Rabu, 8 Jun 2011

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA


Kenyataan Media: Pemuda PAS Bantah Cadangan Pelepasan Kuota Bumiputera

Posted: 07 Jun 2011 09:01 PM PDT

Kenyataan Media: Pemuda PAS Bantah Cadangan Pelepasan Kuota Bumiputera

8 Jun 2011 (Shah Alam) – Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) membantah cadangan pelepasan kuota Bumiputera secara automatik yang akan diluluskan oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam Mesyuarat 
Exco Kerajaan Negeri.

Cadangan terbaru ini adalah membelakangkan beberapa cadangan yang dilihat sangat baik untuk menjaga dan menyediakan satu garis  panduan pelepasan kuota Bumiputera yang telah diluluskan pada Mac 2011.
Cadangan terdahulu adalah seperti berikut:

i.                    Penandaan Pelan
Jawatankuasa Penandaan Unit Kuota Bumiputera akan menentukan unit bumiputera sewaktu penyediaan Pelan.

ii.                  Pemaju hendaklah mengemukakan rekod jualan termasuk senarai nama pembeli Bumiputera dan bukan Bumiputera.

iii.                Jawatankuasa Pelepasan Kuota Bumiputera (JPKB) akan bersidang selepas 6 bulan projek Perumahan mendapat CF/CCC.

Walaubagaimanapun didalam cadangan baru ini, ketiga-tiga elemen tersebut tidak lagi wujud. Ini bermakna pemaju akan berhak menentukan lot-lot Bumiputera dan sudah pasti dengan harga potongan 7% Bumiputera, 
pemaju akan meletakkan lot bumiputera di lokasi yang tidak strategik.

Pemaju juga akan memanipulasi senarai nama pembeli di kalangan pekerja Bumiputera mereka atau mana-mana pihak Bumiputera dan ini menghalang pembeli tulen (genuine buyer) untuk membeli hartanah tersebut.
Ini juga akan menyebabkan Jawatankuasa Pelepasan Kuota Bumiputera tidak akan berfungsi dengan pelepasan kuota Bumiputera yang diberi secara automatik. Cadangan awal yang melibatkan JPKB  adalah untuk membuat kajian pasaran dan JPKB melalui Perumahan Hartanah Selangor Sendirian Berhad boleh membeli hartanah jika difikirkan perlu, namun cadangan baru ini tidak membolehkan JPKB berbuat demikian.
Oleh sebab ini, DPPNS membantah cadangan baru ini atas prinsip berikut:

i.            Isu Hak Bumiputera telah disepakati oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat agar tidak boleh disentuh.
ii.        Kelemahan pelaksanaan penjualan unit Kuota Bumiputera hendaklah diperbaiki dan cadangan baru ini akan menyebabkan hak bumiputera semakin hilang.
iii.                Konsep Self Regulatory pemaju akan menyebabkan penjualan kuota perumahan Bumiputera tanpa kawalan yang akan menyebabkan berlakunya penyelewengan.
iv.                Pihak Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Malaysia (REHDA) Cawangan Selangor terlalu mendesak Kerajaan Negeri dengan pelaksanaan pelepasan kuota bumiputera secara automatik yang dilihat ingin mendapatkan keuntungan yang lebih sedangkan mereka telah pun mendapat keuntungan dengan sistem sedia ada

Oleh itu, DPPNS meminta supaya cadangan baru ini dikaji semula dan dibincangkan secara telus dengan NGO-NGO Melayu dan pihak-pihak yang berkepentingan. Ini bagi membuktikan ketelusan sistem Good Governance iaitu dengan mengambil kira pandangan rakyat sebelum satu-satu keputusan dikeluarkan.


Hasbullah Mohd Ridzwan
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Tiada ulasan:

Pengikut