Isnin, 18 Mac 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Tukar Tiub

Posted: 18 Mar 2013 07:47 PM PDT

Sasterawan Negara Shahnon Ahmad "kurang bersetuju" dengan pemberian anugerah yang sama kepada penulis terkenal Baharuddin Zainal atau nama penanya Baha Zain.


Perkara itu dimaklumkan penulis yang rapat dengannya Dr Faisal Tehrani, setelah dihubungi Shahnon yang mesra dengan panggilan "Cikgu Shahnon" semalam.

Menurut Dr Faisal, Shahnon berpendapat, karya Baha Zain "berselerak" dan "tidak fokus"; malah puisinya kontot, sangat bersahaja dan kurang menyerlah mesej dan gagasannya.

woit...KESIAN SEGERAWAN MELAYU....kah kah kah..

kah kah kah...BUKU TAK ADA SIAPA YANG BACA... kah kah kah..

kah kah kah... KENALAH JADIKAN BUKU TEKS.... kah kah kah..

kah kah kah..PAKSA EMAK AYAH BELI.... kah kah kah...

woit.... TAPI CEKAP MEMBODEK... kah kah kah..

kah kah kah... SUKA BUAT KENDURI.... kah kah kah..

kah kah kah...SUKA PAKAI BAJU BATIK LENGAN PANJANG... kah kah kah...

Kerabu Bersuara ®

Posted: 18 Mar 2013 07:10 PM PDT

Harakahdaily, 18 Mac 2013

KUALA LUMPUR: Bekas Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan bersetuju mengemukakan permohonan maaf kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung tuduhan salah guna kuasa pembelian lembu korban pada tahun 2009.

Keputusan tersebut dicapai di dalam kamar Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Lau Bee Lan.

Penyelesaian diluar mahkamah oleh kedua-dua pihak itu akan disusuli permohonan maaf secara terbuka oleh Ahmad Said di mahkamah esok pada jam 9.00 pagi.

Ahmad Said sebelum ini mendakwa berlaku penyalahgunaan kuasa oleh Abdul Khalid berhubung pembelian 46 ekor lembu korban dengan harga RM110,400 sempena Hari Raya Aidiladha pada 2009 untuk kawasan parlimen Bandar Tun Razak.

Ekoran itu, Abdul Khalid telah mengemukakan saman terhadap Ahmad Said.

Selain Ahmad Said, Menteri Besar Selangor itu juga turut menamakan SPRM dan Kerajaan Malaysia sebagai responden dalam samannya.

Mengulas keputusan itu, Abdul Khalid berkata, beliau bersyukur kebenaran dakwaan salahguna kuasa yang dikaitkan dengannya akhirnya terungkai.

"Perkembangan ini membuktikan bahawa tuduhan salahgunakuasa adalah tidah berasas sama sekali dan hanyalah bertujuan untuk mencemar nama baik saya sebagai seorang muslim dan Menteri Besar Selangor.

"Saya sekeluarga terutamanya isteri dan anak-anak amat bersyukur ke hadrat Illahi kerana kes ini benar-benar memberi kesan apabila kami sekeluarga digambarkan sebagai orang yang sanggup menyalahguna kuasa walaupun dalam hal ehwal agama Islam iaitu amalan korban," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menegaskan, soal integriti adalah menjadi keutamaan beliau dalam penyadbiran selaku menteri besar.

Beliau turut gembira sepanjang pentadbirannya selama lima tahun tiada pegawai kanan kerajaan mahupun barisan Exco Selangor dilibatkan dengan kes salahguna kuasa.

Beliau menambah, rekod cemerlang ini diharapkan akan memberikan keyakinan kepada rakyat membuat keputusan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Tiada ulasan:

Pengikut