Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan |
- Ribuan sertai Himpunan Hijau Lestari Pengerang
- Permainan badminton ikatan ukhwah DPPKM.
- Surat cinta Anwar dilelong RM50,000
- Bajet 2013 tidak bawa manusia takwa kepada Allah
- Bajet 2013: Bajet panik, bajet selamat tinggal
- Sultan Muhammad V kunjungi TG Nik Aziz
- Bajet 2013: Hanya kempen pilihanraya
- Bajet 2013: Tiada projek khas untuk Sabah
- Bajet 2013 bajet politik semata-mata
- Dana PRU13: Tuan Guru Nik Aziz lelong tongkat
Ribuan sertai Himpunan Hijau Lestari Pengerang Posted: 29 Sep 2012 11:09 PM PDT (Antara ribuan penduduk yang menyertai Himpunan Hijau Lestari Pengerang) JOHOR BAHRU: Beribu-ribu orang menyertai Himpunan Hijau Lestari Pengerang di Dataran Sungai Rengit Pengerang, hari ini. Himpunan yang amat besar ertinya bagi seluruh rakyat di Pengerang yang terlibat dengan Projek Bersepadu Penapisan dan Petrokimia Petronas (Rapid) ini ditangani oleh gabungan NGO dari seluruh negara. Himpunan yang turut disokong PAS itu diadakan memandangkan pembangunan projek itu telah menimbulkan berbagai konflik dan tanda tanya yang menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat khususnya penduduk Pengerang. Projek Rapid ini melibatkan 22,500 ekar tanah serta kira-kira 28,000 penduduk dari 17 perkampungan nelayan dan tradisi di kawasan perairan Pengerang. Sekiranya projek yang bernilai RM68 bilion ini diteruskan juga maka berbagai kemudahan awam termasuk warisan sejarah akan musnah antaranya, enam masjid, surau (11), sekolah kebangsaan (5), sekolah agama (5), sekolah jenis kebangsaan Cina (3) serta 3 rumah kakitangan kerajaan. Turut musnah ditelan projek mega yang bakal dibangunkan itu 3 klinik desa, balai polis (2), perkuburan islam (11), jirat cina (7) serta 9 balai raya. |
Permainan badminton ikatan ukhwah DPPKM. Posted: 29 Sep 2012 11:09 PM PDT |
Surat cinta Anwar dilelong RM50,000 Posted: 29 Sep 2012 11:04 PM PDT (Sri Jalaraman membeli gambar dan terendak Ustaz Hadi dengan harga RM17,000) SHAH ALAM: Lelongan barangan kenangan pemimpin Pakatan Rakyat berjaya mengumpul RM182,000 untuk tabung pilihan raya ke 13 Pakatan Rakyat. Majlis lelongan itu dibuat dalam majlis makan malam perdana Pakatan Rakyat yang diadakan malam ini. 2, 250 orang menyertai majlis yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat di Stadium Melawati dekat sini. Majlis itu disertai oleh hampir kesemua pemimpin kanan PAS, PKR dan DAP serta para penyokong Pakatan dan dermawan di samping pemimpin pro Pakatan dari Sabah dan Sarawak. (Datuk Lajim membeli surat cinta dari penjara dengan harga RM50,000) Antara yang hadir adalah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng. Harga lelongan tertinggi dibayar kepada surat cinta Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah yang ditulis beliau dari penjara. Ia dibayar dengan RM50,000 oleh Datuk Seri Panglima Lajim Ukin yang membeli surat itu. Ia diikuti oleh kartun yang dilukis secara 'live' oleh Kartunis Zunar yang bertajuk 'Kuasa Rakyat' yang dibeli dengan harga RM32,000. Pen yang digunakan Lim Guan Eng ketika dalam penjara dibeli dengan harga RM23,000 oleh Exco Selangor, Ronie Liu. Gambar santai Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Awang serta terendak nelayannya dibeli dengan harga RM17,000. Ia dibeli oleh Ketua Pemuda DHPP Selangor, Sri Jalaraman. Jalaraman ketika ditemui berkata, beliau membelinya kerana penghormatan beliau kepada Presiden PAS itu. (Kartun Zunar telah berjaya dillelong dengan harga RM32,000 untuk tabung pilihan raya Pakatan Rakyat) Selain itu, barangan dan gambar milik Datuk Fadzil Nor, bekas Presiden PAS berjaya dilelong dengan harga RM11,000, gambar asal graduasi Dr Syed Husin Ali (RM15,000), teddy bear