Sabtu, 10 November 2012

Barisan Nasional

Barisan Nasional


The Antics of Husin Lempoyang

Posted: 10 Nov 2012 04:11 AM PST

The Antics of Husin Lempoyang


Pengamal ayat kerusi

Posted: 09 Nov 2012 10:06 PM PST


Apabila Nurul Izzah sebuta Melayu sepatutnya bebas berugama seperti orang bukan Melayu bebas berugama, takkanlah maksudnya orang Melayu tak bebas dalam amalan agama Islam.

Dalam konteks soalan yang ditanya kepada Nurul oleh seorang peguam aktivis hak asasi manusia Melayu bernama Siti Kassim, maksudnya jelas. Tapi Husin cadangkan anda baca tulisan YB Dato Zulkifli Nordin di sini.

Husin tak mendalam dalam pemahaman ugama dan Quran tapi tahulah sedikit-sedikit dari belajar bapak ana yang merupakan seorang Imam dan Naib Kadhi.

Hairan Husin apa perlu orang Islam sibuk sangat nak jadikan Islam sama dengan ugama lain. Apa perlu kita lihat Islam dari kacamata orang bukan Islam? Apa perlu kita terima pakai cara-cara pemikiran dan weltanschauung dari barat?


Apa itu weltanschauung? Saja Husin nak eksyen sedikit guna bahasa-bahasa Jerman. Maksudnya pandangan (atau world view).

Macamlah orang cakap pasal hak asasi manusia. Buat apa nak ikut pemikiran barat. Islam dah pandang lebih lama dan jauh mengenai hak binatang, pokok, dan alam sekitar masa orang putih masih makan tiada beradab sopan macam binatang.

Renaissance di Eropah lahir selepas Perang Salib dan ditiru dari tamaddun Islam.

Islam itu lebih hebat dari ugama lain. Kita harus sentiasa menyedari kehebatan tuhan yang disembah. Faham dan amalkan ayat kursi.


Ertinya:
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia,Yang Tetap hidup,Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, Sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yangAllah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).
Bila disebut Kursi, bukanlah Kerusi. Dari memeningkan bukankah baik Tuan Nik Sadik Sigaraga katakan arash saja.

Selepas ayat Al Baqarah 255 ini, ayat Al Baqarah 256 pula. Ayat ini yang "Ustazah" Nurul Izzah sudah main hentam saja cakap.

Ertinya:
Tidak ada paksa dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh, yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Kalau dibaca seluruh ayat ini, tiada paksaan dalam berugama (Islam) bermaksud tak perlu paksa orang masuk Islam. Kesempurnaan dan kehebatan ide dan mesej yang dibawa Islam sudah cukup untuk menarik orang kepada kebenaran Islam.

Tak perlu orang bukan Islam dipaksa masuk Islam macam orang Sepanyol paksa orang Islam dan orang Tempatan di Amerika Selatan dan Filipina masuk Kristian.

Maka bukanlah maksudnya tuhan benarkan orang Islam murtad masuk ugama lain. Tak lojik bagi tuhan membenarkan makhluknya mengengkari perintahnya. Takkan Allah 'flip flop' sekejap tayangkan Tanda Putera dan sekejap lagi tak boleh atas macam-macam helah?


Sebagai orang Islam, mana boleh dianggap Islam itu sama dengan ugama lain? Takkan setanding tawhid dan lain-lain aspek Islam dengan ugama yang lain.

Menurut perlembagaan pun, kedudukan Islam itu lebih tinggi tarafnya dari ugama lain hingga ianya bukan uagam rasmi dan ada peruntukan-peruntukan undang-undang yang ugama lain tidak ada.

Lagi satu pula ialah, Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu di tanah Malaysia. Hanya orang Melayu saja dalam dunia yang ada takrifan legal dan ditakrif bahasa, cara hidup dan ugama Islam.

Orang Melayu yang murtad dan masuk ugama lain itu mungkin sekali hatinya belum Islam dan  imannya begitu rapuh hingga boleh terkeluar Islam atau tak pernah Islam.

Itu sebab arwah ayah selalu pesan pada Husin supaya amalkan baca surah Kursi banyak supaya kita hayati kebesaran tuhan dan kuatkan iman. Dengan demikian, macam mana orang yang perasan cerdik pandai cakap dan putar, kepercayaan kita pada Islam tetap kuat.


Hairan orang Melayu lebih fikirkan pasal bangsa lain dan ugama lain dari kepentingan bangsa dan ugama sendiri. Takpa kita berusaha adil kepada bangsa dan ugama lain tapi jangan sampai kepentingan dangsa dan ugama sanggup digadaikan.

Ini hanya fenomena yang hanya berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Dah hampir-hampir ke pilihanraya, banyak yang sudah berhenti amalkan Ayatul Kursi.

Yang amalkan ayat Kerusi.

Wow! Lebai yang segan pertahan Islam patut dijual pakai kati.

anakbukitgantang says

Posted: 10 Nov 2012 03:58 AM PST

anakbukitgantang says


Warkah wasiat Raja Haji Ali Fisabilillah sebelum perang menentang Belanda di Teluk Ketapang (Melaka)

Posted: 09 Nov 2012 05:45 PM PST




Wasiat Raja Haji Ali Fiisabilillah dibacakan oleh warisnya Raja Shukri




Link asal http://youtu.be/9V1eRKw5R6A dari minit 13.37 sehingga 31.30.


 
 
Wasiat Raja Haji Ali Fisabilillah yang mangkat syahid pada 17 Julai 1794 melawan Belanda setelah berkubu di Teluk Ketapang (Melaka) dibacakan oleh warisnya Raja Shukri.

Hari ini perkara yang sama berlaku di mana Melayu berhati MUNAFIK berkerjasama dengan kaffir untuk memusnahkan Pemerintahan Islam yang sudah diakui dunia sebagai negara Islam contoh.

Semoga wasiat ini dapat mengingatkan kita tentang bahaya berkerjasama dengan kafir untuk memusnahkan pemerintahan Islam dan menjadi pelajaran kepada generasi kini

Politik Harian

Posted: 10 Nov 2012 03:42 AM PST

Politik Harian


Lynas Boleh Beroperasi: Fakta Tetap Mengatasi Auta

Posted: 09 Nov 2012 05:00 AM PST


Mahkamah Tinggi telah memutuskan semalam bahawa Lynas Advanced Material Plant (LAMP) boleh memulakan operasi sekali gus menolak permohonan untuk melanjutkan perintah injunksi interim (sementara) terhadap Lesen Operasi Sementara (TOL) ke atas syarikat tersebut.

Pihak yang menentang Lynas yang menamakan diri mereka sebagai 'penduduk Kuantan' diwakili peguam Datuk Bastian Pius Vendargon, menyatakan akan membuat rayuan supaya mahkamah membekukan TOL bagi menghentikan operasi LAMP dalam masa dua hari.

Yang menghairankan ialah 'penduduk Kuantan' ini terdiri secara majoritinya dari kaum Cina.

Manakala, kumpulan pekerja dan penyokong Lynas pula majoritinya adalah Melayu. Ketika keputusan diumumkan, kira-kira 500 orang yang rata-ratanya beragama Islam itu turut berulang kali melaungkan takbir sebagai tanda meraikan kejayaan sebaik sahaja dimaklumkan keputusan Hakim, Datuk Mariana Yahya yang memihak LAMP.

Ramai di antara kalangan pekerja tersebut menangis dan menadah tangan berdoa tanda bersyukur kepada Allah SWT di atas keputusan itu yang sekali gus menjamin periuk nasi mereka tidak terjejas.

Secara logiknya, pekerja-pekerja di sesebuah kilang adalah merupakan penduduk di sekitar kawasan berdekatan. Ini kerana objektif sesebuah pelaburan adalah juga untuk memberi pekerjaan kepada penduduk setempat, selain membangun kawasan itu dan menjana kewangan negara.

Justeru, siapakah mereka yang menentang Lynas dan memakai nama 'penduduk Kuantan' itu jika mereka bukan terdiri dari penduduk sekitar? Dan apakah sebenarnya motif mereka?

Selama ini yang menjadi juara isu Lynas adalah PKR dan kaum Cina. Kesungguhan mereka menentang Lynas dan menolak bukti-bukti saintifik yang dibentangkan oleh pakar antarabangsa, menimbulkan kehairanan dan syak wasangka. Mereka telah melakukan berbagai-bagai usaha di merata tempat secara tersusun sekali gus membuktikan terdapat penaja atau dalang di belakang mereka. Namun, dengan segala usaha dan dana yang ada, pihak mereka masih tidak dapat membentangkan hujah balas atau bukti saintifik juga bagi mengesahkan tuduhan mereka bahawa Lynas tidak selamat.

Maka jelas sekali bahawa penentangan mereka terhadap Lynas adalah satu penentangan kosong, kalau pun tidak mempunyai agenda atau motif tersirat. Ia bukan berkenaan alam sekitar, jauh sekali prihatin terhadap kesihatan penduduk Gebeng. Lagipun, sejak bila kita mendengar kaum kiasu ini prihatin terhadap nasib kaum lain? Apakah niat mereka sebenarnya?

Penulis bukan berniat untuk menjadi prejudis perkauman, tetapi sikap kiasu kaum ini sudah terbukti di bawah pemerintahan DAP di Pulau Pinang dan juga di Singapura. Selain itu, sesiapa sahaja yang pernah melalui pengalaman bekerja di bawah golongan ini pasti tahu apa yang penulis maksudkan.

Namun, sikap mereka bukanlah isu. Isunya ialah kenapa dan mengapa mereka sanggup berhabis-habisan, mengerahkan tenaga dan masa untuk menegakkan sebuah auta?

Apakah benar ia hanya strategi mencari publisiti bagi politik PKR atau PR? Atau apakah ia ada kena mengena dengan ancaman kilang ini terhadap dominasi negara China sebagai pengeluar nadir bumi terbesar?

Melihat dari apa yang berlaku, tampak seolah-olah PKR atau PR hanya menumpang isu untuk menghentam kerajaan dan tidak lebih dari itu. Apa yang lebih jelas ialah ia merupakan satu agenda kaum Cina untuk menggagalkan operasi kilang ini sekali gus memburukkan imej kerajaan Malaysia selain mengganggu kestabilan dalam negara.

Motif? Sukar dipastikan. Tetapi jika ia adalah untuk menjaga kepentingan negara China, maka tidak hairanlah kenapa kesetiaan mereka terhadap negara ini masih menjadi tanda-tanya.

Buat masa ini, kita turut tumpang bergembira dan bersyukur kerana kilang itu sudah boleh beroperasi dan ini bermakna ramailah yang bakal berpeluang mencari rezeki.

Taipingmali (tm)

Posted: 10 Nov 2012 01:59 AM PST

Taipingmali (tm)


Pas bela Dap kerana istilah kafir harbi.

Posted: 10 Nov 2012 01:47 AM PST

'Kebebasan Bertukar Agama' Dari Sudut Islam Dan Perlembagaan Persekutuan...

Posted: 10 Nov 2012 01:08 AM PST

Video Penuh : 'Kebebasan Bertukar Agama' Dari Sudut Islam Dan Perlembaga...

Posted: 10 Nov 2012 01:01 AM PST

Published on Nov 9, 2012 by klposdotcom
Video Penuh : Forum Yang Bertajuk 'Kebebasan Bertukar Agama' Dari Sudut Islam Dan Perlembagaan Persekutuan.Forum yang Dipengerusikan oleh Pensyarah kanan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM),Dr Ridhuan Tee Abdullah membariskan ahli panel Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat),Ustaz Ismail Mina,Presiden ISIS,Dr Yusri Mohamad,Presiden Jalur Tiga (Jati),Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dan Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Yang Juga Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu,Datuk Zulkifli Nordin.Forum Ini Diadakan Di Kelab Sultan Sulaiman,Kampung Baru,Kuala Lumpur

Maklumat Lanjut Layari
http:://klpos.com

20121109 Izzah lebih hina dari pelacur chow kit

Posted: 10 Nov 2012 12:59 AM PST

20121110 Wacana kembalikan PAS ke landasan asal berjaya

Posted: 10 Nov 2012 12:56 AM PST

20121110 Pemimpin flip-flop dasar negara Islam.avi

Posted: 10 Nov 2012 12:51 AM PST

Namewee buat hal lagiii tentang AES..Habis semua orang dia maki

Posted: 10 Nov 2012 12:43 AM PST

Projek Fasa 1 Persimpangan Bertingkat Alor Pongsu Siap April 2013

Posted: 10 Nov 2012 12:08 AM PST

NGO Taiping buat Repot terhadap Nurul Izzah

Posted: 09 Nov 2012 11:17 PM PST

PPLM di hadapan IPD Taiping
Taiping - 10 Nov 2012 Pada jam 1130 tadi satu laporan polis telah dibuat di IPD Taiping terhadap kenyataan Nurul Izzah dalam forum Islamic state di sebuah gereja di Shah Alam yang pada 3 November lepas. Laporan atau repot telah dibuat oleh Pertubuhan Panji Langkasuka Malaysia (PPLM) yg d ketuai oleh Shahizan bin Sudin - Presiden PPLM
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Projek Tebatan Banjir Di Daerah Kerian Bermula Secara Berperingkat

Posted: 09 Nov 2012 08:24 PM PST

Perak BN Youth Distribute fliers Campaign 'Perak Job & Career Fair 2012...

Posted: 09 Nov 2012 08:20 PM PST

Bukti Sudah Ada, Kenapa Nurul Izzah Masih Berdolak Dalih Ahmad Maslan

Posted: 09 Nov 2012 08:13 PM PST

Published on Nov 9, 2012 by ThePerakToday
"Bukti transkrip hitam putih ucapan serta video kenyataan menyokong Murtad Nurul Izzah sudah ada, dia nak berdolak dalik apa lagi"

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan menggesa supaya Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar tidak berdolak dalik dalam menangani kontroversi yang dicetuskannya sendiri.

Beliau menambah, pemimpin tertinggi PKR itu sepatutnya sedar bahawa beliau telah melakukan satu kesalahan yang besar dari kenyataan yang seolah-olah menyokong aktiviti kebebasan beragama di negara ini.

Katanya, kenyataan yang telah dikeluarkan Nurul Izzah sebelum ini sudah cukup jelas serta mempunyai pelbagai bukti kukuh.

BN tak tahu bangunkan Brickfields, PKR tak kutuk dan Fitnah orang, betul ker

Posted: 09 Nov 2012 08:07 PM PST

Nik Aziz Tolak Melayu dan Kebangsaan

Posted: 09 Nov 2012 07:40 PM PST

MELAYU WAJIP SOKONG PAS !!! FATWA BARU KEEE ???

Posted: 09 Nov 2012 07:14 PM PST



Saya tertarik dengan gambar pelik ini di mana sepanduk di Simpang 4 Binjai, Kubang Kerian menghala ke Kota Jembal ditulis "Melayu Wajib Sokong PAS".

Saya pun hairan kenapa PAS boleh keluarkan "fatwa" mewajibkan dalam hal mengundi. Perkara hukum ini jangan dibuat main kerana ia berkaitan dengan Mukhallaf itu sendiri sebab kalau seseorang itu mengaji
usul fekah berkenaan bab hukum taklifi diterangkan dalamnya hukum wajib ialah kaedah tuntutan syarak ke atas mukallaf supaya melakukan sesuatu perbuatan dengan tuntutan pasti (jazmun).

Sekiranya tidak dilaksanakan, dia akan berdosa. Jika dilaksanakan mendapat pahala. Contohnya solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat dan lain-lain. Lagi satu, sejak bila puak-puak ini mementingkan Melayu?

sumber - facebook

Bgn Serai dan Parit Buntar Perlukan Kerajaan Barisan Nasional

Posted: 09 Nov 2012 06:04 AM PST




Projek tebatan banjir secara menyeluruh di kawasan Daerah Kerian sudah dilaksanakan secara berperingkat-peringkat membabitkan peruntukan kerajaan Pusat berjumlah RM350 juta.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata kerajaan Pusat meluluskan peruntukan RM47O juta untuk projek tebatan banjir membabitkan tiga negeri bersempadan iaitu Perak, Kedah dan Pulau Pinang.

"Ketika ini, projek tebatan banjir di Perak yang membabitkan kos RM350 juta sudah dilaksanakan secara berperingkat dan sebahagian lagi diagihkan untuk projek sama di negeri bersempadan iaitu Kedah dan Pulau Pinang.

