Selasa, 26 Julai 2011

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

DIALOG RAKYAT

Posted: 26 Jul 2011 03:39 PM PDT

700 ahli parti KITA akan keluar parti

Posted: 26 Jul 2011 03:37 AM PDT

PASPB

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/en/b/b1/Parti_Kita_Logo.png

KUALA LUMPUR –

Anggota asal Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) yang ditukar kepada Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) berasa tertipu selepas Presidennya, Datuk Zaid Ibrahim semakin menyimpang jauh daripada perjuangan asal mereka.

Bekas Presiden Akim, Zakaria Salleh berkata, anggota asal parti tersebut pada asalnya menerima Zaid sebagai presiden kerana pada mulanya yakin Zaid akan membawa parti itu ke tahap yang lebih tinggi namun anggapan mereka meleset sama sekali.

Menurutnya, atas kesedaran tersebut, Zakaria menegaskan kira-kira 700 ahli asal akan keluar dari parti Kita dalam satu majlis yang akan diadakan di Taman Uda Murni, Kota Bahru pada jam 9 malam, 30 Julai ini.

"Kami tidak kisah nama Akim ditukar kepada parti Kita, tetapi yang membuatkan kami rasa tertipu adalah dasar parti yang terlalu menyimpang jauh apabila Zaid membuka keahlian kepada bukan Melayu.

"Jika namanya Karpal atau Kit Siang, saya tidak akan menyerahkan jawatan tersebut, tetapi kerana namanya Zaid bin Ibrahim, saya sanggup serahkan," katanya semalam.

Ditanya sama ada Zakaria akan menubuhkan semula Akim, beliau menegaskan buat masa sekarang tidak perlu kerana mereka akan tunggu dan lihat perkembangan isu ini.

Akim dalam mesyuarat agung tahunannya pertengahan Disember lalu telah menukar namanya menjadi Kita dan mengemukakan permohonan mendapatkan kelulusan menukar nama, logo dan perlembagaan.

Zaid yang juga bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri dan calon timbalan presiden dalam pemilihan PKR tahun lalu mengambil alih jawatan baru itu daripada Zakaria Salleh pada mesyuarat agung luar biasa itu. SH

Dakwaan Wahabi: Pemuda Umno mahu MKN jelaskan

Posted: 26 Jul 2011 03:32 AM PDT

Pergerakan Pemuda Umno mahu Majlis Keselamatan Negara memberi penjelasan berhubung laporan media bahawa bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Asri Zainul Abidin dan tokoh-tokoh agama Islam disenaraikan sebagai pendokong gerakan Wahabi atau pengganas.

NONE"Saya berasa sungguh terkejut dengan laporan media bahawa kononnya Majlis Keselamatan Negara, semasa mesyuaratnya, telah mengenalpasti bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Asri Zainul Abidin, serta beberapa pemimpin agama Islam yang lain sebagai pendokong gerakan Wahabi serta pengganas dan merasakan ia sebagai suatu yang sangat keterlaluan sekiranya laporan ini betul," katanya ketuanya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar di blognya.

Menurut beliau, sebarang maklumat yang telah dibentangkan itu hendaklah diteliti dan dihalusi secara adil dan amatlah tidak wajar sekiranya pihak yang berkenaan bersifat melulu dengan terus menjatuhkan ketetapan atau hukum tanpa usul periksa.

Katanya, Dr Asri serta mereka yang telah disenaraikan sebagai pendokong gerakan Wahabi atau pengganas itu juga perlu diberi peluang membela diri dan memberikan hujah bagi menjelaskan kedudukan mereka.

NONE"Daripada pengamatan serta pengalaman saya bertukar pendapat dengan beliau, saya dapati Dr Asri adalah seorang tokoh cendiakawan Islam yang begitu menonjol dengan pemikiran beliau yang bukan sahaja terbuka, moderat bahkan progresif di dalam usaha memajukan ummah serta usaha-usaha dakwah.

Langkah melulu

"Saya tidak nampak langsung sebarang tindakan atau usaha subversif daripada Dr Asri yang melayakkan beliau untuk dilabel sebagai pengganas," kata Khairy.

Justeru, menurutnya sebarang langkah melulu terutama di dalam melabel serta menjatuhkan hukum kepada pihak-pihak tertentu tanpa penelitian yang mendalam serta memberikan mereka peluang untuk memberi penjelasan adalah suatu yang tidak boleh diterima.

Ini lebih-lebih lagi, katanya apabila tuduhan atau label tersebut menyabitkan seseorang atau kelompok tertentu sebagai pengganas.

Semalam, berdasarkan maklumat daripada sumber, Malaysiakini melaporkan MKN menimbulkan kebimbangannya terhadap beberapa tokoh agama di Malaysia, termasuk Dr Asri yang dikaitkan dengan fahaman Wahabi dan aktiviti terorisme.

young ulama join umno 250610 02Menurut sumber, dalam taklimat tertutup MKN, semalam yang antaranya disertai mufti dan wakil majlis agama Islam negeri di Putrajaya, seramai 40 ulama muda Umno turut dikaitkan sama.

"Kerajaan Arab Saudi didakwa menjadi dalang di sebalik apa yang berlaku. Saudi dikatakan di belakang tokoh-tokoh ini," dakwa sumber itu lagi.

Pendekatan Islam

Sementara itu, pengarah komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad pada sidang akhbarnya di Petaling Jaya hari ini berkata apa yang berlaku kepada Asri adalah kes "manipulasi politik berhubung agama".

"Tahun lepas Ustaz Hadi Awang dan beberapa ulama...tapi kali ni tak ada nama dia.

"Dia (Asri) jadi kambing hitam... Dia berani dan nampak seperti independent (berkecuali) jadi ada orang yang tak suka," katanya.

NONEMenurut Nik Nazmi, isu sebenar adalah politik dan tidak ada kaitan langsung dengan agama.

"Trendnya sama seperti pendakwaan ke atas (pemimpin dan penyokong) BERSIH, sebagai contoh. Kerajaan tidak bergerak ke depan," katanya.

Meskipun mengakui dirinya tidak bersependapat dengan kebanyakan pandangan Asri, Nik Nazmi berkata mengikut tradisi Islam, mereka digalakkan berdebat dan berdialog dan bukannya menangkap dan mengharamakan mereka yang mempunyai pandangan berbeza.

Ahli bimbang PSM6 mungkin didera

Posted: 26 Jul 2011 03:27 AM PDT

S Pathmawathy Parti Sosialis Malaysia melahirkan kebimbangannya mengenai kemungkinan beberapa pemimpinnya yang ditahan mengikut Odinan Darurat (EO) sejak 2 Julai lalu didera oleh polis.

NONESehubungan dengan itu, setiausaha agung PSM S Arutchelvan yang juga bimbang kerana sejak 10 hari lalu keluarga tahanan dinafikan hak melawat mereka, membuat laporan polis di balai polis Dang Wangi, Ahad lalu.

Keenam-enam yang ditahan itu adalah ahli parlimen Dr D Jeyakumar, M Sarasvathy, Choo Chon Kai, M Sugumaran, A Letchumanan dan R Saras Babu.

Menurut afidavit balas yang difailkan polis semasa permohonan habeas corpus bagi membebaskan tahanan berkenaan, keenam-enam mereka ditahan kerana disyaki sebagai 'penggerak utama' perhimpunan BESIH 2.0 dan penahanan mereka adalah penting bagi menjamin ketenteraman awam.

"Keluarga mereka dinafikan hak melawat sejak 15 Julai. Pertama, mereka (polis) menangguhkan lawatan yang dijadualkan pada Jumaat hingga Sabtu tetapi kemudian ia dibatalkan dan ditunda hingga semalam," kata Arutchelvan sambil menambah lawatan itu juga dibatalkan pada minit terakhir.

NONEBeliau berkata kebimbangannya memang berasa kerana keadaan yang sama berlaku apabila Suruhanjaya Hak Asasai Manusia (Suhakam) mahu melawat Sarasvathy awal minggu ini.

"Polis tidak memberikan akses kepada Suhakam kerana Saras dimasukkan ke dalam hospital kerana sakit dada," kata Arutchelvan, sambil menambah keluarganya tidak diberitahu mengenai perkembangan itu.

"Kami syaki sesuatu berlaku ke atas keenam-enam mereka dan ini sebab mengapa keluarga mereka tidak dibenarkan melawat mereka," katanya.

Akta Kanak-Kanak dipinda elak kanak-kanak dipenjara

Posted: 26 Jul 2011 03:22 AM PDT

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bercadang untuk meminda Akta Kanak-Kanak 2001 bagi melindungi kanak-kanak yang melakukan kesalahan ringan supaya tidak diperintahkan ke penjara.

NONEMenterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, sebaliknya, kanak-kanak tersebut dicadang agar menjalani Perintah Khidmat Masyarakat, satu program pemulihan yang akan dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Beliau berkata, pendekatan secara "keadilan pemulihan" iaitu pemulihan serta keinsafan dilihat bersesuaian kerana kanak-kanak yang terlibat dalam kesalahan ringan seperti mencuri dan menjual VCD haram tidak akan mengulangi kesalahan mereka.

"Kita tidak mahu kanak-kanak ini apabila menjalani hukuman dalam penjara atau pusat tahanan, mereka akan terus duduk dalam persekitaran yang lebih mempengaruhi mereka untuk mengulangi kesalahan yang lebih besar," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur dan menambah akta tersebut dijangka dimuktamadkan pada penghujung Disember ini.

Beliau merasmikan Mesyuarat Majlis Penasihat dan Perundingan Kebangsaan Kanak-Kanak.

factory workers sweatshops 090107 child labourShahrizat berkata satu penyelidikan yang dibuat kementerian itu sejak empat bulan lalu mendapati kebanyakan kanak-kanak tidak memahami akibat daripada melakukan kesalahan dan mereka terdorong melakukannya kerana inginkan keseronokan.

"Kanak-kanak yang bermasalah ini tidak seharusnya dihukum, program yang mendekatkan mereka dengan masyarakat dapat membantu dalam memulihkan semangat mereka," katanya.

Justeru, katanya program Perintah Khidmat Masyarakat dapat mengelak kanak-kanak daripada mengalami sebarang tekanan perasaan dan trauma susulan daripada kesalahan yang dilakukan dahulu.

Bagaimanapun, Shahrizat berkata program itu masih dalam proses penyelidikan dan perlu disusun agar lebih bersesuaian untuk kanak-kanak berumur bawah 18 tahun yang telah melakukan kesalahan ringan.

Terorisme Wahabi Dr Asri, ulama: Mat Sabu ketawa

Posted: 26 Jul 2011 03:13 AM PDT

Jimadie Shah Othman Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini cuma ketawa apabila diajukan soalan tentang beberapa tokoh ulama Islam yang dikaitkan dengan Wahabi dan terorisme.

"Macamlah juga enam orang yang ditahan (atas alasan) hendak menggulingkan Yang di-Pertuan Agong. Itu semua cerita rekaan semata-mata. Tak ada apa-apa pun.

NONE"Ini cuma propaganda menjelang pilihan raya dalam keadaan Umno dan BN tersepit sekarang, terutama sekali imej mereka di peringkat antarabangsa (terjejas)," dakwanya yang terus tersenyum.

Hadir sama dalam sesi itu Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan tiga naib presiden PAS - Datuk Mahmuz Omar, Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub.

Malaysiakini semalam melaporkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bimbang terhadap beberapa tokoh agama di Malaysia, termasuk bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang dikaitkan dengan fahaman Wahabi dan aktiviti terorisme.

Difahamkan, taklimat tertutup MKN yang antaranya disertai mufti dan wakil majlis agama Islam negeri di Putrajaya, seramai 40 ulama muda Umno turut dikaitkan sama.

Semangat keislaman

Sumber-sumber juga mengaitkan kerajaan Arab Saudi dan beberapa negara teluk seperti Kuwait dan Bahrain dengan jaringan itu.

NONESementara itu, Mahfuz (kiri) pula berpendapat, dakwaan tersebut perlulah dipandang serius kerana ia boleh menjejaskan hubungan Malaysia dengan negara-negara tersebut yang berkongsi "semangat keislaman".

"Atas semangat keislaman, perkara ini tidak baik," katanya yang juga anggota parlimen Pokok Sena.

Manakala Husam pula sempat menyampuk" "Bukan (dengan) Arab Saudi sahaja. Tetapi dengan tiga negara sekali gus. Sudahlah kita dah bergaduh dengan Perancis."

Pada 22 Julai, peguam Perancis William Bourdon, yang berada di Pulau Pinang untuk bercakap tentang urusniaga pembelian kapal selam Scorpene dihantar pulang selepas ditahan pihak imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Sementara itu, Mustafa pula mengumumkan keputusan mesyuarat jawatankuasa pusat PAS hari ini yang melantik ketiga-tiga naib presiden PAS sebagai penyelaras parlimen Titiwangsa ekoran kematian wakil rakyatnya Dr Lo' Lo' Ghazali.

"Titiwangsa juga akan dijadikan parlimen angkat PAS pusat," katanya.

Wahabi, terorisme: Menteri agama elak ulas

Posted: 26 Jul 2011 03:08 AM PDT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini mengelak mengulas berhubung taklimat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang mengaitkan beberapa tokoh ulama dengan fahaman Wahabi dan terorisme semalam.

NONEWalaupun ditanya beberapa kali oleh pemberita, beliau hanya mahu menjawab berhubung isu berhubung programnya pada hari ini sahaja yang antaranya berkaitan hal ehwal pegawai penyelarasan masjid di daerah-daerah (PPMD).

"(Perkara) yang hari ini. Saya fokus yang hari ini. Pasal, kalau tidak tak keluar pula (dalam akhbar).

"Sebab (program) semalam, tak keluar, jadi saya berasa rasa kecil hati," katanya dalam sidang media selepas majlis pertemuan dengan pegawai PPMD di kompleks Tabung Haji Kelana Jaya petang ini.

Diminta sekali lagi mengulas isu kebimbangan yang ditimbulkan dalam taklimat MKN di Putrajaya semalam, Jamil Khir tetap menjawab:

"Tak apalah, cukuplah yang itu dulu, sebab sat (sekejap) lagi, memang tak masuk".

Walaupun terus diasak pemberita hingga kali ketiga, Jamil Khir dengan nada berseloroh tetap menolaknya dan berkata akan menjawab perkara itu apabila "esok, sampai masanya"

azlanSemalam Malaysiakini melaporkan, dalam taklimat tertutup MKN di Putrajaya semalam, bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan 40 Ulama Muda Umno adalah antara yang dikaitkan dengan fahaman Wahabi dan Terorisme.

Taklimat yang diserta para mufti dan wakil majlis agama Islam negeri, turut mendakwa kerajaan Arab Saudi didakwa menjadi dalang di sebalik tokoh-tokoh ini.

Pemuda PAS Sarawak sasar 2 parlimen

Posted: 26 Jul 2011 03:06 AM PDT

Harakahdaily

KUCHING: Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak telah berjaya mengadakan Ijtimak Pemuda PAS Negeri Sarawak (Impak 2.0) pada 23 hingga 24 Julai lalu.

Impak 2.0 telah diadakan di Markaz PAS Sarawak di Kuching dengan kehadiran lebih 100 orang pemuda PAS Sarawak yang terdiri daripada ahli jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Kawasan.

Antara kawasan yang hadir adalah Limbang, Miri, Sibuti, Bintulu, Sibu, Sarikie, Lubok Antu, Sri Aman, Samarahan, Batang Lupar, Batang Sadong dan Petrajaya.

IMPAK 2.0 pada kali ini amat bermakna bagi pemfokusan gerak kerja pemuda PAS Sarawak terutama selepas Pilihan raya Dun Sarawak yang lepas dan persediaan menghadapi Pilihan raya Umum ke-13 nanti.

Segala kelemahan dalam pilihan raya negeri yang lepas telah dikenal pasti dan telah dicari cara penyelesaian bagi permasalahan tersebut.

Menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 yang dijangka sekitar hujung tahun ini atau awal tahun hadapan, Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak mensasarkan untuk memenangi sekurang-kurangnya 2 kerusi Parlimen dengan penyusunan gerak kerja jentera sebelum dan semasa pilihan raya berlangsung.

Selain itu, Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Sarawak akan terus diteguhkan dengan usaha daftar pemilih secara bersama.

Impak 2.0 telah dirasmikan oleh Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz, Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia dan penutup dirasmikan oleh Khairul Faizi, Setiausaha Pemuda PAS Malaysia.

Turut bersama-sama menjayakan Impak 2.0 kali ini adalah Dr Zuhdi Marzuki, Pengarah Jabatan Strategi Pemuda PAS Malaysia dan Ir Khairil Nizam, Bendahari Pemuda PAS Malaysia.

Bersih: Geli hati Rais suruh tengok video polis

Posted: 26 Jul 2011 03:05 AM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Geli hati apabila membaca seruan Datuk Seri Dr Rais Yatim supaya rakyat hanya melihat video Bersih 2.0 yang ditayang oleh Polis Diraja Malaysia.

"Selepas ini mungkin Menteri Penerangan ini akan mencadangkan rakyat Malaysia hanya membaca Utusan Malaysia sahaja, kerana akhbar lain semunya tidak benar," kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar).

Katanya, saranan Rais di zaman ini untuk memaksa rakyat hanya mempercayai apa yang disiarkan oleh PDRM dan media kerajaan, sama seperti pepatah Arab menyebut "kamu boleh paksa kuda pergi minum air, tetapi kamu tidak boleh paksa kuda minum air".

"Macam mana beliau yang memegang kementerian ini tidak menyedari zaman revolusi maklumat," katanya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, sekarang bukan zaman media yang wujud ketika beliau menjadi Timbalan Presiden Parti Semangat 46.

Sekarang, jelasnya ialah zaman lebuh raya maklumat yang begitu pantas.

Beliau berkata, tentu Rais masih ingat ketika isu tengkolok Tengku Razaleigh yang diputar belit oleh media mengatakan Tengku Razaleigh telah murtad kerana memakai lambang salib, sehingga pengundi Melayu telah menolak Parti Semangat 46 beberapa hari dalam pilihan raya tahun 1990.

Katanya lagi, zaman penipuan media yang dimonopoli oleh kerajaan BN sudah berlalu.

"Kita mengharapkan Rais Yatim juga bergerak sealiran dengan zaman sesuai dengan kementerian yang beliau ketuai.

"Jangan dikatakan orang menteri yang jaga mengenai komunikasi tidak bergerak mengikut peredaran zaman," katanya lagi.

Biometrik untuk pastikan BN menang PRU 13

Posted: 26 Jul 2011 03:04 AM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia menolak penggunaan sistem biometrik kerana masih boleh dimanipulasi untuk mempastikan kemenangan Umno BN dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

"Jabatan Pilihan raya Dewan Pemuda PAS Malaysia berpendirian tegas menolak penggunaan sistem biometrik ini yang pastinya masih boleh dimanipulasi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mempastikan kemenangan Umno BN," kata Pengarah Jabatan Pilihan raya Dewan Pemuda PAS Malaysia, Mohd Sany Hamzan.

Ia juga, katanya akan membabitkan kos penyelenggaraan yang tinggi yang membabitkan duit rakyat berbanding penggunaan dakwat kekal yang lebih murah, mudah dan selamat.

Justeru, Pemuda PAS menolak kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang menyatakan bahawa pihak SPR akan memperkenalkan sistem biometrik untuk memantapkan lagi tahap keselamatan dalam proses pilihan raya di negara ini.

Abdul Aziz menyebut di dalam satu sidang media di Kuching bahawa perlaksanaan sistem itu diharap dapat mengatasi isu pengundi hantu yang sering dibangkitkan pihak pembangkang setiap kali menjelang musim pilihan raya umum atau kecil.

Keputusan itu diambil apabila pihak kerajaan bersetuju untuk memberikan sejumlah peruntukan kepada SPR untuk menggunakan sistem biometrik.

Jabatan Pilihan raya Dewan Pemuda PAS Malaysia juga bersetuju dengan pandangan Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor yang menyebut bahawa sistem biometrik ini tidak akan dapat menyelesaikan masalah isu pertindanan pemilih di dalam daftar pemilih, pemilih yang dipindah keluar dan masuk tanpa pengetahuan mereka, isu pengundi yang melebihi usia 100 tahun, isu lebih dari seorang pengundi di alamat yang sama, isu pengundian pos, isu tentera dan polis yang telah bersara tetap mengundi sebagai pengundi pos dan lain-lain isu yang telah menyebabkan sistem pilihan raya di Malaysia ini nampak tempang.

Mohd Sany menambah, seperti mana pendedahan Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor baru-baru ini dalam pertemuan dengan pihak SPR di Putrajaya, mereka telah menunjukkan sebahagian pembuktian pertindanan nama-nama pemilih di dalam daftar pemilih induk mengikut corak pengenalan diri (tarikh lahir/no kad pengenalan lama) dan corak nama hasil daripada gerak kerja mencari dan mengenal pasti pemilih-pemilih yang diragui yang telah dilaksanakan secara berterusan di seluruh kawasan.

Sehubungan itu, kata beliau pihaknya berharap semoga pihak SPR tidak meneruskan agenda mereka untuk menggunakan sistem biometrik ini yang belum pernah teruji keberkesanannya untuk memastikan sistem pilihan raya dapat dilaksanakan secara adil dan telus.

Beliau menambah, SPR tidak perlu berasa malu untuk menggunakan kaedah dakwat kekal seperti yang digunakan di Indonesia atau India tetapi hasilnya cukup memberangsangkan, tiada penipuan, tiada rusuhan dan sebagainya berbanding sistem biometrik yang tidak terjamin lagi ketelusannya.

Katanya lagi, Bersih 2.0 telah menunjukkan bahawa rakyat Malaysia kini telah bangkit untuk menolak sebarang penyelewengan dan penipuan, mereka juga memerhatikan dengan penuh minat bagaimana pihak SPR ingin mengendalikan pilihan raya umum ke 13 secara telus dan adil.

"Adakah SPR akan menjadi pihak yang mempunyai integriti dalam melaksanakan tanggungjawabnya secara beramanah ataupun berterusan menjadi salah satu daripada parti komponen Barisan Nasional yang akan mengusahakan pelbagai kaedah dan cara yang akan mempastikan kemenangan Umno BN di dalam pilihan raya yang akan datang?" soalnya.

Ibarat tembak lalat dengan peluru berpandu

Posted: 26 Jul 2011 03:03 AM PDT

Ahmad Danial

AYER KEROH: "Lain diminta lain diberi, ibarat menembak lalat dengan peluru berpandu," kata Pengarah Pilihan raya PAS Negeri Melaka, Bahiki Ismail (gambar).

Katanya, itulah perumpamaan yang sesuai diberikan kepada tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang akan menggunakan kaedah biometrik dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau juga kesal dengan sikap SPR yang disifatkan tidak peka dan sensitif dengan kehendak rakyat yang mahukan pilihanraya bersih dan telus dengan kaedah yang terbukti berkesan.

"Memang SPR sebenarnya sengaja tidak mahu menggunakan kaedah yang jauh lebih murah dan berkesan untuk mengelakkan seseorang mengundi 2 kali dan penipuan lain," ujarnya.

Beliau berkata, rakyat hanya mahu memastikan seseorang itu tidak mengundi 2 kali, maka seseorang itu telah mengundi dan tangannya dicelup dalam dakwat sudah pasti dia tidak boleh mengundi kali kedua kerana sudah ada kesan di tangan.

Tetapi, ujarnya jika kaedah biometrik dipakai, maka sudah pasti seseorang itu boleh mengundi lebih dari sekali jika namanya ada di beberapa tempat yang berlainan seperti yang dibuktikan oleh banyak pihak sebelum ini.

"Seseorang itu juga boleh mengundi banyak kali jika dia mempunyai Kad Pengenalan sah yang banyak. Ini kerana biometrik boleh memastikan bahawa dia adalah pemegang Kad Pengenalan yang sah berpandukan cop ibu jari dalam biometrik walaupun gambarnya tidak sama dengan tuannya," ujarnya.

Menurutnya, sememangnya banyak cara dan kaedah untuk menipu jika kaedah biometrik digunakan asalkan pemegang Kad Pengenalan itu mempunyainya yang menggunakan data ibu jari dia sendiri.

"Sudah banyak isu dan dakwaan yang kita dengar di mana pendatang asing di beri Kad Pengenalan dengan mudah. Selain itu sudah banyak tangkapan dibuat ke atas pegawai yang terlibat dengan pemberian kad pengenalan," ujarnya.

Ini, katanya bermakna sememangnya wujud kes di mana Kad Pengenalan yang mempunyai sistem pengenalan biometrik itu diberikan kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki, lebih-lebih lagi jika ia direstui oleh pihak-pihak tertentu.

Beliau berkata tuntuan Bersih 2.0 tentang penggunaan dakwat kekal sememangnya relevan dan praktikal dan tidak memerlukan kos yang tinggi dan prasarana yang canggih.

"SPR dan kerajaan jangan buat-buat tidak faham akan perkara ini," tegasnya.

I

Biometrik dibantah, boleh lahirkan kekecohan

Posted: 26 Jul 2011 03:01 AM PDT

Khaulah Azwar

GOMBAK : Tinjauan yang dibuat Harakahdaily mendapati, orang ramai tidak berapa setuju dengan sistem biometrik untuk pilihan raya akan datang kerana ia akan menimbulkan pelbagai masalah berdasarkan pengalaman penggunaan sistem itu sekarang.

Oleh itu, bagi mereka, penggunaan dakwat pada jari adalah yang terbaik dan telus untuk mempastikan tidak ada pengundian berganda dalam pilihan raya umum nanti.

Bagi mereka, sistem ini canggih tetapi siapakah yang boleh menjamin ketelusannya kerana ia tidak boleh disahkan oleh rakyat biasa dan menghasilkan keraguan.

"Bukan rakyat tidak tahu (Datuk Seri) Najib yang terkenal dengan sikap penipunya, hari ini cakap begitu esok lusa di pusingkan faktanya, rakyat di tipu hidup-hidup," kata Ketua Kampung Changkat, Gombak, Zainal Abidin Abu Bakar. (gambar)

"Sudah pasti semua ada muslihat yang telah dirancang lama oleh Kerajaan dengan mendapat kerjasama SPR," katanya ketika di temui di Taman Gombak.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar kerajaan mengkaji sahaja permohonan Bersih 2.0 melalui tuntutan lapan perkara yang mereka kemukakan melalui memorandum.

"Salah satu dari lapan perkara yang dituntut oleh rakyat dalam himpunan Bersih 2.0 yang lalu adalah menggunakan dakwat kekal bukan sistem biometrik. Ini memberi maksud kerajaan memperlekehkan suara rakyat.

"Mengapa susah sangat kerajaan dan SPR untuk memenuhi permintaan himpunan Bersih 2.0 dengan menggunakan dakwat kekal?" tanya beliau.

Bagi beliau, pemimpin Umno bimbang akan kehilangan kuasa mentadbir negara, sebab itu mereka berdolak dalih dengan mengunakan sistem biometrik yang tidak mendatangkan keuntungan kepada rakyat tetapi sebaliknya membazir wang rakyat untuk menanggung kos yang tinggi untuk membeli peralatan tersebut.

"Meskipun sistem tersebut nampak canggih tetapi ianya tidak mendatangkan manfaat bahkan saya yakin berbagai masalah boleh berlaku," kata Zainal.

Beliau juga memberikan contoh kesukaran yang bakal berlaku jika ianya digunakan nanti.

"Contohnya semasa saya bekerja di sebuah syarikat swasta sistem ini digunakan untuk kedatangan pekerja. Semua kakitangan perlu cop jari dengan menggunakan sistem biometrik tetapi terdapat kesukaran untuk membaca data dengan menggunakan cop jari lebih-lebih lagi apabila terdapat kerosakan kepada jari mereka yang bekerja kasar.

"Bagi wanita pula yang sering menggunakan kosmetik jari-jari mereka juga mengalami kerosakan dan sukar untuk dibaca oleh sistem tersebut," katanya.

Beliau juga mengungkit sistem biometrik yang digunakan di bank selalu menghadapi masalah apabila bank tidak boleh membaca cop jari dan cip pada Mykad apatah lagi apabila elektrik terputus bekalan.

"Kita tidak mahu ketika PRU13 nanti keadaan menjadi kelam - kabut akibat pengunaan sistem biometrik ini yang sekaligus akan melambatkan proses pengundian nanti. PM dan SPR sepatutnya harus memikir kesan-kesan penggunaan biometrik, adakah ia sesuai atau tidak di gunakan dalam pilihanraya umum," katanya.

Ketua Kampung Tengah, Edrus Yusof (Gambar kanan) pula berkata, sistem biometrik tidak memberi jaminan tidak wujud pengundi hantu selagi sistem SPR tidak dibersihkan dengan betul dan tulus terlebih dahulu.

Beliau juga mengungkitkan pengumuman bahawa Mykad yang masih banyak tidak diambil oleh rakyat di Jabatan Pendaftaran Negera (JPN).

"Sudah pasti Mykad tersebut boleh disalahgunakan oleh pihak-pihak yang dapat akses kepadanya dalam PRU akan datang untuk memberi kemenangan kepada pihaknya," kata beliau.

Tentang kos pula, beliau mempertikaikan kenapa biometrik dipilih.

Katanya, pengalaman negara luar termasuk Kanada menyatakan untuk menggunakan kaedah biometrik dalam mengesahkan identiti pengundi semasa pilihanraya akan memerlukan kos yang amat tinggi.

"Perlu ada talian internet yang stabil di tiap tempat mengundi, perlu ada jenerator pembantu, pengimbas dan sebagainya.

"Siapakah yang akan untung besar bila semua sistem biometrik ini dilaksanakan seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak? Macamana nak pastikan ada talian internet yang stabil di pedalaman Sarawak yang peti undi pun perlu diangkut guna helikopter?" soal beliau lagi.

"Kita cabar PM dan SPR jika mereka benar-benar tulus maka gunakan dakwat kekal dalam PRU ke 13. Mereka seharusnya mengambil kira suara hati rakyat dengan menggunakan dakwat kekal yang merupakan lebih berkesan, tulus dan dipercayai bukannya biometrik," katanya.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan pucuk pimpinan parti politik dan semua badan NGO serta sekratariat himpunan Bersih 2.0 adakan himpunan Bersih 3.0 jika ia tidak diselesaikan.

Sementara itu, Tan Choon Yong (Gambar kiri) pula melahirkan rasa ragunya kenapa Perdana Menteri Najib terlalu bersungguh mahu laksanakan biometrik.

"Saya nampak PM Najib dan SPR bersungguh betul ingin laksana kaedah biometrik yang lebih canggih dan lebih mahal berbanding dengan celup jari menggunakan dakwat kekal yang sepatutnya lebih mudah dan murah untuk mencegah pengundi hantu. Kalau Mykad rosak macamana? Adakah kita perlu batalkan penggunaan biometrik yang dirancang oleh mereka pada saat akhir?"

Dengan segala masalah yang dijangka ini, beliau yakin pru akan datang penuh dengan kekecohan jika biometrik digunakan.

"Sedangkan kita mahukan suasana pilihanraya yang tenang, aman dan tulus tanpa diragui oleh semua rakyat," katanya ketika di temui di sini.

Saweswathy a/p Suppiah pula mempunyai alasan tersendiri untuk membantah penggunaan biometrik dalam pilihan raya umum akan datang.

"Jari saya sukar untuk bergerak dan mengalami sakit kulit pada jari semenjak dua tahun yang lalu sehingga kini.

"Setiap kali saya ingin berurusan dengan bank yang menggunakan sistem biometrik memerlukan berbulang kali untuk dilakukan bacaan sistem tersebut. Jadi saya berharap pilihanraya nanti PM dan SPR dapat memikirkan masalah rakyat yang kategori OKU juga bagaimana mereka ingin buang undi jika sistem ini digunakan," katanya ketika di temui di Hospital Kuala Lumpur yang sedang mendapatkan rawatan di sana.

IC klon ancam keselamatan negara

Posted: 26 Jul 2011 02:59 AM PDT

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini membuat laporan polis berhubung pendedahan terdapat rakyat negara ini yang mempunyai dua kad pengenalan berbeza.

Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi oleh Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, Khairul Faizi Ahmad Kamil kira-kira jam 11 pagi tadi.

Turut serta, penolong setiausaha, Kamaruzaman Mohamad, Pengarah Pilihan Raya, Mohd Sany Hamzan dan Exco, Suhaizan Kaiat.

Pada sidang media selepas itu, Khairul Faizi memberitahu kewujudan dua kad pengenalan pada seorang individu itu bukan sahaja akan membolehkan individu tersebut mengundi dua kali, malah boleh mengancam keselamatan negara.

"Kita nak polis buat siasatan benar atau tidak, berlaku pemberian dua kad pengenalan kepada seorang individu.

"Sekiranya benar berlaku kita nak pihak polis ambil tindakan kepada pegawai JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) yang terlibat melakukan penyelewengan ini," katanya.

Laporan polis itu adalah merujuk kepada dua kes yang berlaku melibatkan individu bernama Mariam Binti Su dan Murugan A/L Subramaniam yang disemak melalui web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Mariam memiliki dua kad pengenalan baru berbeza iaitu bernombor 720616025472 dan 720610025738, tetapi mempunyai no kad pengenalan lama yang sama iaitu A2278510.

Sehubungan itu beliau mempunyai dua hak mengundi iaitu di Dun Kuala Ketil, Parlimen Baling.

Dua nombor kad pengenalan baru Murugan pula adalah 731002025877 dan 731002025201 yang juga mempunyai dua kali hak mengundi.

Kes tersebut dedahkan Suhaizan dan mendapat respon daripada Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar seperti disiar oleh akhbar The Star bertarikh 24 Julai 2011 dengan tajuk EC: Help us purge 'clones' from electoral roll.

Wan Ahmad antara lain menyatakan bahawa pengundi hantu benar-benar wujud dalam daftar pemilih SPR dan meminta parti politik dan individu tertentu tampil memberi maklumat kepada SPR untuk membersihkan daftar pemilih.

Suhaizan dalam pada itu berkata, beliau yakin kes itu berlaku akibat kecuaian JPN itu sendiri yang telah mengeluarkan dua kad pengenalan baru daripada satu kad pengenalan lama.

Akibat dari itu katanya, SPR menerima data yang salah dari JPN sekaligus membenarkan seorang pemilih mempunyai hak mengundi lebih daripada sekali.

"Sebab itu saya kata pilihan raya di Malaysia ini ruang manipulasi terlalu banyak dan ianya mudah digunakan oleh mereka yang berkepentingan untuk memenangi pilihan raya," katanya.

Biometrik tak atasi undi lebih sekali

Mengulas penggunaan sistem biometrik oleh SPR pada pilihan raya akan datang, Suhaizan dengan tegas berkata ianya tidak praktikal buat masa ini.

Ia kerana memerlukan SPR membersihkan pengkalan data terlebih dahulu agar tidak diragui sebelum dilaksanakan.

Ianya juga perlu kepada pengkala data sepusat agar semua tempat mengundi boleh mengakses pengkalan data pusat untuk mengesan sebarang pertindihan.

Sekiranya tiada pengkalan data sepusat, ianya akan mendedahkan kepada manipulasi pihak tertentu.

"Macam Mariam Binti Su, dia ada dua kad pengenalan. Maknanya dia boleh mengundi di dua tempat, dan melalui biometrik, Mariam Binti Su ini boleh mengundi di kedua dua tempat itu kerana mempunyai kad pengenalan yang sah," katanya.

Majlis Perundingan Media, satu lagi lapisan kawalan

Posted: 26 Jul 2011 02:56 AM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Langkah kerajaan memperkenalkan Majlis Perundingan Media (MPM) ditolak oleh Pusat Kewartawanan Bebas - CIJ - dan menyifatkan ianya sebagai satu lagi lapisan yang cuba mengawal media di negara ini.

Sehubungan itu, mereka menamakan badan ini sebagai 'Majlis Propaganda Media'.

"Cadangan penubuhan majlis perundingan media tidak akan mengusahakan agar media dibebaskan, beretika dan telus tetapi akan membuat media kita berundur ke belakang.

"Jika rujukan dan termanya dikekalkan, ia lebih sesuai dinamakan Majlis Propanda Media," kata Masjaliza Hamzah, Pegawai Eksekutif CIJ.

Semalam, beberapa editor kanan media tradisional juga menolak cadangan ini apabila mesyuarat pertama mengenainya diadakan tanpa mendapat sambutan dari media tradisional sendiri.

Seorang daripadanya, Datuk Nuraina Samad berkata beliau serta beberapa orang pengarang lain membantah cadangan berkenaan kerana ia dilihat sebagai satu lagi bentuk kawalan ke atas akhbar.

"Mereka kata ianya majlis perundingan tapi sebenarnya majlis ini hanyalah satu lagi bentuk kawalan," kata editor pengurusan dan penulis blog itu.

Media hari ini sudah terlalu sendat dengan soal kewibawaan dan undang-undang sedia ada seperti Akta Penerbitan dan Mesin Cetak yang mengawalnya, katanya sebagaimana dilaporkan Malaysiakini.

"Walaupun kebebasan media diletakkan sebagai salah satu objektifnya, ini satu lip servis sahaja kerana ia hanya bergerak dalam kerangka undang-undang yang ada bukannya untuk kepentingan media," kata Masjaliza.

Antara undang-undang yang mengekang kebebasan media di negara ini adalah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, Akta Keselamatan Dalam Negeri, dan Akta Komunikasi dan Multimedia.

Bagi beliau, walaupun kerajaan mengharapkan majlis ini menjalinkan hubungan baik antara kerajaan dengan media, namun kehadiran undang-undang mesin cetak misalnya akan terus menjadikannya alat kerajaan mengugut media.

"Selagi undang-undang itu masih ada, sebarang forum atau majlis yang melibatkan kerajaan tidak akan adil kerana semuanya akan datang dari kerajaan. Kerajaan juga selalu mengawalnya melalui panggilan telefon, surat tunjuk sebab atau memanggil editor ke Kementerian Dalam Negeri untuk berbual," katanya lagi.

Cadangan kerajaan agar Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di samping Menteri Dalam Negeri menjadi pengerusi bersama di samping ketua setiausaha masing-masing menjadi timbalan pengerusi membuktikan keinginan kerajaan untuk kekal berkuasa.

"Jika kerajaan yang ada serius dalam membebaskan media, undang-undang yang mengongkong ini harus dibubarkan dan biarkan media mengawal diri mereka sendiri dengan panduan dari masyarakat untuk kepentingan umum," tambah Majliza.

Selain dari itu, bagi memastikan media mendapat maklumat yang adil dan tepat, kerajaan sepatutnya mewujudkan suasana yang telus dan baik dipihaknya.

Kerajaan juga, katanya, hendaklah sentiasa bersedia untuk memberikan maklumat kepada media bukannya sentiasa menjadikan ianya rahsia kerajaan.

Najib takut Bourdon, rakyat makin curiga

Posted: 26 Jul 2011 02:55 AM PDT

Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR: Ketakutan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap kehadiran peguam Perancis, William Bourdon yang berusaha membongkar skandal pembelian Scorpene menguatkan lagi kecurigaan rakyat, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar).

"Bila Najib nampak sangat begitu takut dengan kehadiran Bourdon sehingga ke peringkat membatalkan lawatan dan percutiannya di luar negara, kelakuannya itu menguatkan lagi kecurigaan rakyat terhadap penyelewengan dalam pembelian Scorpene dan kaitan dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

"Tidak timbul sebarang tuduhan terhadap Najib, tetapi kelakuannya yang memaksa rakyat merasa curiga.

"Ketakutan Najib yang begitu ketara terhadap kehadiran Bourdon ke negara ini menguatkan lagi sangkaan dan keraguan rakyat terhadapnya," kata beliau.

Mohamad juga mempersoalkan, jika tidak bersalah, tidak menipu, tidak berdusta dan tidak berlakon seolah-olah tidak ada apa-apa berlaku, mengapa amat ketara ketakutan Najib dan kelakuannya pula yang amat mencurigakan.

"Adakah Najib takut ada orang dalam di dalam Umno sendiri yang akan menggunakan kehadiran Bourdon untuk menamatkan segala peluang, kenikmatan dan faedah yang dikecapinya sebagai Perdana Menteri?

"Nasib baik Najib boleh menggunakan kuasa eksekutifnya sebagai Perdana Menteri ketika bencana besar mungkin menimpanya dengan kehadiran Bourdon," kata beliau.

Mohamad juga menyifatkan tindak-tanduk beberapa kerat konco Najib yang seolah-olah bersedia menghadapi pilihan raya untuk mewajarkan tindakannya yang pulang tergesa-gesa sebagai melucukan.

"Bagus juga kalau Najib bubarkan dewan dan mengadakan pilihan raya. Kesan kemarahan sebahagian besar rakyat akibat pelbagai penipuan dan kekejaman Umno dan perkakasnya dalam menghadapi tuntutan rakyat yang sah melalui Bersih masih lagi membara.

"Lebih dari itu, Bourdon yang dihalau keluar dari negara ini akibat ketakutan Najib kini seperti harimau terluka dan akan bertindak balas.

"Kita yakin dia akan membongkar banyak perkara lagi mengenai skandal pembelian Scorpene dan pembunuhan Altantuya," katanya.

Mohamad seterusnya berkata, "Seronok juga kita hendak melihat bagaimana Najib dan beberapa kerat penyokongnya di dalam Umno menghadapi semua itu dalam musim pilihan raya".

Tindakan pada pelajar semarak kebencian Umno BN

Posted: 26 Jul 2011 02:52 AM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: PAS hari memberi amaran bahawa tindakan yang dikenakan oleh pihak Kedutaan Malaysia dan Jabatan Penuntut Malaysia terhadap para pelajar negara di Mesir yang mengadakan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu di Kaherah akan menyemarakkan lagi kebencian mahasiswa-mahasiswi terhadap kerajaan Umno Barisan Nasional.

"Tindakan yang diambil jelas menzalimi mahasiswa tersebut dan melanggar hak mahasiswa untuk berhimpun secara aman yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia dan tidak dihalang oleh pihak berkuasa Mesir.

"Tindakan zalim ini hanya akan menyemarakkan kebencian mahasiswa-mahasiswi terhadap kerajaan Umno Barisan Nasional, dan ia tidak membina sesuatu yang berguna bagi masa depan negara," selar Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Menurut Lajnah Keahlian dan Ulamak Pelapis, Dewan Ulamak PAS Pusat, antara tindakan yang diambil adalah pembatalan pengajian seorang mahasiswa negeri Selangor, menghalau 3 orang mahasiswa daripada Asrama Rumah Melayu di Abbassiyah (ARMA) tanpa sebarang notis dan surat tunjuk sebab, menyenarai hitamkan 40 orang mahasiswa negeri Perak dan beberapa orang mahasiswa negeri Terengganu yang menerima ugutan.

Tambah Lajnah itu lagi, tindakan yang diambil juga dilakukan secara terburu-buru tanpa ada penyiasatan yang teliti dan tidak memberikan hak kepada mahasiswa terbabit untuk mempertahankan diri.

Tuan Ibrahim mempersoalkan mengapa hanya di Mesir sahaja pelajar-pelajar negara yang mengadakan perhimpunan Bersih 2.0 dikenakan tindakan sedangkan perhimpunan yang sama turut berlaku di beberapa buah negara lain pada 9 Julai yang lalu.

"Walhal, mereka yang ditahan dalam negara semasa perhimpunan Bersih 2.0 Julai 9 yang lalu telah dibebaskan tanpa sebarang tindakan.

"Apakah kedutaan Malaysia di Keherah ketinggalan maklumat atau sengaja menjadi barua Umno bagi menunjukkan seolah-olah ia sahaja yang berani mengambil tindakan?" bidas beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Menyeru pihak yang bertanggungjawab supaya tidak menjadi "lebih sudu dari kuah", Tuan Ibrahim turut menyeru campur tangan Kementerian Pengajian Tinggi dan Wisma Putra bagi mengatasi kezaliman yang berlaku itu.

"Mereka sepatutnya bertindak berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada, di mana seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan oleh mahkamah ia bersalah.

"Tindakan yang diambil jelas menzalimi mahasiswa tersebut dan melanggar hak mahasiswa untuk berhimpun secara aman yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia dan tidak dihalang oleh pihak berkuasa Mesir," tegas beliau.

Pelajar-pelajar berkenaan, difahamkan sebahagiannya akan menamatkan pengajian beberapa bulan sahaja lagi, kata Tuan Ibrahim tidak seharusnya dibiarkan dibuang, dihalau dari asrama Malaysia dan dikenakan pelbagai ugutan.

"Pihak Lajnah Guaman PAS akan meneliti isu ini secara dekat bagi membela nasib pelajar yang teranianya ini," tambah beliau.

Peguam Anwar panggil Najib, Rosmah ke mahkamah

Posted: 26 Jul 2011 02:49 AM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan satu notis usul memohon peguam bela dibenarkan menemubual lima saksi, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dalam perbicaraan Fitnah II sebelum beliau membela diri pada 8 Ogos depan.

Peguam Anwar, Ram Karpal berkata, tiga saksi lain termasuk Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof dan pemilik unit kondominium, Hasanuddin Abd Hamid, lapor KeadilanDaily.

Permohonan itu difailkan Anwar menerusi Tetuan Karpal Singh & Co di Mahkamah Tinggi Jalan Duta hari ini.

Antara lain ia menyatakan, mengikut undang-undang adalah tanggungjawab pihak pendakwa memastikan mereka mengemukakan kesemua saksi untuk ditemu bual dan semua kos pula ditanggung pihak pendakwa.

"Kita menawarkan Najib dan Rosmah antara saksi yang perlu ditemubual kerana sebelum ini mereka gagal hadir ke mahkamah apabila dipanggil untuk memberi keterangan apabila mahkamah bersidang antara 6 hingga 30 Jun lalu," kata Ram.

Peguam Anwar mahu memanggil Anwar dan Rosmah ke mahkamah kerana pasangan suami isteri itu pernah menemui pengadu, Saiful Bukhari Mohd Azlan sehari sebelum dia membuat laporan polis memfitnah Anwar.

Najib sebelum ini memberikan alasan Saiful bertemunya atas urusan biasiswa sedangkan Saiful sebenarnya adalah pelajar yang gagal menamatkan pengajian di universiti.

Namun, Polis menyukarkan persediaan pasukan peguam bela Anwar untuk menyediakan pembelaannya apabila enggan memanggil Najib untuk disiasat.

Sementara itu, Malaysiakini melaporkan, di dalam afidavit sokongan, Anwar turut menyatakan peguamanya, S.N Nair menerima sepucuk surat daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Brickfields bertarikh 18 Julai lalu.

Ia menyebut bahawa Rodwan, Najib, Rosmah dan Musa enggan ditemu bual tetapi bersetuju menjadi saksi pihak pembelaan dengan syarat sapina dikeluarkan terhadap mereka.

"Sementara Hasanuddin enggan ditemu bual kecuali jika ia dilakukan dengan kehadiran peguamnya," kata Anwar dalam afidavitnya.

Anwar berkata, jika kesemua saksi itu gagal hadir untuk ditemu bual peguamnya, bermakna beliau dinafikan hak untuk perbicaraan adil.

Daripada 25 orang yang dikenal pasti untuk ditemu bual pihak pembelaan, hanya lima ditemu bual setakat ini.

Mereka ialah bekas ratu pecut Datuk Mumtaz Jaafar; Dr Mohd Osman Abd Hamid, bekas doktor Pusrawi; adik perempuan Mohd Saiful Bukhari Azlan, Saidaiti Azlan; Seorang doktor dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) bernama Dr Daniel dan Khairil Anaz Yusof, bekas pegawai khas Najib semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri (TPM).

Pada 13 Julai lalu, hakim perbicaraan, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan 8 hingga 26 Ogos depan untuk mendengar hujahan pihak pembelaan.

Manakala pada 16 Mei lalu, Hakim Mohamad Zabidin yang turut dipertikaikan kredibilitinya kerana kerap bersifat berat sebelah memerintahkan Anwar membela diri selepas memutuskan sukarelawan KEADILAN, Saiful, yang merupakan pengadu kes itu kononnya ialah saksi boleh dipercayai dan berwibawa.

Pada penghujung kes pendakwaan, pihak pendakwaan mengemukakan 71 saksi, yang mana pihak pembelaan memilih untuk menemu bual 25 orang.

Pada 7 Ogos 2008, Anwar, 63, mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan meliwat Saiful di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun, 2008.

PAS tolak biometrik

Posted: 26 Jul 2011 02:48 AM PDT

Aziz Muda

KUALA LUMPUR: Cadangan SPR untuk menggunakan keadah biometrik bagi menyelesaikan isu pengundi hantu dan pengundi bertindih bukan penyelesaian yang sebenar.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, malah ia juga terdedah kepada manipulasi pihak yang mengendalikannya kerana hanya segelintir sahaja yang ada kepakaran dan terlibat mengendalikan biometrik.

"PAS tetap berpendirian untuk mendesak supaya SPR menggunakan dakwat celup jari ketika mengundi bagi membasmi pengundi hantu dan juga pengundi yang mengundi banyak kali dalam setiap pilihan raya," ujarnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, begitu juga dengan pendaftaran pemilih secara automatik.

"Kita pelik bagaimana SPR boleh bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara dalam pengendalian biometrik ini, tetapi tidak boleh bekerjasama dalam mengendalikan pendaftaran pemilih secara automatik," ujarnya yang juga ahli Parlimen Marang.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menjelaskan, PAS mengambil keputusan menolak cadangan kerajaan untuk menggunakan sistem biometrik dalam pilihan raya di negara ini seperti yang diumumkan oleh SPR baru-baru ini.

Penolakan PAS terhadap sistem biometrik kerana diyakini sistem tersebut tidak berkemampuan menyelesaikan masalah pengundian bertindih dan menghalang masalah yang berlaku dalam pilihanraya di negara kita sejak sekian lama.

Beliau menjelaskan, sebaliknya PAS tetap bertegas untuk menggunakan dakwat kekal kerana hanya dengan cara itu yang dapat mengatasi masalah pengundian bertindih dalam pilihanraya di negara kita.

Menurutnya, keputusan menolak penggunaan sistem biometrik dibuat oleh PAS hasil perbincangan yang diadakan oleh para pemimpin PAS pada mesyuarat khasnya di Pejabat Agung PAS hari ini.

Katanya, kewujudan pengundian bertindih atau pengundian dua kali tidak boleh dinafikan oleh SPR atau pihak kerajaan kerana ia telah dikesan oleh PAS dengan menggunakan sistem komputer.

"Antara hasilnya, di Selangor sahaja sehingga kini, PAS telah berjaya mengesan 500 orang pengundi bertindih. Pengesanan itu bukan hanya dibuat menerusi sample-samplenya, tetapi dengan orang-orangnya sekali," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.

Baru-baru ini, menurut beliau, pihak SPR sendiri turut mengakui kewujudan pengundian bertindih pada senarai pendaftaran badan itu dan jumlahnya pula amat besar serta menakutkan.

"Pengakuan SPR itu menjadi bukti bahawa kebimbangan kita tentang kewujudan pengundian bertindih itu selama ini memang berasas dan ia merupakan fenomena yang amat membimbangkan," katanya.

Bertolak dari realiti itulah, Bersih 2.0 membuat cadangan agar SPR menggunakan kaedah dakwat kekal untuk mengatasi pengundian dua kali baru-baru ini, tetapi SPR pula menolaknya dengan memperkenalkan sistem biometrik.

"Penggunaan sistem biometrik itu sebenarnya adalah cadangan Perdana Menteri dan telah diterima oleh SPR untuk dilaksanakan, tetapi kita tetap menolaknya dan mahu menggunakan dakwat kekal seperti yang telah dicadangkan oleh Bersih 2.0 baru-baru ini," tegas beliau.

Lagi pemimpin Umno tak setuju kaitkan Wahabi dengan terorisme

Posted: 26 Jul 2011 02:46 AM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra


KUALA LUMPUR— Tindakan melabel kumpulan atau individu tertentu termasuk bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yang didakwa mengamalkan Wahabi, dengan aktiviti terorisme hanya akan memecahbelahkan umat Islam negara ini, kata Datuk Saifuddin Abdullah.

Justeru tegas ahli Majilis Tertinggi Umno ini, beliau (gambar) tidak bersetuju dengan tindakan melabelkan orang tertentu sebagai pengamal Wahabi dan kemudian merumuskan mereka sebagai pengganas.

"Saya tidak setuju langkah melabelkan orang tertentu sebagai Wahabi selanjutnya menyebabkan dia dilabelkan sebagai teroris (pengganas).

"Langkah melabelkan ini hanya memecahkanbelahkan umat Islam...dalam Islam ada adab berbeza pendapat, tapi janganlah kerana berbeza pendapat sehingga terbawa-bawa dengan melabelkan seseorang itu sebagai Wahabi atau teroris," kata beliau yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi kepada The Malaysian Insider.

Ia dilihat sebagai pandangan susulan mempertahankan Asri daripada label sedemikian.

Dalam pandangan yang disiarkan menerusi blognya, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin melahirkan pendirian agar Asri dan mana-mana pihak yang dikaitkan dengan amalan Wahabi atau pengganas diberi peluang membela diri bagi menjelaskan kedudukan mereka.

Khairy menegaskan sebarang maklumat yang telah dibentangkan pada mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) hendaklah diteliti dan dihalusi secara adil dan amatlah tidak wajar sekiranya pihak yang berkenaan bersifat melulu dengan terus menjatuhkan ketetapan atau hukum tanpa usul periksa dan tidak memberikan peluang membela diri.

"Pada masa yang sama, saya ingin menegaskan bahawa daripada pengamatan serta pengalaman saya bertukar pendapat dengan beliau, saya dapati Dr Asri adalah seorang tokoh cendiakawan Islam yang begitu menonjol dengan pemikiran beliau yang bukan sahaja terbuka, moderat bahkan progresif di dalam usaha memajukan ummah serta usaha-usaha dakwah," kata Khairy.

Laporan media menyebut pihak berkuasa telah mengadakan satu mesyuarat khas bagi membincangkan isu fahaman Wahabi dan aktiviti terorisme semalam.

Difahamkan mesyuarat yang dihadiri para mufti dan agensi agama telah menyenaraikan beberapa nama pemimpin popular negara termasuk tokoh agama muda yang menyertai Umno tahun lalu.

Antara nama itu ialah Asri, yang pernah dikaitkan dengan fahaman Wahabi.

Isu mengaitkan Asri dengan fahaman Wahabi dan pengganas Jemaah Islamiah (JI) muncul awal tahun lalu.

Ketika itu nama Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim dan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya juga muncul.

Nama tokoh-tokoh itu dilaporkan dibangkitkan pada satu taklimat keselamatan negara berhubung JI di Bukit Aman ketika itu.

Tambah Saifuddin, beliau berharap mana-mana pihak tidak lagi mengaitkan individu tertentu dengan fahaman Wahabi dan aktiviti terorisme kerana ia adalah strategi Barat untuk menentang Islam.

"Kita perlu faham bahawa Wahabi adalah fahaman agama yang diamalkan di Mekah dan Madinah. Adakah bermakna umat Islam Malaysia tidak boleh menunaikan Haji?

"Strategi mengaitkan Islam dengan terorisme adalah strategi Barat, kita menentang terorisme tapi kita tidak perlu menggunakan strategi seperti Barat," katanya yang juga Ahli Parlimen Temerloh.

Isu Wahabi sekali lagi muncul April lalu apabila seorang pegawai kanan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesyaki Imam Besar Masjidil Haram Sheikh Dr Abdul Rahman Ibn Abdul Aziz As-Sudais, yang berada di Malaysia, cuba menyuntik fahaman Wahabi di kalangan umat Islam negara ini dengan menggunakan platform "kerajaan dengan kerajaan."

Saifuddin dalam satu jawapan di Dewan Rakyat pada Jun 2010 pernah menyebut bahawa "saya tidak fikir kita sesuai untuk melabelkan organisasi atau individu tertentu dengan Wahabi dan kerana itu dia ada kaitan dengan terrorism."

"Ini dengan izin, 'over stretching the argument'. Oleh sebab itu, saya melihat tidak ada alasan kukuh untuk melibatkan empat orang itu sebagai Wahabi kah, atau terorisme kah," kata beliau merujuk kepada Asri, Hadi, Juanda dan Shahidan.

Ramadan: Tarikh lihat anak bulan Ahad ini

Posted: 26 Jul 2011 02:45 AM PDT

KUALA LUMPUR — Tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia ialah pada petang Ahad ini, 31 Julai bersamaan 29 Syaaban 1432 Hijrah.

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, tempat melihat anak bulan adalah Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara (Melaka); Teluk Kemang (Negeri Sembilan); Bukit Melawati (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor), Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor); Pantai Pasir Panjang (Perak); Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah).

Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Kemuning, Kemaman (Terengganu); Pulau Perhentian (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Setiu (Terengganu), Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan); Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai (Kelantan); Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu (Kelantan).

Tanjung Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak), Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah; Bukit Tanjung Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang).

Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan); Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur); Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis).

Bernama Online melaporkan bahawa Majlis Raja-Raja mempersetujui cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab, dan pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia melalui radio dan televisyen pada malam itu juga.

Polis: Hanya RTM setuju tayang video 9 Julai setakat ini

Posted: 26 Jul 2011 02:43 AM PDT

PORT DICKSON— Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan video perhimpunan 9 Julai lepas untuk ditayangkan lagi di mana-mana stesen televisyen di negara ini.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata setakat ini hanya RTM bersetuju menerima tawaran ini dan telah menayangkannya.

"Jika ada stesen televisyen lain yang ingin menayangkan video tersebut, kita sedia menyerahkan video ini untuk ditayangkan. Sebenarnya, klip video ini juga kini boleh dilihat di laman web PDRM," kata beliau dipetik Bernama Online.

"Kita berterima kasih kepada RTM kerana telah menyiarkan klip video sebenar apa yang berlaku pada perhimpunan haram 9 Julai lepas.

"Kita mengharapkan dengan ditayangkan klip video ini masyarakat mendapat maklumat yang tepat dan sebenar apa yang berlaku pada hari tersebut," katanya selepas menyaksikan raptai penuh perbarisan tamat latihan perdana perajurit muda dan konstabel polis siri 1/2011 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di sini.

Khalid berharap dengan penayangan klip video tersebut tidak ada lagi pihak-pihak yang membuat tuduhan, tomahan dan andaian bahawa polis berlaku ganas dan zalim kepada mereka yang berhimpun secara haram di ibu negara pada 9 Julai lepas.

Isu Wahabi: Dialog dengan kami, Shahidan ajak menteri dan PDRM

Posted: 26 Jul 2011 02:36 AM PDT

Oleh G Manimaran

KUALA LUMPUR— Bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini menggesa pihak berkuasa menyelesaikan isu Wahabi dan kini dikaitkan dengan aktiviti pengganas diselesaikan buat selama-lamanya dan tidak terus dibangkitkan termasuk dilaporkan menjadi fokus Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam.

Sehubungan itu beliau yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno mahu satu dialog diadakan bersama pihak-pihak yang dilabel sebagai pengamal dan pengikut fahaman Wahabi.

Shahidan sendiri pernah dikaitkan sebagai pengamal fahaman Wahabi.

Beliau merupakan salah seorang daripada empat pemimpin politik dan agama dinamakan dalam senarai 'dikehendaki' dalam isu fahaman Wahabi awal tahun lalu.

Bagaimanapun Shahidan sudah beberapa kali menafikan dakwaan sedemikian dan pernah mencabar pihak-pihak yang mempertikaikannya agar mengemukakan bukti.

"Perkara ini sudah lama dibangkitkan, bukan baru. Jadi, saya akan minta (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengadakan satu dialog, dialog antara mufti-mufti dengan mereka yang didakwa mengamalkan fahaman Wahabi.

"Saya juga minta polis mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak ini (didakwa mengamalkan Wahabi), kami pun hendak tahu di bahagian mana dalam badan kami ada amalan Wahabi, kami mengamalkan fahaman Wahabi... bincang dengan kami, dan selesaikan isu ini buat selama-lamanya," kata beliau kepada The Malaysian Insider pagi ini.

Malah perkara itu turut ditekankan oleh dalam laman sosial Facebooknya.

Shahidan antara lain berkata "kerajaan persekutuan dan negeri kena perjelaskan apakah dia fahaman Ahbash kerana dalam buku haram edaran puak-puak Syiah gambar Zamihan, seorang pengamal Ahbash dipamerkan sebagai hero... mungkin kerajaan pun tidak faham tentang bahaya Ahbash.. menteri agama (Jamil Khir) camna?" kata beliau dilihat merujuk kepada Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras, Institut Latihan Islam Malaysia.

Pegawai itu pernah didakwa menyenaraikan Shahidan, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya, bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada taklimat dengan Polis Diraja Malaysia dan para naib canselor pusat pengajian tingggi tempatan tahun lalu.

Justeru tegas Shahidan, beliau akan menghubungi Jamil Khir hari ini meminta agar diadakan satu dialog dan tidak mahu isu ini berpanjangan.

"Bagaimana mereka boleh menghina tokoh-tokoh agama ini, mufti ini kononnya mengamalkan Wahabi dan dikaitkan sebagai menjurus kepada keganasan... mengapa tidak panggil mereka dan diadakan dialog," kata Shahidan sambil mengulangi bahawa pihaknya tidak mengamalkan fahaman Wahabi.

"Saya pun tidak tahu apa itu amalan Wahabi, beritahu kami apa itu amalan Wahabi, beri kami penjelasan... kalau dapat memberikan penjelasan, kami gembira," kata Shahidan yang memainkan peranan penting dalam membawa 40 ulama muda menyertai Umno tahun lalu.

Kesemua 40 ulama muda itu turut didakwa disenaraikan sebagai pengamal fahaman Wahabi bersama Asri dan Juanda kali ini.

Dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider pagi tadi, Asri berharap ulama-ulama muda itu, yang menyertai Umno tahun lalu, mengkaji balik kedudukan mereka dalam parti itu ekoran tindakan pihak tertentu terus mengaitkan mereka dengan fahaman Wahabi dan aktiviti pengganas.

Sehubungan itu, Asri berkata, beliau terkejut apabila ada pihak yang menganggap sekitar 40 ulama muda, kebanyakannya merupakan rakan beliau dan menyertai parti teras Barisan Nasional (BN) itu setahun lalu, didakwa menggunakan politik sebagai platform untuk mengembangkan fahaman Wahabi.

"Saya tahu mereka ini (ulama muda) bertungkus-lumus membantu Umno dalam menjalankan tanggungjawab sebagai ulama muda dalam parti politik dan menjalankan kerja-kerja mendakwah, tetapi mereka dilabelkan macam ini.

"Jadi, saya meminta mereka mengkaji semula kedudukan mereka dalam parti (Umno), sama ada mahu kekal sebagai ulama muda dalam Umno," kata Asri kepada The Malaysian Insider hari ini.

Dalam tulisan di laman Facebooknya semalam, Asri berkata "pada hari ini satu taklimat keselamatan diberikan kepada para mufti dan pegawai agama di seluruh negara... tamat pada pukul 1 tengah hari... beberapa tokoh dimasukkan sebagai mengancam keselamatan negara... saya pun dimasukkan juga... saya tidak kisah, memang ada pun pendapat saya yang tidak sama dengan kerajaan pusat termasuk dalam isu Bersih."

"Namun yang peliknya 40 ulama muda Umno juga dimasukkan dalam senarai pengganas khusus Ustaz Fathul Bari (Mat Jahya)... demikian setelah mereka berhempas membela kerajaan Umno, inilah balasannya."

Malah kata Asri, "(kerajaan) Arab Saudi dan ulamanya dianggap negara pengganas.. parti politik tertentu yang menerima bantuan daripada Arab Saudi juga dianggap ada unsur pengganas... sudah pasti lulusan Madinah semuanya pengganas... inilah apabila madu dibalas racun, penawar dibalas tuba... elok ulama muda Umno mengambil langkah yang drastik..."

Kesatuan piket Jumaat protes kontrak Presiden KTMB disambung

Posted: 26 Jul 2011 02:34 AM PDT

KUALA LUMPUR — Kesatuan Pekerja-pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (RUM) merancang mengadakan piket secara aman di pekarangan ibu pejabat Keretapi Tanah Melayu (KTMB) di sini Jumaat ini bagi membantah penyambungan kontrak presiden KTM Dr. Aminuddin Adnan selama dua tahun mulai 1 Ogos ini.

Presidennya, Abdul Razak Md Hassan mendakwa pihaknya telah mendapat kebenaran daripada polis Dang Wangi untuk mengadakan piket itu dan menjangka kira-kira 1,000 pekerja KTMB akan menyertainya mulai 6 petang.

Bercakap pada sidang media di sini, Razak mendakwa penyambungan kontrak Aminuddin menimbulkan rasa kurang senang pihak kesatuan, kerana menurutnya, Aminuddin bersikap negatif terhadap kesatuan.

"Pekerja-pekerja KTMB melahirkan rasa kekecewaan dengan penyambungan kontrak Dr. Aminuddin Adnan sebagai Presiden KTMB selama dua tahun lagi bermula 1 Ogos 2011 sehingga 31 Julai 2013.

"Penyambungan kontrak kini menimbulkan rasa kurang senang kesatuan berikutan perhubungan di antara kesatuan dengan Presiden KTMB telah punah berikutan Presiden KTMB tidak menganggap kesatuan sebagai rakan kongsi, sebaliknya beranggapan kesatuan adalah 'seteru'," kata Razak dalam kenyataan yang diedarkan pada sidang media.

Kata beliau, perhubungan perusahaan adalah elemen penting dalam menjana produktiviti yang baik, kesatuan sebagai rakan kongsi perlu diberi perhatian yang serius dalam membantu membangunkan KTMB dari sebuah syarikat yang tidak produktif kepada sebuah syarikat yang berdaya saing bagi member perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat, tindakan membelakangkan kesatuan dan beranggapan kesatuan sebagai "seteru" adalah satu persepsi yang negatif yang perlu dihindarkan kerana boleh mencetuskan pertikaian.

Kata beliau, pihak kesatuan memohon kepada pihak yang bertanggungjawab dalam pelantikan Aminuddin membatalkan atau menamatkan kontraknya serta-merta dan melantik mereka yang lebih layak untuk menerajui KTMB.

"Pihak kesatuan ingin menegaskan bahawa tindakan penyambungan kontrak ini akan menyebabkan dalam tempoh dua tahun yang akan dating akan terus wujud pertikaian seterusnya akan menyebabkan pihak kesatuan mengambil tindakan perusahaan yang berpanjangan sehingga Aminuddin ditamatkan kontrak," kata beliau.

Isu Wahabi: Umno manipulasi Islam demi politik, kata PKR

Posted: 25 Jul 2011 10:26 PM PDT

Oleh Debra Chong

PETALING JAYA— PKR mendakwa pentadbiran mempunyai agenda politik apabila mengaitkan bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin sebagai "pengganas" kerana mempunyai hubungan dengan Wahabi.

Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, dengan berbuat demikian Putrajaya secara automatik mendedahkan Barisan Nasional (BN) memanipulasikan agama bagi memenuhi kepentingan politik.

"Ia memanipulasikan agama," katanya pada sidang media hari ini.

"Umno bukan mengenai agama... ia tentang politik," tambah beliau.

Nik Nazmi terlebih dahulu mengkritik langkah Putrajaya itu menerusi mesej Twitter semalam.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara itu, beliau berkata, Islam yang sebenar menuntut agar dialog terbuka perlu dilakukan bagi mendapatkan penjelasan Asri.

"Saya bukan pengikut fahaman Wahabi. Saya tidak bersetuju dengannya tapi apa yang anda lakukan?

"Mengapa tidak membahaskan perkara ini," katanya.

Nik Nazmi berkata moyangnya telah mengadakan debat berhubung isu seperti itu pada 1930 di Kelantan dan ia tidak memberikan kesan buruk dan oleh itu perlu mendapatkan reaksi daripada pendapat yang dikeluarkan Asri.

Beliau juga mencadangkan agar Putrajaya menulis sebuah buku untuk membentangkan hujah-hujah daripada mengambil jalan yang tidak matang.

Tahun lalu Asri dikaitkan dengan Wahabi dan kumpulan pengganas Jemaah Islamiah bersama Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim dan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya.

The Malaysian Insider difahamkan Hadi dan Shahidan tidak disenaraikan dalam pemerhatian.

Dua ahli Parlimen Umno mempertahankan Asri dengan mendesak pentadbiran Najib salah kerana melabelkan tokoh agama itu dengan aktiviti pengganas.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) bertindak secara berlebihan kerana mengaitkan fahaman Wahabi dengan aktiviti pengganas.

Semalam The Malaysian Insider melaporkan MKN telah mengeluarkan arahan agar mufti-mufti dan agensi agama untuk memantau fahaman Wahabi.

Najib guna blogger Amerika pro Israel

Posted: 25 Jul 2011 10:18 PM PDT

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Belum pun reda isu kerajaan menggunakan khidmat Apco dengan bayaran RM77 juta setahun, terbaru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak didedah menggunakan khidmat sekumpulan blogger Amerika pro Israel.

Selain Najib, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud juga dikatakan menggunakan khidmat blogger yang sama bagi tujuan meningkatkan imej, seperti dilapor sebuah portal berita semalam, Free Malaysia Today.

Lebih memalukan, salah seorang blogger itu, Caleb Howe, dikesan memburuk Islam pada laman twitternya 23 April tahun lepas dengan menghina junjungan besar umat Islam, Nabi Muhammad.

"Saya melukis gambar (nabi) Muhammad hari ini. Saya menunjukkan beliau mengahwini kanak-kanak sebelum sunti.

Pada mesej twitter yang sama selepas itu, beliau menulis "Boleh kah saya berkahwin dengan pra-sunti? Maaf…itu kesalahan ejaan saya. Maksud saya merogol".

Howe dan blogger lain dilihat bukan kali pertama telah membuat kenyataan yang menghina dan memburukkan Islam secara keterlaluan terutama di laman twitter.

Beliau juga dikaitkan dengan Josh Trevino, penulis blog berhaluan kanan di belakang blog Amerika 'Red State' dan 'New Ledger' dan juga syarikat yang dipanggil Rogue Strategic Services.

Rogue Services dilapor menyediakan perkhidmatan untuk Barisan Nasional sejak zaman bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Howe juga penyumbang tetap kepada laman web utama Trevino 'Red State' , juga pembantu akaun Twitter 'Malaysia Matters' yang mana berkait dengan laman web Malaysia Matters- satu daripada projek Trevino untuk mempromosikan pemimpin BN.

Laman web Malaysia Matters telah dimulakan dalam 2008 oleh Trevino dan seorang rakan sekerja Jerome Amstrong.

Armsrong, yang juga profesional 'blogger upahan', ditugaskan oleh kerajaan Malaysia untuk khidmat berkenaan- beliau menyenaraikan Malaysia sebagai pelanggan di laman web syarikatnya, Webstrong.

Trevino sendiri bukan lagi menjadi rahsia dengan pandangannya yang pro israel sehingga dia berbalas cicipan twitter sesama rakan Amerika yang berasa kasihan dengan rakyat Palestin dan isu kapal flotilla yang diserang tentera Israel.KUALA LUMPUR: Belum pun reda isu kerajaan menggunakan khidmat Apco dengan bayaran RM77 juta setahun, terbaru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak didedah menggunakan khidmat sekumpulan blogger Amerika pro Israel.

Selain Najib, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud juga dikatakan menggunakan khidmat blogger yang sama bagi tujuan meningkatkan imej, seperti dilapor sebuah portal berita semalam, Free Malaysia Today.

Lebih memalukan, salah seorang blogger itu, Caleb Howe, dikesan memburuk Islam pada laman twitternya 23 April tahun lepas dengan menghina junjungan besar umat Islam, Nabi Muhammad.

"Saya melukis gambar (nabi) Muhammad hari ini. Saya menunjukkan beliau mengahwini kanak-kanak sebelum sunti.

Pada mesej twitter yang sama selepas itu, beliau menulis "Boleh kah saya berkahwin dengan pra-sunti? Maaf…itu kesalahan ejaan saya. Maksud saya merogol".

Howe dan blogger lain dilihat bukan kali pertama telah membuat kenyataan yang menghina dan memburukkan Islam secara keterlaluan terutama di laman twitter.

Beliau juga dikaitkan dengan Josh Trevino, penulis blog berhaluan kanan di belakang blog Amerika 'Red State' dan 'New Ledger' dan juga syarikat yang dipanggil Rogue Strategic Services.

Rogue Services dilapor menyediakan perkhidmatan untuk Barisan Nasional sejak zaman bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Howe juga penyumbang tetap kepada laman web utama Trevino 'Red State' , juga pembantu akaun Twitter 'Malaysia Matters' yang mana berkait dengan laman web Malaysia Matters- satu daripada projek Trevino untuk mempromosikan pemimpin BN.

Laman web Malaysia Matters telah dimulakan dalam 2008 oleh Trevino dan seorang rakan sekerja Jerome Amstrong.

Armsrong, yang juga profesional 'blogger upahan', ditugaskan oleh kerajaan Malaysia untuk khidmat berkenaan- beliau menyenaraikan Malaysia sebagai pelanggan di laman web syarikatnya, Webstrong.

Trevino sendiri bukan lagi menjadi rahsia dengan pandangannya yang pro israel sehingga dia berbalas cicipan twitter sesama rakan Amerika yang berasa kasihan dengan rakyat Palestin dan isu kapal flotilla yang diserang tentera Israel.

KEADILAN kesal kaitkan Dr Asri dengan Wahabi, keganasan

Posted: 25 Jul 2011 10:14 PM PDT

KEADILAN DAILY

PETALING JAYA: KEADILAN kesal tindakan mengaitkan sarjana muslim termasuk bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainal Abidin dengan fahaman Wahabi dan aktiviti keganasan

Pengarah Komunikasi KEADILAN Nik Nazmi Nik Ahmad berkata demikian mengulas tindakan kerajaan mempergunakan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam menimbulkan isu itu.

Menurut Nik, menggelar dan mengaitkan seseorang dengan suatu fahaman dan aktiviti terorisme adalah tindakan mundur, bahkan tidak menyelesaikan masalah.

"Mungkin kerana Dr Asri bersuara lantang dan berbeza pandangan politik, maka dia dituduh (wahabi).

"Islam adalah budaya peradaban. Sekiranya kita tak bersetuju dengan suatu pandangan kita boleh berdebat, bukan dengan cara menangkap, menuduh atau mengaitkan seseorang dengan aktiviti keganasan," katanya kepada pemberita pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

Beliau mengulas laporan media yang menyatakan kebimbangan MKN terhadap beberapa tokoh agama di Malaysia, termasuk bekas Mufti Perlis itu dan 40 ulama muda yang menyertai Umno tahun lalu.

"Saya sendiri tak sentiasa bersetuju dengan pandangan Dr Asri. Tapi itu bukan sebab untuk saya menutup ruang dan haknya untuk bersuara.

"Hari ini orang Islam perlu sedar, bersikap terbuka dan bersaing secara berhujah. Kita bersetuju untuk tidak bersetuju. Kita mahu orang bukan Islam tidak memandang agama Islam sebagai ganas, dalam masa yang sama kita tak boleh bersifat begitu," jelas Nik Nazmi.

DUNIACACAMARBA

Posted: 26 Jul 2011 03:33 PM PDT

Assalamualaikum warahmatuAllahi wabarakatuhu,

Terlebih dahulu, pohon kemaafan jika warkah ini terbuka. Saya harap ia dapat dibaca oleh semua. Jika ada kebaikan, ambillah darinya. Jika tidak, campaklah ia ke tepi dan lupakan sahaja.

Ia hanya satu coretan dari seorang rakyat bawahan. Tanda cinta dan kasih kepada saudara yang saya lihat tercegat di segala penjuru negara atas tanggungjawab menjaga keamanan kita semua. Mata memandang, hati merintih dan berdoa agar tugasan saudara benar-benar diberikan pahala di sisi Tuhan dan diiktiraf di sisi rakyat.

Saudaraku anggota polis,

Kerja polis adalah satu kerja yang mulia kerana menjaga keamanan dalam negara. Penat lelah anggota polis dalam memastikan negara kita aman dan adil adalah pahala yang amat besar di sisi Allah jika pengamalnya jujur dan ikhlas.

Sepatutnya, tiada seorang pun rakyat yang cintakan keadilan dan keamanan akan membenci polis. Sebaliknya, perasaan fitrah; sayang dan menghargai akan tertanam dan mekar sebaik sahaja mendengar nama polis, melihat anggota atau apa sahaja perlambangan polis. Itulah perkara sewajarnya berlaku.

Cegah kemungkaran

Saudaraku anggota polis,

Tugas seorang anggota polis - sebelum tugasan kenegaraan- sebenarnya adalah tugasan yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya iaitu 'Menyuruh Kebaikan, Mencegah Kemungkaran'.

Itu moto asal pasukan polis. Sekalipun, tumpuan terbanyaknya kepada bahagian kedua iaitu 'Mencegah Kemungkaran'. Hakikatnya, polis berperanan menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah dengan dipastikan setiap penzalim akan dihalang, dicegah dan dihukum.

Jika itu tidak berlaku, masyarakat akan porak peranda dan menerima hukuman dari Allah. Allah berfirman: (maksudnya): "Telah dilaknat mereka yang kufur daripada Bani Israil melalui lidah Daud dan Isa bin Maryam. 

Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang (sesama sendiri) perbuatan mungkar yang mereka kerjakan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan. (Surah al-Maidah, ayat 78-79).

Nabi s.a.w pula bersabda: "Sesungguhnya manusia apabila melihat orang zalim, namun tidak menghalang tangannya, hampir Allah akan meliputi mereka dengan hukumanNya" (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasai dengan sanad yang sahih).

Kami sebagai rakyat mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak polis yang telah menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah, kezaliman dan kerosakan.

Bahaya kuasaSaudaraku anggota polis,
Namun, dalam masa yang sama, bidang tugas dan kuasa saudara yang menghalang kezaliman itu jika disalahgunakan boleh memberikan kesan yang sebaliknya. 

Ia boleh bertukar dari melindungi yang tidak bersalah kepada menginayainya, menghalang yang zalim kepada memberi peluang kepadanya, memberi hak kepada yang berhak kepada merampas hak dari tuannya.

Jika itu berlaku, rosaklah masyarakat, hilanglah neraca keadilan, bermegah si zalim, kesakitanlah yang ditindas. Lantas, kebencian akan merebak, kepercayaan akan hilang dan saudaraku polis yang sepatutnya disayangi menjadi pihak dimusuhi, dibenci dan diragui.

Saudaraku anggota polis,

Ingin saya sebut di sini suatu tazkirah yang harapnya boleh memberikan manfaat kepada semua, khususnya mereka yang berkuasa seperti saudara.

Saudaraku, kezaliman itu adalah suatu racun. Ia bukan sahaja menyakitkan yang dizalimi, tetapi suatu hari akan membawa sengsara, bahkan mengorbankan si zalim itu sendiri.

Pada hari kita memukul orang yang tidak bersalah, melukai atau menfitnahnya, kita mungkin rasa selamat di balik peruntukan kuasa yang ada. Mungkin juga rasa selamat di balik pakaian lengkap kita yang mungkin gagal mangsa mengenali pelakunya.

Namun Tuhan tidak lupa. Akan ada harinya yang menanti kita di hadapan. Tangan yang memukul orang lain dan kaki yang menendang mangsa itu tidak akan terpadam catatannya sehingga kemaafan diberikan.

Ketika saudara pulang ke rumah berjumpa keluarga, si mangsa mendongak ke langit mengadu kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa.

Doa orang dizalimi

Dengarlah baik-baik apa yang yang disabdakan Nabi SAW: "Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam riwayat Ahmad, baginda bersabda: "Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang jahat. Kejahatannya itu bagi dirinya" (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).

Dalam riwayat Ahmad yang lain: "Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang kafir kerana ia tidak ada hijab (penghalang untuk Allah menerimanya). (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).

Saudaraku anggota polis,

Tiada siapa antara kita yang dapat menyelamatkan dirinya dari hukuman Tuhan. Seseorang mungkin telah melupai orang yang dizaliminya, atau si mangsa juga mungkin terlupa, atau pergi menemui Ilahi terlebih dahulu.

Namun doanya tetap hidup. Akan ada waktu, ia tetap datang bertandang dalam kehidupan si zalim; meragut kebahagiaannya, ketenteraman hidupnya dan mencampakkan derita dalam pelbagai warna dan rupa.

Mungkin si zalim ketika itu terpinga dan bertanya 'apakah salah saya?'. Dia terlupa bahawa Tuhan tidak lupa atas kezalimannya, di dunia dan akhirat sana.

Saudaraku anggota polis,

Dunia ini sementara. Setiap kita akan ada hari akhirnya. Akan berakhirlah sebuah kehidupan dan bermulalah mahkamah keadilan Tuhan.

Tunggu balasan

 Tiada kuasa yang dapat membela, tiada pembesar yang dapat berkata. Semua tunduk menunggu balasan. 

Firman Allah (maksudnya): "Dan janganlah kamu menyangka bahawa Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang ketika itu terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar), mereka terburu-buru (menyahut panggilan) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata yang tidak berkelip, dan hati mereka yang kosong (kerana bingung dan cemas)". (Surah Ibrahim 42-43).

Saudaraku anggota polis,

Sekali lagi pada hari itu si zalim akan bertemu dengan semua mereka yang telah dimangsakan, di hadapan mahkamah yang Maha Adil.

Tiada bukti yang dapat disembunyikan, diputarbelit dan ditipu kepada masyarakat manusia yang berkumpul ketika itu. Tiada media yang boleh diperguna dan tiada kuasa kerajaan yang boleh melindunginya.

Adil seadil-adilnya. Bak kata Nabi s.a.w: "Segala hak akan dibayar kepada empunya pada Hari Kiamat, sehinggakan akan dibalas untuk biri-biri yang bertanduk atas perbuatannya ke atas biri-biri yang tidak bertanduk" (Riwayat Muslim).

Sabda baginda juga: "Sesiapa yang ada padanya kezaliman terhadap saudaranya (muslim yang lain); seperti terhadap maruah dan selainnya, mintalah halal pada hari ini sebelum tiba waktu yang tiada dinar dan dirham (tiada harta iaitu pada Hari Kiamat).

Arahan atasan

Sekiranya baginya kebaikan (amalan soleh) maka akan diambil darinya dengan kadar kezalimannya. Jika tiada baginya kebaikan, maka akan diambil dosa orang yang dizalimi lalu ditanggung ke atasnya" (Riwayat al-Bukhari).

Saudaraku anggota polis,

Saya tahu, kadang-kala ada keadaan yang sukar sebagai anggota polis yang terpaksa melaksanakan arahan 'atasan'. Maka, mungkin ada yang berkata 'kami hanya menjalankan tugas'.

Sudilah saudara mendengar nasihat tokoh Islam yang agung al-Imam Hasan al-Basri r.a. kepada Gabenor Iraq dan Khurasan iaitu 'Umar bin Hubairah. Ketika itu zaman pemerintahan Khalifah Yazid bin Abdul Malik.

Kata 'Umar bin Hubairah: "Sesungguhnya khalifah Yazid bin Abdul Malik kadang-kala menyuruhku melaksanakan perkara yang aku rasa tidak puas hati dari segi keadilan. Apakah jika aku melaksanakannya menjadi sutu kesalahan di sisi agama?

Kata Hasan al-Basri: "Wahai Umar bin Hubairah! Takutlah Allah mengenai Yazid, jangan engkau takutkan Yazid mengenai Allah. Ketahuilah sesungguhnya Allah azza wajalla dapat menghalang Yazid daripada bertindak ke atasmu, tetapi Yazid tidak dapat menghalang Allah daripada bertindak ke atasmu.

Wahai 'Umar bin Hubairah! Sesungguhnya akan turun kepadamu malaikat yang bengis dan keras, dia tidak akan menderhakai apa yang Allah perintahkannya. Dia akan mengambil engkau dari tempat dudukmu ini, dan memindahkan engkau dari istanamu yang luas, ke kubur yang sempit.

Tanggungjawab kepada Allah

Di sana tiada Yazid, hanya yang ada amalanmu yang menyanggahi Tuhan Yazid. Wahai 'Umar bin Hubairah! Sekiranya engkau bersama Allah dan ketaatan kepadaNya, ia boleh menghalangmu dari kejahatan Yazid di dunia dan akhirat.

Jika engkau bersama Yazid dengan menderhakai Allah, sesungguhnya Allah akan menyerahkanmu kepada Yazid. Ketahuilah wahai 'Umar bin bin Hubairah! Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam menderhakai Pencipta". Maka menangislah Gabenor 'Umar bin Hubairah". (rujukan: Mir at al-Jinan wa 'Ibrah al-Yaqzan)

Saudaraku anggota polis,
Kita boleh bertugas kepada sesiapa pun, tetapi jangan lupa tanggungjawab kita di hadapan Allah. Tiada cacatnya menjadi anggota polis. Saudara bukan musuh rakyat. Sebaliknya, saudara diperlukan rakyat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Pengikut