DIALOG RAKYAT Posted: 30 Sep 2012 03:26 PM PDT Hasan Tidak Perlu Mengenang Pas Lagi Posted: 30 Sep 2012 05:47 AM PDT MSOHasan Ali alias Hasan Akidah Akidah yang telah dipecat oleh Pas dan enggan merayu sepatutnya tidak lagi berfikir mengenai Pas. Nur bulan purnama seharusnya tidak lagi menyimbah ke par atmajiwanya. Soal Pas seharusnya tidak menjadi tanggungjawabnya lagi. Pemimpin Pas yang ada bertanggungjawab sepenuhnya ke atas parti itu tanpa perlu koreksi Hasan. Apabila kita sudah tidak setuju dengan sesebuah parti atau pertubuhan atau apa saja, kita tidak wajar mempertikaikan apa-apa yang dibuat oleh parti yang kita tinggalkan. Baik atau buruk bukan lagi tanggungjawab kita. Tuhan kita tidak marah kalau kita tidak mempedulikan lagi. Apabila kita keluar meninggalkan kemunkaran, kejahatannya kita sudah bebas dari menanggung dosa. Laksana kita sudah meninggalkan isteri kerana kita yakin dia telah melakukan kesalahan, tidak perlu mempersoalkannya lagi. Biarpun dia melacurkan diri untuk mencari nafkah hidup ia bukan ada kaitan dengan kita lagi. Pintu syurga kita tidak akan dilaluinya lagi. Mungkin Tuhan menyediakan pintu syurga yang lain. Pintu syurga sesungguhnya bukan satu tetapi lapan atau 16. Tetapi tidak dengan Hasan Akidah. Dia masih bercakap mengenai Pas. Mengkritik Pas dan kedua biji matanya terjolor melihat Pas buruk dan cemar. Apakah Hasan masih teringat akan kedudukan dan nikmat yang diperolehinya semasa sepanjang berada dalam parti itu. Masih ingat jawatan Exco terpaksa dilucutkan. Jawatan yang memberi ruang dan peluang untuknya berkhidmat membela Islam? Jawatan yang melambangkan prestajnya. Atau pun mengingati kepada Pas yang berjasa kepadanya melengsaikan hutang pituang yang dipunyai sebelum ini? Terbaru Hasan terus mengungkitkan dan mengkritik Pas kononnya Pas mengubah slogan negara Islam kepada negara berkebajikan. Perubahan itu katanya kerana Pas takut kepada DAP dan ianya dibawa oleh parasit. Lebih baik Hasan tidak bercakap mengenai perkara ini (politik strategi) kerana selagi dia bercakap kebodohannya akan kelihatan sampai ke atas belikat. Benar seperti diakui ramai bahawa Hasan tidak faham mengenai politik, malahan buta langsung mengenai politik. Hasan mengira politik seperti dia cara berfikir dengan ilmu yang dia ada. Sebenarnya kegagalan Hasan meletakkan dirinya utuh dalam Pas kerana kejahilan dia berpolitik. Dia sudah silap semasa membuat pilihan menyertai politik bukan kekal bersyarah dalam summer camp. Selamanya Hasan Akidah akan ditimpa malang walaupun di mana dia berada dalam politik. Kalaupun dia menyertai Umno dia juga akan menghadapi kucah dan godaman ombak yang sama. Politik tidak boleh diurus semudah menaburkan air liur menerusi motivasi atau melakarkan pelan pelaksana di white board. Politik tidak boleh berfikir secara harfiah. Politik itu bengkang bengkok tidak sesuai orang yang merasakan didirinya lurus. Motivasi hanya cakap tetapi politik dengan cakap, tindakan dan penuh imiginasi. Motivasi adalah sesuatu praktikal, manakala dalam politik tidak semua praktikal adalah kalanya terkeluar dari normal akademik hatta mitos dan tahyulmacam 'didolar' Umno. Lantaran itu Hasan Akidah tidak perlu kesal terhadap apa terjadi apa lagi mengenang Pas. Kini dia sudah ada wadah sendiri yang mendapat bantuan dan segala macam kemudahan untuk bergerak. Nah bergeraklah dengan wadah itu. Gumba dan tubalah rakyat agar meninggalkan Pas. Hasan boleh tonjol dinamisme pemikkirannya untuk menguatkan Melayu dan Islam melalui Ngo itu. Lakukan tidak siapa membantah. Hasan tidak perlu bimbang. Sekiranya perjuangannya betul dan benar dia akan disokong. Hatta ahli Pas dan Umno akan meninggalkan parti masing-masing dan akan menyertai Ngo berkenaan. Selepas berjuta orang menyokongnya tidak mustahil Hasan dapat menjadi khalifah dalam Ngo berkenaan dan mengambil alih penguasaan negara ini memerintah secara Islam dengan akidah yang murni. Seluruh jemaah kabinetnya boleh dipilih dari mereka yang suci dan murni akidahnya. Orang yang suci akidah tidak khianat dan mencerca orang lain. Hasan bangunlah jemaah anda sendiri. Buktikan yang anda benar. Untuk membuktikan itu bukan dengan terus menjadi alat kepada mana-mana kuasa dan individu. Selagi anda bercakap kotor selama itu orang akan pertikaikan kesucian akidah anda. Mengenai strategi Pas menukar slogan dari Negara Islam kepada Negara Berkebajikan, seharusnya Hasan kena akur kepada Dr Haron Din yang tidak mempertikaikan perubahan itu. Apakah Hasan merasakan dia lebih Islamik dan akidahnya lebih suci dari Haron Din? Hakikatnya bahawa Haron lebih awal dan istiqamah dengan Pas berbanding Hasan yang masuk Pas kerana tersalah lorong. Yang nyata siasah Haron Din lebih tinggai dan mampan dari siasah Hasan Akidah. Jadi siapa yang kena ikut siapa dalam soal ini, Hasan ikut Haron atau Haron ikut Hasan? Sebaiknya Hasan selepas ini jangan sebut Pas lagi kerana Hasan tidak ada kena mengena dengan Pas. Saya juga tidak mahu menyebut Hasan lagi selepas ini, kerana setiap kali saya menulis nama Hasan skrin laptop saya akan berkelip macam ada kilat seolah-olah mesin yang tak ada perasaan ini juga benci dengan Hasan. Betul tak Mat, Mat mana lagi kalau bukan Mat Maslan. Mat Said masih sakit telinga | 'PRU13 sebelum AGM Gerakan 2013', gurau PM Posted: 30 Sep 2012 05:37 AM PDT RAZIATUL HANUM A. RAJAK
KUALA LUMPUR - Susulan pembentangan Bajet 2013 kelmarin, ramai menanti bayangan baru kepada teka-teki tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Pagi ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ada menyentuh mengenai PRU13. Jaminan beliau, PRU13 akan diadakan sebelum Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan 2013. Gurauan beliau itu disusuli dengan sorakan daripada mereka yang menghadiri persidangan yang berlangsung di Menara PGRM di Cheras di sini. "PRU13 nanti, yang pasti akan tiba sebelum perhimpunan Gerakan yang akan datang, saya boleh dedahkan ini," katanya yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN). Semalam, Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan meluluskan beberapa cadangan pindaan perlembagaan parti itu termasuk usul menangguhkan pemilihan parti yang dijadualkan Mac tahun depan, lapan bulan selepas tarikh PRU13. Dua minggu lalu, Najib yang juga Presiden Umno menasihatkan jemaah haji tidak risau mengenai tarikh pilihan raya, sekali gus membari bayangan PRU13 hanya akan diadakan selepas Disember. Berdasarkan Bajet 2013 dibentangkan kelmarin, penganalisis melihat PRU13 akan diadakan Mac depan. Mandat Kerajaan Pusat akan berakhir 28 April depan dan PRU13 perlu diadakan dalam tempoh dua bulan daripada tarikh pembubaran. Dalam ucapannya, Najib juga mengulas soal perjuangan Gerakan di Pulau Pinang dan menggesa parti itu merampas negeri tersebut pada PRU-13 akan datang. Malah beliau yakin parti itu dapat mentadbir Pulau Pinang dengan lebih baik kelak. Sementara itu, Presiden Gerakan Nasional, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata, Pulau Pinang sentiasa menjadi tumpuan utama Gerakan dalam PRU-13 meskipun gagal mendapat satu kerusi pada pilihan raya lalu. "Pulau Pinang sentiasa menjadi jantung hati. Sekiranya kita benar-benar bersatu hati, rakyat tentu akan beri peluang kepada kita memecahkan angka kosong. "Gerakan sedang bekerja keras dengan parti komponen untuk memastikan kerajaan dapat dikekalkan dan memenangi semula empat negeri yang dirampas pembangkang," katanya yang menyifatkan PRU-13 sebagai sengit dan kasar. Naib Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong pula menggesa agar kekalahan di Pulau Pinang tidak akan berulang kembali pada PRU13. "Gerakan gagal mendapat kerusi di Pulau Pinang dalam pilihan raya lalu, jadi perkara ini tidak boleh dibiarkan berlaku lagi. Kita mesti bersatu untuk menghadapinya," katanya ketika sesi Jawapan persidangan tersebut. Setiausaha Agung Gerakan, Teng Chang Yeow pula berkata musuh parti tersebut adalah Pakatan Rakyat (PR) bukan ahli dalam Gerakan. "Musuh kita PR di luar sana, bukan ahli Gerakan. Kita sudah masuk masa kecederaan. Paling cepat PRU-13 dalam dua bulan ini dan paling lama April depan, jadi kita perlu kerjasama," katanya. | Dr M tak minat jadi pengantara antarabangsa Posted: 30 Sep 2012 05:34 AM PDT Manik Mehta, Bernama Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak berminat memainkan peranan sebagai pengantara antarabangsa seperti bekas perdana menteri Britain Tony Blair atau bekas presiden Amerika Jimmy Carter. Beliau menyatakan perkara ini pada perjumpaan tidak rasmi dengan pelajar Malaysia di pejabat wakil Malaysia ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada Sabtu. Selepas menerima Anugerah Peringatan Rafik Hariri PBB-Habitat pada Jumaat malam, beberapa hadirin bertanya Dr Mahathir sama ada beliau ingin memainkan peranan sebagai orang tengah untuk menyelesaikan pertikaian antarabangsa berdasarkan pengalaman luasnya di peringkat antarabangsa dan kedudukan beliau sebagai negarawan terkemuka. "Saya rasa saya tidak layak memainkan peranan itu," katanya kepada Bernama sambil memberi alasan dalam nada berjenaka bahawa "dunia tidak akan mendengar cakap saya dan orang akan tetap melakukan apa yang mereka suka...Jadi, saya menolak kemungkinan itu." Pada majlis berkenaan, Dr Mahathir kelihatan tenang dan santai ketika menjawab soalan para pelajar tentang pelbagai isu, daripada keadaan politik di Malaysia dan langkah Malaysia untuk beralih menjadi sebuah negara maju, hinggalah kepada sengketa China-Jepun. "Untuk mengurus sebuah negara pelbagai kaum, pelbagai budaya dan pelbagai agama seperti Malaysia, anda memerlukan kerajaan yang kuat," kata beliau. Dr Mahathir menasihati para pelajar supaya tidak meninggalkan budaya serta nilai yang mereka bawa dari tanah air ketika menuntut di Barat. "Ramai yang mula berubah dari segi nilai dan budaya sendiri setelah tinggal di negara maju. Malah, ada yang sanggup berkata kami (di Malaysia) tidak seprogresif seperti orang di negara tempat anda belajar. "Apabila anda membandingkan sesuatu yang baik dengan sesuatu yang lebh baik, maka negara anda akan kelihatan tidak begitu baik. Tapi, sekiranya anda bandingkan negara anda dengan sesuatu yang tidak begitu baik, maka perkara yang tidak berapa baik ini akan mula kelihatan baik," katanya. Beliau menggesa pelajar Malaysia supaya pulang ke tanah air setelah menamatkan pengajian masing-masing untuk menyumbangkan pengetahuan mereka dalam membangunkan negara. "Bantulah Malaysia mencapai matlamatnya untuk menjadi negara maju menjelang 2020," kata Dr Mahathir sambil menegaskan bahawa walaupun berdepan dengan kemelesetan global, Malaysia terus berkembang dan "mampu melepaskan diri daripada graviti", seperti yang disebut Financial Times baru-baru ini. Dr Mahathir, yang kelihatan masih cergas dan berfikiran tajam, walaupun sudah mencapai usia 87 tahun, berkata ketika mula mencapai kemerdekaan daripada pentadbiran penjajah Inggeris, Malaysia dipandang rendah dan malah, ada pengkritik berkata ia tidak akan sampai ke mana kerana mempunyai rakyat yang berbilang etnik dan kaum. "Kami mengambil keputusan untuk berkongsi kekayaan sesama masyarakat kita -- Melayu, Cina dan India. Tidak mengapalah mendapat bahagian yang lebih kecil, daripada membolot semuanya. Dengan berkongsi kek yang ada dengan masyarakat lain, ini bermakna kami memberi peluang kepada masyarakat lain juga," katanya sambil menjelaskan bahawa sehingga kini, Malaysia berjaya memastikan pertumbuhan ekonomi dan kemakmurannya. Beliau berkata Malaysia dianugerahi kekayaan alam semula jadi dan berbeza dengan jirannya, Malaysia tidak dilanda bencana alam. Mengenai rasuah, Dr Mahathir berkata orang yang memberi rasuah, juga bersalah seperti orang yang menerimanya. Menyentuh tentang kekacauan yang berlaku di beberapa negara Islam baru-baru ini berkaitan sebuah filem anti-Islam yang dihasilkan seorang individu di Amerika, Dr Mahathir berkata beliau menyokong kebebasan menyuarakan pendapat, tetapi ia mestilah ada hadnya, terutama tidak melukakan persaan orang lain. Mengenai ketegangan yang semakin memuncak antara China dan Jepun serta peranan Amerika dalam konflik itu, beliau berkata: "...Perlu ada kesediaan untuk bertolak ansur dan mencapai keseimbangan." Beliau memberi contoh bagaimana Malaysia berjaya mencapai persetujuan dengan jirannya hasil daripada 'pendirian sewajarnya' yang diambil dalam menangani sesuatu konflik atau isu. Ketibaan Dr Mahathir dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali ke pejabat perwakilan Malaysia itu disambut duta Malaysia di Washington Datuk Othman Hashim. Muhammad Afiq Hassan, pelajar dari Stevens Institute of Technology di New Jersey, menyampaikan ucapan alu-aluan bagi pihak pelajar Malaysia. Bernama | Gerakan tangguh pemilihan parti Posted: 30 Sep 2012 05:33 AM PDT Bernama Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan meluluskan beberapa cadangan pindaan perlembagaan parti itu termasuk usul menangguhkan pemilihan parti yang dijadualkan Mac tahun depan, lapan bulan selepas tarikh pilihan raya umum (PRU). Cadangan itu, yang diterima sebulat suara oleh perwakilan Gerakan, dibentang Timbalan Speaker Datuk Gooi Hoe Hin pada persidangan perwakilan nasional parti itu di Kuala Lumpur semalam. "Pindaan itu akan membolehkan parti menghadapi PRU terlebih dahulu, dan dalam masa lapan bulan, baharu kita habiskan pemilihan parti itu, bermakna kita mahu lebih masa untuk pemilihan parti, supaya ia tak jejaskan usaha kita untuk hadapi PRU-13," katanya kepada kira-kira 747 perwakilan dari seluruh negara yang menghadiri persidangan dua hari dan dijadual dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini. Sementara itu, ketika membentangkan cadangan tersebut, Gooi berkata sebelum ini, berdasarkan Artikel 43.1 Perlembagaan Parti Gerakan, Jawatankuasa Kerja Pusat dengan kebenaran Jawatankuasa Pusat, mempunyai kuasa untuk menangguhkan pemilihan parti kepada satu tarikh lain dalam tempoh 15 bulan. "Tahun ini, kita sudah menggunakan lebih kurang sembilan bulan dan memandangkan PRU-13 masih belum tahu lagi tarikhnya, dan menjelang 31 Mac 2013 sudah habis tempoh penangguhan itu, maka bermakna kita mesti habiskan. Malangnya, kita tiada masa kerana yang lebih penting ialah PRU," katanya. Selain itu, Jawatankuasa Pusat membatalkan Artikel 96.2 dalam perlembagaan parti serta meluluskan penambahan Artikel 96.3 bagi membenarkan pelajar universiti menyertai parti tersebut selaras dengan pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti.- Bernama | MCA Kapar cadang Nazri dilantik menteri pelajaran Posted: 30 Sep 2012 05:31 AM PDT MALAYSIA KINI MCA bahagian Kapar menyatakan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz lebih sesuai menjadi menteri pelajaran berbanding Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ketua bahagian MCA itu Song Kee Chai berkata persetujuan Nazri ke atas tuntutan Dong Zong berhubung pendidikan Cina menunjukkan beliau berfikiran terbuka dan sanggup menyelesaikan masalah yang dihadapi masyarakat itu. Akhbar Sin Chew Daily melaporkan, bahagian MCA itu turut memasang kain rentang menggesa Nazri dilantik menteri pelajaran. Song dilaporkan berkata, masyarakat China menyokong Nazri dalam soal ini. Katanya, Nazri memahami masalah pendidikan Cina dan masyarakat itu dengan lebih baik. Berbanding Muhyiddin yang disifatkannnya sebagai seorang yang sibuk. Maka Nazri patut menggantikan Muhyiddin untuk jawatan itu, katanya lagi dalam laporan tersebut. Nazri dalam reaksinya kepada Sin Chew Daily berterima kasih atas sokongan bahagian MCA itu. Bagaimanapun, MCA Kapar perlu menyatakan sendiri perkara itu kepada perdana menteri, katanya. | Pemuda Gerakan mahu boikot, Koh gesa 'Satu Hati' Posted: 30 Sep 2012 05:27 AM PDT Nigel Aw Presiden GerakanTan Sri Koh Tsu Koon merayu kepada setiap lapisan parti itu supaya bersatu bagi memecahkan rekod kekalahannya di Pulau Pinang dalam pilihan raya lalu. Katanya, Pulau Pinang sentiasa berada di hati Gerakan dan berterima kasih kerana berpeluang untuk berkhidmat di negeri itu. Sekiranya anggota parti itu "satu hati", rakyat akan memberi peluang untuk menebus kekalahan itu, kata Koh kepada para perwakilan di persidangan perwakilan nasional parti itu di Kuala Lumpur pagi ini. Kempen "Satu Hati" itu dinyatakannya sehari selepas sayap pemudanya mengumumkan untuk tidak akan menghantar perwakilan ke sesi perbahasan pada persidangan perwakilan nasional parti itu hari ini. Pemuda Gerakan berbuat demikian sebagai tanda bantahan terhadap badan induk parti itu yang sebelum ini dilihat telah meminggirkan pergerakan itu, kata Ketuanya Datuk Lim Si Pin. Ucapan Koh hari ini juga sebagai reaksinya kepada kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada Mac lalu yang yakin bahawa Pakatan Rakyat mampu mengekalkan negeri itu dan BN akan "makan telur". Gerakan membentuk kerajaan selama hampir 39 tahun namun tewas di semua kerusi yang ditandinngi di negeri itu pada pilihan raya umum lalu. Dalam ucapannya hari ini, Koh turut menyelar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dengan mengaitkan kempen kecekapan, kebertanggungjawaban dan ketelusan (CAT) kerajaan negeri dengan "berlagak, angkuh dan tokong" (cocky, arrogant and tokong). "Itulah dia CAT)", katanya yang berkata, inilah peluang untuk Gerakan melancarkan menyerang balas. Katanya, banyak isu mengenai Pakatan Rakyat yang sudah didedahkan di Pulau Pinang sepanjang empat setengah tahun lalu. Tambahnya, parti itu juga akan berusaha untuk merampas semula Kedah, Selangor dan Kelantan, selain mempertahankan Perak, Johor dan Sabah yang diserang Pakatan Rakyat. "Kita akan serang dan pertahan," katanya. | Utusan mahu Malaysiakini minta maaf Posted: 30 Sep 2012 05:25 AM PDT ,MALAYSIA KINI Utusan Malaysia hari ini menuntut Malaysiakini memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia atas dakwaan bahawa portal berita itu dibiaya jutawan George Soros. Dalam edisi hujung minggunya hari ini, Awang Selamat – nama samaran untuk pengarang akhbar tersebut – juga mempersoalkan jika Malaysiakini berniat untuk menjadi "alat pihak asing". "Dengan sekian banyak bukti, jangan lagi berulang kali mendakwa portal itu bersifat bebas, itu hanya menghina diri sendiri. "Belum terlewat lagi untuk kembali ke pangkal jalan, lebih-lebih lagi ini adalah soal kedaulatan," kata penulis tanpa nama itu. Penulis berkenaan menyalahkan pembiaya asing yang didakwanya "menjadi ancaman kepada keselamatan dan kedaulatan negara" atas laporan "memburuk-burukkan kerajaan" dan menyokong ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam kempennya sebelum ini, Utusan turut melaporkan dakwaan seorang bekas editor Malaysiakini yang mendakwa salah seorang pengarah portal itu, Harlan M Mandel merupakan "orang Soros". Bagaimanapun, akhbar milik Umno itu tidak melaporkan kenyataan dan penjelasan ketua pegawai eksekutif Malaysiakini Premesh Chandran berhubung isu tersebut. Akhbar itu juga tidak melaporkan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad sudah berbaik-baik dengan Soros dan turut meminta jutawan itu menyokong projek anti-perang Forum Keamanan Dunia yang diusahakan bekas perdana menteri itu. Malaysiakini sebelum ini mendedahkan bahawa Mandel menjadi salah seorang pengarah Mkini Dotcom Sdn Bhd selepas mengetuai Media Development Loan Fund pada tahun lalu. | PM: Kertas cetak lebih bernilai dari dasar Buku Jingga Posted: 30 Sep 2012 05:24 AM PDT Andrew Ong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, berbeza dengan dasar BN, manifesto Buku Jingga Pakatan Rakyat tidak mengandungi dasar yang boleh dilaksanakan, Dalam ucapannya di Persidangan Perwakilan Gerakan Nasional ke-44 hari ini, Najib malah menyifatkan, kertas untuk cetakan Buku Jingga itu juga lebih bernilai daripada dasar tersebut. Najib berkata, cadangan Pakatan untuk menghapuskan pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional tidak boleh dilaksana kerana akan menyebabkan pembayar cukai menanggung kos RM50 bilion pada 2020. Beliau juga memperolokkan rancangan Pakatan untuk menghapuskan bayaran tol kerana menurutnya ia akan menyebabkan kejatuhan pasaran saham. Najib memberi alasan, kesemua pemegang konsesi tol merubakan syarikat yang disenaraikan di pasaran saham dan penghapusannya akan menjejaskan keseluruhan pasaran saham Bursa Malaysia. Katanya, ia berbeza dengan dasar BN melalui bayaran wang tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang menurutnnya bukan langkah populis. Tambahnya, Pakatan Rakyat boleh melakukan BERSIH 2.0 namun kerajaannya boleh membuat BR1M 2.0. Berbeza dengan subsidi untuk barangan keperluan, BR1M disasarkan kepada golongan dengan pendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 dan tidak layak diterima golongan kaya. Skim sama dijalankan di negara lain seperti Indonesia dan Singapura, katanya. Bantuan baucar RM250 untuk buku pelajar tingkatan enam dan di universiti juga bukan langkah populis kerana ia bukan bayaran tunai tetapi khusus untuk membeli buku bagi membantu golongan itu, katanya. Katanya, beliau enggan menyalurkannya sebelum pilihan raya kampus walaupun sesetengah pihak berpendapat sokongan kepada kerajaan akan akan meningkat jika dilakukan sedemikian. Bagaimanapun, kumpulan pro-Aspirasi yang menyokong kerajaan, menang di 18 daripada 20 kampus, katanya. | 10 orang muncul di KLCC untuk Hari Leher-V Posted: 30 Sep 2012 05:22 AM PDT Zulaikha Zulkifli Seramai 10 orang aktivis hadir untuk sambutan Hari Leher-V di satu kawasan taman Kuala Lumpur City Center (KLCC) hari ini namun ia tidak berlangsung lama apabila pihak keselamatan muncul petang ini. Dalam kejadian pada kira-kira jam 5.45 petang itu, dua orang pengawal keselamatan Suria KLCC mendekati petugas Malaysiakini dan wakil AFP yang membuat liputan pertemuan tersebut dan melarang daripada membuat rakaman video. Pengawal keselamatan itu kemudiannya membawa dua daripada 10 orang wakil aktivis berkenaan dengan membonceng motosikal ke satu lokasi, didakwa untuk menemui penyelia mereka. Adam Sharisman, 19, kemudiannya kembali menyertai aktivis lain selang 15 minit kemudian bersama seorang rakannya yang enggan dinamakan. Petugas media menemubual aktivis berkenaan dengan pengawasan pengawal tersebut. Dalam pertemuan singkat bersama penyelia keselamatan tersebut, Adam berkata beliau diberitahu bahawa petugas media perlu memohon permit untuk membuat rakaman video. "Untuk merakam video kamu perlu memohon permit. Itu pihak pengurusan beritahu masa kami jumpa dia," katanya ketika ditemui Malaysiakini. Menurutnya lagi, beliau juga diberitahu bahawa taman KLCC merupakan harta persendirian dibawah pengurusan KLCC dan bukan tempat awam. Jelasnya, beliau menyertai perhimpunan hari ini untuk memberi kesedaran bahawa tindakan diskriminasi terhadap individu gay adalah perkara yang tidak wajar. "Saya buat (perhimpunan) ini kerana betapa teruknya diskriminasi ini (dalam) masyarakat. Saya ada beberapa kawan yang sebahagian daripada LGBT. Kita sepatutnya menunjukkan sokongan pada mereka. "Dan saya buat perjumpaan hari ini lebih kepada suka-suka, bukan untuk menentang kerajaan," katanya lagi. Seorang lagi peserta lagi, Amri Abu, 28, berkata beliau hadir pada petang ini bagi membantah stereotaip ke atas golongan gay – seperti memakai baju leher-V. Menurut Amri, pendedahan garis panduan tersebut seperti membenarkan masyarakat dan kanak-kanak untuk membuli golongan LGBT, katanya. "Semua orang adalah sama. Garis panduan itu seperti memberi kebenaran untuk masyarakat dan kanak-kanak menggalakkan buli. Saya tak rasa ia wajar," katanya. Kumpulan berkenaan bersurai pada kira-kira jam 6.15 petang. Portal antarabangsa pergerakan LGBT Gay Star News pada 17 September melaporkan, Hari Leher-V kebangsaan diadakan hari ini sebagai respons terhadap dakwaan kerajaan menyokong garis panduan untuk mengenalpasti golongan itu. Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Puad Zarkashi dalam kenyataan pada hari Khamis lalu berpendapat penganjuran Hari Leher-V itu sebagai cubaan mempersendakan kerajaan. Pada 13 September lalu, akhbar Sin Chew Daily melaporkan menteri pelajaran menyokong "garis panduan" kepada ibu bapa untuk mengenalpasti "simptom" gay dan lesbian pada anak mereka bagi mengambil langkah membetulkan keadaan. Antara simptom itu, menurut harian berbahasa Cina itu, mempunyai badan sasa, suka menunjukkan aset di badan, memakai baju dengan leher-V. | Sayap PKR Tekad PRU-13 Ubah Kerajaan Posted: 30 Sep 2012 05:18 AM PDT SHAH ALAM : Ketiga-tiga sayap PKR menyatakan tekad untuk menjadikan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini sebagai 'medan perang' untuk merubah kerajaan Umno-BN bagi membawa pembaharuan politik negara. Tekad itu dilaungkan oleh ketiga-tiga pimpinan sayap parti di hadapan kira-kira 1,500 perwakilan dalam Rapat Umum PKR dalam sesi Forum: Peranan Sayap Parti Dalam Menghadapi PRU13 di sini. Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata pengundi muda perlu diberi perhatian oleh jentera parti kerana saluran generasi muda membawa perubahan politik semasa PRU12 lalu.
Sementara itu, Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamarudin berkata Kerajaan Umno-BN gagal memberdayakan wanita apabila memberi peruntukan yang kecil untuk program wanita dalam Belanjawan 2013. Ujarnya, peranan wanita di negara ini dapat diperkasakan dengan pelaksanaan program yang digariskan di bawah Agenda Wanita Malaysia yang dilancarkan Wanita Pakatan Rakyat. Dalam pada itu, Ketua Srikandi, Siti Aishah Shaikh Ismail berkata usaha untuk mendekati wanita muda semakin diperhebatkan khususnya isu-isu berkenaan ekonomi. Ujarnya, generasi muda tidak hanya melihat kepada siapa yang bakal memimpin negara tetapi persoalan harapan yang ditawarkan kepada generasi muda. "Anak muda ini perlu disantuni dengan memahami gaya dan pemikirannya. "Jangan anggap anak muda sebagai saingan tetapi perlu disantuni untuk memimpin masa hadapan," ujarnya. | 20 pemimpin PKR di Kabinet jika PR menang Posted: 30 Sep 2012 05:16 AM PDT RUWAIDA MD ZAIN
SHAH ALAM – Seramai 20 pimpinan kanan PKR dijangka mewarnai jemaah menteri Kerajaan Pusat yang baru sekiranya berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, kepimpinan baru negara itu semakin menampakkan bayangan dengan sebahagian kecil pimpinan kanan mungkin diangkat sebagai menteri dan timbalan menteri mengikut tradisi yang wujud di dalam hierarki kepimpinan politik tanah air. "Secara tradisi pimpinan kanan iaitu peringkat presiden sehingga pengurusan parti merangkumi timbalan, lima naib presiden, setiausaha, bendahari, ketua penerangan, pengarah pilihan raya, pengarah strategik, pengarah komunikasi, ahli majlis pimpinan. "Sebahagiannya sudah tentu berada dalam senarai mereka yang biasanya akan berada dalam jemaah menteri," katanya berkongsi pandangan ketika ditanya inti pati ucapan penutup Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rapat Pimpinan Nasional PKR 2012 yang diadakan di Shah Alam Convention Centre, semalam. Bagaimanapun katanya, barisan jemaah menteri itu tidak akan berada di ruang lingkup pengurusan kanan sahaja, sebaliknya anggota parti yang berpotensi juga akan diberi peluang. "Mereka yang mempunyai kepakaran tertentu seperti undang-undang, ekonomi tetapi tidak berada dalam peringkat pengurusan parti, saya percaya mereka juga akan dipertimbangkan bagi memantapkan jemaah menteri Malaysia yang baru," katanya. Shuhaimi berkata, Anwar juga mengingatkan anggota parti tidak terpilih menjadi calon wakil rakyat sama ada di peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) atau Parlimen, tidak perlu rasa putus asa atau merajuk kerana PR adalah parti dinamik. "Apa yang saya faham, mereka mungkin mengetuai agensi atau jabatan di mana pengalaman mereka itu akan digunakan di tempat yang sesuai. Parti mahu semua kepimpinan bersedia, jangan fikir golongan itu baru sertai parti atau telah lama. "Yang penting calon itu boleh bantu rakyat, boleh menyumbang kepada PR dan mereka yang dipilih ini adalah mereka yang benar-benar boleh membawa visi PR, membentuk sebuah kerajaan baru yang bertanggungjawab, telus dan tidak rasuah," kata beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri. | Piala Sultan Selangor: Selangor akhiri penantian 3 tahun Posted: 30 Sep 2012 05:15 AM PDT Noor Hafiza Che Abdullah
THE Red Giants berjaya mengakhiri penantian tiga tahun untuk menjulang Piala Sultan Selangor edisi ke-11 apabila mudah menewaskan pilihan Singapura 3-1 di Stadium Shah Alam, malam ini. Kemenangan ini sekali gus menyaksikan Selangor berjaya merampas kembali piala kebanggaan itu setelah tiga tahun berturut-turut Singapura memenanginya. Beraksi di hadapan lebih 65, 000 penonton di gelanggang sendiri, Selangor memulakan perlawanan dengan agresif dan melancarkan serangan ke kubu Singapura. Tuan rumah hampir mendapatkan jaringan awal pada minit ke-4 menerusi percubaan Safee Sali. Bagaimanapun sepakannya tersasar. Pada minit kelapan, Selangor sekali lagi hampir mendahului lawan namun, percubaan Bosko Balaban melepasi tiang gol. Tersentak dengan serangan daripada tuan rumah, pasukan pelawat mengatur strategik akhirnya percaturan yang dilakukan berhasil apabila Aleksandar Duric menjaringkan gol pada minit ke-23. Bagaimanapun, gol tersebut tidak menyentap semangat juang anak buah Irfan Bakti apabila turut melancarkan serangan ke kubu lawan. Kesilapan pemain Singapura yang menjatuhkan Amri Yahya di kotak penalti terhukum apabila pasukan tuan rumah berjaya menyamakan kedudukan menerusi Safiq Rahim melalui sepakan penalti pada minit ke-32. Babak kedua perlawanan menyaksikan pasukan tuan rumah memperkemaskan corak permainan dengan aksi yang lebih tersusun. Serangan bertali arus tuan rumah akhirnya berjaya menjarakkan kedudukan apabila sepakan luar penalti Bosko Balaban membolosi gawang lawan pada minit ke-54. Keghairahan tuan rumah dalam memburu kemenangan akhirnya tertunai apabila Rozaimi Abdul Rahman menjaringkan gol sekali gus menutup tirai perlawanan dengan 3-1. Senarai barisan pemain Selangor: Veenod Ramez Dayoud Mohd Nasriq Baharom Mohd Safee Sali Safiq Rahim Bosko Balaban Helmi Loussaief Mohd Bunyamin Umar Gunalan A/L Padathan Mohd Amri Yahya Norazlan Razali (PG) Senarai barisan pemain Singapura: Ito Takuma (PG) Kawakami Norhiro Syed Mohd Fadhli Syed Naser Al-Yahya Muhammad Jufri Taha Kwok Wing Hong Fabian Muhammad Hafiz Abu Sajad Aleksandar Duric Stefan Milojevic Shah Hirul Mohd Yusof Ismadi Muhammad Muhktar Mohammed Jamil Mohammed Ali | Batu dan Cat Tidak Halang Perjuangan Membela Rakyat Posted: 30 Sep 2012 05:11 AM PDT SHAH ALAM : Lontaran batu dan cat tidak menghalang PKR meneruskan untuk berjumpa rakyat dalam program Jelajah Merdeka Rakyat yang cuba digugat oleh samseng Umno-BN. Menurut Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata parti akan tetap menggerakkan program ini sebagai salah satu kaedah menyuntik kesedaran rakyat. Katanya, terdapat dua faktor utama yang membantu program ini berjalan dengan jayanya. Yang pertama kerjasama ahli parti atau mobilisasi rakyat dijalankan semaksimum dan faktor keselamatan merupakan dua petua kejayaan program tersebut. "Kedua-dua petua itu merupakan faktor penting bagi menjayakan program itu secara berterusan sehingga Pilihan Raya Umum Ke-13 diadakan. "Walaupun setakat ini ia tidak mengecewakan tetapi kita mahu momentum itu diteruskan. "Begitu juga dari segi keselamatan, kita tidak akan diserang jika pemimpin kita ramai, jadi kita kena tingkatkan kawalan keselamatan. Kita perlu memastikan pemimpin kita selamat dan program kita berjaya," katanya dalam program Rapat Pemimpin Nasional PKR 2012 di sini hari ini. Jelasnya, disebabkan sambutan luar biasa dari rakyat, PKR menerima reaksi yang keras dari pihak Umno-BN. Setakat ini, Jelajah Merdeka Rakyat sudah berjaya di sembilan negeri antaranya Pahang, Kelantan, Perlis, Pulau Pinang, Johor, Negeri Sembilan dan Kedah. "Dalam sembilan negeri yang sudah kita jelajah, hanya Negeri Sembilan sahaja kita tidak diserang," katanya. | Lajim Yakin Sabah Sumbang 10 Kerusi Buat PR Posted: 30 Sep 2012 05:10 AM PDT SHAH ALAM : Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Lajim Ukin hari ini menyatakan keyakinan terhadap kemampuan Pakatan Rakyat (PR) memenangi sekurang-kurangnya 10 kerusi Parlimen di Sabah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti. Menurutnya keyakinan tersebut berdasarkan kemampuan pengundi di Negeri Dibawah Bayu itu menukar Kerajaan Negeri Sabah pada 1985 sehingga 1994 serta kesedaran baru terhadap penipuan yang dilakukan oleh Umno-BN. "Orang Sabah pernah melakukan menukar kerajaan, tak mustahil berlaku lagi kali ini dan kerusi itu akan membantu PR membentuk kerajaan di Putrajaya. "Selama lebih 50 tahun Umno-BN berkuasa, tak pernah sekalipun bercakap nak kaji semula royalti minyak di Sabah, tetapi PR bersedia beri 20 peratus sekiranya diberi kuasa," kata Lajim ketika membuat penampilan khas dalam Rapat Pimpinan Nasional PKR 2012 di Pusat Konvensyen Shah Alam hari ini. Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Wilfred Bumburing pula melahirkan rasa kesal apabila Kerajaan Umno-BN gagal melindungi Sabah dari kemasukan pendatang tanpa izin. Menurut beliau yang juga Ahli Parlimen Tuaran itu berkata tidak kurang 250,000 orang pendatang tanpa izin memasuki Sabah dan sebahagiannya diberikan kerakyatan negara ini dengan mudah. Sementara itu, Pengarah Startegi PKR, Rafizi Ramli ketika berucap dalam konvensyen sama berkata pemimpin dan ahli parti haruslah memberikan fokus terhadap perjuangan untuk menghadapi PRU-13 nanti. "Dalam konteks Islam, perjuangan rakyat itu juga merupakan suatu perjuangan dalam Islam," kata Rafizi. Rafizi turut mengingatkan perwakilan terhadap kepentingan penggunaan startegi betul dalam perjuangan seperti mana dilalui oleh Mathama Ghandi dan Tariq Bin Ziyad ketika menentang musuh masing-masing. Dalam Rapat Umum Pimpinan Nasional 2012 yang diadakan sepanjang hari ini, seramai 1,500 perwakilan parti itu dari seluruh negara hadir. | Anwar : Najib Cabut Lari Bila Ajak Debat Posted: 30 Sep 2012 05:05 AM PDT SHAH ALAM : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekali lagi menolak cabaran debat dilontarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas pembentangan bajet 2013 dibuatnya di Parlimen Jumaat lalu. Anwar yang juga Ketua Pembangkang mengulangi cabarannya itu selepas Menteri Kewangan itu menggunakan sebahagian masa dalam tempoh pembentangan bajet tersebut bagi menyerang dirinya dan pemimpin Pakatan Rakyat(PR). "Saya secara bergurau berkata kepada Najib dalam masa lebih kurang setengah jam saudara menyerang saya. Apa kata kalau kita debat Najib dengan tajuk belanjawan? Dia sambil ketawa pegang beg terus blah (berlalu). "Pimpinan ini dia mesti berani pertahankan hujahnya. Itu prinsipnya. Jadi kalau kita gunakan media untuk meuar-uarkan jadi alat propaganda dan tidak boleh diulas itu jadi masalah," katanya ketika berucap dalam majlis Makan Malam Perdana Bersama Pimpinan PR di Stadium Malawati di sini malam Jumaat lalu. Beliau berkata, selaku Ketua Pembangkang dia akan mengulas secara panjang lebar mengenai bajet 2013 yang dibentangkan Najib dalam sidang dewan pada Isnin ini serta berharap Perdana Menteri menghadirinya. "Saya masih ingat semasa saya jadi Menteri Kewangan, saya tidak pernah tidak hadir ulasan awal Ketua Pembangkang walaupun pedih telinga (mendengar). Masa itu YB Lim Kit Siang jadi Ketua Pembangkang. "Bukan senang nak dengar tetapi saya fikir oleh kerana dia dengar ucapan kita selaku Menteri Kewangan maka wajarlah untuk menghormati sistem demokrasi dan memuliakan Parlimen," lata bekas Timbalan Perdana Menteri itu. | Lagi Pemimpin Kanan BN Sabah Bakal Sertai PR Posted: 30 Sep 2012 05:02 AM PDT SHAH ALAM : Beberapa pemimpin kanan BN Sabah dijangka akan mengikuti jejak dua Ahli Parlimen BN Sabah yang meninggalkan parti sebelum ini. Bayangan tersebut dibuat oleh Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali ketika menyampaikan ucapan dalam Rapat Pimpinan Nasional PKR 2012 di Pusat Konvensyen Shah Alam hari ini. "Sekarang kita ada dua orang pemimpin BN Sabah sertai kita, Insyaallah minggu depan akan ada lagi yang akan jadi agen kita," kata Azmin. Azmin ketika memberikan penjelasan lanjut kepada TV Selangor mendakwa, pihak yang dimaksudkan akan meninggalkan BN tersebut termasuk pemimpin kanan BN di Sabah. "Memang ada perbincangan dijalankan dengan pemimpin BN di Sabah dan Sarawak tentang bagaimana mereka boleh mainkan peranan untuk membawa perubahan untuk rakyat Sabah dan Sarawak. "Ini soal startegi, jadi tak semestinya kita umumkan semuanya serentak, kita tunggu masa yang sesuai, tetapi seperti saya nyatakan tadi, akan ada lagi pimpinan kanan, penting tempatan yang akan sertai kita," kata Azmin sebaik selesai rapat tersebut. Menurut Azmin, pemimpin-pemimpin yang terlibat merupakan pemimpin di peringkat Parlimen dan juga Adun di Sabah. Selain itu, Azmin berkata perkembangan terkini di Sabah dan Sarawak menyebabkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berada di dalam keadaan tertekan dan marah. "Isu ini menjadi kemarahan PM Datuk Seri Najib, sebab itulah dalam belanjawan baru-baru ini tiada peruntukan yang benar-benar menggembirakan rakyat Sabah kecuali menyentuhnya secara pinggiran sahaja," ujar Azmin lagi. Sebelum ini, baru-baru ini bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Lajim Ukin mengumumkan meninggalkan BN untuk menyertai PR. Tindakan kedua-dua Ahli Parlimen tersebut menyebabkan BN mulai kehilangan pengaruhnya terhadap masyarakat tempatan di beberapa kawasan kubu kuat mereka sendiri.
| Belanjawan Bingai: Hutang Negara Semakin Bengkak Menjadi RM502 Billion Posted: 30 Sep 2012 04:55 AM PDT KELAB GREENBOCHutang negara yang semakin bengkak ekoran perbelanjaan Belanjawan Negara 2013 yang tinggi mendapat perhatian pemimpin Pakatan Rakyat yang risau ia akan tenggelamkan ekonomi negara. MP Pakatan yang ditemui juga berpendapat, belanjawan tersebut tidak mengambil kira keadaan ekonomi antarabangsa dan domestik yang semakin mencabar dan akan memberi kesan kepada pendapatan negara. Mereka juga berkata belanjawan tidak mengambil kira masalah struktur ekonomi yang sarat dengan monopoli kroni Umno-BN yang mengakibatkan harga tinggi bagi barangan dan perkhidmatan. Ini berbeza kata mereka, dengan belanjawan Pakatan Rakyat yang mengstruktur-semula asas ekonomi negara supaya pendapatan rakyat ditingkatkan, mengalakkan daya saing yang sihat dalam bidang keusahawanan dan melahirkan masyarakat yang saksama. Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak hari ini membentangkan belanjawan kerajaan pusat yang berjumlah RM 251.6 bilion. Defisit negara daripada perbelanjaan belanjawan itu dianggarkan pada paras empat peratus dari keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi 2013. Manakala Belanjawan Alternatif Pakatan Rakyat yang diumumkan pada 26 September, memperuntukkan RM 234 bilion dengan defisit yang berjumlah 3.5 peratus dari KDNK. Berikut adalah petikan respons dari MP Pakatan : MP Gombak Azmin Ali "Apa yang saya tegaskan tadi pengumuman bajet amat mengejutkan. "Kita harus memberi unjuran gambaran situasi ekonomi dunia yang sudah tentu akan beri kesan langsung kepada ekonomi domestik tetapi Menteri Kewangan langsung tidak sentuh. "Apa yang amat menyedihkan, rakyat biasa kelas menengah dan rakyat miskin diberikan sogokan kecil one off seperti BRIM tetapi untuk tauke besar dan kroni pemerintah, diberikan insentif 10 tahun seperti yang diumumkan tadi iaitu Tun Razak Exchange. MP Bagan Lim Guan Eng "Kalau melihat hutang pula, RM 456 billion untuk tahun lepas (meningkat) kepada RM 502 billion untuk tahun ini. "Yang lebih dapat banyak manfaat masih kroni-kroni yang dapat banyak projek yang telah dijanjikan Ini adalah janji ditepati kepada kroni-kroni. "Janji dalam buku jingga dapat dilaksanakan jika kita memerintah Putrajaya dibawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana ianya bukan untuk kroni-kroni. " MP Kepong Dr Tan Seng Giaw "Ia merupakan peruntukan bajet yang amat besar berbanding dengan tahun lalu. "Tetap ada beberapa perkara yg belum dibuat misalnya utk SPRM (Suruhanjaya Pencegah Rasuah) kerana kita ingin mencegah ketirisan. "Sebab itu defisit sekarang ialah RM 43 bilion dan kalau kita tiada badan yang betul-betul boleh uruskan ini kita susah untuk hadapi masalah kerana hutang negara telah melebihi 54 peratus KDNK. "Bajet ini secara keseluruhannya untuk pancing undi pada pilihanraya akan datang. Yang penting kerajaan perlu atasi defisit. " MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar "Belanjawan yang diumumkan hari ini tidak menjelaskan sumber-sumber pertumbuhan pada masa akan datang. "Bayangkan cukai peribadi personal income tax diturunkan satu peratus jadi saya tertanya-tanya kritikan sebelum ini mengatakan tidak ada sumber pertumbuhan yang dikemukakan oleh Pakatan. "Kenapa hari ini terlalu bersifat budaya amat memperlihat pembelian undi dan juga tidak benar-benar cuba menyelesaikan masalah struktur ekonomi Malaysia? Bajet 2013 tidak dapat selesai hutang negaraKUALA LUMPUR: Bajet 2013 didakwa memberi tumpuan yang lebih kepada golongan sasar untuk menarik undi mereka pada Pilihan raya Umum ke-13. Ahli Parlimen Parit Buntar Dr.Mujahid Yusof Rawa berkata, pemberian one off kepada golongan belia, nelayan, petani dan pesara tentera menunjukkan kerajaan sedang menawan hati golongan itu. "Apa yang kerajaan beri dalam bentuk one off kepada golongan 21 tahun ke atas seperti rebat pembelian smartphone, pelajar sekolah dapat RM100 baucer, RM250 baucer buku kepada pelajar IPT, ini semua sasaran kerajaan dalam pilihan raya," kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen, petang tadi. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu juga berkata, tiada sesuatu yang baru dalam Bajet 2013 selain tidak menyelesaikan masalah bebanan hidup rakyat. "Semua ini tidak menyelesaikan bebanan hidup. Kita mahu kalau boleh ada isu harga minyak tapi tak ditekankan. "Saya menganggap bajet ini berada dalam kerangka lama, tidak ada sesuatu yang baru dan bajet pilihan raya kerana semuanya akan diberi pada 2013. Selain itu katanya, masalah hutang negara juga tidak dapat diselesaikan jika kerajaan terus mengamalkan pemberian one off. "Masalah hutang negara tidak digarap dan meningkap 10.1 peratus dalam laporan ekonomi iaitu hutang dalaman RM484.8 bilion berbanding dahulu iaitu lebih kurang RM430 bilion," katanya. "Jadi saya bimbang kalau pun Pakatan berjaya meneraju pemerintahan kita akan mewarisi ekonomi yang bankrup." -selangorku Ulasan GBGB terbaca dari wall fb: Hutang Malaysia 2007 : RM247 bilion Hutang Malaysia 2011 : RM421 bilion (Laporan : Hutang Negara Mencecah RM437.2 Bilion @ 52.7% Daripada KDNK. Bakal Cecah RM1 Trillion Tahun 2020) Hutang Malaysia Mac 2012 : RM456.1 Bilion. (Laporan : Menteri kata jangan risau, tidak perlu bimbang. Kita baru 53 percent. Threshold 55 percent. Bagus pny menteri) Jun 2012 : RM470.76 Bilion (Laporan : Hutang Malaysia 2012 (Terkini) Mencecah RM470.76 Bilion : Meningkat RM14 Bilion (54.8/55%)!!) September 2012 (terkini): RM476.68 bilion. sumber: Bank Negara Malaysia Bajet 2013 : RM 502 Billion clap clap clap.... | Ribuan Protes Projek Petronas Bernilai RM60b Di Pengerang Posted: 30 Sep 2012 04:49 AM PDT KELAB GREENBOC Johor Bahru: Beribu-ribu orang menyertai Himpunan Hijau Lestari Pengerang di Dataran Sungai Rengit Pengerang, hari ini. Himpunan yang amat besar ertinya bagi seluruh rakyat di Pengerang yang terlibat dengan Projek Bersepadu Penapisan dan Petrokimia Petronas (Rapid) ini ditangani oleh gabungan NGO dari seluruh negara. Himpunan yang turut disokong PAS itu diadakan memandangkan pembangunan projek itu telah menimbulkan berbagai konflik dan tanda tanya yang menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat khususnya penduduk Pengerang. Projek Rapid ini melibatkan 22,500 ekar tanah serta kira-kira 28,000 penduduk dari 17 perkampungan nelayan dan tradisi di kawasan perairan Pengerang. Sekiranya projek yang bernilai RM68 bilion ini diteruskan juga maka berbagai kemudahan awam termasuk warisan sejarah akan musnah antaranya, enam masjid, surau (11), sekolah kebangsaan (5), sekolah agama (5), sekolah jenis kebangsaan Cina (3) serta 3 rumah kakitangan kerajaan. Turut musnah ditelan projek mega yang bakal dibangunkan itu 3 klinik desa, balai polis (2), perkuburan islam (11), jirat cina (7) serta 9 balai raya. Protes menentang projek Petronas bernilai RM60b di Pengerang bermulaPENGERANG, 30 Sept — Kampung Sungai Rengit yang sunyi sepi sebelum ini bergegar apabila peserta demonstrasi melaungkan slogan dan tiupan "hon angin" mereka dengan berpakaian hijau untuk menentang projek petrokimia bernilai RM60 bilion itu yang bakal menyaksikan ribuan orang kampung kehilangan tempat tinggal dan kehidupan. Perhimpunan raksasa Himpunan Hijau Pengerang bermula awal sedikit daripada jadual dengan aman kerana terdapat kebimbangan akan sekatan polis untuk menghalang ke tempat perhimpunan. Dari 25 lokasi berlainan di seluruh negara, termasuk dari Malaysia Timur Sabah, peserta perhimpunan sudah berada di lokasi seawal jam 9.00 pagi dengan memakai baju hijau sambil mengangkat sepanduk protes. Himpunan hari ini turut dipenuhi dengan gerai menjual T-shirt, payung, topeng muka dan makanan ringan, dilihat terkawal dengan kehadiran pihak polis yang turut memantau dari udara menggunakan helikopter. Turut kelihatan adalah pemimpin Pakatan Rakyat (PR) seperti naib presiden PAS Salahuddin Ayub dan ketua DAP Johor Dr Boo Cheng Hau, termasuk jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 Wong Chin Huat dan Hishammuddin Rais, yang merupakan juruacara demonstrasi hari ini. Hishammuddin turut dilihat menceriakan peserta protes dengan mengajar mereka menyanyikan lagu "Suara Rakyat" termasuk lagu "Oh my darling Clementine". Baner dan plakad mengecam projek Hab Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) yang menyaksikan pemindahan lebih 3,000 penduduk Pengerang dari tujuh kampung kecuali Kampung Sungai Rengit, petempatan majoriti masyarakat Cina di sini yang buat masa ini terkecuali daripada rancangan pembangunan tersebut. Menurut penganjur, kawasan itu tidak diambil kerana nilai komersial tanah di Kampung Sungai Rengit yang tinggi. Namun begitu, ketua pengerang PKR Taufik Jahir mendakwa objektif mereka adalah untuk "mengusir penduduk kampung dari rumah mereka" kerana Kampung Sungai Rengit akan menjadi pulau yang dikelilingi Kompleks Bersepadu Petroleum Pengerang (PIPC). RAPID akan meliputi 6,424 ekar PIPC yang keseluruhan nya seluas 22,500 ekar, yang menjadi rumah kepada 28,000 pengundi di Pengerang. PIPC adalah projek mega bernilai RM170 billion yang bakal menjadikan Malaysia sebagai sebuah hab petrokimia terbesar di Asia Pasifik. "Sebaik sahaja kawasan ini menjadi pulau, nilai hartanah di Kampung Sungai Rengit akan jatuh dan penduduk akan terpaksa berpindah," kata Taufik kepada The Malaysian Inside. -TMI | Audit buktikan SPR laksana penipuan besar-besaran – Anwar Posted: 30 Sep 2012 04:43 AM PDT Anwar:Cubaan menipu PRU,SPR daftar 5 juta pengundi tiada alamatSHAH ALAM : Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan sebanyak 64,100 pengundi pos dimasukkan dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam tempoh sehari, tanpa melalui prosedur. "Audit mendapati ada penipuan besar-besaran dari daftar pemilih. Penemuan 64,100 pemilih pos dimasukkan dalam daftar pada 9 April 2010, berkemungkinan besar tidak melalui proses semakan dan bantahan rasmi. "Sebanyak 77, 246 nama pengundi baru yang tidak ada dalam daftar pemilih PRU 12,dimasukkan. "Bezanya apa? Permohonan dibuat bertahun-tahun sebelum PRU 12. Ada lima, lapan tahun tetapi tidak semena-mena nama-nama itu terpancar semula," kata Ketua Pembangkang pada majlis Makan Malam Perdana Pakatan Rakyat di Stadium Tertutup Melawati itu yang dihadiri kira-kira 3,000 pemimpin. Menyifatkan ia didalangi Umno lantaran tidak yakin memenangi PRU 13, Anwar memberi amaran keras kepada SPR supaya membersihkan daftar pemilih itu. Tambah memeranjatkan, kata Anwar, SPR mendaftar pengundi yang tiada alamat. "Ini bukan perkara baru, sebanyak 5.75 juta pemilih tiada alamat dalam daftar pemilih SPR, 3.3 juta hanya ada nombor rumah. "Ada 4.38 juta pemilih tanpa nombor rumah. Dia jawab, di kawasan Dayak, Kadazan, nombor rumah tiada tapi takkan sampai 4 juta. Manakala 1.99 juta boleh diperbaiki, ada alamat tapi tidak dibetulkan," katanya. Selain taktik pertambahan pengundi meragukan, beliau berkata, kaedah SPR untuk menipu melibatkan isu lokaliti dan persempadanan. "Kita tahu beberapa nama diumumkan oleh kawan-kawan kita yang terlibat tentang soal lokaliti. Lokaliti ini dulu banyak tetapi dikurangkan. Dulu jika ada enam, sekarang jadi tiga. "Selangor sahaja jumlah lokaliti berkurang daripada 24,479 kepada 13,813. Masalahnya, kita mahu semak satu persatu jadi susah sebab kawasan jadi besar," katanya. Selain itu, katanya masalah pemilih pos juga berlaku kecurigaan kerana nombor kad pengenalan tidak sepadan. "Ada 304,136, ini bukan jumlah kecil. Kita tak kata semuanya penipuan tetapi ada kejanggalan tentang tarikh permohonannya. "Malah, sebanyak 2,522 pemilih tentera dan polis tanpa nombor kad pengenalan baru yang berpadanan dengan nama-nama mereka," katanya. | Samseng rosakkan kereta, simbah asid di Himpunan Pengerang Posted: 30 Sep 2012 04:37 AM PDT JOHOR: Sekurang-kurangnya tiga kenderaan termasuk kereta yang dinaiki Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dirosakkan pihak tertentu yang tidak senang dengan program Himpunan Hijau Lestari Pengerang di Johor hari ini. Kedua-dua tayar kereta milik Penggerak Institut Peduli Rakyat (Peduli), Datuk Seri Abdul Rahman Maidin itu dirobek manakala cerminnya dipecahkan sebelum ia disedari kira-kira jam 1 petang. Ketika kenderaan itu dirosakkan, kereta itu diletakkan hanya 500 meter dari balai polis Sungai Rengit, tidak jauh dari tapak perhimpunan berkenaan.
Selain itu, dua kereta yang dinaiki aktivis sosial, Hishammudin Rais dan wartawan Suara Keadilan, Sidiqin Omar pula disimbah asid pagi ini. Kejadian yang disedari sekitar jam 7.30 pagi itu berlaku depan rumah yang mereka tumpangi di Jalan Teluk Ramonia, Sungai Rengit. Asid itu dipercayai disimpan dalam plastik sebelum disimbah ke bonet dan pintu kiri kedua-dua kereta itu, menyebabkan cat kenderaan mengelupas. Perbuatan itu dipercayai didalangi samseng Umno berikutan pelbagai program yang cenderung kepada Pakatan Rakyat diganggu kebelakangan ini termasuk tiga kali simbahan terhadap bas Merdeka Rakyat dan banyak lagi. | Belanjawan 2013: Tiada perubahan struktur penting Posted: 30 Sep 2012 04:10 AM PDT Roketkini.com KUALA LUMPUR : Belanjawan 2013 yang dibentang semalam adalah belanjawan yang boleh meletakkan negara dalam krisis kewangan terburuk sekali lagi apabila ia tertumpu kepada pembangunan projek-projek mega tanpa dinyatakan usaha serius untuk menanangani hutang negara sejak 1999. Ia dibuktikan dengan peningkatan hutang secara mendadak dari RM456 bilion pada 2011 kepada RM502 bilion sehingga 2012 biarpun kerajaan kelihatan gembira mengumumkan peningkatan peruntukan Belanjawan 2013 sebanyak RM251.6 bilion berbanding RM232.8 bilion tahun lalu. Menurut Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan Tony Pua, belanjawan kerajaan ini menunjukkan tiada kehendak politik dari pihak Kerajaan Persekutuan untuk melakukan perubahan struktur yang diperlukan dalam menguruskan belanjawan. "Apa yang menakutkan adalah liabiliti luar jangka kerajaan dianggarkan meningkat secara mendadak pada 2013 disebabkan perbelanjaan sebanyak RM53 bilion untuk projek MRT dan juga projek-projek mega yang lain. "Perbelanjaan dengan hutang ini langsung tiada di dalam kunci kira-kira atau tidak dikira sebagai hutang rasmi Kerajaan Persekutuan walaupun dibiayai kerajaan. Jelas Pua, "Di Eropah, Sepanyol yang sedang berdepan dengan masalah kewangan yang serius dan memerlukan jaminan keluar berbilion-bilion mempunyai nisbah hutang 'rasmi' kepada KDNK sebanyak 68.5 peratus. Tetapi disebabkan pelbagai liabiliti luar jangka dan jaminan keluar bank, nisbah 'sebenar' yang jauh lebih tinggi telah menyebabkan ekonominya hampir lumpuh dalam krisis yang masih berterusan." Hasil kutipan kerajaan lembab Mengulas kepada peningkatan hasil kutipan kerajaan, Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata bahawa belanjawan kali ini jelas mencerminkan kelembapan ekonomi negara berdasarkan peningkatan rendah kutipan hasil kerajaan sebanyak 0.7 peratus dan merupakan rekod kutipan hasil paling perlahan sejak tahun 1999. "Penurunan ketara dalam pertumbuhan hasil kerajaan akan memberi kesan kepada kemampuan kerajaan untuk memberikan impak kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui maksud fiskal." "Kita juga belum mampu untuk mengurangkan defisit belanjawan di bawah 4 peratus selama beberapa tahun dan telah gagal mengawal perbelanjaan melalui pengurangan pembaziran, penyalahgunaan dan korupsi." ujar beliau dalam satu kenyataan. Disebabkan hal demikian, kerajaan terpaksa membentangkan belanjawan yang lebih rendah berbanding tahun sebelumnya. "Perbelanjaan operasi dikurangkan kepada 0.3% daripada RM202.6 bilion hingga RM201.9 bilion sementara perbelanjaan pembangunan turut dikurangkan daripada RM46.9 bilion hingga RM46.7 bilion atau 0.4%. Menyifatkan Belanjawan 2013 tidak ubah seperti pengulangan belanjawan tahun-tahun sebelumnya, Pua berkata bahawa kerajaan menggunakan formula yang sama tanpa mempertimbangkan perubahan keadaan dan meningkatnya cabaran ekonomi yang kita hadapi hari ini.-Roketkini.com | Belanjawan Pakatan Rakyat: Royalti petroleum naik 20 peratus Posted: 30 Sep 2012 04:08 AM PDT Roketkini.com KUALA LUMPUR: Negeri-negeri pengeluar petroleum dan gas seperti Kelantan, Sabah, Sarawak dan Terengganu bakal mendapatkan semula hak royalti 20 peratus mereka ke atas pengeluaran hasil tersebut apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Cadangan Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 itu secara langsung akan mengeluarkan negeri-negeri tersebut dari kemelut kemiskinan yang melanda disebabkan pentadbiran Barisan Nasional yang memonopoli hasil dan hak negeri keatas sumber asli mereka. "Pemberian 20 peratus royalti ini merupakan dasar yang dipersetujui Pakatan Rakyat",ujar Ketua Pemuda DAP Kebangsaan Anthony Loke. Menurutnya, ia sememangnya merupakan hak negeri yang perlu dikembalikan supaya negeri dan rakyat dapat merasai hasil bumi mereka dengan adil. Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 telah menyatakan bahawa perlaksanaan pemberian 20 peratus royalti petroleum dan gas keatas negeri-negeri pengeluar tersebut akan menghasilkan tambahan pendapatan RM12.5 billion ketas negeri. Cadangan belanjawan ini adalah selaras dengan Akta Pembangunan Petroleum 1974 yang memberi hak kepada negeri pengeluar untuk menerima bayaran dalam bentuk royalti dari hasil tersebut yang selama ini telah dikhianati Barisan Nasional. Tambah Loke, pemberian 20 peratus royalti kepada negeri-negeri pengeluar minyak tersebut secara langsung akan meningkatkan ekonomi negeri. "Jika kita lihat, negeri-negeri pengeluar minyak ini boleh dikategorikan sebagai negeri yang mundur berbanding negeri lain, terutamanya Sabah dan Sarawak? Memberikan contoh yang berlaku di Sabah, Loke yang juga Ahli Parlimen Rasah berkata apa yang berlaku merupakan contoh bagaimana hak dan hasil negeri telah dirompak secara bersistematik oleh Kerajaan BN menjadikan negeri yang pernah setanding Singapura satu ketika dulu kini dilaporkan sebagai negeri termiskin di Malaysia. "Mereka sepatutnya mendapat pulangan yang lebih baik kerana ia akan menjana ekonomi negeri itu sendiri termasuklah dari segi pembangunan infrastruktur yang lebih baik dan sebagainya." ujar beliau. Selain pemberian royalti 20 peratus, Belanjawan Pakatan Rakyat juga akan memberi fokus kepada penubuhan syarikat-syarikat petroleum dan gas milik negeri. Baru-baru ini, cadangan pemberian royalti 20 peratus keatas negeri-negeri pengeluar petroleum dan gas oleh Pakatan Rakyat sekiranya berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan Raya Umum ke 13 ini telah menarik perhatian pelbagai pihak dan menimbulkan perbincangan hangat. Dengan mendapat royalti 20 peratus berbanding 5 peratus yang diberikan BN sekarang, negeri-negeri pengeluar akan mempunyai sumber pendapatan yang lebih tinggi seterusnya mampu membuka lebih banyak manfaat kepada rakyat. – Roketkini.com | Pertarungan antara BN dan PR dalam Bajet 2013 Posted: 29 Sep 2012 04:46 PM PDT Pandangan Lee Wei Lian Kini kedua-dua bajet dari Bajet 2013 dari kerajaan dan bajet bayangan dari pembangkang telah dibentangkan, kita akan bandingkan kedua bajet ini antara satu sama lain. Ini adalah bajet yang terakhir sebelum pilihan raya, dan Barisan Nasional (BN) mempunyai lebih banyak pengalaman dalam membuat bajet dan tidak memeranjatkan ia penuh dengan pemberian wang dan 'gula-gula', terutamanya kepada generasi muda yang mempunyai angka yang signifikan dalam daftar pengundi. Pakatan Rakyat (PR) ternyata masih belum mempunyai pengalaman apabila membentangkan bajet dengan lebih banyak untuk mengubah ekonomi, daripada pentadbiran Najib yang dilihat 'lebih kurang sama' dengan tidak mengubah struktur fundemental. Anda tidak boleh menyalahkan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak untuk tidak mengubah bajet begitu banyak, dan melakukan perkara yang hampir sama memandangkan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) meningkat dengan lebih baik walaupun terdapat kelembapan ekonomi di seluruh dunia. Tetapi bajet PR, sebaliknya lebih banyak menunjukkan cara untuk mengenepikan monopoli, kartel dan mengecilkan penglibatan kerajaan dalam perniagaan. Tidak semua dalam bajet dapat dibandingkan secara langsung, tetapi kita boleh melihat dari sudut angka fiskal. Kategori Bajet Berimbang Defisit bajet BN: 4 peratus PR: 3.5 peratus Pemenang: PR BN berjaya mengurangkan defisit dari 4.5 peratus tahun ini kepada 4 peratus pada tahun 2013 tetapi tidak cukup untuk menewaskan PR. BN bagaimanapun boleh berkata PR boleh menjanjikan segalanya kerana mereka tidak di dalam kuasa. PR bagaimanapun lebih berminat untuk menghapuskan rasuah, ketirisan dan pembaziran tetapi angkanya sedikit lebih baik dari BN. Tetapi, peningkatan sedikit ini memberi kelebihan kepada BN dari sudut pandangan agensi penarafan dan pakar ekonomi. Pembangunan Ekonomi Cara BN ialah dengan cara menabur insentif dari pelbagai industri sementara PR lebih banyak untuk menangani masalah fundemental untuk meningkatkan kemampuan untuk bersaing negara ini. BN lebih banyak menawarkan insentif seperti pemotongan cukai untuk penyelidikan dan pembangunan, sejumlah RM1 billion untuk meningkatkan pelaburan domestik, insentif untuk mengambil alih syarikat asing, insentif untuk industri teknologi seperti pemotongan cukai pendapatan untuk pelabur Angel serta mengiktiraf harta intelek, dan juga RM10 billion untuk skim pembangunan untuk industri kecil dan sederhana (IKS). PR memilih untuk perubahan dalam pembangunan, dengan memulihkan ekonomi dari budaya melobi dan kronisme, rasuah dan memansuhkan monopoli serta kartel, dengan harapan ekonomi dapat bergerak tanpa sebarang halangan. Dengan mengurangkan penglibatan kerajaan dalam perniagaan dengan mengubah peranan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), ia juga menjanjikan keusahawanan untuk menjadi asas kepada ekonomi. Pemenang: Kedua-dua mempunyai cara yang terbaik. Cara BN agak selamat tetapi seperti terdahulu, manakala perubahan yang dijanjikan PR lebih menarik untuk mengembangkan ekonomi ke arah negara maju. Cara hibrid serta IKS tidak perlu memilih antara skim pembangunan IKS dan perniagaan yang bebas dari para pelobi dan kartel. Tetapi berdasarkan dalam jangka masa panjang, PR lebih berjaya dalam perkara ini. Pendidikan Masa depan negara terletak pada pendidikan. BN baru-baru ini melancarkan pelan pendidikan yang dirancang oleh pakar tetapi memotong bajet pendidikan dari RM50 billion pada tahun lalu kepada RM38.7 billion pada 2013. Perdana menteri berkata mereka mahu "memberi nilai kepada setiap pelajar dalam setiap ringgit yang dibelanjakan" semasa pelan itu dilancarkan, maka mereka mungkin menemui cara untuk mengelakkan pembaziran dan meningkatkan keefisyenan. Sementara PR tidak banyak menyentuh tentang pendidikan dalam bajet kali ini, cuma mereka mahu memansuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Sementara niatnya baik dan PTPTN mungkin satu cara untuk melupuskan hutang pelajar, dan mencadangkan subsidi yuran untuk pendidikan, memansuhkan PTPTN mungkin akan menyebabkan pelajar tidak mempunyai sifat untuk berdikari dan hanya mahu bergantung dengan kerajaan. Ramai bekas pelajar yang membayar PTPTN sudah mengadu bahawa ini yang mereka tunggu-tunggu. Pemenang: BN mengakui pencapaian lemah Malaysia dalam pendidikan dan mahu mengubahnya dengan pelan terbarunya. Pemotongan bajet dalam pendidikan mungkin agak mengecewakan, tetapi tindakan PR untuk menghapuskan PTPTN hanyalah bersifat populis dan mahu mendapatkan undi. Apa yang cuba disampaikan oleh PR kepada pelajar? Adakah mereka tidak perlu membayar hutang? Berdasarkan ini dan pelbagai pandangan, dalam isu pendidikan, BN menang. Pendapatan Individu BN sekali lagi memberikan wang secara langsung kepada rakyat berpendapatan rendah untuk menangani kos kehidupan. PR pula mahu melaksanakan pemberian secara tidak langsung dengan mahu menurunkan harga kereta dengan memotong duti eksais, pemansuhan tol, pemansuhan PTPTN dan menurunkan harga petrol dan tambang pengangkutan. BN juga memotong cukai pendapatan sebanyak satu peratus untuk semua tangga sehingga RM50,000, tetapi pakar cukai menjangkakan ini adalah persediaan untuk pengenalan kepada cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Pemenang: Kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kelemahan. Pemberian wang tunai secara langsung dalam kelembapan ekonomi dapat meningkatkan perbelanjaan, walau bagaimanapun ia dilihat sebagai cara membeli undi kerana pemberian secara 'one-off' tidak bertahan lama. Penurunan satu peratus pada setiap tangga cukai dilihat tidak banyak bila kita melihat negara lain memberi cukai serendah 11 peratus untuk mereka yang berpendapatan RM300,000 atau mempunyai cukai pendapatan yang lebih tinggi tetapi memberikan perkhidmatan awam yang lebih baik dari Malaysia. Cara PR dengan meningkatkan pendapatan dengan membuang halangan dalam ekonomi dilihat boleh bertahan lebih lama walaupun ia termasuk dengan pemansuhan PTPTN yang tidak boleh diterima. Perumahan Perumahan adalah satu isu yang besar apabila banyak aduan tentang kos pembelian rumah yang semakin mahal. Cara BN ialah meningkatkan cukai keuntungan hartanah (RPGT) sebanyak lima peratus untuk menangani masalah spekulator dan juga akan membelanjakan RM1.9 billion untuk membina 123,000 rumah mampu milik. Ia juga lebih mudah untuk golongan muda yang memperoleh pendapatan kurang dari RM5,000 untuk mendapat pinjaman untuk perumahan. PR mencadangkan pembinaan 100,000 rumah mampu milik dari harga RM130,000 hingga RM300,000 dibawah Perbadanan Perumahan Nasional dengan suntikan modal bernilai RM5 billion pada tahun 2013. Pemenang: Kedua-dua bajet banyak membina perumahan rakyat tetapi BN menangani isu spekulasi hartanah melalui RPGT sedangkan PR tidak. BN dapat melihat masalah kewangan dan dengan memberi kemudahan untuk mereka yang berpendapatan kurang dari RM5,000 untuk memiliki rumah tanpa memerlukan tiga bulan pembayaran ansuran dari simpanan mereka sendiri. Saya mengatakan keduanya sama baik dan tiada pemenang. Pengangkutan Awam Keduanya mahu meningkatkan pengangkutan awam. BN tidak banyak memberi perkara baru selain dengan memberi diskaun untuk KTM untuk mereka yang berpendapatan kurang dari RM3,000. PR, dalam masa sama mahu menjadikan pengangkutan tidak terikat kepada satu entiti dan lebih banyak membangkitkan isu tempatan, dan berkata mahu mengkaji semula MRT dan mahu melaksanakan BRT (Transit Aliran Bas). Pemenang: Keduanya mahu melakukan perubahan untuk pengangkutan awam, tetapi kemahuan PR untuk melaksanakan BRT adalah membimbangkan jika kita lihat bandaraya seperti Bogota dan Johannesburg, berbanding Zurich dan Tokyo dalam menjadikan kereta api sebagai pengangkutan awam utama berbanding bas. Bas adalah lebih baik untuk jarak pendek tetapi tidak ada siapa yang sanggup untuk bergerak dalam jarak yang lebih panjang. PR mahu melaksanakan bas tempatan yang lebih baik, tetapi BN menang dalam isu ini kerana BRT sudah dilakukan di sesetengah tempat di negara ini. Keputusan PR menang dalam kategori bajet berimbang, pembangunan ekonomi dan pendapatan individu. BN menang dalam pendidikan dan pengangkutan awam disamping seri dari segi perumahan. BN lebih banyak berhati-hati dan banyak menggunakan cara Santa Klaus dengan banyak memberi insentif, wang tunai dan cara konservatif, menggambarkan statusnya sebagai kerajaan hari ini. PR pula lebih progresif dan mahu mengubah lebih banyak struktur dan menggambarkan ia sebagai pencabar utama. Siapa yang anda akan pilih?
| Pengurangan subsidi gula, restoran dipantau Posted: 29 Sep 2012 04:26 PM PDT MALAYSIA KINI Seramai 1,900 pegawai penguat kuasa dan 1,300 pegawai pemantau harga akan meninjau restoran di seluruh negara bagi mengelak kenaikan harga makanan dan minuman berikutan pengurangan subsidi gula sebanyak 20 sen sekilogram seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2013. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe berkata berikutan pengurangan subsidi itu, pihak pembekal makanan dan restoran sepatutnya mengurangkan kandungan gula di dalam proses penyediaan sajian mereka dan bukannya mengambil kesempatan menaikkan harga makanan. "Langkah kerajaan mengurangkan subsidi gula sepatutnya dilihat dari segi kesihatan yang mana kerajaan ingin mengubah pengambilan gula berlebihan oleh rakyat di negara ini. Kerajaan bukan sengaja kurangkan subsidi, sebaliknya ia dilakukan ekoran statistik rakyat di negara ini yang kerap mempunyai penyakit disebabkan pengambilan gula berlebihan," katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur hari ini. Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Belanjawan 2013 mengumumkan pengurangan subsidi gula sebanyak RM0.20 sen sekilogram berkuat kuasa hari ini. Berdasarkan rekod, gula sebagai barangan kawalan telah mengalami kenaikan harga sebanyak empat kali sejak 1 Januari 2010 iaitu sebanyak RM0.20 sekilogram, RM0.25 sekilogram (18 Julai 2010), RM0.20 sekilogram (4 Disember 2010) dan kali terakhir pada 10 Mei 2011 (RM0.20 sekilogram) menjadikan harga runcit gula RM2.30 sekilogram sehingga kini. Tan berkata rakyat sebagai pengguna perlu membantu kerajaan dalam memantau harga makanan ekoran pengurangan subsidi tersebut dengan melaporkannya kepada pejabat kementerian. "Rakyat adalah mata dan telinga kerajaan dan laporkanlah sekiranya berlaku kenaikan harga makanan yang tidak relevan kepada pihak kementerian," katanya. Beliau berkata rakyat perlu tahu dan sedar bahawa pengurangan subsidi bukan bertujuan menambah beban mereka sebaliknya untuk kebaikan mereka sendiri. "Rakyat perlu belajar dan mula mengurangkan pengambilan gula kerana terdapat keluarga yang mampu bertahan menggunakan dua kilogram gula untuk tempoh sebulan dua. "Kurangkan sukatan dan pengambilan air bergas (minuman berkarbonat) dan mulakan cara hidup yang sihat dengan mengambil gula dalam kuantiti yang sedikit," katanya.- Bernama | KM: Bajet tiada kasih untuk Pulau Pinang Posted: 29 Sep 2012 04:24 PM PDT Susan Loone Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyelar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana didakwa mengabaikan negeri itu dalam Bajet 2013. "Saya sangat sedih tiada apa-apa untuk Pulau Pinang," kata Lim dalam sidang media semalam. Lim yang juga setiausaha agung DAP berkata, Najib juga gagal menghormati belanjawan tahun lalu apabila Pulau Pinang dijanjikan 200 bas untuk melancarkan sektor pengangkutan awam negeri. Bagaimanapun, tambah Lim lagi, sehingga kini tiada kenderaan yang tiba. "Apa jenis 'Janji Ditepati' ini?" katanya sinis. | |