"Bagi mengelak masalah berulang lagi di masa depan, kita telah mengarahkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri menyediakan pelan tebatan banjir secara menyeluruh di Daerah Kerian," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pagi Bersama Menteri Besar dan Perasmian Kursus Kepimpinan Pekida negeri Perak di Semanggol, pagi tadi.

Dalam perkembangan berkaitan, Zambry berkata, walaupun banjir masih belum berlaku di daerah berkenaan, kerajaan negeri sudah mengarahkan Majlis Keselamatan Negeri (MKN) bersiap-sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Persiapan katanya, perlu dilaksanakan di setiap daerah di negeri Perak di mana Pegawai Daerah akan mengetuai jawatankuasa berkenaan.

"Selain menyalurkan keperluan harian seperti makanan dan tilam kepada mangsa banjir, saya juga mengarahkan pihak MKN supaya melihat sama keperluan mangsa selepas banjir surut.

"Kita mahu bantuan dari segenap aspek disalurkan kepada mangsa banjir bukan semata-mata dengan memberi RM100 atau RM200 kepada mangsa banjir," katanya lagi.

Mengulas banjir di Perak, Zambry berkata, seramai 7O keluarga masih ditempatkan dua pusat pemindahan banjir di Daerah Hilir Perak iaitu di Chikus dan Changkat Jong.

"Kejadian banjir tahun ini bermula di Hilir Perak apabila hujan lebat turun di kawasan berkenaan.

"Kita di pihak kerajaan negeri juga sudah meminta MKN memantau kebajikan mangsa banjir yang terbabit dari hari pertama sehingga ke hari ini," tambahnya lagi.

Sahabat-Gunung

Posted: 10 Nov 2012 01:55 AM PST

Sahabat-Gunung


Rafizi Tak Tahu Malu - Noh Omar

Posted: 09 Nov 2012 06:00 PM PST


Sumber: Sinar Harian

Anugerah Skrin: Apa Anugerah Paling Sesuai Buat Minah Nie .....?

Posted: 09 Nov 2012 07:55 AM PST



Sambil-sambil buat kerja tu, mata tertengok-tengok gak `lawak ganas' Anugerah Skrin kat TV3 ….

Pun sambil layan FB sambil nak siapkan 1Pemuda nie …. Ada satu pic yang menarik dari wall Anti DAP Club ….

Mungkin minah nie boleh kita anugerahkan `Ustazah Mee Maggie Cap Ayam' ….

Boleh tahan gak dia main mata dengan mamat kat sebelah dier tu … sape yea … apapun, Selamat Berjaya buat sahabat lama, Ostazah Abby Abadi….  

Rafizi Nie Bengong, Perasan & Tak Sabar Nak Jadi YB …..

Posted: 09 Nov 2012 06:55 AM PST

Noh Omar sendiri terpaksa menunggu sehingga 40 minit untuk membuat sidang media
kerana tempat itu dimonopoli oleh Rafizi


Kelakarlah dengan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli nie …. Bukan main bengang dier sebab selepas nie selagi dia tak menang atau jadi YB (Ahli Parlimen) dia tidak lagi akan berpeluang menggunakan ruang sidang media Ahli Parlimen di Dewan Rakyat …..

Ini kerana Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia baru-baru nie membuat larangan penggunaan sudut sidang media di lobi Parlimen oleh mereka yang bukan Ahli Parlimen.

Larangan lisan tersebut berkuat kuasa serta merta kerana tidak mahu sudut bertulisan 'Parlimen Malaysia Sidang Media' disalahguna oleh mereka yang bukan Ahli Parlimen.

Dier nie bukannya apa… benganglah sebab kalau buat kat tempat lain, dia susah nak dapat liputan yang meluas …. Kalau takat buat kat Ibu Pejabat PKR, hanya MalaysiaKini dan Malaysian Insider sahajalah selain beberapa akhbar berbahasa Cina sahaja yang akan buat liputan …..

Mana tak kawan-kawan wartawan bengang, kalau mamat jambu nie buat sidang media kat Lobi Parlimen, bukannya sidang media tetapi dia buat Ceramah Terbuka….

Noh Omar, salah seorang ahli parlimen dan Menteri yang terkena dengan karenah pelik mamat jambu nie …. Baru-baru nie Noh terpaksa menunggu sehingga 45 minit sebelum dapat membuat PC, hanya kerana Ceramah Terbuka yang dibuat mamat jambu nie …..

Aspirasi Bangsa

Posted: 10 Nov 2012 01:33 AM PST

Aspirasi Bangsa


Nik Aziz : kenyataan Nurul Izzah salah dan mencemar Islam

Posted: 09 Nov 2012 05:30 PM PST

The Unspinners

Posted: 09 Nov 2012 11:53 PM PST

The Unspinners


Nurul buang ajer tudung dan sertai k-pop

Posted: 09 Nov 2012 08:00 PM PST

Khalid pasti ''cover-up' Nurul macam DUMC

Posted: 09 Nov 2012 05:18 PM PST

Wacana PAS anti Nurul esok pagi

Posted: 09 Nov 2012 07:26 AM PST

Nurul share Father's liberalism and plural Islam view

Posted: 09 Nov 2012 04:30 AM PST

Punai Tantawwi ditelan Nurul

Posted: 08 Nov 2012 05:30 PM PST

sekupangdua

Posted: 09 Nov 2012 11:44 PM PST

sekupangdua


TODI BATTERY : BUNUH DIRI TAPI TAK KENCING RAKYAT!

Posted: 09 Nov 2012 11:16 PM PST

Rajan... Mari Kuat dan lentok giller..
Try cara Baru... Todi haram yang murah hanya RM 1.50 dicampor @ Cam cara baru yang boleh bagi high lebih dan Mari Kuat. Formula baru dijumpai nampaknya diminati ramai yang kaki stim... jangan terkejut kalu makin laris Battery Jam (saiz Kecil) atau kakulator yang bersaiz bulat digunakan sebagaimana fungsi Ragi dalam tapai... 

Tak susah cari stock, kalau ke Pasar malam cuma perlu dengar 'Satu Barang 2 Ringgit' battery jenis ni memang murah dan senang didapati, sepapan ada 8 atau10 biji batteri nie. Formula baru nie lebih canggih, cuma perlu peramkan 3 atau 4 biji jer dalam todi aram tadi yang boleh dibeli di kebanyakan kedai runcit yang dipunyai oleh kiatsu yang punya lesen menjual arak maut dengan mudah, untuk stim sebegini tak perlu berbelanja besar... RM 3 sudah cukup boleh bagi Mari Kuat kepada sesapa yang meneguk todi Battery nie

Dalam pendedahan sebuah akhbar tempatan nie nampaknya teman agak heran dan terfikir bagaimana Rajan 38th (yang ditemu ramah oleh pemberita) bercakap secara jujur sekali pun kerja sebegini jauh dari tatacara atau akal manusia, nampaknya semacam menempah maut pulak jadinya. kumar juga tak segan silu dengan berterus terang mengatakan formula ini didapati dari tuknya yang juga tegar sebagai kaki Arak

Malah siap menceritakan kesannya bila Mari Kuat! menurutnya lagi dengan peramkan battery kedalam todi ni membolehkan arak itu akan lebih pekat dan lebih TAJAM, tambahnya lagi kalau minum sikit boleh jadi ubat untuk tenaga bertambah kuat, sebaliknya kalau berlebihan bakal menjadikan High atau Mari Kuat. 
Formula baru ini nampaknya menjadikan ada group yang mula mengamalkan teori baru nie, kebanyakan nya penjaga Pakir terutama di sekitar Gerbang Malam yang mahsyur sebagai satu tempat pelancongan serta syurga membeli belah dengan harga murah pada waktu malam. mereka juga dilihat berkumpul di sebuah permis ynag menjual arak di Jalan Dato Onn Jafar untuk dapatkan stock Todi Battery nie

Satu ketika formula mengarut utk cam todi nie dengan baja urea, racun serangga dan menthanol bagi menambah perisa kepada yang meminumnya, kini formula nie telah ditinggalkan oleh penagih samsu nie kebanyakannya apabila banyak yang mati mengejut
Rajan juga dengan berani mengakui tabiat ini juga memudaratkan penglihatannya yang kini makin kabur dan sering mendapat sakit kepala kebelakangan ini. 

Seorang Lagi penagih Todi Battery nie yang dikenali dengan panggilan Joe 28, mengakui todi murah yang ada 10 jenis atau jenama mudah didapati bukan saja kedai runcit malah dikedai-kedai ubat Cina teruamanya. Joe pula berbeza pendapat, sebaliknya berkata 'sejak minum arak nie saya lansung tak kena sakit' jimat jugak sebulan saya hanya berbelanja RM 300 sahaja, dan setiap hari saya minum 5 hingga 10 botol 

Bagaimana pun kumpulan mari kuat yang menjadikan kedai Arak di Jalan Dato Onn Jafar tersebut makin ramai join The Geng Maut nie, nampaknya mendapat perhatian kutu rayau, penagih dan warga emas yang join the group. dema pakat beramai-ramai yam seng Todi Battery nie sehingga Mari Kuat @ stim Giller, masa tengah stim memang banyak benda berlaku termasuk dema akan KENCING merata-rata diatas jalan dengan selamba, perlakuan begini dah jadi kebiasaan, lagi pun mana dema sedor sebab tengah High @ mari Kuat

Apa pun sekali... jijiknya perbutan nie sehingga tak sedar kencing ditengah-tengah Public, teman tetap respek pada dema, bukan perbutan minum todi Battery tersebut tapi pengakuan Jujur yang dema katakan sekalipun tanggapan masyarakat sebagai mayat hidup serta sampah masyarakat. sekalipun bahannya boleh menjadikan Hati Rosak dan Otak Kecut sebagaimana kata pakar Neurologi Hospital Pakar Ipoh Dato' Dr zakaria.

Sekalipun Mayat hidup Kami Tak usik Orang, kami tak kencing orang, kami bukan YB kencing Orang... hehehe Nampaknya dema ni lagi jujur dari anak beranak yang gila kuasa kencing rakyat merata-rata, tak mengaku sekalipun mulut menyebut kebebasan Beragama, cepat anak beina belajor dari bapak yang suka kencing merata... tak mengaku sebaliknya putar alam selagi boleh, kalu jem pulak pakt tuduh UMNO puncanya, sampaikan berak susah sebab buasir pun UMNO pun salah, boleh ker komer bayangkan macamana anak pompuannya yang kencing merata, bapaknya pulak bukan setakat kencing tapi pancut terus siap boleh tengok full version atau episod...Balun Made In China!

Hehehehe... komer jangan otak hijau macam Parti Ajaran Sesat yop, jangan macam-macam yop! bukan tak ada yang kona tu, hehehe ada ler yang tengah tunggu dan berharap tengok Video macam Membalun Made In China kot, ishhh bapak jer udah ler, tak kan anak pompuan pulak? hishhh otak Kuning BERSIH ler komer nie!!!  

PENGHINA ISLAM PULAK TUMPANG SEKAKI NURUL! PAS HIANG BALLS!!!

Posted: 09 Nov 2012 05:04 AM PST


Pass Bagai hiang telor, makin kuat jadi tikus mondok! kesah CSL diungkit utk dapat simpati pengundi pun buat dema makin kelu, apa tidaknya konon selar CSL sebaliknya CSL cabar pas masukan HUDUD dalam menifesto dema terutama pakatan roket buat makin kuat meroyan PAS selepas MB Meroyan yang jadi dummy utk menjual agama...

Kisah Nurul masih belum reda tetiba penghina islam nie muncul menyokong gamaknya utk balas dendam pada apa yg dia sebelum nie di kecam oleh umat islam disini, dulu dia tapi sekarang nie Nurul, jadi apa sekalipun dia cuma mengiyakan jer, Nurul yang buat statment tu, cukup jelas lansung dia tak hiraukan PAS yang sekarang nie nampaknya berjalan dengan muka diseret ke tembok. Jangan macam-macam yop! kalau nak selamat tunduk jer jangan angkat muka! kalau nak bagi Pak Pacak atau pak pandir meroyan sebagai MB lagi jangan banyak bunyi...

Isu sokong kebebasan agama ni bukan baru, kalau dulu ada yg kata manisnya muka awek nie tapi sekarang dah banyak yang muntah monggek bila terdengar nama nie disebut, bagaimana pun PAS tetap dan patut diberi kredit sebab menjadi Pencacai yang luar biasa. Kita tahu pelapis kepada Tuan Guru lansung tak pernah mahu diwujud atau di siap sediakan demi perjuangan utk Islam, sebaliknya hanya jadi tukang angguk yg tak akan angkat muka untuk Boss kafirun yang sebenarnya... toksah yang lantang yang oku pun dah cukup buat basah satu seluar bila kena tegur, jadi terbaik pakat ikut jer dan kuatkan angguk

Penghina Islam nie nampaknya cukup jelas lansung tak takut dengan PASSSS sebabnya dia tahu siapa tuan besar dalam pakatan roket, tang cacaian nie memang dah lama PAZZZZ sain maut dengan harapan di perak nie dapat peluang jadi MB lagi kot! 

Apapun jenis cerodik buah per lior ni akan setia mencacai, dea bukan tau dan lazimnya kaki angguk mana tau kaji sebalinya tahu tunduk dan angguk jer, tak ker dema nak perkatakan pekara 160(2) dalam perlembagaan yang dicapai semasa Merdekanya Malaysia hasil pejuang dulu yang menetapkan bahawa Bangsa Melayu mestilah Islam sebagai bumi, apa yg penghina islam ni buat adalah untuk memperlihatkan betapa mangkuknya PAS dan bertapa setianya dema bagai termakan nasi kangkang...

Hehehe... ater komer tak nak demo kat bangunan DAP ker pulak mintak Ngangeh ni buktikan dema amat percaya dengan Islam dengan telus, naper tak memeluk Islam kalau dah benor... tang yuran berkatan dema ni jangan risau on house ler teman boleh sponser... ater ada BALLS ke komer?

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 09 Nov 2012 11:28 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Demi @N_Izzah , chai fuckatan sanggup bunuh dan cencang sesama MUSLIM!!!

Posted: 09 Nov 2012 11:00 PM PST

 
 
Apa pendapat anda apabila melihat gambar di atas?!! Jangan kata ini gambar lama. Ianya adalah posting FB terkini chai-chai fuckatan apabila mereka semakin tersepit kerana anak pemimpin agung mereka menyokong penuh kebebasan untuk orang Islam/Melayu memilih agama apa yang mereka sukai.
 
Tidak percaya baca mesej yang ditulis di bawah gambar tersebut: "Kepada siapa duk melenting pasal Nurul Izzah, cuba lihat gambar pemimpin anda sekarang. Di mana tuh? Vertican City."
 
Sudahlah memfitnah, eja Vatican City pun salah. Nampak sangat kaki fitnah yang berotak dungu dan pemalas membuat kajian teliti.
 
Namun, seperti yang kita semua sedia maklum, tiada apa yang kita hendak pelikkan dengan perangai puak-puak fuckatan ini. Fitnah dan adu domba serta caci maki sudah menjadi makanan ruji harian mereka. Sehari tidak buat boleh jem otak dibuatnya.
 
Allah berfirman bermaksud: "Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya." (Surah Al-Baqarah: 191)
 
Persoalannya, apakah mereka kini terlalu terdesak mempertahankan kemusyrikan Nurul Izzah sehinggakan sanggup mencari dan mereka-reka dosa orang lain bagi mengHALALkan dosa pemimpin sendiri?!! Kes ini samalah juga jika anak mereka dibuktikan berzina, mereka menayangkan pula video zina orang lain sebagai senjata akhir untuk mempertahankan dosa yang telah dilakukan.
 
Ini juga merupakan salah satu ciri sifat-sifat assobiyah yang sering dilemparkan kepada UMNO dan BN. Nik Aziz sendiri kata punca PAS tidak mahu bersatu dengan UMNO kerana parti tersebut bersifat KEBANGSAAN atau dengan kata mudahnya mereka gelar ASSOBIYAH. Walhal, assobiyah itu bukanlah semata-mata merujuk kepada ketaksuban mengikut bangsa, bahkan ianya juga merupakan sikap berpuak-puak mengikut suku/kumpulan tertentu yang mengHALALkan apa sahaja perbuatan ahli kumpulan/suku, walaupun jelas terang-terangan melangkaui batasan akidah.
 
Butiran lanjut mengenai sikap assobiyah ini ada kami huraikan di artikel ini:
 

Berbalik semula kepada kisah gambar di atas, chai-chai fuckatan ini juga jelas sama ada mereka terlalu JUMUD (kerana tidak mahu melihat maklumat yang lain), mahupun tidak malu, apabila foto fitnah di atas sebenarnya merupakan FITNAH kitar semula yang telah pun dibuktikan tidak benar dan rekaan berniat jahat semata-mata!
 
