Sabtu, 10 November 2012

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 09 Nov 2012 11:47 PM PST

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Terbukti Pak Long adalah seorang pembohong besar, memanipulasikan Jelajah Dato Seri Anwar Ibrahim ke Pahang mengikut nafsunya sendiri

Posted: 09 Nov 2012 01:29 AM PST

Saya telah menerima program tentatif Jelajah Dato Seri Anwar Ibrahim untuk 18.11.12 pada 6hb November 2012 melalui email saya yang dihantarkan oleh Pak Long, orang paling kuat di Sekretariat PKR Pahang.

Berbekalkan program tentatif ini, saya dijemput untuk bermesyuarat di rumah Dr Yahya di Padang Kerbau Temerloh pada 8hb November 2012.  Program tentaCabang Paya Besar, Cabang Maran, Cabang Temerloh, Cabang Kuala Krau,dan Cabang Bera.

Pindaan yang kami buat bukan kepada tempat-tempat persinggahan Dato Seri Anwar Ibrahim, tetapi hanyalah kepada masa untuk dimasukkan masa yang lebih realistik memandangkan perjalanan dari satu tempat ke satu tempat itu adalah jauh.

Program yang saya terima pada 6hb itu adalah seperti berikut:



Setelah berbincang dengan membuat pindaan kepada
masa, supaya lebih sesuai, maka menjadi tugas Sekretariat PKR Pahang untuk menghantarkan email kepada semua Cabang-Cabang yang terlibat akan pindaan-pindaan yang dibuat.

Pak Long yang mewakili Sekretariat PKR Pahang telah (kononnya) membuat pindaan kepada Program Tentatif itu dan pada jam 11.47 malam, 8.11.2012 telah menghantarkan kepada saya (mungkin juga kepada Cabang-Cabang lain yang berkenaan akan pindaan yang telah dibuat mengikut keputusan mesyuarat.

Program pindaan yang dihantarkan oleh Pak Long itu adalah seperti berikut:


Saya tidur agak awal malam tadi kerana terlalu mengantuk, terus tidur selepas Solat Isya'. Dan pada jam 4.00 pagi saya sudah tersedar dari tidur.  Biasanya saya buat solat malam bila tersedar awal begini, tapi pagi tadi saya tidak berbuat demikian, tetapi membuka komputer saya, dan membuka gmail saya.

Terperanjat beruk saya bila saya tengok email yang diihantarkan oleh Pak Long mengenai pindaan kepada program tentatif Jelajah Dato Seri Anwar Ibrahim, bukan sahaja program itu merupakan program baru bahkan persinggahan Dato Seri Anwar di Mentakab dan Kuala Krau ditiadakan.

Nak talipon kepada Dato Fauzi, hari masih terlalu awal; nak talipon kepada Pak Long juga terlalu awal di awal pagi.

Saya terus sms kepada Dato Fauzi.  Jam lebih kurang 6.00 pagi Dato Fauzi menalipon saya.  Dan saya terus menerangkan kepada Dato Fauzi bahawa Program baru yang dihantarkan oleh Pak Long tidak meletakkan Kuala Krau dan Mentakab sebagai tempat persinggahan Dato Seri Anwar Ibrahim.

Dato Fauzi juga tidak dapat memberikan jawapan serta merta dan beliau menyatakan bahawa beliau terpaksa dapatkan berita sahih dari Pak Long.

Saya cukup gelisah dengan perkembangan ini kerana jika Dato Seri Anwar tidak dapat datang ke Kg Penderas, maka politik PKR Kuala Krau dikalangan Orang Asal bolehlah dikatakan sudah berakhir.  Orang Asal tidak akan percaya lagi kepada PKR.  Saya sangat kenal dan tahu pemikiran Orang Asal.  Dan jika PKR Kuala Krau tidak mendapat sokongan Orang Asal, maka eloklah PKR melupakan saja hajat untuk meletakkan calon di DUN Jenderak.

Jawapan dari Pak Long tidak kian tiba.  Lbih kurang jam 7.30 pagi Pak Long pun menalipon saya dan dengan selamba mengatakan dia sudah tersilap dengan menghantarkan program tentatif yang awal.  Saya katakan bahawa Program Tentatif yang awal adalah yang dihantar pada 6hb November 2012 dan dibincangkan di rumah Dr Yahya.  Program yang beliau kata tersilap itu dihantar oleh beliau pada 8hb November 2012 jam 11.47 malam.

Sikapnya yang berdolak dalik itu tidak mendapat tempat di hati saya.  Saya naik geram dan marah, dan saya padamkan saja hp saya.

Dengan sikap buruk Pak Long itu tidak memungkinkan saya dapat memberikan sebarang kerjasama lagi kepada Sekretariat PKR Pahang, dan saya teruslah meminta Setiausaha PKR Cabang Kuala Krau memanggilkan satu Mesyuarat Jawatankuasa Cabang untuk saya meletakkan jawatan.  Ini bukanlah tindakan terburu-buru tetapi setelah saya menerima sms dari Dr Yahya dan Nizam Ahmad bahawa program itu adalah yang terlebih awal yang dihantar oleh Pak Long.  Mereka berdua itu tidak mengikuti trek email yang terlebih awal yang dihantarkan oleh Pak Long.  Itu bukan program terawal tetapi program terbaharu yang dibuat mengikut nafsu Pak Long.

Anita Karim selaku Setiausaha PKR Cabang Kuala Krau telah pun menghantar Notis Mesyuarat JK untuk 18.11.12 itu, tetapi pada petang ini beliau memanggil beberapa Orang Jawatankuasa yang penting seperti Timbalan Ketua, Naib Ketua dan sebagainya untuk perbincangan terlebih awal.

Azmi Zainon pula menalipon saya mengatakan bahawa jika saya letak jawatan, semua AJK PKR Kuala Krau akan turut sama meletakkan jawatan pada 18.11.12 itu.

Setelah kekecuhan ini berlaku barulah Pak Long menghantar Program seperti keputusan di mesyuarat di rumah Dr Yahya di Temerloh.  Program itu adalah seperti beriku:


Pembohongan Pak Long terbongkar, tetapi memandangkan bahawa ramai dari Ketua-Ketua Cabang tidak sensitif dan yakin bahawa Pak Long membuat kesilapan teknikal yang kecil sahaja seperti pandangan Dr Yahya dan Nizam Ahmad, maka orang seperti Pak Long ini boleh memanipulasi apa saja didalam PKR Pahang.

Saya tidak tahu pendirian Dato Fauzi, mungkin beliau juga memandangkan bahawa perkara ini adalah satu perkara kecil yang remeh temeh.

 Memandangkan keadaan-keadaan ini, saya merasakan saya sudah menjadi orang yang sudah tidak bertempat di PKR pahang.  Oleh itu saya membuat keputusan untuk meninggalkan semua jawatan saya didalam parti diantaranya Ketua PKR Cabang Kuala Krau, Naib Pengerusi 1 PKR negeri Pahang, Ahli Majlis Pimpinan PKR Pusat dan Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pusat.

Dan perletakan jawatan-jawatan saya itu akan saya lakukan sebelum Mesyuarat MPP PKR.  Sekian, terima kasih.

Anwar Ibrahim

Posted: 09 Nov 2012 07:37 PM PST

Anwar Ibrahim


[VIDEO] Isu AES

Posted: 09 Nov 2012 09:55 AM PST

Siri Jelajah Merdeka Rakyat Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Selangor

Posted: 09 Nov 2012 09:42 AM PST

12 November 2012 (Isnin)

1) 7.00 mlm – Solat & Tazkirah Maghrib – (P-Ampang)

2) Lokasi : Masjid Bukit Indah, Ampang

3) 8.30 – 12.00 mlm – Ceramah Merdeka Rakyat (P-Pandan)

4) Lokasi: Padang Taman Dagang, Fasa 1, Ampang (Tapak Pasar Malam)

5) Penceramah:

i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii. YB Dato' Seri Panglima Lajim Ukin

iii. YB Iskandar Abdul Samad

iv. YB Jenice Lee Ying Ha

v. YBhg Rafizi Ramli

vi. Sdr Kalimuthu

Desperate Measures To Discredit Nurul

Posted: 08 Nov 2012 07:57 PM PST

FMT

By CT Ali

I am not interested in talking to the converted. Certainly not to those of you who passionately believe that Dr Mahathir Mohamad did not abuse the office of prime minister to make his children insanely rich.

Nor do I intend to engage those among you that have consigned body and soul to the cause of Pakatan Rakyat unconditionally – for even in Pakatan today there are those whose conduct and beliefs bring into question their ability to be open, accountable and responsible should they be given the responsibility of government.

For those of you that vehemently insist that Islam, Christianity, Buddhism, Judaism, Hinduism, or any other religion is the only salvation of the human race, I bid you to leave us and not trouble us with your self-righteous indignations.

I intend to speak to those among you that have clarity of purpose to listen, hear, understand and debate this vexed issue of "compulsion" – especially in relation to religion – vis-à-vis to what Nurul Izzah Anwar did or did not say in her recent comments at a public forum.

In truth, it is really as much an issue of compulsion as it is of politics. More of politics.

I am not going to refer to any quotes from the Quran, the Bible, the Torah, the Tripitakas, the Bhagavad Gita or any other holy books for I am not that scholarly a person.

I have no emotional revulsion against any religion for we must all realise the good all religions have also done.

Today we live in wondrous time. On Tuesday night, I read Obama's tweet: "This happened because of you. Thank you," proclaiming himself winner over Mitt Romney.

A few minutes later I receive an e-mail from my cousin MK in Kuala Pilah updating me about his lunch with AJ, earlier at the new Chinese restaurant at the Lake Club in KL.

I am sharing what happened on Tuesday night because what happened in the US and the news from Kuala Pilah reached me instantly at the click of my mouse.

Now if you know this, then you will also know that what Nurul said or did not say in the name of religious freedom also reached me the same night.

Desperate politicians

Now we know that others have waded into this issue – each for his or her own personal gain and I do not intend to give them further gain by quoting what they have said. Suffice to remind you of what Andy Warhol said: "In the future, everyone will be world famous for 15 minutes." So let them look for their 15 minutes of fame elsewhere.

What I want to try and do here is this: gaze into the abyss, into a Malaysia without Umno.

It is as worrying to me as it is exhilarating. It fills me with apprehension at a future without Ketuanan Melayu and that "Bumiputera" safety net in business at work or play for us Malays and yet invigorating for my senses as I face a future that will demand much of the Malays – as much as it would demand of anyone else that calls Malaysia their home.

Whoever wins or loses in this general election, there is no denying that we are on the verge of changing Malaysia for the better. We are no longer fighting hubris, our politicians are. And none more so than those desperate politicians from Umno-led Barisan Nasional.

And how desperate are they? Let me tell you how desperate.

They troll the ranks of Pakatan looking for who will be their nemesis.

They seek here, there and everywhere for who in Pakatan could become the rallying point for that final surge needed to knock BN into that "lintang pukang, helter skelter" mode triggering Umno's free- fall towards oblivion.

Who will rally the rakyat into stampeding towards the opposition ranks? Who? We know Anwar Ibrahim is a constant. Everything you would expect a leader to have endured physically and mentally, Anwar has endured. He has been to hell and is now back with us.

But Anwar, Lim Kit Siang, Abdul Hadi Awang are yesterday's people. Still relevant but age is a punishing master and sometimes politics asks for more than what the aged will give.

So who will venture against Umno? Only one name emerges. One solitary name: Nurul Izzah.

Future is Nurul

Umno has now lined up the big guns against Nurul. JAIS, Ibrahim Ali, Nazri Aziz, Hishammuddin Hussein, Muhyiddin Yassin, Mahathir… did I forget anybody?

Umno has already told us that Anwar is pro-Christian. Now Nurul is blasphemous towards Islam.

To be honest, I do not know what it is that she has said, nor do I care to read the countless articles by all giving their spin on what she was supposed to have said against Islam.

I have held my peace so far – one, because I did not want to wade through all that has been written so far for and against her on this matter, and two, I did not want to add my writings to the lot.

I ask that each and every one of you go and read what you can read about what Nurul said or did not say. I have made up my mind about this matter and it is this.

This will not go away. Like an old, hungry, desperate toothless crocodile that has seized a baby antelope for lunch, Umno, in all its wisdom, has decreed that this (Nurul) is its most dangerous opponent and so the attacks on Nurul will not stop.

It won't stop because Umno, like that old desperate, hungry and toothless crocodile, will not let go until and unless we shoot it dead so that Nurul can live.

For Nurul, I would suggest that she move on. Do not give credence to those who seek to discredit, defame or cause you distress by hurling accusations that you support apostasy.

We know you for what you are: a courageous daughter, a dutiful wife, the proud mother of two cuties and the defection-proof member of parliament for Lembah Pantai.

And even if she does not say so, she is our future.

CT Ali is a reformist who believes in Pakatan Rakyat's ideologies. He is a FMT columnist.

Wee Choo Keong

Posted: 09 Nov 2012 03:59 PM PST

Wee Choo Keong


6-11-2012: DBKL adalah “Contractor Friendly”

Posted: 09 Nov 2012 07:39 AM PST

(Hansard belum disemak) Pada 6.11.2012  jam  6.40 ptg. Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada maksud bekalan 32 dan juga Butiran 060000 – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan 02000 – Jalan-jalan dan Jambatan-jambatan. Saya ingin membahaskan sekali gus kedua-dua butiran ini terutama saya ingin bangkitkan mengenai dengan masalah kerja [...]

Gwo-Burne for Kelana Jaya

Posted: 09 Nov 2012 11:15 AM PST

Gwo-Burne for Kelana Jaya


HASIL SIASATAN SPRM KE ATAS MB NEGERI SEMBILAN

Posted: 09 Nov 2012 10:30 AM PST

PEMBERITAHUAN PERNYATAAN DEWAN RAKYAT PERNYATAAN    :    LISAN DARIPADA        :    TUAN GWO-BURNE LOH [KELANA JAYA] TARIKH        :    10 NOVEMBER 2011 SOALAN : Tuan Gwo-Burne Loh [Kelana Jaya] minta PERDANA MENTERI menyatakan hasil siasatan SPRM dan Panel Penilaian Operasi mengenai dakwaan bahawa Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan menghantar dana RM10 juta melalui perkhidmatan pengurup wang. JAWAPAN : YB [...]

BULETIN RAKYAT

Posted: 09 Nov 2012 11:14 AM PST

BULETIN RAKYAT


Ribut petir di petang deepavali..

Posted: 09 Nov 2012 02:39 AM PST

 KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan ribut petir pada sebelah petang sambutan perayaan Deepavali Selasa ini. Menurut jabatan itu hari ini, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Perak, Melaka, Johor, Pahang, Sarawak, Sabah dan Negeri Sembilan dijangka dilanda ribut petir pada sebelah petang. Kelantan dan Terengganu turut diramalkan menerima hujan pada sebelah petang. Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Labuan pula dijangka mengalami cuaca cerah pada sebelah petang. 

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

Posted: 09 Nov 2012 11:06 AM PST

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Umno guna agama untuk raih keuntungan politik – Anwar

Posted: 08 Nov 2012 07:12 PM PST


KUALA LUMPUR 9 NOV:  Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Umno BN  menggunakan agama untuk mencari keuntungan politik dengan kali ini, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah menjadi  mangsa.
Menyifatkan serangan fitnah terhadap anaknya itu sebagai bermotif dendam, beliau percaya perjuangan Nurul Izzah bukan terletak di tangan kerajaan sebaliknya dihakimi rakyat biasa.
"Satu kerajaan datang hentam dia, tapi saya nak kata bukan kerajaan penentunya, tapi rakyat yang akan menghakimi segala-galanya.
"Mereka nak kalahkan Izzah, nak angkat Raja Nong Chik. Apa mereka lupa isu tanah di Kampung Baru pun tak selesai, anak dia pula dapat kontrak tender berbilion ringgit.
"Saya pesan dekat Izzah, ini ujian. Kita kena hadapi," kata Ketua Pembangkang itu.
Pada pilihan raya umum lalu, Nurul Izzah membuat kejutan apabila menewas Datuk Seri Shahrizat Jalil bagi menawan kerusi Parlimen Lembah Pantai.
Kini, ada ura-ura kerusi itu bakal ditandingi Raja Nong Chik sekalipun terpalit dengan isu rampasan tanah Kampung Baru dan skandal anaknya.
"Perlawanan ini antara rakyat dengan kerajaan yang korup. Inilah masanya untuk rakyat mengatakan tidak, kepada mereka," katanya  depan 700 orang pada ceramah perdana Jelajah Merdeka Rakyat di Bulatan Little India, Brickfields, di sini malam tadi.
Depan 2,000 orang di padang Flat Sri Labuan, Bandar Tun Razak dalam Jelajah Merdeka Rakyat pada malam samapula, Anwar berkata tidak ada maknanya Islam seseorang itu jika agama diperalat untuk kezaliman dan menindas.
"Walkaramah itu keadilan, kita sebagai umat Islam dituntut memberi keadilan untuk semua dan angkat darjat manusia.
"Ini disebut Ketua Ulama SeDunia, Sheikh Yusuf al-Qaradawi dalam buku terbarunya (Kebangkitan Rakyat).
"Di Mesir, ada minoriti Kristian. Semasa berlaku serangan ke atas gereja oleh pelampau Mesir, anak-anak muda Islam bina benteng  pertahankan penganut Kristian.
"Kerana apa? Kerana mereka mahu pertahankan umat manusia dari kezaliman. Semasa serangan gereja di Petaling Jaya dulu, Ustaz Haji Hadi Awang juga tolak kekerasan terhadap agama lain dan minta gereja tidak dirosakkan.
"Kalau orang Melayu dengan Cina bergaduh, yang untung Umno. Islam dengan Kristian gaduh, yang untung Umno," katanya.

