Ahad, 22 Julai 2012

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Pegawai Khas Blog Ali Rustam gaji tertunggak RM24,370?

Posted: 22 Jul 2012 02:23 AM PDT

Ahmad Faisal menunjukkan surat penolakan gaji ketika berkhidmat di pejabat sebuah parti politik.

(15 Jun 2008 – Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd. Ali Rustam meminta polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak tertentu yang mewujudkan blog palsu menggunakan nama beliau. Mohd. Ali berkata, satu laporan polis berhubung perkara itu dibuat oleh Pegawai Khas Blog beliau, Ahmad Faisal Mohd. Yunos di Balai Polis Melaka Tengah di sini, hari ini.)

Pengendali blog tuntut tunggakan gaji
Sinar Harian - 22 Julai 2012

AYER KEROH - Kelemahan pentadbiran pejabat sebuah parti politik di sini menyebabkan seorang kakitangannya mendakwa masih belum menerima tunggakan gaji sehingga mencecah RM24,370.

Jumlah itu membabitkan jawatan sebagai Pegawai Khas dan Ketua Unit IT sejak kirakira tiga tahun lalu yang turut berperanan sebagai pengendali blog.

Ahmad Faisal Mohd Yunos, 44, berkata, dia menerima surat pelantikan pada 13 Mei 2008 dengan gaji bulanan sebanyak RM3,000.

Bagaimanapun, pejabat terbabit membayar kurang RM1,000 setiap bulan.

Menurut bapa kepada tiga orang anak ini, pada asalnya tunggakan baki gajinya berjumlah RM38,000 dengan mengambil kira 38 bulan gaji.

"Namun, selepas pengurusan pejabat berkenaan diambil alih oleh individu lain awal tahun lalu, gaji saya ditahan bermula Mei 2011 tanpa sebarang notis dan alasan," katanya yang tampil ke pejabat Sinar Harian, di sini semalam.

Ahmad Faisal berkata, dua bulan selepas itu, dia dinasihatkan berhenti kerja, namun dia memberi syarat hanya berbuat demikian sekiranya semua tunggakan baki gajinya dijelaskan.

"Setelah saya mendesak, barulah mereka jelaskan sebahagian daripada jumlah berkenaan iaitu RM11,330 yang diserahkan 20 Disember tahun lalu, termasuk kiraan bayaran penolakan jumlah hutang yang saya pinjam sebelum ini iaitu RM2,300.

"Tetapi baki jumlah RM24,370 lagi masih tidak dijelaskan kerana mereka memberi alasan sudah ditolak daripada beberapa peralatan di bawah penjagaan saya sebelum ini," katanya.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak berpuas hati kerana penolakan itu tidak mengambil kira susut nilai barangan diambil; antaranya, tiga buah komputer riba, sebuah kamera kompak dan beberapa peralatan lain yang mempunyai nilai kecil.

"Kalau mereka mahukan kesemua peralatan terbabit saya bersedia memulangkannya semula tetapi mereka menggunakan alasan itu untuk tidak membayar gaji saya.


Ali Rustam minta polis siasat blog palsu
MELAKA, 15 Jun 2008 – Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd. Ali Rustam meminta polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak tertentu yang mewujudkan blog palsu menggunakan nama beliau.
Beliau berkata, blog palsu itu ialah http://mohamadalirustam.blogspot.com dan http://mohdalirustam2.blogspot.com.
"Blog saya yang sebenar ialah www.mohdalirustam.com," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mohd. Ali berkata, kedua-dua blog palsu itu masih aktif dengan menyiarkan artikel seolah-olah beliau yang menulisnya dan terdapat komen terhadap artikel berkenaan.
Ada pihak tertentu juga memasukkan komen dalam blog bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menggunakan nama beliau sedangkan komen itu bukan datang daripadanya.
Mohd. Ali berkata tindakan pihak berkenaan tidak boleh dibiarkan kerana orang akan fikir artikel dalam blog palsu itu dilakukan oleh beliau.
Percaya bahawa pihak yang melakukan perbuatan itu mempunyai niat yang tidak baik terhadap dirinya, Mohd. Ali berkata, satu laporan polis berhubung perkara itu dibuat oleh Pegawai Khas Blog beliau, Ahmad Faisal Mohd. Yunos di Balai Polis Melaka Tengah di sini, hari ini. – Bernama


Malacca Governor's birthday honours list
Wednesday October 13, 2004
Pingat Bakti Masyarakat

Ahmad Faisal Mohd Yunos

Lagi wanita mangsa serangan asid di KL

Posted: 21 Jul 2012 06:45 PM PDT

Polis harus memberikan tumpuan untuk menangkap penjenayah yang merupakan pengganas sebenar negara yang mengancam keselamatan rakyat yang tidak dikelilingi atau dilindungi gerombolan polis, SB atau pengawal peribadi dalam kehidupan seharian rakyat marhaen. Sejak tahun 2011 terdapat 15 kes serangan asid terhadap orang awam di sekitar Lembah Kelang dan 2 kes di Seremban yang sehingga kini gagal diselesaikan oleh pihak berkuasa.

Dua sahabat disimbah asid
Harian Metro 22 Julai 2012

KUALA LUMPUR: Dua wanita yang juga rakan baik berusia lewat 30-an cedera di seluruh badan selepas disimbah asid dua lelaki bermotosikal dalam kejadian di Jalan Dewan Bahasa, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, kedua-dua mangsa dilaporkan berjalan ke tempat letak kereta di kawasan itu bagi mengambil kenderaan mereka untuk pulang ke rumah.

Menurut sumber, ketika mangsa dan rakannya sudah menghampiri kenderaan, dua lelaki menaiki motosikal lengkap memakai topi keledar dilihat dipandu laju menuju ke arah mereka.

"Sebaik menghampiri mangsa, pembonceng motosikal itu mengeluarkan satu botol mengandungi cecair dipercayai asid lalu menyimbah ke arah mereka.

"Seorang daripada mereka terkena di belakang badan, tangan dan kaki manakala rakannya pula terkena di dada dan kaki," katanya.

Sumber berkata, kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan itu kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, sebelum diberikan rawatan susulan.

Katanya, keadaan mangsa kini dilaporkan stabil dan masih dirawat di hospital.

Sehubungan itu, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Dang Wangi, di sini, oleh mangsa menuntut siasatan lanjut dilakukan.


Pada tahun 2011 terdapat 15 kes serangan asid terhadap orang awam di sekitar Lembah Kelang dan 2 kes di Seremban yang sehingga kini gagal diselesaikan oleh pihak berkuasa. Kes-kes dan gambar mangsa serangan asid sebelum ini di http://amkns.blogspot.com/2012/02/penyerang-asid-kembali-serang-warga.html

2 lagi wanita disimbah asid di Rawang

28 Mac 2012 KUALA LUMPUR — Seorang wanita dan seorang gadis menjadi mangsa simbahan asid oleh dua lelaki ketika menunggu bas di Batu 16, Rawang, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah berkata, dalam kejadian kira-kira 7 petang itu, S.Rani, 46, dan Nuraqilah Osman, 16, telah disimbah asid oleh seorang daripada suspek yang berjalan kaki.


Penyelia pusat kecantikan cedera parah disimbah asid di hadapan kedai miliknya

KUALA LUMPUR 26 Feb. 2012 - Seorang penyelia di sebuah pusat kecantikan cedera parah selepas disimbah sejenis cecair yang dipercayai asid ketika berjalan kaki di hadapan kedainya di Bandar Tun Hussein Onn, Kajang dekat sini semalam.

Iftar Amal

Posted: 21 Jul 2012 03:54 PM PDT


Tiada ulasan:

Pengikut