 
Jadi, tidakkah kita semua merasa JIJIK untuk bersama-sama fuckatan lagi?!! Apa yang kita dapat pun selama ini daripada mereka setelah diberikan peluang untuk berkuasa di LIMA negeri?!! Janji manifesto dikhianati, Islam semakin tercela, akidah ummah diperkotak-katikkan, orang Melayu miskin semakin tertindas.
 
Seperti yang kami katakan sebelum ini, jika fuckatan mendapat bantuan penuh daripada rejim Zionis-US dalam kempen mereka untuk menawan Putrajaya, maka BN-UMNO pula sering mendapat pertolongan Allah SWT. Tidak percaya?!! Anda boleh lihat sendiri, ketika mana mereka baru sahaja mahu memperlekehkan UMNO kerana isu Hudud dan Chua Soi Lek, Allah SWT tunjukkan pula belang pemimpin Islam mereka sendiri.
 
Tidakkah kita semua mahu berfikir?!!  
 

Berita Yang Tak Keluar Di Harakah Atau Suara Keadilan

Posted: 09 Nov 2012 09:00 PM PST

Ucapan terima kasih dari jemaah Haji kepada YAB PM.

Dari akhbar Metro semalam

PAS sering menuduh UMNO dan Barisan Nasional tidak memperjuangkan Islam sebaliknya mereka mendabik dada dan mengaku bahawa merekalah pejuang Islam.

Jika mereka benar pejuang Islam, kenapa mereka diam apabila PKR dan DAP mahu tutup 1MDB yang memberi peluang kepada umat Islam untuk menunaikan haji?


Itulah perangai sebenar PAS yang menyokong DAP dan PKR secara membabi buta.

Santai Pagi : Kartun Realiti Di Lembah Klang.

Posted: 09 Nov 2012 05:01 PM PST

Cuba fahami mesej yang hendak disampaikan dalam kartun ini.


Mula-mula MyMassa pun susah nak faham, tapi bila baca betul-betul memang kartun ini amat sinis.

Di Lembah Kelang, kedai yang dimiliki oleh rakyat tempatan tetapi dipajak kepada warga asing makin meningkat hari demi hari.

Kenapa ini berlaku? Mungkin pembaca MyMassa ada jawapannya.

PANAS! Gereja NURUL IZZAH Berucap Sebar Dakyah Guna Bahasa Melayu!!!

Posted: 09 Nov 2012 07:00 AM PST

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Nurul Izzah dibuat di Gereja Full Gospel Tabernacle (FGT).


Apa yang mengejutkan adalah gereja ini secara terang-terangan berkhutbah menggunakan Bahasa Melayu!


Kenapa perlu berkhutbah dalam Bahasa Melayu?

Nak tahu cerita sebenar, sila ke blog ini : http://helenang.wordpress.com/2012/11/09/kes-nurul-latarbelakang-tuanrumah-gereja-evangelis-yang-penuh-kontroversi/

*Patutlah beria-ia buat forum macam ni, rupa-rupanya ia merupakan salah satu strategi GERAKAN KRISTIANISASI terancang.

Wajib Baca : Info Yang Perlu Rakyat Malaysia Tahu.

Posted: 09 Nov 2012 04:00 AM PST

Semalam mahkamah membenarkan LYNAS beroperasi.

MyMassa sokong keputusan mahkamah 100%. Adalah lebih baik pembaca MyMassa baca risalah ini supaya kita semua tahu fakta sebenar mengenai LYNAS.






*Sebar-sebarkan.

LYNAS: Pabila Orang Cina Tak Percaya Cerdik Pandai Cina Kerana Hasutan DAP.

Posted: 09 Nov 2012 02:00 AM PST

Berita dari Mstar:

Doktor Terkenal Di Kuantan Perjelaskan Tentang Radioaktif Lynas

KUANTAN: Seorang doktor terkemuka di Pahang menolak "pembohongan" berterusan disebarkan Pembangkang di kalangan penduduk tempatan tentang kebimbangan pelepasan radioaktif dari loji nadir bumi Lynas bernilai RM2.5 bilion yang siap dibina di sini baru-baru ini.


Beliau berkata, kempen anti-Lynas itu semata-mata bermotif politik untuk meraih undi dalam pilihan raya umum akan datang.

Datuk Dr Looi Hoong Wah, seorang doktor perunding yang telah memberi perhatian 40 tahun dalam perubatan nuklear dan fizik zarah, berkata aktivis anti-Lynas berusaha mempengaruhi pemikiran rakyat di sini sejak dua tahun lepas walaupun hakikatnya "tidak wujud langsung sisa radiasi atau sebarang sisa toksik' dari loji itu.

Keselamatan Lynas disahkan oleh enam badan bebas, termasuk Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) PBB, badan tertinggi dunia mengenai tenaga atom.


"Bahan yang mereka bawa tidak ada apa kecuali minyak nadir bumi mengandungi cebisan lemah radioaktif thorium 232. Ia merupakan bahan radioaktif yang cukup lemah dan mempunyai jangka hayat amat panjang puluhan bilion tahun.

"Dan dengan semua ini kumpulan anti-Lynas kata...oh cucu cicit kita akan menderita selama 14 bilion tahun. Ini semua karut," kata beliau.

Dr Looi berkata, jika seseorang melihat separuh hayat bahan radioaktif (masa diperlukan bagi sesuatu kuantiti menurun kepada separuh daripada nilainya), lebih lama separuh hayat itu, semakin kurang pula bahayanya.

"Misalnya, jika separuh bahagian rumah terbakar dalam 14 bilion tahun, adakah ia menimbulkan sebarang masalah? Tidak, ini kerana terdapat hanya secebis api, sedangkan jika ia terbakar dalam masa 40 minit, maka ramai orang yang terbunuh atau cedera.

"Begitu juga dengan plumbum, yang kita gunakan dalam bateri kereta kita. Ia juga mempunyai separuh jangka hayat yang lama 19 bilion tahun. Oleh kerana ia mempunyai separuh hayat yang panjang, ia sebenarnya bersifat 'non-radioaktif' bila anda gunakannya pada kereta. Jadi thorium amat lemah dari segi radioaktif," katanya kepada Bernama pada satu temu bual.

Ditanya bagaimana beliau berminat terhadap sains nuklear dan fizik zarah, Dr Looi berkata minat timbul ketika beliau seorang pelajar perubatan di Manchester kira-kira 40 tahun lalu oleh kerana seorang daripada tutornya ialah ahli fizik nuklear.

Beliau juga pernah meletakkan thorium di tangannya tanpa sebarang kesan sampingan hingga hari ini kerana thorium, bila dilepaskan keluar berhubung dengan elektron bagi menghasilkan gas helium, seperti yang digunakan bagi meniup belon, ia langsung tidak berbahaya.

"Thorium 232 atau produk sisa mengeluarkan hanya cebisan elektron, yang merupakan bahan elektrik. Ia tidak menimbulkan sebarang masalah. Anda dapati radiasi Lynas, sebaik saja anda di luar sempadan loji itu, radiasinya sifar. Tidak ada alat di bumi ini yang begitu sensitif untuk dapat mengesannya," kata beliau.

Dr Looi berkata, maklumat salah mengenai Lynas berdasarkan anggapan karut kerana pada badan manusia pun ada radioaktiviti akibat potassium, yang doktor beri kepada pesakit bagi mengawal pengambilan garam dalam kes hypertensi dan kes-kes lain.

"Malahan pada badan kita, kita mempunyai kira-kira 4,400 becquerel (Bq)sementara sisa dan bijih Lynas mengandungi kurang daripada 6 Bq per gram. Ini sudah melebihi 124 kali dari jumlah pada situasi paling buruk di Lynas.

"Jadi mengapa bersungut mengenai sebuah Loji Lynas di Gebeng di sini sedangkan terdapat 124 loji Lynas dalam badan anda yang mengeluarkan radioaktif?"

Ditanya mengenai kesan terhadap pekerja, beliau berkata apa yang mungkin mereka dapat ialah kurang dari 20 peratus dos yang dibenarkan.

Dr Looi juga menyebut kata-kata Dr Nick Tsurikov, pakar radiasi antarabangsa, bahawa tidak ada langsung risiko radiasi di Loji Lynas.

Beliau berkata, penentang berhadap loji itu harus mengambil kira lebih daripada 1,000 pekerjaan berkualiti yang dipertaruhkan dan mereka ini adalah orang-orang yang mempunyai keluarga yang perlu diberi makan.

"Sebaik saja wujud sebuah loji nadir bumi, syarikat-syarikat (lain) akan datang, seperti Siemens (yang) bercadang datang dan menggunakan nadir bumi. Mereka akan mewujudkan beribu-ribu lagi pekerjaan hasil kesan limpahan," kata beliau.

Dr Looi merayu kepada pertubuhan bukan kerajaan dan Pembangkang supaya "bangkit" dan sedar bahawa loji Lynas membawa manfaat besar kepada negara.

"Anda boleh pengaruhi pemikiran rakyat untuk beberapa ketika, tetapi bukan untuk selamanya," kata beliau.

Sumber : http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/11/5/mstar_berita/20121105184627&sec=mstar_berita

Semalam mahkamah telah membenarkan Lynas beroperasi. Keputusan ini disambut oleh pekerja Lynas dengan penuh kesyukuran.


Isu Lynas telah lama dimainkan pembangkang. Ianya bermula sejak tahun 2008 lagi tetapi isu ini mula meletup bila gempa bumi berlaku di Jepun dan reaktor nuklearnya bocor pada tahun 2011.

Walaupun telah memanipulasikan isu ini sejak tahun 2008 (sudah 4 tahun), namun tiada seorang pakar nuklear pun yang dapat dikemukakan oleh golongan penentang Lynas ini. Yang lebih menyedihkan adalah kebebalan anti Lynas ini menyamakan Lynas dengan reaktor nuklear di Jepun. Untuk makluman, Lynas di Pahang hanya kilang, bukannya reaktor nuklear seperti mana yang disebarkan oleh pembangkang.

Kesian MyMassa dengan orang Cina yang menyokong Lynas. Mereka sanggup percaya pembohongan ahli politik tetapi menolak penjelasan pakar seperti Datuk Dr Looi Hoong Wah.

Gambar dari blog Apanama2020

Mungkin mereka terlalu 'pandai' sehingga boleh ditipu oleh orang yang pandai membohong seperti pemimpin DAP dan PKR.

* Otak orang-orang macam ni sebenarnya sudah lama TERCEMAR dengan dakyah DAP dan PKR.

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 09 Nov 2012 11:19 PM PST

DARUL EHSAN TODAY


Allah Bukan Hanya Bodohkan Tapi Butakan Mata Hadi Awang...

Posted: 09 Nov 2012 05:00 AM PST

Ceramah paling bangang yang keluar dari mulut persiden pas, katanya, " malaysia sebuah negara yang mundur dari segi pembangunan dan tidak ada perubahan yang positif sejak di perintah oleh bn, malah malaysia tidak langsung di ambil menjadi contoh oleh negara lain"

Tahulah aku selama ini hadi awang duduk di kenya, sampaikan perubahan pesat negara selama ini langsung dia tak tau....

Alhamdulilah... kebodohan presiden pas kini teserlah, rakyat melihat kebodohan itu....

Mampos PAS Mamposs.... PAS Buat Ceramah Dalam Tokong Cina

Posted: 09 Nov 2012 01:36 AM PST

YDP Pas slim river cukup berbesar hati di beri peluang berceramah dalam tokong cina... takat tokong cina ape nak heran yop, khalid samad ydp pas shah alam boleh berceramah dalam gereja, lagi style.

Belantan

Posted: 09 Nov 2012 11:17 PM PST

Belantan


Antara Soi Lek, DAP dan hukum hudud?

Posted: 09 Nov 2012 08:04 PM PST



Selama ini pakatan pembangkang yang dianggotai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas sememangnya memahami hukum hudud adalah isu yang dilihat sering menggugat kerjasama mereka.

Sikap Pas yang sering bercakap soal hukum hudud setiap kali menjelang pilihan raya telah meletakkan DAP dalam keadaan serba salah.

Walaupun DAP memahami Pas tidak ada kekuatan untuk melawan penentangan parti itu terhadap hukum hudud namun mereka tetap resah kerana isu berkenaan boleh mewujudkan persepsi bahawa pakatan pembangkang tidak sepakat.

Bagi pemimpin-pemimpin Pas pula, mereka ingin menunjukkan kepada orang Melayu kononnya mereka tetap memperjuangkan hukum itu. Oleh itu, walaupun mereka menyedari perjuangan berkenaan tidak akan ke mana kerana penentangan DAP namun mereka cuba bersandiwara kononnya pelaksanaan hukum hudud tetap menjadi matlamat perjuangan mereka.

PKR pula sememangnya tidak akan menyebelahi Pas dalam soal hukum hudud namun begitu mereka tetap resah melihat polemik antara Pas dan DAP. Oleh itu, sama ada DAP, PKR mahupun Pas mereka harus mencari helah supaya dapat memalingkan perhatian rakyat terhadap perbezaan pandangan mereka tentang hukum hudud.

'Misi' mereka hampir berjaya apabila Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek bercakap mengenai hukum hudud. Pakatan pembangkang cuba menggambarkan beliau menghina Islam.

Berikutan itu wujudlah keberanian luar biasa dalam kalangan pemimpin Pas dan pemimpin Melayu PKR apabila mereka membantah kenyataan Soi Lek mengenai hukum hudud versi Pas.

Hakikatnya, kenyataan Soi Lek sudah diputar belitkan dan diberikan gambaran yang salah, Soi Lek tidak pernah menentang hukum hudud sebaliknya beliau sebelum ini sudah berkali-kali meminta DAP menyatakan pendirian mengenai hukum hudud versi Pas.

Tetapi pemimpin-pemimpin Pas dan pemimpin Melayu PKR cuba mengalihkan isu mengenai penentangan DAP dengan menunjukkan kononnya MCA juga menentang hukum hudud.

Kalau benar pemimpin-pemimpin Pas dan pemimpin Melayu PKR marah dengan kenyataan Soi Lek kenapakah layanan yang sama tidak diberikan terhadap kenyataan pemimpin-pemimpin DAP.


Apakah kerana DAP adalah 'taiko' dalam pakatan pembangkang maka pemimpin-pemimpin Pas khususnya tidak berani berkata apa-apa. Berbanding dengan DAP, MCA jauh lebih terbuka dalam isu hukum hudud, mereka bersedia mendengar penerangan berhubung perkara berkenaan.

Tetapi persoalannya, apakah pemimpin-pemimpin DAP bersedia berbuat demikian. Selain itu, kita perlu menerima hakikat apa yang berlaku sekarang adalah kerana kesilapan Pas sendiri yang bercakap hukum hudud secara bermusim.

Akibatnya ia mewujudkan persepsi bahawa hukum hudud hanya menjadi alat politik dan bukannya hendak dilaksanakan secara bersungguh-sungguh oleh Pas.

Apatah lagi sehingga ke hari ini Pas masih belum mampu membuat penjelasan mengenai kekeliruan yang wujud dalam hukum hudud versi mereka.

Justeru tidak payahlah pakatan pembangkang hendak mengheret MCA dalam polemik mereka. Terimalah hakikat bahawa DAP sama sekali tidak boleh menerima hukum hudud versi Pas dan PKR tidak akan menyokong Pas melaksanakan hukum hudud.

Sejarah politik negara sudah membuktikan keikhlasan MCA bersama komponen Barisan Nasional (BN) dalam membangunkan negara ini termasuk dalam perkembangan Islam.

Selama ini MCA tidak pernah menghalang apa juga perkara berkaitan Islam yang hendak dilaksanakan oleh kerajaan, oleh itu apabila ada tuduhan Soi Lek dan MCA menghina Islam, jelaslah ia tuduhan bermotifkan politik dan bagi mengalihkan isu terhadap apa yang berlaku dalam pakatan pembangkang.

Cuba kita bertanya sejak MCA, Gerakan dan MIC berkawan dengan UMNO pernahkah kita mendengar berlaku keadaan di mana bacaan kitab suci al-Quran tidak boleh dipasang melalui pembesar suara di masjid-masjid ketika subuh. Tetapi lihatlah apa yang berlaku di Pulau Pinang sekarang.

Selain itu berbanding pemimpin-pemimpin MCA tindakan sesetengah pemimpin DAP kadang kala lebih banyak menyinggung perasaan umat Islam. Keadaan itu berlaku kerana MCA jauh lebih berpengalaman dalam bersahabat dengan parti-parti yang mempunyai ramai umat Islam.


