Pakatan Rakyat |
Posted: 10 Nov 2012 03:38 PM PST Posted by Admin Direktori Blog | | 3:38 PTG Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info sumber :- Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
| ||||
Posted: 10 Nov 2012 03:16 PM PST | Gandingan mantap Geng Perpaduang buat agenda Posted: 10 Nov 2012 08:00 AM PST Norman Toha (baju batik), bekas setiausaha perhubungan PAS Selangor, yang lebih berperanan sebagai penganjur dan penyelaras setiap ceramah Hasan Ali (baju puteh), berkata : Sebanyak 70 peratus rakyat Selangor bersetuju supaya Umno dan PAS bergabung bagi tujuan mempertahankan agama Islam dan kepentingan Melayu. Dia berkata demikian selepas mengadakan wacana 'Mengembalikan PAS ke Landasan Asal' di Hotel Vistana di sini. Laporan itu antara lain menyebut : Wacana tersebut menurut Norman dianjurkan atas inisiatif individu ahli PAS yang mahu suara rungutan mereka diberikan perhatian. Walau bagaimana pun, laporan tersebut tidak pula mendedahkan siapa sebenarnya individu ahli PAS ataupun pemimpin dan penyokong akar umbi yang di maksudkan itu dan ini menyebabkan orang berteka teki mengenainya. Wacana tersebut dilaporkan menghasilkan 11 resolusi yang mengandungi desakan supaya parti dan pemimpin PAS kembali kepada landasan Islam yang sebenar. Ha! ha! ha! Bila pula Ibrahim Ali dan Zul Kulum nak buat macam nih? Rupanya , depa ni masih ada secebis kasih terhadap PAS , mangkok hayun betul diaorang nih! Bahasa pasarnya ialah : Gila Talak! Setelah menyusuri 11 resolusi tersebut, sahih ! memang itulah agenda Geng Perpaduang! Ramai yang percaya bahawa Hasan Ali adalah manusia yg paling kuat berjuang dalam PAS utk kerajaan perpaduang. Hasan Ali, dalam sidang akhbar di rumahnya di Taman Tun Dr Ismail,Kuala Lumpur setelah dipecat daripada PAS pernah berkata: " Saya juga mendapati hala tuju dan dasar perjuangan parti terkeluar daripada landasan asal, Negara Islam, hukum Hudud, kepimpinan ulama dan akhlak Islam tidak lagi jadi amalan dalam urusan harian parti," katanya. Apa yang pernah diluahkan oleh Hasan Ali dulu itu tidak ada bezanya dengan 11 resolusi yg dihasilkan oleh Norman Toha itu. Saling tak tumpah! Apakah sebenarnya ini permainan Hasan Ali ? Tidak mustahil ... | Transkrip Sesi Soal Jawab Nurul Izzah Posted: 10 Nov 2012 01:00 AM PST Macam-macam diperkatakan oleh puak-puak Umno mengenai kenyataan Nurul Izzah sewaktu menjawab pertanyaan daripada seorang peserta di forum "Negara Islam: Versi Mana? Tanggung Jawab Siapa?" Namun tidak ada dari juak-juak tersebut menyiarkan transkrip yang diperkatakan itu. Mereka hanya mengulas apa yang dilaporkan oleh Utusan Meloya dan Berita Harian dan terus memutarbelitkan kenyataan Nurul yang sebenarnya Sampai Sultan Selangor pun turut amat terkezuut! Nurul tak kisah nasihat Bakaq Penarik Beca - Kut-kut Kavita boleh tolong, manalah tau, kata Bakaq. Tapi Nurul lebih suka pi jumpa loyar untuk saman puak-puak tu semua. Nurul Izzah telah mengemukakan kepada JAIS laporan Utusan Malaysia, satu salinan CD audio dan transkrip kenyataan beliau di forum tersebut kepada JAIS sebagai bukti. Sama-samalah kita tunggu apa kata JAIS nanti…. TRANSCRIPT
| Kantoi - Bukan Utusan Meloya kalau bukan menipu Posted: 09 Nov 2012 07:12 PM PST Hari ini Utusan Meloya dengan tajuk provokasi : Melayu Pulau Pinang semakin dizalimi - cuba buat putar belit mengenai perobohan sebuah rumah kononnya di punyai oleh seorang warga emas yang tinggal bersama dengan anaknya yang OKU (Orang Kuat Umno?) tanpa sebarang notis. Laporannya di sini Puak-puak Umno dan Barisan Nasional Penang memang dah lama cuba memburuk-burukan dan menggambarkan pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Lim Guan Eng serta DAP anti Melayu hatta cuba digambarkan mengusir Melayu daripada negeri berkenaan.Wanita warga emas itu (gambar sebelah) bukanlah pemilik sebenar bangunan tersebut. Pemiliknya, adalah En.Md.Noor bin Tahir. Beliau telah mengaku salah dan telah dikenakan denda oleh mahkamah sebanyak RM2,000/= atas kesalahan dibawah Seksyen 70 AJPB dan pada 21/7/2008 bila kes tersebut di bawa ke mahkamah. Dakwaan Utusan Meloya kononnya tindakan dilakukan tanpa sebarang notis adalah pembohongan yang disengajakan dan sangat menjijikan.Bukan Utusan Meloya kalau tak menipu! Tuan punya premis pun sudah akui kesalahannya dan telah didenda oleh mahkamah. Namun dia terus engkar dengan arahan merobohkan bangunan tambahan yang dilakukan tanpa sebarang pelan dan kelulusan dari MPPP dan juga bangunan tiada anjakan 2 meter dari sempadan lot sisi. Menurut sumber, pihak Majlis telah beberapa kali menangguhkan langkah penguatkuasaan ke atas rumah berkenaan, termasuk selepas diminta secara rasmi oleh Koid Teng Guan, iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP bagi Kawasan Sungai Pinang. Pada 8 Nov. 2012, Jam 10.00 pagi , Petugas-petugas pihak penguatkuasa telah tiba di tapak dan memaklumkan penghuni rumah seorang perempuan warga emas dan anak perempuan beliau akan tujuan operasi dan menerangkan kepada beliau secara baik akan perlanggaran undang-undang yang telah dibuat oleh pemilik rumah. Perobohan dilaksanakan ke atas pindaan tambahan di premis terbabit (lihat gambar atas) – bukan keseluruhan premis tersebut sebagaimana dilaporkan oleh Utusan Meloya.Lagi-lagi menipu kerja puak-puak nih! Namun pada jam 11.30 pagi operasi tersebut terpaksa dihentikan kerana berlaku kekecohan dan kegawatan di tapak bilamana 10 samseng Melayu tiba dan membuat kecoh di situ. Siapakah samseng Melayu itu? Siapa lagi kalau bukan puak-puak dari Umno! Dengan bantuan dari pihak Polis yang ada, kekecohan dapat dileraikan dan keadaan adalah terkawal. Sila baca kronologi kes ini di sini | Nurul Izzah sudah tidak terkata lagi... Posted: 09 Nov 2012 04:54 PM PST Utusan Meloya begitu sedih dan hampa bila Nurul Izzah tidak layan akhbar putar alam tersebut. Akhbar Meloya itu cuba menggambarkan seolah-olah Nurul Izzah sudah tidak mampu berkata apa-apa lagi ...Meloya betul baca putar alam akhbar nih! Akhbar itu kata, Nurul Izzah dilihat cuba mengelak daripada menyatakan pendirian berhubung kenyataannya mengenai kebebasan beragama ….bacalah sendiri di sini Wartawan akhbar itu telah bertemu Nurul dan peguamnya di bangunan JAIS, Shah Alam. Mustahil sekali kalau wartawan akhbar itu tidak tahu tujuan Nurul kesitu. Kalau Nurul tak bagi tahu pun, pemberita tersebut boleh mendapatkan maklumat dari JAIS mengenai tujuan kehadiran Nurul ke situ. Betul tak? Nurul membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Utusan Meloya, mendakwa akhbar telah memutarbelit kenyataannya dalam satu forum mengenai Islam. Nurul telah mengemukakan kepada JAIS laporan Utusan Malaysia, satu salinan CD audio dan transkrip kenyataan beliau di forum tersebut kepada JAIS sebagai bukti di sini Itulah sebabnya, Utusan Meloya tidak melaporkan mengenai tujuan Nurul kesitu , sebaliknya memberikan laporan seolah-olah Nurul sudah bungkam dan sudah tidak mampu mempertahankan kebenaran yang ada di pihak dirinya. Aku suka kalau semua pemimpin Pakatan Rakyat buat macam itu. Buat apa nak gatai mulut pi layan akhbar yang telah terbukti sering kali memutar belit kenyataan yang diberi. Syabas kepada Nurul Izzah, walau pun dia tak layan, wajahnya yang ayu itu tetap menghiasi muka depan akhbar tersebut … orang akan beli juga sebab ada gambar dia… Akhbar itu untung dengan ini pula dia akan terpaksa menanggung kerugian yang tinggi kerana terpaksa bayar kepada Nurul yang telah menyaman akhbar tersebut. Ha! ha! benci kat Utusan Meloya ni…tapi kalau ada untung tak apalah…Ha! Ha! Ha! |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan