Rabu, 27 Julai 2011

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

ALHUSSEYN

Posted: 27 Jul 2011 03:45 PM PDT

Nik Aziz nafi sokong biometrik SPR

Posted: 27 Jul 2011 04:03 AM PDT

NONEMursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menafikan bahawa beliau menyokong cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggunakan sistem biometrik untuk identiti pengenalan pengundi dalam pilihan raya umum.

"Saya hanya menyatakan akan menyokong apa jua sistem yang membawa kebaikan dan tidak diragui. Sekiranya biometrik meragukan, maka ia juga wajar ditolak. Adapun laporan yang menyatakan bahawa saya menyokong adalah tidak tepat.

"Lebih baik (guna) dakwat kekal yang kita (pembangkang) minta (dulu) itu, supaya tidak ragu, selagi biometrik ini meragukan maka tak usah," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di Kota Baharu hari di sini

Biometrik : Nik Aziz mahu dibincangkan

Posted: 26 Jul 2011 09:29 PM PDT


Tajuk akhbar Sinar Harian hari ini begitu sensasi sekali : NIK AZIZ SOKONG BIOMETRIK!

Patutlah sahabat saya ini terlalu marah! Tetapi apabila diteliti, Nik Aziz tidaklah sokong membuta tuli.Beliau ada mengemukakan syarat-syarat tertentu.Beliau mahukan pelaksanaannya bersih dan telus.

"Taklimat mesti dengarlah. Dalam taklimat itu kita ada perbincangan, ada soal jawab. Saya ucap terima kasihlah SPR nak buat tu, (taklimat mengenai sistem biometrik). Jadi selepas daripada taklimat, kita boleh dengar dan bincang," Nik Aziz dipetik sebagai berkata.

Kenyataan Nik Aziz itu tidak bercanggah dengan pendirian PAS yang membantah penggunaan Biometrik.Tuan Guru mahukan perkara tersebut diperbincangkan.Apabila ianya dibincangkan, maka suara bantahan dan cadangan dari PAS boleh dikemukakan kepada SPR.Momentum ini akan membantu memberi penjelasan yang lebih detail kepada rakyat supaya mereka benar-benar mengerti dan memahami tipu helah SPR disebalik penggunaan Biometrik ini.

SPR secara tiba-tiba mahu menggunakan sistem Biometrik dalam PRU akan datang dan serta merta dipersetujui pula oleh kerajaan tanpa mengambil pandangan parti lawan.Kerajaan sokong walaupun SPR belum memberikan apa-apa penjelasan mengenainya.Nampak sangat ini semua idea kerajaan sendiri!

Kenyataan Nik Aziz nampak selari dengan Ambiga Sreenevesan yang berkata cadangan yang dikemukakan SPR itu boleh diterima sekiranya semua maklumat mengenai sistem itu dijelaskan secara terperinci kepada rakyat. Lihat di sini

Sokong demonstrasi Bersih 2.0 : Saifuddin perlu buktikan kata-katanya

Posted: 26 Jul 2011 08:27 PM PDT

Kita berharap jika benar apa yang dinyatakan oleh Datuk Saifuddin Abdullah,Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, bahawa beliau menyokong perhimpunan Bersih 2.0 dengan mengatakan bahawa demonstrasi adalah dibenarkan dalam demokrasi supaya beliau sendiri campur tangan keatas tindakan Kedutaan Malaysia dan Jabatan Penuntut Malaysia di Kaherah (JPMK) yang mengambil tindakan melampau ke atas penuntut-penuntut terbabit.Lihat kenyataan beliau menerusi rakaman berikut :


Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, "Kita mahu Kementerian Pengajian Tinggi campur tangan, bertanggungjawab dan menyelesaikan isu ini dengan lebih baik kerana penuntut kita di sana buat perhimpunan dengan mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa.

"Jadi tidak timbul mereka melanggar kesalahan, mereka bukan di Malaysia bahkan di Malaysia mereka yang ditahan juga tidak dikenakan apa-apa tindakan tegas," katanya di sini

Soalsiasat SPRM semakin menggerunkan!

Posted: 26 Jul 2011 06:58 PM PDT


Saksi atau tertuduh yang akan disoal-siasat oleh SPRM tidak perlu bersusah payah terjun bangunan lagi.Kali ini mereka akan terus dibawa masuk ke dalam tanah…..

Keadaan ini sangat menakutkan kerana mereka yang disoal siasat bukan sahaja tidak akan nampak cahaya mentari atau bulan, tetapi takut kalau-kalau akan kekal di bawah tanah untuk selamanya....

SPRM akan mendirikan 36 bilik soal-siasat yang baru yang terletak di bahagian bawah tanah bernilai kira-kira antara RM140,000 dan RM160,000 setiap satu akan didirikan.

Biaqpila

Posted: 27 Jul 2011 03:34 PM PDT

Nazri Abdullah

SHAH ALAM, 26 Julai: Wacana Sinar Harian bertajuk 'Apa selepas 9 Julai' yang berlangsung di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karang Kraf di sini menyaksikan setiap penjelasan wakil Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) disambut 'boo' oleh hadirin hingga ke akhir program.

SPR yang diwakili timbalan pengerusinya Datuk Wan Ahmad Wan Omar dicemuh seawal beliau berhujah menjawab soalan yang dikemukakan moderator iaitu Ketua Eksekutif IDEAS, Wan Saiful Wan Jan.

Wan Saiful dalam soalan awalnya bertanya kenapa SPR dilihat menggunakan ayat-ayat 'difensif' dalam buku terbaru mereka berhubung penjelasan tentang pilihan raya.

Menjawab soalan itu, Wan Ahmad dengan tegas berkata "SPR tidak difensif, kita tidak berpihak kepada mana-mana parti".

Jawapan itu lantas disambut 'boo' oleh hadirin sekaligus menjadikan auditorium gamat seketika dan kemudiannya ditenangkan oleh moderator.

Wacana hampir dua jam itu menampilkan dua lagi ahli panel iaitu Pegerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan dan Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia Professor Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin.

Ia bagaimanapun seolah-olah didominasi wakil SPR apabila hanya beliau diaju soalan oleh para hadirin.

Sepanjang penjelasannya, Wan Ahmad beberapa kali mengulangi kenyataan bahawa SPR 'tiada kuasa' untuk melakukan perubahan malah menjelaskan perubahan sistem pilihan raya hanya boleh dibuat oleh Pejabat Peguam Negara sebelum diluluskan di Parlimen.

Membidas penjelasan itu, seorang hadirin bangun mempersoal kenapa SPR menolak bulat-bulat kesemua lapan tuntutan Bersih termasuk pembersihan daftar pemilih dan tidak membawa cadangan penambahbaikan itu kepada Pejabat Peguam Negara.

Menjawab soalan itu Wan Ahmad berkata SPR tidak ada kuasa mengeluarkan mana-mana nama dalam daftar pemilih melainkan mendapat pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Beliau turut mengakui senarai pemilih yang wujud sejak 1959 itu tidak bersih kerana ada individu sudah meninggal dunia namun tiada pengesahan kematian dibuat warisnya kepada JPN.

"Sebab itu kalau kita dengar tadi ada orang berumur lebih 100 tahun, of course sebab kalau dia daftar pemilih pada tahun 1959 tentu umurnya sudah lebih seratus tahun kerana warisnya tak pernah melapor kematian dia kepada JPN," katanya namun sekali lagi dicemuh hadirin kerana dilihat cuba menyalahkan rakyat.

Lantas dengan itu beliau terpaksa merayu kepada hadirin supaya memberinya peluang membuat penjelasan.

Ketika membuat penjelasan lanjutnya, Wan Ahmad tiba-tiba berkata "SPR ditembak dituduh dari pelbagai penjuru, tetapi parti Barisan Nasional dia tidak menentang SPR..."

Kenyataan itu menyebabkan beliau sekali lagi ditertawakan hadirin yang dilihat majoritinya adalah menyokong reformasi sistem pilihan raya dibuat.

"Sebenarnya tuan-tuan tak menggunakan fikiran yang waras...tuan-tuan tak baca undang-undang.

"Tak payah la angkat suara kuat-kuat...Saya rasa tuan tuan tak layak la duk berbincang di sini," kata Wan Ahmad kecewa selepas terus menerus di'boo' hadirin.

Beliau kemudiannya merayu agar semua pihak termasuk hadirin yang hadir agar tidak melayan SPR seperti musuh mereka.

Malah katanya semua pihak harus bersama dengan SPR untuk melakukan penambahbaikan sistem pilihan raya.

Membidas kenyataan itu, Ambiga pula mempersoal siapa sebenarnya yang dilayan seperti musuh sejak Bersih 2.0 mengumumkan mengadakan himpunan pada 9 Julai lalu.

"You yang layan kami macam musuh. Tengok sahaja Bersih diserang sejak enam minggu lalu," tegasnya.

Bagaimanapun wacana yang bermula kira-kira jam 2.15 petang itu terpaksa berakhir awal 15 minit apabila moderator mengumumkan beliau mendapat arahan dari pihak atasan untuk menamatkannya tanpa sempat membenarkan ahli panel membuat penggulungan.

"Pihak atasan ni bukan pihak penganjur, tapi atas lagi daripada pihak penganjur," kata Wan Saiful.

HD

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Pengikut