Sabtu, 10 November 2012

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


DunSemarang

Posted: 10 Nov 2012 01:52 AM PST

DunSemarang


PakAtan wajib bertaubat...Islam AgamaKU...

Posted: 09 Nov 2012 05:17 PM PST

Ahli Parlimen Kota Belud

Posted: 09 Nov 2012 11:17 PM PST

Ahli Parlimen Kota Belud


Dana Politik: Realitinya

Posted: 09 Nov 2012 06:16 PM PST




​APABILA Datuk Seri Nazri Aziz mengumumkan di Parlimen mengenai keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SRPM) dan Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah (ICAC) Hong Kong yang membersihkan Datuk Seri Musa Aman daripada dakwaan rasuah, saya pantas tersenyum sinis: sewajarnya pembangkang berada dalam keadaan serba salah ketika ini.
Jika sebelum ini mereka rancak `menyerang' Musa atas dakwaan penyalahgunaan kuasa dan rasuah, pengumuman itu nyata mengubah strategi mereka kepada `serangan melampaui prasangka'.
Beberapa hari selepas pengumuman itu, pembangkang dengan mudah mengalih serangan daripada Musa kepada sumbangan politik bagi UMNO. Kali ini, antara kutukan kedengaran ialah menyifatkan sumbangan itu sebagai tidak munasabah, tidak boleh diterima dan Suruhajaya Siasatan Diraja (RCI) mesti dibentuk serta-merta.
Sementara saya tinggalkan pembangkang dengan agenda mereka, mari kita kupas satu persatu kebenaran di bawah lapisan politik Malaysia. Rakyat Malaysia dibenarkan menyumbang wang kepada parti politik pilihannya, malah kepada sesiapapun yang dimahukan. Jika penyumbang enggan identitinya didedahkan, permintaan itu mesti dipenuhi selagi sumbangannya tidak menyalahi undang-undang.
Bagaimanapun, dunia pembangkang berpusat kepada suasana ketidakadilan dan pilih kasih. Izinkan saya jelaskan. Apabila UMNO menerima sumbangan, identiti penyumbangnya mesti didedahkan segera. Bagaimanapun, pernahkah anda mendengar pembangkang mengumumkan sumber derma yang diterima sekata ini? Kita tahu mereka juga menerima sumbangan politik daripada pelbagai pihak. Anda lihat ironinya?
Sebagai contoh, kita ambil ibu pejabat baru DAP bernilai jutaan ringgit di Pulau Pinang. DAP membinanya dua tahun selepas memerintah Pulau Mutiara. Ibu pejabat DAP itu dilapor bernilai kira-kira RM3.5 juta. Menurut Pengerusi DAP Pulau Pinang, duit berkenaan adalah hasil sumbangan dan jutaan ringgit sudah dikumpul setakat ini.
Apabila saya tanya seorang pemimpin kanan DAP di laman Twitter mengenai pembiayaan bangunan itu, beliau menjelaskan ia dikumpul daripada penyokong setiap DAP. Agak menarik juga apabila individu memberi wang kepada DAP, ia dinamakan `sumbangan ikhlas' tetapi apabila sumbangan sama dilakukan terhadap UMNO, pembangkang pantas menuduh UMNO mengamalkan kronisme, rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
Ironinya, ketika pembangkang menuduh Musa menjarah dan merampas kawasan kaya dengan balak di Sabah, ketegasan Ketua Menteri Sabah itu dalam melindungi  balak dan hutan daripada diceroboh pihak tidak bertanggungjawab menjadikan Musa jaguh di kalangan kumpulan pencinta alam sekitar di seluruh dunia. Semua pertubuhan berkenaan terus-menerus memuji program dilaksanakan Musa dalam melindungi hutan. Kawasan hutan yang ditanam semua dengan pantas di bawah pentadbiran Musa, membolehkan kawasan yang dibalak kembali subur dengan hutan baru dalam tempoh 30 tahun.
Malah, sepanjang menjadi Ketua Menteri, Musa mewartakan lebih banyak kawasan hutan yang kaya dengan balak dan meletakkannya di bawah perlindungan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memastikan tiada Ketua Menteri termasuk dirinya sendiri, memberi kebenaran secara peribadi untuk membalak di kawasan dilindungi tanpa kebenaran DUN!
Ketegasan sama ketara dilihat menerusi cara Musa menangani simpanan besar negeri merangkumi arang batu, silika, emas dan batu kapur yang berpotensi menghasilkan pendapatan berbilion ringgit jika dilombong.
Apabila ditanya mengapa beliau menghabiskan tenaga dan wang melaksanakan agenda pemuliharaan dan tidak memanfaatkan sumber berkenaan yang boleh meningkatkan pendapatan negeri, Musa menjawab: "Tak apalah, sekarang ini, Sabah dilimpahi dengan pendapatan hasil daripada minyak. Biarlah kita pelihara hutan dan sumber galian bagi masa depan anak cucu kita."
Jika anda mempercayai segala dakwaan pembangkang di Parlimen, anda akan beranggapan sumber kewangan Sabah berada dalam genting - dikendalikan oleh pemimpin yang menyeleweng dan menyebabkan jutaan rakyatnya merempat manakala masyarakatnya kucar-kacir.
Gambaran itu jelas jauh menyimpang daripada kebenaran. Hakikatnya ialah menerusi kepemimpinan Musa sebagai Ketua Menteri, pertumbuhan Sabah melonjak dengan ketara. Simpanan tunai negeri berada di kedudukan paling tinggi dalam sejarah, melepasi dua negeri paling maju di Malaysia (Selangor dan Pulau Pinang) dan berkembang dengan konsisten. Jika Ketua Menterinya mengamalkan rasuah seperti dakwaan pembangkang, sudah lama Sabah menjadi papa kedana. Ini kerana bukan sukar mengaut kekayaan negeri jika anda memiliki sikap sebagai `penyedut hampagas' seperti didakwa pembangkang.
Selain daripada simpanan tetap, Sabah turut mencatat sejarah tersendiri apabila Musa membentangkan Bajet Negeri bagi 2012 berjumlah RM4 bilion. Ia adalah angka terbesar dalam aspek pendatangan dan peruntukan, sekali lagi mengatasi Bajet Selagor dan Pulau Pinang. Bagi menambah pencapaian cemerlangnya, Laporan Ketua Audit Negara menyebut Kerajaan Negeri Sabah pimpinan Musa sebagai negeri yang memiliki asas dan pengurusan kewangan terbaik buat kali ke-12 berturut-turut. Dalam hal ini, sudah tentu pembangkang mengabaikan fakta berkenaan.
Walaupun tiada undang-undang khusus melarang penyokong memberi sumbangan kepada parti politik, SPRM dengan jelas menegaskan kepada semua parti politik bahawa sumbangan tunai yang diterima sebagai derma mesti direkodkan, dimaklumkan kepada pucuk pimpinan parti dan disertakan dalam proses audit, termasuk oleh SPRM. Itulah yang dilakukan oleh UMNO Sabah.
Sudah kerap saya dengar pembangkang memuji ICAC Hong Kong di Parlimen sebagai agensi membanteras rasuah terbaik di dunia. Malah, mereka turut mendesak SPRM mencontohi kaedah ICAC dalam menjalankan siasatan antirasuah. Malangnya, apabila ICAC sama membebaskan Musa, pembangkang dengan lantang menyifatkan keputusan itu sebagai `meragukan' dan `di luar kebiasaan'. Itu lancang namanya!
Harus diakui semua parti politik termasuk pembangkang, menerima derma dan sumbangan daripada penyokong. Jika tidak, bagaimana mereka boleh melaksanakan pelbagai kegiatan parti di seluruh negara yang perlu dilakukan secara berterusan sepanjang 5 tahun selang pilihan raya?
Mari kita bermain dengan angka. Andaikan PKR mempunyai cawangan di semua 222 kawasan Parlimen dan menghabiskan minimum RM10,000 bagi setiap cawangan untuk sewa pejabat, gaji kakitangan, utiliti, bekalan pejabat dan aktiviti. Ia bermakna pimpinan atasan PKR perlu membelanjakan RM2.22 juta sebulan atau RM26.6 juta setahun. Ia membawa kepada RM133.2 juta bagi 5 tahun untuk membiayai kos cawangannya di seluruh negara!
Kalau pun PKR hanya mempunyai separuh daripada cawangan itu, jumlah yang diperlukan bagi urusan pentadbirannya ialah RM66.6 juta untuk tempoh 5 tahun! Angka besar ini tidak termasuk perbelanjaan PAS dan DAP bagi cawangan masing-masing.
Oh, saya hampir terlupa. Apa yang kecohnya mengenai sumbangan RM40 juta itu?

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

Posted: 09 Nov 2012 08:17 AM PST

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


@N_IZZAH TARIK BALIK KENYATAAN SECARA TERBUKA ATAU #SAMAN KAMI

Posted: 09 Nov 2012 08:02 AM PST

MB SELANGOR TAKUT JUMPA MANGSA BANJIR..KERANA DUIT PERUNTUKAN HABIS BUAT BELANJA BAS

Posted: 08 Nov 2012 07:46 PM PST


Kesal dan Menyesal sekali rakyat Kuala Langat dan Sepang yang telah dilanda musibah baru-baru ini..Maunya tak..kunjungan ke atas mereka LANGSUNG tidak ada..Baik peringkat DUN,PARLIMEN mahupun pihak KERAjaan Negeri..Aikkk..hairan bin ajaib..KATA NEGERI BERKEBAJIKAN! Harkktuii..
Apa salahnya kalau pemimpin jumpa rakyat!Lupa pulak aku..kan mereka pemimpin..mana boleh turun padang..nak turun padang punnn mesti naik BAS atau CAMRY..baru ada style selaku pemimpin..Apa Khalid ni takut ke yang rakyat tu nak minta duit?Aikk..rakyat tak kemaruklah dengan duit kau tu...Kalau kau bagi sekali pun,rakyat TETAP ambik jugak...Pasal ko kan banyak duit...Yelah..ko boleh belikan BAS untuk abang Nuar..takkan bagi kat rakyat 5-6 ratus sekeluarga tak boleh..Tapikan..aku rasalah mereka taknak pun duit ko tu sebabnya ko sendiri taukan..Dan aku rasa sebab utama ko taknak jumpa rakyat satu je...pasal BANJIR kan..apa dah ko lakukan kat Negeri Selangor ni...makin teruk jadinya masalah banjir
ni..

Memanglah tu bencana alam,tak dinafikan..tapi sekurang-kurangnya kita sebagai manusia berusaha untuk mengelakkannnya..ni tak..sampah menjadi isu utama setiap kali meeting PBT.nampak beno tak buat kerja.
Tinjauan team PUcTD dibeberapa penempatan banjir sekitar Kuala Langat dan Dengkil mendapati hampir tipa hari para pemimpin serta anak buah UMNO/BN turun padang..dahlah turun padang,TANPA mengira masa pulak tu..Perghh..Ni baru betul..rakyat DIDAHULUKAN..

Ko pulak terbalik..rakyat didahulukan pabila time nak pilihanraya aje..Bukan aje Khalid taknak turun,malah para EXCO-EXCO nya punn tak nampak batang idung..heheheee..alahai..
Namun..mangsa banjir ini...tahu apa nak buat pada masa PRU nanti..Menurut kata seorang warga Emas yang sempat team kami interview...Dia kata dia memang dahulu PANGKAH PKR kerana inginkan perubahan..alahai...rupanya Makcik TERSALAH pilihlah nak oii..Makin teruk jadiinya... Aku pun kata balik..ye ke Makcik...ALLAH MAHA ADIL makcik,sekarang juga DIA tunjuk sapa yang benar dan sapa yang salah.

Firman Allah kepada nabi s a.w. mengenai ahli al-kitab
"Jika mereka orang Yahudi) datang kepadamu (untuk meminta putusan) maka putuskanlah (perkara itu) di antara mereka, atau berpalinglah daripada mereka" sampai kepada "Dan jika kamu memutuskan perkara mereka maka putuskanlah (perkara itu) di antara mereka dengan adil, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang adil."
(Surah Al-Maidah ayat 49)
Pimpinan berkesan dapat dilihat bilamana bertambah yang maaruf dan semakin berkurangan mungkar

Itulah tanda-tanda dan kesan-kesan yang menunjukkan sesuatu kejayaan dalam mana-mana pimpinan pada mana-mana peringkat dan bahagian. Keseluruhan kesan-kesan tersebut hanya akan tercapai bilamana terlebih dahulu dapat dicapai pada bahagian-bahagian tertentu samada dalam bentuk peribadi atau jamaah. Umpamanya kesan sembahyang ialah meninggalkan kejahatan dan kemungkaran. Kesan puasa menimbulkan ketakwaan. Kesan tauhid menimbulkan kesabaran dan keberanian. Kesan jemaah merapatkan persaudaraan dan seterusnya. Di dalam keadaan kesan- kesan tersebut tidak dapat dirasakan oleh pemimpin, apatah lagi oleh yang dipimpin maka hendaklah masing-masing mengkoreksi dan merenungi dimanakah kecacatan yang ada dalam pimpinan tersebut. Kerana yang maaruf akan menerbitkan yang maaruf dan yang mungkar menimbulkan yang munkar.

Ambillah contoh mendirikan rumahtangga berdasarkan kepada firman Allah:
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaannya ialah dia menciptakan untukmu isteri, dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan di antaramu rasa kasih dan rahmat. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mahu berfikir."
(Surah Al-Rum ayat 21).
RENUNGAN BUAT PEMERINTAHAN KERAjaan SELANGOR DARUL EHSAN.

Tiada ulasan:

Pengikut