Pakatan Rakyat |
Posted: 25 Aug 2011 03:30 PM PDT Ekoran itu, kerajaan Umno/BN telah menarik kembali pemberian subsidi gula bernilai RM116 juta dan rakyat disuruh kurangkan makan gula kerana pengidap diabetics dalam negara semakin meningkat! Rakyat disuruh merubah gaya hidup - tetapi Najib lupa nak nasihatkan isterinya sendiri si Rosmah yang sakan berbelanja mewah beli cincin berlian dan gelang tangan yang nilainya puluhan juta RM.Bertuahnya Rosmah mendapat peruntukan dari suaminya, RM111 juta 'Permata' yang dikendalikan olehnya. Ini semua gara-gara kerana kononnya kerajaan tidak mampu menampung kos subsidi yang semakin meningkat.Dan penarikan subsidi ini menyebabkan harga gula dan barangan lain keperluan rakyat kini menggila naik!Kenaikan tarif letrik bukan sahaja melibatkan kenaikan bil penggunaan tetapi juga melibatkan kenaikan kos pengeluaran barangan pengguna. Begitu juga dengan kenaikan harga diesel akibat penarikan subsidi baru-baru ini. Tetapi dengan tidak semena-mena, tanpa perbincangan dan kelulusan di Parlimen, Najib telah meluluskan RM1.4 bilion bantuan kebajikan masyarakat melalui Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA) tahun ini. Ah – satu lagi projek tergesa-gesa Najib menggula-gulakan rakyat agar rakyat jadi gila-gila menyokong rejim Najib! Pertanda PRU-13 sudah semakin hampir! Bukan main hebuh lagi pegumuman tersebut dibuat!Tapi apalah sangat jumlah RM1.4 billion itu dibandingkan dengan peruntukan RM19 bilion setahun kepada syarikat IPP seperti YTL Corporation Berhad, Malakoff Corporation Berhad dan Genting Sanyen? Tapi yang peliknya,tarif elektrik di negara kita makin meningkat. Bukankah tujuan pemberian subsidi itu untuk mengurangkan beban rakyat? Apakah rasionalnya pemberian RM1.4 bilion subsidi ini? Adakah untuk kepentingan negara atau bagi kepentingan survival Umno/BN? Kalau benar sebagaimana kata Najib bahawa langkah itu kerana mahu menegakkan keadilan sosial dalam negara,kerajaan sepatutnya * Luluskan tuntutan CUEPACS dan MTUC gaji minimum RM900 sebulan |
Posted: 25 Aug 2011 03:24 PM PDT Pasukan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa bukti yang dibawa ke mahkamah oleh pendakwa dalam kes Fitnah II sebenarnya tidak lengkap dan diubah suai, lapor KD. Hal ini diketahui melalui saksi kelima peguam bela, iaitu pakar molekul genetik, Dr Brian McDonalds dari Australia. Dr McDonalds dalam keterangannya memberitahu mahkamah, calitan kapas yang diambil dari tubuh pengadu, Sayfool sepatutnya terus diletakkan di atas slaid kaca dan diteliti di bawah mikroskop selain disimpan di dalam botol plastik oleh pegawai penyiasat. Penelitian di bawah mikroskop itu menurut Dr McDonalds, membolehkan doktor atau saintis mengetahui terus sama ada calitan yang diambil itu merupakan calitan air mani atau pun tidak. Tindakan pegawai penyiasat, Jude Pereira menyimpan sampel itu di pejabatnya selama dua hari pada suhu bilik juga menimbulkan keraguan kerana bukti mungkin diubah suai dan tercemar. Peguam kepada Anwar, Sankara Nair ketika mengulas berkata, langkah itu sepatutnya dilakukan kerana langkah itu adalah prosedur biasa dalam mana-mana kes serangan seksual. Namun, katanya, dalam kes Fitnah II ini langkah itu tidak pula dibuat. "(Sepatutnya) boleh tengok terus, untuk tahu samada (sampel) mengandungi air mani atau tidak. "Pada peringkat itu, ia kepunyaan siapa tidak penting kerana ia boleh diketahui kemudian. "Di Malaysia, kita tidak lakukan perkara ini tetapi di Australia mereka buat," kata Sankara ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. Dalam kenyataannya pada sebelah petang, Dr Brian MacDonalds mempertikai kandungan DNA yang tinggi dalam sampel air mani yang dianalisis Jabatan Kimia Malaysia. Menurutnya, sampel air mani yang berada di dalam rektum seorang lelaki selama lebih 56 jam sebelum calitan air mani itu diambil dengan putik kapas sepatutnya mempunyai kandungan DNA yang sudah merosot. (Saiful diperiksa pada 28 Jun, 2008 – selepas lebih dua hari dari masa kejadian liwat didakwa berlaku pada 26 Jun 2008). Ditambah pula bukti disimpan selama lebih dua hari oleh pegawai penyiasat Jude Pereira di pejabatnya pada suhu bilik dan tidak disejukbekukan, sampel itu sepatutnya sudah tidak boleh digunakan kerana terdapat kemungkinan bukti sudah dicemari bakteria lain yang tumbuh, kata Dr MacDonalds. Hal ini berlawanan dengan laporan Ahli Kimia, Dr Seah Lay Hong yang mendapati terdapat banyak DNA 'segar' sewaktu beliau menganalisis sampel dari HKL yang diserahkan Jude Pereira. Perkara ini, kata Sankara Nair, adalah tidak tepat dan tidak masuk akal. Hal ini meyakinkan Sankara dan pasukannya bahawa bukti itu diubah suai sebelum bukti tersebut sampai ke Jabatan Kimia untuk dianalisis. "Kerana itu kami katakan ia (mungkin) diubah suai. Bagaimana ia diubah suai, kami tidak tahu tetapi kami yakin ia diubah suai. "(Lebih meragukan), Dr Seah sendiri sewaktu memberikan keterangan dahulu enggan memberikan penjelasan terperinci bagaimana beliau menganalisa sampel itu. "Beliau juga enggan menerangkan bagaimana kit ujian yang digunakan," kata Sankara. |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan