Jumaat, 27 April 2012

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


MEDIA Rakyat MALAYSIA

Posted: 27 Apr 2012 03:10 AM PDT

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 26 Apr 2012 11:38 PM PDT

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 26 Apr 2012 07:28 AM PDT

 YB Sivarasa Rasiah, Peguam untuk 770 orang Peneroka Felda Gugusan Chini sampai di Mahkamah Tinggi Kuantan jam 11.30 pagi, pada 26.4.12 disambut oleh lebih 200 orang peneroka yang sedang menunggu beliau di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuantan 
 Lateefa Koya, salah seorang peguam yang dilantik oleh 770 orang peneroka Felda Chini terus memfailkan saman terhadap Felda sebaik sahaja sampai di Mahkamah Tinggi Kuantan.
 T. Kumar salah seorang didalam Team Peguam Peneroka Chini 
 Sdr Jamaludin, Naib Ketua PKR Cabang Pekan yang juga seorang Peneroka Felda Chini hadir bersama-sama 200 orang Peneroka di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuantan
 Para wartawan dari pelbagai Media di sedang Media selepas Saman difailkan di Mahkamah Tinggi Kuantan
 Wartawan dari pelbagai media
Sdr Salleh Ishak selaku Plaintiff Pertama diantara 770 orang Peneroka yang menyaman Felda


770 orang Peneroka Felda Gugusan Chini mencipta sejarah kerana mereka merupakan peneroka-peneroka Felda yang menduduki rancangan-rancangan Felda didalam kawasan Perdana Menteri Malaysia.

Diantara mereka yang menyertai tindakan menyaman Felda ini terdiri daripada pelbagai golongan fahaman politik, ada orang PAS, ada Orang PKR, ada orang Atas Pagar dan ada orang UMNO,   

Selain daripada 770 orang peneroka ini terdapat ramai lagi peneroka-peneroka Felda di kawasan Gugusan Chini berhajat menyertai kumpulan ini untuk menyaman Felda, mereka menunggu untuk mempastikan bahawa tindakan saman ini bukanlah tuntutan berbentuk politik tetapi tindakan yang benar-benar berasaskan tuntutan sebenar kaum peneroka tanpa mengira fahaman politik.

Asas kepada tuntutan peneroka Felda Chini ini adalah untuk menuntut dari Felda pendapatan mereka mengenai peratusan perahan KPG (atau OER = Oil Extraction Rate) yang selama ini telah dimanipulalsikan oleh Felda.  Selain dari tuntutan KPG, peneroka-peneroka tersebut juga menunut bayaran dari Felda keatas buah-buah sawit yang dikategorikan muda, mekal dan tangkai panjang yang dikeluarkan dari timbangan semasa buah sawit dihantar ke Kilang, walhal buah tersebut diproses oleh kilang tetapi pendapatannya tidak dikembalikan oleh Felda.

Peneroka menuntut bayaran selama 17 tahun dan setiap peneroka menuntut tidak kurang dari RM400,000 setiap seorang.

Seramai 800 orang lagi Peneroka-Peneroka dari Felda Gugusan Keratong di dalam Daerah Rompin akan turut menyaman Felda didalam isu yang sama didalam tempoh 2 minggu dari hari ini.

Suara Sri Andalas

Posted: 26 Apr 2012 11:08 PM PDT

Suara Sri Andalas


Lagi 300 Warga Emas Menyertai Jom Shopping Sri Andalas

Posted: 26 Apr 2012 02:00 AM PDT

KLANG, 26 APR : Selama hampir 50 tahun, Ismail Abdullah, 69, merasa beliau tidak mendapat apa-apa faedah daripada pemerintahan Kerajaan Umno-BN Selangor.

Tetapi hari ini di bawah Pakatan Rakyat, situasi itu berubah apabila beliau dibawa oleh pejabat DUN Sri Andalas untuk membeli belah di Econsave Kampung Jawa di sini bawah program "Jom Shopping".

"Alhamdullilah, pakcik bersyukur sangat diberi baucer RM100 untuk membeli barang-barang keperluan rumah," kata penduduk Kota Raja ini ketika ditemui.

Seorang lagi peserta program itu Jayabal Naidu, 73, berkata peruntukan itu dapat mengurangkan beban yang ditanggung olehnya kesan kenaikan harga barang runcit masa kini.

"Jika tiada bantuan ini, saya mungkin berfikir banyak kali jika ingin membeli sesuatu barang dan RM100 diberikan ini ternyata membantu saya," ujarnya yang tinggal di Kampung Jawa.

Seramai 300 orang warga emas mengambil bahagian dalam program Jom Shopping Sri Andalas sudah memasuki fasa ke-11. menurut pegawai penyelaras Skim Mesra Usia Emas (SMUE) DUN Sri Andalas, Adaikalam Selvamary atau lebih dikenali sebagai "Mary".

Adaikalam berkata sehingga kini, seramai 1,400 warga emas sudah menyertai program Jom Shopping DUN Sri Andalas.

Selain itu, Salmah Ibrahim, 63, mengucapkan terima kasih di atas kesungguhan dan keprihatinan kerajaan negeri membantu warga emas di Selangor.

"Sejak kerajaan ini diambil alih, terdapat banyak faedah yang dinikmati oleh semua rakyat," katanya yang tinggal di kampung Dagang Jati.

Program Jom Shopping yang diperkenalkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor bermula tahun lalu terus mendapat sambutan menggalakkan di kalangan warga emas tanpa mengira latarbelakang politik, bangsa dan agama.

Melalui program ini, warga emas berusia 60 tahun keatas yang telah berdaftar di bawah SMUE diberikan baucer sebanyak RM100 untuk membeli belah di pasaraya terpilih.


Sumber: Selangorku.com

Anwar Ibrahim

Posted: 26 Apr 2012 07:38 PM PDT

Anwar Ibrahim


Delegasi Antarabangsa Bimbang 3 Isu pilihanraya Malaysia

Posted: 26 Apr 2012 01:45 AM PDT

Malaysiakini

Delegasi antarabangsa untuk misi siasatan pilihan raya di Malaysia hari ini mendapati terdapat tiga isu utama kekurangan dalam sistem pengundian negara ini.

Senator Nicholas Xenophon dari Australia berkata, antara isu yang dikenalpasti mengenai tempoh berkempen yang pendek selama 10 hari.

Di Australia kempen sekurang-kurangnya selama 33 hari dan di India dan Pakistan 90 hari, yang mana lebih lama berbanding di sini,” katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz di Parlimen, pagi tadi.

Pilihan raya: Antara Keadilan Dan Kezaliman

Posted: 26 Apr 2012 01:21 AM PDT

Harakah

Muhammad Hafiz Mansor,
26 Apr 2012

Negara Malaysia hari ini mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen, iaitu suatu bentuk pemerintahan yang menggunakan pungutan  suara rakyat sebagai asas dalam pemilihan kerajaannya. Ini  merupakan salah satu komponen utama dalam pengamalan demokrasi bagi mana-mana negara yang telah mencapai status kemerdekaan.
 
Demokrasi adalah suatu ideologi politik yang menekankan kepada konsep kebebasan dan kedaulatan yang bertunas daripada fahaman liberalism itu sendiri. Pada asasnya, demokrasi mempunyai tujuh asas utama yang mesti menjadi pengamalan negara-negara demokrasi iaitulah wujudnya kebebasan bersuara, media massa yang bebas dan berkecuali, pilihan raya diadakan secara konsisten, bebas dan adil, ada kebebasan berorganisasi dan berpersatuan, pemerintahan berasaskan majoriti, hak golongan minoriti dihormati dan akhir sekali wujud badan kehakiman yang senantiasa bebas dan berkecuali.
 
Sebagai sebuah medan untuk meraih sokongan dan keyakinan rakyat terhadap pemimpin, pilihanraya dilihat dari sudut kaca mata Islam sebagai sebuah medan jihad kerana jihad didefinisikan sebagai melaksanakan sesuatu usaha dengan cara bersungguh-sungguh.
 
Dalam hal ini, ianya merujuk kepada usaha untuk meninggikan kalimah Allah dan meletakkan syi'ar Islam di tempatnya yang tertinggi. Dewasa ini, pilihan raya menjadi medium yang paling tepat untuk dimanfaatkan sebagai sebuah wasilah bagi mendapatkan kuasa pemerintahan seterusnya membolehkan hukum Allah ditegakkan di atas muka bumi ini.
 
Sirah Rasulullah SAW pernah mengukir hakikat bahawa Baginda SAW sendiri telah mengisytiharkan jihad perang sebagai wajib kepada kaum Muslimin dalam usaha memerangi golongan kuffar, menentang kezaliman serta menegakkan keadilan sejagat. Hal ini kerana, Islam pada masa itu mendapat tentangan musuh dengan cara berperang dan mengangkat senjata.
 
Mengambil kira konteks di Malaysia, jihad pilihan raya menjadi satu kewajipan dalam memastikan cita-cita meletakkan kalimah Allah di tempat tertinggi tercapai, yakni dengan menjadikan pilihan raya sebagai medium terpenting untuk mengembalikan keamanan, melawan kezaliman sehingga keadilan dapat dinikmati oleh masyarakat daripada semua golongan.
 
Merujuk kepada kaedah usul Fiqh (bermaksud):  (Tidak akan sempurna sesuatu yang wajib melainkan melaksanakan sesuatu perkara, maka melaksanakan perkara tersebut adalah wajib.)
 
Wajibnya melaksanakan hukum Islam di atas muka bumi menjadi asbab kepada wajibnya untuk umat Islam menyertai pilihanraya di Malaysia, hatta di mana-mana negara yang turut mengamalkan sistem yang sama. Tugas melantik pemimpin menjadi tanggungjawab setiap rakyat marhaen kerana pemimpin memainkan peranan utama yang menyelamatkan rakyatnya daripada kebinasaan di dunia dan akhirat.
 
Setiap pemimpin akan dipersoalkan di akhirat kelak mengenai golongan yang berada di bawah pimpinnya. Oleh itu, adalah amat penting bagi masyarakat sesebuah negara supaya sentiasa bersikap teliti dan berhati-hati dalam memilih golongan yang akan memimpin mereka kerana golongan inilah yang akan memandu mereka sama ada menuju keberhasilan atau kemusnahan.
 
Realiti yang sedang berlaku di Malaysia masih belum menampakkan tanda-tanda yang positif dan sinar harapan ke arah merealisasikan cita-cita meletakkan kalimah Allah di puncak tertinggi. Korupsi yang bermaharajalela baik dalam kalangan pemimpin peringkat atasan mahupun peringkat bawahan, pelanggaran syari'ah secara terang-terangan dan berleluasa, terhakisnya norma-norma masyarakat lantaran iman yang semakin menipis saban hari menyebabkan sukarnya untuk kezaliman dihapuskan dan keadilan untuk ditegakkan. Jauhnya umat Islam hari ini daripada Al-Quran dan As-Sunnah bermula daripada peringkat kepimpinan sehinggalah kepada golongan yang dipimpin menjadikan keadaan masyarakat Islam semakin genting.
 
Pemimpin yang zalim dan menyalahgunakan amanah yang telah diberikan serta menindas rakyat demi memuaskan nafsu sendiri perlu digantikan dengan mereka yang benar-benar telus dan jujur untuk memimpin.
 
Allah SWT telah memberi peringatanNya berdasarkan surah an-Nahl ayat 90 yang bermaksud: "Sesungguhnya Tuhan memerintahkan supaya menjalankan keadilan, berbuat kebaikan dan memberi kepada kerabat-kerabat dan Tuhan melarang perbuatan keji, perlanggaran dan penderhakaan. Dia mengajar kamu supaya kamu mengingat."
 
Ayuh kembali kepada manual kehidupan dunia dan akhirat kita, al-Quran dan as-Sunnah, sebagai menyambut seruan Allah SWT agar kembali kepada keduanya jika ada perkara yang kita persilihkan. Sesungguhnya keadilan di muka bumi Malaysia ini tidak akan tertegak selagi mana al-Quran dan as-Sunnah tidak dijadikan sumber rujukan pemerintahan. Sama ada Islam memerintah atau kita akan terus dizalimi, pilihan di tangan anda.
 
Bantah kezaliman, tegakkan keadilan!
 
Penulis ialah Timbalan Presiden Ma’ruf Club UIAM

Mission Raises Concerns Over Upcoming Polls

Posted: 26 Apr 2012 12:04 AM PDT

Malaysiakini

A seven-person international fact-finding mission today raised three concerns over Malaysia's electoral system with Minister in the Prime Minister's Department Nazri Abdul Aziz.

According to Australian senator Nicholas Xenophon, a member of the mission, one concern brought up at the one-hour meeting at Parliament house was the short campaigning period of 10 days.

"In Australia it is at least 33 days and in India and Pakistan it is 90 days, which almost feels too long," he told reporters after the meeting with Nazri.

Xenophon, who is here with the other delegates upon invitation by Opposition Leader Anwar Ibrahim’s office, said that another concern was the proportions of constituencies.

“We are also concerned about the fundamental issue of one vote one value where some seats have 7,000 to 8,000 constituents while others have close to 100,000. It does not reflect the democractic will of a nation,” he said.

The mission also raised concern that there is access to media is imbalanced between the opposition and government parties.

He, however, could not disclose what Nazri’s response to their concerns, except that the minister had assures the mission of a “clean and fair election”.

Nazri told the ‘truth’

Asked if the mission are acting on opposition complaints, Xenophon said that the information was collected from public domain and that the mission comes with goodwill to hear all sides of the story.

“I cannot stress enough that we come as friends of Malaysia… Friends tell each other the truth,” he said.

He added that while the invitation came from the opposition, everyone on the team are “fiercely independent” and have an interest in Malaysia’s development.

The delegation will also meet with BN secretary-general Tengku Adnan Mansor today. Meetings with election reform pressure group Bersih 2.0 and the Election Commission are slated for the next two days.

They will conclude the mission on Sunday and present interim findings, with a report expected to be made public within the next two weeks.

Others in the team are Pakistani senator Hasil Khan Bizenjo, Filipino University of East College of Law dean Amado Valdez, Germany’s Freidrich Naumann Foundation for Freedom coordinator Juliane Schmucker, University of New South Wales associate professor of politics Clinton Fernandes, Indian journalist Mobashar Jawed Akhbar and the Indonesian International Scholars Association chairperson Mohamad Nasir Tamara Tamimi.

Negeri PR: Setiausaha Agung KEADILAN Bidas Setiausaha Agung Umno

Posted: 25 Apr 2012 11:55 PM PDT

Sinar Harian

PETALING JAYA -  Pakatan Rakyat (PR) menolak keras keyakinan Barisan Nasional (BN) boleh merampas semula Kedah dan Selangor dan menegaskan, tiada sebarang faktor kukuh yang ia akan jatuh melainkan adanya penggunaan unsur-unsur memanipulasi proses pilihan raya kelak.

Keyakinan balas itu dilahirkan oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dalam satu temu bual dengan Sinar Harian di sini, semalam.

“Saya menolak sama sekali tanggapan dan ramalan serta keyakinan (Setiausaha Agung BN dan Umno, Datuk Seri) Tengku Adnan (Tengku Mansor) kerana pada saya (kalau) perubahan politik (hendak) berlaku, mesti satu isu fundamental betul-betul yang boleh menggegar dan menggugat, penolakan total terhadap kerajaan yang memerintah hari ini,” kata beliau.

PR dianggotai PKR, DAP dan Pas.

Saifuddin berkata, beliau tidak nampak wujudnya persekitaran sedemikian iaitu faktor penolakan terhadap Kerajaan Negeri Selangor pada hari ini.

“Faktor penolakan total akan disumbangkan oleh skandal dalam sesuatu kawasan yang membabitkan soal urus tadbir yang baik, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa, rasuah dan pengkhianatan kepada amanah rakyat.

“Selama empat tahun tiada isu yang menggegar,” katanya sambil menegaskan, memang wujud unsur yang Umno ‘spin’, seperti isu pasir.

“Dia nak rakyat percaya (isu pasir), tetapi akhirnya dia yang percaya isu itu.

“Saya optimis mereka tidak akan dapat balik Selangor, saya tidak yakin Selangor akan kembali kepada BN,” katanya.

Tengku Adnan dalam temu bual bersama Sinar Harian Isnin lalu berkata, BN yakin dapat merampas semula Selangor dan Kedah dalam PRU13 berdasarkan sokongan yang ditunjukkan oleh rakyat terhadap perikatan itu.

Beliau berkeyakinan begitu sebab pengundi di kedua-dua negeri telah menyedari kesilapan mereka dengan menyokong PR.

Selangor dan Kedah adalah antara empat negeri kini dikuasai PR. Dua negeri lain ialah Kelantan dan Pulau Pinang

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, kerajaaan Kedah dan Selangor dalam keadaan yang baik dan tiada skandal besar, yang boleh menghakis dokongan rakyat.

“Kerajaan Selangor sekarang, terkini dapat menyimpan RM1.9 bilion berbanding zaman Umno hanya RM800 juta,” katanya lagi.

Wee Choo Keong

Posted: 26 Apr 2012 03:09 PM PDT

Wee Choo Keong

Wee Choo Keong


Is Shane Nollan “ripping off” the Government?

Posted: 26 Apr 2012 01:02 PM PDT

Mr Shane Nollan, the Acting Commercial Director of MAS and also of PlaneConsult must be held responsible for ripping off the Government of Malaysia with its new fares structure for purchasing of flight tickets via Warrant effective 16-4-2012.   As of 16-4-2012, MAS increased its fares charged to the Government via Warrant are as follows: [...]

“Perompak-perompak Negara” – Part 2

Posted: 25 Apr 2012 10:03 PM PDT

Part 2 of the speech of your truly n Parliament on 19-4-2012. This is the verbatim version of it as reported in Hansard.  For Part 1 in HERE. Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: [Bangun]
 Tuan Azan Ismail [Indera Mahkota]: Okey, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Point of [...]

BULETIN RAKYAT

Posted: 26 Apr 2012 11:26 AM PDT

BULETIN RAKYAT


I follow A. Samad Said to BERSIH 3.0 !

Posted: 25 Apr 2012 08:45 PM PDT

AMK BATU

Posted: 26 Apr 2012 09:38 AM PDT

AMK BATU


Posted: 26 Apr 2012 01:42 AM PDT

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia bertemu YAB Dato Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

Melihat kepada perkembangan hari ini, isu pendidikan percuma cukup luas dibicarakan. Bukan sahaja di peringkat kerajaan pusat dan negeri-negeri, malah wacana ini dibicarakan pada peringkat akademik, Universiti dan para ibu bapa di seluruh negara.

AMK melihat isu ini sebagai urusan yang wajar disegerakan untuk membuktikan bahawa pentadbiran dan tatakelola kerajaan Pakatan Rakyat mampu melaksanakannya, walaupun dilemparkan dengan pelbagai tohmahan.Justeru AMK berhasrat mengadakan satu kunjungan hormat untuk bertemu YAB Dato' Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dengan tujuan berbicara dan menyampaikan sumbang saran tentang dasar pendidikan percuma, khususnya di negeri Selangor yang diterajui Pakatan Rakyat.

Satu surat kunjungan hormat telah dihantar ke Pejabat Menteri Besar. Maka, AMK dengan penuh harapan agar YAB Dato' Menteri Besar mempunyai ruang untuk berdiskusi. AMK percaya dan yakin, setelah empat tahun mentadbir negeri Selangor. YAB mampu sekali lagi mendepani isu ini dengan merangka satu dasar pendidikan percuma, khususnya di semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang dimiliki kerajaan negeri Selangor.

Kami, di peringkat AMK mewakili golongan anak muda akan sentiasa berada di belakang kepimpinan YAB dalam meneruskan agenda merakyatkan ekonomi dan pendidikan di negeri Selangor. Oleh yang demikian, Selangor mampu menjadi model dan peneraju pendidikan percuma di peringkat nasional.


Setiausaha
Angkatan Muda Keadilan
Julailey Jemad

Posted: 26 Apr 2012 01:33 AM PDT

Kenyataan Media Angkatan Muda Keadilan Malaysia
26 April 2012

Bersih 3.0 : Datuk Bandar Kuala Lumpur Jangan Angkuh 

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menyelar kenyataan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail dalam beberapa respon beliau mengenai Perhimpunan Aman Bersih 3.0 yang akan diadakan pada 28 April 2012. Terdahulu, beliau menyatakan penolakan kelulusan kepada Bersih untuk menggunakan Dataran Merdeka kerana kononnya perhimpunan ini bukanlah program bersifat nasional dan berteraskan politik. 

AMK berharap Datuk Bandar tidak lupa apabila pada 27 Jun 2009, Dataran Merdeka juga menjadi medan pelancaran logo 1Malaysia yang jelas merupakan kempen politik berterusan Umno-BN sehingga kini. Jika dibandingkan dengan Bersih, motif Bersih lebih jelas dan transparen : memperjuangkan sistem pilihanraya yang adil dan telus. 

Solidariti telah ditunjukkan oleh rakyat Malaysia di luar negara, malahan masyarakat antarabangsa seantero dunia turut bersama-sama menyatakan sokongan mereka ke atas Bersih 3.0 ini. Terkini pada 25 April 2012, Datuk Bandar sekali lagi memberi amaran kepada Bersih bahawa tindakan keras akan diambil jika mereka meneruskan hasrat untuk berhimpun di Dataran Merdeka pada 28 April ini. Alasan yang diberi ialah Dataran Merdeka berada di bawah tangungjawab DBKL melalui kuasa Datuk Bandar melalui undang-undang yang digunapakai sejak 1992 dan ini, kononnya, jelas bertentangan dengan Akta Perhimpunan Aman 2011. 

AMK melihat kenyataan Datuk Bandar ini jelas bersifat 'mala-fide', dalam keadaan beliau bersikap selektif dalam menentukan apa jenis program yang boleh dianjurkan di Dataran Merdeka. Malah, kenyataan ini juga sebenarnya menimbulkan pertikaian apabila beliau kemudiannya menawarkan beberapa lokasi lain. 

Apa bezanya jika Dataran Merdeka menjadi lokasinya? Mengapa perlu perubahan lokasi dicadangkan di saat-saat terakhir? Apakah mereka khuatir jika Dataran Merdeka menjadi saksi gelombang kuning kebangkitan rakyat menolak penyelewengan sistem pilihanraya Malaysia? 

AMK melihat ini jelas merupakan sekatan-sekatan politik yang dilakukan oleh Umno-BN, di mana kemungkinan suspek terbesar ialah Menteri Wilayah Persekutuan dengan "memperkudakan" institusi Datuk Bandar Kuala Lumpur dan DBKL untuk menghalang dan mencetuskan provokasi awal ke atas Bersih 3.0. 

AMK menggesa agar Datuk Bandar tidak bersikap angkuh dengan siri-siri kenyataan yang hanya menunjukkan kegusaran mereka untuk berhadapan dengan ketidakpuasan hati rakyat. AMK turut mendesak agar Perdana Menteri, sekiranya benar beliau komited dengan agenda wassatiyyah, tidak bersikap jumud dengan menyalahgunakan agensi kerajaan seperti DBKL untuk menghalang rakyat menyuarakan pendapat mereka. Adalah amat malang, apabila agenda membersihkan sistem pilihanraya nasional daripada elemen penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan juga penggunaan pengundi-pengundi yang diragui statusnya. 

Tindakan menghalang Bersih 3.0 hanya membuktikan bagaimana pihak-pihak ini sanggup menggunakan segenap kuasa yang mereka ada - termasuk menghalalkan penyelewengan pilihanraya - demi memastikan Umno-BN terus berkuasa.

Tiada ulasan:

Pengikut