Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan |
- Sambutan Hari Anak Muda Kelate 2011
- RM16,300 untuk pertandingan blog kreatif
- Pemuda selesai lantik AJK, majoriti profesional
- Kuasa undi anak muda boleh tawan Putrajaya
- "Banyak komen, Umno buat pemilihan kalau berani"
Sambutan Hari Anak Muda Kelate 2011 Posted: 07 Jun 2011 07:38 PM PDT |
RM16,300 untuk pertandingan blog kreatif Posted: 07 Jun 2011 07:37 PM PDT SHAH ALAM, 7 Jun: Kerajaan Negeri Selangor terus mempelbagaikan promosi konsep negeri itu yang terkenal dengan Negeri Idaman; Maju, Sejahtera dan Berkebajikan, kali ini dengan menganjurkan Pertandingan Blog Kreatif yang menawarkan hadiah lumayan. Dengan kerjasama penuh Fakulti Industri Teknologi Maklumat, Universiti Industri Selangor (Unisel), Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Hajah Halimah Ali melancarkan pertandingan itu petang tadi. Hadiah lumayan yang ditawarkan untuk keseluruhan kategori berjumlah RM16,300 dan hadiah iringan yang lain. Dr Halimah berkata, dengan adanya pertandingan yang terbuka kepada tiga kategori pelajar sekolah, penuntut institut pendidikan tinggi dan umum, diharapkan dapat mencapai banyak manfaat berkaitan dengannya. (Gambar: Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Hajah Halimah Ali melancarkan Pertandingan Blog Kreatif, petang tadi) Katanya, bermula hari ini hingga 31 Oktober 2011, pertandingan itu dibuka kepada warganegara Malaysia mengemukakan penyertaan mereka mengikut syarat-syarat tertentu. "Objektif pertandingan untuk menggalakkan penggunaan internet secara positif oleh pelajar-pelajar sekolah dan IPT, memberikan ruang seluasnya untuk semua lapisan rakyat khususnya golongan muda berbicara dan meluahkan pendapat serta impian mereka dalam pembikinan Selangor sebagai sebuah Negeri Idaman. Selain itu, jelasnya, ia bertujuan menyediakan ruang perbincangan maya untuk membangunkan Selangor agar idea terbaik boleh dicetus, dikembang serta dikongsi bersama dalam perbincangan konstruktif. "Pertandingan ini juga bertujuan membentuk masyarakat berilmu dan gemar menulis kerana kemahiran ini merupakan elemen utama di dalam pembentukan masyarakat cintakan ilmu. "Lebih dari itu, pertandingan ini juga menyediakan ruang luas kepada masyarakat menyatakan bagaimana bentuk Negeri Selangor Impian yang mereka inginkan agar dapat diberi perhatian oleh pimpinan di peringkat kerajaan negeri," tegasnya. Untuk info awal, Kategori Pelajar Sekolah Menengah terbuka semua pelajar sekolah di seluruh Malaysia yang berumur antara 13 hingga 17 tahun. Manakala semua pelajar institusi pengajian tinggi di seluruh Malaysia yang berumur antara 18 hingga 25 tahun boleh menyertainya dan kategori umum pula terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia. Penyertaan adalah secara individu yang hanya boleh mendaftarkan satu laman blog sahaja dengan menggunakan sama ada Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. Peserta bebas menggunakan sebarang aplikasi, tool atau perisian untuk membina blog masing-masing. Kandungan blog mestilah asli dan jika diambil daripada sumber lain, perlu dinyatakan sumber tersebut dengan jelas. Kandungan yang diambil sepenuhnya daripada sumber lain tanpa kredit kepada sumber asli akan dikira batal. Kriteria penilaian blog melibatkan kreativiti termasuk penggunaan teks dan elemen multimedia yang mampu menarik perhatian, kadar maklumat yang diposkan pada blog dan bilangan pelawat yang melawat blog. Maklumat lanjut pertandingan boleh didapati di www.selangor.idamanku.com |
Pemuda selesai lantik AJK, majoriti profesional Posted: 07 Jun 2011 07:36 PM PDT KUALA LUMPUR, 7 Jun: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP) memenuhkan exconya dengan melantik ramai golongan profesional dalam kabinet yang dibentuknya. Dewan itu melantik 20 ahli jawatankuasa (AJK) barunya sebagai tambahan kepada anggota yang telah dipilih di dalam Muktamar ke-52 dewan itu di Shah Alam baru-baru ini. Majoriti yang dilantik untuk bersama kabinet baru itu adalah dari kalangan profesional dalam bidang masing-masing. Mereka termasuklah dua orang bekas calon timbalan ketua yang tewas, Suhaizan Kaiat dan Firdaus Jaafar dan bekas calon Naib Ketua, Nasir Zakaria. Ketiga-tiga mereka dilantik sebagai exco dewan itu. Keputusan itu dibuat pada perbincangan hampir empat jam mesyuarat pertama kabinet baru dewan itu, pada 5 Jun lalu di Pejabat Dewan Pemuda PAS Malaysia, bangunan Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut Kuala Lumpur. Untuk Jawatankuasa Dewan Harian Pemuda PAS pula, Khairul Faizi Ahmad Kamil kekal sebagai setiausaha dewan itu manakala jawatan bendahari diisi oleh Ir Hj Muhd Khairil Nizam Khairudin. Ketua penerangan dewan itu pula diamanahkan kepada Ustaz Riduan bin Mohamad Nor manakala pengarah pilihan raya disandang Mohd Sany Hamzan. Ketuanya, Nasrudin Hassan ketika diminta mengulas parlantikan AJK baru itu berpendapat dewan itu kini mempunyai kabinet berimbang setelah banyak pihak melihat keputusan pemilihan dewan itu dimenangi majoriti oleh kelompok ulama. "Struktur organisasi DPP Malaysia sebagaimana biasa disusun dan dilengkapkan secara seimbang dan sepadu berasaskan kepelbagaian tahap upaya dan latar belakang disiplin penguasaan ilmu. "Saya mengharapkan kabinet ini mampu menghadapi cabaran baru dalam iklim politik masa kini sekaligus menunaikan amanah anggota Dewan Pemuda PAS dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi," ulasnya ketika dihubungi Harakahdaily. Katanya, biarpun sukar untuk memuaskan hati semua pihak, namun beliau yakin kabinet baru itu mampu menggalas tanggungjawab untuk memimpin kebangkitan anak muda dan mendepani Pilihanraya Umum (PRU) ke 13. Dalam pada itu beliau juga menyatakan kesediaan untuk ditegur bukan sahaja oleh pimpinan parti malah semua pihak termasuk dari luar PAS. "Dalam masa terdekat, insyaallah DPP Malaysia akan mengadakan retreat untuk memantapkan roadmap pemuda, mengatur strategi terkini dan menyesuai potfolio serta memperkasakan organisasi DPP Malaysia. "Sungguhpun keputusan ini mungkin tidak mampu memuaskan hati semua pihak, saya mengharapkan ia adalah skuad yang boleh membantu parti dengan lebih baik dan insyaallah, lebih dari hari semalam," tegasnya. Berikut adalah senarai penuh Ahli Jawatan Kuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat: Ketua Ustaz Nasruddin bin Hassan Timbalan Ketua Ustaz Nik Abduh Nik bin Abdul Aziz Naib Ketua Dr Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaacob Ahli Jawatankuasa [Dipilih dalam muktamar] 1. Ustaz Riduan bin Mohamad Nor 2. Khairul Faizi bin Ahmad Kamil 3. YB Ustaz Ahmad Baihaki bin Atiqullah 4. Sdr Mohd Adram bin Musa 5. Sdr Kamaruzaman bin Mohamad 6. Ustaz Ahmad Fadhli bin Shaari 7. Ustaz Khalil bin Abdul Hadi 8. Ustaz Mohd Nazri bin Chik 9. Ustaz Syed Abdul Kadir bin Syed Hussin 10. Sdr Mohd Sany bin Hamzan 11. Ustaz Mohd Yusni bin Mat Piah 12. YB Ustaz Mohd Nor bin Hamzah Ahli Jawatankuasa [Dilantik dalam Mesyuarat Pertama] 1. Sdr Suhaizan bin Kaiat [ Exco ] 2. YB Ust Mohd Firdaus Jaafar [ Exco ] 3. YB Ust Nasir bin Zakaria [ Exco ] 4. Ir Hj Muhd Khairil Nizam bin Khairudin [ Exco ] 5. Sdr Nasaie bin Ismail [ Exco ] 6. Dr. Suhazeli bin Abdullah [ Exco ] 7. Dr. Zuhdi bin Marzuki [ Pengarah Jabatan ] 8. Dr. Aminurrasyid bin Yatiban [ Pengarah Jabatan ] 9. Herman Samsudee [ Pengarah Jabatan ] 10. Sdr Abang Ahmad Kerdee bin Abang Masagus [ Pengarah Jabatan] 11. Sdr Mohd Syahir bin Sulaiman [ Pengarah Jabatan ] 12. Sdr A. Halim B. Ahmad [ Pengarah Jabatan ] 13. Ustaz Ahmad Tarmizi Mohd Din [ Pengarah Jabatan ] 14. Sdr Mohd Idris Bin Mohd Yussoff [ Pengarah Jabatan ] 15. Sdr Wan Asrul Afendi Wan Mohamad [ Pengarah Jabatan ] 16. Sdr Ahmad Zamri bin Asa'ad Khuzaimi [ Pengarah Jabatan ] 17. Sdr Juhari Uthman [ Pengarah Jabatan ] 18. Sdr Hassan bin Aladi [ Pengarah Jabatan ] 19. Sdr Basri bin Din Kamar [ Pengarah Jabatan ] 20. Sdr Khairul Fahmi bin Mat Som [ Penolong Setiausaha ] Jawatankuasa Harian Dewan Pemuda PAS Malaysia. Ketua Ustaz Nasruddin bin Hassan Timbalan Ketua Ustaz Nik Abduh Nik bin Abdul Aziz Naib Ketua Dr Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaacob Setiausaha Sdr Khairul Faizi bin Ahmad Kamil Penolong Setiausaha 1: Sdr Kamaruzaman bin Mohamad Penolong Setiausaha 2: Sdr Nasaie bin Ismail Penolong Setiausaha 3: Sdr Khairul Fahmi Bendahari Ir Hj Muhd Khairil Nizam bin Khairudin Ketua Penerangan Ustaz Riduan bin Mohamad Nor Pengarah Pilihanraya Sdr Mohd Sany bin Hamzan |
Kuasa undi anak muda boleh tawan Putrajaya Posted: 07 Jun 2011 07:34 PM PDT KOTA BHARU, 7 Jun: Pemuda PAS Kelantan kini mempergiatkan usaha mendaftar anak-anak muda yang belum berdaftar sebagai pemilih bagi mencapai matlamat melangkah ke Putrajaya. Ketuanya, Abdul Latif Abdul Rahman (gambar) berkata, tanpa ada usaha secara serius sasaran menguasai Putrajaya tidak akan menjadi kenyataan. Oleh itu katanya golongan muda perlu diberi kesedaran bagi membolehkan mereka menggunakan peluang yang berbaki sekarang mendaftar sebagai pemilih. "Peluang yang ada sekarang perlu direbut anak muda yang belum berdaftar sebagai pemilih. Tanpa disenarai sebagai pemilih mereka tidak mampu melaksanakan tanggungjawab besar menafikan kuasa politik Barisan Nasional (BN) sekarang. "Saya berharap jentera pemuda di seluruh jajahan mengesan anak-anak muda yang belum mendaftar sebagai pengundi," ujarnya di sini. Menurutnya pendaftaran perlu dibuat segera bagi membolehkan anak muda melaksanakan tanggungjawab demi masa depan mereka. "Anak muda yang mencecah umur 21 tahun hendaklah beramai-ramai mendaftar sebagai pemilih. Mereka menjadi penentu masa depan negara," katanya. Kata beliau sekiranya pilihan raya umum ke-13 diadakan hujung tahun ini, pengundi baru masih berpeluang mengundi memandangkan proses pendaftaran sebagai pemilih dijangka selesai dalam tempoh enam bulan. Beliau yang juga Adun Mengkebang berharap jentera Pemuda di setiap kawasan memikul tanggungjawab bagi menyedarkan anak muda yang belum berdaftar. Abdul Latiff juga bimbang usaha pihak tertentu menggunakan jentera kerajaan bagi mendaftar warga asing sebagai pemilih seperti yang dibongkar di Selangor baru-baru ini. |
"Banyak komen, Umno buat pemilihan kalau berani" Posted: 07 Jun 2011 07:33 PM PDT KUALA LUMPUR, 7 Jun: Umno yang dilihat tidak putus-putus menghentam Muktamar PAS, dicabar mengadakan pemilihan parti itu segera jika benar-benar berani, kata Ketua Penerangan PAS Perak, Drs. Khalil Idham Lim. Beliau berkata demikian sebagai membidas ulasan beberapa pemimpin tertinggi Umno termasuk Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa Muktamar PAS ke-57 yang berlangsung 3 hingga 5 Mei lalu banyak mengambil pertimbangan soal pilihan raya dan bukan memfokuskan perjuagan Islam parti itu lagi. "Kalau begitulah saya ingin mempersoalkan tindakan menangguhkan pemilihan Umno pada tahun ini adalah dengan pertimbangan apa? "Jelas mereka menanguhkan pemilihan kerana takut berlaku perpecahan dan menyukarkan mereka untuk menghadapi PRU ke 13," katanya membidas tindakan Umno dan parti komponen BN yang lain yang menangguhkan pemilihan semata-mata berdepan Pilihan Raya Umum ke-13. Najib ketika mengulas Muktamar PAS kelmarin menggambarkan perjuangan PAS tidak lagi untuk membangunkan sebuah negara Islam ataupun untuk kepentingan Islam itu sendiri. Beliau merujuk kepada ucapan dasar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang bertemakan 'Membangun Negara Berkebajikan' yang didakwanya sudah lama dipraktikkan oleh kerajaan Umno BN selama ini. "Dia (Najib - gambar) sendiri telah membuka pekung didadanya. Kebajikan yang dimaksudkannya ialah dalam konteks yang sangat sempit dan melibatkan kepentingan kroni dan rakan terpilih sedangkan rakyat Malaysia mengharapkan kebajikan yang lebih luas terutama dalam soal harga barangan yang sering naik," kata Khalil yang juga Adun Titi Serong. Tambahnya, kalaulah Umno sudah jadi penakut dan menangguhkan pemilihan pada tahun ini yang sepatutnya diadakan, apalah nilai ulasan yang berjela-jela dari 'si penakut' itu. Kejayaan PAS mengadakan Muktamar katanya lagi, secara jelas telah memberi tamparan hebat kepada Umno BN. "Kerana itu saya kira layak juga saya mengambil peluang untuk mencabar Najib untuk melakukan pemilihan Umno pada tahun ini. "Jangan hanya berani memberi ulasan dari pelbagai sudut dan membuat pelbagai andaian yang tidak masuk akal terhadap PAS sedangkan Umno sangat kecut perut untuk membuat pemilihan pada tahun ini," tegasnya. |
You are subscribed to email updates from Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan