Rabu, 27 Julai 2011

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


DunSemarang

Posted: 27 Jul 2011 01:08 AM PDT

DunSemarang


Sambut Seruan KIBAR JALUR GEMILANH

Posted: 26 Jul 2011 08:26 AM PDT

Rakyat yang PATRIOTIK akan mengibarkan Jalur Gemilang lambang Jati diri dan sayangkan Tanah Ayer. Mari kita lihat bersama..siapa lebih banyak mengibarkan Jalur Gemilang dan siapa pula yang lebih banyak menjual serta mengaut untung....tapi tak sudi mengibar Jalur Gemilang secara ikhlas...
Yang menyedihkan..Jalur Gemilang di jual di kedai RM2/** dibuat dari mana...

Reformasi dan penipuan Bersih berulang...

Posted: 26 Jul 2011 03:42 AM PDT

Ingatlah wahai Anak BangsaKu...Percayakah kamu semua apa yang di kata...ambilah iktibar pada mereka yang masih leka dan lena di buai PKR DAP dan rakan sejenisnya. Jangan gadaikan Negara Tanah Melayu tercinta ini...

umno bahagian cheras

Posted: 26 Jul 2011 01:39 PM PDT

umno bahagian cheras


Biometrik ; SPR jangan tunduk tekanan pembangkang – Syed Ali

Posted: 25 Jul 2011 09:18 PM PDT

TIDAK ada sebab untuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tunduk terhadap tekanan pembangkang yang menolak penggunaan sistem biometrik pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, jika penggunaan sistem baru itu telus dan baik, maka penggunaannya wajar diteruskan.

"Saya difahamkan cadangan penggunaan sistem biometrik masih lagi dalam proses kajian, maka tidak perlu SPR melayan kerenah pembangkang," katanya.

Katanya, sudah menjadi tabiat pembangkang akan menolak apa sahaja cadangan yang dilakukan oleh kerajaan termasuk SPR walaupun ianya baik untuk rakyat.

"Kita tenguk dulu hasil kajian tersebut, jika sistemnya elok dan telus, maka tidak ada sebab kita menolaknya. Ini satu transformasi dalam sistem pilihan raya di negara ini," katanya.

Beliau kecewa kerana pembangkang sengaja mempolitikkan cadangan penggunaan sistem biometrik seolah-olah kerajaan sengaja berbuat demikian untuk mengekalkan kuasa pada PRU akan datang.

Sebaliknya jelas beliau, penggunaan sistem biometrik akan menghalang taktik menggunakan pengundi hantu sepertimana dikesan berlaku pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh di Pulau Pinang dan Pengkalan Pasir (Pasir Mas), tidak lama dahulu.

"Inilah punca yang menyebabkan pembangkang menentang keras cadangan tersebut, mereka bimbang tidak dapat lagi menggunakan taktik pengundi hantu pada pilihan raya akan datang," tegasnya.

Katanya, pembangkang sepatutnya meneliti terlebih dahulu kajian yang sedang dibuat oleh SPR sebelum mengeluarkan pelbagai kenyataan negatif.

"Mereka terus memanipulasikan cadangan penggunaan sistem biometrik sebagai helah untuk menarik sokongan pengundi," ujarnya yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan.

Sikap itu kata Syed Ali, membuktikan pembangkang sememangnya tidak mahu penggunaan cara atau kaedah yang lebih telus dan berkesan dalam sistem pilihan raya di negara ini.

Lagipun kata beliau, Malaysia sudah mencapai status negara maju dan kaedah pengurusan sistem pilihan raya perlu dimodenkan sejajar dengan perubahan zaman.

"Sistem pengundian perlu dimodenkan sejajar dengan perkembangan semasa. Tidak perlu selama-lamanya SPR kekal dengan cara lama sepertimana yang masih diamalkan di negara-negara miskin seperti Bangadesh dan Pakistan," katanya.

Sistem biometrik yang bakal diperkenalkan oleh SPR adalah menerusi maklumat dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen, iaitu pemadaman cap ibu jari sebelum dibenarkan mengundi.

Mengenai dakwaan Ahli Parlimen PAS Bukit Gantang, Datuk Sri Ir. Mohd. Nizar Jamaluddin bahawa penggunaan sistem biometrik akan melambatkan proses pengundian, Syed Ali berkata, hanya mereka bersifat gelojoh sahaja yang tidak boleh menerima perubahan tersebut.

Katanya, mungkin pada awalnya kelihatan lambat, tetapi perkara itu akan diperbaiki oleh SPR jika ianya dilaksanakan kelak.


"Biasalah orang gelojoh, seperti Nizar yang tergilakan jawatan Menteri Besar Perak, semuanya akan dilihat sebagai negatif jika tidak menguntungkan mereka," ujarnya.

Syed Ali juga menolak dakwaan Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang beranggapan penggunaan sistem biometrik itu tidak akan menjamin ketelusan SPR.

"Tak ada yang baik apa yang dibuat oleh SPR, rasanya SPR akan dikatakan paling 'bersih' dan adil di dunia ini jika Anwar (Datuk Seri) dilantik sebagai pengerusinya," jelas beliau.

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

Posted: 26 Jul 2011 11:52 AM PDT

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


SIRI "ROAD TOUR" KEAHLIAN PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

Posted: 25 Jul 2011 11:00 PM PDT

Bertempat di PPR Pudu Hulu, Jalan Cheras pada hari Ahad bersamaan 24 Julai 2011, Biro Keahlian dan Biro Sukarelawan Puteri UMNO Bahagian Cheras telah menganjurkan program siri "Road Tour" Penambahan Keahlian Puteri UMNO bagi siri Minggu ke 4.

Program tersebut mendapat kerjasama dengan Persatuan Penduduk PPR Pudu Hulu, adalah program turun padang ke Perumahan Rakyat di sekitar Parlimen Cheras di samping menjalinkan hubungan silaturahim dengan penduduk setempat dan ahli - ahli UMNO khususnya.


Pelbagai aktiviti telah di laksanakan bersama - sama Jawatankuasa Komuniti penduduk PPR Pudu Hulu, Jalan Cheras serta mendapat kerjasama agensi Kerajaan seperti Jabatan Kesihatan Cheras Baru, wakil Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan sokongan dari Ahli-Ahli Jawatankuasa Puteri UMNO Bahagian Cheras.

Acara bermula seawal jam 8.30 pagi dengan di mulakan aktiviti Senamrobik bersama penduduk - penduduk PPR Pudu Hulu. Aktiviti mewarna lukisan, Sukaneka Kanak - Kanak dan program mengunting rambut secara percuma telah di lakukan khusus untuk anak - anak dan penduduk setempat diPPR Pudu Hulu.


Kaunter pemeriksaan kesihatan percuma, kaunter pendaftaran Pemilih dan kaunter pendaftaran ahli baru Puteri UMNO telah di buka untu
k kemudahan penduduk di sekitar PPR Pudu Hulu, Jalan Cheras. Ketua Puteri UMNO Bahagian Cheras, Puan Sarina Sharif turut meluangkan masa untuk bersama - sama dengan penduduk PPR Pudu Hulu dalam menjayakan program kemasyarakatan bersama Persatuan Penduduk PPR di Parlimen Cheras.

Program "Road Tour" ini telah mendapat sambutan yang amat baik dari penduduk PPR Pudu Hulu yang berbilang bangsa dan program ini akan di teruskan ke lokasi PPR di sekitar Parlimen Cheras dalam usaha Puteri UMNO Bahagian Cheras bersiap sedia menghadapi Pilihanraya Umum ke 13.

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

Posted: 26 Jul 2011 07:22 AM PDT

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


ada juga manusia jenis ni yerr....

Posted: 26 Jul 2011 05:52 AM PDT


Tahniah diucapkan kepada penganjur "wacana Wan Ahmad vs Ambiga"iaitu sinar harian..kerana telah BERJAYA menghimpunkan kedua-duanya dalam satu majlis..sepatutnya majlis ini diadakan dengan tenanglahkan..yelah yang datang tu nak dengar apa yang harus diperdengarkan..menghuraikan apa yang menjadi kekususutan serta majlis yang akan menghuraikan segala persoalan dan jawapan..lagi pun dalam akhbar sinar hari ni juga..ada diingatkan tentang etika ketika sewaktu berada disana..namun ianya tetap mengecewakan...jom baca laporan dari wartawan agenda daily ini...
Namanya sebuah wacana.Sepatutnya semua hadirin duduk dengan tenang dan tertib mendengar penal bercakap.Namun kalangan penyokong Bersih yang hadir buat perangai macam sarkas.
Itulah halnya semasa wacana bertajuk : Apa Selepas 9 Julai yang dianjur oleh akhbar Sinar Harian di pejabatnya di Shah Alam petang Selasa yang menyaksikan pertama kali tampil bersemuka Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad wan Omar VS Pengerusi Bersih Datuk S Ambiga.
Ini pertama kali mereka bersemuka sejak demo haram Bersih 9 Julai.
Turut sama menjadi ahli penal ialah penganalisis politik Dr Shamsul Amri Baharuddin.

alt
Namun forum selama lebih dua jam untuk membolehkan hadirin mendapat input secara langsung dari penal mengenai isu yang hangat itu kebelakangan ini dicemari dengan sikap ' nak menang saja dan mereka betul semua' kalangan penyokong Bersih yang hadir.
Maka majlis diselangi seli dengan tempikan boo segala macam hingga pada satu ketika Wan Ahmad yang nampak fedup secara menyindir berkata jika mereka ( pembangkang ) menang semua kerusi pilihanraya semuanya OK.- OLEH HELME HANAFI -

Tiada ulasan:

Pengikut