Khamis, 30 Mei 2013

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


HIMPUNAN BERSIH KDN 31 MEI 2013

Posted: 30 May 2013 01:26 AM PDT



Sebagai tanda sokongan penuh kepada Safwan Anang yang kini dipenjarakan, ingin dimaklumkan bahawa pihak Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan membentuk satu himpunan di hadapan bangunan KDN. Berikut adalah maklumat spesifik;

HIMPUNAN BERSIH KDN

Tarikh: 31 Mei 2013 (esok)
Masa : 2pm - Berkumpul di Masjid Putra dan bergerak ke bangunan KDN selepas solat Jumaat
Tuntutan: Zahid Hamidi letak jawatan & pulihkan imej institusi PDRM.
Tema: HITAM@BLACKOUT

Justeru, pihak kami menjemput semua warga media untuk hadir membuat liputan dan juga memberi bantuan hebahan mengenai aksi terbaru ini. Orang ramai juga dijemput hadir bersama sebagai tanda solidariti kepada Safwan Anang.

Sekian

Ekhsan Bukhari
Sekretariat SMM

Anak menteri kabinet menjadi mangsa ragut

Posted: 29 May 2013 05:49 PM PDT



30 Mei 2013

AMPANG JAYA - Seorang anak menteri Kabinet kerugian kira-kira RM10,000 selain cedera di lutut selepas wanita itu menjadi mangsa ragut di tempat letak kenderaan Pasar Raya Tecso di sini kelmarin.

Ketika kejadian pada pukul 11.50 pagi, difahamkan mangsa yang berusia 26 tahun baru selesai membeli-belah.

Mangsa diragut oleh seorang penumpang sebuah kereta Proton Satria ketika dia sedang memindahkan barang-barang yang dibeli daripada troli untuk dimasukkan ke dalam but kereta Suzuki Swift miliknya.

Suspek itu terus merentap beg tangan dipegang mangsa sebaik penumpang hadapan kereta tersebut menurunkan cermin tingkap kereta yang menghampiri mangsa.

Rentapan beg itu menyebabkan anak menteri itu terjatuh dan kedua-dua lututnya cedera.

Meracau tahan derita diserang virus penyakit kencing tikus

Posted: 29 May 2013 05:48 PM PDT




30 Mei 2013

Shah Alam: "Saat-saat akhir sebelum pemergiannya, Allahyarham dilaporkan meracau-racau akibat terlalu panas diserang virus penyakit kencing tikus. Memang saya amat sedih melihatnya dan sebagai cucu sulung, pemergian arwah amat dirasakan," kata Hasnah Abu Kassim, 72, nenek pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Megat Hariqh Hakimi, 21.

Pelajar peringkat ijazah jurusan reka bentuk industri di UiTM kampus Shah Alam itu, meninggal dunia jam 10 pagi semalam di Hospital Putrajaya dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kota Kemuning, di Seksyen 31, berdekatan kediaman keluarganya, dekat sini, kira-kira jam 2 petang.

Hasnah dalam keadaan sebak berkata, cucunya yang juga anak Penerbit Rancangan BERNAMA TV, Hakimi Mohd Zain, seorang yang pintar dan berbakat luar biasa dalam bidang lukisan serta amat rapat dengannya dan dua adiknya yang masing-masing berusia 14 dan 10 tahun.

"Dia dimasukkan ke hospital Khamis lalu selepas mengalami gejala pelik, dua hari selepas dimasukkan, arwah tidak sedarkan diri dan kemudian meracau-racau termasuk menjerit-jerit dipercayai menahan virus penyakit yang menyerangnya.

"Kami sekeluarga memang sedih lebih-lebih lagi Megat Hariqh rapat dengan saya dan dua adiknya yang lain. Dua adiknya pasti merasai kehilangan abang mereka yang amat baik," katanya.

94 Graduan ISMP Belum Posting

Posted: 29 May 2013 05:47 PM PDT



Aduanrakyat.com.my 29 Mei 2013

Kami (94 graduan Ijazah Sarjana Muda Perguruan - ISMP IPTA) tidak tahu sama ada adakah semua pihak dalam Kementerian Pelajaran Malaysia - KPM dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran - SPP sudah maklum atau tidak akan isu 94 graduan yang tercicir dalam temuduga Mac 2012 sama ada kerana gagal dalam temuduga tersebut atau tidak dibenarkan temuduga kerana dokumen yang tidak lengkap.

Beberapa kali isu ini telah diutarakan, tetapi setiap kali berhubung dengan mana-mana pegawai, soalan yang sama ditanya berulang kali seolah memang tiada tindakan langsung diambil untuk menyelesaikan masalah ini atau tiada pegawai yang dilantik untuk menguruskan hal ini. Keputusan temuduga Mac 2012 telah dibacakan oleh TPM dalam sidang media

Selepas keputusan posting pada Mei 2012 yang lalu, kami terus merayu untuk diberi peluang temuduga kali kedua. Tetapi sehingga saat ini, suara kami hanya dipandang sepi. Kali terakhir KPM yang diwakili oleh Dr. Puad Zarkashi hanya mengumumkan 63 graduan ISMP 2011 akan diberi peluang temuduga kali kedua (23/11/2012). Tetapi tetap tiada tindakan susulan.

Dan selebihnya, tidak diberitahu akan status mereka. Adakah KPM dan SPP hanya mampu memberi jawapan 'kami tidak tahu' setiap kali kami bertanya tentang permohonan temuduga kali kedua bagi kami?
Bila kami mengajukan soalan kepada SPP, mereka menjawab hanya menunggu senarai nama dari KPM. Bagi pihak tuan/puan yang tidak maklum tentang keputusan posting Mei 2012 yang lalu, di sini kami nyatakan kembali  keputusan tersebut berdasarkan kenyataan TPM pada 27 April 2012 :

Pecahan graduan ISMP mengikut IPTA adalah seperti berikut :

Universiti Utara Malaysia (90), Universiti Sains Malaysia (368), Universiti Teknologi Malaysia (185), Universiti Perguruan Sultan Idris (3,017), Universiti Pertanian Malaysia (482), Universiti Malaya (308), Universiti Sains Islam Malaysia (54), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (105), Universiti Kebangsaan Malaysia (330), Universiti Teknologi Mara (132), Universiti Islam Antarabangsa (53) dan Universiti Malaysia Sabah (214).

Berdasarkan kenyataan media ini menjadikan kami sekarang tinggal 94 orang sahaja yang masih berjuang untuk mendapatkan posting. Harap pihak-pihak yang terlibat jelas akan situasi sebenar dan masih punya timbang rasa untuk membela nasib kami.

Sedangkan 60% daripada 13000 Guru Sandaran Tidak Terlatih - GSTT dulu boleh diserap terus ke dalam jawatan guru, takkan tiada langsung peluang bagi kami untuk menuntut posting setelah 4 tahun berusaha mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Kami tidak kisah bersaing dengan junior-junior kami, asalkan kami diberi hak yang sama adil. Bukan dipinggirkan terus dengan jawapan berterusan seperti 'TIDAK TAHU'.

Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan:

Pengikut