Rabu, 25 Julai 2012

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah


Lajim jumpa Nik Aziz di Kota Bharu

Posted: 25 Jul 2012 08:24 PM PDT

KOTA BHARU: Ketika panas cerita tentang kedudukan Datuk Seri Lajim Ukim dalam Umno, tiba-tiba hari ini Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu mengunjungi Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kedua-duanya kelihatan berbual mesra di pejabat Menteri Besar Kelantan itu hari ini.

Bulan lalu, Lajim mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu.


Difahamkan pengumuman berkenaan dibuat pada majlis sambutan Ulang Tahun ke-57 kelahirannya pada Sabtu bulan lalu.

"Surat peletakan jawatannya sebagai Ketua Umno Cawangan telahpun di hantar kepada Setiausaha Umno Bahagian Beaufort beberapa hari lalu.

"Langkah pertama tidak akan pertahankan kerusi Ketua Bahagian dan langkah kedua peletakan ketua cawangan Umno dan langkah ketiga katanya tunggu dan lihat," katanya yang dipetik daripada portal berita New Sabah Times pada Isnin.

Sebelum ini Lajim mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi Ketua Umno Bahagian Beaufort.

Menurut laporan itu lagi, Lajim berkata beliau masih 'pemimpin kerajaan' dan masih meneruskan tugasnya sebagai pemimpin dalam parti kerajaan.

Pemuda alukan Lajim sertai PAS

Posted: 25 Jul 2012 08:21 PM PDT

BEAUFORT: PAS bersedia menerima kemasukan orang ramai termasuk tokoh masyarakat dan politik untuk menjadi ahli parti tanpa mengira latar belakang dan kedudukan seseorang.

Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu berkata, PAS sudah menunjukkan keterbukaan dengan menerima kemasukan sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertai parti tersebut tanpa sebarang halangan dan latar belakang.


 
"PAS sudah banyak pengalaman yang dilalui. PAS juga menerima pelbagai latar sama ada doktor, peguam, professional malah orang kampung yang tidak berpendidikan pun PAS terima kalau dia mahu jadi ahli.

"PAS tidak pernah halang kemasukan mereka", ujar beliau.

PAS katanya, turut menyambut baik dan mengalu-alukan tindakan Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin untuk menyertai PAS sekiranya beliau dipecat oleh Umno.

"PAS mengalu-alukan tindakan beliau untuk bersama perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat.


"Beliau (Lajim) sudah pun mengakui bahawa Pakatan Rakyat mampu melakukan perubahan dan memperbetulkan apa yang diseleweng Umno. Ini kata beliau, dan PAS amat berterima kasih terhadap pandangan beliau ini," katanya.

Beliau diminta mengulas terhadap kenyataan Datuk Seri Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu dalam sebuah akhbar tempatan Daily Express kelmarin yang tidak kisah dipecat oleh Umno serta bersedia menyertai sama ada Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS atau DAP berdasarkan kehendak para penyokongnya.

Katanya Lahirul, pimpinan Umno dan rakyat di negeri Sabah sebenarnya tidak perlu gusar dan takut-takut untuk menyatakan pendirian mereka terhadap Umno kerana parti tersebut sudah tidak mampu mengubah dan berubah apa-apa yang sepatutnya dimiliki oleh negeri ini.

"Apa yang ada dalam Umno kini hanyalah rasuah, kronisme, putar belit dan sebagainya.

"Kenapa perlu dipertahankan Umno dan Barisan Nasional lagi,  seandainya ada Pakatan Rakyat yang mampu mengubah landskap politik dan kehidupan rakyat Sabah.?" Jelas Lahirul.

Tiada ulasan:

Pengikut