Ahad, 24 Februari 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DUNIACACAMARBA

Posted: 24 Feb 2013 03:05 PM PST

[Paling PANAS] Bala BERSUMPAH SD Pertamanya Kaitkan Najib dengan Altantuya Adalah BENAR!!!

Posted: 24 Feb 2013 02:30 PM PST

MK melaporkan Bala yang baru tiba di KLIA bersumpah bahawa SD (Akuan Bersumpah) pertamanya yang dibuat pada Julai 2008 adalah BENAR  SD itu mengaitkan Najib dengan rakyat Mongolia Altantuya Shaaariibu.
 "Saya bersumpah atas kitab suci ini bahawa SD pertama saya adalah benar. Saya memohon maaf kepada semua kerana SD kedua adalah tidak benar," kata Bala seperti yang dilaporkan oleh MC 

Bala berkata demikian sambil memegang Kitab Bhagavad Gita. --DCM

Berita penuh menyusul....

Kemas Kini:

Tujuan Pulang Untuk Bersama Rakyat Lakukan Perubahan, Kata Bala

[TMI] SEPANG, 24 Feb — P Balasubramaniam berkata kepulangannya ke tanahair adalah kerana mahu bersama-sama rakyat Malaysia lakukan perubahan untuk menukar kerajaan yang dianggapnya sebagai korup pada Pilihanraya 2013 yang dijangka tidak lama lagi.

Balasubramaniam merupakan salah seorang saksi dalam kes pembunuhan model Mongolia Altantunyaa Shaariibuu pada 2008 dan mencetus kontroversi selepas menukar Pengakuan Bersumpah (SD) sehari selepas membuat pengakuan yang pertama.

"Saya pulang kerana mahu bersama rakyat Malaysia.

"Kita perlu menukar kerajaan yang korup ini, kita perlu tukar. Jika kita biarkan berlanjutan 50 tahun lagi, negara kita akan teruk," kata Subramaniam yang baru tiba dari India hari ini.

Dalam laporan media awal minggu lalu, Balasubramanian telah menyatakan hasratnya secara terbuka untuk pulang ke Malaysia dan menetap secara tetap serta pada masa membantu Pakatan Rakyat (PR) berkempen dalam pilihan raya nanti.

Apabila ditanya mengapa sekarang baru pulang ke Malaysia, Balasubramaniam berkata beliau mendapati sokongan dan kebangkitan rakyat Malaysia untuk menentang kerajaan sebagai salah satu keyakinan buat dirinya untuk pulang ke Malaysia.

"Sepanjang saya di luar negara, saya ada memantau tentang perkembangan politik di Malaysia.

"Saya lihat rakyat Malaysia telah bangkit dan berani melawan kerajaan," tambah beliau lagi.

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang ini, penyiasat persendirian itu bersumpah secara terbuka mengatakan SD pertamanya adalah tulen dihadapan kira-kira 50 penyokong PKR yang menanti kepulangannya selepas beberapa tahun menghilangkan diri diluar negara.

"Di hadapan kitab suci agama Hindu (Bhagaravad Gita) ini, saya bersumpah bahawa Pengakuan Bersumpah yang kedua adalah tidak benar tetapi yang pertama tersebut adalah benar," ujar Balasubramaniam.

Beliau juga sekali lagi menegaskan kepada wartawan bahawa SD kedua yang ditandatanganinya ketika itu adalah secara paksaan dan bukan sukarela.

"Semasa insiden yang berlaku pada malam itu, saya terpaksa menukarnya kerana bimbang tentang keselamatan keluarga dan diri saya.

"Saya minta maaf dengan masalah selepas SD kedua itu, tapi ingin saya ulangi disini SD kedua adalah bukan pengakuan yang sebenarnya," kata Balasubramaniam lagi.

Balasubramaniam yang tiba seorang diri tanpa ditemani ahli keluarganya yang masih berada di India kelihatan tenang dan mengulangi pendiriannya untuk membantu Pakatan Rakyat (PR) mencapai kemenangan pada Pilihan Raya 2013.

Selain itu, Balasubramaniam juga berkata kekesalannya meninggalkan negara secara tergesa-gesa sebaik menandatangani SD kedua memandangkan situasi ketika itu memaksa dirinya untuk melakukan demikian.

"Selepas kejadian dan ugutan yang saya dan keluarga, tiada jalan lain selain keluar dari Malaysia," ujar beliau lagi.

Dalam pada itu, apabila ditanya tentang pendedahan oleh usahawan karpet Deepak Jaikishan yang mengatakan membantunya dalam mendrafkan SD kedua, Balasubramaniam mengatakan perkara tersebut adalah benar dan tidak perlu disembunyikan lagi.

[Wajib Baca] Apa Bukti DAP Tindas Agama Islam? Siapa Mahu Jawab???

Posted: 24 Feb 2013 05:06 AM PST

Lim Guan Eng

Datuk Seri Najib Tun Razak tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia bila menggunakan perkauman dan mempermainkan sentimen ekstremis agama dengan fitnah bahawa DAP menindas agama Islam.

Tuduhan beliau ke atas DAP menindas agama Islam adalah suatu tuduhan liar yang serius kerana Islam merupakan agama Perseketuan Malaysia.

Mengapa Najib tidak dapat tunjuk bukti untuk menyokong tuduhannya bahawa DAP menindas agama Islam ini kerana ia adalah sesuatu yang amat merbahaya dan haram yang boleh dikenakan tindakan undang-undang berat.

Tidak ada sebarang bukti DAP menindas Islam sebaliknya saya menang tindakan saman ke atas Utusan Malaysia di mahkamah bahawa saya anti-Islam. Sokongan DAP ke atas agama Islam sebagai agama Persekutuan telahpun dimasukkan dalam Perlembagaan DAP.

Lagipun dalam pemerintahan kerajaan negeri Pulau Pinang, tidak ada sebuah surau atau masjid dirobohkan bukan macam kuil Hindu di atas tanah Penang Port yang dirobohkan oleh pihak pengurusan yang dikuasai oleh BN.

Sebaliknya kerajaan negeri Pulau Pinang telahpun memartabatkan agama Islam dengan menambahkan peruntukan kepada hal ehwal Islam berkali-kali berbanding dengan kerajaan BN, memberikan tanah bernilai hampir RM80 juta untuk membina ibupejabat Mahkamah Syariah Pulau Pinang setinggi 7 tingkat untuk menggantikan bangunan 2 tingkat, mendirikan Tapak Perindustrian Halal, menambahkan elaun bulanan 80 peratus kepada tok siak dan bilal, mengiktiraf para huffaz dan memberikan peruntukan tahunan kepada Sekolah Agama Rakyat yang tidak dibuat langsung sebelum ini.

Macam mana inisiatif baru dan tambahan peruntukan ini untuk Islam oleh kerajaan negeri PR Pulau Pinang yang tidak dibuat sebelum ini oleh pentadbiran BN boleh dianggap oleh Najib sebagai menindas Islam?

Perlu diingatkan bila Perdana Menteri hendak meluluskan pemberian lesen judi bola pada 3 tahun lepas, kerajaan negeri Pulau Pinang merupakan negeri pertama yang mengharamkannya dan seterusnya memaksa kerajaan Pusat BN menarik balik lesen judi bola. Lagipun pemimpin DAP tidak ada saham dalam syarikat besar arak atau menjadi ahli lembaga pengarah kasino judi.

Adalah dikesali Perdana Menteri dan BN yang merestui pemimpin MCA seperti Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menghina dan mengecam pemimpin wanita PAS enggan bersalam dengan kaum lelaki sebagai suatu perbuatan ekstremis sungguhpun itu adalah hak dan pilihan seorang wanita Islam. Sehingga sekarang semua tuduhan bahawa DAP anti-Islam dibuktikan fitnah bila saman fitnah oleh saya ke atas Utusan Malaysia berjaya di mahkamah.

Oleh itu, DAP tidak berminat ikut rentak Umno memainkan sentimen perkauman dan ekstrimis agama serta menabur fitnah demi meraih undi. Sebaliknya DAP akan bertumpukan fokus kepada prinsip, dasar yang mementingkan rakyat dan presetasi baik yang boleh membawa perubahan positif kepada masa depan negara.

LIM GUAN ENG adalah ketua menteri Pulau Pinang

Hujah Tambahan:

Najib Kata BR1M RM500 Cukup untuk Beli Makanan SETAHUN!

Posted: 24 Feb 2013 04:26 AM PST

[BO] KUALA TERENGGANU – Presiden Umno, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak dengan bangganya memaklumkan kepada para hadirin, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 yang diberikan adalah cukup untuk 'makanan' satu tahun.

Beliau yang juga Perdana Menteri Malaysia berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) telah kira dengan bantuan BR1M sebanyak RM500 itu setiap isi keluarga akan memperolehi sejumlah RM41.60 sebulan.

Menurut Perdana Menteri, dengan duit RM41.60 itu telah cukup untuk membeli sekampit beras 10 kilogram, lima kilogram minyak masak, gula, tepung dan lain-lain.

"Bantuan Rakyat 1 Malaysia…RM500 tuan-tuan akan dapat. Kalau RM500 kita (kerajaan) telah kira, dalam sebulan dapat RM41.60 dan dapat beli sekampit beras 10 kilo (kilogram), minyak masak lima kilo, gula, tepung dan lain-lain lagi. 

"Maknanya, kalau kita (rakyat) hendak beli makanan untuk kita dan keluarga kita cukup untuk 12 bulan (satu tahun) yang akan datang. Inilah kerajaan yang membela rakyat, kerajaan Barisan (BN)," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Pelancaran Program Jelajah Janji Ditepati Peringkat Negeri Terengganu di Dataran Shah Bandar, Kuala Terengganu, hari ini, Sabtu 23 Februari

Bahkan, katanya bantuan BR1M 2.0 juga adalah lebih baik dari BR1M 1.0 kerana turut diagihkan kepada orang bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan RM2,000 ke bawah.

Beliau turut mengambil terjemahan al-Quran yang menyebut tentang pendustaan terhadap agama, menghina anak yatim serta tidak memberi makan orang miskin. 

"Tahukah kamu tahu orang yang mendustakan agama, orang yang mengherdik anak yatim dan tidak menganjurkan, memberi makan orang miskin". Ini firman Allah dalam al-Quran. Maknanya, kalau kita tidak tolong orang miskin dosa besar. Kalau kita sebagai sebuah kerajaan tidak bantu rakyat dosa besar. 

"Nabi Muhammad SAW dalam sabdanya, 'Kalau kita bantu orang-orang miskin seumpama fisabilillah, seumpama kita solat malam tidak henti-henti dan berpuasa secara berterusan'. Itu Rasulullah kata. Maknanya, apa?...maknanya BR1M lah.

"Saya hendak beritahu tuan-tuan, BR1M 1.0 dan kini BR1M 2.0 diagih kepada 4.3 juta isi keluarga dapat faedah seluruh negara. 

"BR1M 2.0 lebih baik dari BR1M 1.0 sebab kita tambah orang bujang. Orang bujang umur 21 tahun ke atas, pendapatan RM2,000 ke bawah dapat juga separuh BR1M iaitu RM250," jelasnya dihadapan 5,000 hadirin.

P/s: RM41.60 sebulan untuk beli makanan.

Fuh gila hina rakyat!

Apa nilai RM41.60 bagi keluarga Najib dan pemimpin UMNO?

Kalau mahu menagih undi rakyat, walaupun duit yang ditabur itu duit pembayar cukai, duit rakyat, bukannya duit poket BN, janganlah melebih-lebih sangat sehingga kenyataan yang dibuat tidak masuk akal. Orang yang pada mulanya berterima kasih dengan BN akhirnya berasa terhina.

Namun, awas BR1M ini mungkin menjadi senjata BN di kampung-kampung yang tidak terdedah kepada maklumat yang tepat. Ada yang sangat teruja menerima wang tersebut sehingga lupa penyelewengan yang dilakukan oleh pihak pemimpin BN.

Berapa kerat orang di ceruk-ceruk desa tahu bahawa hutang negara sudah mencecah RM540 bilion? Apa implikasinya kepada negara? Adakah mereka tahu duit yang diterima itu ialah duit rakyat yang diagih-agihkan untuk menagih undi? Adakah mereka tahu tentang  duit negara yang dikebas pemimpin UMNO melalui projek-projek yang diagihkan secara tidak amanah? RM500 juta, RM250 juta, RM30 juta...bukan RM500!

Benar. Bukan semua kampung tidak mendapat maklumat yang tepat, namun banyak juga kawasan kampung yang masih bergantung pada berita RTM, TV4, dan Utusan yang kian rancak berkempen untuk BN.

Komen TG Nik Aziz tentang Kenyataan Pas Lebih Teruk daripada Kafir oleh Mufti Harussani

Posted: 24 Feb 2013 02:00 AM PST

Bingkisan Saya Kepada Mufti

Agak kecewa saya membaca kenyataan Mufti Perak, Sohibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria yang disiarkan oleh akhbar Berita Harian hari ini 24 Februari 2013 di muka hadapan. Mengikut laporan tersebut, beliau menyatakan bahawa sikap PAS lebih teruk dari kafir kerana tidak setuju dengan pelbagai dasar dan usaha kerajaan memajukan rakyat.

Saya mengira kenyataan ini sangat berat apatah lagi jika ia keluar dari mulut seorang mufti yang sepatutnya bersikap neutral dan tidak berpihak dalam pertembungan parti-parti politik. Jika ia hanya satu manipulasi media, satu penafian perlu dibuat dengan segera. Tetapi melihat kepada rekod sebelum ini di mana belum pernah kedengaran sebarang penafian dibuat terhadap laporan akhbar mengenai kenyataannya, saya kira kenyataan itu benar-benar keluar dari mulut beliau. 

Saya pohon kepada Mufti Perak, agar berhati-hati di dalam membuat ulasan. Hari ini maklumat boleh diakses dengan mudah, sebarang ulasan berkenaan kenyataan saya dan pemimpin PAS yang lain khususnya eloklah dirujuk kepada sumbernya yang sahih. Rakaman ucapan saya yang didakwa menyifatkan penerima bantuan sebagai 'haiwan' juga sudah disiarkan dengan meluas, mustahil pejabat mufti Perak berhalangan untuk mendapatkannya. 

Adakah dalam rakaman tersebut saya menyifatkan penerima bantuan sebagai haiwan? Tentu sekali tidak. Bahkan saya selama ini menggalakkan rakyat Kelantan yang layak menerima bantuan untuk beramai-ramai mengambil bantuan yang diberikan. Ini kerana wang yang diberikan tentu sekali bukan wang UMNO/Barisan Nasional tetapi wang kerajaan dan milik rakyat. Namun mengambil kesempatan daripada majlis pembahagian bantuan seperti ini untuk menyampaikan dakyah ideologi kepartian ialah satu perbuatan yang terkutuk. 

PAS juga dituduh berkerat rotan dengan UMNO. Kenyataan begini sebenarnya berpunca daripada jahil sejarah. Rujuklah sejarah politik negara, bukankah PAS pernah menyertai Barisan Nasional? Apabila PAS berada dalam Barisan Nasional, UMNO pula mengambil pendirian untuk menendang PAS keluar kerana 'cemburu buta'. Saya ingin ulangi, bukan PAS yang keluar daripada Barisan Nasional tetapi UMNO yang membuat ketetapan untuk menendang PAS keluar. Inilah yang termaktub di dalam ucapan Allahyarham Tun Hussein Onn pada 9 Disember 1977.

Justeru, Tan Sri Mufti Perak wajar berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan. Jika perkataan sebegini keluar dari mulut saya, agaknya berbulan-bulan ia akan diratib tanpa henti oleh media massa. Pesan saya kepada Tan Sri Mufti Perak, janganlah melampau-lampau sangat menunjukkan sokongan kepada UMNO/Barisan Nasional. Jika ditakdirkan nanti UMNO tersemban dalam pilihanraya, saya bimbang ada individu yang mencari makan dengan UMNO terkial-kial kelemasan mencari pelampung!

Kuala Lumpur. 

13 Rabiul Akhir 1434H bersamaan 24 Februari 2013M



Video menarik:

Peristiwa Memali

[PANAS] Aduhai, Anak Bekas Presiden PAS Promosi Kerjasama PAS-UMNO!

Posted: 23 Feb 2013 10:48 PM PST

[MK] Seorang pendakwah yang merupakan anak bekas presiden PAS, Ahmad Fauwaz Fadzil membangkitkan semula soal kerjasama antara PAS dan Umno demi kepentingan Melayu dan Islam.

Malah, organ kedua-dua parti, Harakah dan Utusan Malaysia juga patut bekerjasama, kata anak bekas presiden PAS Datuk Fadzil Noor itu dalam satu wawancara yang disiarkan Mingguan Malaysia.

"Jika kita sayangkan negara ini, lebnih baik kita bersatu dan bekerjasama sesama Islam demi memegang amanah dalam menjaga negara ini," katanya dalam wawancara bersama akhbar milik Umno itu.

Beliau juga berkata PAS dan Umno mempunyai "slogan" tersendiri dalam soal agama Islam, Melayu dan negara kebajikan.

"Tetapi apa apa yang lebih penting adalah kita perlu praktik dan bukan hanya sekadar slogan," 

"Kita perlu melihat perpaduan itu sebagai 'saya sebahagian daripada kamu dan kamu adalah sebahagian daripada saya'," katanya.

Isu perpaduan PAS dengan Umno itu kembali dipromosi selepas lebih setahun menyepi.

P/s: TM suka komen pembaca MK, katanya, "Iman tak dapat diwarisi dan hidayah itu hak Allah S.W.T". 

Siapa sangka anak bekas Allahyarham Presiden PAS yang berjuang menentang UMNO semasa hayatnya meminta PAS, parti bapanya bekerjasama dengan parti yang menolak Islam dan mengutamakan agenda kebangsaan. Siapa sangka anak ulama ini mengajak PAS bekerjasama dengan pemimpin yang menghina Nabi Muhamad, hudud, dan negara Islam, malah membiarkan sekutu mereka berbuat perkara yang sama. Siapa sangka pemuda ini mengajak PAS bekerjasama dengan parti yang pemimpinnya membolot hasil mahsul negara untuk kroni dan anak beranak.

Katanya, kalau sayang akan negara, PAS dan UMNO perlu bekerjasama. Maknanya, anak ulama ini cenderung mengajak PAS bekerjasama dengan parti yang melakukan kezaliman kepada Kelantan dan terlibat dalam segala macam penyelewengan yang acap kali didedahkan dalam media alternatif.

Walhal Allayarham ayahnya pernah mengatakan UMNO sebaris dengan komunis dalam membunuh ulama. Tonton video ini:

Aduhai!

Rancaknya agenda Perpaduanggg tatkala Najib kian terdesak untuk menang besar dalam PRU-13, bukan sekadar menolak DS Anwar sebagai calon PM ke-7...


Siapa Ustaz Fadzil Nor? Tonton video:

 Semoga rohnya dicucuri Allah rahmat.

Pelik Tapi Benar, Perompak Tawar Diri Bancuhkan Susu Anak

Posted: 23 Feb 2013 10:07 PM PST

[HM] Kuala Berang: Seorang perompak sempat menawarkan diri untuk membancuh susu sebaik mendengar seorang mangsanya yang juga kanak-kanak berusia dua tahun menangis ketika merompak sebuah rumah bersama dua rakan di Kampung Durian Kasim, Ajil, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 3 pagi, rumah milik Mustafa Khatib Mohamad, 67, yang tinggal bersama lapan ahli keluarganya dimasuki tiga lelaki bertopeng dan bersenjatakan pisau melalui tingkap belakang di bahagian dapur.

Kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami kerugian RM15,000 apabila wang tunai, barang kemas dan beberapa telefon bimbit mereka dilarikan perompak.

Mangsa, Wan Habibah Wan Ismail, 31, berkata, ketika kejadian, suaminya, Mohd Nasrudin Mustafa, 34, menidurkan anak, Mohd Rayyan Zikri, 2, yang menangis sebelum bilik tidur mereka diserbu perompak.

"Suami diarah menunjukkan bilik tidur mentua dan dia terpaksa akur dengan arahan perompak kerana ada antara mereka memegang pisau, manakala saya dibawa ke bilik tidur adik ipar, Mohd Nurul Hadi.

[Video Panas] Kenal Blogger UMCO Ini? Tonton Video yang Dipos oleh Bekas Isterinya

Posted: 23 Feb 2013 08:05 PM PST

Papagomo. Itulah tanggapan kebanyakan orang yang sering melayari blog-blog politik apabila terlihat gambar lelaki bermisai di atas. 

Baca blog bekas isterinya di  http://bellina-chin.blogspot.com.

Dalam entri Politic-My Husband, jelas dan nyata lelaki yang dipercayai Papagomo ini bergambar dengan Muhyiddin dan Zambry serta gambar pernyertaannya dalam pelbagai aktiviti UMNO dan Perkasa.

Adakah blogger itu masih mahu menafikan identiti dirinya demi mengelak beberapa saman yang dikemukakan oleh individu yang menjadi mangsa fitnahnya?

Cerita saman, cerita lama.

Yang lebih hangat apabila video blogger itu merampas anaknya secara kasar hangat dipaparkan di Youtube dan di laman sosial. Menurut keterangan video di Youtube yang dipos oleh Bellina Chin,  "Hanya kerana terlampau mengikut perasaan dendam dan panas baran seorang bapa sanggup melakukan kekejaman dan kekerasan terhadap anak-anak dan bekas isteri.Anak-anak tersebut telah dipisahkan dari penjagaan ibunya dan dia sanggup mengunakan tipu helah untuk merampas anak-anak yang masih kecil dari bawah jagaan ibu mereka.Bukan setakat itu saja, dia juga telah menaburkan pelbagai fitnah terhadap bekas isterinya untuk mendapat hak jagaan anak. Ini adalah bukti kekejaman dan kekerasan seorang lelaki terhadap wanita hanya kerana dendam."

Tonton videonya:

Dalam video itu jelas kedengaran suara wanita menangis meraung sambil menyebut "Ya Allah", selain suara tangisan anak kecil yang cuba dipisahkan daripada ibunya. Dalam video yang sama, kedengaran suara lelaki mengatakan bahawa dia ada dekri mahkamah, kononnya untuk menghalalkan tindakannya itu.

 Aduhai! Menyedihkan!

Cerita blogger itu merampas anaknya secara kasar turut dibualkan di laman forum. Klik di sini.

Muslimeen United

Posted: 24 Feb 2013 01:41 PM PST


Hampir menitis air mata ini menyaksikan betapa dalam usia yang lanjut, TG Nik Aziz terus konsisten dalam perjuangan untuk menegakkan keadilan islam di atas bumi Malaysia ini.

Tidak dapat dibayangkan kalau beliau tiada. Entah-entah sudah bersatu Pas dan Umno semula? Entah-entah KuLi betul-betul jadi pilihan utama untuk jadi PM? Entah-entah Hasan Ali yang memaki hamun Pas sekarang ini diterima masuk semula ke dalam parti kita? Hmmm...entahlah.

Selagi beliau di atas landasan yang betul, saban hari beliau akan terus menjadi bahan fitnah dan makian Umno dan juak-juaknya. Selain dari DS Anwar Ibrahim, beliaulah yang kuat menjadi sasaran Umno.

YAB Tuan Guru! Apapun yang berlaku di mana saja kami tetap di belakang Tuan Guru. Sebarang pengkhianatan dan fitnah akan kami tentang, Insya Allah dengan sedaya upaya kami.

Pas berdiri bukan sekadar atas retorika tetapi dengan akhlak terhadap perjanjian yang telah kita persetujui bersama dengan parti-parti lain di bawah Pakatan Rakyat dengan dokongan kuat rakyat dan ahli parti sekelian. Keputusan 4 muktamar lalu agar Pakatan Rakyat diperkukuhkan akan tetap kami junjung.

Mari kita tumpukan seluruh fokus kita sekarang ini untuk mentalkinkan Umno dan Barisan Nasional. Jangan kita merasa was-was dengan apa yang telah kita persetujui dan matlamat yang ingin kita capai. Sudah tinggal beberapa meter terakhir sahaja lagi.

Takbir!!

Tiada ulasan:

Pengikut