Selasa, 25 Oktober 2011

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah


Penindasan kerajaan terhadap apprentices TLDM dibongkar

Posted: 25 Oct 2011 04:15 AM PDT

KOTA KINABALU, 25 Okt: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah(DPPNS) hari ini mendedahkan penyelewengan dan penindasan kerajaan Malaysia keatas anggota apprentices Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM).

MenurutKetua Penerangannya, Saudara Mohd Zulfikar Abd. Mijan, terdapat hampir 1000 anggotaapprentices TLDM  dibawah Skim ApprenticesDiploma Teknologi Marin (DTM) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudaiberasa teraniaya kerana tidak diberikan hak dan kebajikan kepada mereka denganapa yang dijanjikan sebelum ini.

"Ramaianggota tidak diberikan pangkat PetterOfficer (PO) dan gaji yang setimpal kepada mereka", jelasnya kepada sidangmedia di Pejabat PAS Sabah, Kota Kinabalu pagi tadi.

Tambahnya,terdapat beberapa perkara mengundang rasa tidak puas hati mereka terhadappengurusan TLDM dalam melaksanakan tanggungjawab kebajikan kepada anggota.

Beliaumendakwa, selain kesemua anggota berkenaan tidak mematuhi kontrak sebenar dalamperkhidmatan, mereka juga tidak diberikan peluang untuk mendapatkan  penjelasan kukuh berkaitan arahanpemberhentian yang lebih awal dari waktunya.

"Alasan yang digunakan oleh pihak TLDM untuk menyekatkenaikan pangkat dan menawarkan berhenti sukarela adalah tidak munasabah denganmenggunakan alasan kegagalan penyiapan kapal ronda generasi baru dan lebihananggota dalam perjawatan.

"Pampasan berhenti awal juga tidak komprehensif kerana itu  kesalahan TLDM yang tidak mematuhi kontrakmenyebabkan caruman LTAT diterima adalah sikit berbanding anggota lain,"ujarnya.

Beliaumenjelaskan, kegagalan pihak TLDM menyiapkan 23 daripada 27 buah baki kapalperang menyebabkan graduan lepasan DTM terpaksa diserapkan ke unit-unit kecilbahagian TLDM dengan tidak mempraktikal secara teknikal berhubung pengajian merekadi UTM.

Penindasanskim berkenaan semakin ketara apabila kesemua mereka tidak diberikan latihanperalihan untuk mempersiapkan diri sebagai orang awam dalam masyarakat.

"Merekatidak ditawarkan peralihan sekurang-kurangnya 2 atau 3 bulan untukmempersiapkan diri menjadi orang awam sebagaimana anggota lain," katanya.

Selaindari itu, kesemua anggota DTM terbabit juga seolah-olah dipaksa dan diugutuntuk menandatangani borang perjanjian umpama akujanji untuk tidak mengambil apa-apatindakan undang-undang terhadap pengurusan TLDM.

"Initerang-terangan, pihak TLDM adalah dayus dengan memaksa mereka ini tandatanganborang perjanjian. Mereka dipaksa menandatangani bagi menutup salah lakupengurusan TLDM," tegasnya.

DakwaZulfikar, walaupun perkara ini berlaku semasa pentadbiran Datuk Seri Najib TunRazak memegang tampuk Menteri Pertahanan, namun penyelewengan dan penindasanini katanya, wajar dijawab oleh Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Dr. Ahmad ZahidHamidi selaku Menteri Pertahanan ketika ini.

Zulfikarmenambah, pihaknya akan meneruskan saman keatas pihak TLDM dan KerajaanMalaysia atas dakwaan penyelewengan dan penindasan tersebut. Walaupun pihaknyasudah mengemukakan saman pemula pada Februari lalu, namun ditolak oleh peguamatas alasan yang tidak munasabah.

Dokumenpenyelewengan tersebut juga diserahkan kepada Ahli Parlimen Jerai, Saudara MohdFirdaus Jaafar untuk didedahkan di Parlimen.

Sidangmedia tersebut turut dihadiri Ahli Parlimen Jerai yang juga Pengarah Penggunadan Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Saudara Mohd Firdaus Jaafar;Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Saudara Lahirul Latigu dan pimpinan pemudaPAS Negeri Sabah.

Pemuda PAS Sabah cabar Musa Aman

Posted: 25 Oct 2011 12:32 AM PDT

KOTAKINABALU, 26 Okt: "Jika benar Musa Aman orang Sabah, maka beliau dicabarmemberi penjelasan terbaik buat warga Sabah". Itulah cabaran Pemuda PAS Sabahkepada Kerajaan Negeri khususnya Datuk Seri Musa Aman dalam menangani isuberhubung penjualan tiga buah pulau Sabah yang diiklankan untuk dijual olehsebuah laman web asing yang berpusat di Kanada.

KetuaDewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Saudara Lahirul Latigu (gambar) berkata PAS mengambilpendirian serius berhubung isu berkenaan memandangkan ianya berkait mengenaikedaulatan dan keselamatan negara khususnya negeri Sabah pada masa kini danakan datang.

"Kenapapulau ini menjadi bahan dagangan, sedangkan ianya khazanah berharga kepadasesebuah negeri?", soalnya kepada sidang media di Pejabat PAS Sabah, KotaKinabalu, pagi tadi.

KataLahirul, PAS memberi tempoh tujuh hari untuk memberi peluang kepada KetuaMenteri, Musa Aman bagi menjawab semua persoalan dan isu berhubung penjualanpulau tersebut

"PAS jugaakan membawa isu ini kepada kementerian yang bertanggungjawab serta KetuaPembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dibahaskan di Parlimen," ujarnya.

Tambahnya,kempen "Selamatkan Pulau-Pulau Sabah" yang dilancarkan pada 16 Oktober laluakan diteruskan ke seluruh Malaysia dengan kerjasama bersama Pemuda PASMalaysia.

"DPPNSmenyeru agar masyarakat turut sama beramai-ramai membantah aktiviti penjualankhazanah negara ini dengan menandatangani petisyen secara online di laman http://www.thepetitionsite.com/1/save-sabahs-islands,"jelasnya.

Kempenmengumpul tandatangan sedang giat diadakan di pusat-pusat membeli belah seluruhSabah yang kini telah digerakkan oleh seluruh ahli Dewan Pemuda PAS NegeriSabah.

Beliaujuga mendakwa, isu tanah di Sabah terutama di kawasan pedalaman yang gagalditangani oleh kerajaan Sabah sebagai punca ketirisan kepimpinan kerajaanpimpinan Musa Aman dalam mentadbir Sabah dengan baik.

Sebaliknya,beliau menganggap sekiranya kerajaan Sabah telus dan ikhlas memperjuangkan hakrakyat maka golongan muda juga seharusnya diberikan hak pemilikan tanah.

Dalamsidang media itu juga, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, SaudaraMohd Zulfikar Abd. Mijan pula menempelak Musa Aman yang jangan hanya pandaimemerintah tetapi memekakkan telinga apabila berhadapan isu kedaulatan.

"Jangan tahuperintah saja, tapi orang jual pulau dia buat-buat tidak tahu," sinisnya.

Sidang mediatersebut turut dihadiri Ahli Parlimen Jerai, Saudara Mohd Firdaus Jaafar dankepimpinan Pemuda PAS Sabah.

Tiada ulasan:

Pengikut