Nik Aziz Nik Mat, the most popular so-called ulamak of an Islamic party and the oldest in the country, has actually shamed Islam and learned Muslims when he termed those who took the BR1M as chickens or fowls. Truly he reflected himself as a 'sour politician' rather than a learned Muslim given his shallow, bias and politically motivated mind in looking at the government's aid to rakyat to ease their burden. Nik Aziz, head of the ulamak who was, not not so cannot use the word is, respected even by some Umno grass roots, has now lost all credibility and respect when he shot his mouth without any basis of Islamic considerations. Islam teaches its followers to appreciate all good things and all good acts by anyone to anyone regardless of race and religion without malaise and biasness, without questioning the 'nawaitu' or intentions of the doers. The 'nawaitu' or intentions of the doers should be just leave it to ALLAH the Almighty to judge because HE is the One who will reward or punish – if one does good with good intention or 'nawaitu' then ALLAH will reward the doer with good things and if one does good with bad or evil intention, then ALLAH will punish the doer HIS way – ALLAH's ways are strange. For Nik Aziz to ridicule and worse still to liken the takes of good deed like BR1M as fowls being fed when needed, obviously he is not sincere and not truly religiously following Islam's ways and thought. As Muslims, on the surface value, we should appreciate Prime Minister Najib Tun Razak's move to extend aid to lessen the rakyat's burden in facing their daily needs and this act can be considered as Najib indirectly promoting the 'welfare state' that PAS is talking about. What Najib is doing is just not cash aid of RM500 but also other aid such as aid for school going children, college and varsities students and many more, with the objective to lessen burdens. Najib obviously does not know how many of those would vote for the ruling bBN coalition but he intention is clear…helping out the rakyat as a responsible government. So Nik Aziz should not, by any account misjudge or passed out remarks that does not reflect the attitude of 'bersyukur' or thankful to ALLAH for opening up Najib's heart and mind to share the country's wealth directly with the rakyat that lessens their financial burden. Islam does not want its followers to misjudge other's 'nawaitu' or intentions with malice and biasness because that is ALLAH's work as HE is The ALL KNOWING WHO KNOWS in and out of a human HE created. Nik Aziz should as ulamak at the very least extend gratitude or 'tahnkful to ALLAH' for Najib's good acts. No wonder PAS members who are knowledgeable in Islam accepted the BRIM in good faith, and obviously Nik Aziz is angry because he is a politician, not an ulamak that should be respect
LAHAD DATU: The Philippines government on Friday asked for an extension of the deadline for the Sulu armed group to leave Kampung Tanduo. Philippines Foreign Minister Albert del Rasario said that he had contacted his Malaysian counterpart Datuk Seri Anifah Aman, requesting that the Friday deadline for the Sulu Sultan followers be extended till Tuesday. He said the Philippines authorities were trying to persuade the followers of Sultan Jamalul Kiram holding up in Tandau for two-weeks to leave Sabah. "We expect our request to be endorsed as work is in progress on urging the Kiram family to work on a peaceful withdrawal," he was quoted as telling the media in Manila. He said that the Malaysian authorities had assured Manila they would not use force on the Sulu group if they left Sabah peacefully. Malaysian security forces have encircled the Sulu group, comprising more than 100 men and led by the brother of Jamalul, and are waiting for orders to move in to deport them back to the Philippines. The group, however, has so far refused to budge from the seaside village of Tanduo about 165km from Sabah's east coast town that straddles close to the sea borders of the Philippines.
Lahad Datu stand-off: Deadline extension up to Wisma Putra, says Hishammuddin
KLUANG: The Home Ministry would leave it to Wisma Putra on the request made by the Philippines on extending the deadline for the Sulu armed group to leave Kampung Tanduo. Home Ministry Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein said that he was notified about the matter from the Foreign Affairs Minister Datuk Seri Anifah Aman on the request from his Philippines counterpart. He however stressed that the Ministry would leave it to the police to conduct an operation to end the standoff with the armed group. "The country's sovereignty and the pride of the people of Sabah must not be taken for granted," he said to reporters after attending a meeting with Barisan Nasional Sembrong machinery meeting here on Saturday.
You are subscribed to email updates from tunku To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
JITRA: Belum pun reda isu pembalakan berhampiran Tasik Pedu di Padang Terap dan Gunung Inas di Baling, kini satu lagi kawasan seluas 925 hektar di Wang Perah dalam daerah Kubang Pasu ditebang licin, kata Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kedah Datuk Mohd Johari Baharom.
Beliau mendakwa operasi penebangan balak membabitkan seluas 145 hektar dalam kompartmen tujuh di Wang Perah dikesan bermula awal tahun ini manakala penebangan seluas 780 hektar lagi dalam kompartmen lapan telah diluluskan oleh kerajaan negeri.
Mohd Johari mendakwa tanah 145 hektar itu dipecah kepada 63 lot dan diberi kepada pegawai-pegawai tinggi kerajaan Kedah manakala 780 hektar lagi hutan dalam kompartmen lapan telah diluluskan kepada pegawai-pegawai tadbir negeri Kedah (KCS).
"Saya tidak pertikai kerajaan negeri hendak beri tanah itu kepada siapapun asalkan ia di kawasan sesuai, tidak menjejaskan ekosistem dan mencemarkan alam sekitar tetapi pemberian tanah ini nampak macam ada mainan politik.
"Pemberian tanah adalah hak kerajaan negeri namun kepentingan penduduk berhampiran mesti diambil kira walaupun ia bukan kawasan tadahan air," kata Mohd Johari kepada pemberita semasa meninjau kawasan pembalakan di Wang Perah, dekat sini, hari ini.
Beliau yang juga anggota Parlimen Kubang Pasu dan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyifatkan kerajaan PAS Kedah tidak bertanggungjawab dalam meluluskan kawasan pembalakan.
Beliau berkata garis panduan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar pembalakan membabitkan kawasan melebihi 50 hektar perlu mendapat kelulusan kesan terhadap alam sekitar (EIA).
"Saya difahamkan kawasan yang telah ditebang licin ini tidak langsung ada laporan EIA. Kalau dirujuk pun kepada kementerian pasti laporan yang dikemukakan tidak betul.
"Bila musim hujan pasti akan berlaku hakisan tanah yang teruk dan tanah yang dihakis memasuki Sungai Kecil dan Sungai Temin. Keadaan ini akan menyebabkan sumber air kedua-dua sungai itu terjejas.
"Akibatnya loji air Bukit Temin dan Jeragan serta bekalan air yang diperoleh dari kedua-dua sungai itu untuk pertanian kepada lebih 10 kampung juga terjejas," katanya.
Mohd Johari berkata beliau akan membuat surat bantahan rasmi kepada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak serta meminta Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar lebih efisien dalam mengambil tindakan.
Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKKP) Wang Perah, Abu Bakar Saleh, 43, berkata penduduk kampung sangat sedih kerana kerajaan negeri membelakangkan kepentingan mereka.
"Kerajaan negeri sewajarnya menilai kerosakan akibat penerokaan kawasan ini. Kebun dan dusun kami di sini tentu akan terjejas dalam masa beberapa tahun sahaja," katanya dan memberitahu akan mendesak menteri besar mengarahkan aktiviti pembalakan di Wang Perah dihentikan segera.
Che Tom Musa, 62, pula meminta kerajaan PAS Kedah tidak terlalu rakus meneroka kawasan balak.
"Kami penduduk asal di sini tidak langsung dipandang. Sepatutnya kalau nak bagi tanah bagilah kepada kami dan penduduk-penduduk kampung yang tinggal di sini," katanya.
Pemimpin-pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat nampaknya semakin resah bak cacing kepanasan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Mereka seolah-olah hilang pedoman bagaimana mahu meyakinkan rakyat supaya memilih pakatan itu sebagai pemerintah.
Ada kalanya gelagat mereka seolah-olah "berdendam" dengan rakyat yang nampaknya semakin mesra dan selesa dengan pelbagai skim yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk membantu yang mereka yang berpendapatan rendah.
Ada di antara pemimpin Pakatan Rakyat yang tergamak mengatakan bahawa rakyat bodoh jika menerima bantuan yang dihulurkan oleh kerajaan pusat sementara ada yang menyamakan taraf rakyat golongan ini sebagai "ayam dan lembu".
Sementara itu ada juga pemimpin Pakatan Rakyat yang hilang ikhtiar untuk menyekat peningkatan kecekapan pengurusan bantuan kerajaan pusat kepada rakyat ini dengan menyalahgunakan kuasa kerajaan negeri di tangan mereka untuk menggagalkan pelbagai projek pembangunan yang telah diatur oleh kerajaan pusat.
Yang peliknya sebelum ini rakyat memang digalakkan supaya mengambil dan menerima pelbagai "hadiah" berupa kemudahan awam, barangan keperluan harian dan juga bantuan wang ringgit daripada kerajaan Pusat.
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, misalnya, pernah satu ketika dahulu menasihatkan rakyat supaya mengambil sahaja apa-apa habuan yang diberikan oleh kerajaan.
Katanya, tindakan itu halal jika rakyat tidak pula terdorong untuk memberi undi kepada parti memerintah dalam pilihan raya, tidak kira pilihanraya kecil ataupun umum.
Beliau berkata, tindakan itu bukanlah perbuatan menerima rasuah kerana apa yang cuba "disogok" oleh parti kerajaan sebenarnya adalah bersumber daripada wang negara. Maka apa yang mereka ambil ialah hak mereka sendiri.
Bagaimanapun apabila pilihanraya umum semakin dekat dan kerajaan pusat nampaknya semakin konsisten dalam program transformasinya untuk mengagihkan kembali laba negara kepada rakyat, Nik Aziz mula menukar tingkah.
Melalui pelbagai skim yang berstruktur dan telus, kerajaan mula memperkenalkan cara menzahirkan skim bantuan dalam bentuk tersirat seperti subsidi petrol, gula, beras dan sebagainya secara berkala dan terbuka kepada skim bantuan kewangan bagi mengurangkan beban ekonomi rakyat, Pakatan Rakyat semakin cemas.
Rakyat ternyata dapat mengesan bahawa permohonan maaf terbuka pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kesilapan, keangkuhan dan kelemahan BN masa silam ada keikhlasannya.
PM minta maaf, rakyat sedia beri peluang
Maka rakyat pun mula menunjukkan kesediaan memberi peluang kepada BN dan beliau memperbaiki prestasi. Apatah lagi sejak mengambil alih teraju pemerintahan negara sejak April 2009 Najib tidak pernah jenuh mendekati rakyat.
Apabila rakyat menunjukkan reaksi dengan menzahirkan rasa syukur dan semakin yakin dengan corak pengurusan Najib yang bertransformasi ini, keyakinan diri pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat semakin goyah.
Namun yang menyedihkan ialah apabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengisytiharkan rakyat yang menerima bantuan tunai daripada kerajaan adalah golongan bodoh.
Beliau menegaskan bahawa usaha kerajaan membantu rakyat melalui skim Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M berniat memperbodohkan rakyat kerana matlamat sebenar kerajaan ialah untuk memancing undi menjelang PRU13 tidak lama lagi.
Beliau juga menganggap skim seperti itu BR1M itu tidak mampu untuk meningkatkan ekonomi rakyat. Namun beliau seolah-olah menutup mata bahawa skim kifalah membantu rakyat usia emas oleh kerajaan PAS Kelantan serta pelbagai janji PKR Selangor juga bertolak daripada konsep membantu rakyat sama dengan yang diusahakan oleh kerajaan BN.
Yang membezakan pendekatan Najib yang bersedia menyelusuri pelosok negara untuk mewar-warkan transformasi kerajaannya yang lebih berkebajikan dengan cara Pakatan Rakyat ialah, Najib mengotakan janji.
Di Selangor, misalnya, agak berbeza kerana banyak daripada skim yang ditawarkan sebelum pilihan raya umum 2008 masih belum ditunaikan.
Kegelabahan Pakatan Rakyat semakin memuncak apabila Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang rimas dengan kebangkitan rakyat negeri itu menuntut beliau menunaikan janji pilihanrayanya, bertindak untuk mengkaji dengan tujuan menghentikan pelbagai projek pembangunan kerajaan pusat bernilai RM5.6 bilion untuk warga Selangor.
Sementara di medan kempen pula Pakatan Rakyat mula terbabit dengan fitnah tahap raksasa. Antaranya ialah menggunakan surat palsu untuk mempertikaikan ke mana pergi pampasan RM207 bilion kerajaan Jepun kepada Malaysia untuk rakyat yang dijadikan buruh paksa membina landasan keretapi maut dalam Perang Dunia Kedua.
Ia juga mengedarkan dokumen palsu kononnya Jabatan Pendaftaran Negara mengarahkan semua pejabatnya di Semenanjung supaya menghantar kad pengenalan yang tidak dipungut oleh pemohon ke pejabat pendaftaran Keningau Sabah kononnya untuk digunakan bagi menambah bilangan pengundi hantu dalam pilihan raya umum.
Jika inilah citra hodoh pakatan pembangkang yang beria-ia mahu menggantikan kerajaan sedia ada, amatlah dibimbangi apakah fitnah dan pembohongan yang lebih besar yang akan dilakukan untuk mengekalkan kuasa jika ia dipilih untuk memerintah kelak.
KUALA LUMPUR: Kira-kira 500 penduduk menyertai perhimpunan secara aman bagi membantah projek kondominium mewah Datum Jelatek bernilai RM1.2 bilion yang dijadual siap pada tahun 2016.
Menurut Pengerusi Badan Bertindak Datum Jelatek Salleh Samad demonstrasi bertujuan menolak projek ini daripada diteruskan oleh anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di atas tanah yang pernah didiami oleh orang Melayu.
Beliau berkata, pihaknya kini sedang dalam proses mengumpul tandatangan penduduk kawasan itu untuk menghantar memorandum kepada kerajaan negeri Selangor sehingga projek tersebut dihentikan dengan kadar segera.
"Langkah seterusnya kita akan menghantar memorandum, sekarang ni kita sudah mula ambil tandatangan penduduk. Kita akan hantar kepada pihak PKNS, MPAJ, kerajaan negeri, dan juga tuanku Sultan Selangor."
Selain itu juga Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) yang diwakili oleh Datuk Shohaimi Shahdan juga akan turut membantu badan bertindak ini dalam menyampaikan maklumat sebenar kepada penduduk.
"Kita di pihak GPRS akan edar risalah-risalah tentang maklumat sebenar Datum ini dan pembongkaran apa yang berlaku kepada penduduk taman Keramat ini," ujar beliau dalam sidang media selepas sesi bantahan di sini hari ini.
Datum Jelatek sebelum ini diuar-uarkan sebagai projek pembangunan semula kawasan perumahan kos rendah di Jalan Jelatek, selepas kesemua penduduk yang rata-ratanya orang Melayu telah dipindahkan dengan memberi pampasan yang kecil.
Namun kini difahamkan projek tersebut "bertukar" menjadi cadangan pembinaan empat bangunan eksklusif setinggi 45 tingkat yang merangkumi pejabat, hotel dan pusat membeli-belah yang disasarkan untuk golongan berpendapatan tinggi dan korporat.
Harga minima seunit rumah berkenaan bernilai RM700,000 dan ternyata ia tidak mampu dimiliki oleh penduduk kawasan tersebut.
Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam satu kenyataannya sebelum ini mempertahankan tindakan pihaknya menjual kondominium mewah pada harga tinggi sebagai keperluan untuk menarik pelabur asing.
Beliau turut mengesahkan bahawa unit-unit kondominium dan ruang niaga di Datum Jelatek dibeli oleh pelabur Singapura.
"Semua orang nak bantah. Kalau nak buat cantik, nak beli murah, siapa nak buat?" kata beliau apabila ditanya pemberita tentang relevannya pembinaan kondominium berkenaan di kawasan kepadatan penduduk terdiri dari kaum Melayu.
Sementara itu Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) Hamidzun Khairuddin memberitahu pihaknya akan membantu Badan Bertindak Datum Jelatek dengan menyediakan perkhidmatan guaman untuk mengambil tindakan dari segi undang-undang.
"Saya punya pandangan dari sudut undang-undang, kita mahukan laporan EIA dibuat. Laporan EIA ni berkenaan alam sekitar yang melibatkan penduduk.
"Saya difahamkan apabila projek ini dibangunkan, kiri kanan kondominium ini akan dibina jalan empat laluan dan tentunya rumah teres berdekatan tapak ini akan dirobohkan.
"Dari segi kaveat, saya punya pandangan bahawa penduduk sekitar mempunyai kepentingan dan saya fikir mereka boleh masukkan kaveat. Bukan sahaja kaveat tetapi kita boleh masukkan injuksi. Saya juga akan berunding dengan Salleh untuk kita melantik mana-mana syarikat guaman mewakili badan bertindak ini," ujar beliau.
Antara badan bukan kerajaan (NGO) dan wakil rakyat yang turut serta dalam Bantahan Projek Datum Jelatek hari ini adalah Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) dan Ketua Umno Bahagian Ampang Datuk Ismail Kijo.
"Saksikan sendiri bagaimana kerajaan Pas Kelantan berusaha merampas hak pemandu teksi Jajahan Pasir Puteh, Kelantan,"kata pengendali GelombangMerah ketika mengirimkan rakaman video bertajuk "Rampas Hak Rakyat" ke laman ini.
"Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengotakan janji ditepati dengan membantu menyelesaikan permasalahan Persatuan Pemandu Teksi tersebut,"katanya lagi.
Video yang dihantar merakamkan detik-detik sukar yang dilalui oleh Persatuan Teksi Kereta Sewa Jajahan Pasir Puteh ketika berhadapan dengan cubaan anak syarikat kerajaan negeri mahu merampas tapak tanah tempat mereka mencari rezeki untuk dijual kepada pihak lain.
"Saya akan tetap duduk di sini. Soal berpindah, tidak sama sekali. Jadilah macam mana sekalipun, kita tidak akan lari (dari tempat ini).
"Kalau dia datang membawa jentolak pun, kita akan tetap letak (kereta) atas jalan raya. Kita tetap akan berkeras,"kata Mat Hassan Harun, bendahari Persatuan Pemandu Teksi, Jajahan Pasir Putih.
Menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kepimpinan pakatan pembangkang dilihat semakin memusuhi rakyat setelah melihat sokongan yang diberikan terhadap proses transformasi ekonomi oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) mendapat sambutan.
Tanpa segan silu pemimpin-pemimpin pembangkang melabel rakyat sebagai "binatang" dan "bodoh" apabila gagal bersaing dengan kerajaan BN memenuhi keperluan rakyat.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada satu majlis sambutan Tahun Baru Cina di Kedah semalam menyifatkan penerima BR1M sebagai bodoh.
Katanya bantuan tunai oleh kerajaan itu tidak mendatangkan sebarang manfaat kepada rakyat namun hanya gula-gula pilihan raya.
"Bantuan tunai itu adalah idea yang bodoh dan rakyat yang menerimanya sama bodoh," katanya.
Dua hari lalu, ulama terulung PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menganggap penerima BR1M sebagai "lembu dan ayam".
Ketika kerajaan mula mengumumkan bantuan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada tahun 2011, sambutan yang diterima amat menggalakkan sehingga kerajaan terpaksa menambah jumlah borang permohonan di sesetengah kawasan.
Contohnya di Parlimen Kubang Kerian, yang disandang oleh wakil rakyat PAS Salahuddin Ayub, 8,000 borang BR1M tambahan terpaksa dicetak untuk diagihkan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Mentuan, Binjai.
Setakat ini lebih daripada lima juta rakyat yang layak mendapat manfaat bantuan tunai melalui BR1M 2.0 yang diumumkan kerajaan selepas pembentangan belanjawan 2013, dengan jumlah RM250 seorang.
Golongan yang mendapat manfaat termasuk ahli PAS-PKR-DAP yang tanpa segan silu mengecam usaha kerajaan membantu rakyat tanpa mengambilkira fahaman politik.
Perbuatan ini disifatkan sebagai tidak mengenang budi umpama 'Si Tanggang Moden'.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pemberian BR1M sebagai usaha kerajaan mentransformasikan ekonomi negara selain daripada subsidi terhadap petrol, barang keperluan harian dan makanan yang ditanggung kerajaan.
Pemimpin pembangkang berterusan menghasut rakyat untuk menolak kerajaan BN yang terbukti mampu melakukan perubahan melonjakkan ekonomi negara, namun jika dilihat di kawasan-kawasan yang dikuasai pembangkang, rakyat hidup serba kekurangan.
Justeru Najib menasihati kepimpinan pembangkang supaya berhenti memperkecilkan penerima-penerima bantuan kerajaan kerana golongan ini lebih menghargai sumbangan tersebut berbanding terus hidup menagih janji-janji pembangkang.
Dalam menentukan perkara paling asas bagi membentuk sebuah kerajaan, Pakatan Rakyat dilihat masih terkial-kial mencari individu yang paling layak mengisi jawatan nombor satu negara itu.
Antara calon yang disebut-sebut untuk menyandang jawatan 'perdana menteri ketujuh' itu adalah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang.
Namun suara rakyat adalah penting dalam menilai siapa yang paling layak.
Tinjauan Antarapos di Kuala Terengganu mendapati rata-rata rakyat negeri itu menolak kedua-dua pemimpin itu untuk menjadi ketua eksekutif negara.
Menurut seorang pesara Mazlan Abdullah, 58, beliau berpendapat samada Anwar atau Hadi, kedua-duanya tidak layak untuk memimpin negara kerana mereka tidak mempunyai ketokohan sebagai pemimpin.
"Memang tak layak mereka berdua itu. Jauh dari langit dan bumi (untuk menjadi Perdana Menteri)
"Dia tiada ketokohan sebagai pemimpin. Walaupun dia pernah jadi Timbalan Perdana Menteri, tapi kepimpinan beliau jauh berbeza dengan Datuk Najib.
"Haji Hadi pulak adalah orang yang tidak boleh diberi harapan. Pemerintahan dia selama ini tidak memberi apa-apa sumbangan kepada rakyat negeri Terengganu. Dia boleh cakap apa sahaja, tapi tiada pun yang dia buat," katanya.
Bagi Wan Mazlan Wan Ismail, pekerja sendiri, 58, beliau berpendapat kedua pemimpin itu tidak layak menjawat jawatan tersebut kerana sering menipu rakyat.
"Memang tidak layak, sebab mereka pembohong. Anwar ni, dari segi cara (kepimpinan) dia, memang teruk. Haji hadi pula suka berdolak dalih."
Toh Seng Heng, 66, pesara yang turut bersetuju dengan pendapat Wan berkata kedua pemimpin itu tidak pernah memberikan sumbangan kepada rakyat dan negara walaupun pernah menyandang jawatan penting.
"Haji Hadi pernah jadi Menteri Besar Terengganu. Anwar pula pernah jadi Timbalan Perdana Menteri. Tapi apa yang pernah mereka sumbangkan? Jadi keduanya tidak layak," ujarnya.
Rokiah Mohamad seorang suri rumah berusia 62 tahun pula berpendapat Anwar dan Hadi adalah pemimpin yang mempunyai banyak muslihat dan tipu daya.
"(Mereka) jahat. Jahat sebab tipu rakyat. Sama je mereka berdua (itu). Mereka tidak layak. Banyak muslihat. Cakap je manis. Tak tunai janji."
Seorang suri rumah, Zainab Kadir, 53 tahun pula berpendapat kedua-kedua calon itu tidak layak diangkat sebagai pemimpin kerana masing-masing diselubungi isu moral dan kredibiliti yang diragui.
"Memang tidak layak. Tiada ketokohan sebagai pemimpin pun. Sebab dia banyak skandal. Tiada moral.
"Datuk Haji Hadi memang bagus moralnya. Tapi kepimpinan dia teruk. Tengoklah masa dia perintah negeri Terengganu. Apa je sumbangan dia? Satu pun tiada," katanya.
Untuk rekod, Anwar pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 1993 dan dilucutkan jawatan pada 1998 serta dipenjarakan atas tuduhan liwat.
Beliau mula aktif politik kembali setelah dibebaskan dan kini menjadi Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Ahli Parlimen Permatang Pauh.
Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang pula pernah menjadi Menteri Besar Terengganu pada tahun 1999 hingga 2004 selepas merampas negeri Terengganu dari Barisan Nasional (BN) . Beliau sekarang merupakan Ahli Parlimen Marang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Redang.
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abdul Rahman berpendapat Pas menghadapi masalah kerana memilih berjuang bersama Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menolak kepentingan perjuangan untuk agama dan bangsa.
Katanya, atas faktor itu Isma sukar untuk menjalinkan kerjasama dengan Pas kerana pertubuhan tersebut tidak memisahkan perjuangan agama dan nasionalisme berbanding parti kedua terbesar orang Melayu itu yang hanya memisahkan antara Islam dan bangsa.
"Apa yang berlaku, Pas memisahkan antara Islam dan bangsa, mereka (Pas) kata hanya Islam tidak ada bangsa. Jadi kepentingan nasional, kepentingan negara, kepentingan bangsa (orang Melayu) diketepikan.
"Mereka (Pas) kata hanya Islam sahaja; kalau Islam sahaja berpijak di mana? Itu masalah bila Pas bersama Anwar Ibrahim dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Isma di Dewan Angkasa, hari ini.
Abdullah Zaik menjelaskan sikap Pas itu berbeza dengan UMNO yang lebih menerima seruan Isma ke arah perpaduan demi agama, bangsa dan negara. Malah kata beliau, Pas agak kurang selesa dengan seruan Isma kerana menganggap seruan tersebut memihak kepada UMNO.
"Setakat ini UMNO menerima seruan kita (Isma), maknanya Isma seru kepada perpaduan, UMNO kata ok cuma sikap Pas dengan Isma agak kurang selesa sebab dia anggap seruan kepada perpaduan itu agak memihak kepada UMNO dan dia menganggap Isma bersama UMNO tetapi sebenarnya tidak," katanya.
Mengulas mengenai perjuangan UMNO pula, Abdullah menegaskan, untuk memulihkan keyakinan rakyat, pemimpin parti terbesar orang Melayu itu perlu segera memperbaiki sikap mereka yang dilihat lebih berjuang untuk diri sendiri dan keluarga berbanding untuk agama, bangsa dan negara.
Baru-baru ini, Abdullah Zaik mengumumkan Isma akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dan bercadang untuk menghantar calon-calonnya bertanding di 20 buah kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Antara kawasan yang telah dikenal pasti untuk calon-calon Isma tandingi ialah Padang Serai (P017), Tapah (P072), Wangsa Maju (P116), Selayang (P097), Subang (P107), Puchong (P103), Kapar (P109), Seremban (P128), Tanjung Piai (P165), Derga (N11) dan Gurun (N22).
Calon-calon Isma akan bertanding atas tiket Berjasa, sebuah parti yang berpengkalan di Kelantan dan ditubuhkan pada 1978 oleh Bekas Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Mohamed Nasir.
Kisah Benar Episod 1 : Air Negara Bahagian 2. Kisah Benar Episod 1 : Air Negara Bahagian 01. Video ini juga menjawab tawaran Khalid Ibrahim (MB Selangor) sebanyak RM 9 billion untuk mengambil alih 4 Syarikat yang menguruskan air di Lembah Klang iaitu; Syabas, Abaass, Sg Semenyih dan SPLASH.
Pembangunan Dan Pengurusan Air. Lagi maklumat berkenaan isu air Selangor yang mesti kita fahami. Isu air tidak boleh dikendalikan tanpa kajian mendalam mencakupi kos untuksetiap meter padu, projek perpindahan air antara negeri dari Sg di Pahang, kos CAPEX dan OPEX yang tinggi serta pembinaan Langat 2. Takkan kita nak selesaikan isu ni dengan membandingkan masalah air yg terputus seketika di tempat tertentu. Ini isu melibatkan banyak pelaburan perniagaan yang akan tergendala serta berjuta akaun pengguna di sekitar Lembah Kelang. Saksikan....
Pastikan anda faham apa, di mana, bila, mengapa dan bagaimana isu ini timbul...dan bagaimana ia harus ditangani. Dan jauhi diri anda dari fitnah oleh mereka yang tidak memahaminya...
Barisan Nasional Selangor optimis bahawa peluang amat cerah untuk kembali memerintah Selangor selepas PRU ke 13 nanti.
Kesiapsiagaan parti juga berada dalam keadaan optimum dan bersedia untuk digerakkan semasa tempoh kempen. Malahan, gerak kerja terperingkat sudah pun dimulakan sehingga di peringkat Pusat Daerah Mengundi (PDM).
Setiausaha Barisan Nasional Selangor, Dato' Hj. Mohammed Idris. B. Abu Bakar berkata, satu mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi BN Selangor dan semua Pengerusi BN Bahagian Selangor di telah diadakan pada 23 Feb di PWTC dan ianya dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri.
"Beberapa perkara penting telah diputuskan sebulat suara oleh semua JK Tertinggi iaitu lantikan jawatan YAB Dato' Sri Najib Razak sebagai Pengarah Pilihanraya BN Selangor manakala Koordinator BN Selangor, Dato Sri Ir Mohd Zin Mohamed sebagai Timbalan Pengarah Pilihanraya Selangor.
Semua kepimpinan BN Selangor menyambut baik keputusan tersebut dan ianya akan menjadi pengorak langkah kepada usaha BN menawan kembali Selangor.
Satu simulasi khas Pilihanraya juga akan diadakan dalam masa terdekat ini bagi membiasakan seluruh jentera termasuk memastikan segala persiapan dalam keadaan sempurna. Simulasi ini akan melibatkan semua peringkat parti dan cabang termasuk gerak kerja kempen yang bersepadu di peringkat PDM," ujarnya dalam satu kenyataan media hari ini.
Tambahnya, jentera di peringkat PDM akan menjadi teras utama parti supaya segala bahan kempen dan maklumat dapat terus disampaikan kepada akar umbi. Persiapan diperingkat PDM juga akan diaudit bagi memastikan keselarasan tindakan.
"Kesepakatan dan kerjasama seluruh komponen dan peringkat dalam Barisan Nasional Selangor merupakan teras utama BN Selangor dalam menghadapi PRU akan datang.
Semoga hasil perbincangan ini dapat diterjemahkan kepada tindakan seterusnya memastikan usaha BN menawan Selangor menjadi kenyataan," ujarnya yang juga Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor.
Nik Aziz Nik Mat, the most popular so-called ulamak of an Islamic party and the oldest in the country, has actually shamed Islam and learned Muslims when he termed those who took the BR1M as chickens or fowls.
Truly he reflected himself as a 'sour politician' rather than a learned Muslim given his shallow, bias and politically motivated mind in looking at the government's aid to rakyat to ease their burden.
Nik Aziz, head of the ulamak who was, not not so cannot use the word is, respected even by some Umno grass roots, has now lost all credibility and respect when he shot his mouth without any basis of Islamic considerations.
Islam teaches its followers to appreciate all good things and all good acts by anyone to anyone regardless of race and religion without malaise and biasness, without questioning the 'nawaitu' or intentions of the doers.
The 'nawaitu' or intentions of the doers should be just leave it to ALLAH the Almighty to judge because HE is the One who will reward or punish – if one does good with good intention or 'nawaitu' then ALLAH will reward the doer with good things and if one does good with bad or evil intention, then ALLAH will punish the doer HIS way – ALLAH's ways are strange.
For Nik Aziz to ridicule and worse still to liken the takes of good deed like BR1M as fowls being fed when needed, obviously he is not sincere and not truly religiously following Islam's ways and thought.
As Muslims, on the surface value, we should appreciate Prime Minister Najib Tun Razak's move to extend aid to lessen the rakyat's burden in facing their daily needs and this act can be considered as Najib indirectly promoting the 'welfare state' that PAS is talking about.
What Najib is doing is just not cash aid of RM500 but also other aid such as aid for school going children, college and varsities students and many more, with the objective to lessen burdens.
Najib obviously does not know how many of those would vote for the ruling bBN coalition but he intention is clear…helping out the rakyat as a responsible government.
So Nik Aziz should not, by any account misjudge or passed out remarks that does not reflect the attitude of 'bersyukur' or thankful to ALLAH for opening up Najib's heart and mind to share the country's wealth directly with the rakyat that lessens their financial burden.
Islam does not want its followers to misjudge other's 'nawaitu' or intentions with malice and biasness because that is ALLAH's work as HE is The ALL KNOWING WHO KNOWS in and out of a human HE created.
Nik Aziz should as ulamak at the very least extend gratitude or 'tahnkful to ALLAH' for Najib's good acts.
No wonder PAS members who are knowledgeable in Islam accepted the BRIM in good faith, and obviously Nik Aziz is angry because he is a politician, not an ulamak that should be respect.
Selangor akan mundur dan rakyatnya akan berada dalam kerugian sekiranya pakatan pembangkang dibenarkan terus berkuasa di negeri itu, kata Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar hari ini.
Beliau berkata, ia kerana keadaan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan tidak sehaluan akan menyukarkan pelaksanaan projek pembangunan dan akhirnya rakyat sendiri akan rugi.
Katanya, keadaan ini jelas bila mana kerajaan negeri sekarang di bawah pakatan pembangkang lebih berminat menunjukkan kuasa mereka dan berpolitik sehingga menghalang projek pembangunan yang hendak dilaksanakan di Selangor oleh kerajaan Persekutuan.
Beliau berkata, beberapa projek untuk kesejahteraan rakyat seperti cadangan pembinaan kampus cawangan Universiti Teknologi MARA di Serendah terbantut apabila kerajaan negeri tidak memberikan kebenaran merancang pembangunannya malah merampas tapak kampus itu milik Yayasan Kebajikan Kemiskinan.
Noh berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Himpunan Barisan 1Malaysia di Seksyen 7 di sini yang dihadiri 3,500 orang daripada 200 badan bukan kerajaan (NGO) yang berhimpun bagi menyatakan sokongan mereka kepada BN.
Selain itu, katanya, Projek Langat 2 juga terbantut sehingga sekarang kerana kerajaan negeri enggan memberikan kebenaran merancang bagi pembinaan loji rawatan air mentah yang akan dibawa masuk dari Pahang.
"Terowong air dah siap tapi loji memprosesnya tiada, dan Kerajaan Persekutuan bukannya menggunakan duit kerajaan negeri untuk bina kita cuma minta keluarkan kebenaran merancang saja," katanya.
Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, kerajaan negeri Selangor juga lebih hendak menunjukkan kuasa apabila bertindak menggantung projek jalan raya dan prasarana Persekutuan di Selangor sementara menanti proses rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap kes melibatkan Majlis Perbandaran Sepang.
Keputusan itu dibuat selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kelmarin memutuskan Majlis Perbadaran Sepang tidak mempunyai kuasa untuk meruntuhkan tiang dan menutup kamera AES (Sistem Pemnguatkuasaan Automatik) di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE).
Noh berkata, begitu juga dengan kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang berkata kerajaan Selangor akan membubarkan Dewan Undangan Negeri selepas sambutan Chap Goh Mei dan mendakwa hasrat itu sudah mendapat persetujuan Sultan Selangor.
Katanya, mengikut amalan biasa jika seseorang Menteri Besar sudah menghadap Sultan untuk mendapatkan perkenan pembubaran dewan dan sudah mendapat perkenan baginda, beliau seharusnya terus mengumumkan tarikh pembubaran dewan.
Bagaimanapun, Noh berkata, sehingga sekarang tarikh pembubaran dewan tidak diumumkan oleh Abdul Khalid dan beliau yakin Selangor tidak akan membubarkan dewan undangan negeri dulu tetapi akan dibubar serentak dengan Parlimen.
Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, beliau berharap NGO, juga kuasa ketiga di Malaysia selepas Kerajaan Persekutuan atau Negeri (Kuasa Pertama) dan parti-parti politik (Kuasa Kedua), akan terus menyokong kerajaan BN.
Program Himpunan Barisan 1Malaysia pada pagi ini juga himpunan keenam NGO-NGO selepas Sabah, Perlis, Johor, Negeri Sembilan, Terengganu dan Selangor, katanya.
Beliau berkata, program yang bermula November tahun lalu dijangka selesai dilaksanakan di seluruh negara pada awal bulan depan.
Isu kehadiran tentera kesultanan Sulu yang berpecah ke Lahad Datu dilihat sebagai isu hasutan oleh pihak dalaman.
Kepimpinan parti pembangkang terutama PKR boleh dikaitkan dengan isu ini.
Pertama ialah berlakunya satu pertemuan atau perjumpaan sulit pemimpin pembangkang dengan Nur Misuari dari Selatan Filipina.
Ketua Umum pembangkang juga mempunyai hubungan yang istimewa dengan pembangkang Filipina iaitu Joseph Estrada dan kemungkinan besar kedua-dua tokoh ini cuba untuk melaga-lagakan hubungan baik antara dua kerajaan Filipina dan Malaysia (Benigno Aquino III dan Najib ).
Satu lagi unsur yang boleh dikaitkan dengan pembangkang di Malaysia ialah peranan Tian Chua dan Elizabeth Wong dalam gerakan ARDA.
ARDA adalah satu pertubuhan dari barat sama seperti SUARAM dan lain-lain bertujuan untuk menghuru-harakan negara yang menjadi sasaran mereka dari Monggolia sehingga ke Timur-Timur, dari Kepulauan Pasifik hinggalah ke Asia Barat.
ARDA adalah satu gerakan yang kuat dan berjaya membebas Timur-Timur menjadi sebuah negara yang dikenali sebagai Timur Leste.
Di Singapore, Dr Chee Soon Juan rakan Tian Chua dan Elizabeth Wong juga terlibat dengan ARDA atau Asian Alliance for Reforms and Democracy.
Kini selepas dua minggu bertahan di Lahad Datu, Kerajaan Filipina meletakkan 6 kapal peronda untuk mengawasi perairan Sulu berhampiran Tawi-Tawi. Jangan salah faham dengan kehadiran 6 kapal tentera ini. Jangan ada pihak cuba mengandaikan bahawa Filipina akan menyerang Malaysia.
Ia sama sekali tidak benar, mereka yang berminat dengan Lahad Datu ialah kumpulan serpihan kesultanan Sulu yang ingin mengutip wang sarang burung walit sahaja. Tidak lebih dari itu.
Baca berikut dibawah;
Six Philippines naval ships have been deployed to the seas of Sulu and Tawi Tawi to prevent possible spill over from the standoff between Malaysian forces and the self-proclaimed Sulu Sultan's gunmen.
The ships are only conducting patrols within the waters of Tawi Tawi islands, less than half-hour speed boat ride from the seaside village of Tandau where the Sulu group has been holed up since Feb 9.
Philippines navy spokesman Lt Comm Gregory Fabic was quoted as telling the media in Manila that the naval vessels would not dock in Sabah waters but were there to help make the situation stable.
He stated that there were also no instructions given for the evacuation of the Sulu group led Raja Muda Azzimudie Kiram, the brother of Sultan Jamalul Kiram III.
``We are hoping that this will be resolved peacefully. If they are retreating, we are not there to help them because we need instructions if they can be picked up,'' Fabic was quoted as saying.
``If there are conflicts, we cannot help them. We will (only go there) if it is resolved peacefully and are given instructions to repatriate them,'' Fabic added.
The Sulu group of about 100 have insisted on staying put in Tanduo although a Friday deadline for them to be deported is looming.
The Malaysian security forces, who have thrown a tight land and sea cordon around the group, are reportedly in a position to deport the group anytime but are holding back pending efforts to resolve the standoff through negotiations without bloodshed.
Meanwhile, Philippines president Benigno Aquino reportedly said in Manila that the Sulu gunmen, who claimed that North Borneo was part of the Sulu Sultanate, should give up peacefully.
``Going there with arms is not the way to resolve this. When you brandish arms naturally the other side has only one way to respond to such a challenge,'' Aquino was quoted as saying in his first public comment on the incident.
Aquino also stated that his government had been talking to all parties, including the Sultan's family, to find a peaceful solution.
Philippines Foreign secretary Albert del Rosario stated in a separate statement that Aquino had ordered his government authorities ``to do everything'' possible to try and urge them to peacefully withdraw and to do this as quickly as possible.
Related Stories: Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Cakap Hadi Awang memang macam dajal. berputar belit. menuduh Umno perkauman, Gerakan perkauman, Mca perkauman. Tahu tak bahawa Barisan Nasional yang dahulunya Perikatan merupakan sebuah komponen parti BN.
Hadi Awang mesti ingat, BN mempunyai PANJI PERJUANGAN, iaitu bendera BN yang berwarna biru. Mana Panji Pakatan Rakyat? Tolong tunjuk sat.
BR1M kerajaan membodohkan rakyat? kalau tak suka jangan ambil, muka tak tau malu.....HOI HADI AWANG MUNAFIK,,,KAWARIJ...
KOTA BHARU 20 Feb. - Ketika jutaan rakyat Malaysia bersyukur dengan pelbagai bantuan yang diberikan Kerajaan Pusat, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebaliknya menyamakan usaha murni itu sebagai 'memberikan hampas kelapa dan padi serta jerami kepada ayam dan lembu'.
Menurut Menteri Besar Kelantan itu, pemberian wang ringgit sangat mendapat sambutan kerana sama dengan ayam dan lembu yang akan datang sekiranya manusia memberikan haiwan tersebut makanan yang digemari.
Sehubungan itu, beliau menambah, pemberian wang ringgit adalah salah di sisi Islam kerana ajaran Islam yang sebenar adalah memberikan ilmu kepada manusia.
"Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami.
"Tapi kalau nak beri Islam, kita nak panggil ayam cakap nak ceramah, mana ayam datang, nak panggil lembu, mana datang, jadi kalau kita beri barang kepada orang, beri RM10, RM50 (orang akan datang ambil).
"Ini bukan cara Islam, (cara) Islam ialah beri ilmu kepada manusia," katanya ketika berucap di hadapan lebih 1,000 rakyat Kelantan yang menyambut kepulangannya dari Mekah di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini hari ini.
Kerajaan Pusat melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0) tahun ini memperuntukkan kira-kira RM3 bilion untuk mengagihkan sebanyak RM500 kepada kira-kira 4.3 juta isi rumah manakala kira-kira 2.7 juta individu bujang berumur 21 tahun ke atas menerima sebanyak RM250.
Sementara itu, Nik Abdul Aziz berkata, pilihan raya umum kali ini penting kepada Pas kerana bukan sekadar mahu membentuk kerajaan tetapi menukar kerajaan sekular kepada kerajaan Islam.
Diterbitkan pada 23/02/2013 Himpunan Bantah Datum Jelatek 1.0 mendesak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) membatalkan projek super mewah di bawah kelolaan yang telah dirancang sejak tahun 2010.Menurut Pengerusi Badan Bertindak Projek Datum Jelatek,Saleh Samad,50 peratus daripada keseluruhan kuota pembangunan di bekas tapak pangsapuri kos rendah tersebut telah dijanji untuk diberikan kepada bumiputra kini peruntukan tersebut tiada lagi.beliau juga mendedahkan 6 syarikat yang terlibat dalam Projek Datum Jelatek.beliau juga mencabar Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim,Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Othman Omar untuk mengadakan pertemuan dengan penduduk setempat untuk bersemuka dengan penduduk bagi menyelesaikan kemelut projek Datum Jelatek yang mendatangkan kemarahan penduduk.
Maklumat lanjut layari : http://klpos.com/ekslusif/43582-pendu... dan
Idris Ahmad menyampaikan ceramah politik tanpa permit dan ditujukan khas kepada orang Umno yang berada dalam kedai makan Pak Pin
Apakah tujuan Idris berceramah politik di situ?
pembesar suara yang rosak sepenuhnya
Ini lah suasana sebelum dan sesudah kejadian yang malang buat Ustaz Idris Ahmad, kira bernasib kerana tidak dibelasah seperti mana yang sering dilakukan oleh Unit Amal Pas.
Jika kita baca slogan pada pick up tersebut bertulis perkataan Amanah, Telus, Wibawa dan Kebajikan ternyata tidak dihormati oleh Idris.
Idris sepatutnya menghormati dan tidak cuba untuk menyakitkan hati orang dengan sengaja. Tindakan degil beliau telah menunjukkan sikap Pas yang keras kepala, suka bergaduh dan suka mencari pasal.
Ingatlah, BN tak pernah buat kerja sedemikian rupa. Ini belum lagi bercakap soal merosakkan harta benda lain seperti bendera, banner dan sebagainya yang dipasang oleh BN dan juga Umno.
Pas harus bersikap berhemah dan menunjukkan contoh baik apa lagi bila mereka bergelar Islam. Islam melarang kita menyakiti orang lain. Idris seorang ustaz tetapi ceramah dan penulis beliau tidak langsung melambang kan beliau seorang yang bergelar ustaz yang alim.
You are subscribed to email updates from Taiping Mali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Setelah pergolakan yang berlaku di beberapa negeri, pakatan pembangkang terus berantakan apabila Ahli Jawatankuasa DAP Kedah, S. Neelamekan membuat kritikan terbuka terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas.
Lebih daripada itu, beliau yang juga Pengerusi DAP Cawangan Lunas turut mendesak agar parti tersebut bertanding sehingga 75 kerusi Parlimen di seluruh negara agar menjadi 'tulang belakang' kepada pakatan itu dalam merealisasikan mimpi ke Putrajaya.
Menurutnya, berdasarkan senario semasa, DAP jelas berpotensi membawa kemenangan kepada pakatan itu berbanding PKR yang sebelum ini telah banyak kali gagal memenangi kerusi ditandingi terutamanya pada Pilihan Raya Negeri Sarawak.
"Di Sarawak PKR bertanding sehingga 45 kerusi tetapi hanya menang tiga daripadanya. DAP pula cuma diberikan enam kawasan walaupun meminta 10 kerusi dan kami menang kesemuanya.
Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail didesak menyatakan pendiriannya berhubung spekulasi penolakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri oleh Majlis Syura Ulama Pas seandainya pakatan pembangkang menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Aminah Abdullah berkata, sikap mengunci mulut Presiden PKR itu menimbulkan tanda tanya dalam kalangan ahli PKR dan seluruh rakyat Malaysia.
"Selaku Presiden PKR, kedudukan Wan Azizah dalam parti cukup besar, setanding Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Ini bukan persoalan rumahtangga, ini soal parti. Mengapa Wan Azizah takut untuk bersuara. Diam, senyap seolah-olah tidak wujud lagi.
"Kalau dia takut, dia takut pada siapa, adakah Anwar? Kenapa perlu takut Anwar, sedangkan kedudukan beliau dalam parti cukup tinggi," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau membuat kenyataan tersebut ekoran sikap Wan Azizah yang mendiamkan seribu bahasa berhubung pelbagai isu yang berbangkit sejak kebelakangan ini.
Katanya, sikap Wan Azizah itu cukup menghairankan seolah-olah beliau tidak lagi berada dalam radar politik.
"Bukan isu Anwar sahaja, malah, Presiden PKR itu langsung tidak mengulas atau menyatakan pendirian dalam isu kalimah Allah, pluralisme, dakwaan skandal Shamsidar Taharin serta lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT)," tegasnya.
Secara sinis, Aminah berkata, sikap Wan Azizah yang tidak mempertahankan Anwar dalam spekulasi berhubung keputusan Majlis Syura itu cukup luar biasa.
"Kalau sebelum ini beliau boleh mempertahankan Anwar dengan menyatakan Anwar adalah anugerah Allah kepada rakyat Malaysia kenapa kali ini tidak membuat perkara sama kepada Majlis Syura?
"Saya secara peribadi tertunggu-tunggu kalau Wan Azizah akan mempertahankan suaminya dengan membuat kenyataan Anwar adalah manusia paling bersih di negara ini," ujarnya.
Rakyat negeri ini harus membuat keputusan sama ada mahu terus memilih kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mengabaikan tanggungjawab menyediakan perumahan untuk rakyat, pendidikan dan infrastruktur atau kembali semula kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata, Kerajaan Negeri Selangor sekarang dilihat memberikan penekanan pada projek perumahan mewah sehingga menyebabkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) tidak memberi fokus terhadap pembinaan rumah mampu milik.
"Hari ini PKNS telah jauh daripada matlamat asal penubuhannya, kalau fenomena pembangunan projek mewah di Datum Jelatek boleh berlaku, tidak mustahil di Padang Jawa yang merupakan kawasan tanah utama akan menerima nasib sama," katanya dalam Program Debat Rakyat antara beliau dan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bahru, Datuk Zulkifli Nordin di Padang Jawa di sini malam tadi.
Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Ahmad Nawawi Md. Zin dan Pesuruhjaya Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai), Wan Indra Putra Ahmad.
Beliau menjawab soalan moderator, Norman Toha yang meminta pandangannya sama ada Padang Jawa yang menjadi lokasi debat itu turut akan menjadi kawasan pembangunan mewah jika kerajaan PKR terus memerintah negeri ini.
Noh berkata, Kerajaan PKR Selangor juga lebih mementingkan projek mewah sehingga sanggup menggadaikan pendidikan anak Selangor yang sepatutnya menjadi tanggungjawab hakiki sebuah kerajaan.
"Lihat apa yang terjadi pada asrama Yayasan Selangor di Kampung Pandan yang telah dikosongkan untuk projek mewah sedangkan selama ini menjadi tempat tinggal anak Selangor dari luar bandar yang belajar di Victoria Institution (VI) dan Sekolah St. John," katanya.
Isu air di Selangor masuk ke dimensi baru apabila Kerajaan Negeri Selangor membulatkan tekad untuk membeli Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) melalui anak syarikatnya Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB). Pembelian syarikat itu bukanlah isu besar kerana ia hanya proses biasa yang cuba dilihat luar biasa oleh kerajaan negeri di bawah Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diketuai oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Urusniaga pembelian syarikat berlangsung setiap hari di Bursa Saham Kuala Lumpur melalui pembelian saham di papan utama dan lain-lain saham cip biru. Pendek kata jika anda pembeli yang berkehendak beli (willing buyer) sahaja saham syarikat yang ingin dibeli (willing seller), jika mereka tuan punya syarikat ingin menjual maka segala urusan dianggap selesai.
Namun bagi pembelian saham Syabas oleh kerajaan negeri Selangor ia melibatkan wang anak syarikat kerajaan negeri dan juga merupakan wang rakyat jelata bukannya wang eksklusif milik syarikat tersebut. Itu yang rakyat perlu sedar, terutama rakyat yang hingga artikel ini ditulis masih menjeruk rasa kerana tidak merasa satu sen rebat air 20 meter padu yang dijanjikan oleh pakatan pembangkang semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-12 tahun 2008.
Kelompok rakyat Selangor membuat tuntutan rebat air hanya sebanyak RM3.23 juta bagi 9,039 pengguna air domestik. Jika dibandingkan jumlah itu dengan peruntukan kerajaan negeri sebanyak RM9 bilion untuk membeli Syabas ia amat kecil. Persoalannya, mengapa pengguna air yang kebanyakannya rakyat Selangor itu tidak boleh bersuara di dalam pembelian syarikat tersebut sedangkan hak mereka terus dinafikan walaupun kes dibawa ke mahkamah.
Adakah membayar rebat air sebanyak 3 juta lebih di luar kemampuan kerajaan negeri Selangor yang arif pula mencari bajet membeli sebuah syarikat utiliti. Sepatutnya kerajaan negeri menyelesaikan masalah yang sedang dan bakal dihadapi rakyat tidak lama lagi iaitu bekalan air yang bakal susut. Kesan negatif kepada kekurangan air itu kelak, bukan setakat menyusahkan orang Islam untuk mandi di pagi jumaat malahan kekurangan air akan menyebabkan banyak kilang yang sedang dan bakal dibuka terpaksa menutup operasi mereka.
Cadangan pembelian air oleh kerajaan negeri dengan alasan mahu hak air dikembalikan kepada rakyat merupakan satu cadangan yang bersifat luar biasa dan tidak bersifat nasional. Justeru, Majlis Keselamatan Negara (MKN) perlu campur tangan segera agar pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dapat diteruskan mengikut jadual dan pembelian saham dikaji semula, kerana ia melibatkan soal keselamatan dan kesihatan rakyat negara ini.
Penguasaan total kerajaan negeri terhadap Syabas tidak dapat diterima kerana ia bukan sahaja melibatkan rakyat Selangor malahan rakyat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Sebab itu adalah satu justifikasi Kerajaan Persekutuan di bawah Barisan Nasional tidak merestui pembelian saham tersebut.
Kes di Semenanjung Gaza perlu menjadi contoh, apabila rejim zionis menguasai syarikat utiliti, mereka sanggup memotong bekalan elektrik sesuka hati hingga warga Palestin yang sedang dibedah di hospital meninggal dunia kerana tiada kuasa elektrik untuk meneruskan proses pembedahan.
Kita tidak mahu apabila sebuah kerajaan negeri menguasai bekalan tenaga seperti air mereka bebas mengawal bekalannya hingga menjadi senjata politik.
Pembelian Syabas perlu dibantah oleh pengguna di Putrajaya dan Kuala Lumpur kerana ia melibatkan keselamatan dan kesihatan mereka. Kepada pihak terlibat, selesai dulu masalah pokok iaitu air semakin kurang bukannya membeli syarikat yang bernilai tinggi dan melibatkan duit rakyat. Selesai dulu tuntutan rebat air oleh pengguna meter pukal baru cerita pasal pembelian berbilion ringgit!
Suara Politik Belantan
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Ramai yang tidak tahu bahawa di kala Phahrolrazi sedang mengasak Azizan dari kiri, kanan, atas dan bawah, Mahfudz Omar rupanya sedang berkempen secara halus untuk meletakkan dirinya di kerusi Menteri Besar Kedah. Mahfudz difahamkan 'berkongsi' dengan Phahrolrazi untuk menggerakkan 11 DUN di Kedah mendesak Azizan supaya berundur dan melepaskan jawatan Pesuruhjaya PAS negeri sekali gus.
Phahrolrazi bagaimanapun menafikan penglibatannya dan meminta agar mereka yang tidak berpuas hati menggunakan saluran yang betul. Mungkin beliau terlupa bahawa beliau juga yang memberikan contoh tauladan untuk menggunakan cara biadap dan tidak betul sebelum ini apabila mendesak Azizan berundur. Oleh itu, penafian Phahrolrazi tidak membawa apa-apa makna kerana permusuhan, dendam dan kebenciannya pada Azizan begitu terserlah. Pendek kata, siapa yang tidak tahu yang Phahrolrazi gila kuasa ingin merampas jawatan Azizan sehingga tak tertahan-tahan.
Kegilaan Phahrolrazi ini dilihat sebagai 'peluang' bagi Mahfudz untuk menampilkan diri sebagai calon terbaik. Rakyat pasti tidak suka melihat orang yang gila kuasa seperti Phahrolrazi dan rakyat juga sudah 'serik' dengan Azizan yang tidak tahu apa-apa.
Apa yang menariknya dalam krisis PAS Kedah ini ialah, desakan agar Azizan berundur oleh 11 DUN itu bukan kerana beliau gagal menangani pembalakan haram, bukan kerana beliau gagal membawa masuk pelaburan, bukan kerana beliau gagal mengawal pusat-pusat hiburan yang tumbuh bagai cendawan, bukan kerana gagal menangani masalah KUIN, bukan kerana projek-projek yang tidak masuk akal dan kerugian, bukan kerana anak-anak syarikat kerajaan lingkup dikerjakan kroni-kroni pegawai yang dilantiknya, bukan juga kerana beliau menyebabkan hutang Kedah meningkat sehingga 50% sejak mengambil-alih negeri.
Malah, PAS membela Azizan dalam semua isu-isu di atas sehinggakan sanggup melakukan perhimpunan besar-besaran di Pedu bagi menafikan kritikan serta menunjukkan sokongan terhadap pembalakan haram.
Semua masalah negeri dan rakyat ini bukanlah isu besar bagi PAS. Yang menjadi masalah bagi PAS dan menyebabkan mereka mendesaknya berundur ialah sikap Azizan yang 'mesra' UMNO/BN.
Azizan telah lama dipandang serong oleh puak-puak PAS di Kedah kerana menurut mereka, beliau lebih UMNO dari UMNO. Beliau dikritik kerana tidak memakai kopiah putih, tetapi songkok. Beliau juga tidak memakai jubah, tetapi berkot. Selain itu, semua orang Kedah tahu bahawa ahli keluarga beliau dan isteri beliau majoritinya adalah orang-orang UMNO, malah mempunyai pertalian darah dengan bekas Menteri Besar Kedah, Dato' Osman Aroff. Sebahagian besar pegawai-pegawai kerajaan Kedah sejak zaman UMNO lagi merupakan sanak saudara Azizan atau isterinya.
Pendekatan Azizan yang terbuka dengan UMNO, sehinggakan sanggup memakai baju IM4U yang membawa lambang 1Malaysia yang menjadi slogan kerajaan BN benar-benar menyakitkan hati PAS Kedah.
Akibatnya, beliau dikritik hebat oleh PAS dan disindir agar menyertai UMNO saja. Dari situlah penentangan terhadap Azizan semakin memuncak dan digunakan sepenuhnya oleh pihak yang menginginkan jawatannya untuk mengasak Azizan agar berundur.
Hakikatnya, kesebelas DUN PAS yang mendesak Azizan berundur itu langsung tidak pernah fikirkan mengenai keadaan negeri Kedah yang telah hancur. Yang mereka tahu ialah mereka inginkan Menteri Besar yang berimej PAS tulin, itu saja.
Dengan masalah negeri yang begitu kronik iaitu ketiadaan sumber pendapatan serta perbelanjaan dan kerugian yang terus meningkat dari hari ke sehari, sesiapa sahaja yang ingin merampas jawatan Azizan seharusnya mampu membentangkan jalan penyelesaian bagi semua permasalahan ini.
Setakat ini Phahrolrazi hanya tahu mengugut Pulau Pinang untuk membayar caj bekalan air mentah yang mana langsung tidak dilayan oleh negeri itu. Lebih dari itu, beliau sendiri tidak tahu apa yang perlu dilakukannya untuk menyelamatkan negeri Kedah.
Mahfudz pula, mengeja perkataan 'ekonomi' pun belum tentu lagi mampu. Justeru, apa yang nak diharapkan darinya untuk merancang ekonomi negeri. Setakat mengutuk BN ke hulu ke hilir bolehlah dia, sekadar untuk membuat orang tuanya bangga melihat anak mereka berjaya walaupun tidak lulus periksa.
Membayangkan Mahfudz yang mengganti Azizan, samalah saja seperti menyerahkan jawatan itu kepada kambing atau lembu. Di tangan Azizan, Kedah sudah pun hancur lebur. Jika diserahkan kepada Mahfudz, maka Kedah yang telah hancur itu akan dikunyah sehingga lunyai, dihadamkan dan akhirnya menjadi bahan buangan.
Justeru, kita tidak nampak masa depan negeri Kedah di bawah PAS, tak kira siapapun Menteri Besarnya. Antara Azizan, Phahrolrazi, Mahfudz dan Lembu, semuanya sama saja. Kiriman Email
Bismillahirrahmanirrahim. As salamu'alaikum shbt yg di muliakan Allah SWT. Selawat & salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Di doakan semuga kita semua di rahmati Allah SWT. Saya terpanggil utk memberi penjelasan krn maruah keluarga saya terjejas & utk mengelakkan salah faham & penjanaan dosa yg berterusan. Saya tak mampu nak jawab semua isu, cuma nak sebut mana yg termampu. Mempertahankan maruah diri & keluarga adalah jihad & jika mati dlm usha mempertahankan maruah diri & keluarga, insya Allah di kira mati syahid.
Pertamanya saya memohon ampun & maaf kpd semua pihak yg tersinggung dgn komen saya tersebut. Saya cuma seorg rakyat biasa & bkn bercakap sbg org politik. Saya langsung tidak bermaksud utk memalukan mana2 pihak. Amat malang sekali bila komen saya di politikkan hingga menyebabkan kemarahan berbagai pihak.
Rakaman temuramah tersebut di lakukan di PWTC selepas majlis Bantuan Amal Palestin. Saya telah di temuramah lebih 10 kali oleh berbagai stesyen TV, radio, akhbar, majalah & blogger. Suasana sekitar yg agak bising menyebabkan saya menguatkan suara saya utk menenggelamkan kebisingan di persekitaran. Ini menyebabkan suara saya di anggap kasar bila menjawab soalan2 yg di ajukan. Bila dah menjawab terlalu byk soalan, maka soalan drp blogger (penemuramah terakhir) saya jwb dlm kedaan yg tergesa gesa & mungkin tak berfikir dgn mendalam.
Bila bercakap tentang kezaliman, saya memberikan pandangan secara umum & membandingkan situasi di Malaysia dan situasi & penderitaan rakyat Palestin. Di Majlis Bantuan Amal palestin itu kita telah di terangkan melalui ucapan YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad, mengenai kezaliman Israel terhadap saudara seIslam kita di Palestin. Itu sebab saya katakan, berbanding penderitaan rakyat Palestin, kita di Malaysia amat bahagia & tidak di zalimi. Inilah konteks hujah saya ketika itu.
Sejak kecil saya telah di didik oleh ibubapa & guru2 saya utk sentiasa berbuat baik kpd org lain, membantu org lain setakat kemampuan & mendoaakan kebaikan org lain. Justeru, saya amat sedih bila org mendoakan kehancuran saudara seIslam sama ada di Malaysia atau di mana2 di dunia ini. Saya juga amat sedih jika tindakan kita itu di salah ertikan oleh org bukan Islam di Malaysia. Tindakan sedemikian juga boleh memberi ganbaran yg kurang positif kpd anak2 yg masih belum mampu berfikir dgn rasional spt org dewasa. Saya yakin masih byk cara yg lebih tertib & berhikmah yg boleh di gunakan.
Saya lihat diri saya sebagaai guru & pendakwah kerdil (walaupun saya bkn ustaz & jahil agama), dan akan berterusan mencari ilmu, berkongsi ilmu & membantu sesiapa saja yg perlukan bantuan nasihat & kaunseling. Inilah jihad kecil yg saya akan lakukan hingga akhir hayat saya.
Saya juga telah memberi teguran setakat kemampuan kepada berbagai pihak termasuk media di Malaysia melalui kursus yg saya kendalikan atau prog motivasi di media tempatan. Insya Allah teguran saya tidak tertumpu kpd pihak2 yg tertentu sahaja. Saya tak takut kpd sesiapapun di dunia ini, saya cuma takut kpd Allah SWT.
Di Mekah & Madinah tempohari saya telah berpesan kpd sahabat2 dari Malaysia utk tidak lupa mendoakan keselamatan Malaysia, agar semua org Islam di Malaysia bersatu & kita mati dalam husnul khatimah.
Satu penerangan yang cukup menarik, senang di faham lengkap dengan berberapa ayat quran sebagai rujukan, cara mudah nak patahkan helah orang kristian yang kini makin menggila nak guna kalimah Allah...
Ada sebab kenapa nur misuari nak sangat berjumpa anwar ibrahim, akibat rasa dendam yang teramat sangat kepada kerajaan malaysia, misuari sanggup menggigit tangan orang yang pernah suap nasi ke mulut dia dulu...
Ada secret deal antara anwar dan nur misuari, ini cerita lama, ini dendam lama, hanya anwar sahaja yang mampu menolong misuari membalas dendam ini...
Sifat sesumpah politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang membolehkan parti itu 'berubah warna' berdasarkan isu tertentu bagi kepentingannya sendiri, merupakan antara faktor penting PKR kekal dalam arena politik negara.
PKR sebenarnya kehilangan majoriti daripada anggota pengasasnya, antara yang paling berpengaruh ialah bekas Timbalan Presidennya Dr. Chandra Muzaffar pada Disember 2001 selepas dua tahun bertungkus lumus membangunkan PKR.
Selain itu bekas Ketua Angkatan Muda, Senator Mohd. Ezam Mohd. Noor; Senator Datuk S. Nalakaruppan; Anggota Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong; Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin; Anggota Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed; bekas Ketua Penerangan, Ruslan Kassim; dan bekas Setiausaha Sulit Penasihat PKR Anwar Ibrahim, Anuar Shaari, bertindak keluar PKR.
Sebab mereka hanya satu iaitu hilang kepercayaan terhadap pemimpin tertinggi parti. Lumrahnya parti itu bakal berkubur seperti mana parti lain yang mengalami nasib sama, namun sifat sesumpah PKR yang diwarisi daripada penasihatnya Anwar telah menyelamatkan parti itu.
Bagi penganalisis politik, Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan, sifat sesumpah politik PKR itu memainkan peranan dalam menyatukan PAS dan DAP di bawah satu bumbung, penyatuan yang menjadi sebab PKR kekal relevan dalam kumpulan pembangkang di negara ini.
"Dilihat peranan PKR dalam menyatukan PAS dan DAP dalam satu pakatan sedikit sebanyak kita lihat ada perangai 'chameleon' (sesumpah) dalam parti itu yang "kata lain pada sebelah ini kemudian sebelah sana kata lain". Kita sedia maklum PAS dan DAP ini tidak sebulu dalam banyak perkara.
"Perangai ini amat berbahaya kerana membuatkan rakyat percaya bahawa Anwar merupakan calon terbaik bagi merubah kerajaan sedangkan ramai tahu beliau merupakan 'chameleon' yang mempunyai masalah terutamanya daripada segi moral dan salah guna kuasa," katanya kepada Bernama.
Ini bukan kali pertama Anwar digelar sesumpah politik, malah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga pernah menggelar ketua pembangkang itu sedemikian kerana bersikap seperti sesumpah dalam isu Palestin dan kekejaman rejim Zionis Israel pada 2010.
Malah, beberapa hari lepas Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Idris Haron menggelar Anwar sedemikian kerana memperlekeh ilmu agama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.
Zainal Abidin berkata, walaupun penyatuan PKR, PAS dan DAP yang dipupuk atas sifat sesumpah itu amat rapuh dan mudah terkesan dengan isu yang dimainkan, namun matlamat sama yang cuba ditunjukkan melalui sifat itu mampu mempengaruhi rakyat menyokong pakatan itu.
Beliau yang juga bekas Pengarah Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya berkata, selain sifat sesumpah, doktrin kebencian kepada kerajaan yang disemai pemimpin PKR dalam penyokong parti serta pakatan itu merupakan antara sebab PKR masih meraih sokongan sehingga kini.
"Isu seperti (loji nadir bumi) Lynas yang kononnya membahayakan rakyat dan kerajaan tidak prihatin terhadap rakyat dimainkan begitu hebat sekali sehingga terbentuk kebencian itu. Masyarakat Cina contohnya disemai bahawa MCA telah gagal dan hanya DAP yang mampu membela nasib kaum itu," katanya.
Zainal Abidin berkata, media alternatif yang menjadi mainan PKR dan konco-konconya memainkan peranan penting dalam memastikan PKR terus mendapat sokongan malah bertindak mengubah logik dalam laporan media tersebut.
"Ini masalahnya bila media tiada sekatan, penipuan ini boleh diperlihatkan seolah-olah seperti kebenaran juga sebaliknya. Ini dilakukan demi mendapat kepercayaan rakyat serta menyemai doktrin kebencian kepada kerajaan," katanya.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mempunyai pandangan sama merujuk klip video yang menunjukkan Najib menyoal khalayak di Pulau Pinang baru-baru ini sama ada mereka bersedia untuk Barisan Nasional (BN), yang seolah-olah dijawab dengan perkataan "Tidak".
Mengulas mengenai tindakan pengasas PKR yang keluar parti, Zainal Abidin berkata, sukar untuk mengetahui sebab spesifiknya, namun majoritinya 'menyanyikan lagu yang sama' iaitu hilang keyakinan terhadap pemimpin tertinggi PKR.
"Dulu parti ini menjadi wadah untuk membebaskan Anwar dan kononnya membersihkan kerajaan, namun atas pelbagai faktor dalaman yang barangkali melibatkan ganjaran dan cantas mencantas, mimpi mereka ketika menyertai parti itu terkubur.
"Saya berpandangan ada mereka ini tidak disukai kepimpinan PKR kerana lantang bersuara menyatakan apa yang salah, maka tiada cara lain bagi mereka kecuali keluar. Namun saya lebih gemar melihat 'aftermath' kepada tragedi itu," katanya.
Anggota Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang bertindak keluar PKR pada Januari 2011 dipetik berkata: "Sekarang saya 'bebas', bila saya 'bebas' setiap hari saya tak payah turun untuk berceramah, saya tidak perlu bawa fitnah,".
Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Datuk Keramat, Lim Boo Chang mengumumkan melepaskan semua jawatan dalam PKR dan kembali kepada Gerakan pada Disember 2011, asalnya tertarik dengan agenda reformasi dibawa PKR tetapi selepas tiga tahun berada dalam parti itu, beliau hilang keyakinan berikutan kegagalan parti itu memenuhi janji.
Bukan setakat itu, pada April tahun lepas kebanyakan daripada bekas pengasas PKR itu telah menubuhkan gerakan diberi nama Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai) bagi mendedahkan kepada rakyat siapa sebenarnya Anwar serta menangkis segala fitnah yang dilemparkan pemimpin pembangkang itu terhadap kerajaan.
Wasabi Oyabun..
You are subscribed to email updates from Oyabun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Seorang ahli politik pembangkang berprofil tinggi adalah HIV positif! Hanya orang kaya mampu membeli 3 dalam 1 koktel dadah untuk menahan penularan HIV dan AIDS! Dia dijangkiti dengan HIV positif sejak 14 tahun yang lalu! Adalah dinasihati bagi setiap lelaki dan wanita yang pernah berjabat salam dengan pemimpin pembangkang ini supaya mengadakan pemeriksaan kesihatan. Saya akan cuba tidak untuk menyebut nama ahli pembangkang ini tetapi HIV positif ahli politik pembangkang politik ini terpaksa bertahan dengan mengambil satu koktel HIV sangat mahal 3-dalam-1 salmon pil berwarna dipanggil Atripla pada kos yang USD $ 1,150.00 (kira-kira RM3588 sebulan) selama 30 hari bekalan. Hanya orang kaya mampu untuk mempunyai kemewahan membeli dan membayar amaun itu untuk bekalan setiap bulan. Ahli politik ini juga enggan memberikan sampel darahnya untuk siasatan polis yang mendakwa kerajaan akan mencemarkan jarum dengan virus AIDS yang akan menjangkiti darahnya. Ironinya bahawa sebab sebenar beliau menolak adalah untuk menyembunyikan hakikat bahawa darah beliau sudah tercemar dan dijangkiti HIV positif. Sumber memberitahu saya dia mendapat bekalan melalui FedEx dari Amerika Syarikat dan dihantar ke rumah. Sejak sekian lama saya tidak mahu kongsi cerita ini, kerana dendam dan kemarahan orang ini, dia boleh meruntuhkan negara ini dengan begitu sadis. Amat malang dia menyalahkan semua orang walhal apa yang dialaminya sekarang adalah hasil perbuatannya sendiri. Saya berharap mereka yang menyembah membuta tuli manusia ini berfikir semula menjelang PRU13. Barangkali Majlis Syura PAS yang bermesyuarat minggu lalu sudah mengetahui cerita ini, sebab itulah mereka menolak manusia ini menjadi Perdana Menteri Malaysia. Baca lanjut artikel Inggeris di sini http://barkingmagpie.blogspot.com/2013/02/rumour-has-it-certain-high-profile.html
Gamat PERHIMPUNAN BARISAN 1 MALAYSIA di Kolej Perubatan Bersekutu di Ulu Kinta dengan ucapan Dato Ahmad Maslan dalam siri Ceramahnya semasa HB1M! Bila ditanya dan diceritakan bagaimana penghinaan Tuan Guru Nik Aziz menghina semua penerima BR1M sebagai binatang, semuanya ditabur makan macam Lembu dan Ayam yang datang makan
Tang mana yang sakit benor hatinya tak tau ler teman, kenapa tak tanya dan persoalkan kepada Orang PAS dan pakatan rakyat sendiri yang ambik jugak BRIM tu apa pulak, kalau tak lembu dan ayam apa pulak, tak kan anjing dan kinzir makan nasik pulak
Jangan sembang ler pulak kalau kata orang bagi kita ambik, hahaha... Memang tak kasi macam tu jer, kena Isi borang dulu beb, kena hantar borang dan tunggu surat tanda lulus atau tidak, jadi kalau yang mengata tu paling hampeh apa lagi cai dia yang jugak binatang? Lagi teruk dari ayam dan lembu...
Prof Siva jugak nampaknya punyai peminat, tekun peserta duduk dibangku mengikuti ceramah beliau, beliau yang petah berbahasa Melayu dengan baik meyentuh keamanan sedia ada apakah mahu diperjudikan
Menteri Besar Perak Dato' Seri Diraja Dr Zambry bin Abdu Kadir akhirnya mendapat tepukan yang begitu gemuruh dan setiap kai dilaungkan 1 maka bergemalah sahutan Malaysia, 1Barisan Nsional mengegarkan Dewan Seri Perdana yang dipenuhi oleh rakyat negeri Perak dari serata pelusuk daerah.
Untuk semua yang terlibat teman nak ucapkan Tahniah.. KOMER MEMANG HEBAT YOP!
You are subscribed to email updates from SEKUPANGDUA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
(Reuters) - Malaysian security forces have surrounded about 100 armed men believed to be from a breakaway rebel faction in the southern Philippines, Malaysian police and a government official said on Thursday, but a Philippine official said they were unarmed Filipinos who had been promised land.
The standoff in Malaysia's eastern Sabah state on Borneo island threatened to stir tension between the Southeast Asian neighbors whose ties have been periodically frayed by security and migration problems caused by a porous sea border.
"Our firepower is more than enough to arrest them but the government has chosen to negotiate with them so they leave peacefully to return to the south of the Philippines," Malaysian Prime Minister Najib Razak, on a visit to Sabah ahead of national elections, was quoted as saying by state-run Bernama news agency.
Malaysian police said in a statement the situation was under control, but did not say whether the men had agreed with a request to surrender.
A high-ranking Malaysian government source with direct knowledge of the situation told Reuters the gunmen were suspected to be from a faction unhappy with the Philippines' recent peace deal with the main Muslim rebel group.
Raul Hernandez, a spokesman for the Philippine Foreign Ministry, said his government was trying to get information about the incident and was in touch with Malaysian officials.
A senior Philippine military official said navy boats and an aircraft had been sent to the border area. He dismissed the Malaysian account of the group, saying they were unarmed Filipinos who had been promised land in Sabah.
He said a meeting over the land claim had attracted a large crowd and drawn the attention of Malaysian authorities.
"We know that these people arrived there five days ago and most of them are from nearby islands," said the official, who asked not to be identified.
"Some of them were already residents in Sabah for a long time and they normally cross the border without any problem."
Another Philippine military officer said the men were followers of the heirs of the Sultan of Sulu - an island group off the southern Philippines - who had been invited to Sabah by a Malaysian opposition politician to discuss land issues.
Malaysia pays a token amount to the Sultanate each year for the "rental" of Sabah state - an arrangement that stretches back to British colonial times.
The number of illegal Muslim immigrants from the impoverished southern Philippines has surged in recent decades, stirring social tension with indigenous Christian inhabitants in Sabah.
The Philippine government signed a landmark peace deal with Muslim rebels late last year to end a 40-year conflict in the south, but some factions have voiced opposition.
In 2000, a group of militants from the southern Philippines kidnapped 21 tourists from the Sabah diving resort of Sipadan. In 1985, 11 people were killed when gunmen believed to be from the southern Philippines entered Lahad Datu in Sabah, shooting at random before robbing a bank.
(Reporting By Siva Sithraputhran and Niluksi Koswanage in Kuala Lumpur; Manuel Mogato in Manila; Editing by Stuart Grudgings and Nick Macfie)
KUALA LUMPUR: The Economist Intelligence Unit (EIU), part of respected London-based magazine The Economist, predicts that Barisan Nasional will win the 13th general election based on its successful track record,Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak's reform agenda and his successful economic leadership.
For international observers, the outcome of the upcoming polls is already clear, that Barisan will be victorious, the EIU said.
It also said the opposition Pakatan Rakyat has been making "costly promises" to gain power, and these were a big stumbling block.
On all these counts, Pakatan Rakyat comes a distant second, prompting the EIU to predict Barisan to be be the winner.
The EIU, a think-tank which offers regular country, industry and risk analysis, said "it is clearly not feasible" for Pakatan to implement all of its campaign promises.
For example, providing free secondary education would cost the Government RM43bil while abolishing car duties would cut tax revenue by RM4.6bil a year, it said.
The EIU pointed out that Pakatan had broken many of its earlier promises, including financial assistance for pre-school education, for university students, senior citizens and the disabled; free healthcare for those over 65; lower property taxes; and assistance for home buyers.
In Selangor, for example, Barisan claimed that Pakatan had implemented only 15% of its 31 election pledges, worth RM2.4bil, made in its 2008 general election manifesto.
"Selangor Mentri Besar (Tan Sri Abdul) Khalid Ibrahim commented that a manifesto is not a promise but conceded that voters may think otherwise," the EIU noted.
"The stakes are high for both ... the bidding war is likely to continue as both sides make preparations for what is being billed as one of the hardest-fought elections in Malaysia's history," the report said.
"Both will need to appeal to young, first-time voters, given that nearly three million people in this crucial voting block have been added to the electoral register since the last election," it added.
The EIU claimed the "bulk of this group" was undecided about which party to vote for and could swing the outcome of the election.
Najib needs to win big in order to secure the future of his reform agenda, while on the other hand, Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahimwants to be the first to break Barisan's stranglehold on power.
A key reason for the ruling coalition's strong morale is the "gravity defying" growth of 5.2% that the country is enjoying under Najib's leadership, along with a jump in domestic and foreign investments.
And to top it all, per capita income hit US$9,700 from US$7,500 in 2010.
The EIU agrees with the upward trajectory: "Following an estimated expansion of 5.2% in 2012, we expect GDP to grow at the same rate during the 2013-17 forecast period."
Growth figures announced Wednesday by the Statistics Department showed that the economy accelerated to 6.4% growth in the last quarter of 2012 and supporting the full year growth to expand by 5.6% from 5.1% a year earlier.
Against such a backdrop, the EIU said: "No wonder the writing is on the wall for Pakatan as it tries to cobble together some opposition unity between its squabbling leaders before the polls." - Bernama
20 Februari 2013, selepas pulang dari umrah, Nik Aziz kata penerima BR1M umpama ayam dan lembu. 2 hari selepas itu, Presiden PAS pula menghina lagi penerima BR1M. Apa sudah jadi dengan orang orang PAS ini? Patutlah DAP hendak bertanding 150 kerusi, rupanya PAS sudah jadi liabiliti pada DAP dan PKR sendiri.
Presiden PAS, Hadi Awang pada satu majlis sambutan Tahun Baru Cina di Kedah pada 22 Februari 2013, menyifatkan penerima BR1M sebagai bodoh.
Katanya bantuan tunai oleh kerajaan itu tidak mendatangkan sebarang manfaat kepada rakyat namun hanya gula-gula pilihan raya.
"Bantuan tunai itu adalah idea yang bodoh dan rakyat yang menerimanya sama bodoh," katanya. PAS kata haram, penerima BR1M seperti ayam dan lembu dan cakap penerima BR1m bodoh tetapi bila ada ahli PAS yang ambil BR1M, PAS sanggup kutip duit BR1M semula. Gambar bawah ini menjadi bukti.
Malah petang tadi jam 6.10 petang, Malaysiakini sendiri yang melaporkan Nik Aziz mempertahankan kenyataannya bahawa bantuan BR1M seolah memberi makan kepada haiwan (ayam dan lembu).
Video ini bukti Nik Aziz kata penerima BR1M umpama ayam dan lembu. Mengapa ambil contoh yang sebegini. Dulu pun Nik Aziz pernah buat kenyataan yang sama bila samakan perokok seperti lembu. Kali ini penerima BR1M pula menjadi sasaran Nik Aziz. Peliknya, orang orang PAS masih lagi pertahankan Nik Aziz biarpun dia cakap benda yang salah. Ini namanya taksub politik.
Krisis yang kompleks memerlukan seorang pengurus krisis yang berkesan. Hanya crisis manager yang baik saja yang layak untuk diberi kepercayaan oleh rakyat untuk memimpin negara ini.
Kejayaan Tun Mahathir memimpin negara keluar dari pelbagai krisis politik dan ekonomi sepanjang pentadbirannya membuktikan betapa beliau adalah seorang pengurus krisis yang berkesan.
Krisis politik dan ekonomi yang meruncing pada tahun 1969 telah hampir meranapkan kestabilan dan keamanan negara dan rakyat. Tun Razak muncul tepat pada ketikanya dan seterusnya terbukti segala krisis yang meruncing telah berjaya diurus dengan berkesan.
Tunku Abd Rahman bukan saja berjaya membawa kemerdekaan kepada negara, malah paling menakjubkan, beliau berupaya merekacipta formula penyelesaian krisis yang "unprecedented", iaitu membina rupabentuk negara baru yang mana di dalamnya terbina sebuah kehidupan masyarakat yang cukup kompleks, di mana pelbagai kaum, kepercayaan dan budaya telah dapat hidup bersama dalam situasi menang-menang.
Masing-masing memahami dan menerima kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jurang kepelbagaian yang begitu besar dan kompleks yang wujud di antara "rakyat baru dan asing" dengan "rakyat asal" yang mendiami negara telah berjaya "diserasikan" dalam situasi saling menghormati dan mengakui hak masing-masing.
Kunci kejayaan para pemimpin ini memimpin negara adalah keupayaan mereka berfikir dan bertindak "secara nasional" dengan membebaskan diri mereka dari ikatan sentimen latarbelakang kaum dan agama yang dianutinya.
Mereka memandang dari sudut kepentingan negara serta keperluan seluruh rakyat yang diwakilinya.
Mereka sudah pasti gagal jika dahulunya mereka berbuat sesuatu berasaskan sentimen kaum dan agama. Pergaduhan agama dan etnik seperti yang berlaku di India dan ceylon pasti berlaku di negara ini.
Itulah rahsia dan kunci yang wajib dimiliki kepada kerajaan dan pemimpin walau siapa pun yang memerintah negara ini.
Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak jelas lebih terserlah sifat nasional pada dirinya berbanding mana-mana pesaingnya hari ini.
Dari segi "kesabaran" beliau bukan saja jauh nengatasi Anwar, malah turut mengatasi kesabaran yang ada pada ulamak politik dalam PAS. Seribu macam provokasi, fitnah dan dusta yang dilemparkan terhadapnya, tapi beliau tetap cekal dan sabar. Melatah jauh sekali.
Dari segi "tindakan-tindakan rasional" yang diterjemahkan dalam pentadbiran maupun pendekatan, tiada siapa kalangan pemimpin pembangkang yang layak untuk dibandingkan dengan beliau. Transformasi kerajaan yang digagaskannya semakin diterima rakyat.
Dari segi keupayaan merundingkan penyelesaian sesuatu masalah atau krisis, PM Najib sudah mempunyai track record tersendiri, dengan kejayaan merundingkan pelan damai Bangsamoro yang telah tertunggak lebih 30 tahun.
Jika usaha damai palestin yang sedang diusahakannya berjaya membuahkan hasil, maka akan terbuktilah betaps PM Najib bakal meninggalkan legasi tersendiri sebagai pemimpin Mlaysia yang bertaraf dunia setanding, malah mungkin melebihi dari kejayaan yang telah dirintis oleh Tun Mahathir.
Dari segi pengurusan krisis, samada peringkat dalaman UMNO atau BN mahupun masalah dalam kerajaan, terbukti PM Najib seorang yang "sangat berhati-hati dan realistik" dalam setiap langkah dan tindakan yang diambil.
PM Najib tidak seperti PM2 sebelumnya yang kadangkala membuat kritikan secara terbuka terhadp ahli atau pemimpin parti mahupun kerajaan.
PM Najib lebih cenderung mengamalkan pendekatan menarik rambut dalam tepung. Beliau tidak suka mengaibkan sesiapa walaupun beliau tidak henti-henti diaibkan dengan pelbagai rekayasa fitnah dan dusta pihak lawan. Beliau tidak membalas api dengan api. Beliau tidak membalas fitnah yang dihadapinya dengan fitnah. Beliau juga tidak membalas racun dengan racun.
Sikap jiwa besar beliau inilah yang menyebabkan sesiapa saja yang memusuhinya mati akal dan semakin hilang pertimbangan. Lihatlah bagaimana tertekannya Anwar. Kesilapan demi kesilapan semakin kerap dilakukan oleh Anwar.
Satu demi satu pembohongan, fitnah dan dusta yang cuba dipalitkan kepada PM Najib sedang berbalik dan memakan dirinya sendiri.
Musibah yang lebih mengaibkan telah berbalik dan berlaku kepada bukan saja beliau, malah telah berlaku aib sehingga dalam rumah dan ahli keluarganya sendiri, sejak beliau memulakan operasi fitnah dan dusta terhadap DS Najib sejak Najib menjadi TPM lagi. Tujuannya adalah bagi menafikan DS Najib dari menaiki takhta PM selepas Pak Lah.
Memang benar janji Allah yang melarang keras hambanya mengaibkan saudara seagamanya yang lain. Jika dilakukan juga, maka pihak yang mengaibkan akan mendapat aib yang lebih besar hingga akan dimalukan di dalam rumahnya sendiri.
Perlu diingat, aib yang diterima Anwar melalui musibah "perlakuan liwat" bukan berpunca dari aib dan fitnah yang direka oleh pimpinan UMNO. Ia berpunca dari perbuatannya sendiri yang terlebih awal telah menjalankan operasi aib dan fitnah yang telah direkaciptanya terhadap DS Najib dan isteri sewaktu Najih berjawatan TPM lagi.
Anwar tidak pernah mahu belajar dari kesilapannya. "Operasi aib" menerusi media yang dilakukan terhadap Rahim Tambi Chik pada tahun 1994 adalah punca dan sebab musabab yang telah menyebabkan Anwar menerima aib yang lebih besar pada tahun 1998,
Inilah namanya keadilan dan kebenaran janji-janji Allah. Mahathir, Najib, polis, mahkamah atau siapa saja yang bernama makhluk hanyalah "machine" yang Allah gunakan ketika itu sebagai jalan untuk membalas hukuman karma terhadap Anwar yang terlalu suka menjatuhkan lawannya melalui senjata "aib dan fitnah".
Allah telah berjanji, "perbuatan mengaibkan orang lain" akan dibalas dengan "aib yang lebih besar" kepada si pelaku secara tunai di dunia dan sebelum mereka mati.
Jika DS Najib berada di pihak yang benar dan telah terfitnah, maka tiada apa yang boleh mendatangkan musibah kepada beliau. Ini janji Allah.
Tun Mahathir sudah menikmati janji Allah. Beliaulah yang telah menjadi mangsa fitnah sebenar dalam peristiwa hodoh yang dilakukan oleh Anwar pada tahun 1998. Muka Anwar semakin hodoh, sebaliknya muka Mahathir semakin berseri.
Buatlah analisa dari sudut mana pun, PR tidak layak sama sekali untuk diberi amanah mengurus negara ini.
Halangan terbesar PR untuk mengambil-alih negara bukan datang dari BN, tetapi disebabkan oleh kalangan mereka sama sendiri. Kapal PR yang sedang belayar, mengalami kebocoran terok. Dibocorkan oleh rakan-rakan komponen mereka sendiri.
PAS membocorkan lubang lapisan yang didiami DAP. DAP pula mengorek lubang lapisan yang didiami PAS. Team penyelenggara kapal, PKR pula bertungkus lumus membaiki kebocoran yang dilakukan oleh DAP dan PAS.
Tapi penyelenggaraan yang dibuat oleh team PKR pulak macam tikus membaiki labu. Kebocoran semakin membesar dan air laut semakin "mencughat" masuk membolosi lubang yang diperbaiki.
Masing-masing sudah "pecah lubang" sama sendiri. Masing-masing sudah saling hilang percaya antara satu sama lain. Masing-masing sudah salah-menyalah sama sendiri dan masing-masing sudah saling mengkritik secara terbuka.
Inilah akibat dari percubaan "air untuk berkawan dengan minyak". Mereka sangka api tak mungkin membakar minyak yang sudah bercampur dengan air.
Kini, kapal yang membawa kontena pakatan air dan minyak ini sudah mula terbakar sedikit-demi sedikit ditengah lautan.
Kapten(B) Anwar yang pernah menjadi Timbalan Kapten parti kapal layar, yang seolah-olah sudah kehilangan petunjuk dan pedoman tuhan pemilik laut, semakin kehilangan punca.
Dia menjangka untuk berlabuh di Port Putrajaya, tapi tangannya sedang memutar latitude pelayaran ke laut dalam yang bakal menenggelamkan terus kapal yang sedang bocor.
Dia menyangka dengan menawarkan zikir Kalimah Allah kepada DAP akan melicinkan lagi perjalanannya ke Putrajaya.
Dia menyangka semua kelasi dan anak kapal PAS akan mengikut apa saja dan ke mana saja haluan dan kehendaknya.
Akhirnya dua-dua pihak yang bertelagah ini yang tidak percaya lagi kepada Kapten Anwar.
Kedua-duanya mahu mencari kapten baru mengikut cara dan strategi masing-masing tapi matlamatnya sama iaitu tidak mahu Kapten Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.
Seolah-olah seperti sudah wujud kesepakatan dan konvensyen bersama di antara DAP, PAS dan BN untuk menamatkan terus riwayat Anwar dari persada politik negara. Cuma cara dan kaedahnya saja yang masing-masing berbeza.
Hakikatnya, tiada siapa yang percaya kepada Anwar. BN memang sudah lama bertindak mencampakkan Anwar keluar.
Di atas kepentingan dan situasi politik, PAS dan DAP telah menyambar peluang keemasan untuk menumpang menafaat dari fenomena Anwarinas yang berlaku ketika pemecatannya.
Pada hakikatnya PAS dan DAPlah yang paling awal "pecah lubang" Anwar sering masuk salah lubang.
Persefahaman yang wujud di antara DAP-PKR-PAS hanyalah umpama persefahaman "di antara banduan yang mahu lari dari penjara". Kerjasama yang matlamatnya hanya mahu lepas dari penjara.
Selepas keluar penjara mereka tidak mungkin akan terus bersama kerana masing-masing akan membawa haluan masing-masing. Malah jika mereka terus bersama akan lebih membahayakan lagi kedudukan mereka.
Komponen pakatan ini, sebagaimana banduan yang lepas lari, pasti akan mendahulukan agenda dan survival diri mereka. Hakikatnya, kerjasama pakatan akan tamat dengan sendiri sebaik saja dan jika menang PRU13.
Rasional kenapa ia bakal tamat dengan sendiri sangat jelas kelihatan.
Hingga kini mereka tidak pernah berterus terang dan gagal membentuk kabinet bayangan.
Sekarang sudah pecah lubang, PAS tidak bersedia untuk berperdana menterikan Anwar Ibrahim.
Tindakan DAP yang berulang kali menyatakan sokongannya kepada Anwar untuk menjadi Perdana Menteri hanyalah strategi untuk supaya pengundi bukan melayu akan mengundi PKR, jika kawasan itu ditandingi PKR. Kita semua maklum PKR akan bertanding dikawasan pengundi bercampur. Ia tidak lebih dari agenda untuk mengalahkan BN semata-mata dan bukan agenda untuk memimpin negara dan rakyat.
Nama Tengku Razaleigh Hamzah yang secara tiba-tiba dipalitkan sebagai bakal PM alternatif pihak pakatan bagi menggantikan Anwar adalah bukti jelas betapa Anwar secara senyap sudah ditolak secara total oleh PAS dan DAP. Walaupun DAP tidak menyatakan secara terbuka, tetapi dari segi "kebolehpercayaan", DAP lebih yakin dengan Ku Li daripada Anwar.
Sokongan terbuka yang diberikan oleh DAP terhadap Anwar hari ini hanyalah bertujuan untuk mengikat kaki dan tangan Anwar. Jika sampai ketikanya nanti Anwar yang sudah terikat kaki dan tangan akan dicampak ke laut.
Mungkin perkara ini sudah dibincang dan dirancang sewaktu Karpal Singh mengadakan majlis sambutan Maulidul Mursyidul Am Pas tempohari.
Emma Ma'embong, kemunculannya penuh kontroversi kerana dikatakan pernah menjalani kehidupan yang agak 'bebas' sebelum menjadi seorang artis.
Sering berparti dan berhibur, namun itu semua sudah berlalu semenjak menjejak diri dalam bidang lakonan...katanyalah...
Gambar dibawah menyaksikan kemesraan Emma Ma'embong bersama seorang lelaki.
Pelukan mesranya melihatkan kasih sayang yang pastinya tak tumpah seperti ditatang.
Siapa lelaki ini?
Beliau adalah Ismail Embong, yang juga bapa kepada Emma Ma'embong. Ismail merupakan seorang arits/pelkukis yang prolifik dan menjadi pakar rujukan seni negara.
Melalui karyanya yang terkenal Sulalatus Salatin: Empayar Kesultanan Melayu Melaka, anaknya, Emma turut berbakat besar dalam bidang ini, walaupun membabitkan diri dalam lakonan!
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan kenyataan berkenaan pemberian wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), yang dikategorikan sebagai memberi makanan kepada haiwan, tidak sebagaimana Pas yang memberi ilmu kepada rakyat.
Beliau berkata, Pas lebih gemar menggunakan pendekatan ilmu dalam mengajak orang ramai berkumpul, sebaliknya Umno didakwa menggunakan pendekatan mengagihkan wang untuk menarik perhatian rakyat.
"Macam saya kata, kalau kita nak panggil ayam, panggil itik, 'Hei itik, mari aku nak bagi ceramah agama… mana itik nak mari (datang). Tapi kena beri hampas kelapa, beri padi..ia akan datang. Bagi benda..'Hei lembu kerbau, aku nak bagi ceramah.. ia tidak akan datang, tetapi bila bagi rumput atau hampas, bagi nasi… ia akan datang.
"Kalau kita nak panggil orang bagi benda tetapi tidak beri ilmu, ertinya kita letak orang sama taraf dengan haiwan," katanya kepada media selepas Majlis Perhimpunan Guru-guru guru Yayasan Islam Kelantan (Yik) di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) Pengkalan Chepa di sini, hari ini.
Beliau berkata, sejak Pas memerintah Kelantan 1990, pihaknya tidak pernah memberikan wang memandangkan memang Kerajaan Negeri tiada wang, sebaliknya Pas meniru kepimpinan zaman Nabi Muhammad SAW semasa rakyat Makkah menolak Baginda yang kemudian lari ke Madinah.
"Nabi Muhammad SAW beri apa kepada orang Madinah? Berapa banyak duit diberi kepada orang Madinah?... Tetapi orang Madinah terima Nabi sebagai ketua negara. Nak panggil presiden ke panglima perang ke kepada Nabi… tetapi Baginda diterima rakyat. Yang diberi hanyalah ilmu.
"Umno sekarang guna duit pula, BR1M1, BR1M2… Umno silap di sini, silap tidak bagi ilmu wayhu. Mana ada ilmu wahyu dalam kebangsaan. Insya-ALLAH rakyat Kelantan juga Malaysia akan berubah fikiran kerana kita sudah bagi ilmu pengetahuan.
Islam bawa benda halal. Hak halal kita kata halal, hak haram kita kata haram," katanya.
Beliau turut menyatakan, wang BR1M masih hak rakyat, hak kerajaan dan ia bukan wang dari Umno dan sepatutnya sebagai ketua kerajaan Kelantan, beliau turut diberikan BR1M, kemudian beliau agih kepada rakyat.
"Saya kata, orang bagi duit... terima… tetapi bila mengundi… pangkah Pas, pangkah Pakatan (Pakatan Rakyat). Beri kain… pakai, beri gula… kacau, beri lembu… ambil, tetapi bila bagi kertas undi… pangkah Pas," katanya.
JERANTUT: Seramai 100 ahli PAS dari beberapa buah cawangan sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri Tahan di sini bertindak keluar parti itu semalam.
Jurucakap kumpulan itu, Mohamad Rosdi Hussin berkata mereka mengambil tindakan sedemikian setelah mendapati perjuangan PAS kini jauh tersasar daripada perjuangan asal selain pemimpinnya gagal menunaikan janji sebagaimana yang dibuat ketika mereka dipelawa menyertai parti itu.
"Tindakan kami keluar PAS bukan atas desakan sesiapa, tetapi atas kesedaran sendiri dan memikirkan bahawa PAS tidak memberi apa-apa pembelaan kepada kami," katanya.
Menurutnya ada lagi di kalangan ahli PAS dijangka bertindak keluar daripada parti itu dalam masa terdekat.
Mohamad Rosdi berkata kesemua mereka bagaimanapun tidak akan menyertai parti politik lain sebaliknya menjadi ahli Kelab Warisan Anak Tembeling (Kawat), sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang memperjuangkan kebajikan penduduk terutama di Hulu Tembeling.
KUALA LUMPUR: PKR hari ini digesa meminta maaf kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh ekoran menggelarkan pemimpin nombor satu parti itu dengan gelaran 'bodoh'.
Bekas ahli DAP Cawangan Pantai Sepang Putra, R.Vellasamy berkata tindakan Ketua PKR Cawangan Bukit Bintang Morzoiri Jantan menggelarkan Karpal sebagai bodoh adalah tidak wajar memandangkan DAP telah banyak berjasa kepada PKR selepas pilihan raya umum 2008.
"Saya mahu tanya baik-baik, apakah pemimpin atasan DAP buat? contohnya Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng...
"Ketua DAP Selangor, Teresa Kok apa yang dia buat? Exco Ronnie Liew dan ADUN YB Janice Lee, mereka semua duduk atas tetapi kenapa mereka tidak mahu tanya soalan dengan PKR?," katanya.
Justeru katanya tidak wajar pemimpin DAP yang lain terus membisu bersabit gelaran tersebut demi menjaga nama baik masing-masing.
Vellasamy sebaliknya berkata pemimpin atasan DAP harus mengambil sikap proaktif daripada membiarkan perkara ini terus berleluasa menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 (PRu13) nanti.
"Mereka ini tidak mahu ambil tahu, mereka (Teresa Kok, Ronnie Liew, Lim Guan Eng) duduk di atas sepatutnya tanya soalanlah kepada (PKR) kenapa gelarkan Karpal bodoh?
"Panggil itu tiga orang PKR buat mesyuarat dan kasi selesai itu masalah," katanya.
Malah katanya tindakan Guan Eng sebagai Setiausaha Agung DAP yang terus membisu bukan sahaja dalam isu ini turut dipersoalkan oleh ahli dan bekas DAP.
Katanya sikap Guan Eng sebenarnya boleh dilihat melalui isu pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP tahun lalu yang terus menyerlahkan sikap tidak bertanggungjawab pemimpin DAP Pulau Pinang itu.
"Dalam parti (DAP) pun banyak isu, dia Guan Eng tidak ambil tindakan dan buat tidak tahu saja.
"Kita hantar memorandum dan aduan banyak kali, dorang buat tak tahu saja, itu pasal ahli-ahli parti terus buat sidang media, bila ahli buat sidang media, mereka (pimpinan atasan DAP) sakit hati dengan kami," katanya.
"Contohnya satu isu ya, pilihanraya dalam CEC DAP bulan November lalu, banyak cawangan pun tidak dapat hadir, 700 orang tidak dapat undi.
"Kenapa (pemimpin DAP) tidak mahu buat betul-betul CEC DAP itu? Jadi mereka ini pandai punya orang," katanya tegas mempersoalkan ketelusan CEC DAP yang disalahgunakuasa.
Beliau turut memaklumkan setakat ini, seramai 50 orang ahli DAP di cawanngannya telah keluar parti bulan lepas sebagai protes kepada ketidakbertanggugjawaban pemimpin atasan DAP yang sambil lewa dalam menangani masalah membabitkan parti itu.
SHAH ALAM: Rakyat perlu menolak pakatan pembangkang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti jika mereka mahukan akidah serta akhlak umat Islam di negara ini terutama generasi muda terus terpelihara daripada gerakan pluralisme yang cuma disemai pemimpin pakatan itu.
Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin berkata ini kerana PRU13 merupakan medan penentu soal mempertahankan akidah umat Islam yang berhadapan ancaman pluralisme yang menganjur pendapat bahawa semua agama adalah sama.
"Pendapat inilah yang cuba disemaikan oleh pemimpin pakatan pembangkang terutamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang masih berpendirian bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh orang bukan Islam,," katanya dalam ceramah memperkasakan akidah anjuran Sekretariat Jom Tolak Pakatan di Seksyen 9 di sini, malam tadi.
Zulkifli berkata sungguhpun Majlis Syura Ulama PAS mengeluarkan ketetapan bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam namun ketetapan ini diperlekehkan oleh pemimpin pakatan pembangkang yang lain terutamanya Pengerusi DAP Karpal Singh.
Mengenai kerajaan negeri Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat, Zulkifli berkata sudah cukuplah rakyat negeri itu diperdaya oleh pakatan pembangkang dengan janji-janji manis semasa PRU12 yang masih ada yang tidak tertunai sampai kini, sehinggakan ada yang menuntutnya di mahkamah.
Sebagai contoh, katanya mereka menguar-uarkan memberi pendidikan tinggi percuma, tetapi mengapa Selangor negeri yang terkaya di Malaysia tidak memberikan pendidikan percuma kepada penuntut institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri seperti Universiti Selangor dan Kolej Universiti Islam Selangor.
Beliau juga mempersoalkan tindakan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mencanang akan membuburkan Dewan Undangan Negeri (DUN)selepas Chap Goh Mei tetapi tidak berbuat demikian sehingga sekarang.
Zulkifli yang juga seorang peguam berkata yang sebenarnya kuasa membubarkan DUN terletak di tangan Sultan Selangor.
Katanya di bawah Perkara 55(2) (b) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor, Sultan boleh menggunakan budi-bicaranya untuk menangguhkan perkenan permintaan daripada Menteri Besar dan Exconya untuk membubarkan DUN.
ALOR SETAR: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai 'bodoh'.
Beliau berkata bantuan tunai oleh kerajaan itu tidak akan mendatangkan keuntungan kepada rakyat namun hanya sebagai alat untuk Barisan Nasional (BN) memancing undi menjelang pilihan raya.
"Bantuan tunai itu adalah idea yang bodoh dan rakyat yang menerimanya sama bodoh," kata beliau pada majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dia Jalan Putra, malam tadi.
Majlis itu dihadiri lebih kurang 200 orang dan turut disertai Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
Kenyataan Hadi itu disifatkan sebagai senada dengan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini yang menganggap penerima BR1M sebagai 'lembu dan ayam'.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan berkata Nik Aziz telah menghina rakyat Malaysia.
Gambar peribadi yang dimuatnaik ke internet memang banyak bahayanya.
Adakalanya gambar kita digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk keuntungan mereka, menjatuhkan kita, dan pelbagai lagi.
Lebih parah lagi gambar kita, tapi badan orang lain...bahaya!
Apa yang kami nak kongsikan dengan anda pada hari ini adalah mengenai gambar seorang wanita botak, tapi cun gila yang telah digunakan untuk tujuan yang baik. Heh...tapi menakutkan!
Sebuah page telah menggunakan gambar cantiknya dengan status cuba memberi semangat kepada wanita-wanita yang menghadapi penyakit barah.
Gambar tersebut telah dikongsi hampir 2,023 kali dan menerima LIKE sebanyak 126, 695 dan memiliki 3000 komen.
Apa yang menariknya, tuan punya gambar asal turut memberi komen, dan menafikan beliau mengidap kanser dan minta pemilik page berkenaan berhenti untuk menggunakan gambarnya untuk mendapat LIKE
KUALA LUMPUR – Tarikh sebenar Mohd Mentor untuk membuat sidang media bagi menjelaskan isu tuduhan merogol masih belum diketahui. Namun, sebaik saja ahli keluarga Mohd atau nama sebenarnya Mohd Izwan Mohd Nor, 25, tampil memberikan komen dengan menyatakan juara Mentor 4 dianiaya artis, nama protege Awie iaitu Keena dalam program Mentor terus dibabitkan.
Bagaimanapun, Keena yang pernah dikhabarkan bercinta dengan Mohd menafikan bahawa dia adalah artis yang dimaksudkan sebagai menganiaya Mohd. Sebaliknya, dia telah menceritakan keadaan sebenar yang berlaku di antara dia dengan Mohd.
"Tentang artis menganiya Mohd itu bukanlah saya. Saya sendiri dapat tahu kisah ini dengan membaca akhbar. Terus-terang, saya memang berkawan dengan dia dan masih hubungi dia menerusi SMS. Namun, sudah hampir setengah tahun saya tidak berjumpa dengan dia.
"Sejujurnya, saya tidak tahu siapakah artis yang dimaksudkan itu. Apa yang saya tahu, Mohd tidak bersalah dan saya kenal perangai Mohd," katanya kepada murai.com.my.
Dalam pada itu, Keena yang kini sedang sibuk mengacarakan sebuah program baru di RTM turut memberitahu ada menerima pesanan dari Mohd terhadap kes yang memalukan dirinya itu.
"Mohd tidak ada bercerita panjang dengan saya tentang kes itu. Namun, selepas dua hari kes ini berlaku dan kecoh, saya ada hubunginya. Dia hanya berpesan kepada diri saya bahawa dia dalam keadaan baik dan tidak ada apa yang perlu dirisaukan.
"Sebagai kawan, saya mahu semua orang jangan percaya dengan apa yang terjadi. Saya tahu Mohd seorang yang baik. Dia kena fitnah dan ada orang cuba memesongkan fakta yang terjadi," jelasnya.
Sementara itu, Keena turut menghadapi masalah apabila dia sering saja diburu seorang lelaki yang sering saja mengekorinya sebaik saja dia tamat penggambaran drama.
"Sebelum saya membuat laporan polis, ada seorang lelaki yang memandu Proton Saga berwarna silver sering saja mengikuti saya. Perkara ini berlaku sejak akhir tahun lalu. Namun, selepas buat laporan polis dan anak buah saya selalu temani saya, ianya sudah tidak berlaku lagi," ujarnya. – Murai.com.my
Setiausaha BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan dakwaan bahawa parti itu terlibat dalam pemberian kad pengenalan kepada warga asing seperti yang didakwa dalam sebuah klip video yang diterimanya semalam.
Sebaliknya, beliau mendakwa video klip itu daripada pembangkang dan ia dihantar oleh pihak yang tidak dikenali melalui aplikasi telefon Whatups.
Klip video tersebut kini telah dimuatnaik ke laman Youtube.
"Kami tak buat begitu... tak ada kerja lain ke... Ini satu taktik kotor," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.
Klip video selama 59 saat itu antara lain memaparkan babak sekumpulan yang didakwa warga Bangladesh bertempiaran lari sambil menjerit perkataan 'polis' beberapa kali.
Kemudian, babak kumpulan itu ditahan sambil duduk mencangkung dengan seorang anggota polis menghampiri mereka dan suara latar dalam video tersebut menyebut: "Lari apa, aku nak bagi IC saja".
"Suara itu bukan daripada polis (dalam klip video itu), tetapi suara daripada orang lain," kata Tengku Adnan yang mesra dipanggil Ku Nan.
Video klip itu juga memaparkan tulisan-tulisan "You help me I help you" sewaktu penyerahan kad pengenalan kepada warga Bangladesh, "Jangan terkejut, pekerja asing juga boleh undi di Malaysia di bawah BN" termasuk bendera BN yang dipangkah dengan tulisan "Say no to Barisan Nasional".
Di akhir video klip itu tertulis "Inilah hasil kerja golongan yang terdesak untuk dapat kuasa".
Malaysiakini memperolehi video klip tersebut versi asal daripada Tengku Adnan dan pertambahan perkataaan 'fitnah' pada video klip versi yang dimuatnaik ke Youtube.
Beliau mengakui perkataan 'fitnah' itu ditambah oleh pihaknya pada versi Youtube.
Ditanya sama ada beliau yang juga ahli parlimen Putrajaya akan membuat laporan polis, Tengku Adnan berkata beliau akan memaklumkan perkara tersebut terlebih dahulu kepada pihak pengurusan Umno dan BN.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu dalam laman sosial Facebooknya, Tengku Adnan menempelak pembangkang yang didakwanya "suka melempar fitnah, menipu membuat manipulasi dan melakukan pelbagai kerja kotor".
"Sudah, sudahlah... Kerajaan yang telus tidak pernah bertindak demikian, BN telus dan PM pun dah metrai ikrar integriti. Pembangkang sudah kehabisan modal, tak ada kerja.
"Bayangkanlah bagaimana rupa kerajaan akan datang kalau puak-puak yang menipu ini yang menang dalam PRU... Nauzubillah... Semoga kita dipelihara Allah," katanya.
Kerajaan telah menubuhkan suruhanjaya diraja menyiasat isu pendatang di Sabah dan prosidingnya sedang berjalan.
KUALA LUMPUR 22 Feb. - Setelah pergolakan yang berlaku di beberapa negeri, pakatan pembangkang terus berantakan apabila Ahli Jawatankuasa DAP Kedah, S. Neelamekan membuat kritikan terbuka terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas.
Lebih daripada itu, beliau yang juga Pengerusi DAP Cawangan Lunas turut mendesak agar parti tersebut bertanding sehingga 75 kerusi Parlimen di seluruh negara agar menjadi 'tulang belakang' kepada pakatan itu dalam merealisasikan mimpi ke Putrajaya.
Menurutnya, berdasarkan senario semasa, DAP jelas berpotensi membawa kemenangan kepada pakatan itu berbanding PKR yang sebelum ini telah banyak kali gagal memenangi kerusi ditandingi terutamanya pada Pilihan Raya Negeri Sarawak.
"Di Sarawak PKR bertanding sehingga 45 kerusi tetapi hanya menang tiga daripadanya. DAP pula cuma diberikan enam kawasan walaupun meminta 10 kerusi dan kami menang kesemuanya.
KUALA LUMPUR 22 Feb. - Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail didesak menyatakan pendiriannya berhubung spekulasi penolakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri oleh Majlis Syura Ulama Pas seandainya pakatan pembangkang menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Aminah Abdullah berkata, sikap mengunci mulut Presiden PKR itu menimbulkan tanda tanya dalam kalangan ahli PKR dan seluruh rakyat Malaysia.
"Selaku Presiden PKR, kedudukan Wan Azizah dalam parti cukup besar, setanding Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Ini bukan persoalan rumahtangga, ini soal parti. Mengapa Wan Azizah takut untuk bersuara. Diam, senyap seolah-olah tidak wujud lagi.
"Kalau dia takut, dia takut pada siapa, adakah Anwar? Kenapa perlu takut Anwar, sedangkan kedudukan beliau dalam parti cukup tinggi," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau membuat kenyataan tersebut ekoran sikap Wan Azizah yang mendiamkan seribu bahasa berhubung pelbagai isu yang berbangkit sejak kebelakangan ini.
Katanya, sikap Wan Azizah itu cukup menghairankan seolah-olah beliau tidak lagi berada dalam radar politik.
"Bukan isu Anwar sahaja, malah, Presiden PKR itu langsung tidak mengulas atau menyatakan pendirian dalam isu kalimah Allah, pluralisme, dakwaan skandal Shamsidar Taharin serta lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT)," tegasnya.
Secara sinis, Aminah berkata, sikap Wan Azizah yang tidak mempertahankan Anwar dalam spekulasi berhubung keputusan Majlis Syura itu cukup luar biasa.
"Kalau sebelum ini beliau boleh mempertahankan Anwar dengan menyatakan Anwar adalah anugerah Allah kepada rakyat Malaysia kenapa kali ini tidak membuat perkara sama kepada Majlis Syura?
"Saya secara peribadi tertunggu-tunggu kalau Wan Azizah akan mempertahankan suaminya dengan membuat kenyataan Anwar adalah manusia paling bersih di negara ini," ujarnya.
Pagi tadi berlansungnya himpunan aman penduduk-penduduk di sekitar Keramat di Lorong Enggang 1 iaitu bersebelahan dengan Tapak Projek Datum Jelatek, untuk membantah Himpunan Projek Kondominium mewah yang bakal dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Haram Selangor melalui anak syarikatnya PKNS. Himpunan ini menghimpunkan majoriti Melayu tak Kira ideologi, PAS, PKR dan UMNO hadir bersatu mempertahankan Kampung Melayu Keramat dari "dijajah" Oleh Singapura!
Mereka hadir untuk mendesak Kerajaan Negeri Selangor dan PKNS terutamanya MB Khalid Ibrahim, YB Azmin Ali dan Pengurus Besar PKNS Untuk mendengar rintihan mereka. Antara desakan penduduk-penduduk di situ adalah merakyatkan ekonomi Selangor Bukan Singapura, membatalkan projek ini, mengantikan dengan perumahan mampu milik dan mengekalkan tempat ini sebagai penempatan kekal Melayu.
Projek Datum jelatek menjadi kontroversi apabila penduduk-penduduk flat PKNS Jelatek yang rata-ratanya terdiri dari bangsa Melayu yang miskin "dihalau" secara terancang oleh PKNS untuk membina projek mewah berkenaan. Bayangkan bagaimana penduduk-penduduk berkenaan untuk terus tinggal di kawasan warisan Melayu apabila mereka hanya diberi pampasan sebanyak RM280,000. Harga seunit kediaman di Datum Jelatek paling murah adalah sebanyak RM800,000. Ini adalah tindakan halus Kerajaan Pakatan Haram Selangor untuk menghalau orang-orang Melayu dari kawasan bandar.
Gambar-gambar di atas adalah diambil daripada "Forum Air Untuk Rakyat" yang diadakan oleh Kerajaan Pakatan Haram Selangor. Forum ini diadakan malam tadi di Dewan MPPJ, Petaling Jaya. Ini forum air atau forum kerusi? Lebih banyak kerusi daripada penonton. Kerusi pulak berwarnakan warna biru Barisan Nasional.
CTS juga kadang-kadang kesian dengan keadaan ceramah dan forum yang mereka adakan. Suasana suram dan tiada orang sudah menjadi "trademark". Penceramah pula seolah-olah kehilangan bahan untuk berceramah. Asyik-asyik salah Kerajaan. Asyik-asyik salah orang lain sedangkan mereka adalah merupakan Kerajaan bagi 4 buah negeri!
Mungkin selepas ini ada juak-juak Pakatan Haram akan memberi komen dan spin balik bahawa majlis ini baru bermula dan selepas ini berpusu-pusu penonton akan masuk membanjiri dewan berkenaan sehingga melimpah ke luar dewan. Suka hati hangpa lah! Tidak pun mereka akan kata CTS "superimpose" gambar di atas. Mana mungkin ceramah dan forum Pakatan Haram tiada orang!
JUMAAT (semalam) sepatutnya hari terakhir penceroboh itu diusir pulang ke negara asal Filipina, namun tentera sulu yang berjumlah lebih 100 orang itu masih berdegil, dan mahu terus berkampung di Kg Tanduo di mana mereka mendarat pada malam selasa lalu.
Laporan dari Manila menggatakan Menteri Luar Negara itu Albert del Rasario telah menghubungi Datuk Anifah Aman meminta agar tempoh pengusiran dilanjutkan sehingga selasa depan, kerana kerajaan Filipina sedang memujuk keluarga Kiram agar mempengaruhi penceroboh meninggalkan Sabah secara aman.
Pihak polis dikhabarkan telah mempertingkatkan kepungan terhadap penceroboh itu dan siap sedia berdepan dengan semua kemungkinan termasuk menggunakan tindakan ketenteraan.
Kejadian di kg Tanduo perlu dijadikan iktibar oleh pihak keselamatan agar tidak berulang lagi di masa depan. Jangan lagi memberi alasan bahawa perairan Sabah itu poros, kerana jika kejadian seumpama ini berlaku lagi, maka mengsahkan bahawa kawalan keselamatan negara longgar.
Baru-baru ni aku dapat maklumat yang mengatakan bahawa Tok Bashah telah di "booo.." oleh segelintir "mahkluk" di Alor Setar Mall sewaktu beliau nak berikan ucapan sempena pemberian BR1M...
Tipu..!!! Aku tak percaya..!!! Bila aku tanya dengan kawan-kawan aku yang ada kat situ, depa pun kata berita tu berita palsu... Tapi puak-puak PAS dok bercerita jugak pasal perkara ni...
Aku pun siasat lagi...siasat punya siasat...akhirnya aku dapat CERITA SEBENAR... Begini ceritanya...
Sebenarnya, Tok Bashah tak di "booo.." oleh manusia. Beliau sebenarnya di "booo..." oleh beberapa ekor "haiwan", atau orang Kedah panggil "menatang" (binatang la tuhhh...). "Haiwan" tu perkataan sopan sikit...heh!
Laaa...mana aku tau! Pok Nik Ajis yang kata depa "menatang"...bukan aku! Bukan Tok Bashah yang kata...Mursyidul Am yang kata...Jangan la marah.. pi marah Pok Nik Ajis laaa...heh!
Nampaknya bukan main marah lagi Azizan Razak pada kakitangan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang menyerahkan memorandum dan mengadu padanya tentang salah pengurusan institusi pengajian tinggi itu yang diketuai oleh sahabat sehidup sematinya,Rektor, Datuk Dr. Jamil Osman.
Dalam kenyataannya pada media baru-baru ini, Azizan mencabar supaya seluruh kakitangan KUIN melaporkan masalah mereka pada pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).
Menteri Besar Kedah itu mempersoalkan siapa kakitangan KUIN padanya untuk tunduk pada desakan supaya meminta maaf atas salah pengurusan yang didakwa dilakukan oleh pengurusan tertinggi IPT tersebut.
Menurutnya lagi, dia tidak pernah memanggil kakitangan KUIN untuk berkerja di kolej universiti itu dan dia mencabar mereka supaya meletak jawatan beramai-ramai sekiranya tidak berpuas hati dengan pihak pengurusan yang dipilihnya.
"Tak mau..pi kerja tang lain, saya tak heran", kata Azizan sambil mempersoalkan mengapa kakitangan KUIN itu tidak datang berjumpa dengannya untuk menceritakan masalah yang mereka hadapi.
Selamba saja Azizan menghalau kakitangan KUIN untuk meletak jawatan sedangkan pihak pengurusan universiti itu sebenarnya yang terlebih dahulu menawarkan pekerjaan kepada kakitangan sebelum tawaran tersebut diterima oleh kakitangan di situ.
Apakah dia lupa tentang konsep "offeree and offerror" di dalam undang-undang kontrak?
Mungkinkah Azizan sudah "nyanyuk" sehingga terlupa bahawa kakitangan KUIN sudah datang berjumpa dengannya lebih dari tiga kali untuk mengadu nasib mereka yang dianiaya Dr. Jamil?
Untuk pengetahuan Azizan lagi, sumber dalaman memberitahu bahawa kakitangan KUIN kini sedang sebok berulang-alik ke Kuala Lumpur bagi membantu siasatan dan memberi keterangan terhadap pihak SPRM berhubung kes kezaliman pengurusannya dan Dr. Jamil.
Paling tak tahan, Azizan cukup marah bila Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Jalil membela nasib kakitangan KUIN baru-baru ini. Dia selamba menuduh UMNO merupakan dalang di sebalik amukan kakitangan KUIN tersebut.
Sebenarnya, Shahrizat baru saja dua kali mengeluarkan kenyataan mengenai IPT itu dan baru saja dua tiga hari lalu menegaskan bahawa Wanita UMNO akan membela nasib kakitangan KUIN yang dizalimi Azizan dan kroni-kroninya.
Sedangkan isu kezaliman pihak pengurusan KUIN ini telah berlaku sejak IPT itu diambil alih oleh PAS Kedah pada tahun 2008 lagi. Pelbagai siri demonstrasi telah dianjurkan kakitangan KUIN sama ada di kampus Alor Setar mahupun kampus baru di Kuala Ketil.
Malah, mereka sudah lama menggerakkan wakil-wakil mereka yang terdiri dari golongan PAS "totok" untuk berjumpa dengan Azizan dan beberapa Exco Kerajaan PAS Kedah, namun tiada sesiapa yang nak melayan aduan mereka.
Bayangkan, salah seorang ketua penggerak demonstrasi KUIN itu merupakan aktivitis PAS yang aktif berkempen di PRK Bukit Gantang mempromosi Nizar Jamaluddin. Tapi mamat itu pun ditepis ketepi dan tidak diendahkan PAS Kedah!
Jadi kemana lagi mereka nak mengadu kalau bukan pada pembela rakyat sebenar? Salahkah mereka mengadu pada UMNO dan media? Bukankah PAS sendiri selalu buat perangai begitu? Dan sekarang nak salahkan kakitangan KUIN?
Nampak gayanya Azizan sendiri sudah "kalut". Dia diserang kiri dan kanan, depan dan belakang, dari atas dan dari bawah. Bukan saja berhadapan dengan UMNO, Azizan juga kini berdepan dengan ombak puak PAS yang tidak berpuas hati dengan pemerintahannya…
Video ahli politik..??? Cerita dalam tandassss...??? Ahli politik dengan pensyarahhh..??? Paling baru aaa...jangan pandang kamera dalam bilik hotel..!!! Kah! Kahhh..!!! Kahhhh..!!!
Korang jangan kasi tau orang lain tau...!!! Tak caya? Cuba tengok video kat bawah ni...betul punyaaa...!!! Heh!
Boleh didapati secara meluas di penjaja DVD cetak rompakkk kat Penang...!!!
Err... tapi aku bagi amaran dengan korang...jangan tanya cerita yang ada sebut PELANGI.. perkataan PELANGI tu "Khalifah PAS" haramkan sebut di Penang...nanti kena saman!
Errr...PELANGI dalam bahasa omputih orang panggil apa aaaa..? "Raibow" ke? Ehhh..!!! Jangan sebut kuat-kuat...nanti marah la itu "Khalifah"...!!! Heh!
Aku gelak besar tengok IQ puak-puak PAS yang menulis di blog pencacai PAS Kedah tentang desakan kakitangan KUIN yang mahu MB Kedah mintak maaf kat depa jadi "ejen" UMNO. Punya la depa spin...putaq alam sungguhhh...heh!
Ingatkan Azizan saja yang fitnah dalam isu ni, rupanya blogger pencacai depa pun tumpang sekaki buat dosa fitnah jugakkkkk...!!! Kesiannn...tara tu saja la kot Islam depa....
Kononnya, UMNO tu terlalu hina sampai kakitangan KUIN tu tak rela dituduh sebagai "ejen" UMNO. Hehehehe... hina ke? Sehina-hina UMNO, tak dak la sampai sokong peliwat tegar, pendokong Yahudi dan kafir harbi...kan? Heh!
Aku yakin, rakyat Kedah tau bahawa kakitangan KUIN tak maksudkan macam tu. Lagipun, depa tu memang penyokong PAS "totok" punya... Aku tau la pasal salah seorang ketuanya penggerak badan bertindak kakitangan KUIN tu memang aktif gila dalam PAS..!!!
