Khamis, 25 Ogos 2011

DEWAN MUSLIMAT PAS GOPENG

DEWAN MUSLIMAT PAS GOPENG


KALAU INI TERJADI PADA KITA!!! .BAGAIMANA ??

Posted: 25 Aug 2011 09:34 PM PDT

 Apabila membaca laporan tentang apa yang berlaku di negara kita ini rasa seperti tidak percaya pun ada...bagaimana kalau terjadi pada kita..atau saudara mara kita?



      

RANTAU PANJANG, 25 Ogos: Seorang armalah bagaikan bermimpi apabila rumahnya di sini tiba-tiba diserbu sekumpulan lelaki bersenjata kira-kira jam 8.30 pagi semalam.

Pintu rumahnya ditendang kumpulan lelaki terbabit yang datang tanpa diundang.
Lebih parah lagi dakwa Noraisiah Che Ghani, 40 salah seorang lelaki bertopeng lengkap bersenjata itu menendang di bahagian perutnya sehingga terduduk.

"Kesannya saya mengalami sakit di bahagian pinggang dan perut sehingga sekarang. Ketika kejadian saya sedang tidur di ruang tamu tiba-tiba terperanjat mendengar bunyi kenderaan yang kuat di halaman rumah.
"Sebaik sahaja bangun dua anggota polis bertopeng menendang pintu rumah dan tendangan terkena perut sehingga saya terduduk.

"Sampai hari ini saya tidak boleh duduk lama kerana sakit di bahagian pinggang dan perut," ujarnya berniaga sayur di Pasar Rantau Panjang.

Armalah kepada tiga anak yang berusia antara sembilan dan setahun setengah itu pada mulanya panik tidak tahu apa punca kedatangan lelaki bertopeng lengkap bersenjata.

Ujar beliau tanpa memberitahu apa sebab kedatangan mereka terus bertindak.
"Selepas lama mengeledah kemudian salah seorang anggota polis terbabit memohon maaf di atas kesilapan mereka, lalu meninggalkan rumah saya.

"Seorang anggota polis pada awalnya mendakwa kononnya saya terlibat menyeludup senjata api," katanya yang masih tidak dapat melupakan peristiwa berkenaan ketika ditemui di rumahnya hari ini.
Ketika kejadian turut berada di rumahnya tiga anaknya, emak yang cacat penglihatan, dua adik beradiknya.

Kumpulan bersenjata itu menyelongkar segenap ruang di dalam rumahnya hampir dua jam sebelum beredar tanpa menemui sebarang barangan disyaki.
Mencerita lanjut saat-saat mencemas itu Noraisiah memberitahu beliau kemudian ditawarkan sejumlah  bayaran sebagai kos perubatan bagi menutup kes tersebut ketika datang membuat laporan polis di Balai Polis Rantau Panjang.

Menurut beliau adiknya Numi Che Ghani juga turut ditawarkan sejumlah bayaran yang sama.
Serbuan itu juga turut menjadikan adik iparnya Sopian Sautar, 31 sebagai mangsa apabila dipaksa meminum air empat botol kerana disyaki penagih dadah ketika datang menemankan Norasiah di Balai Polis.

"Pada mulanya saya enggan sebab saya berpuasa, tetapi saya dipaksa juga minum empat botol air kosong dalam botol besar selepas ujian kali pertama didapati saya negatif sebarang dadah," ujarnya.

Menurut Norasiah selepas kejadian kira-kira jam 11 pagi beliau ke klinik berhampiran rumahnya untuk mendapatkan rawatan dan kira-kira 11 malam pula membuat laporan polis.

Sementara itu anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof berharap kerajaan dan pihak polis bertanggungjawab ke atas mangsa yang ditendang sekumpulan lelaki bersenjata alasan disyaki sebagai penyeludup senjata.

"Kita minta kerajaan dan pasukan polis bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku. Mereka juga meninggalkan mangsa begitu sahaja tanpa membantunya membawa ke hospital biar pun tercedera," katanya ketika menziarahi mangsa di rumahnya di sini.

Siti Zailah yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat turut melahirkan rasa hairan apabila salinan laporan polis yang diterima mangsa tidak sama dengan apa yang dilapor semalam.

"Dalam laporan itu, mangsa memberitahu anggota polis yang bertopeng menyerbu rumahnya dengan diacu senjata seramai hampir 20 orang, tetapi dalam laporan yang diberi kepada pengadu hanya dua orang sahaja," katanya.

Tiada ulasan:

Pengikut