Rabu, 27 Julai 2011

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan

Posted: 27 Jul 2011 07:08 AM PDT

Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan


Bangangnya Timbalan Pengerusi SPR

Posted: 27 Jul 2011 06:08 AM PDT

Dalam Wacana Apa Selepas 9 Julai, apabila ditanya seorang lelaki berhubung "bukti" bahawa seorang anggota tentera didapati mengundi dua kali menggunakan kad pengenalan awam dan tentera, Timbalan Pengerusi SPR telah mengeluarkan jawapan yang paling bangang, "Saya suruhanjaya, kami bincang tentang dasar tapi tuan bawa kerani punya isu."

Ini bukan sahaja jawapan bangang dari Timbalan Pengerusi SPR itu, malah kalau menggunakan istilah yang pernah digunakan oleh wartawan TV Wan Kamaruddin satu ketika dahulu, jawapan itu adalah jawapan 'haramjadah' namanya!

Orang yang tidak serius sambil membuli dan mempermain-mainkan kecerdikan minda rakyat, tidak layak berada di kerusi Pengerusi dan Timbalan Pengerusi apa yang dipanggil Suruhanjaya Pilihanraya yang berintegriti atau tukarkan sahaja nama Suruhanjaya Pilihanraya itu kepada Jabatan atau Biro Pilihanraya Umno/Bn !

TERKINI!! SAMBUTAN KUNING NAJIB ALTANTUYA: KESEMUA 10 TAHANAN DIBEBASKAN!!

Posted: 27 Jul 2011 06:07 AM PDT

Kesemua 10 tahanan yang ditangkap ketika cuba menyerahkan memorandum mendesak Najib Altantuya membebaskan tahanan di bawah Ordinan Darurat kini telah dibebaskan.

Mereka diiringi keluar oleh Naib Presiden PKR, N Surendran dan Latheefa Koya serta Fadiah Nadwa Fikri.

Kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan polis.

Polis pun tak dapat nak mendakwa mereka kerana tiada sebarang kesalahan dilakukan semasa tangkapan dibuat.

Mereka hanya memakai baju kuning tanpa logo Bersih 2.0

10 orang temasuk enam anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang ditahan polis di stesen Sentral Kuala Lumpur siang tadi dibebaskan kira-kira jam 5.50 petang selepas diambil keterangan.

Kesemua mereka yang ditahan di Balai Polis Travers itu sebelum ini disoal siasat dibawah Seksyen 105, Kanun Prosedur Jenayah.

Terdahulu, mereka ditahan kira-kira jam 2.50 petang ketika sedang berbaris bersama pelatih PLKN menyambut ketibaan Datuk Seri Najib Razak untuk merasmikan kempen Kibarkan Jalur Gemilang di sini.

Antara yang ditahan termasuklah Timbalan Ketua Penerangan AMK Rozan Azin Mat Rasip, Exco AMK Pusat, Zaki Yamani, Zulfikar Ali Ariffin, Manivannan Gowindasamy, Chegu Sekar dan pembantu ahli parlimen Ampang, Mohamad Fareez Kamal Intidzan.

Insiden berlaku apabila Zaki cuba masuk ke dalam laluan Najib bagi menyerahkan sepucuk surat kepada Perdana Menteri itu.

Sebaik sahaja beliau masuk sambil memanggil "Datuk Seri", empat pengawal peribadi Najib terus memegangnya dan mengheret beliau keluar dari tempat tersebut dan diserahkan kepada anggota polis yang sedia berkawal.

Najib juga dilihat sempat melihat ke arah Zaki dan pergelutan yang berlaku yang hanya berjarak kira-kira satu meter darinya.

Seorang rakannya, Zulfikar pula ditahan apabila cuba menayakan kepada polis kenapa Zaki ditahan dengan cara kasar.

Ekoran itu kesemua mereka yang memakai baju kuning itu ditahan pihak polis.

Ust Zamri Di BERS✔H, TV9 Hentikan Program "Adik & Al-Quran"

Posted: 27 Jul 2011 06:00 AM PDT

Mungkin ramai yang terkejut apabila program keagamaan, Adik & al-Quran yang disiarkan di TV9, telah dihentikan siarannya sejak seminggu lalu.

Perkara itu dikatakan berpunca daripada penyebaran gambar hosnya, Ustaz Haji Mohd Zamri Haji Mohd Zainuldin (gambar) atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Zamri, ketika terlibat dalam perhimpunan Bersih pada 9 Julai lalu.

Penerbit eksekutif TV9, Ezzah Aziz Fawzy, yang dihubungi berkata, arahan menghentikan program itu dikeluarkan oleh pihak atasan Prime Works atas sebab tertentu. Namun beliau tidak pula menafikan atau mengesahkan ia berpunca dari penyebaran gambar hosnya dalam perhimpunan Bersih itu.

"Pihak produksi telah dimaklumkan mengenai perkara ini. Makluman dalam bentuk arahan ini sudah pasti ada sebab yang kukuh mengapa ia tidak dapat diteruskan, cuma ia tidak boleh diuar-uarkan kepada umum.

"Program Adik & al Quran sebelum ini mendapat sambutan menggalakkan antara program yang mendapat rating tertinggi di kalangan penonton, tetapi stesen TV lebih mementingkan isu sensitiviti dan perlu memberi penekanan kepadanya," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Katanya lagi, memandangkan program tersebut telah mencapai satu rating yang baik, namun ia sedikit terjejas berikutan timbulnya perkara sebegini.

"Pada pandangan peribadi saya, seseorang yang bergelar ikon harus lebih berwaspada agar tidak terjadinya kejadian yang tidak diingini.

"Adalah wajar menjaga personaliti diri dan imej agar ia tidak memberikan sebarang perspektif tidak baik," katanya kepada Sinar Harian.

Tambahnya, program itu akan disiarkan semula cuma masih tidak mendapat tarikh yang baru.

"Berehat itu ada kalanya tidak mengambil masa. Namun, ia bergantung pada keputusan pihak atasan. Kadang-kadang cuma seminggu, ada juga yang tiga minggu. Semua itu bergantung pada keputusan mereka.

"Sebagai menggantikan program itu, ia digantikan dengan program Mari Bertarranum," katanya.

Terima apa saja keputusan Ustaz Zamri

Sementara, Ustaz Zamri, berkata, dia sudah pun berbincang dengan pihak TV9 dan mengharapkan agar perkara itu tidak berlarutan.

"Saya telah dipanggil untuk berbincang dengan pihak TV9 beberapa hari selepas gambar itu tersebar. Alhamdulillah, kami berbincang secara mahabbah (aman). Apa sebenarnya yang berlaku pada 9 Julai itu sudah saya terangkan kepada mereka dan tidak perlu saya ceritakan kepada umum.

"Saya faham situasi ini. Mungkin ia nampak lebih berat apabila ia mendapat komen yang agak mendalam menerusi Facebook, saya sendiri tidak pasti mengenai hal ini dan terima apa sahaja keputusan," katanya yang kini sedang menuntut pengajian dalam bidang tafsir Ulumul Quran di Universiti Antarabangsa Madinah, Malaysia.

10 ditahan ketika cuba serah surat pada Najib

Posted: 27 Jul 2011 05:20 AM PDT



KUALA LUMPUR, 27 Julai: 10 orang termasuk enam anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) ditahan polis di stesen Sentral Kuala Lumpur hari ini.

Mereka ditahan kira-kira jam 2.50 petang ketika sedang berbaris bersama pelatih PLKN menyambut ketibaan Datuk Seri Najib Razak untuk merasmikan kempen Kibarkan Jalur Gemilang di sini.

Antara yang ditahan termasuklah Timbalan Ketua Penerangan AMK Rozan Azin Mat Rasip, Exco AMK Pusat, Zaki Yamani, Zulfikar Ali Ariffin, Manivannan Gowindasamy dan pembantu ahli parlimen Ampang, Mohamad Fareez Kamal Intidzan.

Insiden berlaku apabila Zaki cuba masuk ke dalam laluan Najib bagi menyerahkan sepucuk surat kepada Perdana Menteri itu.


Sebaik sahaja beliau masuk sambil memanggil "Datuk Seri", empat pengawal peribadi Najib terus memegangnya dan mengheret beliau keluar dari tempat tersebut dan diserahkan kepada anggota polis yang sedia berkawal.

Najib juga dilihat sempat melihat ke arah Zaki dan pergelutan yang berlaku yang hanya berjarak kira-kira satu meter darinya.

Seorang rakannya, Zulfikar pula ditahan apabila cuba menayakan kepada polis kenapa Zaki ditahan dengan cara kasar.

Ekoran itu kesemua mereka yang memakai baju kuning itu ditahan pihak polis.

Kesemuanya difahamkan dibawa ke Balai Polis Jalan Travers.

REMBAT!

Posted: 27 Jul 2011 05:07 AM PDT


Baru sangat-sangat kita dengar cerita dan cadangan nak tukar jet-jet MiG29, lepas tu cerita nak 'make-over' duit syiling pula timbul.

Gurkah-gurkah di'port' pun tertanya-tanya sesama sendiri, apa kah PERLU? di-tukar bentuk duit syiling kita ini dalam keadaan kantung kewangan negara yang dah nak mamposss??


Tak pernah pun gurkah-gurkah ini ada dengar yang orang ramai serta rakyat kita komplen kata duit syiling kita ini terlalu berat untuk di-usung dalam poket atau pun warna duit syiling itu macam haramjadah.

Tak kan lah hanya kerana bentuk duit syiling yang baru ini yang lebih ringan dan sedikit kecil adalah alasan yang munasabah dan alasan yang siuman untuk mereka tukarkan??

Gurkah-gurkah pun tertanya-tanya lagi sesama sendiri, apakah Bank Negara telah mengambil kira implikasi dan kos-kos yang bakal ditanggung untuk mereka menukarkan duit syiling bentuk baru ini??

Bila dah di-tukar kepada syiling yang lebih ringan dan bentuk yang sedikit kecil itu, macam mana pula dengan jabatan-jabatan kerajaan atau pihak-pihak berkuasa majlis perbandaran tempatan akan menyelesaikan masalah baru yang bakal timbul kepada pengguna atau rakyat ketika rakyat mahu menggunakan meter parking yang menggunakan duit-duit syiling??

Apakah parking-parking bermeter yang menggunakan dan menerima duit syiling lama ini juga perlu di-tukar agar boleh menerima duit syiling bentuk baru ini?? Kalau laa parking meter ini juga kena tukar, mak oii!! gurkah-gurkah boleh bayangkan berapa banyak pula kos nak ganti parking meter yang baru!! Berapa banyak pula lagi duit yang akan di-REMBAT untuk projek nak ganti parking meter yang lama?? Bila dah tiga empat benda ini tak memuaskan hati gurkah-gurkah, mereka pun kata KEPALA BUTOH!

HARAM JADAH! dekat kita, kita dinasihat supaya berjimat-cermat atau ikat perut dalam menghadapi inflasi.

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 26 Jul 2011 11:22 PM PDT

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


253 orang peneroka lagi sekitar Jengka setuju saman Felda.

Posted: 26 Jul 2011 07:55 AM PDT

PEGUAM SUHAIMI SAID MENERIMA 253 BORANG WARANT TO ACT DARI BOSTAMIN BAKAR MEWAKILI PENEROKA-PENEROKA FELDA JENGKA 6, FELDA JENGKA 5, FELDA JENGKA 11, DAN FELDA JENGKA 3 UNTUK MENUNTUT GANTIRUGI DARIPADA FELDA KERANA MANIPULASI PERATUSAN PERAHAN KPG OLEH FELDA. DENGAN TAMBAHAN INI MENJADIKAN 964 ORANG PENEROKA-PENEROKA FELDA YANG MENGHANTAR BUAH SAWIT MEREKA KE KILANG FELDA JENGKA 8, JENGKA 3 DAN JENGKA 18 UNTUK MENYAMAN FELDA BERHUBUNG DENGAN PERATUSAN PERAHAN KPG, DAN KERUGIAN KERANA DIKATAKAN MENGHANTAR BUAH MUDA, BUAH MENGKAL DAN TANGKAI PANJANG KE KILANG DAN SETIAP PENEROKA MENUNTUT SEBANYAK RM458,000 BAGI SETIAP SEORANG KERUGIAN YANG MEREKA TANGGUNG SEJAK 15 TAHUN YANG LAMPAU.

BOSTAMIN BAKAR SEDANG MENELITI BORANG-BORANG WARANT TO ACT YANG DITERIMA DARI PENEROKA-PENEROKA.
TUAN HAJI HASHIM (KIRI) SEDANG MENGIRA BORANG WARANT TO ACT YANG DITERIMA DARI FELDA JENGKA 3 DAN JENGKA 11.



Dato Fauzi Abdul Rahman bermesra dengan penduduk sekitar Felda Bukit Goh Kuantan sebelum menghadiri Majlis Dialog dengan peneroka-peneroka berhubung dengan masalah perahan KPG di Felda Bukit Goh, Bukit Sagu dan kawasan sekitar. Majlis diadakan pada jam 1030 pagi di Felda Bukit Goh, Kuantan


PENTADBIRAN FELDA MENJALANKAN UGUTAN:

Pengurus dan pegawai-pegawai dari beberapa Pejabat Felda di sekitar Jengka sedang giat menjalankan kempen mengugut peneroka-peneroka Felda yang memfailkan saman terhadap Felda berhubung dengan manipulasi peratusan perahan KPG oleh kilang-kilang Felda di Jengka 8, Jengka 3 dan Jengka 18.

Peneroka-peneroka yang menghadiri Majlis penyerahan borang Waran Untuk Bertindak iaitu surat kuasa melantik peguam bagi memfailkan saman terhadap Felda mewakili peneroka-peneroka Felda.

Setakat ini sudah terkumpul 964 peneroka-peneroka Felda sekitar kawasan Jengka yang memfailkan saman terhadap Felda. Bilangan itu akan bertambah melebihi 1000 orang apabila tarikh tutup penyertaan iaitu pada minggu ketiga bulan Ogos nanti.

Setiap seorang peneroka menyaman Felda sebanyak RM458,000.00 kerugian yang mereka alami sejak 15 tahun yang lampau kerana manipulasi peratusan perahan yang berlaku di Kilang Jengka 8, Kilang Jengka 3 dan Kilang Jengka 18.

Peratusan perahan yang disahkan oleh Makmal adalah 27% sedangkan peratusan yang diberikan oleh kilang-kilang itu adalah diantara 17% hingga 18% sahaja.

Sejak peneroka-peneroka menjalankan kegiatan mengumpulkan rakan-rakan peneroka untuk menyaman Felda, pihak pengurusan Felda menaikkan peratusan perahan itu kepada lebihkurang 20%-21%.

Walaupun peneroka-peneroka tersebut telah mengemukakan saman terhadap Felda, namun mereka masih membuka pintu rundingan dengan berpegang kepada prinsip bahawa mereka tidak sekali-kali menuntut Hak Felda tetapi hanya menuntut hak mereka yang telah dimanipulasikan oleh Felda.

Peneroka-peneroka memberi amaran kepada pegawai-pegawai Felda yang sedang menjalankan kegiatan mengugut itu supaya memberhentikan tindakan mereka dan mereka telah melantik peguam untuk berdepan dengan pegawai-pegawai Felda tersebut dan jika sekiranya ugutan ini tidak dihentikan tindakan undang-undang akan diambil terhadap pegawai-pegawai berkenaan.

Ugutan yang dijalankan adalah berbentuk ugutan supaya peneroka-peneroka ini menarik balik tuntutan mereka terhadap Felda.

Diantara ugutan yang digunakan ialah penapian kepada peneroka-peneroka itu keatas bonos tahunan dan "duit raya", namun peneroka-peneroka tidak memperdulikan ugutan ini kerana sejak mereka memulakan tindakan menyaman Felda peratusan perahan KPG mereka telah berjaya dinaikkan dari 18% kepada 21%, dan kenaikan ini sudah melebihi bonos tahunan dan hari raya yang boleh mereka terima.

Beberapa orang peneroka telah diminta menandatangani borang kosong oleh pentadbiran Felda diperingkat Rancangan, dan mereka yang terkeliru dan menandatangani borang kosong itu telah beramai-ramai menghadirkan diri ke Pejabat Felda dan menuntut supaya Borang kosong yang mereka tandatangani itu dikembalikan kepada mereka.

Jika Borang kosong itu terkemudian dari ini akan digunakan untuk memanipulasikan kedudukan peneroka-peneroka tersebut berhubung dengan saman yang mereka kemukakan terhadap Felda mereka tidak teragak-agak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pegawai-pegawai yang terlibat.

.

Mesyuarat Majlis Pimpinan PKR Negeri Pahang pd 23hb Julai 2011

Posted: 26 Jul 2011 04:59 AM PDT





Barisan pimpinan PKR Pahang dari kiri: Sdr Siew, Naib Pengerusi 3, Dato Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi, Hj Suhaimi Said, Naib Pengerusi 1 dan Sdr Mohd Nor Hassan, Naib Pengerusi 2.

Kursus Jatidiri anjuran Pikom/Selkad dan Biro Masyarkat Felda dan Orang Asal di Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat

Posted: 25 Jul 2011 03:07 PM PDT

Seramai 100 orang petugas-petugas Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal terlibat dengan kursus Jatidiri anjuran PIKOM, SELKAD dan Biro Masyarakat Felda Dan Orang Asal di Lembah Pangsun, Hulu Langat Selangor pada 24/25hb Julai 2011.

































KAMI BERSEDIA MENGHADAPI PILIHANRAYA UMUM PADA BILA-BILA MASA

Anwar Ibrahim

Posted: 26 Jul 2011 07:14 PM PDT

Anwar Ibrahim


Menggesa Bebaskan Segera 6 Yang Ditahan Bawah Ordinan Darurat

Posted: 26 Jul 2011 04:16 PM PDT

Saya menuntut pemerintah agar segera membebaskan enam pemimpin Parti Sosialis, iaitu Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar, M Sarasvathy, Choo Chon Kai, M Sugumaran, A Letchumanan dan R Saras Babu tanpa sebarang syarat. Sebelum ini alasan menahan enam yang terbabit dikatakan kerana terlibat dengan aktiviti subversif. Akan tetapi ternyata itu merupakan helah pemerintah untuk memburuk burukkan Bersih 2.0. semata-mata.

Selepas permohonan Habeas Corpus, alasan penahanan bertukar pula kepada terbabit merancang Perhimpunan Aman Bersih. Alasan yang berdolak dalik ini menjadi bukti penahanan 6 orang tersebut tidak berasas sama sekali.

Justeru, Pakatan Rakyat beriltizam meningkatkan kempen di seluruh negara, demi menerangkan kepada rakyat, kezaliman yang dilakukan pemerintah, bukan sahaja terhadap 6 individu tersebut, akan tetapi juga terhadap seluruh mangsa tahanan tanpa bicara seumpama yang terkandung dalam Ordinan Darurat ini. Undang-undang usang yang menindas itu, tidak lagi untuk melindungi keselamatan negara, bahkan sebaliknya dimanipulasi demi membungkam suara-suara yang tidak sependapat dengan pemerintah. 

Kini wujud kebimbangan bahawa 6 yang ditahan itu, termasuk Dr Michael Jeyakumar, Ahli Parlimen Sungai Siput, kemungkinannya dikasari pihak polis semasa disoal siasat. Kita perihatin dengan perkembangan mutakhir ini, apabila ada antara mereka yang kini mendapatkan rawatan di hospital namun tidak dibenarkan bertemu hatta dengan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia ( SUHAKAM ). Adalah tidak munasabah buat polis tidak membenarkan pihak keluarga bertemu dengan enam pemimpin Parti Sosialis itu semenjak dari 15hb Julai 2011 lagi. 

Tidak ada sebab untuk menghalang mereka dari bertemu kecualilah kebimbangan kita bahawa tahanan tersebut dianiaya punya asasnya. Sewajarnya Menteri Dalam Negeri perihatin dengan gesaan rakyat yang kini menuntut pemerintah tidak bertindak sewenang wenangnya dan menyalahguna kuasa yang ada. Ketika Perhimpunan Bersih 2.0 itu rakyat menyaksikan ada sesegelintir dari pihak polis bertindak keterlaluan dan melampaui batas. Kita tidak mahu tugas pasukan polis, iaitu untuk melindungi keselamatan orang awam terjejas akibat manipulasi politik pemerintah.       

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang
Dewan Rakyat Malaysia
   

Wakil SPR Kena ‘Boo’ Dalam Debat Dengan Ambiga

Posted: 26 Jul 2011 02:37 AM PDT

Malaysiakini

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar hari ini berdepan dengan hadirin yang mencemuhnya dalam debat dengan pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan.

NONEBeliau juga kena ‘boo’ beberapa kali sehingga terpaksa merayu kepada hadirin supaya memberinya peluang membuat penjelasan dalam debat yang dianjurkan oleh Kumpulan Karangkraf, sebuah pertubuhan media yang menerbitkan Sinar Harian dan beberapa majalah popular yang lain.

Wan Ahmad bertegas menjelaskan bahawa SPR tidak mempunyai kuasa menguatkuasa dan menolak tanggungjawab meminda undang-undang pilihan raya kepada Pejabat Peguam Negara.

"Jangan anggap SPR sebagai musuh," rayunya.

Dalam tindakbalasnya, Ambiga membidas SPR kerana tidak mengambil langkah pro-aktif meminda undang-undang yang lapuk.

NONE"Awak yang menganggap orang ramai sebagai musuh. Jika SPR bertindak terhadap cadangan pembaharuan, kami akan sokong anda. Kami akan berjuang bersaam anda," katanya sambil diberikan tepukan gemuruh oleh hadirin.

Panel itu turut dianggotai oleh profesor dari UKM Datuk Shamsul Amri Baharuddin.

Najib guna blogger Amerika pro Israel

Posted: 25 Jul 2011 10:21 PM PDT

Keadilan Daily

Belum pun reda isu kerajaan menggunakan khidmat Apco dengan bayaran RM77 juta setahun, terbaru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak didedah menggunakan khidmat sekumpulan blogger Amerika pro Israel.

Selain Najib, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud juga dikatakan menggunakan khidmat blogger yang sama bagi tujuan meningkatkan imej, seperti dilapor sebuah portal berita semalam, Free Malaysia Today.

Lebih memalukan, salah seorang blogger itu, Caleb Howe, dikesan memburuk Islam pada laman twitternya 23 April tahun lepas dengan menghina junjungan besar umat Islam, Nabi Muhammad.

"Saya melukis gambar (nabi) Muhammad hari ini. Saya menunjukkan beliau mengahwini kanak-kanak sebelum sunti.

Pada mesej twitter yang sama selepas itu, beliau menulis "Boleh kah saya berkahwin dengan pra-sunti? Maaf…itu kesalahan ejaan saya. Maksud saya merogol".

Howe dan blogger lain dilihat bukan kali pertama telah membuat kenyataan yang menghina dan memburukkan Islam secara keterlaluan terutama di laman twitter.

Beliau  juga dikaitkan dengan Josh Trevino, penulis blog berhaluan kanan di belakang blog Amerika 'Red State' dan 'New Ledger' dan juga syarikat yang dipanggil Rogue Strategic Services.

Rogue Services dilapor menyediakan perkhidmatan untuk Barisan Nasional sejak zaman bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Howe juga penyumbang tetap kepada laman web utama Trevino 'Red State' , juga pembantu akaun Twitter 'Malaysia Matters' yang mana berkait dengan laman web Malaysia Matters- satu daripada projek Trevino untuk mempromosikan pemimpin BN.

Laman web Malaysia Matters telah dimulakan dalam 2008 oleh Trevino dan seorang rakan sekerja Jerome Amstrong.

Armsrong, yang juga profesional 'blogger upahan', ditugaskan oleh kerajaan Malaysia untuk khidmat berkenaan- beliau menyenaraikan Malaysia sebagai  pelanggan di laman web syarikatnya, Webstrong.

Trevino sendiri bukan lagi menjadi rahsia dengan pandangannya yang pro israel sehingga dia berbalas cicipan twitter sesama rakan Amerika yang berasa kasihan dengan rakyat Palestin dan isu kapal flotilla yang diserang tentera Israel.

=====

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/07/25/anti-islam-bloggers-in-us-on-najibbn-payroll/

'Anti-Islam bloggers in US on Najib/BN payroll'

Clare Rewcastle Brown | July 25, 2011

A team of American bloggers allegedly hired by Prime Minister Najib Tun Razak and Sarawak Chief Minister Abdul Taib Mahmud to improve their respective images, are in fact pro-Israel and known to publicly slander Islam.

One member of the team, Caleb Howe, indulged in a sustained, childish rant on his public Twitter page on April 23 last year, in which he said: "I drew a picture of Mohammed today. I showed him marrying a pre-tween. Might as well be historically correct right?"

Eighteen minutes later on the same twitter message, he posted: "Did I say marrying a pre-tween? Sorry.. that was my typo.I meant raping."  Caleb's outburst against Islam is not an isolated incident (see image below).

He and his team have indulged in a number of such anti-Islamic rants on Twitter that are clearly designed to give extreme offence to Muslims.

Few would dream of engaging in such an unpleasant and offensive attack.

It thus comes as a surprise that Najib and Taib would hire Howe and his colleagues who sustain other blogs such as Red State, New Ledger, Sarawak Report(s), Malaysia Matters as their professional promoters.

It seems somewhat a misjudgement that Najib, who sees himself as the great protector of his own Muslim religion, continues to be associated with this team of Americans.

Pro-Israeli views

Howe [photo below] is closely linked to Josh Trevino, the right-wing blogger behind the American 'Red State' and 'New Ledger' blogs and also a PR company called Rogue Strategic Services.

Rogue Services have been in employ with Barisan Nasional since the days of former Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi.

Now their portfolio includes Najib and Taib. They have been allegedly hired to create 'positive publicity' on their behalf.

This is achieved through a network of websites. These websites have been engaged by Najib and Taib to promote them by publishing favourable articles in their blogs in the US.

These reports are then carried in Malaysian blogs. Local media then quote these blogs, giving Malaysians the impression that Najib and Taib have positive international endorsement.

Howe, who is a regular contributor to Trevino's flagship 'Red State' website, also curates a Twitter account called Malaysia Matters which is linked to the Malaysia Matters website, one of Trevino's projects to promote BN leaders.

The Malaysia Matters website (which has just been re-launched) was started in 2008 by Trevino and a colleague Jerome Armstrong.

Armstrong, who is also a professional 'blogger for hire', has made no secret of the fact that the project was commissioned by the Malaysian government – he lists them as a client on the website of his company WebStrong.

Trevino himself has made no secret of his rabid pro-Israeli views – to the extent that he tweeted that fellow Americans who felt sorry for the Palestinians and took part in the mercy ship flotilla deserved to be shot dead.

Clare Rewcastle Brown is the founder/editor of Sarawak Report

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/07/25/anti-islam-bloggers-in-us-on-najibbn-payroll/

CIJ Gesa Editor Tolak ‘Majlis Propaganda Media’

Posted: 25 Jul 2011 09:33 PM PDT

Malaysiakini

Berikutan sambutan dingin daripada editor kanan media arus perdana, pertubuhan pemantau media – Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) – berkata majlis rundingan yang dibentuk kerajaan itu sebenarnya "majlis propaganda media" yang bakal bertindak sebagai satu lagi bentuk kawalan ke atas media.

"Jika kerajaan yang memerintah itu serius bagi memupuk kebebasan media, ia sepatutnya menghapuskan atau meminda undang-undang (berkaitan media) dan membiarkan media sendiri mengawal diri mereka sendiri, dengan input daripada masyarakat sivil dan kepentingan masyarakat diambil kira,” kata pengarah eksekutif CIJ, Masjaliza Hamzah.

Justeru, beliau menggesa semua mereka yang diundang oleh Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Kamaruddin Siaraf semalam supaya menolak inisiatif kerajaan itu.

"Rakyat berhak mendapatkan media yang bebas dan meletakkan kepentingan orang ramai dahulu daripada media yang terpaksa menjawap kepada tuan politik mereka," katanya.
===

Menyokong Pembentukan Suruhanjaya Siasatan Di Raja untuk Ahmad Sarbaini Mohamed

Posted: 25 Jul 2011 09:21 PM PDT

–Kenyataan Media–

Saya ingin menyokong permintaan keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed agar dibentuk sebuah Suruhanjaya Siasatan Di Raja bagi menyiasat kematian beliau ketika disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Di Raja bagi kematian mendiang Teoh Beng Hock ketika siasatan SPRM memperkuatkan lagi hujah agar siasatan bebas dan berwibawa dapat dibuat terhadap kematian Allahyharham Sarbaini.

Ini ditambah pula dengan pendedahan mendalam yang dibuat oleh Raja Petra Kamaruddin di dalam blognya.

Suruhanjaya Siasatan Di Raja Teoh Beng Hock telah mendapati pegawai-pegawai SPRM bertanggungjawab terhadap kematian mendiang.

Polis Di Raja Malaysia telah menolak sebarang tindakan terhadap tiga orang pegawai SPRM yang dinamakan di dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Di Raja Teoh Beng Hock, Hishamuddin Hashim, Mohamad Anuar Ismail and Mohd Ashraf Mohd Yunus memandangkan polis menganggap mereka tidak menyalahi sebarang undang-undang dan bergantung kepada siasatan dalaman SPRM. Pun begitu SPRM hanya menggantung ketiga-tiga individu tersebut.

Sebenarnya mereka boleh disiasat di bawah Seksyen 304 dan 304A Kanun Keseksaan iaitu homisid salah yang tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh (culpable homicide not amounting to murder) dan boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun.

Balu Allahyarham Sarbaini, Maziah Manap juga mengadu bahawa laporan polisnya mengenai kenyataan pegawai SPRM Abdul Ghani Ali yang mengatakan kakitangan SPRM yang bertanggungjawab dalam kematian Allahyarham tidak disiasat sehingga ke hari ini.

Bagaimanakah pengumuman penubuhan Jawatankuasa Eksekutif Transformasi SPRM dapat mengembalikan imej dan kewibawaan SPRM apabila jawatankuasa tersebut dipengerusikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM sendiri? Memandangkan isu ini isu serius yang sudah timbul berkali-kali, nyata sekali siasatan dalaman bukanlah penyelesaiannya. Seperti kata pepatah Inggeris, who will guard the guards?

Harus diingat permintaan untuk penubuhan Suruhanjaya Siasatan Di Raja Teoh Beng Hock juga memakan masa yang lama dan hanya selepas keputusan Koroner yang tidak muktamad dan tekanan politik barulah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju dengan penubuhannya.

Saya juga berharap kerajaan dapat mengambil serius laporan-laporan Suruhanjaya-Suruhanjaya Di Raja yang ditubuhkan selama ini dan tidak menjadikannya hanya sebagai 'public relations exercise' yang akhirnya tidak dihiraukan seperti Suruhanjaya Di Raja Video Klip Lingam, Reformasi Polis dan kecederaan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika dalam tahanan polis.

Justeru, hanya siasatan yang bebas, telus dan adil dapat membersihkan nama Allahyarham Sarbaini yang difitnah selama ini serta memastikan satu lagi tragedi malang seperti Teoh Beng Hock dan Sarbaini tidak berulang.

NIK NAZMI NIK AHMAD
PENGARAH KOMUNIKASI PARTI KEADILAN RAKYAT
merangkap
AHLI DEWAN UNDANGAN SERI SETIA

Inflasi Yang Mendadak: Golongan Muda Akan Terus Terbeban Dengan Kenaikkan Kadar Faedah

Posted: 25 Jul 2011 09:17 PM PDT

–Kenyataan Media–

Saya menyambut baik kenyataan terbuka YBhg Tan Sri Zeti Akhtar Aziz bahawa masalah inflasi di Malaysia perlu diberi perhatian serius seperti yang dilaporkan oleh Reuters pada 25 Julai 2011. Kenyataan beliau yang berterus terang mengenai masalah kenaikan harga barang yang ditanggung oleh rakyat itu sangat berbeza dengan dolak dalih pimpinan Barisan Nasional yang sehingga kini tidak mahu menerima kenyataan bahawa kenaikan harga barang yang mendadak adalah satu masalah serius di negara ini.

Pun begitu, tindakan Bank Negara Malaysia yang dijangkakan akan menaikkan kadar pinjaman asas/kadar faedah dalam masa terdekat untuk berdepan dengan masalah inflasi akan juga membawa kesan kepada golongan muda dan yang berkeluarga, sekiranya tindakan itu tidak disusuli dengan bantuan yang khusus kepada mereka.

Contohnya, kenaikan sebanyak 25 mata asas (25 basis point) akan meningkatkan beban bayaran bulanan pinjaman rumah yang ditanggung oleh golongan muda. Rata-rata golongan muda masih lagi menanggung pelbagai hutang seperti hutang rumah dan hutang kereta. Bagi mereka yang mempunyai hutang pinjaman rumah sejumlah RM280,000 (iaitu kos rumah sederhana di bandar dan separa bandar), kenaikan 25 mata asas kadar pinjaman akan meningkatkan bayaran sekurang-kurangnya RM50 sebulan. Peningkatan ini akan menjadi lebih tinggi sekiranya jumlah hutang adalah lebih tinggi.

Kesan berganda daripada peningkatan ini; apabila dicampur dengan kenaikan hampir sekali ganda bil elektrik bagi isi rumah yang bilnya melebihi RM77 sebulan, kenaikan harga minyak, kenaikan makanan, kos persekolahan anak-anak dan sebagainya sudah memuncak ke peringkat yang benar-benar membebankan golongan muda; apatah lagi bila mana gaji tidak meningkat selari dengan kenaikan harga barang.

Walaupun tindakan konvensional mana-mana bank pusat dalam keadaan ini adalah menaikkan kadar pinjaman, sewajarnya pimpinan kerajaan Barisan Nasional juga mengambil langkah drastik mengurangkan kesan kenaikan harga barang kepada rakyat.

Ini termasuklah mengkaji semula pemotongan peruntukan kepada sekolah-sekolah sehingga menyebabkan kos persekolahan naik mendadak apabila ibu bapa terpaksa menyumbang kepada sekolah untuk menjalankan aktiviti dan mengambil langkah lebih proaktif menyelesaikan masalah harga rumah yang terlalu tinggi bagi golongan muda di bandar dan separa bandar. Langkah yang diambil melalui Skim Rumah Pertama tidak lebih dari melepaskan batuk ditangga kerana ia tidak menyelesaikan masalah asas iaitu harga rumah yang terlampau tinggi, sebaliknya hanya menyediakan jaminan wang cengkeram yang hanya menambah hutang pembeli.

Undi golongan muda adalah undi penentu dalam PRU13, jadi sewajarnya apa-apa tindakan yang merugikan golongan muda dikaji semula oleh Barisan Nasional.

MOHD RAFIZI RAMLI
26 Julai 2011

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

Posted: 26 Jul 2011 12:02 PM PDT

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


PKR: Langkah BN kawal inflasi bebankan keluarga

Posted: 26 Jul 2011 01:51 AM PDT

dipetik daripada Malaysiakini.com

Tindakan kerajaan menaikkan kadar faedah bagi mengawal inflasi, sebenarnya memberi tekanan dan bebanan khususnya ke atas golongan keluarga yang bekerja, kata pengarah strategi PKR Rafizi Ramli.

youth leaders wacana ekonomi 120611 rafizi ramli.JPGMenurut beliau kenaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas telah menyebabkan peningkatan kos tambahan sekurang-kurangnya RM50 bagi keluarga yang mempunyai pinjaman perumahan RM280,000. Nilai itu adalah harga purata sebuah rumah kos sederhana di kawasan bandar dan pinggir bandar.

"Dan ditambah dengan kos elektrik yang naik hampir dua kali ganda bagi mereka yang bilnya lebih RM77 sebulan (akibat kenaikkan tarif), kenaikkan harga petrol, kos makanan, kos pendidikan semuanya akan menjadi beban khususnya apabila gaji tidak pula naik," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, tindakan Bank Negara untuk menaikkan kadar faedah adalah 'kaedah konvensional' dalam menangani isu inflasi. Justeru, katanya menjadi tanggungjawab kerajaan bagi mengambil tindakan drastik bagi mengurangkan impak kenaikkan kos ke atas rakyat.

Semalam, Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkata Malaysia perlu menimbangkan langkah lain selain dasar monetari bagi mengekang inflasi.

inflationMenurutnya, kadar inflasi semasa sebanyak 3.5 peratus adalah agak tinggi berikutan harga tenaga dan komoditi yang tinggi.

"Ia menyebabkan harga makanan dan bahan api yang tinggi. Memang betul, ia (inflasi) sangat dirasai kerana kedua-dua perkara itu adalah komponen penting di dalam bakul penggunaan kita," katanya.

Kadar inflasi tahunan Malaysia mencatatkan paras tertinggi dalam 27 bulan pada Jun lalu, iaitu pada 3.5 peratus. Sebelum ini Bank Negara meramalkan purata kadar itu akan berlegar sekitar 2.5 hingga 3.5 peratus tahun ini.

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 26 Jul 2011 11:22 AM PDT

Anak Muda Kampung Nak Senang


Ceramah Dr Hatta Ramli 27 Julai 2011 Jelebu

Posted: 25 Jul 2011 11:56 PM PDT



CERAMAH UMUM
Tarikh : 27 Julai 2011 , RABU
Masa : 9 malam
Tempat : Kg Gagu, Jelebu, N.Sembilan
Penceramah : Dr Mohd Hatta Ramli , Ahli Parlimen Kuala Krai (AJK PAS Pusat)

Sempena Penubuhan PAS Cawangan Kg Gagu

Semua dijemput hadir

Melayu gulung tikar di Melaka Halal Hub, DAH NASIB

Posted: 25 Jul 2011 05:29 PM PDT



APA TELAH JADI DENGAN KOMPLEKS MELAKA HALAL HUB SERKAM - Aduan Rakyat Online, 25 Julai 2011 - Saya seorang pesara tentera dan telah membuat sewaan di kawasan Melaka Halal Hub Serkam amat terkilan dengan perkembangan dan sokongan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) yang dipertanggungjawabkan untuk mengendali kawasan tersebut tetapi rasa hampa kerana PKNM gagal mewujudkan Halal Hub sebagai satu kawasan industri IKS yang berdaya saing.

Sehingga sekarang Halal Hub Melaka boleh di isytiharkan sebagai rumah hantu dan rumah maut bagi penyewa-penyewa (usahawan Melaka).

PKNM juga gagal dalam mengimplimentasikan halal hub yang sebenarnya.

Banyak usahawan halal hub yang gulung tikar atas janji-janji kosong.

Sekarang ini saya bekerja di petrol pam sebab duit dah habis kononnya berniaga sendiri lebih baik tapi saya gagal. saya tak salah PKNM dan sesiapa sebab gagal saya disebabkan modal tak cukup.

Tapi fikirkan usahawan lain yang telah banyak melabur di kawasan Halal Hub Melaka.

Adakah mereka akan jadi macam saya?

Terima kasih.

Amran bin Hamid

Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/apa-telah-jadi-dengan-kompleks-melaka-halal-hub-serkam

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

Posted: 26 Jul 2011 10:06 AM PDT

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


TERKINI!! VIDEO WAN AHMAD KENA BOO (PUSINGAN 1) ( DIKEMASKINI PUSINGAN 2 DAN SOAL JAWAB ) !!

Posted: 26 Jul 2011 05:58 AM PDT

TERKINI!!



SAKSIKAN BAGAIMANA TIMBALAN PENGERUSI SPR, WAN AHMAD WAN OMAR TERKULAT-KULAT MENJAWAB HUJAH BERTUBI-TUBI DARI PENGERUSI BERSIH 2.0, AMBIGA SREEVANESAN!

VIDEO SETERUSNYA AKAN DISIARKAN SEBENTAR LAGI

SELAMAT MENONTON!!

JALAN PULANG

Video ihsan TVSUNNAH


















Sumber: http://jalanpulang1978.blogspot.com/

keADILan Kuala Pilah

Posted: 26 Jul 2011 09:56 AM PDT

keADILan Kuala Pilah


MENGHADAPI PILIHANRAYA UMUM KE-13

Posted: 26 Jul 2011 01:42 AM PDT

Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党

Posted: 26 Jul 2011 09:17 AM PDT

Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党


Perception: Bersih, Where Do We Go From Here?

Posted: 25 Jul 2011 08:22 PM PDT

Sistem Biometrik Tidak Selamat

Posted: 25 Jul 2011 08:15 PM PDT

Dari Blog Cina Islam Oleh YB DRS. KHALIL IDHAM LIM Tidak dinafikan penggunaan teknologi maklumat dalam banyak aspek pentadbiran negara, malah pengurusan syarikat telah menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, produktiviti, keselamatan, kesihatan dan banyak lagi khususnya kepada kepentingan pihak awam. Tidak ketinggalan peranan utamanya untuk memastikan tahap 'competitive' atau daya saing negara terus kekal dan berdaya [...]

Jadual Waktu Imsak Berbuka Puasa Tahun 1432H/2011M

Posted: 25 Jul 2011 08:12 PM PDT

Tiada ulasan:

Pengikut