Rabu, 25 Julai 2012

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


Puteri Bahagian Segambut

Posted: 24 Jul 2012 11:43 PM PDT

Puteri Bahagian Segambut


@NajwanHalimi Sakit Hati Tak Dapat Jadi Duta Jenama 1Malaysia @NajibRazak @umbkl

Posted: 24 Jul 2012 10:35 PM PDT

Nilah HERO baru Anugay lahirkan selepas Rafizi Ramli. Mamat Najwan Halimi bakal glemer lepas ni dan nampak gayanya memang itu tujuan mamat ni. Cari publisiti murahan. Mungkin beliau jeles dengan populariti dan perhatian yang Anugay bagi pada Rafizi.

Tapi yang sebenarnya apa yg SP nampak adalah mamat ni sbnrnya risau dengan populariti jenama 1Malaysia yang telah diilhamkan oleh PM kita kalau tidak takkanlah dia boleh keluarkan statement bangang macam ni di Twitter miliknya.

Tahniah Datuk Seri Najib Razak. Jenama 1Malaysia telah berjaya buat puak2 ni panas pungkoq dan tak lena tido malam. Semoga Datuk Seri terus dapat ilham untuk wujudkan lebih banyak lagi Jenama 1Malaysia biar puak2 ni makin tak keruan.


SP: Lidah adalah antara penyebab manusia dihumban ke neraka. Rasulullah s.a.w. bersabda di dalam hadis:

وهل يكب الناس علي وجوههم في النار الا حصائد السنتهم
 
"Tidakkah hasil tuaian lidah manusia itulah yang menghumbankan mereka. dalam neraka?"


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Nasrudin Tantawi Bohong ke Karpal Yang Bohong ni?? @umbkl

Posted: 24 Jul 2012 01:00 AM PDT


 
Nasrudin Tantawi kata Karpal Singh akan kompromi berkenaan perlaksanaan hudud di negara ini sekiranya Pakatan Haram berjaya menjajah Putrajaya. Mula2 SP terfikir gak agaknya Si Nasrudin ni dah lama bersahabat dengan Karpal Singh sampai boleh baca fikiran Godfather DAP ni tapi rupa2nya sangkaan SP meleset bila terbaca artikel dalam akhbar The New Straits Time (sila rujuk sini)




Pada saya, Nasrudin tidak perlu berbohong begitu pada golongan muda. Kalau benar tahu bahawa PAS tidak mungkin mampu melaksanakan hudud, usahlah kata PAS mampu.

Kalau DAP tidak akan sesekali bersetuju untuk laksanakan hudud dan PAS terpaksa tunduk "kowtow" pada kehendak "boss" mereka itu, Nasrudin perlu jelaskan mengenainya di hadapan golongan muda di program debat tersebut.

Tak perlulah Nasrudin menipu anak-anak muda kerana mereka memang tahu DAP itu "boss" kepada PAS,
kan?
 
 
Lagi cerita mengenai ini boleh rujuk di sini
 

Razlan's

Posted: 24 Jul 2012 11:06 PM PDT

Razlan's


Tidak Salah Menipu masa Debat ? Fatwa @tantawii100

Posted: 24 Jul 2012 07:22 PM PDT

Janganlah kita sesekali berkopiah dengan niat mengaburkan orang Islam, jangan lah kita berjubah sesekali mahu menunjuk bahawa kita Alim...


Sunah kita mengikut Rasulullah tetapi Rasulullah tidak pernah menyuruh kita ber riak- riak dengan pakaian dan bermegah-megah dengan apa yang kita ada...


Penipuan didalam DEBAT atau di luar DEBAT.. itu tetap penipuan.. bukan kamu berdebat untuk 2 orang sahaja ... perdebatan itu disaksikan oleh ribuan orang dan segala yang kita utarakan adalah untuk pengetahuan umum...


Taubatlah Ketua Pemuda PAS .... Malu lah apabila kamu berhias2 dengan bermegah2 dengan niat bertopengkan Islam .... dengan niat mahu menipu .. maka gugurlah iman kamu...


Ikuti Statement beliau dibawah ini .....


Nasrudin pertahan DAP kompromi terima hudud - Utusan Malaysia 24 Julai 2012

KUALA LUMPUR 23 Julai - Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan hari ini tetap mempertahankan fakta berhubung kesediaan Karpal Singh berkompromi untuk melaksanakan hukum hudud walaupun ia disanggah oleh Pengerusi DAP itu.

Bukan itu sahaja, malah Nasrudin turut mempertahankan fakta yang menyatakan bahawa Pas merupakan parti dominan dalam pakatan pembangkang.

Sehubungan itu beliau mencabar mana-mana pihak menganjurkan satu lagi perdebatan sekiranya mereka mendakwa dua fakta yang dikemukakannya itu ketika berdebat dengan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya pada Khamis lalu sebagai satu pembohongan.

''Kedua-dua fakta ini saya kemukakan dalam debat. Sepatutnya kalau ia satu pembohongan maka ia perlu dipatahkan dalam debat tersebut. Jika mereka tidak berpuas hati aturkan satu lagi siri debat terbuka dan jemput kami.


''Kita selesaikan perkara ini dalam gelanggang. Bukan bising di luar gelanggang. Banyak tugas yang terpaksa saya fokus untuk membangunkan umat ini berbanding melayan kerenah UMNO yang sukar menerima realiti,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kebenaran dua fakta tersebut ekoran kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Seputeh, Mohd. Razlan Mohd. Rafii yang mendakwa Nasrudin telah berbohong.

Mohd. Razlan berkata, tindakan Nasrudin memutarbelitkan fakta berhubung kompromi Karpal terhadap hukum hudud adalah serius dan menuntut penjelasan sewajarnya.

Beliau berkata, Pas bukan parti dominan, sebaliknya DAP lebih dominan berbanding parti itu dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sementara itu Karpal dalam kenyataannya di sebuah akhbar berbahasa Inggeris kelmarin membidas Nasrudin dengan menegaskan yang beliau tidak pernah berkompromi dalam soal melaksanakan hukum hudud.


Karpal berkata, ia juga merupakan pendirian DAP secara keseluruhan dan pelaksanaan hukum hudud tidak pernah dirunding dalam sebarang bentuk perbincangan.

Dua fakta berkenaan telah dikemukakan oleh Nasrudin ketika beliau dan Fathul Bari berdebat dalam satu program perdebatan anjuran akhbar tempatan yang bertajuk; ''Pilihan Raya Umum Ke-13: Orang Muda Pilih Siapa?".

Mengulas lanjut Nasrudin berkata, mereka yang hanya tahu bising di luar gelanggang merupakan yang kalah dan lemah.

''Tidak perlu menggelegak di luar gelanggang. Meraung di luar gelanggang adalah sifat orang kalah dan lemah,'' katanya.

Menjawab satu soalan, Nasrudin berkata, beliau dan Dewan Pemuda Pas sedia berhadapan dengan mana-mana pihak sekiranya penganjuran satu lagi siri debat benar-benar diadakan.

''Dewan Pemuda Pas sedia dengan siapa jua dan kita akan tengok serta bersedia menghantar regu yang sesuai,'' katanya lagi.

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

Posted: 24 Jul 2012 03:07 PM PDT

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


SELAMAT BERPUASA DARI PPUBJ.

Posted: 23 Jul 2012 07:39 PM PDT


PPUBJ DAN SELURUH EXCO PEMUDA BAHAGIAN SERTA PENULIS INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MENGUCAPKAN SELAMAT BERPUASA KEPADA SEKIAN PEMBACA BLOG INI.

Penganalisis akui kebangkitan anak muda moderat dalam politik

Posted: 23 Jul 2012 07:02 PM PDT


Kebangkitan golongan muda dalam politik dilihat satu perubahan baik dan menjadi trend untuk memilih pemimpin-pemimpin bagi membawa perubahan secara menyeluruh dengan menerapkan politik baru yang lebih mencerminkan ciri-ciri Islam.
Penganalisis politik, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sanim dari Universiti Utara Malaysia melihat kebangkitan golangan muda moderat yang lebih Islamik menjadi satu trend kepada arena politik di Malaysia.
Menurutnya, mengikut trend sekarang, golongan muda Melayu cenderung memilih dan membawa politik negara bersifat Islamik tanpa ada sebarang bentuk penindasan, korupsi dan sebagainya.
"Ya, betul golongan muda moderat telah bangun dan memilih pemimpin yang berbentuk Islamik untuk menjadi ketua negara seperti yang berlaku di negara-negara Arab.
"Kita nampak trend lebih bebentuk Islamik, dan pencetusnya juga golongan muda yang akan membawa perubahan besar dalam semua parti politik dan bukan hanya Pas sahaja," katanya kepada Sinar Harian Online.
Mohd Azizuddin berkata, trend seperti di negara-negara yang mengalami 'Arab Spring' terus meresap masuk ke minda golongan muda.
"Kecenderungan golongan muda lebih menyokong Pas kerana parti itu mencerminkan pembawakan Islam yang lebih ketara.
"Kebangkitan golongan tersebut dan cara pembawakan mereka dilihat baik dan tidak terlalu ekstremis buat masa sekarang, namun pada masa akan datang kita tak tahulah," katanya.
Beliau menjelaskan bahawa selagi perjuangan golongan muda moderat ini tidak terlalu ekstrem, ia adalah perkara yang baik dalam membawa perubahan kepada politik negara supaya pelbagai masalah yang dihadapi sekarang termasuk korupsi, liberalisme dan sebagainya dapat dihentikan.
Ketika menyertai Debat Sinar Harian Khamis lalu, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia Fathul Bari Mat Jahaya menyelar pemimpin yang menggunakan agama bagi tujuan kepentingan parti semata-mata kerana baginya agama memainkan fungsi utama dalam menyatukan umat Islam walaupun berbeza fahaman politik mereka manakala Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Tantawi turut bersetuju bahawa faktor agama mampu melahirkan pemimpin yang bersih daripada segala anasir negatif termasuk mengekang daripada melakukan rasuah.
Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak pula berkata, perubahan yang dilakukan golongan muda adalah perkara yang baik, namun tidak semua yang menyokong parti politik yang berimej Islamik.
Katanya, tidak semestinya anak muda di Malaysia memilih kepimpinan atau ketokohan yang bercorak keagamaan tapi perlu seiring dengan perubahan semasa.
"Saya tak nampak seratus peratus golongan ini menyokong kepimpinan yang bercorak keagamaan sahaja.
"Tapi mereka lebih memilih pemimpin yang mendekati, mendengar, jujur, dan bertanggungjawab kepada rakyat terutamanya golongan muda," katanya.
Mohamed Mustafa berkata, bukan imej dari segi pemakaian sahaja yang menjadi sokongan golongan muda tapi pembawakan serta pelaksanaan tanggungjawab berkesan kepada rakyat adalah dorongan untuk golongan tersebut memilih sebagai pemimpin negara.
"Kriteria agama, bukan bersifat imej (pakaian) sahaja yang boleh tutup persepsi itu tapi tanggungjawab pemimpin pada rakyat menjadi sokongan tulin.
"Ada juga yang terpengaruh dengan imej yang dibawakan, tapi itu terpulang kepada masyarakat untuk menilai," katanya lagi.
PANDANGAN PPUBJ :
Alangkah indahnya jika kita dapat gabungan dari kedua-dua elemen tersebut. Berilmu dan beriman serta bertaqwa dapat menjadikan seseorang pemimpin dapat menjalankan amanah serta tanggungjawab dengan lebih cekap dan lengkap.

KELUAR MASUK PARTI MUSIM PILIHANRAYA.....

Posted: 23 Jul 2012 06:41 PM PDT


Di sebalik spekulasi, Lajim jumpa Nik Aziz di KB
WARTAWAN SINAR HARIAN
23 Julai 2012
Di sebalik spekulasi, Lajim jumpa Nik Aziz di KB
Lajim (kiri) ketika mengadakan pertemuan dengan Nik Aziz di Kota Bharu, hari ini.
KOTA BHARU – Di sebalik spekulasi bahawa akan meninggalkan Umno, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukim muncul di Kota Bharu hari ini - mengunjungi Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di pejabat beliau di sini.

Pada perjumpaan tengah hari itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Beaufort mengambil masa kira-kira 40 minit mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan dalam suasana yang mesra.

Turut serta bersamanya 25 orang lagi anggota rombongan, lapor Harakahdaily.

Bulan lalu, Lajim mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu.

"Surat peletakan jawatannya sebagai Ketua Umno Cawangan telah dihantar kepada Setiausaha Umno Bahagian Beaufort beberapa hari lalu. Langkah pertama tidak akan pertahankan kerusi Ketua Bahagian dan langkah kedua peletakan ketua cawangan Umno dan langkah ketiga katanya tunggu dan lihat," katanya yang dipetik portal berita New Sabah Times pada Isnin lalu.

Sebelum ini, Lajim mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi Ketua Umno Bahagian Beaufort.

Lajim berkata, beliau masih 'pemimpin kerajaan' dan meneruskan tugasnya sebagai pemimpin dalam parti kerajaan.

Difahamkan dalam pertemuan semalam itu, kedua-dua pemimpin tersebut berbincang pelbagai isu di peringkat kerajaan termasuk alam sekitar dan cadangan kerjasama berhubung pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.

Nik Aziz berkata, setakat ini cadangan untuk kerjasama dengan Kerajaan Pusat berhubung pengurusan sisa pepejal akan dibincangkan di peringkat kerajaan terlebih dahulu.

Katanya, taklimat khas berhubung perkara itu perlu diberi taklimat terlebih dahulu oleh pihak berkenaan kepada Kerajaan Negeri sebelum keputusan diambil.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan Lajim untuk mengadakan kerjasama di bawah kementeriannya dengan Kerajaan Negeri dalam memelihara alam sekitar terutama sampah-sarap.

"Setakat ini semua Kerajaan Negeri yang di bawah pentadbiran kerajaan BN menerima cadangan kementeriannya. Bagaimanapun, Kerajaan Negeri seperti Kedah dan Selangor belum bersedia," katanya.

MOST POPULAR NAME FOR CHIEF MINISTER...?

Posted: 23 Jul 2012 06:37 PM PDT


While the most popular name bandied by those outside Malacca was Tangga Batu MP Datuk Idris Harun, the local Umno crowd is pointing at state executive councillors Datuk Ghafar Atan (Gadek), Datuk Md Yunus Husin (Ayer Molek) and Datuk Zaini Md Nor, chief executive officer  of SolidWaste and Public Cleansing Corporation and former mayor of Malacca Historical City Council.
Apa agaknya pandangan orang Melaka mengenai calon-calon ini ? setuju kah mereka? Atau mereka pun ada list nama yang lain lagi? Rasanya nama seperti Tan Sri Ibrahim Abu Shah - Naib Canselor UITM juga sering disebut tapi lama dulu.....Apa pun kita serahkan kepada kebijaksanaan YAB PM.

Apa pun dalam politik akan ada seribu mala sejuta kemungkin akan berlaku. nama yang telah ada dalam senarai pun boleh berubah.....yang penting calon boleh menang dan akan menang dalam PRU 13 nanti.

NO HOPE FOR OPPOSITION.

Posted: 23 Jul 2012 06:10 PM PDT


Malacca is BN's, with or without Ali








NO HOPE FOR OPPOSITION: Ali moving to the federal level won't affect BN's strength

.
Prime Minister Datuk Seri Najib Razak and Malacca Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam (right) at the launch of the Urban Transformation Centre and 'Jelajah Janji Ditepati' carnival in Malacca last month.
ZUBAIDAH ABU BAKARBY the reckoning of Malacca's Barisan Nasional leaders and most political observers, the ruling coalition will retain control of the state despite the opposition onslaught.
They came to the same conclusion with or without BN Malacca strongman Datuk Seri Mohd Ali Rustam leading the charge at the impending general election.
Within BN circles, the worst case scenario for the coalition, which has never been defeated in this historical state, is a reduced majority in some seats on top of the five state seats and one parliamentary seat currently lost to the DAP.
Pakatan Rakyat leaders, on the other hand, are optimistic that BN can be ousted, holding rallies with the tagline Kerajaan Baru, Impian Baru.
The DAP claims its fund-raising dinners and other opposition gatherings have been well attended. The much discussed issue of Ali switching to a parliamentary seat or another state seat is seen as proof that BN is under pressure.
The talk is that he will contest in the Paya Rumput state constituency, or the Jasin or Tangga Baru parliamentary seat.
The opposition mocked the opening of the "Ali Rustam Gallery" in Bukit Katil as his way of saying farewell.
The Malacca DAP blog posted a Chinese newspaper clipping of the gallery at Ali's old family residence, which has 20,000 exhibits including photographs of the chief minister in his school days and various mementoes, with a heading questioning whether BN was predicting defeat.
Malacca has six parliamentary seats and 28 state seats. BN currently holds five parliamentary seats (four by Umno and one by MCA). Umno also holds the lion's share of state seats with 18, while MCA has four and MIC one.
DAP holds the Kota Melaka parliamentary seat and the Kesidang, Ayer Keroh, Kota Laksamana, Bachang and Bandar Hilir state seats. Except for Bandar Hilir, the others are considered "hot" seats by BN election workers.
Kota Laksamana especially, which is held by Betty Chew Gek Cheng, the wife of Penang Chief Minister Lim Guan Eng, is shaky. She has not been serving her constituents and has made Penang her home.
The seat in the heart of Malacca's heritage site, a DAP fortress since 1982, is likely to be contested by Malacca People's Progressive Party chairman Datuk Chiw Tiang Chye, who has been making his presence felt there in the past few months.
Traditionally a seat contested by the MCA, it is one of three under the Kota Melaka parliamentary constituency. The other two are Kesidang and Banda Hilir.
In January, Ali said the PPP would be given a chance to contest the seat after several failed attempts by MCA to capture it.
Ali, who will be 63 next month, harbours hope that he will be given the opportunity to help steer the nation and bring progress and development to all states, just as he has done for Malacca. It surprised some local politicians that he mentioned serving at the federal level during an interview with the New Sunday Times early this month. In fact, there has been talk that he wanted to take up bigger challenges since late last year.
Ali insisted that there were many capable leaders who could take over from him.
"In Malacca, we are not short of capable leaders. Everyone from my administration could be my successor," he was quoted as saying.
 The question is, who will it be?
While the most popular name bandied by those outside Malacca was Tangga Batu MP Datuk Idris Harun, the local Umno crowd is pointing at state executive councillors Datuk Ghafar Atan (Gadek), Datuk Md Yunus Husin (Ayer Molek) and Datuk Zaini Md Nor, chief executive officer  of SolidWaste and Public Cleansing Corporation and former mayor of Malacca Historical City Council.
An equally important question is whether Malacca will continue to thrive without Ali.
Malacca has been transformed since he took over as chief minister from Datuk Abu Zahar Isnin in December 1999. His name has become synonymous with Malacca and its reputation as a tourism state.
His achievements have not gone unnoticed. Prime Minister Datuk Seri Najib Razak was all praise for Ali and Malacca recently, saying the state had proven itself as one that was better governed than those of the opposition.
Launching Malaysia's first Urban Transformation Centre in Jalan Tan Chay Yan in conjunction with Malacca's edition of the government's Jelajah Janji Ditepati programme, Najib acknowledged that Malacca had beaten the opposition-led states in six areas: tourism, cleanliness, poverty eradication, unemployment, building homes for the hardcore poor and the state's administration, for which the chief minister's department was recently awarded five-star status.
In the past, the opposition had to contend with a mighty BN machinery and Ali's personal clout. This was shown again in the Merlimau by-election in February last year.
Some political watchers believe the "Ali Rustam factor" alone had won half the battle, which cemented BN's unassailable superiority over Pakatan Rakyat in Malacca.
"I prefer him to stay and continue developing the state. But if his services are needed at the national level, then it is good for him," Datuk Ghazali Muhamad, first-term assemblyman for Serkam, said.
Ghazali and Sungai Rambai assemblyman Datuk Hasan Rahman are among the local Umno politicians who think it would be Malacca's loss if Ali were to go to federal level.
Although speculation of Ali contesting a federal seat has been around for some time, he has only recently come out publicly about his desire to move to Putrajaya. But what is certain is that with or without Ali, the opposition will find it hard to beat Malacca BN when the big day comes.


Read more: Malacca is BN's, with or without Ali - Columnist - New Straits Times http://www.nst.com.my/opinion/columnist/malacca-is-bn-s-with-or-without-ali-1.110080#ixzz21UvttFAt

BENAR KE KM NAK PINDAH KE PUSAT?

Posted: 23 Jul 2012 06:06 PM PDT

Cerita nak pindah nie bunyinya dah lama dah, sejak zaman Pak Lah lagi. Tapi semuanya itu belum jadi kenyataan lagi. Kini cerita tersebut timbul lagi sewaktu nak menghadapi PRU 13. Soal jadi kenyataan atau tidak kita sama-sama tunggu...sebabnya biasanya lah akhirnya keputusan tersebut akan diputuskan dalam mesyuarat tertinggi UMNO/BN.

Selain kisah di atas, satu lagi isu politik yang mendapat perhatian apabila Mohd Ali mengumumkan hasratnya untuk berpindah ke Parlimen dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Kenyataannya itu dikeluarkan menerusi New Sunday Times.

Beliau memberi alasan ingin mencari cabaran lebih besar selepas tiga penggal sebagai Ketua Menteri. Hasrat itu juga didorong kerana hendak membantu membangunkan negara ini dan membawa kemajuan kepada semua negeri seperti dilakukannya di Melaka.

Beliau juga menyatakan tidak bimbang mengenai penggantinya kerana negeri kelahirannya itu mempunyai ramai pemimpin berwibawa.

Laporan itu jelas memberi kesan besar kepada perkembangan politik Melaka. Ini adalah kali pertama beliau membuat pengumuman rasmi seperti itu kerana isu berkenaan sebetulnya sudah lama kedengaran. Malah sejak pilihan raya lalu lagi, ia sudah berbangkit.

Susulan itu pelbagai reaksi diterima. Ada yang suka, ada juga tidak setuju. Malah ada juga perasaan bercampur-campur. Bagi yang suka, tindakan itu dianggap mampu menyerlahkan lagi ketokohan Mohd Ali pada peringkat nasional selepas berjaya dengan cemerlang di Melaka.

Selain itu, ada juga menyifatkan ia bakal membuka ruang kepada beberapa pemimpin lain yang sebelum ini sudah lama memasang impian memegang jawatan berkenaan selepas kecewa pada 2008.

Bagi yang tidak gemar dengan keputusan itu, kebimbangan mereka sudah tentu berkait dengan nasib bakal menimpa Melaka selepas ketiadaan beliau itu. Persoalan yang ditimbulkan, mampukah pengganti beliau meneruskan kesinambungan legasi yang ditinggalkannya itu?

Seorang pemerhati politik di Melaka ketika ditemui, menyifatkan tindakan Mohd Ali itu sebagai sesuatu yang berani, bersandarkan kepada suasana politik ketika ini. Namun dia tidak menolak, betapa dalam politik semua boleh berlaku.

Apa lagi dalam keadaan kedudukan Melaka yang dianggap sebagai kubu kuat BN sejak sekian lama, tentunya Mohd Ali sudah mengambil kira semua pertimbangan ketika mengambil keputusan meninggalkan keselesaan pejabatnya di Seri Negeri dan kediaman rasminya, di Seri Bendahara. -Penulis ialah Ketua Biro BH Melaka



PANDANGAN Penulis:


Politik Melaka perlu keluar dari kepompong lama, jika ingin bermain di padang yang lebih besar lagi. Bukan soal kita kekurangan pemimpin pelapis tetapi apa yang menjadi halangannya adalah pemimpin yang telah diberi kepercayaan tidak mahu melatih anak muda negeri untuk jadi pelapis. Bukan kurang pemimpin dari Melaka yang telah diberikan peluang di peringkat pusat untuk menjawat jawatan sehingga Timbalan Perdana Menteri, menteri Kabinet mahu pun Timbalan Menteri namun jarang sekali kita dapati mereka membawa bersama kepimpinan muda untuk diberikan ruang dan peluang bagi menyediakan pelapis pada masa akan datang. Situasi ini berbeda dengan apa yang dilakukan oleh kepimpinan di negeri lain. Oleh itu semoga teguran ini dapat diberikan perhatian yang sewajarnya. Jangan lah kita beranggapan bahawa dengan membawa seorang dua dari kawasan sendiri maka akan timbul pula akan melawan kita semula......ini pendekatan lama yang tidak sesuai dengan senario politik baru.....

petikan dari wikipedia...


Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam (lahir 24 Ogos 1949) merupakan Ketua Menteri Melaka sejak Disember 1999. Di peringkat akar umbi, beliau merupakan Naib Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti komponen terbesar dalam Barisan Nasional.


Isi kandungan

  [sorokkan

[sunting]Butiran peribadi

Datuk Ali Rustam merupakan anak jati negeri Melaka. Beliau dilahirkan pada 24 Ogos tahun 1949 di Kampung Bukit Katil, Melaka. Pendidikan awal DAR ialah di Sekolah Kebangsaan Bukit Katil dan Sekolah Kebangsaan Semabok. DAR kemudian meneruskan pengajiannya di Sekolah Tinggi Melaka (Melaka High School). Beliau berkelulusan Ijazah Kepujian Sarjana Muda Kemasyarakatan (Ekonomi Pembangunan) dari Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 1984.
Beliau telah mendirikan rumahtangga bersama Datin Seri Hajah Asmah Abd. Rahman pada tahun 1985 dan dikurniakan tiga cahayamata iaitu dua lelaki dan seorang perempuan iaitu Mohd Ridhwan, Wan Nazirah dan Muhm. Hamka. Gelaran yang diterima atas sumbangannya ialah D.G.S.M yang membawa gelaran Datuk Seri pada tahun 2001, D.C.S.M pada tahun 1995, D.M.S.M yang membawa gelaran Datuk pada tahun 1990, D.S.M tahun 1989 dan P.B.M tahun 1979.

[sunting]Pembabitan di dalam politik

Datuk Seri Mohd Ali Rustam mempunyai pengalaman luas dalam bidang perkhidmatan awam dan memulakan kerjaya awal sebagai Pegawai Kerani di Tenaga Nasional (TNB) dari 1969 – 1979. Beliau kemudian menjadi Penolong Pengarah KEMAS negeri Kedah antara tahun 1979 – 1980.
Berkat kegigihan melaksanakan tugas, DAR dinaikkan pangkat sebagai Pengarah KEMAS negeri Perlis selama setahun iaitu dari 1980 – 1981. Beliau dipindahkan ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1981 – 1982) menjawat jawatan yang sama.
Setahun kemudian dihantar ke Melaka sebagai Pengarah KEMAS (1982 – 1983). Pada tahun 1984, DAR mendapat kepercayaan dari Ketua Menteri Melaka ketika itu, Tan Sri Abd. Rahim Tamby Chik dan dilantik sebagai Setiausaha Khas kepada Y.A.B Ketua Menteri Melaka sehingga tahun 1986.
Pada pilihanraya umum tahun 1986 bertanding untuk kerusi DUN Ayer Molek. Beliau dilantik sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) untuk portfolio Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar (1986-1990). Sekali lagi pada 1990, DAR bertanding untuk kerusi DUN kawasan Sungai Udang dan menang. DAR dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Sains dan Teknologi hingga 1995. DAR kemudian dipilih oleh parti bertanding untuk kerusi parlimen Batu Berendam pada pilihanraya umum tahun 1995 dan menang. Beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan dari 4 Mei 1995 – 10 Januari 1999. Dalam rombakan kabinet pada Januari 1999, beliau diberi kepercayaan menjawat jawatan Timbalan Menteri Kesihatan dari 11 Januari 1999 hingga pilihanraya umum pada 29 November 1999.
Datuk Seri Mohd Ali Rustam diberi kepercayaan bertanding semula kerusi DUN kawasan Paya Rumput dan menang pada pilihanraya itu. Beliau dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka pada 2 Disember 1999. DAR dalam jangka waktu pemerintahannya di negeri Hang Tuah sejak 1999 telah meletakkan matlamat untuk menjadikan Melaka sebagai Negeri Maju menjelang 2010. Visinya terangkum dalam Visi Melaka Maju 2010 yang telah diusahakan DAR semenjak awal perlantikannya sebagai Ketua Menteri Melaka dan di atas kesinambungan usaha para pemimpin yang lebih awal tetapi dengan kelajuan yang lebih cekap, pantas dan berkesan.
Datuk Seri Mohd Ali Rustam Ahli yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO merupakan Naib Presiden UMNO, Presiden Belia 4B Malaysia, Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), Presiden World Youth Foundation (WYF) dan World Assembly of Muslim Youth (WAMY). Beliau adalah seorang idealis yang praktikal, berpendirian tegas, berani, cekal, yakin dengan kebolehan diri sendiri dan percaya tidak ada apa yang sukar dilakukan sekiranya ada usaha yang bersungguh-sungguh. Maka tidak hairanlah sejak di bawah kepimpinan beliau Melaka telah berjaya sebagai salah negeri yang pesat membangun. Pencapaian dan kulaiti kepemimpinan beliau amat terserlah antaranya, Pengisytiharan Melaka Bandar Warisan Dunia, pendapatan per kapita negeri tertinggi di Malaysia dan kadar kemiskinan yang semakin berkurangan, penetapan gaji minima (RM720), tertinggi di Malaysia, pengeluaran telur ayam 6 juta sehari, menjadikan negeri Melaka lebih selamat dengan kadar jenayah yang semakin berkurangan, Melaka sebagai antara destinasi Pelancong Perubatan (Health Tourism) tertinggi di Malaysia dan sebagainya.
Kepemimpinan politik beliau juga tidak kurang hebatnya apabila berjaya memberikan kemenangan kepada UMNO 100%, dalam PRU-12 pada 2008.

[sunting]Isu-Isu Pembabitan Beliau

[sunting]Korupsi dalam Pemilihan Agung Parti UMNO

Lembaga Disiplin UMNO memutuskan Ali Rustam bersalah memberi rasuah kepada perwakilan Perhimpunan Agung UMNO 2009 agar memilihnya sebagai Timbalan Presiden UMNO.
Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO , Tengku Ahmad Rithauddeen menyatakan Ali melanggar Perkara 10.1, Tata Etika Ahli Umno yang membawa hukuman dilarang daripada bertanding atau dipilih ke jawatan Timbalan Presiden sahaja. Kaji selidik oleh Jabatan Penganjian Media Universiti Malaya yang diketuai Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah mendapati Ali Rustam mendahului Tan Sri Muhyidin dan Tan Sri Muhamad Mohd Taib.
Datuk Seri Najib Tun Razak mahu jawatan Ketua Menteri Melaka yang disandang dikekalkan. Sementara Tun Dr Mahathir Mohamad mendesak agar jawatan Ketua Menteri Melaka turut dilucutkan dan rayuan tidak diterima agar krebiliti Lembaga Disiplin dijaga. Pemimpin atasan , perwakilan dan penyokong UMNO hendaklah mengutamakan PRU 13.[1]
Kes beliau dibuka oleh SPRM tetapi ditutup pada 12 Februari 2010.[2]

[sunting]Usul undi tidak percaya

Pada 18 April 2009,Adun Kesidang yang juga Pengerusi DAP Melaka, Goh Leong San mengemukakan undi tidak percaya kepada Ali Rustam kerana terlibat dengan politik wang dalam pemilihan Umno 2009. Usul meminta kerajaan negeri Melaka mengumumkan pemilikan harta Ketua Menteri, barisan exconya dan Adun negeri Melaka turut juga ditolak. Usul-usul ini hendak dibawa ke persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Melaka pada 20-23 April 2009 tetapi ditolak oleh Speaker Dun, Dato' Othman Muhamad.[3]

[sunting]

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

Posted: 24 Jul 2012 07:39 AM PDT

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


syabas kuala langat pula yang jadi mangsa kebodohan.mereka ni

Posted: 23 Jul 2012 07:05 PM PDT

Belum pun reda isu Syabas..kini puak-puak pembangkang semakin ketandusan idea bagaimana hendak ambil-alih Syabas,malah lebih tertekan yang ditahap gaban bila semalam TPM berkata NO kepada keraJAAN selangor yang bercita2 nak uruskan air dinegeri selangog ini..
Diri sendiri pun tak terurus...ni nak pul uruskan air..hahaha..lihat sahaja PKNS..hampirrr lingkupppp..yang tak.lingkup umah urut dan perjudian..yelah negeri berkebajikanlah katakan..
Panas hati agaknya mereka.ni sanggup simbah cat pulak di papan tanda Syabas Kuala Langat.hahaha..dah takde kerja lainlah korang ni..


Pemuda UMNO cawangan Telok Datok

Panas! Cubaan larikan mesin atm GAGAL.

Posted: 23 Jul 2012 03:44 PM PDT

Banting digegarkan lagi..kali ni dengan kes cubaan melarikan sebuah mesin atm disalah sebuah bank yang terletak betul2 kat jalan besar..tapi cubaan mereka gagal..difahamkan suspek sedang giat diburu..


Pemuda UMNO cawangan Telok Datok

Tiada ulasan:

Pengikut