Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan |
- Jangan lupa pulang untuk mengundi dalam PRU nanti
- Cermah Umum Di Kg Limau Nipis, Dun Kemuning
- Ceramah Pakatan Rakyat..sempena pembukaan Bilik Gerakan Upu Melaka..Dun Pulai Chondong
- "BN jadikan rakyat umpama haiwan"
- Ceramah Umum Bersama Leftenan Adnan Di Bukit Tiu, Dun Kemuning
- Penerima BR1M haiwan: Apa komen Ustaz Azhar
- BR1M: kenyataan TG Nik Aziz dimanipulasi media BN
- Bekas tentera tekad tumbangkan Umno di peti undi
- Majlis Pelancaran Bola Sepak Liga Dun Kemuning
- PAS tubuh cawangan baru di Sri Gombak
- Majlis Pelancaran Bola Sepak Liga Dun Pulai Chondong
- Raja Nazrin: Antara PAS dan Umno
- Sekitar Majlis Pelancaran Bola Sepak Liga Dun Temangan
- Apabila Ayah Chik berbahasa Cina…
- Miskin senjata BN untuk dapat undi
- Petugas pastikan Jelajah Negara Berkebajikan lancar
Jangan lupa pulang untuk mengundi dalam PRU nanti Posted: 23 Feb 2013 05:17 PM PST GOMBAK: Hampir 1,000 wanita menyertai Himpunan Wanita Kelantan di Perantauan yang diadakan di Pusat Bandar Taman Melawati, petang semalam. Himpunan yang bermula jam 4 petang itu penuh dengan pelbagai aktiviti menarik seperti kuiz spontan, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, cabutan bertuah serta pameran berkaitan negeri Kelantan. Dengan cuaca yang begitu baik, tidak panas dan tidak hujan, majlis bermula dengan soalan-soalan kuiz berkaitan Kelantan yang penuh dengan suasana santai dan bersahaja. Kehadiran penyanyi Aisyah turut mencuri perhatian para hadirin apabila beliau hadir untuk mengikuti program Bicara Selebriti yang dihoskan tokoh motivator muda, Amin Idris. Selain Aisyah, turut menjadi panelis di ruang Bicara Selebriti itu bekas senator, Mumtaz Md Nawi. (Antara wanita Kelantan yang memenuhi majlis pertemuan) Majlis diselang-selikan dengan soalan kuiz serta cabutan nombor bertuah yang menyediakan hadiiah berbentuk hamper dan barangan elektronik. Malah, para hadirin turut disediakan kuih tradisional negeri itu, akok secara percuma, selain kanak-kanak diraikan dengan kaunter aiskrim buat mereka. Menjelang jam 5.30 petang, ruang bazar tersebut terus dipenuhi para hadirin, termasuk lelaki yang begitu teruja menantikan kehadiran Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Ternyata, kehadiran susuk tubuh kecil tokoh ulama itu pada jam 6.30 petang begitu diraikan apabila beliau disambut oleh para hadirin dengan laungan takbir yang bergema. Tidak berucap panjang kerana sudah menghampiri waktu maghrib, Mursyidul Am PAS itu mengingatkan hadirin di perantauan untuk pulang mengundi ke Kelantan bagi mempertahankan kerajaan Islam Kelantan. Beliau kemudiannya menunaikan solat maghrib berjamaah dengan para hadirin sebelum berjamu selera dengan menu gulai kawah yang begitu sinonim dengan negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Turut serta pada himpunan tersebut beberapa pimpinan exco kerajaan negeri, selain ahli-ahli dewan undangan negeri (Adun) Kelantan. Himpunan itu juga turut diraikan ahli parlimen Gombak, Azmin Ali, Adun Hulu Kelang, Saari Sungib, dan Adun Batu Caves, Amiruddin Saari. |
Cermah Umum Di Kg Limau Nipis, Dun Kemuning Posted: 23 Feb 2013 05:13 PM PST |
Ceramah Pakatan Rakyat..sempena pembukaan Bilik Gerakan Upu Melaka..Dun Pulai Chondong Posted: 23 Feb 2013 05:09 PM PST |
"BN jadikan rakyat umpama haiwan" Posted: 23 Feb 2013 05:08 PM PST (Tuan Guru Nik Aziz bercakap kepada wartawan hari ini) PENGKALAN CHEPA: Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mempertahankan kenyataannya sebelum ini bahawa kerajaan Umno dan BN bertindak menjadikan rakyat seumpama haiwan apabila terpaksa menaburkan duit untuk hadir pada majlis mereka. Menurutnya, seharusnya sebagai pemimpin negara mereka perlu diberikan ilmu dan bukannya wang ringgit atau kebendaan. Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan majlis amanat Menteri Besar Kelantan bersama warga Yik, di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), di sini tengahari ini. "Media nak ubah kenyataan sebenar saya, ubahlah tetapi ingat mereka akan berhadapan dengan dosa, tetapi kerana tidak memahami maksud sebenar, kenapa menjadi wartawan. "Untuk menjadi seorang wartawan, bukan putar belit cerita, sebaliknya kena cerdik, faham apa saja yang dimaksudkan penyampai berhubung sesuatu perkara,"ujarnya. Menurutnya, Umno dan BN guna duit untuk tabur pada rakyat dalam apa juga sekalipun termasuk BR1M, seumpama memanggil manusia seperti haiwan. "Hey itik marilah aku nak berceramah agama, mana itik nak mari (datang), jadi kena bagi hampas kelapa, baru dia datang. Kena bagi padi, nak suruh ayam, itik datang. "Hey lembu aku nak ceramah, lembu tak akan datang sekiranya tidak diberikan rumput padanya,"ujarnya. Jadi, sekiranya kita memanggil manusia dengan memberikan kebendaan (wang) juga, ertinya kita meletakkan manusia setaraf haiwan. Menurutnya, perjuangan Umno silapnya di sini kerana tidak memberikan ilmu agama pada rakyat, sebaliknya kebendaan semata-mata. "Nak bagi macamana sebab perjuangannya tolak Islam, dalam kebangsaan mana ada Islam,"ujarnya. Tuan Guru bagaimanapun berkeyakinan rakyat Kelantan dan seluruh Malaysia akan menolak perjuangan yang 'menjual' kebendaan. Beliau turut mengambil contoh bagaimana negara maju barat khususnya Amerika yang membenarkan berkahwin sesama sejenis yang diharamkan oleh Islam. Tegasnya, tindakan itu bukan sahaja akan memupuskan pertambahan manusia, sebaliknya amalan lebih teruk dari haiwan. "Haiwan contohnya lembu akan cari pasangannya lembu betina, dia tak cari lembu jantan, bodoh lembupun tahu keperluan sebenar,"ujarnya. Apa yang berlaku itu, tegasnya kerana menolak landasan Islam sebaliknya memilih kehidupan mengikut nafsu sendiri. Berhubung calon, beliau mengakui telah banyak pencalonan yang selesai walaupun belum siap sepenuhnya. Tuan Guru yang juga Menteri Besar juga enggan mengulas bila ditanya berhubung muka-muka baru yang bakal diketengahkan. "Tunggu dihari pengumuman atau di hari penamaan calon,"ujarnya sambil ketawa kecil. |
Ceramah Umum Bersama Leftenan Adnan Di Bukit Tiu, Dun Kemuning Posted: 23 Feb 2013 05:03 PM PST |
Penerima BR1M haiwan: Apa komen Ustaz Azhar Posted: 23 Feb 2013 04:58 PM PST KUALA TERENGGANU: Serangan yang dibuat oleh Perdana Menteri dan timbalannya terhadap Mursyidul Am PAS dijawab oleh penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus (gambar). Beliau berkata, Tuan Guru Nik Aziz bukan kata penerima BR1M itu seperti haiwan tetapi menjadikan penerimanya seperti haiwan. "Sebenarnya apa yang kita dengar dalam video clip bukan Tok Guru kata kepada penerima BR1M seperti haiwan, cuma Tok Guru kata orang yang memberikan BR1M tulah cuba menjadikan orang yang menerima seperti haiwan. "Umpama bagi makan, lepas tu sembelih. "Maknanya jahatnya orang nak bagi bantuan bila perlu sahaja, bila jauh dengan pilihanraya tak hulur pun bantuan," kata Ustaz Azhar dalam kuliahnya di Masjid Pengadang Baru dekat sini. Beliau ditanya, "apa komen ustaz mengenai Tuan Guru Nik Aziz kata orang yang ambil BR1M ni seperti haiwan?" Ini ekoran tuduhan Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyidin Yasin bahawa Tuan Guru Nik Aziz menganggap penerima BR1M ini haiwan. Bagi Ustaz Azhar, ini semua punca mencari pembalahan, "Ni buah cari baloh." Sehubungan dengan itu, beliau meminta semua pihak berhati-hati dengan sebarang laporan media. "Jadi lening (sekarang ini) kene hati-hati lah banyak putar belit dan spin berita nak nak musim mengundi ni. "Yang tak pernah nampak muka pun dan kerap masuk kampung dah. Tujuan ape? Nak tolong ke untuk kepentingan tertentu? "Jadi kene bijoklah, jangan percaya tanpa selidik," tegas penceramah bebas dari Terengganu yang sangat terkenal itu. Baru-baru ini, Tuan Guru Nik Aziz berkata, "Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. "Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami. Tapi kalau nak beri Islam, kita nak panggil ayam cakap nak ceramah, mana ayam datang, nak panggil lembu, mana datang. "Jadi kalau kita beri barang kepada orang, beri RM10, RM50 (orang akan datang ambil). "Ini bukan cara Islam, (cara) Islam ialah beri ilmu kepada manusia," kata Tuan Guru Nik Aziz. Analogi haiwan Sementara itu, para pengguna laman sosial mula menyebarkan analogi mengenai kenyataan kedua-dua pemimpin Umno itu ketika mereka mengulas isu ini. Berikut adalah analogi itu: Seorang atok memarahi dua orang cucunya, Ali dan Abu yang suka bergaduh.. Atok: Korang ni macam anjing dengan kucing.. pantang jumpa asyik nak bergaduh.. Ali: Sampai hati atok cakap kami haiwan.... Abu: Ali! Itu peribahasa la samdol! |
BR1M: kenyataan TG Nik Aziz dimanipulasi media BN Posted: 23 Feb 2013 04:47 PM PST KOTA BHARU: Rakyat di negara ini khususnya Kelantan diminta mendengar penjelasan sebenar berhubung 'isu haiwan' yang dimanipulasikan oleh media dan pemimpin negara. Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan, Wan Nik Wan Yusof, ketika memberitahu Harakahdaily berkata, penjelasan itu perlu dirujuk dalam laman Facebook Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi mendapat jawapan sebenar. Pada masa yang sama beliau turut memberitahu, sehingga kini jumlah penonton yang mendengar penjelasan Tuan Guru dan selebriti dakwah, Ustaz Azhar Idrus, berhubung perkara itu melebihi 200,000 orang. "Sudah jelas kepada kita media Umno dan BN sanggup menggunakan cara yang lebih jijik demi untuk mendapat sokongan rakyat. "Mereka sanggup membohongi rakyat dengan manipulasikan kenyataan sebenar, walhal rakaman berhubung perkara itu ada,"ujarnya. Sambungnya, apa yang dimaksudkan oleh Tuan Guru kerajaan menjadikan penerima BR1M itu seperti haiwan dan bukannya menyifatkan mereka seperti haiwan tetapi cara BN untuk mendapatkan undi itu dengan cuba membuat rakyat ini seperti haiwan.. Tegasnya, kerajaan terpaksa menabur duit bagi memastikan rakyat hadir pada majlis mereka atau menagih sokongan. Beliau bagaimanapun yakin rakyat di negara ini telah memahami perkara berkenaan berikutan rakaman video ucapan sebenar Tuan Guru termasuk penjelasan Ustaz Azhar Idrus ditonton lebih 200,000. "Saya yakin jumlah ini akan bertambah,"ujarnya. Media arus perdana sejak malam tadi dan hari ini menyiarkan kenyataan Tuan Guru yang kononnya menyifatkan penerima BR1M sebagai haiwan. Ianya berikutan serangan yang diberikan oleh Perdana Menteri dan timbalannya terhadap Mursyidul Am itu. |
Bekas tentera tekad tumbangkan Umno di peti undi Posted: 23 Feb 2013 04:46 PM PST KUALA LUMPUR: Bekas tentera di seluruh negara memberikan jaminan akan membantu Pakatan Rakyat menumbangkan Umno BN melalui peti undi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Jaminan tersebut dinyatakan dalam Himpunan Kebangkitan Tentera di Padang Awam AU2 Keramat malam tadi yang disertai wakil Sekretariat Kebajikan Rangkaian Bekas Angkatan Tentera Malaysia (Kerabat) dari seluruh negara. Pengerusi Kerabat Pulau Pinang, Azizan Salleh dalam ucapannya mengajak tentera dan bekas tentera menumbangkan Umno BN kerana menyifatkan parti itu sebagai 'biadab' terhadap bekas tentera. Tegasnya, Umno BN tidak pernah menghargai jasa dan pengorbanan tentera sebaliknya hanya menggunakan undi tentera untuk mengekalkan kuasa mereka. "Saya sebagai tentera yang masih berkhidmat mengajak rakyat bangkit menentang Umno BN dalam PRU13. "Mereka terlalu biadab terhadap bekas tentera. Kalau dulu mereka mengajar kami berjuang tanpa belas kasihan, tetapi sekarang kami tak ada belas kasihan terhadap Umno BN. "Saya yakin hidup dan mati di tangan Allah, bukan di tangan Umno BN," katanya bersemangat di hadapan kira-kira dua ribu hadirin. Pengerusi Kerabat Kedah, Kapten Zamri Ahmad pula berkata pula berkata, bekas tentera mahu menumbangkan Umno BN, bukan menumbangkan kerajaan seperti yang didakwa piha tertentu. "Kita bukan nak tumbangkan kerajaan tapi kita nak tumbangkan Umno BN. "Kita semua yang membentuk kerajaan. Mana-mana kerajaan yang tak elok, Pakatan Rakyat sekalipun, kita akan tumbangkan. "Mari kita kata no no no to Umno BN supaya NNajib listen listen listen dan tak boleh tidur malam," katanya. Turut berucap ialah bekas Jeneral, Laksamana Pertama (B) Imran Abdul Hamid, Presiden Kerabat, Leftenan Kolonel (B) Nazari Mokhtar, Pengerusi-pengerusi Kerabat Sabah, Perak, Kelantan, Melaka dan Wilayah Persekutuan selain aktivis R, Jeming Hassan dan Presiden Gamis, Muhamad Azan Safar. Manakala pimpinan yang berucap ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, ahli jawatankuasa PAS, Mazlan Aliman, Adun Kemahang, Mejar (B) Mohd Anizam Abdul Rahman dan Adun Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin. Mohamad dalam ucapannya berkata, Pakatan Rakyat akan mengumumkan berita gembira untuk bekas tentera dalam manifesto mereka yang akan dilancarkan pada Isnin ini. "Dalam manifesto kita yang akan keluar pada 25 Februari nanti di antaranya ialah imbuhan kepada bekas tentera yang tak termasuk dalam skim pencen," katanya disambut tepukan gemuruh hadirin. |
Majlis Pelancaran Bola Sepak Liga Dun Kemuning Posted: 23 Feb 2013 04:46 PM PST |
PAS tubuh cawangan baru di Sri Gombak Posted: 23 Feb 2013 04:42 PM PST GOMBAK: PAS gombak menguatkan lagi penguasaan mereka di sini apabila satu lagi cawangan baru parti itu di tubuhkan iaitu di Fasa 7 Sri Gombak. Malam tadi, majlis pelancaran cawangan baru itu disempurnakan Yang Dipertua PAS (YDP) kawasan Gombak Ustaz Salehuddin Nasir di sini sempena program ceramah kelompok penerangan isu-isu semasa di sini. Pada masa sama Haji Yusof yang dilantik ketua cawangan PAS Fasa 7 Sri Gombak turut mewakili penduduk membuat penyerahan keahlian PAS kepada Salehuddin. Hadir sama malam tadi Ustaz Hasbullah Rizwan selaku Timbalan YDP, dan Exco Dewan Pemuda PAS Pusat Syahir Sulaiman. "Sebelum pilihanraya, kita percaya akan ada lebih ramai ahli Umno Gombak akan menyertai PAS kerana mereka sudah muak dengan janji-janji yang ditaburkan kepada mereka yang tidak ditunaikan" ujar Salehudin dalam ucapannya. Sehingga kini, cawangan PAS di Gombak sudah mencecah 70 cawangan. Perkembangan itu sekaligus menguatkan jentera PAS di sini dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang. |
Majlis Pelancaran Bola Sepak Liga Dun Pulai Chondong Posted: 23 Feb 2013 04:41 PM PST |
Raja Nazrin: Antara PAS dan Umno Posted: 23 Feb 2013 04:33 PM PST Ditakdirkan Allah penulis dijemput hadir ke majlis wacana perpaduan ummah anjuran DBP pada 19 Februari 2013 dengan acara kemuncaknya ialah titah Diraja DYMM Dr.Raja Nazrin. Apa yang ingin sangat penulis kongsikan maklumat kepada masyarakat di Malaysia ialah mengenai inti titah Diraja DYMM Raja Dr. Nazrin yang jujur dan berpandangan jauh dalam isu perpaduan ummah yang membabitkan UMNO dan PAS sebagai dua kuasa politik Melayu di negara ini. Antara mesej titah baginda ialah; i) PAS kini bukan lagi parti tok lebai dan guru pondok tapi parti yang dipimpin dan dianggotai oleh golongan ulamak, professional, teknokrat dan pelbagai kategori masyarakat yang kini berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan UMNO. ii) Kehebatan PAS yang tidak ada pada UMNO ialah ketinggian peribadi pimpinan dan ahli-ahli PAS yang membudayakan hidup dengan masjid dan surau serta tazkirah dan syarahan agama dan tidak berpoya-poya. iii) Kekuatan PAS sebagai wadah kepimpinan ummah kini setanding dengan UMNO dari segi kemampuan mentadbir Negara dan kedua-dua parti politik ini sama-sama mempunyai peluang menjadi juara ummah di Malaysia. iv) Pendekatan kerjasama PAS dengan non muslim merupakan kemantangan pimpinan PAS dan merupakan strategi ampuh PAS dalam menyaingi UMNO khususnya dalam PRU 13. v) Dalam menghadapi PRU 13 PAS dilihat lebih selesa kerana berada pada posisi offensive berbanding UMNO yang terpaksa defensive kerana dilingkari pelbagai isu kepimpinan, kronisme rasuah dan penyelewengan. vi) UMNO dititahkan sebagai kurang berintegriti dalam menerajui pentadbiran negara kerana berlaku salah urus tadbir, kronisme,penyelewegan dan rasuah. vii) UMNO dititah sebagai parti yang salah mendidik golongan muda yang kini diajar dan diasuh dengan budaya politik samseng yang mencemar demokrasi, menghakis keyakinan massa dan menjejaskan perpaduan di Negara ini. viii) UMNO diititah telah melanggar dan membelakangi semangat perlembagaan persekutuan kerana menafikan prinsip dan tuntutan federalism atas negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang, walhal negeri-negeri tersebut di pilih oleh rakyat melalui demokrasi yang sah. Berdasarkan mesej titah DYMM Raja Dr. Nazrin yang lahir dari kesucian hati baginda seperti senarai di atas, penulis mentafsirkan bahawa baginda DYMM Raja Dr.Nazrin menaruh keyakinan akan kemampuan PAS sebagai parti yang berpedomankan agama dalam mengurus Negara, memelihara dan memartabatkan ummah. Justeru, maka kerapkali dalam titah baginda disebut PAS sebagai parti islam. Selain itu, penulis mentafsirkan bahawa sikap dan pendirian PAS yang konsisten menolak kerjasama dengan UMNO serta membentuk wadah baru bersama PKR dan DAP adalah tindakan bijak, berpandangan jauh dan berada di atas landasan yang betul khususnya dalam menghadapi PRU 13. |
Sekitar Majlis Pelancaran Bola Sepak Liga Dun Temangan Posted: 23 Feb 2013 04:33 PM PST |
Apabila Ayah Chik berbahasa Cina… Posted: 23 Feb 2013 04:25 PM PST Tuan Guru Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang lebih rela menjadi khadam rakyat dan menjadi nelayan daripada bercita-cita mencari jawatan, mengkagumkan pelbagai sekali lagi semalam ketika Program Pelancaran Karnival Tahun Baru Cina di Alor Setar. (Ustaz Hadi ketika membantu seorang mangsa lemas di pantai Rusila 2010 lalu) Saya tidak mengenali Ayah Chik, nama panggilan manja untuk TG Hadi, secara dekat mahupun lama, tapi sekadar melalui kenyataan-kenyataan dan peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekitar Ayah Chik yang dilaporkan di media mulai 2010. Kali pertama, Ayah Chik mengkagumkan saya ialah melalui kemunculan video bagaimana Ayah Chik sanggup terjun ke laut untuk menyelamatkan seorang hampir lemas di Pantai Rusila pada 2010. Tiada ego, tiada terasa dirinya sebagai seorang VIP dan terlupa dirinya sebagai seorang presiden parti kedua terbesar Malaysia, itulah antara bacaan saya tatkala saya menonton video aksi Ayah Chik bertungkus lumus cuba menyelamatkan satu nyawa dalam keadaan berkain pelikat tanpa memikirkan keadaan dirinya yang sudah tidak muda. Kali kedua, Ayah Chik mengkagumkan saya ialah tatkala Ayah Chik menggulung Muktamar PAS ke 58. Itu adalah pertama kali saya terhibur, tersentak dan terpegun dengan isi ucapannya yang begitu padat dan bernas. Tiada satu saat yang saya terasa mengantuk. Ucapan Ayah Chik sudah bertambah hebat sebab akhirnya saya terasa mudah diikut, walaupun untuk seorang bukan Islam seperti saya. Ucapan ini jauh berbeza dengan ucapan Ayah Chik yang terdahulu – kali ini cukup ralik, cukup berazam dan cukup mempunyai roh dengan berselang-seli dengan klasik hiburan tersendiri. Daripada wajah ahli-ahli PAS yang mendengar, ternyata di hati mereka, Presiden PAS ialah 'Ayah Chik' mereka. Tuan Guru Presiden sudah dianggap sebagai seorang bapa kepada semua ahli PAS yang tertawan dengan ilmu yang terserlah daripada diri Ayah Chik. (Membantu memadamkan api dalam kebakaran di asrama Maahad Darul Quran) Kemudian, saya terkagum buat kali ketiga apabila melihat Ayah Chik dengan berpakaian pelikat dan pakaian di dalam rumah membantu menyelamatkan kebakaran di Sekolah Maahad Darul Quran yang merupakan sekolah Ayah Chik sendiri yang selalu memberikan kuliah di situ. Apabila Ayah Chik berbahasa Cina semalam di Kedah ketika berucap di majlis Tahun Baru Cina, saya kagum untuk buat kali keempat. Seorang Tuan Guru yang disanjung tinggi, seorang pakar agama Islam, berbangsa Melayu, belajar bahasa Cina untuk menghiburkan hadirin yang hadir – cukup berbeza dan cukup terkesan. Tuan Guru Presiden PAS berucap dalam Cina? Biar betul? Betul. Menurut setiausaha politik Ayah Chik, Dr Ahmad Samsuri, Ayah Chik belajar berbahasa Cina dengan seorang guru Mandarin petang sebelum majlis bermula. Bukan itu sahaja, Ayah Chik turut menulis kaligrafi Cina "吉" yang bererti 'tuah' untuk dihadiahkan kepada warga Tiong Hua dalam majlis tersebut. Mengapa perkara ini bermakna? Selain tulisan itu betul (bukan sepertimana yang tersilap tulis dalam sebuah video ucapan Tahun Baru Cina seorang VIP yang dipaksa tontonkan berulang-kali kepada warga Tiong Hua di setiap pawagam) dan tulisan itu ditulis begitu indah oleh Ayah Chik. (Menulis kaligrafi Cina di Alor Setar semalam) Dalam acara menggaul Yee Sang selepas itu, boleh dilihat cara Ayah Chik memegang chopstik seperti seorang yang telah menggunakannya untuk waktu yang lama. Peristiwa-peristiwa ini pada hemat saya, menunjukkan kehebatan Ayah Chik sebagai pemimpin yang keluarbiasaannya ialah sifat kesantaian dan 'rakyat biasa'nya. Kehebatan Ayah Chik menyerlahkan lagi slogan yang dicanangkan kebelakangan ini – "Kita juga rakyat biasa, Kita adalah Pakatan Rakyat." Ayah Chik adalah contoh terbaik kepada rakyat bahawa inilah Pakatan Harapan Rakyat – yang dipilih rakyat, ditadbir rakyat dan bekerja untuk rakyat – yang menerajui Putrajaya pada PRU13 nanti. Akhir sekali, Hidup Rakyat! Takbir! |
Miskin senjata BN untuk dapat undi Posted: 23 Feb 2013 04:24 PM PST KUALA LUMPUR: AJK PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, sepatutnya tidak ada lagi masyarakat yang tertinggal dan terpinggir setelah 55 tahun merdeka. Tetapi, katanya pemimpin BN yang diketuai oleh Umno menjadikan kemiskinan sebagai strategi untuk memancing undi setiap kali pilihan raya. Justeru, ujar beliau tepat seperti kajian Merdeka Center peratus sokongan kepada BN meningkat di kalangan orang yang pendapatan rendah, ertinya rakyat yang kaya semakin jauh dengan BN. 66 peratus responden di bawah RM1,500 gembira dengan kerajaan, 47 peratus (RM1,501 hingga RM3,000), 36 peratus (RM3,001 hingga RM5,000) dan 35 peratus (melebihi RM5,001). Katanya, Negeri Sabah dan Terengganu walaupun mempunyai telaga minyak, tetapi negeri tersebutlah mempunyai kadar kemiskinan tegar yang tinggi. "Jika kita melawat ke kawasan pedalaman kita akan temui kebanyakan rakyat miskin ialah penyokong tegar Umno," ujarnya kepada Harakahdaily. Kata beliau lagi, rumah mereka diselimut oleh bendera Umno sebagai tanda aras mereka ialah penyokong tegar Umno. Mungkin, ujarnya Umno menganggap rakyat miskin boleh kenyang dengan bendera sahaja. Menurutnya, Negeri Kelantan yang diperintah oleh PAS sejak 22 tahun telah berjaya menurunkan kadar kemiskinan daripada nombor 2 kepada nombor 4 di negara ini. "Kenapa Kelantan berjaya? "Jawapannya kerana pemimpinnya amanah dan bertakwa, membantu rakyat tanpa pilih kasih, tanpa mengambil kira apa anutan politik dan agama," katanya. Katanya, Kerajaan Kelantan terus berusaha untuk menyenangkan rakyat walau pun mempunyai kekangan kewangan. "Cuba bayangkan jika Kelantan mendapat tunggakan royalti minyak hampir RM12 bilion, sudah tentu ia akan setanding dengan negeri Selangor," katanya lagi. Menurutnya, Umno tidak akan berusaha ke arah itu kerana ini adalah senjata mereka untuk menjerat rakyat setiap kali pilihanraya, bukan miskin yang dibantu, tetapi mereka mesti menyokong Umno. Baginya, wang BR1M yang diberi kepada rakyat untuk umpan pilihanraya, kerana BN sedang nazak menghadapi penolakan rakyat. "Apakah dengan wang RM500 ini boleh menyelesaikan pinjaman PTPTN, kos sara hidup yang meningkat? "Kenapa setelah 55 tahun negara merdeka baru kerajaan memberi BRIM?" tanya beliau. Semua itu, ujarnya gara-gara untuk memancing undi. Tambahnya, jika rakyat berjaya diumpan maka tunggulah mala petaka akan menimpa rakyat dengan kenaikan petrol, gula, tepung, minyak masak, beras, tol dan lain-lain. "Cuba bayangkan ketika BR1M masih belum habis diberi, pada 15 Februari lepas premium insurans kenderaan telah dinaikkan," katanya. |
Petugas pastikan Jelajah Negara Berkebajikan lancar Posted: 23 Feb 2013 04:24 PM PST ALOR SETAR: Jelajah Negara Berkebajikan PAS sudah memasuki hari kedua dengan meneruskan program di beberapa tempat sekitar Kedah sebelum majlis ceramah perdana pada malam ini di Pendang. Setiap kali treler menuju ke tapak program sudah pasti sambutan yang hangat diberi terutamanya dari sudut kemudahan yang disediakan bagi menyiapkan pentas ceramah. Namun segalanya tidak akan berjaya tanpa tenaga kerja teknikal yang sentiasa membantu bagi menjayakan program tersebut. Dengan tenaga teknikal seramai tujuh orang yang terdiri daripada wartawan Harakahdaily dan Harakah serta peguam dapat memastikan segalanya berjalan lancar. Pengalaman menulis mahupun di mahkamah tidak menghalang mereka melaksanakan tugas di peringkat awal, jelas Penasihat Undang-Undang Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Zulhazmi Shariff. Beliau yang bertanggungjawab pada peringkat awal treler jelajah tersebut amat berpuas hati dengan kerjasama yang ditunjukkan oleh semua tenaga teknikal jelajah itu. Kata beliau, walaupun mereka merupakan wartawan yang hanya terlibat dalam bidang penulisan sahaja sebelum ini tetapi dapat melaksanakan tugas masing-masing bagi menyelesaikan segala kerja-kerja teknikal sebelum diserahkan kepada pihak penganjur program di sesuatu lokasi. Bermula dari kerja membuka penutup dan penyiapan pentas sehinggalah sistem pembesar suara, segalanya dilakukan oleh tujuh tenaga kerja tersebut. Jelajah Negara Berkebajikan akan berada di Kedah sehingga Ahad ini sebelum kembali ke Kuala Lumpur dan seterusnya ke Konvesyen Pakatan Rakyat yang berlangsung 26 Februari di Shah Alam. |
You are subscribed to email updates from Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan