Kes kemalangan diberikan markah mengikut susunan tinggi ke rendah – kes kemalangan, cedera parah, cedera ringan dan kemalangan kecil. Lokasi yang mengumpul markah tertinggi diberi keutamaan untuk pemasangan kamera AES. Lokasi-lokasi juga dibuat sah.
10. Berapa bilangan kamera yang akan dipasang?
Jumlah kamera speeding 566 buah.
Jumlah kamera traffic light 265 buah.
Jumlah keseluruhan kamera 831 buah.
Mobile kamera (30%) 250 unit – operasi kamera-kamera mudah alih adalah bagi kawasan-kawasan kemalangan yang tiada infrastruktur (bekalan elektrik, liputan komunikasi dan sebagainya) untuk di pasang kamera statik.
11. Adakah rakyat akan marah dengan tindakan kerajaan melaksanakan AES?
Risiko kepada pelaksanaan sistem AES adalah 'public outcry' kerana sistem secara drastik akan mengubah sikap pemanduan dalam masa yang singkat. Namun begitu rakyat mempunyai pilihan untuk tidak melanggar undang-undang.
AES akan dilaksanakan secara berperingkat. Dijangka siap sepenuhnya 100% dalam tempoh 18 bulan dari ianya mula dilaksanakan. Tempoh ini adalah cukup bagi kerajaan melaksanakan program kesedaran dan advokasi.
Program advokasi adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Keselamaatn Jalan Raya (JKJR) bagi memastikan pemahaman dan penerimaan rakyat terhadap pematuhan undang-undang jalanraya, tanggungjawab menyelesaikan kes kesalahan trafik dan kesedaran keselamatan jalanraya.
Lokasi pemasangan kamera tetap AES bukan rahsia tetapi diwar-warkan sebagai peringatan kepada pengguna jalanraya. Papantanda amaran akan dipasang sebelum pengguna jalanraya menempuh kawasan yang dilengkapi kamera AES.
12. Bagaimanakan fizikal kamera AES?
Kamera statik
Vehicle Mounted Mobile Unit
Stand alone mobile unit
13. Bagaimankah contoh output AES?
Mohon disebarkan maklumat ini kepada rakan-rakan. Kalau boleh, elakkan daripada kena speedtrap AES ni sebab kedudukan kamera tu pun dah bagi tau awal-awal lagi. *Sebar-sebarkan....
Soalan teka teki ke-2 dari MyMassa, apakah perbezaan antara kedua-duanya? *Jawapan teka teki ini akan diletakkan di ruang komen malam ini. Yang nak try jawab, sila jawab di ruang komen.
MyMassa mohon pembaca perhatikan betul-betul dokumen ini.
Ini adalah dokumen CF untuk bangunan UNISEL.
Jika benar UNISEL telah mendapat CF dari Majis Daerah, kenapa Menteri Besar Selangor keluarkan kenyataan ini?
Ini zaman teknologi maklumat. Tak payah nak tunggu pilihan raya baru nak kantoikan MB Selangor.
Blog DS Noh Omar sendiri ada penjelasan mengenai perkara ini di sini (sumber).
Dan lebih menyedihkan, MB Selangor menggunakan alasan tiada CF untuk mengelak dari membayar hutang kepada Jana Niaga Sdn Bhd, sebuah syarikat bumiputera. Sedangkan hutang kepada syarikat Cina macam TALAM Corp yang sampai beratus juta ringgit, boleh pulak Kerajaan PKR Selangor bayar. Adakah polisi Kerajaan PKR Selangor lebihkah orang Cina dan menindas bangsa Melayu? *Tahniah DS Noh Omar kerana memberikan fakta yang sebenar dalam kes UNISEL. Bukan macam pembangkang yang cakap tanpa bukti.
You are subscribed to email updates from MyMassa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman dinasihatkan supaya lebih berhati-hati kerana beberapa pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri berkenaan dipercayai berkomplot untuk menjatuhkan beliau.
Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, kumpulan tersebut kurang senang dengan pencalonan Mansor untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada Mei 2009.
Menurut beliau, Mansor juga kurang disenangi oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng selepas mengetahui Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti itu menggelarnya sebagai sombong, angkuh dan dianggap tokong oleh masyarakat Cina.
''Persoalan yang timbul ialah bagaimana Guan Eng memperolehi maklumat yang terkandung dalam minit mesyuarat strategik PKR pada Mac lalu?
''Mungkin ada dalam kalangan pemimpin kanan PKR Pulau Pinang sendiri menyampaikan maklumat berkenaan kepada Guan Eng sebagai satu cara untuk menghancurkan kerjaya politik Mansor," katanya di sini hari ini.
Zamil memberitahu, gerakan menjatuhkan Mansor bermula sebaik sahaja Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan namanya bertanding untuk mempertahankan kerusi parti berkenaan di DUN Penanti.
''Pimpinan PKR Pulau Pinang berpandangan ada calon lain dari negeri itu yang lebih layak daripada Mansor, namun mereka terpaksa akur dengan keputusan Anwar," ujarnya.
Beliau turut mendakwa Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim tahu tentang komplot tersebut kerana pada masa itu, beliau masih memegang jawatan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Pulau Pinang.
Penang Wasabi..
You are subscribed to email updates from PenangWasabi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Tok yakin PAS akan menerima kekalahan teruk pada PRU 13 nanti. Dari kacamata umat Islam, image PAS nampak semakin bertambah buruk setelah bergabung bersama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat. Pemimpin2 PAS sedar hakikat bahawa mereka semakin hilang sokongan dari umat Islam.
Semakin hari semakin terserlah ketidak serasian nya PAS bersama DAP dan PKR di dalam Pakatan Rakyat. Bila DAP kata begini, PAS akan kata begitu, PKR pula tak akan kata apa2. Parti2 dalam Pakatan Rakyat ini tidak pernah sebulu dalam semua hal.
PAS jangan lupa harapan dan cita2 penyokong nya yang mahukan negara Islam. Mampu kah PAS memujuk dan melembutkan hati DAP sehingga mahu menyokong cita PAS untuk ujudkan negara Islam? Tok rasa ini satu perkara yang mustahil.
Tok kata perkara negara Islam PAS tidak akan terjadi kerana PKR tidak pernah bersuara untuk menyokong cita2 PAS itu. Perkara untuk mengujudkan negara Islam oleh PAS tidak pernah mendapat sokongan dari DAP dan PKR. Mampukah PAS mengujudkan negara Islam nya tanpa mendapat sokongan dari DAP dan PKR?
Perjuangan PAS sudah tersasar jauh dari perjuangan asal nya iaitu memperjuangkan Islam dan mengujudkan pemerintahan cara Islam. Penyokong2 PAS sedar hakikat ini, mereka sedar perjuangan PAS adalah satu perjuangan yang sia2. Hari ini perjuangan PAS hanya untuk mengisi perut anak bini dan keluarga pemimpin2 PAS sahaja.
PAS pasti akan kecundang pada PRU 13 akan datang ini..............
You are subscribed to email updates from tok gajah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Kata orang Karpal Singh peguam hebat,pandai spin dan berhujah didalam mahkamah.Tak sangka rupanya dalam usaha nak menyelamatkan imej Guan Eng dia beri alasan yang membuatkan seluruh rakyat Pulau Pinang kelihatan serupa orang bodoh berotakan selut.
Dalam ramai ramai pemimpin DAP Pulau Pinang,reject dari Melaka dijadikan Ketua Menteri alasannya cukup mudah diberi oleh Karpal,rupanya hanya kerana Kit Siang ada rumah di Pulau Pinang maka Guan Eng berhak dijadikan Ketua Menteri secara otomatik menolak hak pemimpin DAP anak negeri Pulau Pinang.
Sebenarnya rungutan pemimpin DAP Pulau Pinang bermula sebaik saja kemenangan pakatan apabila Guan Eng melantik diri sendiri sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang pada ketika saat itu Chow Kon Yeow sudah menyiapkan teks ucapannya sebagai Ketua Menteri.Perkara ini turut disahkan oleh Adun Bagan Jermal Lee Hock Seng dan Tan Beng Huat Jawi dihadapan para penyokong DAP.
Di depan wartawan diumumkan beliau adalah Ketua Menteri membuatkan barisan pemimpin DAP Pulau Pinang yang lain terkedu terkejut tak terkata apa pada waktu itu. Maka bermulalah episod apek reject dari Melaka menjadi ketua menteri paling celaka dalam sejarah regim negeri Pulau Pinang.
Dalam perkembangan lain, Karpal Singh berkata jawatan ketua menteri Pulau Pinang tidak semestinya hanya boleh disandang seseorang yang dilahirkan di negeri ini seperti yang didakwa bekas naib presiden DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim. "Lim Kit Siang mempunyai hubungan dengan pulau Pinang sejak sekian lama. Keluarga Lim mempunyai kediaman di sini. Memanglah Lim Guan Eng dilahirkan di Batu Pahat, tapi hubungan yang ada antara beliau dengan Pulau Pinang sudah memadai untuk menjadikan beliau pilihan yang betul untuk menjadi ketua menteri," katanya. Semalam, Tunku Aziz berkata ketua menteri Pulau Pinang sepatutnya adalah anak tempatan, bukan ahli politik yang dibawa dengan payung terjun ke negeri ini dari tempat lain dan sehubungan itu, beliau mencadangkan agar pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow dipilih sebagai ketua menteri. Mengenai komen Tunku Aziz bahawa pengerusi DAP kebangsaan itu kadangkala diketepikan, Karpal berkata beliau menghormati pandangan itu, walaupun ia tidak tepat dan tidak berasas. "Dalam DAP, berbeza dengan parti lain, setiausaha agunglah yang paling penting, tapi ini tidak bermakna pengerusi diketepikan," katanya. -BERNAMA
DAP hari ini anggap isu Ngeh menghina umat Islam sudah selesai dan tak perlu diungkitkan lagi Memandangkan Ngeh sudah meminta maaf maka pihak pimpinan DAP berpendapat pihak yang berkepentingan telah mempolitikkan kenyataan Ngeh terlalu beremosi dan keterlaluan politiking.
Kesemua pimpinan DAP berasakan perasaan umat Islam cukup dengan sekadar meminta maaf. Malah mereka turut mendapat bantuan daripada PAS dan PKR untuk memulihkan imej Ngeh dan DAP.
Umat Islam dilihat sebagai terlalu beremosi dan tidak boleh mengawal perasaan apabila ditegur oleh pimpinan DAP. Dalam satu mesyuarat di Perak PAS bertemu dengan Ngeh, PAS bersetuju dan menerima penjelasan Ngeh dan memaafkan beliau.Semudah itu dimaafkan...?
Justeru yang turun berdemo dan membantah mengenai penghinaan terhadap Islam dan Rasullulah SAW sebenarnya lebih banyak membuang masa dan tenaga bertambah bodohnya apabila PAS Perak sendiri bersetuju kenyataan Ngeh.
DAP berpendapat Ngeh tidak melakukan kesalahan apa apa maka tidak perlu diambil ditindakan displin.Ini mencerminkan DAP keseluruhannya bersetuju dengan kenyataan Ngeh yang sememangnya umat Islam Malaysia membuat kerja tak berfaedah turun berdemo.
Pisau kata " Tu la korang..pi turun berdemo buat apa..emo sangat.. cuba dengar cakap DAP ..boleh tak!"
AIDC – Pengibaran bendera merah putih, Sang Saka Malaya pada malam ambang kemerdekaan dan Hari Malaysia signifikan kepada sesetengah pihak, sekurang-kurangnya sebagai mercu tanda kebangkitan semula kumpulan sosialis di Malaysia.
Penganjur Sang Saka 2012 adalah individu yang sama yang terlibat dalam Kelab Sosialis Universiti Malaya sekitar awal tahun 70-an.
Individu itu adalah Hishamuddin Rais atau Isham Rais.
Isham Rais, aktivis pelajar, Kelab Sosialis UM 1974
Mohd Shuhaimi Al Maniri dalam bukunya, "Di Sebalik Tabir Politik Kampus", Pustaka Generasi Baru, 1994 memperkenalkan Isham Rais sebagai Setiausaha Agung PMUM (Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya) pada tahun 1974, aktivis pelajar yang melarikan diri ke luar negara kerana bimbang ditahan ISA.
Isham hanya kembali semula ke Malaysia pada 18 November 1994, ketika Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Isham pula disokong kuat oleh anak muda berumur sekitar akhir 20-an, Najwan Halimi, pegawai Anwar untuk tugas sebagai Penasihat Ekonomi Selangor.
Sang Saka Malaya
bendera Sang Saka Malaya
Najwan yang juga Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) pula mengaku dirinya sebagai pencipta bendera Sang Saka pada tahun 2007.
Dari zaman pelajarnya di Uniten, Najwan sudah dikader di institut badan pemikir Anwar, IKD (Institut Kajian Dasar) di bawah kelolaan Khalid Jaafar, maka tidak hairan jika dia mendakwa sebagai pencipta bendera Sang Saka dan pengasas serta pengarah Akademi Pak Sako, sebuah akademi yang memperjuangkan ideologi Pak Sako iaitu nama sebenar kepada Ishak Haji Muhammad. Barangkali idea asal Sang Saka bukan dari pemikirannya sendiri, tetapi hasil brainwash idea dalam badan pemikir Anwar.
Prof Datuk Dr Ramlah Adam dalam bukunya "Sumbanganmu Dikenang", DBP, 2002 mencatatkan Ishak Haji Muhammad (14 November 1909 – 7 November 1991) adalah bekas Presiden Parti Buruh Malaya.
Bendera Parti Buruh
Pada tahun 1958, Parti Buruh pimpinan Ishak telah mengadakan kerjasama dengan Parti Rakyat pimpinan Ahmad Boestamam bagi membentuk satu barisan sosialis yang dinamakan Malayan Socialist Front (MSF).
"Kerjasama ini juga bertujuan untuk mencairkan perasaan perkauman yang menguasai kedua-dua parti. Parti Rakyat adalah parti yang dikuasai oleh orang Melayu, manakala Parti Buruh pula dikuasai oleh orang Cina dan India.
"MSF berjaya memenangi lapan kerusi Parlimen dan enam belas kerusi negeri (dalam Pilihan Raya Umum Tanah Melayu 1959)..Namun Ishak gagal memenangi kerusi Parlimen Temerloh yang ditandinginya (sedangkan) Ahmad Boestamam memenangi kerusi Setapak dan Dr Burhanuddin telah memenangi kerusi Besut," kata pakar sejarah Malaysia itu.
Menurut Ramlah kekalahan Ishak berpunca dari penolakan orang Melayu terhadap Parti Buruh yang dilihat sebagai jelmaan parti Komunis.
"Tindakannya memimpin parti Buruh tidak digemari mereka (orang Melayu). Tambahan pula label 'komunis' yang digunakan oleh UMNO dan kerajaan Perikatan kepada MSF telah disebar seluas-luasnya dan menakutkan orang Melayu.
"Kegiatannya dalam politik menjadi lembab kerana gabungan MSF juga akhirnya menghadapi masalah kepimpinan dan dasar perjuangan. Ahmad Boestamam yang menjadi Ketua MSF di Parlimen dan parti, bertelingkah dengan kehendak Parti Buruh yang mahu bahasa Cina didaulatkan sebagai bahasa kebangsaan.
"Sedangkan Ahmad Boestamam yang juga pemimpin Parti Rakyat lebih suka bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan ia juga merupakan asas dasar pelajaran negara, seperti yang dibuat oleh Penyata Rahman Talib tahun 1962.
"Perselisihan pendapat ini menyebabkan Ahmad Boestamam meletakkan jawatan sebagai Ketua MSF di Parlimen. Ishak sebagai Ketua Parti Buruh tidak dapat berbuat apa-apa kerana beliau melihat kebenaran pendapat dan pegangan Ahmad Boestamam.
Bendera Parti Rakyat
"Namun sebagai pemimpinnya, beliau secara teknikal tidak patut menyokong Ahmad Boestamam. Ishak mengambil sikap berkecuali dalam soal ini. Akibatnya, beliau dipandang serong oleh pucuk pimpinan Parti Rakyat dan orang Melayu umumnya," katanya lagi.
Menurutnya, warna merah putih yang dinamakan Sang Saka itu adalah bendera yang digunakan kumpulan yang menyokong pembentukan Indonesia Raya dan sentimennya dibawa pertama kali ke Tanah Melayu oleh Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada 1938 pimpinan Ibrahim Yaakob.
"Perkara yang diperjuangkan kumpulan KMM ini adalah memerdekakan Tanah Melayu, tetapi dengan cara bergabung dengan Republik Indonesia Raya atau Melayu Raya.
"Namun majoriti orang Melayu di Tanah Melayu ketika itu tidak bersetuju perjuangan mereka kerana orang Melayu mendukung institusi Raja-Raja Melayu dan Islam, kerana itu majoriti memilih perjuangan Umno," katanya.
Tambahnya lagi, selepas KMM diharamkan, ideologi itu dibawa pula Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin oleh Mokhtaruddin Lasso, Dr Burhanuddin Helmi dan Ahmad Boestamam.
"Mereka menggunakan bendera Sang Saka ini dalam ceramah mereka, namun perjuangan mereka ini ditolak majoriti rakyat Tanah Melayu, tetapi saki baki pendukung ideologi itu hari ini cuba menghidupkannya semula," katanya.
Bendera Parti Komunis Malaya
Wikipedia Ahmad Boestamam menyebut karier politik tokoh itu bermula dengan menyertai KMM sebagai Penolong Setiausaha yang kemudiannya menubuhkan Gerakan Kiri Tanah Air (KITA) dengan bekerjasama dengan Parti Komunis Malaya (PKM) dan British untuk memerangi tentera Jepun.
Selepas itu Ahmad Boestamam menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pada tahun 1945 juga mendapat bantuan PKM.
"Ahmad Boestamam membenarkan PKM mempengaruhi PKMM. Ini bukan sahaja kerana pentadbiran Tanah Melayu berada di bawah penguasaan PKM, tetapi juga kerana bantuan kewangan dan pengurusan surat khabarnya, Suara Rakyat dan Voice of the People dipegang oleh PKM.
"Teraju utama, iaitu Presiden PKMM juga dikuasai oleh PKM, melalui Mokhtaruddin Lasso, seorang pelarian politik Parti Komunis Indonesia (PKI) yang menjadi ketua orang Melayu Regimen ke-10 MPAJA.
"Akhirnya, PKM menentukan dasar politik PKMM. Dasar politik untuk melindungi dan berjuang bagi mewujudkan perasaan kebangsaan, memajukan ekonomi, pelajaran dan keadilan bagi masyarakat Melayu telah diubah oleh PKM. PKM juga telah meletakkan satu dasar yang penting yang melambangkan pembentukan sebuah bangsa "Malayan", sesuai dengan dasarnya mewujudkan Barisan Bersatu Malayan pada masa depan.
"Dengan itu, dasar PKMM tidak lagi bersifat Melayu seratus peratus. Ia telah disesuaikan dengan cita-cita PKM," lapor wikipedia itu.
Pada tahun 1955, Ahmad Boestamam menubuhkan Parti Rakyat yang kekal hingga ke hari ini sebagai PRM (Parti Rakyat Malaysia).
Kelab Sosialis & 13 Mei
Menurut Loh Kah Seng, 'University of Malaya Socialist Club' (Kelab Sosialis Universiti Malaya) ditubuhkan pada tahun 1953 di Singapura, hasil cadangan James Puthucheary bersama Dollah Majid kepada Naib Canselor Sydney Caine.
Aktivis-aktivisnya terdiri daripada James Puthucheary, Lam Khuan Kit, M K Rajakumar, Poh Soo Kai, Kwa Boo Sun dan wikipedia menambah beberapa nama lain lagi termasuk Syed Husin Ali dan Kassim Ahmad.
Apabila UM berpindah ke Kuala Lumpur pada 1962, Kelab Sosialis yang pernah wujud di Singapura dihidupkan semula di Malaya.
"Hanya Kelab Sosialis mengekalkan autonomi. Pada tahun 1967 juga, beberapa badan pelajar diketuai oleh individu progresif seperti Syed Hamid Ali, yang Menjadi Ketua Setiausaha PMUM, dan Sanusi Osman, yang Menjadi Presiden PBMUM (Persatuan Bahasa Melayu UM). Kedua-dua mereka ahli Kelab Sosialis," lapor Hassan Karim dalam rencananya bertajuk "The Student Movement In Malaysia, 1967 – 74"
Syed Hamid Ali dalam memperingati kematian salah seorang pengasas Kelab Sosialis, Dr M K Rajakumar berkata beliau mengenali mendiang melalui abangnya, Syed Husin Ali.
Selepas tamat belajar di UM, Syed Hamid dilaporkan thenutgraph.com menyertai Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) sehingga dilantik menjadi Setiausaha Agung parti itu.
PSRM adalah nama baru kepada PRM yang dilakukan oleh Presiden barunya, Kassim Ahmad memasukkan perkataan 'sosialis' ke dalam parti itu sebagai satu strategi untuk menarik minat keahlian.
Manakala Kelab Sosialis diteruskan pula oleh Isham Rais.
"Ketika saya memasuki UM pada tahun 1971, saya telah memutuskan untuk terlibat dalam PMUM dan Kelab Sosialis.
"Kami juga telah mengadakan perbincangan dan forum bersama dengan tokoh kumpulan berhaluan kiri. Kami menjemput Kassim Ahmad dan beberapa pemimpin kiri lain tetapi kami tidak menemui petunjuk sebenar tentang selok-belok ajaran Marxist," kata Isham kepada thestar.
Thenutgraph.com meyebut Isham Rais adalah Ketua Kelab Sosialis dari tahun 1971 hingga 1974. Bekas Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj ketika menulis buku bertajuk "Sebelum dan Selepas 13 Mei", terbitan Utusan Melayu Sdn. Bhd. Kuala Lumpur, 1969 berkata provokasi Komunis yang melampau merupakan faktor tercetusnya peristiwa hitam negara, 13 Mei 1969.
Menurut Tunku, pengaruh Komunis telah menyerap masuk ke dalam Parti Buruh dan membangkitkan sentimen kebencian melalui satu perarakan seorang pemuda Cina yang mati terbunuh yang dinobatkan sebagai 'Pahlawan Merah'.
Anasir Komunis melakukan provokasi melampau itu bertujuan untuk menjayakan agenda mereka untuk memulau Pilihan Raya Umum 1969 bagi mengagalkan Malaysia diiktiraf sebagai sebuah negara bebas, makmur dan merdeka.
Syed Hamid Ali, ketua Kelab Sosialis 1969
Tunku memetik kenyataan Pegawai Polis Kuala Lumpur, Encik Abu Bakar bin Abdul Aziz, yang menyebut beliau telah didatangi oleh tiga individu iaitu Yap Kau, Tan Siew Eng dan Syed Hamid Ali pada 8 Mei 1969 untuk meminta kebenaran mengadakan perarakan mayat 'pahlawan merah' di sekitar ibu kota.
Syed Hamid, Ketua Kelab Sosialis UM diperkenalkan sebagai salah seorang Ahli Jawatankuasa Penyelenggara yang menjaga hal ehwal perarakan mayat itu.
"Yap Kau yang disebut dalam kenyataan Encik Abu Bakar itu ialah ahli Jawatankuasa Parti Buruh Cawangan Kepong. Miss Tan Siew Eng ialah Naib Pengerusi Parti Buruh (cawangan Kepong). Orang Melayu yang memperkenalkan dirinya sebagai Syed Hamid ialah Syed Hamid bin Ali, Yang Dipertua Persatuan Penuntut-penuntut Universiti Malaya.
"Daripada kenyataan itu dan ketiga-tiga orang tersebut, maka nyatalah bahawa perarakan mayat itu telah diambil alih dari keluarga si mati oleh anasir-anasir politik yang mempunyai tujuan jahat supaya peluang itu dapat digunakan untuk membangkitkan ancaman politik yang berpanjangan," kata Tunku. PRM bercantum dengan Keadilan bentuk PKR
Dr Syed Husin Ali dalam bukunya, "Memoir Perjuangan Politik Syed Husin Ali", SIRD, 2012 menyebut ketika beliau mengetuai parti, nama PSRM ditukar kembali kepada PRM.
Bendera Parti Sosialis Malaysia
Menurutnya, pemansuhan perkataan 'sosialis' itu ditentang oleh sekumpulan ahli yang diketuai oleh Dr. Mohd Nasir Hashim yang seterusnya bertindak keluar parti dan menubuhkan parti baru dinamakan PSM (Parti Sosialis Malaysia).
Dr Nasir dan beberapa aktivis PSM termasuk S. Arutchelvam, E. Nalini dan Cynthia Gabriel merupakan antara tenaga penggerak SUARAM.
Selepas Pilihan Raya Umum ke-10 pada tahun 1999, Dr Syed Husin mendakwa menerima surat dari penjara yang ditulis oleh Anwar Ibrahim yang memintanya agar mengusahakan percantuman di antara Parti Keadilan Nasional (PKN) dengan PRM.
"Ramai pemimpin utama PRM, misalnya Sanusi (Setiausaha Agung), Razak Ahmad (Timbalan Presiden), Rustam (Ketua Penerangan) dan aku sendiri menyokong kaedah percantuman ini. Penentangan terkuat sekali ialah daripada Koh Siew Yong (Bendahari).
"Mengenai Hassan Karim (Naib Presiden) pula, pendiriannya tidak begitu tetap, kerana beliau berbelah bagi tentang soal menutup parti untuk melaksanakan percantuman itu," kata Syed Husin. Menurutnya, oleh kerana proses percantuman itu lambat, Anwar menerusi Wan Azizah dan Sivarasa telah meminta agar disegerakan.
Surat Anwar
Dalam sepucuk surat ringkas, Anwar menulis;
"Saya turut mendapat maklumat daripada sdr Sivarasa dan tidak dapat mengelak dari mengeluh dan merasa kecewa dengan tahap kemajuan rundingan..Rundingan khusus PRM-Keadilan saya kira wajar diteruskan.
"Kita kini di peringkat akhir pembentukan Barisan Alternatif yang mantap. Agak malang sekali andaikata muafakat tsb berkecai semata-mata kerana terpaksa tunduk kepada tekanan berberapa aktivis yang menggugat!"
Menurutnya, Isham Rais dan Tian Chua yang berada di penjara Kamunting juga turut mengirim surat mengesanya agar dipercepatkan percantuman.
"Apakah boleh dipercepat merger ? Jika telah bergabung dan mereka meninggalkan Keadilan tidak punya impak – dan Anwar akan 'segan' juga untuk kembali ke UMNO – tapi jika tidak, ura2 pulang ke UMNO semakin kuat," tulis Isham.
Di kalangan parti Keadilan, kata Syed Husin, individu yang kuat menentang percantuman ini adalah Roslan Kassim.
"Dari mula dipersetujui supaya nama parti selepas percantuman ialah Parti Keadilan Rakyat (tanpa Malaysia)..berhubung dengan dasar atau matlamat perjuangan parti, aku dengan bantuan Latheffa dan pandangan beberapa orang ahli Jawatankuasa Perunding dari PRM telah merumuskan deraf 17 perkara.
"Jawatankuasa Perunding Bersama telah membincangkannya dan menerima draf yang dikemukakan oleh PRM ini, setelah dibuat beberapa pindaan kecil oleh pihak Keadilan. Kami gembira kerana draf 17 perkara ini diterima dengan agak mudah dan akhirnya dirakamkan dalam fasal berkaitan Dasar Perjuangan dalam perlembagaan parti.
bendera PKR
"Mengenai bendera atau lambang parti, kami dari PRM mahu agar warna merah dimasukkan ke dalam bendera Keadilan yang sedia ada. Akan tetapi aku diberitahu beberapa orang pemimpin Keadilan terutama Roslan Kassim yang merupakan minoriti menentang kuat.
"Setelah penentangan dapat diatasi, beberapa contoh 'design' dikemukakan. Akhirnya diterima untuk memasukkan dua jalur merah di kiri dan kanan bendera sebagaimana yang ada sekarang," katanya. Di pihak PRM pula, Hassan Karim merupakan penentang kuat percantuman dan tidak setuju PRM dibubarkan.
Imej Liberal
Menurut Syed Husin, Anwar dalam lokapnya menulis surat kepada Hassan seperti berikut: "Ada seperkara lain yang agak mendesak dan menyentuh perasaan saya. Maafkan saya seandainya difikirkan kurang wajar untuk saya turut dalam membahaskan isu penggabungan. Rakan-rakan kita menyampaikan kepada saya kemusykilan yang saudara suarakan berhubung dengan isu tersebut. Izinkan saya meluahkan sikap peribadi saya kepada seorang teman.
"Saya mengusulkan isu penggabungan melalui pelbagai corak dan kemungkinan sejak awal tatkala rakan-rakan merancang penubuhan Keadilan. Beberapa teman rapat termasuk S. Husin Ali arif dengan pendirian saya. alasan terkuat ialah agar tenaga progresif tergabung dalam satu gerakan; dengan dasar demokratik, keadilan dan kerakyatan.
"Imejnya harus liberal dan mampu menarik dukungan rakyat dari pelbagai kaum. Namun dasar yang dianuti tidak terkeluar daripada kerangka Islam, Melayu dan Malaysia. Dari sudut dasar, saya tidak dapat meneka sedikitpun percanggahan antara saya (dan Keadilan) dengan PRM. Sdr teliti sendiri ruang 'Nenek kebayan' dalam Berita Keadilan tatkala saya sentuh buku "Meniti Lautan Gelora" oleh Said Zahari.
"Bahkan saya sebut dengan nada jelas sikap gerakan Islam (termasuk saya) yang kurang prihatin dengan penderitaan teman-teman lantaran menaruh sedikit prasangka terhadap aliran kiri atau mungkin juga kerana asakan propaganda pemerintah terlalu kencang dan berkesan. Dalam ucapan Azizah dalam PAK baru-baru ini, saya kaitkan perjuangan PRM sebagai 'zeitgeist' – semangat zaman: anti penjajahan, anti penguasaan kapitalis dan mendukung kepentingan rakyat bawahan.
"Saya minta generasi baru memahami bagaimana Ketua UMNO dan wakil Inggeris dalam pentadbiran, Dato Onn Jaafar memberi amaran mengenai 'bahaya dari bukit dan dari gunung' ! Permusuhan Inggeris dan UMNO terhadap komunis dan golongan kiri yang dirangkul sekaligus sebagai 'bahaya dari bukit' dan golongan Islam, 'gunung' Semanggol.
"Kedua, saya kenal dan yakin dengan pimpinan PRM – khususnya sdr SHA. Saya beranggapan ketokohannya perlu ditonjolkan dan dimanfaatkan lagi. Pimpinan seperti sdr Sanusi Osman, Rustam dll akan lebih berkesan dengan 'base' yang lebih besar.
"Saya tidak bermaksud mempertikaikan rakan-rakan dalam Keadilan kerana mereka juga telah membuktikan keupayaan dalam masa singkat. Tetapi alangkah hebat paduan tenaga dalam satu wadah mendukung aspirasi perjuangan rakyat.
"Alasan-alasan lain banyak yang tertera dalam kupasan-kupasan media alternatif. Dalam PAK Keadilan sendiri ada nada keras menyelar PRM dan mengkritik saya. Saya terima dengan hati terbuka kerana kita tidak boleh amalkan budaya feudal. lagipun suara mereka mirip keluhan sentimen pencinta parti yang takut dasar parti diubah dan imej terjejas. Pastinya ada juga puak yang punyai agenda tersendiri. Walau bagaimanapun saya bersyukur kerana mandat jelas disampaikan.
"Saya percaya mungkin terdapat kebimbangan yang sama di kalangan sebahagian perwakilan PRM nanti. Bagaimana dengan sejarah perjuangan gemilang PRM dan apakah sumbangan besar tokoh-tokoh ulung silam seperti Ahmad Boestamam akan tenggelam ? Percayakah sdr, percantuman politik kita tidak sempit dan terbatas. Sejarah Malaysia harus ditulis semula (reconstruct).
"Akhirnya, dalam menentukan wadah dan arah perjuangan selanjutnya, keberanian kita dan kebijaksanaan pendukung diperlukan. Saya telah banyak bergantung kepada pimpinan Keadilan dan BA. Dan dalam mengemukakan usul ini, saya menaruh keyakinan (trust) yang amat tinggi kepada sdr SHA dan rakan-rakan.
"Tidak ada muslihat terselindung selain itu. dan, tidak juga ada hasrat memperkecilkan wadah PRM atau peranannya dalam sejarah dan membangkitkan kesedaran rakyat. Hanya kita berhadapan dengan kenyataan getir: penguasa rakus dan jentera parti dan pemerintah yang kukuh. Kita perlu realistik dan bijaksana.
'Dipohon pengertian sdr. Keputusan sdr tetap dihormati kerana didorong sikap ikhlas. Sekali lagi diharap pandangan saya tidak membebankan atau dianggap mencampuri urusan rumahtangga PRM."
Sosialis Adik Komunis
Pada 3 Ogos 2003, PKR telah dilancarkan secara rasmi, di Dewan perhimpunan Cina, Kuala Lumpur, manakala Hassan Karim bersama dengan Koh Siew Yong dengan segelintir aktivis PRM telah menghidupkan semula parti tersebut.
"Terus terang saya sebut, saya tolak yang berjiwa sosialis, semalam sudah beritahu dengan telefon, pagi ini dengan surat. Ini kerana sejak zaman-berzaman apabila disebut sosialis ia dikaitkan sebagai adik sedikit daripada komunis," kata Nik Aziz pada 10 Mac 2004. sumber:AIDC
Semalam bertempat di Dewan Leong See Kah Miew Di Jalan Perak Georgetown Forum The Day When We Were In DAP. Para panelis adalah Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim bersama Tan Chee Chong, Tan Tuan Tat dan Yap Kon Min yang mempunyai kedudukan yang tinggi didalam DAP.
diluar dewan
penonton yang memenuhi luar dewan.
Teriakan 1Malaysia gemuruhkan dewan.
Bekas anggota DAP termasuk naib pengerusinya Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim akan mengadakan program jelajah di seluruh negara bagi membuka mata pengundi mengenai kepentingan pilihan raya umum akan datang.
Beliau berkata program seumpama itu mendapat permintaan di kalangan rakyat termasuk di Sabah dan Sarawak, serta menambah rakyat Malaysia perlu memahami dengan sebenar program transformasi termasuk agenda 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. "Mereka (rakyat) tidak boleh mengundi dengan hati tetapi dengan kepala kerana pilihan raya umum akan datang adalah sangat penting kepada Malaysia.
Mereka perlu membuat keputusan bijak," katanya kepada pemberita selepas forum bertajuk 'Hari-Hari Semasa Kami Berada di Dalam DAP' di George Town hari ini yang dihadiri lebih 400 orang.
Antara peserta lain ialah Tan Chee Chong, Tan Tuan Tat dan Yap Kon Min.
Tunku Aziz berkata beliau tidak mewakili mana-mana parti tetapi akan berjuang bagi memastikan negara menjadi negara demokrasi sebenar yang akan memanfaatkan rakyat.
Ditanya sama ada bekas anggota DAP mesra BN, beliau berkata: "Kami bukan mesra BN, kami mesra transformasi".
Beliau berkata rakyat melaung mahukan transformasi selama ini tetapi buat pertama kali melihat hasil yang dilakukan perdana menteri dan beliau mendengar suara rakyat.
"Seperti yang saya kata, saya tidak peduli kenapa beliau lakukannya. Saya mahu perkara-perkara ini dilakukan. Ia mungkin tidak 100 peratus sempurna, tetapi kita perlu anggap ia sebagai satu proses dan memerlukan masa.
"Jadi mari kita beri peluang kerajaan untuk melaksanakan program (transformasi) ini. Lagipun kita yang memilih kerajaan ini," kata beliau.
Tunku Aziz menekankan mereka tidak mewakili parti politik tetapi menyokong sebarang program yang akan membawa manfaat kepada negara dan bangsa, sambil berkata beliau tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum ini.
Pakatan Rakyat tidak mempunyai pengaruh politik untuk membentuk kerajaan Persekutuan akan datang kerana mereka tidak boleh mencapai persetujuan mengenai pelbagai isu dasar, kata bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.
"Di kalangan mereka (DAP, PAS dan PKR) tidak pernah bersetuju antara satu sama lain. Ini apa yang disifatkan sebagai perkahwinan untuk kesenangan. Mereka pasti akan bercerai.
"Namun (buat masa ini), mereka takut untuk berbuat demikian kerana berkongsi matlamat sama iaitu untuk menawan Putrajaya," katanya dalam ceramah di dewan komuniti Leong See Kah Miew, malam Jumaat.
Beliau berucap buat pertama kalinya di Pulau Pinang selepas meninggalkan DAP pada Mei lalu.
Bekas Naib Pengerusi Lembaga Pengarah Transparency International itu turut menyentuh situasi politik di Pulau Pinang.
Beliau berkata, walaupun sekiranya Pakatan menang, ia hanyalah hasil yang sia-sia kerana mereka hanya memutuskan jawatan menteri selepas menawan Putrajaya dan ia mungkin sudah terlalu lewat.
"Kini, mereka tidak boleh memutuskan sesama sendiri mengenai kewujudan kabinet bayangan," katanya.
Mengulas mengenai situasi di Pulau Pinang, beliau berkata, ketika negari itu berkembang dalam tempoh empat tahun lalu, ia dibangunkan kerana mempunyai sejarah lebih 200 tahun dan bukan kerana Ketua Menteri Lim Guan Eng.
"Sebaliknya, nenek moyang anda yang membina kejayaan ini," katanya.
Menurut beliau, Lim merupakan seorang ahli politik yang 'terjun' ke Pulau Pinang kerana tidak berkemampuan di Melaka.
- Bernama
Pisau kata " Di luar dewan terserempak kereta exco regim negeri .. agaknya siapa dibelakang gerakan jatuhkan Guan Eng?"
You are subscribed to email updates from PISAU.NET To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Berikut adalah posting dalam PMIUPM tentang PRK. Mereka menyatakan bahawa mereka tidak menghantar calon langsung dalam PRK kali ini di UPM. Apa sudah jadi?
Khabarnya krisis dalaman PMIUPM dengan kumpulan mahasiswa pro pembangkang di luar kampus semakin kritikal sejak campur tangan luar terhadap mesyuarat agung PMIUPM pada 8 Mac 2012 (baca sini).
Akibat campur tangan tersebut, hubungan kian rengang. Lebih jauh lagi bila kumpulan mahasiswa pro pembangkang di luar ingin mengajak sekali lagi mahasiswa di UPM untuk membuat tindakan ganas seperti memecah pintu dan mengusung keranda, yang sama sekali ditolak oleh mereka.
Nampaknya kejadian pecah pintu yang berlaku tahun lepas di UPM (baca sini). Taktik taktik penipuan mahasiswa pro pembangkang sebegini tidak dimahukan lagi oleh mahasiswa di UPM (baca sini). Teruskan bersama aspirasi mahasiswa yang sebenar. Selamat mengundi.
BANDAR BARU BANGI : Sesi penamaan calon bagi pemilihan MPP Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sesi 2012/13 telah berlangsung dalam suasana yang penuh aman damai. Proses penamaan calon yang diadakan di beberapa lokasi dalam kampus induk UKM di Bangi serta cawangannya di Cheras telah bermula dari jam 9 pagi hingga 12.30 tengahari semalam.
Pada akhir waktu bantahan ditutup, pengumuman telah dilakukan di mana Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) yang cenderung kepada pakatan pembangkang (Pro-M) telah memenangi secara teknikal 7 kerusi dari 28 yang dipertandingkan.
Salah seorang penggerak utama Aspirasi UKM, Wan Ahmad Shukri ketika dihubungi menyatakan bahawa "Mendung tidak bererti hujan. Walaupun kita tercicir disebabkan faktor teknikal dan saya akui ianya amat merugikan namun baki kerusi yang ada akan tetap kami perjuangkan"
Tinjauan wartawan kami mendapati bahawa 7 kerusi yang tewas secara teknikal adalah satu (1) kerusi umum dan enam (6) kerusi masing-masing dari Fakulti Pengajian Islam (FPI), Fakulti Pendidikan (FPEN), Fakulti Ekonomi & Pengurusan (FEP), Fakulti Sains & Teknologi (FST), Fakulti Sains Kesihatan (Medic) dan Fakulti Farmasi (FF).
Bagi Aniq Rukaini juga seorang penggerak utama Aspirasi UKM pula berkata "Mereka (GMUKM) boleh mendabik dada dengan mencanangkan bahawa UKM adalah stronghold kepada Pro-M yang memperjuangkan agenda pakatan pembangkang, namun kami (Aspirasi) akan menentang habis-habisan dan membuktikan bahawa agenda kami (Aspirasi) adalah agenda yang sebenarnya memperjuangkan hak dan kepentingan mahasiswa dalam UKM"
Mahasiswa UKM akan keluar mengundi pada 25 haribulan depan.
Barisan Kem 'We Love UPSI' menunjukkan isyarat 'bagus' sejurus keputusan calon layak bertanding diumumkan
TANJUNG MALIM, 22 September - Kem 'We Love UPSI' hari ini telah memenangi 22 daripada 29 kerusi yang dipertandingkan pada hari penamaan calon petang tadi. Pro Pembangkang pula mendapat 1 kerusi percuma di Fakulti Sains dan Matematik apabila salah seorang calon 'We Love UPSI' yang akan bertanding di Fakulti tersebut menarik diri disaat akhir.
Kem 'We Love UPSI' menafikan bahawa penarikan calon disaat-saat akhir berpunca daripada masalah dalaman dan menghormati keputusan calon tersebut.
Kemenangan calon Pro Pembangkang, Wan Nur Atiqah Bt Wan Mohamad Zamri di kerusi Fakulti Sains Matematik menimbulkan pertikaian kerana calon tersebut telah diiktiraf menang tanpa mengisi manifesto diruangan borang penamaan calon.
Wan Nur Atiqah, Calon Pro Pembangkang diiktiraf menang walaupun tidak menulis manifesto di borang penamaan calon. [Klik untuk besarkan]
Menurut Fadhli Saad, jentera 'We Love UPSI', "sebelum ini 5 orang calon dari Pro Pembangkang telah dibatalkan pencalonan kerana tidak mengisi manifesto dan seorang lagi melakukan penipuan menulis tarikh tandatangan kelulusan dekan"
Siapa tidak kenal dengan Candice Swannepoel. Model pakaian dalam untuk jenama Victoria Secret yang cukup terkenal disamping menjadi heroin untuk filem Transformers: The Darkside of The Moon.
Dalam memperagakan beberapa produk Victoria Secret, penghasilan iklan grafik yang berkualiti merupakan satu faktor untuk menarik minat pembeli.
Namun jika ianya dilakukan secara berlebih-lebihan, terkantoi pula jadinya.
Itulah yang terjadi kepada Swannepoel apabila fotonya disunting melalui photoshop hingga meyebabkan payudaranya 'membengkak' sebelah sahaja.
Rangkain produk daripada Bombshell Collection, iaitu 'Add 2 Cups Multi-Way Bra' sepatutnya menambah lagi lonjakan lengkuk kedua-dua belah payudara. Tetapi dalam kes Swannepoel ini pula, nampak gayanya, payudaranya hanya naik sebelah sahaja!
Kepada yang biasa melihat model ini beraksi, pasti perasan bagaiamana payudara beliau, malng sekali pada iklan kali ini!
Berita Diana Amir bertunang dengan seorang Ustaz semalam ada sedikit pembetulan, sebenarnya tunang Diana amir bukanlah seorang ustaz, tapi seorang pensyarah di UITM Merbok, kedah, berikut fakta yang betul dari abg Nas, wartawan Galaksi:-
Sejurus lepas Nas terjah pelakon popular Diana Amir utk dptkan suatu kepastian dari dia sendiri pasal pertunangan dia dengan seorang bernama Habib, kami sempat bergambar beramai kat ofis MIG tu. Bos MIG Encik David Teo pun join sama. Nasib baiklah David Teo sporting!.
Peminat setia Galaksi tentu dah ikuti paparan segmen Terjah secara eksklusif ni kat Galaksi tadi (Jumaat 21hb Sept '12 jam 8:30 mlm kat TV9) kan?.
Lepas aja siar kat Galaksi, sebuah blog dah siarkan berita follow up dari Galaksi ni pulak. It's okay, cuma…..blog tu ada sikit silap fakta daa. Masa interbiu antara Nas dgn Diana tu salah satu soalan Nas ialah betul ke Habib (tunang Diana Amir) tu seorang ustaz?, Diana jawab 'bukan'. Malah lepas rakaman interbiu tu (off the record) pun Nas tanya Diana lagi soalan tu & sekali lagi dia jawab 'bukan'. Kata Diana Habib seorang pendidik.
Tapi entah napa tetiba kat blog tu tulis Diana sah dah bertunang dengan ustaz!. Lepas tersiar kat blog tu raaamai blogers lain sedut berita tu & siarkan pulak kat blog masing-masing…, dah jadinya raaamai yang tersilap!.
Alamak, camna tu?. Fakta kena betul beb!.
Apa pun, Nas ambik kesempatan ni utk ucapkan tahniah pada Diana & Habib atas pertunangan ini. Moga silaturohim & kasih sayang kalian kian erat hingga ke jinjang pelamin & seterusnya hingga akhir hayat nanti. Mohon maaf Nas terpaksa terjah sebab menjalankan tugas & amanah Nas sebagai seorang wartawan.
Moga kalian bahgia. InsyaALLAH.
Ikhlas dari Nas Ahmad (Penerbit & wartawan penyiaran Galaksi)
Adakah ini gambar tunang Diana Amir?
Nama beliau, En Mohd Habib Bullah A.Rahman.Beliau merupakan seorang lecturer di UiTM Merbok Kedah di Jabatan Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi.
Beliau juga merupakan pelajar aliran Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi dari UiTM Shah Alam.
Walaubagaimanapun, kebenarannya masih belum dapat dipastikan dan perlu pengesahan mereka yang mengetahuinya. Anyone from UITM??…
Wanna find out what's happening at RW Genting this weekend? The #RWGAndroid app will tell you that and more!
KUALA LUMPUR: Kes 'haruan makan anak' bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.
"SAYA anak tunggal. Ayah dan ibu berpisah ketika saya berusia lima tahun dan sejak itu saya tidak pernah berjumpa ibu. Menurut nenek, ibu berlaku curang, menyebabkan hak penjagaan saya diserahkan kepada ayah.
Saya juga diberitahu, ibu berkahwin lain dan ada keluarga sendiri.Bagaimanapun, ayah tidak pernah berkahwin lagi. Berikutan ayah sibuk dengan perniagaannya, saya dipelihara nenek di kampung manakala ayah tinggal di Kuala Lumpur.Seingat saya sejak kecil, ayah sering bertukar pasangan tetapi tidak pernah berkahwin lagi. Hubungan ayah dengan semua kekasihnya juga tidak lama, antara dua hingga tiga bulan saja.
Ayah pernah membawa pulang beberapa kekasihnya untuk diperkenalkan kepada saya dan nenek, tetapi saya tidak sempat rapat dengan mereka. Ini kerana ketika mula hendak rapat dengan mana-mana 'auntie' (kekasih),ayah bertukar pasangan dan memperkenalkan kekasih baru.
Ayah memang banyak kekasih tetapi tidak pernah berkahwin lagi. Mungkin ayah kecewa dengan perkahwinan pertamanya, tetapi saya tidak tahu jawapan sebenar kerana setiap kali bertanya, ayah berdalih kononnya tiada jodoh.
Saya tidak tahu sama ada ayah berdendam dengan ibu hingga menjadikan saya sebagai mangsa atau ayah benar-benar cintakan saya. Ini kerana menurut nenek, rupa saya 'sebiji' (sama) dengan ibu. Perubahan layanan ayah terhadap saya berlaku ketika saya di tingkatan lima.Jika ketika kecil ayah hanya melawat saya seminggu sekali, tetapi ketika di tingkatan lima, ayah semakin kerap menjenguk saya.
Kadangkala empat lima hari seminggu berikutan rumah nenek hanya 50 kilometer dari Kuala Lumpur. Ayah juga kerap bertanya mengenai hubungan saya dengan lelaki. Dia Meminta saya berterus-terang dan berjanji bersikap terbuka. Yang menghairankan, semua teman lelaki saya ditolaknya kerana ada saja yang tidak kena baginya.Ini menyebabkan saya marah, tetapi ayah memang 'pakar psikologi'. Diapandai bermain dengan perasaan orang. Mungkin itu kelebihannya hingga ada ramai kekasih.
Dia memperbetulkan fokus saya daripada remaja yang ghairah ingin bercinta kepada pelajar yang tekun. Ketika itu saya yakin keputusan ayah kerana dia inginkan yang terbaik untuk saya kerana saya satu-satu anaknya. Bagaimanapun, saya mula berasa hairan apabila selepas tingkatan lima walaupun memperoleh keputusan cemerlang, ayah tidak mengizinkan saya melanjutkan pelajaran.
Lebih menghairankan, beberapa rombongan meminang saya juga ditolaknya,sebaliknya dia meminta saya membantunya dalam perniagaan. Bukan sebagai pekerja, sebaliknya saya hanya diminta menemaninya ke majlis tertentu.
Saya seolah-olah menjadi pembantu peribadi tidak rasmi ayah. Apabila dia menghadiri majlis atau meraikan rakan niaganya, dia membawa saya.
Ketika itu saya mula berasa layanan berbeza daripada ayah. Pada mulanya saya bosan kerana perlu menemani ayah ke sana sini, tetapi lama-kelaman saya gembira kerana ayah membelikan barangan mahal.
Hubungan kami juga banyak berubah kerana ayah kerap membelai dan memeluk saya. Percakapan ayah juga lain dan romantis. Dia juga kerap memberikan hadiah.
Malah, saya pernah menemui sajak dan puisi ayah yang ditulis di kertas dan surat khabar. Antaranya bertajuk cinta terlarang yang ditujukan kepada saya dalam bahasa puitis.Seperti saya katakan, ayah pandai bermain psikologi. Mungkin ini jerat ayah. Akhirnya saya menjadi lemah dengan pujukan dan kasih-sayangnya dan ayah yang sepatutnya menjadi pelindung bertukar menjadi kekasih saya.
Daripada hubungan ayah dan anak, kami semakin intim dan bercinta. Ayah melayan saya seperti kekasihnya dan mungkin kerana ketandusan kasih-sayang sejak kecil, saya terjerat dan merelakan hubungan ini.
Akhirnya kami terlanjur. Saya tidak ingat berapa kali kerana ia kerap berlaku. Kami hidup seperti suami isteri dengan saya sering bermalam dirumah ayah di Kuala Lumpur.
Kalau ayah ada urusan kerja di luar daerah, saya ikut dan tinggal bersamanya di hotel. Hasil hubungan kami yang tidak lagi terkawal menyebabkan saya hamil empat kali.
Bagaimanapun, saya sempat menggugurkan tiga kandungan awal kerana ketika itu ayah mengambil berat keadaan saya. Apabila haid saya tidak dating dua bulan, dia bawa saya berjumpa doktor untuk menggugurkan kandungan.
Beberapa rakan mengesyaki hubungan kami kerana melihat cara ayah memegang saya kadang-kala keterlaluan, tetapi saya memberi alasan saya anak tunggal.
Kuasa Tuhan menentukan ketika hamil kali keempat, ayah sibuk dengan perniagaan. Dia tiada banyak masa dengan saya. Alih-alih apabila sedar,kandungan berusia enam bulan.
Saya terpaksa mendapatkan bantuan beberapa rakan baik. Mereka mengesyaki hubungan saya dengan ayah dan saya cuba berdalih dengan lelaki lain,tetapi mereka tahu ia angkara ayah kerana saya tidak pernah ada teman lelaki.
Akhirnya saya mengaku dan berterus-terang, menyebabkan saya kini disembunyikan. Hampir sebulan saya tidak berjumpa ayah dan saya tidak mahu dia tahu di mana saya sekarang.
Saya kini ditempatkan di sebuah rumah perlindungan dan mendalami ilmu agama sebelum melahirkan anak tidak lama lagi. Saya sungguh menyesal dengan perbuatan saya.
Saya memohon keampunan daripada Allah, tetapi pada masa ini saya tidak sanggup bersemuka dengan ayah. Saya belum ada kekuatan kerana perasaan cinta terhadapnya masih kuat.
Saya tahu perasaan ini salah di sisi agama, sebab itu saya menjauhinya bagi menghimpun kekuatan untuk menghadapi masa depan tanpa ada hubungan terkutuk dengan ayah.Jika ayah membaca artikel ini, saya berharap ayah faham dan saya ingin menjadi anak, bukan kekasih ayah.
Masa saya buat screen capture ni, labih daripada 1200 yang telah retweet. Tapi betul ke cerita ni? Kenapa tak ada keluar dalam berita? Aha, ini mesti konspirasi media-media antarabangsa milik Yahudi yang berpakat sembunyikan cerita ni sebab tak nak orang ramai tahu tentang kebenaran Islam.
Lepas tu saya search dekat google sikit. Rupa-rupanya bangunan tersebut bukanlah dilanda gempa bumi baru-baru ini lepas tayangkan filem 'Innocence of Muslim' tapi adalah dari gempa bumi yang berlaku di Chile pada tahun 2010 lalu dengan magnitud pada skala 8.8. Boleh rujuk di sini, sini dan sini.
Fakta tambahan tentang gempa bumi tersebut: gempa bumi yang berlaku di Chile pada 27 Februari 2010 tersebut sangat kuat sehingga memberi amaran tsunami kepada 53 negara. Ianya juga dianggarkan sangat kuat sehinggakan telah memendekkan masa pada hari tersebut sebanyak 1.26 microseconds dan memesongkan gerakan paksi bumi sebanyak 8 cm. Laporan juga menganggarkan seramai 521 orang yang maut.
Hah, siapalah yang memandai buat cerita palsu ni. Mungkin Abby Abadi terjumpa gambar tersebut kat mana-mana dan terus tweet tanpa usul periksa. Ya, memang tak dinafikan filem 'Innocence of Muslim' yang menghina Nabi Muhammad SAW itu memang sangat terlampau dan perlu dikutuk, tapi bukan ini caranya dengan mengada-ngadakan cerita palsu. Ini lebih menampakkan kelemahan umat Islam yang mudah sangat percaya dengan khabar-khabar angin dan menjadi bahan gelak ketawa pada agama lain.
Keimanan tentang kebesaran Allah itu datangnya dari hati, bukannya dari gambar-gambar yang tak betul sebegini. Mohon maaf jika ada tersilap cakap. Abby Abadi juga telah meminta maaf akan kesilapan beliau itu. Mohon jadi pengajaran buat kita semua.
DAP sering mempamerkan sifat anti-Islam dalam banyak perkara. Sebelum ini, mereka juga membuat kecoh dengan undang-undang pemakaian songkok dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).
Mereka tidak mempunyai sebarang agenda Islam dalam perjuangan mereka," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia disini hari ini. Beliau mengulas tindakan Koo Ham yang didakwa mengeluarkan provokasi terhadap hasrat Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bergabung dengan Dewan Pemuda Pas mengadakan protes terhadap filem kontroversi Innocence of Muslims.
Tweet yang berbunyi : "Khairy mahu umat Islam memprotes Sam Bacile. Ia untuk Islam atau kepentingan politiknya? Adakah umat Islam membuang banyak masa dan tenaga untuk ini?" Tunku Abdul Aziz membidas sikap pilih kasih yang ditonjolkan oleh DAP yang mempersoalkan umat Islam membuang tenaga dan masa dalam mengadakan protes terhadap filem tersebut.
"Perhimpunan bersih yang memporak-perandakan satu negara kononnya untuk pilihan raya yang lebih bersih, itu elok buat mereka. "Mempergunakan pelajar dan golongan muda untuk melakukan demonstrasi haram di jalanan termasuk pada ambang merdeka bukan salah tetapi protes untuk meluahkan perasaan umat Islam adalah membunag masa? sungguh biadap mereka ini," tegasnya.
Tunku Abdul Aziz turut mempersoalkan sikap sambil lewa kepimpinan tertinggi seperti Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan setiausaha Agung, Lim Guan Eng yang sehingga ini enggan mengeluarkan kenyataan membidas Koo Ham.
"Bukankah mereka berdua ini sungguh lantang selama ini? Mengapa diam kini? Adakah ini pendirian DAP? Demonstrasi haram di jalanan adalah betul dan protes aman tanda tidak puas hati adalah tidak betul? "Saya ingin memberi amaran kepada mereka jangan cuba politikkan isu berkaitan dengan agama.
Sudah menjadi amalan DAP untuk mempolitikan semua pekara tetapi jangan bermain dengan sentimen orang Islam. Setiap orang Islam mempunyai hak untuk meluahkan perasaan mereka pada bila-bila masa sahaja," katanya. Beliau turut menggesa rakyat Malaysia khususnya masyarakat Melayu untuk melihat keangkuhan serta perjuangan sebenar DAP dan henti menyokong mereka.
"DAP sering memperlihatkan sikap rasis dalam banyak perkara terutamanya perkara berkaitan agama dan kepercayaan. Janganlah kita terpengaruh dengan janji manis mereka yang kononnya turut berjuang untuk orang Melayu. "Sedarlah sebelum terus dipergunakan oleh mereka untuk kepentingan mereka sendiri," ujarnya.
Ketika umat Islam di Negara ini dan seluruh dunia berang dengan filem pendek, Innocence of Islam dan karikatur majalah Charlie Hebdo yang menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW, pemimpin pembangkang khususnya PKR hanya berdiam diri.
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Sohaimi Shahadan mempersoalkan ke mana perginya pemimpin-pemimpin PKR seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail, Saifuddin Nasution, Rafizi Ramli dan sebagainya yang sebelum ini dilihat lantang bersuara menghentam pemimpin Barisan Nasional (BN), langsung tidak kedengaran dalam mempertahankan Rasulullah yang dicerca oleh musuh agama.
"Sepatutnya mereka juga bangkit dengan mengutuk perbuatan penulis dan pengarah filem tersebut, Sam Bacile yang mengundang kemarahan umat Islam di seluruh dunia dan menyebabkan Duta Amerika di Syria terbunuh. Apakah sikap membisu pemimpin PKR ini kerana takut dengan tekanan Amerika Syarikat dan sekutunya yang selama ini membiayai kewangan dan menyokong perjuangan politik mereka di negara ini?
"Malah mereka juga langsung tidak memberi sebarang respons terhadap kenyataan Pengerusi DAP Perak yang juga Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham yang mengganggap bantahan umat Islam terhadap filem tersebut sebagai membuang masa dan tenaga," ujarnya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online hari ini.
Tambahnya, kenyataan Ngeh Koo Ham itu yang dibuat melalui Twitter – walaupun sudah meminta maaf – menggambarkan sikapnya yang tidak sensitif dan tidak menghormati Islam. Lebih dikesali, beliau dengan mudah meminta maaf selepas menyinggung perasaan umat Islam.
"Sebagai pemimpin, Ngeh Koo Ham sepatutnya perlu lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan terutama berhubungan sensitivity agama dan perlu mengambil iktibar daripada kejadian tersebut. Seperti kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada masa inilah kita perlu bersatu dan bersama-sama dalam mempertahankan Islam dan Rasulullah SAW tanpa mengira fahaman politik kepartian.
"Isu ini juga perlu menjadi pengajaran kepada semua ahli politik khususnya pembangkang dan pemimpin bukan kerajaan (NGO) agar saling hormat-menghormati adat dan agama kaum-kaum lain di negara ini. Hentikan sebarang provokasi melampau agar keharmonian negara dapat dikekalkan sampai bila-bila," ujarnya yang juga Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS). -MediaUMNO
Tindakan Pas yang hanya berdiam diri apabila Karpal Singh menyergah Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat agar berhenti membuat kenyataan mengenai hudud membuktikan bahawa parti tersebut lebih mementingkan cita-cita politik mereka berbanding perjuangan Islam seperti yang mereka war-warkan kepada rakyat selama ini.
Pengerusi Barisan NGO Perak, Mohd Salleh Khan Mohd Jaafar berkata, amat jelas hari ini bahawa perjuangan Pas telah tersasar dari landasan yang sebenar apabila parti tersebut dilihat begitu takut dan tunduk kepada DAP yang tidak habis-habis menghina dan mempertikaikan kenyataan kepimpinan tertinggi Pas, terutamanya dalam soal perlaksanaan hudud.
"Bukan sekali, malah sudah berkali-kali kepimpinan tertinggi Pas seperti mursyidul Amnya, Nik Aziz dan juga Presiden Pas, Haji Hadi Awang dikritik secara terbuka oleh kepimpinan DAP apabila membuka mulut terutamanya soal-soal perundangan Islam. Namun saya hairan, Pas yang dilihat begitu aggresif dan berani mengkritik malah mencerca UMNO, tetapi kelihatan kecut perut dan tidak berani membuat sebarang kenyataan apabila diserga oleh Karpal.
"Saya yakin, bahawa ramai ahli-ahli Pas baik yang baru ataupun generasi lama sudah mulai kecewa dengan sikap dan kepimpinan tertinggi parti tersebut yang terlalu mementingkan kuasa dan agenda politik, sehingga sanggup menelan apa saja kritikan pengerusi DAP itu, tanpa membuat sebarang kenyataan balas," tegas beliau kepada UMNO Online di sini hari ini.
Tegasnya lagi, sekiranya beginilah sikap yang diperlihatkan oleh kepimpinan tertinggi Pas, maka sudah tentu rakyat khususnya umat Islam di negara ini tidak lagi menaruh sebarang keyakinan dan harapan kepada parti tersebut untuk membela dan menegakkan syiar Islam di negara ini.
"Dalam hal ini, ingin saya tegaskan UMNO tidak pernah menolak sebarang perlaksanaan hudud di negara ini. Cuma perlaksanaannya agak memerlukan masa kerana begitu banyak perkara yang perlu dipertimbangkan bagi memastikan hukum hudud yang dijalankan itu adalah adil untuk semua.
"UMNO hanya menolak hukum hudud Pas yang dilihat tidak adil serta tidak menepati Al Quran dan Sunnah, apabila hudud Pas hanya akan dilaksanakan tertakluk kepada umat sahaja, yang mana itu tidak adil. Allah menyuruh kita menjatuhkan hukuman dengan adil. Untuk berlaku adil, perlaksanaan hudud perlu menyeluruh kepada semua rakyat di negara ini dan ia tidak boleh hanya dilaksanakan terhadap umat Islam di negara ini saja," jelasnya lagi.
Justeru itu, beliau meminta agar rakyat di negara ini, khususnya umat Islam agar berhati-hati dan berwaspada dengan sebarang kenyataan dan hujah Pas yang cuba memutar belitkan serta mengelirukan umat Islam tentang Islam dan perlaksanaannya.
"Pas hari ini bukan lagi seperti Pas dulu. Ketika di bawah kepimpinan Allahyarham Fadzil Noor dulu, ahli Pas dilihat lebih mementingkan prinsip dan perjuangan mereka dari kuasa dan agenda politik mereka.
"Namun hari ini, amat ketara Pas begitu lemah sehingga terikut-ikut dengan rentak DAP bahkan apabila kepimpinan tertinggi mereka dihentam dan dikritik secara terbuka pun, Pas dilihat menikus dan tidak berani bersuara kerana lebih mementingkan agenda politik mereka dan bimbang kehilangan undi terutamanya dari masyarakat Cina," akhiri beliau.
HILANG...Siti Azliza gagal dikesan sejak Mac lalu.
JOHOR BAHRU: Sudah pelbagai ikhtiar dibuat hingga akhirnya seorang bapa terpaksa meletakkan gambar serta kisah anak perempuannya yang hilang dipercayai mengikut teman lelaki sejak Mac lalu di laman sosial facebook, kelmarin.
Harapannya hanya satu, iaitu bertemu semula dengan anaknya, Siti Azliza Johan, 27, guru yang bertugas di sebuah sekolah rendah di Kota Tinggi.
Menceritakan kisah kehilangan anaknya, Johan Tahir, 52, yang juga guru berkata, keluarganya mula merasai perubahan pada anaknya itu sejak tahun lalu.
"Kami mengesyaki sesuatu yang buruk menimpanya kerana dia yang kami didik dengan penuh kasih sayang dan pegangan agama tiba-tiba berubah mendadak sehingga sanggup melawan nasihat ibu bapa," katanya.
Menurutnya, tindakan itu bermula sejak anaknya berkenalan dengan seorang lelaki berusia 30-an.
Johan berkata, dia pernah bertemu dengan lelaki berkenaan sebelum anaknya itu menghilangkan diri.
"Kami pernah menghubungi telefon bimbitnya, namun talian berkenaan sudah ditamatkan. Dia mungkin sudah menukar nombor bagi mengelak kami mengesannya.
"Kami sudah ke rumah keluarga teman lelaki anak saya, namun keluarga lelaki terbabit mengatakan mereka tidak tahu menahu mengenai perkara itu," katanya.
Katanya, anaknya itu gagal melaporkan diri untuk bertugas sejak Mac lalu, malah teman lelaki wanita berkenaan yang berkhidmat di sebuah jabatan kerajaan di Putrajaya juga dikatakan sudah dikenakan tindakan tatatertib.
Johan berkata, keluarganya sedih dengan perkara itu dan berharap anaknya sedar dan kembali ke pangkuan keluarga.
Beliau mengharapkan kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Siti Azliza supaya menghubunginya di talian 019-7986520 atau 07-8952486.
GAMBAR Nik Aziz Nik Mat memijak bendera Amerika Syarikat dan bendera Israel begitu meluas disebarkan di laman-laman media sosial hari ini.
Kononnya itu menunjukkan keberanian si tua bangka ini dan bertanya sama ada pemimpin UMNO berani berbuat perkara yang sama?
Itu bukan berani, setakat nak pijak gambar bendera tu bukan boleh bawa ke mana sangat pun. Kalau berani suarakanlah di peringkat antarabangsa, di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu contohnya, atau paling tidak ke OIC, Nik Aziz berani ke?
Cakap English pun tak tau, toksah gebang nak bersuara di peringkat antarabangsa, buat gelak orang saja nanti tau. Oh ya, penulis dimaklumkan, Nik Aziz cakap Arab pun boleh masuk kategori hancur juga (ada slang India – maklum Nik Aziz dapat degree dari Deoband University, India).
Tambah parah kalau gambar ini sampai ke pengetahuan CIA dan laporan mengenainya akan menyebabkan dana asing dari negara tersebut yang disalurkan kepada pelbagai pihak yang ada kaitan dengan Pakatan Rakyat sekarang dihentikan, mahu mengelupur Nik Aziz minta Anwar tolong buat apologize tour bagi pihaknya di Amerika sana.
Tapi apa pun, itu bukan isunya, isunya ialah supaya kita semua perhatikan kemunafikan Nik Aziz ini. Dalam suasana anti Amerika dan anti Israel lanjutan dari penyiaran filem 'Innocence of Muslim', Nik Aziz ambik kesempatan bergambar memijak bendera Amerika dan Israel (nak popularlah tu), tapi dalam masa yang sama dia bersekutu dengan pelindung keselamatan Yahudi (kalau ada peluang memerintah Malaysia).
Sudah tentulah tidak lain dan tidak bukan yang penulis maksudkan ialah Anwar Ibrahim.
Keupayaan Nik Aziz berlakon dalam 2 situasi berbeza tapi kelihatan hampir sama ini, memang mengujakan ramai pihak. Penulis sendiri pun kalau tak kenal Nik Aziz akan kagum juga dengannya. Mana tidak, dia pijak bendera yahudi itu satu hal, yang Anwar berikrar nak melindungi keselamatan yahudi tu, kenapa masih buat kawan?
Eh, pooodahla Nik Aziz, berlakon nak dapat populariti pandailah kau ya. Ingat orang dah lupa ke tentang sokongan Anwar Ibrahim terhadap keselamatan Israel yang jadi sekutu rapat kau sekarang ni?
Nak tipu yang bodoh-bodoh macam Unit Amal PAS itu mungkinlah.
KOTA BHARU - Bukan setakat berdemonstrasi memprotes penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW menerusi filem Innocence of Muslims, tetapi Pas Kelantan turut mengajak umat Islam di negara ini memboikot barangan keluaran Yahudi sebagai tanda bantahan.
Bagi tujuan itu, Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap selepas demonstrasi yang diadakan serentak di Kuala Lumpur hari ini, oleh Pemuda Pas dan Pemuda Umno, satu jawatankuasa dapat ditubuhkan untuk melaksanakan boikot barangan Yahudi secara serius.
Nik Aziz berkata, kerja membuat bantahan itu bukan tanggungjawab kerajaan sahaja, tetapi sebagai umat Islam ia perlu dilakukan apabila wujudnya penghinaan agama.
"Tidak padan dengan demonstrasi ini, ada benda yang kita kena buat iaitu boikot barangan dia (Yahudi), makanan, pakaian dan jawatankuasa di peringkat pusat kena senaraikan barangan-barangan tersebut.
"Dalam pada itu, mereka perlu menyatakan juga sebab-sebab produk-produk tersebut perlu diboikot," katanya ketika Demo Bantahan Terhadap Filem Menghina Rasullulah SAW di Dataran Ilmu, hari ini.
Sebagai tanda bantahan dan kemarahan terhadap filem Innocence of Muslims yang secara jelas menghina Muhammad SAW terbabit, kira-kira 2,000 umat Islam di negeri ini termasuk Exco Kerajaan Negeri berhimpun secara aman di Dataran Ilmu di sini.
Semasa demonstrasi anjuran Dewan Pemuda Pas negeri, yang diadakan kira-kira jam 10.30 pagi selepas kuliah mingguan Nik Aziz bersama Ketua Pemuda Pas Negeri, Abdul Latiff Abdul Rahman serta yang lain turut membakar replika cakera padat filem Innocence of Muslims dan turut diselangi dengan laungan Hidup! Hidup! Hidup Islam.
Demonstrasi hampir satu jam tersebut turut dihadiri artis terkenal tanah air, Wan Aisyah Wan Ariffin dan sebelum itu beliau mengambil peluang mendengar kuliah mingguan yang disampaikan Nik Aziz serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam dan Dakwah negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah.
Dalam perkembangan sama, Abdul Latiff juga meminta Malaysia menekan kerajaan Amerika supaya penerbit filem tersebut meminta maaf secara terbuka dan menarik balik filem yang mengguris hati seluruh umat Islam.
"Kami juga mahu Presiden Amerika, Barack Obama memerhatikan segala bentuk penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW, sekiranya tidak kita berdoa supaya orang yang menghina Nabi Muhammad SAW dilaknat ALLAH SWT," katanya.
Katanya, himpunan tersebut dilaksanakan sebagai membantah filem penghinaan terhadap Islam dan menunjukkan kebencian kepada pihak yang mengkhianati Islam serta merendah-rendahkan Nabi Muhammad SAW.
Sinar
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Terharu Demang membaca permintaan Najib agar para jemaah haji mendoakan kesejahteraan negara.
Demang percaya, dengan doa para jemaah haji nanti kita akan memperolehi pemimpin dan kerajaan yang terbaik.
Najib tak minta doakan beliau tetapi doakan negara.
Sebenarnya itulah doa rakyat Malaysia selama ini. Malah PAS juga banyak kali buat solat hajat memohon perkara yang sama terutama selepas Dr Mahathir dikatakan menganiaya Anwar Ibrahim.
Demang percaya, doa tersebut telah dimakbulkan Allah.
Dr Mahathir masih sihat dan semakin dihormati kawan dan lawan manakala Anwar tak habis-habis ditimpa masalah.
Kenapa? Kerana ummat Islam bukanlah ummat yang digeruni apa lagi dikagumi.
Dulu orang kata Iraq kuat dan Saddam hebat. Nampaknya ia hanya khayalan semata-mata. Fatamorgana.
Iran juga khabarnya ada banyak senjata termasuk nukleur. Padahal cerita itu hanyalah bom jangka yang akan dijadikan alasan untuk menghancurkan Iran suatu hari nanti.
Filem dan buku yang menghina ummat Islam bukan perkara baru. Sebelum ini isu Salman Rushdi sudah meletup. Apa orang Islam boleh buat?
Setakat mengugut? Salman makin terkenal dan masih hidup hingga sekarang.
Kali ini sebuah filem dikeluarkan oleh orang kafir yang menghina Rasulullah SAW. Demang memang sedih tapi nak marah pada siapa?
Memanglah orang kafir itu musuh Islam. Apa nak dihairankan? Dalam berperang, kita tidak boleh mempertikaikan senjata pihak lawan sebaliknya usahakanlah senjata yang lebih baik.
Maka ummat Islam seluruh dunia membantah. Ada kesankah? Boleh menangkah kita?
Pagi ini Demang terima lagi mesej agar memboikot Google dan Youtube selama 3 hari!
3 hari sahaja? Apa kesannya?
Demang cuba untuk menuruti kempen tersebut namun pagi tadi apabila Demang mencari video untuk pendidikan Islam maka semua video yang disenaraikan berada dalam Youtube! Bagaimana?
Selama ini pun para ulama dan pendakwah Islam menggunakan Youtube sebagai media untuk berdakwah. Kenapa kita nak boikot saluran itu hanya kerana ia tidak menyebelahi kita dalam isu ini?
Bagi Demang boikot memboikot ini bukan strategi yang bijak. Kita perlu lebih bijaksana menggunakan ruang yang ada.
Baca semula sejarah dan lihat bagaimana Rasulullah menggunakan perjanjian Hudaibiyah yang kelihatan berat sebelah akhirnya menguntungkan dakwah Islamiyah.
Janganlah kita mudah sangat melatah dan terjerat dengan provokasi. Bahkan isu ini sebenarnya telah dijadikan bahan untuk mendapatkan 'politic miles'.
Buka semula Youtube atau apa sahaja saluran dan binalah, perbanyakkan bahan dakwah Islamiyah di dalamnya.
Tawanlah sekalian manusia agar mengESAkan Allah Taala dengan berhikmah.
Banyak kesah teladan pekerti Rasulullah yang boleh kita filemkan. Ia akan menarik minat orang lain untuk mendekati Islam.
Ia jauh lebih berfaedah berbanding BOIKOT YOUTUBE 3 HARI!
Ok lah. Demang nak cari nasyid Al-Mizan dalam Youtube kejap lagi.
Mula-mula, cari dalam Google dulu.
You are subscribed to email updates from waadat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Pakatan Rakyat tidak mempunyai pengaruh politik untuk membentuk kerajaan Persekutuan akan datang kerana mereka tidak boleh mencapai persetujuan mengenai pelbagai isu dasar, kata bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.
"Di kalangan mereka (DAP, PAS dan PKR) tidak pernah bersetuju antara satu sama lain. Ini apa yang disifatkan sebagai perkahwinan untuk kesenangan. Mereka pasti akan bercerai.
"Namun (buat masa ini), mereka takut untuk berbuat demikian kerana berkongsi matlamat sama iaitu untuk menawan Putrajaya," katanya dalam ceramah di dewan komuniti Leong See Kah Miew, malam Jumaat.
Beliau berucap buat pertama kalinya di Pulau Pinang selepas meninggalkan DAP pada Mei lalu.
Bekas Naib Pengerusi Lembaga Pengarah Transparency International itu turut menyentuh situasi politik di Pulau Pinang.
Beliau berkata, walaupun sekiranya Pakatan menang, ia hanyalah hasil yang sia-sia kerana mereka hanya memutuskan jawatan menteri selepas menawan Putrajaya dan ia mungkin sudah terlalu lewat.
"Kini, mereka tidak boleh memutuskan sesama sendiri mengenai kewujudan kabinet bayangan," katanya.
Mengulas mengenai situasi di Pulau Pinang, beliau berkata, ketika negari itu berkembang dalam tempoh empat tahun lalu, ia dibangunkan kerana mempunyai sejarah lebih 200 tahun dan bukan kerana Ketua Menteri Lim Guan Eng.
"Sebaliknya, nenek moyang anda yang membina kejayaan ini," katanya.
Menurut beliau, Lim merupakan seorang ahli politik yang 'terjun' ke Pulau Pinang kerana tidak berkemampuan di Melaka.
Hari ini selepas beberapa hari Pilihanraya Kampus berjalan dengan rancak,Pro Student sebagai pemerhati ingin menyatakan kebenaran daripada terus diputar atau dispin oleh Pro M yang kita kenal sebagai kaki spin yang terhebat.
Isu calon tua
Pro Mahasiswa yang tidak mempunyai modal dalam menyerang Penggerak Mahasiswa telah mencipta satu fitnah yang amat besar dengan mengatakan bahawa 6 calon Penggerak Mahasiswa yang dicalonkan tidak layak bertanding kerana faktor final year student.Betul kah tidak layak?Jom kita bongkar!
Hari ini Pro Student sebagai pemerhati yang bebas ingin menyatakan bahawa dakwaan Pro Mahasiswa adalah TIDAK BENAR SAMA SEKALI.Berdasarkan bukti
Syahmi Naim
Syahmi Naim adalah seorang calon daripada Pusat Kebudayaan yang menjadi salah seorang mangsa fitnah Pro-M kerana dikatakan sebagai 'Calon Tua' dan tidak layak bertanding.Tapi benarkah begitu?
Ini ialah bantahan daripada pihak Pro-M mengenai Syahmi Naim.Disini JELAS MENUNJUKKAN BAHAWA Pro-M tidak mengkaji dahulu status calon berkenaan sebelum membuat bantahan!Janji bantah kan?Pro-M sudah gentar kerana mereka tidak mampu menghantar calon bagi Pusat Kebudayaan!Malahan mereka tidak berani mendedahkan perkara ini.Jom kita lihat!
Page Pilihanraya Kampus Universiti Malaya ialah page proksi kepada Pro Mahasiswa.Benarkah yang calon Penggerak Mahasiswa yang menang tanpa bertanding ialah 5 sahaja?Pro-M,janganlah menutup kebenaran.Jika kamu tidak mampu menghantar calon,nyatakan sahaja!Mari kita pergi bukti lebih kukuh lagi!
Kenapa tidak dipaparkan calon daripada Pusat Kebudayaan yang mana Pro-M GAGAL,diulangi GAGAL menghantar calon?????Adakah mereka takut kebenaran terbongkar???
Para pembaca sekalian.Banyak tohmahan yang dilemparkan kepada Penggerak Mahasiswa namun mereka sentiasa bersabar dan memfokuskan kepada kempen mereka.Namun kami di Pro Student sebagai pemerhati bebas,kami tidak akan teragak-agak mendedahkan sesiapa sahaja yang cuba menipu mahasiwa.Itu pantang bagi kami!Ops,lupa.kita balik kembali kepada kes Syahmi Naim tadi.
Pro Mahasiswa menuduh Penggerak Mahasiswa takut kerana menghantar calon final year student kerana beranggapan bahawa Penggerak tidak cukup calon,namun siapa yang tidak cukup calon sebenarnya?Mari kita lihat gambar dibawah.Bukti Jelas!
Sebelum Pro Student mengakhiri artikel ini,nasihat kepada Pro-M ialah mengapa kamu sanggup memfitnah saudara seagama kamu hanya kerana perbezaan ideologi?Bukankah kamu kata kamu memperjuangkan Islam?Tapi apa yang kami buat hanya memburukkan imej Islam.Sedih!
Sayangnya imej muslimah seperti ini menjadi kuda tungangan dan agen kepada penyebaran fitnah.Sedarlah wahai muslimahku!Anda dipergunakan!
P/S : Pro Mahasiswa ingin menunda pilihanraya kampus kerana mereka GAGAL menyediakan calon yang mencukupi.Ops Jejak Calon Tua hanyalah sebagai satu modal simpati sama seperti kes kepala babi di surau API (2008) dan kes Masturah (calon Pro-M) yang hilang pada PRK 2010.Arikel BONGKAR yang lain akan menyusul selanjutnya.Pro-M,JAGA-JAGA!
Sebelum ini, selepas Saifuddin Nasution menyentuh mengenai Ops2020 di Parlimen, saya telah mempertikaikan kesahihah minit Ops2020 tersebut. Saifuddin bukan sahaja telah gagal menjawab persoalan yang saya timbulkan malah tidak menunaikan janji untuk membongkarkan lebih banyak lagi bukti mengenai Ops2020. Rupanya bukan bukti sahih yang dikeluarkan, satu lagi `bukti' palsu dikeluarkan untuk memperbodohkan rakyat dan mahasiswa. Di bawah adalah soalan-soalan yang saya bangkitkan mengenai kesahihan minit Ops2020.
Berikut merupakan rakaman berita pendedahan taktik jahat kumpulan Pro-Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang dipercayai didalangi pihak pembangkang dalam usaha mereka mengaitkan Perdana Menteri, DS Najib Tun Abd Razak dengan konspirasi Ops 2020.
Selepas berjaya mencipta persepsi negatif terhadap Perdana Menteri sebelum ini melalui pendedahan minit mesyuarat yang didakwa sebagai perancangan UMNO-KPT-BTN dalam menguasai pilihan raya kampus di kesemua kampus IPTA di negara, kini mereka terdesak untuk menampilkan 'bukti' yang lebih kukuh termasuk mencipta surat palsu dengan menggunakan nama Perdana Menteri.
Klik SINI untuk mengikuti laporan awal berkenaan isu ini.
SB dengan bantuan rakan-rakan akan mendedahkan lebih banyak pelan taktikal kumpulan mahasiswa pro-pembangkang ini dalam masa terdekat.
Surat palsu ini hanya sebahagian daripada strategi jangka masa singkat mereka. Terdapat lebih banyak perancangan yang telah diatur sebenarnya dan bagi kumpulan ini, fitnah adalah halal demi harakah perjuangan yang dibawa. Nauzubillah.
It has been brought to STL attention that the water shortage and unprecedented supply rationing in Selangor recently was a mere political gimmick, a real sabotage.
According to Syabas 'insiders', the water level at major dams especially Langat and Ulu Yam did not recede to an 'emergency' level and there was no reason for the provider to embark on supply rationing.
Without rationing, the dams have the capacity to supply enough water to consumers in the Klang Valley until the year 2017 provided that no drought season cast its spell on the areas for more than three consecutive months.
Yes, Klang Valley didn't get any rain for about 3 weeks in late July and early August, and the water level receded slightly but that didn't trigger any alarm.
So, what actually happened and why the panic?
Some Syabas staff was instructed to close the taps. We can't reveal who issued the order but it was meant to create chaos over water shortage in the Klang Valley.
Water rationing was not necessary at all as supply was ample but they had to follow instruction from the top or subjected to some disciplinary actions for defying the bosses. And so, they did it, causing panic all over.
It's for political reason, well-planned. When rationings were carried out, the people started to point fingers at Syabas and that provided the Selangor State Government to put all the blame on the Federal government.
And that's when the Federal government had to bring up the Langat 2 project all over again, this time got the nod from Selangor… with the latter imposing some strict conditions, including the rights to choose the contractor for the job.
Now that we know the whole truth, STL would like to call on all Syabas workers involved in taking such directive to come forward and speak up.
You people had not only sinned but also committed a crime. Unless you are willing to come out and reveal everything, I believe the people will forgive you knowing that you had to abide by all instructions given by the bosses.
So, it's all for politics, uh? STL believes Mentri Besar Khalid Ibrahim & Gang were the ones issuing such order to Syabas personnel to stage the water sabotage. Who else would have done that for politics? Nik Aziz? Crap!
STL is also calling on the MACC to go deep into Syabas and Khalid office and investigate the matter. Dig up all files related to the water rationing, without leaving any stone unturned. Those involved in the political cahoots must be dragged to court and put them to dry behind bars for a long, long time.
To the rakyat of Selangor, it's time to reconsider Khalid's position as the MB, and it's also a duty to give Pakatan Rakyat the big boot in the next general election, unless you are willing to be dodged again.
On Wednesday, a group of 2,020 consumers in Selangor sued the state government, Khalid and Syabas for RM1.1 mil for allegedly failing to provide water subsidy under the Free Water Scheme promised by the state government.
The scheme was part of the Opposition's manifesto in the previous general election.
The suit was filed through the firm Messrs Kamarudin & Partners at the High Court registry in Shah Alam.
The plaintiffs, from Shah Alam and Petaling Jaya, claimed that during the election campaign in March 2008, the state government – or Pakatan Rakyat – had promised them free water if they won the general election.
According to the election manifesto, each domestic water consumer in Selangor would be entitled to a subsidy of RM11.40 per month, whether they use an individual meter or a bulk meter.
However, the plaintiffs claimed they did not receive the promised free water as there were no discounts for the said water amount in their bills, issued by the third defendant Syabas.
So, you still believe in every single promise they make?
Analisis yang dilakukan melalui aplikasi KLOUT menunjukkan akaun twitter milik DS Najib Tun Razak paling berpengaruh dengan mencatat skor klout 79 mengatasi Anwar Ibrahim hanya mencatat skor klout sebanyak 61.
Turut mencatat bacaan skor KLOUT tertinggi berbanding akaun pemimpin pembangkang adalah akaun twitter milik YB Khairy Jamaluddin, DS Hishamuddin Tun Hussein dan Tun Faisal Ismail.
KLOUT merupakan satu aplikasi yang dibina pada tahun 2008 untuk menunjukkan bagaimana seseorang individu itu mampu mempengaruhi dunia, ia dibina untuk membantu orang ramai memahami pengaruh suara mereka dalam platform media sosial.
Skor KLOUT diukur dari skala 1-100 yang mana bacaan skor 100 dikategorikan sebagai paling berpengaruh. Skor ini dikira berdasarkan kandungan (tweet/status) yang mana ia berjaya menarik rakyat untuk berkongsi atau bertindak balas (respon) terhadap kandungan tersebut.
Skor ini ditentukan dalam satu tempoh yang panjang dan ia tidak diukur berdasarkan jumlah pengikut (followers), jumlah skor juga tidak ditentukan daripada aktiviti pemilik akaun tersebut.
Berdasarkan analisa ringkas KLOUT yang dipaparkan di bawah, jelas menunjukkan pemimpin BN lebih berpengaruh di laman twitter berbanding dengan pemimpin PR.
Rindu aku tak? hahahaha perasanlah aku ni, "sapa la nak rindu kat kau" huhuhu
setiap orang mempunyai hati dan perasaan yang berbeza...antara kata hati dan kata lisan, sangat berbeza....kata lisan selalunya menipu diri orang lain dan kekadang jugak menipu diri kita sendiri...kata hati lebih jujur......oleh itu, manusia selalu mengikut kata hati...
Sejujur mana pon kita, kadang-2 ia boleh menyakiti hati seseorang..Jadi, untuk tidak menyakiti hati seseorang, orang itu perlulah berfikir yang mana terbaik utk diri dia dan orang lain juga,,,
Sebanyak mana pon kata " SAYANG " yang diucapkan oleh lisan, tak semestinya dari kata " HATI " nya sendiri....menipu dengan perasaan sendiri? apa maknanya itu ? menjaga hati ?mungkin si dia ingin menjaga hati seseorang itu.. Tanpa dia sedar dia menipu dirinya sendiri...
apa nak buat bila rindu?? macam2 boleh buat kalau kita rindukan seseorang tu. boleh luahkan terus pada orang tersebut yang kita rindu kat dia. ada jugak yang pilih untuk pendamkan je perasaan rindu tu. ada jugak yang pilih untuk luahkan dekat blog, facebook, twitter dan sebagainya tentang perasaan rindu yang dipendam tu. tapi bagi aku the best way bila rindu adalah luahkan pada Yang Maha Esa. caranya? berdoa.
kalau kita rindukan seseorang, amalkan doa Nabi Yusuf kepada Zulaikha,
"Ya Allah, sampaikan salam rinduku kepada ******** **** (nama penuh insan tersebut) sehingga aku menjadi kerinduannya…"
kalau kita selalu doa macam ni bermaksud kita sentiasa ingat insan yang dirindui tu dalam doa kita. bak kata orang dulu2, "ingat daku dalam doamu"..hehehehe...doa boleh jadi penguat kasih antara dua insan. insyaAllah.
orang cakap kalau kita sukakan seseorang, lebih baik kita jangan bagitau pada dia. nanti Allah kurangkan rasa cinta kita pada dia. betul ke? lagi 1. ada jugak orang cakap, kalau kita pendam perasaan pada seseorang, nanti dapat pahala.
tapi sampai bila perasaan harus dipendam ek? sehingga kita mendapat petanda bahawa ternyata memang dia adalah jodoh kita. luahkan perasaan kepada Allah SWT jauh lebih baik n lebih menenangkan jiwa. seriously.
bila kita sayangkan seseorang, mungkin dia sayangkan orang lain..bila kita rindukan seseorang, mungkin si dia merindui orang lain..bila kita mengharapkan seseorang sentiasa berada di sisi kita, mungkin si dia mengharapkan orang lain berada di sisi dia.
kesimpulannya....JUJURLAH dengan diri sendiri dan Orang lain juga.
MEMANG melucukan melihat telatah badan bukan kerajaan (NGO) Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) yang kini dilihat menggelabah apabila disiasat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) berhubung hubungannya dengan syarikat Suara Inisiatif Sdn Bhd.
Menurut Menteri terbabit, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, SSM akan mengesyorkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk mendakwa syarikat tersebut di mahkamah di atas laporan kewangan Suara Inisiatif Sdn Bhd yang mengelirukan.
Selain itu, Suaram yang selama ini dipercayai sibuk menguruskan propaganda untuk kepentingan Pakatan Haram turut mengaku mendapat dana dari penyangak mata wang antarabangsa, George Soros, melalui sebuah yayasan yang berselindung di sebalik kepentingan Yahudi.
Saya sebagai rakyat Malaysia rasa tertanya-tanya, dimanakah kreadibiliti sebuah NGO yang kononnya memperjuangkan "suara rakyat Malaysia"?
Benarkah rakyat di negara ini merelakan "suara" mereka diwakili oleh sebuah pertubuhan yang mengaku mendapat peruntukan yang besar jumlahnya dari agen propaganda Yahudi yang selama ini menjahamkan dunia Islam?
Pada saya, SUARAM sudah tiada kreadibiliti di mata rakyat negara ini memandangkan perjuangannya yang terbukti karut, dusta, mengelirukan dan penuh pembohongan.
Misalnya, NGO itu menggembar-gemburkan isu kapal selam negara, Scorpene, yang kononnya dikatakan tidak telus dalam urusan jual beli aset pertahanan negara itu dan mereka turut membabitkan nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam hal ini.
Malah lebih melampau, ada di kalangan mereka yang mengaitkan isu mendiang Altantuya di dalam isu tersebut sedangkan kes mengenai wanita Mongolia itu telah ditutup dan dibuktikan tiada mengena dengan Perdana Menteri walau secalit sedikit pun.
Paling menarik, SUARAM mendakwa bahawa kes perbicaraan Scorpene telah dibuka di Perancis di mana NGO itu telah mengumpul derma bagi perbelanjaan mereka memperjuangkan kes tersebut di negara itu.
Malangnya, tembelang mereka pecah apabila pihak mahkamah di Perancis mengeluarkan satu kenyataan yang mengejutkan ramai apabila mengesahkan bahawa tiada sebarang kes yang melibatkan kapal selam sedang berlangsung di sana.
Nah! Persoalan demi persoalan berkecamuk di fikiran rakyat, khususnya yang pernah menghulurkan derma untuk SUARAM.
NGO itu mendakwa kes Scorpene sedang berlangsung di Perancis, tapi mengapa pula mahkamah di negara itu menafikan kenyataan tersebut dan apakah ada negara lain yang bernama "Perancis" selain dari negara tersebut di atas peta dunia?
Ke mana perginya dana yang dikumpul dari rakyat untuk menyelesaikan kes Scorpene yang selama ini dijaja oleh SUARAM selama bertahun lamanya dan apakah dana tersebut digunakan pertubuhan itu untuk melancong di Perancis?
Lebih memalukan lagi, di mana SUARAM mahu letak muka setelah dikesan menerima dana lumayan dari Yahudi sedangkan mereka selama ini berlakon seolah-olah tiada sumber dana, miskin dan memerlukan pertolongan dari sudut kewangan!
Hakikatnya memang benar SUARAM tidak lagi punya kreadibiliti atau maruah diri, hanya NGO itu saja yang muka tak tahu malu kerana mahu terus berdiri meneruskan propaganda Pakatan Haram yang begitu terkenal menipu rakyat di segenap pelusuk negara…
SAM Bacile atau nama sebenarnya, Nakoula Basseley Nakoula, adalah seorang Yahudi yang kini dalam pelarian apabila dia diburu oleh berbilion umat Islam yang mengamuk menghalalkan darah kafir laknatullah itu.
Reaksi itu adalah hasil dari filem pendek yang dihasilkan lelaki Yahudi itu yang bertajuk "Innocence Of Muslims" yang jelas menghina junjungan kita, Rasulullah SAW, sekaligus membuatkan kebangkitan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.
Di Malaysia, muncul pula "Yahudi kecil" yang tiba-tiba gatal mulut memperlekeh bantahan umat Islam terhadap Sam Bacile dan ia menyebabkan ramai yang tidak berpuas hati terhadap pemimpin DAP yang bernama Ngeh Koo Ham itu.
Antara yang marahkan Sam Bacile dan Ngeh Koo Ham itu ialah Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat yang menyelar kedua-dua individu terbabit.
Nampaknya Nik Aziz lebih nampak "kuman di seberang laut", sedangkan "gajah di depan matanya" langsung dia tidak nampak!
Sebelum ini kita digemparkan dengan khutbah Jumaat yang disampaikan oleh seorang khatib jemputan di Padang Serai di mana dia mendakwa bahawa Rasulullah SAW telah menyebut nama Anwar Ibrahim di dalam mimpi para pemimpin Ikhwanul Muslimin.
Khatib itu berkata, mimpi tersebut muncul di dalam tidur para pemimpin Ikhwanul Muslimin dan di dalam mimpi itu Rasulullah SAW menyebut bahawa Islam akan menang di Malaysia di zaman Anwar Ibrahim.
Persoalannya, apakah logik dan dapat diterima akal bahawa para pemimpin Ikhwanul Muslimin itu bermimpi perkara yang sama, berbicara dengan Rasulullah tentang perkara yang sama dan menyebut nama individu yang sama?
Benarkah mimpi tersebut atau ia hanyalah rekaan oleh mereka yang terdesak mahu menjadi Perdana Menteri dengan mudah?
Begitu juga dengan insiden baru-baru ini apabila bekas Menteri, Tan Sri Kadir Syeikh Fadzir menyatakan dalam ceramahnya di Sabah bahawa dia mendengar suara Allah yang meminta dia kembali ke arena politik.
Logikkah dakwaan Kadir itu sedangkan diriwayatkan bahawa hanya Rasulullah SAW dan Nabi Musa saja yang pernah mendengar suara Allah.
Siapakah Kadir untuk Allah berbicara dan memperdengarkan suaraNya dan apakah dia terpilih untuk mendengar suara Allah setelah dia menyertai kem Pakatan Haram?
Lagipun, wahyu dari Allah tidak akan diturunkan lagi setelah kewafatan Rasulullah SAW memandangkan Baginda adalah "khatamul anbiya" dan hadis menjelaskan kedudukan Muhammad bin Abdullah sebagai Rasul yang terakhir sebelum kiamat.
Persoalannya, mengapa Nik Aziz membisu, tidak menegur atau memarahi khatib dan Kadir sedangkan kedua mereka jelas menghina Rasulullah SAW?
Apakah hanya kerana Sam Bacile tidak berada di Malaysia dan Ngeh Koo Ham kebetulan seolah-olah membela Yahudi itu maka Nik Aziz berani menyelar kedua "jenis Yahudi" tersebut?
Saya melihat sikap yang ditunjukkan Mursyidul Am PAS itu sebagai "double standard" dan dia hanya berani marahkan pihak yang dia tahu akan memberikan "mileage" politik kepadanya menjelang pilihanraya yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Mungkin Nik Aziz sedar bahawa usia politiknya sudah "senja" dan ramai pemimpin di dalam partinya sedang menunggu masa dia kehilangan pengaruh sebelum dia disingkirkan secara halus.
Namun, apa yang Nik Aziz tidak tahu bahawa dia sepatutnya bersara dari terus menjadi pemimpin yang memecah belahkan umat Islam di negara ini dengan mengeluarkan fatwa-fatwa yang begitu karut serta menyimpang dari ajaran Rasulullah SAW.
Persoalannya, apakah Nik Aziz sanggup marah pada dirinya sendiri? Rasanya tidak…
Pilihan raya serentak boleh jimat wang pembayar cukai: Karpal
GEORGETOWN: Pilihan raya serentak, negeri dan parlimen, dapat menjimatkan banyak wang pembayar cukai, kata Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh.
"Pada pandangan saya, pilihan raya harus diadakan pada penghujung penggal lima tahun," kata beliau.
Karpal Singh mengulas mengenai pilihan raya bagi dewan undangan negeri Selangor yang dicadangkan diadakan berasingan dari pilihan raya umum ke-13 akan datang.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Selangor tidak dapat mengadakan pilihan raya serentak dengan pilihan raya kebangsaan kerana menurutnya Suruhanjaya Pilihanraya (EC) belum membersihkan daftar pemilih bagi Selangor.
Karpal Singh berkata, rakyat mengundi kerajaan untuk tempoh lima tahun, oleh itu ekspektasi itu perlu dipenuhi. a
"Memang Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) mengambil alih kedudukan itu daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Najib mahukan mandat baru rakyat, tetapi itu boleh dilakukan dengan memenuhi penggal lima tahun," kata Karpal Singh.
Najib mempunyai masa hingga 28 April tahun depan untuk membubar parlimen dan mengadakan pilihan raya.
Jika tidak Parlimen akan bubar dengan sendirinya pada 29 April dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) wajib menetapkan tarikh pilihan raya dalam tempoh dua bulan selepas itu. - BERNAMA
Kuala Lumpur : Orang Melayu diigatkan supaya tidak terpedaya dengan DAP yang sama sekali tidak berminat memperjuangkan isu-isu sensitif berkaitan Islam dan ini terbukti dengan tindak-tanduk Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, baru-baru ini.
Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mendedahkan bagaimana dalam mesyuarat dan ceramah DAP, ketika isu Islam dibangkitkan mereka hanya mendiamkan diri.
"Saya ingat lagi bagaimana dalam mesyuarat dan ceramah, andai isu Islam dibangkitkan, mereka akan cuba mengelak daripada berbincang, Kecuali sesekali mereka akan bercakap tentang hudud dan PAS.
"Perbuatan Khoo Ham yang tidak sensitif dengan perasaan masyarakat Melayu Islam tidak menghairankan saya malah sikap itulah pendirian DAP sebenar. Mereka hanya berminat mendapatkan undi melayu bukan perjuangan Islam.
"DAP sering mempamerkan sifat anti-Islam dalam banyak perkara. Sebelum ini, mereka juga membuat kecoh dengan undang-undang pemakaian songkok dalam Dewan Undangan Negeri (DUN). Mereka tidak mempunyai sebarang agenda Islam dalam perjuangan mereka," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia disini hari ini.
Beliau mengulas tindakan Koo Ham yang didakwa mengeluarkan provokasi terhadap hasrat Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bergabung dengan Dewan Pemuda Pas mengadakan protes terhadap filem kontroversi Innocence of Muslims.
Tweet yang berbunyi : "Khairy mahu umat Islam memprotes Sam Bacile. Ia untuk Islam atau kepentingan politiknya? Adakah umat Islam membuang banyak masa dan tenaga untuk ini?"
Tunku Abdul Aziz membidas sikap pilih kasih yang ditonjolkan oleh DAP yang mempersoalkan umat Islam membuang tenaga dan masa dalam mengadakan protes terhadap filem tersebut.
"Perhimpunan bersih yang memporak-perandakan satu negara kononnya untuk pilihan raya yang lebih bersih, itu elok buat mereka.
"Mempergunakan pelajar dan golongan muda untuk melakukan demonstrasi haram di jalanan termasuk pada ambang merdeka bukan salah tetapi protes untuk meluahkan perasaan umat Islam adalah membunag masa? sungguh biadap mereka ini," tegasnya.
Tunku Abdul Aziz turut mempersoalkan sikap sambil lewa kepimpinan tertinggi seperti Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan setiausaha Agung, Lim Guan Eng yang sehingga ini enggan mengeluarkan kenyataan membidas Koo Ham.
"Bukankah mereka berdua ini sungguh lantang selama ini? Mengapa diam kini? Adakah ini pendirian DAP? Demonstrasi haram di jalanan adalah betul dan protes aman tanda tidak puas hati adalah tidak betul?
"Saya ingin memberi amaran kepada mereka jangan cuba politikkan isu berkaitan dengan agama. Sudah menjadi amalan DAP untuk mempolitikan semua pekara tetapi jangan bermain dengan sentimen orang Islam. Setiap orang Islam mempunyai hak untuk meluahkan perasaan mereka pada bila-bila masa sahaja," katanya.
Beliau turut menggesa rakyat Malaysia khususnya masyarakat Melayu untuk melihat keangkuhan serta perjuangan sebenar DAP dan henti menyokong mereka.
"DAP sering memperlihatkan sikap rasis dalam banyak perkara terutamanya perkara berkaitan agama dan kepercayaan. Janganlah kita terpengaruh dengan janji manis mereka yang kononnya turut berjuang untuk orang Melayu.
"Sedarlah sebelum terus dipergunakan oleh mereka untuk kepentingan mereka sendiri," ujarnya. - Utusan Malaysiaku sayang
You are subscribed to email updates from DIMENSI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Isu Kepulauan Spratly di Laut China Selatan terus menjadi konflik besar di rantau Asia Tenggara . Ini kerana selain negara Asean seperti Filipina, Brunei, Malaysia dan Vietnam , negara kuasa besar China juga menuntut seluruh atau sebahagian wilayah di Kepulauan Spratly, yang dipercayai memiliki sumber galian dan minyak.
Bagi negara tercinta kita Malaysia , hanya Pulau Layang-Layang menjadi lambang kedaulatan negara kita di tengah lautan luas Laut China Selatan hingga kini .
Awal tahun 80 an , tiada pun pulau layang -layang ini .Yang ada hanyalah terumbu karang. Tetapi hasil kebijaksanaan bekas Perdana Menteri ketika itu iaitu negarawan ulung Tun Dr Mahathir , beliau mengarahkan pasukan komando kita menawan terumbu itu & jadikan ia sebuah pulau .
Langkah pantas Tun mengarahkan tentera kita menguasai pulau berkenaan membuktikan kedaulatan negara sentiasa dilindungi kerajaan .
22.Bekas Perdana Menteri Tun Seri Dr Mahathir Mohamad, negarawan terulung kita kemudian mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menguasai kawasan itu. 22.Maka terkial-kial lah ATM menghantar personal dari Rejimen Gerak Khas (RGK) untuk menduduki terumbu yang besarnya hanya sekangkang kera, masa itu Pasukan Khas Laut (Paskal) tidak campur tangan lagi. 23.Kasihan, dengan kudrat komando yang tidak seberapa (depa pun manusia juga, ada anak bini), maka kawan-kawan kita yang gagah berani menakluki Terumbu Layang-layang dengan apa sahaja kekuatan yang ada. 24.Langkah pertama adalah menghantar komando, masa itu stesyen Lima belum dibina, apabila air laut naik, komando-komando kita bersusah payah untuk memanjat pokok dan tidur sepanjang malam dengan seribu kepayahan diharung taufan dan hujan lebat.
25.Dalam proses itu, penempatan sementara dari papan dan kayu kayan dibina oleh gabungan tentera darat, laut dan semua penghantaran dibuat oleh helikopter Nuri milik Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM). 26.Amanah negara mereka pikul dengan jujur, ketika orang lain tidur dengan selesa, mereka bertungkus lumus untuk memacakkan kedaulatan negara di tanah yang asing dari tanah yang mereka pernah kenal sebelum ini. 27.Di Tanah Besar Semenanjung, modul-modul untuk stesyen Lima sedang dibina. 28.Ia merupakan projek yang penuh dengan kerahsiaan kerana itu modul-modul ini di buat di Semenanjung dan tidak di kawasan terhampir sama ada di Sabah mahupun Sarawak. 29.Modul-modul ini kemudian diletakkan di atas sejenis kapal tongkang atau "barge" dan di "camoflage" dengan kayu kayan serta papan-papan lapis. 30.Pelayaran mereka mengikuti perairan antarabangsa sebenarnya terpaksa melalui kawasan berhampiran wilayah Singapura dan Indonesia. 31.Kapal-kapal perang TLDM mengiringi pelayaran tongkang-tongkang ini yang mengambil masa sekurang-kurangnya 4 minggu untuk sampai. 32.Yang celakanya, rupa-rupanya ada mata yang memerhatikan pelayaran tongkang ini, mereka terdiri dari unit-unit pasukan khas Singapura dan Indonesia. 33.Kali pertama komando Singapura cuba mendekati tongkang tersebut, tanpa segan silu, kapal TLDM yang mengiringi memberikan arahan supaya mereka beredar dari menaiki tongkang, senjata yang siap di pasang dengan peluru diarahkan, komando Singapura berundur. 34.Kali kedua, komando Indonesia pula naik, dan berjaya naik, tanpa teragak-agak peluru mesingan dilepaskan, habis bertempiaran komando Indonesia ini terjun ke laut, terbunuh atau cedera tidaklah diketahui. 35.Layaknya sebagai manusia, negara-negara terbabit sudah tentu mahu apa yang dibawa oleh tongkang-tongkang ini sehingga pelayarannya diiringi oleh kapal perang. 36.Akhirnya stesyen LIMA terpacak megah. INSIDEN DI STESYEN LIMA 37.Oleh kerana perbatasan Layang-layang ini merupakan kawasan panas, ia tidak terlepas dari aksi-aksi senjata kecil. 38.Satu ketika, tentera kita berjaya menguasai beberapa buah pulau, silapnya mereka meletakkan tugu, esok datang balik, tugu tersebut telah diletupkan dan digantikan dengan pasukan askar Vietnam lengkap dengan meriam. 39.Akhirnya pucuk pimpinan negara menetapkan keputusan untuk menguasai kawasan yang sedia ada sahaja. 40.Ada juga unit tentera kita terserempak dengan barang-barang tinggalan asing macam lampu suluh buatan China di kawasan stesyen Lima membuktikan bahawa kubu tersebut dicerobohi oleh komando-komando China tetapi tidaklah berlaku sebarang pertempuran dengan China. 41.Kapal-kapal selam China sendiri pernah berlabuh begitu dekat dengan stesyen Lima tetapi tidak ada ketengangan yang wujud, kehadiran mereka dianggap tidak membahayakan tetapi langkah-langkah keselamatan tetap diambil. . SETERUSNYA
Cukup melucukan sekali jawapan seorang lawyer terkenal seperti Karpal yang pertahan Guan Eng kerana melantik dirinya sebagai Ketua Menteri setelah menawan negeri P.Pinang pada 2008 .
Kerana bapanya Kit Siang ada hubungan lama dengan P.Pinang membolehkan Guan Eng menjadi Ketua Menteri ?? haha....
Tapi lihat lah sendiri apa dia bikin di negeri ini , rakyat negeri ini semakin susah terutama peniaga kecil yang diganggu siang & malam oleh penguatkuasa kerajaan yang mendapat arahan seorang Ketua Menteri dari luar P.Pinang .
Selain itu , yang mengemparkan sekali Karpal akui jawatan Setiausaha DAP adalah paling berkuasa dalam parti itu . Jadi tak hairan la Mansor panggil Guan Eng sebagai TOKONG kerana dia paling tertinggi dalam DAP .
Dalam perkembangan lain, Karpal Singh berkata jawatan ketua menteri Pulau Pinang tidak semestinya hanya boleh disandang seseorang yang dilahirkan di negeri ini seperti yang didakwa bekas naib presiden DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim. "Lim Kit Siang mempunyai hubungan dengan pulau Pinang sejak sekian lama. Keluarga Lim mempunyai kediaman di sini. Memanglah Lim Guan Eng dilahirkan di Batu Pahat, tapi hubungan yang ada antara beliau dengan Pulau Pinang sudah memadai untuk menjadikan beliau pilihan yang betul untuk menjadi ketua menteri," katanya. Semalam, Tunku Aziz berkata ketua menteri Pulau Pinang sepatutnya adalah anak tempatan, bukan ahli politik yang dibawa dengan payung terjun ke negeri ini dari tempat lain dan sehubungan itu, beliau mencadangkan agar pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow dipilih sebagai ketua menteri. Mengenai komen Tunku Aziz bahawa pengerusi DAP kebangsaan itu kadangkala diketepikan, Karpal berkata beliau menghormati pandangan itu, walaupun ia tidak tepat dan tidak berasas. "Dalam DAP, berbeza dengan parti lain, setiausaha agunglah yang paling penting, tapi ini tidak bermakna pengerusi diketepikan," katanya. -BERNAMA
Pembohongan Nurul Izzah yang menuduh pusat kawalan udara tak berfungsi disebabkan sistem radar kantoi. GPB yakin beliau mendapat info ini orang dalam DCA sendiri tetapi tidak mendedahkan perkara sebenar yang berlaku .
Sebaliknya , beliau suka mempolitikkan isu ini dengan mengaitkan dengan BN/UMNO . Walhal yang menyebabkan pusat kawalan tidak berfungsi selama sejam adalah gangguan bekalan tenaga (elektrik) dengan sistem radar .
Mengapa Nurul Izzah tak dedahkan ini punca masalahnya ? Kalau kita membeli TV LCD di rumah , tiba-tiba bekalan elektrik TNB terputus , tak kan nak dipersalahkan pengeluar TV berkenaan ???
Macam itu juga dengan Nurul Izzah ...nak main politik mungkin dia pandai berbelit tapi soal teknikal sorry la.. MEMALUKAN !!
Jabatan Penerbangan Awam (DCA) menafikan hilang kawalan terhadap pesawat di sektor Pusat Sistem Kawalan Udara Kuala Lumpur selepas gangguan bekalan tenaga menyebabkan radar pusat tidak berfungsi lebih sejam minggu lepas. "Kami alami gangguan kuasa ekoran masalah dengan pemutus litar dan radar tidak beroperasi," akui Ketua Pengarah DCA Azharuddin Abdul Rahman kepada Malaysiakini. Beliau menegaskan, masalah itu tidak berkaitan dengan kawalan trafik udara tetapi hanya gangguan tenaga. Azharuddin menjelaskan pihaknya tidak perasan apabila pemutus litar terputus. Bagaimanapun, tambahnya, walaupun bekalan alternatif kembali seperti biasa, radar tiada sambungan selepas bateri UPS kehabisan tenaga. Beliau bagaimanapun menafikan dakwaan hilang komunikasi radio. Katanya, walaupun frekuensi dalaman yang digunakan penyelia trafik udara tidak berfungsi, mereka masih boleh berhubung dengan pesawat melalui saluran radio awasan. PKR pagi ini mendakwa Pusat Sistem Kawalan Udara Kuala Lumpur tergendala minggu lalu menyebabkan kegagalan sistem secara sepenuhnya "tanpa radar dan radio", sekali gus menyebabkan penerbangan tanpa panduan.
PENIPUAN PKR ! Pusat kawalan udara di ibu negara tidak berfungsi minggu lalu ekoran kegagalan sistem radar di Pusat Kawalan Trafik Udara Subang, kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar. Beliau berkata, fungsi radar dan radio tergendala selama dua jam menyebabkan semua penerbangan dibatalkan dan kawalan ruang udara diserahkan kepada negara jiran. Beliau mendedahkan laporan interim Jabatan Penerbangan Awam (DCA) oleh kontraktor penyelenggaraan sistem pada 12 September, jam 2.50 pagi bagi membuktikan perkara itu. Menurut Izzah, syarikat bertanggungjawab mengawalselia sistem terbabit adalah Advanced Air Traffic Systems Sdn Bhd (AAT) yang dimiliki anak bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Jamaluddin Jarjis. "Pelbagai kenyataan media, permintaan penjelasan dan audit bebas terhadap sistem yang dibangun dan diselenggara SELEX Sistemi Integrati dan AAT dibuat. "Namun Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) tidak mengendahkan, malah memperkecil catatan sistem yang menelan belanja 26.05 juta Euro (RM128.4 juta)," katanya pada sidang media di hadapan DCA, di Subang hari ini.