Sistem pengundian awal mudah dimanipulasi SPR – Fuziah

Posted: 08 Nov 2012 07:11 PM PST

KUALA LUMPUR 8 Nov: Pelaksanaan sistem pengundian awal yang menggantikan sistem undi polis, tidak kemas dan mudah dimanipulasi untuk memenangkan Umno BN, kata Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.
Beliau berkata, ia berikutan pengundian awal sepatutnya dibuat sehari sebelum hari mengundi, bukan tiga hari seperti yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
"Pasangan (pengundi awal seperti tentera dan polis) juga automatik undi awal, walaupun mereka tidak perlu buat demikian.
"Kita juga tidak dibenarkan lekatkan 'seal' (penanda) pada peti undi. Ini menyusahkan kita untuk jaga (peti undi) selama tiga hari sebelum dikira.
"Pengumuman terbaru SPR mengatakan kertas undi tidak lagi ditebuk (khas) sebagai tanda ia asli, sebaliknya guna rubber stamp. Sesiapa pun boleh (tiru)," kata Naib Presiden KEADILAN itu.
Mengikut laporan Bernama 14 Mac lalu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof memperkenal sistem undi awal menggantikan undi pos bermula Pilihan Raya umum (PRU) ke-13. Ia bermakna, semua 242,294 pengundi pos dengan automatik menjadi pengundi awal.
Pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini, Fuziah berkata, SPR bukan sahaja tidak menambah baik proses pilihan raya, malah menambah lagi kesulitan dan memudahkan penipuan.
"Isu pengundian awal penting dan tidak harus dibiar sebegini. Ia antara isu yang tidak dipandang serius oleh SPR untuk menjamin pilihan raya yang adil dan bersih," katanya.
Dalam sidang media sama, Ahli Parlimen Tian Chua mengecam SPR kerana tidak pernah memberi jawapan wajar tentang isu yang dibangkitkan.
"Yang ada hanyalah had bendera (ketika berkempen) dan had kehadiran semasa penamaan calon. Semua ini tiada kaitan," katanya.
Beliau tidak menolak rakyat akan bangkit untuk meneruskan tuntutan pilihan raya adil dan bersih jika SPR enggan membaiki sistem sedia ada.
"Harapan rakyat pada PRU 13 sangat tinggi. Kerajaan tidak mampu lagi untuk kecewakan rakyat," katanya.
Pada 5 November lalu, Himpunan Kebangkitan Rakyat dilancar di Seremban untuk meneruskan tuntutan pilihan raya bersih dan adil. Ia akan disusuli dengan siri program seluruh negara sebelum kemuncaknya di Stadium Nasional Bukit Jalil 12 Januari ini.

Daftar pemilih kotor, Pakatan jumpa SPR 19 Nov

Posted: 08 Nov 2012 06:57 PM PST


KUALA LUMPUR 9 November: Pakatan Rakyat (Pakatan) akan bertemu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) 19 November ini bagi menyelesaikan isu daftar pemilih yang belum bersih, kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.
Menurut beliau, hasil analisa jentera pilihan raya yang dibuat pihaknya mendapati, terdapat empat masalah utama berjaya dikesan melibatkan alamat pengundi, pengundi pos, pengundi didaftar belum cukup 21 tahun dan pemindahan pengundi.
"SPR memberi daftar yang tidak lengkap. Sehingga suku 1 tahun 2012, saya dapati dari 70,136 pengundi dalam daftar pengundi, hampir 45 peratus tidak diberi alamat lengkap.
"Seramai 2,661 pengundi tiada nombor rumah ataupun nama jalan, tetapi ada lokaliti dan daerah mengundi. Manakala 28,883 pengundi ada nombor rumah, tetapi tiada alamat lain kecuali lokaliti dan daerah mengundi," katanya pada kenyataan.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, masalah undi pos juga menjadi penyumbang kerana peningkatan 1,500 peratus daripada 154 pada 2008 kepada 2,227 pada suku ke-3 2012.
"Sekitar awal 2011, saya dapati Pusat Tahanan Sementara Bukit Jalil, yang 12 kilometer jauhnya di luar kawasan Lembah Pantai dan pada 2008 terletak dalam Parlimen Bandar Tun Razak, kini termasuk sebagai satu pusat pengundi pos di Lembah Pantai.
"Saya dikejutkan dengan data terkini, di mana 383 pengundi pos dipindah keluar dari Pusat Tahanan Sementara Bukit Jalil ke Balai Polis Travers," jelasnya.
Tambah beliau, persoalan lain pula muncul apabila 772 pengundi didaftarkan sebelum genap umur 21 tahun sebagai pengundi di Lembah Pantai.
"Sebagai contoh, seorang pengundi dengan tarikh lahir 19 Jun 1990 telah mendaftar sebagai pengundi pada 2 Mac 2011, iaitu pada usia 20 tahun 8 bulan.
"Jika benar analisa ini, saya menggesa pihak SPR untuk membuat penjelasan: Adakah seseorang yang belum cukup 21 tahun boleh mendaftar sebagai pengundi?" ujarnya.
Beliau turut keliru dan mempersoal apabila berlaku pemindahan pengundi kepada alamat yang sama hanya bagi tempoh empat hari.
"Contohnya, saya dapati seramai 31 pengundi pindah masuk ke tujuh alamat yang sama di PPR Kg Limau. Yang ganjilnya, hampir semua dipindahkan sekitar tarikh yang sama, iaitu 28 hingga 31 Mac 2011. Bertambah ganjil adalah 22 dari pengundi ini dipindahkan dari Parlimen Seputeh," kata Nurul Izzah.
Menurutnya lagi, beliau akan menyerahkan bukti dan kepincangan tersebut sebelum sesi pertemuan di antara SPR dan Ahli Parlimen yang akan diadakan pada tarikh berkenaan.
"Saya akan menyerahkan senarai penuh alamat-alamat dan nama-nama pengundi kepada pihak SPR, dan meminta SPR menjelaskan sama ada perkara ini benar-benar berlaku," katanya.

Selangor tidak benarkan penguatkuasaan AES

Posted: 08 Nov 2012 06:54 PM PST

dipetik dari Malaysiakini.com


Kerajaan Selangor tidak akan membenarkan penguatkuasaan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang telah dipasang di negeri ini kerana Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) gagal membuktikan AES adalah cara terbaik untuk mengatasi peningkatan kadar kemalangan jalan raya, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Rahim Ibrahim.

NONE"Setelah mendengar taklimat oleh Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) semalam, kerajaan negeri bercadang untuk melantik penilai bebas untuk mengkaji sama ada Kementerian Pengangkutan telah mengambil kira secara menyeluruh langkah-langkah sepatutnya sebelum membuat keputusan untuk mengunapakai dan memasang sistem AES ini.

"Dari pembentangan tersebut, kerajaan negeri juga mendapati Kementerian Pengangkutan telah gagal mendapatkan kebenaran untuk pembinaan struktur bagi sistem AES daripada pihak berkuasa tempatan (PBT)," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Justeru, tegasnya, kerajaan negeri mengarahkan semua PBT untuk memaklumkan  kepada kementerian menyatakan bahawa pemasangan AES telah tidak mematuhi undang-undang dan tidak boleh dilaksanakan sehingga perkara ini dipatuhi.

"Kerajaan negeri merasakan  perjanjian di antara Kerajaan Pusat dan syarikat konsesi perlu dikaji semula sebelum sistem AES dapat dikuatkuasakan.

"Kerajaan negeri juga dimaklumkan bahawa syarikat konsesi akan mendapat keuntungan 17 peratus di mana kerajaan negeri berpendapat jumlah keuntungan itu tidak wajar.

"Kerajaan negeri  juga mengesyorkan kutipan sama dimasukkan dalam Akaun Amanah berbanding Akaun Yang Disatukan untuk membiayai program kesedaran keselamatan jalan raya," tegasnya.

Dengan cara ini, tegasnya, rakyat  yang membayar saman akan menyumbang kepada negara bukan membantu menambah kekayaan golongan peniaga. 

Menerusi akaun amanah ini, tambahnya, syarikat konsesi hanya dibenarkan mengutip keuntungan wajar bagi menampung kos pemasangan kamera AES. 

"Dengan cara ini juga, syarikat konsesi lebih berhati-hati untuk memasang AES dengan memilih kawasan-kawasan strategik  untuk mengelak menanggung kos pemasangan yang tinggi. 

"Kerajaan negeri tidak bertolak ansur sekiranya syarikat konsesi mahu mengaut  keuntungan melampau hasil penswastaan saman kerana akhirnya rakyat yang terpaksa menanggung beban," tambahnya.

Tiada ulasan:

Pengikut