Justeru adalah mustahil untuk mana-mana pemimpin MCA melakukan tindakan menghina Islam seperti mana dakwaan pakatan pembangkang terhadap Soi Lek.

Oleh itu adalah diharapkan umat Islam tidak akan terpengaruh dengan dakyah terbaru pembangkang ini yang ternyata semakin ketandusan idea dan modal dalam menghadapi pilihan raya.

Pembangkang terutamanya Pas amat memahami mereka tidak ada jawapan terhadap penentangan DAP terhadap hukum hudud, oleh itu mereka ingin tunjukkan kononnya DAP sudah boleh menerima perjuangan mereka dan sekarang MCA pula yang menentang.

Apa yang paling malang mereka cuba menggambarkan bahawa suara MCA itu suara UMNO demikianlah terdesaknya Pas dalam usaha mereka meraih undi dan sokongan untuk pakatan pembangkang.

Namun begitu jika sesiapa juga yang mengkaji sikap dan tindak tanduk Soi Lek dan MCA selama ini, mereka pasti memahami kedudukan sebenar. Mereka tidak akan terpedaya dengan dakyah pembangkang yang berusaha untuk melakukan apa sahaja bagi menyakinkan rakyat kononnya mereka sepakat.

Jika benar Pas yakin bahawa DAP tidak lagi menentang hukum hudud versi mereka seperti mana dilakukan oleh MCA maka adalah wajar jika Pas mendesak supaya hukum hudud itu dimasukkan ke dalam buku jingga pakatan pembangkang. Melalui cara itu barulah rakyat akan yakin bahawa Pas benar-benar bersungguh-sungguh untuk melaksanakan hukum hudud dan DAP pula sudah menerima hukum berkenaan.

Jika Pas tidak berupaya melakukan demikian, tidak payahlah cuba menunjukkan keberanian tidak bertempat terhadap MCA tetapi dalam masa sama tidak ubah hanya menjadi pak turut kepada PKR dan DAP dalam pakatan pembangkang.

Selain itu tidak payahlah hendak memperbodohkan rakyat khususnya orang Melayu kononnya UMNO menentang hukum hudud.

Seperti mana sudah diperjelaskan berkali-kali tiada mana-mana pun umat Islam yang akan menentang hukum hudud yang ditetapkan oleh Allah SWT.

Tetapi kita sama sekali tidak akan bersetuju dengan hukum hudud yang dijadikan modal politik dan dilakukan secara berpilih-pilih sehingga mengwujudkan persepsi hukum Islam itu tidak adil. Itulah sebenarnya yang cuba dielakkan oleh UMNO.

Apa pun terserahlah kepada mana-mana pihak untuk melihat isu kenyataan Soi Lek itu dengan kebijaksanaan dan pertimbangan yang waras. Apa yang pasti semua orang tahu siapakah yang benar-benar menentang hukum hudud dulu, kini dan selamanya.

Suara Politik
Belantan

Antara isu 'melayu boleh murtad' Nurul Izzah dan 'bapak kafir' Nik Aziz?

Posted: 09 Nov 2012 07:53 AM PST



Sekalipun mengakui bahawa Nurul Izzah Anwar mungkin telah mengeluarkan kenyataan yang 'celaru', tetapi Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih mempertahankannya dan menyifatkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak bernasib baik kerana berada di pihak pembangkang.

Nik Abdul Aziz berkata, pelbagai pihak sengaja memburukkan dan memberi maklum balas keterlaluan ke atas Nurul Izzah seumpama bunyi bising kuat daripada 'meriam buluh dan meriam besi' walaupun anak Ketua Pembangkang itu hanya menyuarakan sedikit pandangan.

Beliau turut membandingkan kesnya sebelum ini yang didakwa 'bapa kafir' oleh seorang bekas Ketua Polis Negara tetapi tidak pula mendapat sorotan media kerana tuduhan itu mengena ke atas seorang pimpinan pembangkang.

"Kebelakangan ini bising pasal (kenyataan) Nurul Izzah, kesnya sebab apa? Sebabnya dia pembangkang, kalau dia bukan pembangkang pasti tidak mengapa.

"Bekas Ketua Polis pernah kata saya bapa kafir tetapi semua senyap belaka, sebabnya dia menuduh Nik Aziz yang merupakan pembangkang, jadi kata apa pun surat khabar senyap, radio senyap.

"Tetapi apabila Nurul Izzah buat keluar sedikit kenyataan, walaupun kenyataan dia boleh jadi celaru sungguh, tetapi geger gegok (amat riuh) lebih daripada meriam buluh, meriam besi," katanya semasa menyampaikan kuliah di hadapan Pejabat Badan Perhubungan Pas negeri di sini hari ini.

Suara Politik
Belantan

Membongkar perangai Pok Nik @ Nik Aziz?

Posted: 09 Nov 2012 02:31 AM PST



Pada suatu ketika dulu, semasa menjelang dan selepas PRU-10 (tahun 1999), Nik Aziz Nik Mat mencabar Perdana Menteri ketika itu Tun Mahathir Mohamad supaya meletakkan jawatan Perdana Menteri kerana didakwanya Mahathir sudah tua dan nyanyuk, sentiasa uzur.

Nik Aziz kata lagi, jika Mahathir letak jawatan pada hari ini, esok ambo (saya) pula letak jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan. Sila baca di sini.

Mahathir telah letak jawatan pada tahun 2003. Hingga ke hari ini pun, sudah lebih 9 tahun Mahathir letak jawatan, Nik Aziz masih belum letak jawatan lagi walaupun sudah tua dan nyanyuk seperti apa yang dia pernah kata kepada Mahathir dahulu.

Ada ulama-ulama berpendapat, di antara orang-orang fasik ialah orang- orang yang suka berjanji tetapi tidak suka menunaikannya, atau sanggup memegang amanah tetapi tidak berpegang kepada amanah itu.

Sebenarnya ajaran agama yang boleh dikategorikan sebagai sesat yang dibawa oleh penceramah dan penyokong Pas ialah dikatakan jika orang-orang itu mati dalam UMNO maka dia akan dimasukkan ke neraka. Jika orang-orang kita mati dalam Pas akan dimasukkan ke syurga.

Bab mati ini, harap-harap kita akan mati dalam Islam sahajalah, dan mati dalam keadaan beriman kepada Allah SWT. Sesetengah Mat Rempit pun ada berkata bahawa mereka juga akan dimasukkan ke syurga jika mati kemalangan semasa merempit kerana 'mati di jalan yang lurus'.

Dalam al-Quran ada ayat menyuruh kita berbuat baik, jangan berbuat jahat dan terus beribadat kepada Allah. Dalam al-Quran juga ada ayat menyuruh kita berlumba-lumbalah membuat kebaikan.

Setelah berakhirnya PRU DUN Sarawak Ke-10 pada 16 April 2011 yang lalu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali telah mengeluarkan kenyataan sombong bahawa BN kehilangan banyak kerusi DUN di Sarawak.

Kenapa pula beliau tidak sebut yang Pas langsung tidak menang apa-apa kerusi DUN? Sebelum itu ada seorang pemimpin Pas Sarawak berkata, penyertaan Pas dalam PRU DUN Sarawak adalah untuk berdakwah.

Pelik bunyinya! Namun orang Islam Sarawak menolak Pas secara baik. Tetapi Nik Aziz sakit hati dan mengeluarkan kenyataan "orang Sarawak bodoh pakai cawat". Dulu Nik Aziz ada berkata kepada orang di Tenang, Johor yang menolak Pas dalam PRK DUN N5 Tenang sebagai "orang Arab Jahiliah".

Nik Aziz sudah tua, sebaik-baiknya bercakaplah elok-elok sikit melambangkan kita ini ulama, berimej Islam yang tinggi melalui pakaian serban, berjubah dan berjanggut. Ini tidak, tua-tua pun mulut masih jahat dan sewajarnya malulah kepada generasi muda. Harap Nik Aziz boleh faham suara daripada tulisan orang muda ini.

Pada tahun 1990 selepas Nik Aziz mengangkat sumpah sebagai MB Kelantan, kenyataan pertama yang dikeluarkan oleh Nik Aziz ialah perempuan tidak boleh bekerja malam di Kelantan. Semua pemimpin Pas sokong. Sila baca di sini.

Persoalannya, bagaimana pihak hospital kerajaan atau klinik swasta yang semua doktor wanita atau jururawat wanita tidak bekerja malam untuk menghadapi ibu hendak beranak?

Adakah doktor lelaki atau pembantu hospital lelaki yang perlu ditugaskan menyambut kelahiran itu? Atau adakah kita meminta dan menyuruh ibu tersebut tunda beranak hingga ke pagi esok?

Selepas itu Nik Aziz kata perempuan cantik tak perlu kerja kerana perempuan cantik akan dilamar segera dan boleh berkahwin. Tetapi di pejabat MB, TMB, Exco-Exco semuanya terdiri daripada wanita-wanita cantik belaka.

Nik Aziz juga ada berkata bahawa orang perempuan tidak boleh jadi pemimpin tetapi hari ini dibolehkan pula. Ramai wanita di kalangan Muslimah Pas menjadi calon PRU atau PRK dan ada yang dilantik menjadi Exco Kerajaan Negeri Kelantan.

Dulu semasa mula-mula memerintah Kelantan, suara wanita adalah aurat! Maka mereka tidak dibenarkan menyertai Tilawah Al-Quran. Sekarang selepas 20 tahun dibenarkan pula dengan alasan mengatakan mereka mengambil masa yang lama untuk mendidik muslimah di Kelantan?

Hukum Islam atau Fatwa yang keluar daripada mulut Nik Aziz itu sentiasa berubah-ubah mengikut seleranya dan dengan itulah maka ramai orang berkata, Pas itu adalah sebuah parti politik yang membawa ajaran yang berubah-ubah.

Orang bukan Islam yang makan daging 'kz' 3 kali sehari dinobatkan sebagai Khalifah Umar Abdul Aziz. Tak logik langsung. Orang-orang UMNO punya satu kiblat dengannya dikatakan kafir kerana tidak menyokong partinya dan bermacam- macam lagi. Kita tidak boleh berpecah-belah dalam agama kerana ini memang ada larangan daripada Allah. Rujuk al-Quran Surah Al-An'Aam Ayat 159 dan ikrar kita di ayat seterusnya, Ayat 160 hingga 163.

Nik Aziz juga pernah berkata bahawa beliau tidak minta pun dilahirkan sebagai orang Melayu. Nik Aziz juga ada berkata bahawa Islam tolak kebangsaan. Kata-kata Nik Aziz itu seolah-olah dia menentang penciptaan Allah kepadanya. Dalam al-Quran ada satu surah bernama 'Pencipta' iaitu Surah Faatir. Surah Faatir Ayat 1 ada menerangkan penciptaan Allah. Adakah Nik Aziz tidak membaca al-Quran?

Adalah menjadi hak Allah untuk mencipta sesuatu. Allah cipta kita sebagai orang berbangsa Melayu, Jepun, Bugis dan bangsa-bangsa lain. Sila baca di sini.

Di Kelantan Nik Aziz sebagai MB, ada sebuah jabatan kerajaan negeri bernama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, adakah itu bukan kebangsaan. Di negeri sendiri pun ada unsur-unsur Kebangsaan. Seorang Exco baru Selangor daripada Pas pun memegang Exco yang ada kaitan dengan Kebangsaan.

Fikir-fikirkan lah...Wallahuallam!

Suara Politik
Belantan

Panglima Perang Cyber

Posted: 09 Nov 2012 11:14 PM PST

Panglima Perang Cyber


Rupanya Nik Aziz Antara Punca Pas 'Bercerai' Dengan BN Selain Dan Kes Skandal Balak Beliau 1978

Posted: 09 Nov 2012 05:46 PM PST




Utusan Malaysia 1 November 2012


Sent from my iPad

Pemuda PAS Kelantan Juga Tempelak Nurul Izzah - Petanda PAS Mula Insaf ?

Posted: 09 Nov 2012 05:34 PM PST

Utusan Malaysia 7.11.2012

Rupanya Pesuruhjaya Pas Juga Tidak Setuju Nurul Izzah Hurai Ayat La Ikroh Surah Baqarah

Posted: 09 Nov 2012 05:27 PM PST

Lynas: Auta politik mengatasi fakta saintifik?

Posted: 09 Nov 2012 04:01 PM PST

Chua Soi Lek Kata Jika... Cabar Pas Dap !

Posted: 09 Nov 2012 04:19 AM PST



ada berani ke depa nak buat cabaran yang dilontarkan?






Sent from Samsung Galaxy Note

Mesti Baca : BN Sedia Ubah Tsunami 2008 - Blog DS @Zahid_Hamidi

Posted: 09 Nov 2012 04:10 AM PST


Panglima baru membaca wawancara Naib Presiden UMNO YB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beberapa angka disebutkan seperti 19% 23 % dan 58 % yang tentunya hasil kajian beliau sendiri terhadap sikap pengundi Malaysia.

Untuk membaca wawancara yang dihasilkan wartawan Sinar Harian ini sila klik link di bawah.


http://ahmadzahidhamidi.wordpress.com/2012/11/08/wawancara-sinar-harian-bn-sedia-ubah-tsunami-2008/





Sent from Samsung Galaxy Note

Nampak Abby Abadi dan Anak Sokong 1Malaysia Perdana Menteri @NajibRazak

Posted: 09 Nov 2012 03:45 AM PST

Gambar di atas dari Instagram Abby Abadi.

kalau sokong maknanya dia sedar bahawa 1Malaysia ini penting untuk perpaduan negara.

jika Abby nak sokong parti mana pun tidak mengapa asal jangan terikut tindakan pihak yang mahu langgar undang-undang negara.

kita seronok melihat simbol 1Malaysia Abby dan anaknya ini. 

Harap dia dapat menjadi rasional dengan menyokong perkara baik Kerajaan kita.


Sent from Samsung Galaxy Note

Ahmad Maslan Bidas Nurul Izzah Binti Anwaribrahim Anak Wan Azizah

Posted: 09 Nov 2012 01:59 AM PST


Tulisan Hebat Zaini Hassan Terima Surat Peguam Dipaksa Berlutut Mohon Maaf Dedah Skandal PKNS - Tabik Spring Datuk !!!

Posted: 09 Nov 2012 01:54 AM PST


Berdiri bulu roma saya membaca ketegasan penulis yang sudah lama makan asam garam dalam dunia penulisan dan media massa negara kita. Pernah bersua di Sepanggar beberapa minggu lalu namun tidak sempat bersapa kerana taraf beliau tidak sama seperti penulis picisan seperti panglima. Tulisan ini jelas lahir dari sanubari beliau sebagai seorang pejuang alif ba ta tanpa sebarang gentar di dada. Memang Datuk Zaini Hassan layak menduduki tempat di mana beliau berada. Bukan menjadi pencacai kepada sesiapa. Tetapi berjuang demi kebenaran demi kesejahteraaan bukan kepentingan peribadi atau mengejar ganjaran duniawi. Baca dan marilah kita jadi penulis hebat yang berintegriti tinggi seperti beliau. Jangan risau kami penulis maya ini akan menyokong beliau dengan segala apa yang kami ada demi memastikan tidak ada pengkhianat akan terus bertakhta dan menjarah segala hasil yang disimpan sejak sekian lama.



Gambar Datuk Zaini Hassan (kanan) bersama Datuk Seri Hassan Ali



Terima kasih PKNS di atas surat peguam anda...
Oleh Zaini Hassan

TERIMA KASIH Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kerana menghantar surat peguam di atas tulisan saya dalam kolum ini minggu lalu bertajuk: Jual aset PKNS: Sultan Selangor murka?

Saya menerima surat peguam daripada Tetuan S.N. Nair & Partners - secara kebetulan juga adalah peguam tegar kepada Anwar Ibrahim. Dia juga ialah peguam kepada Teresa Kok, yang juga salah seorang ahli lembaga pengarah PKNS.

Saya juga tidak pasti adakah Tetuan S.N. Nair sudah menjadi peguam panel PKNS? Kalau betul, baguslah.

Sebenarnya, saya menulis tulisan itu atas dasar yang cukup jelas demi agama, bangsa dan negara. Saya sudah mengenali PKNS sejak sekian lama. Saya sebati dengan semangat, jiwa dan roh perbadanan itu.

PKNS adalah sinonim dengan Melayu Selangor dan sebaliknya. Kebanyakan rumah murah mampu milik PKNS di Lembah Klang inilah tempat menghuni orang Melayu. Saya juga pernah membeli rumah PKNS.

Oleh itu, jika walau sedetik pun kedengaran sesuatu "yang mencurigakan" berlaku ke atas PKNS, maka kita akan bersuara, menjerit dan membuat bising. Ia adalah manifestasi kesayangan kita kepada PKNS, sebuah institusi yang diwujudkan berkat Dasar Ekonomi Baru, pasca 13 Mei 1969!

Dulu di zaman pentadbiran Dr. Khir Toyo, saya turut mengkritik hebat beliau akibat kemusnahan kawasan hutan simpanan Bukit Cahaya Seri Alam atau Bukit Cerakah. Walaupun beliau hampir hilang jawatan gara-gara pendedahan itu, Dr. Khir masih boleh menerima kesilapan dan membetulkan keadaan.

Tulisan saya mengenai PKNS ialah sebagai mengulas keresahan orang ramai, khususnya anak-anak Selangor - juga kakitangannya - yang sayangkan perbadanan itu. PKNS dianggap sebagai darah dan daging orang Melayu Selangor dan pendatang miskin ke Selangor.

Saya juga menulis di perenggan-perenggan terakhir yang cuba menasihatkan perbadanan itu supaya" ...PKNS jangan terlalu ghairah mengejar keuntungan (menjual aset) sehingga mengorbankan falsafah asalnya".

Saya juga berkata apa yang ditulis "itu hanyalah pendapat umum (rakyat Selangor dan kakitangan PKNS) yang dikutip oleh pacal yang hina ini".

Saya ada ramai kawan, sahabat di semua peringkat dalam PKNS. Semuanya menjadi saksi apa yang sedang berlaku sekarang.

Mereka ini adalah pejuang kepada semangat, jiwa dan roh PKNS yang diasaskan oleh pejuang Melayu terdahulu, Allahyarham Tan Sri (Datuk) Harun Idris.

Apakah salah jika kita semua menasihati PKNS? Apakah salah Noh Omar mendedahkan transaksi itu? Apakah salah saya mengulasnya?

Konon cakap kerajaan Pakatan mengamalkan kebebasan bersuara, benarkah? Apakah kita semua ini kelak, jika Pakatan memerintah, akan mengikut stail sebuah negara jiran pujaan DAP, yang akan menyaman sehingga bankrap para pengkritiknya?

Ekoran tulisan itu saya diminta PKNS untuk: Menarik balik beberapa perenggan yang dikatakan berunsur fitnah dengan segera, memohon maaf, dan berjanji tidak mengulangi tuduhan dan komen yang disebutkan dalam tulisan itu.

Melalui surat peguam itu, PKNS atau pun MB Khalid Ibrahim selaku pengerusinya, sudah tentu tidak mahu mereka dikritik atau dipantau lagi oleh kita semua.

Akhir kata, saya serahkan kepada tuan-tuan sekalian selaku pembaca - rakyat Selangor, rakyat Melayu yang pernah berlindung di bawah dasar PKNS dan kakitangan PKNS untuk membuat penilaian terhadap tulisan saya.

Saya hanyalah umpama lilin. Membakar diri sendiri, demi agama, bangsa dan negara tercinta ini!

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121107/re_06/Terima-kasih-PKNS-di-atas-surat-peguam-anda#ixzz2BiXrM461
© Utusan Melayu (M) Bhd

Pekerja LYNAS Baju Kuning Menangis Semalam Di Kuantan Penyokong PAS ?

Posted: 09 Nov 2012 01:40 AM PST


Semalam keputusan telah diperolehi. Sedih membaca berita perasaan pekerja LYNAS yang tertekan  hampir akibat tempat mereka mencari makan ditangguhkan beropeasi kerana ia dipolitikkan. Mereka orang Islam dan mereka berdoa bertakbir kerana merasa syukur kepada Allah atas keputusan tersebut. 

Mungkin juga mereka antara penyokong PAS. 

Malangnya orang PAS sendiri tidak menyedari kesedihan mereka hingga dicucuk hidung menurut langkah PKR DAP membantah projek yang selamat dan bakal membawa 1001 rahmat kepada rakyat Pahang dan Malaysia keseluruhannya. 

Baca berita di bawah :


Doa, air mata syukur iringi pekerja


KUANTAN 8 Nov. - Keputusan Mahkamah Tinggi di sini, yang membenarkan Lynas Advanced Material Plant (LAMP) beroperasi disambut dengan doa dan air mata kesyukuran oleh pekerja syarikat itu yang berhimpun di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuantan sejak awal pagi ini.

Kumpulan pekerja dan penyokong Lynas kira-kira 500 orang yang rata-ratanya beragama Islam itu turut berulang kali melaungkan takbir sebagai tanda meraikan kejayaan sebaik sahaja dimaklumkan keputusan Hakim, Datuk Mariana Yahya yang memihak LAMP.





Dalam masa sama, suasana menjadi sayu seketika apabila ada dalam kalangan pekerja LAMP menangis dan menadah tangan berdoa tanda bersyukur kepada Allah SWT di atas keputusan itu yang sekali gus menjamin periuk nasi mereka tidak terjejas.

Adnan Yaakob
gambar Sinar Harian

Senyuman dan keceriaan juga jelas terpancar di wajah setiap daripada mereka berikutan loji memproses nadir bumi itu akhirnya dibenarkan beroperasi sekali gus meninggalkan segala kegelisahan sebelum ini berhubung kedudukan LAMP yang ditentang pihak anti-Lynas melalui pelbagai usaha.

Artikel Penuh:http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121109/dn_05/Doa-air-mata-syukur-iringi-pekerja#ixzz2BiTbqkhX
© Utusan Melayu (M) Bhd


Baca juga komen MB Pahang tentang keputusan ini di sini http://khabarpahang.blogspot.com/2012/11/beri-peluang-lynas-buktikan-ia.html


Bonus Hak Saya - Mat Yo

Posted: 09 Nov 2012 01:27 AM PST


Bonus hak saya'
Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

Norshahrul Idlan Talaha tiba di KLIA, Sepang semalam bersama skuad negara setelah mengharungi dua aksi persahabatan menentang Vietnam dan Thailand. - UTUSAN/ABDUL NAZIR MOHAMED

SEPANG - Kemelut penyerang Harimau Malaya, Norshahrul Idlan Talaha dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memasuki babak baru ekoran pengumuman bahawa tiada bonus buat pemain yang meninggalkan Kelantan tanpa restu persatuan.

Mengakui kesal kerana belum mendapat lampu hijau untuk menyertai Johor, Norshahrul lebih terkejut apabila mengetahui kenyataan Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa bahawa tiada pemberian bonus menang tiga kejuaraan kepada pemain yang meninggalkan Kelantan tanpa kebenaran KAFA.

Menurutnya, perkara itu sepatutnya tidak timbul kerana janji pemberian bonus merupakan hasil penat lelah yang dicapai pada musim lalu bersama Kelantan.

"Saya harap KAFA memikirkan kembali keputusan tidak memberikan bonus kepada para pemain yang mahu berhijrah.

"Itu (bonus) adalah hak saya selaku pemain yang membantu Kelantan meraih tiga kejuaraan dan telah bersama mereka sejak tiga musim.

"Bagi saya dia (Annuar) sebagai presiden boleh menilai situasi ini dan tahu hak saya, " katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang semalam.

Kelmarin, Annuar memberitahu mungkin tiada bonus kejuaraan tiga piala kepada mana-mana pemain yang tetap mahu berhijrah ke pasukan lain.

Tambah Annuar, bonus tersebut hanya layak diberikan kepada pemain yang setia dan tidak semestinya berjasa semata-mata.

Norshahrul juga tetap dengan pendiriannya untuk berhijrah ke Johor dan merayu agar KAFA merestui pemergiannya ke Johor pada musim depan.

Malahan, dia mengakui telah menghantar surat kepada pihak pengurusan KAFA mahu dilepaskan tetapi difahamkan permohonannya telah ditolak.

"Saya mahu KAFA melepaskan saya berhijrah ke Johor dan melihat perkara ini dari sudut positif.

"Saya telah menghantar surat tunjuk sebab mengapa saya mahu berhijrah dan salah satunya adalah faktor keluarga, KAFA tahu segala isi kandungan berkenaan.

"Saya semakin berusia dan tidak mampu untuk bermain bola dalam tempoh yang panjang dan berharap mereka dapat melihat dari sudut ini dengan memahami situasi saya," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20121109/su_01/Bonus-hak-saya#ixzz2BiSh3Cok
© Utusan Melayu (M) Bhd

Qaiyum.net [[ Manusia Memanusiakan Manusia ]]

Posted: 09 Nov 2012 11:14 PM PST

Qaiyum.net [[ Manusia Memanusiakan Manusia ]]


J’ai ecrit cette colonne en moins d’une journee

Posted: 09 Nov 2012 06:03 AM PST

Je vais énoncer de vous ce qu’ils sont.
Il s’agit d’un moyen convivial de décrire cela avec guide casino. Pourtant, il n’est pas étonnant que les étrangers sont vulnérables à cet égard. Toujours pour les justifier la valeur de casino français. Il ya beaucoup de messages contradictoires dans cette région en pleine expansion.

Nous ne sommes pas très convaincant. Je suis devenu un pro sur casino bonus en trois étapes. Comment peut-gros bonnets mettre les moyens casino en ligne indolore ? Mais, c’est une amende comment allez-vous! C’est un jeu d’enfant et la plupart de mon peuple infantile comme des savons maintenant que. Il semble bien fonctionner pour moi. Je ne peux pas dire jamais vous remercier assez. Terrific! Je me suis senti heureux comme un chiot. Eh bien, comme mon associé concerne, le juge pas, de peur que vous serez jugés. Je dois réaliser mon projet casino en ligne. Ce fut la semaine dernière.

casino

Ce sera la situation, peu importe quels sont vos besoins avec casino partouche car cela peut vous faire économiser de l’argent réel.

Je suis sur la route ce matin. Quelle est la chose la plus urgente je dire à quelqu’un relatives à casino en ligne france ? Avant de prendre bonus casino, je vais décrire la pratique générale des pairs à l’aide que.

APANAMA

Posted: 09 Nov 2012 11:04 PM PST

APANAMA


Obama's Deepavali Greetings

Posted: 09 Nov 2012 03:47 AM PST

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 09 Nov 2012 10:28 PM PST

GERAKAN ANTI PKR


KELUARGA PUAKA 69 !

Posted: 09 Nov 2012 07:04 PM PST

INI FOTO APA ?

Posted: 09 Nov 2012 08:54 AM PST

PEMUDA PAS ROPANYA ...TAKDE TELOQ !

Posted: 09 Nov 2012 06:00 AM PST

KENAPA HARON DIN MEMBISU ?

Posted: 09 Nov 2012 03:18 AM PST

TWISTED PALA PAK HANG ! STRAITS TIMES SINGAPURA SERANG BLOGER PRO BN !

Posted: 08 Nov 2012 10:07 PM PST

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 09 Nov 2012 10:22 PM PST

tok gajah

Posted: 09 Nov 2012 10:07 PM PST

tok gajah


Tn Guru Nik Aziz terkedu ............ kene kentut.......

Posted: 09 Nov 2012 10:11 AM PST


Tok nak cerite sikit tentang kes Nurul Izzah dan 'kenyataan' nye tentang kebebasan beragama. Tok tak salahkan Nurul Izzah tentang terbangkit nye isu ni, mungkin isu ni ditimbulan dengan sengaja untuk membangkitkan keinginan kaum kafir untuk menyokong perjuangan Pakatan Rakyat.

Jike inilah motif nye, make PR pasti akan menerima nasib malang juge kerana ianye telah membangkit kan 'kemarahan' orang Islam pule. Orang Islam mane yang boleh terima idea si Nurul Izzah ni? Sekarang Tok nak tanye tokguru2 PAS pule, adakah tuan2 semua bersetuju dengan ape yang telah di nyatakan oleh Naib Presiden PKR ini?

Jika jawapan tokguru2 PAS ni YA! Make semua pencacai2 dan penyokong2 PAS ni Tok akan anggap mereke tu dungu2 belake. Jika jawapan nye TIDAK SETUJU! Ape kah tindakan yang sepatut nye untuk di lakukan? Tok yakin tokguru2 PAS akan terus matikan diri dan enggan membuat ape ulasan.

Tok cume nak ingatkan tokguru2 PAS ni, siapa yang menyebabkan kerajaan PR di Perak yang diterajui oleh PAS? Jawapan nye tidak lain tidak bukan dari dua orang ADUN PKR dan seorang ADUN DAP melompat keluar PR. Nampak nye PAS ni tak habih2 di kentut oleh PKR. Sekarang baru kene kentut, nanti kunun nye dapat memerintah negare pasti PAS kene berak oleh PKR dan DAP.

PISAU.NET

Posted: 09 Nov 2012 10:02 PM PST

PISAU.NET


PAS kata isu Nurul Izzah adalah remeh dan tak penting! Kenapa?

Posted: 09 Nov 2012 09:30 PM PST



PAS kata isu Nurul Izzah adalah remeh dan tak penting,yang penting buat PAS adalah PRU13.Setakat murtad ni semua hal kecik..tak perlu diperbesarkan,lantak la nak murtad ka apa..Sebab ramai penyokong pakatan kata yang Nurul Izzah tu betul.. maknanya "rakyat" sokong Nurul Izzah bukan?Cuba pi baca portal berita pakatan..blog blog..habis kesemuanya sokong Nurul Izzah..maknanya  Nurul Izzah tak bersalah..ini semua kerja Umno dan Utusan cuba fitnah dan berniat jahat..


Kalau macam tu kita undi PAS dan pakatan lah ..amacam?boleh? Sekurang kurangnya lepas PRU13 kalau pakatan menang senangla sikit yang murtad nak lalui proses tukar agama sebab dah bebas...Boleh buang status agama Islam dari Mykad..Selama ni undang undang di bahawa kerajaan BN banyak menyusahkan ramai pihak dan tidak berlaku adil. Apatah lagi  Melayu yang nak melalui proses tukar ke agama lain..langsung tidak mengamalkan freedom of religion..


Pisau nasihatkan kalau korang nak kebebasan beragama yang mutlak lebih baik sokong pakatan..sebab esok ni anak korang yang dah cukup 18 tahun kalau berasa Islam tak bagus bolehlah menganut apa apa agama yang diaorang suka..untung beb! Sekurang kurangnya bak kata PAS dan pemimpinnya.. yang menganut Islam di Malaysia yang tinggal adalah Islam tulen bukan Islam baka...


Apa korang rasa Nurul Izzah punya kenyataan tu tak bagus ker? Habis semua alim ulamak PAS berstatus ahli syurga kata OK sokong Anak Anwar! amacam?  korang yang marah marah apahal?


Venue  : Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, Kuala Lumpur
Event : Forum anjuran PERKASA - "Kebebasan Beragama dari Sudut Islam dan Perlembagaan Negara"

Izzah tu harap lawa jer tapi hancus..hehe..undilah saya..sekurang kuranya saya tak hina Islam tau..
Pisau kata " PAS sokong Nurul Izzah atas semangat perpaduan pakatan rakyat...tahniah beb! "

Kerajaan Federal Tak Bantu Penang Sebab CM Bangsa Cina ? - GuanEng

Posted: 09 Nov 2012 05:30 PM PST

Dalam ceramah DAP,Lim Guan Eng menghasut rakyat terutamanya pengundi dan penyokongnya kononnya kerajaan Pulau Pinang sering kali tidak dibantu dan dianaktirikan.

Guan Eng menghasut kononnya kerajaan pusat tidak membantu kerajaan DAP kerana ketua menterinya berbangsa cina. Kerajaan Pulau Pinang ditindas kerana barisan pemimpin exconya adalah cina. Hasutan demi hasutan untuk membenci Umno . Membenci Umno bererti membenci melayu itulah matlamat Lim Guan Eng dan DAP.

Kempen dan ceramah Lim Guan Eng tidak akan sah selagi tidak berbohong,fakta dibawah yang DAP dan Lim Guan Eng tidak mahu rakyat tahu bahawa kerajaan pusat tidak pernah membelakangkan kepentingan rakyat Pulau Pinang walaupun majoritinya pada PRU12 memilih DAP .

PINJAMAN PEMBANGUNAN
PEMBENTANGAN BAJET
PINJAMAN PEMBANGUNAN DARI KERAJAAN PERSEKUTUAN  
 BAJET 2009
RM97 juta
BAJET 2010
RM136.82 juta
BAJET 2011
RM125.48 juta
BAJET 2012
RM12 juta
Apa yang menariknya setiap tahun mendapat pinjaman ratusan juta,tetapi wang tersebut tidak dibelanjakan,kemudian Lim Guan Eng akan mengumumkan bahawa akaun kerajaan negeri surplus kerana langkah berjimat cermat...

Pisau kata " dia kata pembangunan pesat di Pulau Pinang sejak regim DAP perintah...dulu orang penang zaman BN dok atas pokok ka?"

Tidak Ada Sebab Mengapa Perlu Tolak MCA

Posted: 09 Nov 2012 02:59 PM PST

Pisau kongsikan email dari pembaca blog Pisau  berketurunan Tionghua,ternyata menempelak DAP yang bersifat perkauman yang banyak berbohong dan bermain sentimen perkauman daripada membantu rakyat. Golongan muda berketurunan Tionghua buktikan bahawa MCA mampu menarik sokongan golongan muda yang "berakal" dan "tidak buta" yang selama ini ditutup oleh politik murahan DAP yang sentiasa menghasut kononnya menyokong BN adalah Umno sedangkan BN terdiri daripada perikatan 3 parti utama MCA MIC dan Umno, DAP juga memainkan sentimen kononnya menyokong BN bahawa kaum lain tertindas dan tidak adil.

Kesemua ini dibuktikan dengan fakta tanpa retorik politik yang meremehkan minda rakyat.




Sdr Pengarang,


SEBAGAI seorang graduan sains politik berketurunan Tionghua, saya telah mengambil kesempatan pada hari Ahad lalu untuk buat pertama kalinya menghadirkan diri ke Perhimpunan Agung MCA yang ke-59 yang telah berlangsung di Dewan San Choon, Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.


Ini bukan sahaja pertama kali saya menghadirkan diri ke majlis seumpama itu sebagai seorang pemerhati bebas tetapi juga sebagai seorang yang mahu mendekati dengan lebih dekat lagi sebuah parti politik yang sejak beberapa tahun ini telah dikritik hebat sebagai parti yang semakin tenat dan tidak mendapat simpati langsung daripada masyarakat Tionghua.


Bagaimana pun, berdasarkan pemerhatian saya pada hari tersebut, saya ingin berbeda pendapat dengan mereka yang mengatakan bahawa MCA semakin layu dan tidak bermaya.


Malah saya dapati, ucapan dasar oleh Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang disampaikan dalam bahasa Melayu sepenuhnya sangat-sangat memberansangkan dan menjelaskan kedudukan dan peranan sebenar MCA dalam Barisan Nasional dan juga kerajaan.


Beliau telah menyenaraikan sebab-sebab secara terperinci mengapa masyarakat Cina Malaysia harus terus berada bersama MCA dan kerajaan BN untuk tahun-tahun yang akan datang.


Dan sebagai seorang pemerhati yang tidak menganggotai mana-mana parti politik, saya berpendapat, apa yang disarankan oleh Dr Chua adalah valid dan mempunyai asas-asas yang kukuh untuk dipertimbangkan secara wajar dan rasional oleh para pengundi Cina di Malaysia.


Tolak sebelah apa juga kekurangan dan kelemahan yang ada dalam kerajaan sekarang, tidak ada sebab untuk masyarakat Cina menolak BN dan juga MCA.

Sila lihat program-program yang telah dilaksanakan oleh MCA yang membawa faedah kepada rakyat jelata;


> Yayasan Perubatan 1MCA (1MCA Medical Foundation) yang telah mengagihkan RM8.56 juta dan memanfaatkan 1,483 orang pesakit (Cina: 1,188; India: 191; Bumiputera: 104);


> Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan 1MCA (the 1MCA Education Loan Scheme) yang telah memberi pinjaman kewangan sejumlah RM5.5 juta kepada 159 orang (Cina: 135; India: 21; Bumiputera: 3);


> Skim Bantuan Pinjaman Mikro-Kredit 1MCA (1MCA Micro-credit Loan Scheme) untuk belia yang telah memberi pinjaman kewangan sejumlah RM8.06 juta kepada 470 orang (Cina: 419; India: 28; Bumiputera: 23);


> Yayasan Chang Ming Thien yang telah memberi pinjaman kewangan sebanyak RM25.9 juta sejak tahun 2004 kepada 1,705 orang pelajar.


Daripada statistik tersebut, kita akan dapati walaupun MCA adalah sebuah parti yang berasaskan perjuangan untuk kaum Cina tetapi hakikatnya ia telah membuka pintu kepada masyarakat bukan Cina dalam bantuan-bantuan yang disalurkan kepada mereka yang memerlukannya.
Apatah lagi bantuan dan sumbangannya kepada masyarakat Cina adalah jelas dan nyata sekali berbanding dengan parti saingannya.


Dan apabila kita bercakap tentang pendidikan dan bantuan kemudahan kewangan kepada masyarakat, MCA bukan sahaja telah melakukannya dengan cekap dan sempurna malah sistematik dan teratur.
Dalam ucapannya juga, Dr Chua telah menggariskan beberapa fakta mengenai pendidikan bahasa ibunda yang menjadi sebahagian daripada teras perjuangan MCA.


Saya mengikuti dengan penuh teliti ucapan itu dan mendapati beberapa fakta yang menarik yang perlu saya sebutkan di sini iaitu;


> Di bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri, kita telah menyaksikan berlakunya perubahan yang sangat ketara di dalam beberapa polisi malah peruntukan yang jauh lebih besar telah diberikan kepada pendidikan bahasa ibunda atau mother tongue education.


> Kini Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) telah menerima peruntukkan yang lebih baik, RM100 juta kepada lebih daripada 800 buah sekolah Cina bantuan modal, malah kerajaan telah memberikan peruntukan khas kepada SMJK tahun ini dan peruntukkan ini adalah dalam bentuk geran secara langsung kepada lembaga sekolah.


> Penempatan semula 13 buah sekolah Cina, penubuhan tujuh buah sekolah Cina yang baru dan pengembangan (expansion) lapan buah sekolah lagi yang kesemuanya berjumlah RM95 juta adalah ditaja sepenuhnya oleh Kerajaan dengan geran tersebut disalurkan terus kepada pihak pengelola lembaga sekolah.


> Kelebihan seperti ini tidak dinikmati oleh sekolah-sekolah aliran yang lain. Malah pihak kerajaan telah sudi untuk membayar bil-bil air dan elektrik di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dengan bantuan syiling RM2,000 sebulan kepada Sekolah Bantuan Modal sejak tahun lalu.


> Memandangkan Kerajaan Negeri Selangor tidak lagi memperuntukkan tanah untuk pembinaan SJKC, bantuan yang diberikan secara langsung oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sangat-sangat instrumental di dalam proses memperolehi tanah untuk membina sekolah-sekolah baru SJKC.


> Pada masa yang sama, MCA juga akan terus berusaha untuk memperolehi pengiktirafan ke atas pemegang-pemegang Unified Examination Certificate (UEC). Bagaimanapun, harus ada usaha untuk melihat kembali silibus UEC agar kandungannya kelihatan lebih Malaysian.


> Pemegang-pemegang sijil UEC kini dibenarkan untuk memohon kemudahan pinjaman PTPTN, manakala 50 pelajar terbaik UEC akan menerima bantuan biasiswa tahunan dan kelayakan mereka diiktiraf untuk memasuki kolej-kolej perguruan Malaysia.


> MCA akan meneruskan tradisinya dalam membangunkan sumber manusia terlatih dan profesional di negara ini. Menjelang tahun hadapan, MCA melalui Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR) dan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) akan mencatat sejarah melatih lebih dari 200,000 tenaga kerja mahir dan separuh mahir.


> 60% daripada akauntan dan setiausaha yang dilahirkan oleh negara ini adalah graduan-graduan KTAR.


> KTAR kini telah dinaiktaraf sebagai kolej universiti sepenuhnya dan kerajaan juga bersetuju memberi bantuan untuk kos pentadbiran dan juga pembangunan.
Daripada semua fakta ini, satu-satunya rumusan yang boleh saya buat ialah, tidak ada sebab mengapa masyarakat Cina Malaysia harus menolak MCA.


Mereka harus membuka mata dan melihat kebaikan dan kejayaan yang telah dicapai oleh parti ini untuk bukan sahaja masyarakat Cina tetapi juga rakyat Malaysia keseluruhannya.
Persepsi yang diberikan selama ini oleh sesetengah pihak bahawa MCA adalah bacul dan tidak melakukan apa-apa untuk faedah masyarakat Cina di negara kita adalah dusta dan tidak benar.
Fakta yang telah saya senaraikan di atas adalah buktinya.


Yang Benar,
TAN BOON LIAW
KUALA LUMPUR

PenangWasabi

Posted: 09 Nov 2012 09:10 PM PST

PenangWasabi


Ketua Menteri Pulau Pinang menipu - Tapak PPR sah milik swasta?

Posted: 09 Nov 2012 09:29 AM PST


Oh Tong Keong menunjukkan salinan sijil pembayaran wang pendahuluan bagi membeli tapak tanah di Taman Manggis, (kiri) dan salinan sijil penjualan tanah berkenaan kepada KLIDC Sdn. Bhd. pada sidang akhbar di Pulau Pinang, semalam.

Tindakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang terus berdolak-dalik dan belum menyediakan perjanjian jual beli tapak projek perumahan rakyat (PPR) Taman Manggis di sini kepada Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri kini terjawab.

Pemuda BN negeri yang melakukan proses carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dua hari lalu terkejut apabila mendapati tanah tersebut telah dipajakkan oleh Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn. Bhd. (KLIDC) kepada sebuah bank pada 21 November tahun lalu.

Ketuanya, Oh Tong Keong berkata, ini menunjukkan tanah berkenaan kini milik KLIDC tetapi pada masa sama dijual Kerajaan DAP Pulau Pinang kepada Pemuda BN negeri yang telah membayar wang pendahuluan sebanyak RM222,073.

"Dengan dokumen SSM ini, kami dapati kerajaan negeri sengaja melanggar undang-undang. Guan Eng dilihat telah berbohong dan tidak jujur.

"Ini menunjukkan tanah tersebut telah dijual kepada dua pihak. Kami memberi tempoh 24 jam kepada Guan Eng untuk memberi penjelasan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Berdasarkan dokumen SSM itu, tapak PPR berkenaan telah dipajakkan oleh KLIDC kepada bank dengan nilai RM11.5 juta pada 21 November tahun lalu.

Tanah tersebut sepatutnya dibangunkan PPR fasa kedua namun dijual kerajaan negeri kepada KLIDC bagi projek pembinaan hotel 19 tingkat, enam tingkat hospital persendirian dan lima tingkat tempat letak kereta.

Pada 4 September lalu, Pemuda BN negeri menerima surat tawaran daripada Setiausaha Politik Ketua Menteri, Ng Wei Aik untuk membeli tanah seluas 0.45 hektar di Jalan Zainal Abidin itu dengan harga jualan RM450 sekaki persegi.

Tawaran tersebut kemudiannya disahut Pemuda BN negeri bagi menyelamatkannya daripada jatuh ke tangan pemaju swasta dengan bayaran wang pendahuluan satu peratus iaitu sebanyak RM224,073 secara tunai pada 3 Oktober lalu.

Namun, Guan Eng memberi tempoh 30 hari untuk menyelesaikan bayaran baki penuh yang dianggap Pemuda BN negeri sebagai syarat tidak munasabah.

Wang sebanyak RM22,183,227 untuk baki bayaran pembelian tanah berkenaan akhirnya berjaya juga dikumpulkan dalam tempoh ditetapkan.

Bagaimanapun, wang dalam bentuk draf bank itu tidak dapat diserahkan sehingga hari ini berikutan kerajaan negeri masih gagal menyediakan syarat-syarat pembelian.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pemuda BN negeri, H'ng Khoon Leng menjelaskan, beliau tidak hairan kenapa Guan Eng memberikan syarat-syarat yang tidak munasabah kerana kerajaan negeri memang tidak mahu menjual kepada pihaknya berikutan tanah tersebut kini milik KLIDC.

Bagaimanapun, beliau menambah, sistem e-Tanah menunjukkan tiada rekod diperoleh mengenai tapak PPR tersebut.

"Malah kami pernah menulis surat kepada Pejabat Tanah dan maklum balas yang diberikan bahawa tanah itu masih milik kerajaan negeri.

"Mungkin status pemilikan tanah telah dikeluarkan tetapi ia tidak dapat ditunjukkan dalam sistem SSM kerana 'dikunci' orang tertentu," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pegawai-pegawai kerajaan negeri yang terlibat tetapi terpaksa berdiam diri kerana takut supaya tampil ke depan kerana ia dianggap konspirasi.

Penang Wasabi..

r b f

Posted: 09 Nov 2012 08:34 PM PST

r b f


Wartawan-Wartawan 'Dalang' Di Sebalik Keputusan Speaker Haramkan Sidang Media Orang Luar Di Parlimen

Posted: 09 Nov 2012 05:02 AM PST


Rupa-rupanya dah lama para wartawan bengang dengan sikap seperti beruk dapat bunga puak-puak pembangkang di Parlimen.

Disebalik arahan Speaker Dewan yang melarang orang bukan MP mengadakan sidang media di Parlimen adalah hasil desakan para wartawan yang dah mual dengan gelagat-gelagat beruk yang mendapat bunga.

Ikuti kisah sebenar di sebalik larangan tersebut. Klik di sini

Khalid Ibrahim Di Sekolahkan Oleh Idris Haron

Posted: 08 Nov 2012 11:05 PM PST

Dipetik dari Agenda Daily

Bayangkan senario ini – seorang pesakit menemui doktor mengadu sakit lelah. Tetapi doktor itu memberikannya ubat untuk resdung. Letakkan senario ini kepada isu air Selangor.

Umum mengetahui negeri yang diperintah Pakatan Pembangkang itu mengalami masalah BEKALAN AIR, tetapi Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim mencadangkan supaya menggunakan KAEDAH MERAWAT AIR yang dinamakan MEMBRANE.

Khalid mencadangkan idea itu sebagai hujah menolak cadangan Kerajaan Persekutuan untuk membina loji air Langat 2 untuk mengatasi masalah kekurangan air tetapi kerajaan Selangor menentang projek tersebut, sebaliknya menawarkan alternatif teknologi membrane yang didakwa lebih murah.

Pada sidang parlimen 30 Oktober lalu, Khalid yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak telah berdebat dengan Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Noriah Kasnon dan mendakwa pembinaan loji air Langat 2 tak perlu dan penggunaan teknologi membrane lebih murah kosnya.

"Tan Sri Khalid tahu tak apa yang dia cakap apabila menggunakan terminologi kejuruteraan ini? Dia tahu ke kaedah Membrane ini sebenarnya digunakan untuk merawat air yang tercemar? Ia digunakan untuk mengasingkan air daripada mineral-mineral dan toksid yang membahayakan kesihatan pengguna.

"Jika kita guna kaedah Membrane ini untuk memisahkan mineral dan air yang tulen, kita akan menghadapi pembaziran sebanyak 30 peratus. Selain itu ia membabitkan kos yang tinggi dan sukar untuk dilaksana.

"Nampaknya dia sendiri tak faham apa yang dia kata. Ataupun dia cuba spin dan alih perhatian. Masalah yang dihadapi Selangor sekarang ialah penyimpanan atau pengumpulan air mentah, bukan masalah memproses atau merawat air tercemar untuk menjadikan ia air yang tulen dan selamat untuk diminum," kata Ir Datuk Idris Haron (kanan sekali) yang merupakan seorang jurutera.

"Tan Sri Khalid ini bercakap main sedap mulut. Dia ingat konon apabila dia sebut teknologi Membrane, masyarakat tak akan bertanya apa benda tu. Dia perlu mendalami ilmu kejuruteraaan air apabila bercakap pasal air. Ataupun dia ingat rakyat Selangor tak bijak. Apabila dia sebut perkataan baru seperti Membrane, rakyat tak akan bertanya lebih daripada itu.

"Nak dekat pilihanraya ini, maka datanglah perkataan yang pelik-pelik, kononnya rakyat tak akan bertanya. Inilah cara pembangkang menipu rakyat," tambah Idris, yang juga Ahli Parlimen Tangga Batu.

Ahli Parlimen Ledang, Ir Hamim Samuri (kiri sekali), yang juga seorang jurutera, menyokong kenyataan Idris. Katanya apa yang dicadangkan oleh Menteri Besar Selangor itu tidak ada kena mengena dengan masalah bekalan air.

Hamim juga bersetuju bahawa penggunaan teknologi Membrane lebih mahal, malah dua kali ganda lebih tinggi dibandingkan dengan kaedah konvensyenal yang digunakan oleh Kerajaan Pusat.

"Lagipun Malaysia tak perlu menggunakan kaedah Membrane sebab kandungan mineral dalam air di engara kita bukanlah di tahap tinggi, malah dalam lingkungan yang dibenarkan. Penggunaan cara konvensyenal juga jauh lebih mudah dan murah," katanya.

"Cadangan Menteri Besar Selangor itu sebenarnya lebih merupakan taktik mengalihkan isu seolah-olah ada kaedah lain yang boleh dibuat oleh Kerajaan Selangor untuk merawat air. Menteri Besar Selangor mempolitikkan isu bekalan air di Selangor.

"Berbalik kepada isu asas, kita kuarng bekalan air mentah untuk dirawat, Jadi jangan alihkan isu daripada kekurangan bekalan air mentah kepada kekurangan loji atau kaedah merawat air. Saya nasihatkan orang ramai supaya merujuk laman web atau blog dari pihak yang profesional. Kaji, teliti dan cuba fahami mengenai teknologi Membrane ini," katanya.


Orang Yang Bertanya Kesal Kerana Nurul Izzah Buat Pusingan 180 Darjah

Posted: 08 Nov 2012 07:15 PM PST


Rupa-rupanya wanita yang bertanya soalan kepada Nurul Izzah adalah seorang wanita melayu. Dia juga merupakan seorang AJK hak asasi majlis peguam.

Betul ke dia melayu ? Entah ? 

Wanita tersebut yang bernama Siti Kasim kesal dengan Nurul Izzah yang dikatanya membuat pusingan 180 darjah.

Lihat sekali lagi video dia bertanyakan soalan dan bagaimana Nurul Izzah mendapat tepukan gemuruh.




Sekarang kita baca apa yang perempuan itu dah kata....

Klik di sini

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 09 Nov 2012 04:22 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Pelakon Lana Nordin rela Afdlin 'guna' pyaudaranya dalam filem

Posted: 09 Nov 2012 03:22 PM PST

Pelakon kontroversi, Lana Nordin akui tidak kisah jika imejnya yang menampakkan sebahagian lurah buah dada terdedah di dalam filem Pontianak Vs Orang Minyak telah dieksploitasikan oleh pengarahnya, Afdlin Shauki.

Malah, Lana Nordin yang juga dikenali sebagai Pamela Anderson Malaysia itu memberitahu dia melihat senario itu sebagai satu kerjasama win win situation kerana sudah lama dia teringin untuk bekerjasama dengan pengarah tersebut dan buat pertama kalinya dia juga berpeluang berlakon di dalam sebuah filem komedi.

"Jika benar Afdlin ingin mempergunakan diri saya, begitu juga dengan saya, kerana tawaran yang saya terima ini sangat baik dan saya mempergunakan tawaran ini untuk menonjolkan watak saya sebagai pelakon komedi buat pertama kalinya.

"Terus-terang, pada mulanya saya agak ragu-ragu juga hendak berpakaian sebegitu ketika penggambaran tetapi Afdlin Shauki meyakinkan saya semuanya akan berjalan dengan lancar dan kebetulan Lembaga Penapisan Filem (LPF) juga melepaskan babak saya.

Sumber : Murai.com

(Gambat) Aksi Ratu Cantik dedah aurat depan masjid cetus kontroversi

Posted: 09 Nov 2012 02:38 AM PST

GAMBAR Ratu Cantik Belgium 2013 yang diambil di Masjid terbesar di Morocco menimbulkan kontroversi di negara Afrika Utara itu. Kekuasaan di negara yang dipimpin pemerintah Islam itu saling tuding soal siapa yang memberi izin foto tersebut.

Dipetik dari al-Arabiya, Rabu 7 November 2012, foto-foto para model seksi itu telah tersebar di media sosial dan berbagai laman di Morocco. Model mengenakan tank top dan dan rok mini super ketat berposing di hadapanMasjid Hassan II di Casablanca. Padahal, kawasan mesjid sepatutnya wanita wajib mengenakan pakaian sopan yang tertutup.

Berbagai kritikan dilemparkan oleh masyarakat, mereka marah kesucian mesjid dikotori oleh pos-pos model yang memperlihatkan aurat. Beberapa orang menuntut tindakan dikenakan kepada penguasa yang memberikan izin bergambar. Ada juga yang berpendapat mesjid itu sekarang lebih sebagai tempat pelancung berbanding tempat ibadah.

Laman berita popular Morocco, Hespress, mengutip sumber dari Kementerian Urusan Islam menyangkal jika mereka terlibat dalam insiden itu dan menuduh pihak administrasi masjid yang bertanggung jawab. Dewan Kota Casablanca pun mengaku tidak campur tangan atas kontroversi itu. Salah satu anggotanya mengatakan, dewan memang tidak mengizinkan.

Sebuah surat khabar Pro Pembangkang mengutip sumber dari pengurusan masjid aksi model-model itu mendapat keizinan daripafa Morocco Cinema Center.

(Gambar) Bekas model hot, Kavitha Sidhu bertudung litup menutup aurat

Posted: 08 Nov 2012 11:00 PM PST

Bertempat di JW Marriot sempena Majlis Gala Amal Prihatin bersama Islamic Fashion Festival, Kavita Sidhu dilihat memakai tudung litup dan berpakaian lengkap muslimah sepanjang majlis berlansung.

Kavita Sidhu yang ditemui selepas tamat majlis berkata, "Saya bertudung pada malam ini bagi menghormati majlis dan mengikut cara berpakaian muslimah supaya tidak kelihatan pelik daripada tetamu lain yang hadir selain menunjukkan sokongan saya kepada Islamic Fashion Festival."

Kavita juga selaku salah seorang pereka busana muslimah pada majlis itu berkongsi pendapat mengenai pemakaian busana muslimah yang disifatkan amat selesa.

"Busana muslimah sungguh selesa dan amat senang untuk digayakan. Misalnya turban yang saya pakai ini, sangat mudah digunakan dan sangat selesa serta tidak perlu bersusah payah untuk memikirkan gaya rambut."

Menurut Kavita, minatnya dalam bidang ini tercetus sejak tiga tahun lalu dan ini kali pertama dia menyertai pertunjukan fesyen sedemikan.

"Saya bangga kerana setiap rekaan yang ditonjolkan dapat disiapkan dalam masa 3 minggu, jika diambil kira, ini merupakan pengalaman pertama saya menyertai fesyen muslimah."

Pengaju soalan kecewa Nurul Izzah tidak tetap pendiriannya

Posted: 08 Nov 2012 10:05 PM PST

Seorang peguam yang mengajukan soalan kepada Nurul Izzah Anwar dalam forum di Gereja Full Gospel Tabernacle, Subang Jaya, Sabtu lalu kecewa dengan sikap Naib Presiden PKR itu yang menukar kenyataannya 180 darjah selepas kenyataannya di forum itu menjadi kontroversi kepada rakyat Malaysia. Siti Kasim, pengaju soalan kepada Nurul Izzah.

Pengaju soalan tersebut, Siti Kasim, seperti dilaporkan FMT berkata jawapan Nurul Izzah semasa dalam forum itu berbeza dengan penjelasan yang dilakukan selepas forum.

Penjelasan Nurul Izzah pada 4 November, sehari selepas forum itu (3 November) mengeluarkan kenyataan berbeza daripada kenyataan asal, di mana beliau mendakwa berkata, "Jawapan saya menegaskan ungkapan – 'Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)….' – daripada ayat suci Al Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256. Ungkapan ini merangkumi seluruh umat manusia."

Turut ditambah Nurul Izzah yang tidak disebut dalam forum itu, "Saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Saya kesal kerana ada percubaan memutarbelitkan kenyataan saya seolah-olah saya meremehkan soal aqidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad," kata Nurul Izzah dalam laman peribadinya, www.nurulizzah.com.

Namun, Mkini dotcom, portal pro pembangkang yang mula-mula melapor kenyataan Nurul Izzah di gereja itu hari ini mengeluarkan transkrip soalan dan jawapan Nurul Izzah dalam forum itu yang amat berbeza dengan penjelasan Naib Presiden PKR.

Soalan yang diajukan dari Siti Kasim yang ditranskrip portal Mkini dotcom, "Saya sangat gembira apabila mendengar YB Nurul bercakap berkenaan kebebasan beragama. Adakah anda juga bermaksud bahawa orang Melayu patut diberikan hak yang sama?".

Jawapan Nurul Izzah juga turut ditranskrip portal itu, "Dan, apabila anda tanya saya, tidak ada paksaan dalam agama, malah Dr Ahmad Farouk (Presiden Islamic IRF-Islamic Renaissance Front) memetik ayat dalam Al Quran.

"Bagaimanakah anda boleh bertanya saya atau sesiapa, bagaimana boleh seseorang menjawab, 'Maaf, ini (kebebasan agama) hanya dilaksanakan untuk bukan Melayu. Ia sepatutnya harus dilaksanakan secara sama rata …laksanakan untuk semua (kaum)". Hadirin bertepuk tangan.

"Di dalam Al-Quran, tidak ada terma yang spesifik untuk orang Melayu. Ini cara ia sepatutnya dilakukan. Jadi (walaupun) saya diikat, dengan pandangan semasa, tetapi saya harus mengatakannya. "Jadi apa yang anda mahu sudah tentu dari segi kualiti. Awak percaya dengan kuat dalam kepercayaan awak, walaupun saya bersekolah di Assunta yang mempunyai salib besar di dewannya dan nyanyian persatuan Katolik yang aktif, saya tidak terpengaruh dengannya". (Loceng berbunyi menanda masa menjawab tamat dan moderator mengucapkan terima kasih kepada ahli panel).

Nurul Izzah juga tidak memberi penjelasan berkaitan dengan pandangannya yang mempertikai sekatan undang-undang terhadap kumpulan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) yang melakukan aktiviti seks di tempat peribadi sepertimana yang disebutkannya dalam forum tersebut.

Siti Kasim ketika bercakap kepada FMT kecewa dengan sikap Nurul Izzah yang tidak teguh pendirian apabila tidak mengaku kemudiannya menuturkan kata-kata di atas. "Saya percaya Nurul hanya mencuba untuk menarik perhatian umum, dia tidak fikir apa akibatnya," katanya kepada FMT. Siti Kasim yang juga ahli Majlis Peguam dalam jawatankuasa hak asasi manusia berkata sepatutnya Nurul Izzah berpegang teguh terhadap kenyataan asalnya bahawa hak kebebasan beragama juga perlu dilaksanakan dalam masyarakat Melayu-Islam.

"Tidak ada apa-apa kesalahan terhadap kenyataan itu, dia (Nurul izzah) bercakap perkara benar. Saya sudah menjangkakan akan berlaku kontroversi selepas itu. Tetapi, sebagai seorang ahli politik, awak perlu berpegang teguh kepada kebenaran," katanya lagi. Pengaju soalan itu turut mengungkap kembali kenyataan Nurul Izzah semasa forum di gereja itu. "Dalam beberapa hari, dia (Nurul Izzah) 'tarik balik' kenyataannya, dan berkata dia tidak sokong murtad. Tetapi, secara tidak langsung, apabila anda sokong kebebasan beragama, (bermakna anda juga sokong) jika Melayu ingin keluar dari agamanya (Islam), itulah murtad," jelasnya lagi.

Soalan yang sama itu kata Siti Kasim pernah dikemukakan kepada bapa Nurul Izzah, Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun gagal mendapat jawapan yang benar-benar konkrit. "Dia (Anwar) menjawab samar-samar dan tidak menjawab secara jelas. Kita mahu ahli-ahli politik yang bercakap secara terus terang," katanya. Dalam masa sama, Siti Kasim mendakwa dalam Perlembagaan Persekutuan tidak mengecualikan Melayu daripada mengamalkan kebebasan beragama. Menurutnya, individu-individu yang mengkritik Nurul Izzah adalah golongan konservatif yang mahu agama versinya diterima sebagai agama yang benar.

Siti Kasim bersama Ketua Seksualiti Merdeka/LGBT, Pang Khee Teik

Siti Kasim seperti dilaporkan portal Mkini dotcom, Januari lalu adalah salah seorang penganjur Seksualiti Merdeka yang membantah permohonan semakan kehakiman terhadap pejabat Peguam Negara. Siti Kasim bersama Ketua Seksualiti Merdeka/LGBT, Pang Khee Teik Selain Siti Kasim, pemohon bantahan itu adalah Pang Khee Teik, Angela Marianne Kuga Thas, S Thilaga Socky Pillai, dan Md Nor Ismat Selamat (juga dikenali sebagai Michelle Nor Ismat) yang kesemuanya dikaitkan sebagai anggota LGBT.

"Sila sokong hak-hak LGBT di Malaysia! Mereka ditindas dan diganggu seksualiti mereka .. semua itu di atas nama agama!!! Dunia mesti tahu tentang perkara ini," kata Siti Kasim dalam facebook.com/ Global Secular Humanist Movement.

'I am dissapointed with Nurul'

Posted: 08 Nov 2012 08:24 PM PST

PETALING JAYA: A lawyer who posed the question on religious freedom to PKR vice-president Nurul Izzah Anwar during a forum last Saturday is disappointed with the politician's 180 degree turn.

Siti Kasim, a member of the Bar Council human rights committee, said she was disappointed that Nurul had "retracted" her remark.

"I believe Nurul was just trying to impress the people, she didn't think of the consequences," she told FMT.

Siti said Nurul should have stood firm on her remark that freedom of religion was a right for all including the Malay-Muslim.

"There's nothing wrong about it, she is saying the truth. I expected a hoo-ha after that. But as a politician, you just need to stick to the truth," she added.

She wondered if Nurul was merely adjusting herself to the largely non-Muslim audience on that day and making a political remark.

At the forum titled "Islamic state: Which vision? Whose responsibility?", Siti asked Nurul whether freedom of religion should be extended to the Malays since the PKR leader talked about the issue in her speech.

Siti said while Nurul did not mention about apostasy in her response, the latter however was a clear supporter of freedom of religion for the Malays.

"In the following days she 'retracted' her remark, and said she did not support apostasy. But indirectly when you say you support freedom of religion, and if Malay wants to get out from Islam, that's apostasy," she pointed out.

The Orang Asli rights advocate said she once posed the same question to Nurul's father, Opposition Leader Anwar Ibrahim, but failed to get a direct response.

"He was going around the bush and didn't answer directly. We want politicians to be straight forward," she said.

Meanwhile, Siti said it was high time for the issue to be debated as the Federal Constitution did not exclude the Malays from their right to freedom of religion.

She said the individuals who criticised Nurul were the conservatives who insisted that their version of religion was the correct one.

FMT

PETRONAS henti video iklan kontroversi di Youtube

Posted: 08 Nov 2012 07:46 PM PST

KUALA LUMPUR - Petronas mengambil keputusan menghentikan penyiaran klip video 'Do the Dappan' daripada laman web rasminya di YouTube.

Dalam kenyataan hari ini, syarikat itu berkata keputusan tersebut diambil setelah ia menimbang pelbagai maklum balas daripada penonton berkaitan klip video tersebut, yang hasilkan sebagai sebahagian daripada kempen sambutan Deepavali 2012 bertemakan "Be the Light".

"Dalam semua kempen mengenai sambutan perayaan kami, Petronas sentiasa berhasrat membantu mempromosi dan menyemai nilai bersama yang terdapat dalam pelbagai warisan, tradisi dan budaya yang menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia dalam masyarakat pelbagai etnik kita," kata Petronas dalam kenyataannya.

Bagaimanapun, kata kenyataan itu, pemacu utama kempen berkenaan, pameran 'Be The Light - A Celebration of Culture and Tradition' di Galeri Petronas, dan siri televisyen serta ucapan dalam bentuk cetakan, akan diteruskan seperti yang dirancang.

Iklan sambutan Deepavali Petronas bagi tahun ini menerima banyak sungutan, termasuk daripada pihak yang menyatakan bahawa tarian yang terkandung dalam klip video berkenaan tidak mencerminkan semangat 'pesta cahaya'.

Klip video sepanjang tiga minit itu menampilkan 'dappankuthu - sejenis tarian jalanan penuh bertenaga yang sering diselitkan dalam filem Tamil. - Bernama

Kenyataan Izzah: Polis ambil keterangan Malaysiakini

Posted: 08 Nov 2012 05:15 PM PST

KUALA LUMPUR - Polis hari ini mengambil keterangan tiga pegawai portal berita pro-pembangkang Malaysiakini berhubung laporan berita berkaitan kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar tentang kebebasan beragama.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Yahaya Ramli berkata ia dilakukan atas perintah Majistret Petaling Jaya dan keterangan diperlukan untuk mengenal pasti penulis artikel itu.

"Setakat ini identiti penulis artikel belum diperolehi," katanya ketika dihubungi Bernama.

Keterangan petugas Malaysiakini itu diambil di pejabat portal berita berkenaan di Bangsar di sini antara 5.15 petang dan 6.55 petang tadi.

Ia melibatkan sekumpulan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya diketuai Pegawai Penyiasat ASP Nadzri Harun serta unit forensik IPD Cheras.

Menurut Yahaya, tiada sebarang rampasan dilakukan.

Laporan portal berita pro-pembangkang pada Nov 3 itu memetik Nurul Izzah sebagai berkata, "Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu."

"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata."

Nurul Izzah dipetik berkata demikian pada forum bertajuk 'Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?' di Subang Jaya.

Pada sidang media di lobi Parlimen hari ini, Nurul Izzah memberitahu beliau akan memberi keterangan kepada Jabatan Agama Islam Selangor di Shah Alam pagi esok. - Bernama

Ahmad Fakri sah wakili kelab divisyen tiga Portugal

Posted: 08 Nov 2012 04:38 PM PST

PETALING JAYA -Penyerang pasukan Felda United, Ahmad Fakri Saarani mengesahkan bahawa beliau bakal menandatangani kontrak selama setahun untuk beraksi bersama kelab divisyen tiga Portugal, Atletico Sport Clube Reguengos (Atletico S.C) bermula awal musim depan.

Bekas pemain Harimau Muda A itu berkata beliau telah mendapat tawaran untuk bermain untuk kelab yang berpangkalan di bandar Evora, Portugal itu pada Ogos lepas namun terpaksa menangguhkan hasratnya kerana terikat dengan kempen Piala Malaysia ketika itu.

"Saya turut dipanggil oleh (ketua jurulatih bola sepak kebangsaan) Datuk K. Rajagobal untuk membarisi skuad negara pada Piala AFF Suzuki penghujung bulan ini, jadi saya terpaksa melupakan seketika hasrat untuk pergi lebih awal ke Portugal," katanya pada satu sidang media khas bagi mengumumkan perkara itu, di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan bahawa pemain kelahiran Kelantan yang berusia 23 tahun ini telah mendapat tawaran untuk bermain bersama salah sebuah kelab divisyen tiga di Portugal.

Sebagai rekod, Ahmad Fakri merupakan pemain kedua negara yang beraksi di Portugal selepas bekas pemain Harimau Muda A iaitu Muhamad Nazmi Faiz Mansor yang kini bermain bersama kelab remaja Beira Mar di negara yang sama.

Ditanya mengenai peluang mengisi kesebelasan utama pasukan Atletico S.C., Ahmad Fakri, yang boleh mampu bermain di posisi serangan dan sayap kanan, berharap beliau mampu mempamerkan persembahan terbaik bagi memikat jurulatih kelab Portugal itu, Paulo Simao.

"Saya juga berharap mampu mempromosikan nama Malaysia di pentas bola sepak antarabangsa," katanya yang baru tiba di tanahair selepas membantu skuad kebangsaan mengharungi dua aksi persahabatan di Vietnam dan Thailand.

Pada kedua-dua perlawanan yang masing-masing berlangsung pada 3 dan 7 Nov itu, skuad Harimau Malaya tumpas dengan keputusan 0-1 kepada Vietnam dan 0-2 kepada Thailand.

Sementara itu, pengurus peribadi Ahmad Fakri, Faisal Zakariah berkata Ahmad Fakri akan bertolak ke Portugal selepas berakhirnya kempen Piala AFF Suzuki, Disember ini.

Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin yang turut hadir berkata badan induk bola sepak kebangsaan itu bangga dengan pengiktirafan yang diberikan oleh pasukan luar negara yang berminat mendapatkan pemain tempatan.

Beliau juga turut tidak menolak kemungkinan bahawa lebih banyak pemain muda berpotensi terutamanya pemain Harimau Muda A bakal mengikuti jejak langkah Muhammad Nazmi dan Ahmad Fakri.

Sementara itu, ejen bola sepak Portugal, Marco Guimares, yang terpikat dengan bakat pemain itu semasa kempen Piala Malaysia musim ini, berkata Ahmad Fakri dijangka mengisi slot penyerang dalam kesebelasan utama skuad itu. - Bernama

KEPAL NASI KEPAL BERAS

Posted: 09 Nov 2012 04:00 PM PST

KEPAL NASI KEPAL BERAS


PAS RELA MASUK NERAKA 1000 TAHUN LEBIH AWAL DARI BUDAK INI....

Posted: 08 Nov 2012 06:38 PM PST

Mampukah ulamak PAS membendung dan menahan setiap ragam dan karenah manusia yang begitu liberal pemikiran yang semakin mendapat tempat di dalam pakatan pembangkang hari ini?

Sampailah ketika dan saatnya PAS mengalami situasi "diluah mati anak, ditelan mati bapak". 

Manakan tidak. Di sebelah tangan kanan ada kitab Al Quran, di tangan kiri ada senarai peratusan sokongan pengundi yang boleh memberi kemenangan kepada mereka pada PRU13 akan datang, tetapi pengundi-pengundi tersebut adalah pengundi yang menyokong pemimpin yang sanggup mempromosi kebebasan beragama merentasi sempadan penganut Islam dan melayu.

Golongan ini bukan saja menggelar orang melayu Islam di Malaysia sebagai minda jumud dan beku, malah minda yang dilesenkan. 

"The Malay mind thus becomes like a licensed mind because the government and its religious authorities decide what they can and cannot believe and do." cubalah "sibak" lebih lanjut dalam Malaysikini artikel Steve Oh.

Pemimpin dalam pakatan seperti Nurul Izzah yang bersetuju dengan fahaman ideologi bebas dan murtad ini berlambak-lambak dalam pakatan pembangkang hari ini.

Golongan seperti inilah musuh sebenar yang sewajibnya ditentang oleh PAS selaras dengan prinsip-prinsip Islam. Tapi jika PAS bertegas untuk berpegang kepada Al Quran, maka besar kemungkinan PAS akan kehilangan sokongan dari kelompok liberal terlampau ini.

Soalnya adakah PAS sedia untuk compromise akidah dan segala prinsip Islam yang dijunjung untuk membolehkan mereka mendapat sokongan ataupun berkerjasama dengan golongan liberal terlampau ini?

Semakin kesian penulis melihat PAS menempuh situasi "ditelan mati anak diluah mati bapak ini". Saya kesian melihat PAS saling tak tumpah macam pelacur setengah abad yang merayu-rayu minta dilanggan demi menjamin kelangsungan hidup. Walhal PAS lebih dari sedar bahawa yang mereka perjuangkan adalah satu-satunya agama benar dan suci. Kenapa PAS mencari kaedah yang begitu hina untuk mengangkat sebuah agama yang suci dan haq? 

Penulis tertanya-tanya sendiri, "apakah Allah berkehendakan PAS lakukan sehingga tahap mengkrompromi akidah dan soal murtad demi untuk mendaulatkan negara Islam"?

Jika benar Allah membenarkan semua kompromi seperti ini asal saja dapat kuasa dan dengan beroleh kuasa, maka Islam boleh dijulang, maka boleh saja kita cari kaedah-kaedah lain yang lebih relevan dengan "strategi mendapat sokongan".

Antara cadangan konkrit yang terfikir oleh penulis sebagai idea cadangan untuk PAS fikirkan dalam usaha menambah lagi sokongan rakyat kepada mereka ialah;

1. Kompromi akidah - cadangan sedang dan sudah dilaksanakan sebaik saja PAS bisu dalam isu Nurul Izzah setuju soal melayu murtad.
2. Kompromi tempat ibadat. PAS boleh utarakan cadangan agar dibuat satu pusat ibadat untuk kegunaan semua agama. Semua penganut agama boleh gunakan tempat ini secara bergilir-gilir.
3. Di pusat ibadat semua agama ini diwajibkan semua penganut agama menggunakan tuhan yang bernama Allah.
4. Kompromi dan membuat penyelarasan sambutan hari kebesaran antara agama supaya seperti sambutan maulidur pembawa ajaran-ajaran agama di Malaysia. Mungkin boleh diumumkan hari besar untuk semua agama ditukar kepada hari Ahad kerana pada waktu itu kebetulan hari cuti. Sembahyang jumaat ditukar ke sembahyang Ahad.
5. Kompromi dan longgarkan peraturan Islam yang tertentu dan untuk maksud strategik agar persepsi penganut agama lain terhadap Islam bertukar positif. Mungkin sektor pelacuran, judi dan nombor ekor boleh dikrompomi buat sementara waktu sebagai sebahagian dari langkah untuk menampakkan Islam lebih friendly dan tidak jumud.
6. Banyak lagi cadangan konkrit boleh dibuat jika sekadar mahu mendapat sokongan undi dalam pilihanraya. Tapi PAS kena tahanlah kena rendam dalam neraka 1000 tahun lebih awal dari penyembah berhala.1 hari akhirat bersamaan 1000 tahun di dunia. Bermakna sejuta tahun kamu duduk neraka barulah Steve Oh mengambil tempat. Itu pun belum tau lagi. Kalau dia mengucap sebelum mati, tak jumpa pun dia.

WARIS PURBA

Posted: 09 Nov 2012 03:01 PM PST

WARIS PURBA


AHLI MAJLIS PEGUAM FRUST NURUL IZZAH TIDAK PERTAHAN KENYATAAN

Posted: 08 Nov 2012 06:28 PM PST


Seorang ahli Majlis Peguam kecewa apabila Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar tidak mempertahankan kenyataan beliau bahawa hak kebebasan beragama perlu diguna pakai sama rata termasuk orang Melayu.
Menurut Siti Zabedah Kasim yang dipetik dari laman portal Free Malaysia Today, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu sepatutnya mempertahankan kenyataannya berhubung kebebasan beragama itu dan bukan 'memusing' 180 darjah.
''Tiada apa yang salah mengenainya, beliau mengatakan kebenaran. Saya menjangka 'hoo-ha' selepas itu. Tetapi sebagai seorang ahli politik, anda hanya perlu berpegang kepada kebenaran.
''Saya percaya Nurul Izzah cuba menarik perhatian orang ramai, dia tidak memikirkan tentang kesannya," katanya kepada laman portal tersebut.

tun faisal dot com

Posted: 09 Nov 2012 02:10 PM PST

tun faisal dot com


#Murtad Hasan Ali kata @DrDzul Parasit, Penipu, Penyibuk dalam kes Nurul Izzah?

Posted: 09 Nov 2012 03:37 AM PST


Dr Hasan Ali anggap Dr Dzul 3P = parasit, penipu, penyibuk 


Fuad Hassan - Nurul Izzah ikut kepercayaan bapanya, pluralisme

KENYATAAN MEDIA YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI

Dalam isu melibatkan kebebasan memilih agama termasuk penganut agama Islam seperti yang dinyatakan oleh Nurul Izzah, ramai pihak telah mengemukakan pandangan masing-masing.

Jelas kelihatan ada dua pandangan daripada dua kumpulan. Pertama, pandangan yang menyokong dan mempertahankan pendirian Nurul Izzah. Kedua, pandangan ahli-ahli akademik yang berautoriti dan pimpinan masyarakat yang menyanggah kenyataan Nurul Izzah. Nurul Izzah disifatkan sebagai jahil dalam agama Islam disamping umur yang terlalu muda untuk mengulas hal-hal akidah yang begitu berat konotasi dan implikasi.

Saya tertarik dengan kenyataan yang dibuat oleh pimpinan parasit PAS. Dr Zulkifli Ahmad dan Khalid Samad telah membuat kenyataan membela dan mempertahankan pandagan Nurul Izzah dengan alasan bahawa mereka yang menyanggah kenyataan Nurul Izzah tidak memahami maksud sebenar kenyataan Nurul Izzah itu dan tidak mengikuti penerangan lanjut yang diberikan dalam lokasi yang berlainan.

Dr Zulkifli Ahmad menyentuh persoalan bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang dilihat begitu tegas mengeluarkan kenyataan menyanggah apa yang disebutkan oleh Nurul Izzah sambil Baginda mengharapkan kenyataan-kenyataan sedemikian tidak berulang lagi demi menjaga kesucian agama Islam sebagai agama Persekutuan.

Saya membaca kenyataan Dr Zulkifli Ahmad dalam dua keadaan. Pertama, Dr Zulkifli seolah-olah cuba menasihatkan Sultan supaya memperolehi gambaran yang jelas sebelum membuat kenyataan. Kedua, Dr Zulkifli juga bagi saya merendahkan martabat Baginda Sultan yang terkenal dengan sifat sangat  berhati-hati sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan. Biasanya Baginda akan merujuk kepada mereka yang berautoriti untuk mendapatkan kepelbagaian pandangan dan setelah itu membuat satu keputusan dan rumusan setelah dihadam selumat-lumatnya.

Agak lucu bagi saya bila Dr Zulkifli mengatakan bahawa beliau cukup rapat dengan Tuanku Sultan. Sejak bila pula beliau cukup rapat dengan Tuanku?  Sebagai Ahli Majlis Agama Islam Negeri Selangor dan bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor yang dipertanggungjawabkan kepada portfolio Agma Islam saya tidak pernah melihat batang tubuh Dr Zulkifli di dalam majlis yang melibatkan Baginda Sultan khususnya dalam acara-acara mengenai Islam dan Adat Istiadat Melayu.

Sekali lagi saya merasakan Dr Zulkifli meletakkan dirinya terlalu tinggi hingga berasakan Institusi Kesultanan dan batang tubuh Tuanku Sultan boleh "dipermainkan" sesuka hati.

Bagi mereka yang mengenali Dr Zulkifli, sudah tentu dapat merasakan satu perbezaan yang agak nyata di antara Dr Zulkifli sebagai seorang intelek dan penggerak Islam dengan Dr Zulkifli sebagai ahli politik yang kini bersekongkol dengan Dato Seri Anwar Ibrahim dan DAP. Kini apa yang disuarakan adalah bayangan suara Anwar Ibrahim. Sebab itu bila anak Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan "carbon copy" ayahandanya, antara pimpinan PAS yang melompat mempertahankan pendirian Nurul Izzah ialah Dr Zulkifli hingga beliau sanggup merendahkan martabat istana dan Ke Bawah Duli Tuanku untuk dijadikan justifikasi mengiakan pandangan Nurul Izzah itu.

YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI
TTDI Kuala Lumpur
8 November 2012

yeopPERAK

Posted: 09 Nov 2012 01:36 PM PST

yeopPERAK


sumber inspirasiku

Posted: 08 Nov 2012 09:28 PM PST



Ketika bertemu seseorang, riak wajahnya terlebih dahulu terpancar. Sekiranya yang ditemui sedang menangis, kita pasti akan mengatakan bahawa orang itu sedang bersedih. Jika orang itu sedang ketawa, tentu sekali akan dikatakan dia sedang gembira. Hebat sekali Allah ciptakan komunikasi perasaan.

Mana mungkin manusia biasa seperti saya terlepas dari cinta. Cinta adalah fitrah buat manusia. Cinta juga adalah satu anugerah yang amat bernilai dari Allah yang maha esa kepada hambanya. Kerana cinta itu begitu indah dan ia sukar dilafazkan dengan kata-kata, ramai yang cuba membuat kesimpulan apakah makna sebenar cinta.

Seorang teman itu amat penting dalam kehidupan kita. Setiap saat kita memerlukan seseorang untuk berkongsi suka dan duka bersama. Tanpa mereka, siapalah kita. Sama-sama kita menjaga persahabatan kita semua. Jujurlah dalam bersahabat, ingatkan andai sahabat terlupa. Berusahalah untuk amanah andai di beri sesuatu tanggungjawab dari sahabat kita.

Seorang teman yang memahami airmata mu jauh lebih berharga daripada seratus teman yang hanya mempercayai senyuman mu....Jika aku menyakiti hati mu, bukan niat ku untuk menyakiti mu, bukan niat ku untuk melukakan hati mu, maafkan aku kerana aku masih tidak sempurna....

Kita amat memerlukan sokongan seseorang utk terus melakukan sesuatu dalam hidup kita, terutama sekali dalam bidang penulisan kalau tiada sumber yang menjadi inspirasi maka idea mungkin susah nak digali...miss uols sweet2 mehhhhh

Tiada ulasan:

Pengikut