DAP dilihat tidak akan melayan desakan Umno agar Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, yang kini berhadapan dengan kontroversi mesej Twitter, agar dilucutkan kesemua jawatan dalam parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu. Menurut Timbalan Pengerusinya, Dr Tan Seng Giaw, Koo Ham akan diberi nasihat dan diambil tindakan susulan yang wajar dan adil memandangkan pemimpin itu telah pun memohon maaf. Seng Giaw berkata, permohonan maaf Koo Ham sendiri menggambarkan pemimpin DAP Perak itu mendengar nasihat yang diberikan parti.
"Kita sudah bagi nasihat pun sebelum ini supaya sentitif terhadap perkara yang berkaitan agama. Tapi jika perkara itu berlaku, seperti Ngeh (Koo Ham), kita akan fikirkan tindakan yang sewajarnya serta adil," kata beliau kepada Sinar Harian Online pagi ini.
Ahli Parlimen Kepong ini juga dilihat memberi gambaran agar semua pihak perlu bersikap terbuka untuk memaafkan Koo Ham dan tidak wajar terus meminta dikenakan tindakan tegas, sebagaimana didesak oleh Umno, kerana beliau telah pun meminta maaf kelmarin.
"Beliau pun sudah mohon maaf, apa lagi kita boleh buat, tak akan kita nak hapuskan dia pula, dan saya yakin Islam agama yang murah hati," katanya. Menurutnya, Koo Ham, yang juga Ahli Parlimen Beruas, akan terus diberi nasihat dan akan dikenakan tindakan sewajarnya atas keterlanjuran beliau mempertikaikan langkah umat Islam mengadakan bantahan menentang filem Innocence of Muslims ketika mesyuarat jawatankuasa eksekutif pusat minggu depan.
Semalam, ramai pihak mendesak DAP mengambil tindakan tegas terhadap Koo Ham termasuk melakukan siasatan. Dalam pada itu, ada juga yang mengatakan permohonan maaf tidak cukup bagi membersihkan dirinya dan menggesa DAP memecat dari parti itu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mahu pihak berkuasa menjalankan siasatan segera berhubung laporan polis yang dibuat orang ramai yang membantah kenyataan Koo Ham.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Pengerusi Kelab Putera 1 Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim mendesak DAP mengambil tindakan tegas termasuk perlu dilucutkan kerana ucapan maaf yang diucapkan tidak mencukupi. Azeez membuat desakan itu pada himpunan aman anjuran Pemuda Umno di Kampung Baru semalam.
Justeru, Seng Giaw berkata, DAP sentiasa mengambil kira semua perkara yang melibatkan sentiviti termasuk agama, kaum dan sebagainya. Tambahnya, keterlanjuran Koo Ham dalam mengeluarkan kata-kata yang menghina agama lain memang tidak wajar, namun hukuman yang sepatutnya dikenakan adalah keatas pengeluar filem kontroversi tersebut. "DAP sentiasa bertegas dengan perbuatan yang menghina agama, kaum orang lain, tapi orang perlu dihukum dan dipersalahkan sekarang adalah pembuat filem tersebut. "Kita juga tidak suka agama orang lain dihina sebegitu rupa, dan sasaran kita yang tepat adalah pembuat filem itu," katanya lagi.
- Cadangan DAP Kedah untuk menambah kerusi Parlimen dan DUN bagi Negeri Kedah pada Pilihan Raya Umum 13 (PRU13) wajar dipertimbangkan Pakatan Rakyat.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menjelaskan, pihak DAP Kebangsaan menyokong cadangan yang dibangkitkan pimpinan parti peringkat Negeri tersebut yang telah mengemukakan tuntutan 2 kerusi Parlimen iaitu di Alor Setar dan Padang Serai dan 6 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) membabitkan Kota Darul Aman, Bakar Bata, Derga, Bakar Arang, Gurun dan Lunas. "
DAP tetap mahu tambahan kerusi untuk bertanding pada PRU13, ketika PRU12 kita hanya letak calon di Kota Darul Aman dan Derga. Jumlah ini amat kecil dan ia tidak boleh diterima untuk PRU13," katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Tahunan DAP Kedah, di Dewan Perhimpunan Cina Kedah, semalam.
Setiausaha Agung DAP itu turut menggesa agar isu pengagihan kerusi yang melibatkan DAP dan PKR tersebut diperbicangkan secara teliti bagi mengelakkan tercetusnya perselisihan pendapat yang bakal menimbulkan ketidakpuasan hati kedua-dua pihak.
"Jika tidak boleh bincang lagi di peringkat negeri, ia tak perlu bincang. Biar Pusat buat keputusan muktamad dan kedua-dua pihak terima keputusan. Jangan bergaduh sesama sendiri, ia membuang masa, kita hanya mahu lawan BN sahaja, bukan dalam PR," katanya.
Beliau turut menyeru agar pimpinan Negeri menggunakan platform DAP Kebangsaan bagi memperhalusi cadangan tersebut untuk dibawa ke Sekretariat Pakatan Rakyat (PR) jika ianya menemui jalan buntu. "Biar Pusat tentukan jika masih tidak dapat diselesaikan.
Saya harap hasrat DAP Kedah diberi pertimbangan sewajarnya oleh rakan-rakan dalam pakatan untuk bergerak sebagai satu pasukan, dalam usaha mengekalkan kuasa di negeri ini. Kita tumpu pada gerak kerja parti sudahlah, biar Pusat putuskan. DAP juga mahu menyumbang lebih pada PR," katanya.
Agak-agaknya apa alasan yang hendak diberikan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail selepas 'pendedahannya' tentang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kantoi terang-terangan. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam sidang media di pejabatnya di Putrajaya pagi Jumaat berkata wujud unsur penipuan yang berlaku dalam audit daftar pemilih yang dilakukan oleh PKR di negeri Selangor.
Abdul Aziz berkata beliau amat kecewa dengan tindakan Saifuddin menggunakan sekeping gambar dan alamat surat-menyurat sebuah pondok di Gombak untuk menyokong dakwaannya mengenai 13 pengundi meragukan yang berdaftar menggunakan alamat tersebut.
Penipuan tersebut dikesan oleh SPR selepas Abdul Aziz dan Saifuddin dijemput dalam sebuah program radio Bernama baru-baru ini.
"Dalam program tersebut Saifuddin menunjukkan kepada wartawan gambar sebuah pondok yang dikatakan terdapat 18 orang pengundi berdaftar di Kampung Sungai Pusu, Gombak. "Saya minta dia tunjukkan gambar tersebut, gambar tersebut kami ambil untuk buat kajian.
"Saya mengarahkan beberapa pegawai saya untuk memeriksa kawasan tersebut dan sebenarnya kawasan itu luas dan dikelilingi rumah apabila SPR turun dilapangan, rupa-rupanya, pondok itu adalah tempat letak motosikal dan sebenarnya terdapat 32 buah keluarga tinggal kampung tersebut, gambar tersebut sebenarnya di crop. "Ini salah satu bukti penipuan dalam audit yang dilakukan oleh PKR," kata Abdul Aziz. "Pondok itu hanya digunakan oleh penduduk di kawasan itu untuk meletakkan motosikal dan terdapat kedai kopi di sana yang menggunakan alamat surat-menyurat itu. "Peti surat disitu digunakan sebagai address point para penduduk kawasan itu...," "Rumah-rumah tersebut terletak di bukit sekitarnya dan dilindungi pokok. Sebab mengapa mereka menggunakan alamat sama adalah kerana ia terletak di atas tanah rata dan memudahkan posmen untuk menghantar surat.
"Ini tidak unik...terdapat banyak kes di mana orang ramai menggunakan alamat sama atas sebab-sebab serupa. Ia tidak bermaksud pengundi-pengundi ini tinggal di pondok tersebut," katanya. Menurut beliau lagi, SPR rasa seperti diperbodohkan pembangkang.
"Sebab itu apabila terdapat kekeliruan atau tidak jelas tentang sesuatu perkara, datang berjumpa SPR."Jangan terus dedah kepada media kerana ini akan mengelirukan orang ramai," kata pengerusi SPR itu lagi.
Abdul Aziz turut menunjukkan gambar-gambar hasil penyiasatan yang dilakukan oleh pasukan penyiasat SPR Selangor ke Kampung Sungai Pusu yang menunjukkan 32 keluarga yang menetap di kampung tersebut menggunakan satu alamat yang terletak di pondok tersebut. Mengulas hasrat beberapa negeri yang ditadbir pakatan pembangkang mahu mengadakan pilihan raya secara berasingan kerana Daftar Pemilih meragukan, Abdul Aziz berkata, berdasarkan undang-undang mereka boleh berbuat demikian.
Namun katanya, dakwaan bahawa Daftar Pemilih meragukan adalah suatu yang tuduhan yang serius memandangkan SPR memberi ruang dan peluang kepada pemilih untuk melakukan semakan dan bantahan serta pembetulan.
Sejak 2008 hingga suku kedua 2012, SPR membersihkan 480,229 nama daripada Daftar Pemilih dengan jumlah tertinggi dicatat di Perak, Johor, Selangor, Kedah dan Kelantan. Di Selangor, pembersihan mengikut kategori pemotongan ialah 41,645 (kematian); 704 (bersara tentera); 462 (bersara polis); 587 (hilang layak mengundi); 1,286 (hilang layak pengundi awam); 929 (masuk polis); 690 (masuk tentera); 1,094 (lucut warganegara); 96 (pulang dari luar negara); 211 (pergi ke luar negara); 416 (sabitan mahkamah); sembilan (pendaftaran berganda) dan 370 silap pendataan.
Bagi pendaftaran baharu dan pertukaran alamat bagi tempoh 2008 hingga Daftar Pemilih Suku Tahun kedua 2012 pula Selangor mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 615,281 disusuli Johor (449,209), Perak (384,291), Sarawak (275,127) dan Sabah (271,131). Jumlah pemilih berdaftar sehingga Ogos lalu adalah seramai 13,052,374 orang di mana 12,778,127 orang adalah pengundi biasa dan 274,247 orang adalah pengundi tidak hadir yang terdiri daripada tentera, polis dan pengundi luar negara.
Kredibiliti portal pro pembangkang Malaysiakini terus dipersoalkan berikutan sikap berdiam diri mereka tidak mengakui menerima dana asing iaitu penyangak mata wang George Soros .
Terbaru bekas Pengarang Berita Malaysiakini mendedahkan antara sebab beliau meletakkan jawatann adalah sikap pemilik portal itu yang tidak berterus-terang /mengakui menerima dana dari George Soros .
Kalau sudah bekas wartawan sendiri pertikaikan dari mana sumber dan & itu pun tidak mampu dijawab secara telus , ternyata ketelusan & keterbukaan mereka yang selalu diungkapkan hanyalah palsu .
PETALING JAYA 21 Sept. - Wartawan veteran YL Chong meletak jawatan sebagai Pengarang Berita Malaysiakini lebih sedekad yang lalu kerana pengurusan portal berita itu enggan mengakui menerima dana daripada penyangak mata wang, George Soros.
"Saya minta Malaysiakini 11 tahun lalu supaya berterus-terang dan tidak menyembunyikan maklumat seumpamanya daripada pelanggan dan pembaca kami.
"Saya memutuskan untuk meletak jawatan kerana saya sudah tidak sealiran dan tidak boleh menyembunyikan kaitan (Malaysiakini) dengan Soros," katanya kepada The Star di sini hari ini.
Chong menegaskan, beliau tidak menentang penerimaan dana asing tetapi hendaklah berterus-terang selepas menerima wang tersebut.
"Namun saya percaya pada etika kewartawanan, terutama tatkala Malaysiakini mengisytiharkan dirinya sebagai mempromosikan ketelusan dan keterbukaan," kata beliau.- UM
Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim sedia menjelajah ke seluruh negara bagi membuka minda rakyat, khususnya penyokong pembangkang supaya membuat keputusan tepat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.
Menurutnya, beliau mahu pengundi membuat pilihan berdasarkan akal fikiran bukannya mengikut perasaan.
Ia kerana, jelasnya, PRU-13 sangat penting untuk Malaysia dan rakyat seharusnya membuat pilihan yang tepat demi masa depan mereka.
"Kita mahu rakyat dimaklumkan mengenai perkara sebenar supaya mereka dapat membuat keputusan tepat.
- Malaysia termasuk dalam senarai 40 negara yang tidak mendapat tambahan kuota haji daripada kerajaan Arab Saudi bagi tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini. Beliau berkata kegagalan mendapatkan penambahan kuota itu disebabkan keputusan kerajaan Arab Saudi yang menetapkan hanya satu peratus daripada jumlah penduduk sesebuah negara dibenar menunaikan ibadah haji. "Semua negara diberi kuota sebanyak satu peratus daripada jumlah penduduk bagi setiap negara... Kita ada 28 juta orang rakyat bermakna kerajaan Arab Saudi hanya membenarkan seramai 28,000 orang jemaah sahaja daripada negara kita," katanya pada sidang media selepas menutup Persidangan Penyelarasan Undang-undang Syarak dan Sivil ke-22, di sini. Katanya Malaysia memohon penambahan kuota sebanyak 10,000 memandangkan jumlah yang menunggu giliran untuk menunaikan ibadat haji kini mencecah 982,000 orang. Pada 12 Sept lalu, Tabung Haji menghantar surat rasmi buat kali kedua kepada kerajaan Arab Saudi bagi memohon tambahan kuota sebanyak 10,000 orang jemaah haji Malaysia untuk tahun ini. - BERNAMA
Kepada pencacai-pencacai PAS & PKR sebelum ini syok yang hentam Jamil Khir pasal cakap kerajaan Arab Saudi marah Malaysia dulu kerana berdemo Bersih , nah sekarang terima lah akibatnya .
Tuduh Jamil Khir tipu la dan hanya kerajaan BN sahaja gempak lebih , hari ini lihat lah sendiri kebenarannya .
Kerana nila setitik rosak susu sebelanga ... siapa nak jawab pasai apa 10 ribu kuota tambahan jemaah haji untuk Malaysia tak dapat ??
Pengurusan haji Malaysia adalah yang terbaik di dunia tapi mengapa tak dapat ?
Juak-juak pencacai BERSIH terutama anak Nik Aziz tu jawab la ..pasai tindakan bodoh & bangang la kuota haji tambahan untuk Malaysia tak dapat.
Patut la marah betul peniaga-peniaga Melayu di Pdg Kota Lama kepada kerajaan regim DAP & balaci mereka iaitu MPPP. Habis barang -barang mereka dirampas macam gangster . Dikhabarkan unit khas balaci regim DAP ini mendapat elaun /OT khas untuk buat kerja yang jelas menindas peniaga ini .
Walaupun peniaga dalam video ini adalah Apek , tapi mungkin macam ini lah agaknya mereka bikin kepada semua peniaga di Pdg Kota Lama ini.
Kalau tak ada penjaja-penjaja ini berniaga seperti jual air , rojak , permainan ..sapa la nak pi dudul beristirehat petang -petang lagi agaknya . Nak berniaga je , Guan Eng arah pi tangkap dan rampas barang mereka ....
DAP memang zalim terhadap peniaga kecil bila berkuasa !!
- Syarikat pengeluar barangan elektrik, Sony Corp. memperkenalkan gajet permainan videonya iaitu PlayStation 3 (PS3) yang lebih kecil, nipis dan ringan menjelang cuti akhir tahun nanti.
Langkah itu dilakukan sebagai persediaan untuk menangani saingan yang semakin sengit daripada telefon pintar. Pengumuman itu dibuat semalam, sehari sebelum menjelang acara tahunan Tokyo Game Show yang akan dihadiri oleh pencipta-pencipta permainan video bersama produk masing-masing.
Model terbaharu PS3 itu mempunyai saiz yang hampir sama dengan sebuah komputer riba dan separuh lebih kecil berbanding saiz model asal yang diperkenalkan pada tahun 2006.
Model terbaharu itu ditawarkan dengan dua pilihan cakera keras dalaman lebih besar iaitu 500 gigabit dan 250 gigabit berbanding model sedia ada iaitu 320 dan 160 gigabit. Pelancaran global akan bermula pada 25 September di Amerika Utara menerusi versi PS3 yang memiliki kapasiti cakera dalaman 250 gigabait. Gajet itu dijual pada harga AS$269 (RM823) seunit. - AP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan