Kumpulan Pro-Mahasiswa Universiti Malaya (UM) mengekalkan kemenangan tipis selepas menambah satu lagi kerusi selepas pengundian semula dijalankan untuk dua kerusi hari ini - fakulti pendidikan serta fakulti sains dan teknologi maklumat.

NONEPengundian semula itu diadakan selepas calon-calon bagi kerusi itu yang bertanding dalam pilihan raya kampus Selasa lalu mendapat undi sama banyak.

Dalam pengundian hari ini, Pro-M menang kerusi fakulti pendidikan, manakala kumpulan pro-Aspirasi yang dikenali sebagai Penggerak Mahasiswa, pula memenangi kerusi fakulti sains dan teknologi maklumat.

Dengan itu, keputusan muktamad pilihan raya kampus UM adalah pro-M mendahului dengan 21 kerusi, Penggerak Mahasiswa memperolehi 20 kerusi, diikuti dengan dua kerusi calon Bebas.

Keputusan pengundian semula hari ini diumumkan Naib Canselor Tan Sri Prof Ghauth Jasmon melalui lamanweb universiti tersebut.

NONEDengan kemenangan tersebut, pro-M berjaya mengekalkan kubunya di UM. Bagaimanapun, jumlah kerusi dimenanginya merosot daripada tahun lalu di mana ia memenangi 23 kerusi.

Dalam pilihan raya lalu, pro-M memenangi 23 kerusi, manakala Penggerak Mahasiswa mendapat 16 kerusi dan calon Bebas meraih dua kerusi. 

Dalam pilihan raya kampus tahun ini, pro-M juga berjaya mengekalkan penguasaannya di kubu kuatnya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). 

Manakala pengundian di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) - yang digantung keputusannya kerana masalah teknikal Selasa lalu -  dijangka diadakan semula dalam tempoh terdekat ini.


Panglima : keputusan yang dibuat oleh mahasiswa kali ini menunjukkan bahawa ia mencerminkan keputusan yang asli bukan palsu dek kerana ada pihak menipu.

Dengan kemenangan di UKM, selain di UM pro-M sewajarnya menasihatkan pemimpin Pakatan agar tidak menyalahkan sesiapa ataupun menimbulkan persepsi bahawa berlaku penipuan menggunakan pengundian eletronik di IPT kali ini.

Kemenangan besar AspirasiMahasiswa bukan dengan menabur janji semata-mata. namun didahului berbagai program meningkatkan kebajikan mahasiswa oleh Kerajaan Malaysia pimpinan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menggembirakan mereka.

Selain perhatian cukup hebat diberikan oleh kepimpinan negara kepada generasi Y, anak muda kini merasa begitu dihargai di sisi kerajaan sekaligus mendorong perasaan tersebut ditumpahkan dengan mengundi pihak yang membawa nada perjuangan selari dengan Kerajaan.

Mereka sudah muak melihat mahasiswa samseng seperti Adam Adli atau mahasiswa didakwa syiah seperti Khalid Ismath yang mengotorkan nama baik mahasiswa di menara gading. Bukan menaikkannya.

Jelas program yang dijayakan oleh mahasiswa yang mengikut telunjuk pembangkang menjurus ke arah pergaduhan, kekacauan, kerosakan, maksiat dan melanggar undang-undang seperti perhimpunan haram Bersih 2.0 dan Occupy di Dataran Merdeka.

Inilah yang memuakkan mahasiswa kita dari menyokong tindakan mereka. Moga ini jugalah indikator kepada pilihan pengundi muda pada PRU-13 akan datang.

Sekian, salam perjuangan.