Rabu, 25 Julai 2012

Barisan Nasional

Barisan Nasional


Dd i n b u n g a

Posted: 25 Jul 2012 07:35 AM PDT

Dd i n b u n g a


ONE MALAYSIA iAWARD 2012- PENGIKTIRAFAN KEPIMPINAN AHLI PARLIMEN TAMBUN OLEH SEMUA KAUM, BRAVO!!!

Posted: 24 Jul 2012 08:57 PM PDT

ENCIK SUHAIMI DIN, PEGAWAI PERIBADI AHLI PARLIMEN TAMBUN YANG JUGA PEGAWAI KHAS KEPADA MENTERI KEWANGAN II MEMEGANG AWARD

PEJABAT AHLI PARLIMEN TAMBUN TELAH DI ANUGERAH  1MALAYSIA LEADERSHIP AWARD 2012 OLEH SEBUAH BADAN NGO ONE MALAYSIA iAWARD. ANUGERAH DI SAMPAIKAN KEPADA ENCIK SUHAIMI DIN MEWAKILI YB DS AHMAD HUSNI HANADZLAH, AHLI PARLIMEN TAMBUN.

ANUGERAH INI DI BERI ATAS PENGHORMATAN TERHADAP KEPIMPINAN YB DS AHMAD HUSNI HANADZLAH SELAKU AHLI PARLIMEN TAMBUN YANG JUGA MENTERI KEWANGAN II YANG BEGITU KOMITED DAN KONSISTEN DALAM MEMIMPIN BERTERASKAN KONSEP 1MALAYSIA, YANG DIAKUI OLEH SEMUA KAUM.

ENCIK SUHAIMI DIN BERSAMA DATO JIMMY CHOO

ONE MALAYSIA iAWARD

DI MALAM ANUGERAH TERSEBUT DATO JIMMY CHOO PEREKA KASUT TERKENAL JUGA HADIR MENERIMA ANUGERAH iAWARD TURUT MENERIMA i AWARD SEPERTI TAN SRI MEGAT NAJIMUDDIN, NELSON KWOK, TONY FERNANDEZ AIR ASIA, TAN SRI JEFFRY CHIA SUNWAY.

KOMEN,


TAHNIAH PADA YB DS AHMAD HUSNI DIATAS PENANUGERAHAN TERSEBUT, YB DS ADALAH CONTOH TERBAIK PEMIMPIN YANG BERJIWA RAKYAT, WALAU PUN BERTARAF MENTERI TETAPI YB DS TETAP BERSIKAP RENDAH DIRI DAN BERJIWA RAKYAT DAN KERAP KALI TURUN KE BAWAH SECARA BERTERUSAN. 


TAHNIAH KEPADA SEMUA STAF PEJABAT AHLI PARLIMEN TAMBUN, PEJABAT BN PARLIMEN TAMBUN DAN SELURUH KEPIMPINAN BN PARLIMEN TAMBUN KHURSUS RAKYAT DI PARLIMEN TAMBUN.




Politik Harian

Posted: 25 Jul 2012 03:50 AM PDT

Politik Harian


Wan Azizah Bertanding Di Selangor?

Posted: 24 Jul 2012 11:28 PM PDT


Baru-baru ini, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mengesahkan akan bertanding kerusi DUN dalam PRU-13. Katanya lagi, beliau hanya layak bertanding di kerusi DUN di mana beliau bakal mengundi.

Ini bermakna yang Wan Azizah akan bertanding di Selangor, memandangkan kawasan mengundi beliau adalah di negeri ini. Namun, kawasan mana yang akan ditandinginya masih lagi menjadi tandatanya.

Beliau juga membayangkan kemungkinan terbabit dalam pentadbiran negeri jika menang nanti.

Nampaknya, Wan Azizah kini bukan lagi Wan Azizah yang dahulu. Beliau bukan lagi wanita atau isteri yang hanya mengikut telunjuk suami di mana jika disuruh menipu, menipu, disuruh menangis, menangis, disuruh bertanding, beliau bertanding dan jika disuruh melepaskan kerusi, maka beliau pun melakukannya.

Kali ini Wan Azizah membuat keputusan sendiri dan beliau nampaknya yakin dengan kesetiaan serta kebolehan 'orang-orangnya'. Tindakan Wan Azizah ini dilihat bertitik-tolak dari permusuhannya dengan Azmin Ali yang tidak lagi dapat dibendung.

Difahamkan, Wan Azizah berjaya mempengaruhi Anwar untuk menyenaraikan orang-orang dari kemnya sebagai calon sekali gus menolak orang-orang dari kem Azmin.

Azmin sudah keterlaluan atau melampau, kata sesetengah pihak dalam PKR. Azmin tidak tahu menghormati sesiapa sama ada Menteri Besar, Presiden parti malah ibunya sendiri. Demi mengekang penguasaan Azmin, Wan Azizah perlu bertindak.

Azmin adalah produk Anwar seratus-peratus. Beliau merupakan anak didik, kekasih, pembantu dan segala-galanya bagi Anwar selama ini. Di satu tahap, Azmin sudah menjadi Anwar seratus peratus juga iaitu gila kuasa, rakus dan degil dan Anwar menyedarinya. Azmin adalah 'raksaksa' ciptaan Anwar. Setelah mengesan bahaya Azmin, Anwar pun mula belajar memberi perhatian kepada pendapat isterinya, Wan Azizah.

Dengan perkembangan ini Wan Azizah mendapat keyakinan baru sehingga akhirnya berjaya menimbulkan keraguan terhadap Azmin di mata Anwar. Nampaknya, kesetiaan Wan Azizah kepada suami peliwat dan penzinanya berbaloi juga.

Wan Azizah mendapat sokongan padu dari Khalid Ibrahim, justeru, beliau mempunyai kelebihan kerana mendapat akses kepada maklumat dan bantuan kerajaan negeri secara langsung. Jika Wan Azizah menang, beliau pastinya akan dapat mempengaruhi kerajaan negeri dan memastikan kem Azmin dihapuskan terus.

Dengan begitu ramai di dalam PKR yang semakin 'cuak' dengan Azmin kerana dilihat sebagai sudah hilang kawalan, Wan Azizah percaya yang beliau berada dalam keadaan selesa dan bersedia untuk 'mencabar' Azmin secara halus.

Sememangnya, parti PKR tidak pernah lekang dari konflik dalaman sejak mula ditubuhkan sehingga memaksa begitu ramai pemimpin dan ahli meninggalkan parti itu saban hari. Konflik dalaman PKR adalah serius dan 'pelik' kerana ia bukan sekadar konflik perebutan kerusi politik, tetapi membabitkan skandal seks, masalah keluarga, manipulasi undi dalam pemilihan dan berbagai-bagai lagi.

Namun, kita tidak pasti sejauh mana konflik dalaman PKR ini dapat mempengaruhi penyokong-penyokong mereka.

Bayangkan, bagaimana parti sebegini dapat memerintah negara dengan baik? Bagaimana kita boleh mengharapkan puak-puak yang asyik bergaduh dan saling bersyak-wasangka sesama sendiri untuk menerajui negara mahupun negeri atau kawasan?

Yang pastinya, sama ada Wan Azizah menang atau tidak di kerusi yang ditandinginya ia tidak akan membawa apa-apa kebaikan kepada rakyat di kawasan tersebut dan keseluruhannya. Percayalah, pemimpin PKR bertanding bukan kerana ingin berkhidmat kepada rakyat tetapi hanya sekadar ingin bertanding dan memakai gelaran 'pemimpin'.

PKR adalah parti yang ditubuhkan kerana Anwar dan untuk Anwar serta keluarganya. Inilah yang rakyat perlu terima jika ingin memangkah mereka dalam pilihanraya.

Khairy: Lagi Dan Lagi...Janji-Janji Populis PR

Posted: 24 Jul 2012 09:22 PM PDT


Inilah yang pernah dibayangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pihak pembangkang apabila makin dekat dengan pilihanraya akan janjikan apa saja untuk meraih undi. Hatta katanya, "bulan, bintang, cakralawa dan bima sakti boleh jadi modal..."

Hasrat pakatan pembangkang mahu memasukan penurunan harga kereta sebagai sebahagian daripada manifesto PRU13 adalah contoh jelas satu lagi janji-janji populis PR hendak berkuasa.

Janji yang bermodalkan air liur tersebut mahu menghapuskan duti eksais dan duti import kepada kenderaan asing yang masuk ke Malaysia, yang sekaligus membawa kepada penurunan harga kenderaan.

Retorik pembangkang dengar sedaplah, tapi cuba duduk dan fikir sejenak, kereta murah, harga minyak turun, tidak perlu bayar tol, belajar percuma, suri rumah duduk saja dapat elaun, wah ini betul-betul boleh buat orang ramai dibuai mimpi.

Cuma bila kita renung dengan lebih dalam, kita akan sedar, janji-janji PR itu, dibuat dengan cara sama, dalam sidang media, berbekalkan beberapa helai kertas yang diphotocopy untuk dibaca dan diberikan kepada wartawan.

Tidak ada unjuran, tidak ada maklumat detail, dari mana duit hendak dapat tampung semua janji 'bulan bintang itu'.

Dalam kata muda, fikir saja apa yang boleh tarik undi, buat kira-kira sikit, qoute sana-quote sini, buat kenyataan akhbar, panggil sidang media dan selesai.

Orang berjanji, bukan hendak laksana memanglah mudah. Sebab itu jangan terkejut, makin dekat dengan pilihanraya, PR bukan sahaja janjikan harga kereta mudah, silap-silap, mereka boleh janji kereta 'free' sorang sebiji untuk sesiapa yang ada lesen.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin, ketika ditanya wartawan di majlis berbuka puasa anjuran Pemuda UMNO Selasa malam turut mempersoalkan janji-janji yang dibuat tanpa menerangkan dari mana hendak dapat duit membiayainya.

Menurut beliau berdasarkan unjuran tahun 2012, jika duti eksais dan duti import kenderaan dimansuhkan, kerajaan akan hilang hasil pendapatan sebanyak RM4.6 bilion.

"Dengan hapus duti bagi kenderaan, ia akan memberi kesan RM4.6 bilion pendapatan kerajaan, (PR) kena jelaskan bagaimana hendak membiayai janji tersebut," katanya di Bangsar Baru, Kuala Lumpur.

Sebelum itu, Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli dalam sidang media pada pagi Selasa berkata janji untuk menurunkan harga kereta akan dimasukkan menjadi salah satu janji utama dalam manifesto Pakatan Rakyat untuk PRU-13.

Mengulas lanjut, kata Khairy janji-janji PR perlu dilihat secara keseluruhan, seperti janji mahu menghapuskan tol, menurunkan harga minyak, royalti tambahan kepada Sabah dan Sarawak, menghapuskan PTPTN, memberian elaun kepada suri rumah dan lain-lain lagi.

"Mereka tidak menerangkan bagaimana hendak membiayainya, perbelanjaan kerajaan perlu ada had, jika tidak negara kita akan menjadi negara bangkap," ujarnya.

Selain itu, menurut Khairy masa depan syarikat pembuat kereta negara, Proton, juga akan menerima kesan dari janji popular PR tersebut.

"Jika kita mansuhkan duti import dan eksais ke atas kereta yang diimport, ia mungkin memberi kesan negatif kepada Proton," Khairy.

Soal Proton, kata Khairy melibatkan puluhan ribu orang kakitangan, vendor dan pengedar yang terlibat dalam industri automotif negara.

"Ia bukan yang kita mahu melindungi Proton selama-lamanya, tetapi apa-apa janji-janji manis ... tanpa perancangan yang sepatutnya boleh akibatkan malapetaka ekonomi." kata Khairy.

Janji hendak turun harga kereta ini baru mukaddimah saja, rasa-rasanya menjelang tarikh pembubaran Parlimen dan hari mengundi pada PRU 13, akan ada puluhan janji manis lagi.

Berjanji bagi orang yang tidak berkuasa macam menahan pukat, kalau kena dan orang percaya nasib baik, kalau tidak pun tak apa, bukannya rugi apapun, modal air liur sahaja...- Helme Hanafi/Agendadaily

Galeri Gambar

bumiyang

Posted: 25 Jul 2012 03:42 AM PDT

#seratah#

Posted: 25 Jul 2012 03:41 AM PDT

#seratah#


KONFLIK PALESTIN DAN ISRAEL

Posted: 24 Jul 2012 07:09 PM PDT


 sambungan.

Perang Enam Hari 

juga dikenali sebagai Perang Arab-Israel 1967, merupakan peperangan antara Israel menghadapi gabungan tiga negara Arab, yaitu Mesir, Yordania, dan Suriah, dan ketiganya juga mendapatkan bantuan aktif dari Irak, Kuwait, Arab Saudi, Sudandan Aljazair. Perang tersebut berlangsung selama 132 jam 30 menit (kurang dari enam hari), hanya di front Suriah saja perang berlangsung enam hari penuh. 

Pada bulan Meitahun 1967, Mesir mengusir United Nations Emergency Force (UNEF) dari Semenanjung Sinai; ketika itu UNEF telah berpatroli disana sejak tahun 1957 (yang disebabkan oleh invasi atas Semenanjung Sinaioleh Israel tahun 1956). Mesir mempersiapkan 1.000 tank dan 100.000 pasukan di perbatasan dan memblokade Selat Tiran (pintu masuk menuju Teluk Aqaba) terhadap kapal Israel dan memanggil negara-negara Arab lainnya untuk bersatu melawan Israel. Pada tanggal 5 Juni 1967, Israel melancarkan serangan terhadap pangkalan angkatan udara Mesir karena takut akan terjadinya invasi oleh Mesir. Yordania lalu menyerang Yerusalem Barat dan Netanya. Pada akhir perang, Israel merebut Yerusalem Timur, Jalur Gaza, Semenanjung Sinai, Tepi Barat, dan Dataran Tinggi Golan. Hasil dari perang ini mempengaruhi geopolitik kawasan Timur Tengah sampai hari ini.[1] 

Pada tanggal 6 Oktober 1973, pada hari Yom Kippur, hari raya Yahudi yang paling besar, ketika orang-orang Israel sedang khusyuk merayakannya, yang juga bertepatan dengan bulan Ramadhan bagi ummat Islamsehingga dinamakan "Perang Ramadhan 1973", Suriah dan Mesir menyerbu Israel secara tiba-tiba. Jumlah tentara invasi sungguh besar. Di dataran tinggi Golan, garis pertahanan Israel yang hanya berjumlah 180 tankharus berhadapan dengan 1400 tank Suriah. Sedangkan di terusan Suez, kurang dari 500 prajurit Israel berhadapan dengan 80.000 prajurit Mesir.[2]

Mesir mengambil pelajaran pada Perang Enam Haripada tahun 1967 tentang lemahnya pertahanan udara sehingga saat itu 3/4 kekuatan udara mesir hancur total sementara Suriah masih dapat memberikan perlawanan. Sadar bahwa armada pesawat tempur Mesir masih banyak menggunakan teknologi lama dibandingkan Israel, Mesir akhirnya menerapkan strategi payung udara dengan menggunakan rudal dan meriam anti serangan udara bergerak yang jarak tembaknya dipadukan. Walhasil strategi ini ampuh karena angkatan udara Israel akhirnya kewalahan bahkan banyak yang menjadi korban karena berusaha menembus "jaring-jaring" pertahanan udara itu. 

Pada permulaan perang, Israel terpaksa menarik mundur pasukannya. Tetapi setelah memobilisasi tentara cadangan, mereka bisa memukul tentara invasi sampai jauh di Mesir dan Suriah. Israel berhasil "menjinakkan" payung udara Mesir yang ternyata lambat dalam mengiringi gerak maju pasukkannya, dengan langsung mengisi celah (gap) antara payung udara dengan pasukan yang sudah berada lebih jauh di depan. Akibatnya beberapa divisi Mesir terjebak bahkan kehabisan perbekalan. Sementara di front timur, Israel berhasil menahan serangan lapis baja Syria. 

Melihat situasi berbahaya bagi Mesir, Uni Soviet tidak tinggal diam, melihat tindakan Uni Soviet, Amerika Serikat segera mempersiapkan kekuatannya. Dunia kembali diancam perang besar pasca perang Dunia II. Kemudian, Raja Faisal bin Abdul Aziz dari Arab Saudi mengumumkan pembatasan peroduksi minyak. Krisis energi muncul dan negara negara Industri kewalahan lantaran harga minyak dunia membumbung tinggi. Dua minggu setelah perang dimulai, Dewan Keamanan PBBmengadakan rapat dan mengeluarkan resolusi 339 serta gencatan senjata dan dengan ini mencegah kekalahan total Mesir.
Demikian ringkasan konflik yang terjadi antara Israel dan bangsa Arab yang saya temukan di berbagai artikel di Internet ;

 
bersambung

tunku

Posted: 25 Jul 2012 03:04 AM PDT

tunku


Phobia With Independence Day Theme, PR 'Threatens' Govt.

Posted: 25 Jul 2012 12:34 AM PDT

The phobia of Pakatan Rakyat (PR) on the slogan of 'Janji DiTepati' (Promise Fulfilled) seems to be getting more and more chronic. PR seems to be trying too hard to ensure that the slogan would not remain as the theme for Independence Day. Their excuse is that it would not provide the best picture regarding the spirit of Independence.
For that, PAS Secretary General, Datuk Mustafa Ali provided seven days to the government to change the theme to something that is more inclusive or PR would suggest other themes. Well, it seems lucky that he did not threaten to organize demonstration and cause trouble to the public.
Mustafa Ali also admitted that 'when people sees the theme 'Janji Ditepati', it would remind them of BN'.
Thus, we cannot help but to ask, perhaps he is trying to suggest that the theme should be changed to 'Janji Bukan Untuk diTepati' (Promise Should Not Be Fulfilled) so that rakyat would know that it is PR?
even so, who is Mustafa Ali to order things to the government? Who is PAS to suggest other themes for the Independence Day? When even in PR, PAS is just a follower. What are Mustafa Ali or PAS's rights to change the theme for our Independence Day?
Besides, what do PAS know about Independence? They are working alongside DAP, siblings to PAP, who wishes to 'invade' Malaysia. Don't PAS work with PKR who works alongside Zionists and accepts funds from them?
All of those shows that PAS do not know anything about the spirit of Independence, but all of the sudden, they seemed to be raged with the 'Janji DiTepati' theme.
Prior to this, a TV station did run a survey regarding the theme of Independence Day among youth, and the result show that most of them are not aware about it. It is claer that the theme is a small matter that do not even attract any attention. But it was turned to a big thing only because of PAS.
And somehow, PAS bringing this matter up is somewhat showing that PR do not really fulfil their promise.
So it is clear that the theme 'Janji DiTepati' is inclusive and it does describe the Malaysia today which is still an Independent country and is still in harmony, peace and well developed thanks to the commitment given by the government to rakyat in fulfilling their promises.
Perhaps this is too much for Mustafa Ali to accept, but this is a fact and an honest man would never have any problem to accept this fact.

tunku : janji ditepati is meant for everyone, not only for the federal government alone. all the states government too no matter from BN or pakatan should uphold the slogan "janji ditepati". all promises made to the rakyat must be fulfilled. i guess those opposing this slogan are the one that can't fulfilled their promises to rakyat.that's why they are jumping up and down just looking at the slogan.

Prophet’s sermon regarding the month of Ramadan

Posted: 24 Jul 2012 09:00 AM PDT

Prophet's sermon regarding the month of Ramadan
"O People! The month of Allah (Ramadan) has come with its mercies, blessings and forgivenesses. Allah has decreed this month the best of all months. The days of this month are the best among the days and the nights are the best among the nights and the hours during Ramadan are the best among the hours. This is a month in which you have been invited by Him (to fast and pray). Allah has honoured you in it. In every breath you take is a reward of Allah, your sleep is worship, your good deeds are accepted and your invocations are answered.
Therefore, you must invoke your Lord in all earnestness with hearts free from sin and evil, and pray that Allah may help you to keep fast, and to recite the Holy Qur'an. Indeed, miserable is the one who is deprived of Allah's forgiveness in this great month. While fasting, remember the hunger and thirst on the Day of Judgement. Give alms to the poor and needy. Pay respect to your elders, have sympathy for your youngsters and be kind towards your relatives and kinsmen. Guard your tongue against unworthy words, and your eyes from scenes that are not worth seeing (forbidden) and your ears from sounds that should not be heard.
Be kind to orphans so that if your children may become orphans they will also be treated with kindness. Do repent to Allah for your sins and supplicate with raised hands at the times of prayer as these are the best times, during which Allah Almighty looks at His servants with mercy. Allah Answers if they supplicate, Responds if they call, Grants if He is asked, and Accepts if they entreat.
O people! You have made your conscience the slave of your desires. Make it free by invoking Allah for forgiveness. Your back may break from the heavy load of your sins, so prostrate yourself before Allah for long intervals, and make this load lighter. Understand fully that Allah has promised in His Honour and Majesty that, people who perform salat and sajdah (prostration) will be guarded from Hell-fire on the Day of Judgement.
O people! If anyone amongst you arranges for iftar (meal at sunset) for any believer, Allah will reward him as if he had freed a slave, and Allah will forgive him his sins. A companion asked: "but not all of us have the means to do so" The Prophet (SAWS) replied: Keep yourself away from Hell-fire though it may consist of half a date or even some water if you have nothing else.
O people! Anyone who during this month cultivates good manners will walk over the Sirat (bridge to Paradise) on the day when feet will tend to slip. For anyone who during this month eases the workload of his servants, Allah will make easy his accounting, and for anyone who doesn't hurt others during this month, Allah will safeguard him from His Wrath on the Day of Judgement. Anyone who respects and treats an orphan with kindness during this month, Allah shall look at him with kindness on that Day. Anyone who treats his kinsmen well during this month, Allah will bestow His Mercy on him on that Day, while anyone who mistreats his kinsmen during this month, Allah will keep away from His Mercy.
Whosoever offers the recommended prayers during this month, Allah will save him from Hell, and whoever observes his obligations during this month, his reward will be seventy times the reward during other months. Whoever repeatedly invokes Allah's blessings on me, Allah will keep his scale of good deeds heavy, while the scales of others will be tending to lightness. Whoever recites during this month an ayat (verse) of the Holy Qur'an, will get the reward of reciting the whole Qur'an in other months.
O people! The gates of Paradise remain open during this month. Pray to your Lord that they may not be closed for you. While the gates of Hell are closed, pray to your Lord that they never open for you. Satan has been chained; invoke your Lord not to let him dominate you."

PANEH MIANG

Posted: 25 Jul 2012 01:20 AM PDT

PANEH MIANG


Geng punahsihat Najib ada cerebral cortex diseases

Posted: 24 Jul 2012 08:59 PM PDT

Ontahlah...den masih tak pueh hati. Sobolum ni Paneh dah pernah tulih (klik) pasal ni. Pueh den mikir, den congak, den timbang, den porah otak...masih laie den tak dapek nak figure out apo relevannya tema Hari Kebangsaan aka Merdeka Day dengan slogan "Janji Ditepati".

Seriously, seingat den takdo plak kerajaan janji apo-apo ngan den. Hargo rumah yang mahal nak mampus sekarang ni yang hanya mampu dimiliki golongan kaya akan diturunkan 40%? Takdo janji. Kerajaan akan bagi potongan cukai? Takdo janji. Nak belanjo den makan kat Restoran Saba' Cyberjaya? Takdo janji. Nak turunkan hargo RON95 sobab harga minyak dunia dah turun? Lagilah takdo janji. Abih tu apo bondo yang janji ditepatinya? Takdo pun den ghaso kerajaan janjikan den apo-apo. Yang den nampak dapek laba banyak ialah golongan berpendapatan rendah dan tinggi. Abih yang middle income macam den ni...apo ko bincek eh?

Pehtu tetibo jadikan slogan "Janji Ditepati" sebagai tema hari kebangsaan tahun ni...apo celup?


Tema "Janji Ditepati" yang diguno untuk sambut hari bersejarah kemerdekaan Malaysia yang ke-55 adalah sangat dangkal dan bodoh. Lagi menambah sakit hati den bilo jumpo berborak dongan member-member cino, mosti ado yang golak sinis bilo sobut pasal tema merdeka tahun ni. Tiada langsung unsur patriotik. Yang tersiratnya pun tak mampu dikupas...apatah lagi nak menafsir yang tersurat berkaitan tema bingai ni dengan hari MERDEKA?

Generasi akan datang akan mengingati Najib antara PM dalam sejarah yang ado masalah cerebral cortex when it's come to this bodohli tema. Generasi masa depan tak akan tanya, siapa Menteri Penerangan aka Rais Yatim bersama Jawatankuasa Merdeka tahun 2012 yang bangang buat tema hari merdeka macam tu...TETAPI yang mereka akan tanya ialah, "Who the bloody hell PM masa tu..?"

Takkanlah dalam ramai yang dok keliling Najib, takde sorang pun yang berani tegur pasal hal ni? Ish...

Taipingmali (tm)

Posted: 25 Jul 2012 01:18 AM PDT

Taipingmali (tm)


Fwd: Komen Ustaz Fathul Bari Isu Solekan

Posted: 24 Jul 2012 11:45 PM PDT






Sent from Samsung tablet


-------- Original message --------
Subject: Komen Ustaz Fathul Bari Isu Solekan
From: Abu Aqif Al Aman <abuaqif@gmail.com>
To:
CC:


Bismillah,
 
Untuk isu "solek" yang diperdebatkan oleh pecinta kebenaran; komen saya:
 
1. Setiap insan pasti melakukan kesilapan termasuk diri saya dan Ketua Pemuda PAS. Maka saya akui kesilapan saya (seperti di dalam gambar) apabila disolek kali pertama di bilik mesyuarat (moga Allah mengampunkan kesalahan ini), dan saya telah memperpetulkan kesilapan tersebut ketika berada di pentas debat, alhamdulillah.
 
2. Maka, yang terbaik buat pesalah adalah mengaku kesalahan dan beristighfar.
 
3. Bagi yang memberi komentar, jagalah lisan dan perkataan. Sesungguhnya Allah itu Maha Melihat lagi Maha Mendengar.
 
4. Bagi pihak yang menganjurkan program yang memerlukan kepada solekan, maka tolonglah ambil serius isu perbezaan jantina antara juru solek dan yang disolek.
 
5. Mungkin ada yang beralasan, "tidak mengapa jika tidak menyentuh kulit", tetapi Islam memerintahkan umatnya menjaga mata pandangan. Sabda Nabi SAW: "mata juga berzina". Melihat aurat wanita adalah sesuatu yang dilarang. Bahkan melihat wanita tanpa keperluan pun kita diperintah oleh Nabi SAW agar bersegera melarikan pandangan.
 
6. Saya dan KP PAS (saya yakin) bukanlah sengaja menghulurkan wajah untuk disolek, tetapi keizinan untuk disolek diambil oleh kami secara spontan tanpa sempat berfikir panjang. Inilah kelemahan manusia.
 
7. Saya cuba disolek kali pertama di dalam bilik (seperti di dalam gambar). Pada waktu itu saya baru tiba dalam kekalutan dan kelewatan, lalu disolek buat kali pertama. Tetapi saya telah meminta daripada juru solek untuk membersihkan sendiri. Namun oleh kerana ketidak"cekapan" saya dalam menyolek menyebabkan wajah saya bertapuk lalu juru solek tersebut melakukan touch up. Manakala kali kedua ketika di pentas, saya bermuhasabah kesilapan yang lalu maka saya tidak mengizinkan wajah saya disolek olehnya sekali lagi.
 
8. Wall Ustaz Fauzan menurut pendapat saya bertujuan menyedarkan pelampau politik yang memaksumkan tokoh-tokoh parti mereka bahawa setiap manusia tidak akan bebas dari silap dan salah termasuk KP PAS. Moralnya: Oleh itu, jangan kita mudah menghukum orang lain kerana seluruh manusia tidak maksum kecuali Nabi.
 
9. Saya berterima kasih atas nasihat Ustaz Fauzan dan sahabat-sahabat atas kesilapan ini. Moga Allah memberikan kekuatan untuk kita mengharungi fitnah dunia dan akhirat. Wallaahua'lam.
 
Ustaz Fathul Bari bin Mat Jahya 

Tahniah Datuk Bandar Ipoh

Posted: 24 Jul 2012 11:20 PM PDT

Tahniah kepada Y.Bhg Datuk Roshidi Hashim DPMP, AMP, PPT, PJK. Beliau telah disambung perkhidmatannya untuk setahun lagi sehingga 23 Julai 2013.

Datuk Roshidi telah dilantik ke jawatan Datuk Bandar oleh kerajaan Pakatan Rakyat semasa Dato Seri Nizar Jamaluddin menjadi menteri besar.

Dengan penyambungan tugas setahun lagi telah menyebabkan Pas melenting. Harapan mereka Roshidi digantikan dengan orang lain maka ia akan menjadi modal politik mereka untuk menghentam Dr Zambry dan BN.

Lihat! BN tidak ada masalah dengan Datuk bandar, hanya Pas sahaja yang cuba mereka-reka cerita kononnya menteri besar tidak ngam atau sama angin dengan datuk bandar.

Terutama dalam isu sampah dan beberapa isu lain yang sengaja dibangkitkan.

Ambik ! Kan dah terduduk. Fitnah tak jalan
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Iftar di Masjid Pas Kg Expo Kamunting

Posted: 24 Jul 2012 03:08 PM PDT


Yang bersongkok di tengah adalah ajk pengasas surau kg expo, akhirnya beliau diharamkan memijak surau, sejarah kali pertama hadir selepas beberapa tahun tidak menjejakkan kaki padahal beliau anak kairiah masjid.

Datang untuk berjemaah, tak ada kuasa untuk menghalau.


semua politik

Kempen derma RM 50 untuk Nizar Jamaluddin

Mana info agama dan aktiviti masjid?

Ekonomi negara makin parah di bawah BN

isu NFC, Janji Keadilan dan Satu Malaysia, Sapu Malaysia

Apa kejaayan Pakatan Haram? Atas kertas boleh laaa.realiti?

Nazir Masjid tak tegur ka, atau sama-sama bersekongkol dengan Pas

Gambar MB Perak pun jadi modal Masjid Kg Expo

Isu NFC

Surat Pas menjadi keutamaan

Bab hudud. Ada orang Cina mai baca?
Petang Semalam Umno Kg Expo telah menganjurkan majlis berbuka puasa di Masjid Kampung Expo, Masjid yang dikuasai oleh Pas Totok.

Majlis berjalan dalam keadaan sederhana, kerana ramai ahli Pas yang ektreme telah boikot majlis tersebut. Majlis tahlil diketuai oleh Imam Wahid dan imam solat maghrib oleh Hj Annuar. Osman Noh yang namanya tersenarai sebagai Imam malam tadi bagaikan ayam berak kapur tak berani yang 'mengetet' dan bersolat sebagai makmum di depan taipingmali. Selepas solat maghrib tetamu dihidangkan nasi gulai ayam yang dihidangkan dalam talam, tetapi ramai jemaah Pas tidak turut bersama.

Pas Kg Expo satu ketika dahulu pernah mengadakan solat hajat memohon kepada Allah agar masjid ini tidak didirikan dan mengekalkan surau yang lama, kerana mereka tahu apabila siap kelak mereka tak akan dapat menguasai pentadbiran masjid tersebut.

Akan tetapi setelah Perdana Menteri Tun Abdullah ketika itu meluluskan dan menyiapkan masjid tersebut, Pas berjaya menguasai pentadbiran masjid dengan sokongan kuat daripada pejabat agama dan pejabat penghulu daerah. Jika diikutkan 2012 berakhir lah penggal pentadbiran yang ada dan pihak majlis perlu menilai semua senarai yang dibuat dahulu agar masjid ini tidak menjadi masjid politik Pas.

Cuba perhatikan gambar-gambar yang berjaya dirakamkan di papan kenyataan di atas, semuanya adalah agenda politik, tak ada satu pun yang berkait dengan agama dan yang melibatkan komuniti penduduk kampung.

Dahulu, semasa Surau diasaskan oleh veteran Umno, tetapi jemaah kita itu tidak berpecah belah. kedua-dua pihak tetap berjemaah dan makan moreh bersama. solat terawikh seperti biasa 20 rakaat. sekarang sejak dirampas oleh Pas, terawikh tinggal 8 sahaja dan yang panjang ialah tazkirah politik selepas rakaat ke 4.

Pas harus ingat, orang Melayu wajib beragama Islam, Pas atau Umno mereka tetap Islam. Politik kena letak kat pagar bila berada dalam rumah Allah.

Malam tadi Osman Noh tak makan more , kerana ia adalah duit orang Umno, mungkin duit Umno haram dan datang dari sumber rasuah, tetapi imbuhan dari elaun imam  dia tibai juga, yang tu tak haram ka?


Rupa-Rupanya Leman Raja Lawak tak semiaq orangnya

Posted: 24 Jul 2012 08:53 AM PDT



Ini adalah email yang diterima daripada seorang pembaca Dalam Utusan Malaysia hari ini ada artikel tentang Leman Raja Lawak yang mengaku dia masuk Raja Lawak 5 semata-mata untuk popular dan sebagai strategi dia nak jadi wakil rakyat.

Saya nak cakap dalam banyak-banyak lawak yang Leman buat, saya rasa ayat dia "masuk Rajak Lawak 5 sebab nak jadi Yang Berhormat" adalah yang paling lawak. Tahniah Leman kerana akhirnya anda berjaya buat saya gelak selepas berminggu-minggu saya cuba nak gelak tonton persembahan anda dalam Gelanggang Raja Lawak 5.
Ayat saya nampak kasar tapi hakikatnya memang saya agak tak puas hati sikit dengan Leman sebenarnya. Status Facebook saya minggu lepas ada saya tulis yang saya rasakan Leman perlu minta maaf kepada para pengundinya selepas dia begitu gembira bila diumumkan keluar hingga menjerit yes! Dia lupa agaknya yang para pengundinya hantar undian, hantar sms menggunakan wang mereka. Sepatutnya jika memang dia mahu keluar dia sepatutnya tarik diri atau beritahu awal-awal kepada penonton agar tidak mengundinya kerana dia memang hendak keluar.

Tak reda dengan laungan yes!, kali ni lagi menyirap pula rasa bila dia katakan penyertaannya dalam Raja Lawak hanya strategi untuk bertanding menjadi wakil rakyat. Saya bukanlah pengundi Leman malahan saya tak pernah pun hantar sms mengundi mana-mana peserta RL5, bukan takat RL5, semua program realitilah saya memang tak suka hantar undian sms, saya lagi suka jadi penonton sahaja. Tujuan saya marah-marah adalah kerana saya tak suka perihal Leman yang memperbodohkan orang lain terutama pengundinya.

Saya tak tahu kelayakkannya untuk bertanding sebagai wakil rakyat malah saya pun baru tahu pekerjaannya sebelum ini adalah sebagai seorang peguam. Tapi yang saya tahu jika saya merupakan pengundi di Kuala Nerang, saya tidak akan undi Leman sekiranya dia bertanding.

Ini antara hujah saya, jika benar dia nak popular sebab nak jadi YB, dia tak seharusnya gunakan medium hiburan. Dia sepatutnya fikir untuk popular di dalam komuniti penduduk di kawasannya melalui khidmat-khidmat kemasyarakatan yang dilakukan. Apa jasanya kepada kawasan komuniti dengan hanya sertai Raja Lawak? Buat nama Kuala Nerang popular? Itu sahaja! Tapi semua penonton tahu ke dia berasal dari Kuala Nerang? Semua orang ada ASTRO dan internet ke untuk tonton Raja Lawak? Bagi saya, orang yang betul-betul minat politik takkan mengundi seseorang calon melalui kepopularan yang dia ada semata-mata sebaliknya lebih melihat kepada kemampuan memimpin dan jasa yang pernah ditaburkan.

Satu lagi hujah saya, jika pengundinya dalam Raja Lawak pun dia tak hargai, agaknya apa dia buat bila dah jadi YB? Mesti dia terus hanyut dengan panggilan YB dan melupakan pengundinya. Pengundi Raja Lawak semua keluarkan duit pun dia tak hargai inikan pula pengundi yang hanya pangkah di atas kertas undi.
Kenyataan Leman bahawa dia masuk Raja Lawak hanya nak popular untuk jadi YB sebenarnya adalah satu penghinaan kepada ASTRO dan juga penerbit Raja Lawak. Ini bermakna mereka telah salah pilih peserta dan menafikan hak mereka di luar yang mahu sertai Raja Lawak sebab mahu berlawak dan jadi pelawak! Jadi ASTRO boleh sahaja untuk boikot Leman lepas ni.

Kepada Leman, dia dah lakukan banyak kesilapan. Saya rasa dia tak sepatutnya keluarkan kenyataan nak jadi YB sebagai alasan sertai Raja Lawak. Dia sepatutnya simpan sahaja alasan itu sebagai rahsia peribadinya dan anggap itu sebagai strategi dalam mencapai impian menjadi YB! Kalau saya di tempat Leman, memang popular tu sedikit sebanyak boleh dianggap bonus untuk sertai politik tetapi dia sepatutnya gunakan bonus yang telah diperoleh sebaiknya.

Dia tidak seharusnya gelojoh dengan terus mensasarkan untuk bertanding PRU-13 dan menggunakan bonus popular yang ada sebagai senjata meraih undi. Kegelojohan dan kejujurannya mengaku masuk RL sebab nak jadi YB hanya akan menimbulkan rasa kurang senang ramai orang malah akan jadi bahan jenaka parti lawan nanti.

Leman oh Leman, saya dah tak tahu nak cakap apa lagi. Banyak sangat dah kesilapan yang anda lakukan yang sekelip mata boleh membunuh kepopularan yang anda sedang kecapi. Niat anda nak jadi YB nak tolong rakyat tu baik tapi cara anda itu tak kena. Sekian, terima kasih.

Baca Yang Ini Pulak:-

Projek Langat 2 Talian Hayat Penduduk Lembah Klang

Posted: 24 Jul 2012 02:00 AM PDT

Keputusan tegas Kerajaan Pusat menolak rancangan kerajaan negeri yang mahu mengambil alih Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd (SYABAS) nyata tepat dan memenuhi kehendak majoriti penduduk Lembah Klang.

Serentak dengan keputusan tersebut, Kerajaan Pusat memutuskan untuk meneruskan projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) dan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang Selangor (PPAMPS) walaupun tanpa kerjasama kerajaan negeri.

Langkah berani dan segera ini amat diperlukan demi menjaga kepentingan rakyat selain mengelakkan kesan buruk pada ekonomi negeri dan negara sekiranya masalah air terus dipolemikkan oleh kerajaan negeri yang hanya tahu berdolak dalik.

Ramai rakyat Selangor serta penduduk sekitar Lembah Klang yang mengurut dada berasa lega atas keputusan tersebut yang dikira sebagai petanda baik dan hikmah sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Bagi mereka, kepayahan hidup yang terpaksa dilalui sewaktu krisis air 1998 agak perit untuk diharungi sekali lagi. Malah sekiranya krisis seperti itu terjadi lagi sebagaimana diramalkan, tidak mustahil situasinya akan lebih teruk.

Projek Langat 2 bukan sekadar bakal mencegah risiko krisis air yang digeruni itu malah tidak salah jika diibaratkan umpama talian hayat penting bagi penduduk sekitar Lembah Klang.

Reputasi buruk kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Khalid Ibrahim yang masih gagal menyelesaikan masalah kutipan sampah sarap, jalan berlubang dan lain-lain tidak menyukarkan kita untuk membayangkan nasib SYABAS sekiranya berjaya diambil alih oleh kerajaan negeri.

Kemampuan sebenar Khalid hanya sekadar gah beretorik sahaja. Cukuplah dua tahun dibazirkan begitu sahaja gara-gara terpaksa melayan kerenah Khalid Ibrahim yang masih berselindung disebalik tarif air dan penstrukturan semula syarikat bekalan air sedangkan kedua-dua perkara tersebut boleh dibincangkan kemudiannya.

Keutamaan sekarang ini ialah segera menyelesaikan masalah bekalan air bersih untuk kegunaan rakyat, itu yang sewajarnya menjadi prioriti kerajaan negeri sejak dulu lagi tapi malangnya Khalid lebih rela mempertaruhkan masa depan rakyat Selangor & penduduk Lembah Klang.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 24 Jul 2012 11:46 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


HADI KEMPUNAN AHLI MALU

Posted: 24 Jul 2012 10:30 PM PDT


KUNJUNGAN DATO KHALID NORDIN KE ATAS PRESIDEN MESIR, MORSI


Dalam laporan Harakahdaily, 10 Julai 2012, "rombongan kerajaan Kelantan yang diketuai Timbalan Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yaacob, untuk menghantar perutusan tahniah di atas kemenangan Presiden baru Mesir, Dr Mohamed Morsi telah berlepas kira-kira jam 4.30 petang semalam."
Dalam laporan di blog rasmi http://presiden.pas.org.my, rombongan yang diketuai oleh Presiden PAS, Haji Hadi Awang bersama dengan rombongan kerajaan Kelantan hanya bertemu dengan pimpinan Ikhwan untuk menyampaikan ucapan tahniah.
Menurut laporan dari pejabat Presiden Mesir, rombongan Hadi tidak diterima oleh Morsi. Pejabat Morsi meminta rombongan tersebut mendapat kebenaran rasmi dari Wisma Putra untuk berjumpa dengan Presiden Morsi.
Nampaknya "hubungan erat" yang diclaim oleh parti PAS tidaklah sehebat mana. Hinggakan dengan mengirim rombongan yang diwakilkan oleh Presidennya sendiri pun masih tidak dapat berjumpa dengan Presiden baru Mesir. Walaupun untuk tujuan menyampaikan ucapan tahniah rasmi dari parti PAS.
Hampa Hadi hasrat mereka tidak tercapai kerana hanya menunggu di hotel menunggu keputusan dari Wisma Putra. Khaled Nordin dapat jumpa, Presiden PAS tidak dapat.

Tutup mulut kamu jangan ketawa kuat sangat, makruh...

Tuntutan #Bersih yang PAS tidak akan perjuangkan

Posted: 24 Jul 2012 08:00 PM PDT


*Agak-agaknya sanggup tak PAS dan konco-konconya belasah anggota Polis, musnahkan harta benda awam semata-mata kerana hendak menegakkan tuntutan BERSIH kan rohani seperti di atas?!!

Golongan penghibur dari jiwa lebur ke sikap takbur

Posted: 24 Jul 2012 06:00 PM PDT

Kebelakangan ini kita melihat satu fenomena yang begitu mengujakan apabila begitu ramai golongan artis berlumba-lumba memasuki arena politik kononnya sudah insaf dan ingin bertaubat dari kehidupan artis yang mereka dakwa penuh lagho dan melekakan. Baguslah kalau betul-betul dah insaf tambahan lagi dengan bulan keberkatan bulan Ramadan ini.

Dakwa mereka kononnya dengan menceburi bidang politik mereka telah menemui cahaya hidayah yang selama ini terlindung dengan hijab glamour dunia artis. Kalau dulu halal-haram, kahwin-cerai, dedah aurat dan pergaulan bebas menjadi darah daging mereka, kini setelah insaf dihina pula kelekaan mereka dahulunya kononnya kerana salah pihak penguasa yang tidak islamik. Hairan ya sendiri cipta skandal dan kontroversi, orang lain pula senang-senang nak dipersalahkan. Masa glamour tak ingat dunia, bila kena gam dan diboikot media lantaran maksiat, khalwat dan kerja jahat mereka, mulalah hidup terumbang ambing, menagih kerja sana sini, timbullah rasa keinsafan.

Tetapi malangnya keredhaan Allah yang dicari namun kefasikan yang ditemui. Inilah salahnya kalau memilih wasilah (jalan) yang salah. Sepatutnya setelah bertaubat iman akan menjadi lebih mantap, akidah semakin terpelihara dan paling utama terpelihara dari terjebak dengan dosa-dosa maki hamun dan menabur fitnah.

Namun apa nak buat, keceluparan dan kelancangan mulut inilah menjadi daya penarik segelintir pendengar kononnya makin celupar mulut si artis makin dekat dirinya dengan Allah dan dah terjamin pahala dan surga buat mereka. Ingatlah tiada gunanya bertudung litup, berjubah panjang dan berserban besar kalau pahala yang dicari dengan memaki hamun orang lain. Sabda Rasulullah s.a.w;

"Sesungguhnya Allah tidak melihat tubuh badan dan rupa paras kamu, tetapi dia melihat jantung hati (niat) kamu." (Hadis riwayat Abu Hurairah r.a)

Bila kita kaji sirah Rasulullah s.a.w, terdapat ramai penyair yang memeluk Islam setelah mendengar alunan Al-Quran yang begitu indah di samping kagum dengan keperibadian umat dan ajaran Islam.

Antaranya Kaab bin Zuhair, Abu Zuaib al Huzali dan Hisan bin Tsabit. Namun yang paling masyur adalah Kaab bin Zuhair yang pernah dihalalkan darahnya kerana begitu lancang menghina Rasulullah melalui syair-syairnya. Beliau diampunkan setelah memeluk Islam, namun Baginda tidak mengutamakan golongan penyair ini meskipun menyedari golongan penghibur ini mempunyai pengaruh yang besar terhadap masyarakat jahiliyah ketika itu. Baginda mengutamakan jasa dan kerja para sahabat dan mujahid yang lebih lama berjuang meskipun ada di kalangan mereka yang tidak popular.

Gambar dari Sinar Harian

Berbeza dengan para artis yang datang kepada jemaah Islam yang sepatutnya mentarbiyah diri sendiri bukannya memandai-mandai mentarbiyah orang lain. Berapa tinggi sangat ilmu yang mereka ada. Kita mudah menjulang mereka sebagai ustaz, ustazah dan ulama berceramah sana sini seolah-olah mereka adalah pejuang Islam yang sebenar. Bertambah malang lagi, ada kalangan artis yang kononnya insaf ini membawa budaya Islam liberal baru bernyanyi dengan alunan gitar di dalam masjid dan surau seolah-olah kita bagai berada di dalam sebuah gereja…nauzubillah!



Kita mula lupakan alim ulama, ustaz-ustaz dan orang-orang kampung yang tidak mempunyai nama yang selama ini bermati-matian berjuang untuk Islam dan hanya menerima upah ala kadar hasil dari kutipan-kutipan derma yang dilakukan. Sebaliknya golongan artis yang menjadi ustaz, ustazah dan ulama segera ini bebas menuntut bayaran tinggi minimum RM2,500.00 setiap ceramah yang hanya mengisahkan kehidupan mereka yang terlampau! Mana nilai Islam dan ilmu dalam perjuangan kini. Pejuang-pejuang Islam dianggap sebagai sampah, sedangkan artis-artis segera ini dapat upah melimpah-ruah hanya untuk menabur finah membangkit amarah sambil-sambil menutup aib silam mereka yang penuh bersejarah!

Bila seorang artis wanita berseloroh nak cari jodoh ustaz, gegak gempita para ustaz tak lena tidur, terpesona memasang angan mendapatkannya walaupun terpaksa berpoligami. Terbukti telah ada beberapa artis yang datang kepada jemaah dengan berkopiah berserban akhirnya kembali kepada tabiat asalnya mencari glamour dan wang di atas pentas sambil-sambil memperaga diri mencari jodoh!

Posted: 24 Jul 2012 04:00 PM PDT

MUTIARA KATA

Gembira dengan dunia adalah kegembiraan kanak-kanak, gembira dengan keimanan adalah kegembiraan orang-orang abrar, berkhidmat kepada harta adalah kehinaan dan beramal kepada Allah adalah kemuliaan.

BERTASAMUH MEMARTABATKAN UMMAH, TOLAK ANGKARA KAFIR HARBI !

Posted: 24 Jul 2012 02:00 PM PDT


Islam adalah agama yang sempurna dan sentiasa mengajar umatnya agar mengukuhkan ukhwah melalui sikap bertoleransi, bertimbang rasa, bertolak ansur dan saling menghargai sesama manusia. Konsep ini diistilahkan sebagai 'tasamuh'. Meskipun adakalanya terdapatnya perbezaan pendirian atau pendapat di kalangan manusia terutama sekali dari segi fahaman siyasah, namun bertasamuh merupakan sifat yang amat terpuji dan amat-amat dituntut dalam Islam. Manusia sering memerlukan antara satu sama lain dan perlu mengamalkan sikap tolong menolong dalam melaksanakan kebajikan dan menegakkan hukum serta syariat Allah s.w.t. Ini ditegaskan dalam Surah al-Maidah ayat 2 yang bermaksud; "Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan janganlah kamu tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran.

BATAS TASAMUH

Terdapat dua jenis tasamuh dalam Islam. Pertama bertasamuh di kalangan umat Islam yang mewajibkan setiap ummahnya saling tolong-menolong dan nasihat menasihati demi menegakkan syariat Allah. Kedua, sikap tasamuh terhadap bukan Islam yang mempunyai hak sebagai warganegara di dalam sesebuah negara Islam. Bukan Islam diwajibkan menjadi warganegara yang baik, saling membantu membangunkan negara dan menghadapi musuh bersama, tidak menimbulkan kekacauan dalam masyarakat selain menghormati hak-hak umat Islam sebagai kaum majoriti. Inilah yang diistilah oleh Rasulullah s.a.w sebagai kafir Dzimmi, kafir Mu'ahad atau kafir Musta'man iaitu kaum-kaum bukan Islam yang sanggup menerima kepimpinan dan dasar-dasar Islam. Sebagai balasan, pemimpin Islam wajib memberi perlindungan dan bersikap toleransi terhadap mereka.

Berbanding dengan sikap kafir Harbi yang sentiasa engkar lagi memusuhi umat Islam samada secara terang atau sembunyi. Mereka sering melaungkan keadilan dan kesamarataan kononnya telah tertindas. Hakikatnya mereka sentiasa mengambil kesempatan di atas pepecahan umat Islam untuk mengaut segala kekayaan negara sedikit demi sedikit, namun dalam masa sama cuba meruntuhkan teras-teras bangsa Melayu-Islam di negara ini. Mereka mendakwa kononnya puak merekalah paling banyak membayar pelbagai cukai kepada negara ini, lantas dengan sikap biadap berani menuntut pelbagai keistimewaan yang boleh merugikan masa depan majoriti umat Islam di negara ini. Namun mereka lupa umat Islam juga paling banyak membayar cukai kepada negara ini termasuklah pelbagai zakat, fitrah, sedekah, infaq dan wakaf sejak sekian lama. Bahkan perbelanjaan umat Islam jugalah yang memakmurkan mereka. Bayangkan jika umat Islam hidup miskin melarat tanpa pembelaan sudah pasti keselamatan harta benda dan nyawa bukan Islam turut terjejas! Maka amat wajarlah kerajaan Islam mendahului dan memelihara kepentingan umat Islam di negara ini.

Meskipun tasamuh merupakan sifat terpuji namun tidak semua perkara boleh di'tasamuh'kan. Toleransi hanya dibenarkan dalam bidang muamalah dan aspek kemanusiaan sahaja seperti jual beli, konsep kejiranan, tolong-menolong dan seumpamanya. Tiada bertoleransi dalam aspek aqidah dan ibadah. Haram dan sesat jika umat Islam mengikuti sebarang ritual bukan Islam antaranya turut melakukan ritual protes atau berkabung dengan kematian bukan Islam sambil membawa lilin dan membakar colok, menunduk pada gambar mayat mereka, meletakkan jambangan bunga di perkuburan orang kafir kononnya atas alasan tahaluf siyasi dan menjaga hati si kafir. Ini secara langsung akan menjerumus seorang muslim ke dalam kemusyrikan. Namun inilah yang sering terjadi apabila perkara-perkara haram dihalalkan oleh segelintir umat Islam yang kononnya mengaku sebagai pejuang Islam. Sebaliknya mereka nyata telah tersesat dan luntur pegangan imannya lantaran terpedaya dengan fantasi untuk mengapai kuasa dunia.


AKIDAH UMMAH PERLU DISELAMATKAN

Akidah ummah kini semakin longgar apabila konsep tasamuh disalah ertikan hingga lahir manusia yang tidak peduli pada iktikadnya. Mereka percaya bertasamuh dengan bukan Islam hanya boleh dicapai apabila umat Islam menganggap semua agama itu setaraf kebenarannya dengan agama-agama lain.

Tanpa rasa bersalah, ada segelintir umat Islam begitu bangga memperjuangkan akidah pluralisma, liberalisma seksual dan sekularisma pemikiran hanya ingin menunjukkan diri mereka berjuang berpaksikan kesamarataan hak dan keadilan rakyat. Insaflah wahai ummah, sesungguhnya perjuangan sonsang tersebut amat menyesatkan dan haram bagi umat Islam mengikutinya.

Umat Islam kini sengaja dikelirukan oleh musuh-musuh Islam yang mempunyai agenda untuk meruntuh kepimpinan Islam sedia ada untuk digantikan dengan kepimpinan yang amat liberal dan anti agama. Lihatlah buktinya, belum lagi berkuasa mutlak mereka sudah berani mempersoalkan hak-hak teras umat Islam.

SYARIAT DIHINA


Mereka begitu lantang menghina alunan azan dan bacaan Quran serta mencemuh segala usaha memartabatkan ekonomi ummah berlandaskan syariah. Mereka mencaci hukum halal haram bahkan di waktu yang lain pula tanpa segan silu membaca ayat-ayat Quran dan hadis secara tonggang langang salah nahu dan tajwidnya demi menarik perhatian umat Islam. Lalu kita pula bertakbir riak kegembiraan kononnya puak-puak kafir harbi ini telah tertarbiyah dengan dakwah Islam.


Sesungguhnya kita nyata disesatkan oleh golongan kafir harbi ini hanya kerana mereka berpakaian dan bercakap mengenai Islam. Walhal dendam mereka begitu kesumat membenci Islam sehinggakan usaha menegakkan syariat dan hudud dikatakan rasis dan ekstremis. Inilah kelicikan kaum kuffar harbi yang berlaku sejak zaman Rasulullah s.a.w dan kini secara sistematik dilakukan oleh gerombolan kafir freemason dan illuminati di dalam parti DAP yang sentiasa mengaburi mata umat Islam dengan doktrin kesamarataan.

KHATIMAH


Ya Ikhwanul Muslimun, toleransi dalam Islam adalah syarat untuk mewujudkan kehidupan yang damai, maju dan sejahtera. Toleransi dianjurkan bukannya kerana keadaan ummah sedang lemah atau terancam, tetapi ketika kita masih kuat dan mempunyai kuasa terhadap kedaulatan agama, bangsa dan negara. Toleransi tidak bermakna kita perlu bersikap bacul, lemah atau tidak mampu berbuat apa-apa. Sebaliknya, Islam mengajar umatnya agar meletakkan sifat toleransi tepat dan adil pada tempatnya.

Hayatilah sikap toleransi Rasulullah s.a.w yang memberikan hak kepada bukan Islam seperti mana terkandung dalam perjanjian Sahifah Madinah tahun 622 Masihi yang merupakan perlembagaan tertua di dunia. Keadilan yang diberikan Rasulullah perlu dihormati bersama oleh bukan Islam demi perpaduan negara. Namun apabila perjanjian tersebut dikhianati, maka Rasulullah s.a.w telah menghukum bunuh dan mengusir puak-puak Yahudi dari bumi Madinah demi menyelamatkan agama, negara dan maruah umat Islam. Bersyukurlah dengan segala rahmat Allah s.w.t ke atas bumi Malaysia ini. Kita wajib mempertahankan apa jua dasar yang berlandaskan syariat dan memperbaiki mana-mana kekurangan yang ada. Syukur Ramadhan ini kita masih berpeluang menyambutnya dengan aman di kala umat Islam di Syria sedang berjihad menjatuhkan sebuah regim sekular yang berpaksikan Syiah Nusairiyah yang amat zalim kepada golongan ahlul sunnah wal jamaah. Sewajarnya Ramadhan ini dijadikan bulan jihad untuk kita membebaskan diri dari kongkongan kuffar harbi DAP yang sentiasa berniat jahat lantaran kedengkian mereka terhadap umat Islam di Malaysia. Allahu Akhbar!

*Artikel ini kiriman pembaca MyMassa melalui e-mail.

Poster Khas Sumbangan Pembaca : Parti Artis Se-Malaysia (PAS)

Posted: 24 Jul 2012 09:30 AM PDT

Sumbagan daripada pembaca MyMassa.



*Kreatif gak pembaca blog ini ye. Kepada yang berminat, boleh e-mailkan kepada mymassa.artikel@gmail.com

MALAYSIAKINI TARIK BALIK IKLAN KERANA MENYINGGUNG UMAT ISLAM

Posted: 24 Jul 2012 07:00 AM PDT

BULAN RAMADAN BARU MASUK HARI KE-3
Nampaknya portal Malaysiakini semakin hari semakin membiarkan diri mereka ke kancah kebodohan. Bukan sahaja Malaysiakini seringkali melakukan kesalahan ejaan (terkini ejaan Belas YDP Selayang sepatutnya Bekas YDP Selayang), seolah-olah tidak lulus Bahasa Malaysia SPM, tetapi kebodohan mereka sudah sampai ke tahap "full idiots"! Beberapa persoalan timbul ,

1. Adakah Political Desk Malaysiakini seorang yang anti Islam? Atau sengaja memesongkan fokus umat Islam untuk beribadah dengan menyiarkan Iklan Hari Raya seawal hari-hari pertama bulan Ramadan?

2. Atau, adakah Malaysiakini sengaja ingin mencetuskan kemarahan umat Islam di Malaysia dengan tidak menghormati bulan Ramadan? Sekiranya iklan itu disiarkan apabila hari yang dinanti itu semakin hampir tidaklah mengapa? Inilah agenda jahat Malaysiakini yang terselindung?


3. Kita menuntut Malaysiakini menarik balik iklan Hari Raya tersebut kerana ianya bukan masa yang sesuai.

* Kiriman emel di atas tidak diedit.

Sekali Lagi PAS Benarkan Islam Dihina.

Posted: 24 Jul 2012 05:00 AM PDT

Berderau MyMassa bila tengok video ni di blog ini: http://khairulryezal.blogspot.com/2012/07/hasil-tarbiah-pas-ketua-dhpp-negeri.html




Adakah PAS terlalu mabuk kuasa sehingga sanggup menggadaikan Islam?  

*Fikir-fikirkan.

GEMPAR! YB PKR Halau Isteri Dalam Bulan Ramadhan. Apa Kejadahnya Ni?

Posted: 24 Jul 2012 03:00 AM PDT

Dalam bulan Ramadhan sepatutnya nafsu amarah dapat kita kawal.

Dalam bulan Ramadhan sepatutnya hubungan keluarga dipereratkan.

Dalam bulan Ramadhan sepatutnya ibu bapa menjadi contoh kepada anak-anak.

Sebaliknya ini yang berlaku kepada keluarga YB PKR yang sepatutnya menjadi contoh kepada masyarakat!



Untuk yang belum kenal wakil rakyat yang dimaksudkan berikut adalah biodatanya.



Di bawah ini pula aksinya ketika sedang naik syekh memfitnah dan memaki DS PM dan isteri. Boleh kira haram jadah sudah melantun ke muka sendirilah ini.

 
*Macam mana nak pimpin rakyat kalau keluarga sendiri pun tak terpimpin!

PAS bengang bila kerajaan BN bawa balik 128 pelajar Malaysia di Syria!

Posted: 24 Jul 2012 01:07 AM PDT

Rangkaian Syiah
Bagus, tepat dan cepat tindakan kerajaan Malaysia membawa pulang 128 pelajar dan 10 ekpatriat Malaysia ke tanah air. Nak harapkan PAS tolong bagi pujian...jangan harap ler. Kalau boleh PAS akan terus hasut para pelajar duduk di sana biar mati kena peluru dan bom. Nanti boleh ler dia kata kerajaan BN sengaja abaikan keselamatan pelajar yang kebanyakkannya anak-anak orang baik PAS.

Bila ada pelajar Malaysia yang mati, boleh ler PAS canangkan bahawa mereka telah gugur syahid di medan perang. Maka gegak gempitalah seluruh negara kononnya PAS memperjuangkan nasib keluarga pelajar terbabit. Para artis dan pegawai kerajaan pencen bermasalah akan diseret menyampaikan tazkirah perjuangan. Lalu berkarung-karung guni dan bertong-tong tin milo, tak cukup lagi tadah pulak kopiah untuk mengutip derma fisabilillah kononnya nak menderma pada keluarga pelajar.
Longgokan duit derma karung…wang rakyat ditagih untuk kebajikan parti
Namun hakikatnya duit-duit derma yang dikutip habis dirembat lebai-lebai dan dibayar elaun artis serta duit khemah dan PA system. 10% masuk tabung markas cawangan. Keluarga pelajar dapat ciput tapi gambar dalam Harakah tu dia nala punya besaq.

Pelajar Malaysia di Syria…pasti seronok berpuasa dan beraya di Malaysia.

Ada juga pelajar yang masih engkar tak mau balik meskipun keadaan di Syria semakin meruncing. Alasannya kerana tak ada SPM dan STAM, kedua-dua sijil yang diiktiraf oleh kerajaan. Jadi kononnya tak bolehlah mereka sambung belajar di Malaysia. Nyawa lebih berharga dik oii kesian kat mak bapak tu…Banyak duit mak bapak labur demi menghantar anak-anak mereka belajar di Syria.

Mereka sanggup mengadai nyawa dan menghampakan harapan mak bapak dan sedara mara yang ingin melihat keselamatan mereka, sambil-sambil berharap si anak dapat meraikan Ramadhan dan beraya bersama mereka kelak. Kerajaan pun dah minta agar para pelajar yang enggan pulang supaya dapat membuat keputusan sehingga Isnin 30 Julai nanti. Mereka dapat naik kapal terbang free lagi bukan kapal terbang Charlie tetapi kapal terbang komersial tu. Kalau tolak tuah tak au nak cakap apa lagi.


Syiah dan PAS…berpisah tiada

Kekadang mulanya timbul perasaan pelik, kenapa PAS kurang sangat beri sokongan pada revolusi di Syria berbanding revolusi rakyat di Mesir, Libya dan Tunisia? Selidik punya selidik patutlah Syria kan sebuah negara berdoktrinkan Syiah Nusairiyah dan Alawiyah iaitu antara fahaman Syiah yang ekstrem menganggap Basyar Al-Asad seorang pemimpin setaraf imam-imam dan jelmaan kepada Saidina Ali.

Syiah jenis ni juga konsisten menghina 3 sahabat Nabi; Abu Bakar, Umar dan Usman serta isteri Nabi iaitu Saiditina Aisyah! Paling teruk Syiah ini pernah memaksa pengikutnya menukar kalimah syahadah kepada Laa Ilaha Illa Basyar Asad.

Cara Imam syiah menurun ilmunya…tidak pernah diajar oleh Rasulullah s.a.w

Meskipun hanya merangkumi 6 peratus, namun kelompok Syiah Alawiyah sentiasa bertindak kejam terhadap ahlul sunnah wal jamaah di Syria yang merangkumi 84 peratus penduduk. Tiada posisi untuk kaum Sunni. Sebaliknya kepimpinan regim Basyar Assad selama 42 tahun dimonopoli oleh 3 keluarga besar yang rapat dengan keluarganya. 6% daripada posisi tersebut pula diisi kaum Ajam/Druze dan 10% lagi daripada golongan Kuffar seperti Kristian dan Yahudi.

Kezaliman terhadap ulama, wanita dan kanak-kanak Sunni juga terlalu dahsyat melebihi zionis. Rakyat Sunni dihukum sesuka hati tetapi jarang pula puak Yahudi atau Syiah dikenakan hukuman. Sebagai jaminan Israel tidak akan menyerang Syria asalkan Syria tidak serius menuntut Bukit Golan yang telah ditawan oleh Israel semasa perang Enam Hari 1967. Bahkan Syria juga tidak mempunyai kekuatan perang kerana sekatan ekonomi antarabangsa dan hanya berharap bantuan sekutunya dari syiah Iran dan Syiah Hizbollah jika terancam. Tapi adakah puak-puak lebai dan pengikut PAS faham sejarah dunia macam ni kalau setakat membaca Harakah dan dengar ceramah fitnah?


Bukti ajaran songsang Syiah…belum nikah boleh pegang-pegang

Pengikut-pengikut Syiah dalam PAS tentu bengang bila pejuang-pejuang Ahlul Sunnah wal jamaah semakin mendapat tempat di hati rakyat. Mat Sabu dan Khalid Ismath mesti tak lena tidur melihat sekutu Syiah mereka dibedal dibedil siang malam. Perangai bawaan syiah ni pulak memang tak suka pada sistem beraja sebab tu tak hairan puak-puak Syiah di Iran pernah berkomplot dengan puak-puak Syiah menjatuhkan Raja Bahrain, Kuwait, Arab Saudi dan Oman masa kemuncak revolusi Arab Spring. Di Malaysia memang banyak elemen syiah macam ni. Kita pun tahu sapa dia?

Penentang rakyat di Syria menentang dominasi Syiah memang merupakan satu petunjuk dari Allah sepanjang Ramadhan ni. Apabila kita jauh terpesong dari hidayahNya, maka Allah akan turunkan balanya dengan pelbagai cara. Hakikatnya, Syria dan Syiah berpisah tiada…tunggu masa untuk binasa.


Azmil Mustapa dan keluarga di Damsyik suatu ketika lalu…


Sesekali ingat pulak kat Ustaz Azmil Mustafa @ Ali Setan yang pernah berkelana di Syria selama lima tahun kini khabarnya menetap di Kelana Jaya. Belajar bahasa Arab dan ilmu agama, tapi bila balik Malaysia dok terkutuk Sultan-Sultan…kan dah kena sakit jantung. Nak belajar agama tu belajarlah tapi bila dah pandai sikit jangan hina orang lain yer. Bimbinglah umat ke jalan benar dan tapi jangan masuk PAS kerana ia mengajar ajaran yang sesat dan lagi menyesatkan.


*Artikel ini adalah kiriman pembaca MyMassa.

PANAS! Kerajaan Selangor Beli Lombong RM87.7 Juta Untuk Hadapi Krisis Air?

Posted: 23 Jul 2012 11:31 PM PDT

Ini adalah lombong yang dibeli oleh Kerajaan Selangor dengan harga RM87.7 juta.



Lombong ini terletak di Danau Putra. Menurut maklumat yang MyMassa terima, kedalaman lombong ini mencecah 80 - 100 kaki bersamaan dengan bangunan 8 tingkat.

Pembelian lombong ini bertepatan dengan cadangan Kerajaan Selangor mahu memproses bekalan air terawat dari lombong.

Krisis Bekalan Air Di Selangor Selesai 2014

Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor memberi jaminan tidak akan berlaku krisis air menjelang 2014.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap, Kesihatan, Pekerja, Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin negeri, Dr Xavier Jayakumar mendakwa, krisis air yang dibangkitkan selama ini merupakan propaganda politik kerajaan Barisan Nasional.

"Ini adalah usaha pihak tertentu untuk meracun pemikiran rakyat Selangor dalam usaha mereka untuk merampas kembali negeri ini.

"Kerajaan negeri berpendapat bahawa projek mega pemindahan air dari Pahang ke Selangor serta tindakan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) memaksa kerajaan negeri meluluskan pembinaan Loji Rawatan Air Sungai Langat (Langat 2) yang menelan berbilion-bilion ringgit itu tiada tujuan lain.

"Apa yang diketahui ia hanya bertujuan memberi kontrak dan habuan keuntungan kepada syarikat-syarikat kroni yang rapat dengan mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Exco di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, Rabu.

Menurutnya, kerajaan Selangor dengan menggunakan teknologi rawatan air terkini telah mengenal pasti beberapa punca air yang telah dirawat dan boleh diguna pakai bagi menampung keperluan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

"Bagi menampung keperluan air kita akan mengambil air mentah dari bekas-bekas lombong yang banyak terdapat di seluruh negeri Selangor, pengambilan air bawah tanah, rawatan dan penapisan air sungai, penggunaan air hujan dan juga air mentah dari takungan hujan.

"Malah kerajaan negeri juga bersetuju dengan cadangan Persatuan Pengguna untuk memaksimumkan penggunaan sumber-sumber air tersebut untuk menampung keperluan harian rakyat Selangor," katanya.

Jelas beliau, cadangan tersebut merupakan alternatif yang lebih bermanfaat dan menjimatkan daripada projek pembangunan infrastruktur pemindahan air dari Pahang yang menelan belanja berbilion ringgit wang pembayar cukai.

Mengulas lanjut, Xavier berkata, kerajaan negeri juga sedang mempercepatkan langkah bagi merawat air sungai untuk penggunaan sektor perindustrian di Selangor.

"Bagi tujuan ini kerajaan negeri telah meluluskan lesen pemindahan air mentah kepada anak syarikat Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Konsortium Air Sdn Bhd yang mempunyai trek rekod dan kepakaran teknologi terkini dalam menguruskan dan merawat air.

"Sekali lagi kerajaan negeri memberi jaminan bahawa isu bekalan air tidak akan timbul malah ia mencukupi sehingga tahun 2020," ujarnya.

Justeru, beliau menegaskan bahawa kerajaan negeri akan meneruskan urus tadbir bekalan air bagi memastikan rakyat Selangor terus mendapat manfaat pemberian 20 meter padu air percuma.
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/2/15/mstar_berita/20120215183910&sec=mstar_berita

MyMassa rasa adalah tidak bijak Kerajaan Selangor mengambil air dari lombong sebagai sumber air mentah. Ini disebabkan air lombong lebih susah untuk dirawat daripada air sungai kerana kandungan logam beratnya tinggi. Ini akan menyebabkan kos memproses air akan lebih mahal.

Apa yang lebih tidak bijak adalah Kerajaan Selangor membeli harga lombong tersebut dengan harga yang tinggi iaitu RM87.7 Juta!

Luas keseluruhan tanah yang dibeli oleh Kerajaan Selangor di Danau Putra adalah 134.34 ekar (iaitu RM15 kaki persegi). Ianya melibatkan 4 lot tanah iaitu:


- Plot A: 28.08 ekar – 2/3 daripada tanah di bawah air (RM 18.3 juta)
- Plot B: 66.35 ekar  – seluruh kawasan di bawah air (RM 43.3 juta)
- Plot C & D: 39.91 ekar – 1/2 kawasan di bawah air (RM 26 juta)

Ini bermaksud, 80% daripada kawasan yang dibeli oleh Kerajaan Selangor di bawah air (105 ekar daripada 134 ekar keseluruhannya).


Apa yang menariknya adalah plot B pernah dilelong oleh sebuah bank dengan harga RM15 juta (RM5.20 kaki persegi). Ertinya kerajaan Selangor membayar lebihan RM 28.3 juta kepada penjual tanah tersebut.

Jika keseluruhan kawasan lombong dikira dengan penilaian lelongan bank, maka harga yang sepatutnya dibayar kepada penjual tanah hanya RM30.4 juta (134.34 ekar x RM5.20 kaki persegi). Ini bermakna Kerajaan Selangor telah memberi kroninya (si penjual tanah) RM 57.3 juta duit rakyat Selangor hasil penjualan lombong tersebut!

Apa kelebihan kroni Kerajaan Negeri Selangor ini sehingga tanah yang hanya bernilai RM30.4 juta (harga lelongan bank) dibeli dengan RM87.7 juta?

Adakah anda sebagai rakyat Selangor halalkan wang anda sebanyak RM57.3 juta masuk ke akaun bank kroni Kerajaan Selangor?

Kalau pembaca nak tahu, kroni yang dimaksudkan dalam artikel ini adalah Talam Corporation yang kini dikenali sebagai Trinity Corporation. Sehingga kini, tiada satu pun pembangunan dibuat ke atas tanah lombong yang dibeli daripada Talam Corporation. Ianya sebahagian daripada RM676 juta hutang Talam yang dibeli oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Untuk membeli tanah lombong dan lain-lain hartanah yang kurang berharga, wang Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) digunakan. Pada tahun 2009, PNSB adalah bebas dari hutang tetapi pada tahun 2011, PNSB terpaksa berhutang dengan Maybank sebanyak RM230 juta.

Inilah fakta-fakta yang cuba disembunyikan oleh Rafizi. Walaupun dia cuba menjadi jaguh dengan membongkar NFC tetapi apabila Kerajaan Selangor sendiri korup, Rafizi diam membisu. Adakah ini bentuk Keadilan yang Rafizi perjuangkan?


*Fakta-fakta di atas diambil daripada pendedahan Datuk Chua Tee Yong kepada media baru-baru ini.



Belantan

Posted: 24 Jul 2012 11:45 PM PDT

Belantan


Apakah Angka 13 Membawa Bencana Politik?

Posted: 24 Jul 2012 06:57 PM PDT


Tiada lagi esok untuk kita! Kuasa politik kita yang dominan yang diwarisi sejak zaman Melaka dan dipegang kuat selama 54 tahun akan hilang. Berdasarkan realiti dan sentimen politik pengundi sekarang, bencana politik ini akan terjadi pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13. Paling lama, tiga empat bulan saja lagi! Ada orang percaya dan hampir percaya, angka 13 membawa bencana.

Ahli Parlimen DAP, Teo Nie Ching, ketika melawat pejabat Harakah mengatakan, beliau "yakin dan percaya UMNO tidak akan mendapat undi masyarakat Cina pada PRU ke-13." Beliau diundang berceramah dan beri bantuan di dalam surau. Banyak benar kita bercakap tentang Islam tetapi bantuan untuk surau pun, kita minta daripada orang bukan Islam. Di mana maruah kita?

Mungkin Teo terlupa memberitahu Harakah, "Penyokong Pas akan tetap mengundi DAP, kerana mereka percaya DAP lebih baik daripada UMNO. Mereka lebih percaya orang Cina daripada orang Melayu." Pemimpin DAP sudah diundang memberi ceramah dan bantuan dalam surau dan masjid.

Orang Pas sangat bangga. "Tengoklah, Pas berjaya bawa Cina masuk ke dalam surau. Bagi duit pula".

Pemimpin dan penyokong Pas megah kerana pemimpin DAP baca ayat al-Quran semasa kempen pilihan raya. Beri sumbangan untuk majlis berkhatan. DAP tak sokong negara Islam, tetapi menyokong Pas, sebab Pas sekarang bukan lagi 'Parti Islam', tetapi 'Parti untuk Semua'.

Teo mungkin terlupa, "Majlis Syura Pas telah bersetuju dan membenarkan orang bukan Islam bertanding di bawah lambang Pas. Zaman dulu, Pas tuduh UMNO kafir kerana berpakat dengan MCA untuk memerintah, tetapi sekarang 'Pas baru' pimpinan Tok Guru Abdul Hadi dan Tok Guru Nik Aziz boleh ikut memerintah dengan DAP. Di Pulau Pinang, khatib pun mendoakan Lim Guan Eng dalam khutbah Jumaat. Banyak lagi alasan mengapa pengundi Cina tak akan undi UMNO, tetapi pasti akan undi DAP.

Maka kehilangan kuasa Melayu ini bukan suatu dongeng. Ia telah terjadi di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Ipoh dan Petaling Jaya sekarang. Hal ini terjadi disebabkan majoriti pengundi bukan Melayu berada di kawasan bandar.

Kita boleh kira berapa kerusi yang akan dimenangi DAP dan Pas. Seperti yang pernah berlaku di Perak, Pas pun boleh duduk dengan megahnya di bawah bayangan kuasa DAP. Fakta ini, semua tahu. Lebih daripada tahu! Tak payah diulang-ulang. Tak payah diperingatkan oleh Teo Nie Ching "Orang Cina tidak akan undi UMNO."

Akan tetapi masih ramai orang Melayu, termasuk pemimpin politik dan generasi muda, tidak menganggap perubahan ini suatu kecelakaan besar. Orang seperti Datuk Nazri Aziz mungkin tak kisah, sebab beliau "rakyat Malaysia terlebih dulu, barulah orang Melayu". Tok Guru Nik Aziz pun "tak bangga jadi Melayu".

Bagi orang yang sama sikap dengan mereka ini, siapa perintah negara dan jadi Perdana Menteri pun sama saja. Akan tetapi bukankah Datuk Nazri seorang menteri dan Ketua Bahagian serta Ahli Majlis Tertinggi UMNO? Beliau tak wajar lagi memegang semua jawatan itu mewakili parti kebangsaan Melayu. Betullah ramai pemimpin kita yang bercelaru, lantas Melayu pun bercelaru.

Kata Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin, umat Islam di negara ini sudah "tenggelam punca". Tun Mahathir telah banyak kali sangat memberi amaran.

Beliau memerintah negara dan menjadi Pengerusi BN selama 22 tahun. Mengepalai BN bertarung dalam lima pilihan raya. Ada pilhan raya yang BN menang besar dan ada yang hampir hilang kuasa. Beliau kalah di Kelantan, Terengganu dan Sabah. Mengalami dua krisis UMNO yang sangat besar. Pada zamannya, UMNO pecah dua dan diharamkan di mahkamah.

Beliau turut berhadapan dengan raja-raja kerana meminda Perlembagaan. Ada orang Melayu menggelar beliau "Maha Firaun" dan ada orang UMNO kata, dia "diktator". Beliau menangani krisis kewangan yang gawat. Dan macam-macam krisis dan cabaran lagi. Dihadapi dan diselesaikan satu persatu.

Apabila mengundurkan diri tanpa terpaksa atau dipaksa, dan menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi; BN, UMNO dan negara berada dalam keadaan yang kukuh dan stabil. Bukan dalam masa kekalahan! Maka pemerhatian politiknya tajam dan berdasarkan pengalaman dan fakta yang nyata. Amarannya bukanlah wayang politik dan suka-suka.

Tan Sri Harussani, Mufti Perak, seorang ulama dan bukan orang politik yang telah cuba memperkukuh politik Melayu, akhir-akhir ini ikut prihatin dan mengingatkan: "Jika UMNO dan Pas tidak bersatu, Melayu akan hilang kuasa pada PRU ke-13" dan "Akan berlaku satu bentuk penjajahan baru." Lebih daripada itu, dalam masa dua tahun terakhir ini, beberapa orang Raja Melayu pun, sudah berkali-kali memberi nasihat dan amaran. Tidak pernah Raja-Raja Melayu bercakap politik seperti sekarang. Tidakkah ini alamat keruntuhan kedaulatan institusi Raja Melayu sudah bermula?

Raja Dr. Nazrin bimbang masa depan umat Islam di negara ini yang katanya berada "dalam suasana kritikal, bagaikan tenggelam punca". Katanya lagi, "Penderitaan dan penghinaan yang menimpa sebahagian umat Islam di Palestin, Afghanistan dan Iran, bermula daripada pemesongan di kalangan pemimpin yang rela membuka laluan kepada orang bukan Islam untuk melakukan pencerobohan serta kemusnahan terhadap bumi dan umat Islam sendiri."

Justeru baginda mengingatkan: "Pencerobohan besar bermula daripada perbuatan kecil. Ia mungkin bermula dari surau, madrasah, masjid atau sebuah mimbar. Ia bermula daripada satu ungkapan, ucapan, khutbah, tazkirah atau doa.

"Ia bermula daripada pencerobohan kecil, ketika orang Islam masih belum insaf, berdegil dan sombong mempertahankan ego serta memilih untuk bertelagah. Mereka sebenarnya memberi petanda yang salah, seolah-olah menggalakkan pencerobohan lebih besar boleh dilakukan ke atas umat dan institusi Islam."

Antara perubahan utama yang akan dilakukan apabila pakatan Pas-DAP-PKR memerintah adalah meminda Perlembagaan Persekutuan dan Negeri, mengubah pengagihan jawatan menteri, ketua-ketua jabatan kerajaan, polis dan tentera dan ketua eksekutif GLC, PNB, TNB, dan Telekom Malaysia. Menambah kawasan pilihan raya di kawasan bandar. Mereka juga akan mengadakan semula pilihan raya untuk Dewan Bandar Raya, Majlis Bandaran dan Kerajaan Tempatan. DBKL pasti akan berubah wajah. Maka bermulalah "penjajahan baru" yang disebut Tan Sri Harussani.

PRU ke-12 adalah tsunami politik dan amaran Allah. Malangnya pemimpin politik Melayu-Islam masih terus bertelagah merebut kuasa, jawatan, pangkat dan kekayaan. Sejarah kejatuhan Empayar Rom, Empayar Islam dan kemusnahan kuasa kerajaan-kerajaan Melayu, nampaknya tidak mampu mengajar kita.

Justeru, kecelakaan politik yang akan menimpa kita bukanlah kerana 'nasib' tetapi kerana perbuatan kita sendiri. Maka janganlah kita selalu sedih 'mengenangkan nasib' kerana ini sikap orang yang mengaku tewas sebelum berjuang.

Hakikatnya, asas dan kunci kekuatan Melayu berada di tangan Melayu. Jangan kita lupa bahawa pertubuhan-pertubuhan Melayulah yang menubuhkan UMNO dan sepanjang perjuangan UMNO, di belakangnya bergerak secara konsistan pelbagai macam pertubuhan Melayu, termasuk pertubuhan pegawai kerajaan, penghulu, penulis, wartawan dan guru.

Meskipun adakala mereka tidak sekata dengan UMNO, tetapi mereka tetap setia bersama UMNO. Di situlah kekuatan UMNO. Kekuatan sebenar yang telah terbukti selama setengah abad, bukan kekuatan dalam pesta makan minum berbaju batik aneka warna.

Suara Politik
Taminsari

Misteri Surat Seorang Banduan!

Posted: 24 Jul 2012 12:21 AM PDT



Ramai yang mempersoalkan betapa cekapnya Anwar Ibrahim, masih mampu menulis pelbagai bentuk surat walaupun berada di dalam kandang besi. Yang musykilnya, kebanyakan surat-surat yang tersebar itu tidak lengkap sebab tanpa tanda tangan Anwar. Macam surat layang pulak!

Inilah menjadi tanda tanya, ke mana perginya tanda tangan bentuk 'BONTOT' yang menjadi trademark Anwar Ibrahim selama ini. Menurut sumber-sumber yang sahih lagi boleh dipercayai, surat-surat itu sebenarnya bukanlah datang dari banduan penjara Sungai Buloh tapi ditulis oleh kaki-kaki penjilat terkemukanya yang masih lagi setia sampai mati seperti Rahim Ghouse, Saifuddin dan bekas-bekas pengkhianat UMNO.

Ini memang betul, sebab itulah nada dan kandungan surat-surat Anwar bercanggah dan tidak menentu hala tujunya. Banyak merapu dan melalut. Manalah boleh empat lima otak yang lain-lain mahzab menjadi wakil pada Anwar. Haru biru jadinya.

Oleh sebab itulah, surat-surat yang disebarkan yang kononnya dari Anwar telah menjadi bercelaru dan berserabut tak tahu hujung pangkal. Sekejap Anwar tulis dalam bahasa Inggeris yang terlalu tinggi penggunaan bahasanya, sekejap dia pakai bahasa rojak Inggeris yang nahu pun tak betul. Adakalanya Anwar memuji barat yang menyokongnya dan adakala Anwar berkata bahawa dia tidak pernah berbaik dengan barat semasa jadi TPM.

Tak jadi hairanlah, sebab sebelum ini pun kebanyakan buku-bukunya bukanlah betul dia tulis sendiri. Semua dia pakai penulis import atau penulis jemputan yang dibayar dengan begitu lumayan. Hidup Anwar selama ini sebenarnya penuh dengan kepalsuan dan kepura-puraan. Pura-pura baik tapi perangai macam Estrada. Pura-pura sayang Kak Wan tapi lebih syok kat Sukma. Pura-pura tak ambil rasuah tapi kat rumah duit berjuta-juta dan macam-macam jenis kepuraan lagi.


Cakap berbelit-belit macam minum todi. Dulu Anwar mendakwa seorang menteri membawa RM 1 bilion yang diisi dalam karung yang banyak jumlahnya keluar negara dengan kapal terbang. Tetapi surat Anwar kata wang itu dibawa dalam bentuk cek. Fuhhhh!!! Besar punya penipu, takkanlah sampai tak insaf lagi dengan dosa-dosa liwat, salah guna kuasa dan menjadi musang berbulu ayam.

Dalam keghairahan Anwar untuk menonjolkan dirinya, dia telah memberi kebenaran kepada setiap puak yang menyokongnya untuk menulis surat-surat bagi pihaknya. Bila semua pihak ini berbuat demikian, maka caca merba lah jadinya semua amanat matan TPM ini. Yang bebal politik pun turut sama tulis pasal politik, yang bodoh nak tunjuk pandai dan yang salah nak tunjuk benar, hasilnya semua jadi cerita kartun.

Habis surat Anwar mana satu yang betul kalau semua puak-puak ini berlawan untuk menyamar jadi Anwar. Patutlah Anwar sakit macam kena racun. Semua barua-baruanya nak menyamar jadi Anwar. Tapi mereka lupa kalau nak jadi Anwar mesti pandai menipu, hipokrit, kaki perempuan dan yang paling utama pandai ngorat lelaki. Pokoknya Sama Rata, Sama Rasa, Depan BELAKANG Sama Saja!!

Lihat contoh tanda tangan pun sudah tahu untuk menceritakan perwatakan seseorang itu! Renong-renongkanlah…!!!

Suara Politik
Taminsari

oyabun

Posted: 24 Jul 2012 11:19 PM PDT

oyabun


Isu air di Selangor - MKN perlu bertindak?

Posted: 24 Jul 2012 02:17 PM PDT


Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Abdul Halem Mat Som menunjukkan paras bekalan air terawat yang sedikit ketika lawatan ke Tangki Imbangan air Hulu Langat ekoran beberapa kawasan di Lembah Klang, Kuala Lumpur dan Selangor mengalami gangguan bekalan air di Hulu Langat Cheras, awal tahun ini.

Rakyat Selangor perlu bersatu untuk menuntut kerajaan negeri Selangor yang ditadbir oleh pakatan pembangkang menyegerakan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 Fasa 1 (Langat 2) di Semenyih.

Kuasa ada di tangan kerajaan negeri untuk mengeluarkan Arahan Pembangunan (D.O) dan rakyat perlu mengingatkan kerajaan di bawah pakatan tersebut, bahawa kuasa itu datang dari mereka (rakyat) yang membuang undi semasa Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 yang sudah empat tahun berlalu.

Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) sendiri pada Julai tahun lalu meminta kerajaan negeri dan Persekutuan bekerjasama menangani masalah kemerosotan bekalan air yang semakin membimbangkan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Presiden Fomca, N.Marimuthu pada masa itu dilaporkan berkata, jika sumber air yang ada tidak dipelihara mungkin kita akan mengalami masalah bekalan air lebih teruk dari 1998. Namun sehingga setahun berlalu, isu air di Lembah Klang telah menjadi bahan ugutan politik, dengan pihak yang perlu berunding, tuding-menuding jari dengan mengatakan masing-masing tidak mahu duduk berunding.

Dalam soal ini sudah jelas kerajaan negeri Selangor mempunyai kuasa mutlak untuk mengeluarkan D.O dan Kerajaan Persekutuan mengeluarkan bajet agar projek pengaliran air dari Sungai Pahang ke Selangor dapat dilaksanakan. Justeru tuduh-menuduh hanya menyebabkan rakyat yang akan menjadi mangsa.

Menurut laman sesawang MKN dinyatakan bahawa, arahan MKN yang baru akan dikeluarkan dari semasa ke semasa bagi menghadapi ancaman dan cabaran keselamatan pada masa kini dan mendatang seperti ancaman bukan tradisional (non-traditional) antaranya hak asasi manusia, pemanasan global, ancaman ekonomi dan jenayah rentas sempadan. Bukankah mendapatkan bekalan air mencukupi sebahagian hak asasi manusia dan menyebabkan ancaman ekonomi?


Air adalah suatu keperluan yang amat penting untuk kelangsungan hidup manusia tak terkecuali bagi rakyat di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur. Maka peranan Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri amat dituntut untuk Projek Langat 2 disegerakan, dengan apa cara sekalipun waima dengan mengumumkan perintah darurat akibat kekurangan air bersih yang mengancam nyawa rakyat ke tiga-tiga lokasi terlibat.

Sekiranya MKN boleh bertindak untuk memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir kerana air terlebih melimpahi tebing hingga menenggelamkan rumah dan kilang-kilang, mengapa pula jika air semakin berkurangan, peranan MKN tidak boleh digerakkan untuk bertindak dalam kapasiti yang sama?

Kerajaan negeri Selangor di bawah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendabik dada dengan subsidi air yang menggalakkan pembaziran air semakin berleluasa. Beliau juga dengan ego menguar-uarkan bekalan air masih mencukupi. Sedangkan air yang dimaksudkan beliau adalah air yang tidak terawat. Apa yang diperlukan adalah air mentah boleh dirawat.

Jika api di masa kecil menjadi kawan, bila besar menjadi lawan. Namun air di masa bekalannya sedikit mahupun banyak tetap diperlukan. Dalam soal air, permintaan yang semakin meningkat menyebabkan air menjadi keperluan asas yang mendesak. Selangor khususnya amat memerlukan sumber air bagi menyokong bidang perkilangan terutama syarikat minuman air bergas.

Jika bekalan air semakin berkurang, ini bermakna banyak kilang baru dan lama tidak dapat beroperasi dan seterusnya peluang kerja untuk rakyat tempatan yang tamat belajar di institut kemahiran setiap tahun semakin tertutup.


Di negara ini, begitu banyak lulusan sekolah dan institut kemahiran seperti Sekolah Menengah Teknik, Institut Kemahiran Mara (IKM), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institut Latihan Perindustrian (ILP) dan Kolej Komuniti yang memerlukan kerja dan ini termasuk anak-anak muda di Selangor yang gah sebagai negeri maju.

Justeru, pembinaan Projek Langat 2 berkapasiti 1,130 juta liter sehari yang merupakan komponen utama bagi projek Pemindahan Air dari Pahang ke Selangor perlu disegerakan pembinaannya. Jika tiada tekanan dikenakan terhadap pemilik tanah (kerajaan negeri Selangor) maka masalah pada masa depan bukan lagi masalah air untuk minuman tetapi air untuk menyediakan prasarana pekerjaan untuk anak-anak Selangor.

MKN perlu memainkan peranan membantu rakyat Selangor dengan membekalkan air bersih yang mencukupi dari luar negeri bergelar Darul Ehsan bila sampai masanya. Itu pun jika Kerajaan Persekutuan dan Suruhanjaya Pengurusan Air Negara (SPAN) gagal memberi tekanan kepada kerajaan Selangor yang terus berdolak-dalik dalam isu air mentah yang semakin berkurangan berbanding keperluan semasa dan pada masa depan.

Dalam keadaan ini, semua rakyat Selangor perlu bersatu menuntut kerajaan negeri menyegerakan D.O pembangunan Langat 2 sama ada dengan kempen tandatangan setiap sembilan daerah di negeri itu atau lebih baik lagi pada PRU-13, pangkah sahaja calon daripada parti yang boleh menyelesaikannya. Itu yang terbaik.-UMO

Wasabi Oyabun..

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 24 Jul 2012 11:14 PM PDT

DARUL EHSAN TODAY


Pakatan Tak Paham Makna Air Yang Di Rawat Dan Air Mentah

Posted: 24 Jul 2012 10:00 PM PDT

Macam mana nak perintah malaysia nie, maksud air mentah dan maksud air yang dirawat pun pakatan tak paham...

Majlis Berbuka Puasa Bersama Menteri Pertahanan...

Posted: 24 Jul 2012 07:00 PM PDT

Majlis berbuka puasa bersama menteri pertahanan, datuk seri ahmad zahid hamidi, majlis turut di sertai oleh panglima angkatan tentera, jeneral tan sri dato' sri zulkifeli mohd zain dan warga kementerian pertahanan dan media...














"Cilaka Haram Jadah" Nie Rupanya Betul Haram Jadah...

Posted: 24 Jul 2012 01:00 AM PDT


MP kuala langat yang kalau berceramah suka guna tagline cilaka haram jadah rupenya memang haram jadah, dia sanggup halau isteri dia keluar rumah, tampa membenarkan si isteri membawa keluar dokumen pribadi miliknya...

Malah lebih teruk lagi, abdulah sani juga melarang dua anak perempuannya mengambil ibu mereka di klang senteral.


Pada aku senang je, "cilaka haram jadah" perkataan yang selalu abdulah sani lemparkan pada najib, rosmah dan lain-lain pemimpin umno, kini terpalit pula ke muka dia, ingat nie bulan puasa beb... 

SELALU ADA YANG BARU

Posted: 24 Jul 2012 11:13 PM PDT

SELALU ADA YANG BARU


BUKTI PAS HINA ISLAM

Posted: 24 Jul 2012 06:05 AM PDT

sekupangdua

Posted: 24 Jul 2012 11:10 PM PDT

sekupangdua


PADA-PADA LER YOP, ORANG PAS BATU GAJAH TAK POSA KER? FITNAH TAK INGATRAMADHAN...

Posted: 24 Jul 2012 07:24 AM PDT


Kengkawan dan sahabat teman terutama Bloggers banyak yang reda sikit sembang pasal Politik sebab ramadhan, nie yang makin kuat menjadi fitnah yang dema terutama PAS Batu Gajah idak ker komer nie posa tak di bulan Ramadhan? atau yang menulis blog komer ni belum potong kote lagi ker atau lebih tepat sebagai Islam, pada-pada ler yop, pakat semua nak buat fitnah elok ler mengkomer jangan malukan sunnah Rasulullah dengan berjubah dan berlebai serta berjanggut. ngalahkan kapior dan yahudi di bukan posa komer buat FITNAH

Nie yang terbaru teman terbaca dari sebuah blog pasal Tanah Kubur yang nak dipolitik kan dan di buat cerita Fitnah dan semacam biasaler bapak dema buasir pun dah Tentu UMNO yang akan disalahkan macam diajor guru Aljubri ler, apa-apa pakat longgok kat UMNO! memang jelas kita tau PAS sekadar boleh angguk pada PKR terutama Aljub dan Angguk pada DAP kalau mau dicacaikan, tak payah Nik Aziz ti Ambiga pun dah boleh gerakkan ahli PAS untuk jadi cai demo...

Selepas teman menghubungi dengan rakan bloggers tersebut dia buka cerita dan siasat penuh dengan cerita nie di pejabat tanah, Pejabat Agama dan lain-lain yang ada kaitan dengan Fitnah yg kononnya tanah KUBOR pun UMNO nak Sapu yang di Postkan dalam Blog Cai Kafir Harbik macam Media Perak, hehehe elok benor tukar FITNAH PERAK kan lebih tepat lagi... sama ler macam nizar sekadar boleh angguk dan ikut jer pembayor atau taukey DAP yang dema ingat rakyat tak tau, hahaha tukang kasut dan jual bundle pun tahu siapa tokey komer...

Jadi dah sebab tak da modal soal kubur dibangkitkan apatah lagi kawasan batu gajah ni memang dema nak attack si YB Midah, jadi longgok jer apa cerita pun janji ada FITNAH terhangat, memang komer ni dah tak ada islam ker lagi, elok ler jangan belagak macam orang Warak dan bebenor Islam, kalau dah bulan posa pun komer tak pernah nak hormat teguran Rasullullah yang dah ingat kan posa tu bukan tahan lapor jer, mulut dan hati tak pulak komer nak jaga.

Maleh teman nak sembang, kalau nak tau macamana dema Fitnah komer tengok ler penjelasan Penuh (KLIK) bagaimana dema nak jugak Fitnah! kahak ptui elok ler komer jangan malukan Sunnah nabi kalau dah masih bersifat Firaun...

The Unspinners

Posted: 24 Jul 2012 11:07 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 24 Jul 2012 09:39 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


Video Dato Seri @NajibRazak Melawat & Bersahur Bersama Anak Yatim

Posted: 24 Jul 2012 08:30 PM PDT

Tema Kemerdekaan, Pembangkang Perlu Rasional

Posted: 24 Jul 2012 07:28 PM PDT

Video Mahfuz Omar Mencarut Atas Pentas PAS

Posted: 24 Jul 2012 05:00 PM PDT

Kadar Zakat Fitrah 2012 Di Seluruh Malaysia

Posted: 24 Jul 2012 01:30 PM PDT


Farid Ismeth Menjawab Fitnah Kaitkan Dirinya Dengan Datin Seri Rosmah

Posted: 24 Jul 2012 09:30 AM PDT



Berikut adalah pendedahan yang dibuat dari blog  http://zamzarinazambri.blogspot.com berhubung fitnah terhadap Datin Seri Rosmah Mansor dalam Wikipedia. 

WIKIPEDIA

Disinilah antara punca hal ini berlaku.. Ramai yang tak pasal-pasal dapat dosa kering menyebarkan fitnah yang mereka percaya ia perkara sahih! Jom kita baca sikit tentang Wikipedia..


Maafkan ZZ andai penjelasan ZZ ini kurang tepat.. Almaklumlah ZZ bukan seorang yang arif dari segi teknikal dan internet.. Apa yang ZZ cuba jelaskan adalah berdasarkan bacaan dan pemahaman sendiri.

Jika dilihat daripada penerangan di atas.. Wikipedia adalah 'Open Source' yang mana artikelnya disumbangkan oleh 'volunteers'.. Justeru, rujukan di sini tidak semestinya tepat dan diragui.. Bak kata orang, 'baca boleh percaya jangan'..

Berbalik kepada emel yang ZZ terima, menurut pengirim Dalang yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah di Wikipedia terdiri daripada beberapa individu yang sengaja nak memutarbelitkan fakta.. Mari kita dedahkan sekarang... Lihat gambar dibawah..
 
'Screen shot' di atas menunjukkan tiada maklumat 'Farid Ismeth' seperti yang telah diubahsuai pihak tertentu.. Walaubagaimanapun, maklumat di Wikipedia tersebut telah diubah sebanyak lebih 60 kali dengan memasukkan beberapa fakta 'negatif' dan palsu.. Menurut pengirim emel, beliau telah membetulkan fakta yang sebenar bagaimanapun pihak satu lagi akan menukarkannya kembali.. lihat dibawah:
SC1
SC2

SC3
Pada 5 June 2012,  seseorang yang menggunakakan alamat IP: 115.134.32.194 telah mengubah maklumat 'spouse' dan memasukkan nama Farid Ismeth..

SC 1: Rekod pengguna IP address 115.134.32.194 telah melakukan beberapa perubahan maklumat
SC 2: Menunjukkan maklumat Farid Ismeth telah dimasukkan
SC 3: Menunjukkan versi sebelum diubah oleh 115.134.32.194
Lagi individu yang bertanggungjawab menyebar fakta fitnah:

SC4
Mengguna ID: Mrarifufu, telah memasukkan fakta dibawah (bold) (rujuk SC 4)

She married Najib Tun Abdul Razak in 1987 and the couple have two children - Nooryana Najwa and Norashman Razak. In addition to them, Rosmah also has three other children - Azrene Soraya on her first marriage with Farid Ismeth Emir, and two other children from her second marriage with Abdul Aziz Nong Chik..

Walaubagaimanapun, setelah disemak, user "Mrarifu" telah memadamkan akaun Wikipedianya. Rujuk SC 5..

SC5

Seorang lagi pengguna "Plastikspork" telah memasukkan Farid Ismeth Emir as the 1st spouse of Datin Seri Rosmah, rujuk SC 6..

SC6
Juga lihat SC7 bagaimana pemilik akaun yang menggunakan IP 115.134.32.194 telah membuat beberapa perubahan fakta dalam tempoh 24 jam..

SC7
Justeru, ZZ menyeru agar pihak berwajib seperti SKMM & PDRM dapat mengambil tindakan terhadap individu-individu terbabit yang telah menyelewengkan fakta melibatkan Isteri Perdana Menteri.. Individu tersebut juga bertanggungjawab menyebabkan ramai rakyat Malaysia terpengaruh dan percaya dengan cerita fitnah mereka itu..

Tambahan pula, sudah tentu maklumat ini juga menjadi rujukan 'dunia luar' untuk mengetahui latarbelakang negara kita termasuklah pemimpin dan keluarga mereka.. Dalam hal ini, kita semua tak kira latar belakang dan fahaman politik, tidak seharusnya menjadikan sumber rujukan ini sebagai tempat 'main-main' atau apa saja maksud.. Kita perlu hormat kepada pemimpin dan sejarah..

Harapan ZZ agar kita semua dapat menghayati bulan Ramadhan dengan saling menghormati antara satu sama lain tanpa mengira perbezaan warna kulit mahupun pegangan politik..

Sumber : http://zamzarinazambri.blogspot.com/2012/07/dalang-fitnah-wikipedia-rosmah-mansor.html

Akaun Queen Mutia Menghina Islam Sudah Diambil Tindakan Oleh Twitter

Posted: 24 Jul 2012 04:00 AM PDT


22 Julai 2012, trending Twitter di Indonesia membincangkan soal twitterhandle bernama @QueenMutia. Pembaca boleh membaca apa yang telah ditulis oleh penama Twitter di atas. Tulisan yang menghina Allah SWT dan Rasul. Suatu tindakan yang amat biadap dan kurang ajar.

Keprihatinan tinggi umat Islam terhadap isu ini dengan membuat laporan kepada Twitter telah menyebabkan akaun @QueenMutia telah dihentikan oleh Twitter.  Rupanya @QueenMutia menggunakan gambar palsu daripada akaun Dianne Duran. 

Moga mereka yang membuat kerja untuk memburukan agama Islam ini menerima tindakan yang sewajarnya. 



Ning Baizura Kesal PAS Sebar Fitnah Tentang Dirinya

Posted: 24 Jul 2012 12:00 AM PDT



Video PAS Memfitnah Datuk Sharifah Aini Masuk PAS

Posted: 23 Jul 2012 10:00 PM PDT


"Saya sokong kerajaan dan saya tidak pernah terlintas untuk masuk mana-mana parti pembangkang, baik PKR mahupun PAS." - Datuk Sharifah Aini. 

PAS jelas sekali membuat dakwaan yang tidak benar dan fitnah terhadap Datuk Sharifah Aini. Sudah hilang modal nampaknya PAS, terdesak hingga sanggup buat cerita yang tidak benar untuk menarik undi. 

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 24 Jul 2012 09:24 PM PDT

PISAU.NET

Posted: 24 Jul 2012 09:06 PM PDT

PISAU.NET


Kronik!Bau Busuk Keluar Dari Mulut Pemimpin PAS.

Posted: 24 Jul 2012 06:00 PM PDT


Ketua penganas dan militan Pemuda khawarij PAS hari ini berjaya membuktikan mulutnya sehancing kencing Anwar. Mulut sebegini hanya ada dikalangan penganut khawarij PAS. Busuknya sudah tidak dapat ditutup lagi.Setiap kali dibuka mulutnya pasti hancing habis diseluruh negara.


Nasarudin Tantawi sebenarnya cuba menutup kerja penganas Bersih,kononnya unit amal bertindak sebagai hero menyelamatkan anggota Polis .Sedangkan seluruh negara tahu siapakah dalang yang sebenarnya.


Pisau masih teringat bagai mana insiden semasa pilihanraya kecil Bagan Pinang apabila Nasarudin membuat seruan jihad fisabillah memanggil lebih 3 ribu orang khawarij turun ke Bagan Pinang untuk mempertahankan ulamak khawarij. Kononnya mereka turun untuk berperang berjihad mempertahankan ulama daripada diserang puak sekular.


Sedangkan dakwaan kepala pengganas militan khawarij PAS ini ternyata satu penipuan.Akibatnya ramai yang cedera,motosikal dibakar dan ada yang cedera parah dicurah asid oleh khawarij PAS.


Ini jenis ketua pemuda khawarij PAS yang bermulut bangkai,Pisau beberapa kali pernah bertegur sapa dengan lahanat sekor ni,kelibat beliau persis seorang yang berakhlak orang agama,walhal hati hitam penuh dengan kesumat dan tipu helah.


Saksikan video bagaimana bau hancing keluar daripada mulut ketua pemuda khawarij PAS.


Pisau kata " agak agak la kalau nak bohong,dah la kantoi cium molot dengan Karpal,ini kantoi pulak angkat penganas Bersih jadi hero..ptuii!

PAS Cuma Bermursyidkan Ulama DAP.

Posted: 24 Jul 2012 02:30 PM PDT

Tidak berapa lama dulu, PAS pernah dikenali sebagai parti alim ulama berikutan ramainya para ulama pondok dan ilmuan agama lulusan dari Timur Tengah yang lebih selesa berjuang dari dalam PAS berbanding bersama dengan UMNO.


Bagaimanapun beberapa tahun kebelakangan ini, trend sedemikian seperti sudah berubah arah apabila para ulama dan tok guru pondok kini kelihatan semakin menjauhi PAS dimasa yang sama dilihat semakin mesra pula dengan UMNO.


Sikap PAS yang semakin angkuh dan bongkak dalam mengejar kuasa termasuk sanggup menggadai prinsip dan dasar perjuangan Islam termasuk kerap tunduk pada tekanan rakan sepakatan dari pembangkang turut menyumbang ke arah perubahan trend tersebut.


Di Kelantan umpamanya, sebahagian besar tok guru pondok sudah tidak lagi sanggup bersekongkol dengan PAS yang dilihat melebih-lebihkan dunia hingga lupa matlamat sebenar untuk mendaulatkan Islam dan hukum hakamnya.


Jika dulu pandangan dan nasihat tok guru pondok sering menjadi rujukan pemimpin PAS dalam sesatu isu, kini peranan tok guru pondok tidak lebih sekadar sebagai tukang baca doa dan adakalanya menjadi tok imam untuk program politik yang berselindung disebalik majlis 'solat hajat perdana'.


Tambahan pula semenjak sebahagian besar pimpinannya dikuasai oleh puak liberal yang dikenali sebagai Anwarinas ataupun Erdogan, rentak hala tuju PAS juga kian liberal manakala suara-suara golongan ulama parti pula semakin tenggelam.


Pandangan Timbalan Mursyidul Am PAS dalam isu kalimah Allah s.w.t misalnya, sengaja dibakul sampahkan sahaja hanya semata-mata hati dan perasaan pemimpin DAP dan pengundi kristian pro DAP dilihat lebih utama untuk kepentingan mengejar kuasa duniawi.


Malah, apabila ramai pimpinan utamanya yang berlatar belakangkan agama sengaja dipinggirkan dalam perebutan jawatan parti, ia mengesahkan lagi yang PAS kini sudah melalui zaman perubahan total yang meletakkan para ulama dalam PAS kini hanyalah umpama kain buruk sahaja.


PAS lebih selesa dengan rentak baru haluannya yang lebih bebas tanpa kawalan dan teguran dari ulama dalam parti, meletakkannya kini seakan sama seperti PKR dan DAP walaupun tarafnya masih bersifat balaci.


Tika PAS berubah sikap secara drastik membuang satu demi satu pemimpin berlatarbelakang agama dan mula meminggirkan suara ulama-ulamanya, UMNO pula mengorak langkah memperkukuhkan suara alim ulama supaya lebih memainkan peranan dalam parti dan kerajaan.


Bagi PAS, para ulama dan tok guru pondok seakan sudah tiada nilai untuk dimanfaatkan sebaliknya kemunculan beberapa artis perempuan yang suatu ketika dulu meliuk-liuk tubuhnya bergaya seksi di depan kamera kini dilihat lebih berharga untuk memancing undi muda mudi.



Pisau kata "PAS tak buang ulama cuma tukar jer...alim ulama DAP lagi mursyid!"

Lagi Kes Seleweng Guan Eng Kantoi ,DAP untung 9juta?

Posted: 24 Jul 2012 02:44 AM PDT

Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang pada Selasa mendakwa kerajaan negeri telah memutar-belit fakta dan menipu rakyat berhubung penjualan tanah di Taman Manggis di Jalan Zainal Abidin di sini kepada sebuah syarikat swasta bagi pembinaan hospital swasta.

Pengerusi BN negeri Teng Chang Yeow mendakwa kerajaan negeri pimpinan DAP itu didapati mereka cerita untuk menyembunyikan fakta sebenar dengan mengatakan permohonan lesen untuk pembinaan hospital swasta itu telah ditolak oleh Kementerian Kesihatan pada 22 Oktober 2010.

Bagaimanapun, beliau berkata rekod yang diperoleh daripada One Stop Centre (OSC) menunjukkan syarikat swasta, Kuala Lumpur International Dental Corporation Sdn Bhd, telah mengemukakan pelan perancangan kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang pada 23 Disember, 2011.

"Tidak masuk akal kalau pemaju masih mahu mengemukakan pelan perancangan jika permohonan lesen mereka ditolak satu tahun lebih awal daripada tarikh mereka mengemukakan permohonan merancang.


"Kenapa kerajaan negeri apabila isu ini pertama kali dibangkitkan tidak mendedahkan bahawa permohonan lesen daripada Kementerian Kesihatan telah ditolak pada 22 Okt 2010? Jika kita tidak mendedahkan perkara ini, masyarakat umum masih lagi berada dalam kegelapan," katanya pada sidang media.


Pada Jun lepas, BN negeri mendedahkan tanah seluas 0.45 hektar yang sepatutnya dibangunkan untuk Projek Perumahan Rakyat (PPR) fasa kedua itu dijual kepada syarikat swasta untuk pembinaan bangunan setinggi 30 tingkat yang mengandungi 19 tingkat hotel, enam tingkat hospital swasta dan lima tingkat tempat letak kereta.


Ketua Menteri Lim Guan Eng sebelum ini berkata kononnya tanah itu terpaksa dijual kerana keluasannya tidak mencukupi untuk membangunkan projek perumahan.

Teng mendakwa beliau juga mendapat maklumat daripada pejabat Menteri Kesihatan yang mengesahkan bahawa lesen untuk pembinaan hospital itu telah diluluskan kepada Victoria Specialist Hospital iaitu hospital kepunyaan Kuala Lumpur International Dental Corporation Sdn Bhd.


"Unit Perancang Ekonomi Pulau Pinang telah dimaklumkan mengenai kelulusan tersebut pada 5 Jun 2012. Macam mana kerajaan negeri mengatakan pelan ini telah ditolak. Kita dapati kerajaan negeri memutar belit dan mereka cipta cerita untuk menyembunyikan perkara-perkara yang masih tersirat," katanya.


Beliau berkata dakwaan kerajaan negeri bahawa Kementerian Kesihatan tidak meluluskan pembinaan mana-mana hospital swasta di Pulau Pinang selepas pakatan pembangkang mengambil alih negeri itu, adalah tidak benar.

Teng berkata berdasarkan maklumat yang diperoleh, Kementerian Kesihatan telah meluluskan sebanyak lima projek pembinaan hospital swasta di Pulau Pinang iaitu di Jalan Kedah, Kepala Batas pada 2008, Jalan Perda Utama, Bandar Perda (2008), Jalan Jawi Jaya 1, Taman Jawi Jaya Sungai Jawi (2011), Jalan Masjid Negeri (2011) dan Jalan Zainal Abidin (2012).


Katanya kesemua maklumat yang diperoleh jelas menunjukkan terdapat usaha oleh kerajaan negeri menyembunyikan fakta yang sebenar dengan memutar-belit fakta.


Beliau berkata BN negeri tidak akan berhenti untuk meneruskan usahanya dalam mendedahkan fakta sebenar apabila lebih banyak bukti akan didedahkan kelak.-BERNAMA


Pisau kata " khabarnya..sumber dalaman DAP kata ada yang makan komisen..9juta beb.."

PenangWasabi

Posted: 24 Jul 2012 09:05 PM PDT

PenangWasabi


Masjid : ADUN PAS persoal kerajaan Kelantan!!!

Posted: 23 Jul 2012 11:37 PM PDT


Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS mempersoalkan tindakan kerajaan negeri pimpinan parti itu yang disifatkannya tidak memberi keutamaan terhadap pembinaan masjid di setiap pembangunan bandar baru yang dilaksanakan di Kelantan.

Hassan Mohamood (Pas-Tawang) berkata, perkara tersebut boleh dilihat dalam pelaksanaan pembangunan Bandar Baru Tunjung dan Lembah Sireh apabila pembinaan masjid tidak diberikan penekanan berbanding bangunan lain yang telah siap dibina. Beliau turut mempersoalkan projek pembinaan masjid di Lojing yang belum bermula tetapi peruntukan sebanyak RM1 juta telah pun diluluskan.

"Kerajaan tidak memberi keutamaan kepada pembinaan masjid dan tidak memberi penekanan kepada pemaju supaya membina masjid, sebagai contoh di Bandar Baru Tunjung, bangunan lain dah naik masjid tidak ada manakala di Lembah Sireh, bangunan lain penuh, masjid entah di mana.

"Jadi saya harap kerajaan memberikan keutamaan terhadap pembinaan masjid," katanya ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Ahmad ketika itu sedang menjawab soalan tambahan Abdul Halim Abdul Rahman (Pas-Chetok) yang meminta kerajaan negeri mencontohi pendekatan hijrah Rasulullah yang memberi keutamaan membina masjid, dalam pembangunan bandar baru Lojing. Abdul Halim berkata, pembinaan masjid itu penting supaya masyarakat tidak kosong daripada menerima ajaran agama.

Timbalan Menteri Besar itu dalam jawapannya berkata, kerajaan telah meluluskan peruntukan RM1 juta untuk mewujudkan pusat pengajian pondok moden di Lojing yang akan memberi nafas baru dari segi perkembangan Islam khususnya di kalangan Orang Asli di kawasan tersebut.

Beliau berkata, batu asas pembinaan pondok itu yang turut mengandungi sebuah masjid telah pun diletakkan dan kerajaan kini menunggu rangka program pembangunan yang hendak dilaksanakan di kawasan tersebut daripada Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN).

"Tidak timbul tak beri keutamaan, begitu juga di Bandar Baru Tunjung, wang telah ada tapak sudah ada," katanya.

Terdahulu ketika menjawab soalan Zulkifli Mamat (Pas-Pulai Chondong) mengenai pelan struktur pembangunan bandar Jajahan Kecil Lojing, Ahmad berkata, rancangan pembangunan dibuat secara menyeluruh untuk jajahan Gua Musang bagi pembangunan bandar berkenaan terutama berkonsepkan pelancongan agro.

Beliau berkata, beberapa pelan rancangan juga dilaksanakan bagi memastikan pembangunan yang hendak dilakukan tidak menjejaskan kualiti alam sekitar di Lojing.

Mungkin ini jawapan standard dari Nik Aziz :

Jika kita masih ingat pada 5 Januari 2008, di Pasir Puteh, Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui sejak beliau mentadbir negeri ini selama 18 tahun, Pas tidak pernah membina sebuah masjid pun! Alasan Nik Aziz amat menjengkelkan! Beliau tanpa rasa bersalah berkata, ini kerana, kerajaan negeri tidak akan melayan sebarang permintaan untuk membina masjid baru kecuali rakyat sendiri yang menyediakan tapak dan membinanya terlebih dahulu.

''Rakyat buat dulu masjid, beli tanah tapak dulu baru kerajaan negeri Pas beri sekadar mampu,'' itulah sikap "cuci tangan' Nik Aziz ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Gaal, di Kampung Telosani.

Mursyidul Am Pas itu seperti amalan biasa yang dilakukan oleh pemimpin dan penyokong Pas, tidak akan malu kepada kegagalan parti mereka mendirikan walau sebuah masjid sepanjang memerintah di Kelantan tetapi akan menyalahkan Kerajaan Persekutuan. Alasan Nik Aziz ialah Kerajaan Persekutuan tidak menyediakan peruntukan mencukupi kepada kerajaan negeri bagi melaksanakan projek-projek pembangunan di negeri itu!

Sepatutnya Nik Aziz merasa malu apabila terdapat banyak masjid uzur yang merentangkan kain pemidang untuk mengutip derma kerana kerajaan Pas gagal menunaikan tanggungjawab terhadap rumah Allah. Tidak ada apa-apa yang boleh dibanggakan oleh rakyat kerana Kerajaan Pas terbukti gagal dalam pemerintahan mereka setelah diberi peluang mentadbir negeri selama lebih 18 tahun.

Banggakah pemimpin Pas bila kebanyakan masjid masih lagi berada pada tahap yang uzur, buruk dan tidak terjaga. Ada masjid yang masih terbengkalai kerana tidak ada duit untuk disiapkan oleh pihak berwajib. Memang rakyat digalakkan memberi derma kepada masjid, tetapi kerajaan negeri tidak boleh lepas tangan.

Rakyat Kelantan, khususnya yang berada di luar Kelantan malu bila rumah Allah tidak diberi perhatian utama oleh Kerajaan Pas. Ini membuktikan Pas berbohong untuk mendaulatkan Islam. Sekaligus memperlihatkan, Kerajaan Pas hanya asyik berkhayal dengan slogan tetapi gagal untuk memakmurkan negeri Kelantan.

Dalam masa yang sama, Pas tetap memperalatkan masjid yang dibina oleh kerajaan Barisan Nasional, untuk mengekalkan pengaruh mereka di negeri ini.
" Paling dikesalkan, bangunan Pas di setiap daerah tumbuh dengan begitu pesat umpama 'cendawan di musim hujan'.

Tidak cukup dengan penceramah Pas tempatan, parti itu mengimport penceramah Pas dari luar Kelantan untuk berceramah di masjid yang uzur dan bocor semasa hari kebesaran Islam. Tidak malukah pemimpin Pas dengan tindak tanduk mereka itu? Paling dikesalkan, bangunan Pas di setiap daerah tumbuh dengan begitu pesat umpama 'cendawan di musim hujan'.

Bangunan Pas seperti Putik di Pengkalan Chepa tersergam indah dan dilengkapi dengan kemudahan yang cukup selesa. Begitu juga bangunan Pas di Parlimen Ketereh dan beberapa tempat lain sudah siap dengan begitu cepat. Di manakah Pas mendapat wang untuk menyiapkan bangunan milik parti itu? Kalau bangunan parti ada duit, memperbaiki dan membina masjid walaupun sudah 18 tahun memerintah masih tidak ada peruntukkan!.

Mungkin rakyat Kelantan terfikir bahawa jika Pas jujur dalam perjuangan Islam, alangkah baiknya jika wang tersebut digunakan untuk membina dan memperbaiki rumah Allah yang uzur itu. Hingga kini, banyak bantuan kepada masjid diberikan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK). Malangnya, terdapat jawatankuasa masjid yang menyokong Pas tidak menghargai sumbangan tersebut.

Maka pada pendapat penulis memang patut pun ADUN PAS sendiri yang mengeluh mengenai kurangnya kerajaan negeri memberi keutamaan terhadap pembinaan masjid di setiap pembangunan bandar baru yang dilaksanakan di Kelantan. Adakah PAS Kelantan akan terus mengambil sikap " lepas tangan " semata-mata berharap kepada kerajaan pusat untuk setiap pembangunan di seluruh negeri Kelantan.

Jadi apakah fungsi sebenar Kerajaan PAS diKelantan ini? Diharap rakyat Kelantan dapat memikirkan samada untuk terus memberi sokongan kepada PAS dalam PRU yang akan datang. Wallahuallam.

Penang Wasabi..

Sri Tri Buana

Posted: 24 Jul 2012 07:31 PM PDT

Sri Tri Buana


"Allah Mahu PAS Merampas Kuasa Ke Putrajaya".

Posted: 23 Jul 2012 09:20 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 24 Jul 2012 03:41 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Olimpik London - Mufti setuju atlit tangguh puasa

Posted: 24 Jul 2012 01:30 PM PDT

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya bersetuju dengan pandangan Mufti Perak Tan Sri Harussani dan bekas mufti Perlis Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin supaya atlit Muslim yang mewakili Malaysia di temasya Sukan Olimpik, menangguhkan ibadah puasa.

"Setuju (dengan Harussani dan Dr Asri) sebab mereka (atlit) musafir dan mereka berhak ambil rukhsah dan keringanan yang diperkenankan oleh syarak," kata Dr Juanda melalui kiriman SMS kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun, tokoh agama itu berkata ia terserah kepada atlit tersebut sama ada berpuasa ataupun tidak sekalipun ia merupakan "keluasan agama".

Dr Juanda mengulas pandangan Harussani dan Dr Asri yang dilaporkan berkata, atlit Muslim boleh menangguhkan puasa bagi mengelakkan daripada dituduh tidak beri kerjasama, diboikot atau boleh menjejaskan peluang kemenangan.

Malah Dr Asri yang juga pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia (USM) dilaporkan The New Straits Times sebagai berkata, atlit boleh berbuat demikian kerana mereka bermusafir.

Isu berkenaan turut mendapat perhatian Persatuan Ulama Malaysia (PUM) yang menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) supaya bersidang bagi memutuskan pandangan mereka berhubung perkara itu.

Setiausaha PUM Dr Mohd Roslan Mohd Nor kepada dihubungi Malaysiakini petang ini berkata pandangan yang dikemukakan itu bukan pandangan rasmi kerajaan.

"Umat Islam memerlukan satu panduan yang sama. Kita menghormati padangan Tan Sri Harussani dan Dr Asri. Tetapi pandangan mereka tidak mewakili satu badan yang berpusat dari kerajaan.

"Itu pandangan peribadi mereka," katanya yang menambah PUM telah berbincang mengenai perkara itu sebelum ini.

Bagaimanapun masyarakat Islam sangat memerlukan keputusan majlis itu dan PUM mahu diselaraskan di peringkat kebangsaan, kata Dr Mohd Roslan lagi.

- Malaysiakini

Leman Raja Lawak, lawak hang amat melugaikan!

Posted: 24 Jul 2012 12:31 PM PDT

Ini adalah email yang diterima daripada seorang pembaca Dalam Utusan Malaysia hari ini ada artikel tentang Leman Raja Lawak yang mengaku dia masuk Raja Lawak 5 semata-mata untuk popular dan sebagai strategi dia nak jadi wakil rakyat.

Saya nak cakap dalam banyak-banyak lawak yang Leman buat, saya rasa ayat dia "masuk Rajak Lawak 5 sebab nak jadi Yang Berhormat" adalah yang paling lawak. Tahniah Leman kerana akhirnya anda berjaya buat saya gelak selepas berminggu-minggu saya cuba nak gelak tonton persembahan anda dalam Gelanggang Raja Lawak 5.

Ayat saya nampak kasar tapi hakikatnya memang saya agak tak puas hati sikit dengan Leman sebenarnya. Status Facebook saya minggu lepas ada saya tulis yang saya rasakan Leman perlu minta maaf kepada para pengundinya selepas dia begitu gembira bila diumumkan keluar hingga menjerit yes!

Dia lupa agaknya yang para pengundinya hantar undian, hantar sms menggunakan wang mereka. Sepatutnya jika memang dia mahu keluar dia sepatutnya tarik diri atau beritahu awal-awal kepada penonton agar tidak mengundinya kerana dia memang hendak keluar.

Tak reda dengan laungan yes!, kali ni lagi menyirap pula rasa bila dia katakan penyertaannya dalam Raja Lawak hanya strategi untuk bertanding menjadi wakil rakyat.

Saya bukanlah pengundi Leman malahan saya tak pernah pun hantar sms mengundi mana-mana peserta RL5, bukan takat RL5, semua program realitilah saya memang tak suka hantar undian sms, saya lagi suka jadi penonton sahaja. Tujuan saya marah-marah adalah kerana saya tak suka perihal Leman yang memperbodohkan orang lain terutama pengundinya.

Saya tak tahu kelayakkannya untuk bertanding sebagai wakil rakyat malah saya pun baru tahu pekerjaannya sebelum ini adalah sebagai seorang peguam. Tapi yang saya tahu jika saya merupakan pengundi di Kuala Nerang, saya tidak akan undi Leman sekiranya dia bertanding.

Ini antara hujah saya, jika benar dia nak popular sebab nak jadi YB, dia tak seharusnya gunakan medium hiburan. Dia sepatutnya fikir untuk popular di dalam komuniti penduduk di kawasannya melalui khidmat-khidmat kemasyarakatan yang dilakukan.

Apa jasanya kepada kawasan komuniti dengan hanya sertai Raja Lawak?

Buat nama Kuala Nerang popular? Itu sahaja! Tapi semua penonton tahu ke dia berasal dari Kuala Nerang? Semua orang ada ASTRO dan internet ke untuk tonton Raja Lawak?

Bagi saya, orang yang betul-betul minat politik takkan mengundi seseorang calon melalui kepopularan yang dia ada semata-mata sebaliknya lebih melihat kepada kemampuan memimpin dan jasa yang pernah ditaburkan.

Satu lagi hujah saya, jika pengundinya dalam Raja Lawak pun dia tak hargai, agaknya apa dia buat bila dah jadi YB? Mesti dia terus hanyut dengan panggilan YB dan melupakan pengundinya. Pengundi Raja Lawak semua keluarkan duit pun dia tak hargai inikan pula pengundi yang hanya pangkah di atas kertas undi.

Kenyataan Leman bahawa dia masuk Raja Lawak hanya nak popular untuk jadi YB sebenarnya adalah satu penghinaan kepada ASTRO dan juga penerbit Raja Lawak. Ini bermakna mereka telah salah pilih peserta dan menafikan hak mereka di luar yang mahu sertai Raja Lawak sebab mahu berlawak dan jadi pelawak! Jadi ASTRO boleh sahaja untuk boikot Leman lepas ni.

Kepada Leman, dia dah lakukan banyak kesilapan. Saya rasa dia tak sepatutnya keluarkan kenyataan nak jadi YB sebagai alasan sertai Raja Lawak. Dia sepatutnya simpan sahaja alasan itu sebagai rahsia peribadinya dan anggap itu sebagai strategi dalam mencapai impian menjadi YB!




Kalau saya di tempat Leman, memang popular tu sedikit sebanyak boleh dianggap bonus untuk sertai politik tetapi dia sepatutnya gunakan bonus yang telah diperoleh sebaiknya.

Dia tidak seharusnya gelojoh dengan terus mensasarkan untuk bertanding PRU-13 dan menggunakan bonus popular yang ada sebagai senjata meraih undi. Kegelojohan dan kejujurannya mengaku masuk RL sebab nak jadi YB hanya akan menimbulkan rasa kurang senang ramai orang malah akan jadi bahan jenaka parti lawan nanti.

Leman oh Leman, saya dah tak tahu nak cakap apa lagi. Banyak sangat dah kesilapan yang anda lakukan yang sekelip mata boleh membunuh kepopularan yang anda sedang kecapi. Niat anda nak jadi YB nak tolong rakyat tu baik tapi cara anda itu tak kena.

Sekian, terima kasih.
Taiping Mali

Chegu Bard letak jawatan...

Posted: 24 Jul 2012 11:31 AM PDT

Inilah kebodohan orang muda yang tidak tahu sejarah dan tidak menilai sejarah. Sejarah akan berulang kali dan seseorang pemimpin akan ulang cara yang pernah dilakukan.

Orang yang ingin kami anggapkan sebagai bodoh adalah Chegu bard. Eh ... kotor perjawatan guru untuk dikaitkan dengan Badrul.

Sejarah Anwar selalunya akan buang seseorang bila santannya dah di perah. Lihat mana ada orang asal PKN ada bersama lagi dengan Anwar melainkan Azmin dan mungkin Dato Kamarul.

Dia dah lama patut belah tapi bodoh!

Lebih elok panggil dia Bard Simpson kerana dia tidak tahu perjuangannya bersama PKR adalah perjuangan untuk anasir Dajjal Al Masih dan persekongkolan dengan anasir kuasa neo kolonialisma.

Dan dalam katun Simpson banyak mesej subliminal yang pro anarchy dan penghancur ummah.

Dah tentu Bard yang suka campur dengan puak2 hisap ganja dan pemikir telor setengah masak, adakah dia terfikir perkara-perkara ini?

Yang kami nak perbodohkan Badrul adalah kenapa hari ini baru nak letak jawatan. Kisahnya dia telah letak jawatan pada Julai 20hb.

Alasan yang diberikan adalah kerana tidak puashati dengan beberapa orang prmimpin PKR Negeri Sembilan seperti Datok Kamarul, Ketua Cabang Kuala Pilah, Nordin Ismail, Setiausaha Negeri Sembilan, Sabaruddin Yassin dan Ketua AMK Negeri dan geng dia sendiri, Nazree.

Kononnya dia dipinggirkan. Hehehe ... bodoh! bodoh!




Kita orang luar pun boleh lihat Badrul ni dah tak laku. Gerak kerjanya banyak bodoh!

Kalau kami dalam PKR pun, kami tak mahu bawa masuk Badrul ini.

Macam geng2 dia, dia hanya tahu melihat dari perspektif propaganda dan macam mana nak ambil perhatian untuk diri sendiri.

Bukan strategik pemikiran mereka pun. Bukan berilmu pun pemikiran. Dan bukan faktual, berangka dan berhujah pun puak2 kawan Badrul dalam menganalisa sesuatu isu.

Hanya dari aspek propaganda bodoh!

Keluar fakta macam isu air Selangor, habis bergelimpangan. Macam kes Scorpene. Macam kes George Kent. macam Kes FGVH. Dan macam-macam lagi.

Kononnya jika Anwar terima perletakan jawatan badrul, dia akan bergerak atas SAMM dan buat press conference. Mulalah gaduh terbuka dengan Anwar.

Usah risau anwar. SAMM pun sama bebal.

Dah tahu dan akui Anwar meliwat dan rendah moral, masih berharap nak naikkan Anwar. Mana nilai hidup mereka berpemimpin orang tak bermoral?

Pemimpin tak bermoral tak akan kekal dan hidup ditarik hidung oleh macam kerbau oleh tangan-tangan lain yang akan merosakkan negara.

Budak SAMM pun bukan tahu. Alah baru belajar. Pemimpin cikgu sekolah fail.

Harap UMNO atau mana pihak dalam kerajaan jangan jadi bodoh nak ambil satu lagi bebal yang sama. Mereka ini makan dua dua belah, mengaku diri MIO padahal tidak dan bocor rahsia dua-dua belah kepada pihak sebelah sana.


Bodoh badrul ini. Dari lepas dia dikencingkan Sam Ketot, patut dia sedar PR tak mahu dia lagi. Masih lagi terlibat bersungguh-sungguh dalam Bersih.

Ingat kawan dia bocorkan rahsia perancangan kerajaan hadapi Bersih 2.0 tu orang tak tahu. Ramai yang tahu!

Yang tak tahu tapi masih agung2 tu bebal mudah ditipu!

The Unspinners

(Gambar) Super hot pelakon Sharifah Amani ajak main bola

Posted: 24 Jul 2012 10:15 AM PDT

Pelakon Sharifah Amani telah dilantik sebagai salah seorang duta kempen Let's Play! Ignite Your Passion yang bertujuan menarik lebih ramai pemain untuk turut serta.

Sharifah Amani dipasangkan bersama pelakon Cindy Chen yang juga merupakan bekas peserta Miss World Malaysia 2008/09 yang dimenangi oleh Soo Wincci.

Anak kepada pelakon veteran Fatimah Abu Bakar ini dilantik menjadi duta kerana minat beliau yang tinggi terhadap aktiviti sukan terutamanya dalam kategori ekstrim.





Jika anda berminat untuk turut serta dalam permainan yang turut melibatkan pemain dari seluruh dunia ini, dapatkan maklumat lanjut di laman rasmi EA Sport FIFA Online 2 atau Facebook rasmi mereka di facebook.com/fifaonlineII. Mana tahu boleh cabar pasukan bola sepak Sharifah Amani, jika ada.

Persahabatan - Arsenal menang tipis, atasi Harimau Malaya 2-1

Posted: 24 Jul 2012 09:30 AM PDT

ARSENAL menewaskan pasukan Harimau Malaya 2-1 dengan kedua-dua golnya dijaringkan pada minit-minit terakhir perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, yang berakhir sebentar tadi.

Skuad negara yang menjaringkan gol tunggal pada minit ke-45 mengekalkan kedudukan 1-0 sehingga minit ke-87.

Arsenal menjaringkan dua golnya minit-minit terakhir perlawanan, sekali gus mengekalkan kemenangan tahun lalu.Tahun lalu, The Gunners menjaringkan empat gol tanpa dibalas.




Penjaring:
Mohamad Azmi Muslim (min-45), Thomas Eisfeld (min-87), Chuks Aneke (min-90)

MALAYSIA:
Mohd Farizal Marlias, S.Subramaniam (Mohamad Muslim Ahmad), Mohamad Aidil Zafuan Abdul Razak (Amiridzwan Taj Tajudin), Mohamad Azmi Muslim (Md Rozaimi Abd Rahman), Mohd Bunyamin Umar (Mahalii Jasuli), Safiq Rahim (Amar Rohidan), S.Kunalan (Mohamad Ashaari Samsudin), Mohd Shakir Shaari (Gary Steven Robbat), Azamuddin Mohd Akil (Shahurain Abu Samah)(Baddrol Bakhtiar), Mohd Safee Mohd Sali (Ahmad Shakir Shaari Mohd Ali), Norsharul Idlan Talaha (Mohd Khyril Muhymeen Zambri) (Mohamad Fadhli Mohd Shas).

ARSENAL FC:

Separuh masa pertama:
Vito Mannone, Thomas Vermaelen, Johan Djourou, Carl Jenkinson, Kieran Gibbs, Andre Santos, Abou Diaby, Mikel Arteta, Francis Coquelin, Gervinho, Maraoune Chamakh.

Separuh masa kedua:
Vito Mannone, Theo Walcott, Alex Oxlade Chamberlain, Alex Song, Ryo Miyachi, Nico Yennaris, Graig Eastmond, Ignasi Miquel, Kyle Bartley, Chuks Aneke, Benik Afobe.

Pengadil: Suhaizi Shukri

Guna Miss Bikini modal tipu saintis jadi keldai dadah

Posted: 24 Jul 2012 08:31 AM PDT

Argentina – Sindiket pengedaran dadah antarabangsa bukan sahaja memerangkap gadis-gadis naif untuk dijadikan sebagai keldai dadah sebaliknya mereka yang terpelajar juga turut termakan dengan pujukan berkenaan.

Antara mangsa tersebut termasuklah seorang saintis lulusan Universiti Oxford, Paul Frampton.

Dia yang merupakan pensyarah di sebuah universiti, kini terpaksa merengkok di dalam lokap sejak awal tahun ini selepas ditangkap membawa dua kilogram dadah dalam beg bimbitnya ketika mahu menaiki pesawat menuju ke Peru di Buenos Aires.

Namun, Frampton mendakwa, dia menjadi mangsa kepada sindiket dadah yang memerangkap mangsa melalui model cantik dan seksi di internet.

Dia mendakwa menjadi umpan kepada sindiket yang menyamar sebagai model berusia 32 tahun kelahiran Czech, Denise Milani yang kini menetap di Amerika Syarikat.

Milani pernah menjulang gelaran Miss Bikini World pada 2007.

Bagaimanapun, Frampton akhirnya sedar bahawa dia hanya dijadikan umpan oleh mafia dari Amerika Selatan ini untuk membawa beg berisi dadah selepas ditangkap.

Jika sabit kesalahan, dia berdepan hukuman penjara selama 16 tahun di Argentina.

Pada masa ini, rakan-rakannya sedang bergelut untuk membebaskan saintis tersebut dengan ikat jamin.

Ketika menceritakan pengalamannya itu, Frampton, penipuan yang dilakukan oleh sindiket dadah tersebut begitu terancang sehinggakan dia termakan dengan pujuk rayu mereka.

Menyangka rakan siber itu adalah Milani, dia telah terpedaya untuk ke Argentina dan memulakan kehidupan baru dengan model tersebut.

"Selama 11 minggu saya percaya bahawa saya telah bertemu dengan seorang wanita yang menarik untuk mengisi kekosongan hidup,'' kata duda tersebut.

Frampton mendakwa dia diberikan beg bimbit berkenaan ketika menginap di sebuah hotel di Buenos Aires oleh seorang lelaki yang mendakwa beg berkenaan milik model tersebut.

"Walaupun saya bercadang untuk membawa beg bimbit itu ke Brussels untuk menghadiri satu persidangan, namun rakan-rakan berjaya memujuk saya melupakan wanita itu selepas 36 jam saya menunggunya di lapangan terbang,'' katanya dalam satu temu bual dengan akhbar tempatan.

Model tersebut bagaimanapun tidak terlibat dalam plot tersebut dan namanya hanya digunakan oleh sindiket dadah tersebut.

Hish! Speaker pun kaki fitnah...apa la depa ni!

Posted: 24 Jul 2012 07:32 AM PDT

GEORGETOWN – Speaker Dewan Undangan (Dun) Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussain digesa menghentikan fitnah yang mendakwa syarikat Maison Height Sdn Bhd mengambil kesempatan ke atas penduduk dengan membeli dan menjual tanah di Kampung Terang, Balik Pulaudalam tempoh empat bulan.

Jika tidak, beliau bakal berdepan dengan tindakan undang-undang.

Pengarah Urusannya, Datuk Omar Faudzar berkata, pihaknya mempunyai semua dokumen yang boleh membuktikan pembelian dan penjualan tanah itu tidak dibuat dalam tempoh empat bulan seperti didakwa Abdul Halim.

"Dakwaan Abdul Halim kononnya kami menjual tanah berkenaan dalam tempoh empat bulan adalah pembohongan kerana semua dokumen jual beli antara syarikat saya dan penduduk yang bertarikh 4 Oktober 2010 ada di sini.

"Dokumen perjanjian penjualan tanah itu kepada sebuah syarikat bertarikh 10 Januari 2012 turut kami sertakan.

"Jadi penjualan tanah ini bukan dilakukan dalam tempoh empat bulan, sebaliknya hampir dua tahun," katabeliau pada sidang media di sini, hari ini.

Turut hadir, pengerusi syarikat berkenaan, Datuk Musa Sheikh Fadzir yang juga Ketua Umno Bahagian Bukit Mertajam.




Omar yang juga Ketua Umno Bahagian Bukit Gelugor berkata, mereka bukanlah broker seperti yang didakwa Abdul Halim, sebaliknya beliau dan Maison Height Sdn Bhd adalah syarikat pemaju hartanah yang sudah lama berkecimpung dalam pembinaan perumahan.

Sementara itu, Musa mencabar Abdul Halim untuk membuktikan tanah berkenaan dijual dalam tempoh empat bulan dan jika berjaya berbuat demikian beliau berjanji akan mengundurkan diri dalam arena politik.

Musa yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri berkata, sebagai Speaker Dun, Abdul Halim tidak sepatutnya menipu rakyat dengan fitnah yang ditaburkan kepada pemimpin Umno.

Beliau percaya tindakan berkenaan adalah untuk menutup kelemahan Kerajaan Negeri.

"Disebabkan saya orang politik,dia (Abdul Halim) dan Ketua Menteri Lim Guan Eng mahu burukkan nama Umno sahaja dan nak beritahu pada rakyat bahawa Umno jahat.

"Mereka mahu tutup kelemahan Kerajaan Negeri yang menjual tanah di Bayan Mutiara dan tanah di Taman Manggis sehingga terpaksa berbohong.Tindakan ini menunjukkan mereka tidak ada moral langsung," katanya.

Musa berkata, jika Abdul Halim gagal membuktikan dakwaan itu, beliau perlu meletak semua jawatan dan bersara dari politk.

Sebelum ini,Abdul Halim mendedahkan dua pemimpin Umno berkenaan mengambil kesempatan terhadap penduduk apabila menjadi orang tengah dalam penjualan 4.04 hektar tanah di Balik Pulau kepada sebuah syarikat pemaju.

Abdul Halim berkata,perkara itu diketahui setelah menyemak geran mukim bagi tanah di Mukim J,Kampung Terang di daerah berkenaan.

(Gambar) Pembebasan Ariel Peterpan

Posted: 24 Jul 2012 06:31 AM PDT

Awal pagi semalam waktu Indonesia, Ariel Peterpan melangkah ke fasa baru dalam hidup beliau apabila telah dibebaskan dengan syarat daripada hukuman penjara di Bandung.

Walaupun bebas secara zahirnya, Ariel Peterpan wajib untuk melaporkan diri sekali sebulan sehingga tarikh pembebasan sebenar beliau pada 21 September 2013 nanti.

Selepas itu, bekas kekasih Luna Maya ini disyaratkan untuk terus melaporkan diri sehingga 21 September 2014 sebelum benar benar bebas dari sebarang syarat hukuman.

Bercakap kepada media selepas urusan dipenjara selesai, Ariel Peterpan bersyukur dengan pembebasan beliau ini lebih lebih lagi ianya berlaku di bulan Ramadhan yang mulia.

[Tiga sebab anda perlu pulang raya dengan memandu tahun ini! #VWHariRaya]
Disoal tentang kerjaya seni beliau, Ariel Peterpan pantas menjelaskan yang beliau ingin mengambil sedikit waktu untuk berehat sebelum memulakan apa apa aktiviti seni.

p/s : Kisah lama jangan dikenang...tapi Ariel punya sangat hot! Hehehehe..klik SINI



UMNO bukan tempat Ulama - Idris Ahmad

Posted: 24 Jul 2012 06:01 AM PDT

Umno bukan tempat orang agama untuk menegakkan idealisma perjuangan seorang ulamak, sebaliknya ia hanya parti untuk mencari makan dan ikut telunjuk pemimpin Umno.

Demikian kata Ustaz Idris Ahmad, AJK PAS Pusat dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

Beliau yang tertarik dengan cadangan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya yang mahu majlis ulama Umno diwujudkan.

Namun, persoalannya mahukah pemimpin Umno hendak mengikut garis panduan yang ditentukan oleh majlis ini, soalnya.

Bagi Idris, rekod Umno memang terbukti, golongan agama di dalam Umno hanya melukut ditepi gantang sahaja.

"Ia hanya bertugas untuk melawan hujah PAS sahaja, akhirnya mereka juga kecundang kerana tidak mampu berhujah dengan ilmu. Mana pergi Biro Agama Umno?" soal Idris.

Satu ketika dahulu biro ini diketuai oleh mereka yang mendapat pendidikan tinggi dalam agama seperti Datuk Wan Mokhtar Wan Ahmad, Dr Yusuf Nor (Phd Universiti Cairo dalam bidang Tasauf).

"Sekarang Biro ini seperti hidup segan mati tak mau. Mana pergi tokoh-tokoh agama di dalam Umno sekarang. Berjayakah mereka untuk Islamisasi dalam Umno?" tambah beliau.

Menurutnya, kemasukan Ustaz Nakhaei Haji Ahmad bekas Ahli Majlis Syura PAS juga tidak mampu untuk membuat apa-apa di dalam Umno.

"Tentu kita masih ingat sewaktu Tun Abdullah Badwi menjadi Perdana Menteri, Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) telah diarahkan membuat garis panduan hiburan, malangnya apabila dikemukakan, kabinet tolak ketepi sahaja.

"Inilah wajah sebenar Umno, mereka bukan mahu ikut ulamak, tetapi ulamak mesti ikut Umno.

"Kalau tidak percaya tanyalah Dr Mashitah Ibrahim dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom," katanya.

Bagi Idris, Ustaz Fathul Bari mungkin ikhlas untuk mengangkat martabat Umno, tetapi beliau perlulah merujuk kembali sejarah golongan agama di dalam Umno yang pernah menasihati pemimpin Umno dalam isu loteri.

Malangnya tegahan ini tidak diterima, akhirnya ulamak di dalam Umno berpendapat mereka mesti lari daripada Umno dan tertubuhnya Pas pada tahun 1951.

Sebenarnya, kata Idris, Umno bukan tempat orang agama untuk menegakkan idealisma perjuangan seorang ulamak, sebaliknya ia hanya parti untuk mencari makan dan ikut telunjuk pemimpin Umno.

Silap, kalau golongan agama hendak memperjuangkan Islam di dalam Umno.

Ia akan hanyut dengan suasana sehingga terpaksa menggadai prinsip ilmu yang dimiliki oleh mereka, tambahnya.

- Utaranews

Krisis KUIN makin runcing, gaji kakitangan mungkin tidak berbayar sehingga raya?

Posted: 24 Jul 2012 02:29 AM PDT

Kemelut dan krisis kewangan KUIN tidak boleh dirahsiakan lagi. Walaupun Menteri Berbohong (MB) Kedah , Azizan Razak dan seterunya Jamil Rektor mengatakan dan mempertahankan bahawa KUIN tidak menghadapi masalah kewangan namun ,inilah hakikatnya hikayat dua orang penipu besar dalam negeri Kedah.

Dahulu bila kita minta supaya dibayar tunggakan kepada pihak ketiga yang ditanggung kakitangan KUIN, tak mengaku bahawa KUIN tak ada duit. Setelah demonstrasi maka KUIN terpaksa gunakan semua duit yang dikorek untuk bayar, itu pun sebab :

- Selepas kakaitang buat demo
- Selepas kakitanag buat report Polis
- Takut nak hadapai isu KUIN dalam sidang DUN , jadi kenalah bayar sebelum sidang Dun

Kini duit KUIN dah kering , tak tahu nak cari mana duit lagi dah nak dikorek dan nak dipinjam atau nak minta sedekah, atau nak cari pertolongan atau nak rayu , hanya untuk membayar gaji kakitangan KUIN pada bulan Julai ini.

Apa pun kita tunggu, mungkin seperti bulan lepas dan dua bulan lepas , KUIN terpaksa membayar gajji dua peringkat iaitu untuk gred 45 kebawah akan dibayar dulu dan gred 45 ke atas akan dibayar menjangkaui bulan semasa.

Ataupun jika kritikal sangat mungkin akan semua kakitangan akan dibayar lambat gaji.
SUn
Maklumlah , nak minta pinjam pada MBI mungkin dah malu dan kena diikat dengan kontrak perjanjian. kalau nak minta pada PTPTN supaya disegerakan pembayaran PTPTN tak mahu buat kerja gila tak ikut prosuder, dahulu Menteri Pembohong Azizan tembak KPT agar jangan masuk campur urusan KUIN. tapi bila ada masalah kewangan, KUIN pula minta KPT masuk campur untuk bayara lebih awal duit PTPTN.

Tapi ingat dalam akaun KUIN ada duit bantuan zakat yang sepatutnya perlu dibayar kepada pelajar Kedah KUIN pada bulan Julai , namun dibuat surat minta tangguh untuk dibayar pada pertengahan Ogos ini. Jika duit zkat digunakan untuk bayar gaji KUIN, pihak skuad BERSIH KUIN akan mengambil tindakan sewajarnay kerana menyalahgunakan wang zakat, jadiiii, jangan guna duit zakat pelajar bayar gaji kakitanagn KUIN bulan Julai yaaa Jamil. Duit zakat kedah tahun lalu bolehlah kelentong student bila perap lama-lama duit zakat dalam akaun KUIN, kini Jamil berhadapan dengan kakitanagan yang mengetahui semua pergerakan wang dan masalah dalaman KUIN.

Sumber: beritakuin.blogspot.com

'Hari ini menang, esok harga KERETA turun' - Rafizi pengganti terbaik DS Anwar

Posted: 24 Jul 2012 02:01 AM PDT

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) berjanji akan melakukan rombakan terhadap Dasar Automotif Negara dalam usaha untuk menurunkan harga kereta sekiranya pembangkang berjaya mentadbir Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata menerusi penstrukturan semula dasar berkenaan ia dapat mengurangkan bebanhutang rakyat sekaligus dapat meningkatkan pendapatan boleh guna pendapatan isi rumah rakyat.

"Pimpinan muda dalam PKR akan memastikan bahawa janji untuk menurunkan harga kereta akan dimasukkan menjadi salah satu janji utama dalam manifesto Pakatan Rakyat untuk PRU-13," katanya pada sidang media diIbu Pejabat PKR di sini, Selasa.

Mengulas lanjut Mohd Rafizi berkata pembangkang juga akan menghapuskan duti eksais yang dikenakan kepada pembeli kereta pada ketika ini.

"Kereta yang paling kecil dengan dengan saiz enjin di bawah 1,500 cc akan dikenakan duti eksais 60 peratus dan cukai jualan 10 peratus. Ini meningkat kepada 100 peratus jika kereta itu diimport dengan tambahan cukai import sebanyak 30 peratus.

"Ini bermakna bagi sebuah kereta Perodua yang kecil pada harga RM40,000, pembeli perlu membayar cukai sebanyak RM16,500, kadar cukai ini sudah tentu lebih tinggi bagi kereta yang lebih besar," katanya.
[Kereta INI masih mahal! ]
Selain itu katanya berdasarkan Laporan Kaji Selidik Pendapatan dan Kemudahan Isi Rumah 2009 yang dikeluarkan Jabatan Statistik, 53 peratus dari keseluruhan isi rumah di Malaysia hanya berpendapatan RM3,000 ke bawah sebulan.

Statistik juga menunjukkan sebanyak 71.9 peratus keseluruhan isi rumah di Malaysia mempunyai dan menggunakan kereta sebagai pengangkutan.




"Pembeli terpaksa membelanjakan lebih separuh daripada gaji mereka setiap bulan bagi tujuan penyelenggaraan.

"Pentadbiran kerajaan yang mengabaikan pelaburan dalam pengangkutan awam juga memyebabkan pergantungan rakyat kepada kenderaan persendirian," katanya.

Suami jolok alat sulit isteri dengan botol sos dan penguli doh

Posted: 24 Jul 2012 01:50 AM PDT

Gambar Hiasan
TELUK INTAN – Hanya kerana cemburu, seorang suami bertindak di luar batasan apabila sanggup mencederakan alat sulit isterinya menggunakan sebatang kayu penguli doh serta satu botol sos, dalam satu kejadian di Jalan Sultan Abdullah, di sini, awal pagi kelmarin.

Dalam insiden kira-kira jam 4 pagi itu, lelaki berusia 37 tahun yang mempunyai dua isteri itu dikatakan cemburu dengan isteri keduanya apabila dia mengesyaki wanita berusia 36 tahun berkenaan mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, kejadian berlaku apabila lelaki itu pulang ke rumah dalam keadaan mabuk sebelum berlaku pertengkaran dengan mangsa.

Menurutnya, walaupun isterinya menafikan tuduhan si suami, pergaduhan antara pasangan suami isteri itu berlarutan sehingga lelaki itu mula memukulnya di beberapa bahagian termasuk di kepala dan badan.

[Ads : 3 more reasons for a sweeeeet Raya this year! #VWHariRaya lets u drive home in style]

"Dalam pertengkaran itu, lelaki berkenaan bertindak agerasif dengan menggunakan kayu penguli doh dan botol sos menjolok kemaluan isterinya sehingga mendatangkan kecederaan pada wanita itu.

"Suspek yang di bawah pengaruh alkohol bertindak keluar daripada rumah itu sementara isterinya mendapatkan rawatan di Hospital Teluk Intan sebelum membuat laporan polis," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak, di sini, semalam.

Berdasarkan laporan yang diterima, polis melancarkan gerakan mencari sebelum berjaya menahan lelaki berkenaan pada hari sama kejadian.


Kok Liang berkata, hasil perkahwinan mangsa dengan lelaki yang bekerja sebagai pekerja kontrak itu, mereka dikurniakan seorang anak.

"Buat masa ini, mangsa yang mempunyai kesan lebam di badan dan luka di kepala masih menerima rawatan di Hospital Teluk Intan sementara lelaki berkenaan ditahan reman untuk siasatan lanjut," katanya.

Kes disiasat dibawah Seksyen 377 (c) (a) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

p/s : Gila! Bertambah gila bila depa buat macam kat SINI


Hina keluarga diraja Arab Saudi, tolong maafkan Hishamuddin Rais

Posted: 24 Jul 2012 12:05 AM PDT

KALAU ada sesiapa sedar, Suara Keadilan edisi ke 17 bertarikh 17 Julai 2012 telah menyiarkan penulisan Hishamudin Rais berjudul "Arab Saudi dan Zionis Israel". Isu ini penting untuk kupasan hari ini kerana dari pemerhatian penulis, artikel tersebut secara jelas menghina keluarga diraja dan kerajaan Arab Saudi – tindakan yang boleh memudaratkan negara dan rakyat negara ini.

Antara lain artikel tersebut menyebut Arab Saudi adalah 'scam' (penipuan) yang paling besar menimpa penganut Islam di seluruh dunia, kononnya negara itu ditubuhkan hasil dari perancangan kuasa Imperial Anglo-Saxon, selain Arab Saudi didakwa menjadi ejen Amerika bagi menentang Syria dan Iran.

Dengan negara kita bergantung kepada 'ehsan' Arab Saudi dalam soal kuota haji, penulis bimbang penyiaran artikel seumpama ini akan menjejaskan jumlah jemaah haji dari negara kita, seterusnya menjauhkan lagi sokongan rakyat terhadap PKR dan Pakatan Rakyat.

Inilah iktibar yang penulis ambil dari tindakan sekumpulan penyokong PAS di Makkah dan Madinah bergambar sambil memakai baju Bersih 3.0 April lepas, yang hampir-hampir membawa kepada tindak balas kerajaan Arab Saudi ke atas penunjuk perasaan itu sendiri dan kuota haji rakyat Malaysia.

Lagipun, Arab Saudi mempunyai hubungan yang cukup baik dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jika semua masih ingat, kerajaan Arab Saudi telah menghantar jet peribadi ke Kuala Lumpur untuk membawa Anwar menjalani rawatan tulang belakang di Munich, Jerman pada 2004.

Hishamudin Rais sudah lupa perkara ini?




Apa jadi jika hubungan baik Anwar dengan kerajaan Arab Saudi keruh? Apa jadi dengan sokongan terhadap Pakatan Rakyat kalau 'keistimewaan' dalam kuota haji yang diberikan kepada rakyat Malaysia (tambahan 10,000 jemaah dari kuota 1% jumlah penduduk sedia ada), ditarik semula?

Hishamudin mungkin tidak peduli dengan kesan dari penghinaannya dalam artikel tersebut kepada kerajaan Arab Saudi dan ibadah haji itu sendiri kerana pendiriannya yang terlalu taksub kepada fahaman sosialis.

Malah penulis dimaklumkan beliau juga tidak pernah mengerjakan ibadah umrah walaupun dikatakan layak dari segi kemampuan. Maklumlah, duduk berpuluh tahun di London boleh, takkan nak menunaikan umrah tidak mampu?

Tapi ramai rakyat negara ini yang sensitif dengan perkara tersebut. Selain jemaah itu sendiri, ia juga memberi kesan kepada saudara mara dan kenalan mereka yang lain.

Yang mana kalau dihimpunkan, melebihi jumlah 38 ribu jemaah haji Malaysia yang akan menunaikan rukun Islam kelima tersebut pada tahun ini.

Kita bukan peduli pun kesannya kepada hubungan baik antara Saudi dengan kerajaan pusat yang diperintah BN.

Yang lebih dibimbangkan ialah sokong rakyat terhadap PKR dan Pakatan Rakyat yang pasti merosot kalau Arab Saudi bertindak balas dengan memansuhkan tambahan 10,000 jemaah yang diberikan kepada jemaah haji dari Malaysia selama ini lanjutan dari penyiaran artikel tersebut.

Penulis dengan ini menggesa Suara Keadilan menarik balik artikel tersebut dan mengemukakan permohonan maaf kepada kerajaan Arab Saudi sebelum semua kebimbangan yang penulis katakan di atas menjadi kenyataan.

Setahu penulis, konfrantasi dengan Arab Saudi (malah mana-mana kerajaan dalam dunia pun), bukanlah pendirian rasmi PKR dan Pakatan Rakyat.

Jauh dari berkonfrantasi, kerajaan Malaysia di bawah Pakatan Rakyat akan membuka era baru hubungan antara kerajaan dengan negara yang selama ini tidak mempunyai hubungan dengan Malaysia, seperti Israel (rujuk kenyataan Anwar dengan The Wall Street Journal pada Januari).

Suarapakatanrakyat.com

Penonton bola sepak saman FAM RM776,000

Posted: 23 Jul 2012 11:08 PM PDT

KUALA LUMPUR 24 Julai - Seorang pereka grafik yang mengalami kecederaan mata kekal ekoran terkena mercun ketika menyaksikan perlawanan bola sepak pada Julai tahun lepas, hari ini memfailkan saman RM776,000 terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Ketua Polis Selangor dan dua lagi.

Ahmad Jazimin Mohd Jalaludin, 30, memfailkan writ saman itu menerusi Tetuan N.M Main & Associates di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Beliau menamakan FAM sebagai defendan pertama, Ketua Polis Selangor sebagai defendan kedua manakala Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia sebagai defendan ketiga hingga keempat.

Menerusi penyata tuntutan beliau mendakwa mengalami kecederaan pada mata kanannya ketika menonton perlawanan bola sepak prakelayakan Piala Dunia 2014 melibatkan pasukan negara Malaysia dengan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Julai tahun lepas.

Ahmad Jazimin yang turut hadir di mahkamah, mendakwa beliau dan penonton lain memasuki stadium tanpa melalui apa-apa saringan atau pemeriksaan badan oleh penjaga pintu masuk ataupun anggota polis.

Beliau mendakwa ketika kejadian kira-kira 8.45 malam, satu mercun telah jatuh di tempat duduk penonton dan meletup hingga mengenai mata sebelah kanannya.

Ahmad Jazimin mendakwa pihak FAM gagal mematuhi piawaian dan standard penganjuran perlawanan bola sepak antarabangsa yang ditetapkan oleh pihak Persekutuan Bolasepak Dunia (FIFA) sepanjang perlawanan tersebut.




Tambahnya defendan kedua dan ketiga gagal menempatkan anggota polis mencukupi bagi tujuan keselamatan di pintu masuk untuk mengekang percubaan membawa masuk bahan dan objek terlarang ke dalam stadium.

Ahmad Jazimin menutut ganti rugi am RM100,000, ganti rugi khas kehilangan upaya pendapatan RM576,000, ganti rugi has RM100,000, faedah, kos dan relif lain.

Sementara itu peguam Nik Mohamad Anuar Badiruddeen memberitahu pemberita writ saman akan diserah kepada defandan dalam tempoh 14 hari. - BERNAMA

Rumah tangga YB 'Celaka Haram Jadah' pun haram jadah jugak!

Posted: 23 Jul 2012 11:01 PM PDT

Maki hamun 'HARAM JADAH' dah jadi juadah berbuka untuk YB sorang ni. Dalah dia dok menjaja keburukan orang itu dan ini, rupa-rupanya rumah tangga di sendiri dah macam 'HARAM JADAH'.

Hidup mana yang nak tenteram kalau hari-hari naik ke pentas ceramah maki hamun orang dengan perkataan yang kotor dan kejil,

Mungkin Allah nak bayaq 'cash' di bulan Ramadhan yang mulis ni kot..!

Jom baca di The Unspinners kenapa Isteri YB 'Celaka Haram Jadah' buat laporan polis ke atasnya!










High Court Declares Bersih a Legal Entity

Posted: 23 Jul 2012 10:01 PM PDT

KUALA LUMPUR: The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih) has been declared a legal entity by the Kuala Lumpur High Court.

Justice Rohana Yusof in her decision this morning said the applicant has successfully proven its case.

She also declared the home minister's order as "tainted".

"Hence, we are allowing the applicant's application, with no order as to costs."

he 14-member Bersih steering committee led by Ambiga Sreenevasan had named the home minister, inspector-general of police and the government as respondents.

On July 1 last year, Home Minister Hishammuddin Hussein and the Registrar of Societies (ROS) had declared the coalition to be unlawful, just before the Bersih 2.0 rally on July 9.

Hishammuddin said the declaration was made under Section 5 of the Societies Act 1966 as investigations had shown that Bersih 2.0 was not a registered organisation and that it was creating unease among the people.

Two days later, Bersih 2.0 stated that coalitions need not be registered with the ROS.

The coalition filed a judicial review application on July 8 to challenge the declaration.

It said that it had held numerous meetings with the government and the Election Commission prior to the declaration.

It further claimed that Bersih is not a society within the meaning of the Societies Act and that the government has no power to declare a group of organisations as "unlawful".




Apart from Ambiga, the plaintiffs include Dr Ahmad Farouk Musa, S Arul Prakkash, K Arumugam, Haris Fathillah Mohamed Ibrahim, Andrew Khoo Chin Hock, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, SP Subramaniam, Toh Kin Woon, Wong Chin Huat, Yeo Yang Poh, Yeoh Yong Woi and Zaid Kamaruddin.

Hishammuddin had on April 10 given the nod to Bersih to organise its third rally seeking electoral reforms, ruling out the possibility that it posed a security threat.

Based on this, Justice Rohana sought clarification from the senior federal counsel from the Attorney-General Chambers representing the respondents.

On May 15, however, the court threw out Bersih's application to cross-examine Hishammuddin and police chief Ismail Omar.

At the time, it ruled that Bersih was still unlawful according to Hishammuddin.

- Malaysiakini

Bapa mertua nafsu syaitan, rogol menantu sendiri

Posted: 23 Jul 2012 09:01 PM PDT

AYER KEROH – Seorang warga emas menerima hukuman penjara maksimum 20 tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, kerana merogol menantu sendiri yang juga orang kurang upaya (OKU) penglihatan, tahun lalu.

Tertuduh, seorang pengawal keselamatan berusia 65 tahun itu diperintahkan Hakim Abu Bakar Katar menjalani hukuman penjara daripada tarikh ditangkap pada 15 Julai lalu, selain turut dikenakan lima kali sebatan.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didapati melakukan sumbang mahram terhadap mangsa yang juga menantunya berusia 26 tahun di sebuah rumah di Asahan, Jasin, kira-kira jam 8 malam pada pertengahan Ogos 2011.
[Ads : Triple the deals, triple the enjoyment this raya! Drive in style with the #VWHariRaya promo]
Dia didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara enam dan 20 tahun penjara serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Tertuduh ketika rayuan meminta mahkamah memberikan hukuman ringan kerana telah berusia selain perlu menanggung anak serta cucu.

"Anak juga masih bersekolah dan kami sekeluarga duduk di rumah sewa," katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Ifa Sirrhu Samsudin meminta mahkamah memberikan hukuman berat terhadap tertuduh yang melakukan perbuatan keji.

"Tertuduh sebagai seorang yang boleh dianggap bapa kandung sepatutnya melindungi mangsa, bukannya mengambil kesempatan terhadap mangsa yang mahu meminta bantuan mengubati matanya sakit.

"Alasan mitigasi berbentuk peribadi diberikan tertuduh sepatut difikirnya sebelum melakukan perbuatan keji ini. Mohon hukuman berat diberikan sebagai pengajaran kepada diri tertuduh dan masyarakat supaya tidak melakukan kesalahan sama," katanya.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, mangsa dan suaminya berusia 30 tahun datang ke rumah tertuduh untuk meminta bantuan mengubati secara tradisional mata mangsa yang tidak dapat melihat akibat kemalangan jalan raya.


Tertuduh kemudian meminta suami dan anak mangsa keluar dari rumah kerana boleh mengganggu proses perubatan sebelum mengarahkan mangsa masuk ke bilik di tingkat atas serta menukar kain batik.Tertuduh kemudian menyuruh mangsa baring lalu menindih badan mangsa serta meminta supaya senyap ketika mangsa cuba melawan sebelum memberi amaran supaya tidak memberitahu anaknya (suami mangsa) jika tidak mahu diceraikan.

Namun, selepas hampir setahun, pada 14 Julai lalu, mangsa yang tidak dapat menanggung derita dan trauma akhirnya memberitahu suaminya sebelum membuat laporan polis.

Sinar

Olimpik London - Azizulhasni kemalangan lagi

Posted: 23 Jul 2012 08:10 PM PDT

KUALA LUMPUR - Tiga hari menjelang perasmian Sukan Olimpik 2012 London, kem basikal trek negara dikejutkan dengan kemalangan di atas trek yang dialami oleh jaguh keirin, Azizulhasni Awang di Koln, Jerman semalam.

Azizulhasni, antara prospek pingat pada Sukan Olimpik kali ini melalui detik cemas mengalami kemalangan yang hampir serupa ketika kaki kirinya tertusuk serpihan trek di Manchester Februari 2011.

Namun ketua jurulatih berbasikal negara, John Beasley pantas menjelaskan kecederaan semalam tidak seteruk tahun lalu.

Akibat kemalangan tersebut, pelumba yang mendapat jolokan The Pocketrocketman itu cedera paha, lengan dan bahu kanan.

Selain calar, beberapa serpihan kecil trek tercucuk di bahagian yang cedera, setelah dia terjatuh ketika menyertai pra perlumbaan acara pecut.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai kecederaan Azizulhasni, Beasley berkata, secara amnya, tiada apa yang harus dibimbangkan mengenai anak didiknya itu.

"Kulitnya terkoyak pada bahagian kecederaan lazim yang dialami pelumba iaitu pada lengan, bahu dan paha," kata Beasley dalam kenyataan di akaun laman sosial Facebook semalam.

Pada Februari 2011, Azizulhasni melalui detik hitam apabila serpihan trek sepanjang 20 sentimeter tercucuk menembusi bahagian betis kaki kirinya, apabila dia terjatuh dalam saingan akhir keirin Siri Piala Dunia Klasik Manchester.

"Tidak ada apa yang merisaukan dan dalam beberapa hari sahaja lagi dia bersedia untuk beraksi.




"Prestasinya sangat baik dan sekarang ini dia cuba untuk kembali sembuh seperti biasa. Saya akan menulis laporan di lapangan terbang esok (hari ini) sebelum berlepas ke London.

"Kita dapat lihat bagaimana kenyataan Azizulhasni dalam video, keadaannya tidak membimbangkan.

"Malah dia meraih tempat keenam acara pecut hari ini (semalam) selepas terlibat dalam kemalangan pada pusingan pertama," katanya.

Selain gambar yang memaparkan kecederaan, pengendali dari Australia itu turut memuat turun video yang menyaksikan Azizulhasni memegang serpihan trek yang panjangnya hampir 10 sentimeter dan beberapa lagi serpihan kecil yang turut tertusuk di bahagian kiri badannya.

"Saya adalah seorang pengumpul serpihan trek, tidak akan ada lagi kemalangan selepas ini," jelas Azizulhasni dalam nada berseloroh dalam video tersebut sambil memegang serpihan trek yang telah dikeluarkan dari bahagian badannya.

Tambah Beasley, dia akan cuba mendapatkan Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr. Ramlan Abdul Aziz sebaik sahaja tiba di London untuk memaklumkan keadaan Azizulhasni.

Utusan

Qardawi enggan jadi alat DS Anwar lagi, Tariq Ramadan pula jadi pilihan

Posted: 23 Jul 2012 07:57 PM PDT

Pejabat Anwar punya masalah besar untuk mendapatkan Qardawi kebelakangan ini. Ada sahaja yang menghalang. Kalau menurut strategi asal Anwar, Qaradawi akan bersama di Malaysia bagi memberikan kekuatan moral kepada Anwar menjelang pilihanraya. Sayangnya, masih tak ada kesempatan. Qaradawi pun dikhabarkan enggan menjadi alat lagi. Perkataan 'alat' itu yang merisaukan Anwar.

Disebabkan itu, Tariq Ramadan adalah option yang terbaik bagi menggantikan aura Islamik Qaradawi. Jika Qaradawi tidak mampu memberi imej yang Anwar mahukan, Anwar boleh gunakan orang lain. Tariq adalah sempurna untuk tujuan itu. Semuanya berkenaan image building. Not sincere intellectualism.

Tariq Ramadan, Muslim, scholar, activist, Swiss citizen, resident of Britain, active on several continents, is a hard man to pin down. People call him "slippery," "double-faced," "dangerous," but also "brilliant," a "bridge-builder," a "Muslim Martin Luther." He wants Muslims to become active citizens of the West but four years ago was himself refused permission to enter the U.S. He could not take up the teaching position he'd been offered at the University of Notre Dame. Oxford University took him on as a visiting fellow instead.

Dengan Tariq, Anwar nak pinjam imej 'universal' dan progressive Muslim. Disebabkan itu Anwar tidak berselindung dengan keperluan bersikap lebih neutral dalam soal LGBT dan sebagainya.




Kehadiran intelektual ini dibayar oleh Anwar dengan harga yang cukup mahal. Sangat mahal. Layanan yang first class.

Anwar tahu dan faham, Tariq adalah seorang 'socialist', tapi pada Anwar imej socialist itu tak penting. Yang Anwar nakkan adalah imej 'muda dan progresif'. Bukan imej tua macam ahli majlis syura PAS.

Gelagat Anwar

Kita MESTI Selamatkan Melayu

Posted: 24 Jul 2012 03:28 PM PDT

Kita MESTI Selamatkan Melayu


Tazkirah Ramadhan KHAS Buat Ahlol Ahlol Tolol PAS....!!

Posted: 23 Jul 2012 06:58 PM PDT

Inilah dia BALA yang diturunkan oleh Allah swt terhadap DOSA Kafir Harbi Xavier Jeyakumar yang diarahkan oleh PAS Kota Raja untuk menyampaikan TAZKIRAH Ramadhan pada bulan tahun 2009.....

Azabnya masih dirasai sehingga ke malam ini, sudah 3 malam teraweh jemaah Masjid Ar Rahimiah menanggung siksa kepayahan tidak boleh lagi menunaikan solat di dewan utama masjid berkenaan.

Beberapa bulan yang lalu, "bencana banjir" yang menimpa masjid ini menimbulkan rasa pelik keseluruhan penduduk serta jemaah Masjid Ar Rahimiah kerana kedudukan posisinya diatas bukit iaitu Bukit Lipat Kajang mana mungkin menanggung kesan banjir ini..?

Sedangkan Hospital Tengku Ampuan Rahimah yang bertentangan di kedudukan lebih rendah tidak mengalami banjir...!

Apakah yang berlaku ini sebagai tanda kemurkaan Allah terhadap pimpinan PAS Kota Raja yang sanggup menyundalkan agama islam demi kepentingan politik bangang mereka sehingga tergamak membenarkan Xavier wakil rakyat DUN Sri Andalas memijak-mijak tempat sujud disaf hadapan masjid...?

Ramai yang tidak tahu hakikat bahawa Yb PKR ini dirumahnya ada membela 3 ekor anjing German Shepherd...., tapak kakinya itu pula dibenarkan oleh pimpinan PAS untuk memijak tempat sujud solat jemaah masjid.

PAS FOR ALL....!!

KEPAL NASI KEPAL BERAS

Posted: 24 Jul 2012 03:06 PM PDT

KEPAL NASI KEPAL BERAS


LAGI FATWA UNTUK PEMIMPIN PAS...!!

Posted: 24 Jul 2012 02:52 PM PDT

Bukti penting yang melampaui keraguan munasabah bahawa PAS mengamalkan Islam menurut hawa nafsu, dan bukan atas dasar keimanan dan ketakwaan antaranya ialah;
1. Sanggup "boo" hadis nabi ketika ianya dibaca oleh Ust Fathul Bari sewaktu debat dengan Ust.Nasha Tantawi.
2. Hudud dijadikan hanya modal politik dan bukan untuk menegakkan hukum Allah. 
3. Melebihkan rakan bukan Islam dari saudara se Islam demi politik. 
4. Bersikap tidak adil kepada saudara sesama Islam, di mana sering mempertahankan, bersubahat malah sanggup berkompromi dengan saudara Islam walaupun melanggar syarak, jika saudaranya itu adalah rakan politiknya.
5. Tegas terhadap saudara se Islam yang lain, jika saudaranya itu adalah dari UMNO, sebaliknya lunak dengan saudara se Islamnya dari PKR, walaupun ke dua-duanya didapati melanggar syarak.
6. Tegas terhadap saudara se Islamnya yang berjenama UMNO, tapi lunak dengan golongan kafir harbi yang ada kepentingan politik bersama.
7.... Dan banyak lagi...

FATWA TERBARU UNTUK PEMIMPIN PAS!!!

Posted: 24 Jul 2012 08:43 AM PDT

Apakah beza perjuangan Islam dan perjuangan demokrasi atau yang selain dari Islam?

Jika semua platform perjuangan yang selain dari Islam mahu diserapkan nilai Islam, maka sangat rendahlah nilai Islam itu pada tanggapan orang lain. Apakah ketinggian dan kesucian amalan Islam ciptaan Allah itu mahu disamatarafkan dengan amalan demokrasi yang dicipta oleh si hamba Allah?

Apakah amal Islam itu tidak ada KPI tersendiri yang ditunjukkan oleh utusanNya sehingga Islam itu perlu hanya perlu ditempel-tempel di dalam platform ciptaan kafir kapitalis?

Apakah amalan itu sudah layak dikatakan bersesuaian dengan Islam asalkan "ia tidak bertentangan dengan Islam"? Atau, asalkan sesuatu perkara itu tidak bertentangan dengan Islam, maka ia dibolehkan. Asal saja tiada larangan khusus mengenai sesuatu perkara yang disebut oleh Allah dan RasulNya, maka ia sudah cukup dikatakan "Islam tidak menegah"?

Apakah cukup kita bersembahyang sekadar memakai "seluar katok" hanya disebabkan seluar katok itu berada di bawah paras lutut? Jika cukup sekadar seluar katok, kerana ia tidak bertentangan dengan syarak, kenapa tidak kita galakkan umat Islam lelaki mengenakan seluar katok sahaja ketika sembahyang jemaah?

Apakah kita mahu Islam itu diamalkan menurut citarasa, kemahuan dan nafsu semata?,  dan tidak lagi bersandarkan kepada iman dan takwa?

Selama mana amalan yang dilakukan itu bersesuaian dengan citarasa dan nafsu, walaupun amalan tersebut didapati tidak bertentangan dengan Al Quran dan Sunnah, maka amalan itu dilakukan bukanlah disebabkan keimanan dan ketakwaan seseorang kepada tuhannya. Amalan yang paling benar dan paling tinggi di sisi tuhan adalah amalan yang paling bertentangan dengan citarasa dan nafsu kita. Lawan kepada citarasa dan nafsu adalah iman dan takwa. Ia ibarat air dan minyak. Ia juga ibarat main jongkang jongkit. Bila nafsu bergelora, itu bermakna iman sedang nazak. Begitu juga sebaliknya. 

Jika amalan itu dilakukan dengan dokongan semangat dan nafsu semata, maka amalan itu amatlah diragui akan kesasihannya di sisi tuhan. Sedekah yang paling tinggi nilainya di sisi tuhan adalah apabila kita sedekahkan sesuatu yang paling kita sayang. Ia tidak sama nilainya dengan kita bersedekah barangan terpakai yang sudah tidak diperlukan lagi. 

Apakah untuk menambat hati si raja cukup dengan melakukan protokol mudah sepertimana kita berbual dan bersembang dengan orang biasa? 

Benar, memang tiada arahan atau protokol khusus untuk bercakap dan bertemu dengan raja. Benar, tiada hukuman yang boleh dikenakan kepada seseorang yang berbual tanpa protokol dengan raja. Benar, memang ia dibolehkan kerana tiada larangan atau SOP khusus bagaimana untuk berbual dan bersembang dengan raja. Tiada hukum wajib, harus atau sunat dalam cara bagaimana untuk kita "behave" dengan si raja, tapi persoalannya, apakah kita mampu menambat hati raja dengan berbuat sesuka hati tanpa mengikut protokol walaupun ia dibolehkan? Sudah tentu jawabannya tidak mungkin.

Jadi bagaimana Raja Kepada Segala Raja boleh memberi perkenan kepada hambaNya yang bersikap sambil lewa dan menurut citarasa atau kehendak sendiri dalam melakukan amalan Islam? Apakah cukup hanya berkata ia tidak bertentangan dengan Islam. Apakah cukup hambaNya melakukan sesuatu hanya dengan melakukan ijtihad bahawa apa yang mereka amalkan itu tidak salah di sisi agama atau agama tidak mencegah?

Pekerjaan umpama melepas batuk ditangga tidak akan membuahkan hasil yang dikehendaki. Bagaimana mungkin Allah boleh memberi bantuanNya kepada mereka yang kononnya membantu menegakkan agama Allah sedangkan mereka pada hakikatnya mengikut kehendak dannhawa nafsu sendiri? 

Jika ukuran prestasi ada SOP dan KPI yang dijadikan sebagai penanda aras, takkanlah agama Allah yang begitu suci tiada KPI dan kita bebas memperjuangkannya mengikut selera dan kecenderungan politik sendiri!!

KPI agama di sisi Allah adalah sejauh mana amalan itu mirip kepada sunnah RasulNya. Semakin kurang "variasi" amalan kita berbanding dengan amalan nabi, maka semakin hampirlah kita kepada amalan Islam. Semakin besar "variasi" sesuatu amalan berbanding dengan amalan nabi, bermakna semakin jauhlah amalan itu dari rahmat Allah. 

Maka mana mungkin Allah meredhai perjuangan suci yang ditempelkan atau ditumpangkan di dalam amalan demokrasi ciptaan hodoh hambaNya sendiri.

Ulamak yang memperjuangkan Islam melalui kaedah politik demokrasi harus hentikan segala amalan "shubhah" Islam tempelan ini serta merta sebelum rahmat tuhan ditarik terus dari tanah air ini. 

tun faisal dot com

Posted: 24 Jul 2012 01:45 PM PDT

tun faisal dot com


[Video] Meja Bulat Antara Pos : @tunfaisal - PR hadapi krisis keyakinan, tiada agenda Melayu

Posted: 24 Jul 2012 12:49 PM PDT




Hasil balak bertambah? 
1. Tapi kenapa rakyat tidak rasa hasilnya? Masuk poket siapa? 
Jalan tidak dibaiki, air berkeladak?
2. Mungkinkah hasil meningkat akibat terlalu banyak kawasan balak ditarah?
3. Mungkinkah sebab bayar mahal, maka habis semua 
pokok balak dibalun termasuk balak yang kecil




Selamat Ulangtahun 59 DS @NajibRazak - Jasa2 Beliau Di Usia Ini Anda Mesti Baca



YAB Dato' Seri Najib mungkin baru 3 tahun memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia, namun jasa-jasa beliau kepada rakyat dan negara begitu banyak dan sukar untuk disenaraikan.

Bermula dari usia 22 tahun, Najib telah pun menjadi Ahli Parlimen sebelum dilantik menjadi Timbalan Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Pos dan kemudiannya Timbalan Menteri Pelajaran serta Timbalan Menteri Kewangan.  Ini bermakna, di usia yang begitu muda, Dato' Seri Najib telah pun menabur jasa kepada rakyat melalui portfolio-portfolio yang dipegangnya.

Kewibawaan, kesungguhan dan keikhlasan beliau berkhidmat telah mendapat perhatian Perdana Menteri pada ketika itu, iaitu Dr. Mahathir Mohamad yang kemudiannya mencalonkan beliau ke kerusi DUN Pekan yang membawa kepada perlantikannya sebagai Menteri Besar Pahang di usia 29 tahun.

Lanjutan dari itu, Najib sebagai Menteri Besar menjadi antara tokoh perintis Yayasan Pahang bagi mempromosi pendidikan dan sukan di kalangan belia melalui biasiswa dan dana.   Beliau juga berjaya menjana pendapatan negeri melalui sumber semulajadi dan kerjasama dengan FELDA, dengan membuka jalan untuk skim pendudukan tanah baru bagi memberi peluang pendapatan kepada golongan miskin dan tidak memiliki tanah.

Selain menyumbang melalui politik, Najib yang dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Kemajuan Penternakan, Majuternak, telah menggunakan sepenuh peluangnya di sana untuk mencari idea-idea baru bagi membantu para penternak.

Dan apabila beliau memegang jawatan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, kesungguhan beliau meningkatkan mutu sukan negara ternyata membawa hasil apabila Malaysia berjaya menunjukkan pencapaian terbaik di Sukan SEA 1989 yang diadakan di Kuala Lumpur.

Pada tahun 1991, Najib dilantik menjadi Menteri Pertahanan dan sehingga kini beliau tetap dianggap sebagai Menteri Pertahanan terbaik bagi Malaysia. Beliau memodenkan dan meningkatkan kredibiliti Angkatan Tentera Malaysia melalui berbagai latihan dan peralatan terkini.

Setelah kementerian tersebut berada di tahap yang membanggakan beliau diberi pula tanggungjawab untuk menerajui Kementerian Pelajaran.  Di sini, beliau mengstruktur semula dan mengswastakan universiti awam serta menggalakkan kerjasama dengan universiti luar negara.  Antara jasa beliau di kementerian ini yang dapat dinikmati secara langsung oleh para guru hari ini ialah menaiktaraf sijil pendidikan kepada diploma bagi menaikkan tanggagaji guru-guru.

Khidmat Najib sebagai Menteri Pertahanan sekali lagi diperlukan pada tahun 1995.  Beliau pun mengambil peluang ini untuk meningkatkan moral Angkatan Tentera Malaysia yang telah sedia dihormati dunia, dengan memperkenalkan skim perumahan yang lebih baik, pengstukturan semula elaun dan juga pendapatan mereka.

Jelas, jasa-jasa Dato' Seri Najib sebelum menjadi Perdana Menteri juga sudah tidak terhingga banyaknya.

Najib dilantik sebagai Perdana Menteri pada 3 April 2009, dan sejak itu, beliau langsung tidak membuang masa untuk bekerja.  Dalam masa hanya 3 tahun, idea transformasinya ternyata berjaya dilaksanakan, malah berjaya membuahkan hasil dan bukannya hanya slogan kosong.
Beliau pantas memperkenalkan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) bagi meningkatkan kualiti, kecekapan dan ketelusan dalam sektor perkhidmatan awam dan kerajaan.  KPI diperkenalkan bagi mengukur tahap pencapaian pegawai dan juga agensi-agensi kerajaan.

Selain itu, National Key Result Areas (NKRA) diumumkan sebagai garis perancangan untuk menangani 7 perkara yang melibatkan rakyat dan negara, iaitu mengurangkan jenayah, memerangi rasuah, meningkatkan pencapaian pelajar, menaikkan taraf hidup golongan berpendapatan rendah, meningkatkan infrastruktur asas di kawasan luar bandar, memastikan bekalan air bersih dan dirawat, meningkatkan sistem pengangkutan awam di bandar dan menangani masalah kos sara hidup.

Kesemua ini telah dan sedang berjalan lancar manakala sebahagian besarnya telah pun menunjukkan hasil yang memuaskan. Ternyata, beliau adalah seorang yang mengotakan apa yang dikata dan tanpa membuang masa.

Kempen 1Malaysia yang dilancarkan beliau juga mendapat tempat di hati rakyat yang rata-ratanya menyokong perpaduan di bawah nama satu bangsa.

Dalam masa tiga tahun pemerintahan beliau juga, Najib berjaya mengekalkan kekukuhan ekonomi Malaysia bermula dengan lonjakan paling tinggi dalam GDP sehingga 5.9% pada September 2009 dari rekod yang rendah pada Mac 2009 iaitu -7.6% sebelum beliau pengambil-alihan tampuk pemerintahan

Kestabilan politik dan ekonomi dalam negara hasil dari kepimpinan Najib, telah membolehkan kerajaan mengumumkan bantuan-bantuan bersifat langsung kepada rakyat, antaranya BR1M, KR1M, TR1M, Klinik 1Malaysia dan berbagai-bagai lagi.

Berdasarkan fakta di atas, pendek kata, sejurus selepas mencapai usia dewasa, iaitu di awal 20-an, Najib telah tidak berhenti-henti menabur jasa kepada rakyat. Namun, di usia 59 tahun hari ini, Najib tidak langsung menganggap kedudukannya sebagai balasan kepada jasa-jasanya tetapi mengambil sikap seolah-olah beliau pula yang terhutang budi dengan rakyat kerana memberi keyakinan kepadanya.  Justeru itu, beliau terus tegap bersemangat untuk berkhidmat dan menabur jasa tanpa merasa jemu atau letih.

Sesungguhnya tidak seorang pun dari rakyat Malaysia yang mampu menafikan segala jasa-jasa beliau walaupun mereka mungkin merupakan penyokong pembangkang.  Tiada siapa boleh menafikan yang mereka menerima wang tunai serta bantuan langsung dari berbagai-bagai program yang diilhamkan Najib.

Sememangnya, sudah menjadi tuntutan agama dan moral bagi kita semua untuk mengucapkan terima kasih kepada beliau atas segala jasa yang dicurahkan.  Dengan itu, kita mendoakan agar Dato' Seri Najib dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik agar dapat terus berkhidmat kepada negara dan juga rakyat.

Selamat Ulang Tahun, Dato' Seri Najib, Perdana Menteri yang dikasihi lagi dihormati!
http://mynewshub.my/2012/07/23/jasa-najib-di-usia-59-tahun/


@tunfaisal - 3 tahun @NajibRazak lebih banyak perubahan berbanding 4 tahun PR

Posted: 23 Jul 2012 11:59 PM PDT


Post Pic

Tun Faisal: 'Mimpi ngeri' 2008 BN tak akan berulang


pada 24-07-2012 11:07 Ditulis Oleh  Syed Mu'az Syed Putra



SHAH ALAM: Exco Pemuda Umno Tun Faisal Ismail Aziz berkata 'mimpi ngeri' Barisan Nasional (BN) yang berlaku empat tahun lalu tidak akan berulang pada pilihan raya umum akan datang.


Ini kerana, katanya, program transformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bukan sahaja berjaya mendekati rakyat tetapi dilihat mengubah pendirian pengundi-pengundi di negara ini.

"Banyak perubahan transformasi yang dibawa Datuk Seri Najib sebab itu perdana menteri daripada kedudukan 2009 sampai sekarang meningkat manakala kedudukan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) semakin menurun termasuk di Selangor rakyat marah dan macam-macam korupsi yang berlaku.

"Ini menunjukkan bahawa cakap memang mudah nak menggantikan kononnya pemimpin yang korup tapi akhirnya bila dapat kuasa, kuasa itu sendiri yang korupkan mereka," katanya pada program Diskusi Meja Bulat "Melayu Pasca PRU 13?" anjuran Antarapos, Khamis lalu.

Hasil 'tsunami' 8 Mac 2008, PAS-DAP-PKR yang membentuk kerjasama politik, menawan kuasa kerajaan negeri di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Kelantan diterajui PAS sejak 1990. Pentadbiran Kerajaan nNegeri Perak bagaimanapun tumbang awal 2009 ke tangan BN, apabila beberapa ADUN Pakatan berpaling tadah.

Selain lima kerajaan negeri, ketiga-tiga parti berkenaan turut memperoleh 84 kerusi Parlimen, sekali gus menafikan majoriti tradisi dua pertiga BN.

Selepas kejayaan itu, ketiga-tiga parti tersebut membentuk kerjasama politik atas nama Pakatan Rakyat.

Mengambil contoh di kerajaan negeri pimpinan Pakatan, Tun Faisal berkata gabungan tiga parti komponen itu iaitu PAS-PKR-DAP tidak mampu melakukan perubahan termasuk dalam aspek pembangunan.

"Kita lihat sendiri apa yang berlaku di Kedah, apa sahaja pembangunan di Kedah kalau Melayu yang kita nak pertahankan kuasa Melayu tidak membawa apa-apa pembangunan, jadi ini adalah satu masalah.

"Tiga tahun Datuk Seri Najib, empat tahun pembangkang... 22 tahun di Kelantan, saya rasa perubahan yang dibawa Datuk Seri Najib lebih banyak daripada Datuk Nik Abdul Aziz (Nik Mat) di Kelantan.

"Ini menyebabkan rakyat berfikir semula apa sebenarnya perjuangan Pakatan sama ada mereka boleh terjemahkan dalam keadaan mereka berpakat tapi mimpinya lain-lain," katanya.

Kata Pengerusi Unit Media Baru Pemuda Umno ini, setiap ungkapan atau janji yang ditabur pemimpin Pakatan tidak boleh dipercayai 100 peratus.

"Cerita memang mudah, PKR kata untuk keadilan tetapi yang keluar dari mulut DAP adalah kesaksamaan. Itu perkara yang berbeza sebab itu dalam dasar Pakatan kita tanya juga kalau mereka pertahankan semua perkara yang Umno pertahankan, kita tiada masalah.

"Kononnya mereka pertahankan institusi di raja tapi institusi di raja diserang begitu rupa, jadi cakap dengan perbuatan sudah nampak tidak bersama... cakap dalam manifesto dengan realiti dan dasar pelaksanaan tidak sama," katanya lagi.

Tahniah! Tak kecoh tapi Putrajaya Online no-5 sekarang @PJO2u cc @NajibRazak @HishammuddinH2O @Shaberyc

Posted: 23 Jul 2012 03:00 PM PDT



Ranking Portal Pro-BN... Tahniah Putrajaya Online (PjO) Di Tempat Ke-5 @PjO2u


Di sini Maya senaraikan ranking portal pro-BN (tidak termasuk yang mainsteam seperti Utusan, BH, thestar etc) dan merasa bersyukur bila portal Putrajaya-Online (PjO) yang diusahakan oleh Maya dan beberapa orang rakan lagi kini berada di tangga ke-5. Harap portal2 ini akan menerus perjuangan dengan cara & pendekatan tersendiri untuk menangkis propaganda pembangkang terutamanya menjelang PRU13 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Kepada rakan2 di dalam PjO - teruskan kerja keras bagi memantapkan lagi pengisian untuk menjadi salah satu portal ulung di Malaysia suatu hari nanti.... GAMBATE!!





Apa Yang Tersirat

Posted: 24 Jul 2012 01:41 PM PDT

Apa Yang Tersirat


Trend Terkini: Kerajaan selalu kalah di Mahkamah

Posted: 24 Jul 2012 05:26 AM PDT

Tidak dapat dijabarkan lagi, berapa kali kerajaan kalah di mahkamah. Pun demikian, pembangkang masih lagi menuduh kerajaan masuk campur hal-hal mahkamah.

Kes liwat Anwar, pihak Peguam Negara kalah (Pihak AG telah buat rayuan) dan terkini, kerajaan kalah dalam Soal Bersih.

Mungkin, pembangkang akan berpuashati, kalau semua keputusan mahkamah memihak mereka... jika ini berlaku, maka barulah keadilan itu wujud. Renung-renungkan lah.




Lim Kit Siang mengacau di Kota Belud

Posted: 24 Jul 2012 12:21 AM PDT

Lim Kit Siang datang ke Kota Belud dan mampu menarik sekitar 300 kaum tionghua mendengar ceramahnya yang berbunyi antara lain:-
  • Pakatan bersiap sedia tawan Putrajaya.
  • BN takut pada PR, sebab itu Najib tidak berani bubar parlimen.
  • BN tidak mampu berceramah serentak dengan PR, kerana katanya ceramah BN tiada sambutan.
Hanya itu sahaja nak beritahu 300 kaum cina di Kota Belud... apa kah ceramah ini, mampu menggamit sokongan pengundi? Kota Belud mempunyai pengundi hampir 50,000 dan 99% adalah bumiputera. No way Kit Siang!!!!

Apakah Sabah masih Fixed Deposit BN?

Posted: 23 Jul 2012 11:07 PM PDT

Apabila keputusan PRU-12 diumumkan, BN Sabah hampir menyapu bersih kerusi-kerusi yang dipertandingkan, baik Parlimen mahupun Dewan undangan negeri.

Sabah mempunyai 25 Kerusi Parlimen dan 60 kerusi DUN. Daripada jumlah kerusi itu, BN menang 24 bagi parlimen dan 59 bagi DUN. (Sarawak menyumbang 30 kerusi Parlimen daripada 31- membuatkan BN secara keseluruhan menang 139-kurang 9 kerusi bagi kuasa 2/3).

Disebabkan kemampuan Sabah memberikan kerusi yang banyak kepada BN, maka kerajaan Pusat masih diperintah oleh BN. Sebagai perbandingan, BN Semenanjung hanya mendapat 85 kerusi berbanding Pembangkang 82 daripada 167 (satu kerusi bagi wilayah persekutuan Labuan) kerusi keseluruhan. 

Berasaskan kepada sokongan rakyat Sabah dan Sarawak terhadap BN, maka dua negeri di Kepulauan Borneo itu dicanang sebagai "Fixed Desposit BN".

Berasaskan kepada keputusan PRN Sarawak pada April, 2011- keupayaan Sarawak sebagai Fixed deposit mulai diragui. Kini pula, berasaskan perkembangan politik di Sabah, tag "Fixed despoit" bagi Sabah pula mulai diragui?

Biang kerok goncangnya politik Sabah apabila AMT Umno merangkap MP Beaufort dan Timbalan Menteri di Peringkat Persekutuan- Datuk Lajim Haji Ukin, bertindak melakukan tindakan seperti pembangkang, dengan harapan dipecat daripada Umno dan Kerajaan.

Selain itu, tindakan Timbalan Presiden UPKO Datuk Welfred Bumburing yang juga MP Tuaran meletakan jawatan sebagai Pengerusi BN Tuaran, bermula semalam. Namun, apakah beliau juga turut meletakan jawatannya daripada parti, akan diketahui pada 29 julai ini, apabila beliau hadir berjumpa Anwar di Beufort, Sabah.

Di perkirakan, pada 29 Julai Lajim dan Welfred akan menentukan parti mana yang mereka sertai.

Menurut perkiraan Lajim dan Welferd, keluarnya mereka daripada BN, akan mengubah lanskap politik Sabah, sepertimana biasa belaku di Sabah sebelum ini.

Namun kali ini, perkiraan mereka itu akan meleset, kerana rakyat sudah jemu dengan tindak tanduk pemimpin yang hanya berpaksi kepada keinginan peribadi, bukannya keinginan rakyat.

Para pemimpin Sabah yang diketuai oleh Pengerusi BN Sabah Datuk Musa Aman dan Timbalan Pengerusi Umno Negeri- Datuk Salleh Tun Said, akan membuktikan bahawa anggapan mereka itu silap.

Berasaskan spekulasi, Lajim dan Welferd akan dituruti oleh mantan Ketua Menteri Sabah-Datuk Osu Sukan, Mantan Menteri Persekutuan-Tan Sri Kasitah Gadam- Mantan Timbalan Ketua Menteri Sabah-Datuk Amir Kahar Tun Mustapha dan Naib Presiden UPKO-Senator Maijol Mahap.

Cucu Tok Selampit

Posted: 24 Jul 2012 01:40 PM PDT

Cucu Tok Selampit


The Flying Vios - Only In Malaysia

Posted: 24 Jul 2012 01:02 AM PDT

Pernahkah anda melihat kereta terbang? Di Felda Nitar, Mersing, Johor, seorang wanita (berbaju hijau di dalam gambar di atas) berjaya menerbangkan kereta Toyota Vios beliau sehingga terpacak di tebing jalan. Wanita berkenaan yang hanya trauma dan mengalami kecederaan kecil tidak pasti bagaimana kejadian berkenaan boleh berlaku. Pengajaran yang boleh kita pelajari adalah "Don't underestimate women drivers, they can do wonders!"

Published with Blogger-droid v2.0.6

Hukum Mencukur Kening Buat Ustazah PAS Abby

Posted: 23 Jul 2012 10:00 PM PDT

Sekarang
Dulu

Tak ada kelakarnya kalau melibatkan Hukum Allah Abby. Buat pengetahuan Ustazah PAS Abby, Majoriti ulama berpendapat, hukum mencabut atau mencukur bulu kening adalah haram. CTS tak tahulah kalau ada ulama-ulama di dalam PAS mengeluarkan fatwa yang berlainan.
Rasulullah SAW bersabda, "Allah melaknat wanita yang mencukur atau mencabut bulu kening atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya, wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. Itu perbuatan mengubah ciptaan Allah". (Hadith Riwayat Muslim)
Rasulullah SAW bersabda, "Allah melaknat wanita yang memasang dan dipasang rambut palsu, wanita yang mencukur bulu alis (bulu kening) dan dicukurkan bulu alis dan wanita yang dibuat tatoo dan dibuatkan tatoo". (Hadith Riwayat Bukhari no. 5937 dan Muslim no. 2124)
P/S - Dengar cerita malam ini Abby Abadi akan bernikah dengan YB Pas Kelantan. Alhamdulillah jika benar, tahniah jika betul, syukurlah akan jadi isteri orang, tidaklah bersetatus janda lagi. Berkat bulan Ramadhan.

Masjid Ar Rahimiah Dilanda Banjir Kesan Bala Xavier Masuk Masjid?

Posted: 23 Jul 2012 08:00 PM PDT







Pasti kita tidak lupa peristiwa di bulan Ramadhan tahun 2009, seorang wakil Rakyat KAFIR HARBI tanpa wuduk diusung masuk ke dewan solat Masjid Lipat Kajang Ar Rahimiah, Sri Andalas Klang. Dr Xavier, ADUN Sri Andalas dan EXCO Kerajaan Negeri Selangor telah diberikan ruang seluasnya untuk menyampaikan tazkirah Ramadhan, julung-julung kalinya berlaku,  kerana yang menguasai Masjid adalah pimpinan PAS FOR ALL Kota Raja!

Beberapa bulan yang lalu, "bencana banjir" yang menimpa masjid ini menimbulkan rasa pelik keseluruhan penduduk serta jemaah Masjid Ar Rahimiah kerana kedudukan posisinya diatas bukit iaitu Bukit Lipat Kajang mana mungkin menanggung kesan banjir ini. Sedangkan Hospital Tengku Ampuan Rahimah yang bertentangan di kedudukan lebih rendah tidak mengalami banjir! Buat pertama kalinya dalam sejarah Masjid Ar Rahimiah itu sendiri, Solat Jumaat pada 30 Mac 2012 bersamaan 7 Jamadil Awal terpaksa berpindah ke tingkat atas.


Ramadhan tahun ini datang lagi. Puak-puak PAS FOR ALL tidak mahukah menjemput kembali YB ADUN kesayangan mereka untuk kembali menziarahi Masjid berkenaan? Mungkin Masjid ini perlukan "rahmat" dari YB PKR ini, yang di rumahnya ada membela 3 ekor anjing German Shepherd, dan mungkin tapak kakinya itu sekali lagi diperlukan oleh pimpinan PAS untuk memijak tempat sujud solat jemaah masjid.

Tua Pow Eng's Charlie's Angels

Posted: 23 Jul 2012 06:00 PM PDT

Love triangle happening in Komtar's 28th floor? Am told there are more than just these three, rumor has it his other special assistant a Malay girl is also involved with him. There's also two known chicks working in the Star who has fallen head and tails for him ... their idol!

Moreover, she is being blamed for Ng Phaik Kheng aka Rainbow’s transfer out of 28th Floor. She felt that LGE was getting too close to Rainbow, which means Rainbow was getting more influential than her in the office. Heard of a love triangle? Well you get rid of your competitor by informing the first lady to do the dirty work for you.

People recall seeing a string of VVIP's going to her relatives place in a lorong off Campbell Street for some roasted bread, eggs and tea. They would park their cars right in the middle of the road, like they owned it.Thats the place.

Yin Fan is what you call a Queen Bee, she has to be in charge and in control. So she reported to Betty Chew that her hubby was getting “too friendly” with Rainbow. Before Rainbow knew it, she had been given her marching orders, sent to work for the old lady Chong Eng in Bukit Mertajam.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tiada ulasan:

Pengikut