Tu...yang aku bulat tu...dia ni turun bantu Nizar kempen kat PRK Bukit Gantang..!!!
Namanya Azki. Depa panggil dia sebagai Ustaz Azki. Kalau tak silap aku, dia ni penolong pendaftar kat KUIN tu. Dia bukan saja sokong PAS, malah dia pendokong kuat PAS. Masa Nizar bertanding di PRK Bukit Gantang, dia turun padang berkempen untuk PAS kat sana woooo...!
Dia masih sokong PAS sampai sekarang. Tapi, bila masuk bab teraniaya dan kacau periuk nasi dia anak bini, maka aku tak heran bila dia mengetuai bacaan doa meminta pada Allah SWT supaya kembalikan pemerintahan Kedah pada UMNO/BN..!!!
Dia dah serik kena "penaya" dengan PAS Kedah. Dia punya la baik nak cover isu, bawak pi mengadu kat Amiruddin dan Phahrolrazi. Depa tak layan. Dia bawak terus ke Azizan Razak, 6 kali depa serbu ke rumah dan pejabat, pun depa tak layan...
Nah! Sekarang bila kakitangan cari UMNO, Azizan nak marah pulak! Tuduh dan fitnah depa jadi "ejen UMNO" pulak! Patut ka? Tu namanya FITNAH tu.. Tapi biasa la PAS ni kan...bila orang kata yang benar, depa kata kita buat fitnah. Tapi bila depa buat fitnah, depa tak mengaku punyaaa...heh!
PASIR PUTEH - Kepimpinan Perdana Menteri Kenyataan Datuk Sri Najib Tun Razak menampakkan kelemahan ketara apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terus membayanginya.
Adun Limbongan, Zainuddin Mohamad berkata, Mahathir bertindak demikian mungkin mempunyai kepentingan sendiri namun ia secara jelas menampakkan kelemahan Najib kepada rakyat.
"Pas tidak hairan dengan dengan apa yang berlaku kerana Mahathir mungkin mempunyai kepentingannya dalam soal ini sebab itu kita juga dapat melihat bagaimana Mahathir terus membayangi Perdana Menteri," katanya.
Perkembangan itu katanya, membuktikan kelemahan kepimpinan Najib yang tidak mempunyai kekuatan untuk bersuara atau menangani isu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.
Bagaimanapun katanya, Pas sama sekali tidak mengharapkan kelemahan lawan untuk mencapai kemenangan.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Dun Limbongan yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan Dan Perpaduan Masyarakat, Datuk Januari Tan Abdullah di sini, malam kelmarin.
Turut hadir Penghulu Tanpa Mukim Dun Limbongan, Lee Bon Hai, Ahli Majlis Daerah, Tan Gim Yong dan Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan, Yuganu Yunus.
Pada majlis tersebut, 210 hamper diagihkan kepada warga Tionghua, 67 angpau diagihkan kepada warga emas dan lebih 200 angpau diagihkan kepada kanak-kanak.
Katanya, BN dilihat terdesak dengan terus memainkan isu tanah di Gua Musang walaupun Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah beberapa kali mengeluarkan kenyataan bahawa Kelantan sentiasa bersedia untuk disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Tindakan memprotes isu tanah ini hanya menunjukkan keangkuhan mereka untuk tidak mempercayai atau memperkecilkan kredibiliti agensi kerajaan pusat," katanya. - Sinar Hairan
p/s: DAP cukup takut kalau murshitdol hampas bersara...pada DAP wally slipor WAJIB di jadikan mayat hidup.. dan baru kite tau kenape wally slipor tak dapat bersara dengan tenang selagi dap offer kayu colok depan dia kehkehkehkeh >XD
DAP bercadang mahu bertanding lebih 150 kerusi Parlimen dan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang dengan kempen perbelanjaan dianggarkan RM15 juta.
Timbalan Pengerusinya Tan Kok Wai berkata senarai calon parti itu sedang dimuktamadkan dan akan diumumkan selepas pembubaran Parlimen.
Beliau berkata parti itu akan mengumumkan manifesto pilihan raya, Isnin ini, di venue yang belum ditentukan.
Tan, yang juga Pengerusi Biro Pilihanraya Kebangsaan DAP, berkata demikian pada sidang media sempena pelancaran kempen mengutip dana parti itu di sini, hari ini.
Sebanyak 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dun akan dipertandingkan pada PRU-13.
Pada PRU 2008, DAP bertanding 49 kerusi Parlimen dan 102 kerusi Dun dan memenangi 28 kerusi Parlimen dan 63 kerusi Dun.- Bernama
p/s: Tok Garu Pas nak jadi PM? telan gigi dengan gusi jek lerrrr kehkehkehkeh >XD
You are subscribed to email updates from DIMENSI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Woo .. giliran Ostat Hadi Awang pulak menghina penerima BR1M , kali ini sebagai orang " BODOH " pulak.
Nampaknya kedua-dua pemimpin PAS ini begitu benci sungguh dengan BR1M hinggakan sanggup menghina rakyat miskin yang menerimanya .
Apa agaknya kata orang PAS yang menjadi penerima duit BR1M ini ? Presiden mereka sendiri kata sapa pi kutip duit BR1M sebagai bodoh .
Cuma di sini GPB ingin bertanya Hadi , kalau betul BR1M ini tidak mendatangkan keuntungan kepada rakyat ..mengapa Hadi dan Nik Aziz meroyan marah sangat ?? Walhal pemberian duit ini kepada golongan yang sasar yang dipilih kerajaan bagi meringkankan beban rakyat.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai 'bodoh'. Beliau berkata bantuan tunai oleh kerajaan itu tidak akan mendatangkan keuntungan kepada rakyat namun hanya sebagai alat untuk Barisan Nasional (BN) memancing undi menjelang pilihan raya. "Bantuan tunai itu adalah idea yang bodoh dan rakyat yang menerimanya sama bodoh," kata beliau pada majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dia Jalan Putra, malam tadi. Majlis itu dihadiri lebih kurang 200 orang dan turut disertai Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Kenyataan Hadi itu disifatkan sebagai senada dengan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini yang menganggap penerima BR1M sebagai 'lembu dan ayam'. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan berkata Nik Aziz telah menghina rakyat Malaysia.-Antarapos.com
Kota Bharu: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam, tetap dengan pendiriannya menyamakan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) setaraf haiwan.
Malah Menteri Besar Kelantan itu menyalahkan UMNO, dengan menyifatkan kaedah pemberian bantuan berkenaan juga sudah meletakkan rakyat Kelantan setaraf dengan haiwan.
"UMNO sekarang guna duit melalui BR1M 1 dan BR1M 2 (untuk mendapat sokongan). Ini seperti kita hendak panggil ayam, panggil itik; hei itik, mari aku nak beri ceramah ugama, mana itik hendak mari. Tapi kena beri hampas nyor, beri padi, baru dia mari, mesti beri benda.
"Begitu juga pada lembu dan kerbau, haiwan ini tidak mari kecuali beri rumput, beri hampas nyor kepada dia, baru mari.
Kalau kita panggil orang, beri benda juga, tidak beri ilmubererti kita meletakkan manusia ini setaraf haiwan," katanya kepada pemberita selepas majlis bersama warga Yayasan Islam Kelantan (YIK), di sini, semalam.
Nik Aziz Rabu lalu sekembali dari menunaikan umrah, menyamakan usaha murni Kerajaan Pusat dalam membantu meringankan beban rakyat miskin melalui pemberian BR1M itu, seperti ayam dan lembu, akan datang sekiranya manusia memberikan haiwan itu dengan makanan.
Beliau turut menyifatkan pemberian wang berkenaan adalah salah di sisi Islam kerana ajaran Islam yang sebenarnya ialah memberikan ilmu kepada manusia.
Ditanya sama ada penerima BR1M itu bersalah kerana menerima duit bantuan itu, beliau menegaskan, mereka yang diberikan wang berkenaan, perlu mengambilnya, namun apabila hendak memangkah parti dalam pilihan raya umum nanti, harus memangkah PAS.
"Saya kata, bila diberi duit, harus terima; beri kain pakai; beri gula kacau; beri lembu ambil, tapi beri kertas undi pangkah PAS. Duit itu hak mereka kerana ia duit kerajaan bukan UMNO. Sepatutnya saya boleh beri duit itu. Sebagai ketua kerajaan Kelantan, BR1M kena beri pada saya, saya akan beri kepada rakyat," katanya.
Sama ada beliau merasakan penerima bantuan berkenaan dijadikan seperti ayam dan itik, Nik Aziz berkata, sebenarnya UMNO yang meletakkan rakyat Kelantan ini macam setaraf haiwan itu.
"Ayam beri barang, kambing biri-biri beri barang, rakyat Kelantan juga diberi barang. Itu salah UMNO meletakkan manusia dan haiwan serupa, sama-sama diberi barang. Sepatutnya manusia diberikan ilmu," katanya. Katanya, beliau tidak kisah apa yang hendak dikatakan akhbar dalam isu ini, namun menyifatkan wartawan itu berdosa sekiranya mengubah ucapannya.
Pemimpin BN, khususnya UMNO seharusnya memberikan penghargaan yang lebih baik terhadap para blogger dan cybertroopers pro-BN di seluruh negara.
Mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya, yang memberi maksud memperlekeh dan memperkecilkan apa yang mereka telah lakukan selama ini untuk UMNO dan BN adalah TIDAK WAJAR sama sekali.
Koordinasi penting. Kita sambut baik arahan koordinasi. Malah sejak dulu lagi, bagi sesiapa yang pernah berbincang dengan saya, saya pernah tunjukkan strata komunikasi siber dan cadangan untuk mengkoordinasikannya.
Tapi jangan bercakap seolah-olah tidak ada koordinasi sama sekali di kalangan bloggers dan cybertroopers pro-BN. Sejak Pilihan Raya Kecil Manek Urai, koordinasi untuk memenangi perang persepsi telah dilaksanakan di kalangan blogger dan cybertroopers pro-BN, sehinggalah Pilihan Raya Negeri Sarawak dan peristiwa-peristiwa seperti Bersih, 901, Ambang Merdeka, Tweet Merdeka - semuanya memerlukan koordinasi.
Boleh dikatakan koordinasi di kalangan blogger dan cybertroopers dalam komunikasi menyeluruh dan perang siber berlaku lebih awal dari arahan untuk pemimpin UMNO dan BN mengkoordinasikan mereka.
Malah tidak salah untuk menyatakan, bloggers dan cybertroopers pro-BN `mengajar' pemimpin dan agensi kaedah untuk mengkoordinasikan gerakan siber, bukan sebaliknya. Saya boleh beri sekurang-kurangnya 10 contoh insiden tentang respon/komunikasi pemimpin, kementerian dan agensi tanpa koordinasi sebelum ini.
Gerakan siber di negeri-negeri pembangkang telah berlaku sebelum arahan koordinasi. Para bloggers dan cybertroopers menggunakan inisatif dan networking sendiri untuk menyerang pentadbiran PR, tanpa ada sebarang arahan koordinasi.
Dalam proses ini, bukan sedikit blogger dan cybertroopers pro-BN mengambil risiko yang tidak berani diambil oleh mana-mana pemimpin BN sehingga ada di kalangan mereka disaman dan diugut oleh pihak yang tidak suka dengan pendedahan mereka. Saya percaya blogger dan cybertroopers pro-BN menghargai koordinasi, tetapi koordinasi yang paling utama adalah di kalangan para pemimpin.
Mereka juga menghargai teguran, tetapi janganlah bercakap seolah-olah mereka ini, terlalu bodoh dan naif, seolah-olah mereka tidak faham tentang propaganda dan persepsi.
Sebelum mengeluarkan sebarang perkataan yang bukan-bukan yang tidak bersifat menghargai, mungkin lebih elok pemimpin-pemimpin BN berjumpa dulu dengan bloggers dan cybertroopers pro-BN dan mendengar terlebih dulu tentang gerak kerja mereka.
Kita hargai pemimpin BN yang telah bertemu mereka. Bagi yang masih belum, mungkin lebih elok simpan judgement anda terlebih dulu dan segera lapangkan masa anda untuk bertemu mereka.
Eloklah kita buat kerja masing-masing. Jika anda ada perkara yang ingin anda kritik mengenai mereka, jangan sekali-kali lupa - mereka juga ada banyak perkara yang ingin mereka kritik tentang anda. Itu pandangan saya sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.
Seperti yang saya sebut, komitmen UMB adalah untuk memberi tumpuan kepada musuh sebenar, iaitu pembangkang. Jangan sampai ada di kalangan bloggers dan cybertroopers pro-BN hilang fokus...
Sumber : Tun Faisal
Komen GPB
PM DS Najib Tun Razak sendiri menghargai peranan blogger Pro Umno/BN ..apa hal pemimpin BN ini pertikai kerja blogger pulak ? Kalau tak tahu apa kerja yang blogger..jangan dok berlagak tunjuk pandai ..
Anwar menafikan kaitan pembangkang dengan pencerobohan di Lahad Datu.
Tetapi bukti bergambar beliau bersama pemimpin mereka menimbulkan persoalan seperti yang didakwa Reuters dan tentera Filipina.
Malah laporan di media Filipina juga turut mendedahkan pertemuan sulit Anwar di sana.
SUBANG JAYA - Pakatan Rakyat (PR) menyangkal dakwaan laporan Reuters yang mendakwa pencerobohan 150 orang di Lahad Datu adalah atas jemputan pihak pembangkang Malaysia.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kenyataan itu datang daripada Umno dan bukannya Reuters.
"Itu kenyataan Umno bukan Reuters, siapa yang beritahu? Itu Umno punya," katanya selepas majlis perasmian Institut Rakyat di sini, semalam.
Ketika diminta mengulas lanjut berhubung perkara itu, beliau enggan memberikan apa-apa komen lagi. Memetik laporan Reuters bertarikh 14 Februari lalu, laporan itu mendakwa kumpulan diketuai Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram datang ke Sabah atas jemputan pihak pembangkang bagi bincangkan isu tanah.
- Kira-kira 15 individu mewakili beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di negeri ini, mengadakan perhimpunan di hadapan Masjid At-Taqwa, Taman Tun Sardon, Gelugor selepas solat Jumaat hari ini bagi membantah kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh terhadap isu kalimah Allah.
Dalam perhimpunan berlangsung selama 15 minit itu, mereka turut menyelar pendirian pakatan pembangkang terhadap isu berkenaan dan mendesak supaya DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menghormati pendirian Majlis Syura Ulama Pas.
Wakil NGO berkenaan, Azmi Jaafar berkata, pihaknya tidak akan berhenti menyuarakan bantahan selagi kepimpinan DAP dan PKR, terutama Karpal tidak berhenti daripada bercakap mengenai kalimah tersebut.
Tegasnya, sebagai ahli Pas, beliau juga mahu Karpal memohon maaf di atas keterlanjurannya membidas keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang tidak membenarkan pengunaan kalimah berkenaan kepada bukan Islam
Masyarakat dinasihatkan supaya tidak mudah menghukum sesiapa sahaja yang melakukan kebaikan dalam membantu mereka yang kurang berkemampuan.
Pengerusi Jawatankuasa Himpunan Ulama Muda (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahya berkata, umat Islam seharusnya menyokong segala usaha murni yang dilakukan terutamanya mereka yang sentiasa berusaha menabur bakti ke jalan Allah.
Beliau berkata, berdasarkan kepada hadis Nabi Muhammad, semua umat Islam perlu saling memberi hadiah kerana ia akan membawa kepada perasaan saling berkasih sayang sesama manusia.
"Takkan kita nak samakan orang miskin sama dengan haiwan? Islam sendiri sudah banyak bercerita tentang kepentingan berzakat serta sedekah. Selepas ini kalau ada pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) mungkin kena letak hadis nabi sekali bagi orang faham.
"Jangan pandai-pandai kita nak menghukum niat seseorang kerana kita tidak boleh membaca niat hati manusia. Jangan kerana kepentingan politik kita sanggup membuat tuduhan sesuka hati kerana ia akan menimbulkan perpecahan," katanya dalam ceramah pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul di Dataran Kampung Melayu Majidee, di sini malam tadi.
bagaimana anda bisa memulai peluang usaha Bisnis Online Gratis 2013,mungkin anda bertanya mengenai hal tersebut bukan ? anda tidak akan pernah mengira iya ! berikut ini adalah sebuah realita yang diberikan oleh sebuah bisnis online yang memang terbaik di tahun 2013 ini, apa lagi kalau bukan bisnis online blakblakan dan golden life. mengapa anda saya sarankan berbisnis online di blakblakan ?
berikut ini adalah sebuah kelebihan yang diberikan dari bisnis online blakblakan :
1. system yang otomatis.
2.memberikan hasil yang maksimal.
3.gamblang sekali tentunya masuk akal walaupun anda berhadapan depan layar PC , dan tidak menyentuh kantor 2 belah perusahaan tersebut. dan berikut ini adalah bukti pembayaran tersebut .
diatas adalah bukti pembayaran yang dilakukan oleh blakblakan namun mungkin anda bertanya , statusnya belum di bayar ? iya ! itu karena anda belum melakukan registrasi, sedangkan anda memang membutuhkan registrasi online. cara registrasi online adalah sebagai berikut : 1.masukan email. 2.masukan nama anda. 3.selesai lalu buka email anda ! ikuti intruksi berikutnya . jika anda mendapatkan informasi sesuai gambar diatas tersebut , anda bisa mencairkan dana tersebut,jadi benarlah peluang usaha 2013 ini bisa disebut dengan bisnis online gratis di tahun 2013 ini, karena memang benar-benar gratis dan terbukti membayar..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan