Isnin, 18 Mac 2013

Barisan Nasional

Barisan Nasional


anakbukitgantang says

Posted: 18 Mar 2013 05:25 AM PDT

anakbukitgantang says


lagi ulasan kenapa tawaran pengambil alihan air oleh Selangor tak wajar

Posted: 17 Mar 2013 10:50 PM PDT


 
Semalam saya upload video penerangan dari pakar Pengurusan Air (The Truth Squad)  berkenaan kenapa Tawaran RM 9 billion plus dari Selangor melanggar Perlembagaan Persekutuan dan Akta yang berkaitan.
 
Hari ini saya kembali dengan ulasan lanjut kenapa tawaran Selangor untuk mengambil alih urusan air di Lembah Klang tak wajar dilakukan. Saksikan klip file yang sudah di  convert kepada video di atas.

kenapa Tawaran Pengambil Alihan Air oleh Selangor tak wajar

Posted: 17 Mar 2013 06:48 AM PDT

Ulasan dan penjelasan terperinci dari The Truth Squad dibuat bagi menjelaskan kenapa Tawaran tersebut tidak wajar.
 
Dalam tender, selalunya penilaian teknikal dan komersil yang dibuat.
 
Jelas di sini bahawa Tawaran oleh Selangor melanggar Perlembagaan Persekutuan  (undang undang Induk Malaysia) selain akta lainnya.
 
Selain itu Financial Modelling yg ditunjukkan dalam video menjelaskan kenapa tawaran Selangor pada RM9 billion adalah sangat rendah berbanding CAPEX dan COPEX yang sedang dijalankan oelh SYABAS sebagai syarikat yang dipertanggungjawabkan untuk memberikan perkhidmatan air.
 
Selangor sepatutnya menjalankan tugas maintenance untuk segala aset air dan bukannya Syabas. Tapi inilah yang berlaku sehingga menyebabkan ganguan kepada bekalan air terawat di Lembah Kelang. Rakyat wajar mengetahui perkara sebenarnya bagi membuat keptusan untuk mengakhiri  " drama " air ...yang sepatutnya tak berlaku jika Pakatan Selangor ikhlas  berjuang untuk kebajikan rakyat Selangor, KL dan Putrajaya.
 

 
 
 

bumiyang

Posted: 18 Mar 2013 04:07 AM PDT

bumiyang


Mereka Pengganas Kiram, Bukan Pengganas Sulu!!!

Posted: 18 Mar 2013 02:00 AM PDT

Khalif Ismath Akui Anwar Pengamal Biseksual???

Posted: 17 Mar 2013 11:59 PM PDT

Hadi Akan Salahkan Nik Aziz Jika Pemisah Selatan Thai Mengganas di Kelantan???

Posted: 17 Mar 2013 05:30 PM PDT

Anwar Ni Sebenarnya Buncit ke Tak Buncit?

Posted: 17 Mar 2013 06:16 AM PDT

Ohpolitik!™

Posted: 18 Mar 2013 03:39 AM PDT

Ohpolitik!™


Kerana Dr Mohd Asri JUMPA @NajibRazak, @realDrMAZA digugurkan dari jadi calon PKR

Posted: 17 Mar 2013 09:43 PM PDT



Tokoh agama terkenal Datuk Dr Asri Zainul Abidin, yang diura-urakan bertanding atas tiket PKR, kemungkinan besar tidak jadi dicalonkan oleh parti tersebut. Sumber-sumber PKR memberitahu media, Dr Asri dianggap tidak serius untuk bertanding selepas pertemuan beliau dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dua minggu lepas.

 Pada masa yang sama, Dr Asri sendiri dikatakan sudah membuat keputusan muktamad dengan menolak tawaran itu walaupun dijanjikan kerusi timbalan ketua menteri Pulau Pinang. Sumber-sumber PKR memberitahu, parti itu mahukan komitmen segera daripada bekas mufti Perlis itu kerana pembubaran Parlimen dijangka diumumkan penghujung bulan ini.

 Difahamkan tawaran kerusi timbalan ketua menteri itu dibuat oleh Ketua Pembangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri dalam pertemuan empat matanya dengan ulama muda itu sebelum ini. Dr Asri sendiri malam tadi mendedahkan dalam mesej di akaun Twitternya tentang pertemuan dengan perdana menteri.

 Bagaimanapun butiran perbincangan di pertemuan kedua-duanya tidak dinyatakan dengan jelas sama ada berkaitan pencalonan dalam pilihan raya umum atau hal-hal lain. "Dua minggu lepas, YAB PM jemput saya ke pejabat beliau sendirian. Saya beri pandangan-pandangan saya dan beliau dengar dengan teliti. Saya hargai sikap itu," kata Dr Asri dalam twitnya.

sumber : http://www.utaranews.com

Akaun Twitter @abby_abadi112 adalah akuan PALSU?

Posted: 17 Mar 2013 08:57 PM PDT


Abby Abadi kembali! Sekali lagi beliau bikin panas! Kali ini melalui laman twitter miliknya, abby_abadi112 mencari redha ALLAH. Abby didakwa telah me-retweet sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang individu bernama King Jason.
Dalam kenyataan tersebut King Jason menyalahkan Tun Mahathir di atas apa yang telah berlaku ke atas isu Lahad Datu dan sekaligus Abby Abadi didakwa menyokong kenyataan dikeluarkan King Jason.

Antara kenyataan pedas King Jason di laman Facebooknya:

"Si Tua kutuk telah memberikan kerakyatan kepada beratus ribu rakyat Filipina dari Sulu bagi memenangkan UMNO di Sabah. Akhirnya timbul masalah sekarang ini. "

{Baca lagi:http://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=526484197401710&id=417871221596342}
..
..
..
Walau bagaimanapun, Abby mendakwa  yang tweet balas berhubung kenyataannya tentang Tun Mahathir itu adalah daripada akaun twitter palsu.
..

EDISI BUBAR PARLIMEN : Siapa yang BENGAP SANGAT NIE?

Posted: 17 Mar 2013 07:10 PM PDT


Tarikh luput Parlimen 29 April 2013.

Banyak orang yang bertanya kenapa Parlimen belum dibubarkan sedangkan tarikh 9 Mac 2013 sudahpun berlalu. Kenapa 9 Mac? Mereka berkata pada tarikh itu usia Parlimen yang ada sekarang cukup lima tahun dan secara automatik Parlimen terbubar. Ini kerana pilihan raya umum ke-12 diadakan pada 8 Mac 2008.

Tidak betul. Itulah jawabannya.

Parlimen atau Dewan-Dewan Undangan Negeri akan bubar secara automatik bukan berasaskan tarikh pilihan raya tetapi tarikh mesyuarat pertamanya. Parlimen yang ada sekarang memulakan mesyuarat pertamanya pada 28 April 2008 hingga 29 Mei 2008 dan bermula pada tarikh itulah hayat lima tahun dikira, bukan bermula dari tarikh pilihan raya umum pada 8 Mac 2008. 

Ini bermakna jangka hayat Parlimen sekarang berakhir pada 29 April 2013, iaitu tarikh Parlimen terbubar secara automatik. Ada yang berpendapat pada 28 April dan ada pula yang berkata 30 April. Walau apapun, akhir bulan April depan. Itu yang pasti. Perkara ini jelas diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan, iaitu Fasal (3) Perkara 55 - Parlimen dibubarkan selepas lima tahun dari tarikh mesyuarat pertama. Perkara 55 (3) memperuntukkan ...."Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu, Parlimen hendaklah terus berjalan selama lima tahun dari tarikh mesyuarat pertamanya dan selepas itu adalah terbubar." Perkara 55 (2) pula menyatakan "Yang diPertuan Agong boleh memberhenti atau membubarkan Parlimen." Oleh kerana perkara ini belum berlaku tetapi masih boleh berlaku, kita tidak boleh tolak sama sekali yang Parlimen berkemungkinan dibubar sebelum hujung bulan April. Itupun jika Yang diPertuan Agong perkenan akan nasihat Perdana Menteri untuk berbuat demikian. 

Apabila Parlimen dibubarkan, maka Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mesti menjalankan urusan pilihan raya umum dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran itu dan selepas itu, Parlimen yang baru dipilih hendaklah dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh pembubaran itu. Bermula dari tarikh mesyuart pertama itulah hayat Parlimen diambil kira, bukan dari tarikh pilihan raya.

Kenapa pembangkang masih tak faham atau sengaja buat2 bengap?

VIDEO SEKS : @anwaribrahim hanya berani nafi! U Ulang I Saman!

Posted: 17 Mar 2013 06:30 PM PDT


**Seperti biasa dan diduga : Ini kerja UMNO….ke kerja musuh dalam selimut yang tak nak tengok Anwar jadi PM? Laju aje Harakah mengesahkan itu Anwar semalam….bukak laluan untuk Ustaz Hadi jadi PM kot….
PETALING JAYA – Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan beliau lelaki di dalam gambar yang disiarkan beberapa blog awal minggu ini, kononnya diambil dari sebuah video seks.
"Saya sudah katakannya (saya menafikannya).
"Ini adalah gimik politik jijik yang dilakukan oleh Umno," katanya kepada pemberita selepas sesi dialog anjuran Kelab Anwar Ibrahim di Hotel One World pada Sabtu.
Anwar menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah dan cubaan untuk memburuk-burukkan beliau bagi tujuan politik.
Ketika ditanya jika beliau akan mengambil tindakan undang-undang, Anwar berkata beliau akan membiarkan peguamnya untuk memutuskan mengenai perkara itu.
"saya tidak tahu lagi. Saya akan biar peguam saya menguruskannya," kata Anwar. –mStar Online


EDISI PRU13 : ADA APA DENGAN PETANG JUMAAT MINGGU INI?

Posted: 17 Mar 2013 05:51 PM PDT

Aku bawakan rentetan apa yang berlaku pada petang Jumaat, dalam bulan Mac ini. Persoalannya adakah ini semua telah dirancang? Kenapa sekarang? Semua ini disasarkan kepada PRU13?


1 Mac  -- Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, di Lahad Datu.

8 Mac -- Bapa Saiful Bukhari hari ini memohon maaf kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan mendakwa bahawa anaknya telah dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, yang didakwanya termasuk seorang pegawai perdana menteri untuk memfitnah Anwar dalam kes Liwat II.

Mati atas Sandiwara Pakatan? 
15 Mac --  Bekas penyiasat persendirian P. Balasubramaniam atau lebih dikenali sebagai PI Bala, meninggal dunia akibat serangan jantung di sebuah klinik di Rawang hari ini.

22 Mac -- APA KAH PERCATURAN SETERUSNYA? ANWAR DITANGKAP? PM UMUM BUBAR PARLIMEN?

EDISI PRU13 : Dimana Kuasa Melayu Jika Pakatan Memerintah?

Posted: 17 Mar 2013 05:19 PM PDT


KUALA LUMPUR 23 Sept 2010 – Utusan Malaysia melaporkan, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengingatkan orang Melayu bahawa mereka akan kehilangan kuasa dan 'suara' jika pakatan pembangkang berjaya mengambil alih pemerintahan negara.

Kata beliau, ia terbukti sewaktu Perak diperintah pakatan pembangkang selepas pilihan raya umum lalu apabila DAP lebih berkuasa di negeri itu walaupun Menteri Besar daripada Pas.

"Kita lihat (Datuk Seri) Mohammad Nizar Jamaluddin di Perak, walaupun dia Menteri Besar tapi dia ikut arahan DAP sehingga (pakatan pembangkang) jatuh. Orang Cina mendakwa ini adalah usaha BN menjatuhkan kerajaan Cina.

"Jadi mereka panggil kerajaan Cina, tak mungkin kita juga akan dapat Perdana Menteri yang semacam Nizar, namanya Melayu, agama Islam tetapi dia bukan sebenarnya bebas, dia adalah alat pada orang lain dan ini boleh berlaku," katanya.

Pendapat Parti Pembangkang

"Beliau harus mengkaji sejarah yang dekat dengan kita. Dalam negara sendiri contoh yang ada di depan mata boleh digunakan sebagai fakta. Di negeri Kelantan contohnya yang hilang kuasa adalah Umno dan BN apabila PAS memerintah negeri tersebut lebih dari 20 tahun. 

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd Salleh Man berkata demikian sebagai mengulas kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mendakwa kuasa dan suara Melayu akan hilang sekiranya pembangkang menguasai kerajaan.

"Begitu juga dengan negeri Kedah yang diterajui oleh Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Kuasa Melayu dan suara Melayu tidak hilang. Hanya yang hilang ialah kuasa dan suara Umno serta BN yang selama ini tidak pernah mengakui kekalahan mereka," ujarnya lagi.

"Dakwaan beliau yang menyifatkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai alat kepada DAP juga adalah prejudis yang buruk terhadap kepimpinan PR. Beliau harus sedar sejauh mana laungan dan jeritan untuk memenangkan Umno dan BN tidak akan merubah pendirian rakyat bahawa kuasa yang ada pada BN di Perak adalah kuasa yang tidak halal setelah rakyat menolak mereka dengan kertas undi dalam pilihan raya 2008 yang lalu," tegasnya lagi.

Menteri besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Muhamad Nizar Jamaludin pula mendakwa Tun Dr Mahathir dikuasai otak perkauman berhubung wawancaranya itu yang mengingatkan bahawa orang Melayu bakal kehilangan kuasa dan suara jika Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan negara. 

"Pada anggapan mereka kuasa Umno itu adalah Melayu dan kuasa Melayu itu adalah Umno, sedangkan PAS adalah lebih kemelayuannya jika mahu dibandingkan dengan Umno.

Sementara itu, ahli parlimen Lembah Pantai, Nuzul Izzah Anwar pula mencabar Mahathir untuk berdebat berikutan dakwaannya Melayu akan hilang kuasa jika Pakatan Rakyat memerintah. 

"Oleh itu, dengan matlamat untuk bertukar pendapat, demi mewujudkan 'Malaysia Yang Lebih Baik Untuk Semua Rakyat', saya dengan rendah hati membuat tawaran untuk berdebat dengan Tun Dr Mahathir supaya 'kebimbangan' Melayu - yang pastinya tidak melibatkan keseluruhan masyarakat - yang disebut itu dapat dijelaskan, sama ada kerana takut Melayu hilang kuasa atau hilang harta?" kata Nurul Izzah dalam satu kenyataan akhbar.

Pandangan Parti Pemerintah

Ketua Wanita UMNO Pahang, Datuk Rosni Zahari berkata, kedudukan komposisi penduduk negara ini ialah 60: 40. Iaitu 60 peratus Melayu dan selebihnya pelbagai kaum.

"Melayu akan hilang kuasa bukan ugutan tetapi suatu kebimbangan, berdasarkan kepada fahaman politik Melayu terbahagai kepada tiga iaitu UMNO, Pas dan PKR. Ini terbukti apabila Pas dan PKR bergabung dengan pembangkang dalam pakatan pembangkang kuasa pemerintahan di negeri yang dikuasai mereka diterajui bangsa asing.

Rosni berkata, sebenarnya perpecahan di kalangan orang Melayu yang berlaku sekarang adalah berpunca daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana ingin merealisasikan cita-cita peribadinya sejak dari dulu.

"Ini semua kerja seorang manusia bernama Anwar Ibrahim yang bercita-cita besar untuk menjadi Perdana Menteri tanpa mempedulikan apa yang berlaku, apa yang penting baginya adalah Perdana Menteri," katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Sapawi Ahmad menyifatkan perpecahan yang berlaku di kalangan orang Melayu berpunca dari pihak pembangkang yang menaburkan pelbagai dakyah serta fitnah yang membenci kerajaan diterajui oleh UMNO.

"Pembangkang tidak pernah berterima kasih atau menyokong apa jua yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk rakyat, pellbagai cara mereka lakukan. Mereka ini sanggup membuat fitnah supaya rakyat benci kepada kerajaan terutama UMNO.

"Apabila kita mengatakan orang Melayu akan hilang kuasa, mereka kata UMNO mengugut orang Melayu, tetapi mereka sendirilah yang memecahkan orang Melayu dengan fitnah dan tohmahan," katanya.

Pandangan Mufti 

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang melahirkan kebimbangan tersebut berkata, kedegilan kedua-dua parti Melayu terbabit untuk meletakkan keutamaan agama di tempat sepatutnya hanya akan memberi kesan buruk kepada masa depan orang Melayu sendiri.

''Kalau kita terus berpecah-belah, kita akan terima kekalahan (pada PRU-13), itu sahaja. Dan akan berlaku satu bentuk penjajahan baru," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Melayu Perak 2010 di Dewan Bankuet Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK). 

Harussani menegaskan, pemimpin Melayu perlu sedar bahawa mereka memikul tanggungjawab memastikan kepentingan orang Melayu terjamin.

''Adakah agama yang mengajar kita suruh berdegil? Sedangkan degil itu adalah sifat keji dalam Islam. Kalau itu sifat keji, kenapa tidak dibuang daripada diri kerana ia tidak akan menguntungkan diri." 

''Kalau dia pemimpin, dia tidak akan menguntungkan rakyat. (Sedangkan) bila jadi ketua, amanah untuk menjaga ummah itu kewajipan dia. Kalau dia berdegil, amanah tiada pada dia, rakyat akan hancur," ujar beliau."

Ditanya apakah masih ada harapan untuk orang Melayu khususnya membabitkan UMNO dan Pas bangkit dan bersatu semula jawabnya:

''Insya-Allah disebabkan kedua-dua puak (parti) ini mempunyai keinginan hendak bersatu.

''Ada pemimpin Pas datang berjumpa saya, begitu juga pemimpin UMNO. Mereka minta pandangan bagaimana untuk disatukan (kedua-dua parti)."

Mengulas lanjut kata Harussani, penyatuan masih tidak dapat dilakukan sehingga hari ini kerana kedua-dua pihak telah meletakkan faktor keutamaan di tempat yang salah.

''Saya percaya tujuan orang Pas memperjuangkan Islam ikhlas tapi meletakkan (keutamaan) di tempat yang salah. Mereka taksub sebab tidak faham. Orang UMNO serupa juga.

''Kalau kedua-dua parti memahami faktor keutamaan itu, apa yang perlu diutamakan? Keutamaan adalah agama dahulu dan agama tidak menyuruh kita membenci sesama umat Islam bahkan kasih-mengasihi sesama kita," katanya.

Pandangan Ku

  1. Perkara yang menjamin hak Melayu dan Bumiputera, agama Islam, Institusi Raja-Raja Melayu boleh dirombak dan diganti dengan sistem lain.
  2. Perlembagaan Persekutuan boleh dipinda mengikut kehendak siapa yang memegang kuasa majoriti ketika itu (jangan dok berdebat dengan menggunakan contoh di peringkat negeri sahaja seperti kuasa Melayu di Kelantan kekal).
  3. Apabila Melayu berpecah belah, perkara di atas boleh berlaku.
  4. Sah dan pasti bahawa PAS tidak mampu memberi jaminan mutlak bahawa kuasa Melayu mampu dipertahankan jika Pakatan Rakyat memerintah. Apa yang PAS mampu lakukan hanyalah jaminan pandangan yang tidak pasti. (Dalam kes ini saya langsung tidak harapkan parti KEADILAN, maaf lah, tak payahlah budak mentah ajak Tun berdebat).
  5. Terimalah hakikat bahawa orang Melayu tidak selesa apabila pentadbiran PAS di Perak suatu ketika dahulu dikongsi bersama dengan Cina kiasu / cauvinis seperti DAP.
  6. Saranan Mufti Perak agar UMNO dan PAS bersatu dan memberi keutamaan pada agama dahulu berbanding politik adalah ikhlas. (jangan pulak Mufti yang tiada kepentingan pun kita hentam apabila tak sebulu dengan kita, subhanallah)
  7. Kenapa kita harus bermusuhan sedangkan Islam menyeru kita kasih mengasihi sesama ummah.
  8. Bersatulah Melayu...sudah lah saya tidak mahu dengar alasan lagi.

Politik Harian

Posted: 18 Mar 2013 03:39 AM PDT

Politik Harian


BN Perak Bersedia Sumbang Kejayaan Besar BN Pada PRU 13

Posted: 18 Mar 2013 03:00 AM PDT


Barisan Nasional (BN) Perak sudah bersedia sepenuhnya, malah semangat jentera sudah berada di tahap yang terbaik untuk menyumbang kejayaan BN bagi membentuk sebuah kerajaan yang kuat, demikian tegas Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir

"Kita akan pastikan dengan segala perancangan, dengan segala usaha yang dibuat dan juga dengan semangat yang ditunjukkan oleh ahli-ahli parti dan jentera, BN Perak akan menyumbang kemenangan lebih besar di peringkat Parlimen selain akan mempertahankan DUN Perak pada PRU13 ini", katanya kepada UMNO-Online.

Jelas beliau lagi BN Perak juga telah mengadakan simulasi pilihanraya untuk memastikan setiap jentera yang telah dibentuk dapat digerakkan dengan effisien dan padu.

"Pilihanraya umum 2008 telah banyak memberikan pengajaran besar kepada kita, iaitu kita belajar dari kelemahan dan kekurangan kita, dari situ kita melangkah ke hadapan untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang ada sekaligus mengembalikan semula keyakinan rakyat kepada kita.

"Dalam masa yang sama, saya lihat dari segi perbezaan selama 11 bulan pihak pakatan memerintah Perak, rakyat dapat menilai dan membuat perbandingan pemerintahan 11 bulan pakatan pembangkang dengan pemerintahan di zaman BN memerintah", ujarnya.

Apa yang pasti tambah beliau lagi rakyat dapat melihat pertentangan dalaman yang dihadapi oleh pakatan pembangkang kerana perebutan kuasa, yang mana masing-masing ingin mendapatkan kuasa yang lebih yang akhirnya menumbangkan kerajaan mereka selama 11 bulan itu.

Beliau yang juga Menteri Besar Perak seterusnya berkata kali ini BN sudah bersedia sepenuhnya termasuk belajar dalam soal meletakkan calon-calon yang tidak disukai rakyat seumpamanya, dan juga dalam soal memandang remeh dan mudah di kawasan-kawasan yang kononnya kubu kuat BN.

"Kali ini kita tidak lagi memandang mudah sebaliknya membuat persiapan rapi termasuk dalam kawasan-kawasan yang dilihat sebagai kubu kuat BN", katanya.

Mengenai janji dan manifesto pakatan pembangkang yang sekali lagi membuat tawaran bulan dan bintang kepada rakyat, beliau yang juga ADUN Pangkor percaya rakyat terutama pengundi tidak akan sekali lagi mudah terpedaya.

"…..ini merupakan satu perkara yang agak janggal bagi kita apabila mereka (pakatan pembangkang) bercakap soal manifesto dan janji, seolah-olah ada dua perkara yang berbeza, kita tidak tahu adakah manifesto itu hanya pernyataan-pernyataan yang tidak akan dilaksanakan, kalau macam tu semua orang boleh buat manifesto, dengan sekadar buat manifesto sebagai satu bentuk gula-gula yang tidak semestinya dipenuhi.

"Sementara dalam konteks BN, apa yang kita perkatakan mengenai manifesto, itulah antara komitmen dan janji yang akan laksanakan, yang akan kita penuhi kepada rakyat sebagai janji dari kerajaan BN. Kita agak pelik juga menifesto yang sama, sebagaimana yang mereka janjikan pada tahun 2008 yang kebanyakannya tidak mereka penuhi, tetapi hari ini mereka mengulang perkara yang sama," ujarnya .

Pasukan Keselamatan Bertempur Dengan Pengganas Sulu

Posted: 18 Mar 2013 01:30 AM PDT


Pagi tadi pasukan keselamatan sekali lagi bertempur dengan saki baki pengganas Sulu di Kampung Tanjung Batu, Felda Sahabat 22.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan di sidang media pagi tadi, beliau berkata pihaknya percaya ada musuh yang cedera atau terbunuh tetapi belum menerima laporan mengenainya.

Sementara itu, kawasan persisiran pantai Felda Sahabat akan menjadi kawasan pertama pengukuhan pertahanan negara melalui pembinaan pos kawalan baru yang diperkukuhkan dengan kekuatan anggota pasukan keselamatan di bawah Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (Esscom).

Berita terdahulu: Jamalul Kiram Istihar Perang Gelira Keatas Malaysia

Jamalul Kiram Istihar Perang Gelira Keatas Malaysia

Posted: 18 Mar 2013 12:12 AM PDT


Kurang Ajar! dah la ceroboh masuk negara orang tanpa izin, bunuh rakyat Malaysia nak lancarkan serangan gelira pula... Ini sudah melampau!

Jamalul Kiram III mengarahkan pengikut-pengikutnya supaya tidak berganjak dari Sabah dan melancarkan serangan gerila terhadap pasukan keselamatan Malaysia.

Menurut laporan media, Kiram berkata berundur dari Sabah bukanlah satu pilihan untuk tentera-tenteranya.

"Mereka sudah di tanah air mereka jadi mengapa kembali?" kata Kiram kepada pemberita di kediamannya di Taguig, menurut laporan 'The Philippine Star'.

Sementara itu, jurucakap Sultan Sulu, Abraham Idjirani yang menyifatkan tindakan memasuki Sabah sebagai satu 'perjuangan' berkata tenteranya akan meneruskan 'perjuangan' mereka.

Katanya, kesultanan Sulu telah menarik balik perintah gencatan senjata yang dikeluarkan dan tentera-tentera Diraja telah diarahkan melancarkan operasi secara "serang dan lari" terhadap pasukan keselamatan Malaysia.

Menurut laporan, Kiram berkata adik lelaki kepada Sultan Sulu, Agbimuddin Kiram dan pengikut-pengikutnya masih berada di Sabah dan ini bertentangan dengan laporan dari Malaysia yang mendakwa mereka telah melarikan diri.

Idjirani juga mendakwa Agbimuddin dan kumpulan pengikutnya masih kuat berdasarkan perbualan telefon dengan Agbimuddin pada malam Sabtu.

Katanya, tentera Diraja yang pada masa ini mempunyai 170 orang telah berpecah kepada tiga kumpulan bagi mengelak daripada pesawat pengintip yang berlegar di sekitar Lahad Datu.

Pasal Gambar Seks... DAP Kata Kepimpinan Anwar, Azmin Rapuh

Posted: 17 Mar 2013 11:00 PM PDT


Kan dah kata.... Ini bukan kerja Umno... yang sebenarnya.. musuh dalam selimut mahu Anwar kecundang pada PRU 13..! ini adalah kerana PRU 13 adalah harapan terakhir untuk Anwar menjadi PM... Oleh itu rejim pembangkang harus menghalang Anwar dalam apa cara sekali pun...

Yang bodohnya kedua-dua mereka ni terima saja habuan (blowjob dalam jamban, chinadoll, dll) yang di beri tanpa memikir, masalah yang akan datang... rakus sangat!

AntaraPos - DAP melihat kepimpinan Ketua Umum PKR, Seri Anwar dan Timbalan Presiden PKR sebagai rapuh, kata bekas pembantu khas kepada Exco Selangor, Ronnie Liu.

Malah, Jafrei Nordin mendakwa DAP yakin Anwar adalah individu yang dikatakan mirip dengan seorang lelaki, mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita berbangsa Cina di sebuah hotel pada 2011.

DAP juga percaya Azmin adalah lelaki yang didedahkan melakukan seks oral dengan pasangannya dalam sebuah tandas, disebuah rumah yang tidak diketahui lokasinya, kata Jafrei.


Namun beliau berkata, keyakinan itu hanya kedengaran di peringkat dalaman parti sahaja.

Diperingkat pandangan umum, DAP terpaksa menafikan susuk tubuh itu adalah milik Anwar dan Azmin, katanya lagi.

"Apabila berlaku skandal 'China Doll', DAP parti pertama yang mengatakan 'Yes', 'This is right', 'This is him' di peringkat dalaman.

"Tetapi di peringkat pandangan umum di luar, mereka juga parti pertama yang menafikan skandal itu. Begitu juga Azmin," ujar Jafrei ketika diwawancara oleh Utusan Malaysia.

Selepas dikaitkan dengan seorang lelaki yang mirip wajahnya mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita, Anwar sekali lagi dipalit skandal yang sama. Tetapi kali ini pasangannya adalah lelaki.

Pendedahan itu dibuat melalui laman blog rajagoyang360.blogspot.com.

Sekurang-kurangnya 13 keping gambar hitam putih dimuatnaikkan yang memaparkan kronologi lelaki mirip Anwar melakukan aksi 'intim' dengan pasangan lelakinya itu.


Manakala Azmin pula sebelum ini dikaitkan dengan pendedahan beberapa keping gambar berwarna yang memaparkan seorang lelaki miripnya sedang melakukan seks oral dengan pasangan wanitanya.

Bagaimanapun Anwar dan juga Azmin menafikan susuk tubuh itu milik mereka.

Pemimpin Pakatan Rakyat juga menafikan dakwaan itu dan menuding jari kepada seteru politiknya, umno Barisan Nasional.

Dalam pada itu, Jarfei juga memberitahu, sepanjang berada dalam kepimpinan DAP, beliau mengetahui banyak perkara dan keyakinannya pada demokrasi DAP semakin menipis apabila ia melibatkan kepentingan dan kebajikan orang Melayu Islam.

Beliau juga memberitahu, DAP langsung tidak gerun kepada Umno Barisan Nasional tetapi parti itu bimbangkan PAS.


Walaubagaimanapun, DAP telah mengesan kelemahan PAS contohnya isu pemecatan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali dan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa.

"Hasan dikeluarkan kerana vokal dalam mempersoalkan isu-isu rumah urut yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan.

"Nasharuddin pula dipecat daripada majlis syura ulama kerana menampakkan sokongan kepada kerajaan walhal beliau bersama Perdana Menteri ke Gaza kerana atas urusan kesepaduan umat dan penyatuan umat," ujar Jafrei.

Penyingkiran dua tokoh politik itu membuatkan Jafrei tawar hati dan berkeputusan untuk meninggalkan DAP.

Katanya, pendedahan yang dibuatnya adalah semata-mata mahu membuka mata dan menyedarkan ahli dan penyokong Pakatan Rakyat yang lain agar tidak terus ditipu DAP.

Sebab Jumpa PM, PKR Batal Hasrat Calonkan Dr Asri Pada PRU 13

Posted: 17 Mar 2013 09:16 PM PDT


Tokoh agama terkenal Datuk Dr Asri Zainul Abidin, yang diura-urakan bertanding atas tiket PKR, kemungkinan besar tidak jadi dicalonkan oleh parti tersebut.

Sumber-sumber PKR memberitahu, penyebab utama Dr Asri ditolak ialah kerana pertemuan beliau dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dua minggu lepas.

Dr Asri sendiri malam tadi mendedahkan dalam mesej di akaun Twitternya tentang pertemuan dengan perdana menteri.

Bagaimanapun butiran perbincangan di pertemuan kedua-duanya tidak dinyatakan dengan jelas sama ada berkaitan pencalonan dalam pilihan raya umum atau hal-hal lain.

"Dua minggu lepas, YAB PM jemput saya ke pejabat beliau sendirian. Saya beri pandangan-pandangan saya dan beliau dengar dengan teliti. Saya hargai sikap itu," kata Dr Asri dalam twitnya.

Menurut sumber PKR lagi, parti itu tidak selesa dengan sikap Dr Asri yang berhubung dengan Najib sewaktu rundingan kerusi dengan parti itu sedang berjalan.

Difahamkan surat-menyurat pertemuan Dr Asri dengan perdana menteri pernah ditunjukkan kepada beberapa pemimpin PKR.

Namun, Dr Asri sendiri mempunyai sejarah hubungan dengan beberapa tokoh politik BN dan Pakatan Rakyat sejak bertahun-tahun lalu lagi.

Muncul melalui kegiatan PAS zaman mahasiswanya, beliau dilantik mufti Perlis sewaktu Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai menteri besar sebelum digugurkan selepas pilihan raya 2008.

Kemana arah DR Asri selepas ini? Mungkinkah beliau akan bersama UMNO?

BN Tidak Perlukan Skandal Seks Anwar Untuk Menang Pilihan Raya

Posted: 17 Mar 2013 07:00 PM PDT


Sama ada sedar atau tidak, isu skandal seks Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah berusia 15 tahun. Bermula pada 1997 apabila terdapat tuduhan yang dibuat oleh Karpal Singh dalam Parlimen, diikuti pemecatan beliau dari jawatan Timbalan Perdana Menteri (1998), reformasi dan kes Liwat Azizan (1998-2003), Liwat II (2009-2012), video klip lelaki menyerupai beliau mengadakan hubungan seks.

Dan sekarang muncul satu lagi skandal beliau atau lelaki menyerupai beliau mengadakan hubungan songsang dengan seorang pemuda "triple A". Sebenarnya orang ramai sudah letih, bosan dan penat dengan skandal yang mengelilingi Anwar bin Ibrahim ini.

Barisan Nasional dalam keadaan kuat dan bersedia memenangi pilihan raya ini dengan majoriti 2/3 biar pun Pakatan mungkin masih menguasai satu atau dua negeri. Justeru kemunculan gambar dan video terbaru ini tidak memberi sebarang keuntungan politik kepada Barisan Nasional dan UMNO.

Politik Licik Di sebalik Skandal Seks?

Sebaliknya, memahami psikologi orang Melayu dan Asia keseluruhan, penyebaran video-video memalukan ini pada saat-saat menjelang pilihan raya mungkin memberi undi simpati kepada Pakatan dan Anwar Ibrahim. Ini pernah terjadi dalam pilihan raya 1999 apabila terdapat gerak kerja UMNO yang terlalu memburukkan Anwar akhirnya memberi undi simpati kepada pakatan pembangkang.

Justeru ia menimbulkan tanda tanya sama ada gambar-gambar sensasi terbaru ini disebarkan oleh Barisan Nasional atau oleh Anwar sendiri. Perilaku dan peribadi Anwar tidak lagi penting kerana apa yang dipaparkan dan disiarkan sebelum ini sama ada di Mahkamah, di dalam media massa mahu pun ruang siber sudah cukup untuk membantu rakyat membuat keputusan sama ada mahu terus menyokong Anwar atau sebaliknya.

Dengan kata lain mereka yang mengambil kira moral dan perlakuan luar tabie Anwar sudah membuat keputusan untuk menolak Pakatan. Manakala mereka yang mahu terus bergantung kepada Anwar akan terus mempertahankan Anwar sehingga ke tahap video hanyalah besi yang tidak boleh menjadi saksi. Jadi adalah tidak mustahil untuk menyatakan kemungkinan gambar perlakuan seks (dan mungkin video selepas ini) yang baru ini disebarkan oleh pasukan Anwar sendiri menjelang pilihan raya Umum.

Pasukan Anwar menyedari bahawa terdapat perubahan besar sikap rakyat terhadap Barisan Nasional sejak enam bulan yang lalu apabila pelbagai program mesra rakyat, penerangan isu semasa dan akhir sekali kesungguhan kerajaan menyelesaikan isu Lahad Datu mendapat impak yang positif. Pakatan dalam keadaan terdesak apabila beberapa kenyataan pemimpin mereka terhadap insiden Lahad Datu telah menimbulkan kemarahan rakyat.

Untuk mengalih isu sikap kurang ajar pemimpin pakatan terhadap pasukan keselamatan, dengan tiba-tiba sahaja isu skandal seks Anwar kembali hidup. Pasukan Anwar sendiri yang menghidupkannya apabila menggunakan Azlan Mohd Lazim, bapa kepada Saiful Bukhari Azlan (yang mengaku beliau diliwat Anwar), untuk memburukkan anaknya sendiri.

Sungguhpun isu ini kembali menjadi perhatian rakyat namun ia tidak sebesar tumpuan rakyat kepada isu kebobrokan perangai dan perkataan Tian Chua dan beberapa lagi pemimpin Pakatan terhadap insiden Lahad Datu. Pakatan perlukan satu isu sensasi besar untuk mengubah perhatian rakyat daripada isu Lahad Datu. Dalam keadaan tersebut tiba-tiba sahaja muncul satu lagi gambar sensasi mmebabitkan individu yang menyerupai Anwar.

Adalah tidak mustahil gambar ini disebarkan oleh kumpulan Anwar sendiri bagi mengalih isu dan menagih simpati. Malah tidak menghairankan jika dalam sedikit masa lagi akan muncul individu yang menyerupai Anwar Ibrahim mengakui bahawa beliaulah lelaki dalam gambar dan video tersebut. Anwar bukanlah begitu bodoh. Tidak mustahil dalam tempoh setahun yang lalu beliau telah membayar seseorang untuk membuat pembedahan plastik membentuk semula wajah seiras dengan beliau.

Malahan dengan membesarkan isu ini, mungkinkah Anwar mencipta jalan dan skrip untuk mengadakan sumpah laknat selepas Parlimen dibubarkan. Sumpah laknat tidak akan menunjukkan kesan dalam masa yang singkat. Malahan menurut para ulama ia mungkin mengambil masa bertahun sebelum nampak jelas kesannya. Jika Anwar memilih untuk bersumpah selepas Parlimen dibubarkan ia sekadar untuk mengelirukan rakyat.

Kita perlu ingat Anwar telah diminta bersumpah sejak beberapa tahun lalu tapi beliau enggan melakukan. Jika beliau melakukan selepas pembubaran Parlimen itu bermakna beliau berbuat untuk kepentingan politik bukannya untuk kebenaran.

Politik Untuk Rakyat

Pilihan raya adalah soal memilih parti yang mampu membentuk kerajaan yang baik dan stabil untuk masa depan rakyat dan negara ini. Barisan Nasional telah terbukti berjaya mentadbir negara ini dengan baik. Daripada sebuah negara yang miskin, bekas tanah jajahan beberapa penjajah, dihurungi ancaman komunis, pergaduhan antara kaum dan ekstremis agama, Barisan Nasional menukar lanskap perpecaham kaum, mundur, buta huruf kepada masyarakat yang bersatu, ekonomi yang membangun dengan pantas dan menghampiri zon sifar buta huruf.

Barisan Nasional menukar negara ini daripada ekonomi berasaskan pertanian kecil-kecilan, ekonomi sara diri dan bergantung kepada eksport komoditi yang tidak stabil kepada sebuah negara yang mempunyai sektor perladangan antara terhebat di dunia, menempatkan diri dalam negara perindustrian sehingga digelar "Harimau Ekonomi Asia" pada 1990-an, mempunyai lulusan universiti yang melebihi pasaran kerja dalam negara.

Telah beberapa kali, kerajaan Malaysia berjaya keluar dari kegawatan ekonomi dengan jayanya termasuklah kemampuan melepasi ancaman ekonomi paling perit pada 1997 kerana diserang oleh spekulator matawang dan juga dikhianati dari dalam oleh individu yang menganjurkan Asian Renaissance.

Menjelang pilihan raya umum ke 13 ini, rakyat telah menilai dan melihat kegagalan pentadbiran kerajaan negeri di bawah Pakatan di Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.

Daripada sebuah negeri terbaik, tersusun dan ditadbir secara cekap sebelum 2008, kini negeri termaju Selangor berada dalam keadaan membimbangkan dan merudum dengan cepat. Jalan berlubang merata-rata, sistem pengurusan sampah kembali seperti awal 90-an, pasir di lombong sesuka hati tanpa kawalan, setinggan sedang menampakkan diri kembali, rumah kos rendah langsung tidak dibina, krisis air dan elektrik menunggu masa untuk berlaku.

Dalam masa lima tahun lagi tidak mustahil Selangor akan kembali kepada keadaan seperti 90-an, dipenuhi setinggan, masalah pengangguran dan jurang pendapatan yang sangat besar antara rakyat.

Rakyat juga sudah melihat dan mengetahui kepincangan dan kedhaifan manifesto Pakatan. Tahun lalu Pakatan melancarkan "Buku Jingga" yang kononnya manifesto mereka untuk memerintah negara. Setelah Barisan Nasional mendedahkan kelemahan ketara Buku Jingga sehingga menyebabkan hampir 80% janji mereka tidak boleh dilaksanakan, Pakatan muncul dengan satu lagi manifesto beberapa minggu lalu.

Sebaliknya Barisan Nasional telah berjaya menguruskan masalah kos sara hidup yang tinggi secara berhemah dan berhemat. BN memperkenalkan sistem petrol dua jenis yang membantu mengurangkan subsidi bahan api kerajaan tetapi tidak begitu membebankan rakyat. BN juga telah melancarkan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang secara khusus bertujuan membantu meringankan rakyat berpendapatan rendah.

Kerana kegagalan kerajaan negeri Selangor membina rumah kos rendah, BN terpaksa mengambil inisiatif memperkenalkan skim perumaham mampu milik untuk rakyat terutamanya di sekitar lembah klang.

Suatu ketika dahulu isu ini diselesaikan oleh kerajaan negeri. Beberapa tahun lalu, rumah kos rendah berlebihan di lembah klang sehingga Menteri Besar Selangor ketika itu mencadangkan agar rumah kos rendah yang tidak dapat dijual setelah beberapa tahun dijual kepada golongan yang berpendapatan melebihi RM 2,500 sebulan. Sekarang Pakatan di Selangor melupakan terus agenda rakyat sebaliknya bersengkongkol dengan Pemaju melupuskan kuota rumah kos rendah.

Justeru BN tidak memerlukan skandal seks Anwar Ibrahim untuk meyakinkan rakyat mengenai kemampuan dan keupayaan meneruskan kepimpinan yang cemerlang dalam pentadbiran negara Malaysia ini. Barisan Nasional hanya memerlukan manifesto yang meyakinkan rakyat menjelang pilihan raya umum ke 13 ini.

Apa yang BN perlukan ialah kesatuan dalaman dan rekod pentadbiran yang cemerlang untuk meyakinkan majoriti rakyat parti mana yang lebih layak memerintah.

Mengenai individu bernama Anwar bin Ibrahim, biarkanlah ia menyelesaikan isu peribadinya. Jika beliau bersumpah laknat pun menjelang PRU ke 13 ini ia tidak membuktikan apa-apa kerana sifat sumpah laknat itu sendiri bukanlah dalam bentuk pembalasan serta-merta. Jika ada individu yang muka seirasnyapun ia tidak membuktikan bahawa beliau tidak terbabit dalam kegiatan tidak bermoral yang didakwa. Jika kita yakin beliau tidak terbabit pun ia bukan alasan untuk meberi undi kepada Pakatan sewenang-wenangnya.

Saya suka menurunkan semula pandangan bekas mentornya Dr. Sidek Baba, (yang lebih kurang berbunyi) "saya tidak boleh menyatakan Anwar terbabit atau tidak dengan kejadian liwat dan zina seperti yang didakwa. Namun pembabitan beliau dengan pluralisme dan liberalisme Islam; hubungan yang akrab dengan tokoh-tokoh Yahudi terkemuka; tingkah laku beliau kebelakangan ini, meyakinkan saya untuk tidak lagi bersama perjuangan politik beliau."

Kepada mereka yang mahu memilih parti terbaik menjadi kerajaan baca dan nilailah pandangan semua pihak. Kepada mereka yang mengundi Pakatan kerana Anwar bin Ibrahim nilailah pandangan Dr. Sidek Baba, guru, mentor dan penyokong yang membuang segala-gala keagungan material dunia untuk bersama Anwar suatu ketika dahulu.

oleh Ab Jalil Backer

Video Aksi Songsang - Mungkinkah Anwar?

Posted: 17 Mar 2013 09:14 AM PDT


Sekadar bertanya pendapat pembaca... bukan bermaksud untuk menyebarkan fitnah...

1. Apakah mungkin Anwar Ibrahim didalam gambar tersebut? Atau ini kembar Anwar? Atau ini klon Anwar? yang mana satu? masih ingatkah lagi video seks Chinadoll... video tersebut 99.9 peratus tulin dan ia ialah kebenaran.

2. Ini kerja UMNO (UMNO sudah buat penafian)... Atau mungkin kerja musuh dalam selimut yang tak mahu Anwar jadi PM. (Terdapat keraguan dalam penyebaran berita di dalam Harakah Daily) Hadi dan Lim Guan Eng pun nak jadi PM juga...


Harap pembaca dapat memberikan komen secara lebih ilmiah...

PM Lawat Keluarga Allahyarham Koperal Azrul

Posted: 17 Mar 2013 07:00 AM PDT

Perdana Menteri, Najib Tun Razak dan isteri, Rosmah Mansor beramah mesra bersama Sa'adiah Md Amin (kanan), ibu kepada Allahyarham Koperal Mohd. Azrul Tukiran ketika menziarahi keluarga Allahyarham di Kampung Rantau Panjang, Klang hari ini. Turut kelihatan bapa Allahyarham, Tukiran Ahmad (dua, kiri).

Koperal Azrul dalam kenangan...
Al-fatihah...

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menziarah keluarga Koperal Mohd Azrul Tukiran, yang terkorban dalam insiden tembak-menembak di Kampung Seri Jaya, Simunul, Semporna, Sabah pada 2 Mac lepas, di Kampung Rantau Panjang di sini.

Najib, ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor, turut menyampaikan bantuan berjumlah RM20,000 sumbangan Yayasan Kelana Ehsan kepada keluarga Allahyarham.

Beliau dan isteri kemudian menghadiri Perhimpunan Barisan Nasional (BN) Pilihan Rakyat di Padang SMK Meru, kira-kira 25 kilometer dari kampung itu.

Sementara itu, bapa Mohd Azrul, Tukiran Ahamad berkata Perdana Menteri menasihatkan mereka sekeluarga supaya bersabar kerana perkara yang berlaku tidak diduga dan memberi jaminan akan memberikan segala bantuan yang dijanjikan.

Tukiran, yang melahirkan rasa terharu dan terima kasihnya atas kesudian Perdana Menteri berkunjung ke rumah mereka, turut berkata Najib juga bertanya berkaitan arwah dalam kunjunan singkat itu.

Sementara itu, ibu Mohd Azrul, Sa'diah Md Amin berkata mereka sekeluarga reda dengan apa yang berlaku dan tidak akan menghalang jika ada anak dan cucunya yang berhasrat menyertai pasukan keselamatan.

Ini adalah kali kedua ibu bapa Mohd Azrul bertemu Perdana Menteri, pertama kali semasa menyambut ketibaan jenazah Allahyarham di Pangakalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 4 Mac lepas.

Mohd Azrul dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau adalah antara enam pegawai dan anggota polis yang terkorban dalam serangan hendap sekumpulan pengganas bersenjata di perkampungan air itu pada 8 malam 2 Mac lepas.

Sementara itu, penduduk kampung menamakan jalan masuk ke rumah keluarga Allahyarham sebagai 'Jalan Wira Negara Koperal Azrul'.

Umno Nafi Sebar Video Aksi Songsang Anwar

Posted: 17 Mar 2013 05:00 AM PDT


Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan menafikan penglibatan Umno dalam video aksi songsang memaparkan individu yang didakwa mirip seorang tokoh politik dengan pasangan lelakinya di sebuah hotel.

Beliau berkata pembangkang sememangnya akan menyalahkan Umno berhubung video itu yang dimuat naik sebuah blog, rajagoyang360.blogspot.com. dan kemudiannya turut dipaparkan di beberapa blog lain.

"Sebagaimana fikiran pembangkang segalanya kerja Umno termasuk insiden (pencerobohan pengganas Sulu di) Lahad Datu tetapi Umno tidak sehebat itu untuk mengatur segalanya.

"Tak kan orang dalam bilik pun kita yang mengatur, kita tak ada masa nak pasang kamera dalam bilik orang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Taklimat Penceramah Penerangan Negeri Melaka di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam akhbar The Star hari ini yang menafikan individu dalam video itu adalah dirinya sambil mendakwa ia perbuatan Umno.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, rakyat boleh menilai sendiri siapa tokoh politik yang didakwa dalam video itu.

"Tengok sendiri dan buat keputusan, jangan bantai (kutuk) sebelum tengok, tapi tengok dulu...kita serah kepada mereka untuk menilai sendiri," katanya.

Sementara itu, Ahmad menyeru semua anggota Umno dan Barisan Nasional (BN) agar menanam keyakinan bahawa parti itu mampu mencapai kemenangan serta memperoleh majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum ke-13.

Beliau berkata, keyakinan itu harus disandarkan pada kejayaan program dan dasar yang dilaksanakan kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada masa ini.

Malah, katanya, pembangkang tidak mempunyai sebarang kekuatan kerana gagal melaksanakan janji selain mempunyai pemimpin yang didakwanya terlibat dalam pelbagai skandal.

- Bernama

Sahabat-Gunung

Posted: 18 Mar 2013 01:36 AM PDT

Sahabat-Gunung


Khalid Ismath : ‘Saya Tak Kisah Pemimpin Saya LGBT’

Posted: 17 Mar 2013 09:14 AM PDT

 
Sekadar nak bertanya…. Apa maksud Khalid Mohd Ismath yang berkata dia tidak peduli pemimpinnya adalah tokoh LGBT (Lesbian, Gay, Bisekssual dan Transgender) asalkan pemimpin itu melaksanakan amanah rakyat dan tidak menyalahgunakan kuasa.

"Saya tak kisah pemimpin saya LGBT, tak ada agama atau sosial, yang penting dia laksana amanah rakyat dan negara serta tidak salahguna kuasa,"katanya dalam twitter.com/khalidismath.

Khalid Ismath yang juga pelajar UiTM Shah Alam jurusan Undang-Undang berkata fikirannya lebih terbuka apabila bersahabat dengan golongan LGBT, pluralis dan ethist (tidak beragama).

 Adakah ini pemimpin LGBT yang dimaksudkan oleh Khalid Mohd Ismath nie ……
 

Takpelah, sakit plak perut aku tengok pic nie …. Lebih baik aku tengok pic Tun M melawat dan memberikan sokongan kepada pasukan keselamatan kita yang sedang berjuang di perbatasan untuk mempertahankan keselamatan negara kita ….


Baca seterusnya di sinimengenai Khalid Ismath nie …..
Opsssttt: betul ker Khalid ismath nie ceraikan isterinya hanya pakai sistem pesanan ringkas (SMS) ….

 

Abby Abadi Sound Tun Mahathir ..... Takkan Bergambar jer ....

Posted: 17 Mar 2013 07:57 AM PDT

 
Abby Abadi kata ….. Tun M pergi Lahad Datu untuk bergambar sahaja ker? Ingatkan nak nak pg tembak pengganas Sulu tadi?.....
Hakikatnya, Tun M pergi ke sana lebih baik dari  ………. Yang bawah nie ……

 
Malah lebih baik dari yang BAWAH nie …..
 
 
 
 

Najib Lawat Keluarga Allahyarham Koperal Mohd Azrul

Posted: 17 Mar 2013 07:30 AM PDT


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menziarah keluarga Koperal Mohd Azrul Tukiran, yang terkorban dalam insiden tembak-menembak di Kampung Seri Jaya, Simunul, Semporna, Sabah pada 2 Mac lepas, di Kampung Rantau Panjang di sini. 

Najib, ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor, turut menyampaikan bantuan ber
jumlah RM20,000 sumbangan Yayasan Kelana Ehsan kepada keluarga Allahyarham. 

Sementara itu, bapa Mohd Azrul, Tukiran Ahamad berkata Perdana Menteri menasihatkan mereka sekeluarga supaya bersabar kerana perkara yang berlaku tidak diduga dan memberi jaminan akan memberikan segala bantuan yang dijanjikan. 

Tukiran, yang melahirkan rasa terharu dan terima kasihnya atas kesudian Perdana Menteri berkunjung ke rumah mereka, turut berkata Najib juga bertanya berkaitan arwah dalam kunjungan singkat itu. 

Sementara itu, ibu Mohd Azrul, Sa'diah Md Amin berkata mereka sekeluarga reda dengan apa yang berlaku dan tidak akan menghalang jika ada anak dan cucunya yang berhasrat menyertai pasukan keselamatan. 

Ini adalah kali kedua ibu bapa Mohd Azrul bertemu Perdana Menteri, pertama kali semasa menyambut ketibaan jenazah Allahyarham di Pangakalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 4 Mac lepas. 

Mohd Azrul dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau adalah antara enam pegawai dan anggota polis yang terkorban dalam serangan hendap sekumpulan pengganas bersenjata di perkampungan air itu pada 8 malam 2 Mac lepas. 

Sementara itu, penduduk kampung menamakan jalan masuk ke rumah keluarga Allahyarham sebagai 'Jalan Wira Negara Koperal Azrul'. 

Belantan

Posted: 17 Mar 2013 11:37 PM PDT

Belantan


Buru pengganas Sulu hingga ke lubang cacing!

Posted: 17 Mar 2013 11:19 PM PDT



Operasi pasukan keselamatan negara bagi memburu saki-baki kumpulan pengganas Sulu akan tetap diteruskan meskipun selepas Parlimen dibubarkan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, kesemua musuh akan diburu sehingga ke 'lubang cacing', selain setiap kawasan terbabit akan dipastikan bersih daripada sebarang jerangkap samar dan sisa bahan pertempuran.

"Kita akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan Ops Daulat ini dapat diselesaikan secepat mungkin. Tiada pertempuran hari ini, namun usaha menjejaki saki-baki kumpulan itu terus dilaksanakan di beberapa buah kawasan yang disyaki menjadi pusat persembunyian," katanya dalam sidang akhbar di sini petang ini.

Yang hadir sama Panglima 1 Divisyen, Infantri Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Mohd. Zaki Mokhtar.

Dalam sidang akhbar di sebelah pagi, Hamza berkata, pengganas Sulu yang semakin terdesak dan tertekan setelah ketua mereka, Azzumudie Kiram melarikan diri ke selatan Filipina kini dikesan menukar strategi untuk melepaskan diri dengan memasuki kawasan-kawasan Felda Sahabat.



Beliau berkata, kesemua pengganas itu dianggarkan berjumlah kurang dari 50 orang dan bergerak dalam kumpulan yang kecil.

Hamza turut memberitahu, pasukan keselamatan telah menahan seorang lelaki yang dipercayai pengganas di Felda Sahabat kira-kira pukul 6.30 pagi.

"Saya tidak mahu menyatakan tempat mana dia ditahan tetapi suspek telah kita bawa ke balai polis untuk soal siasat," katanya sambil memberitahu, polis tidak menemukan senjata mahupun dokumen pengenalan diri daripada suspek.

Kata beliau lagi, suspek akan disiasat mengikut Seksyen 130 (c) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Beliau memberitahu, pada masa ini seramai 104 individu disiasat di bawah SOSMA dan 232 lagi lain-lain kesalahan.



"Sehingga kini, pihak keselamatan telah berjaya membersihkan kawasan Kampung Tanduo dan Kampung Sungai Nyamuk. Kami kini memberi tumpuan di Kampung Tanjung Batu, selewat-lewatnya esok, akan dapat dibersihkan.

"Selain menjejaki musuh kita juga sedang berusaha mengeluarkan mayat pengganas yang dianggar berjumlah 10 orang," katanya.

Sementara itu, Mohd. Zaki berkata, pada masa ini pihak tentera sedang menggeledah Kampung Tanjung Batu termasuk kawasan hutan tebal, ladang kelapa sawit dan rumah-rumah yang ditinggalkan.

Ujarnya, setakat ini tiada pertempuran dilaporkan berlaku dan pihaknya berharap operasi pembersihan akan dapat diselesaikan dengan segera.

Suara Politik
Belantan

Mat Sabu pertahan tindakan Tian Chua?

Posted: 17 Mar 2013 11:07 AM PDT



Ketika kemarahan orang ramai terhadap kebidapan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua yang mempersendakan isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah terus memuncak, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, walau bagaimanapun bangkit mempertahankan tindakan rakan sekutunya itu.

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu sebaliknya menyifatkan kemarahan terhadap pemimpin PKR itu merupakan kesan daripada tuduhan bersifat perkauman untuk menakut-nakutkan rakyat dan menjejaskan pembangkang.

Sekarang kerajaan sengaja mahu timbulkan isu perkauman, tuduh Tian Chua. Sedangkan, Tian Chua itu hemboih (tiup) pun jatuh. Jadi, tak perlulah," katanya ketika berucap semasa berceramah di Gong Badak di sini semalam.



Tindakan Tian Chua yang mendakwa insiden pencerobohan pengganas Sulu itu sebagai sandiwara UMNO seperti yang turut disiarkan portal pembangkang mencetuskan kemarahan banyak pihak sehingga menyaksikan beratus-ratus laporan polis dibuat terhadapnya.

Dalam pada itu, Mat Sabu yang terkenal dengan kenyataan-kenyataan berbentuk kontroversi berkenaan turut mempertahankan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang dikaitkan dengan insiden pencerobohan di Lahad Datu.

Semua mereka (kerajaan) tuduh Anwar punca (pencerobohan di Lahad Datu). Ini Anwar punya pasal. Hujan tak turun, ribut, panas, semua sebab Anwar. Adakah rakyat boleh percaya?," katanya.

Suara Politik
Belantan

Skandal gambar panas...!!! Anwar cuba mengelak bila ditanya wartawan!

Posted: 17 Mar 2013 03:05 AM PDT



Pada petang Sabtu( semalam ), wartawan dari Agendadaily telah berusaha untuk mendapat reaksi dari mulut Anwar sendiri. Kebetulan peluang terbuka apabila mendapat tahu yang Anwar sedang menghadiri satu forum di sebuah hotel di Bandar Utama berdekatan dengan Bandar Damansara, Kuala Lumpur.

Namun bila tiba di situ, wartawan dan jurugambar Agendadaily tidak dibenarkan masuk ke forum berkenaan. Sebaliknya wartawan Malaysiakini dan Keadilan Daily sahaja yang dibenarkan masuk. Rupa-rupanya semasa forum tersebut berjalan, Anwar ada menyentuh mengenai pendedahan 'gambar panas' yang dikatakan mirip beliau oleh blog " Aksi Si Raja Goyang"!

Setelah lebih kurang sejam menunggu dan ketika Anwar keluar untuk pulang, bersama-sama tiga wartawan lain, Agendadaily cuba mendekati Anwar untuk bertanyakan minta komen mengenai 'gambar panas' tersebut.

Pada mulanya Anwar buat 'muka kering' sahaja tidak mahu melayan sehinggalah wartawan Agendadaily bertanya kepada Anwar, "tak kan nak tanya pun tak boleh "?

Ketika itu Anwar lantas menjawab, "ini semua fitnah jijik UMNO menjelang pilihanraya".



Apabila ditanya samada beliau akan mengambil tindakan undang-undang, Anwar berkata ianya tidak pasti dan akan serahkan kepada peguamnya untuk tindakan lanjut!

Wartawan Malaysiakini yang mana dapat masuk ke forum anjuran Anwar Ibrahim Club itu melaporkan Anwar antara lain berkata, dulu ( video seks China Doll ) perutnya buncit sikit tetapi yang sekarang nampak muscular.

Anwar dilihat cuba memperlekeh pendedahan-pendedahan yang dibuat dengan berkata, orang ramai cukup bijak untuk menilai dan tidak percaya pada fitnah dan tetap datang untuk mendengar ceramah beliau!

Katanya, beliau tetap bersemangat untuk teruskan perjuangannya kerana yakin kepada kebijaksanaan orang ramai. Beliau juga cuba perlekehkan siapa yang baca dan tonton akhbar Utusan Malaysia dan TV3.

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

Posted: 17 Mar 2013 11:19 PM PDT

oyabun

Posted: 17 Mar 2013 11:18 PM PDT

oyabun


Tanya pada pokok, perut 'Bang Non' boroi ke tak?

Posted: 17 Mar 2013 03:28 AM PDT



Agak mengejutkan juga semalam apabila gambar-gambar aksi yang menjijikkan telah disiarkan oleh sebuah blog baru yang tidak diketahui motifnya! Para penyokong Anwar Ibrahim cuba menyatakan bahawa penyiaran gambar-gambar berkenaan adalah bertujuan untuk terus memalukan Anwar Ibrahim.

Namun yang menariknya, portal rasmi PAS, HARAKAH Daily merupakan antara yang terawal menyiarkan gambar-gambar tersebut dari blog 'misteri' berkenaan seolah-olah ingin memberi isyarat bahawa PAS sebenarnya sudah tidak percaya dengan Anwar Ibrahim lagi. Sekaligus membenarkan apa yang pernah disuarakan oleh Mat Sabu pada tahun 1997 lalu bahawa suatu hari nanti, 'MENTERI KABINET MALAYSIA YANG PERTAMA MATI AKIBAT AIDS'.

Dan jika kita perasan sejak kebelakangan ini disetiap ceramah PAS, pada setiap banner sudah tidak ada lagi gambar Anwar bersama dengan pemimpin PAS sepertimana selalunya! Pelik tapi memang benar?

Bagaimanapun, pagi tadi, selepas beberapa jam selepas disiarkan, HARAKAH Daily telah menarik keluar artikel berkenaan. Mungkin kerana terdesak, para penyokong Anwar telah memulakan putar belit fakta dan melakukan serangan terhadap UMNO dan BN di laman-laman blog, portal dan Facebook untuk menunjukkan kononnya gambar-gambar tersebut adalah angkara UMNO! Sila baca di sini.

Seperti biasa apa-apa sahaja pendedahan tentang Anwar Ibrahim, semuanya adalah salah UMNO! Namun hari ini, penafian telah dibuat oleh Anwar Ibrahim apabila diajukan persoalan berhubung gambar-gambar terbaru itu oleh wartawan dalam satu sidang akhbar. Dan seperti biasa, Anwar membuat penafian mudah bahawa ORANG DALAM GAMBAR-GAMBAR TERSEBUT BUKANLAH DIRINYA.

Alasan yang diberi adalah didalam gambar tersebut, 'DIA TIDAK BOROI'( bermakna Anwar BOROI sekarang )! Mungkin kita masih ingat sebelum ini ketika video seseorang yang mirip macam Anwar juga melakukan 'adegan melampau' dengan seorang pelacur. Dalam satu sidang akhbar Anwar dengan cepat menafikan 'pelakon' tersebut bukanlah beliau kerana pelakonnya berperut BUNCIT (Boroi)!


Anwar turut berdiri ketika itu untuk membolehkan jurufoto mengambil gambar perutnya.

Ketika itu Anwar Ibrahim dengan keras menafikan yang beliau adalah lelaki dalam video seks yang didedahkan! Beliau menyifatkan dakwaan itu sebagai "pembohongan" yang diselaras oleh mereka di peringkat kuasa tertinggi. Sambil memberi alasan bahawa pada masa itu video dikatakan dirakamkan, Anwar berkata beliau berada di rumah bersama kakitangannya, isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, anak-anak dan cucu-cucu.

Katanya, beliau telah mengemaskini Twitternya pada masa itu, yang akan membuktikan yang beliau bukan lelaki dalam video tersebut.
Sambil tersenyum Anwar berkata, lelaki dalam video itu "berperut buncit" berbanding dengan perutnya. "Cuma perut orang itu jauh lebih buncit daripada perut saya," katanya.

Kesimpulannya, jika Anwar mengatakan pelakon dalam gambar terbaru bukan dirinya kerana 'DIA TIDAK BOROI' sebagaimana dirinya sekarang yang 'BOROI', maka siapakah pelakon lelaki yang 'berperut BUNCIT/BOROI' beraksi bersama pelacur dari China sebelum ini!

Meludah kelangit, terpecik kemuka sendiri? Mengaku saja lah Anwar...sampai bila nak menafikan lagi!!!!

Wasabi Oyabun..

My Longest Yard

Posted: 17 Mar 2013 11:13 PM PDT

My Longest Yard


Stephen Chow penyokong PKR? Kahkahkah..jom layan video ini.

Posted: 17 Mar 2013 09:43 PM PDT

SING (Played by Stephen Chow), a PKR supporter who firmly believes in the PKR philosophy, finds himself at odds with his wife, a street noodles stall owner. Issues that crop up in the community makes him question his belief, made worse with a visit from Anwar.

All characters appearing in this Independent anonymous production are fictitious. Any resemblance to real persons, living or dead, is purely coincidental. May contain: explicit violence and frequent coarse language.


Rajagopal

Posted: 17 Mar 2013 07:51 PM PDT


APANAMA

Posted: 17 Mar 2013 11:11 PM PDT

APANAMA


OPS DAULAT - Tun Dr M in Ground Zero

Posted: 17 Mar 2013 10:28 PM PDT

AZLI SHUKRI

Posted: 17 Mar 2013 11:09 PM PDT

AZLI SHUKRI


Penulis Buku Shit Tidak Setuju Dato' Baha Zain Terima Anugerah Sasterawan Negara

Posted: 17 Mar 2013 08:12 PM PDT

Sasterawan Negara Datuk Shahnon Ahmad "kurang bersetuju" dengan pemberian anugerah yang sama kepada penulis terkenal Datuk Baharuddin Zainal atau nama penanya Baha Zain. Perkara itu dimaklumkan penulis yang rapat dengannya Dr Faisal Tehrani, setelah dihubungi Shahnon yang mesra dengan panggilan "Cikgu Shahnon" semalam. Menurut Dr Faisal, Shahnon berpendapat, karya Baha Zain "berselerak" dan "tidak fokus"; malah puisinya kontot, sangat bersahaja dan kurang menyerlah mesej dan gagasannya. "Cikgu Shahnon menyatakan antologi puisi Baha Zain yang dibacanya membuatkan beliau berasa karyanya 'tidak bermakna dan tidak seberapa'," kata Dr Faisal melalui e-mel kepada Malaysiakini semalam. (Sambung bacaan anda di sini)

Panglima Perang Cyber

Posted: 17 Mar 2013 11:07 PM PDT

Panglima Perang Cyber


BN Tidak Perlukan Skandal Seks @Anwaribrahim Yang Sudah 15 Tahun Untuk Menang Pilihan Raya Umum

Posted: 17 Mar 2013 10:41 PM PDT

oleh Ab Jalil Backer (jalil74@myjaring.net)

Sama ada sedar atau tidak, isu skandal seks Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah berusia 15 tahun. Bermula pada 1997 apabila terdapat tuduhan yang dibuat oleh Karpal Singh dalam Parlimen, diikuti pemecatan beliau dari jawatan Timbalan Perdana Menteri (1998), reformasi dan kes Liwat Azizan (1998-2003), Liwat II (2009-2012), video klip lelaki menyerupai beliau mengadakan hubungan seks.

Dan sekarang muncul satu lagi skandal beliau atau lelaki menyerupai beliau mengadakan hubungan songsang dengan seorang pemuda "triple A". Sebenarnya orang ramai sudah letih, bosan dan penat dengan skandal yang mengelilingi Anwar bin Ibrahim ini.

Barisan Nasional dalam keadaan kuat dan bersedia memenangi pilihan raya ini dengan majoriti 2/3 biar pun Pakatan mungkin masih menguasai satu atau dua negeri. Justeru kemunculan gambar dan video terbaru ini tidak memberi sebarang keuntungan politik kepada Barisan Nasional dan UMNO.

Politik Licik Di sebalik Skandal Seks?

Sebaliknya, memahami psikologi orang Melayu dan Asia keseluruhan, penyebaran video-video memalukan ini pada saat-saat menjelang pilihan raya mungkin memberi undi simpati kepada Pakatan dan Anwar Ibrahim. Ini pernah terjadi dalam pilihan raya 1999 apabila terdapat gerak kerja UMNO yang terlalu memburukkan Anwar akhirnya memberi undi simpati kepada pakatan pembangkang.

Justeru ia menimbulkan tanda tanya sama ada gambar-gambar sensasi terbaru ini disebarkan oleh Barisan Nasional atau oleh Anwar sendiri. Perilaku dan peribadi Anwar tidak lagi penting kerana apa yang dipaparkan dan disiarkan sebelum ini sama ada di Mahkamah, di dalam media massa mahu pun ruang siber sudah cukup untuk membantu rakyat membuat keputusan sama ada mahu terus menyokong Anwar atau sebaliknya.

Dengan kata lain mereka yang mengambil kira moral dan perlakuan luar tabie Anwar sudah membuat keputusan untuk menolak Pakatan. Manakala mereka yang mahu terus bergantung kepada Anwar akan terus mempertahankan Anwar sehingga ke tahap video hanyalah besi yang tidak boleh menjadi saksi. Jadi adalah tidak mustahil untuk menyatakan kemungkinan gambar perlakuan seks (dan mungkin video selepas ini) yang baru ini disebarkan oleh pasukan Anwar sendiri menjelang pilihan raya Umum.

Pasukan Anwar menyedari bahawa terdapat perubahan besar sikap rakyat terhadap Barisan Nasional sejak enam bulan yang lalu apabila pelbagai program mesra rakyat, penerangan isu semasa dan akhir sekali kesungguhan kerajaan menyelesaikan isu Lahad Datu mendapat impak yang positif. Pakatan dalam keadaan terdesak apabila beberapa kenyataan pemimpin mereka terhadap insiden Lahad Datu telah menimbulkan kemarahan rakyat.

Untuk mengalih isu sikap kurang ajar pemimpin pakatan terhadap pasukan keselamatan, dengan tiba-tiba sahaja isu skandal seks Anwar kembali hidup. Pasukan Anwar sendiri yang menghidupkannya apabila menggunakan Azlan Mohd Lazim, bapa kepada Saiful Bukhari Azlan (yang mengaku beliau diliwat Anwar), untuk memburukkan anaknya sendiri.

Sungguhpun isu ini kembali menjadi perhatian rakyat namun ia tidak sebesar tumpuan rakyat kepada isu kebobrokan perangai dan perkataan Tian Chua dan beberapa lagi pemimpin Pakatan terhadap insiden Lahad Datu. Pakatan perlukan satu isu sensasi besar untuk mengubah perhatian rakyat daripada isu Lahad Datu. Dalam keadaan tersebut tiba-tiba sahaja muncul satu lagi gambar sensasi mmebabitkan individu yang menyerupai Anwar.

Baca seterusnya :



Jom kita sebarkan...


Sent from my iPad

Majlis Makan Malam Perdana Menteri @NajibRazak bersama masyarakat Cina Negeri Sembilan - YouTube

Posted: 17 Mar 2013 03:47 PM PDT

http://www.youtube.com/watch?v=rltAKDTW1mI


Sent from my iPad

Isu #LahadDatu dan #KalimahAllah Jangan Ditinggal Walau Gambar Songsang Mirip @Anwaribrahim Sudah Disebar

Posted: 17 Mar 2013 09:48 AM PDT


1. Mohon isu yang menyakitkan imej Pakatan seperti Lahad Datu dan Kalimah Allah jangan ditinggalkan semata-mata mengejar hits gambar songsang lelaki mirip Ketua Pembangkang yang dikatakan ada skandal terbaru dengan lelaki yang memberi bunga seperti gambar.

gambar Bro Jinggo

2. Jangan terlalu menumpukan isu gambar ini kerana banyak isu yang lebih menarik perhatian pengundi atas pagar perlu diulang hingga lumat ditelan oleh mereka.

3. Sebagai pejuang parti yang mahu ditonjolkan ialah dasar parti dan Kerajaan yang memberi manfaat besar kepada rakyat bukan isu gambar tidak bermoral yang dipandang dengan persepsi tidak berapa elok oleh rakyat terutama atas pagar.

4. Kita sudah tentu tidak mahu dilihat hanya mempunyai modal gambar songsang sahaja sedangkan kita juga tidak tahu siapakah sebenar yang merakam gambar-gambar sedemikian.

5. Dalam politik banyak perkara tidak masuk akal boleh berlaku, seperti merakam sendiri aksi lucah dan terlampau lalu menyebarkannya dan menuduh ia dilakukan oleh pihak lawan. Ia juga mungkin berlaku di dunia hiburan untuk mengejar populariti dengan lebih cepat dan mudah.

6. Taktik sebegini diajar oleh Zionis dan hanya barua zionis sahaja yang akan melaksanakannya dalam perjuangan politik songsang mereka demi mengejar kuasa. Fikiran zionis ada di mana-mana kerana mereka juga telah menguasai mana-mana tempat dan ruang di dunia untuk menyesatkan kita.

7. Bumi Malaysia sangat digilai oleh kuasa besar dunia. Maka jangan kita biar ia diterajui puak yang mendapat restu kuasa besar dunia yang tidak reda Islam akan naik menjadi agama pilihan teramai umat di muka bumi.





Video Terbaru PM @NajibRazak Bermandi Peluh Demi Rakyat Kuala Krai, Kelantan

Posted: 17 Mar 2013 08:52 AM PDT



sepatah kata ambo nak doa, biar berjayalah usaha menjadikan Kelantan dipimpin oleh Barisan demi masa depan anak cucu kita.

Tok Pa pilihan yang terbukti mampu mentadbir dan juga mampu memastikan agama tidak terpinggir.

Tok Pa pilihan kita ganti Tok Guru PAS yang hanya pandai doa pecah perut sesama saudara bukan memajukan negeri seperti tuntutan Ilahi.

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 17 Mar 2013 11:05 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


GEMPAR! VIDEO KEDUA MIRIP PEMIMPIN PEMBANGKANG TERSEBAR!!!

Posted: 17 Mar 2013 07:00 PM PDT

Kalau pendedahan RAJA GOYANG, diorang tuduh UMNO yang buat.


Video ini pun UMNO yang buat ke? Orang yang berucap ni pelakon upahan UMNO jugak ke?


Habislah kau Tian Chua. Sebelum ni boleh la kau tuduh akhbar silap lapor. Kau salahkan blogger.


Jangan terperanjat kalau video ini akan jadi bahan bukti untuk dakwa kau kat mahkamah!

Kalau Tian Chua datang ceramah di kawasan anda, pasang video ini kuat-kuat supaya semua rakyat yang cintakan negara tahu mamat ni kaki putar.

Kita tengok respons Tian Chua lepas video ini keluar. Siapa pula yang akan dipersalahkan selepas ini.

*Sebar-sebarkan video ini. Kredit kepada Singa Merah yang mula-mula upload video ini.

Santai pagi: Nantikan Mentor musim baru...

Posted: 17 Mar 2013 05:30 PM PDT





* Rancangan MENTOR musim baru. Demi RAKYAT, sama-sama kita berjuang untuk  mengecapi KEBEBASAN HAKIKI selepas PRU-13 ini!

Teman RAJAGOYANG sudah dikenalpasti?!!

Posted: 17 Mar 2013 08:00 AM PDT

 
 
 
 
* Bukan hendak menuduh, jauh sekali mahu memfitnah. Hanya sekadar bertanya...

Update Lahad Datu : Operasi Daulat Diteruskan Sehingga Zon Merah Bersih Daripada Pengganas

Posted: 17 Mar 2013 06:00 AM PDT

Operasi Daulat Diteruskan Sehingga Zon Merah Bersih Daripada Pengganas

KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Operasi Daulat untuk memburu saki baki pengganas militan yang menceroboh Lahad Datu sejak 12 Feb lepas akan diteruskan sehingga semua kawasan di daerah berkenaan bersih daripada penceroboh dari selatan Filipina itu.

Yakin operasi itu boleh diselesaikan dalam masa terdekat, pasukan keselamatan percaya kini hanya tinggal sekitar 50 orang lagi saki baki kumpulan militan di kawasan berkenaan.

Anggaran bilangan musuh itu dibuat berdasarkan jumlah yang ditembak mati, ditahan dan lari ke selatan Filipina.

"Kami akan cuba selesaikan secepat mungkin," kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib sambil menegaskan bahawa pasukan keselamatan tidak meletak 'garis masa' untuk operasi itu.

Selepas 12 hari Operasi Daulat, Kampung Tanduo yang sebelum ini menjadi kubu kumpulan penceroboh kini bersih daripada pengganas, dan pasukan keselamatan percaya usaha membersih Kampung Tanjung Batu akan dapat diselesaikan.

Hamza berkata penduduk kampung terlibat akan dibenar pulang selepas pasukan keselamatan membersihkan kawasan itu daripada jerangkap samar dan pelbagai ancaman lain serta berbincang dengan ketua masyarakat.

"Kami akan letak anggota keselamatan untuk pastikan tiada musuh dapat kembali semula ke kampung berkenaan," katanya.

Dalam tempoh 72 jam sehingga 5 petang, tiada pertempuran antara pasukan keselamatan dan penceroboh militan.

Pasukan keselamatan melancarkan serangan ofensif terhadap kumpulan militan dari Sulu pada 5 Mac selepas beberapa siri rundingan dengan kumpulan yang menceroboh pesisir pantai Lahad Datu sejak 12 Feb lepas, gagal.

Dalam tempoh itu, 61 musuh ditembak mati dan 27 daripada mayat pengganas telah dibawa keluar dari zon merah manakala 104 ditahan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas, dan 232 ditahan kerana berada di kawasan larangan.

Sembilan anggota keselamatan terdiri daripada lapan anggota polis dan seorang tentera terkorban dalam pertempuran dengan kumpulan pengganas itu. Seorang lagi anggota tentera terkorban dalam kemalangan jalan raya melibatkan trak tentera yang dalam konvoi untuk Operasi Daulat.

-- BERNAMA 

Sandiwara Siapa?

Posted: 17 Mar 2013 04:00 AM PDT

Tuduhan...


Fakta...


*Mana satu yang anda pilih?

Update Lahad Datu : LAHAD DATU: SEORANG LAGI PENGGANAS DITEMBAK, JADIKAN 62 MUSUH DITEMBAK MATI SETAKAT INI

Posted: 17 Mar 2013 02:00 AM PDT

LAHAD DATU: SEORANG LAGI PENGGANAS DITEMBAK, JADIKAN 62 MUSUH DITEMBAK MATI SETAKAT INI

Lahad Datu, 17 Mac - Seorang lagi pengganas Sulu dari selatan Filipina ditembak mati oleh pasukan keselamatan dalam Operasi Daulat di Kampung Tanjung Batu di sini hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan musuh yang terbunuh kepada 62 orang.

Panglima Medan Tentera Darat Lt Jen Datuk Seri Zulkiple Kassim berkata dua pertempuran berlaku hari ini iaitu pada 9.55 pagi dan 10.15 pagi apabila pasukan keselamatan bertembung sekumpulan musuh di kawasan itu.

"Pada 10.15 pagi kita sekali lagi bertembung dengan musuh dan salah seorang daripada mereka berjaya dibunuh manakala tiga yang lain melarikan diri," katanya dalam sidang media bersama Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib di markas operasi Felda Sahabat 16, pada kira-kira 11 pagi, di sini.

Zulkiple berkata tiga lagi musuh itu dipercayai masih berada di kawasan Tanjung Batu dan pasukan keselamatan sedang giat menjejaki mereka. "Mayat musuh yang dibunuh itu hanya akan dikeluarkan apabila keadaan benar-benar selamat," katanya.

Beliau berkata operasi pembersihan masih giat dijalankan di Kampung Tanduo dan Tanjung Labian, sebelum penduduk dibenarkan untuk kembali ke kampung masing-masing dalam tempoh terdekat.

Pasukan keselamatan juga sedang giat memeriksa dan menggeledah rumah-rumah di kawasan operasi bagi memastikan tiada musuh berlindung di kediaman penduduk, kata Zulkiple.

Dalam pada itu Hamza berkata, musuh kini dipercayai bergerak dalam kumpulan kecil di sekitar Kampung Tanjung Batu. Beliau berkata orang ramai diminta menyalurkan maklumat kepada pasukan keselamatan bagi memudahkan usaha menjejaki saki-baki kumpulan militan tersebut dan tidak memasuki kawasan zon merah demi keselamatan. - BERNAMA


Sumber : www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia

 

BERITA TERKINI: PERGERAKAN TENTERA NASIONAL INDONESIA (TNI) YANG LUAR BIASA DI PERAIRAN NUNUKAN-TAWAU

Posted: 16 Mar 2013 11:44 PM PDT

KAPAL PERANG INDONESIA BERSIAP SIAGA DI PERAIRAN NUNUKAN & TARAKAN BERDEKATAN BANDAR TAWAU DAN SEMPORNA
PERkembangan terkini pencerobohan pengganas Sulu kini merebak ke negara Indonesia. Residensi Nunukan dan Pulau Sebatik yang bersempadan dengan Tawau, Malaysia kini di penuhi pasukan tentera Indonesia. 

Armada Kapal-kapal perang Tentera Nasional Indonesia (TNI) turut berlabuh dengan ketumbukan tentera Indonesia ditambah di sepanjang sempadan Indonesia-Malaysia-Filipina.

Rakan-rakan yang baru balik dari Residensi Tarakan, Balik Papan, Nunukan dan Sungai Nyamuk di wilayah persempadan Indonesia/Malaysia menyaksikan pergerakan tentera yang tidak seperti hari-hari biasa. 

Mereka mendapat maklumat, pergerakan ketenteraan Indonesia dengan sejumlah Penembak Tepat turut dibawa bertujuan untuk mengawal perairan Indonesia daripada dimasuki oleh pengganas-pengganas Sulu ini.

Nampaknya, saki baki pengganas Sulu ini tidak dapat bergerak lebih jauh. Mereka terpaksa mengharapkan paya bakau dan bukit bukau di ladang sawit untuk bersembunyi dan bergerak dalam kumpulan yang kecil.

Perairan menuju ke pulau-pulau berhampiran di sempadan Filipina sudah di kawal ketat. Kini, perairan Indonesia pula dikawal oleh pasukan Tentera Nasional Indonesia (TNI) laut dan darat.

Raja Azumuide dan kumpulannya hanya ada satu pilihan...Menyerah tanpa syarat!




DARUL EHSAN TODAY

Posted: 17 Mar 2013 11:05 PM PDT

DARUL EHSAN TODAY


Harakah Lancar "BLACK OPS" Untuk Jatuhkan Anwar...???

Posted: 17 Mar 2013 10:00 PM PDT

Tidak ada siapa yang menuduh atau mengata jantan dalam gambar itu adalah anwar ibrahim, kalau kita ambil dari sumber gambar itu di siarkan rajagoyang360, pun tidak di tulis jantan dalam gambar itu anwar bin ibrahim, tetapi kenapa harakah daily secara terang mengatakan jantan dalam gambar itu anwar...???

Apa muslihat harakah daily menyiar dan menamakan jantan itu sebagai anwar bin ibrahim, (artikel kemudian di tarik balik) adakah harakah daily turut memainkan peranan dalam operasi "black ops" menggagalkan usaha yang di buat oleh pemimpin pkr dan dap untuk mengangkat anwar sebagai perdana menteri...??? 

Malah semalam, ketua dewan ulama pas pusat dalam satu kenyataannya merasa kesal atas permainan politik pkr dengan menggunakan namanya, konon dia akan memimpin satu solat hajat tolak fitnah liwat 3 di rumah anwar...

Siapa mainkan siapa sekarang ini...



BN Pilihan Kaum India, 30 Ribu Sambut PM Di Meru Semalam...

Posted: 17 Mar 2013 07:00 PM PDT

BN sudah semestinya menjadi pilihan masyarakat india, selepas beberapa tahun mereka di tipu oleh pakatan, kaum india mula sedar, mereka hanya di peralatkan oleh pakatan, melihat contoh tragedi kampung buah pala, masyarakat india sudah serik untuk mengundi dan memberi sokongan kepada pakatan.

Najib menerima sambutan meriah di meru semalam, kira-kira 30 ribu masyarakat india berkumpul di sekolah kebangsaan meru untuk memberikan sokongan kepada najib dan barisan nasional.

Dalam ucapannya najib berjanji sekiranya bn kembali memerintah Selangor pada pilihan raya umum ke-13 ini, satu lagi 'Little India' akan wujud di Jalan Tengku Kelana di sini, seperti yang dilakukan di Brickfileds, Kuala Lumpur, selain berusaha menyelesaikan masalah perumahan pekerja ladang Bukit Raja.

















Kata Anwar "Menggunakan Media Untuk Menyebarkan Fitnah, Nama Dia Melayu Muslim"

Posted: 17 Mar 2013 01:30 AM PDT


Rilek la, kalau tak salah kenapa kelam kabut, kenapa panic, solution nya senang je, buat la sumpah laknat, kalau saiful berani bersumpah, PI Bala pun berani bersumpah takan lah anwar yang dikata hero rakyat tak berani kut...

Kenapa nak salahkan umno? sedangkan totey ko tu yang jahat, dasar totey tak de pantang larang, jantan betina kau sebat...


Di akhir video anwar kata "menggunakan media untuk menyebarkan fitnah, nama dia melayu muslim" kalau tak silap aku, harakah daily antara media politik pertama yang siarkan gambar itu, tapi di tarik balik, tak tau kenapa...

tok gajah

Posted: 17 Mar 2013 09:24 PM PDT

tok gajah


Siape kate UMNO hilang sokongan kaum bukan melayu ?

Posted: 17 Mar 2013 06:46 PM PDT


Tok yakin sangat UMNO akan tetap kekalkan kuase nye pade PRU 13 akan datang ni. Tidak siape boleh nafikan bahawe UMNO masih kuat dan teguh. Kekuatan UMNO tidak boleh ditandingi oleh mana2 parti lain kerane ianye di dokong oleh hampir 90% penduduk tanah air yang beragama Islam.

Kenyataan2 yang kunun nye UMNO sudah di pinggirkan oleh kaum bukan meleyu itu adalah palsu dan dongengan dari parti pembangkang sahaje. Bolehlah di kate kan cume tinggal kurang dari 10% sahaje kaum bukan melayu yang menyokong pembangkang semenjak lepas PRU12.

Kaum2 bukan melayu ni sudah sedar tentang kesilapan mereke menyokong Pakatan Rakyat pade PRU 12 yang lepas, kini mereke telah kembali semule menyokong kerajaan Baeisan Nasional. Dengan kembali nye sokongan kaum bukan melayu ni jangan haraf PR boleh menawan Puterajaya.

Pade pendapat Tok, negeri Selangor, Kelantan, P Pinang dan Kedah pasti dapat di tawan dengan mudah pade PRU13 akan datang ini. Dalil nye rakyat telah menyedari tidak ade perubahan langsung dalam2 negeri2 yang dikuasai oleh PR, malahan ianye sudah jadi buruk jika di bandingkan pade mase pemerintahan BN dulu.



GERAKAN ANTI PKR

Posted: 17 Mar 2013 09:21 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 17 Mar 2013 09:12 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


Dengar VCD Ceramah PAS Pun Masuk Syurga Juga?

Posted: 17 Mar 2013 09:01 PM PDT


Nik Aziz Percaya Gambar Goyang Anwar Ibrahim?

Posted: 17 Mar 2013 06:00 PM PDT

Kalau ikut kenyataan di atas, Nik Aziz setuju yang kena serang peribadi adalah Anwar. Bermakna Nik Aziz percaya itu gambar Anwar? Apa sudah jadi? Anwar ingat semua yang berlaku adalah salah UMNO. Apakah hanya UMNO yang bermusuh dengan Anwar?

Sudah lupakah Anwar bahawa PAS dan DAP juga sudah begitu lama berdendam dengan Anwar? Siapa yang tahu Anwar akan berada di sesuatu tempat dan kamera tertutup boleh dipasang untuk memerangkap Anwar? 

Sudah pasti orang yang dekat dengan Anwar tahu segalanya. Sudah pasti ini adalah satu lagi serangan untuk tidak membenarkan Anwar Ibrahim terus mendominasi pakatan pembangkang. Segalanya mungkin. Oleh itu, jangan cepat menuduh dengan ayat "fitnah jijik" sedangkan penutur itu sendiri melakukan perkara yang jijik.

Abby Abadi Kecam Tun Mahathir Pergi Lahad Datu

Posted: 17 Mar 2013 05:00 PM PDT


Orang yang pandai mengecam itu, pijak kaki pun tidak berani di Lahad Datu. Jika benar mahu berjuang, maka amat elok dicadangkan Abby Abadi ini pergi ke Lahad Datu sama. Beranikah dia?

Video Terbaru Anwar Ibrahim Buat Harlem Shake

Posted: 17 Mar 2013 04:00 PM PDT

Ops Daulat : Seorang Lagi Musuh Ditembak

Posted: 17 Mar 2013 10:30 AM PDT






KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Operasi Daulat yang diteruskan Ahad dengan usaha memburu dan 'membersih' Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu, Sabah, menyaksikan seorang lagi militan Sulu ditumpaskan.

Musuh ditembak mati dalam pertempuran kira-kira 10.15 pagi apabila pasukan keselamatan bertembung dengan sekumpulan penceroboh bersenjata, menjadikan bilangan keseluruhan pengganas yang terbunuh setakat ini kepada 62 orang.

Panglima Medan Tentera Darat Lt Jen Datuk Seri Zulkiple Kassim berkata pasukan keselamatan kini giat menjejaki tiga lagi musuh yang melarikan diri dalam kejadian itu.

"Operasi memburu saki-baki penceroboh akan diteruskan sehingga Kampung Tanjung Batu selamat dan bersih dari musuh," katanya pada sidang media bersama Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib di Felda Sahabat, Lahad Datu.

Mayat musuh yang dibunuh dikeluarkan dari Kampung Tanjung Batu dan diserahkan kepada pihak forensik.

Dalam pada itu, Hamza berkata 80 peratus daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang telah dibawa keluar daripada kawasan Operasi Daulat selesai dibedah siasat.

Bagaimanapun belum ada indikasi daripada Manila untuk menuntut mayat-mayat tersebut walaupun tempoh tiga hari yang diberikan oleh Malaysia tamat hari ini.

Malaysia sebelum ini memberi tempoh tiga hari untuk Filipina menuntut mayat rakyatnya yang ditembak dalam Operasi Daulat setelah mereka menceroboh negara sejak 12 Feb lepas.

Beliau turut memaklumkan anggota keluarga Jamalul Kiram dipercayai antara 104 orang yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Bagaimanapun, katanya operasi membanteras tidak hanya tertumpu kepada keluarga Jamalul Kiram, yang didakwa dalang insiden pencerobohan di Sabah, kerana kaum keluarga anggota militan lain tidak terlepas daripada buruan polis.

Sementara itu pengorbanan anggota pasukan keselamatan di Lahad Datu dihargai mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang membuat kunjungan singkat ke daerah itu hari ini bagi memberi sokongan moral.

-- BERNAMA

Siapakah Lelaki Yang Bersama Dengan Anwar Ibrahim Ini?

Posted: 17 Mar 2013 09:30 AM PDT


Video Lawatan Tun Mahathir di Lahad Datu

Posted: 17 Mar 2013 08:41 AM PDT

r b f

Posted: 17 Mar 2013 07:04 PM PDT

r b f


Dibawah Undang-Undang Mana Kita Nak Tahan Geng Kiram Hari Ini Sekiranya SOSMA Tidak Diwujudkan Ganti ISA ?

Posted: 17 Mar 2013 06:43 AM PDT


Dulu mereka bantah ISA...

Kemudian kerajaan mansuhkan ISA dan digantikan SOSMA-Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas).

Apabila ISA dimansuh dan SOSMA diwujudkan, apa pula yang mereka kata ?
Pengenalan Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 tidak banyak bezanya dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, undang-undang itu dilihat lebih teruk daripada ISA kerana ia 'mengikat' mahkamah sehingga tiada peranan sebagai badan yang bertanggungjawab menjalankan proses kehakiman.

Apa yang kita bantah ialah cadangan untuk pindaan undang-undang yang dilihat lebih keras daripada undang-undang sedia ada. Suhakam telah mengusulkan pada tahun 2002 supaya menghapuskan ISA dan menetapkan supaya kesalahan ini dirujuk kepada mahkamah.

"Ya memang sekarang ini, ia dirujuk kepada mahkamah tetapi ia diputuskan secara mandatori. Maknanya pendakwa hanya bangun dan berkata ' yang arif orang ini perlu ditangkap semula' dan hakim tidak ada pilihan selain berkata 'ya'.

"Jadi apa bezanya dengan ISA? Sekarang ini dia guna proses mahkamah untuk tangkap. Mahkamah tiada peranan sebagai mahkamah," katanya pada sidang media di lobi Parlimen.

Menurut Anwar, undang-undang baru yang diperkenalkan itu juga dilihat melanggar akta kesaksian apabila tertuduh tidak boleh mengetahui maklumat saksi pendakwaan dan ia dirahsiakan daripada tertuduh kononnya atas tujuan keselamatan saksi.

keldaian daily

Hari ini apa jadi ?

Cuba anda semua bayangkan kalaulah tidak ada SOSMA dibawah akta apa kita nak tahan puak-puak Kiram di Sabah sekarang ?

Nak tahan reman ? Itu pun maksimum 14 hari sahaja...

Nak dakwa ? Operasi tak habis lagi dan nak soal siasat berpuluh orang bukannya boleh selesai 2-3 hari....

Jawabnya mereka terpaksa dilepaskan buta-buta sahaja....

Jadi anda semua dapat bayangkan tak apa yang akan terjadi kepada negara ini kalau mereka perintah ?

Undang-undang itu nak dihapuskan, undang-undang ini tak betul. 

Kemudian penjenayah dipertahankan sampai ke lubang kubur...kebebasan nak menganut agama apa dibenarkan, hubungan songsang dibenarkan dan macam-macam lagi.

Hancur rakyat hancur negara dan hancur tamadun beb....

Apa Dah Jadi ???

Posted: 16 Mar 2013 11:22 PM PDT


Bila lihat tajuk muka depan Sinar Harian semalam seperti gambar diatas saya dah agak apa maksud tersurat dan tersirat di sebalik berita itu.

Semalam lagi saya dah simpan keratan diatas , tetapi saya tak siarkan semalam. Sebabnya saya nak tunggu samada hari ini akan keluar atau tidak di muka depan Sinar Harian tajuk yang berbunyi 'PAS KELANTAN MAHU HUSAM KEKAL DI KELANTAN' atau 'PEMUDA PAS KELANTAN DESAK HUSAM KEKAL DI KELANTAN'. 


Rupa-rupanya tiada beb.........tiadaaaaaaa......

Maknanya apa ?

Pas Kelantan pun dah tahu bahawa mamat tu memang membawa beban kepada Pas di Kelantan dengan projek-projek khayalannya. Kalau benda yang semudah pelihara kambing pun boleh gagal, lagi nak bercakap pasal lebuh raya dan keretapi laju.

Mungkin untuk nampak lebih bersopan Pas Putrajaya diminta menjemputnya....

Kita tunggulah mungkin esok lusa dia akan umum tawar diri untuk bertanding Putrajaya...

Seronoknya aku beb kalau dia bertanding di Putrajaya. Seronokkkkkk.....senang aku nak buat kerja. Tak perlu susah payah aku nak pergi ke Kelantan. 

Amacam bro kickdefella ? Seronok tak kalau dia bertanding di Putrajaya ?

Mencari Damai Abadi

Posted: 17 Mar 2013 04:16 PM PDT

Mencari Damai Abadi


Pedas

Posted: 17 Mar 2013 06:15 AM PDT

Bismillah....

Anak saudara kami berusia setahun lebih. suatu petang ibunya membeli roti. Ada pelbagai inti. Ada inti sardin, kacang dan lain-lain. Aku makan sardin.

Anak saudara aku mintak... aku suapkan. Kejap tu dia meraung. Rupa-rupanya roti tu pedas untuk budak usia setahun lebih. Aku makan selamba je... dia pulak pedas..

sorry.. :)

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 17 Mar 2013 03:27 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Aksi Songsang: 'Kami tak ada masa nak pasang video kamera di bilik orang'

Posted: 17 Mar 2013 04:31 PM PDT

MELAKA – Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan menafikan penglibatan Umno dalam video aksi songsang memaparkan individu yang didakwa mirip seorang tokoh politik dengan pasangan lelakinya di sebuah hotel.

Beliau berkata pembangkang sememangnya akan menyalahkan Umno berhubung video itu yang dimuat naik sebuah blog, rajagoyang360.blogspot.com. dan kemudiannya turut dipaparkan di beberapa blog lain.

"Sebagaimana fikiran pembangkang segalanya kerja Umno termasuk insiden (pencerobohan pengganas Sulu di) Lahad Datu tetapi Umno tidak sehebat itu untuk mengatur segalanya.

"Tak kan orang dalam bilik pun kita yang mengatur, kita tak ada masa nak pasang kamera dalam bilik orang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Taklimat Penceramah Penerangan Negeri Melaka di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam akhbar The Star hari ini yang menafikan individu dalam video itu adalah dirinya sambil mendakwa ia perbuatan Umno.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, rakyat boleh menilai sendiri siapa tokoh politik yang didakwa dalam video itu.

"Tengok sendiri dan buat keputusan, jangan bantai (kutuk) sebelum tengok, tapi tengok dulu…kita serah kepada mereka untuk menilai sendiri," katanya.

Sementara itu, Ahmad menyeru semua anggota Umno dan Barisan Nasional (BN) agar menanam keyakinan bahawa parti itu mampu mencapai kemenangan serta memperoleh majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum ke-13.

Beliau berkata, keyakinan itu harus disandarkan pada kejayaan program dan dasar yang dilaksanakan kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada masa ini.

Malah, katanya, pembangkang tidak mempunyai sebarang kekuatan kerana gagal melaksanakan janji selain mempunyai pemimpin yang didakwanya terlibat dalam pelbagai skandal. – BERNAMA

(Gambar) Adegan mandi tanpa seurat benang Dewi Perssik dalam filem terbarunya

Posted: 17 Mar 2013 10:30 AM PDT

Dewi Perssik (Depe) kini sedang sibuk shooting filem terbarunya 'Titisan Nyi Blorong'. Dalam beberapa adegan filem tersebut, Depe kelihatan tidak memakai sehelai benang!

Mungkin salah satu strategi untuk mempromosikan filemnya itu agaknya.

Depe memuat naik gambar-gambar tersebut melalui akaun twitternya yang memiliki hampir 200 ribu pengikut.

Dalam akaun twitternya, @dewiperssik12, terdapat beberapa lagi foto-foto dari babak dalam filem berkenaan.

Kebanyakannya yang hot-hot belaka..heh!
Setelah diperhalusi aksi 'bogel' beliau itu, nyata beliau sebenarnya masih memakai baju yang berwarna hampir sama dengan tubuhnya. Baju ketat tersebut berjaya mengaburi mata penonton untuk memperlihatkan aksi bogelnya itu!
Baju ketat yang dipakai Depe dalam adegan bogel tersebut




Live Streaming | Malaysia vs Saudi Arabia | International Friendly | 17 March 2013

Posted: 17 Mar 2013 05:30 AM PDT

Pertembungan bagai langit dan bumi antara Malaysia dan Arab Saudi. Adakah anak-anak buah Rajagobal dapat membuktikan sesuatu atau sebaliknya?

Terlalu banyak kecaman yang dilemparkan ke atas FAM berkenaan status pasukan hinggalah cara pengurusan. Semuanya negatif belaka?

Dapatkan Harimau Malaya membuktikan 'ranking' bukan segala-galanya seperti mana yang dicanangkan oleh FAM dan juga jurulatihnya?

Jangan lupa tonton perlawanan, Live Streaming Malaysia vs Saudi Arabia, International Friendly

Malaysia vs Saudi Arabia
Stadium Shah Alam
0845 pm

LINK 1 | LINK 2 | LINK 3

Lagi penyanyi wanita dibelasah suami hingga lebam

Posted: 17 Mar 2013 03:31 AM PDT

Gambar hiasan
CAK bersimpati dengan nasib penyanyi wanita yang khabarnya hidup menderita selepas berkahwin. Sejak bergelar isteri, dia tidak lagi muncul di televisyen, malah sudah lama tiada publisiti.

Bahtera yang diharapkan penuh bahagia bertukar menjadi neraka apabila dia kerap dipukul suami. Tidak cukup dengan penderaan fizikal, dia menanggung penderaan mental apabila terpaksa menelan segala maki hamun dihambur suami.

Pantang ada yang tidak kena di mata suami, dia diperlakukan seperti patung tidak bernyawa. Habis calar-balar, lebam dan bengkak satu badan, termasuk kepala.

Lebih menyedihkan, ketika hamil pun dia masih melalui rutin sama. CAK tak dapat bayangkan macam mana si suami tergamak memukulnya dalam keadaan seperti itu.

Perlakuan buruk suami itu disedari ahli keluarga dan sahabat karib penyanyi ini, malah ada antara mereka pernah menyaksikan bagaimana teruknya dia dilayan.

Walaupun tidak sampai hati, mereka tidak boleh berbuat apa kerana jika campur tangan, suami penyanyi ini akan bertindak lebih ganas. Kalaupun bagi nasihat, sudahnya mereka yang akan kena marah dan menerima macam-macam ugutan.

Pendek kata, hidup penyanyi ini tidak pernah tenang berikutan sentiasa dalam ketakutan. Lihat luaran, suaminya nampak baik dan 'cool', tetapi siapa sangka di sebalik wajah tenang itu orangnya baran dan berhati kering.

Sebagai pemerhati, CAK hanya mampu doakan yang terbaik buat penyanyi ini. Mudah-mudahan ada jalan keluar daripada kemelut yang berat itu.

CAK@Mymetro

Dua remaja tingkatan empat dicekup bersekedudukan

Posted: 17 Mar 2013 12:01 AM PDT

Gambar hiasan
ALOR GAJAH: Empat remaja termasuk dua daripadanya pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah, dekat sini dicekup penduduk kampung dan anggota polis selepas berkhalwat bersama pasangan masing-masing, pagi kelmarin.

Dalam tangkapan kira-kira 10.30 pagi di sebuah rumah sekitar Durian Tunggal, dekat sini mendapati pasangan berusia antara 16 dan 18 tahun berdua-duaan di dalam rumah dalam keadaan pintu serta tingkap tertutup rapat.

Jurucakap polis berkata, penduduk menerima maklumat terdapat dua pasangan remaja masih bersekolah berkurung dalam rumah berkenaan sejak awal pagi hari yang sama.

"Bertindak atas maklumat itu, beberapa penduduk yang curiga mula melakukan intipan lalu memberi salam tetapi pintu hanya dibuka setengah jam selepas itu oleh remaja perempuan.

"Remaja itu berpura-pura baru bangun dari tidur dalam keadaan terpinga-pinga melihat kehadiran penduduk," katanya.

Menurutnya, ketika ditanya, remaja itu mendakwa hanya tinggal berseorangan sementara kedua ibu bapanya bekerja.

"Namun penduduk terlihat kelibat seorang lelaki bersembunyi di sebalik langsir.

"Pemeriksaan di dalam rumah menemui dua lelaki dan seorang remaja perempuan menyorok di belakang pintu rumah sebelum diarahkan keluar," katanya.

Katanya, penduduk segera menghubungi balai polis berdekatan dan mereka dibawa ke Balai Polis Durian Tunggal untuk diambil keterangan sebelum diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim).

Sementara itu, Ketua Penguatkuasa Jaim, Rahimin Bani mengesahkan tangkapan dua pasangan remaja terbabit.

"Selepas soal siasat, pasangan terbabit kemudian ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekedudukan," katanya, semalam.

- Sinar Harian

Kematian P. Bala mungkin disihir - Chegu Bard

Posted: 16 Mar 2013 10:40 PM PDT

Kematian penyiasat persendirian kontroversi, P. Balasubramaniam secara tiba-tiba benar-benar mengejutkan ramai pihak semalam.

Di saat Pakatan Rakyat (PR) memerlukan Bala bagi merealisasikan impian Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia, nampaknya, hasrat itu semakin sukar untuk dikecapi.

Ini kerana, segala rahsia dan cerita yang kononnya diketahui sepenuhnya oleh Bala mengenai kematian dan kes pembunuhan model Altantuya Sharibu dibawa bersama Bala ke dalam kubur.

Dalam sibuk umum bercerita mengenai kematian mengejut Bala, Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham atau mesra dikenali sebagai Chegubard telah membuat satu kenyataan yang amat menggelikan hati.

Kata Chegubard, kematian Bala adalah kerana terkena sihir!

"Ada kawan-kawan sebut, ini angkara ilmu hitam. Saya tak tahu. Mereka (musuh Balasubramaniam) boleh buat apa sahaja. Yang penting, kita tawakal kepada Maha Pencipta," katanya seperti dipetik menerusi portal propembangkang, KeadilanDaily.com.

Persoalannya, siapakah yang telah menyihirkan Bala?

Walhal, pihak hospital sudah menyatakan dengan terang Bala mati kerana serangan jantung.

Jika diteliti rekod kesihatan Bala, penyiasat itu pernah dimasukkan ke Pusat Perubatan Sime Darby –SDMC pada 5 Mac lalu kerana mengalami serangan kecil sakit jantung.

Malah, kesihatan Bala juga tidak berapa baik sejak bergiat aktif dalam memberikan ceramah-ceramah bersama-sama Parti Keadilan Rakyat (PKR) di beberapa tempat seluruh Malaysia.

Jadi, wajarkah untuk Chegubard mengeluarkan kenyataan bahawasanya Bala telah disihir kerana dirinya didengki dalam usaha untuk mendedahkan dalang pembunuh Altantuya? Tidak masuk akal langsung!

Bala juga selalu mengadu kepada Chegubard dia sering sakit dada dan sukar untuk bernafas pada keadaan masa-masa tertentu.

Bedah siasat yang dijalankan malam tadi juga mengesahkan mendiang telah meninggal dunia disebabkan serangan jantung, bukannya disebabkan disihir.

Nampaknya, Chegubard perlu untuk ke hospital dan menjalani ujian mental. Kerana, otaknya seperti tidak dapat berfikir dengan waras disebabkan rasa kecewa Bala sudah tidak ada untuk meneruskan pembohongan dan memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai dalang kes pembunuhan itu.

Tidak hairanlah Chegubard sanggup mengeluarkan kenyataan Bala disihir hingga mati kerana kematian mengejut itu dilihat telah merugikan ramai pihak-pihak tertentu khususnya dari barisan pembangkang menjelang kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Umum mengetahui, Bala adalah seorang penyiasat yang sentiasa memberikan keterangan yang bercanggah dari segala fakta.

Malah, Bala juga sering mereka-reka cerita dan setiap kata-kata yang dikeluarkan olehnya langsung tidak boleh dipercayai.

Tidak hairanlah, kematian Bala boleh dilihat sebagai hikmah di atas segala pembohongan dan pendustaan yang dilakukannya hanya kerana semata-mata mahu mendapatkan duit dan kepentingan diri sendiri.

Nampaknya, Bala sendiri termakan sumpahnya di mana dia kini tidak lagi boleh berceramah, berbohong, menipu dan mereka-reka cerita. Dan Bala juga tidak lagi boleh melarikan diri keluar negara seperti mana yang dilakukannya selepas mengeluarkan Akuan Bersumpah kedua dahulu.

Yang hanya boleh dilakukan oleh Bala, hanya duduk diam-diam di dalam kubur dan tidak dapat meneruskan lagi pembohongannya.

Di penghujung cerita tentang kematian Bala ini, pembangkang pastinya menggunakan 'Teori Konspirasi' yang sama mereka lakukan setiap kali tercetusnya satu-satu isu, iaitu, kematian Bala berpunca dari UMNO dan Barisan Nasional.

Mungkin juga selepas ini, Chegubard akan mengeluarkan kenyataan 'Bala Mati berpunca dari UMNO dan BN' pula.

PAS memandai umum jumlah kerusi tanding, kena 'jerkah' dgn DAP la lepas ni...

Posted: 16 Mar 2013 10:15 PM PDT

KUALA TERENGGANU: PAS dijangka bertanding sekurang-kurangnya 76 kerusi parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Jumlah kerusi yang dinyatakan itu juga menunjukkan pertambahan sebanyak 10 kerusi kepada PAS berbanding pilihan raya umum sebelumnya yang menyaksikan parti itu bertanding di 66 kerusi parlimen sahaja di seluruh negara.

Perkara itu disahkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) dengan merujuk bahawa pihaknya akan bertanding lebih satu pertiga daripada jumlah kerusi Parlimen bagi memastikan PAS menjadi teras politik negara untuk menggantikan Umno.

Berdasarkan pertambahan kerusi yang disebutkan itu juga, Abdul Hadi tidak menolak kemungkinan berlaku pertambahan kerusi lain melebihi 76 buah sekiranya terdapat perubahan yang menyebelahi parti itu pada saat-saat akhir.

"Kita kena ingat kerusi parlimen seluruh Malaysia ada 222. Daripada jumlah itu, saya hendak beritahu, insya-ALLAH PAS akan bertanding sekurang-kurangnya 76 kerusi.

"Kita bertanding lebih satu pertiga daripada jumlah kerusi parlimen yang dipertandingkan seluruh negara. Insya-ALLAH mungkin akan ada lagi (pertambahan kerusi) jika rakan-rakan kita dalam PR memberi lagi kerusi kepada kita untuk bertanding," katanya ketika menyampaikan ceramah di Chabang Tiga, di sini.

Dalam perkembangan lain, Ahli Parlimen Marang itu mengulangi kenyataannya supaya mana-mana pihak tidak terpengaruh dengan dakwaan bahawa DAP bakal menerajui negara sekiranya PR menang pada PRU13.

Abdul Hadi berkata, dengan jumlah kerusi yang dipertandingkan parti itu, DAP masih belum layak untuk menerajui pentadbiran kerajaan.

"DAP bertanding dalam 50 hingga 60 kerusi dan jika dia boleh menang 50 kerusi pun, masih tidak boleh hendak memerintah Malaysia ini.

"Oleh itu, usahlah terpengaruh dengan dakyah Umno-Barisan Nasional (BN). Mereka letak calon bukan Melayu di 21 kerusi majoriti orang Melayu. Umno telah beri kerusi kepada MCA, MIC dan Gerakan," katanya.

Adegan intim itu kerja UMNO kata Nik Aziz

Posted: 16 Mar 2013 10:01 PM PDT

SHAH ALAM: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini turut mendakwa Umno adalah dalang kepada penyebaran gambar homoseks seorang lelaki mirip Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata tindakan Umno yang tidak berputus asa untuk menjatuhkan Anwar ibarat 'mahu mencincang' Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

"Kerja Umno tuduh orang. Tak puas lagi, dia nak cincang Anwar pula," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Expo Kelantan 2013 di Kompleks Karangkraf, malam tadi.

Mengulas lanjut, Nik Aziz berkata Umno tidak akan berhenti menyekat Anwar kerana bekas Timbalan Perdana Menteri itu mampu melumpuhkan dan mengikis keyakinan rakyat terhadap parti itu.

Bagaimanapun, Nik Aziz yakin Umno tidak akan dapat menyingkir Anwar walau apa cara sekalipun.

"Anwar budak cerdik. Payah kalau Umno tak singkir," katanya.

Beliau berkata demikian mengulas penyebaran beberapa gambar homoseksual lelaki mirip Anwar yang tersebar secara meluas di laman-laman sosial.

Blog http://rajagoyang360.blogspot.com baru-baru ini memuatnaik 13 keping gambar aksi intim seorang lelaki mirip Anwar bersama seorang lelaki yang tidak dikenali.

Gambar hitam putih yang dipaparkan itu menunjukkan lelaki mirip Anwar itu memasuki sebuah bilik sehinggalah beberapa aksi mesra termasuk gambar bogelnya.

Anwar selepas menghadiri sesi 'Dialog Anak Muda bersama Anwar' di Bandar Utama petang semalam berkata pendedahan terbaru itu sebagai didalangi Umno.

"Fitnah jijik Umno menjelang pilihan raya. Umno menggunakan media untuk menyebarkan fitnah, itu namanya Melayu muslim," katanya.

Antarapos

Suami 'dibomohkan' rakan artis sendiri?

Posted: 16 Mar 2013 09:01 PM PDT

MENGHARAPKAN panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Mendambakan kebahagiaan berkekalan hingga ke akhir nyawa, namun pelakon, Noniswara mengakui tiada siapa mampu menidakkan ketentuan Tuhan.

Hampir empat tahun mendirikan rumah tangga bersama, Datuk Rosman Ridzwan, 54, akhirnya Nonis atau nama sebenarnya, Noniswara Baharudin, 42, akur dengan kehendak suaminya supaya menuntut cerai.

Menurut wanita kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini, dia amat terkilan kerana kawannya sendiri yang menjadi duri dalam daging memusnahkan hubungannya bersama suami.

"Saya tidak sangka, kawan sendiri sanggup melakukan perkara sedemikian kepada saya. Apatah lagi, dia di kalangan rakan artis juga.

"Saya mengenalinya dengan rapat dan sebelum ini, dia pernah meminta saya untuk cari kawan lelaki untuk dikenalkan kepadanya sedangkan dia memiliki ramai kenalan lelaki.

"Artis itu mula memberi perhatian kepada suami saya ketika saya sibuk dengan kerja-kerja di lokasi. Dia mula meracuni fikiran Datuk dan cuba memburuk-burukkan saya dengan menganggap saya sering mengabaikan suami," katanya yang mendirikan rumah tangga bersama Pengerusi U Mobile itu, pada 1 Ogos 2009.

Sebelum berkahwin, Nonis punyai tiga anak hasil perkahwinan terdahulu manakala Rosman yang berstatus duda ketika itu memiliki lima anak daripada dua perkahwinan terdahulu.

Kena 'buatan orang'?

Mula menghidu perubahan suaminya sejak enam bulan lalu, Nonis mengakui, dalam masa itu, Rosman mula tiada keinginan untuk pulang ke rumah.

Menurut Nonis, dia cuba untuk menyelamatkan hubungan itu dan turut mendapatkan khidmat perubatan tradisional daripada beberapa ustaz.

"Setelah berbincang dengan suami, dia mengakui yang dirinya mencintai wanita itu dan tidak mahu melepaskannya. Jadi, buat apa saya tunggu lagi jika dia sendiri akui ketika melihat saya, wajah saya menyerupai 'hantu'.

"Saya tidak kisah sekiranya dia ingin kahwini wanita itu dan menjalani kehidupan poligami. Namun dia tak mahu (poligami) dan suruh saya failkan tuntutan cerai. Dia berjanji akan beri kerjasama," katanya kesal dengan tindakan suami gagal hadir pada kes sebutan pertama minggu lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Menurut Nonis, dia memfailkan penceraian terhadap suaminya pada Februari lalu dan sebutan semula kes akan berlangsung pada 26 Mac ini di mahkamah sama.

"Saya berharap agar dia memberikan kerjasama dalam kes ini kerana ia adalah kemahuannya sendiri," katanya.

Pernah dilamar kerabat

Tabah menghadapi apa yang berlaku, Nonis bagaimanapun menepis dakwaan yang dirinya pernah merampas kebahagiaan orang lain untuk memiliki Rosman.

"Tiada istilah rampas suami orang. Saya berkawan dengan Rosman ketika dia berdepan dengan masalah rumah tangga. Ketika itu, dia tidak terurus dan perniagaan mula merudum.

"Setelah dia bercerai dengan kedua-dua isterinya, barulah saya mula bantu dia memulihkan semangat. Setelah melihat kesungguhannya, saya yakin dialah yang terbaik untuk saya walaupun sebelum ini, ada di kalangan Datuk dan
kerabat yang melamar saya," katanya yang kini sedang menjalani penggambaran drama 13 episod, Lara.

Mengakui rezekinya dalam bidang seni semakin murah sejak akhir-akhir ini, Nonis menganggap perpisahan ini adalah jalan terbaik untuk mereka berdua.

"Saya yakin, saya boleh hidup sendiri tanpa dia (Rosman). Lagipun, sebelum ini, memang saya jenis yang berdikari dan tidak mengharapkan bantuan orang lain.

"Alhamdulillah, saya bersyukur dengan rezeki yang diterima dan ruang saya dalam industri lakonan masih ada. Lagipun, sudah lebih 15 tahun saya berkecimpung dalam bidang lakonan dan ia menjadi mata pencarian saya.

"Saya tidak menyesali dengan apa yang berlaku dan menganggap ianya ketentuan ALLAH SWT. Sebagai manusia, kita hanya mampu berdoa dan mungkin setakat ini sahaja jodoh saya bersama dia," katanya yang turut menerima beberapa tawaran drama selepas ini.

Wira Lahad Datu hanya 'syahid dunia' kerana bukan pertahan Islam - Harun Taib

Posted: 16 Mar 2013 08:31 PM PDT

KUALA TERENGGANU – Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Taib menyifatkan anggota dan pegawai keselamatan yang terkorban dalam insiden pencerobohan dan tembakan di Sabah sebagai 'syahid dunia'.

Kenyataan dibuat Harun itu sekali gus menolak tanggapan sesetengah pihak yang mempertikaikan status kematian perwira negara sebelum ini dan menjelaskan mereka terkorban kerana mempertahankan keselamatan negara daripada pencerobohan kumpulan bersenjata warga Filipina di Sabah.

"Kalau mereka mahu pertahan negara itu (mati) syahid (iaitu) syahid dunia, bukan syahid dunia akhirat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Makan Malam Dana Pilihan Raya Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Parlimen Kuala Nerus, di Kuala Ibai, di sini.

Hadir sama, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali.

Harun yang juga Adun Manir berkata, syahid ada dua iaitu syahid dunia dan syahid dunia akhirat.

Bagaimanapun beliau menjelaskan, kematian perwira terbabit tidak dikategorikan syahid dunia akhirat kerana tidak jelas niat sebenar mereka sama ada untuk pertahankan negara, membela Islam atau sebab-sebab lain.

"Syahid dunia akhirat ini adalah syahid memperjuangkan dan mempertahankan Islam atau mengembangkan Islam. Jadi, apabila mati di medan perang maka dikata syahid dunia akhirat," katanya.

Sinar

Arab Saudi 'tidak hormat' Harimau Malaya

Posted: 16 Mar 2013 08:01 PM PDT

K. Rajagobal hanya bersemuka dengan pegawai media Arab Saudi,
Khaled Alnuwiser (kiri) pada sidang akhbar di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.
PETALING JAYA - Arab Saudi seperti tidak menghormati atau sengaja mencipta tekanan psikologi buat Malaysia apabila sekadar menghantar pegawai media ke sidang akhbar pra-perlawanan persahabatan, semalam.

Jurulatih mereka, Juan Ramon Lopez Caro memberi alasan tidak dapat hadir kerana sibuk dengan sesi latihan pasukannya yang bertembung dengan sidang media di Wisma FAM, Kelana Jaya itu.

Hanya Khaled Alnuwiser, pegawai media Arab Saudi bersama penyelaras am yang juga penterjemah, Mohammad Alhenaid muncul sebagai galang ganti.

Untuk rekod, Arab Saudi juga pernah 'memperdaya' anak-anak buah Datuk K. Rajagobal apabila pada saat akhir membatalkan satu perlawanan yang mereka sendiri cadangkan.

Insiden itu berlaku dua tahun lalu apabila mereka menjemput pasukan negara bermain dalam perlawanan persahabatan di Australia dan sanggup membiayai pertemuan, tetapi kemudian membatalkannya tanpa alasan kukuh.

Ketika ditanya mengapa memilih untuk bertemu Malaysia, Khaled hanya berkata: "Kami ke sini supaya serasi dengan cuaca dan permainan yang mirip Indonesia (lawan Kumpulan C Kelayakan Piala Asia 2015 di Jakarta, Sabtu depan).

"Malaysia sebuah pasukan yang bagus dan semakin meningkat."

Sementara itu, Rajagobal pada sidang media sama, mengesahkan terpaksa melupakan khidmat Nik Mohd. Shahrul Azim Ab. Halim, Amiridzwan Taj Tajudin dan Wan Zack Haikal Wan Nor di Stadium Shah Alam, malam ini akibat kecederaan serius.

Namun begitu, beliau tidak gusar dengan situasi itu, biarpun turut dibayangi kemerosotan prestasi bek tengah, Mohd. Aidil Zafuan Abd. Radzak dalam Liga M.

"Kami ada lebih 20 pemain di kem negara sekarang dan ia mencukupi.

"Kami menganggap semua perlawanan penting, termasuk aksi persahabatan dengan pasukan besar seperti Arab Saudi ini. Ia satu penghormatan buat kita," katanya.

Beliau mengakui kesilapan dan kelekaan skuad negara ketika kalah 2-0 kepada Qatar 2-0 bulan lalu, mampu berulang biarpun anak-anak buahnya kerap diingatkan supaya berwaspada dengan serangan balas pantas lawan.

"Saya mengkaji video Arab Saudi-China (Kumpulan C di Dammam, 6 Februari lalu) dan kesilapan pemain mereka telah menyebabkan lawan menyamakan jaringan.

"Bagi saya, mana-mana pasukan pun boleh terdedah untuk melakukan kesilapan sebegitu," katanya.

Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu ialah pada 30 Ogos 2009 dengan Arab Saudi memenangi perlawanan persahabatan di Stadium Putera Fahd, Dammam 2-1, manakala gol sagu hati Malaysia dijaringkan oleh Ahmad Shakir Md. Ali.

Norazlan Razali dijangka mengemudi gawang Harimau Malaya malam ini, manakala Aidil Zafuan masih diberi kepercayaan menjaga benteng.

Tiket perlawanan Malaysia-Arab Saudi yang berharga RM20 (dewasa) dan RM5 (bawah 12 tahun) mula dijual di Stadium Shah Alam pada jam 4.30 petang ini. Penyokong Harimau Malaya diseru hadir memberikan sokongan. -Utusan

Akibat kecewa, penyokong tegar Pas sertai UMNO

Posted: 16 Mar 2013 07:31 PM PDT

ABDULLAH Mat Yasim (tiga dari kanan) bersama sebahagian daripada penyokong tegar Pas
dari Kampung Kiat yang menyertai UMNO dalam Majlis Selamat Tinggal Pas di
Rantau Panjang malam tadi. - UTUSAN
RANTAU PANJANG 17 Mac - Hampir 40 penyokong tegar Pas dari Kampung Kiat dekat sini, bertindak menyertai UMNO selepas kecewa dengan kerajaan Pas Kelantan yang disifatkan terlalu berpolitik berbanding menjaga kepentingan rakyat.

Borang permohonan keahlian mereka diserahkan kepada Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yasim dalam Majlis Selamat Tinggal Pas di kampung tersebut malam tadi.

Seorang penyokong Pas, Yazid Salleh, 41, berkata, dia berasa kecewa terhadap pemimpin parti itu sehingga mendorongnya untuk menyertai UMNO.

"Kita tidak pernah meminta lebih-lebih daripada Pas. Tapi sebagai kerajaan yang diberi amanah, mereka sepatutnya faham keadaan serta kedudukan rakyat di bawah.

"Kami amat kecewa setelah 22 tahun memerintah Pas dilihat seolah-olah mementing kepentingan politik parti berbanding rakyat," katanya ketika ditemui selepas majlis tersebut.

Yazid yang mewakili kumpulan berkenaan menyerah borang permohonan menyertai UMNO mendakwa, mereka tidak pernah mendapat apa-apa manfaat daripada kerajaan Pas negeri meskipun sebelum ini memberi sokongan penuh kepada parti itu.

Dakwanya, perjuangan Pas jauh berbeza dengan UMNO yang sentiasa mengutamakan rakyat walaupun hanya bertindak sebagai pembangkang di negeri ini.

"UMNO tidak pernah abaikan kami meskipun mereka tahu bahawa kami ini adalah penyokong tegar Pas," katanya.

Sementara itu, Abdullah menafi sekeras-kerasnya dakwaan kononnya siri penyertaan penyokong Pas ke dalam UMNO yang berlaku di bahagian Rantau Panjang hanya gimik politik membabitkan orang Thailand dan penyokong asal UMNO.

"Laporan dan dakwaan itu sebenarnya tidak benar belaka. Ia dibuat semata-mata bagi menutup keresahan mereka berikutan gelombang kebangkitan rakyat di Rantau Panjang ini semakin terserlah menyokong UMNO.

"Kita memang meneliti maklumat sebenar sebelum menerima (permohonan keahlian) mereka," katanya. - UTUSAN

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130317/po_01/Akibat-kecewa-penyokong-tegar-Pas-sertai-UMNO#ixzz2NkweFI00
© Utusan Melayu (M) Bhd

Wanita Switzerland diperkosa beramai-ramai depan suami di India

Posted: 16 Mar 2013 06:13 PM PDT

BHOPAL 17 Mac - Seorang pelancong wanita warga Switzerland dirogol secara berkumpulan di tengah India semalam dalam kes terbaharu keganasan seksual terhadap wanita.

Menurut polis, ketika kejadian mangsa sedang berbasikal bersama suaminya di negeri Madhya Pradesh, sebelum didatangai tujuh atau lapan lelaki yang menyerang pasangan itu kelmarin.

Kumpulan penyerang itu dilaporkan merompak pasangan tersebut, sebelum merogol wanita terbabit di hadapan suaminya.

Kes tersebut berlaku selepas seorang pelajar perubatan mati akibat dirogol secara berkumpulan di dalam sebuah bas di New Delhi pada Disember lalu. - AFP

Cucu Tok Selampit

Posted: 17 Mar 2013 02:11 PM PDT

Cucu Tok Selampit


Nik Aziz Komen "Anwar Ini Budak Cerdik" Dalam Kes Video "Aksi Si Raja Goyang"

Posted: 17 Mar 2013 08:38 AM PDT


Lihat video Sidang Media semperna Perasmian Expo Kelantan 2013 di Shah Alam, yang dilakukan oleh Kelantan TV bersama Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat. Selain dari mengulas kenyataan daripada Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak mengenai 7 dosa besar yang dilakukan oleh Kerajaan Kelantan, Mursyidul Am PAS tersebut turut mengulas mengenai kes terbaru Anwar Ibrahim. 

Lihat di minit yang ke 4:44, apabila ditanya tentang video Anwar Ibrahim yang terbaru mengenai "Aksi Si Raja Goyang", Nik Aziz dengan selamba mengatakan bahawa "Anwar Ini Budak Cerdik". Apa yang tersirat di sebalik perkataan Nik Aziz bahawa Anwar Ini Budak Cerdik? Dua kali beliau mengulangi Anwar Ini Budak Cerdik? Cerdik apa sebenarnya? Cerdik menipu? Cerdik bagi dan mencipta alasan? Atau cerdik menafikan setiap perkara berbangkit?

waadat

Posted: 17 Mar 2013 01:57 PM PDT

waadat


Soalan untuk khalid

Posted: 17 Mar 2013 09:22 AM PDT



Demang cuma sambungkan soalan yang adik Demang tanya semalam.

Salah satu yang beliau ungkit ialah anaknya sudah lama dibuatkan akaun bank sebab pernah dijanjikan untuk dimasukkan wang biaya.

Demang harap Khalid dapat tanyakan pada Teresa Kok hal ini.

Di sebalik kenyataan Musa Hitam menyokong pembangkang

Posted: 17 Mar 2013 07:36 AM PDT

Demang tidak terkejut dengan kenyataan Musa Hitam yang berkata "takkanlah pembangkang nak membangkrupkan negara". Demang juga tidak hairan apabila Musa Hitam sekadar melahirkan 'rasa' nya sahaja tanpa mengemukakan alasan berfakta.

Demang lebih terperanjat ketika pertama kali menyedari bahawa di depan nama 'Musa Hitam' terdapat gelaran 'tun' iaitu anugerah tertinggi negara.

Demang yang sempat membesar (sebagai pelajar) di zaman Musa Hitam tak nampak apakah jasa besar Musa Hitam sehingga layak mendapat title itu melainkan satu alasan: untuk 'mendiamkan' Musa Hitam.

Namun bekas pembantu Tun Mahathir yang selalu seperti kaduk naik junjung itu bersuara juga. Nampaknya Musa Hitam melihat ini waktu yang sesuai untuk melepaskan hutang lama terhadap bekas bos yang pernah memecatnya dulu.

Apapun Musa Hitam tak berani bercakap lebih-lebih sebab dia tahu rakyat takkan lupa tangan merahnya dalam kes Memali.

Sementara itu, boleh baca rencana menarik tulisan sahabat Demang yang ada kaitan dengan isu ini:

http://sanggahtokjanggut.blogspot.com/2013/03/musa-guna-buku-jingga-balas-dendam-pada.html

posted from Bloggeroid

Apa Yang Tersirat

Posted: 17 Mar 2013 01:40 PM PDT

Apa Yang Tersirat


Pergerakan Kapal Laut Indonesia Agak Luarbiasa di Perairan Nunukan

Posted: 17 Mar 2013 06:46 AM PDT

ADA laporan, bahawa pada masa ini, pergerakan kapal-kapal Tentera Laut Indonesia berdekatan dengan Nunukan, sungguh Luar Biasa.

Nunukan berdekatan dengan Pulau Sebatik kawasan Malaysia.

Sebelum ini, dilaporkan bahawa Jamalul Kiram III ada meminta bantuan daripada Indnesia, berkaitan dengan serangan pasukan keselamatan negara kita terhadap pengikutnya yang menceroboh Sabah pada pada 9 Februari lalu.

Tiada laporan yang boleh diperayai daripada pihak kita, berkaitan dengan pergerakan kapal-kapal tentera laut indonesia itu. Apa kah Indonesia juga terlibat menghalang penyusupan pengganas sulu, agar tidak lari ke kawasan mereka, kerana Filipina dan Malaysia meningkatkan kawalan laut, sejak 5 Mac lalu, agar pengganas Sulu tidak terlepas begitu sahaja.

Raja Mistik Pengganas Sulu- Mati juga

Posted: 17 Mar 2013 06:00 AM PDT

Bomoh. Salah seorang yg berunding dengan pihak Polis
CUBAlah anda fikir, tua-tua beginipun (gambar) mahu ikut menceroboh. Secara fizikal dan kemampuan tempur, memang tiada, namun pengganas sulu yakin, bahawa orang tua ini mempunyai ilmu mistik yang tinggi, sehingga kononya boleh mengaburi pihak lawan.

Kematian bomoh ini, bukan kerana tembak-menembak, tetapi mati akibat terkena bom; pun demikian mayatnya masih utuh, dan ditemui berbungkus karpet.

Menurut ceritanya, kalau berdepan, bomoh ini mampu mengalih pandangan pihak musuh, sehingga dengan mudah, mereka boleh melarikan diri. Mungkin atas keupayaan bomoh ini, maka Agbimuddin berjaya lolos daripada kepungan.

Memang tidak masuk akal, andaian demikian. Tetapi yang pasti, pengetahuan luas pengganas terhadap muka bumi Sabah, terutama kawasan yang dikepung, adalah "advantage" kepada pengganas. 

Pasukan kita, ada yang pertama kali menginjak kaki di kawasan tempur. Dengan keluasan beratus hektar, seseorang yang tidak biasa akan sesat.

Nasib baiklah, pasukan keselamatan kita mempunyai kelebihan daripada segi jumlah, sehingga mampu membuat kepungan, jika tidak, adalah pasti, ramai lagi pengganas akan berjaya lolos. 

Panjang pantai, keadaan muka bumi yang berhutan, serta keluasannya, adalah mustahil mengepung secara keseluruhan, namun akibat keberanian dan strategi pasukan keselamatan, akhirnya pengganas bukan sahaja ramai yang mati dibunuh, malah ramai yang tertangkap, meskipun 35 daripadanya berjaya lolos termasuk Agbimuddin.

Demi fakta, mereka yang berjaya lolos, bukan bertolak daripada kawasan operasi, melainkan daripada Sandakan. Ini, bererti, mereka yang mahu meloloskan diri itu, sudah bertindak  melarikan diri sebelum operasi Daulat yang bermula pada 5 Mac.

Adalah dipercayai juga, Agbimuddin telah meloloskan diri pada malam sebelum operasi Daulat bermula, jika bukan, adalah tipis baginya meloloskan diri.

Kemaskini Ops Daulat: Operasi Hampir dipenghujung

Posted: 17 Mar 2013 05:13 AM PDT

OPS Daulat hampir dipenghujung. Esok kawasan Kg Tanjung Batu akan selesai daripada operasi pemberisihan. Penumpuhan akan dikuatkuasakan di kawasan Tanjung Labian dan Sungai Bilis.

Sehingga kini seramai 62 pengganas dibunuh, 104 ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan 241, termasuk sembilan ditahan semalam dan hari ini, kerana berada di zon merah Operasi Daulat dan pelbagai kesalahan lain.

Ops Daulat, menumpuhkan membersihkan seluruh pengikut Jamalul kiram III di Sabah, meskipun individu yang mengetuai pencerobohan Lahad Datu Agbimuddin Kiram berjaya "meloloskan" diri.

Tun Dr Mahathir Melawat Felda Sahabat-Beri Semangat Pada Pasukan Keselamatan

Posted: 17 Mar 2013 04:37 AM PDT

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yakin rakyat tetap terhutang budi kepada pasukan keselamatan meskipun dimanipulasi pembangkang kononnya krisis pencerobohan pengganas di sini adalah satu sandiwara.

Beliau berkata rakyat tidak termakan propaganda pembangkang untuk memperkecil pasukan keselamatan kerana hakikinya, sudah sembilan nyawa terkorban, dan seorang anggota tentera maut dalam kemalangan ketika menyertai konvoi Operasi Daulat.

"Saya yakin rakyat terhutang budi dan yakin dengan semangat pasukan keselamatan kita. Ini sikap rakyat Malaysia apabila menghadapi keadaan ini, dan akan bersatu dalam mempertahan negara.

"Walau ada parti politik cuba pecahkan, tetapi rakyat terus sokong pasukan keselamatan," katanya ketika berucap di Dewan Semai Bakti, Desa Kencana, Felda Sahabat hari ini. Dr Mahathir turut beramah mesra dan bertanya khabar dengan 200 anggota pasukan keselamatan di dewan berkenaan.

Beliau juga berharap semua rakyat, terutama di Sabah, memberi penghargaan tinggi kepada pasukan keselamatan yang bertungkus-lumus mempertahan kedaulatan negara daripada ancaman luar. Masyarakat Sulu di Sabah juga turut menolak tindakan pengganas itu, walaupun mereka adalah sebangsa, katanya.

Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata Malaysia harus mempertingkat kekuatan pertahanan negara tanpa perlu bergantung kepada mana-mana pihak. Beliau juga yakin pentadbiran di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan berusaha mempertingkat pertahanan negara mengikut kesesuaian muka bumi Sabah, dan tidak akan membenarkan serangan pengganas berlaku lagi pada masa depan.

"Saya ucapkan terima kasih kepada pasukan keselamatan yang berkorban nyawa mempertahankan negara," katanya.

Keluarga Kiram Masih Mendakwa Agbimuddin masih di Sabah

Posted: 17 Mar 2013 02:40 AM PDT

SATU perang psikologi berlaku antara pasukan keselamtan negara dengan keluarga Jamalul Kiram. 

Pada Jumaat PAT Tan Sri Jen Zaulkefli Mohd Zain dan KPN Tan Sri Ismail Omar mengeluarkan kenyataan bahawa Rajah Muda Agbimuddin Kiram sudah cabut lari meninggalkan orangnya yang berbaki kurang daripada 50 di Sabah.

Namun kenyataan Dua Panglima perang negara itu dinafikan Juruakap Jamalul Kiram III, Abraham Idjirani, sambil mengatakan bahawa Agbimuddin menghubunginya dua kali, pertama pada pukul 2 petang Jumaat dan kedua petang Sabtu. Malah, menurut Abraham, Agbimuddin menggunakan SIM CARD handphone Sabah meneleponnya.

Siapa yang tidak percaya kepada pasukan keselamatan kita. Mereka dibekalkan dengan berbagai maklumat risikan. Dalam suasana perang kenyataan PAT dan KPN punya erti tersirat, pertama Agbimuddin tidak pernah berada di Sabah sejak krisis bermula, kedua Agbimuddin cabut lari sebelum operasi Daulat bermula.

Semasa perundingan yang berlangsung 23 hari, Agbimuddin mengambil peluang untuk cabut lari.Semasa perundingan dengan pasukan polispun, Agbimuddin tidak pernah terlibat, sepertimana digembar gemburkan.

Di mana sahaja Agbimuddin berada samaada di Malaysia mahupun di Filipina, yang pasti, dia akan tertangkap juga. Kalau di Filipina nasibnya akan baik, tetapi kalau benarlah dia ada di Sabah, peluru maut menunggunya.

Ops Daulat: 104 ditahan bawah SOSMA antaranya keluarga Jamalul Kiram III: Kata Polis

Posted: 17 Mar 2013 01:05 AM PDT

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata anggota keluarga Jamalul Kiram antara 104 orang yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA). 

"Mereka yang ditahan berada di sini dipercayai anggota keluarga (Jamalul) Kiram yang menggunakan nama lain...di sini mereka guna nama lain, di Filipina mereka guna nama lain. Ini kita sedang siasat," katanya pada sidang media bersama Panglima Medan Tentera Darat, Lt Jen Datuk Seri Zulkiple Kassim di Felda Sahabat 16 di sini, hari ini. 

Beliau berkata, operasi membanteras pengganas tidak hanya tertumpu kepada keluarga Jamalul Kiram, yang didakwa dalang insiden pencerobohan di Sabah sejak 12 Februari lalu, kerana polis turut menjejaki kaum keluarga anggota militan lain yang dipercayai terlibat insiden pencerobohan itu. 

"Kita juga turut menyiasat orang lain yang mempunyai kaitan dengan pengganas di bawah SOSMA," katanya tanpa memberitahu bila mereka akan didakwa di mahkamah. 

Mengulas kematian seorang tahanan di bawah SOSMA di Semporna semalam, beliau berkata, individu itu meninggal dunia di hospital akibat sakit dan bukannya membunuh diri seperti yang didakwa sesetengah pihak. 

Sehingga kini, seramai 104 orang telah ditahan di bawah SOSMA dan 232 lagi ditahan atas pelbagai kesalahan lain. 

Dalam pada itu, Hamza berkata, keadaan di seluruh Sabah adalah terkawal termasuk di Semporna dan Lahad Datu, kecuali di kawasan operasi di gugusan Tanjung Labian, yang kini dalam proses pembersihan. 

Video Homo:Tak Usah lah bertekak dengan Anwar- Nik Azizpun dah tonton-Lelaki itu Hanya Mirip Anwar

Posted: 16 Mar 2013 11:16 PM PDT

Tidak payahlah bertekak dengan Anwar berhubung Video Homo yang memaparkan lelaki menyerupai dirinya. Malah Nik Aziz mendakwa, gambar dalam video itu adalah perbuatan jijik meletakan gambar lelaki mirip Anwar.

Anwar telah nafi, lelaki miripnya itu bukan dirinya. 

Seandainya lah, dalam video boleh letak-letak gambar, sudah pasti pemimpin seperti Najib, Muhyiddin, Khalid, Tian Chua, pasti telah berdedar video yang sama.

Cuba tengkok persamaan baju antara dua gambar ini.



Tanjung Batu; Lahad Datu: Seorang lagi Pengganas Sulu mati ditembak

Posted: 16 Mar 2013 10:32 PM PDT

Satu pertempuran bersenjata pada Ahad antara pasukan keselamatan dan saki-baki lelaki bersenjata Sulu mengejutkan suasana selepas beberapa hari reda dalam operasi Ops Daulat.

Pasukan keselamatan membunuh seorang lagi lelaki bersenjata pada kira-kira pukul 10.15 pagi diikuti pertempuran di Kg Tanjung Batu di sini, kata Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim.

Beliau berkata, mereka kini sedang memburu tiga lelaki bersenjata yang dilihat dalam operasi mopping bagi mengusir baki lelaki bersenjata di kawasan zon merah.

Tiada mangsa dilaporkan di kalangan pasukan keselamatan.

Pertempuran bersenjata terakhir berlaku pada Selasa apabila seorang tentera terbunuh dan seorang lagi cedera bersama-sama dengan tiga lelaki bersenjata yang ditembak mati berhampiran Sungai Nyamuk, tidak jauh dari Kg Tanjung Batu.edang memburu tiga lelaki bersenjat

JEBAT BERKOKOK

Posted: 17 Mar 2013 01:20 PM PDT

JEBAT BERKOKOK


Terkini dari Lahad Datu: Burung turun menggoncang..

Posted: 17 Mar 2013 07:31 AM PDT



Ustazah Inspektor Celup Anak Abadi perli Tun Mahathir..Layak ke? Sekadar bergambar?


Setua tua Tun Mahathir berani jugak ke Lahad Datu..Walaupun tak menembak tapi kehadirannya jauh lebih mulia daripada Bang Non yang sekadar berani menembak di dalam bilik dengan jantan..Kah Kah Kah..




Tanya sama pokok apa sebab goyang
Nanti jawab pokok angin yang goncang
Tanya sama burung apa sebab tegang
Nanti jawab burung, Bang Non yang goncang..

Kah Kah Kah...




tun faisal dot com

Posted: 17 Mar 2013 01:20 PM PDT

tun faisal dot com


@KhairyKJ - RM50,000 insentif karya politik aktivis siber dalam portal #BNYCT

Posted: 17 Mar 2013 11:36 AM PDT



Replika cek berjumlah RM 50,000 diserahkan kepada Pengerusi BN Youth CyberTeam (BNYCT)sdr Tun Faisal Ismail Aziz sebagai dana permulaan insentif karya-karya politik 
aktivis siber yang tersiar di dalam portal BNYCT menjelang PRU13.



KENYATAAN MEDIA 

YB SDR KHAIRY JAMALUDDIN ABU BAKAR
PENGERUSI PEMUDA BN MALAYSIA
BAGI PELANCARAN "HIMPUNAN AKTIVIS SIBER PEMUDA BN"
BERTARIKH 16HB MAC 2013
BERTEMPAT DI ROYALE BINTANG DAMANSARA



Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia.

Bersyukur saya ke hadrat Illahi dapat hadir dalam majlis yang dinamakan "Himpunan Aktivis Siber Pemuda Barisan Nasional (BN") atas inisiatif BN Youth CyberTeam (BNYCT) hari ini.

BNYCT telah ditubuhkan pada 8 Ogos 2012 bertujuan menyelaras dan mengkoordinasi gerakan siber Pemuda Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi PRU13 selepas kejayaan gerak kerja siber Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMNO yang ditubuhkan pada 3 Mei 2009. 

"Himpunan Aktivis Siber Pemuda BN" ini bertujuan menyemarakkan lagi aktivisme siber oleh sukarelawan pro-Barisan Nasional (Pro-BN) menjelang PRU ke-13. 

Untuk makluman, himpunan ini disertai aktivis siber, terdiri dari golongan blogger, facebooker, twitterati dan aplikasi media sosial yang lain, penggiat multimedia kreatif dan selebriti tanah air Pro-BN.

Sejak penubuhan BNYCT, ia telah berjaya menarik penglibatan langsung 3,000 orang sukarelawan siber Pro-BN, membentuk dan menggerakkan pasukan BNYCT negeri Kelantan yang membantu secara aktif kempen "TUKAR" dan "Gelombang Merah", membentuk dan menggerakkan pasukan BNYCT negeri Perak bagi meningkatkan jumlah sukarelawan siber negeri tersebut dan membantu penghasilan bahan-bahan sebaran online di dalam twitter, facebook dan you tube. 

Adalah perlu dinyatakan di sini bahawa jumlah dedahan keseluruhan pelbagai profil dan page facebook ketika ini adalah sekitar 700,000 orang manakala bagi twitter adalah sekitar 250,000 orang, tidak termasuk jumlah rakan twitter saya sendiri seramai 243,000 orang.

Himpunan Aktivis Siber Pemuda BN ini dimulakan dengan "Forum Aktivisme Siber Dalam Politik" yang menampilkan ahli panel terdiri dari 

1. YB P.Kamalanathan (MIC)
2. Dato' Ti Lian Ker (MCA)
3. Sdr Tang Keng Liang (Gerakan); dan 
4. Sdr Harridz Mohan (PPP). 

Tidak dilupakan penglibatan artis yang menggunakan medium siber bagi menyokong gerakan BN oleh yang demikian, moderator bagi forum ini adalah selebriti Fahrin Ahmad. 

Dalam himpunan ini juga, Pemuda BN juga turut - 

1. melancarkan aplikasi mobil BN Youth yang dihasilkan oleh sukarelawan siber BNYCT; buat masa ini, aplikasi ini boleh dimuat turun melalui Google Play Store. Dalam masa terdekat, ia juga akan boleh dimuat turun melalui i-Tunes dan Blackberry World.

2. menyampaikan plak penghargaan dan netbook kepada sejumlah selebriti tanah air yang telah menunjukkan sokongan terbuka kepada BN seperti; Zed Zaidi, Nabil Raja Lawak, Fahrin Ahmad, Maulana AF, Adira AF, Altimet, Elfira Loy, Vijay Emergency dan Jason TPemuda BN amat menghargai sokongan mereka dan aktivis siber pro-BN akan menyokong mereka di alam siber.

3. menyampaikan sumbangan sebanyak RM 50,000 sebagai insentif daripada Pemuda BN kepada aktivis siber yang menyumbang artikel, kartun, bahan-bahan multimedia kreatif seperti poster dan video yang menarik dan tersiar di portal BNYCT.

Akhir kata, sebagai Pengerusi Pemuda BN Malaysia, BNYCT akan menjadi salah satu daripada penggerak kepada kempen GEMPAK - Gerakan Menolak Pembohongan Pembangkang yang baru saya lancarkan semalam. 

Himpunan ini adalah salah satu gerak kerja Pergerakan Pemuda BN bagi membantu BN dalam PRU13 yang akan datang dan saya ingin merakamkan ucapan sejuta penghargaan dan terima kasih kepada para aktivis yang hadir hari ini.

[Video] @KhairyKJ - Lawan fitnah dengan fakta via #GEMPAK - Gerakan Menolak Penipuan Pembangkang

Posted: 17 Mar 2013 08:36 AM PDT




Contoh Fakta GEMPAK - Janji Mungkir Janji (JAMUNJI) Khalid Ibrahim

Tiada ulasan:

Pengikut