Exco Selangor, Teresa Kok (RM10,000), gambar dan tongkat Tuan Guru Datuk Nik Aziz (RM12,000) dan poster filem Karpal Singh (RM12,000). Di samping kutipan melalui lelongan itu, majlis itu berjaya mengutip lebih RM22,000 melalui jualan meja, Sebanyak 255 meja berjaya dijual dalam majlis makan malam ini di mana setiap meja dijual dengan harga RM1,000. Di samping itu, sebanyak RM20,000 berjaya dikutip dalam bentuk derma yang disumbangkan oleh peserta majlis makan malam ini. "Ini bermakna, lebih RM200,000 kita berjaya kutip malam ini," kata pengarah majlis ini, Dr Hatta Ramli kepada Harakahdaily. |
Bajet 2013 tidak bawa manusia takwa kepada Allah Posted: 29 Sep 2012 06:01 PM PDT KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyifatkan Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri semalam, masih bernada sama tidak membawa manusia pada ketaqwaan pada Allah. Menurutnya, kerajaan masih 'menggula-gulakan' rakyat dengan kebendaan, jauh mengajak manusia bagaimana untuk membawa manusia bertaqwa pada Allah. Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily di kediamannya di Pulau Melaka pagi tadi untuk mengulas belanjawan yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam. Sambungnya, ketika meneliti pembentangan belanjawan oleh Najib Tun Razak, langsung tidak ada perkara baru khususnya belanjawan kerohanian, selain memberikan rakyat dengan harta kebendaan semata-mata. Tuan Guru seterusnya berkata, jenayah yang berlaku dalam negara, sama ada bunuh, ragut, samun, rompak, rasuah dan berbagai lagi semuanya berlaku akibat tidak ada rasa taqwa pada Allah. "Inilah natijah yang akan diterima rakyat kalau pentadbir negara hanya pentingkan dunia dari akhirat. "Apa yang berlaku itu juga kerana mengasingkan agama dari politik, selagi keduanya diasingkan selagi itulah nyawa manusia atau harta tidak akan selamat," ujarnya yang juga Mursyidul Am PAS. Katanya, semuanya sama sahaja selagi mengabaikan tanggungjawab kerohanian pada rakyat sama ada kerajaan Malaysia atau Timur Tengah, sekiranya membelakangkan tuntutan agama, negara tidak akan aman. Beliau turut mengambil contoh sejarah Rasulullah s.a w bagaimana keamanan yang dicapai di Madinah sehingga tiada sebarang rompakan atau meminta sedekah berikutan kaum muhajirin Makkah berada di sana. Tambah Tuan Guru lagi, biar sebanyak mana sekalipun belanjawan dibentangkan sama ada di Parlimen, Dun, ianya tidak akan berjaya sekiranya langsung tidak membentuk jiwa manusia. "Nabi sendiri telah ditawarkan bajet kesenangan dunia iaitu perempuan, pangkat, harta asalkan tinggal Islam, bagaimanapun Rasulullah menolaknya kerana agama suci ini penyelamat manusia di dunia hingga akhirat," ujarnya. Beliau bagaimanapun enggan mengulas ketika ditanya berhubung kemungkinan besar harga gula tidak akan naik memandangkan kerajaan telah mengurangkan harga subsidi sebanyak 20 sen sekilogram. |
Bajet 2013: Bajet panik, bajet selamat tinggal Posted: 29 Sep 2012 06:00 PM PDT KUALA LUMPUR: Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah belanjawan panik yang takut kepada kebangkitan rakyat, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar. Tetapi, katanya lagi, apa pun yang diumum dan diberikan oleh Najib dalam belanjawan itu tidak akan dapat membendung kemaraan gelombang kebangkitan rakyat menolak Umno dan Barisan Nasional (BN). "Belanjawan tersebut adalah belanjawan selamat tinggal dari Najib sama ada sebagai Perdana Menteri atau Menteri Kewangan," kata Mahfuz. Beliau berkata, sama ada BN kalah atau menang dalam pilihan raya umum akan datang, inilah penggal terakhir bagi Najib dalam kabinet. "Kalau dengan segala tipu dayanya BN menang sekalipun dalam pilihan raya akan datang, ia dijangka lebih tipis dari kemenangannya pada tahun 2008. "Akibatnya, Najib akan dihambat seperti Umno hambat Pak Lah (Perdana Menteri sebelum ini, Tun Abdullah Ahmad Badawi) setelah beliau gagal mendapatkan majoriti dua pertiga untuk BN dalam pilihan raya 2008 lalu," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu. Bagi Mahfuz, belanjawan tersebut bagaikan wasiat Najib dalam pembahagian harta. "Berbilion-bilion diwasiatkan untuk anak-anak kesayangan atau kroni-kroni Umno yang pakar membodek dan mengampu. "Anak-anak yang tak mahu atau tak pandai membodek dan mengampu pula, dapatlah sagu hati RM1,000, RM250, RM200 atau RM7.80," katanya. Tumpuan belanjawan panik Najib itu, kata Mahfuz, adalah untuk menggula-gulakan rakyat supaya memberi peluang kepada Umno BN sekali lagi. Namun begitu, katanya, masih terdapat unsur ketirisan dan hendak mengkayakan kroni. "Walaupun hendak menggula-gulakan rakyat supaya terus menyokong Umno BN, tetapi belanjawan itu bukan untuk rakyat," katanya. Belanjawan yang tidak pro-rakyat itu, kata Mahfuz, tidak mempedulikan masalah fundamental dalam ekonomi negara seperti penghapusan rasuah, salah urus dan percanggahan yang besar antara perancangan dan perlaksanaan. "Belanjawan itu juga mengetepikan soal akauntabiliti," katanya. Beliau juga menyifatkan belanjawan itu kosong dengan pendekatan yang menarik perhatian untuk meningkatkan ekonomi. "Tidak ada perkara baru seperti perancangan Koridor Raya Multimedia (MSC) yang diumumkan oleh (Tun) Dr Mahathir dulu. "Belanjawan Najib tidak ada daya penarik. Orang Putih kata tak ada 'wow factor'," katanya. Mahfuz juga menyifatkan belanjawan itu tidak mengetengahkan reformasi kepada struktur ekonomi. "Kita baca berita tentang belanjawan Perancis yang dipanggil 'combat budget' dengan memberikan tumpuan kepada pengurangan hutang negara serta kos pinjaman yang kian meningkat dan pengurangan defisit perbelanjaan awam," kata beliau. Sebaliknya, kata Mahfuz, belanjwan Najib tidak memberi tumpuan kepada hutang negara yang telah mencecah RM476 bilion. "Kerajaan Umno BN juga masih tidak mengemukakan langkah untuk membawa pulang semula RM1.08 trilion ke dalam negara," katanya lagi.. |
Sultan Muhammad V kunjungi TG Nik Aziz Posted: 29 Sep 2012 05:59 PM PDT KOTA BHARU: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V petang tadi mengunjungi Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pulau Melaka. Sultan Kelantan yang julung kali mengunjungi Tuan Guru tiba di Pulau Melaka tepat waktu Asar dan baginda berkesempatan menunaikan solat itu di Masjid Pulau Melaka. Pada kesempatan itu juga, Tuanku bersalaman dengan orang ramai yang turut menunaikan solat Asar. Keberangkatan baginda ke masjid itu, merupakan kali kedua selepas 15 tahun dahulu ketika menjadi Tengku Mahkota Kelantan. Sejurus kemudian baginda berangkat ke kediaman Tuan Guru untuk bertanya khabar tentang kesihatan Tuan Guru memandangkan baginda tidak berkesempatan menziarahinya sewaktu berehat di Hospital Sains Kubang Kerian minggu lalu. Turut berangkat Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra. Hadir sama Ketua Istiadat Istana, Datuk Abdul Halim Hamad. Isteri Tuan Guru, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, turut beramah mesra dengan Tuanku berdua. Tuan Guru ketika ditemui menjunjung kasih di atas keberangkatan baginda berdua ke kediaman peribadinya untuk bertanya khabar. Menurutnya, semoga dengan keprihatinan Tuanku akan memakmurkan lagi negeri dan rakyat sejahtera di bawah penerintahan baginda. "Saya sendiri membaca doa khas untuk tuanku dan usrah diraja semua agar sentiasa sejahtera serta dilindungi Allah. Saya harap rakyat juga mendoakan kesejahteraan baginda. "Saya sayang nak baiki rumah ni, sebab tuanku dah sampai rumah saya ni," ujarnya ceria. Tuanku sebelum berangkat pulang kira-kira jam 5.25 petang, sempat bergambar kenangan bersama sebahagian cucu Tuan Guru dan isteri di pekarangan kediamannya. |
Bajet 2013: Hanya kempen pilihanraya Posted: 29 Sep 2012 05:59 PM PDT |
Bajet 2013: Tiada projek khas untuk Sabah Posted: 29 Sep 2012 05:59 PM PDT |
Bajet 2013 bajet politik semata-mata Posted: 29 Sep 2012 05:58 PM PDT KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat lalu sebagai bajet politik semata-mata. Beliau berkata, pelbagai insentif diberikan dalam bentuk 'one off' kepada sasaran tertentu memperlihat tindakan kerajaan mahu menawan hati rakyat menjelang pilihan raya umum nanti. Misalnya, kata beliau kerajaan hanya memberi penekanan soal teknikal sahaja tanpa menghiraukan bagaimana pelaksanaan dan pengagihan supaya sampai kepada sasaran. "Duit yang diberi kepada petani dan nelayan akhirnya berlaku penyelewengan, sepatutnya bagi baja dengan harga murah. Bagi duit kemudian habis begitu sahaja. Bertani tidak selesai, pertanian entah kemana. "Bagi subsidi minyak pula akhirnya dimonopoli oleh nelayan-nelayan laut dalam,"katanya yang ditemui Harakahdaily semalam. Katanya, pengagihan yang tidak telus ini menyebabkan kekayaan hanya berlegar di kalangan kroni akhirnya sasaran yang sepatutnya tidak dapat insentif yang dijanjikan. "Ini perubahan yang perlu dibuat rakyat dan mereka kena sedar berlaku ketirisn dan penyelewengan. "Janji ditepati bina stadium akhirnya stadium runtuh, janji ditepati buat jalan tapi tak siap, kena tambah peruntukan sebab tidak ada kepentingan untuk kerajaan," katanya. Selain itu, konsep belanjawan dalam Islam menurut beliau antara lain bukan sahaja memastikan sumber pendapatan negara itu dari sumber yang halal malah memastikan ianya diperolehi bukan dengan cara zalim. "Sumber mesti halal ataupun tidak diambil secara zalim. "Rompak duit royalti itu zalim," katanya. Tambahnya, kekayaan yang ada di dalam negara boleh dipusing melalui sistem percukaian yang ada dalam Islam antaranya sistem zakat. Jelas Abdul Hadi, zakat ialah petunjuk konsep percukaian iaitu diambil daripada mereka yang berada dan dipulangkan kepada mereka yang memerlukan, manakala cukai pula dikenakan kepada orang bukan Islam. "Zakat pun boleh ganti cukai. Zakat adalah wajib dan tidak boleh dihapuskan berbeza dengan cukai. "Walaupun negara mempunyai bertimbun kekayaan tetapi zakat wajib juga dikeluarkan, tetapi cukai boleh dihapuskan" katanya. |
Dana PRU13: Tuan Guru Nik Aziz lelong tongkat Posted: 29 Sep 2012 05:58 PM PDT KOTA BHARU: Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengumumkan akan melelong tongkat yang sering digunakan walau ke mana sahaja bagi membantu dana Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) nanti. Tongkat yang berwarna gelap yang digunakan sejak sekian lama itu diharap dapat membantu menjana tabung PRU13. Pengumuman mengejut itu dibuat pagi tadi selepas beliau menyampaikan kuliah mingguan sesi kedua di Dataran Ilmu di sini. Selepas pengumuman itu, Tuan Guru Nik Aziz menyerahkan tongkat yang menjadi penemannya itu kepada seorang wakil untuk menyempurnakan hasrat murninya itu kepada PAS Pusat. Tuan Guru seterusnya berkata, sebelum ini wakil PAS Pusat memaklumkan kepadanya mahu mengumpul dana bagi tabung menjelang PRU13 dan meminta beliau melelong barangan tertentu. "Bagi tujuan itu hari ini saya mengisytiharkan akan melelong tongkat saya ini untuk membantu mengumpulkan dana yang dimaksudkan," katanya. Tindakan Tuan Guru yang mengumumkan perkara itu, membuatkan orang ramai yang hadir untuk mendengar kuliah bangun untuk melihat secara dekat peristiwa bersejarah itu. |
You are subscribed to email updates from Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan