Jumaat, 27 April 2012

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


ALHUSSEYN

Posted: 27 Apr 2012 03:17 PM PDT

Tajuk atas tu tepat sangat mengenai apa yang nak saya ceritakan dalam entri kali ini.Bahawa bukan orang Cina yang meruntuhkan kedai makan orang Melayu kat Pengkalan Pegoh tu, tetapi oleh wakil rakyat Melayu yang mereka pilih sendiri.Wakil rakyat mereka sendiri!

Korang jangan marahkan orang Cina berjaya dalam perniagaan mereka sebab wakil rakyat mereka tidak seperti wakil rakyat Melayu kita sendiri.

Aku nampak, wakil rakyat Melayu yang sorang ini, sebaliknya tolong majukan peniaga China hinggap sanggup beli 4 ekor babi panggang yang menurut seorang rakan China saya , seekor tu dalam lingkungan RM1,000/-. Nih kalau 4 ekor dah RM4,000.00!

Belum masuk lagi kos arak.Kos khemah dan penari-penari lucah itu sekurang-kurangnya RM300/- ke RM400/- seorang! Kalau 6 orang dah berapa ? Cer ambil kalkulator jap! banyak nak kira tu!

P.A sistem pula yang termasuk sewa lori jenerator tu entah berapa ribu ringgit pula. Dengar ceritanya, towkey P.A sistem itu tengah melilau mencari Azura, adik Hamidah kerana belum lagi selesaikan duit sewa tu!

Tu! kos bunga api yang menyemarakan perasmian makan babi panggang? Aku tak tau berapa.

Korang nak tau, depa tak habis bakar kesemuanya bunga api tu. Selebihnya orang Hamidah telah bawa pulang ke rumah Hamidah untuk disimpan.

Korang ingat simpan untuk nyambut raya nanti ker? No way la brother! no! no!.....rupa-rupanya Hamidah bawa bunga api tu ke Kampung Tekah dan depa main bunga api kat kampung tu konon untuk mengganggu ceramah PR pada malam itu! Daje sungguh puak-puak Hamidah nih!

Orang yang tengok dapat cam bunga api tu sama semacam seperti mana yang dipasang di Desa Pakatan dalam majlis santapan Babi Panggang malam dulu tu.

Orang Satu Malaysia dah kecuh pasal Babi Panggang Hamidah ni. Dia pun tengah 'menggelupor' sekarang , kata oghang Perak.!

Dia panggil semua AJK Umno Bahagian Gopeng supaya menolongnya kerana banyak blog menghebahkan kisah Babi Panggangnya itu!

Seorang duk Sg Rokam, sorang duk Sg Siput, sorang lagi duk
Sg Rapat dan sorang lagi duk Sg Pinji! Semuanya duduk dalam sungai...

Blogger penjilat Hamidah ni pula asyik mengisahkan mengenai Cikgu Ali yang tua, berumur 66 tahun ada 2 bini - satu kat Sungai Rokam dan satu lagi kat Sungai Siput! Semuanya duk dalam sungai ikut katanya! kah! kah! kah!

Nih aku nak kabo kat blogger penjilat Midah ni, sebenarnya ada 4! nak kenal? Yang menari kat pesta makan Babi Panggang Hamidah tulah bini Cikgu Ali ! Kesemuanya sekali tu! Ha! ha! ha! Kau tolong sebarkanlah lagi berita sensasi ini - biar satu Malaysia tahu!

Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Thomas Su , Adun DAP Pasir Pinji diatas kejayaan beliau menjaga kepentingan para peniaga tepi jalan di tempat beliau.

Punya lah bangang blogger ni, aku pun tak tahu! Dia kata aku ni dah tua, umur 66 tahun boleh pulak dia kata Thomas Su yang dalam lingkungan 40-an tu abang angkat aku pula? Kenapalah Hamidah ambil orang bahalol begini untuk menguruskan blog Sg Rapatnya ini!

Thomas , tidak sebagaimana Hamidah Osman - gagal menjaga kepentingan para peniaga Melayu di kawasannya sendiri walaupun Hamidah ini adalah Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita.

Peniaga Melayu yang lain yang gerai mereka belum kena roboh perlu berhati-hati dan bersatu hati supaya tidak diperbodohkan oleh Hamidah.Entah esok atau lusa gerai korang pula tiba giliran untuk dirobohkan.

Para peniaga perlu bersatu dan mendesak Hamidah supaya mengkotakan janjinya untuk menempatkan korang di Medan Selera yang dia janji akan dibina di tempat yang berhampiran.

Jangan jadikan diri anda berpecah belah umpama biri-biri yang terpisah dari kumpulannya akan mudah menjadi mangsa serigala buas yang senantiasa menunggu peluang tersebut.

SIASAH

Posted: 27 Apr 2012 03:14 PM PDT

Perhimpunan Bersih ketiga akan berlangsung esok, Sabtu 28 April, 2012, tidak sampai setahun selepas Bersih 2.0 diadakan di ibu negara pada Julai tahun lalu.

Ini menjadikan isu pilihan raya dan keazaman untuk mengambil alih pemerintahan pusat menjadi agenda terbesar dan paling berprofil tinggi gabungan Pakatan Rakyat, jauh mengatasi program-program lain.

Dua isu menjelaskan strategi PR dalam menggerakkan Bersih dengan agresif, dan tindakan segera mengedakan perhimpunan ketiga tidak lama selepas Julai 2011 dan selepas banyak tuntutan Bersih 2.0 dilaksanakan.

Fokus pada Bersih ini menunjukkan keagresifan PR dalam usaha untuk menjejaskan imej kerajaan Umno dan Barisan Nasional dalam usahanya mahu menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Walaupun Bersih ditegaskan sebagai inisiatif pertubuhan bukan kerajaan, penggerak dan pihak yang mempunyai kepentingan terbesar tetap parti-parti PR.

Perhimpunan Bersih boleh dijangka akan diadakan walau apa pun tindakan dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dan pemerintah, kerana demonstrasi Bersih setakat ini menjadi salah satu senjata utama PR dalam memperlihatkan sokongan massa padanya dan untuk melakukan diskredit terhadap BN dan juga SPR.
 
PR pada mulanya menumpukan pada isu penggunaan dakwat kekal tetapi kemudian meningkatkan lagi tuntutan dan pada masa sama terus mempersoalkan integriti proses pilihan raya walaupun selepas penggunaan dakwat kekal diterima.

Dalam hal ini, tumpuan agak berlebihan PR pada dakwat berbanding integriti senarai pemilih dan isu lain seperti penambahan pengundi seperti di Selangor mungkin telah sedikit menjejaskan kempen PR dari sudut itu.

Tumpuan PR pada demonstrasi Bersih yang mudah menarik perhatian dan meletakkan kerajaan BN dalam defensif itu memperlihatkan strategi itu kini menjadi pilihan dalam usaha menjejaskan imej Najib dan BN dan juga mencetuskan kegelisahan dalaman Umno dan BN, malah juga birokrasi negara.

Tumpuan pada Bersih ini antaranya disebabkan perhimpunan ini sejak kali pertama diadakan pada 2007 sentiasa menjadi tumpuan dunia, dan ini membantu meningkatkan imej positif gabungan PR dan selari dengan naratif dominan perjuangan menentang kerajaan yang melaksanakan pilihan raya kotor demi mengekalkan kuasa.

Sokongan antarabangsa, terutama dari negara-negara Barat yang mampu memberikan bantuan dalam pelbagai bentuk ialah sesuatu yang diperlukan PR dalam menghadapi BN.

Dalam era kebangkitan rakyat menentang pemerintahan autoritarian, Bersih dengan mudah memenuhi naratif rakyat menentang pemerintah zalim.

Protes mahasiswa yang juga diadakan di Dataran Merdeka juga menyumbang kepada kempen menjejaskan pemerintah BN, kerana paling utama menunjukkan penentangan yang semakin terbuka dan berleluasa terhadap pemerintah, walaupun isu yang diperjuangkan dan disepakati tidak pernah diperincikan dan disampaikan dengan jelas.

Mesej yang disampaikan oleh protes mahasiswa itu ialah penentangan terhadap pemerintah, membawa mesej pemerintah semakin tidak popular. Bersih 3.0 yang menjelaskan lagi gambaran besar yang mahu dibina itu.

Protes yang diadakan secara global juga akan meningkatkan lagi tumpuan pada pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, yang masih belum reda daripada kejutan dan kesan berpanjangan protes Bersih kedua 10 bulan lalu.

Minggu-minggu selepas protes Bersih akan membawa masalah mengurus kerosakan kepada Najib dan parti pemerintah, dan pembangkang boleh mengharapkan kesan ini dapat membantu dalam menuju ke pilihan raya umum akan datang.

PR mempunyai keperluan untuk terus memainkan isu proses pilihan raya yang kotor dalam usaha meletakkan dirinya sebagai pihak yang memiliki kekurangan besar (disadvantage).

Di seluruh dunia, dari Ukraine ke Asia Tengah hingga ke Malaysia, isu integriti proses pilihan raya mudah untuk meletakkan kerajaan memerintah dalam keadaan defensif, terutama selepas tinjauan demi tinjauan berjaya membentuk persepsi yang pembangkang bakal menang, atau sekurang-kurangnya menerima peningkatan sokongan.

Sekiranya pembangkang tidak mencapai keputusan seperti yang didapati melalui tinjauan, persepsi yang akan dimainkan ialah berlakunya penipuan dalam proses pilihan raya, dan permainan imej memburukkan kerajaan memerintah akan lebih mudah dilakukan, seperti disaksikan di Ukraine pada 2005.

Pemilihan Dataran Merdeka sebagai tempat perhimpunan menjelaskan keperluan mendapat tumpuan ramai termasuk media dan warga tempatan.

Kedudukan Dataran Merdeka di tengah-tengah kawasan yang antara paling sibuk di Kuala Lumpur berupaya memberi kesan yang dikehendaki, iaitu mencetuskan suasana protes yang akan menepati kehendak bentuk laporan media dalam dan luar negara, yang secara keseluruhannya memihak kepada Bersih.

Selain itu, ada pemerhati yang mengatakan tempat lain seperti Stadium Bukit Jalil boleh menampakkan jumlah kehadiran yang tidak sebesar yang digembar-gemburkan sekiranya kehadiran kurang daripada kapasiti stadium, berbanding kawasan Dataran Merdeka yang di tengah-tengah kesesakan Kuala Lumpur.

Pada masa sama, Bersih 3.0 juga memerlukan konfrontasi dengan pihak berkuasa untuk menampakkan halangan yang dihadapi, yang boleh memperlihatkan kebimbangan pemerintah terhadap program kumpulan ini.

Isu-isu sekitar Bersih ketiga, yang berkaitan rapat dengan usaha parti-parti PR untuk mendapatkan momentum menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 juga semakin dinilai dengan kritikal oleh sesetengah pemerhati

Selepas usaha dilaksanakan untuk membaik pulih proses pilihan raya, kesungguhan untuk mengulangi protes Bersih juga kelihatan sebagai acara untuk memperlihatkan sokongan yang masih kuat, dan juga mungkin untuk mengalihkan tumpuan daripada masalah dihadapi PR, terutama PKR, dan sebagai serangan balas kepada jentera media BN yang semakin agresif.

Kesan selepas Bersih 3.0 - yang ketiga diadakan dan paling hampir dengan Pilihan Raya Umum ke-13 - nanti akan memberi gambaran lebih jelas sebanyak mana kelebihan diperolehi oleh gabungan PR dalam kempennya menuju Pilihan Raya Umum ke-13.

Tiada ulasan:

Pengikut