ISU - ISU AKHBAR CINA
PERLU TERUS AGRESIF DEMI KAUM CINA
AKHBAR Nanyang Siangpau bertarikh 23 Mei 2013 memaparkan tulisan Loh Han Chew melalui ruangan Pendapat Yuan Lun berkenaan meneruskan perjuangan agresif kaum Cina.
Pilihan raya umum (PRU) kali ini terzahir keadaan yang membanggakan. Masyarakat Cina akhirnya melihat diri mereka sebagai bukan kaum yang dikatakan dingin terhadap politik.
Dahulu ada yang kata orang Cina hanya pandai cari duit, tidak berminat, dingin terhadap politik dan dingin membuang undi di musim pilihan raya. Tetapi daripada keputusan PRU kali ini, rupa-rupanya sebelum ini orang Cina rasa kecewa terhadap politik, keadaan struktur politik sedia ada serta garis sempadan kawasan yang tidak seimbang.
Orang Cina menganggap kalah terlebih dahulu sebelum pilihan raya diadakan, sebab itu mereka tidak menaruh harapan yang tinggi terhadap PRU kerana tidak kira macam mana PRU dilaksanakan, kemenangan tetap akan memihak kepada parti pemerintah. Tiket undi yang ada di tangan tiada kesan, sebab itu tidak ramai orang Cina yang turun mengundi, malah ada yang tidak mendaftar sebagai pengundi.
Sebaliknya, PRU kali ini orang Cina secara agresif turun mengundi, sesuatu yang belum pernah berlaku sebelum ini. Ramai pengundi yang berusia 20-an sehingga usia 60 dan 70 tahun turun mengundi. Sikap mereka berbeza dengan dahulu. Kini mereka bertukar menjadi "tidak boleh kurang walaupun satu undi dari saya". Diharap orang Cina terus mengekalkan sikap agresif sedemikian pada masa akan datang.
Perlu diingat, kawasan sempadan di kerusi Parlimen pembangkang ditambah dengan bilangan orang Melayu yang banyak, kesedaran mereka terhadap politik tidak kurang hebatnya daripada kaum Cina. Pendidikan mereka, bahasa mereka dan kesedaran mereka begitu terbuka, ilmu pengetahuan tentang politik orang Melayu ini telah ditarik dan dipengaruhi oleh sebahagian daripada orang Cina. Ini bermakna orang Cina boleh gabungkan kekuatan politik bersama mereka, sebab itu orang Cina jangan lagi memperkecilkan dan memandang rendah terhadap kekuatan satu tiket undi yang ada di tangan.
Fenomena baharu yang berlaku termasuk rakyat kita dari luar negara secara agresif kembali membuang undi, sesuatu yang luar biasa dan tidak pernah berlaku sebelum ini. Ada yang sanggup berbelanja puluhan ribu ringgit untuk kembali ke tanah air melalui kapal terbang sementara pekerja di Singapura mengambil cuti dua hari lebih awal kembali ke kampung halaman untuk membuang undi. Semua ini menunjukkan mereka sudah ada kesedaran "tidak boleh kurang walaupun satu tiket undi dari saya".
Orang yang dari luar negara ini, termasuk yang balik dari Singapura, ramai daripada mereka adalah orang Cina. Menampakkan orang Cina tidak kira mereka tinggal di mana sahaja, walaupun sejauh beribu batu mereka langsung tidak gentar, setiap saat mereka ingat negara kesayangan mereka ini, jiwa mereka di Malaysia. Orang yang menggelarkan orang Cina pendatang, orang yang mahu orang Cina balik ke China, apa pula anda hendak katakan?
Satu lagi fenomena yang berlaku iaitu dalam pertubuhan-pertubuhan Cina termasuk bidang seni dan bidang profesional, mereka telah secara terbuka mengumumkan mereka sokong dwikuasa, menyeru orang ramai memperkukuhkan dwikuasa.
Yang tidak disangka-sangka, ahli-ahli korporat, ahli-ahli sains juga secara terbuka mengemukakan pandangan politik mereka. Pengerusi merangkap Ketua Eksekutif Supermax Corporation Berhad, Tay Kim Soon juga, walaupun saham syarikat itu jatuh, beliau tetap tidak berganjak terus menyokong penuh dan berkempen untuk pakatan pembangkang.
Ada sesetengah ahli korporat walaupun tidak berani berterus terang ikut cara beliau tetapi mereka juga menguatkan semangat memberi sokongan. Selain itu, ahli korporat Taiwan, Pua kian Seng, kembali semula ke tanah air melabur, juga memberi sokongan.
Dalam perbualan antara gabungan Tay dan Pua, kedua-dua mereka ini ada tujuan yang sama, mereka berdiri semata-mata untuk bangsa dan negara ini. Walaupun besar kemungkinan industri dan pelaburan mereka akan terjejas dan rugi, mereka lebih pentingkan bangsa dan negara diletakkan di hadapan. Mereka sudah tidak mahu berkira apa-apa, di dalam jiwa mereka semata-mata mahu berjuang untuk bangsa dan negara, mereka tidak hiraukan kepentingan diri sendiri, menyebabkan orang lain rasa kagum.
Orang yang kembali melabur di tanah air, mereka ini juga ada yang berusia 30-an, pertama kali mengundi. Mereka juga sayangkan tanah air, mereka mengundi kerana sayangkan negara ini dan rakyat di negara ini.
Kami percaya ramai dalam kalangan orang Cina rasa kecewa terhadap keputusan PRU tetapi kita kena ingat kota Rom bukan disiapkan dalam masa satu hari dan orang Melayu golongan pertengahan juga telah memberi sokongan kepada pakatan pembangkang, sebab itu pakatan peroleh kemenangan lebih daripada separuh tiket undi. Kini, dwikuasa telahpun terbentuk, orang Cina perlu terus kekalkan sikap sebegini, mengambil bahagian secara agresif setiap sesi PRU yang diadakan, pasti kita akan menemui masa depan yang indah.
Yang mendapat lebih separuh undi di luar kerajaan, yang memperoleh tidak sampai separuh pula memerintah, bukankah kerana masalah sistem PRU yang melucukan? Sedangkan Amerika Syarikat kata, sistem PRU di negara kita boleh dipercayai. Bukankah semua orang telah membuat kita penat sahaja?
TANPA WAKIL 'BAHASA MANDARIN' DALAM KERAJAAN
AKHBAR Nanyang Siangpau bertarikh 21 Mei 2013 pula memaparkan tulisan Liew Ewi Yeik juga dalam ruangan Pendapat Yua Lun berkaitan politik Cina pasca PRU-13 yang penuh penantian.
Arahan MCA tidak masuk ke dalam Kabinet boleh tunggu berapa lama lagi? Jika arahan drastik itu dapat dimansuhkan, apabila wakil-wakil rakyat MCA masuk dalam kerajaan, jawatan menteri dan timbalan menteri telah pun penuh diisi oleh orang lain.
Jawatan yang ada hanya sedikit iaitu seperti menjaga perihal pengangkutan, menguruskan kereta api, kapal laut dan kapal terbang dengan jawatan Menteri Pengangkutan.
Ada pengkritik politik asyik meramalkan MCA akhirnya akan masuk juga ke dalam Kabinet, ada pula pengkritik melabelkan MCA tidak masuk ke dalam Kabinet, itu satu tindakan yang bodoh seperti suka merajuk.
Memang benar, pada waktu membuat keputusan tidak mahu masuk ke dalam Kabinet diluluskan, penulis sangat kagum. Adakah MCA tidak terfikir kejadian itu akan benar-benar berlaku? Ataupun mereka sudah tidak kisah lagi jika ia benar-benar berlaku?
Kehilangan pengundi Cina lebih awal diramalkan, itu adalah kenyataan, pengundi Melayu MCA juga telah merosot menyebabkan mereka tewas teruk dan hari ini, MCA tidak lagi memegang sebarang jawatan dalam kerajaan. Sebelum ini MCA pernah mengeluarkan kata-kata kesat kepada ahli-ahlinya jangan angkat kaki, tindakan negatif daripada masyarakat Cina terhadap MCA umpama satu balasan kepada mereka.
Mungkin ada sesetengah orang berkata, walaupun MCA tidak memegang sebarang jawatan dalam kerajaan, tiada kaitan dengan mereka. Tetapi jika difikirkan lebih mendalam, barisan Kabinet yang ada sekarang ini, siapa pula sasaran hentaman Dong Zong? Siapa pula orang kenamaan Tan Sri atau Datuk yang akan hadir untuk merasmikan upacara dan aktiviti besar ataupun kecil? Bangunan sekolah-sekolah SJKC yang separuh siap dibina, siapa pula yang akan memantau sehingga siap?
Dua orang Cina yang duduk dalam Kabinet langsung tidak tahu berbahasa Mandarin, tidak boleh dianggap sebagai pemimpin kaum Cina untuk mewakili orang Cina. Ini bermakna biarkan orang Cina sendiri rasakan bagaimana pahitnya jika tiada wakil duduk di dalam kerajaan.
Apa yang dapat dirasai, sama ada wawasan besar ataupun kecil masyarakat Cina di negara ini, kini seperti masih dalam peringkat peralihan. Semua itu akan diputuskan dalam enam bulan lagi selepas berlakunya pemilihan pucuk kepimpinan parti, barulah ia dapat dirungkai.
Melalui pertempuran, keputusan serta perkembangan PRU 505, politik negara kita akan lebih condong ke sayap kanan, itu adalah realitinya. Ranjau perjalanan politik negara kita masih perlu diteruskan. Dua tahun dahulu, kita semua ternanti-nanti tarikh PRU. Selepas PRU, kita ternanti-nanti pemilihan pucuk kepimpinan parti pula. Dalam perjalanan politik negara kita, pola politik kaum Cina akan terus ternanti-nanti.
1 ulasan:
Hello therе! I соuld haѵe ѕworn I've been to this blog before but after browsing through some of the post I realized it'ѕ new to me.
Nonetheleѕs, Ι'm definitely happy I found it and I'll be boοk-marκіng and checking back frequently!
Also visit mу weblog cash
Catat Ulasan